Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Hati Audy milik Iko UwaisGENAP 12 tahun penglibatan Audy Item dalam industri seni suara Indonesia, dia kini berjaya muncul dengan album keempatnya yang berjudul Selalu Terdepan. Hasil yang ditunggu-tunggu oleh peminatnya selepas kali terakhir mengeluarkan album adalah pada tahun 2006 yang berjudul 23-03. "Saya tidak mahu terburu-buru mengeluarkan album, jadi selepas menimba ilmu dan belajar selok-belok industri nyanyian, saya tampil dengan hadiah terbaharu, Selalu Terdepan. "Album keempat ini sangat istimewa kerana saya terlibat untuk hampir semua proses menerbitkan album ini, bermula daripada menulis lirik, mencipta lagu, mereka konsep album dan video klip termasuk juga promosinya," katanya yang ditemui ketika majlis pelancaran album Selalu Terdepan di Hotel Royal Coronade, Kuala Lumpur baru-baru ini. Audy sebelum ini pernah bertandang ke Kuala Lumpur untuk melancarkan album sulungnya berjudul, 18 pada tahun 2001. "Saya mahu berikan pelajaran terhadap perkara yang sudah saya pelajari selama ini dan menggunakan sepenuh jiwa dalam bermuzik. "Maknanya, setiap yang saya berikan keluar daripada hati," bicara Audi mengenai prinsipnya berkarya selari dengan kematangan usia. Memilih judul Selalu Terdepan, konotasinya melambangkan perjuangan yang ingin dia tuju iaitu sentiasa optimis dan memandang ke hadapan. Pencuri hati Ditanya mengenai judul lagu yang paling istimewa baginya, ujar Audy atau empunya nama Paula Allodya Item, 29, Pencuri Hati paling terkesan baginya. "Saya mencipta lagu itu pada tahun 2008 setelah putus cinta dan mencari-cari jejaka yang sudi mencuri hati saya. SELEPAS hanya mula menjalinkan cinta pada bulan Mei tahun ini, Audy dan Iko nekad mengikat tali perkahwinan. "Akhirnya saya bertemu dengan seorang lelaki yang benar-benar mencintai saya dan membuatkan saya bahagia sepanjang berada di sampingnya," luncur kata Audy. Lantas, penyanyi lagu Lama Lama Aku Bosan itu ditebak lagi siapa gerangan yang berjaya mencuri hatinya. Jawabnya: "Dia ialah Iko Uwais!" Iko Uwais merupakan seorang pelakon filem di Indonesia dan antara naskhah lakonannya yang mencuri tumpuan termasuklah The Raid: Redemption. Nikah Kata Audy jujur, Iko memenuhi kriteria jejaka pujaannya iaitu seorang individu yang sentiasa menyokong kariernya selain tidak mengabaikan tuntutan agama. "Dia sangat istimewa, seorang yang selalu menyokong kerjaya saya dan seorang yang soleh," tambah anak ketiga daripada empat beradik itu. Bibit cinta antara Audy dan aktor berusia 29 tahun itu bermula selepas Audy mengucapkan tahniah atas kejayaan filem The Raid: Redemption melalui laman sosial Twitter. Selepas perkenalan itu, hubungan mereka bertambah serius dan akhirnya memutuskan untuk mengikat tali pernikahan pada Isnin, 25 Jun lalu. Audy dan Iko yang bertunang pada 4 Jun lalu itu selamat diijabkabul di Hotel Grand Mahakam, Jakarta Selatan dengan mas kahwin merupakan perhiasan emas seberat 29 gram. "Saya menerima lamaran Iko ketika sambutan hari jadi saya baru-baru ini dan ia merupakan tindakan yang wajar walaupun kami baru berkenalan selama sebulan. Saya yakin dia jodoh saya dan ini jalan yang ditetapkan oleh Allah," ulas Audy mengenai Iko. Gemuk FIGURA jelita pemilik vokal bertenaga ini bakal kembali ke Malaysia menjelang 8 Julai ini untuk mmebuat persembahan dalam sebuah konsert. Melihat kepada perkembangan sosok tubuhnya yang semakin berisi, Audy mengakui selera makannya kini kian bertambah ekoran kesibukannya mengadakan konsert jelajah untuk mempromosikan album terbaharunya. "Apabila saya mengikuti jelajah, saya akan ada lebih banyak masa terluang dan dijaga rapi. Saya akan makan banyak bagi mengelakkan jatuh sakit. "Kalau tidak salah, berat badan saya kini sudah meningkat sebanyak enam kilogram apabila asyik menyanyi, makan dan tidur saja sepanjang konsert jelajah sekitar 12 daerah di Indonesia," ungkapnya yang berjaya menurunkan sedikit berat badannya untuk hari perkahwinannya itu. | ||
Awi Rafael tekad mahu buang tatu Posted: Awi Rafael tekad mahu buang tatuOleh HARYATI KARIM
PENYANYI Awi Rafael, baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila gambarnya bertatu tersebar luas di internet. Sejak gambar itu tersebar belum ada satu kenyataan daripada mulut pelantun lagu Pulanglah itu. Awi hanya membuat kenyataan berhubung isu tatu itu di akaun Facebook miliknya dengan mengesahkan gambar lelaki bertatu yang hangat diperkatakan orang ramai adalah dirinya. Dalam kenyataan di Facebook itu juga, Awi memohon maaf atas kesilapan dan perbuatan yang dilakukan ketika remaja sebelum dia bergelar seorang artis. Kosmo! yang berkesempatan menemui Awi ketika majlis pelancaran album terbaharu Jinbara di Kelab Sixty3 di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur baru-baru ini tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan kenyataan daripada Awi sendiri berhubung isu tatu tersebut. Ikuti apakah jawapan yang diberikan penyanyi yang berusia 26 tahun ini. Kosmo!: Apabila gambar Awi bertatu dimuat naik ke internet, apakah reaksi Awi? AWI: Pertama kali mendapat tahu tentang perkara itu, saya terkejut kerana itu gambar lama, kenapa baru sekarang gambar itu muncul. Sedih juga tetapi apa yang saya lakukan pada masa lepas saya harus hadapinya. Adakah masih terdapat tatu di badan Awi? Ya, memang ada lagi tetapi sekarang saya masih dalam rawatan membuang tatu dengan cara perubatan Islam. Sebenarnya sudah lama saya menjalani rawatan membuang tatu cuma disebabkan proses itu memakan kos yang tinggi, rawatan dilakukan secara berperingkat. Adakah tatu itu dibuang selepas gambar Awi bertatu tersebar di internet? Apa yang saya boleh katakan, sudah lama proses membuang tatu itu dijalankan. Selepas gambar saya bertatu tersebar saya mendapat banyak tawaran daripada ustaz-ustaz untuk membantu saya membuang tatu. Alhamdulillah, ada ramai pihak yang saya tidak sangka, sudi membantu saya. Kesan gambar bertatu itu pada kehidupan Awi sekarang? Saya tidak nafikan ramai yang memberi persepsi negatif tetapi ada ramai juga peminat yang memberi kata sokongan terhadap saya. Bagi saya setiap yang berlaku ada hikmah sebaliknya. Sebagai manusia biasa, saya tidak lari daripada melakukan kesilapan, kini saya memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Bagaimana pula dengan kerjaya selepas kontroversi tercetus? Alhamdulillah, saya bersyukur walaupun ada kontroversi yang membabitkan saya, kerjaya masih berjalan seperti biasa. Saya masih sibuk menjayakan persembahan pentas setiap minggu. Terbaru, saya berduet dengan band Jinbara dalam lagu Oh! Mama Saya Mahu Kahwin yang dimuatkan dalam album terbaharu mereka, Kolaborasi Mental. Selain itu, saya juga baru muncul dengan single terbaharu ciptaan sendiri berjudul Asalkan Aku Ok dan kemungkinan album kedua akan mula dilancarkan selepas Hari Raya Aidilfitri. | ||
Posted: Keinginan Fauziah LatiffOleh NASRUL FAIZ ABU AZAL JEE (belakang tengah) bersama geng motosikal berkuasa tinggi yang dianggotai kaum wanita. Mereka menamakan grup tersebut sebagai Lady Bikers. BUKAN mudah untuk menempatkan diri dalam dunia seni. Lihat saja lambakan artis-artis baharu yang cuba untuk menyelitkan diri sebaris dengan nama-nama hiburan sedia ada. Ekoran persaingan yang begitu hebat, terdapat segelintir 'pucuk muda' yang layu di pertengahan jalan, tidak kiralah dalam mengejar impian sebagai seorang penyanyi mahupun pelakon. Malah, terdapat juga yang sanggup menukar bidang semata-mata mahu kekal dalam kelompok penuh glamor ini. Begitu payahnya kehidupan sebagai seorang selebriti. Namun, bak kata pepatah, jika sudah rezeki tidak ke mana. Masih terdapat mereka yang bintangnya begitu cerah dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Salah seorangnya, sudah pasti Fauziah Latiff. Siapa yang tidak kenal wanita jelita yang penuh lasak ini? Lebih selesa dipanggil Jee, segala ceruk rantau dunia seni, baik lakonan, nyanyian mahupun peragaan telah beliau jelajah. Apa yang membezakan ibu kepada dua orang anak ini dengan orang lain adalah sifat beliau yang sentiasa merendah diri. Karakter tersebut jelas diterjemah melalui tutur katanya sewaktu berbicara tentang niatnya mahu membuka ruang kepada komposer-komposer baharu untuk berkolaborasi dengannya. Menurutnya, jika lagu yang diberikan bersesuaian dan menepati cita rasanya, dia tidak kisah bergandingan dengan mana-mana komposer sekalipun, termasuklah yang baru mencipta nama. "Sejujurnya saya kurang mengikuti perkembangan muzik tanah air untuk tempoh tiga hingga empat tahun yang lepas, oleh itu, tidak ramai komposer baharu yang saya kenali secara rapat. "Bagaimanapun, ia tidak menjadi masalah untuk mendapatkan khidmat mereka jika karya yang dihasilkan bersesuaian," ujarnya ketika ditemui pada majlis Fauziah Latiff @ SK II Aura Beauty Tea Party di Garibaldi Italian Restaurant & Bar, Bangsar Village, Kuala Lumpur baru-baru ini. Dia yang sudah hampir 10 tahun menjadi duta produk kecantikan tersebut memberitahu, dia tetap selesa dengan kerjasama yang dijalinkan dengan komposer-komposer veteran yang sudah dianggap kawan. Dengan nada berseloroh, dia turut menyatakan kerinduannya mendapat sentuhan magis mereka di dalam lagu-lagunya. "Selain komposer, saya juga ada mendapat tawaran untuk berkolaborasi dengan artis-artis baharu. Saya tidak melihat ini sebagai satu masalah malah saya berbangga apabila diberi penghargaan untuk berduet dengan mereka," ujarnya sambil menyatakan beliau kini lebih fleksibel dalam pemilihan lagu, komposer dan artis untuk albumnya yang akan datang. Terkenal dengan sifat yang gemarkan aktiviti-aktiviti lasak, Jee turut melahirkan minatnya untuk menerokai bidang produksi. Baginya, dia ingin mencuba bidang produksi yang terkenal dengan cabarannya tersendiri supaya dapat menimba lebih banyak pengalaman serta ilmu-ilmu baru. "Setiap hari kita belajar ilmu-ilmu yang baharu dan bagi saya, ilmu ini patut dikembang serta dikongsikan kepada orang lain. "Bidang produksi sekarang ini semakin berkembang ke tahap yang lebih tinggi. Dengan minat sahaja, kita tidak akan ke mana, oleh itu, kita harus mendalami ilmu mengenainya," ujarnya bersemangat. Sewaktu majlis yang sama, turut kelihatan beberapa orang ahli kelab Lady Bikers, sebuah kelab motosikal berkuasa tinggi yang turut dianggotai Jee. Ketika ditanya mengenai penglibatannya dalam sukan permotoran itu, ujar Jee, kesibukan jadual hariannya tidak menghalang minatnya terhadap hobi yang sering dipelopori kaum lelaki itu. Tambahnya, jika berkesempatan, Jee turut akan meluangkan masa dan menunggang bersama rakan-rakannya itu. "Sebahagian daripada mereka terdiri daripada kaum ibu, namun masih mampu untuk membahagikan komitmen masing-masing untuk menikmati perkara yang mereka minat. "Seperti yang sedia maklum, aktiviti sebegini lebih dominan bagi kaum lelaki, jadi sudah pasti ada yang memandang rendah kemampuan kami sebagai kaum wanita. Bagi saya, itu semua adalah cabaran," ujarnya yang berpegang teguh dengan prinsip hormati orang lain untuk mendapat penghormatan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |