Adsense

Ahad, 29 April 2012

Sensasi

Sensasi


Rita masih sayangkan Aidil,tidak akan bersetuju untuk bercerai tanpa alasan kukuh dari Aidil

Posted: 29 Apr 2012 10:47 PM PDT

"Selagi saya tidak dapat alasan kukuh mengapa dia ingin bercerai dengan saya, maka saya tidak akan bersetuju dengan permohonan cerainya itu.

"Malah, ketika prosiding berlangsung, dia seperti teragak-agak apabila menjelaskan sebab-sebabnya dan hanya berkata kami sudah tidak serasi. Adakah itu satu alasan kerana sebelum dia keluar rumah, kami tidak bergaduh langsung," katanya yang ditemui selepas perbicaraan tamat.


Rita masih lagi ingin menyelamatkan rumah tangganya memandangkan dia dan Aidil telah melalui pelbagai dugaan bersama sejak berkahwin pada 25 Februari 2008 dan masih lagi menyayangi perkahwinannya itu.
"Saya masih lagi sayangkan perkahwinan ini kerana kami telah melalui pelbagai dugaan bersama. Tetapi seandainya kami tiada jodoh, saya tidak boleh nak berbuat apa-apa," ujarnya.

Dalam pada itu, Rita turut berkata, Aidil seorang yang tidak berpendirian tetap kerana hal rumah tangganya sering dicampuri pihak keluarga Aidil.

"Saya pelik dengan kelakuannya kerana sebelum ini ketika kami berpisah sekejap dan kembali berdamai, dia telah berjanji akan menjaga rumah tangga kami tanpa sebarang campur tangan daripada pihak lain.
"Dan tak sangka selepas dia keluar rumah pada awal Januari lalu tanpa pertelingkahan, dia tidak lagi pulang ke rumah.

"Bagi saya, dia sebagai suami perlu pikul tanggungjawab dan buat keputusan sendiri tanpa pengaruh orang lain," katanya.

Sementara itu, Aidil yang terus beredar selepas perbicaraan membuat kenyataan ringkas dengan berkata: "Kita tunggu saja nanti, jika ada jodoh, adalah."

Mahkamah menetapkan sebutan kes permohonan cerai itu pada 16 Mei ini dengan melantik Jawatankuasa Pendamai yang dianggotai seorang wakil keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Pasangan yang bernikah secara rahsia itu, telah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.

Dalam pada itu, hubungan mereka mendapat tentangan daripada keluarga pihak lelaki sejak awal lagi.

Gambar-gambar Nora Danish menunaikan Umrah

Posted: 29 Apr 2012 10:22 PM PDT

Baru-baru nie Nora telah pergi menunaikan Umrah bersama i bu dan beberapa rakan artis.
Sepanjang pemergiannya disana,putera  kesayangan Nora iaity Rayqal dijaga oleh keluarga mertua.

Nora tak pasti samada Rayqal akan dijaga Fasha (ibu tiri) atau pun tidak,namun sekiranya Fasha meluangkan masa bersama Rayqal,Nora lebih suka jika Fasha dipanggil "Aunty" bukannya mama,atau nama panggilan ibu yang lain.Bagi Nora cukuplah Rayqal ada seorang ibu sahaja.


Zizan dimasukkan ke hospital kerana radang otot akibat penat kerja dan tekanan masalah

Posted: 29 Apr 2012 10:15 PM PDT

Selepas pulih dari demam, batuk dan selesema, pelawak dan pengacara TV, Zizan Razak dilaporkan diserang sakit Acute Myositis (Fatigue) atau keradangan otot di seluruh badannya.
Oleh kerana itu, Zizan kini terpaksa ditahan di wad hospital Pantai Bangsar untuk menerima rawatan yang lama.
Menurut pengurus peribadinya, Marina Juki menjelaskan doktor menasihatkan agar Zizan mengambil cuti rehat yang panjang supaya derita keletihan otot ini boleh beransur pulih dengan cepat.
"Syukur Alhamdulillah, keadaan Zizan tidak terlalu kritikal. Namun, dia masih perlu berehat sepenuhnya dan terpaksa membatalkan segala penggambaran termasuklah penglibatannya untuk program Melodi dan Super Spontan.
"Zizan telah dikejarkan ke hospital malam tadi kira-kira jam 1.30 pagi selepas dia mengadu sakit teruk dibahagian belakang badannya. Waktu itu, dia sebenarnya dalam perjalanan ke Ipoh untuk menjayakan siaran live Melodi di Jom Heboh di Ipoh, Perak..
"Setelah sampai di hospital, doktor telah membuat ujian darah sebanyak dua kali. Hasil ujian darah itu, doktor sahkan Zizan mengalami keradangan otot. Zizan turut diberikan protein, vitamin dan antibiotik untuk memberikan tenaga dan pulih sepenuhnya. Jadi, doktor telah menahannya di wad bagi menerima rawatan selain berehat dengan rapi tanpa gangguan selama lebih kurang dua minggu.
"Doktor memberitahu, punca Zizan alami sakit ini disebabkan dia terlalu banyak bekerja dan kurang berehat. Malah, Zizan juga terlalu banyak menjalankan aktiviti lasak yang mana Zizan perlu melakonkan beberapa aksi ganas dalam filem terbarunya. Ia juga berpunca dari tekanan kerja dan masalah yang terlalu banyak," katanya.
Dalam pada itu, Marina memberitahu setakat ini, pihak pengurusan terpaksa membatalkan sementara waktu segala aktiviti Zizan.Bagaimanapun, status Zizan menerusi program Super Spontan masih lagi tergantung. Seandainya Zizan cepat pulih, dia akan menyertai program ini pada minggu ke enam nanti.
"Zizan amat berterima kasih kepada penyokong dan sahabat yang mendoakan Zizan di twitter dan Facebook. ZIzan sendiri tidak menyangka di tahan di wad untuk beberapa hari. Dia akan kembali aktif selepas pulih sepenuhnya.

"Sebenarnya, ZIzan sedang sibuk menjalani penggambaran filem Tokan. Pun begitu, dia terpaksa berehat dan menghabiskan baki babak yang tinggal lebih kurang tujuh atau lapan hari lagi setelah sembuh nanti. Mengenai keputusan menyertai Super Spontan, ia tertakluk kepada keputusan sepenuhnya dari pihak doktor esok.," jelas Marina.

Linda lahirkan puteri kedua untuk Que Haidar

Posted: 29 Apr 2012 09:48 PM PDT

Pelakon Que Haidar dan isterinya Linda Jasmine menyambut kedatangan bayi perempuan mereka pada 1.30 petang Khamis lalu. 
Dipetik dari laporan mStar, bayi yang diberi nama Tengku Cleopatra Haidar, sempena nama ratu Mesir zaman dahulu, telah selamat dilahirkan melalui pembedahan di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur. 
"Alhamdulillah semuanya telah selamat dan paling penting Cleo (panggilan manja untuk Cleopatra) dalam keadaan sihat dan sempurna. 
"Keadaan saya bertambah baik namun masih mengalami kesakitan kerana tidak boleh mengambil pil tahan sakit disebabkan alergi," ujarnya Linda. 
Walau bagaimanapun, Cleo yang sepatutnya dijangka lahir pada awal bulan Mei, telah dilahirkan pada 26 April lalu melalui kaedah perubatan mempercepatkan kelahiran, supaya tarikhnya sama dengan 2 anak mereka yang lain. 
Anak pertama Linda bersama suami terdahulu iaitu Qalif Khan yang kini berusia 12 tahun lahir pada 26 Januari 2000 sementara Tengku Ratu Haidar, 2, yang lahir atas perkongsian hidupnya dengan Que Haidar pula lahir pada 26 Oktober 2009. 
Linda memberitahu, walaupun ada beberapa pilihan nama lain tetapi dia dan suaminya sepakat memilih nama tersebut. 
"Nama Ratu cukup kuat menggambarkan dirinya dan sebab itu kami memilih Cleopatra yang juga nama seorang ratu di Mesir cukup terkenal dengan kisahnya sebagai seorang pemimpin wanita," katanya. 
Berbeza dengan anak-anaknya yang lain, Linda menyatakan bahawa Cleopatra mempunyai mata yang jernih dan kulit yang lebih cerah, seperti dirinya. 
"Sukar saya gambarkan kegembiraan dengan kelahiran Cleo kerana setiap kali jururawat membawanya masuk perasaan sayu dan gembira bercampur baur. Dia bakal memeriahkan keluarga kami selepas ini," katanya.

Gambar Pra-Perkahwinan Awal & Scha, bertemakan “Best Man Win”

Posted: 29 Apr 2012 09:31 PM PDT



Pasangan merpati dua sejoli ini pasti sedang tidak sabar menghitung hari untuk diijabkabulkan. Bagi peminat-peminat yang setia menanti, gambar pra-perkahwinan mereka telah diriliskan untuk tatapan semua. 
Bertemakan "Best Man Win" Saiful Nang memberitahu bahawa ini kerana mahu memberikan gambaran mengenai kesungguhan Awal Ashaari dalam menambat hati Scha Al-Yahya. 
Pasangan yang bakal menamatkan zaman bujang pada 4 Mei ini kelihatan anggun dan segak di dalam gambar mereka apabila Awal memakai sut tentera, manakala Scha pula tampil seperti perempuan Melayu terakhir dengan berkebaya putih. 
Lokasi yang dipilih pula adalah di stesen keretapi dimana menunjukkan pertemuan 2 insan berlainan arah namun dipertemukan di suatu tempat dan menjadi pasangan paling bahagia.

Gambar Malam berinai Fasha bersama keluarga

Posted: 29 Apr 2012 09:29 PM PDT


Video dan gambar-gambar erkahwinan Fasha sandha

Posted: 29 Apr 2012 07:47 AM PDT




Tahniah Sensasi ucapkan kepada pengantin baru iaitu Fasha Sandha dan Rizal Ashram..

Fasha kelihatan sangattt lah berseri ,cantik,slim,mcm barbie..

Lepas nie Jejai dan Fasha pastinya lebih tenang ,ikatan dah sah,halal untuk satu sama lain dan boleh kemana berdua lepas nie.

Sensasi harap keduanya bahagia hingga ke akhir hayat.

  




gambar nikah jejai fasha
gambar nikah jejai fasha
gambar nikah jejai fasha
gambar nikah jejai fasha
gambar nikah jejai fasha
gambar nikah jejai fasha
gambar nikah jejai fasha
gambar nikah jejai fasha
gambar nikah jejai fasha
gambar nikah jejai fasha
gambar nikah jejai fasha
gambar nikah jejai fasha