Adsense

Jumaat, 28 Disember 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Di Majlis Pernikahan Siti Fazurina Dan Hykal

Posted: 28 Dec 2012 12:22 AM PST

gambar Pernikahan Siti Fazurina (4)
Pasangan pegantin baru Siti Fazurina dan Hykal Zulkifli ini telah selamat dinikahkan dengan mas kahwin sebanyak RM2,012 di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang kira-kira pukul 3.40 petang pada hari Khamis minggu lalu.. Pada Majlis pernikahan itu, Siti Fazurina telah menerima wang hantaran sebanyak RM30,000 dan kedua-dua pengantin baru ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi yang bakal berlansung di Sungai Petani Kedah dalam bulan Februari nanti..

Sementara menunggu majlis resepsi mereka berdua diraikan, jom kita layan dulu 5 keping gambar disekitar majlis pernikahan Siti Fazurina Dan Hykal yang dihambat kontroversi baru-baru ini…

Gambar Di Majlis Pernikahan Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha

Posted: 27 Dec 2012 10:34 PM PST

Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha nikah (13)
Tahniah MyGosip ucapkan buat penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, kerana dengan hanya sekali lafaz sahaja beliau telah sah dinikahkan dengan Leuniey Natasha kira-kira jam 10.30 pagi tadi.. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Tua Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib di kediaman keluarga Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.. Hampir 300 orang tetamu yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis pernikahan Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha ni…

Di Majlis pernikahan ini juga, Leuniey Natasha telah menerima wang hantaran sebanyak RM19,000 dimana angka 19 merupakan simbolik nombor bertuah Apex… Selain itu Leuniey Natasha menerima tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada sepasang persalinan, minyak wangi, alat solekan, jam tangan, beg tangan, kasut, cincin serta sirih junjung.

Manakala sebagai balasan, Khairul Fahmi pula menerima tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada Sepasang kain, jam tangan, kasut, minyak wangi, cincin dan sirih junjung, dompet serta tali pinggan dan kemeja.

Kedua-dua pengantin baru ini telah mengayakan busana sedondon berona putih. Khairul Fahmi segak berbaju Melayu sementara Leuniey Natasha pula anggun mengenakan baju kurung moden tradisional sentuhan pereka terkenal Ezuawan Ismail.

Selepas majlis pernikahan ini, kedua-dua pengantin akan diraikan dalam majlis resepsi belah pengantin perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan pada 30 Disember ini dan diikuti dengan majlis resepsi belah pengantin lelaki di kediaman keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu, Kelantan pada 5 Januari 2013.

Sementara menunggu Majlis resepsi mereka berdua, Jom kita layan dulu gambar disekitar majlis pernikahan Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha kat bawah ni…

Khamis, 27 Disember 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Leuniey Terkilan Isu Bapa Kandung

Posted: 26 Dec 2012 07:46 PM PST

Apek dan Leuniey bakal mendirikan rumah tangga pada Jumaat ini.
PETALING JAYA: Bakal isteri penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) iaitu Leuniey berasa kecewa apabila tuduhan dia mengabaikan bapa kandungnya menjadi bualan panas sebelum menjelang perkahwinannya pada Jumaat ini.
Leuniey atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha, 21, berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia merupakan hal dalaman keluarga.
Malah dia juga terkejut apabila bapanya, Jaafar Mohamad, mendakwa tidak dijemput menghadiri majlis pernikahan itu.
"Saya terkilan dengan kontroversi yang tidak sepatutnya menjadi tatapan ramai.
"Tetapi saya cuma anggap hal itu berlaku kerana ayah mungkin terlalu beremosi pada ketika itu. Mungkin juga dia inginkan perhatian daripada saya sebagai seorang anak, entah saya tidak pasti.
"Apa-apa pun, perkara ini benar-benar buatkan saya kecewa kerana banyak lagi urusan perkahwinan yang perlu diselesaikan," katanya yang dihubungi dekat sini, petang Rabu.
Pada Selasa lalu, , Jaafar telah meluahkan rasa terkilan tidak dijemput menghadiri majlis pernikahan anak sulungnya itu dengan Apek, 23.
Dia juga mengatakan rasa sedih tidak dapat menyaksikan majlis akad nikah pasangan berkenaan yang akan berlangsung di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan itu.
Leuniey merupakan anak sulung Jaafar hasil perkahwinannya dengan Nor Laila Abu Bakar, 40, sebelum bercerai 10 tahun lalu.
Lelaki itu kini tinggal bersama isteri baru dan dua anak lelakinya di mana seorang daripadanya merupakan adik Leuniey berusia 19 tahun.
Sementara itu, tambah Leuniey, pada Selasa lalu, dia telah bertemu dengan Jaafar, namun kedua-dua mereka tidak membangkitkan isu tersebut bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.
"Kami ada berjumpa, tetapi masing-masing tidak buka cerita pun tentang kenyataan ayah itu. Biarlah.
"Saya tidak mahu perkara itu menjadi bebanan dalam keluarga. Saya anggap ia sebagai dugaan kami sekeluarga," ujarnya.
Pasangan itu akan bernikah pada Jumaat ini, pukul 9.00 pagi manakala majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan di Hotel Renaissance, Kota Baharu dua hari selepas itu.
Persandingan di sebelah pengantin lelaki pula akan berlangsung di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari 2013.
Dalam pada itu, pasangan itu turut mengadakan satu lagi majlis resepsi di Hotel Royale Bintang, Damansara pada 13 Januari tahun depan, pukul 8 malam.
Apek dan Leuniey mula menjalin hubungan selepas terlibat dalam pembikinan iklan minyak wangi SimplySiti Eau De Parfum milik penyanyi Siti Nurhaliza awal tahun ini.
- ---

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Suka wanita berusia?

Posted: 26 Dec 2012 02:28 PM PST

Pelakon, Zulkifli Ariffin nafi hubungan dengan 'orang kuat' Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai sekadar cinta lokasi

Dilontar pertanyaan mengenai gosip percintaan, jejaka berbadan tegap, pelakon, Zulkifli Ariffin akhirnya mengaku dia sedang menjalin hubungan istimewa dengan Penerbit Eksekutif Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB), Gayatri Su-Lin Pillai.

Biarpun pada mulanya, Zulkifli atau mesra disapa Zul, tampak kurang selesa dengan persoalan itu, Zul tidak segan silu mengakui mereka makin rapat sejak tujuh bulan lalu.
Saya tahu ramai yang bertanya hal ini. Tapi sebenarnya, tidak benar saya meminati wanita lebih tua. Saya suka dengan Gaya disebabkan personaliti yang dimilikinya, bukannya melihat kepada umurnya," Zulkifli Ariffin, Pelakon

Akuinya, perhubungan mereka terjalin selepas selesainya penggambaran filem Penanggal yang menemukan mereka.

Namun, jejaka berusia 26 tahun ini menolak ia tidak lebih daripada cinta lokasi. Ini kerana katanya, dia dan Gaya mula berkenalan serta menjadi semakin rapat selepas selesai penggambaran filem arahan Elly Suriati itu.

Zul menolak anggapan bahawa dia lebih meminati wanita berusia. Ini disebabkan teman wanitanya sebelum ini, Abby Abadi juga berbeza usia dengannya.

"Saya tahu ramai yang bertanya hal ini. Tapi sebenarnya, tidak benar saya meminati wanita lebih tua. Saya suka dengan Gaya disebabkan personaliti yang dimilikinya, bukannya melihat kepada umurnya.
"Melihat pada kredibiliti Gaya, penggiat seni semua kenal siapa dia. Saya suka dia bukan melalui reputasi yang dimilikinya, sebaliknya pada personaliti dirinya," katanya kepada HIP.

Bercerita lanjut mengenai hubungannya dengan Gaya, Zul berkata:
"Filem Penanggal dijalankan pada Disember tahun lalu. Selepas habis penggambaran filem itu, kami selalu keluar bersama.

"Boleh dikatakan kami sedang mengenal hati budi masing-masing. Kami baru menjalin hubungan. Mana tidaknya, baru tujuh bulan. Banyak lagi yang perlu kami lalui dan semua ini mengambil masa," katanya yang menetapkan mahu berumah tangga sebelum dirinya mencapai usia 30 tahun.

Zul ditemui pada majlis pelancaran filem Bikers Kental, keluaran TUSB yang diarahkan Helmi Yusof. Majlis itu berlangsung di perkarangan tempat letak kereta berhadapan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), baru-baru ini.

Teliti pilih watak

Teruja memegang salah satu watak dalam filem Bikers Kental, Zul sebelum ini tidak pernah menunggang motosikal berkuasa tinggi. Namun, disebabkan watak Arbi, Zul mula jatuh cinta dengan dunia permotoran.

Akuinya, filem itu mengajar dirinya menunggang motosikal berkuasa tinggi. Lantas Zul menyimpan impian untuk membeli sebuah motosikal berkuasa tinggi. Mana tidaknya, dalam filem itu, Zul perlu menunggang motosikal dari Kuala Lumpur hinggalah ke Thailand.

Disebabkan komitmen dengan filem itu, Zul tidak mengambil tawaran berlakon drama. Justeru, wajahnya dilihat kurang menghiasi televisyen sejak kebelakangan ini. Ini diakui sendiri Zul di mana selepas berakhirnya penggambaran Bikers Kental, dia berehat empat bulan.

"Sekarang, saya sedang dalam penggambaran drama bertajuk Debunga Lalang yang akan disiarkan pada 31 Disember ini. Sejak komitmen dengan Bikers Kental, memang saya tak berlakon drama. Drama terakhir saya adalah bersama RTM pada Mei lalu.

"Saya pun sudah berehat agak lama, empat bulan saya tidak berbuat apa-apa. Jadi, sekarang saya mahu aktif berlakon drama. Saya sebenarnya bukan memilih filem atau drama, sebaliknya melihat kepada watak yang ditawarkan," tambahnya lagi yang mengharapkan tahun baru 2013 membuka lebih banyak pintu rezeki buatnya.

KPKK pantau elak dana disalah guna

Posted: 26 Dec 2012 02:25 PM PST

Pemberian Insentif Dana Industri Kreatif Negara kepada 93 syarikat produksi berjumlah RM5 juta oleh kerajaan bukan bersifat peribadi, sebaliknya sebagai galakan untuk pemain industri menghasilkan lebih banyak karya bermutu.

Tidak mahu melihat pemberian itu disalah guna untuk kepentingan peribadi, kerajaan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) akan memantau aliran keluar insentif berkenaan untuk tujuan pembangunan industri kreatif.

Walaupun agihan insentif dibuat mengikut karya yang dihasilkan dan tidak terlalu besar, Ketua Setiausaha KPKK, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, pemberian buat julung kali itu bertujuan meningkatkan peralatan penggambaran dan tenaga kerja produksi.

"Tujuan pemberian ini adalah untuk meletakkan semula kualiti drama dan filem dalam industri. Drama yang bagus datang daripada peralatan yang baik, pelakon yang bermutu dan tenaga kerja cekap. Jadi kita mengharapkan pemberian ini akan memulangkan semula hasil yang berkualiti kepada industri kreatif.

"Kementerian akan memantau sejauh mana insentif ini digunakan mengikut kualiti yang kita kehendaki," katanya yang mengharapkan pengagihan insentif itu ditambah tahun depan.

Bukan saja untuk pasaran tempatan, pemberian insentif itu juga bertujuan memberi galakan kepada pemain industri untuk menghasilkan karya yang bermutu tinggi untuk pasaran luar negara.

93 produksi layak terima insentif
Sepanjang tahun ini saja, lebih kurang dua juta produk industri kreatif dipasarkan ke luar negara dengan nilai RM400 juta. Kadar dijangka meningkat kepada RM3 bilion menjelang 2015.

"Kita tidak mahu produk yang dihasilkan hanya untuk simpanan dan pasaran tempatan saja, sebaliknya menjadi permintaan dari luar negara.

"Setiap syarikat menerima jumlah insentif berbeza mengikut kualiti, produk, skrip, kesan khas dan rating penonton. Usaha kerajaan ini dapat meningkatkan lagi kualiti filem dan drama pada masa depan," katanya.

Ada lebih 400 hingga 500 pembekal yang menerbitkan drama dan telefilem kepada RTM, namun hanya 93 syarikat yang layak menerima insentif berdasarkan kriteria yang ditetapkan RTM.

Antara penerima insentif adalah Excellent Pictures Sdn Bhd; Rumah Karya Citra Sdn Bhd; Saujana Media Sdn Bhd; Suhan Movie Trading Sdn Bhd; Cinematic Pictures Sdn Bhd dan Global Network Sdn Bhd.

Kadar insentif diselaraskan oleh semua stesen televisyen (TV) tempatan mengikut karya yang dihasilkan mereka iaitu bagi drama bersiri bernilai RM45,000 setiap episod, telefilem (RM100,000P) dan program berbentuk majalah atau dokumentari bernilai RM25,000.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Bekas Ahli Kumpulan Ruffedge Nafi Rogol Anak Tiri

Posted: 26 Dec 2012 11:18 PM PST

Ruffedge
Salah seorang bekas ahli kumpulan Ruffedge telah dihadapkan di Mahkamah Seksyen atas tuduhan merogol anak tirinya yang berusia 14 tahun pada Februari lalu… Bagaimanapun tertuduh yang hadir memakai baju kemeja-T berwarna biru di mahkamah ditemani ibu bapa dan beberapa rakannya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad.

Tertuduh yang berusia 37 tahun telah di dakwa melakukan perbuataan berkenaan pada pukul 9 pagi, 9 Februari lalu di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, Kuala Lumpur.

Bagi kesalahan tersebut, dia akan didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat jika disabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Dalina Ali tidak tawarkan jaminan atas alasan tertuduh mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar diberi jaminan kerana dia perlu menyara kedua anak kandungnya.

Hakim Roszianayati membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh tinggal serumah dengan mangsa dan tidak mengganggu mangsa.. Mahkamah menetapkan 25 Januari depan sebagai sebutan semula.

Bapa Kandung Leuniey Sahkan Tidak Akan Hadir ke Majlis Pernikahan Apek

Posted: 26 Dec 2012 10:43 PM PST

Leuniey kahwin
Setelah 2 akhbar mengeluarkan kenyataan bapa kandung kepada Leuniey Natasha yang terkilan apabila dia tidak dijemput ke majlis pernikahan anak sulungnya bersama Khairul Fahmi Che Mat (Apek) jumaat ini akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila Leuniey Natasha sendiri telah menyerahkan kad jemputan kepada bapa kandungnya, Jaafar Mohamad itu semalam..

Perkara ini telah diberitahu sendiri oleh pengurus Apek yang menemani Leuniey dan sepupunya ke rumah Jaafar semalam untuk menyerahkan kad jemputan perkahwinan.. Kehadiran Leuniey itu telah disambut baik oleh Jaafar dan isterinya bersama adik kandung Leuniey yang tinggal bersama keluarga tersebut.

Namun bapa kandung Leuniey mengesahkan yang dirinya tidak dapat hadir pada hari bersejarah buat anaknya itu atas sebab-sebab tersendiri namun mendoakan kebahagiaan Leuniey dan Apek selain berharap majlis pernikahan itu dapat berjalan dengan lancar.

Leuniey berkata, keputusannya untuk menyerahkan sendiri kad jemputan itu kepada bapa kandungnya bukanlah disebabkan kenyataan akhbar sebelum ini, sebaliknya Leuniey sendiri yang telah berjanji sebelum ini untuk menyerahkan kad jemputan itu kepada bapanya..

Dalam pada masa yang sama, Leuniey juga tidk menyalahkan bapanya yang telah membuat kenyataan kepada media semalam kerana dia faham akan situasi bapa kandungnya itu. Dan sebagai anak, dia memang berharapkan kehadiran bapa kandung pada majlis paling bersejarah dalam hidupnya itu nanti..

Sumber:Murai

Selasa, 25 Disember 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


‘Doakan kami bahagia’

Posted: 24 Dec 2012 06:26 AM PST

"Saya memohon maaf kepada keluarga Fazurina dan memohon mereka merestui perkahwinan ini dan mendoakan kebahagiaan kami," kata Muhammad Hykal Zulkifli, 31, suami kepada pelakon, Siti Fazurina Mohd Famir, 30, yang mencetuskan kontroversi apabila dikatakan berkahwin lari, minggu lalu.

Muhammad Hykal yang juga seorang usahawan berkata, dia percaya Fazurina adalah insan terbaik untuk menjadi teman hidupnya selepas tertarik dengan kelembutan, kecantikan dan sikap pandai menjaga hati sejak berkenalan, dua tahun lalu.

"Walaupun perkahwinan ini menjadi isu, saya berharap segala kemelut dapat diselesaikan secara baik. Saya berharap hubungan Fazurina dengan ibu dan keluarganya akan kembali baik," katanya pada sidang media menjawab kontroversi tercetus di Hotel Sri Malaysia, Bayan Baru, Georgetown, semalam.

Turut hadir pada sidang akhbar itu, bapa Muhammad Hykal, Zulkifli Abu Bakar, 67, dan ibunya, Pauzi Abd Hamid, 59. Hadir sama, ibu Fazurina, Zubaidah Abu Bakar, 60, abang tiri Fazurina, Shahzuri Shaharudin, 36, serta dua adik Fazurina, Mohd Fauzi Mohd Famir, 24, dan Mohd Firdaus Mohd Famir, 22.

Keputusan muktamad Fazurina atau lebih mesra disapa Rina turut memohon supaya isu perkahwinan itu tidak lagi diperbesarkan. Rina juga memohon ampun dan maaf atas segala apa yang berlaku.

Pelakon drama bersiri Trilogi Cinta itu mendakwa, isu kahwin lari tidak timbul kerana perkahwinan mereka adalah sah di sisi agama dengan berwalikan bapa saudaranya, Mohamad Fami Freedam Shah di Masjid Jamek Sungai Pinang, Jelutong, di sini, pada jam 3.40 petang, Khamis lalu.

Rina berkata, biarpun majlis pernikahannya tidak dihadiri keluarga termasuk ibu dan adik -beradik lain akibat masalah keluarga yang berlarutan sekian lama, ramai sanak saudara-mara hadir membuat persiapan dan membantu mereka.
Rina berkata, dia terkilan dan kecewa apabila perkahwinan mereka dikecam ramai pihak termasuk keluarganya sendiri.

"Sebelum ini, saya pernah menemui ibu untuk berbincang, selain memohon restu untuk berkahwin sebaliknya ditolak.

Hati saya cukup terguris dengan apa yang terjadi kerana sebagai anak, saya pasti berharap perkahwinan ini direstui keluarga.

"Sebagai anak, saya tahu ibu kecil hati apabila saya bertindak begini, tetapi saya tidak mempunyai pilihan. Inilah keputusan muktamad dan tidak mungkin akan ditarik balik. Kami kini sah suami isteri kerana cinta, kasih dan sayang hanyalah untuk Hykal," katanya.

Selepas berakhirnya sidang akhbar itu, media sempat merakamkan aksi Rina yang menangis memeluk ibunya sambil memohon maaf. Bagaimanapun, media gagal mendapatkan kenyataan daripada Zubaidah yang segera meninggalkan majlis.

Resepsi di Pearl Island bulan depan Rina berkata, dia tidak pernah terlintas untuk mencetuskan kontroversi sejak menjadi anak seni 10 tahun lalu. Rina berpendapat, sudah tiba masanya untuk mendirikan rumah tangga dan Allah menemukan jodoh dengan Hykal sebagai suami dan pelindung buat dirinya.

Dia berharap masalah itu tidak berpanjangan, selain memohon maaf kepada semua pihak termasuk keluarga, peminat dan media kerana terpaksa merahsiakan perkahwinan itu.

"Saya berharap semua mendoakan kebahagiaan kami berdua. Insya-Allah, majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan di Pearl Island, Bayan Lepas pada 9 Februari depan," katanya yang menerima mas kahwin sebanyak RM2,012 dan hantaran sebanyak RM30,000.

Hadiah mahal Taylor Swift untuk kekasih

Posted: 24 Dec 2012 06:20 AM PST

Bertuah sungguh Harry Styles kerana mendapat limpahan kasih sayang kekasihnya, Taylor Swift. Penyanyi jelita ini rupa-rupanya memberikan hadiah mewah kepada Harry sempena Hari Krismas. Lebih istimewa, hadiah itu adalah benda yang sukar dicari di pasaran.

Sudah pasti anggota kumpulan One Direction itu berbesar hati menerima barangan berupa koleksi barangan bernilai kumpulan ikonik, The Beatles. Koleksi yang dikatakan sudah lama diidam Harry dilaporkan bernilai melebihi RM300,000. Taylor berusaha menjejaki barangan ini di banyak lokasi di Liverpool untuk mendapatkannya.

Terdahulu, Taylor dikatakan terharu apabila jejaka itu menghadiahkan 23 kek cawan pada sambutan ulang tahunnya. Kali ini, dia ingin membalas semula kejutan bersama hadiah Krismas yang sangat diingini Harry.

"Harry membelanjakan hampir RM5,000 pada sambutan hari jadinya. Kini Taylor pula memberi balasan berupa suatu koleksi Beatles yang mempunyai tanda tangan anggota kumpulan itu," kata sumber.

Isnin, 24 Disember 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Zul Ariffin dan Gayatri Bercinta

Posted: 23 Dec 2012 09:18 PM PST

Zul Ariffin
KUALA LUMPUR: Teka teki mengenai hubungan cinta antara pelakon Zul Ariffin dan penerbit filem Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai akhirnya menemui jawapan apabila lelaki itu mengesahkan tentang perhubungan tersebut.
Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 26, berkata, perhubungan cinta itu sudah tujuh bulan dijalinkan dan ia masih lagi di peringkat awal dalam mengenali antara satu sama lain.
"Benar saya dan dia (Gayatri) bercinta. Kami mula rapat sejak penggambaran filem Penanggal sekitar bulan Mei lalu.
"Seperti semua tahu, dia seorang yang sangat disenangi ramai dan antara tarikan lain membuatkan saya jatuh hati kepadanya ialah perseonalitinya yang lemah lembut.
Zul tertarik dengan sifat lemah lembut Gayatri.
"Kami lebih rapat apabila masing-masing sangat serasi dalam membincangkan sesuatu perkara. Malah saya sangat selesa apabila berada disisinya," katanya.
Beberapa bulan lalu, gosip Zul yang dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan Gayatri tersebar namun Zul mahupun penerbit filem itu enggan memberikan sebarang komen tentang hubungan tersebut.
Walaupun tiada sebarang pengesahan daripada kedua-dua mereka, hUbungan cinta yang dijalinkan itu tetap dipersoalkan.
Zul dikatakan mempunyai citarasa ke arah wanita yang lebih matang memandangkan sebelum ini dia juga pernah bercinta dengan Abby Abadi lebih kurang selama dua tahun.
Sementara itu, Zul berharap agar tiada yang cuba membangkitkan isu tentang jarak umur antara mereka yang jauh berbeza kerana keputusannya untuk menjalinkan hubungan dengan Gayatri tidak ada kena mengena dengan status atau usia wanita itu.
"Sejak dahulu lagi, saya tidak pernah meletakkan sebarang syarat atau had umur dalam menjalinkan sesebuah hubungan.
"Begitu juga sekarang, cinta saya terhadap Gayatri ikhlas. Apa-apa pun hubungan ini masih lagi baru dan kami belum lagi memikirkan ke arah perkahwinan," ujarnya.
- ---

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Bakat tak kenal usia

Posted: 23 Dec 2012 02:34 PM PST

Seandainya bakat lakonan dirinya masih diperlukan pada usia emas kelak, aktres jelita, Maya Karin Roelcke, 33, memberitahu HIP, dia tidak akan menolak tawaran yang datang.

Dalam perjalanan kerjaya seninya, pelakon berbakat ini tidak pernah meletakkan sebarang tempoh untuknya mengangkat bendera putih ataupun bersara.

"Saya tidak pernah mempunyai hasrat hendak berhenti daripada berlakon. Selagi ada tawaran, walaupun ketika itu usia saya sudah mencecah 60 atau 70 tahun, saya akan terima.

"Bagi saya, lakonan tidak perlu ada had usia. Dunia lakonan bukan untuk mereka yang kacak atau cantik saja, sebaliknya ia memerlukan insan yang berbakat," kata Maya yang ditemui ketika menyertai delegasi Malaysia ke Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-55 di Macau, baru-baru ini.

Aktres yang pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik FFAP edisi ke-49, kira-kira lapan tahun lalu itu berkata, dia gembira melihat festival berkenaan tidak bersikap berat sebelah apabila anugerah Pelakon Lelaki Terbaik diberikan kepada aktor berusia 92 tahun, Eddie Garcia, dari Filipina.

"Saya seronok melihat anugerah aktor terbaik diberikan kepada seorang pelakon yang berusia. Jika orang itu memang patut menerimanya, kenapa kita perlu menidakkan dan berikan kepada pelakon yang memiliki rupa paras elok semata-mata?

"Kita di Malaysia pun sepatutnya mempraktikkan perkara yang sama. Jika pelakon berusia memang bagus dan layak menerimanya, maka anugerah itu seharusnya diberikan kepada mereka," kata Maya yang terbang ke Macau bagi mewakili filem popular lakonannya, Ombak Rindu.
Nasib Maya kurang baik tahun ini apabila nama mahupun filem yang dibintanginya bersama Aaron Aziz tidak melekat dalam mana-mana kategori akhir. Biarpun rezeki tidak berpihak kepadanya, tiada sekelumit pun rasa kecewa bersarang di jiwanya. Apa yang penting buat aktres ini ialah peluang disediakan FFAP dalam mengembangkan karya tempatan ke peringkat antarabangsa.

Cuma, sikap penganjur yang bersikap acuh tidak acuh dengan delegasi luar, apabila tidak membekalkan maklumat lengkap mengenai perjalanan majlis, sehingga timbul salah fahamketika acara berlangsung, sedikit membuatkannya kesal.

Penggunaan bahasa Kantonis dan Mandarin sepanjang anugerah berlangsung turut menimbulkan ketidakpuasan hati Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2011 ini.

"Penganjur kenalah sensitif. Mereka sepatutnya sedar, bukan semua delegasi faham bahasa Cina. Ada delegasi yang datang dari India, Vietnam, Korea, Iran, Filipina dan pelbagai negara lain, tetapi tiada langsung perkataan bahasa Inggeris digunakan.

Ketika pelakon luar seperti Jepun, Iran dan Filipina menang anugerah, terjemahan juga dilakukan dalam bahasa Cina. Jadi, bagaimana dengan delegasi lain yang tidak memahami bahasa itu?"

"Selepas ini, penganjur kena lebih bersedia. Contohnya, bagi penganjuran FFAP tahun depan, lokasinya pun masih belum ditetapkan lagi. Sedangkan untuk majlis yang besar sebegini, lokasi seharusnya ditentukan untuk tempoh tiga tahun akan datang. Tugas menjaga delegasi juga tidak sepatutnya diberikan kepada sukarelawan, yang terdiri daripada pelajar, kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai maklumat lengkap," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai sebarang perkembangan positif sepanjang dia berada di Macau, aktres ini tidak berani untuk mengesahkan apa-apa.

Difahamkan, seorang produser dan pengarah dari Thailand, Nonzee Nimibutr, yang pernah mengarahkan filem Nang Nak menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan Maya.

"Saya tidak mahu letak harapan besar kerana semuanya belum pasti lagi. Saya sudah mengenali Nonzee sejak FFAP di Fukuoka, Jepun, lagi. Malah dia pernah datang ke Kuala Lumpur kononnya untuk berbincang mengenai filem, tetapi akhirnya usaha sama itu tidak berhasil.

"Selagi belum ada hitam putih, saya tidak mahu mencanangkannya kerana enggan dianggap berlagak," katanya ikhlas.

Nafi kahwin hujung bulan

Posted: 23 Dec 2012 02:28 PM PST

Penyanyi popular, Datuk Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 48, menafikan gosip liar mengatakan dirinya akan berkahwin pada hujung bulan ini.

Tegas lelaki terbabit, khabar angin itu langsung tidak berasas, apatah lagi ketika itu dia sibuk dengan acara konsert menyambut tahun baru di Putrajaya.

Artis yang cukup dikenali menerusi lagu Rendang Tak Berbuah dan Mahligai Syahdu itu juga menegaskan, jika dirinya ingin berkahwin semula, pastinya berita baik seperti itu akan dihebah serta dikongsi bersama orang ramai.

Hattan berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas berakhirnya program separuh akhir Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam. Hattan bertindak sebagai juri tetap program berkenaan, bersama-sama Ziana Zain.

"Kalau ada rezeki untuk saya berkahwin lagi, semestinya saya bersyukur dan tiada alasan mengapa saya ingin merahsiakannya.

"Siapa yang tidak mahu berkahwin? Apabila kita berkahwin, ada isteri melayan dan masak untuk kita. Tapi bagi lelaki berumur seperti saya ini, semestinya saya menginginkan bukan hanya isteri, tapi seorang teman hidup.

"Boleh dikatakan, saya sudah fobia untuk berkahwin lagi sebab saya tidak mahu ikatan itu habis begitu saja. Sekarang ini saya pentingkan anak saya saja, Adam. Dia pun tak kisah jika saya tidak berkahwin, jadi perkara itu tidak mendatangkan masalah buat kami," ujarnya.
Penyanyi ini menangkis sangkaan orang ramai dirinya akan kembali berkahwin dengan bekas isteri pertamanya, Arianie Mohd Abidin.

Berpisah pada Mac 2005, Hattan mengaku mereka masih rapat dan selalu keluar makan bersama. Begitupun, keakraban itu tidak bermakna mereka akan kembali bersama sebagai suami isteri.

Namun, sekiranya ada jodoh dan ramai yang mendoakan mereka bernikah semula, dia tidak menolak, sebaliknya menyerahkan segala ketentuan kepada Yang Maha Berkuasa.

"Kalau ada jodoh antara kami, saya terima dan sekiranya tidak ada sekalipun, tidak mengapa.

"Saya pun ada dengar yang dia sudah putus tunang, tetapi setakat itu saja yang saya tahu. Bukannya ramai tidak tahu, bercerai ini sakit sebenarnya. Umur seperti saya ini pula tiada masa nak bercinta lagi. Saya juga tidak mahu memberikan sebarang tekanan kepada Adam, yang masih lagi bersekolah.

"Saya tidak mahu kisah saya ini mengganggu emosinya, sebab saya tahu ramai yang bertanya. Sampaikan, nak keluar dengan perempuan pun saya takut. Saya bimbang kena gosip," katanya lagi.

Hattan dan Arianie berkahwin pada 17 Disember 1996. Perkahwinan pertama itu bertahan selama sembilan tahun.

Penyanyi lelaki ini berkahwin lagi pada 11 November 2011, dengan Noorfarashikin Othman, 32, di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Bagaimanapun perkahwinan terbabit hanya bertahan dua bulan apabila Hattan melafazkan cerai talak satu terhadap Noorfarashikin pada 19 Januari lalu.

Ahad, 23 Disember 2012

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Utusan Online - Hiburan

Posted:

Utusan Online - HiburanIkuti berita penuh untuk ruangan Hiburan menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan Utusan Online - Hiburanhttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan Soo Wincci sasar tawan Taiwan TUTUR katanya cukup indah, bait-bait bahasanya menggambarkan dia seorang yang cukup merendah diri dan tidak pernah meninggi diri. Tapi apa yang lebih mengejutkan Soo Wincci cukup fasih berbahasa Melayu...2012-12-23T22:18:10+08:00msCopyright 2012 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SYED MUSSADDAD SYED MAHDI<url>http://www.utusan.com.my/pix/2012/1223/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121223/hi_01/Soo-Wincci-sasar-tawan-Taiwan </image></item><item><title>Eira tertekan sebab suami? JOYAH mengucap panjang bila dapat tahu tentang kes gaduh pelakon Azad Jazmin di Pulau Pinang pada Khamis lalu. Ini gaduh bukan gaduh-gaduh manja tau. Tapi gaduh tumbuk, terajang sampai kena lima jahit di...2012-12-23T22:18:10+08:00msCopyright 2012 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2012/1223/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121223/hi_02/Eira-tertekan-sebab-suami </image></item><item><title>Lagu Malaysia dianaktirikan di radio SECANGGIH mana Youtube yang simpan jutaan lagu ciptaan pemuzik seluruh dunia tapi tetap tak boleh tanding kehebatan stesen radio yang menggunakan pengantara bahasa Melayu. Saya tetap pilih pengguna muzik...2012-12-23T22:18:10+08:00msCopyright 2012 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2012/1223/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121223/hi_03/Lagu-Malaysia-dianaktirikan-di-radio </image></item><item><title>Menyesal suntik dagu ISU suntik menyuntik muka ni bukan perkara baru. Dulu heboh dengan isu suntik botox, vitamin C, plasenta dan macam-macam jenis suntikan yang memang bertujuan untuk kelihatan cantik. Sekarang pun trend...2012-12-23T22:18:10+08:00msCopyright 2012 Utusan Melayu (M) Bhd Hapus penjahanam industri - Zed Zaidi Drama tempatan kita dilabel buruk. Kalau perkara ini bukan datangnya dari mulut JuPe sekali pun, ini sekali gus menggambarkan bahawa negara seberang memandang rendah pada mutu drama kita. Apa komen Zed?...2012-12-23T22:18:10+08:00msCopyright 2012 Utusan Melayu (M) Bhd Isabella masih 'berhantu' di Indonesia SEKALIPUN sudah lebih dua dekad usia lagu Isabella nyanyian Amy bersama kumpulan rock legenda Search, namun populariti lagu itu masih belum pudar. Kepada peminat muzik serantau, lagu Isabella salin tidak...2012-12-23T22:18:10+08:00msCopyright 2012 Utusan Melayu (M) Bhd Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA<url>http://www.utusan.com.my/pix/2012/1223/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_06.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121223/hi_06/Isabella-masih-berhantu-di-Indonesia </image></item><item><title>Anne adalah rahmat, rezeki BERKAHWIN dengan mana-mana wanita kerjaya memang ada risiko. Tak kira sama dia seorang pelakon yang glamor, ahli perniagaan atau ahli politik sekali pun. Semuanya ada cabaran. Saya pula jenis yang tak pandang...2012-12-23T22:18:11+08:00msCopyright 2012 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh AMIRAH AMALY SYAFAATHala tuju The Beesings SEBAB kami semua artis!" Itu jawapan yang dilayangkan oleh lima remaja ini ketika diaju pertanyaan mengenai apa keistimewaan mereka untuk berdiri sebagai sebuah kumpulan vokal remaja tanah air. Ingin...2012-12-23T22:18:11+08:00msCopyright 2012 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLYSelaraskan peranan FNM, Finas dan RTM bertindih SEBELUM ini Filem Negara Malaysia (FNM), Finas dan RTM adalah rakan sebaya yang bernaung di bawah kementerian yang berbeza. Ketika ini ketiga-tiga agensi ini berada di bawah satu kementerian yang sama iaitu...2012-12-23T22:18:11+08:00msCopyright 2012 Utusan Melayu (M) Bhd Manusia, kapitalis dan sinema PERSOALAN tentang apakah sebenarnya itu filem sering dibangkit oleh karyawan filem yang begitu prihatin - malah sedih - tentang apa yang berlaku ke atas seni yang disayangi dan diceburi mereka. Kesedihan...2012-12-23T22:18:11+08:00msCopyright 2012 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh Hassan Abd Muthalib<description> MEMBUAT filem sebenarnya bukanlah kerja selekeh biarpun naskhah yang ditangani itu genre komedi. Bukanlah mahu terlalu berilmiah dan berfalsafah tetapi sekadar menegur persembahan Sepah di layar perak.</description><pubdate>2012-12-23T22:18:11+08:00</pubdate><language>ms</language><copyright>Copyright 2012 Utusan Melayu (M) Bhd </copyright></item><item><title>Jangan malu mengaku Muslim DIA pernah tersasar sebelum ini. Mujur di pertengahan jalan, dia kembali ke jalan yang benar. Tidak pernah berhenti untuk mengajak orang berbuat kebaikan, apa yang mampu dilakukan oleh Opick sekadar mengalunkan...2012-12-23T22:18:11+08:00msCopyright 2012 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SYED MUSSADDAD SYED MAHDIYoon Eun Hye yang terbaik - Yoo Seung Ho AKTOR muda tampan yang kini menambat hati penonton wanita dengan lakonannya sebagai Kang Hyun Joon dalam melodrama I Miss You, Yoo Seung Ho baru-baru ini menamakan Yoon Eun Hye sebagai yang terbaik dalam...2012-12-23T22:18:11+08:00msCopyright 2012 Utusan Melayu (M) Bhd Terpesona keindahan & sejarah Turki (Rencana & foto oleh ROSLI MANAH yang mengikuti percutian pengasas Jamu Mak Dara dan Intan Ladyana ke Turki baru-baru ini) SEMASA menjejakkan kaki di bumi Turki, pelakon Intan Ladyana membayangkan mahu...2012-12-23T22:18:11+08:00msCopyright 2012 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2012/1223/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_14.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121223/hi_14/Terpesona-keindahan-&-sejarah-Turki </image></item><item><title>Bintang Bollywood, Saif Ali Khan didakwa di mahkamah MUMBAI 22 Dis. - Polis India kelmarin memfailkan pendakwaan terhadap bintang Bollywood, Saif Ali Khan atas tuduhan melakukan serangan sehingga menyebabkan hidung seorang ahli perniagaan Afrika Selatan patah...2012-12-22T12:40:56+08:00msCopyright 2012 Utusan Melayu (M) Bhd Produksi filem perlu daftar dengan persatuan KUALA LUMPUR 20 Dis. - Bermula Januari 2013, semua produksi tempatan dan luar yang mahu menjalankan pengambaran di negara ini perlu memastikan semua pihak yang terlibat berdaftar dengan persatuan-persatuan...2012-12-20T20:07:47+08:00msCopyright 2012 Utusan Melayu (M) Bhd Artis muncul di TV perlu patuhi etika berpakaian KUALA LUMPUR 20 Dis. - Artis yang terlibat dalam penerbitan program untuk tayangan di stesen televisyen perlu mematuhi etika berpakaian yang ditetapkan beberapa kod etika dan garis panduan, kata Timbalan...2012-12-20T16:54:38+08:00msCopyright 2012 Utusan Melayu (M) Bhd Terkilan hati Loque BUKAN mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi berdiri di atas kesedaran untuk sama-sama memajukan industri tanah air, tidak sepatutnya sesetengah nama dipandang sebelah mata. Mungkin jika mahu mengukir...2012-12-20T12:11:15+08:00msCopyright 2012 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR<url>http://www.utusan.com.my/pix/2012/1220/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121220/hi_01/Terkilan-hati-Loque </image></item><item><title>Mudah yang dirumitkan PENGARAH Peter Jackson pernah mengagumkan dunia apabila berjaya memadatkan hampir ke semua perincian dari naskhah asal tulisan J.R.R Tolkien, The Lord of the Rings (LOTR) menjadi filem trilogi (2001-2003).2012-12-20T12:11:15+08:00msCopyright 2012 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SYAZWAN ZAKARIAH<url>http://www.utusan.com.my/pix/2012/1220/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121220/hi_02/Mudah-yang-dirumitkan </image></item><item><title>Tidak mahu mendabik dada FAIZAL HUSSEIN pastinya bukan satu nama yang kecil dalam industri lakonan tempatan kerana mempunyai pengalaman 30 tahun dalam industri selain telah membintangi kira-kira 25 buah filem. Terbaru, aksinya...2012-12-19T10:51:36+08:00msCopyright 2012 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI<url>http://www.utusan.com.my/pix/2012/1219/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121219/hi_01/Tidak-mahu-mendabik-dada </image></item><item><title>Rezeki berganda Nora NORA atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin yang baru-baru ini selamat melahirkan anak ke-empat mengakui kelahiran anak perempuannya pada 16 November lalu merupakan suatu pengalaman baru kepada dirinya.2012-12-19T10:51:36+08:00msCopyright 2012 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2012/1219/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121219/hi_02/Rezeki-berganda-Nora </image></item><item><title>Bawa pemenang AIM ke MIDEM KALAU sebelum ini filem Malaysia dijaja ke luar negara oleh agensi kerajaan seperti Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia), maka bidang muzik tempatan juga tidak mahu ketinggalan. Sudah ada...2012-12-19T10:51:36+08:00msCopyright 2012 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2012/1219/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121219/hi_03/Bawa-pemenang-AIM-ke-MIDEM </image></item><item><title>Izara mahu berehat Bukan senang menjadi pelakon. Ketika masih laku, kata orang, ketika itulah rezeki mencurah dan selalunya tidak ditolak. Begitu juga halnya dengan Izara Aishah yang sentiasa mendapat tawaran berlakon. Namun...2012-12-19T10:51:36+08:00msCopyright 2012 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2012/1219/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121219/hi_04/Izara-mahu-berehat </image></item><item><title>Persatuan artis, penerbit lepas tangan KISAH Datuk Yahaya Sulong, 84, dan isterinya, Datin Alisah Ali, 65, yang tidak mampu membayar sewa rumah kediaman mereka di Perumahan Awam Seri Perak, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur memang meruntun simpati...2012-12-19T10:51:36+08:00msCopyright 2012 Utusan Melayu (M) Bhd Bersama ABD. AZIZ ITARSebutan kes hadhanah A. Aida, suami 21 Januari KUALA LUMPUR 18 Dis. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini menetapkan 21 Januari depan untuk sebutan kes permohonan hak penjagaan anak penerbit drama, A. Aida terhadap suaminya. Peguam syarie Zulkifli Che...2012-12-18T18:23:48+08:00msCopyright 2012 Utusan Melayu (M) Bhd

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Erra, Rozita tak takut tua

Posted: 22 Dec 2012 02:53 PM PST

Mengikut Kamus Dewan edisi ketiga, Primadona membawa maksud pelakon utama wanita atau seri panggung. Jika merujuk kepada tafsiran itu, gelaran Primadona barangkali sesuai diberikan kepada dua penyeri muka depan B*POP kali ini. Baik Erra Fazira, 38, mahupun Rozita Che Wan, 39, kedua-duanya gah dalam liga tersendiri.

Secara kebetulan, kedua-duanya mengacarakan program bual bicara berjudul Primadona di Astro Prima di samping Raja Azura dan Ziela Jalil. Malah, fotografi ini turut berlangsung dalam kesibukan Erra dan Rozita menjalani rakaman program berkenaan awal bulan ini di Astro, Bukit Jalil.

Kedua-duanya jarang disatukan dalam sesi fotografi bersama.

Lantas idea menggandingkan mereka disambut baik sekalipun terpaksa mencuri masa berehat ketika penggambaran Primadona berlangsung. Erra dan Rozita juga sibuk dengan rutin harian sebagai pelakon.

Paling ketara, baik Erra mahupun Rozita, kanvas seni mereka tidak lepas diwarnai kisah peribadi yang sering diprovokasi ramai pihak termasuk media massa.

Erra tak habis-habis dengan cerita konflik rumah tangganya bersama Engku Emran.

Ada desus -desus mengatakan rumah tangga mereka berantakan, manakala Rozita pula tak pernah sepi daripada kontroversi cinta dengan artis muda, selain dikaitkan dengan VIP.
Kebenaran hanya empunya diri yang tahu. Tuan punya badan juga yang terpaksa menanggung segala kata-kata dan gosip yang dikaitkan dengan mereka, sedangkan orang luar bebas membuat kesimpulan itu dan ini. Angka 40 tahun juga semakin menghampiri calon awal bagi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 ini.

Bagi Rozita atau mesra dipanggil Cik Ta, hanya orang yang tiada perasaan saja tidak takut andai usia meningkat. Katanya, dia belum terfikir untuk melakukan pembedahan plastik atau menyuntik botox untuk terus kekal muda.

"Sedihlah juga apabila usia meningkat. Tetapi kehidupan harus diteruskan. Semua orang akan tua. Kedut itu pasti ada.

Cuma kita sebagai manusia boleh berusaha melambatkan proses penuaan. Saya sendiri sentiasa berfikir dan berperangai macam orang muda. Buatlah pembedahan apa sekalipun, kalau sudah tua tetap akan nampak tua," kata Rozita yang baru saja muncul dengan telefilem Kenapa Aku Binti Abdullah di TV9 pada 12 Disember lalu serta dipuji lakonannya.

Peluang bertemunya, pelakon yang cukup terkenal dengan karakter Kiah Pekasam itu turut ditanya mengenai gosip mengenai dirinya yang menjadi rebutan antara pelakon baru, Shah Iskandar dan Zain Saidin.

Dikatakan kononnya Zain cemburu apabila Shah mula rapat dengannya.

Rentetan itu, Zain dikatakan cuba memujuk Rozita dengan menghadiahkan cincin jenama Habib kepada Rozita. Selain cincin, Zain turut dikatakan menghadiahkan Rozita dengan pelbagai jambangan bunga dan patung beruang ketika penggambaran telefilem Anak Ikan.

Telefilem itu diadakan di sebuah hotel terkemuka di Port Dickson, Negeri Sembilan turut dibintangi Zain dan Shah. Cincin itu dikatakan sebagai simbolik lamaran. Bagaimanapun Zain seperti kenyataannya dalam B*POP minggu lalu, menyifatkan ia sebagai hadiah ulang tahun kelahiran Rozita pada 9 Mac lalu.

"Saya tak nak komen hal membabitkan Shah dan Zain itu. Itu hal mereka. Tetapi memang saya mengenali kedua-duanya.

Saya dengan Zain memang rapat. Jadi, apabila saya dikatakan mula rapat dengan Shah, Zain mungkin rasa sedikit cemburu barangkali. Memang saya ada terima cincin itu. Tapi kalau nak tanya lebih, kenalah tanya Zain sendiri. Saya sendiri belum sempat bertanyakan lanjut mengenai motif pemberian cincin itu. Kalau ada menyifatkan ia sebagai cincin lamaran, saya sendiri belum ada jawapan untuk itu. Tiada kata putus.

"Sejujurnya, kalau cakap secara umum, saya belum bersedia ke arah itu. Ia soal masa depan dan kehidupan mendatang saya dan dua anak. Cuma pada pandangan peribadi saya, Zain seorang lelaki budiman.

Jika dia suka seseorang itu, dia akan cuba memenangi hati orang berkenaan," kata Rozita yang sejak 13 hingga 19 Disember lalu bercuti lagi ke London bersama dua anaknya serta kakak.

Rozita juga baru saja selesai memenuhi tanggung jawabnya melunaskan baki rakaman program Primadona.

"Saya masih dalam proses memperbaiki dan mempertingkatkan lagi keupayaan untuk mengacara. Kalau sambung 13 episod lagi program ini, saya boleh fokus kepada pengacaraan dan urusan akademik anak tahun depan. Nampak gayanya macam saya tak nak ambil tawaran berlakon tetapi saya jenis tak sampai hati nak katakan tidak kepada pihak produksi," katanya sambil memberitahu telefilem Anak Ikan arahan Rashid Sibir (terbitan Opera Klasik Sdn Bhd) bersiaran di Astro Prima pada 25 Disember ini, jam 2 petang.

Untuk pencalonan awal ABPBH 2012, Rozita disenaraikan dalam tiga kategori iaitu Pelakon TV Wanita Popular, Artis Komedi Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular.

"Jika peminat mahukan saya berada dalam kelompok Top 5, saya menerimanya dengan hati terbuka. Saya reda, jika peminat saya tidak cukup kuat. Tetapi saya seronok dapat memeriahkan acara ABPBH saban tahun ia diadakan," katanya yang akan muncul dengan telefilem terbitan Zeel Production, Kiah Ke Jepun diikuti siri Spy Kiah di Astro Warna, tidak lama lagi.

Demi Palestin TVAlhijrah

Posted: 22 Dec 2012 02:42 PM PST

Dalam menyemarakkan lagi usaha untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai isu Palestin serta memberikan ruang kepada masyarakat untuk membantu rakyat Palestin, TVAlhijrah dengan kerjasama tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Aman Palestin, Viva Palestina Malaysia, Haluan, Mercy Malaysia, Aqsa Syariff, Islamic Relief Malaysia (IRF) dan Perdana Global Peace Foundation mengadakan satu karnival yang diberi nama Demi Palestin.

Ia bertemakan Persaudaraan Bermula Di sini bertempat di perkarangan ibu pejabat TVAlhijrah, hari ini, bermula jam 9 pagi sehingga 11 malam.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti fleamarket, persembahan artis dan aktiviti lelongan untuk mengutip dana untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin.

Barisan personaliti TVAlhijrah dan personaliti TV tempatan seperti Syafinaz Yunus, Amie Sofia, Farra Adeeba, Heliza Helmi, Maulana dan Salima Habibi akan turut bersama memainkan peranan mereka dalam menjayakan program Demi Palestin ini melalui aktiviti perkongsian pengalaman semasa melawat ke Gaza, baru-baru ini.

Ia akan dikongsikan bersama pengunjung yang bakal hadir di pentas utama perkarangan TVAlhijrah.

Menariknya pada hari berkenaan, acara lelongan amal untuk Palestin akan diadakan yang mana jubah selebriti terkenal tanah air Datuk Siti Nurhaliza akan dilelong untuk kutipan amal Palestin.

Selebriti Chef TVAlhijrah, Chef Ammar juga akan melelong jersi pemain Chelsea yang ditandatangani oleh pemain kelab tersebut.
Selingan tazkirah kesedaran Palestin juga akan diadakan sepanjang siang hari program berkenaan berlangsung.

Pada sebelah malamnya pula, persembahan istimewa Malam Demi Palestin yang menjadi acara kemuncak akan diadakan di Dewan Muktamar, Pusat Islam dan disiarkan secara langsung di TVAlhijrah oleh barisan artis dan selebriti terkenal tanah air seperti Afdlin Shauki, Rabbani, Nowseeheart, Inteam, Saujana, Hijjaz, Unic, Nash, Cherita, Dakmie, Nubhan, Muadz Dzulkefly, Yoga Al Ghazali, Azhary, Tasha Manshahar, Adik Zaid Najmuddin, Akma, Alyah, Heliza Helmi, Amie Sofea, Farrah Adeeba, Ustaz Shahrizan Daud At Turabi, Ustaz Syed Norhisyam, Ustaz Izhar Arif, Amin Idris, Amran Ibrahim dan ramai lagi.

Malam Demi Palestin akan disiarkan secara langsung mulai 9 malam di TV AlHijrah.

Semoga gelombang kemanusiaan dalam misi membantu Palestin yang diteruskan oleh TVAlhijrah mampu menimbulkan kesedaran dan kesan mendalam kepada pengunjung dan penonton dalam membantu rakyat Palestin yang sangat memerlukan sokongan kita dan dunia Islam.

Orang ramai dijemput hadir ke pekarangan stesen TVAlhijrah pada hari ini (23 Disember, bermula jam 9 pagi dan bersamasama kita tunjukkan rasa cinta dan sayang serta mengimarahkan semangat dan perjuangan dalam membebaskan bumi Palestin yang tercinta, kerana mereka saudara kita.