- Blog Hanz - |
| You are subscribed to email updates from - Blog Hanz - To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
- Blog Hanz - |
| You are subscribed to email updates from - Blog Hanz - To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Utusan Online - Hiburan |
| Posted: [unable to retrieve full-text content] |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Berita Harian: Hip |
| Posted: 26 May 2013 04:39 PM PDT Pilih lelaki biasa sama usia, hapus spekulasi jejaka yang bertakhta di hati Pelakon Fouziah Gous, 30, akhirnya disunting jejaka dari kalangan orang biasa - bukan artis mahupun kenamaan, sekali gus melenyapkan spekulasi yang membelenggu diri artis tinggi lampai ini. Sabtu ini, Fouziah dan Md Zhafran Md Yusof, bakal mengikat tali pertunangan. Mereka memilih September depan untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri.
Akui wanita ini, dia tidak gemar membuang masa dalam bercinta. Baginya, Md Zhafran atau Zhaf sudah memiliki pakej lengkap lelaki idaman, jadi tiada apa yang perlu ditunggu lagi. "Zhaf kenal perangai saya. Dia tahu saya jenis yang tidak suka membuang masa ketika bercinta. Saya lebih percaya kepada percintaan selepas berkahwin, disebabkan itu, dia melamar walaupun baru beberapa bulan kami bercinta. "Sekurang-kurangnya ikatan ini dapat mengelak kami difitnah. Kami membuat keputusan tidak mahu mengikat tali pertunangan terlalu lama kerana kami rakan kongsi perniagaan. Apabila adanya ikatan yang sah, lebih mudah untuk kami menguruskan perniagaan bersama-sama. Jadi tidaklah menjadi buah mulut orang jika sering dilihat bersama," katanya kepada HIP. Menceritakan persiapan pertunangannya, kata pelakon yang pernah membintangi filem Rasukan Ablasa ini, majlis yang dijangka berlangsung pada sebelah malam itu diadakan secara sederhana untuk keluarga kedua-dua belah pihak.
Enggan fikir masa lalu Ditanya apakah dia lega sekurang-kurangnya ikatan pertunangan ini dapat melenyapkan gosip percintaan dirinya, Fouziah membalas, dia tidak langsung memikirkan soal itu. Ini kerana katanya, sebagai artis yang sudah lama berada dalam industri, gosip umpama itu dianggap asam garam hidup selebriti. "Saya tidak fikir langsung mengenai hal itu, cuma saya mengakui lega kerana bakal bergelar tunangan orang. Apa yang penting, hubungan ini mendapat restu keluarga dan mengikut cara yang betul. "Saya malas memikirkan perkara yang sudah berlalu. Lagipun tumpuan saya adalah pada majlis perkahwinan kami yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Setakat ini, tarikh pernikahan masih belum ditetapkan, tetapi yang pasti dalam tempoh terdekat. "Alhamdulillah, hidup saya semakin tenang dan bahagia. Zhaf seorang lelaki yang sangat memahami diri saya. Dia memiliki ciri-ciri lelaki yang saya idamkan. Saya lihat dia boleh mendidik saya ke arah kebaikan terutama membabitkan soal agama," kata Fouziah. Fouziah dan Zhaf berkenalan menerusi adik kepada kakak ipar Fouziah yang juga rakan rapatnya lebih setahun lalu. Jejaka lulusan Ijazah Perakaunan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) itu memiliki syarikat keselamatan Arrow Guard dan menjadi perunding kewangan. |
| Posted: 26 May 2013 04:37 PM PDT Bakal disatukan dengan pujaan hati, Awin Nurin yang dikenali sejak lima tahun lalu, Ahad ini Kurang seminggu lagi, pelakon dan penyanyi, Muhammad Izzul Islam Mazlan atau Izzue Islam, 23, bakal disatukan dengan wanita pilihan Awin Nurin. Namun, dalam kesibukan itu, jadual seni Izzue masih padat. Izzue yang juga salah seorang anggota kumpulan Forteen hanya mula bercuti tiga hari sebelum dia dan Awin diijabkabulkan, Ahad ini. Enam hari kemudian, Izzue akan kembali memenuhi komitmen sebagai artis dengan menyambung penggambaran drama rantaian.
"Alhamdulillah, persiapan berjalan lancar dengan bantuan mereka yang berada di sekeliling saya. Maklumlah, saya sibuk dengan penggambaran drama Sahabat sebanyak 36 episod terbitan Suhan Movies, jadi masa agak terhad untuk menguruskan hal perkahwinan. "Melainkan jika penggambaran dilakukan di Kuala Lumpur, saya akan cuba mencari ruang untuk melakukan apa yang patut. Setakat ini, boleh dikatakan persiapan hampir siap sepenuhnya dan kami menanti masa untuk diijabkabulkan saja," kata Izzue. Takut kehilangan tunang Menamatkan zaman bujang pada usia muda, apatah lagi ketika namanya sedang meniti gerbang popular, tidak membimbangkan jejaka berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
"Kami sudah saling mengenali sejak lima tahun lalu ketika saya belum bergelar artis. Dia seorang wanita yang sangat memahami, malah dia tahu susah senang saya. "Kita tidak tahu ujian yang bakal diturunkan, jika saya tangguhkan hubungan ini, peluang untuk bertemu dengan wanita lain mungkin ada. Tetapi peluang untuk mendapat wanita sebaik dia mungkin susah," kata Izzue yang merancang untuk berbulan madu dengan Awin selepas penggambaran drama episod Sahabat berakhir. Bukan niat selindung Memilih tarikh ulang tahun kelahirannya untuk disatukan, majlis sambut menantu di sebelah keluarga Izzue pula dijangka diadakan secara kecil-kecilan di Kelantan, Aidilfitri nanti. Izzue sengaja memilih Aidilfitri nanti bagi memudahkan bertemu saudara mara yang akan pulang ke kampung menyambut hari raya. Ditanya mengapa merahsiakan pertunangannya dengan Awin hingga ada yang membuat spekulasi kononnya bimbang populariti merudum, anak kedua dari lapan beradik itu menyangkal dakwaan itu. Jelas Izzue, dia tidak berniat menyorokkan statusnya sebagai tunangan orang. Ini kerana baginya hal pertunangan tidak wajib dihebahkan. Sebaliknya, Izzue enggan menanggung malu jika berlaku sesuatu kepada hubungan mereka. "Saya sorokkan hal pertunangan ini bukan kerana bimbang kehilangan peminat. Jika saya takut populariti merudum, sudah tentu saya akan rahsiakan hal perkahwinan. "Saya mohon maaf kepada semua kerana merahsiakan pertunangan. Saya buat semua ini demi menjaga nama baik keluarga kedua-dua belah pihak. Saya tidak mahu keluarga kedua belah pihak menanggung malu jika sesuatu berlaku kepada perhubungan kami," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Utusan Online - Hiburan |
| Ganjaran kesabaran Shila Amzah Posted: 26 May 2013 08:35 AM PDT Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT Saya bersyukur apabila khalayak di China semakin menerima penyanyi bertudung seperti saya. Biarpun di sana saya jarang mengenakan mekap tetapi peminat tetap mengenali. SEKARANG ini masa untuk bekerja. Banyak perkara yang perlu dikejar. Tak ada masa nak bersedih-sedih lagi," kata Shila Amzah, 23, berhubung keadaan dirinya pada hari ini. Baginya tempoh merawat luka di hati selepas putus cinta dengan pelakon Shaarnaz Ahmad kira-kira empat bulan yang lalu sudah memadai. Enggan terus mengingati detik sedih itu, Shila merasakan ada hikmah tersembunyi di sebalik cintanya yang terhalang dan tidak mendapat restu orang tua. Bahkan juara pertandingan Asian Wave 2012 ini mengaku terlalu beremosi sewaktu menjalinkan hubungan cinta satu ketika dahulu. Lantaran itu Shila mengabadikan kisah cintanya sebelum ini sebagai satu pengalaman hidup seperti yang dilalui wanita lain. Kini yang penting buat artis di bawah naungan Shanghai Music Group (SMG) ini adalah fokus untuk menempa nama sebagai penyanyi bertaraf dunia. Shila amat yakin dengan kemampuannya. Dan yang lebih penting lagi impiannya itu disokong penuh oleh bapa, ND Lala, 51, dan ibu, Fauziah Sarman, 44. Kedua-dua tulang belakang Shila itu juga menjadi penggerak utama kerjaya buat anak sulung daripada empat beradik itu. Shila amat bertuah kerana orang tuanya sentiasa menyuntik semangat agar lebih bersedia untuk melangkah jauh ke hadapan. "Manusia belajar daripada pengalaman. Jika dahulu saya agak berperangai macam budak-budak tapi tidak selamanya saya begitu. Mungkin sebab masa itu saya tidak boleh berfikir jauh. Tapi kini tidak lagi. "Saya semakin fokus tentang apa yang mahukan dalam hidup. Malah saya bersungguh-sungguh mencapai impian itu. Saya mahu berkongsi kepada semua tentang bakat yang ada. "Kesedihan yang saya alami itu ternyata tidak lama. Sewaktu mengerjakan umrah pada Mac lalu, saya curahkan segala-galanya kepada-Nya. "Ada rezeki lain yang datang menggantikan rawan hati saya. Dan semua itu adalah ganjaran daripada kesabaran yang ditanggung selama ini," katanya penuh syukur. Kini pemilik syarikat Shila Amzah Entertainment Berhad (SAEB) ini sedang sibuk dengan persiapan pembikinan album Melayu kelima yang bakal dilancarkan bulan depan. Mengekalkan konsep pop rock, album yang masih dirahsiakan judulnya itu cukup istimewa kerana Shila sendiri yang mencipta keenam-enam lagu yang dimuatkan dalam album itu. Malah Shila mencatatkan segala pengalaman suka, duka, susah dan senang yang dialami selama ini khusus buat peminat yang sentiasa menyokongnya selama ini. "Tak banyak yang boleh saya kongsi untuk pembikinan album ini. Terpaksa dirahsiakan buat sementara waktu sehingga tiba masanya," kata Shila yang bakal terbang ke Shanghai, China penghujung bulan ini. Mengakui tetap warganegara Malaysia, Shila menjelaskan bahawa dia hanya mendapat taraf penduduk tetap di China bagi memudahkan urusan kerjaya seninya. Dengan keistimewaan itu, dia tidak perlu berulang-alik ke Jabatan Imigresen untuk urusan pembaharuan visa lawatan. Shila juga bertuah menjadi satu-satunya artis Malaysia bertudung yang berpeluang mengembangkan bakat di negara yang megah dengan Tembok Besar China itu. Selain itu Duta Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC) ini juga menjadi simbol perpaduan peminat seni dua negara tersebut. "Saya bersyukur apabila khalayak di China semakin menerima penyanyi bertudung seperti saya. Biarpun di sana saya jarang mengenakan mekap tetapi peminat tetap mengenali. "Pernah saya bermain badminton dan kemudiannya disapa oleh peminat dengan panggilan Kak Xi-La. Saya terperanjat mereka kenal saya. "Mereka terima saya sebab bakat dan penampilan bukan penghalang utama untuk mengeratkan silaturahim," katanya yang bakal melancarkan pertandingan menguruskan badan, Shilalas Biggest Loser dalam kalangan peminatnya. Penyanyi yang pernah membuat persembahan di New York, San Francisco dan Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) ini juga mengakui terpaksa menjadi pendatang baharu ketika berada di China. Jika hendak dibandingkan dengan beberapa penyanyi SMG yang sudah lama bertapak di sana, sudah pastilah nama Shila agak terkebelakang. Bagaimanapun sebagai penyanyi yang menceburi bidang seni sejak kecil itu dia tidak gentar malah bersedia untuk menyerap apa juga perkara baharu yang dipelajari sepanjang menetap di sana. |
| Anuar, Dayang saling melengkapi Posted: 26 May 2013 08:35 AM PDT Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT Bagaimanapun kemesraan yang dipamerkan itu disalahertikan. Ada yang mengatakan wujud hubungan istimewa yang sengaja disembunyikan daripada pengetahuan umum. Sehinggakan ada yang mendesak agar mereka segera disatukan. PERSAHABATAN yang terjalin antara mereka menyebabkan keserasian mudah terjalin. Bagaimanapun kemesraan yang dipamerkan itu disalahertikan. Ada yang mengatakan wujud hubungan istimewa yang sengaja disembunyikan daripada pengetahuan umum. Sehinggakan ada yang mendesak agar mereka segera disatukan. Permintaan tidak munasabah sebegitu sememangnya kerap kali diajukan kepada penyanyi popular Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah sehingga adakalanya menimbulkan perasaan bosan. "Saya dan Dayang berkawan sejak tahun 1998 lagi. Dia adalah penyanyi hebat dan mengkagumkan di kaca mata saya. "Setiap kali kami menyanyi duet, Dayang tidak pernah mengecewakan kerana dia mempunyai penjiwaan yang kuat dalam setiap nyanyiannya. "Itu adalah keistimewaan Dayang yang kadangkala mengheret emosi saya juga. Tapi perlu diingat bahawa itu sekadar hubungan profesional di atas pentas. Kami sekadar melengkapi antara satu sama lain pada saat itu," tegas Anuar ketika ditemui baru-baru ini. Menafikan wujud perasaan cinta, penyanyi lagu Lelaki Ini lebih gemar mengatakan hubungannya dengan Dayang sekadar abang dan adik. Perasaan lebih daripada itu tidak mungkin wujud kerana mereka selesa sekiranya tidak meletakkan batasan tersebut setiap kali bekerjasama. Begitu juga dengan Dayang yang merasakan perkara tersebut seakan-akan tidak wajar dipanjangkan. Mengakui menghormati Anuar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang nyanyian, Dayang turut menerima tempias jika namanya dikaitkan. "Pada mulanya saya anggap sebagai usikan manja. Bila orang tanya seboleh-bolehnya saya cuba mengelak. "Tetapi apabila kerap ditanya, saya jadi malas nak ulas. Lagi pun wanita bujang seperti saya ini tidak manis bercakap pasal hubungan secara terbuka. "Sebaliknya saya menyatakan rasa bertuah kerana dapat berduet dengan penyanyi hebat seperti Anuar. Dia juga impian para penyanyi untuk berduet sama," katanya. Konsert amal anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Petronas cukup bermakna kerana dapat mengumpul dana buat badan-badan kebajikan, rumah orang tua dan rumah anak yatim terpilih. Maka lahirlah album berjudul Anuar dan Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas yang berada di pasaran pada hari ini. Biarpun konsert tersebut sudah hampir setahun tetapi persembahan di DFP itu dijadikan detik terindah buat kedua-dua penyanyi tersebut. Ini kerana mereka berpeluang mengunakan khidmat pemuzik profesional bagi menyemarakkan kolaborasi seni kedua-dua artis dinamik tersebut. Antara pemuzik yang terlibat adalah pengarah muzik, Jenny Chin bersama penampilan khas Mac Chew (keyboard), Aji (gitaris), Kelly (bass), Steve Thornton (genderang), John Thomas (pemain drum) serta Eja dan Widy (penyanyi latar). "Peluang bekerjasama dengan barisan nama terhebat itu menyebabkan kami mahu ada kenangan untuk dikongsi bersama peminat. "Sebab itu lahirlah album ini walaupun memakan masa hampir setahun untuk disempurnakan," kata Anuar tentang projek khas tersebut. Album Anuar dan Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas memuatkan 10 lagu yang dipilih dengan empat daripadanya lagu duet. Antara lagu yang termuat ialah Bila Resah, Mana Mungkin, Perlukan Cinta, Kembalilah Sayang, Hakikat Cinta/Keabadian Cinta, Cinta Harus Memiliki, Biar Akhirnya Di Sini dan Sedetik Lebih. |
| You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Berita Harian: Hip |
| Posted: 25 May 2013 04:36 PM PDT Dua beradik yakin walaupun tidak menduduki SPM mereka boleh jadi artis berjaya Kali pertama pasangan artis adik beradik, Emma dan Chacha Maembong digandingkan sebagai penghias muka depan B*POP selepas hampir tiga minggu mengatur pertemuan mereka, gara-gara kesibukan di lokasi penggambaran. Sekalipun tinggal sebumbung, namun mereka amat jarang bersua muka di rumah lantaran jadual penggambaran yang bertindih. Justeru, pertemuan mereka di Balai Berita, baru-baru ini boleh dianggap formal apabila menjayakan sesi fotografi sulung yang dirancang. Beliau bernasib baik apabila sering ditawarkan watak utama, sekali gus nama menjadi sebutan ramai, tambahan pula apabila dia dihambat kontroversi sebaik gambar mesranya bersama bekas kekasih tersebar di internet, popularitinya naik mendadak. Berbeza dengan Chacha apabila dia mula berlakon ketika berusia 13 tahun, tetapi sekadar membawakan watak pembantu. Hanya kebelakangan ini saja, namanya menjadi pilihan apabila kakaknya turut memainkan peranan memperkenalkan Chacha kepada industri. Selepas Emma, kini Chacha juga bernaung di bawah pengurusan Wire Fame Entertainment milik pelakon, pelawak dan pengacara popular Zizan Razak. Chacha mengakui sejak menjadi artis residen syarikat berkenaan, peluang lakonannya tidak putus. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Berita Harian: Hip |
| Posted: 24 May 2013 04:26 PM PDT Aktres Indonesia akui aksi terlampau bersama Ariel Peterpan tetap jadi sejarah hitam Titik hitam yang berlaku sukar dipadamkan dalam riwayat hidup aktres terkenal Indonesia, Luna Maya, 29. Apakah mungkin ia menjadi episod hitam yang terus dikenang selama-lamanya? Usah bertanya lagi tentang Ariel, kami masih kawan. Saya sudah bosan, setiap kali melihat wajah saya, pasti nama Ariel dikaitkan. Cerita dulu saya sudah tutup buku. Kini, saya lebih senang menyendiri," Luna Kunjungan Luna ke Kuala Lumpur untuk memperkenal dan mempromosikan filem pertama arahan dan terbitannya berjudul Pintu Harmonika turut menerima tempias sama. Bagaimanapun, Luna seakan bersedia, biarpun raut wajahnya masih malu dan sukar meluahkan apa yang pernah berlaku. Luna, bagaimanapun menjawab persoalan dengan baik dan manis muka, tanpa rasa tersinggung. Wartawan B*POP sempat menemubual Luna secara eksklusif sejurus sidang akhbar filem Pintu Harmonika di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, minggu lalu. Filem terbitan Malka Pictures yang diarahkan Luna bersama dua lagi pengarah wanita, Ilya Sigma dan Sigi Wimala disiarkan serentak di pawagam seluruh Indonesia dan saluran Astro First sejak 23 Mei lalu. Jujurnya, Luna mengakui: "Tahun 2010 menjadi sejarah hitam yang tidak mampu dilupakan. Biarpun, sukar menempuhnya, tapi akhirnya, saya merasakan banyak hikmah di sebalik apa yang berlaku. Kalau saya tidak kuat menghadapinya, mungkin saya sudah membunuh diri atau jadi gila. Tapi, Tuhan Maha Kaya, Tuhan memberi kekuatan yang luar biasa. "Awalnya, saya melalui detik yang terlalu sukar dalam hidup. Sudahlah terpalit malu, saya pula bakal didakwa di mahkamah ketika itu. Itulah, jika tiada kekuatan, mungkin saya sudah menamatkan hidup. Bagaimanapun, saya bukanlah terdesak sampai melakukan perbuatan yang ditegah agama. Saya masih waras. Jika saya fikir bebanan yang ditanggung berat, ada ramai lagi di luar sana menghadapi detik lebih sukar dalam hidup. Inilah ujian hidup saya. "Kadang kala timbul juga perasaan jahat apabila ada yang merenung saya. Apa yang mereka fikirkan ya? Tapi, sentiasa positif, biarlah mereka fikir apa pun, saya tidak mahu bebanan itu membuatkan saya berpenyakit. Kekuatan yang Tuhan memberikan membuatkan saya bernafas semula. Saya fikir, jika diri saya tidak dihimpit kontroversi ini, saya masih lagi sibuk dengan penggambaran sinetron dan filem yang tidak berkesudahan. Saya juga terikat dengan banyak projek lain sebagai duta. "Hidup saya sentiasa berkejar ke sana sini hingga saya tiada masa untuk diri saya. Jauh sekali mahu bercuti dengan keluarga. Terlalu penat hingga kadang kala saya saya rasa tidak berdaya. Bila dihimpit permasalahan ini, hidup saya amat terasa tekanan, tapi saya diberi ruang muhasabah diri dan menenangkan fikiran. "Saya dapat jalan penyelesaian selepas berehat lama menyendiri. Apa yang saya harapkan, saya dapat menggembirakan hati yang kerap terluka ini," katanya yang masih berhubung dengan Ariel sebagai teman, tetapi enggan mengulas panjang. "Usah bertanya lagi tentang Ariel, kami masih kawan. Saya sudah bosan, setiap kali melihat wajah saya, pasti nama Ariel dikaitkan. Cerita dulu saya sudah tutup buku. Kini, saya lebih senang menyendiri," katanya yang turut membintangi filem usaha sama Indonesia dan Jepun berjudul Killers. Menyentuh mengenai filem Pintu Harmonika, Luna berkata idea menghasilkan filem itu tercetus ketika dirinya berehat panjang. Sebelum ini, Luna pernah mengarahkan klip video beberapa penyanyi Indonesia dan filem pendek, Suci In The City pada 2008. "Itu yang saya katakan tadi, apa yang berlaku banyak hikmah di sebaliknya. Saya punya masa untuk menghasilkan skrip filem, selain mencari pelabur. "Sebenarnya dulu, saya hanya menjadi produser tapi apabila ada teman artis yang memberi ruang kepada saya untuk mengarahkan klip video mereka, saya rasa seronok. Keseronokan pula bertambah apabila saya sibuk di lokasi penggambaran. Saya belajar satu persatu kerja di belakang tabir. "Bukan mudah bergelar pengarah kerana saya perlu ambil tahu setiap perkara dan bekerja dengan lebih pelakon dan kru produksi. Kerja yang bukan mudah, tapi memberi kepuasan. "Filem Pintu Harmonika menampilkan tiga kisah yang dialami individu berbeza dalam konflik hidup. Berlatarbelakangkan kawasan kejiranan rumah kedai yang serba sederhana, watak-watak ini berkongsi pengalaman dalam tiga genre berbeza. Ada drama, komedi romantik dan seram. "Ia dibintangi Fauzan Nasrul, Karina Salim, Donny Damara, Barry Prima, Jenny Chang, Adam Putra Pertama dan Nasya Abigail. Pelanggan Astro yang ingin menonton hanya perlu membayar RM15 bagi setiap tempahan dan filem berkenaan akan ditayangkan dalam tempoh masa 48 jam selepas pembelian," katanya. |
| Posted: 24 May 2013 03:43 PM PDT Filem sekuel Fast and Furios 6 padat aksi, drama buat penonton tak senang duduk Kembali dengan aksi dan pengembaraan lebih mantap, kemunculan filem sekuel ikutan ramai iaitu Fast and Furious 6 cukup dinantikan. Siri keenam arahan sutradara Justin Lin ini lebih padat dengan aksi dan drama hingga ke penghujung cerita.
Selepas kejadian 'Fast Five', penjenayah profesional, Dominic Toretto (Vin Diesel) dan krunya menjadi kaya-raya tapi rekod jenayah menghalang mereka kembali ke negara sendiri. Ajen, Luke Hobbs (Dwayne Johnson) dari Diplomatic Security Service (DSS) memberi mereka pilihan, di mana dia akan melupuskan hukuman jika mereka membantu polis melumpuhkan kegiatan jenayah yang diketuai Owen Shaw (Luke Evans). Namun, itu bukanlah sebab utama Toretto dan krunya membuat keputusan menjejaki Shaw, sebaliknya mahu membawa pulang kekasih lama Torreto dan ahli kru mereka yang disangka sudah mati pada sekeul sebelum ini, iaitu Letty (Michelle Rodriguez). Bertambah rumit lagi apabila Letty yang menjadi pembantu kepada Shaw hilang ingatannya. Namun, atas semangat berkumpulan yang kuat, Toretto dan krunya bekerjasama menyelamatkan Letty daripada menjadi mangsa Shaw.
Hanya ada satu cara untuk mereka menghentikan jenayah Shaw iaitu dengan mengalahkannya di perlumbaan jalanan. Sinonim dengan sekuel ini, senjata, peralatan canggih serta kereta berkuasa tinggi menjadi penarik utama. Deruman kereta lumba membuatkan adrenalin penonton bertambah laju. Spekulasi bakal disambung Mengambil lokasi di kota London yang menjadi antara kota paling sibuk di dunia. Sutradara bijak bermain dengan lenggok drama dan aksi yang dipaparkan bagai tiada penamat. Penonton bukan sekadar tidak senang duduk melihat aksi dan adegan pertarungan dalam filem ini, malah sekali sekala ketawa dengan keletah kru Toretto yang mempunyai pelbagai ragam serta melucukan. Tidak hanya menyuntik elemen aksi dan menekan kehebatan sinematografinya di bandar besar, Fast And Furious 6 mendalami isu hubungan kekeluargaan yang boleh dicontohi. Sementara itu, penamat yang dipaparkan bagai memberi tanda-tanda adanya sambungan kepada kisah ini. Jadi penonton rasanya boleh mengharapkan kemunculan episod ketujuh kelak. Filem: Fast and Furious 6
|
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Berita Harian: Hip |
| Posted: 23 May 2013 05:26 PM PDT Juara program realiti yakin musim baru Akademi Fantasia 2013 (AF2013) mampu lahirkan artis relevan Program realiti, Akademi Fantasia (AF) kembali lagi selepas dua tahun 'direhatkan'. Kali ini, AF2013 menerima suntikan lebih segar membabitkan format, konsep dan kategori penyertaan seperti yang diumumkan Astro, semalam. Sebagai juara terakhir, saya berbangga melihat pencapaian abang dan kakak yang lebih dulu mencipta nama. Mereka mampu menempatkan diri sebaris dengan penyanyi, pelakon, hos dan penyampai radio popular" Hazama, Juara AF9 Artis AF pernah kuasai carta Bagi bintang yang lahir dari AF, mereka mengakui program realiti itu mampu melahirkan artis yang bukan saja berbakat ,malah relevan dengan perkembangan dunia muzik tempatan. Nama besar seperti Mawi, Hafiz, Stacy dan Hazama yang menguasai carta lagu dengan koleksi lagu hit sejak beberapa tahun lalu dianggap penanda aras kepada kejayaan AF melahirkan artis pelapis. Bagi juara AF musim ketiga (AF3), Mawi, 'kelahiran' semula AF2013 dianggap tepat pada masa. Mawi berkata, ramai peserta AF kini mencipta nama dalam cabang seni pilihan masing-masing. Bukan akademi biasa Juara AF6, Stacy yakin ramai generasi muda berbakat menanti kelahiran semula AF. Menurutnya, AF bagai sebuah institusi yang melatih anak muda mencabar potensi diri dan menyinar dalam industri seni. "AF bukan akademi biasa kerana sebaik keluar, kami dicabar untuk terus berani melangkah ke dunia realiti industri seni. Memang kami antara individu bertuah yang mendapat bimbingan secara formal walaupun hanya dalam tempoh singkat selain meraih pancaran glamor. "Namun, andai tiada keyakinan seperti yang sentiasa dititip tenaga pengajar, kami termasuk saya tidak mungkin sampai tahap sekarang," katanya. Juara AF7, Hafiz pula menafikan program realiti itu hanya mampu melahirkan bintang 'mi segera'. Landasan cari pelapis "Dulu ada yang melabel AF melahirkan bintang 'mi segera'. Cepat naik, cepat turun. Namun, melihat barisan penggiat seni yang digilap daripada pertandingan realiti, saya pasti tanggapan itu tidak boleh dipakai lagi," katanya. Hafiz berkata, AF kekal relevan dalam industri seni dan menjadi landasan melahirkan ramai bakat baru. "AF tetap relevan dalam menjadi landasan pelapis industri seni. Ini kerana program ini menyediakan pelajar dari aspek fizikal dan mental berdepan dunia hiburan sebenar," katanya. Hafiz berkata, AF kekal relevan dalam industri seni dan menjadi landasan melahirkan ramai bakat baru. "AF tetap relevan dalam menjadi landasan pelapis industri seni. Ini kerana program ini menyediakan pelajar dari aspek fizikal dan mental berdepan dunia hiburan sebenar," katanya. AF2013 bukan saja membuka peluang kepada peserta solo, malah menerima bakat berpasangan atau duo. Sebagai pembaharuan, peserta boleh memuat naik video nyanyian secara online atau menghadiri sesi uji bakat di lima lokasi iaitu Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Selangor. Kali ini, AF2013 membuka penyertaan kepada rakyat Singapura. Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli, berkata sejajar dengan perkembangan teknologi, Astro membuka penyertaan secara online bagi memudahkan peserta. "Dengan memperkenalkan uji bakat secara online kita dapat memudahkan lagi proses. Peserta tidak perlu lagi beratur panjang, malah mereka yang tidak berada dalam negara ketika proses uji bakat berlangsung tidak akan terlepas peluang keemasan ini. "Selain itu, proses ini juga dapat menjimatkan masa juri. Bagaimanapun, sesi uji bakat di beberapa lokasi masih diadakan. Ini kerana kami yakin tidak semua orang ada kemudahan untuk menghantar penyertaan secara online," katanya pada sidang media mengumumkan AF2013 di Kuala Lumpur, semalam. Musim baru program realiti yang mencetus fenomena ketika diterbitkan pada 2003 itu dijangka menemui penonton selepas Aidilfitri. Interaksi melalui laman sosial Sesuai penjenamaan semula AF2013, lagu tema Menuju Puncak yang diberi nafas baru diperdengarkan, selain memperkenalkan logo baru program realiti yang memasuki musim ke10 itu. Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, memberitahu pihaknya akan menggunakan medium laman sosial secara meluas dalam mempromosikan AF2013. Peserta juga akan didedahkan dengan penggunaan laman sosial seperti Twitter, Instagram dan Keekbagi membolehkan mereka berinteraksi dengan peminat. "Kali ini, kami akan membenarkan peserta berinteraksi dengan peminat bagi memberi pendedahan bagaimana hendak berdepan dan melayani peminat. "Interaksi dengan peminat ini penting kerana ia akan menjadi sebahagian daripada tanggungjawab mereka apabila bergelar artis. Seandainya mereka hanyut dengan populariti, inilah gunanya tenaga pengajar untuk membawa mereka ke landasan betul," katanya. Sementara itu, maklumat lain mengenai konsep keseluruhan, pengacara dan tenaga pengajar akan diumumkan pada sidang media lain. INFO: Tarikh dan Lokasi Uji Bakat Syarat uji bakat |
| Karnival Jom Heboh gegar Putrajaya Posted: 23 May 2013 05:08 PM PDT Lokasi ketiga janji aktiviti lebih menarik Selepas membuka tirai di Pulau Warisan, Kuala Terengganu diikuti Johor, acara padang terbesar TV3, Karnival Jom Heboh meneruskan kemeriahan ulang tahun ke-11 di Presint 2, Putrajaya, mulai esok dengan program lebih segar dan menarik.
Gerai Cereka menggabungkan program terbaru dari slot drama, hiburan, majalah dan dokumentari. Antara artis yang akan turun padang ialah Sherry Ibrahim (bintang Akasia : Teduhan Kasih); Syatilla Melvin (Azalea : Kalau Bukan Aku); Jay Iswazir (Aksi : Karlos); Izzue Islam dan Azlee Khairi (Zehra : Sebenarnya Saya Isteri Dia); Qi Razali (Jalan-Jalan Cari Makan) dan ramai lagi. Tidak ketinggalan pelakon filem Kil dan Pecah seperti Cristine Suzanne, Redza Minhat dan Ako Mustapha. Peluang tonton episod drama bersiri akan datang Gerai Studio 3 memberi peluang kepada penonton setia TV3 menyaksikan episod akan datang drama bersiri TV3. Antaranya Karlos; Kisah Cinta; Sebenarnya Saya Isteri Dia; Epilog Cinta Khirana; Teduhan Kasih dan Iman Nabila. Pengunjung hanya perlu menderma di pintu masuk Studio 3 untuk mendapatkan tiket.
Wow! Bag Booth pula menjual koleksi cenderahati eksklusif dari semua rangkaian televisyen dan radio Media Prima Berhad seperti TV3, TV9, ntv7, 8TV, Bananana!, HOT FM dan Tonton. Pengunjung juga boleh beramah mesra dengan artis jemputan seperti Alex Yanz, Riz Amin, Zalif Sidek dan Nur Risteena. Persembahan band indie Sementara itu, khusus untuk pengunjung generasi muda, TV9 membawa barisan band Indie seperti Oh Chentaku, Bunkface, OAG dan Go Gerilla, mulai jam 9 malam, Ahad ini. Sehubungan itu, jangan lupa hadir pada Karnival Jom Heboh di Putrajaya selama dua hari mulai esok untuk bertemu artis pujaan dan memenangi hadiah menarik. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Berita Harian: Hip |
| Posted: 22 May 2013 03:39 PM PDT Amy ajak peminat saksi gimik dua band rock terhangat pada konsert di Stadium Merdeka, bulan depan Magis dua tahun lalu bakal berulang dalam skala lebih besar. Peluang berkongsi pentas sekali lagi dengan band heavy metal antarabangsa dari Jepun, Loudness cukup dinantikan vokalis kumpulan Search, Amy.
Selain Search, konsert anjuran Clockwork Events Malaysia turut dihangatkan dengan persembahan kumpulan Rusty Blade dari Singapura dan band rock legenda Indonesia, Slank. Tak sabar bertemu idola Biarpun pernah berkongsi pentas dua tahun lalu pada kunjungan pertama Loudness ke Kuala Lumpur, Amy tetap teruja dan tidak sabar untuk bertemu dengan kumpulan yang cukup dikagumi mereka. "Loudness menjadi idola kami sejak dulu lagi. Malah kami sering membawakan lagu mereka ketika menyanyi di kelab. Peluang berduet dengan Minarou dua tahun lalu umpama mimpi, saya tidak pernah terfikir akan mendapat peluang begitu.
Dalam konsert itu, Search akan membawa penonton bernostalgia dengan lagu popular mereka dari album pertama hingga kelima. Album itu ialah Cinta Buatan Malaysia, Langit dan Bumi, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Fenomena dan Karisma yang diterbitkan dari 1985 hingga 1990. Bagai festival rock Pengarah Projek, Iman Tang, berkata Thunder In The East bakal menjadi sebuah konsert hebat mengatasi konsert pertama Loudness pada kunjungan pertama dulu.
"Kumpulan Loudness sangat gembira dengan sambutan yang amat baik pada kunjungan pertama dulu. Jadi, ketika kami menjemput mereka untuk konsert ini, Loudness segera memberi persetujuan. Anggota Loudness tidak menyangka mereka mempunyai ramai peminat di Malaysia. "Mengenai band lain, kami memilih kumpulan rock dari Asia yang berpengaruh kerana konsert ini bakal menjadi sebuah festival rock. Loudness setuju band gandingan "Search tidak perlu diperkenalkan lagi kepada Loudness. Bagi dua kumpulan lain, kami menghantar profil kepada anggota Loudness dan ternyata mereka gembira dengan gandingan dicadangkan," kata Iman. Loudness yang ditubuhkan pada 1981 mula dikenali selepas menghasilkan album Inggeris pertama berjudul Thunder In The East pada 1985. Kumpulan ini dianggotai Minarou Niihara selaku vokalis, Akira Takasaki (gitar solo); Masayoshi Yamashita (bass) dan pemain dram baru, Masayuki Suzuki. Suzuki atau lebih dikenali sebagai Ampan menggantikan pemain dram asal, Munetaka Higuchi yang meninggal dunia akibat barah hati pada 30 November 2008. Tiket Konsert Thunder In The East berharga dari RM138 hingga RM888. Tiket boleh didapati di www.ticketpro.com.my, manakala maklumat mengenai konsert boleh diperoleh dengan melayari www.clockwork.my. |
| Dira tidak mahu toleh ke belakang lagi Posted: 22 May 2013 03:36 PM PDT Tidak menyesal mengundurkan diri daripada rancangan hiburan popular, Melodi, Dira Abu Zahar tidak mahu memandang ke belakang dan mengimbas kontroversi yang pernah melanda dirinya, suatu ketika dulu. Malah, Dira tidak pernah meletakkan noktah dalam perjalanan seninya serta masih aktif berlakon cuma lebih selektif. Saya tak pernah umum akan berhenti berlakon. Ini kerana saya tak boleh tolak tawaran seni. Ini dunia saya dan saya masih lagi aktif" Dira, Pelakon Sibuk berlakon "Saya baru saja habis penggambaran drama bersiri 40 episod Dahlia. Jika semuanya jadi, saya akan terbabit dengan program travelog yang akan menjalani penggambaran di Sabah. Selain itu, saya akan membintangi filem Tolong yang memilih lokasi di negeri sama. Dira mengacara Melodi bersama Zizan sejak Mac 2011 hingga Mei 2012. Bagaimanapun, kontraknya bersama Melodi ditamatkan berikutan ketika itu dia berdepan isu peribadi. Lari cabar diri Memberi lebih keutamaan kepada bidang lakonan, isteri kepada pengarah filem Bikers Kental, Mohd Helmi Mohd Yusof ini memilih tawaran berlakon berbanding pengacaraan. Minatnya lebih kepada bidang lakonan dan setiap watak dihidupkan dengan cara sendiri. Dira tidak gemar merujuk kepada mana-mana pelakon baik Hollywood atau rantau ini kerana tidak mahu terikut-ikut dengan gaya pelakon lain. Membintangi filem aksi Lari bersama Aaron Aziz, Dira mengaku filem itu mencabar dirinya. Dira teruja kerana kali pertama dia menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur malah terpaksa berulang-alik ke Perlis selama sebulan. Seronok bekerja dengan Ahmad Idham "Saya tidak melakukan banyak aksi seperti Aaron. Saya menjadi anak nelayan dan mungkin disebabkan rupa kemelayuan saya, saya dipilih pengarahnya, Ahmad Idham. Seronok sebab saya tak perlu tampak cantik selalu dan kena bertahan di bawah cuaca panas. "Ini projek pertama saya bersama Ahmad dan seronok bekerja dengannya. Ahmad Idham tahu apa yang dimahukan serta serius ketika bekerja. Tapi kami masih lagi santai dan tidak rasa tertekan," tambahnya yang melakonkan watak Maya. Filem Lari mula menjengah pawagam pada 6 Jun depan. Selain Aaron dan Dira, pelakon lain yang terbabit ialah Hazama Azmi, Erin Malek dan Erry Putra. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Berita Harian: Hip |
| Posted: 21 May 2013 03:38 PM PDT Ubah format ikut faktor semasa, pengumuman rasmi esok Walaupun pernah mengumumkan Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) sebagai musim terakhir, program yang hampir dua tahun dihentikan itu bakal kembali mewarnai kaca televisyen, tidak lama lagi. Ini waktu yang sesuai untuk mengembalikan AF." Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden Perniagaan Melayu ASTRO Kemunculan semula program realiti penuh drama yang diperkenalkan pada 2003 itu mula diperkatakan peminat, sejak akhir-akhir ini. Namun, rata-rata berpendapat kehadiran semula AF sebagai tidak relevan. Ini kerana melihat kerjaya sesetengah peserta termasuk juara bagai tidak ke mana. Namun, Khairul Anwar menyangkal dakwaan itu. Dia memberi contoh beberapa nama yang cemerlang dalam industri yang lahir daripada AF seperti Hafiz, Adira, Stacy dan Hazama. "Saya kurang bersetuju apabila ada yang mengatakan kehadiran semula AF tidak relevan. Bagi saya, ia perkara biasa apabila sesetengah peserta 'menjadi' dan ada juga tidak mencapai matlamat. "Ini lumrah dunia seni. Ada peserta yang diangkat sebagai pemenang tetapi tidak berjaya mencipta nama sebagai penyanyi. Sebaliknya, mereka yang tidak menang pula berjaya melakar nama. Semua ini bergantung kepada disiplin dan sikap artis itu sendiri," katanya. "Selama AF dihentikan, kami melakukan pelbagai kajian dan mencari formula melonjakkan kembali program ini. AF menjadi tulang belakang yang penting kepada Astro dan kebetulan pula sudah agak lama kami tidak mempunyai program mencari bakat baru kecuali Raja Lawak. "Jadi kami fikir ini waktu yang sesuai untuk mengembalikan AF" katanya. Manfaat laman sosial tarik peminat Bukan setakat itu, Astro mengambil inisiatif bertemu dengan pemilik program terbabit dua kali ketika menyertai pasaran televisyen di Singapura dan Perancis. Khairul Anwar bagaimanapun enggan mendedahkan sama ada konsep 'mengurung' peserta di sebuah banglo seperti dilakukan pada musim pertama hingga kesembilan, akan diteruskan. "Apa yang akan diperkenalkan untuk musim terbaru hanya didedahkan pada sidang media nanti. Setakat ini apa yang boleh saya beritahu, kita akan mengubah sedikit format program itu bagi disesuaikan dengan keadaan sekarang. "Kita akan menggunakan laman sosial sebagai medium untuk mengetengahkan kembali program ini. Sebelum ini, kami tidak dibenar menukar langsung format program itu. Ia menjadi salah satu sebab kenapa AF diberhentikan seketika. "Tetapi selepas dua pertemuan dengan pemilik program itu, akhirnya kami diberi kebenaran untuk mengubah sedikit format AF," katanya. Info Senarai Pemenang AF |
| Posted: 21 May 2013 03:30 PM PDT Enggan desak Yusry tawarkan watak dalam filem terbitan KRU, tak suka ambil kesempatan Biarpun memegang status isteri kepada orang kuat KRU Studios, tidak sesekali Lisa Surihani menggunakan kelebihan itu untuk memenuhi hasrat berlakon di bawah arahan suami, Yusry Abdul Halim.
Bukan bimbang hasrat terbabit ditolak, sebaliknya Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23 itu enggan campur tangan, selain yakin masanya akan tiba tanpa perlu meminta-minta. "Saya mengagumi hasil kerja Yusry sejak filem Cicakman lagi. Memang andai diberi peluang, saya mahu bekerja dengan ramai lagi pengarah termasuk dia, Uwei serta beberapa nama lain. "Kami pernah membincangkan perkara ini, tetapi tidaklah secara serius. Yusry pentingkan kesempurnaan, jadi setiap produk atau hasil kerjanya termasuk barisan pelakon dipilih bersandarkan kesesuaian," katanya yang berganding dengan suami buat julung kali menerusi filem Ular. Ditemui pada majlis penyampaian hadiah Peraduan Snack & Win Mister Potato, rancak bicaranya berkongsi pelbagai cerita. Walaupun letih sepanjang malam di lokasi penggambaran filem terbaru, Manisnya Cinta, Lisa tetap ceria sepanjang tiga jam acara berlangsung.
Tidak hairan, sikap 'lebih kurang' serta disiplin tinggi yang diamalkan sejak menceburi dunia seni kira-kira enam tahun lalu membuatkan dirinya terus menjadi rebutan rumah produksi dan jenama terkenal. Hingga kini, pemegang ijazah undang-undang itu menjadi antara selebriti yang diangkat sebagai duta produk sekali gus menepis dakwaan artis yang sudah mendirikan rumah tangga akan pudar auranya. "Syukur kerana dari dulu hingga kini rezeki saya dipermudahkan. Walau tanpa bernaung di bawah syarikat pengurusan, dengan bantuan ibu selaku pengurus, kami masih dapat membahagikan masa sebaik mungkin. "Jika melihat jadual harian, ia agak meletihkan. Namun, saya belajar menguruskan masa. Setiap malam, saya dan ibu akan duduk bersama untuk meneliti jadual esok bagi membuat persediaan termasuk dari segi masa, persalinan dan sebagainya," katanya. Bakal umum projek bisnes Ditanya sama ada meminta pandangan Yusry setiap kali menerima tawaran berlakon atau menjadi jurucakap produk, Lisa berkata, Yusry bersikap terbuka dalam semua perkara termasuk memberi kebebasan membuat pertimbangan wajar, selain belajar selok-belok perniagaan. Diaju pula hasrat mengeluarkan jenama sendiri ketika namanya meniti puncak populariti, sambil tersenyum manis, Lisa mengaku ada perancangan ke arah itu. Namun, dalam masa terdekat, Lisa akan bekerjasama dengan sebuah syarikat untuk promosi semusim. "Nantilah, pengumuman mengenai kerjasama itu akan diadakan sedikit masa lagi. Tiada pula kejutan kalau saya cerita sekarang. Soal jenama sendiri, ia perlu diperincikan sebaik mungkin, namun saya teruja menunggu saat itu," katanya. Pada majlis itu, Lisa menyerahkan Chevrolet edisi terhad iaitu Captiva, Sonic dan Cruze yang disertakan autograf pemain Manchester United kepada tiga pemenang utama. Ganjaran terbaru selepas Ultimate Manchester United Experience dan kemeriahan berparti di Old Trafford 2011 kepada peminat Red Devils itu seiring dengan kemunculan Chevrolet sebagai rakan automotif rasmi kelab berkenaan. Lisa yang meminati pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sempat berjenaka apabila cuba 'melarikan' replika kunci kereta sebelum menyerahkannya kepada pemenang. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |