Adsense

Sabtu, 16 Jun 2012

borak kosong

borak kosong


Gila! Profesor Ini Siang Mengajar, Malam Jadi Pelacur

Posted: 16 Jun 2012 09:00 PM PDT

Seorang profesor dari University of Georgia ditahan gara-gara tertangkap ketika menawarkan jasa seks kepada petugas polis yang menyamar. Ia ditangkap di bilik hotel, dengan pakaian seksi dan mengaku bernama Sasha, seorang  pondan. 



Amat mencoreng dunia pendidikan

Kemudian diketahui, dia adalah Profesor Max Reinhart. Lelaki kelahiran Jerman berusia 65 tahun ini ditangkap Khamis 7 Jun 2012 malam di Gwinnett County, Atlanta, atas tuduhan prostitusi ilegal dan menjaga rumah pelacuran. Ia mengenakan pakaian minim dan menawarkan 30 minit dari ''jasa'' yang dia tawarkan seharga US$ 60.

Polii menemukan sebuah iklan Sasha di bahagian layanan transeksual dari situs backpage.com. Website yang menyediakan kolom khusus ''dewasa'' itu kini tengah diselidiki untuk dugaan pelacuran dan penjualan gadis di bawah umur untuk dipekerjakan sebagai PSK.



Siang menjadi profesor



Malam menjadi "Sasha"

Juru bicara polis Atlanta, Jake Smith, mengatakan mereka sepakat untuk bertemu di Days Inn. Polis mengirim penyiasat ​​yang menyamar dan menunggu di sebuah bilik yang disepakati.

Setelah negosiasi harga, petugas kemudian sigap menangkap Reinhart, yang hari ini dibebaskan dengan jaminan US$ 4.800.

Professor Reinhart mengajar sastera Jerman dan sejarah di universiti ternama ini. Ia ahli mengenai sastera abad ke-18, khususnya Johann Wolfgang von Goethe.

Fokus utama penelitiannya adalah Jerman awal moden. Ia juga mendirikan kelompok The Conference Group for Interdisciplinary Early Modern German Studies di perguruan tinggi itu.



Atas kes yang memalukan ini, baik Reinhart atau universiti tak bersedia memberikan komen saat ditanya oleh para jurnalis.

(Dailymail, ABC News)

sumber

Nikah Dua Kali Keraa Lupa Ucapkan 'I Do'

Posted: 16 Jun 2012 08:45 PM PDT

Dalam sehari, pasangan muda ini terpaksa menikah dua kali lantaran sang paderi lupa menyuruh mereka untuk mengucapkan kalimat 'I Do'. Alhasil, Kelly Sweetman dan Nathan rees yang berusia 25 tahun, harus mengulang kembali proses pernikahan untuk mengesahkan pernikahan mereka.

1 jam setelah pesta berlangsung, pihak perancang pernikahan mendadak meminta pasangan muda tersebut untuk mengulang pengikatan janji. Dikatakan oleh Nathan, sewaktu mereka melakukan prosesi sebelumnya, memang ada yang aneh, yakni sang paderi langsung memintanya untuk menyarungkan cincin di jari isterinya pasca membaca janji.

Para tamu pun sempat kehairanan kerana kata 'I Do' belum sempat terucapkan dan mereka sudah disahkan jadi suami-isteri. Kemeriahan pun berlangsung dan menutupi keanehan tersebut hingga akhirnya pihak pengurus menyedari kesalahannya, seperti dikutip dari Dailymail.

Altar yang sudah dibongkarpun kembali didekorasi dan pengantin kembali dipersiapkan. Pesta yang berlangsung di sebuah pantai di Cyprus, Kepulauan Mediterania ini berlangsung meriah. Sang pengantin baru pun terkejut kerana mereka tak hanya menikah sekali, namun juga dua kali tanpa harus membayar lagi.

Kesalahan paderi dilihat mereka sebagai sesuatu yang tak terlupakan. Selain para tamu mendapatkan lebih banyak minuman, mereka juga memberikan sebuah memori pernikahan yang unik. Nathan yang bertemu Kelly lewat facebook dua tahun lalu pun mengatakan bahawa ia tidak keberatan mencium dan mengikat janji berkali-kali dengan isterinya.

Sumber : http://wolipop.detik.com/

Kim Kardashian Bosan Bahas Punggung Besarnya Lagi

Posted: 16 Jun 2012 08:30 PM PDT

Jika ditanya bahagian tubuh Kim Kardashian mana yang paling seksi, pasti jawabnya adalah bagian punggungnya. Kim memiliki punggung yang besar sehingga menjadi bahagian paling menonjol di tubuhnya.

Namun, kekasih Kanye West ini sendiri merasa hairan mengapa orang sangat tertarik dengan punggungnya. Artis 31 tahun ini juga tidak mengerti kenapa punggungnya terkenal sehingga membuat orang menyukainya.

"Aku tidak melihat sebuah fakta, seperti mengapa itu diperbincangkan. Aku tidak mengerti hal itu," ujar Kim seperti dikutip Popeater, Sabtu (16/6/2012).

"Kadang aku bosan membicarakannya. Kebanyakan wanita kan juga memiliki," tegasnya.

Sumber : http://celebrity.okezone.com

12 Bayi Sotong Lahir di Mulut Nenek

Posted: 16 Jun 2012 08:15 PM PDT

TRIBUNNEWS.COM, SEOUL – Seorang perempuan berusia 63 tahun dari Korea Selatan secara mengejutkan 'melahirkan'  12 bayi sotong.
 
Seperti dilansir Daily Mail, Sabtu (16/6/2012), perempuan yang tak disebutkan namanya ini tengah makan calamari (cumi-cumi) ketika merasakan nyeri yang tajam di bagian mulutnya. Ia merasakannya hal itu setelah makan masakan berbahan sotong yang dimasaknya sendiri.
 
Kepada doktor ia mengatakan, ada sesuatu yang bergerak di dalam mulutnya. Ketika diperiksa lebih lanjut, dokter menemukan bayi cumi-cumi di dalam mulutnya.
 
Saat itu bentuknya masih berupa bulatan kecil  dan  lengket. Di dalam bulatan kecil inilah terjadi pembuahan sperma milik induk bayi sotong.
 
Doktor lalu mengeluarkan 12 bayi cumi tersebut dari bahagian gusi, lidah dan pipi bagian dalam mulutnya.
 
"Dua belas bayi sotong kecil, putih dan berbentuk gelendong, seperti organisme. Mereka terjebak di selaput lendir lidah, pipi, dan gusi," tulis laporan ilmiah Pusat Nasional untuk Infromasi Bioteknologi di Bethesda, Maryland,  AS.
 
Toh bagi penggemar masakan calamari tidak perlu khuatir kerana organ internal biasanya diangkat dari tubuh sotong sebelum dimasak untuk dimakan. (Daily Mail)

James Pegang Dada dan Kemaluan Perempuan di Sel

Posted: 16 Jun 2012 08:00 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Seorang tahanan di sebuah penjara di kawasan North Carolina, Amerika Syarikat (AS), kembali berurusan dengan hukum setelah dituduh menggerayangi tahanan perempuan yang satu sel dengannya. Demikian dilansir Fox News, Sabtu (16/6/2012).
James Richardson (33), si tahanan  itu, salah menempati sel tahanan yang seharusnya khusus untuk tahanan perempuan. Lelaki asal Rock Hill itu dikenai hukuman dua hari kerana ketahuan meramas dada, punggung, serta memegang kelamin tahanan wanita itu.
Richardson berada di dalam sel perempuan itu kerana merupakan prosedur normal di York County Detention Center yang meminta agar petugas yang memindahkan tahanan menempatkan di sel sementara sementara tempat yang akan dihuninya dibersihkan. Demikian disampaikan Kristie Jordan, seorang kuasa hukum dari pejabat sheriff setempat.
Richardson ditempatkan dalam sel tahanan ketika perempuan yang identitinya tak disebutkan itu menutupi kepala dan tubuhnya dengan selimut. Ia terbangun ketika merasa Richardson memeganginya. Ia tiba-tiba terbangun dan Richardson sudah memegangi daerah kelaminnya.

Madonna melampau!

Posted: 16 Jun 2012 07:45 PM PDT

Tidak pernah terlepas dari membuat sebarang kejutan ketika persembahan, nampaknya penyanyi, Madonna tidak serik untuk melakukan gimik yang melampau.

Selepas mempamerkan payudaranya ketika persembahan di Istanbul, Madonna kemudiannya memperlihatkan susuk punggungnya kepada ribuan peminat.

Tindakan itu dibuat ketika Madonna, 53, menyanyikan lagu hitnya, Human Nature. Aksi liarnya itu mengundang suara riuh rendah 55, 000 peminat yang menyaksikan persembahan itu.

"Saya bukannya berbogel, masih ada G-String membaluti badan. Kostum itu pernah dipakai ketika persembahan di Turki tidak lama dahulu," kata Madonna.

Perkembangan lain, Madonna juga sedang mengelilingi seluruh Eropah untuk mempromosikan album terbarunya, MDNA.


sumber : sinar harian

Pen berharga RM133,000 pilihan hadiah Hari Bapa

Posted: 16 Jun 2012 07:30 PM PDT

LONDON - Nama bekas graduan Universiti Birmingham City, Jack Row, 26, kini menjadi bualan selepas kejayaannya mencipta pen emas putih bertatah 76 butir berlian bernilai 27,000 pound (RM133,000).

Pen yang dijual di gedung membeli-belah Harrods, Britain itu dikatakan menjadi pilihan inspirasi hadiah pada sambutan Hari Bapa pada 17 Jun ini.

Beliau berkata, pen yang dianggap luar biasa itu dihasilkan menyerupai bangunan ikonik London iaitu Gherkin yang memiliki 41 tingkat.

Menurutnya yang kini bekerja di butik perhiasan terkenal Jewellery Quarter di Birmingham, penghasilan pen termahal itu bermula apabila dia membuat rekaan prototaip bangunan Gherkin ketika kelas seni binanya semasa menuntut di universiti beberapa tahun lalu.

"Agak sukar menyiapkan pen ini kerana memerlukan wang yang banyak, tetapi berbaloi apabila mendapat sambutan dari pembeli yang tahu menilai kehalusan ciptaan saya. Percaya atau tidak, saya sendiripun tidak mampu untuk membeli pen yang bernilai puluhan ribu pound ini," katanya.


sumber : sinar harian

Kecoh lagi pasal Lohan

Posted: 16 Jun 2012 07:15 PM PDT


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Lindsay Lohan sekali lagi diselubungi drama apabila pasukan kecemasan dipanggil ke sebuah hotel di sini kelmarin untuk merawat aktres berkenaan yang dilaporkan keletihan dan mengalami dehidrasi.
Namun, seorang jurucakapnya kemudian memberitahu, Lohan sebenarnya 'sihat'
Insiden tersebut menggemparkan media AS, laman web selebriti dan Twitter yang melaporkan Lohan, 25, kini dirawat di sebuah hospital selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Namun, jurucakap berkenaan, Steve Honig dalam satu kenyataan memberitahu bahawa laporan tersebut tidak benar.
Kata Honig, Lohan sebenarnya tertidur di bilik hotelnya selepas semalaman bekerja di set penggambaran sebuah filem televisyen.
Menurutnya, penerbit produksi berkenaan mula bimbang apabila dia tidak keluar dari biliknya pagi kelmarin lalu menghubungi pasukan paramedik sebagai langkah berjaga-jaga.
"Lohan kemudian diperiksa dan didapati sihat tetapi dia agak lesu dan kurang air dalam badan," ujar Honig.
"Dia tidak pernah dibawa ke hospital seperti yang dilaporkan. Lohan sedang berehat dan berharap dapat kembali ke set penggambaran tengah hari ini," katanya.
Pada 2007, Lohan ditangkap kerana memiliki dadah dan memandu semasa mabuk, di samping terlibat dengan beberapa kesalahan lain.
Namun, pelakon filem Freaky Friday bangkit semula sejak Mac lalu apabila dia dibebaskan daripada tempoh pengawasan polis kerana kesalahan mencuri barang kemas pada 2011. - Reuters.
sumber : kosmo online

China hantar wanita pertama ke angkasa lepas

Posted: 16 Jun 2012 07:00 PM PDT


JIUQUAN - China melancarkan misi angkasa lepas paling gemilang yang membawa angkasawan wanita pertama bersama dua kru lelaki dalam percubaan untuk berlabuh di sebuah modul makmal angkasa lepas di orbit Bumi.
Kapal angkasa Shenzhou 9 berlepas mengikut jadual pada pukul 6.37 petang dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di tepi Gurun Gobi, di sini semalam.
Kapal angkasa berkenaan membawa angkasawan wanita Liu Yang, 33 bersama angkasawan veteran, Jing Haipeng, 45 dan kru baharu berusia 43 tahun, Liu Wang.
Mereka dijangka berlabuh di makmal angkasa lepas Tiangong 1 esok.
Makmal angkasa lepas prototaip itu yang dilancarkan pada tahun lalu, kini berada di orbit pada jarak 343 kilometer dari Bumi.
Ketiga-tiga angkasawan berkenaan akan menguji sistem sokongan hayat Tiangong 1 selama seminggu sebelum kembali ke Bumi.
Tiangong 1 akan diganti dengan sebuah stesen angkasa lepas tetap lebih besar seberat 60 tan yang dijangka siap sekitar tahun 2020.
China berharap dapat menyertai Amerika Syarikat dan Rusia sebagai dua negara dunia yang menyelenggara stesen angkasa lepas sendiri di orbit. - Agensi
sumber : kosmo online

Misteri bau wangi terlerai

Posted: 16 Jun 2012 06:45 PM PDT


GERIK: Misteri sebuah rumah terletak di hujung Kampung Pahit Tengah, di sini, yang kerap menghasilkan bau wangi sejak berbulan lamanya akhirnya terbongkar apabila kediaman itu didapati menjadi stor menyimpan kayu gaharu curi bermutu tinggi.
Difahamkan, penduduk pelik apabila kerap terhidu bau wangi luar biasa setiap kali melintasi rumah berkenaan yang dihuni seorang lelaki warga emas.

Rahsia itu berjaya didedahkan selepas sepasukan 15 anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Perak, diketuai Asisten Superintendan Kasturi Othman menyerbu rumah berkenaan, jam 12.30 tengah hari semalam.


Kasturi berkata, dia dan anggota lain terhidu bau wangi yang kuat sebaik mendekati rumah itu.

"Kami meminta pemilik rumah berusia 62 tahun itu memberi kerjasama untuk masuk ke kediamannya bagi menyiasat. Bagaimanapun, lelaki itu cuba menghalang dan menafikan menyimpan kayu gaharu.


"Namun kami akhirnya berjaya masuk ke rumah dan menemui 20 guni kayu gaharu bermutu tinggi Gred A dan Gred B sebanyak 645 kilogram," katanya, di sini, semalam.



Kasturi berkata, ketika pemeriksaan dilakukan, suspek bersama isteri, tiga anak dan beberapa saudaranya beberapa kali cuba menghalang dan mengganggu siasatan.

"Pemeriksaan mendapati sebuah bilik dijadikan tempat menyimpan kayu gaharu Gred A bernilai RM20,000 sekilogram, manakala kayu gaharu Gred B bernilai antara RM10,000 hingga RM15,000 sekilogram diletakkan di merata tempat di dalam rumah.


"Dalam serbuan itu juga, anggota UPP merampas sebanyak 95 karton rokok seludup pelbagai jenama yang disimpan di rumah sama dengan nilai termasuk cukai, kira-kira RM5,000," katanya.

Menurutnya, semua rokok seludup itu ditemui disembunyikan di bawah katil.


"Suspek kemudian mengaku memiliki kayu gaharu yang dibeli secara sembunyi daripada individu yang mencurinya dari Hutan Simpan Royal Belum, Banding.


"Kayu Gaharu Gred A itu dibeli dengan harga RM3,000 dan dijual semula dengan harga RM20,000 bagi setiap kilogram, manakala rokok seludup pula diambil dari Taiping.



sumber : myMetro

Mati ditolak pesakit ginjal

Posted: 16 Jun 2012 06:30 PM PDT


KLANG: Gara-gara salah faham ketika menjalani rawatan dialisis buah pinggang Taman Desa Utama, di sini, seorang lelaki maut selepas ditolak seorang lagi pesakit yang turut datang bagi mendapatkan rawatan di tempat sama, Selasa lalu.
Kejadian jam 8 malam itu bermula apabila Leow Peng Seng, 56, datang ke pusat dialisis untuk mendapatkan rawatan sakit buah pinggang.

Namun ketika menjalankan rawatan, berlaku pertengkaran di antara Leow dan suspek sebelum mangsa ditolak sehingga jatuh dan dipukul dengan beg di luar premis.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, berikutan kejadian itu, mangsa cedera di kepala dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut, kelmarin.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan lanjut kerana doktor mendapati wujud darah beku kepalanya sebelum disahkan meninggal dunia jam 12.50 tengah malam, semalam.


Mohamad berkata, hasil siasatan lanjut, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 34 tahun di sekitar Klang yang juga pesakit di pusat berkenaan sejak 2009.



Katanya, polis turut menerima laporan daripada pihak pusat dialisis itu mengenai kejadian itu.

"Suspek kini ditahan reman untuk polis menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.


"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh dan sabit kesalahan akan membawa hukuman mati," katanya.


sumber : myMetro

Murid tahun dua meliwat dalam tandas

Posted: 16 Jun 2012 06:15 PM PDT


KLANG: Gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang hanya dikaitkan dengan golongan dewasa semakin membimbangkan banyak pihak kerana dikesan boleh mengancam golongan pelajar sekolah.
Jika gejala ini tidak dipandang serius, ia mungkin menular kepada pelajar kerana wujud laporan daripada pihak sekolah kes di mana murid tahun dua di Petaling Perdana ditangkap kerana meliwat di dalam tandas sekolah, baru-baru ini.

Penolong Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Petaling Perdana, Wan Fauziah Wan Abdullah berkata, kurang didikan agama dan perhatian ibu bapa serta penggunaan Internet tanpa kawalan menjadi pendorong berlakunya gejala ini.


"Empat kes membabitkan pelajar diterima sejak Januari hingga awal Jun lalu dan pihak kami akan memanggil pelajar terbabit untuk diberi kaunseling.

"Ibu bapa turut dipanggil bagi memastikan perbuatan anak mereka diketahui dan pemantauan berpanjangan boleh dilakukan untuk mengekang perbuatan sama berulang," katanya ketika ditemui pada program Seminar Keibubapaan Isu LGBT, di sini, semalam.


Turut hadir, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.



Sementara itu, Mohd Puad meminta semua pihak, terutama ibu bapa dan guru, memantau gejala LGBT yang ditunjukkan oleh pelajar bagi mencegah ia menjadi fenomena dan gaya hidup masyarakat.

Menurutnya, walaupun perbincangan mengenai LGBT masih taboo di kalangan masyarakat, mereka tidak harus berasa malu membincangkannya isu itu bersama anak kerana ia bertujuan memberi kesedaran dan pengetahuan kepada mereka.


"Kita berharap program seminar seperti ini bukan saja dapat memberi penerangan mengenai gejala LGBT, tetapi kita mahu masyarakat, terutama ibu bapa dan guru, mencegah ia daripada terus menular," katanya.


sumber : myMetro

Saya bukan Playboy

Posted: 16 Jun 2012 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Perkara lepas biarkan berlalu. Saya tak mahu ia mengganggu kerjaya saya yang baru saja bermula. Saya tak nafikan mengenali gadis terbabit, tapi saya bukan playboy.
"Buat masa ini, saya tak mahu layan apa-apa gosip atau kontroversi membabitkan nama saya. Orang boleh kata apa saja, tapi saya tahu kebenarannya," kata bintang muda bola sepak negara, Muhamad Nazmi Faiz Mansor, 17, mengenai penyebaran beberapa gambar gadis di Internet yang didakwa teman wanitanya.
Carian dan semakan Metro Ahad mendapati sekurang-kurangnya dua gadis dikaitkan dengan pemain itu yang baru saja menandatangani kontrak lumayan dengan kelab divisyen satu Portugal, SC Beira-Mar, baru-baru ini.

Kebanyakan gambar itu membabitkan aksi mesra Nazmi bersama seorang gadis yang dikatakan kekasih barunya dikenali sebagai Tengku F.



Tidak cukup dengan itu, beberapa gambar wanita lain turut dikaitkan dengannya, termasuk seorang dikenali sebagai N, sehingga membuatkan Nazmi digelar 'playboy' di kalangan pengkritiknya.



sumber : myMetro

Otak berkecai digilis kereta

Posted: 16 Jun 2012 05:45 PM PDT


SHAH ALAM: Seorang penunggang motosikal maut dengan otaknya berkecai dipercayai digilis beberapa kenderaan dalam kemalangan langgar lari di Persiaran Jubli Perak, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang, Ahmad Sabri Hassin @ Hashim, 26, yang menunggang motosikal Honda EX5 dipercayai terjatuh selepas dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti sebelum motosikalnya terseret sejauh 10 meter.

Kemalangan ngeri itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala, dipercayai digilis kenderaan berat berdasarkan kecederaan dialami.


Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, mangsa yang menunggang motosikal dipercayai datang dari arah sebuah kilang gula, Batu 3, di sini, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Subang.


"Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggangi mangsa dilanggar dari belakang oleh kenderaan lain selepas mangsa keluar dari persimpangan lampu isyarat sebelum terjatuh dan digilis beberapa kenderaan lain, dipercayai kenderaan berat, menyebabkan kepalanya hancur.



"Namun, kami belum mengenal pasti kenderaan yang melanggar mangsa kerana tiada saksi melihat kejadian mahupun tampil membuat laporan polis," katanya.

Ruslan berkata, setakat ini kejadian diklasifikasikan sebagai kes langgar lari dan polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan kenderaan yang terbabit dengan kejadian.


Beliau meminta orang ramai yang ada maklumat mengenai kejadian supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Shah Alam, Mohd Faznur Mohd Fauzi di talian 013-2504185.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk bedah siasat dan keluarga mangsa juga dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.



sumber : myMetro

Aksi brutal kakak ni naik bas

Posted: 16 Jun 2012 05:30 PM PDT


Jangan duduk disebelah jika seseorang berpakaian baju bertulisan begini

Posted: 16 Jun 2012 05:15 PM PDT

Bagaimana perasaan anda jika duduk disebelah lelaki yang berpakai
begini....???

sumber gambar : stomp.com.sg

Inilah akibat suka keluarkan kepala ketika bas sedang bergerak

Posted: 16 Jun 2012 05:00 PM PDT


ngeri..malang tidak berbau...tiap sesuatu yang dilarang pasti ada sebabnya...

Inilah Baju Renang Seksi yang Dilarang Basah

Posted: 16 Jun 2012 04:45 PM PDT

Dengan potongan mini dan warna menarik, design baju renang terbaru dari Herve Leger memang layak ditunggu. Namun pakaian renang ini  dilarang untuk basah. Kenapa?


Dengan harga sekitar US1050 , pembeli baju renang ini dilarang untuk terkena air kerana menggunakan bahan yang rosak jika terkena dengan air di kolam renang.


Satu peringatan tertulis di web perusahaan, "Untuk mendapatkan hasil terbaik dari pakaian renang Herve Leger, kami menyarankan anda untuk tidak menggunakannya di dalam air."


Meskipun terdengar mencurigakan, bahan pakaian renang itu terbuat dari poliester, nilon dan spandex sehingga memungkinkan untuk dicuci dengan mesin. Pakaian itu berdesign belahan dada yang rendah, tali di belakang leher dan ornamen resleting.


 Meskipun begitu, Herver Leger optimistis pakaian ini dapat terjual di kalangan orang kaya yang rela untuk membuang wang demi kepuasan.


Tahun lalu, label pakaian Rodarte melancarkan sarung kaki berharga US$500 yang tidak boleh dicuci. Selain itu, pembuat kasut mahal Christian Louboutin mempamerkan kasut dengan tumit setinggi 8 inci yang diperkirakan tidak mungkin dipakai manusia

Unik,berhabis wang untuk buat foto prewedding sebagai datuk dan nenek

Posted: 16 Jun 2012 04:30 PM PDT

NANJING - Sepasang kekasih berkomitmen untuk hidup bersama hingga tua sudah biasa, tapi agak luar biasa bagi kedua pasangan dari China ini.

Mereka menghabiskan wang hanya untuk di foto pre wedding (prewed) sebagai sepasang datuk dan nenek.

Zhang Jin (25) dan tunangannya Yao Zenni (26) menggunakan make up dan riasan agar terlihat lebih tua dari usianya ketika ini.

"Kami ingin merasakan bagaimana rasanya tua bersama dan kehangatan cinta seumur hidup," ujar Zhang seperti dilapor Orange, Rabu (6/7/2011).

Pasangan asal Kota Nanjing, China, ini memiliki idea untuk berfoto tersebut untuk merayakan pernikahan mereka akhir tahun ini.

Selain didandani sebagai sepasang datuk dan nenek, keduanya pun menyewa mesin salju di Taman Bailuzhou.

Sang fotografer Deng Feibiao mengatakan bahawa mereka ingin menciptakan suasana sepasang datuk nenek ini saling memberikan kisah romantisnya di sebuah hutan dalam cuaca dingin bersalju, meski pada ketika pengambilan gambar cuaca mencapai 38 derajat celcius.(rhs)

Jeloware,gelas yang dapat dimakan

Posted: 16 Jun 2012 04:15 PM PDT



Sebuah perusahaan desa dan konsultan 'The Way We See The World' telah merancang membuat gelas yang dapat dimakan.Gelas ini memiliki rasa dan dapat terurai dengan semula jadi kerana dibuat daripada agar-agar.






Jika gelas ini dibuang ditanah,ia masih tetap bermanfaat bagi tumbuhan kerana mengandungi organisme yang dapat memupuk pertumbuhan rumpai dan tanaman.




Gelas ini dibuat keseluruhannya daripada agar-agar dan dibuat juga dengan rasa yang berbeza seperti lemon,mint kemangi,halia dan rosemary.Gelas ini dirancang khusus untuk tempat minuman sesuai dengan citarasa.



Tukar warna kereta tanpa mengecat

Posted: 16 Jun 2012 04:00 PM PDT

Dengan menggunakan foil kereta yang bernama German foil (bukan aluminium foil), maka pemilikkereta tidak perlu lagi ke bengkel menunggu berhari-hari untuk menukar warna kereta.
Cuma gunakan German foil ini untuk menukar warna kereta. Hanya beberapa orang diperlukan untuk membantu memegangi foil ini dan kemudian menggunting dan menampalnya dengan kemas.


Begitu mudah untuk menukar waran kereta.Kalu harga berpatutan agaknya sebulan sekali tukar warna kereta.Tapi tak tahu pula teknologi ini sudah sampai ke negara kita.Tak payah tunggu sampai cat kering.Siap boleh pandu... Teknologi terbaru ini dibangunkan oleh Foilacar, dan inilah hasilnya:




























memerlukan pekerja yang tinggi kesabaran 
dan teliti...kalau tak towkey rugi ooo....


Video..orang tua dipukul tanpa sebab

Posted: 16 Jun 2012 11:00 AM PDT






Entah apa kesalahan orang tua ni terus dipukul...





Sampai macamni cara nak meniru....

Posted: 16 Jun 2012 10:30 AM PDT

sampai macamni  cara nak meniru....

Jom tengok Gator,angsa yang diberi pakai sandal oleh tuannya

Posted: 16 Jun 2012 10:15 AM PDT

Angsa ini diberi nama Gator. Dia telah berjalan di daerah perkotaan dan pinggiran kota yang permukaan jalannya banyak berlapis batu . Untungnya pemiliknya menemukan cara yang menarik dan unik untuk menyelamatkan kaki haiwan peliharaan mereka.Mereka memberi sepasang sandal Teva khusus untuk angsa kesayangan mereka ini.



Luas rumah dengan cara menggali tanah

Posted: 16 Jun 2012 10:00 AM PDT

Seorang pemuda di China memerlukan  empat tahun untuk menggali ruang bawah tanah kerana tidak cukup wang untuk memperluas rumahnya. Dia mempunyai idea cemerlang bahawa memperluas rumah tidak perlu bahan bangunan yang banyak dan membayar tukang. Caranya, tidak perlu meluas atau menambah tingkat ke atas, tapi gali saja ke bawah.

Itulah kreativiti Chen Xinnian, warga kota Zhengzhou di DaerahHenan. Berbekal kemahiran yang dia ada, lelaki berusia 64 tahun itu mampu membuat ruang bawah tanah seluas 50 meter persegi.

Ruang bawah tanah sedalam enam meter itu cukup untuk menjadi ruang tidur bagi dia, isteri dan anak-anaknya. Chen terpaksa menggali lantaran dia tidak punya cukup wang untuk memperluas rumah bagi keperluan keluarga.

'Biaya yang diperlukan untuk memperluaskan rumah ialah 5.000 yuan per meter persegi. Kami tidak ada biaya,' kata Chen, yang bersama keluarganya tinggal di suatu rumah  di kawasan  Kota Zhengzhou.

Setiap hari, Chen menggali selama lima jam.Dia yakin, ruang bawah tanah yang dia bangun itu bisa tahan gempa bumi hingga berkekuatan 8 SR dan tetap nyaman ditinggali baik di musim panas dan sejuk.






Celebrity News

Celebrity News


Hot Dan Panas : Video Madonna Berbogel Lagi !!

Posted: 16 Jun 2012 08:46 AM PDT

Apa nak jadi dengan Madonna ni, kalau tak buat hal memang tak sah. ZoOm adalah orang yang pertama membantah jika kehadiran artis Hollywood ni datang ke Malaysia. Walaupun sudah berusia 53 tahun, terbaru Madonna menimbulkan lagi konterversi selepas persembahan mengiurkannya di Rom Italy baru-baru  ini.


Pada kali ini di Milan, Italy beliau (Madonna) sekali lagi beraksi diatas pentas dengan menanggalkan pakaian sehingga menampakkan sebahagian tubuh dengan bercoli dan berseluar dalam sahaja.


Dan untuk pengetahuan anda sebelum ini, beliau membuat persembahan di Turki dengan menunjukkan T****nya.


Dan berikut adalah video yang ZoOM jumpa di laman Youtube untuk anda lihat dan nilai sendiri bertapa jahilnya penyanyi ini dengan keadaan sekitar.

ROM, Italy
Istanbul, Turki

Dan 2 Gambar panas artis ini :


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Harga diri Zhang Ziyi

Posted: 15 Jun 2012 03:35 PM PDT

Hip

Ikrar tuntut keadilan isu skandal seks

"TIDAK kira apa juga harganya, saya akan menuntut keadilan dan meneruskan perjuangan ini hingga ke garis akhir."

Itu antara janji yang diikrar Zhang Ziyi ketika isu skandal seks mengaitkan dirinya dengan beberapa pemimpin berpengaruh dan ahli perniagaan China hangat diperkatakan akhir Mei lalu.

Sudah bertahun saya berada dalam industri dan ramai yang menjadi saksi pencapaian saya. Saya begitu menyintai karier lakonan, malah menghargai setiap detik yang saya lalui. - Zhang Ziyi

Enggan berdiam diri atas fitnah yang mencemar maruah dan nama baiknya, Isnin lalu, Ziyi memfailkan saman terhadap akhbar utama Hong Kong, Apple Daily dan terbitan mingguannya, Next Magazine yang menyiapkan laporan dia menjual diri kepada pegawai atasan China, seorang daripadanya ialah bekas ahli politik berpengaruh, Bio Xilai.

Dalam tuntutan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Hong Kong menyatakan Ziyi, 33, berdepan kesedihan dan tekanan hebat ekoran penyiaran berita berbentuk fitnah itu, lantas memaksanya menuntut ganti rugi atas kesulitan yang dialami.

Saman itu menamakan Apple Daily Ltd, Next Magazine Publishing Ltd dan pengarangnya sebagai pihak bertanggungjawab terhadap penyiaran berita yang mendakwa aktres kelahiran Beijing, China itu menerima bayaran mencecah RM347 juta sepanjang lebih 10 tahun mereka menidurinya.

Apple Daily dalam satu artikel yang diterbitkan pada 29 Mei lalu melaporkan Ziyi sebagai 'pelacur' dengan menjual diri kepada Bo dan rakannya, Xu Ming untuk mendapatkan wang.
Tuntutan saman itu juga menafikan dakwaan pelakon Crouching Tiger Hidden Dragon dan Memoir of A Geisha pernah dipanggil untuk soal siasat berkaitan dakwaan rasuah terhadap Bo, malah menegaskan Ziyi tidak pernah dihalang meninggalkan China.

Ziyi juga memohon injunksi untuk menghentikan penerbitan semula berita itu daripada dua akhbar yang dimiliki Next Media Ltd, selain memfailkan satu lagi saman berasingan terhadap sebuah laman berita yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

"Saya tidak akan berdiam diri, malah berusaha untuk membersihkan nama tidak kira apa juga harganya. Saya mahu keadilan ditegakkan menerusi saluran perundangan.

"Saya mahu mereka yang tidak bertanggungjawab menerima padahnya," kata Ziyi dipetik sebagai berkata ketika ditemui wartawan pada sidang media, Anugerah Media Filem China Ke-12 di Haikou, China.

Pendedahan itu mendapat perhatian dunia, memaksa Ziyi yang menembusi dunia lakonan menerusi filem, The Road Home pada 1999 segera menafikan fitnah dia ditiduri Bo lebih 10 kali antara 2007 dan 2011 dengan menerima RM3.18 juta setiap kali bersama.

Pendedahan itu bagaimanapun diragui ramai kerana status Ziyi sebagai aktres kelas A, selain pernah beraksi dalam himpunan filem pecah panggung di China dan antarabangsa tidak memerlukannya menjual tubuh untuk mendapatkan wang.

Filem terbarunya, Dangerous Liaisons diberi penghormatan untuk ditayangkan di acara berprestij, Festival Filem Cannes namun Ziyi gagal hadir, menimbulkan spekulasi dia tidak dapat keluar dari China kerana sedang disiasat.

Ziyi bagaimanapun menafikan dakwaan itu, sebaliknya menegaskan ketika dia terikat dengan penggambaran filem terbarunya membuatkan dia terpaksa menolak tawaran ke Cannes.

"Sudah bertahun saya berada dalam industri dan ramai yang menjadi saksi pencapaian saya. Saya begitu menyintai karier lakonan, malah menghargai setiap detik yang saya lalui.

"Terlalu banyak dugaan yang datang untuk menggugat saya, namun saya masih teguh berdiri. Saya percaya perkara ini akan menemui titik penyelesaiannya nanti.

"Saya akan memaklumkan setiap perkembangan isu ini nanti. Cuma tunggu dan lihat. Saya percaya, keputusannya nanti akan memberikan kepuasan kepada diri saya," katanya.

Segelintir pihak melihat Ziyi sebagai mangsa terbaru dalam kempen yang dilakukan Parti Komunis untuk memusnahkan pengaruh Bo yang disingkirkan sebagai ketua parti Chongging pada Mac lalu, seterusnya digugurkan dari Politburo sebulan selepas itu.

Isteri Bo, Gu Kailai dilaporkan disyaki sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap satu kes pembunuhan ahli perniagaan British pada November lalu.

"Tuntutan saman ini menjadi titik permulaan perjuangan kami untuk mempertahankan haknya dari segi undang-undang. Keadilan pasti ditegakkan nanti," kata jurucakap aktres berkenaan.

Bagaimanapun, sumber dalaman dari industri perfileman berkata, sikap sebahagian besar aktres yang menyinggung perasaan masyarakat menyebabkan timbul pelbagai gosip kurang enak mengenai mereka.

Sama ada benar atau sebaliknya, kebanyakan peminat mempercayai sebahagian besar mereka yang menempa nama dalam industri hiburan bersedia melakukan apa saja untuk berjaya.

Biarpun dinasihati mereka yang rapat dengannya supaya berdiam diri dan tidak memberi kenyataan balas, Ziyi tetap bersuara mempertahankan dirinya.

"Sekiranya penipuan dibiarkan berleluasa, apa juga tuduhan palsu akan nanti dilihat sebagai satu kebenaran," katanya dalam surat terbuka yang dimuat naik dalam blog rasminya.

Ziyi yang pernah menjalin pertunangan dengan lelaki berdarah Amerika-Israel, Vivi Nevo pada 2008 sebelum berpisah pada 2010, percaya fitnah itu disebarkan oleh pihak yang kurang senang dengan kejayaannya.

"Ia bukan fitnah pertama yang dilemparkan kepadanya oleh media hanya untuk memenuhi keinginan orang lain mencapai kejayaan sepertinya," kata satu sumber.


Mesti Tonton: Sarat emosi, makna tersirat

Posted: 15 Jun 2012 03:18 PM PDT

Hip

Toast dedah zaman kanak-kanak penulis masakan terkenal Inggeris

Filem: Toast

Genre: Drama Pengarah: S J Clarkson Pelakon: Helena Bonham Carter, Ken Stott, Victoria Hamilton, Freddie Highmore, Oscar Kennedy Tarikh Tayangan: 14 Jun 2012

TOAST ialah kisah benar yang mengimbau kembali rentetan pengalaman hidup personaliti TV yang juga penulis buku mengenai masakan berbangsa Inggeris, Nigel Slater, yang melalui zaman kanak-kanak mengecewakan.

Namun, pengalaman itu membuatkan dirinya memilih masakan sebagai sebahagian daripada hidupnya.

Keseluruhan cerita yang dipaparkan dalam filem arahan S J Clarkson ini menggunakan hidangan makanan seperti kek keju, ayam bakar, manisan dan pai epal yang dibakar dalam ketuhar sebagai simbolik kepada kasih sayang, dendam, simpati, kemarahan serta kepuasan.
Menontonnya hampir dua jam, ia filem yang berat untuk diterima penonton muda walaupun watak utamanya dari kalangan mereka. Ia sebuah karya yang mempunyai makna yang tersirat dalam setiap babak dihidangkan kepada penonton.

Tumpuan sepenuhnya harus diberikan ketika menyaksikan watak dilakonkan Nigel yang berkelakuan aneh semata-mata mahu mendapatkan perhatian dan kasih sayang seorang bapa, apabila kehilangan ibu akibat penyakit asma.

Tidak keterlaluan dikatakan keseluruhan filem ini penuh dengan emosi, kebencian, iri hati, serta sifat ingin tahu seorang budak yang mahu memikat hati bapanya melalui persembahan makanan.

Dalam hampir 70 peratus babaknya, ia memperlihatkan bagaimana Nigel yang ketika itu baru berusia 10 tahun bermati-matian untuk merebut perhatian si ayah (lakonan Ken Stott) dengan menyediakan hidangan makanan seperti ikan salmon.

Di sebalik babak ini, diperlihatkan betapa indah kasih sayang seorang ayah yang sanggup makan hidangan kurang enak semata-mata mahu menjaga hati si anak.

Sebaliknya, kisah realiti ini memperlihatkan zaman kanak-kanak Nigel yang penuh dengan sikap protesnya, apabila sering tidak berpuas hati dengan perhatian diberikan orang tuanya.

Konflik mula wujud apabila ayah Nigel membawa pulang tukang cuci yang kurang berakhlak, tetapi bijak dalam soal penyediaan makanan. Selain menonjolkan kecemburuan Nigel apabila ayahnya mula jatuh hati kepada si tukang cuci, Puan Porter, ia juga secara tidak langsung menjelaskan bagaimana bermulanya kerjaya Nigel sebagai tukang masak terkenal sehingga kini.

Akibat cemburu, Nigel yang sudah dewasa ketika itu tekad memilih kelas ekonomi rumah tangga, semata-mata mahu belajar memasak dan sering bersembunyi di sebalik dapur kerana mahu menulis resipi kek mahupun makanan lain yang dihidangkan Puan Porter.

Walaupun dalam genre drama berat, filem ini dapat memikat selera penonton apabila pengarah tidak lupa memasukkan elemen emosi dalam menagih simpati penonton terhadap watak Nigel.


Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Ramona rela ketinggalan

Posted: 15 Jun 2012 09:27 AM PDT

DEMI memenuhi harapan ibu bapanya yang mahu Ramona Zam Zam, 22, menjadi insan terpelajar, dia sanggup mengorbankan keinginannya sendiri. Dia banyak mendapat tawaran untuk melakonkan watak utama, tetapi dengan rela hati terpaksa menolaknya dan minta diberikan watak kecil saja kerana tidak mahu mengganggu jadual pengajiannya di Kolej Segi dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan pada peringkat diploma.

Menurut Ramona, dia tidak kesal jika perjalanannya dalam dunia lakonan agak perlahan jika dibandingkan dengan rakan seangkatannya seperti Anzalna, Neelofa ataupun Izara Aishah kerana dia ada tujuan lain dalam hidupnya selain berlakon.

Meskipun begitu, dia bersyukur kerana tawaran berlakon selalu ada dan peminat mula mengenalinya. Antara drama lakonannya, Nilapura, Begitukah Cinta, Nora Elena dan Kali Kedua.

Dramanya yang lain bakal disiarkan Tart Untuk Kakak, Tanah Kubur, Cikgu Kemisah Kirby, Chef Cinta dan Jangan Tak Pulang (drama raya). Filem sulung lakonannya pula Sepah The Movie.


"Saya rela ketinggalan daripada mereka kerana saya tak mahu pelajaran saya terjejas. Saya meminati dunia seni sejak kecil, tetapi saya juga perlu menghormati dan memenuhi harapan emak serta ayah. Ketika masih bersekolah, mereka tahu saya meminati bidang seni dan tidak pernah menghalang asalkan saya tidak mengabaikan pelajaran.


"Ketika belajar dalam tingkatan dua, saya berlakon dalam filem Castello terbitan Suhan Movies memegang watak bernama Juliet, tetapi selepas itu saya berhenti kerana emak dan ayah mahu saya memberi tumpuan kepada pelajaran terlebih dulu. Selepas habis peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), barulah saya kembali ke pentas lakonan.

"Bagaimanapun, selepas diterima masuk ke kolej, saya terpaksa memperlahankan rentak kerana tak mahu kesibukan berlakon mengganggu pengajian. Hanya ada satu semester saja lagi dan insya-Allah pengajian akan tamat pada September ini. Saya bercadang untuk menyambung pengajian pada peringkat seterusnya dan ada juga terfikir untuk menimba pengalaman belajar di luar negara.

"Apa yang saya lakukan ini adalah demi masa depan saya kerana sedalam mana pun rasa cinta saya terhadap dunia seni, pasti suatu hari nanti akan bernoktah jua. Dengan adanya pendidikan saya tidak perlu bimbang lagi kerana saya boleh menggunakan ilmu yang ada pada bila-bila masa saya," katanya.

Tambah Ramona, watak wanita baik sentiasa melekat dengan dirinya seperti wanita dianiaya dan ditipu suami.

"Ada yang kata, wajah saya ini nampak baik dan watak itu sesuai dengan saya. Sebenarnya saya lebih suka membawakan watak jahat kerana banyak aksi yang boleh saya pamerkan kerana kalau pegang watak baik, ia macam itu sajalah.

"Pun begitu saya pernah juga diberikan watak pelajar kolej, jadi ibu dan anak yang nakal. Kebanyakan watak sudah dicuba tetapi watak idaman saya ialah pembunuh psiko. Saya suka menonton filem seram dan drama penyiasatan Inggeris dan daripada situlah saya idaman watak sebagai sebegitu.

"Saya dapat rasakan mesti menarik kalau pelakon wanita yang membawakan watak itu. Kepada pengarah di luar sana, saya sedia mencuba apa saja watak," katanya.

Walaupun Ramona atau pemilik nama sebenar Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, dibenarkan orang tuanya menjadi anak seni tetapi mereka tidak melepaskannya begitu saja, bebas melakukan apa sapa sesuka hatinya.

"Saya sangat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh emak dan ayah. Walaupun ayah seorang yang tegas tetapi pada masa sama dia juga 'sporting' dan tidak pernah menghalang minat saya malah sentiasa memberikan sokongan.

"Sebelum saya bergelar artis, emak yang berkhidmat sebagai guru di Ipoh, Perak. Selepas saya berlakon, ayah minta emak bertukar mengajar di Kuala Lumpur (KL) kerana ayah tidak mahu saya tinggal seorang diri di KL, bimbang orang akan mudah menabur fitnah terhadap saya dan dia juga mahu keselamatan saya terjamin.

"Sampai ke tahap itu emak dan ayah sanggup berkorban kerana saya. Jadi sebagai balasan saya kena menjaga diri dan nama baik mereka. Itu jugalah yang diminta
oleh ayah agar tidak menconteng arang ke muka orang tua. Apabila tinggal dengan emak saya pun rasa selamat.

"Ayah yang sekarang bertugas sebagai Pengurus Kem PLKN Sentosa, Tapah, Perak terpaksalah berjauhan dengan emak seketika. Ayah akan balik ke KL dalam dua tiga hari sekali, " kata anak sulung daripada dua beradik itu.

Sempena sambutan Hari Bapa esok, Ramona bercadang untuk membawa keluarganya keluar makan malam. Dia juga mendoakan agar bapanya sentiasa sihat walafiat, dipanjangkan usia, dilapangkan rezeki, diberi kebahagiaan dunia dan akhirat serta diberkati Allah selalu.

"Tiada orang lain sebaik dan semulia hati ayah. Dia sanggup berkorban untuk melihat anaknya bahagia," katanya.

Seperkara lagi yang menarik mengenai pelakon jelita ini, selain bahasa Inggeris dia juga fasih berbahasa Mandarin dan Hokkien kerana belajar di sekolah Cina sejak tadika lagi.

"Saya juga boleh menulis dalam bahasa Cina dan ketika belajar di Sekolah Menengah Teknik, Manjong, Perak saya menduduki peperiksaan SPM untuk kertas bahasa Cina," katanya yang melaram dengan baju dari butik O'oi Couture.

Harapan bapa

SEJAK kecil lagi bapa Ramona, Mohd Zam Zam Mohd Ashraf, 64, menyedari minat anaknya dalam bidang seni dan dia tidak sampai hati untuk menghalangnya. Namun sebagai bapa, dia selalu mengingatkan anak kesayangannya itu supaya berhati-hati.

"Saya tidak menghalangnya berlakon tetapi jangan lupakan pelajaran kerana itu aset penting dalam hidup kita. Saya mahu dia jadi insan terpelajar. Dalam bidang seni pula saya harap dia dapat mengikut jejak langkah Datuk Siti Nurhaliza yang bijak menjaga imej dan penampilan. Seorang lagi artis yang menjadi kebanggaan saya ialah Rosyam Nor. Mereka adalah dua anak seni yang berjaya dalam kerjaya dan juga kehidupan," katanya.

Menurut Zam Zam, sejak kecil Ramona juga suka membaca terutama novel Inggeris dan mengikut minat ibunya (Rusmawati Mohd Yusof, 52) suka melukis.

"Kalau kita bawa dia ke pusat beli belah, senang kerana kalau dia terjumpa kedai buku, dia akan ambil buku dan duduk di satu sudut membacanya sehingga habis. Apabila saya dan ibunya selesai membeli barang, kami akan mencarinya di situ. Oleh kerana dia terlalu suka membaca, setiap hari diminta belikan buku.

"Sampai sekarang dia tidak boleh tinggalkan hobinya membaca. Sebagai bapa, saya selalu mendoakan kesejahteraan, kejayaan dan kebahagiaannya serta dikurniakan jodoh yang baik," katanya yang pandai bermain silap mata.




Kepincangan serius

Posted: 15 Jun 2012 08:35 AM PDT

KEMELUT dan pergolakan dalam Persatuan Seniman Malaysia nampaknya semakin tegang apabila Persatuan Kebajikan Artis Veteran (PKAV) akhirnya sebulat suara membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang petang kelmarin kerana mendakwa Mesyuarat Agung ke-14 (AGM14), Persatuan Seniman yang berlangsung 26 Mei lalu sebagai tidak sah dan AJK dilantik juga digantung sehingga saluran undang-undang memutuskannya.

Keadaan menjadi semakin panas apabila Presiden Seniman (yang dilantik pada AGM14), Zed Zaidi didakwa mengeluarkan kenyataan di laman sosial facebook dan blog, kelmarin dengan menganggap tindakan kumpulan artis veteran yang mendakwa AGM14 sebagai tidak sah sebagai 'firaun kecil.'

Wakil PKAV yang juga bekas Bendahari Seniman dan artis veteran Abu Bakar Omar, 63, berkata, pihaknya membuat laporan polis itu selepas berbincang dan sebulat suara dengan lebih 30 artis veteran demi menegakkan keadilan. Antara artis veteran yang hadir ialah Seniwati Mariani, Kuswadinata, Zulkifli Zain, Datuk Aziz Satar, Kismah Johar, Sharifah Aminah, Sabree Fadzil dan ramai lagi.

"Memang saya tiada latar belakang undang-undang tapi keputusan yang kami buat ini adalah hasil perbincangan dengan artis veteran dan mendapat nasihat daripada pihak peguam yang dilantik.


"Saya ingin tegaskan sekali lagi, kami bukannya mempertikaikan pelantikan Zed sebagai Presiden Seniman sebaliknya kami ingin membanteras penyelewengan dan kepincangan serius yang berlaku dalam persatuan yang belum selesai sampai hari ini.


"Sama ada AGM14 itu sah atau tidak, kami serahkan kepada, pihak polis, pendaftar pertubuhan dan peguam untuk menjalankan siasatan selanjutnya. Apapun yang berlaku nanti biarlah pihak mahkamah dan undang-undang yang menentukannya," katanya.

Mesyuarat tergempar artis veteran yang turut disertai wakil peguam yang dilantik berkumpul di gerai berhampiran sebelum berarak ke Balai Polis Taman Melawati untuk membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya. Kandungan laporan pihak polis yang dibuat kumpulan artis veteran itu ialah transaksi jual beli hartanah yang meragukan (pembelian bangunan di Setapak dengan kos RM330,000), penipuan pendapatan program Bazar Ramadan Seniman, pemalsuan minit mesyuarat Persatuan Seniman ke-13, pemalsuan pindaan perlembagaan persatuan dan perjalanan AGM14 yang tidak sah.

Ditanya sama ada pihaknya bimbang dengan tindakan susulan Zed selepas laporan polis berkenaan, Abu Bakar berkata, pihaknya percaya mereka berada di pihak yang benar.

"Jika dia hendak mengambil tindakan ke atas kami, terpulanglah. Kami buat perkara yang kami fikir betul. Sebenarnya, saya memang tidak suka berada di depan tapi selepas mendapat restu daripada isteri dan anak-anak, saya tampil ke depan untuk membetulkan kepincangan yang berlaku dalam Persatuan Seniman," katanya.

Mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Zed yang menganggap artis veteran sebagai parasit dan 'firaun kecil', Abu Bakar menegaskan ia adalah perbuatan yang melampau batas dan menghina golongan artis veteran di negara ini.

"Sepatutnya dia fikir dulu sebelum keluarkan kenyataan yang mengguris hati artis veteran seperti kami. Dia tak fikir ke dia sudah samakan kami artis veteran dengan firaun yang juga raja paling zalim di dunia?

"Justeru, saya berasa sedih dan sangat simpati padanya. Dia harus ingat, artis muda sepertinya perlu menghormati artis veteran dan belajar ilmu dengan orang lama yang lebih dulu makan garam seperti kami.

"Apapun, saya berharap, isu ini segera selesai dan keadaan kembali pulih semula dalam Persatuan Seniman yang memperjuangkan nasib artis tempatan," katanya.

Sementara itu, hasil tinjauan Rap, rata-rata artis veteran sepakat bahawa pucuk pimpinan Persatuan Seniman perlu diterajui artis veteran yang cukup berpengalaman luas dan ada karisma untuk memperjuangkan golongan artis.

"Contohnya, seperti mantan presiden terdahulu, Datuk Mustapha Maarof yang cukup berkarisma dan dikenali ramai semua golongan masyarakat termasuk golongan menteri.

"Jangan anggap memegang jawatan sebagai Presiden untuk mencari nama dan publisiti kerana tanggungjawab dan amanah sebagai presiden Persatuan Seniman cukup besar kerana ia mewakili golongan artis lama dan baru serta bidang seni keseluruhannya.

"Saya tidak nafikan Persatuan Seniman juga memerlukan pembabitan artis baru sebagai pelapis untuk sama-sama berganding bahu dengan orang lama dan membantu meneruskan perjuangan artis veteran yang kini meniti usia emas mereka sekali gus sama-sama memartabatkan bidang seni tempatan," katanya.

Pada masa sama, Zulkifli meminta supaya keahlian dan syarat-syarat untuk menjadi ahli Persatuan Seniman perlu dirombak semula selaras dengan kredibiliti misi persatuan yang sudah ditubuhkan sejak 34 tahun lalu itu.

"Mungkin ada yang terlepas pandang, golongan Seniman itu luas skopnya dan bukan sekadar penyanyi dan pelakon semata-mata. Saya tidak faham kenapa orang yang 'pegang tombak' atau 'pak pacak' dalam drama diiktiraf sebagai seniman?

"Saya sendiri berasa malu untuk menganggap diri sebagai seniman walaupun sudah diiktiraf sumbangan saya dalam bidang seni pada Anugerah Hari Seniman sebelum ini," katanya.

Manakala, Kismah pula menganggap Zed lebih sesuai untuk memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden kerana masih banyak ilmu kepimpinan yang perlu dipelajarinya sebelum memegang jawatan Presiden.

"Saya juga berasa sedih dan kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkannya ketika ini kerana ia tidak menghormati artis veteran seperti kami. Dia harus ingat jika dia membelakangkan kami, bila dia tua satu hari nanti dia akan menerima nasib yang sama. Ingatlah dia juga akan tua dan menjadi artis veteran satu hari nanti.

"Memang dia ada pendidikan akademik dalam jurusan undang-undang tapi ia belum cukup pengalaman untuk memimpin persatuan.

"Banyak ilmu yang perlu dipelajarinya daripada orang lama seperti kami terutama dengan mantan presiden terdahulu," katanya.




Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Doa yang terbaik - Erra

Posted:

Doa yang terbaik - Erra

Doa yang terbaik - Erra



ERRA FAZIRA mengaku lemas asyik disogok soalan tentang kerukunan rumah tangganya dengan Engku Emran.




PERMATA hati. Erra tidak mahu kisah rumah tangganya memberi impak kepada anaknya yang kini berusia tiga tahun, Engku Aleesya.




BARISAN karyawan Parut Ashikin termasuk Erra Fazira (tengah) bergambar sebelum sesi pratonton telefilem itu ditayangkan pada Khamis lalu di Astro.


TENANG dan masih cantik seperti selalu, Fazira Wan Chik atau nama pentasnya, Erra Fazira ketika ditemui pada majlis tayangan telefilem Parut Ashikin arahan Sabri Yunus baru-baru ini.

Usai tayangan tamat, Erra seperti sudah mengerti soalan yang berputar di kepala pihak media.

Sejak kebelakangan ini kisah kemelut rumah tangganya bersama suaminya, Engku Emran Zainal Abidin yang dinikahi pada 25 Oktober 2007 tidak pernah surut.

Pelbagai spekulasi yang muncul. Ada yang mendakwa pasangan ini telah menghadiri sesi kaunseling, sudah tidak tinggal sebumbung dan juga suaminya sudah berkahwin lain.

Kebenarannya, hanya Erra dan Emran sahaja yang tahu. Akui Erra, dia agak rimas apabila kisah rumah tangganya menjadi tatapan umum dan pelbagai versi cerita sampai ke telinganya.

"Memang rimas sebab tidak habis-habis orang bercakap tentang rumah tangga saya. Saya ingin berpesan, kata-kata itu satu doa. Jadi janganlah bercakap yang bukan-bukan tentang perkahwinan saya.

"Kalau boleh cakap yang elok sahaja. Dalam dunia, semua orang mencari kebahagiaan, kedamaian dan ketenangan jiwa, sama juga seperti saya," ujarnya mohon pengertian.

Tidak menafikan dalam rumah tangganya terdapat masalah yang melanda, tegas Erra tanyalah mana-mana pasangan suami isteri, mereka juga menghadapi masalah yang sama.

"Saya tidak boleh tipu, biasalah dalam rumah tangga, ada masalah dan pasang surutnya. Jujurnya, saya tidak tahu sejauh mana spekulasi di luar sana bercakap tentang rumah tangga saya. Macam-macam yang saya dengar tetapi hakikatnya tidak pula seperti yang diperkatakan orang," ucapnya tenang.

Tekanan

Disoal mungkin kerana awal perkahwinan mereka kelihatan begitu romantis dan suaminya cukup rajin mengikut Erra ke acara hiburan, tetapi kini tidak lagi menyebabkan kontroversi rumah tangganya semakin melarat.

Erra mengangguk kepala tanda setuju dan membalas: "Ya, mungkin dulu dia selalu ikut saya, tetapi sekarang dia sudah berhenti teman saya.

"Sebagai isteri, saya tidak boleh paksa kerana saya hormati dia yang tidak berminat untuk masuk ke dunia hiburan. Saya juga jarang sekali menemani dia ke majlis yang melibatkan kerjayanya."

Apabila ditanya apakah reaksi Emran apabila kontroversi rumah tangganya berlegar-legar di media massa, jawab Erra: "Saya tidak boleh menjawab soalan itu bagi pihaknya, lebih baik tanya dia sendiri."

Baik keluarga Erra mahupun Emran, kata Erra keluarganya lebih tahu apa yang berlaku dan tidak perlu untuk dijelaskan kepada mereka.

"Saya tidak perlu beri penjelasan kepada mereka, keluarga saya tahu saya macam mana, begitu juga dengan keluarga Emran, mereka lebih kenal anak mereka," tuturnya.

Walaupun berjiwa kental dan mempunyai pengalaman selama 18 tahun sebagai anak seni, jiwa wanita Erra juga rapuh seperti wanita lain apabila kisah rumah tangga menjadi bahan bualan orang sekeliling.

Tertekan dengan kontroversi, Erra menyalurkan tekanan itu dengan menyibukkan diri dengan kerja.

"Saya melepaskan tekanan dengan menyibukkan diri terhadap kerja serta fokus untuk anak saya, Engku Aleesya yang kini berusia tiga tahun," katanya.

Bimbang anaknya akan menerima kesan daripada kontroversi yang melanda, tegas Erra dia sedaya upaya mahu mengembangkan minda Aleesya agar tidak mendapat tekanan.

"Saya akan membuat dia sentiasa gembira, saya tidak mahu perkara yang diluar kawalan saya memberi tekanan kepadanya," getus Erra.

Sedar dirinya seorang selebriti, pintanya bukan semua perkara boleh dikongsi bersama orang ramai.

"Saya harap orang ramai dapat memahami keadaan saya kerana setiap kata-kata ada batasnya. Sebagai seorang isteri dan ibu, saya tidak boleh terlalu terbuka untuk bercakap soal rumah tangga sendiri," katanya minta difahami.

Kekal popular

Meskipun ramai artis baharu yang muncul, pada usia 38 tahun Erra masih lagi laku dan menjadi buruan pihak penerbit. Menjadi wajah eksklusif Astro untuk drama sehingga 2013, Erra bersyukur dengan perjalanan kerjanya.

"Bercakap tentang kerja, pengalaman hidup serta pendedahan kepada bermacam perkara, saya bersyukur jalan yang saya lalui. Pahit, manis pengalaman itu menjadikan saya Erra Fazira yang dilihat hari ini," ujarnya.

Pernah menerima jolokan primadona filem Melayu, Erra sendiri tidak menyangka dirinya kekal bertahan sehingga ke hari ini.

"Mungkin saya laku sebab saya ada kontrak dengan Astro, jika tidak, saya pun tidak tahu bagaimana nasib saya. Setakat hari ini saya tidak pernah merungut tentang kerjaya," tuturnya berterus-terang.

Terkini, Erra sibuk dengan penggambaran drama Mencari Juwita bersama Lisa Surihani dan Umie Aida dan drama Pontianak Beraya untuk siaran Aidilfitri kelak.

Bukan itu sahaja, sepanjang bulan Ramadan yang akan menjelang, Erra akan sibuk dengan latihan teater Tun Siti Hasmah yang dijangka menemui penonton pada 30 Ogos depan di Istana Budaya.

"Alhamdulillah, saya masih sibuk bekerja. Saya bekerja hanya untuk besarkan anak. Jadual saya juga padat sehingga kena aturkan masa sebaik mungkin," katanya.

Erra yang muncul pertama kali sebagai pelakon menerusi filem Sembilu pada tahun 1994, kini lebih memilih naskhah seni yang diberi kepadanya. Misalnya, Telefilem Sanggul Beracun.

Tele filem tersebut telah mengangkat Erra pada tahap yang berbeza, apabila lakonannya cukup berkesan sehingga drama itu dinobat sebagai drama terbaik pada Anugerah Skrin 2011.

"Saya bermula dengan naskhah komersial, saya tidak cukup didedahkan dengan naskhah yang berat dan serius. Sebagai pelakon, menjadi tanggungjawab untuk memberi peningkatan terhadap mutu lakonan.

"Apabila saya mula terlibat dengan naskhah berat, orang mula memberi perhatian kerana sebelum ini saya sering bawa watak yang ringan sahaja. Jadi, itu sesuatu yang baharu membuatkan saya terus kekal bertahan dalam industri lakonan," jawabnya.

Anzalna tak akan minta maaf

Posted:

Anzalna tak akan minta maaf

Anzalna tak akan minta maaf

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


ANZALNA mendakwa, sehingga kini dia masih belum mendapat notis daripada peguam Neelofa untuk membuat sebarang permohonan maaf atau menunjukkan sebarang bukti mengenai kenyataan yang dikeluarkan terhadap Neelofa.


PERANG antara dua pelakon baru meningkat naik, Noor Neelofa Mohd. Noor, 23, atau Neelofa dan Nur Anzalna Md. Nasir, 24, atau Anzalna nampaknya sudah sampai kemuncak. Neelofa telah melantik dua orang peguam iaitu Ahmad Hidayat Md. Noor dan Mohd. Irwan Mohd. Mubarak untuk memastikan Anzalna bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dianggap satu fitnah ke atas dirinya.

Anzalna juga tidak berdiam diri. Pelakon tersebut bagaimanapun enggan mengulas panjang kerana memberitahu dia kini juga telah melantik seorang peguam iaitu Fakhrul Azman yang akan mengendalikan kes tersebut.

Bagaimanapun Anzalna dengan tegas memberitahu dia tidak akan menurut tuntutan yang dibuat oleh Neelofa kerana sehingga kini, masih belum menerima sebarang notis daripada pihak peguam pelakon kelahiran Kelantan itu.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Anzalna selanjutnya.

Boleh anda komen apabila Neelofa melantik peguam dan mahu menyaman anda berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dilemparkan terhadapnya menerusi laporan sebuah akhbar?

Saya sebenarnya terkejut juga dengan tindakan Neelofa apabila dia ambil perkara ini terlalu serius sehingga melantik peguam. Saya tidak akan memberi apa jua penjelasan kepadanya (Neelofa).

Kenapa anda terkejut dengan tindakan Neelofa sedangkan anda sendiri membuka aib dia?

Bukan tujuan saya mahu buat publisiti murahan. Kalau saya mahu buat, dah lama saya buat dan buka cerita. Tetapi saya tidak sangka cerita ini diperbesar-besarkan oleh pihak tertentu.

Maksud anda penulis akhbar tersebut?

Saya juga terkejut apabila wartawan tersebut menulis tentang apa yang saya cerita walaupun berkali-kali saya pesan dan minta supaya tidak dikeluarkan untuk menjaga hati semua pihak. Tetapi, saya enggan komen panjang takut isu lain pula yang timbul.

Apakah tindakan anda selepas ini?

Bila dia (Neelofa) ambil benda ini serius, saya juga akan buat perkara yang sama. Saya juga sudah melantik seorang peguam iaitu Fakhrul Azman, peguam yang sama mengendalikan kes pelakon Fazura dahulu untuk mengendalikan kes ini.

Setakat ini adakah anda menerima sebarang surat atau tuntutan daripada Neelofa?

Setakat ini, saya tidak menerima sebarang surat atau notis tuntutan daripada dia. Jika dapat nanti, biarlah peguam saya yang uruskan semuanya. Sekarang, segala urusan kes ini telah mula diambil alih oleh peguam saya.

Adakah anda menyesal dengan kenyataan yang telah anda berikan?

Sikitpun saya tak menyesal kerana apa yang saya luahkan itu benar. Cuma, saya tak mahu memanjangkan cerita atau mengaibkan dia lagi. Cukup sekadar apa yang disiarkan itu.

Adakah anda akan membuat permohonan maaf dan menunjukkan bukti dalam tempoh tujuh hari seperti yang dikehendaki Neelofa?

Saya tak akan buat permohonan maaf atau memenuhi kehendak pihak Neelofa. Bukan kerana saya tak mahu buat, tapi masalahnya, selepas tempoh tiga hari, saya masih belum menerima sebarang notis daripada dia. Jadi macam mana saya nak selesaikan masalah ini secara profesional jika belum mendapat notis tersebut. Selebihnya, saya serahkan kepada peguam saya.

Kate Moss dikecam

Posted:

Kate Moss dikecam

Kate Moss dikecam

SUPERMODEL Kate Moss memang cukup terkenal di seluruh dunia. Oleh kerana begitu popular, Moss baru-baru ini telah dikecam oleh peminatnya kerana dia menolak untuk berpenampilan seperti seorang isteri dan ibu.

Menurut laporan Contactmusic, Moss mula berhadapan dengan kecaman selepas dia memberi kenyataan kepada majalah Grazia.

Moss memberitahu, suaminya, Jamie Hince akan gila kalau melihat penampilannya seperti seorang suri rumah tangga.

"Suami saya akan gila jika saya mula berdandan seperti suri rumah tangga! Dia lebih suka saya berpenampilan rock n roll seperti seorang gadis muda," ujarnya.

Sejak kenyataan tersebut dikeluarkan, Moss mendapat pelbagai respons kurang senang daripada golongan ibu rumah tangga di Twitter miliknya, yang berasa model tersebut tidak patut bercakap demikian.