Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Temui Fizz Fairuz & Ainul Aishah di Karnival WAnITA Posted: 29 Apr 2012 07:46 PM PDT Temui Neelofa, Fizz Fairuz & Ainul Aishah di Karnival WAnITA Karnival WAnITA akan diadakan pada: Tarikh: 5-6 May 2012 Karnival ini adalah karnival pertama anjuran WAnITA, MySoHo dan Stars Touch Media Sdn. Bhd bertujuan untuk menggalakkan para wanita untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan di samping mengajak penduduk setempat untuk memeriakahkan dan membeli-belah di karnival ini. Karnival ini terbuka untuk keluarga dan umum di mana pihak Encorp Berhad, telah berbesar hati untuk menaja lokasi karnival dua hari ini. Pihak WAnITA amat berterima kasih kerana lokasi ini sememangnya amat cantik dan terletak ditengah-tengah Kota Damansara. Usaha murni pihak Encorp juga amat dipuji kerana pihak Encorp juga telah menaja bahagian kanak-kanak (Kidz Corner) yang khas untuk kanak-kanak bermain sementara menunggu ibu bapanya membeli belah. Karnival dua hari ini akan menyaksikan para ikon WAnITA yang akan turun padang untuk bersama-sama menjayakan karnival pertama WAnITA ini. Fizz Fairuz juga khabarnya akan membawa teman barunya ke karnival ini pada hari Ahad, 6hb Mei pukul 3ptg. Malah Ainul juga akan berniaga selama dua hari. Ada seorang lagi selebriti jelita akan turut serta melelong sebuah perabot tajaan Roma-Italia yang mana hasil lelongan tersebut akan disalurkan kepada sebuah badan kebajikan yang akan diu ukan pada hari tersebut. Siapa jelitawan itu hanya akan diketahui pada hari Sabtu 5hb Mei 2012 pada pukul 3ptg. Seramai 30 usawanita akan berniaga di karnival ini. Karnival ini juga akan menyaksikan demonstrasi masakan dan penghiasan kek cawan oleh beberapa usahwanita di samping pertunjukan fesyen oleh pereka cyber terkenal, Hideaki dan beberapa pengeluar fesyen yang terdiri daripada ahli-ahli persatuan WAnITA sendiri. WAnITA juga akan mengadakan satu pertandingan karaoke terbuka kepada pengunjung karnival dimana kutipan daripada penyertaan yang hanya bernilai RM10 itu akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang terpilih. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk seisi keluarga selama dua hari karnival berlangsung. Mengenai WAnITA: WAnITA juga mempunyai idola dan ikon-ikon seperti:
Fizz Fairuz Dato. Ida Suraya Ainul Aishah Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Sekitar Pelancaran Koleksi Fesyen Suri & Lana Posted: 29 Apr 2012 06:19 PM PDT PELANCARAN KOLEKSI FESYEN SURI & LANA Pada 5 April lalu, Suri & Lana, label fesyen terbaru bersama dengan Pembuat jam tangan eksklusif Swiss, Bedat & Co, mengadakan satu majlis minum petang eksklusif bagi melancarkan label Suri & Lana dan koleksi pertama Suri & Lana, "Breakfast at Tiffany's". Turut diserikan dengan pertunjukan koleksi jam tangan feminin elegan dari Bedat & Co di Starhill Gallery, Kuala Lumpur. Pelancaran telah disempurnakan oleh YB. Dato' Dr. James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Perlancongan Malaysia, diiringi oleh pengasas label Suri & Lana, Datin Esmila Saruji dan Puan Nurul Afidah Zulkifli. Pertunjukan fesyen koleksi "Breakfast at Tiffany's" bersama koleksi jam tangan eksklusif feminin Bedat & Co yang diperagakan diirinngi alunan muzik jazz, mendapat perhatian para tetamu yang hadir. Melewati inspirasi daripada karekter ikonik Holly Golightly dalam filem "Breakfast at Tiffany's" yang dilakonkan oleh Audrey Hepburn pada tahun 1961 telah melahirkan interpretasi kreatif untuk koleksi pertama Suri & Lana ini. Pilihan warna dan fabrik yang menarik serta pilihan kemasan Suri & Lana menjadikan setiap helaian unik dan eksklusif. Label Suri & Lana merupakan gabungan idea Datin Esmila Saruji dan Puan Nurul Afidah Zulkifli yang berkongsi minat terhadap fesyen sentiasa mencari ruang kreativiti untuk diinterpretasikan dalam helaian rekaan Suri & Lana. Koleksi Suri & Lana boleh didapati di butik Mimpikita, 15-1 Jalan Telawi 2, 59100, Kuala Lumpur dan Butik Prive', Lot 12, Ground Floor, Dormani Square, 934000 Kuching Sarawak. Koleksi ini juga lebih mudah didapati melalui laman portal membeli-belah FashionValet.net Lisa Surihani & Atilia juga turut hadir Aishah Sinclair, Juliani Jamal & Kawan Tags: Events, FesyenClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |