Adsense

Rabu, 26 Januari 2011

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Lebih baik tidak pakai seluar dalam

Posted: 25 Jan 2011 12:33 PM PST



Tips Zakar:Tidak gemar pakai seluar dalam


SAYA tidak suka memakai seluar dalam. Baru-baru ini kawan saya memberitahu, tabiat itu tidak baik untuk buah kerandut. Adakah kenyataan ini benar?

ZUA
Kuala Terengganu,
Terengganu
Jika dilihat secara imbas, anggota sulit lelaki dan perempuan ada pelbagai pelindung daripada segala gejala. Bulu roma yang lebat melindung keseluruhan anggota sulit selain mengawal suhu dan kelembapan kulit dan menjadi penyerap tekanan ketika bersetubuh.

Kerandut lelaki menampung kedua-dua buah kerandut dan mengawal suhu supaya ia dalam keadaan optimum untuk pembiakan sperma. Otot spermatik atau 'spermatic cord' yang mengandungi salur sperma, pembuluh darah dan urat saraf untuk sperma dan lapisan otot daripada perut menampung buah zakar dan sensitif kepada perubahan alam sekitar.


Apabila berlaku sentuhan kepadanya, seperti dalam kemalangan sebagai contohnya, kedua-dua buah kerandut itu tertarik ke atas supaya ia terselindung.

Jadi kenapa mahu pakai pakaian dalam. Mungkin memakai pakaian dalam lebih kepada menjauhi 'pandangan' daripada perlindungan. Asalkan anda pakai sehelai pakaian untuk tujuan mengelak berlaku 'pandangan' mata sudah mencukupi.

Pakaian dalam yang ketat mengubah posisi buah zakar dan mengganggu kestabilan suhu dalam buah kerandut. Sama juga jika pakai seluar denim yang ketat dan pakai seluar dalam longgar. Jadi lebih baik tidak pakai seluar dalam. Nenek moyang kita dulu hanya pakai cawat dan tengok betapa 'subur'nya mereka.

Puntung Rokok Sebagai Bahan Anti Karat

Posted: 25 Jan 2011 12:19 PM PST



Shanghai: CNNGo mewartakan, Cina menjadikan puntung rokok yang dibuang bersepah merata tempat oleh perokok lebih berguna untuk melindungi paip besi di negara itu daripada masalah karat. Sekumpulan pengkaji Cina mengesahkan puntung rokok apabila direndam dalam air dapat membantu mencegah pengaratan

Dalam industri minyak, bahan-bahan seperti yang terdapat dalam puntung rokok telah diterapkan untuk jenis logam besi (N80). Besi terlindung dari karat, mencegah kerosakan dan gangguan dalam produksi minyak. Para pengkaji telah mengenal pasti sembilan bahan kimia dalam ekstrak rokok, termasuk nikotin, yang bermanfaat untuk efek antikarat.
Kini, perokok di seluruh negara Cina telah mengetahui kegunaan puntung rokok dengan mengitar semula sebagai bahan anti karat di tempat mereka masing-masing. Secara tidak langsung kebersihan persekitaran daripada puntung rokok yang bersepah-sepah di merata tempat telah dapat di atasi.