Adsense

Sabtu, 30 Jun 2012

borak kosong

borak kosong


Jom fokus pada gambar ini dan lihat hasilnya

Posted: 30 Jun 2012 09:30 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQ9J68n6Wsp3-x3wMFnaE28T_y8NFSu3UI62GJ5XkarEg5Wgk5NRrW9Gp_CkU4lBOomml7VYlejni8PncZixfSYfejKvke1RurP2mbfWj_eyRiQ7o2fSmSw6CeJ71QLWPu3m_tChNU35o/s1600/409482_184614188305399_130468153720003_232607_1388155539_n.jpg

Baju Pengantin Dari 10 Gulungan Besar Tissue

Posted: 30 Jun 2012 09:15 PM PDT


Susan Brennan dari Orchard Lake, Michigan  berhasil memenangkan pertandingan   dimana baju pengantin dari tissue toilet selama 2 tahun berturut-turut - yang mana kontes itu diselenggarakan oleh Cheap-Chic-Weddings.com 


Adapun karya baju pengantin tisue toilet-nya itu terbuat dari sekitar 10 buah gulungan ukuran jumbo.


 Atas kemenangannya itu Susan berhasil mendapatkan hadiah bernilai sekitar 1300 Poundsterling.


Untuk membuat baju pengantin tisue toilet itu dirinya memerlukan waktu hanya 1 minggu.


"Aku ingin sesuatu yang benar-benar original, sesuatu yang mana pengantin wanita muda ingin memakainya," ujar desainer berusia 26 tahun itu.


"Baju pengantin itu memiliki keliman-keliman high-low, sehingga kasutmu boleh terlihat, bahagian belakang yang benar-benar menyenangkan. Begitu benar-benar menyenangkan , potongan-potongannya sangat moden dan baju itu adalah cupcake bohemia kecilku."

Budak perempuan berseragam sekolah selamba berciuman ditempat terbuka

Posted: 30 Jun 2012 09:00 PM PDT

STOMPer Paul spotted this young couple behaving intimately on the train, in the presence of students from other schools.

The STOMPer wrote:

"I was on the train from Toa Payoh together with this couple on June 27. 

"They were hugging and kissing openly even with other students and adults on board the train. 

"Do they think this is their living room or the bedroom? 

"The girl was also wearing her uniform while doing such acts? She is spoiling her school's image. 

"I hope young couples will try to act a little more mature and be more sensible. 

"Lovers kissing in the train for pleasure is totally inconsiderate. 

"They alighted at Ang Mo Kio."



sumber : stomp.com.sg

Aksi seksi uncle

Posted: 30 Jun 2012 08:45 PM PDT




Kisah Memilukan Cinta Seorang Anak Kepada Ibunya

Posted: 30 Jun 2012 08:30 PM PDT

Seorang janda miskin Siu Lan punya anak umur 7 tahun bernama Lie Mei. Kemiskinan membuat Lie Mei harus membantu ibunya berjual kuih dipasar, kerana miskin Lie Mei tidak pernah bermanja-manja kepada ibunya.

Pada suatu musim dingin saat selesai buat kuih, Siu Lan melihat keranjang kuihnya sudah rosak dan Siu Lan berpesan pada Lie Mei untuk menunggu dirumah kerana ia akan membeli keranjang baru. Saat pulang Siu Lan tidak menemukan Lie Mei dirumah. Siu Lan langsung sangat marah. Puterinya benar-benar tidak tahu diri, hidup susah tapi masih juga pergi main-main, padahal tadi sudah dipesan agar menunggu rumah.

Akhirnya Siu Lan pergi sendiri menjual kuih dan sebagai hukuman pintu rumahnya dikunci dari luar agar Lie Mei tidak dapat masuk. Puterinya mesti diberi pelajaran, fikirnya geram. 

Sepulang dari jual kuih Siu Lan menemukan Lie Mei, gadis kecil itu tergeletak didepan pintu. Siu Lan berlari memeluk Lie Mei yang membeku dan sudah tidak bernyawa. Jeritan Siu Lan memecah kebekuan salju saat itu. Ia menangis meraung-raung, tetapi Lie Mei tetap tidak bergerak. Dengan segera Siu Lan mendukung Lie Mei masuk kerumah. Siu Lan mengguncang tubuh beku putri kecilnya sambil meneriakkan nama Lie Mei. Tiba-tiba sebuah bingkisan kecil jatuh dari tangan Lie Mei. Siu Lan mengambil bungkusan kecil itu dan membuka isinya. Isinya sebuah biskuit kecil yg dibungkus kertas usang dan tulisan kecil yang ada dikertas adalah tulisan Lie Mei yang berantakan tapi masih dapat dibaca, "Mama pasti lupa, ini hari istimewa bagi mama, aku membelikan biskut kecil ini untuk hadiah, wangku tidak cukup untuk membeli biskut yang besar… Mama selamat ulang tahun

Cacing Sepanjang 13 Cm Dikeluarkan dari Mata Lelaki India

Posted: 30 Jun 2012 08:15 PM PDT

NEW DELHI - Seorang doktor di India berhasil menarik keluar cacing sepanjang 13 centimeter (cm) dari mata seorang pesakitnya. Sebelumnya, pesakit tersebut mengeluhkan rasa sakit berkepanjangan.

Ketika Dr V. Seetharaman memeriksa  P.K. Krishnamurthy di Rumah Sakit Fortis, Mumbai minggu ini, doktor itu terkejut dengan pemandangan tidak biasa ia temui. Dirinya melihat parasit itu dengan panjang mencapai 13 centimeter dari matanya dan langsung memerintahkan untuk melakukan operasi secepatnya.

"(Cacing) itu tinggal di dalam bola matanya. Baru sekarang saya melihat kes ini, khususnya selama 30 tahun saya bekarier sebagai doktor," ujarnya yang berprofesi sebagai dokter mata itu, seperti dikutip AFP, Sabtu (30/6/2012).

Sebelumnya, pesakit berusia 75 tahun itu menderita kerana selama dua minggu terakhir terjadi iritasi pada matanya. Ketika doktor mendeteksi makhluk mengerikan di dalam matanya lewat mikroskop, Krishnamurthy tidak punya pilihan lain kecuali melakukan operasi.


Dokter spesialis pun akhirnya memindahkan cacing sepanjang 13 cm itu, dengan membuat lubang kecil pada bola matanya. Operasi menakutkan selama 15 minit ini pun, dilihat langsung oleh isteri pasien, Saraswati.

Setelah operasi, pesakit itu lega penyebab rasa sakitnya boleh diatasi. Sementara cacing parasit itu sempat hidup setelah dikeluarkan dari mata Krishnamurthy selama 30 minit. Setelah itu, cacing tersebut dibawa ke ahli mikrobiologi untuk diidentifikasi.(faj)

Remaja 9 Tahun Curi Kereta Dengan Senjata Mainan

Posted: 30 Jun 2012 08:00 PM PDT


Pistol yang digunakan mungkin saja palsu, tapi kejahatan yang dilakukan remaja dari Sweden ini adalah nyata.
Seorang remaja berusia 9 tahun yang menggunakan pistol mainan menodong seorang pemandu sebelum mencuri sebuah kereta yang diparking di Kortedala, Sweden, menurut The Lokal.
Meskipun pistol itu diyakini adalah sebuah airsoft-gun, sang anak berteriak mengancam bahawa pistol tersebut berisi peluru sungguhan, menurut laporan The Local.
"Sulit dipercaya," kata Jan Jentzell Poseidon, manajemen perusahaan properti yang memiliki kereta tersebut kepada surat khabar Sweden Aftonbladet.
"Saya belum pernah melihat yang seperti ini. Ini juga begitu menyedihkan kerana dia masih begitu muda." tambahnya.
Seorang saksi dalam kejadian tersebut kemudian meraih anak itu dan menahannya sampai polis tiba.
Akibat usianya yang masih begitu muda, anak itu tidak akan menghadapi tuduhan jenayah.

Isteri Tertelefon Suami Saat Berhubungan seks dengan Kekasih Gelapnya

Posted: 30 Jun 2012 07:45 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Seorang pengantin baru di Taiwan secara tak sengaja menekan tombol telefon pintarnya saat sedang hangat-hangatnya berhubungan seks dengan kekasih gelapnya. Demikian ditulis The Star, Sabtu (30/6/2012).
Sang suami yang hanya memberikan nama Zhang mendengar sang isteri bernafas dengan terengah-engah lalu segera ke rumahnya kerana mengira sang isteri mengalami masalah dengan kesihatan.
Sayangnya, tukang mesin ini terkejut saat pulang ke rumah dan menemukan sang istri duduk di tilam mereka dengan hanya mengenakan pakaian dalam. Selimut pun menghilang. Sang isteri mengatakan kepada Zhang jika selimut dicuci dan dirinya akan segera mandi.
Curiga, Zhang segera mencari ke seluruh sudut rumah dan menemukan seorang lelaki terbungkus selimut di dalam bilik mandi tamu. "Hati saya hancur," ujarnya sembari menambahkan dirinya melihat foto lelaki itu di profil isterinya di Facebook.
Zhang lalu memasukkan laporan ke pejabat polisi setempat. Namun, isteri Zhang berdalih jika si lelaki itu jarang mengunjungi dan dirinya hendak mandi setelah membersihkan rumah. Sementara, kekasih gelap sang istri beralasan dirinya hanya mengunjungi si perempuan yang merupakan teman lama dan ke bilik mandi untuk masturbasi saat isteri Zhang sedang mandi.

Usia kesemua isteri Cruise 33 tahun ketika cerai

Posted: 30 Jun 2012 07:30 PM PDT

LOS ANGELES - Sebaik sahaja berita Tom Cruise dan Katie Holmes akan bercerai muncul, peminat-peminat mereka rasa pelik dengan satu maklumat - secara kebetulan ketiga-tiga isterinya berpisah apabila mereka mencecah usia 33 tahun.

Ketiga-tiga isteri Cruise berusia 33 tahun semasa khabar bahawa mereka akan bercerai tersebar luas dan rumah tangga menemui jalan akhir secara rasmi setahun kemudian.

Isteri berita Cruise, Mimi Rogers, yang berusia 31 apabila berkahwin dengan Cruise, yang hanya berumur 25 tahun pada Mei 1987, dan genap 33 apabila berpisah pada 1990.

Kemudian Cruise berkahwin dengan Nicole Kidman, 23, pada Disember 1990 dan berpisah pada 2001. Ketika itu Kidman berusia 33 tahun.

Holmes, 28, dan Cruise berkahwin pada 2007, tujuh bulan selepas Suri, anak perempuan mereka, lahir.

Dan, apabila berita bahawa kedua-dua mereka akan bercerai muncul semalam, Holmes berusia 33 tahun.

Laporan msnbc menyebut bahawa penceraian dalam setiap kes muncul apabila wanita yang menjadi fokus mencecah 34 tahun. Holmes akan genap 34 tahun Disember ini.

Portal itu juga berkata bahawa maklumat mengenai tahun secara kebetulan itu disedari peminat-peminat mereka yang mengikuti perkembangan pasangan tersebut menerusi laman sosial.

"Apa yang aneh ialah ketiga-tiga perkahwinan Cruise yang gagal berakhir ketika kesemua wanita terbabit berusia 34 tahun?" kata Karen D'Souza menerusi Twitter.

Peminat-peminat lain cuba mencari hubungan antara nombor 33-34 dan kepercayaan 'Scientology' Cruise.

Cruise bersandarkan pada kepercayaan itu ketika menamakan anak perempuannya sebagai Suri.


sumber : sinar harian

Tom Cruise - Katie Holmes berpisah

Posted: 30 Jun 2012 07:15 PM PDT


LOS ANGELES - Industri perfileman Hollywood kelmarin dikejutkan dengan berita perpisahan pasangan selebriti Tom Cruise dan isterinya, Katie Holmes.
"Ya, Holmes memohon cerai dan Cruise amat sedih dengan perkembangan ini, dia kini memberi tumpuan kepada tiga anaknya," kata jurucakap pelakon kacak berkenaan, Amanda Lundberg kepada agensi berita AFP.
"Tolong beri ruang untuk mereka menyelesaikan perkara ini," tambahnya.
"Ini hal peribadi dan persendirian bagi Holmes dan keluarganya," beritahu pula peguam yang mewakili aktres berkenaan, Jonathan Wolfe.
"Perkara utama buat Holmes kini adalah kepentingan anak perempuannya."
Cruise yang mencapai usia 50 tahun pada Selasa lalu, mengahwini Holmes, 33, di sebuah istana kota di Itali pada November 2006.
Perkahwinan mereka adalah yang pertama buat Holmes dan ketiga untuk Cruise.
Pasangan itu memiliki seorang anak perempuan berusia enam tahun, Suri.
Mereka turut memelihara dua anak angkat, Isabella dan Connor yang masing-masing berusia 19 dan 17 tahun. - AFP

sumber : kosmo online

Nenek berenang 166km

Posted: 30 Jun 2012 07:00 PM PDT


FLORIDA: Seorang nenek berusia 49 tahun, terjun ke laut awal pagi kelmarin untuk berenang dari International Yacht Club di barat Havana menuju ke Key West, Florida sejauh 166 kilometer.
Penny Palfrey, ibu kepada tiga anak dan mempunyai dua cucu, akan mengambil masa 40 dan 50 jam untuk berenang ke Florida. 
"Rasa seronok, tapi juga risau," kata Palfrey kepada wartawan sebelum terjun.

Perenang itu tiba di dermaga dengan mengenakan baju renang biru, topi kelabu dan gogal, lengan dan kakinya disapu losyen. Dia mengibarkan bendera Australia.



Palfrey merentas Tropic of Cancer pada 12.43 petang waktu tempatan, kira-kira lima jam dan 40 minit dan selepas 10 jam dia sudah 29 kilometer dari perairan Cuba.


Palfrey berenang untuk memupuk hubungan persahabatan antara rakyat Amerika dan Cuba. - Agensi



sumber : myMetro

Bilik tidur bukan tempat uji bakat

Posted: 30 Jun 2012 06:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Mana ada pengarah yang boleh mengetahui bakat baru dengan hanya membawa bersama mereka makan, ke karaoke atau bilik tidur, itu sudah jauh menyimpang dan ia bukan prosedur betul.
"Pengarah perlu telus dan saya sebenarnya tidak menyalahkan satu pihak saja, sebaliknya kedua-dua pihak kerana jika tiada yang melayan, pasti perkara tidak diingini tidak berlaku," kata pelakon, pengarah dan penerbit, Erma Fatima.

Menurutnya, gadis yang berminat menjadi pelakon perlu menjalani uji bakat untuk mengetahui sejauh mana kemampuannya dalam dunia lakonan dan bukan melayan pengarah ke bilik karaoke atau keluar makan bersama.


"Sebenarnya perkara sebegini berlaku di mana-mana, maksud saya bukan saja dalam dunia lakonan. Soalnya, kita perlu telus dan tiada pihak yang menggatal atau melayan permintaan pelik penemuduga atau pengarah yang ingin mengambil mereka berlakon.

"Saya tak tahu jika ada individu pandai melihat bakat seseorang dengan hanya membawanya keluar makan atau karaoke dan selepas itu terus diambil berlakon.


"Saya yakin pasti ada sesuatu yang tak kena jika perkara sedemikian berlaku," katanya.



Menurutnya, dia jarang bekerjasama dengan pengarah tempatan tetapi pernah juga mendengar cerita mengenai gelagat pengarah miang di kalangan orang seni.


sumber : myMetro

‘Tolong cari tangan saya’

Posted: 30 Jun 2012 06:30 PM PDT


KUCHING: Seorang wanita menggelupur sambil menjerit meminta tolong supaya mengambil pergelangan tangan kanannya yang putus selepas diserang dua lelaki bertopeng di sebuah pasar di Sungai Maong, di sini, pagi semalam.
Kejadian berlaku jam 7.15 pagi ketika mangsa berusia 53 tahun memesan barangan daripada seorang peniaga sebelum muncul dua lelaki bersenjatakan objek tajam.

Difahamkan, kejadian disedari suami mangsa berusia 61 tahun selepas menerima panggilan daripada pemilik sebuah kedai memaklumkan kejadian menimpa isterinya.


Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama suaminya ke pasar itu dan mereka berpecah untuk membeli barangan masing-masing.

Katanya, beberapa minit kemudian, suami mangsa yang ketika itu membeli makanan di sebuah kedai terkejut apabila menerima panggilan memaklumkan isterinya diserang.


"Suami mangsa bergegas ke tempat kejadian dan mendapati isterinya menjerit kesakitan dengan tangannya berlumuran darah. Suaminya membawa wanita itu serta pergelangan tangan yang putus ke Hospital Umum Sarawak (HUS).



"Berdasarkan maklumat awal diperoleh, dua suspek menaiki Perodua Myvi kelabu dikatakan menunggu di satu lokasi sebelum menyerang mangsa," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Pauzi Bujang berkata, serangan dipercayai berlaku ketika mangsa menunggu pesanan barang dibeli daripada peniaga.


Beliau berkata, mangsa yang tidak menyedari kehadiran dua lelaki itu ditetak di pergelangan tangan kanan sehingga putus, selain cedera di tangan kiri.

"Polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti dua individu yang menyerang mangsa.


"Mangsa yang parah masih dirawat di HUS dan keadaannya dilaporkan stabil. Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata." katanya.



sumber : myMetro

Derita hilang deria bau

Posted: 30 Jun 2012 06:15 PM PDT


KUALA LUMPUR: Hidup tanpa deria bau mungkin tidak pernah dibayangkan kerana kes itu jarang berlaku. Namun, bagi seorang ibu dua anak, kehilangan deria bau memaksanya menyesuaikan diri dengan situasi baru yang sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan seharian, apatah lagi dia bekerja sebagai tukang masak.
Mazlen Mahbob, 35, kini bukan saja tidak dapat menghidu bau masakan dipesan pelanggan di restorannya, malah berdepan bahaya kerana gagal mengesan bau asap jika berlaku kebakaran atau kebocoran gas.

"Selama ini apabila memasak, saya anggap lidah paling penting untuk merasa masakan, tapi selepas hilang deria bau, baru saya sedar ia juga tak kurang pentingnya.


"Mungkin kalau bukan tukang masak, saya tak kisah sangat hilang deria bau. Ketika mula-mula berdepan pengalaman ini, saya jadi tak tentu arah, sangat tertekan dan mengalami kemurungan. Adik-beradik pula kurang percaya apabila saya beritahu hilang deria bau," katanya.

Mazlen hilang deria bau sejak empat bulan lalu selepas terjatuh dan pengsan, mengakibatkan kepalanya mengalami hentakan kuat dan bengkak.


Kejadian berlaku selepas dia yang ada masalah tekanan darah rendah merawat luka di jari tangan anak sulungnya, Iffat Muqri, 11, yang juga kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) akibat terkena tin minyak sapi.



"Ketika itu saya kurang sihat. Selepas memasak di restoran, saya naik ke tingkat atas untuk berehat. Iffat datang kepada saya dengan menunjukkan tangannya yang luka terkena tin minyak sapi. Walaupun ngilu tengok darah, saya bersihkan lukanya, sapu minyak gamat dan bersihkan darah di lantai.

"Tiba-tiba saya jatuh, diserang sawan dan cuma tersedar 15 minit kemudian dengan kepala bengkak. Mujur suami (Aizuddin Abdullah, 39) ada dan dia menghantar saya ke hospital," katanya.


Mazlen ditahan di wad selama dua hari dan pemeriksaan doktor mendapati dia mengalami pendarahan di bawah lapisan bawah kulit tengkorak.

"Sewaktu di hospital, keadaan persekitaran yang bersih menyebabkan saya tidak sedar kehilangan deria bau. Apabila dibenarkan keluar wad, saya ke kedai kopi dan memesan kopi dan mufin. Ketika mahu menikmatinya, baru sedar saya tidak dapat menghidu aroma kopi dan mufin.


"Saya beritahu perkara itu kepada suami, tapi dia mengatakan saya baru pulih daripada sakit. Ketika itu saya tak sedap hati dan gelisah kerana tugas saya memasak di restoran. Semua resipi saya yang adun. Jika tidak dapat menghidu, saya sukar mengimbangi rasa masakan.


"Bila hilang nikmat deria bau, baru saya sedar perasaan Iffat sebagai OKU mengharungi kehidupan. Bagaimana situasi dialaminya ketika mahu memberitahu sesuatu sedangkan tidak mampu bercakap, selain pergerakannya terbatas dan berjalan menggunakan bantuan alat sokongan beroda," katanya.


Selepas pulih, adik Mazlen mengambil alih tugas memasak di restoran. Untuk mengatasi masalah sukar mengimbangi rasa masakan, setiap ramuan perlu ditimbang dan disukat, termasuk garam.


"Adik akan beritahu sama ada bahan yang dimasukkan ke dalam masakan mencukupi atau tidak.


"Hilang deria bau memberi tekanan dan membuatkan saya tak tentu arah. Suami banyak memberi semangat serta meminta saya reda ujian Allah. Kalau hilang anggota badan orang nampak, tetapi hilang deria bau sukar orang hendak percaya.


"Saya pernah terpijak najis kucing dan disebabkan tidak dapat mengesan bau, selamba saya masuk ke restoran. Pelanggan kembang kempis hidung menahan bau busuk. Adik yang ketika itu berada dalam restoran menyedari dan memberitahu saya.


"Saya minta maaf kepada pelanggan sambil memberitahu baru hilang deria bau dan mereka mengangguk faham. Bagaimanapun, jika difikirkan balik, bukan mudah untuk orang percaya apa yang saya katakan kerana kes seperti itu jarang didengar," katanya.


Mazlen berkata, dia pernah merendam sotong kering yang sepatutnya cuma memakan masa lapan hingga 10 jam tetapi disebabkan terlupa, ia berlarutan selama dua hari.


"Suami mengadu ada bau busuk seperti sampah tapi tak tahu puncanya. Kebetulan bekas merendam tersorok jauh di belakang rak dan terlindung," katanya.


Masalah itu menyulitkannya kerana tidak dapat mengesan makanan basi selagi ia tidak melekit atau berubah warna, selain mengenal pasti ikan pari yang baik.


"Ini kerana sesetengah ikan pari berbau busuk dan tidak sepatutnya dihidangkan kepada pelanggan. Saya terpaksa meminta bantuan suami atau adik bagi menghidu bahan tertentu.


"Selepas suami menghantar saya menjalani rawatan akupuntur, baru saya dapat mengesan bau sebanyak 10 hingga 20 peratus, tapi bau yang dihidu itu tidak pernah saya kenal sebelum kemalangan itu. Saya sensitif dengan bau minyak dan jika terbau pisang goreng, serta-merta saya berasa mual," katanya.


Mazlen berkata, sejak hilang deria bau, dia tidak mampu menjamah roti, biskut atau kek kerana makanan itu mempunyai sejenis bau yang kurang menyenangkan baginya.


"Pisang juga ada bau yang sukar untuk saya jelaskan. Baunya sungguh menyengat. Saya yang memang penggemar durian, kini menikmati buah itu tanpa bau.


"Kini saya juga perlu selalu memeriksa lampin dipakai Iffat. Jika tidak, Iffat yang tidak selesa dengan lampin kotor akan pergi sendiri ke bilik air untuk membersihkan najisnya biar pun tidak bersih," katanya.


Ada hikmah di sebalik kejadian itu. Mazlen kini dapat membezakan kemahiran antara bau, rasa dan penglihatan yang kemudian disatukan dengan pengalamannya sebagai tukang masak. Sejak hilang deria bau, dia turut belajar membuat roti, burger, piza dan karipap sejuk beku.


Aizuddin berkata, mula-mula berdepan keadaan isterinya yang murung, dia turut tertekan. Bagaimanapun, dia sentiasa memberi semangat untuk isterinya melalui kehidupan. "Saya sedar ada tanggungjawab baru perlu dipikul. Jika dulu urusan memasak di restoran semua diserahkan kepada isteri, kini saya perlu menjadi hidung dan lidahnya untuk menghidu dan merasa masakan disediakan," katanya. Menurutnya, pada mulanya dia tidak ambil seriusdan menganggap ia berlaku kesan Mazlen terjatuh.


"Isteri saya cerewet mengenai rasa masakan. Sebelum hilang deria bau, jika kami makan di luar, dia tinggalkan saja makanan dipesan jika rasanya kurang sedap.


"Kini saya perlu merasa terlebih dulu makanan dipesan. Kalau saya kata sedap, walaupun kurang sedap, dia makan saja kerana tidak dapat mengenal rasa makanan yang dimakan," katanya.



sumber : myMetro

Artis dedah pengarah minta umpan

Posted: 30 Jun 2012 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pantang lihat 'pucuk muda', pasti mahu 'dibahamnya'. Itu tabiat jelik segelintir penerbit dan pengarah filem atau drama tempatan yang tergamak meminta habuan seks daripada pelakon baru sebelum diberi peluang memperaga bakat dalam produksi mereka.
Senario itu bukan sekadar gosip atau khabar angin dalam industri hiburan tempatan, sebaliknya disahkan beberapa pelakon yang pernah berdepan pengalaman membabitkan maruah dan harga diri.
Difahamkan, kelompok penerbit dan pengarah miang itu dikenali di kalangan penggiat seni, cuma tiada pihak berani membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana khuatir 'periuk nasi' mereka bakal terjejas.

Ikuti pendedahan pelakon terbabit yang berharap 'barah' dalam dunia hiburan ini dapat diatasi pada masa depan seperti diluahkan kepada wartawan Metro Ahad.



Bekas peserta program realiti Raja Lawak musim kelima, Elly Sarimah atau nama sebenarnya Sarimah Mohd Daud pernah berdepan situasi menakutkan apabila seorang pengarah drama mengajaknya ke 'bilik tidur' ketika dia baru memulakan kerjaya sebagai artis sejak setahun lalu.


Katanya, selepas program Raja Lawak berakhir, dia menerima panggilan daripada seorang pengarah drama yang memintanya datang ke pejabat dengan alasan mahu berbincang mengenai tawaran berlakon.

Tanpa syak wasangka, dia segera ke pejabat pengarah itu namun sebaik sampai, dia terkejut apabila diminta menyerahkan tubuh sebagai syarat mendapat kerja.

"Saya setuju berjumpanya apabila dia mahu beri saya kerja. Namun, saya terkejut apabila dia mengajak saya mengadakan hubungan seks. Apabila saya menolak secara baik, dia seolah-olah mencabar saya supaya berani menyerahkan tubuh.

"Saya bertanya padanya, apakah cara sebegini perlu dibuat untuk dapat tawaran kerja? Dia tetap berdegil mahukan saya akur dengan permintaan itu, tapi saya akhirnya mengambil keputusan menolak tawaran itu," katanya ketika dihubungi.

Elly berkata, dia tidak mahu memperbodohkan diri dengan menjual maruah semata-mata mahu mendapat tawaran kerja atau meraih populariti dalam masa singkat.

"Kalau mahu buat kerja terkutuk seperti itu, sudah lama saya lakukan, tapi saya mahu mencari rezeki halal. Walaupun pengarah gatal seperti ini menyatakan saya susah dapat kerja lain jika tidak mengikut kehendaknya, saya tidak kisah.

"Kerjaya saya bermula dari bawah sebagai bekas peserta program realiti dan kemudian mencuba nasib sebagai pelakon tambahan.

"Biarlah saya tidak popular atau mendapat tawaran hebat asalkan jujur dan bekerja bersungguh-sungguh," katanya yang pernah membintangi drama Ini Harta Aku Punya, Biasa Je, Jejaka J dan Luka Seorang Perempuan.

Pelakon berasal dari Taiping, Perak, ini juga pernah melalui peristiwa sama ketika menerima pelawaan seorang lagi pengarah untuk makan malam. Tembelang sebenar pengarah itu terbongkar apabila dia bertindak berani memegang tangan dan merabanya.

"Dia tanya bila mahu 'bermesra' dengannya, sedangkan dia sudah berikan saya kerja. Saya yang tak selesa dengan situasi itu pantas bangun dan memarahinya lalu meninggalkan dia.

"Sebelum bergelar artis, saya pernah dengar ada orang bercerita mengenai cabaran dalam industri hiburan ini. Apabila melalui pengalaman hitam seperti ini, baru saya percaya ia benar-benar berlaku," katanya.

Menurut Elly, yang penting, dia perlu lebih berhati-hati ketika berurusan mengenai sesuatu kerja.

"Jangan percaya janji manis pengarah atau produser yang mahu beri kerja semata-mata menerusi jalan mudah iaitu tidur dengannya.

"Lelaki itu berjanji akan menyimpan rahsia apabila artis perempuan sanggup menjalin hubungan sulit, tetapi itu hanya janji palsu.

"Seboleh-bolehnya, saya mahu berkongsi pengalaman hitam ini dengan artis perempuan lain, terutama yang baru menceburi bidang ini, supaya tidak menjadi mangsa," katanya yang bakal muncul dengan single, Ke Tepi Ke Tengah tidak lama lagi.



sumber : myMetro

Doktor ‘dua alam’

Posted: 30 Jun 2012 05:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: Siang merawat, malam cari perawat. Itulah perumpamaan diberi kepada sekumpulan pengamal perubatan di negara ini selepas ada di kalangan mereka didapati hidup 'dua alam' dengan karakter berbeza pada waktu siang dan malam.
Pendedahan itu dibuat Penolong Pengarah (Bahagian Pengurusan Fatwa) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd Kamel Salleh, berdasarkan pengalamannya ketika memberi ceramah umum kepada orang ramai melalui agensi swasta atau kerajaan sebelum ini.

"Hari ini, kita lihat ada doktor yang berubah penampilan. Pada waktu siang mereka mengubat orang tapi tiba malam, mereka berubah identiti dengan menjadi pasangan sejenis di kelab atau terjebak dalam unsur tak sihat lain.


"Mereka golongan profesional dan kita tidak tahu sama ada pihak profesional lain turut terjebak, tapi kini berusaha mengekang budaya seperti itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Pemantapan dan Jatidiri Shahsiah Remaja Wilayah Persekutuan anjuran Persatuan Anggota Perisikan Malaysia (Baris) yang dirasmikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Ghafar Mahmud.


Ghafar mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir, Presiden Baris, Datuk Nordin Hassan dan Pengarah Pelajaran Kuala Lumpur, Datuk Khairil Awang.



Mohd Kamel berkata, pada mulanya beliau hanya menerima maklumat itu melalui tetamu yang menghadiri ceramahnya tetapi dalam satu ceramah di selatan tanah air, beliau terkejut melihat tingkah laku golongan itu.

"Ramai di kalangan mereka adalah lelaki sebegitu (lembut). Biasanya, saya hanya menonton video melalui Internet dan nampaknya golongan itu kini tidak lagi malu membuat pendedahan terbuka kepada masyarakat.


"Ini yang kita cuba bendung, kita tidak mahu LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transeksual) menjadi budaya biasa dalam masyarakat kita," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pendekatan diambil Jakim melalui ceramah sebelum ini seakan-akan membuka lembaran baru apabila ada di kalangan mereka yang hidup 'dua alam' kembali ke pangkal jalan dan mula mendekati masyarakat.


"Kita mengadakan enam ceramah secara bersama dengan agensi lain dan mungkin selepas ini bersama dengan Kementerian Kesihatan pula," katanya.



sumber : myMetro

Senarai universiti di China yang pelajarnya cantik-cantik

Posted: 30 Jun 2012 05:30 PM PDT



China Universities are not good at academics but famous for the beauties on campus. Here listed are some universities with the most beautiful girls.

Central Academy of Drama: Central Academy of Drama, Beijing Film Academy, Beijing Dance Academy are three Arts Academies in Beijing, The Central Academy of Drama has many beauties and becomes more famous for its international movie star graduate – Zhang Ziyi.


Suzhou University: Since ancient times Suzhou was known for its beautiful girls, We can not except much in the learning ability, but I believe there must be a lot of beauties here.


Beijing Foreign Studies University: It has a lot of beauties and it is known to be very open. This is because when they learn a foreign language they also absorb foreign ideas.

Dalian Foreign Languages Institute: Dalian is a beautiful place, in addition to the charming of Dalian female Mounted Police, it also has famous Dalian Foreign Languages Institute. In the campus everywhere can see straightforward beauties.


Shanghai Theater Academy: The beauties there show more South China temperament, very graceful and pleasant. But its representative was a northerner – Fan Bingbing.


Guangdong University of Foreign Studies: Guangdong's eating habits are a good way to cultivate beauties. Guangzhou, as a large window of China's foreign exchange, has attacked a lot of natural beauties.


PLA People's Liberation Army Institute of the Arts College: The beauties under the management of quasi-military have a a sacred special charm.


Sichuan Normal University,: every Sichuan beautiful girls has good-looking.


Xi'an International Studies University: It is located in western hinterland. The beauties there have unique temperament.


Zhejiang Institute of Media: radio and television universities are always place of beauties.


Zhejiang University: In Zhejiang, this university can be said to dominate the whole province, there must be many beautiful girls there. Moreover, Hangzhou's good environment is suitable for girls` maintenance.


Beijing Language and Culture University: Here more than half of the students are foreigners, you can find many beautiful girls from South Korea, Japan and the United States. The temperament is very different from domestic ones.


Sichuan Conservatory of Music: Sichuan girls are beautiful; Sichan girls here are more beautiful. Many super girls are from the Sichuan Conservatory of Music.

banyak lagi universiti di China yang pelajarnya cantik-cantik untuk melihat sila ke
sumber : chinawhisper

Percaya tak umur model ini 12 tahun?

Posted: 30 Jun 2012 05:15 PM PDT



Nama lengkap: Hoang Bao Tran Le (Lê Hoàng Bảo Trân)
Lahir : 1998
Tinggi badan : 1.72m

Dia seorang model muda yang cantik dan innocent face. dia menjadi juara dalam pertandingan Teen Model 2009 di Vietnam, waktu itu umurnya baru 11 tahun.Ketika ini dia berumur 12 tahun, kecantikannya benar-benar memukau bagi siapa saja yang melihatnya. 

Benda pelik yang di lontar penonton ke padang bolasepak

Posted: 30 Jun 2012 05:00 PM PDT

Sepanjang sejarah bolasepak, ada banyak supporter yang fanatik terhadap kelabnya. Dan banyak cara juga mereka apresiasikan untuk kelab tercinta dari nyanyian untuk memeriahkan suasana hingga bunyi petasan yang membahana di stadium. Itu semua mereka lakukan untuk menunjukan bahawa mereka ada di sana sebagai pemain ke-12.

Tapi terkadang para fans fanatik ini terlalu jauh dalam mengapresiasikan sebuah kelab kesayangan mereka. Berikut ini adalah 10 benda teraneh yang pernah dilempar supporter ke dalam lapangan bolasepak sepanjang sejarah.

1. Bola Pantai

Terjadi di Scotland pada pertandingan Celtics vs Glasgow.


2. Kepala Babi


Ini merupakan bentuk kekesalan fans Barcelona terhadap Luis Figo, kerana Figo pindah ke Real Madrid yang merupakan musuh Barcelona.


3. Scooter


Ini terjadi pada saat pertandingan Inter Milan vs Atalanta. Sebelum pertandingan dimulai, fans Inter mencuri scooter dari fans Atalanta dan memasukkannya ke dalam stadium. Scooter di simpan di tempat kosong di dalam Stadium San Siro dan berusaha dicampakkan ke dalam padang.


4. Arnab


Ini terjadi di Yunani, ketika pertandingan pasukan Apoel vs Omonia Nicosia berlangsung.


5. Vibrator


Supporter gila di Argentina melemparkan vibrator ke dalam lapangan.


6. Babi


Ini terjadi pada salah satu kelab di Poland


7. Botol Whisky


Terjadi di Sepanyol tahun 2006, pada saat pertandingan Atletico Madrid vs Sevilla.


8. Donat


Supporter Hajduk Split (Croatia) memprotes presiden kelab mereka dengan melempar donat ke dalam lapangan. Kebetulan Presiden Kelab mereka mempunyai perusahaan kuih donat.


9. Granat Tangan


Dalam pertandingan pada tahun 1966 pertandingan antara Millwall dan Brentford di Den Lama, seseorang dari penonton melemparkan granat pada Brentford penjaga gol Brodie Chic, yang mendarat tepat di tujuan.

Setelah mendapatkan lemparan dari penonton, Brodie meminta penjaga garisan untuk datang memeriksa benda apa yang dilempar untuknya, setelah itu dia mendapati bahawa benda itu granat, dia langsung mengisyaratkan semua pemain untuk meninggalkan lapangan secepat mungkin.


10. Bola Tenis


Para penggemar Hull City memutuskan untuk melempar bola tenis pada pertandingan Piala Liga di Stadium Reebox melawan Bolton untuk mendapatkan perhatian media Lloyd, Dan mereka telah berhasil untuk mendapatkan perhatian.

Wow, Gaun Pengantin Ini Berusia 127 Tahun

Posted: 30 Jun 2012 04:45 PM PDT


VIVAnews - Sebagian besar pengantin wanita pasti akan disibukkan dengan memilih pakaian pengantin yang akan dikenakan pada hari istimewa. Tetapi, Allison Rinaldi tak melalui ini kerana ia sudah memiliki gaun pengantin luar biasa.

Wanita asal Amerika Syarikat ini, memilih untuk mengikuti tradisi keluarga yang mengenakan gaun pengantin turun-menurun. Usia gaun tersebut sudah 127 tahun dan dulu dipakai pada pernikahan nenek moyangnya.

Gaun ini pertama kali dibeli oleh nenek moyang Allison, Nellie Campbell, dan dikenakan saat ia menikah pada 1884. Setelah itu, gaun dipakai dalam empat pernikahan, yaitu tahun 1941 dan 1975. Lalu dipakai lagi pada pernikahan Mimi, yang merupakan ibunda dari Allison pada 1982, dan pada 2011 di pernikahan Allison.

"Aku selalu ingin memakainya. Ini adalah tradisi keluarga aku ingin menjadi sebahagian dari itu," kata Allison seperti dikutip dari today.msnbc.msn.com.

Gaun ini memiliki model high neckline dan dengan ukuran lengan 3/4. Terbuat dari bahan brokat sutra dan berpola bunga krisan, gaun ini disimpan dalam lapisan kain linen dan diletakkan dalam almari khusus. Meskipun gaun telah dibuat seratus tahun lalu, saat dikenakan Allison di hari pernikahannya, gaun tetap terlihat indah dan sang pengantin sangat cantik

Pengantin Sakit, Menikah Melalui Skype

Posted: 30 Jun 2012 04:30 PM PDT

TEMPO Interaktif, Los Angeles – Sakit bukan halangan untuk tetap menikah asalkan ada teknologi. Skype menolong pasangan Samuel Kim dan Helen Oh melakukan pernikahan mereka yang terpisah di hospital dan gereja.

Hal ini berawal ketika Kim diketahui menderita infeksi paru-paru dan harus ditahan di hospital Khuatir pernikahan mereka terancam batal, akhirnya pasangan itu melangsungkan ikrar sehidup semati dengan cara konferensi video web.

Kim tetap berada di bangsalnya, sedangkan si pengantin wanita berdiri di gereja yang berjarak 10 mil. Pernikahan berlangsung Sabtu petang waktu setempat dengan disaksikan teman dan keluarganya. "Para tamu mengagumi cara yang kami lakukan," ujar Kim dari tempat tidurnya di UCI Medical Center di Orange.

Kendati pernikahan berlangsung melalui video conference lewat internet, pengantin dan para undangan tampil sempurna. Mereka semua berhias termasuk ruang bangsal Kim yang dipenuhi bunga-bunga sumbangan para perawat. Adapula lima juru kamera mengabadikan pernikahan berteknologi tinggi itu.

Para tamu melihat siaran tersebut melalui layar besar, sedangkan Kim menikmati dari laptopnya. Helen Oh mengatakan tanpa kuasa Tuhan dan teknologi tersebut, pernikahannya tidak akan sukses. "Aku tidak oleh melakukannya tanpa pertolongan tuhan," katanya.

Pasangan ini juga mendapat kejutan tiket bulan madu ke Eropah. Mereka merancang mengunjungi Paris dan Praha setelah dia sembuh dari penyakitnya.

Gilalah sekolah ni...buat 19 bonggol depan pintu masuk sekolah

Posted: 30 Jun 2012 04:15 PM PDT


Sekolah yang satu ini benar-benar sangat serius dalam menangangni  masalah keselamatan para pelajarnya dengan membuat 19 buah bonggol  diluar pintu masuk mereka.
Sebuah sekolah di Qingdao, Shandong, China, awalnya hanya memasang dua buah penghambat kecepatan didepan gerbang masuk mereka, namun disarankan untuk menambah 17 buah lagi untuk berjaga-jaga.





Bonggol-bonggol berwarna kuning dan hitam dengan biaya 20.000 Yuan  ini, telah dipasang di dalam dan luar gerbang dengan jarak sekitar 20 meter.
Mail Online menulis bahawa pihak pengawal keselamatan mengatakan bahawa ke-19 bonggol ini dipasang November lalu, kerana adajalan menurun tepat di luar gerbang atau pintu masuk.





"Selama hari-hari bersalji pada musim dingin, kawasan pintu masuk  menjadi sangat licin sehingga sekolah melabur sebanyak 20.000 Yuan, untuk memasang penghambat kecepatan ini," kata salah seorang keamanan.
Tujuan pembuatannya ini adalah untuk menghentikan orang-orang tergelincir dan memperlahankan kendaraan masuk dan keluar dari sekolah.


Berita Bagus Buat Lelaki Kini Penis Hilang Dapat Diganti

Posted: 30 Jun 2012 04:00 PM PDT


Ada berita bagus buat para lelaki, apabila kerana suatu kejadian Mr. P melayang, entah kerana kecelakaan,bergaduh dengan isteri, atau dukun sunat kamu ternyata punya ijazah palsu, kamu tak perlu panik. Kini ilmuwan dari Universiti Maryland Medical Center mampu mengeparasi propertimu dari bahagian tubuh yang lain.

Dulu, apabila pada suatu ketika seorang lelaki kehilangan Mr. P-nya, satu-satunya harapan untuk menyatukan kembali adalah apabila Mr. P terpotong dalam keadaan cukup rapi. Maka doktor boleh menyambungnya kembali seperti semula.

Namun kini, katakanlah, Mr. P yang 'terpangkas' tidak dapat diselamatkan kerana dimakan haiwan liar seperti anjing atau kucing, doktor dari Universiti Maryland Medical Center mampu membuatkan Mr.P baru untuk pesakit tersebut dari daging paha atau lengan.

Hebatnya, menurut urologist dari hospital tersebut, Dr Andrew Kramer, Mr. P baru itu berfungsi layaknya Mr. P original. Dengan tambahan penile implant, benda tiruan tersebut mampu ereksi dan mendapat klimaks sama seperti biasa.

Namun yang namanya barang tiruan pasti mempunyai kelemahan. Hingga ketika ini para ahli belum menemukan cara untuk membuat Mr. P tiruan itu dapat berejakulasi. Dan satu lagi, menurut Dr Kramer "Sering kali, benda tiruan itu tidak semirip dengan benda aslinya."


sumber: Daily Mail

Kaitan jenis darah dan peribadi

Posted: 30 Jun 2012 11:00 AM PDT

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. 


DARAH O

  • Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.

Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.


DARAH A

  • Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.



Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.


DARAH B

  • Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.


DARAH AB

  • Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.


p/s benar atau tidak kenytaan di atas ...anda sendiri boleh menilainya



Hebat..Wanita ini ubah Volkswagen Beetle jadi Porsche 356

Posted: 30 Jun 2012 10:30 AM PDT

SALISBURY - Seorang pegawai kejuruteraan Tentera Laut Diraja Britain, Megan Ashton, 26, mengambil masa selama enam tahun untuk mengubahsuai sebuah kereta Volkswagen Beetle untuk kelihatan seperti Porsche 356, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta Porsche 356 itu dicipta oleh Ferdinand Porsche yang merupakan anak lelaki pengasas syarikat Porsche yang telah mereka bentuk Volkswagen Beetle.

Kereta Volkswagen Beetle berkongsi banyak peralatan dengan Porsche 356 menyebabkan mudah buat Ashton untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian.


KERETA Volkswagen Beetle sebelum ia diubahsuai oleh Megan Ashton.


MEGAN ASHTON berdiri dekat kereta Volkswagen Beetle yang diubahsuai menjadi Porsche 356.


Ashton membelanjakan £200 (RM978) untuk membeli kereta Volkswagen yang berusia 40 tahun itu dan menanggalkan kepingan badannya.

Dia turut menggunakan enjin kereta 1776cc untuk menggantikan enjin lama yang berkuasa 1285cc.

Ashton membeli kereta itu ketika dia menjadi pelajar.

Kos untuk menyiapkan keseluruhan kenderaan itu ialah £4,000 (RM19,548).

Kereta itu mempunyai tempat duduk kulit dan ia boleh bergerak lebih 160 kilometer sejam dan kini bernilai £25,000 (RM122,276). - Agensi


Celebrity News

Celebrity News


Keputusan Malaysia VS Vietnam AFC B-22 | AFC Asian Cup 2013 Qualifiers

Posted: 30 Jun 2012 04:12 AM PDT



KELAYAKAN AFC B-22 2013 | Sebentar tadi ZoOM baru menyaksikan satu lagi perlawanan kelayakan AFC B-22 2013 bagi kumpulan G dimana Malaysia vs Vietnam pada hari ini ,30 Jun 2012.

Perlawanan Malaysia vs Vietnam yang berlangsung di Stadium Aung San jam 4.45 pm waktu Malaysia menyaksikan kita berjaya mengatasi Vietnam (3-0)

MALAYSIA VS VIETNAM

3                         0



Jika ZoOM mempunyai video terkini, akan diuload untuk tatapan peminat bola sepak di luar sana.

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

13 Gambar Perkahwinan Irma Hasmie Dan Redza Syah

Posted: 29 Jun 2012 10:22 PM PDT


Sebelum anda melihat beberapa gambar perkahwinan yang ZoOM jumpa daripada abang dan kakak Google Images, mari kita baca berita dan serba sedikit cerita Irma yang comel ni.

Biodata Irma Hasmie:

Nama: Irma Hasmie Ibrahim
Tarikh Lahir: 8 Januari 1982
Usia: 27 Tahun
Asal: Kuala Lumpur
Pencapaian: Gadis Jelita 2004
Iklan Komersil: Tourism Malaysia (Cuti-Cuti Malaysia), Fair & Lovely, Yamaha & Pringle's.
Filem: Cinta Fotokopi, Main-Main Cinta, Diva & Dua Hati Satu Jiwa
Drama: Lima, Awan Dania, Bella, Rahsia Gambar, Hantu Raya, Segalanya Ku Terima & Cinta 5 Bintang. 



Beliau Selamat diijabkabulkan dengan Redza Syah Azmeer sebentar tadi kira-kira jam 3.40 petang selepas selesainya solat jumaat.. Dengan hanya sekali lafaz sahaja Irma Hasmie telah sah menjadi isteri kepada Redza.. Majlis pernikahan yang serba ringkas tetapi meriah itu telah diadakan di Dewan Persidangan Putrajaya.

Kisah percintaan Irma Hasmie dengan Nabil Raja Lawak yang putus di pertengahan jalan tu pun aku tahu juga sikit-sikit. Tapi aku takde la buat entri sebab masa tu aku takde pun lagi blog.

Harinie, 29 Jun 2012, pukul 3.40 petang waktu Malaysia, Irma Hasmie telah sah diijabkabulkan bersama arjuna pilihan hatinya iaitu Redza Syah Azmeer.


Dan berikut 12 lagi gambar pernikahan Irma dan Redza :
 Bergambar bersama rakan-rakan termasuk artis Malaysia
 Pose Rakan-Rakan
 Wajah Seorang Bakal Menjadi Seorang Isteri

 Masa batal air sembahyang kot :)
 Kad Kahwin Irma Dan Suami
 Heliza Helmi Dan Mak Irma


 Semasa Redza Akad Nikah
 Mesti Redza Berdebar-debar masa ni kan
 Indah Dan Meriahnya


Sumber Gambar: FB Heliza,Rotikaya,Blog Amar,Budiey (Thanks Alls)

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Terkini : Kaka Peluk Agama Islam

Posted: 29 Jun 2012 09:17 PM PDT

Beberapa hari lepas ZoOM ada terbaca satu laman blog mengenai seorang pemain bola terkenal memeluk ISLAM, dan sana-sini kecoh bercerita dan menaip mengenai cerita yang tersebar dengan pantas terutamanya di laman internet (Blog & Laman sosial).


Gambar diatas dan dibawah menunjukkan Kaka dan isteri serta rakan berada di dalam Masjid dan yang membuatkan berita ini seperti ada kebenarannya ketika isteri Kaka memakai Pakaian wanita soleha(bertudung) ketika berada didalam Masjid dan majlis tertentu.


Namun hakikatnya gambar tersebut mempunyai cerita tersendiri, dan ZoOM kini memahami apakah sebenarnya berlaku.


Menurut info dari blog atanahmad, gambar tersebut diambil ketika Kaka datang ke Arab Saudi untuk mempromosikan Dubai memalui sukan bola sepak.


Sepanjang berada disana beliau dibawa ke tempat-tempat tertentu termasuk Masjid, dan bagi menghormati budaya,adat resam dan agama Negara yang beliau lawati, isteri beliau telah memakai pakaian dan tudung.


Tetapi bagi ZoOM jika ia menjadi kenyataan, siapa yang tahu kerana hidayah dan pentunjuknya hanya datang daripada ALLAH yang Maha esa dan berkuasa. 


Semoga ia akan menjadi kenyataan. Insyallah


Lagi Gambar Kaka dan isteri dibawah :






Apa komen anda ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Hot : Gambar Seksi Lana Nordin Di Anchol Jakarta

Posted: 29 Jun 2012 08:56 PM PDT

Aksi yang acap kali dilakukan oleh Lana Nordin walaupun ramai pihak diluar sana mengkritik penampilan beliau, tanpa mengambil kira bahawa beliau adalah perempuan yang dikenali ramai di Malaysia khasnya.

ZoOM terbaca laman blog Klik Aje yang berkongsi dengan pembaca mengenai gambar panas terbaru Lana Nordin ketika berada di Anchol, Jakarta, Indonesia sempena " Festiva Bunga Api Antarabangsa Indonesi ".

Gelaran Pamela Anderson Malaysia kadang-kadang mencuit hati ZoOM kerana ada benarnya apabila semakin banyak koleksi gambar peribadi beliau tersebar di alam maya (Internet).

Dan lagi gambar seksi Lana Nordin semasa acara tersebut di Sandscape Beach Party pada 16 Jun 2012 (Menurut Info) :



Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Cinta Laura intai ruang di Hollywood

Posted: 29 Jun 2012 03:18 PM PDT

Hip

Penyanyi, pelakon popular Indonesia lupa dirinya pernah bergelar selebriti kerana teruja jadi pelajar di New York

SETAHUN meninggalkan Jakarta kerana menuntut ilmu di Amerika Syarikat (AS), kepulangan Cinta Laura Kiehl pada pertengahan Jun lalu mengumpan perhatian media untuk mendekatinya.

Baru menyelesaikan dua semester pengajian dalam bidang psikologi, Cinta yang ditemui media ketika penggambaran klip video single terbarunya, Tulalit di sekitar Sentul, Bogor begitu menikmati kehidupannya di rantau orang.

Segala tertekan hilang kerana saya tidak perlu lagi fikir untuk sentiasa tampil menarik di depan ramai. Itu membuatkan saya terlalu gembira. - Cinta Laura Kiehl

Tidak seperti di Jakarta apabila dirinya sentiasa menjadi perhatian media dan peminat, Cinta berkata, dia menghargai nilai kebebasan yang diperoleh selepas sekian lama keseronokan itu pergi dari hidupnya.

"Sejak ke AS pada Ogos 2011, saya belum pernah pulang ke Indonesia. Hampir setahun baru saya berpeluang untuk pulang bercuti. Tiada yang kurang kerana saya menyenangi kehidupan baru di New York.

"Saya bebas di sana, malah mahu ke mana-mana saya lebih selesa menggunakan kereta api bawah tanah. Tiada siapa mengenali saya di New York, justeru bebas melakukan apa yang saya inginkan.

"Segala stres hilang kerana saya tidak perlu lagi fikir untuk sentiasa tampil menarik di depan ramai. Itu membuatkan saya terlalu gembira," kata gadis kelahiran Quakenbruck, Jerman yang menyelinap ke industri hiburan Indonesia apabila bergelar finalis Top Model 2006.
Popular dengan sinetron seperti Cinderella dan Upik Abu & Laura, Cinta berkata, dia tidak janggal biarpun terpaksa menetap di asrama.

Sendirian di bumi asing membuatkan Cinta betah menguruskan hal peribadinya termasuk membersih kamar, mencuci pakaian dan memasak.

"Semuanya saya lakukan sendiri tanpa bantuan sesiapa. Jika mahu menghadiri uji bakat, saya akan menempah tiket dan terbang seorang diri ke Los Angeles," katanya.

Akui Cinta, sendirian di negara asing banyak membawa perubahan dalam dirinya. Dia semakin sabar dalam menghadapi masalah, malah matang menangani apa saja dugaan yang datang.

"Dulu saya cepat melenting tetapi sekarang tidak lagi. Saya jadi lebih sabar dan apa saja dugaan, saya rasional menanganinya. Itu perubahan besar yang saya lihat dalam diri ini.

"Berbeza dulu ketika saya memulakan karier pada usia 15 tahun, hari ini saya mahu dilihat berbeza. Mungkin dulu saya menyerahkan semua hal kepada pengurusan dan label, tetapi kini saya sudah punya suara untuk memberikan pendapat," katanya.

Menolak imej terbarunya cenderung kepada gaya seksi, Cinta berkata, dia berharap peminat dapat melihat kematangan dan kedewasaannya selepas lima tahun memasuki industri hiburan.

Selepas menghasilkan album sulung, Cinta Laura pada 2010, gadis yang pernah tampil bersama duo, Maia membawakan lagu Pengkhianat Cinta semakin yakin menekuni dunia seni suara.

"Saya bangga kerana diberi kebebasan memilih lagu bagaimana mahu dimuatkan dalam album terbaru ini. Saya diberi hak untuk menentukan dalam semua aspek, bermula imej hingga muzik.

"Saya tidak tertarik untuk muncul seksi, sebaliknya ingin memberitahu peminat saya lebih dewasa berbanding dulu," katanya.

Meskipun dunianya kini berkisar kepada pengajian dan nyanyian namun lakonan tidak pernah dilupakannya. Ketika di New York, dia sempat mengikuti kelas lakonan di samping menyertai sesi uji bakat untuk menembusi pasaran Hollywood.

"Di sana saya menyertai kelas lakonan, malah sering ke Los Angeles untuk uji bakat filem. Pernah ditawarkan untuk membintangi siri televisyen tetapi terpaksa dilepaskan kerana menuntut terlalu banyak waktu," katanya sedikit terkilan.

Berbanding di Indonesia apabila dia memilih untuk menumpukan lebih perhatian kepada nyanyian, Cinta mempunyai alasan sendiri mengapa menolak tawaran membintangi drama berantai.

"Saya tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil cuti. Polisi universiti menetapkan seseorang pelajar boleh menangguhkan pengajian sama ada satu atau dua semester.

"Kebiasaannya, berlakon filem memerlukan lima bulan atau bersamaan satu semester. Jadi ia tidak menimbulkan masalah jika saya menerima tawaran," katanya.

Zip mulut perihal teman lelaki

AGAK tertutup terutama apabila disentuh soalan mengenai teman lelaki, Cinta berkata, biarpun bertemu ramai jejaka yang mencuri perhatiannya ketika di New York namun semua itu belum memberinya keyakinan untuk memilih siapa yang terbaik.

Tidak terlalu memilih, terutama soal bangsa, Cinta berkata, dia cuma berharap dipertemukan dengan lelaki yang bijak dan bebas berkongsi apa saja cerita bersama.

"Saya tidak kisah dia dari mana, asalkan pintar, baik hati dan senang berbicara, itu sudah memadai buat saya. Mungkin kerana sudah terbiasa hidup berpindah randah kerana mengikut bapa bertugas di pelbagai negara, jadi saya tidak terlalu kisah soal bangsa," katanya.

Pernah menetap di Dubai, Singapura, Malaysia dan Jerman kerana mengikut bapanya yang bertugas sebagai Pengurus Besar hotel lima bintang, Cinta berkata, dia pantas menyesuaikan diri setiap kali berada di tempat baru.

"Dari kecil saya sudah terbiasa dengan gaya hidup seperti ini, malah akan datang juga saya mempunyai keinginan untuk meneroka negara baru.

"Saya ingin sekali ke Afrika Selatan. Pantainya menarik, malah saya tertarik dengan panorama yang sering saya saksikan di kaca televisyen.

"Eropah bukan lagi destinasi pilihan kerana bapa berasal dari Jerman. Saya sudah biasa mengelilingi Eropah kerana mempunyai ramai saudara yang menetap di sana. Jadi Afrika Selatan adalah pilihan terbaik untuk saya mengenali sisi berbeza kehidupan," katanya.


Mesti Tonton: Drift cara Shawn Yue

Posted: 29 Jun 2012 02:55 PM PDT

Hip

Motorway filem ringkas namun sarat babak aksi

>b>Info:

Filem: Motorway Arahan: Soi Cheang Pelakon: Shawn Yue, Anthony Wong, Barbie Hsu dan Lam Ka Tung Genre: Drama aksi
Durasi: 90 minit
Tarikh tayangan: 28 Jun 2012

MESKIPUN skripnya longgar dan dikira begitu ringkas, namun idea pengarah, Soi Cheang, menonjolkan aksi drift dalam filem berjudul Motorway berjaya menarik perhatian penonton.

Secara ringkas, filem ini berkisar pada seorang anggota polis peronda Hong Kong yang meminati aksi drift. Dialah tunjang kepada penceritaan kepada filem yang boleh dikatakan sarat dengan babak mencemaskan ini.
Tidak dinafikan, filem Hong Kong banyak menampilkan anggota polis beruniform, tetapi dengan garapan berbeza daripada pengarahnya, Motorway tampil sedikit berbeza apabila lebih menjurus kepada aksi lumba lasak kereta.

Penampilan Shawn Yue dalam filem ini menghidupkan lagi jalan ceritanya. Wataknya tampak meyakinkan dan meninggalkan kesan kepada penonton apabila aktor ini bijak bermain dengan emosi.

Begitupun, lakonannya tidak sehebat persembahan yang pernah ditonjolkan dalam filem Internal Affairs, yang banyak menampilkan babak ketangkasan serta kematangannya dalam lakonan.

Pernah membintangi filem Initial D yang diterajui Jay Chou, lakonan Yue dalam Motorway tidaklah sehebat wataknya dalam filem arahan Andrew Lau dan Alan Mak itu.

Sikap degil Sean (Yue) yang tidak mahu mengalah serta ingin menumpaskan Jensen, seorang penjenayah yang terlepas daripada tahanan yang juga bekas pelumba kereta, membuatkan lelaki itu berusaha keras mempelajari teknik drift daripada rakan sejawatnya, Lo (Anthony Wong).

Lo yang dianggap legenda kepada pasukan polis Hong Kong kerana berjaya menahan Jensen dengan kemahirannya dalam kawalan kenderaan, akhirnya terbunuh dalam usahanya menahan semula penjenayah terbabit.

Kematian Lo membuatkan Sean bertambah marah dan mempraktikkan teknik yang diajar Lo kepadanya dalam usaha menumpaskan Jensen, yang melarikan berlian milik seorang ahli perniagaan.

Walaupun masih boleh dianggap persembahan yang menghiburkan, namun olahan ceritanya kurang melekat di jiwa khalayak. Mungkin pendekatan pengarah yang lebih menonjolkan babak aksi mengurangkan darjah keberkesanan filem ini.

Jika elemen drama disuntik dengan lebih banyak lagi, Motorway mampu muncul sebagai filem yang seimbang dan lebih menarik lagi.


Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Diganggu peminat misteri...

Posted: 29 Jun 2012 06:32 AM PDT

MUNGKIN kita sudah biasa melihat pengacara TV wanita yang popular diketengahkan dalam sesi fotografi bagi muka depan majalah dan akhbar namun peluang itu agak jarang diberikan kepada pengacara lelaki.

Sebagai suatu kelainan, sisipan Rap dalam Harian Metro kali ini menggandingkan dua hos Nasil Lemak Kopi O (NLKO) yang semakin popular dan selalu menceriakan suasana pagi Jumaat hingga Ahad di kaca TV9.

Mereka tidak lain daripada pengacara program bual bicara pagi popular, Luqman Hakim Abd Malik, 30, dan rakannya, Muhammad Azmir Selamat atau AG Hot FM, 32. Selain mereka berdua rancangan itu juga menonjolkan seorang lagi hos yang ramah, aktor kacak Fizo Omar yang muncul mengikut kelapangan waktunya untuk menyampaikan pelbagai informasi menarik kepada penonton setia rancangan itu.

Terbit pula persoalan adakah pemilihan mereka sebagai hos itu lebih bersandarkan aura 'macho' memandangkan masing-masing berwajah kacak dan menarik.


Mengulas mengenai perkara itu, kedua-dua mereka mempunyai pandangan sendiri mengenai definisi 'macho' bagi seorang pengacara lelaki.


Menurut Luqman, pada awal menjadi pengacara tidak dinafikan apa yang bermain di fikirannya adalah perlukah dia kelihatan 'macho' supaya penonton tertarik dengan gaya segak seperti yang digemari oleh segelintir penonton wanita.

"Tidak dinafikan 'macho' itu penting bagi seseorang pengacara lelaki namun lama kelamaan saya menyedari 'macho' saja tidak memadai kalau kita tidak pandai menguasai suasana dan mengulas isu yang sedang dibincangkan. Ia perlulah seiring dengan IQ supaya penonton lebih yakin dan bersemangat untuk menyaksikan pengacaraan kita setiap kali bersiaran," katanya.

Bagi AG pula, 'macho' itu penting namun perlulah mengikut kesesuaian masa dan tajuk yang dibincangkan. Sebagai contoh, jika ketika itu semua orang sedang bergelak ketawa dengan sesuatu isu yang diketengahkan, tidak perlulah baginya untuk 'control macho' dan lebih baik bersikap santai saja.

"Setiap lelaki ingin kelihatan 'macho' di depan semua orang apatah lagi kalau muncul di kaca TV tapi betul macam Luqman cakap, ia biarlah selari dengan keadaan jangan pula ketika orang sedang suka-suka kita pula menunjukkan muka 'control macho', ia pastinya membuatkan orang rasa menyampah!" katanya.

Berkongsi pengalaman melayan kerenah peminat wanita, Luq mengakui pernah diganggu peminat misteri yang mengakui dia adalah kekasih Luq dan kerap menghantar mesej berbaur cinta di facebook (fb) peribadi miliknya dan NLKO.

"Selama tiga hingga empat bulan pada awal mengacarakan NLKO saya kerap diganggu peminat misteri yang mengaku saya pernah menjadi kekasihnya, sedangkan saya tidak kenal siapa dia. Selepas diselidik dia adalah seorang mak nyah yang meminati saya malah isteri yang mengetahui kejadian ini hanya tertawa," katanya.

Berbeza dengan AG, dia bersyukur selama menceburi bidang glamour ini tidak pernah sesekali diganggu peminat misteri atau gila. Malah peminat sentiasa menghormati dirinya sebagai seorang selebriti.

"Alhamdulillah saya bersyukur, tidak pernah diganggu dengan perkara-perkara aneh dan peminat hanya meminati saya sebagai seorang penyampai radio dan pengacara TV.

"Isteri saya juga memahami kerjaya saya sebagai seorang 'public figure' yang harus berdepan dengan ramai pihak. Dia adalah isteri dan peminat nombor satu saya yang sentiasa memberi teguran dan komen membina," katanya.

Selain, menjadi pengacara, Luqman yang mesra dengan panggilan Luq, turut menggalas tanggungjawab sebagai penerbit NLKO. Dia ternyata seorang yang ramah dan lekas mesra dengan semua orang. Namun katanya kalau tidak bertugas di depan kamera, dia sebenarnya lebih suka berdiam dan tersenyum.

"Cabaran yang diberikan kepada saya oleh TV9 adalah sangat hebat kerana ini adalah pengalaman pertama saya menggalas dua tanggungjawab besar iaitu menjadi penerbit NLKO dan pada masa sama perlu mengacarakan sendiri program berkenaan.

"Banyak aspek harus saya teliti bagi mendapatkan isu semasa yang menarik di samping mencari keserasian bersama tenaga kerja lain di dalam dan luar studio.

"Namun saya bersyukur, pengalaman bekerja bersama AG yang pernah mengacarakan program Malaysia Hari ini (MHI) banyak memberi idea kepada saya agar lebih pantas memancing dan mengulas isu-isu semasa melalui program ini.

"AG seorang yang terbuka dan bersahaja mengendalikan program seperti mana juga tugasnya di Hot FM. Kami kena fokus dan peka sepanjang masa bagi menghidupkan program ini agar penonton tidak bosan dan menukar siaran lain," katanya.

Bekas pelajar jurusan Ijazah Komunikasi & Pengajian Media (Pengiklanan) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ini sudah hampir setahun menjadi penerbit dan pengacara program NLKO.

Katanya, pengalaman menerbitkan program seperti itu cukup bermanfaat agar dapat digunakan satu hari nanti andai kata dia beralih angin.

"Saya cukup gembira sepanjang bersama NLKO kerana kerjasama 'teamwork' yang diberikan oleh semua petugas banyak melancarkan tugas saya.

"Pengalaman membaca berita di saluran ESPN dan Bernama dulu juga turut saya praktikkan sepanjang mengacarakan NLKO. Walaupun selalu muncul di kaca TV, kadangkala perasaan gementar masih dirasai apabila sedang ke udara," ujarnya.

Terkenal dengan iklan Bank Rakyat dan ubat berhenti merokok, Niquotine, ayah kepada dua anak perempuan, Cahaya Raisya, 4, dan Dahlia Raisya, 1, ini berkata, dari sudut lakonan, jiwanya lebih sesuai menjadi pelakon iklan berbanding drama atau filem.

Hakikat ini kerana, berlakon iklan tidak mengambil masa terlalu panjang dan hanya perlu dua atau tiga hari saja di lokasi penggambaran sedangkan berlakon drama memerlukannya lebih daripada seminggu atau lebih lama di set.

Menurut jejaka yang berasal daripada Ampang, Kuala Lumpur ini sikapnya yang suka menepati masa membuatkan dia sering menolak tawaran berlakon kerana bimbang kelewatan mana-mana pihak ke set penggambaran boleh merosakkan 'mood' sesama pelakon.

"Saya pernah cuba berlakon beberapa drama dan ia memenatkan. Selepas itu saya lebih banyak memberi fokus terhadap iklan komersial dan menyumbang suara (VO) untuk iklan televisyen dan radio.

"Bukan tidak suka berlakon tapi sikap saya yang tidak tahan menunggu lama-lama. Kalau 'mood' saya terganggu nanti bimbang pula ia menimbulkan rasa kurang senang orang di sekeliling kita. Justeru saya lebih selesa bekerja di belakang tabir seperti menjadi penerbit atau mengacara saja," katanya.

Berbeza pula dengan AG, dia akui dia lebih selesa memberi fokus terhadap kedua-dua pekerjaannya iaitu mengacara di TV dan radio.

Menurutnya, hampir 12 tahun dia bertugas di konti dia sudah bersatu dengan dunia radio. Dia sangat menghargai kerjayanya yang gembira mendapat sokongan daripada ramai pihak terutamanya ahli keluarga.

"Selepas habis belajar di Yayasan Pelajaran Johor, saya memulakan kerjaya sebagai penyampai radio di Best 104.1 di Johor dan kemudian menimba pengalaman selama enam bulan di Fly FM sebelum beralih kepada Hot FM," katanya.

Bagi tugas pengacaraan pula, ayah tiga anak lelaki, Muhammad Aeril Aqmar, 7, Muhammad Arraz Ammar, 5, dan Muhammad Aqriz Anmar, 2, ini lebih selesa memberi fokus terhadap NLKO yang banyak memberi pengalaman kepadanya untuk menjadi seorang pengacara yang berilmu dan tidak syok sendiri.

"Bekerja dengan Luq bukanlah masalah buat saya kerana dia seorang yang boleh menerima pandangan malah bersikap terbuka dalam apa juga keadaan.

"Tidak dinafikan sebagai penerbit dia mahu belajar banyak perkara namun sikap Luq yang boleh menerima setiap pandangan orang lain memudahkan lagi kelancaran tugas kami di depan dan belakang kamera," katanya.

Jejaka kelahiran Jawa yang dibesarkan di Johor Bahru ini turut berkongsi cerita yang dia pernah mendapat tawaran berlakon dan memegang watak utama namun cinta yang lebih terhadap penyampai radio dan pengacara tidak membuka hatinya kepada tawaran itu.

"Bukan tidak mahu ikut jejak langkah kawan seangkatan saya seperti Fara Fauzana dan Faizal Ismail tapi biarlah saya fokus dengan dua tugas sekarang.

"Kalau nak suruh berlakon pun biarlah sekadar watak kecil tapi kalau ditawarkan peranan besar itu memang menyeramkan saya," katanya sambil ketawa.


Semoga tiada lagi fitnah

Posted: 29 Jun 2012 06:12 AM PDT

TIADA wanita ingin bergelar janda atau ibu tunggal, apatah lagi pada usia sudah mencecah 53 tahun serta bergelar nenek. Namun, itulah suratan takdir dan nasib yang harus diakui penerbit filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman apabila mahligai rumah tangga berusia 28 tahun akhirnya musnah akibat musibah.

Bukan faktor kecurangan yang menjadi kemelut kepincangan hubungan Raja Azmi dan bekas suaminya, Mohamed Jalani Mohamad Sidek atau Jalani, 48. Namun, bebanan tekanan dan konflik berpanjangan melanda kebahagiaan rumah tangga mereka tatkala tohmahan dan fitnah berleluasa yang dilemparkan.

Wanita mana yang mampu bersabar untuk terus menepis segala fitnah yang ditabur, lebih-lebih lagi apabila si suami dituduh sebagai lelaki dayus. Enggan lagi bertahan dan selepas memikirkan semasak-masaknya, pasangan yang memiliki tiga orang anak ini mencapai kata sepakat untuk meleraikan ikatan sah mereka.

Justeru, pada Rabu lalu di Mahkamah Rendah Syariah, Gombak Timur, tepat jam 3.30 petang, berakhirlah ikatan perkahwinan antara Jalani dan Raja Azmi dengan talak satu di hadapan hakim syarie, Shaiful Azli Jamaludin. Pasangan yang hadir bersama itu turut ditemani anak kedua mereka, Puteri Suaida, 23, dan peguam, Roslizam Rahim.


Raja Azmi yang ditemui selepas sesi prosiding perceraiannya selesai berkata, apa yang membuatkan dia dan Jalani mengambil tindakan itu kerana sudah tidak tahan menanggung fitnah yang dilemparkan pada rumah tangga mereka. Katanya, mungkin inilah jalan terbaik untuk mereka meleraikan semuanya.


"Pelbagai fitnah dilemparkan kepada saya hingga Jalani dianggap sebagai lelaki dayus. Pada hal, dia (Jalani) seorang suami yang sangat baik. Tidak mahu dia terus dimalukan dan demi membersihkan namanya, saya rela berkorban. Diharapkan selepas ini Jalani akan bertemu wanita yang lebih baik daripada saya.

"Kami akan tetap berhubungan baik demi anak-anak walaupun sudah tidak hidup bersama. Malah, semoga tiada lagi fitnah dan cerita kontroversi terjadi dalam hidup saya. Biarpun, kini memilih jalan hidup sendiri, namun saya akan tetap aktif berkarya dalam bidang seni hiburan tanah air," katanya tenang.

Menyentuh soal dugaannya selepas bergelar janda, Raja Azmi berkata, dia akan berusaha menghadapinya dengan tabah. Pun begitu, ujarnya takkan pada usia sepertinya, dia akan melalui dugaan hebat.

Pada pertemuan itu juga, Raja Azmi meluahkan rasa terkilannya terhadap laporan media yang mengaitkan dia pernah didakwa berkhalwat dengan bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim pada Ogos 2010. Ujarnya, perkara itu juga adalah fitnah kerana dia tidak pernah ditangkap khalwat sepanjang hidupnya.

"Ini juga satu fitnah kepada saya. Selama ini, saya sudah berhadapan dengan pelbagai tekanan berat akibat daripada konflik berpanjangan ini. Pelbagai fitnah dan tohmahan buruk sudah dilemparkan kepada saya. Justeru, biarpun perceraian ini adalah ketentuan takdir kami tetapi ia terjadi disebabkan bahana fitnah yang dibuat.

"Saya sangat sedih dan kecewa. Tetapi, inilah jalan terbaik untuk rumah tangga kami dan saya menerimanya dengan reda. Pada saya, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi ini," katanya.

Menurut penerbit filem Black Widow Wajah Ayu, Cinta 200 Ela dan... Dalam Botol ini, dia menerima perceraian itu dengan hati yang terbuka selepas berfikir dengan lama sejak Februari lalu. Katanya persetujuan perceraian itu dibuat atas kesepakatan bersamanya dan Jalani.

Mengimbau kenangan lalu, Raja Azmi yang juga seorang bekas pramugari bernikah dengan Jalani (bekas jaguh beregu badminton negara) di Taiping, Perak, pada 23 Disember 1984. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga anak - Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23, dan Megat Deli, 18. Kini, mereka mempunyai seorang cucu, Mohd Akid Mohd Shadan, 1.


Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Hati Audy milik Iko Uwais

Posted:

Hati Audy milik Iko Uwais

GENAP 12 tahun penglibatan Audy Item dalam industri seni suara Indonesia, dia kini berjaya muncul dengan album keempatnya yang berjudul Selalu Terdepan.

Hasil yang ditunggu-tunggu oleh peminatnya selepas kali terakhir mengeluarkan album adalah pada tahun 2006 yang berjudul 23-03.

"Saya tidak mahu terburu-buru mengeluarkan album, jadi selepas menimba ilmu dan belajar selok-belok industri nyanyian, saya tampil dengan hadiah terbaharu, Selalu Terdepan.

"Album keempat ini sangat istimewa kerana saya terlibat untuk hampir semua proses menerbitkan album ini, bermula daripada menulis lirik, mencipta lagu, mereka konsep album dan video klip termasuk juga promosinya," katanya yang ditemui ketika majlis pelancaran album Selalu Terdepan di Hotel Royal Coronade, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Audy sebelum ini pernah bertandang ke Kuala Lumpur untuk melancarkan album sulungnya berjudul, 18 pada tahun 2001.

"Saya mahu berikan pelajaran terhadap perkara yang sudah saya pelajari selama ini dan menggunakan sepenuh jiwa dalam bermuzik.

"Maknanya, setiap yang saya berikan keluar daripada hati," bicara Audi mengenai prinsipnya berkarya selari dengan kematangan usia.

Memilih judul Selalu Terdepan, konotasinya melambangkan perjuangan yang ingin dia tuju iaitu sentiasa optimis dan memandang ke hadapan.

Pencuri hati

Ditanya mengenai judul lagu yang paling istimewa baginya, ujar Audy atau empunya nama Paula Allodya Item, 29, Pencuri Hati paling terkesan baginya.

"Saya mencipta lagu itu pada tahun 2008 setelah putus cinta dan mencari-cari jejaka yang sudi mencuri hati saya.

SELEPAS hanya mula menjalinkan cinta pada bulan Mei tahun ini, Audy dan Iko nekad mengikat tali perkahwinan.


"Akhirnya saya bertemu dengan seorang lelaki yang benar-benar mencintai saya dan membuatkan saya bahagia sepanjang berada di sampingnya," luncur kata Audy.

Lantas, penyanyi lagu Lama Lama Aku Bosan itu ditebak lagi siapa gerangan yang berjaya mencuri hatinya. Jawabnya: "Dia ialah Iko Uwais!"

Iko Uwais merupakan seorang pelakon filem di Indonesia dan antara naskhah lakonannya yang mencuri tumpuan termasuklah The Raid: Redemption.

Nikah

Kata Audy jujur, Iko memenuhi kriteria jejaka pujaannya iaitu seorang individu yang sentiasa menyokong kariernya selain tidak mengabaikan tuntutan agama.

"Dia sangat istimewa, seorang yang selalu menyokong kerjaya saya dan seorang yang soleh," tambah anak ketiga daripada empat beradik itu.

Bibit cinta antara Audy dan aktor berusia 29 tahun itu bermula selepas Audy mengucapkan tahniah atas kejayaan filem The Raid: Redemption melalui laman sosial Twitter.

Selepas perkenalan itu, hubungan mereka bertambah serius dan akhirnya memutuskan untuk mengikat tali pernikahan pada Isnin, 25 Jun lalu.

Audy dan Iko yang bertunang pada 4 Jun lalu itu selamat diijabkabul di Hotel Grand Mahakam, Jakarta Selatan dengan mas kahwin merupakan perhiasan emas seberat 29 gram.

"Saya menerima lamaran Iko ketika sambutan hari jadi saya baru-baru ini dan ia merupakan tindakan yang wajar walaupun kami baru berkenalan selama sebulan. Saya yakin dia jodoh saya dan ini jalan yang ditetapkan oleh Allah," ulas Audy mengenai Iko.

Gemuk

FIGURA jelita pemilik vokal bertenaga ini bakal kembali ke Malaysia menjelang 8 Julai ini untuk mmebuat persembahan dalam sebuah konsert.


Melihat kepada perkembangan sosok tubuhnya yang semakin berisi, Audy mengakui selera makannya kini kian bertambah ekoran kesibukannya mengadakan konsert jelajah untuk mempromosikan album terbaharunya.

"Apabila saya mengikuti jelajah, saya akan ada lebih banyak masa terluang dan dijaga rapi. Saya akan makan banyak bagi mengelakkan jatuh sakit.

"Kalau tidak salah, berat badan saya kini sudah meningkat sebanyak enam kilogram apabila asyik menyanyi, makan dan tidur saja sepanjang konsert jelajah sekitar 12 daerah di Indonesia," ungkapnya yang berjaya menurunkan sedikit berat badannya untuk hari perkahwinannya itu.

Awi Rafael tekad mahu buang tatu

Posted:

Awi Rafael tekad mahu buang tatu

Oleh HARYATI KARIM


AWI RAFAEL mengakui terkejut dan sedih dengan kontroversi yang melanda dirinya.


PENYANYI Awi Rafael, baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila gambarnya bertatu tersebar luas di internet. Sejak gambar itu tersebar belum ada satu kenyataan daripada mulut pelantun lagu Pulanglah itu. Awi hanya membuat kenyataan berhubung isu tatu itu di akaun Facebook miliknya dengan mengesahkan gambar lelaki bertatu yang hangat diperkatakan orang ramai adalah dirinya.

Dalam kenyataan di Facebook itu juga, Awi memohon maaf atas kesilapan dan perbuatan yang dilakukan ketika remaja sebelum dia bergelar seorang artis.

Kosmo! yang berkesempatan menemui Awi ketika majlis pelancaran album terbaharu Jinbara di Kelab Sixty3 di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur baru-baru ini tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan kenyataan daripada Awi sendiri berhubung isu tatu tersebut. Ikuti apakah jawapan yang diberikan penyanyi yang berusia 26 tahun ini.

Kosmo!: Apabila gambar Awi bertatu dimuat naik ke internet, apakah reaksi Awi?

AWI: Pertama kali mendapat tahu tentang perkara itu, saya terkejut kerana itu gambar lama, kenapa baru sekarang gambar itu muncul. Sedih juga tetapi apa yang saya lakukan pada masa lepas saya harus hadapinya.

Adakah masih terdapat tatu di badan Awi?

Ya, memang ada lagi tetapi sekarang saya masih dalam rawatan membuang tatu dengan cara perubatan Islam. Sebenarnya sudah lama saya menjalani rawatan membuang tatu cuma disebabkan proses itu memakan kos yang tinggi, rawatan dilakukan secara berperingkat.

Adakah tatu itu dibuang selepas gambar Awi bertatu tersebar di internet?

Apa yang saya boleh katakan, sudah lama proses membuang tatu itu dijalankan. Selepas gambar saya bertatu tersebar saya mendapat banyak tawaran daripada ustaz-ustaz untuk membantu saya membuang tatu. Alhamdulillah, ada ramai pihak yang saya tidak sangka, sudi membantu saya.

Kesan gambar bertatu itu pada kehidupan Awi sekarang?

Saya tidak nafikan ramai yang memberi persepsi negatif tetapi ada ramai juga peminat yang memberi kata sokongan terhadap saya. Bagi saya setiap yang berlaku ada hikmah sebaliknya. Sebagai manusia biasa, saya tidak lari daripada melakukan kesilapan, kini saya memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini.

Bagaimana pula dengan kerjaya selepas kontroversi tercetus?

Alhamdulillah, saya bersyukur walaupun ada kontroversi yang membabitkan saya, kerjaya masih berjalan seperti biasa. Saya masih sibuk menjayakan persembahan pentas setiap minggu. Terbaru, saya berduet dengan band Jinbara dalam lagu Oh! Mama Saya Mahu Kahwin yang dimuatkan dalam album terbaharu mereka, Kolaborasi Mental. Selain itu, saya juga baru muncul dengan single terbaharu ciptaan sendiri berjudul Asalkan Aku Ok dan kemungkinan album kedua akan mula dilancarkan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Keinginan Fauziah Latiff

Posted:

Keinginan Fauziah Latiff

Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL

JEE (belakang tengah) bersama geng motosikal berkuasa tinggi yang dianggotai kaum wanita. Mereka menamakan grup tersebut sebagai Lady Bikers.


BUKAN mudah untuk menempatkan diri dalam dunia seni. Lihat saja lambakan artis-artis baharu yang cuba untuk menyelitkan diri sebaris dengan nama-nama hiburan sedia ada.

Ekoran persaingan yang begitu hebat, terdapat segelintir 'pucuk muda' yang layu di pertengahan jalan, tidak kiralah dalam mengejar impian sebagai seorang penyanyi mahupun pelakon.

Malah, terdapat juga yang sanggup menukar bidang semata-mata mahu kekal dalam kelompok penuh glamor ini. Begitu payahnya kehidupan sebagai seorang selebriti.

Namun, bak kata pepatah, jika sudah rezeki tidak ke mana. Masih terdapat mereka yang bintangnya begitu cerah dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Salah seorangnya, sudah pasti Fauziah Latiff.

Siapa yang tidak kenal wanita jelita yang penuh lasak ini? Lebih selesa dipanggil Jee, segala ceruk rantau dunia seni, baik lakonan, nyanyian mahupun peragaan telah beliau jelajah.

Apa yang membezakan ibu kepada dua orang anak ini dengan orang lain adalah sifat beliau yang sentiasa merendah diri.

Karakter tersebut jelas diterjemah melalui tutur katanya sewaktu berbicara tentang niatnya mahu membuka ruang kepada komposer-komposer baharu untuk berkolaborasi dengannya.

Menurutnya, jika lagu yang diberikan bersesuaian dan menepati cita rasanya, dia tidak kisah bergandingan dengan mana-mana komposer sekalipun, termasuklah yang baru mencipta nama.

"Sejujurnya saya kurang mengikuti perkembangan muzik tanah air untuk tempoh tiga hingga empat tahun yang lepas, oleh itu, tidak ramai komposer baharu yang saya kenali secara rapat.

"Bagaimanapun, ia tidak menjadi masalah untuk mendapatkan khidmat mereka jika karya yang dihasilkan bersesuaian," ujarnya ketika ditemui pada majlis Fauziah Latiff @ SK II Aura Beauty Tea Party di Garibaldi Italian Restaurant & Bar, Bangsar Village, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dia yang sudah hampir 10 tahun menjadi duta produk kecantikan tersebut memberitahu, dia tetap selesa dengan kerjasama yang dijalinkan dengan komposer-komposer veteran yang sudah dianggap kawan.

Dengan nada berseloroh, dia turut menyatakan kerinduannya mendapat sentuhan magis mereka di dalam lagu-lagunya.

"Selain komposer, saya juga ada mendapat tawaran untuk berkolaborasi dengan artis-artis baharu. Saya tidak melihat ini sebagai satu masalah malah saya berbangga apabila diberi penghargaan untuk berduet dengan mereka," ujarnya sambil menyatakan beliau kini lebih fleksibel dalam pemilihan lagu, komposer dan artis untuk albumnya yang akan datang.

Terkenal dengan sifat yang gemarkan aktiviti-aktiviti lasak, Jee turut melahirkan minatnya untuk menerokai bidang produksi.

Baginya, dia ingin mencuba bidang produksi yang terkenal dengan cabarannya tersendiri supaya dapat menimba lebih banyak pengalaman serta ilmu-ilmu baru.

"Setiap hari kita belajar ilmu-ilmu yang baharu dan bagi saya, ilmu ini patut dikembang serta dikongsikan kepada orang lain.

"Bidang produksi sekarang ini semakin berkembang ke tahap yang lebih tinggi. Dengan minat sahaja, kita tidak akan ke mana, oleh itu, kita harus mendalami ilmu mengenainya," ujarnya bersemangat.

Sewaktu majlis yang sama, turut kelihatan beberapa orang ahli kelab Lady Bikers, sebuah kelab motosikal berkuasa tinggi yang turut dianggotai Jee.

Ketika ditanya mengenai penglibatannya dalam sukan permotoran itu, ujar Jee, kesibukan jadual hariannya tidak menghalang minatnya terhadap hobi yang sering dipelopori kaum lelaki itu.

Tambahnya, jika berkesempatan, Jee turut akan meluangkan masa dan menunggang bersama rakan-rakannya itu.

"Sebahagian daripada mereka terdiri daripada kaum ibu, namun masih mampu untuk membahagikan komitmen masing-masing untuk menikmati perkara yang mereka minat.

"Seperti yang sedia maklum, aktiviti sebegini lebih dominan bagi kaum lelaki, jadi sudah pasti ada yang memandang rendah kemampuan kami sebagai kaum wanita. Bagi saya, itu semua adalah cabaran," ujarnya yang berpegang teguh dengan prinsip hormati orang lain untuk mendapat penghormatan.