OHBULAN! |
Posted: Mungkin dalam industri hiburan negara, anda hanya mengenali Faizal Tahir, Dato' Siti Nurhaliza, Aaron Aziz dan ramai lagi. Tapi jika dilihat kearah industri muzik tari atau "Electronic Dance Music" (EDM), ada beberapa nama-nama DJ tempatan yang sedang mencipta nama di mata dunia. Antaranya termasuklah Goldfish & Blink, dan juga MisterAriffin. MisterAriffin atau nama sebenarnya, Kamarul Ariffin Mansoor yang baru berumur 29 tahun adalah anak kelahiran Kuala Lumpur. Dilahirkan pada 24 Januari 1983, MisterAriffin merupakan anak sulung daripada 5 orang adik-beradik. MisterAriffin yang juga seorang DJ dan produser muzik Trance ini adalah pelajar lepasan UiTM Shah Alam dalam bidang Science Acturial. MisterAriffin mula berminat untuk menjadi DJ seawal umurnya 20 tahun lagi. Namun disebabkan masih belajar, MisterAriffin terpaksa menangguhkan niatnya sebentar. Namun setelah MisterAriffin menamatkan pelajarannya pada umur 22, dia terus mengambil peluang bekerja di sebuah kelab sebagai pegawai pemasaran. Bermula dari situ, MisterAriffin mengambil peluang untuk belajar menjadi DJ dan pada tahun 2006, dia telah menjadi Entertainment Manager untuk Kelab Maison, Kuala Lumpur. Bermula tahun 2007, MisterAriffin telah diberikan peluang untuk bermain gig pada setiap hari Jumaat di Kelab Maison. "Ketika bermain di Kelab Maison lah, nama saya telah meningkat sedikit demi sedikit," ujar MisterAriffin kepada OHBULAN!. Ditanya apakah pandangannya terhadap muzik, dadah, dan arak, pantas MisterAriffin menjawab, "Jangan kaitkan muzik dengan dadah dan arak. Ianya terpulang pada individu tersebut. Muzik itu universal, bagi saya, biarkan muzik itu 'bersih'." Dalam pada itu, antara perkembangan terbaru MisterAriffin sekarang, dia sudah menyiapkan 2 buah lagu dan masih belum dilancarkan lagi. Manakala masih ada lagi 6 buah lagu yang masih didalam proses pembikinan. "Buat masa sekarang, saya terpaksa berhenti sebentar kerana terlalu sibuk dengan hal lain. Lagipun, DJ hanyalah kerja "part-time" saja dan saya ada syarikat dibawah kendalian sendiri. 2 buah lagu saya akan dilancarkan kemungkinan pada hujung tahun 2012," jelas MisterAriffin. MisterAriffin turut menegaskan bahawa kerjaya DJ sepatutnya lebih diambil berat didalam industri hiburan tanahair yang langsung tidak memandang Electronic Dance Music (EDM). "Bukan senang untuk membuat lebih 500 orang peminat menari mengikut rentak lagu yang kami (DJ) mainkan. Sedangkan DJ antarabangsa seperti Armin Van Buuren, Tiesto dan Afrojack pun sudah mencapai tahap seperti selebriti Hollywood. "Apa yang paling penting, untuk artis 'mainstream' antarabangsa yang turun ke Malaysia pun bukan senang mahu kumpul 5000 orang peminat. Tetapi seperti konsert yang dihadiri Tiesto baru-baru ini, telah mengumpulkan lebih 20 ribu – 30 ribu orang peminat dari seluruh dunia." ujar MisterAriffin lagi. 28 April ini di Sepang International Circuit, MisterAriffin bakal muncul sekali lagi sebaris dengan DJ terkenal seperti Richard Durand, Dash Berlin, Jerome Isma-Ae dan juga Julie Thompson, seorang penyanyi, penulis lirik dan pemain piano. Anda boleh dapatkan tiket Music Conference Asia 2012 (MCAsia 2012) pada harga RM88 di mana-mana kaunter Air Asia Red Tix atau secara online di (www.airasiaredtix.com). Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh layari www.visitmcasia.com. Fakta MisterAriffin - Beli CD pertama, John Digweed, seorang DJ Progressive House ketika umur 18 tahun. Mari dengarkan 'podcast' 1 jam yang telah dimainkan oleh MisterAriffin eksklusif untuk Music Conference Asia 2012 dan anda! Related posts:
|
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |