Adsense

Isnin, 30 April 2012

borak kosong

borak kosong


Gara-gara telefon, Mantan Ratu Kecantikan Pukuli Sang Kekasih

Posted: 30 Apr 2012 08:00 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Seorang mantan ratu kecantikan dari wilayah  New Hampshire, Amerika Syarikat (AS), ditangkap kerana memukuli sang kekasih saat sedang bertengkar . Demikian dilansir AP, Isnin(30/4/2012).
Polis mengatakan, sang mantan ratu kecantikan bernama Nicole Houde (26) ditangkap, Rabu minggu lalu. Dalam laporan yang diterima polis, perempuan cantik ini menendang, mencakar, dan menggigit sang kekasih bernama Scott Nickerson (33). Keduanya tinggal di wilayah Manchester, New Hampshire, Amerika Syarikat (AS).
Keduanya mulai bertengkar ketika Nickerson tiba-tiba mengambil telefon Houde dan membuat keduanya terlibat adu mulut. Houde adalah Miss New Hampshire USA 2010. 

Fesyen bulu haiwan alpaca

Posted: 30 Apr 2012 07:45 PM PDT


VIENNA, Austria - Para penternak alpaca mencukur bulu haiwan itu supaya ia kelihatan nipis di Goeming, Austria.
Bulu alpaca dinipiskan bagai menyesuaikan haiwan itu dengan cuaca panas sebelum ketibaan musim sejuk.
Alpaca ialah haiwan seperti llama yang kebanyakannya terdapat di Amerika Selatan. - Agensi
sumber : kosmo online

2 remaja dilanggar ketika berjemur atas jalan raya

Posted: 30 Apr 2012 07:30 PM PDT


BEAVER (Pennsylvania): Dua remaja perempuan yang tertidur ketika berjemur di jalan terpencil di Pennsylvania, dilanggar kereta.
Menurut Jabatan Polis wilayah Beaver, Samantha Schermanhorn dan Kaylie George, 13 tahun, dilanggar kereta, kelmarin. 
Dua sepupu Samantha memberitahu polis, abang mereka yang berusia 19 tahun, berhenti di simpang jalan sebelum memusingkan kereta dan melanggar mereka.

Nicole dan Nicholas Beck berkata, kedua-dua gadis remaja itu memberitahu, mereka tertidur ketika berjemur. Abang mereka disoal siasat oleh polis selepas kejadian itu.



Samantha dan Kaylie dibawa ke hospital dengan helikopter.


Pegawai Hospital Kanak-kanak di Pittsburgh berkata, kedua-dua gadis remaja itu dalam keadaan baik. - AP



sumber : myMetro

Bayar tambang teksi dengan ganja

Posted: 30 Apr 2012 07:15 PM PDT


MUNICH: Polis Jerman menahan seorang lelaki setelah cuba membayar tambang teksi dengan ganja kerana dia tidak membawa wang, semalam.
Pegawai polis di Munich membawa lelaki berusia 30 tahun itu pulang ke rumahnya setelah pemandu teksi melaporkannya kepada polis. 
Polis turut menemui 31 pokok ganja di flatnya.

Pegawai polis turut merampas 353 gram ganja termasuk timbang dan minyak ganja.



sumber : myMetro

Lelaki genius kawal lalu lintas

Posted: 30 Apr 2012 07:00 PM PDT


LONDON: Seorang lelaki genius yang memiliki 11 ijazah universiti dan boleh bercakap lima bahasa dengan lancar, bekerja sebagai pengawal lalu lintas di sebuah sekolah.
Dr Bruce Berry adalah antara orang paling pintar di Britain.

Tetapi, selama lima hari seminggu, dia mengayuh basikal sejauh enam setengah kilometer untuk membantu kanak-kanak sekolah menyeberang jalan. Bruce, 70, yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah dengan tesis 425 muka mengenai penulis kelahiran Russia, Andrei Makine, berkata: "Saya gemar berusaha mendapatkan ijazah. Tetapi saya ingin melakukan sesuatu untuk masyarakat. Saya seronok dapat membantu memastikan kanak-kanak selamat ketika pergi dan balik sekolah." Selain PhD, Bruce mempunyai tiga Ijazah Sarjana Muda, tujuh Ijazah Sarjana dan lancar bercakap bahasa Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol dan Russia.


Berry yang masih bujang dan berasal dari Sharlston, West Yorks, mula bekerja sebagai kerani pejabat pos dan belajar ketika mempunyai waktu terluang sebelum menjadi penterjemah.

Bruce menerima gaji sebanyak RM1,000 sebulan untuk mengawal lalu lintas di luar Sekolah Crofton, Wakefield, tempat bapanya pernah mengajar.


"Saya merasakan diri saya sebahagian daripada keluarga di sana," katanya. - DM



sumber : myMetro

Bahasa mati hidup semula

Posted: 30 Apr 2012 06:45 PM PDT


ARNEL Valencia malu apabila dia dilarang menggunakan bahasa yang digunakan di rumah untuk bercakap di sekolah. Ia adalah sebahagian daripada perkembangan yang berlaku sejak puluhan tahun lalu di seluruh Filipina yang menyebabkan kemusnahan beberapa bahasa masyarakat orang asli.
"Berhenti bercakap seperti burung. Anda perlu menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa kebangsaan," kata Valencia, kini berusia 39 tahun dan ketua kampung, ketika bercerita mengenai apa yang dikatakan guru sekolah rendahnya dulu.

Valencia adalah anggota suku kaum yang dikenali sebagai Ayta Magindi yang sejak ratusan tahun menetap di pergunungan Zambales, hanya kira-kira tiga jam perjalanan dengan kereta dari Manila.


Filipina dengan 95 juta penduduk mempunyai 175 bahasa. Tetapi sebahagiannya kini hanya mempunyai segelintir penutur sementara yang lain boleh dianggap pupus kerana tidak ada lagi orang yang boleh menuturnya. Kira-kira 50 daripada bahasa kecil dijangka lenyap dalam masa 20 tahun akan datang, kata Ketua Antropologi di Muzium Kebangsaan Filipina, Artemio Barbosa.

"Apabila mereka berpindah ke kawasan lain dan bergaul dengan penduduk tempatan, mereka tidak lagi bertutur bahasa sendiri kerana mahu menggunakan bahasa yang boleh memudahkan kehidupan seharian," kata Barbosa.


Pakar berkata, satu lagi masalah besar ialah hanya dua bahasa diajar di sekolah di bekas tanah jajahan Amerika Syarikat itu, Inggeris dan Filipina yang berasaskan kepada Tagalog, bahasa yang dituturkan oleh penduduk di Manila dan sekitarnya.



Valencia yang juga anggota majlis kampung mengeluh kerana anaknya tidak boleh menggunakan bahasa Ayta Magindi di sekolah sementara penduduk dewasa perlu mempelajari Pampangan, bahasa tempatan utama untuk mendapatkan pekerjaan di kilang atau ladang.

"Kami bukan setakat akan kehilangan bahasa tetapi juga budaya. Penindasan yang kami alami tidak pernah berkurangan," katanya.


Tetapi masih ada sedikit harapan, menurut Catherine Young, pakar bahasa yang berdepan dengan kepupusan di Institut Linguistik Summer di Amerika Syarikat.

Catherine menghabiskan banyak masa mengkaji sebahagian besar bahasa yang kurang diketahui di Filipina.


"Kesedaran mengenai nilai bahasa di Filipina semakin meningkat berbanding negara lain di Asia yang melarang penggunaan beberapa bahasa penuturan masyarakat minoriti di tempat awam," kata Catherine ketika melawat Manila baru-baru ini.


Menurutnya, keputusan kerajaan Filipina untuk melaksanakan pelajaran bahasa ibunda mulai tahun ini sebagai langkah penting ke arah itu.


Bermula tahun akademik baru pada Jun ini, 12 daripada bahasa yang digunakan secara meluas akan menggantikan bahasa Inggeris dan Tagalog sebagai bahasa arahan dari peringkat tadika hingga ke darjah tiga.


Semua 12 bahasa itu mempunyai kata dasar yang dituturkan oleh 63 juta penduduk atau dua pertiga daripada populasi negara itu.


Jabatan Pelajaran berkata, dasar baru itu adalah hasil daripada projek yang disokong oleh Institut Linguistik Summer pada 1990-an untuk melatih guru tempatan menggunakan Lilubuagan, bahasa yang dituturkan oleh 14,000 anggota suku kaum yang menetap di kawasan pergunungan utara Filipina.


Pakar bahasa warga Amerika, Diane Dekker, bersama-sama suami dan empat anak mereka menetap di Tanah Tinggi Cordillera pada 1987 untuk melancarkan program itu, walaupun penduduk tempatan mulanya ragu-ragu dengan rancangan mereka.


"Ibu bapa bimbang ia akan menjejaskan usaha untuk anak mereka belajar bahasa Inggeris. Ia amat penting kerana mereka sedar bahasa itu penting untuk membolehkan anak mereka mendapat pekerjaan," kata Diane.


Namun, katanya, bahasa Lilubuagan sebenarnya menjadikan anak mereka pelajar lebih baik kerana mereka tidak dipaksa belajar bahasa Inggeris dan Tagalog sebaik mula bersekolah.


"Mereka dipaksa memahami bahasa yang tidak pernah mereka tutur. Ia pasti akan menyukarkan mereka," kata Diane mengenai perlunya belajar Inggeris dan Tagalog.


Naib Presiden Persatuan Pelindung Bahasa Asli Penduduk Filipina, Manuel Faelnar bersetuju bahawa memaksa penggunaan bahasa baru di kalangan kanak-kanak ketika mereka baru hendak belajar menulis dan membaca adalah satu kesilapan.


"Kerana itu ramai di kalangan anak kita dianggap membosankan dan lembap. Guru bercakap dengan mereka menggunakan Tagalog dan jika anda tidak bercakap Tagalog atau Inggeris, anda akan tercicir," kata Faelnar.


Satu masalah jelas pada program baru kerajaan ialah ia hanya meliputi bahasa yang ditutur secara meluas menyebabkan bahasa yang kurang dituturkan terus diabaikan.


Bagaimanapun, apa yang diharapkan ialah sebaik program itu dilaksana dan terbukti berjaya, kerajaan akan meluaskan program itu untuk kebanyakan bahasa yang berdepan kepupusan.


Dalam pada itu, suku kaum Ayta Magindi di Zambales dan sekolah tempatan kerajaan mengambil daya usaha untuk mula mengajar bahasa ibunda mereka bermula pada Jun, kata jurucakap kaum itu, Benny Capuno.


Dua penduduk tempatan Ayta Magindi diambil bekerja untuk mengajar di tadika dan akan membantu menyediakan bahan belajar bahasa ibunda untuk murid darjah satu.


"Ini akan membantu mengembalikan kebanggaan anak kami dan membolehkan mereka menghargai muzik, bahasa dan budaya unik nenek moyang mereka," kata Capuno. - AFP



sumber : myMetro

Libas ‘pendiam’

Posted: 30 Apr 2012 06:30 PM PDT


KENINGAU: Gara-gara membuat bising tidak bertempat, pekerja ladang terpaksa menerima 15 jahitan di kepala selain luka di bahu kanan selepas ditetak menggunakan parang rakan yang berang dalam kejadian di ladang sawit Kampung Malaing Dalit, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam, mangsa dikenali sebagai Marsel Salah, 30, cedera di punggung apabila ditetak sekali lagi ketika cuba melarikan diri berlumuran darah bagi mendapatkan bantuan. 
Mangsa bagaimanapun diselamatkan beberapa penghuni rumah kongsi berkenaan yang dikatakan menyedari kejadian itu.

Sumber berkata, suspek berusia 32 tahun dikatakan hilang sabar selepas mangsa masih membuat bising walaupun ditegur menghentikan perbuatannya.



Menurutnya, mangsa dipercayai tidak mengendahkan teguran itu menyebabkan berlaku pertengkaran sebelum suspek mengambil parang lalu menetak mangsa berulang kali.



sumber : myMetro

Berlakon minta kerja

Posted: 30 Apr 2012 06:15 PM PDT


KUALA LUMPUR: Kurang ajar apabila tiga penyamun yang menyamar untuk memohon pekerjaan kemudian menyamun mangsa hingga kerugian lebih RM100,000 dalam kejadian di Taman Dagang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa turut diugut akan dibunuh sekiranya membuat laporan polis. 
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 50, berkata ketika mahu pulang ke rumah, dia didatangi tiga lelaki warga India berusia 30-an yang memohon pekerjaan.

Katanya, berikutan lewat malam, dia meminta tiga lelaki itu pulang dan datang keesokannya untuk memohon pekerjaan.



"Sebaik berkata demikian, tiga lelaki itu menendang dan menghentak kepala saya sebelum mencekik leher hingga tidak boleh bernafas.



sumber : myMetro

Bungkusan nasi untuk ibu

Posted: 30 Apr 2012 06:00 PM PDT


MARANG: Dua bungkus nasi untuk hidangan tengah hari menjadi pemberian terakhir Mohd Amri Sidek, 26, kepada ibunya sebelum terbunuh selepas tertimbus bersama jengkaut dipandunya dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Kolah, Kampung Undang, semalam.
Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa bersendirian melakukan kerja mengaut tanah di bukit berkenaan sebelum disedari tertimbus jam 5.10 petang.
Ibu mangsa, Sapinah Yaakub, 55, berkata dia menerima berita sedih itu daripada anak perempuannya, Nor Sakirah Sidek, 12, selepas dimaklumkan penduduk kampung ketika anaknya itu pulang dari sekolah jam 5.20 petang.

"Saya terkejut apabila anak memberitahu kejadian itu kerana berlaku sekelip mata selepas arwah pulang ke rumah menghantar makanan tengah hari kepada saya jam 1.15 tengah hari sebelum bergegas ke tempat kejadian," katanya.



Sapinah berkata, dia tidak menyangka kepulangan arwah ke rumah membawa dua bungkus nasi sebelum keluar semula ke bukit berkenaan jam 1.40 tengah hari adalah pertemuan terakhir mereka.



sumber : myMetro

Rita enggan cerai

Posted: 30 Apr 2012 05:45 PM PDT


PETALING JAYA: "Alasan Aidil tak masuk akal. Kalau ada pergaduhan yang boleh menyebabkan kami bercerai tak apa juga, tapi memang tiada. Sebelum dia keluar dari rumah empat bulan lalu, semuanya elok saja," kata pelakon yang popular melalui filem Anak Mami dan Anak Mami Junior, Rita Rudaini Mokhtar.
Aktres itu berkata demikian selepas tidak bersetuju dengan permohonan suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil atau nama sebenar Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak untuk bercerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam. 
Ketika ditemui di luar mahkamah, Rita berkata, dia tidak boleh menerima alasan yang dikemukakan Aidil pada prosiding semalam yang mengatakan dia mahu bercerai kerana mereka sudah tidak serasi dan tiada persefahaman.

"Selagi saya tidak dapat alasan kukuh mengapa dia ingin bercerai dengan saya, saya tidak bersetuju dengan permohonan cerai itu," katanya yang anggun berjubah hitam dan bertudung biru.



Bagaimanapun, Rita mengakui masih menyayangi perkahwinan mereka, namun sekiranya Tuhan menetapkan mereka berpisah, dia akur.



sumber : myMetro

Aksi lelaki benggong dengan patung seksnya

Posted: 30 Apr 2012 05:30 PM PDT





Pulak..sebuah kedai pakaian dalam suruh pekerja letak lebel ukuran payudara mereka di baju

Posted: 30 Apr 2012 05:15 PM PDT


Sebuah kedai lingerie atau pakaian dalam menyuruh para pekerja wanita gunakan tag atau lebel ukuran payudara mereka.

Menurut perusahaan itu, Change yang berlokasi di Sweden metodenya sendiri bersifat sukarela dan bertujuan untuk membantu para pelanggan memilih ukuran tepat untuk acuan mereka berbelanja lingerie yang mereka inginkan.

Namun para pekerja mengeluh kalau mereka merasa tertekan ketika mengenakan tag atau lebel yang memperlihatkan ukuran lingerie mereka seperti ukuran cup bra mereka.

"Kami pernah kedatangan seorang lelaki tua hidung belang yang menatapi ukuran braku.

Kenapa semua orang harus tahu akan itu? Para lelaki yang menjual seluar dalam tak harus memperlihatkan ukuran mereka," keluh seorang pekerja wanita di kedai itu.

Susann Haglund, CEO dari Change mengatakan, tag atau lebel-lebel itu awalnya disarankan oleh para pekerja sendiri.


Pun tag-tag atau lebel-lebel itu bertujuan untuk membantu pembeli memilih lingeri yang ingin mereka beli dengan memperlihatkan ukuran lingerie mana yang kira-kira sesuai buat body mereka.

"Aku tak mengerti kenapa hal ini boleh terlihat sebagai cara yang memalukan. Aku yakin ada yang merasa seperti itu, tapi memakai tag atau lebel ukuran cup bra benar-benar bersifat sukarela," ujar Susann lagi.

Entah itu bersifat sukarela atau tidak, yang pasti pihak Commercial Employees" Union (Perserikatan Pekerja Komersial) mengatakan penggunaan tag kepada karyawan itu boleh jadi illegal dan mereka mengancam untuk menyaman perusahaan itu.

Pemuda berciuman dengan patung seks depan orangramai

Posted: 30 Apr 2012 05:00 PM PDT

Seorang Pemuda Berciuman Mesra dengan patung seks depan orang ramai Di Taman Guangzhou .

Spot : A man kiss a girl doll, At a park guangzhou, A man kiss a girl doll, So astonish! This doll loos like a hot girl!.

 Bk- pelik semakin pelik...tak dapat dengan manusia dengan patung pun jadi....

Lapar,makan ayam hidup-hidup

Posted: 30 Apr 2012 04:45 PM PDT

Kerana kelaparan lelaki ini memakan ayam yang masih lagi hidup.Betu-betul punya lapar.....









Disembelih gara-gara curi kuda

Posted: 30 Apr 2012 04:30 PM PDT





Kejadian ini  terjadi pada 19 September 2009, di Lombok Indonesia.Seorang pemuda mati dengan cara yang amat menggerikan kerana mencuri seekor kuda milik seorang penduduk...menurut informasi bahawa pemuda ini mati disembelih oleh sekumpulan orang dari sebuah organisasi anti pencuri di Lombok NTB.

Yang jadi persoalan adakah nyawa pencuri ini sama nilai dengan nyawa seekor kuda?Walaupun dia mencuri ,tangkap bawa dia ke polis supaya pihak polis boleh menyiasat dan mendakwa pencuri ini.Bukan dengan membunuhnya.Bukan nak membela pencuri itu tetapi dia masih punya hak sebagai manusia......


Pernah tengok kejadian ini

Posted: 30 Apr 2012 04:15 PM PDT

Guna tangan gerakan wiper kenderaan...




Awek ni bikin gempar pengunjung mall

Posted: 30 Apr 2012 04:00 PM PDT




yang gempar tu bukan apa..tu badannya di toreh dengan duit syiling
untuk buang angin..
boleh ke cara macam tu buang angin...tak pernah cuba..mujarab???

Rahsia Langsing Di Berbagai Negara

Posted: 30 Apr 2012 11:00 AM PDT


Pepatah mengatakan 'banyak jalan menuju kejayaan'. Termasuk dalam hal mendapatkan tubuh langsing. Jika selama ini diet yang Anda lakukan tak kunjung berhasil, mungkin harus mencuba cara lain.


Salah satunya adalah dengan 'meniru' kebiasaan di enam negara berikut, yang dilansir dari Health.com. Tak ada salahnya mencuba kebiasaan-kebiasaan ini demi mendapat bentuk tubuh idaman.


1. Thailand
Masakan Thailand, salah satu masakan yang rasanya paling pedas di dunia. Masakan Thai mengandalkan bumbu-bumbu pedas seperti lada dan cili. Makanan pedas ini boleh meningkatkan pembakaran lemak dalam tubuh.

2. Brazil
Orang-orang Brazil suka sekali memakan kacang-kacangan bersamaan dengan nasi. Ini boleh jadi alternatif menu makan Anda. Faktanya, penelitian yang dipublikasi dalam Journal Obesity Research menemukan, seseorang yang memakan kacang-kacangan dan nasi secara teratur, risiko mengalami kegemukan berkurang sekitar 14 peratus

3. Poland
Cubalah lebih sering makan di rumah. Orang Poland hanya menghabiskan anggaran rumah tangga mereka sebesar 5 peratus untuk makan di luar. Bukan hanya lebih jimat, menu makanan di rumah cenderung lebih sihat. Itu karena Anda merasa 'wajib' menyediakan makanan sihat untuk suami dan buah hati.

4. Belanda
Jadikanlah basikal sebagai transport utama. Sebanyak 54 peratus warga Belanda menjadikan basikal sebagai transport sehari-hari, baik untuk bekerja atau bepergian. Dengan mengayuh basikal dengan kecepatan sedang, Anda boleh membakar hingga 550 kalori per jam.

5. Perancis
Mungkin di negara kita berbicara saat makan adalah hal yang dilarang tapi di Perancis justru menjadi budaya. Bercerita membuat makan lebih lama, bahkan Anda boleh meletakkan sudu garpu saat pembicaraan menjadi seru.

"Bagi orang Perancis, makan bersama adalah sebuah perayaan harian. Waktu makan yang lama, membuat orang cenderung makan lebih sedikit," kata Fred Pescatore, MD, kepala International & American Associations of Clinical Nutritionists

6 Hungary
Warga Hungariy suka sekali dengan acar. Kandungan cuka didalamnya dipercaya boleh membuat tubuh lebih langsing. Beberapa bukti menunjukkan, asam asetat, komponen utama dari cuka, boleh membantu mengurangi tekanan darah, kadar gula darah, dan terutama pembentukan lemak.

Ayam seekor ni tak mati-mati walaupun leher hampir putus

Posted: 30 Apr 2012 10:30 AM PDT

SUMENEP- Warga Dusun Barat Sungai, Desa Kapedi, Kecamatan Bluto Kabupaten Sumenep, Madura, Jawa Timur, digegarkan dengan adanya seekor ayam ajaib.

Ajaibnya, meski disembelih ayam tersebut tidak mati dan keadaannya terlihat sihat. Ayam ini bertahan hidup dengan tenggorokan putus, hingga hampir satu minggu.

Adanya ayam ajaib tersebut, menarik perhatian warga setempat. Mereka datang untuk melihat dari dekat.

Ayam tersebut milik Wakid Hobsi, pengasuh Perguruan Ilmu Batin, Desa setempat. Dia menceritakan, awalnya ayam tersebut akan dijadikan perangkat ritual atau selamatan untuk murid-muridnya yang akan menjalani ritual khusus menjelang kenaikan tingkat.
Ketika itu, tambahnya, ada sekira 42 ekor ayam yang akan digunakan  dalam ritual atau selamatan muridnya. Ketika disembelih, ayam jantan yang satu ini tidak  mati.

"Ayam tersebut kami sembelih untuk keperluan ritual, sebagai rentetan dari kenaikan tingkat bagi semua murid di sini " Kata Hobsi kepada wartawan.

"Namun ayam itu tidak  mati meski sudah disembelih, bahkan lehernya sudah hampir putus," tambahnya.

Hendra, seorang salah-seorang murid yang ditugakan menyembelih 42 ekor ayam, mengaku terkejut melihat ayam yang tidak sama seperti lainnya saat disembelih.

"Saya terkejut, kerana ayam yang lain begitu disembelih mati beberapa detik kemudian. Tapi ayam yang satu ini tidak, malah langsung lari," katanya.

Warga kini masih terus berdatangan untuk melihat ayam ajaib itu. Rencananya ayam ajaib tersebut akan dirawat meski sulit memberinya makan dan minum, kerana tenggorokannya putus, dan lehernya nyaris putus pula.

Sumber :http://www.okezone.com/

Aksi Belalang Memakan Seekor Ikan Mas Setelah Mengangkatnya Keluar dari Mangkuk

Posted: 30 Apr 2012 10:15 AM PDT

Belalang sembah (mentadak) ini berhasil mengangkat ikan mas mati dari sebuah mangkuk dan kemudian menyantapnya untuk makan siang.

Gambar yang luar biasa ini berhasil diabadikan oleh fotografer hidupan liar, Scott Cromwell (40).

"Saya melihat salah satu ikan mas peliharaan saya tiba-tiba meninggal dan terapung di dalam mangkuk. Belalang peliharaan saya belum makan selama beberapa hari, dan inilah yang membuat saya tertarik untuk melihat bagaimana seekor belalang sembah beraksi terhadap ikan." tuturnya.

Lelaki dari Oklahoma, Amerika Syarikat itu kemudian menaruh belalang sembah tersebut pada bibir mangkuk dan menunggu apa yang akan terjadi selanjutnya.

Beberapa saat kemudian belalang sembah itu merangkak ke dalam mangkuk, dan dengan sebagian tubuhnya terendam air, sang belalang kemudian mengangkat bangkai ikan mas itu dan memakannya.




"Tidak memerlukan waktu lama bagi belalang untuk menangkap bangkai ikan mas itu, ia dengan hati-hati mengangkut keluar makan siangnya itu sambil mempertahankan cengkeramannya di pinggiran mangkuk." tuturnya.

Sumber : dailymail

[Video]Penyanyi Idola Transeksual Yang Jadi Fenomena diThailand

Posted: 30 Apr 2012 10:00 AM PDT

Ketika dia menyanyi, suaranya merdu mendayu, membuat para penonton dan juri Thailand's Got Talent terpana.

Tak ada yang aneh dengan pemandangan itu. Nampaknya seperti sesi audition biasa di sebuah petandingan pencarian bakat. Namun kemunculan Bell Nuntita malam itu begitu mengesankan banyak orang, sehingga 'gadis' cantik ini langsung jadi perbincangan di dunia maya.

Ini kerana Bell bukan sekadar penyanyi biasa. Ia dilahirkan sebagai laki-laki, tapi kini mengklaim dirinya seorang perempuan. Dan di panggung audisi Thailand's Got Talent malam itu, Bell tak segan menunjukkan keunikannya dengan cara menyanyikan separuh lagu dengan suara perempuan, dan menyelesaikan lagu dengan suara aslinya yang berat dan dalam.

Wajah cantik dan penampilan Nuntita yang langsing serta suara yang lembut memang menambah sempurna penampilannya ketika di atas pentas Tetapi, siapa sangka dulunya Bell dilahirkan sebagai laki-laki.






Cafe pun cafelah janji kami gumbira

Posted: 30 Apr 2012 09:45 AM PDT





Foto Lelaki Disiksa Seperti Anjing Oleh 3 Wanita Beredar di Internet

Posted: 30 Apr 2012 09:30 AM PDT






Walaupun gambar ini benar atau tidak,perbuatan ini betul-betul
kurang ajar..


Tergantung di tiang elektik

Posted: 30 Apr 2012 09:15 AM PDT

Beginilah keadaan mangsa yang terkena kejutan elektik yang tergantung di tiang...





Betapa sedihnya jika seorang ibu melihat anak perempuannya seperti ini

Posted: 30 Apr 2012 09:00 AM PDT


betapa hancur dan luruhnya hati bila anak yang dididik
dan dibelai berkelakuan begini bila dewasa....

Ibu adalah seorang wanita yang sangat tegar dan penuh pengorbanan. Di saat kita masih di dalam kandungan seorang ibu, kita sudah diberi kasih sayang yang sangat besar olehnya. Selama 9 bulan seorang ibu mengandung anaknya tanpa ada rasa erti penat dan lelah. Dan dengan perjuangan seorang ibu, kita dapat terlahir di dunia ini dengan taruhan hidup atau mati. Setelah seorang bayi di lahirkan dan setelah itu ibu juga yang merawat dan
membesarkannya dengan ikhlas.
Jika seorang bayi menangis di tengah malam ibu bangun dan menimangnya.
Dan jika
seorang bayi haus maka seorang ibu yang memberikan air susu. Sungguh banyak sekali
pengorbanan
seorang ibu kepada anaknya.

Tetapi mengapa seorang anak yang sudah tumbuh besar dan dewasa

tidak mahu berbakti kepada ibu ataupun orang tuanya? Apakah

mereka merasa dirinya itu tidak lagi memerlukan seorang ibu yang telah

membesarkannya dari kecil?

Kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu pasti tidak dapat tergantikan oleh apa dan

akan ada untuk anaknya selamanya meskipun anaknya tidak berbakti kepadanya.

SUNGGUH SANGAT BESAR PENGORBANAN SEORANG IBU KEPADA ANAKNYA MAKA DARI ITU KITA JANGAN SAMPAI MELUKAI HATI SEORANG IBU YANG TELAH BANYAK BERKORBAN UNTUK KITA.

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


VIDEO LUCAH AMBIGA TERKEDU DENGAN ISYARAT DARI ANWAR IBRAHIM?

Posted: 30 Apr 2012 12:08 AM PDT



Gempar Ambiga Ketua Bersih tu nak cetuskan rusuhan? Adakah sebab dia tak kena pukul atau ditembak dengan canister macam himpunan sebelum ini?

Sekarang, rakyat dunia sudah melihat yang pemimpin Pakatan Pembangkang, terutamanya Si Ketua Penipu (AMBIGA) itu yang memberikan isyarat untuk memulakan rusuhan. Apa lagi yang diorang nak kata!!!

Ya! Itulah sebab sebenarnya. Dia tak de modal untuk menunjukkan kezaliman dan kekejaman pihak Polis. Jika himpunan hari itu dijalankan dengan Aman, mana agenda dia yang sebenar?

Kalau ianya berlaku dengan aman dan disaksikan oleh seluruh penduduk dunia, maka mereka akan kata Kerajaan tunaikan janji dengan membenarkan Perhimpunan Aman.

Jom Lihat Video ISYARAT LUCAH DARI ANWAR IBRAHIM DAN AMBIGA TERKEDU?




Inilah dia isyarat Anwar Ibrahim kepada AMBIGA Bersih 3.0


ASSASSIN CYBER - Kebenaran walau disembunyikan, sikit masa lagi akan terserlah juga. Sebab apa? Sebab kebenaran itu indah dan wangi, berbau harum. Macam bau durian. Korang boleh sorok bau durian ke?

Video ini juga menjawab segala tuduhan blogger sampah pro-PR, yang kononnya polis kejam dan bertindak ganas terhadap pendemo.

AC tidak mengatakan yang AC blogger terbaik, artikel AC juga terdapat sedikit kelemahan dan terdapat sedikit fakta yang mungkin lari dari situasi sebenar. Itu AC akui, itu kesilapan AC sebagai penulis blog ini.

Betul ke polis bertindak ganas? Jawapannya adalah "YA" "YES" tidak dinafikan polis bertindak ganas. Sebab apa?

Polis tidak akan bertindak sedemikian jika pendemo tidak melanggar syarat yang telah ditetapkan dan mengikut tujuan sebenar perhimpunan itu diadakan.

Apa tujuan perhimpunan diadakan? Tujuannya untuk mendesak kerajaan pusat supaya meluluskan 8 tuntutan pihak penganjur(yang sememangnya telah dilaksanakan kerajaan).

Lagipun nama perhimpunan ini adalah Perhimpunan Bersih (Duduk bantah). Maka sepatutnya kena bersihlah dari semua segi.


sumber assassin cyber

RapidKL Mahu Saman Ambiga Penganjur Bersih 3.0?

Posted: 29 Apr 2012 10:41 PM PDT


Sebelum ini Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga memberi jaminan bahawa penyokong perhimpunan BERSIH 3.0 TIDAK akan memasuki Dataran Merdeka dan tidak akan merosakkan harta benda Kerajaan. tetapi apa sudah jadi semua yang dirancangkan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

inikah dalang?
Kini bala demi bala akan menimpa dan hanya ditanggung oleh Datuk S. AMbiga apabila RapidKL yang mana berfungsi untuk mengangkut penumpang dari satu destinasi ke satu destinasi terbantut apabila perhimpunan Bersih 3.0 telah merosakkan harta benda RapidKL. Apa sudah Jadi? You think you a GOD untuk mengawal seluruh rakyat yang mengikuti perhimpunan Bersih 3.0

permandangan dari atas rapidkl

wow bersih 3.0 cara duduk dan bantah sebenar

operasi rapidkl digangu



BERSIH 3.0 Kini Janji telah tinggal Janji?

Ikuti keluhan dari Syarikat Prasarana Berhad dari Datuk Saahril Mokthar kenyataan hari ini


RapidKL, penyedia perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan bas di Lembah Klang, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur perhimpunan semalam kerana mengalami kerugian besar akibat tindakan liar oleh kumpulan demonstran.

Syarikat itu mahu ganti rugi berpatutan termasuk kerosakan teruk kepada asetnys, kehilangan hasil pendapatan di stesen LRT Masjid Jamek selepas demonstran meluru menerusi pintu LRT tanpa membayar dan kehilangan pendapatan daripada operasi perkhidmatan basnya.

"Kami mengalami kerugian besar seperti kerosakan pada penutup gulung dan pagar, pintu tandas serta orang menggunakan perkhidmatan kami tanpa membayar dan operasi bas juga terjejas teruk kerana penutupan jalan," kata Pengarah Urusan
Kumpulan, Syarikat Prasarana Berhad (Prasarana) Datuk Shahril Mokhtar dalam kenyataan hari ini.

Katanya, syarikatnya akan membuat laporan polis terhadap penganjur dan percaya pengusaha pengangkutan lain dan peniaga turut mengalami nasib yang sama.

Beliau berkata, petugas Prasarana juga dibaling dengan botol air mineral dan dicaci oleh sekumpulan demonstran apabila petugas berkenaan cuba membantu seorang penumpang yang pengsan di stesen itu.

"Menjadi tugas kami untuk menjaga keselamatan penumpang, aset dan petugas di stesen itu, Oleh itu, terdapat keperluan untuk menutup stesen itu pada masa itu," katanya, sambil memperjelaskan bahawa stesen itu turut ditutup pada dua perhimpunan sama sebelum ini. - Bernama

BERSIH 3.0 Aksi Terbalikkan Kereta Peronda Polis - Gambar

Posted: 29 Apr 2012 06:55 PM PDT

Apa lagi hendak dipejelaskan rata rata perhimpunan ini mendatangkan bala kepada Negara kita, G.A.M tidak nampak satu pun penyelesaian yang dilakukan tetapi musibah yang diterima oleh rakyat yang tidak bersalah, anda boleh lihat aksi Kereta Polis diterbalikkan di satu tempat Perhimpunan Bersih 3.0

G.A.M juga khuatir apakah ini yang Parti Pembangkang ingin lihat, Adakah ini yang di panggil Kuasa Rakyat sehingga melibatkan pertumpahan darah? Mana Anwar, Mana Amiga, apakah tindakan ini boleh melembutkan Kerajaan Malaysia.

Sekiranya rakyat yang melakukan demo tersebut ditangkap, Adakah Anwar Ibrahim, Amiga akan menjamin mereka keluar dari Penjara tersebut?

Apapun kita lihat bagaimana Aksi Kereta Polis diterbalikkan. Kesian Polis yang menjalankan tugas tu..






regroup team

bersih 3.0 your base is under attack

Fall you back!
Need Backup

Need backup!

Go Go Go
Sector Clear

Go Go Go!

Chief Fall you Back!
Hostage Down! Hostage Down!
Dua kereta peronda polis diterbalikkan dan dirosakkan sekumpulan peserta Perhimpunan Bersih 3.0 di depan pusat beli-belah Sogo dan Kompleks Pertama, di sini, manakala enam anggota trafik di dalamnya turut cedera dipukul penyokong berkenaan, petang semalam.

Sepucuk pistol milik anggota trafik dilaporkan hilang dipercayai dilarikan kumpulan peserta terbabit sebaik kejadian berlaku. Difahamkan, pistol berkenaan ditemui semula.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam twitternya memaklumkan, pistol anggota yang hilang itu ditemui dan dua anggota polis dimasukkan ke wad.

Saksi kejadian, Mohd Azri Salleh@Khalid, 28, yang juga kakitangan TV al-Hijrah berkata, ketika kejadian jam 4.15 petang, dia mahu merakam gambar sebuah kenderaan polis sebaik dimaklumkan kenderaan itu merempuh dua peserta sebelum cermin kenderaan itu dibaling batu di depan Sogo.

"Saya terus berlari ke arah kenderaan itu dan sebaik tiba, ramai peserta mengerumuninya dan saya cuba membantu mengeluarkan anggota terbabit, tetapi ditumbuk di muka. Anggota polis yang cuba keluar dari kenderaan itu pula dipukul dan ditendang.

"Sebuah lagi kenderaan pegawai penyiasat turut dirosakkan di depan Kompleks Pertama. Semua anggota yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut," katanya.

Sebelum itu, perhimpunan yang sepatutnya berlangsung secara aman berakhir dengan kekecohan apabila segelintir peserta merempuh pagar halangan polis untuk memasuki Dataran Merdeka, jam 3 petang, menyebabkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa menembak gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka.

Dianggarkan puluhan ribu penyokong membanjiri ibu kota sekali pun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis mengeluarkan arahan supaya tiada perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka selepas mendapat perintah mahkamah.

Mereka mula membanjiri jalan utama di sekitar Dataran Merdeka hingga menyebabkan kesesakan teruk. Beberapa premis perniagaan turut ditutup kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.



Sikap degil peserta yang enggan bersurai selepas diarah berbuat demikian memaksa FRU melepaskan beberapa gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka. Meriam air turut digunakan untuk menyuraikan peserta.

Selain, itu, kesesakan jalan yang teruk dilaporkan berlaku di pinggir pusat bandar apabila polis terpaksa menutup 58 jalan serta susur laluan berikutan perhimpunan berkenaan.

Sudah cukup nyata provokasi dan serangan penyokong BERSIH 3.0 ini terhadap kenderaan polis mengakibatkan kegagalan mengawal kenderaan.

Rakaman video ketiga jelas menunjukkan penyokong BERSIH 3.0 ini membaling botol air ke arah kenderaan polis sehingga pecah cermin hadapan.

Rakaman ini juga jelas menunjukkan balingan botol air oleh penyokong BERSIH 3.0 ini turut terkena kepada polis yang sedang memandu kenderaan ini, sehingga menyebabkan kenderaan ini gagal dikawal.

Dua orang awam menjadi mangsa akibat perbuatan yang cukup tidak bertanggungjawab oleh para penyokong BERSIH 3.0.

gambar video dan artikel telah diubahsuaikan dari pelbagai sumber

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Nanti saat lamar Marian

Posted: 29 Apr 2012 06:59 AM PDT

IMPAK lakonan ditunjukkan aktor Filipina, Dingdong Dantes nyata memberikan pencapaian membanggakan buat dirinya apabila mempunyai ramai peminat di rantau ini.

Menariknya, populariti yang dicipta menerusi telenovela MariMar (2007), Stairway to Heaven dan Endless Love (2009) begitu melonjak namanya dikenali termasuk di Malaysia.

Jika dirujuk kembali fenomena artis Filipina diminati penonton negara ini bukan perkara asing yang pernah berlaku dalam industri hiburan tempatan.

Seperti mana kehadiran Jericho Rosales yang membuatkan peminat wanita jatuh cinta menerusi Pangako Sa'Yo dan Sana'y Wala Nang Wakas , begitu juga giliran Dingdong yang semakin digilai di kalangan jutaan peminat di sini.


Bayangkan ketika aktor tegap tinggi ini hadir pada sesi ramah mesra diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini, ia bagaikan mengundang histeria dan 'angau' di kalangan kakitangan wanita Media Prima Berhad yang mengambil kesempatan bersalam dan bergambar.


Malah ada antara mereka tanpa segan silu melemparkan perkataan 'saya cinta awak!' ketika acara ini berlangsung.

Apapun, kehadiran Dingdong sebenarnya membantu mempromosi drama berkonsep telenovela, Endless Love yang kini masih hangat ke udara di TV3.

Dalam pertemuan lebih dekat peminat di sini, aktor ini turut turun padang menjayakan acara Jomheboh di Ipoh, Perak yang selesai dilangsungkan sejak Sabtu lalu.

Aktor berusia 32 tahun berasal dari Quezon City ini menyatakan pengalaman kali kedua berkunjung ke Malaysia selepas dua tahun lalu cukup berbeza. Paling membuatkan dia tersenyum lebar apabila bertemu peminat angau yang dianggap suatu kejutan.

Dia akui populariti membintangi drama genre romantik di kaca TV memberi kelebihan pada dirinya sehingga dikenali ramai.

"Karier seni saya bermula 10 tahun dulu. Saya percaya drama rantaian romantik boleh mengikat penonton dengan pelbagai cerita dan plot.

"Seperti Endless Love, pengalaman yang saya timba juga berbeza. Penggambaran mengambil masa panjang sehingga lima bulan dengan tiga bulan saja di Filipina.

"Saya percaya soal populariti drama sebegini sangat bergantung kepada sokongan penonton. Kalau penonton suka, kami juga gembira," katanya.

Di sebalik aksi romantik ditunjukkan dalam drama ini, Dingdong juga menjadi tumpuan peminat yang ingin tahu kesudahan hubungan cintanya bersama aktres Marian Rivera yang sama membintangi drama itu.

"Saya menantikan masa yang sesuai dan isyarat untuk melamarnya. Pertama kali saya berjumpa dengan Marian adalah ketika kami hadir pada uji bakat MariMar.
Bagi saya, Marian seorang yang sempurna dan sesuai berlakon dalam telenovela ini. Apabila penggambaran bermula hubungan kami menjadi lebih rapat.

"Dia seorang gadis yang kelakar dan kami mempunyai kegemaran sama menonton wayang serta melancong. Tiga minggu lalu, kami baru pulang bercuti di Kemboja.
Di sana, kami terkejut melihat peminat begitu ramai mengenali kami dan ia membuatkan kami rasa gembira," katanya.

Meneruskan karier lakon, Dingdong menyimpan impian bergelar pengarah dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.

Katanya, sesiapa saja boleh menjadi pengarah ketika ini tetapi jika mempunyai banyak pengalaman ditimba sebagai pelakon, seseorang itu mampu menjadi pengarah terbaik.

"Saya kini masih mengikuti pengajian Ijazah Pengurusan Perniagaan di West Negros University dan akan tamat pengajian tahun depan.

"Apa yang dapat saya katakan, ketika berkunjung ke Malaysia, saya berasakan seperti berada di negara sendiri.

"Dari segi kerjaya, saya bersyukur atas pencapaian setakat ini. Kalau diberi peluang, saya teringin membawa watak aksi lasak pada masa akan datang," katanya meminati adiwira terkenal, Batman.

Bekerja secara profesional, Dingdong lebih selesa untuk memberi fokus satu-satu kerja dalam satu masa. Katanya, komitmen terbabit dengan telenovela sendiri memakan masa penggambaran yang panjang. Jadi dia seharusnya memberikan sepenuh fokus agar lakonan tidak bercampur aduk dengan tawaran lain.

Dalam pada itu, Dingdong juga aktif dalam aktiviti kebajikan bersama Yayasan Yes! Pinoy. Dia terbabit sejak 2009 lagi bagi membantu organisasi itu memberi pertolongan kepada kanak-kanak miskin bersekolah.

"Saya tidak terkilan kerana tidak menggapai cita-cita menjadi juruterbang.
Sebaliknya saya gembira saya masih boleh 'jadi' juruterbang dan doktor dalam lakonan," katanya tertawa.


Soseh Soseh: Fenomena usung anak ikan

Posted: 29 Apr 2012 06:45 AM PDT

DALAM istilah dunia hiburan, anak ikan dirujuk sebagai 'toy boy' atau remaja lelaki yang dibela oleh seseorang artis tidak kira lelaki atau perempuan.

Memang sejak dulu, ada artis dikatakan suka membela anak ikan dengan motif tertentu. Konsepnya, anak ikan akan merebut kesempatan untuk menerima tempias glamour selain disara oleh artis, manakala artis itu sendiri akan mengambil kesempatan dalam pelbagai cara daripada anak ikan mereka.

Cerita yang SS dengar kali ini adalah mengenai seorang artis lelaki yang juga gemar mengusung anak ikan ke majlis-majlis keramaian. Yang melampaunya, bukan seorang dua tapi sampai empat lima orang!

Faham sajalah, selalunya untuk sebarang majlis keramaian, penganjur biasanya akan menyediakan tempat duduk termasuk makan dan minum hanya dua orang saja iaitu artis itu sendiri selain pengurus atau pun pembantu peribadi (PA).


Sama ada pengurus atau PA itu pun termasuk dalam kategori anak ikan, itu SS sendiri tak pasti kerana seperti penganjur pun, kita tak sempat kena selidik sampai ke akar umbi. Apa yang penting artis itu bawa seorang saja PA cukuplah.


Tapi ini tidak, artis itu suka bawa anak ikan bersusun-susun, sekali pandang macam anak ikan dalam akuarium. Ada pelbagai gaya dan rupa, ada yang tinggi, ada yang rendah.

Apabila dah bawa satu batalion budak suruhan, waktu persembahan tentulah jadi masalah kerana bukan seorang dua saja yang tolong angkat, malah yang lain juga menempel sama. Suruh sajalah duduk dalam bilik atau pandai-pandailah bawa diri.

Ini tidak, ke mana artis itu pergi, semua ikut sekali macam rombongan Cik Kiah.
Apabila waktu makan memanglah akan mengundang masalah kerana satu meja penuh dengan artis itu dan anak-anak ikannya saja. Jadi orang lain yang lebih penting dan sepatutnya duduk, terpaksa pula berlegar menjadi tempat lain.

SS nak tanya, adakah artis ini masuk dalam kategori otak dilekatkan pada kepala lutut?

Tak malukah pada keluarga dan masyarakat kerana tidak dapat berenggang dengan anak ikan? Kalau dah sanggup bawa sedozen anak ikan, keluarlah belanja sendiri.
Tak payahlah harapkan penganjur nak bagi mereka makan.

Yang seorang lagi artis ini pun suka mengangkut anak ikan tetapi seorang saja.
Bagaimanapun bezanya setiap kali pergi majlis maka anak ikannya akan bertukar-tukar. Agaknya artis ini jenis yang mudah jemu dan suka tukar menu ikan.

Walaupun dia cuma bawa seorang saja, ia akan tetap ada masalah apabila dia mengharapkan penganjur memberi layanan kelas pertama kepada anak ikannya itu.
Kelas ekonomi tak main OK? Tak melampau ke gitu?

SS: Suka makan ikan talang masin yang dibuat kari.


Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Mania pentas uji diri

Posted:

Mania pentas uji diri

Mania pentas uji diri

KEPUTUSAN tiga orang bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Hafiz, Stacy dan Aril untuk melibatkan diri dalam program realiti Mania merupakan satu risiko besar yang diambil oleh setiap penyanyi yang menyertai program tersebut.

Kualiti serta populariti mereka menjadi kayu pengukur untuk mereka kekal bertahan selama yang mungkin dalam program yang bersiaran setiap hari Sabtu di Astro Ria.

Ketiga-tiga Hafiz, Stacy dan Aril memiliki sebab tersendiri di sebalik penyertaan mereka dalam Mania.

Medan baiki diri

Meraih gelaran juara Anugerah Juara Lagu ke-26 serta penyanyi popular menerusi Anugerah Bintang Popular 2011, nyata bukan satu halangan buat Hafiz untuk masuk bertanding dalam Mania.

Kata pemilik nama Mohd. Hafiz Mohd. Suip itu, Mania merupakan medan untuk memperbaiki diri bagi menjadi penyanyi yang lebih baik serta menonjolkan sisi lainnya yang belum pernah dilihat oleh peminatnya.

"Selain itu, ia juga medan untuk setiap penyanyi mengukur sejauh mana populariti kerana program itu menuntut undian daripada penonton untuk mengekalkan posisi penyanyi kegemaran mereka."

"Saya masuk program Mania untuk memperbaiki diri serta mendekatkan diri dengan peminat kerena setiap minggu peminat boleh menyaksikan saya di kaca televisyen secara langsung. Sedikit sebanyak ada saatnya saya teringat kembali ketika menyertai program AF kerana ia sebuah program realiti.

"Cuma bezanya ketika di AF, saya dan semua peserta lain sangat naif mengenai industri hiburan tetapi dalam Mania semuanya telah mempunyai pengalaman. Pesaing pula semuanya penyanyi yang hebat, jadi saya perlu cabar diri untuk tingkatkan kualiti persembahan serta menjadi lebih kreatif untuk menarik perhatian penonton," ujarnya yang berada di bawah naungan empayar Ahmad Dhani.

Memilih penyanyi bersuara lantang Jaclyn Victor sebagai pesaing utama kerana kualiti vokalnya, ujar Hafiz dia langsung tidak tertekan sepanjang tujuh minggu dalam Mania meskipun harapan peminat terhadapnya cukup tinggi.

"Saya tidak melihat harapan peminat sebagai satu tekanan tetapi ia adalah cabaran untuk diri saya. Bukan selalu dapat bekerjasama dengan penerbit muzik seperti Ahmad Dhani, jadi saya gunakan peluang ini untuk mengutip ilmu sebanyak boleh daripadanya," tuturnya yang menyanyikan lagu Ombak Rindu bersama Maya Karin pada minggu ketujuh Mania yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Cipta lagu

Selepas album sulungnya Masih Jelas yang berada di pasaran pada tahun 2009, Hafiz tidak muncul dengan sebarang album sebaliknya dengan beberapa buah lagu single. Selepas tiga tahun, Hafiz kini dalam proses menyiapkan album terbaharunya.

Memberanikan diri mencipta lagu sendiri katanya, peminat pasti terkejut dengan pembaharuan yang ditampilkan untuk album yang diharap dapat berada di pasaran pada penghujung tahun ini.

"Lima lagu sudah dirakam, sekarang saya sedang menunggu beberapa buah lagu lagi. Menariknya dalam album terbaharu ini lagu ciptaan saya dan sepupu, Idzam, serta lirik oleh saya sepenuhnya yang berjudul Mungkinkah turut dimuatkan dalam album itu.


STACY mengakui kini memiliki naluri keibuan yang kuat.


"Tiga tahun lagu itu telah disimpan dan akhirnya peminat dapat mendengar lagu yang dicipta oleh saya sendiri, saya sendiri sudah tidak sabar untuk lagu ini berkumandang di dalam radio. Mungkin selepas Mania tamat atau saya tersingkir, saya akan mempromosi lagu single terbaharu itu.

"Album baharu sangat berbeza, walaupun saya dikenali dengan lagu balada tetapi saya mengambil risiko dengan membawakan lagu genre alternatif pop rock untuk album terbaharu," jelasnya lagi.

Promosi percuma

Tidak dinafikan menyertai Mania secara tidak langsung memberi publisiti meluas secara percuma kepada penyanyi yang bertanding dan akui Stacy, itu antara sebabnya dia menyertai program itu. Sementelah, dia sememangnya suka melakukan persembahan pentas secara langsung.

Tegasnya, meskipun sudah popular dan lagunya sering diputarkan di corong radio, untuk bertahan dan terus diminati, penyanyi harus mempunyai strategi. Maka, kata Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, strategi dirinya menyertai Mania adalah untuk menonjolkan dirinya sebagai penyanyi yang versatil.

"Tujuan utama saya sertai Mania sebab saya suka membuat persembahan secara langsung di pentas. Beraksi di pentas Mania sama seperti membuat persembahan pada AJL, cuma bezanya Mania berlangsung setiap minggu. Itu yang saya suka.

"Selain dapat publisiti percuma, bagi saya publisiti sangat penting untuk seseorang penyanyi, saya juga dapat tunjukkan kepada peminat yang saya berkemampuan menyanyikan lagu pelbagai genre bukan hanya lagu yang memerlukan saya menari sahaja," ujarnya.

Tambahnya, walaupun sudah mempunyai pengalaman tetapi dirinya masih gementar sebelum melakukan persembahan di mana-mana persembahan termasuk pentas Mania.

"Saya masih gementar sebelum melakukan persembahan di mana-mana pentas, cuma ketika saya sertai Mania, rezeki persembahan pentas bertambah. Ini membuatkan saya bertambah sibuk dan tidak dapat melakukan latihan dengan masa yang cukup.

"Cuma apa yang saya sangat bimbang kemungkinan saya tidak dapat fokus kerana penat dengan persembahan pentas. Setiap Sabtu pula saya harus melakukan persembahan secara langsung di atas pentas Mania. Semua mengharapkan yang terbaik daripada saya.

"Saya takut tidak dapat penuhi apa yang mereka harapkan, takut peminat lari dan kecewa dengan persembahan saya, justeru, pentas Mania satu cabaran yang besar untuk saya kekal di landasan yang betul sepanjang masa walaupun saya penat dan tidak cukup rehat," ungkap Stacy yang kini popular dengan lagu Kasanova.


ARIL berhasrat mendendangkan lagu Dewa 19, Satu di pentas Mania.


Jadi ibu

Kini, Stacy telah bergelar ibu kepada anak angkatnya bernama Bella Valentina yang berusia dua bulan. Anak angkat yang diambil dari Sabah itu merupakan penawar hatinya di kala kepenatan selepas bekerja. Kata Stacy, sudah lama dia mengidam untuk mengambil anak angkat dan bersyukur kerana Bella telah hadir di dalam hidupnya.

"Saya memang sudah lama mahukan anak angkat, jadi bila saya dengar ada bayi yang ingin diberikan kepada orang, saya cepat-cepat pergi ambil dan kini Bella, milik saya. Sebenarnya saya memang sukakan kanak-kanak, kerana ketika di Sabah saya pernah menjadi pengasuh kanak-kanak.

"Semua orang pun penat bila balik kerja tetapi sebaik pandang wajahnya, tambahan ketika dia tersenyum, semua penat hilang secara tiba-tiba. Walaupun saya bukan ibu kandungnya tetapi saya dapat rasai perasaan seperti ibu yang lain," luah Stacy.

Disoal mengenai penjagaan Bella dengan jadual kerjanya yang sangat padat, terang Stacy, dia tidak pernah menghadapi masalah untuk menjaga anaknya itu kerana keluarganya sentiasa berada di sisinya untuk membantu.

"Keluarga saya semuanya jenis suka kanak-kanak, jadi tidak ada masalah kalau saya sibuk kerana mereka akan ambil alih tugas menjaga Bella. Ibu saya akan berulang-alik antara Sabah dan Kuala Lumpur, dia banyak membantu menjaga Bella selain kakak saya," ucap Stacy yang menggelarkan dirinya Mummy.

Penjenamaan semula

Penyanyi Khairil Azam Pilus, atau Aril, pula menyertai Mania untuk penjenamaan semula kerjaya nyanyiannya.

"Pentas Mania adalah platform untuk saya membikin penjenamaan semula kerjaya nyanyian saya dalam industri seni. Walaupun saya masih aktif menyanyi tetapi ramai yang tidak tahu kerana kerjaya saya sebagai pengacara lebih menyerlah daripada penyanyi," ucapnya yang popular dengan lagu Menatap Matamu.

Tegas pemuda berusia 27 tahun itu, walaupun publisiti kurang diperoleh tidak bermakna dia tidak lagi aktif sebaliknya, dia masih menerima banyak persembahan pentas selain tawaran sebagai pengacara program televisyen.

"Mungkin saya tidak ada lagu yang benar-benar popular, penghasilan album pula harus mengikut giliran memandangkan saya bernaung di bawah Astro yang menaungi ramai penyanyi.

"Buat masa ini, saya bersyukur dengan apa yang saya miliki dan akan berusaha untuk mempertingkat diri ke tahap yang lebih tinggi," katanya yang akan menjadi pengacara program Di Mana Joe Jambul terbitan RTM.

Pernah terlibat dalam drama berjudul Kau dan Aku, beritahu Aril, dia masih belum bersedia untuk bergelar seorang pelakon secara serius meskipun terdapat tawaran yang diberi kepadanya.

"Mungkin pada masa depan, saya akan berlakon tetapi buat masa terdekat tidak. Ini kerana berlakon memerlukan masa yang sangat panjang di lokasi penggambaran dan harus menunggu lama. Saya pula banyak kerja yang berjalan serentak seperti pengacaraan dan persembahan pentas.

"Saya bimbang tidak boleh beri komitmen seperti mana yang dikehendaki. Namun, jika ada yang benar-benar menarik hati, mungkin saya akan pertimbangkan," katanya.

Minat Dewa 19

Aril yang berada di bawah naungan empayar Ahmad Dhani tidak menyangka dia dapat bekerja dengan penerbit, komposer dan penyanyi terkenal Indonesia kerana akui Aril, dia merupakan peminat nombor satu kumpulan Dewa 19.


HAFIZ kini dalam proses pembikinan album terbaharunya.


"Saya memang peminat kumpulan Dewa 19. Sebelum ini saya pernah menemu bual kumpulan Dewa 19 ketika mereka mengadakan konsert di Kuala Lumpur. Waktu itu saya sangat berdebar untuk menemu ramah mereka kerana terlalu minat.

"Jadi, saya rasa macam tidak percaya apabila sekarang saya dapat bekerja dengan Ahmad Dhani. Saya bersyukur kerana dapat menimba ilmu dengannya kerana bekerja dengannya sangat mudah dan tiada tekanan langsung. Walaupun daripada segi luaran, dia nampak seperti sukar didampingi tetapi jika sudah kenal dengannya, ternyata dia seorang yang kelakar," ujar Aril lagi.

Apabila ditanya tidak mahukah dia mendapatkan sebuah lagu sentuhan Ahmad Dhani, Aril terdiam sebelum berkata: "Memang saya mahukan lagu daripadanya tetapi rasanya masih terlalu awal untuk minta lagu. Tunggulah beberapa minggu lagi, jika dia sudi, saya bersyukur sangat-sangat."

Afdlin perjuangkan hak

Posted:

Afdlin perjuangkan hak

Afdlin perjuangkan hak

Oleh HARYATI KARIM


AFDLIN bangkit menyuarakan pandangan beraninya demi hak dan maruah filem tempatan yang dipinggirkan di negara sendiri.


PELAKON dan pengarah terkenal, Afdlin Shauki meluahkan rasa kecewanya apabila filem terbaharu arahannya Berani Punya Budak dipinggirkan oleh sesetengah pawagam tempatan.

Perkara itu berlaku dikatakan untuk memberi laluan dan memberikan sokongan yang lebih kepada filem Hollywood, The Avengers yang kebetulan ditayangkan sehari selepas filem aksi komedi tempatan itu mula ditayangkan di pawagam.

Berkongsi minggu yang sama permulaan tayangan dengan filem mega Hollywood yang ditunggu-tunggu itu pada minggu lalu, sebagai pengarah Berani Punya Budak, Afdlin sedar saingan yang cukup besar untuk filemnya dalam menghadapi The Avengers.

Namun, dia cukup kecewa apabila filemnya itu ditayangkan pada waktu tidak munasabah serta diberikan dewan tayangan yang kecil berbanding dengan filem Hollywood itu.

Tidak mahu melatah tanpa sebarang bukti kukuh, kata Afdlin, dia kini sedang mengumpulkan segala fakta dan bukti sebelum mengambil tindakan yang seterusnya.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Afdlin yang dihubungi semalam.

Kosmo!: Filem Berani Punya Budak sedang rancak ditayangkan di pawagam, apa yang membuat Afdlin yang dikhabarkan kecewa?

AFDLIN: Saya sendiri membuat tinjauan di beberapa buah pawagam dan mendapati sebuah daripadanya yang terletak di Kuala Lumpur tidak menayangkan filem Berani Punya Budak untuk slot tayangan lewat malam, pada hari Sabtu. Sedangkan pada waktu itulah orang ramai ingin menonton wayang, sebaliknya pihak pawagam memberi slot itu kepada filem luar.

Bukankah ada sistem wajib tayang yang mewajibkan setiap pawagam menayangkan filem tempatan selama dua minggu?

Ya, memang filem saya itu ditayangkan mengikut sistem wajib tayang tetapi ia dipinggirkan apabila pihak pawagam meletakkan waktu tayangan pada waktu yang tidak munasabah iaitu pada pukul 11 pagi, siapa yang mahu tonton wayang pada waktu pagi dan tayangan terakhir adalah pada pukul 8.30 malam.

Adakah Afdlin sedar bahawa pesaing filem Berani Punya Budak adalah filem bajet mega Hollywood The Avengers, yang ditunggu-tunggu peminat?

Saya sedar dan saya tahu. Sungguhpun begitu pihak pawagam sepatutnya memberi hak sama rata kepada filem tempatan untuk bersaing. Macam mana filem saya mahu bersaing jika mereka memberi dewan tayangan yang hanya boleh memuatkan sekitar 100 orang tetapi filem luar diberi dewan yang paling besar serta tayangan lewat malam. Saya belum mendapat tahu jumlah kutipan yang sebenar tetapi jika begini keadaannya, filem saya hanya mengutip kutipan yang sederhana sahaja.

Adakah Afdlin mahu mengambil sebarang tindakan?

Saya sedang mengumpul bukti dan fakta. Saya tidak mahu melakukan satu perkara dengan terburu-buru tanpa bukti yang kukuh. Jika benar perkara ini terjadi bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi seluruh negara, saya akan ambil tindakan dan berjuang habis-habisan.

Apakah jenis tindakan yang akan diambil Afdlin?

Saya tidak tahu tindakan macam mana yang akan diambil kerana masih mengumpulkan bukti. Saya meluahkan rasa kecewa ini bukan untuk filem saya sahaja tetapi industri filem tempatan secara keseluruhannya. Walaupun filem tempatan sudah berjaya mengutip kutipan jutaan ringgit hakikat sebenarnya, pihak pawagam masih memberi lebih sokongan kepada filem luar bukannya filem tempatan. Maknanya kita masih kalah.

Mungkinkah disebabkan lebih mendapat sambutan, maka, pihak pawagam memberi lebih ruang kepada filem luar?

Filem luar atau tempatan, bagus atau tidak sesebuah filem itu, pihak pawagam harus memberi peluang yang sama rata. Kita ada skim wajib tayang serta ada peraturan dan perjanjian yang harus diikut oleh pihak pawagam, jadi saya harap mereka ikut peraturan itu dengan telus.

Lohan mimpi ngeri karyawan Glee

Posted:

Lohan mimpi ngeri karyawan Glee

Lohan mimpi ngeri karyawan Glee


LINDSAY LOHAN merupakan bintang terbaharu yang dijemput sebagai pelakon undangan khas bagi memeriahkan lagi siri Glee.


LINDSAY LOHAN dilaporkan telah menjadi suatu mimpi ngeri buat karyawan siri popular Glee apabila aktres kontroversi itu dikatakan telah membuat perangai di set penggambaran siri drama muzikal televisyen popular itu.

Satu sumber memberitahu, Lohan yang dijemput sebagai pelakon undangan khas Glee datang lambat ke set penggambaran, selain tidak membuat persediaan untuk karakter lakonannya.

Sumber memberitahu E! News: "Lindsay Lohan menjadi mimpi ngeri semalam (pada 25 April lalu). Dia datang ke set penggambaran Glee lewat tiga jam daripada waktu yang telah ditetapkan dan apabila dia tiba, lain pula jadinya. Dia enggan terbabit dengan penggambaran dan selalu menghilangkan diri sehingga kru terpaksa mencarinya di merata-rata tempat di set penggambaran itu. Sebabnya dia tidak menghafal skrip."

Tambah sumber, Lohan sudah menghabiskan penggambaran untuk bahagian pertama kemunculannya dalam Glee dengan melakonkan watak dirinya sendiri pada minggu sebelumnya, namun gagal menyempurnakan lakonannya untuk bahagian kedua pada 25 April lalu.

Bagaimanapun, jurucakap Lohan, Steve Honig mendakwa berlaku kesilapan teknikal. Katanya: "Kru produksi Glee memberitahu pihak kami bahawa Lindsay akan terbabit dengan penggambaran pada pukul 2 petang, sejurus selepas makan tengah hari.

"Namun, mereka kemudian berkata Lindsay hanya akan terbabit dengan penggambaran bermula pada pukul 3 petang, sebab itu dia tiada di set kerana ketika itu dia sedang bersiap dengan solekan dan dandanan rambut. Ini satu bukti ada pihak yang suka mengaitkan Lindsay dengan kontroversi."

Episod Glee yang menampilkan Lohan akan mula disiarkan di TV Amerika Syarikat pada 15 Mei ini.

Ahad, 29 April 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


OHBULAN!

Posted:

Mungkin dalam industri hiburan negara, anda hanya mengenali Faizal Tahir, Dato' Siti Nurhaliza, Aaron Aziz dan ramai lagi. Tapi jika dilihat kearah industri muzik tari atau "Electronic Dance Music" (EDM), ada beberapa nama-nama DJ tempatan yang sedang mencipta nama di mata dunia. Antaranya termasuklah Goldfish & Blink, dan juga MisterAriffin.

MisterAriffin atau nama sebenarnya, Kamarul Ariffin Mansoor yang baru berumur 29 tahun adalah anak kelahiran Kuala Lumpur. Dilahirkan pada 24 Januari 1983, MisterAriffin merupakan anak sulung daripada 5 orang adik-beradik. MisterAriffin yang juga seorang DJ dan produser muzik Trance ini adalah pelajar lepasan UiTM Shah Alam dalam bidang Science Acturial.

MisterAriffin mula berminat untuk menjadi DJ seawal umurnya 20 tahun lagi. Namun disebabkan masih belajar, MisterAriffin terpaksa menangguhkan niatnya sebentar. Namun setelah MisterAriffin menamatkan pelajarannya pada umur 22, dia terus mengambil peluang bekerja di sebuah kelab sebagai pegawai pemasaran. Bermula dari situ, MisterAriffin mengambil peluang untuk belajar menjadi DJ dan pada tahun 2006, dia telah menjadi Entertainment Manager untuk Kelab Maison, Kuala Lumpur.

Bermula tahun 2007, MisterAriffin telah diberikan peluang untuk bermain gig pada setiap hari Jumaat di Kelab Maison.

"Ketika bermain di Kelab Maison lah, nama saya telah meningkat sedikit demi sedikit," ujar MisterAriffin kepada OHBULAN!.

Ditanya apakah pandangannya terhadap muzik, dadah, dan arak, pantas MisterAriffin menjawab, "Jangan kaitkan muzik dengan dadah dan arak. Ianya terpulang pada individu tersebut. Muzik itu universal, bagi saya, biarkan muzik itu 'bersih'."

Dalam pada itu, antara perkembangan terbaru MisterAriffin sekarang, dia sudah menyiapkan 2 buah lagu dan masih belum dilancarkan lagi. Manakala masih ada lagi 6 buah lagu yang masih didalam proses pembikinan.

"Buat masa sekarang, saya terpaksa berhenti sebentar kerana terlalu sibuk dengan hal lain. Lagipun, DJ hanyalah kerja "part-time" saja dan saya ada syarikat dibawah kendalian sendiri. 2 buah lagu saya akan dilancarkan kemungkinan pada hujung tahun 2012," jelas MisterAriffin.

MisterAriffin turut menegaskan bahawa kerjaya DJ sepatutnya lebih diambil berat didalam industri hiburan tanahair yang langsung tidak memandang Electronic Dance Music (EDM).

"Bukan senang untuk membuat lebih 500 orang peminat menari mengikut rentak lagu yang kami (DJ) mainkan. Sedangkan DJ antarabangsa seperti Armin Van Buuren, Tiesto dan Afrojack pun sudah mencapai tahap seperti selebriti Hollywood.

"Apa yang paling penting, untuk artis 'mainstream' antarabangsa yang turun ke Malaysia pun bukan senang mahu kumpul 5000 orang peminat. Tetapi seperti konsert yang dihadiri Tiesto baru-baru ini, telah mengumpulkan lebih 20 ribu – 30 ribu orang peminat dari seluruh dunia." ujar MisterAriffin lagi.

28 April ini di Sepang International Circuit, MisterAriffin bakal muncul sekali lagi sebaris dengan DJ terkenal seperti Richard Durand, Dash Berlin, Jerome Isma-Ae dan juga Julie Thompson, seorang penyanyi, penulis lirik dan pemain piano.

Anda boleh dapatkan tiket Music Conference Asia 2012 (MCAsia 2012)  pada harga RM88 di mana-mana kaunter Air Asia Red Tix atau secara online di (www.airasiaredtix.com). Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh layari www.visitmcasia.com.

Fakta MisterAriffin

- Beli CD pertama, John Digweed, seorang DJ Progressive House ketika umur 18 tahun.
- Sewaktu umur 20, kenal seorang DJ bernama DJ Ash dan orang pertama yang mengajar MisterAriffin.
- Hampir 8 tahun menjadi DJ dan pernah bermain di acara besar seperti Massive, Future Sound System – Paul Van Dyk.
- Pernah bawa masuk DJ besar seperti W&W, Nifra dan Jochen Miller.
- Idola ialah Markus Schulz.
- Bermain muzik genre Progressive Trance, Progressive House dan sedikit Techno.

Mari dengarkan 'podcast' 1 jam yang telah dimainkan oleh MisterAriffin eksklusif untuk Music Conference Asia 2012 dan anda!

Related posts:

  1. "Ini Satu Kesilapan Yang Menggugat Kredibiliti Semua Orang" – Yuna Respon Isu Penarikan Anugerah AIM18
  2. MCA 2012: Richard Durand & Dash Berlin Bakal Gegarkan April Anda!
  3. Livescape: Tiket VIP (RM388) Habis Dijual, FMFA 2012 Dapat Sambutan Hangat!
  4. Russell Simmons, Produser New York Terpukau Dengan Yuna!
]]>