Adsense

Isnin, 23 April 2012

borak kosong

borak kosong


Lakoni Adegan Gantung Diri, Aktor Brasil Tewas

Posted: 23 Apr 2012 09:15 PM PDT

Seorang aktor di Brasil mengalami insiden yang menewaskan dirinya saat tengah memainkan peranan tokoh Yudas, salah satu murid Yesus, dalam drama Paskah di alun-alun kota. Aktor muda tersebut tewas setelah melakoni adegan gantung diri.

Tiago Klimeck (27) jatuh koma dan harus dirawat di rumah sakit setelah insiden yang terjadi pada 6 April lalu. Insiden tersebut terjadi di  kota Itarare, sekitar 200 km sebelah barat Sao Paulo.

Setelah 17 hari menjalani perawatan di rumah sakit, Klimeck akhirnya meninggal dunia pada Isnin (23/4) malam waktu setempat.

Menurut polis setempat, Klimeck benar-benar kehabisan nafas saat melakukan adegan gantung diri yang dilakukan Yudas setelah mengkhianati Yesus. Klimeck sempat tergantung di seutas tali selama 4 menit, tanpa orang-orang menyadari bahwa dia tidak boleh bernafas.

Diduga, tali keselamatanyang dikenakan Klimeck di balik jubahnya gagal berfungsi dengan baik. Tali tersebut justru ikut tertarik ke atas hingga ke bahagian leher Klimeck dan membuat lelaki muda tersebut tercekik.

Hasil pemindaian pada jasad Klimeck menunjukkan, bahawa insiden tercekik tersebut menimbulkan keadaan yang disebut cerebral anoxia, yakni di mana supply oksigen ke otak terputus sama sekali. Kendati demikian, insiden ini masih dalam penyelidikan polis setempat.

Sumber : http://news.detik.com

Ibu Dua Anak Perkosa Remaja Lelaki

Posted: 23 Apr 2012 09:00 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Seorang ibu dari dua orang anak, ditangkap oleh pihak polis lantaran memperkosa seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.
Leanna Intorcia (34), diduga memperkosa remaja itu, setelah membuatnya mabuk dengan minuman beralkohol di rumahnya.
Seperti diberitakan oleh Dailymail, Isnin (23/4/2012), Ia dituduh  memberikan pelayanan seorang isteri kepada remaja  itu, termasuk oral seks, dan senggama.

Perbuatan mesumnya terungkap, setelah orangtua remaja itu, melapor ke polisi 
Cartage, di Kota New York, Amerika Syarikat (AS). Polii akhirnya menahan Leanna, dengan tuduhan tindak pidana pemerkosaan tingkat tiga, dan membahayakan kesejahteraan seorang anak.
Kes yang sama juga terjadi di AS dalam seminggun terakhir, Jamie Nichole Phillips, (20),dari Uni Township, Ohio diduga telah memperkosa seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di apartmentnyadi bawah ancaman pisau.

Minum 10 Liter Coca Cola, Seorang Ibu Tewas

Posted: 23 Apr 2012 08:45 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM, ADELAIDE - Seorang ibu beranak lapan meninggal setelah meneguk 10 liter minuman ringan Coca Cola dalam sehari. Demikian kesimpulan koroner yang menyelidiki sebab kematian wanita tersebut di New Zealand.
Menurut laporan harian Otago Daily Times, Natasha Harris yang berusia 30 tahun menderita gagal jantung dan menurut suaminya disebabkan kerana begitu banyaknya Coca Cola yang diminumnya dalam sehari.
Harris dilaporkan muntah-muntah sebanyak enam kali dalam seminggu beberapa bulan menjelang kematiannya yang tiba tiba di bulan Februari 2010, namun pada awalnya Harris mengatakan muntahnya disebabkan kerana dia stress. Bila dia tidak minum Coca Cola, Harris akan merasa lemas dan suka marah-marah.
Suami Harris, Chris Hodgkinson mengatakan kepada koroner (seseorang yang bertugas menyelidiki dan memberikan keterangan resmi mengenai sebab kematian), David Crerar bahawa Harris  menegukk 10 liter Coca Cola setiap hari."Hal pertama yang dilakukannya di pagi hari adalah minum Coke, dan yang terakhir sebelum tidur juga adalah minum minuman yang sama." kata Hodgkinson.
Ahli patologi, Dr Dan Mornin di depan sidang koroner mengatakan bahwa Harris besar kemungkinan menderita hypokalemia   iaitu kurangnya potassium di dalam darah  kerana tingginya konsumsi Coca Cola.
Dia mengatakan Harris meninggal kerana gagal jantung, dan kebiasaannya minum Coca Cola, dan juga asupan gizi yang buruk serta terlalu banyak kafein, menyebabkan kematiannya.
"Semua makanan dan minuman akan berguna bila merupakan bahagian dari pola makan yang seimbang ditambah dengan gaya hidup aktif," kata pernyataan tersebut.


Model Hot Ini Marah Fotonya Dipasang di Situs Porno

Posted: 23 Apr 2012 08:30 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Model hot asal Singapura, Jvnne Zheng, membuat laporan polis setelah sebuah situs porno menggunakan fotonya untuk promosi. Demikian dilansir Asia One, Isnin (23/4/2012).
Ia mengatakan sebuah situs porno yang sangat populer dan berbasis di luar negeri, menggunakan fotonya untuk sebuah artikel tanpa meminta izin dan merusak reputasinya. Dalam blog-nya, ia menulis jika dirinya sudah mengirimkan email agar postingan tersebut dihapus.
"Pada dasarnya, saya mengirimkan email kepada mereka sejak itu adalah tuduhan yang tak benar dan melakukan pencemaran nama baik. Ini sesuatu yang melanggar hukum di Singapura," demikian ujarnya di depan wartawan.
"Saya sudah mendapatkan nasihat dari teman-teman dekat yang mengatakan itu adalah hal yang sia-sia kerana ada beberapa orang yang sudah berusaha dan mereka gagal," jelas Zheng, lagi.
Situs ini sebelumnya juga membuat tulisan yang tak berdasar terhadap sejumlah korban dan polis sudah menerima laporan tersebut. Hanya saja, pemilik situs porno itu tak berdomisili di Singapura dan polisi belum menangkap pelaku pengrosakan nama baik model tersebut.

Misi mencari ikan paus berwarna putih

Posted: 23 Apr 2012 08:15 PM PDT


PARIS - Sepasukan saintis Rusia mengumumkan mereka akan melancarkan satu operasi untuk mengkaji seekor ikan paus pembunuh jantan berwarna putih yang dinamakan Iceberg pada minggu depan.
Saintis-saintis Universiti Moscow dan Universiti Saint Petersburg pernah menyaksikan ikan paus spesies Orca itu muncul di permukaan laut berhampiran Kepulauan Commander di Lautan Pasifik Utara pada Ogos 2010.
Pengarah Bersama Projek Orca Timur Jauh Rusia (FEROP) Erich Hoyt berkata, Iceberg yang memburu bersama 12 ikan paus itu dipercayai berusia sekurang-kurangnya 16 tahun berdasarkan saiz sirip mamalia berkenaan.
"Ini kali pertama kami melihat ikan paus pembunuh jantan dewasa yang keseluruhan berwarna putih," kata Hoyt.
Para saintis itu akan mengkaji sama ada Iceberg menghidap penyakit genetik albino.
Haiwan albino tidak boleh mengeluarkan melanin yang menyebabkan kulit menjadi gelap.
Kebanyakan haiwan albino tidak dapat hidup sehingga dewasa kerana warna terang tersebut menyebabkan ia mudah dibunuh haiwan lain.
Terdapat dua ikan paus pembunuh berwarna putih yang diketahui tinggal di Semenanjung Kamtchatka, timur Rusia yang merupakan tempat Iceberg ditemui.
Pada tahun 1970, seekor ikan paus pembunuh berwarna putih berusia dua tahun, Chimo ditangkap di Kanada sebelum ia mati dua tahun kemudian.
Selepas satu pemeriksaan dilakukan ke atas bangkai haiwan itu, ia didapati menghidap albino. - AFP

sumber : kosmo online

Lakaran pakaian Lady Gaga didedah

Posted: 23 Apr 2012 08:00 PM PDT


SEOUL - Empat lakaran pakaian yang bakal digayakan bintang pop Amerika Syarikat, Lady Gaga pada konsert jelajah di Korea Selatan didedahkan semalam.
Ia termasuk fesyen pakaian sendat yang direka dengan mempunyai bentuk seperti gitar dan sebuah papan kekunci piano.
Menurut rakan kongsi pereka pakaian jenama Giorgio Armani, firma Shinsegae International, Lady Gaga, 26, juga akan memperkenalkan pakaian jenama terkenal itu di empat lokasi lain semasa konsert jelajahnya berlangsung.
Koleksi pakaian baharu penyanyi tersebut termasuk sehelai sut hitam diperbuat daripada beratus-ratus tiub vinil yang dijahit dengan butang logam dan kepingan kaca.
"Pakaian terkini itu diperbuat daripada pelbagai material yang melambangkan konsep futuristik," kata Shinsegae.
Korea Selatan melarang penduduk berusia bawah 18 tahun menonton konsert Lady Gaga kerana ia didapati tidak sesuai untuk peminat remaja.
Sejumlah penganut agama Kristian turut berkumpul kelmarin bagi menentang konsert itu dengan menuduh penyanyi tersebut menyokong homoseksual dan pornografi.
Pakaian itu juga akan dibawa ke Hong Kong, Singapura, Australia dan New Zealand semasa konsertnya berlangsung.
Lady Gaga disenaraikan sebagai 100 individu yang paling berpengaruh sebagai ikon fesyen oleh majalah Time.
Dia pernah mengejutkan para peminat apabila memakai koleksi pakaian yang diperbuat daripada daging mentah.
Penyanyi itu tiba di sini pada Jumaat lalu seminggu sebelum konsertnya berlangsung.
Sementara itu, poster yang menentang konsert Lady Gaga dipasang di beberapa lokasi di sini.
Poster itu dipasang oleh anggota-anggota pertubuhan Perikatan Kesopanan Kebudayaan dan Seksualiti. - AFP
sumber : kosmo online

Filem ketagihan seks tidak ditayang di Singapura

Posted: 23 Apr 2012 07:45 PM PDT


SINGAPURA: Filem mengenai ketagihan seks tidak akan ditayangkan di negara ini selepas badan penapisan mengarahkan adegan seks antara karakter utama dan dua wanita disingkatkan, kata pengedar tempatan, semalam.
Filem "Shame" yang diarahkan Steve McQueen dan diserahkan ke badan penapisan Pihak Berkuasa Pembangunan Media (MDA) dinilai hanya sesuai ditonton oleh penonton berusia 21 tahun ke atas dengan syarat adegan itu dipotong.

"Mereka tidak meminta supaya keseluruhan adegan itu dipotong, mereka hanya merasakan adegan itu terlalu panjang," kata jurucakap pengedar filem Cathay-Keris.


"McQueen merasakan penting agar kerjanya ditayangkan sebagaimana tujuan asalnya dan tidak bersetuju adegan filemnya dipotong," katanya kepada media. "Kami menghormati keputusannya, justeru filem itu tidak akan ditayangkan di pawagam Singapura," katanya.

"Shame" dicalonkan untuk "Filem Terunggul Britain" dalam anugerah Academy Britain untuk Seni Televisyen dan Filem (BAFTA) yang diadakan Februari lalu.


Sementara itu, dalam kenyataannya kepada akhbar Straits Times, MDA berkata: "Kami berpendapat adegan seks yang panjang melangkaui batasan garis panduan yang ditetapkan." - Straits Times



sumber : myMetro

Victoria dikecam kerana bahayakan penumpang pesawat

Posted: 23 Apr 2012 07:30 PM PDT


HONG KONG: Bekas anggota Spice Girl, Victoria Beckham, mencetuskan kontroversi semalam, selepas dia memuat naik gambarnya duduk di kerusi dikhaskan untuk kakitangan kabin syarikat penerbangan Cathay Pacific.
Mengiringi gambar itu ialah catatan gurauan Victoria: "Kru kabin bersedia untuk mendarat! Selamat datang ke Beijing!!" Dalam gambar itu, Victoria memakai cermin mata gelap kelihatan seolah-olah membuat pengumuman kepada penumpang pesawat berkenaan, manakala seorang pramugari membuat memek muka lucu di sebelahnya.
Insiden berlaku dalam penerbangan dari Hong Kong ke Beijing, Jurucakap Cathay Pacific berkata, tindakan itu tidak berbahaya tetapi "tidak wajar."

"Gambar itu diambil bukan dalam situasi kritikal, seperti waktu berlepas atau mendarat," katanya. Jurucakap itu berkata, Victoria hanya berlakon dan tiada sebarang pengumuman dibuat kepada penumpang.



"Ia tidak wajar apabila tempat duduk itu hanya dikhaskan untuk kru kabin dan penumpang tidak dibenarkan menyentuh mana-mana peralatan penerbangan," katanya.


Victoria mengunjungi Beijing untuk melancarkan sebuah model kereta baru hujung minggu ini.

Akhbar Hong Kong, The Standard, melaporkan Victoria dikecam di Internet kerana meletakkan penerbangan itu ke dalam risiko. - AFP



sumber : myMetro

Murid, wanita hamil maut dilanggar remaja tak berlesen

Posted: 23 Apr 2012 07:15 PM PDT


TOKYO: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dan seorang wanita hamil terbunuh semalam selepas sebuah kereta melanggar sekumpulan murid sekolah rendah di Kyoto.
Lima kanak-kanak parah selepas seorang remaja berusia 18 tahun dan tidak mempunyai lesen memandu, merempuh sembilan murid dan seorang wanita.

Yukihi Matsumura, 26, yang hamil tujuh bulan, mati beberapa jam selepas kejadian. Anak yang dikandungnya juga mati.


Polis menahan remaja berkenaan yang dikatakan tidak tidur sepanjang malam sebelum nahas.

Media tempatan melaporkan dia mungkin tertidur ketika memandu.


"Dia mengaku berfoya-foya sepanjang malam bersama-sama dua rakan," kata jurucakap polis. - AFP



sumber : myMetro

Budak 4 tahun tembak mati bapa kerana PlayStation

Posted: 23 Apr 2012 07:00 PM PDT


RIYADH: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun menembak mati bapanya yang enggan membelikan PlayStation.
Akhbar Asharq memetik jurucakap polis di bandar Jizan, selatan Arab Saudi, sebagai berkata, kanak-kanak itu mengambil pistol bapanya dan menembak kepala lelaki berkenaan.

Menurut laporan akhbar itu, kanak-kanak terbabit meminta bapanya membeli sebuah PlayStation dan kejadian berlaku selepas lelaki itu pulang tanpa membawa mainan yang dihajati.


Ketika menanggalkan pakaian, lelaki berkenaan meletakkan senjata di bawah. Anaknya mengambil pistol itu lalu menembaknya dari jarak dekat. - AFP


sumber : myMetro

UPSI nafi pelajar maut hadapi tekanan belajar

Posted: 23 Apr 2012 06:45 PM PDT


IPOH: Pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim yang maut selepas terjatuh dari bangunan lima tingkat di kampus berkenaan petang Sabtu lalu, sering berdepan masalah kemurungan sehingga sering terpaksa ditemani ahli keluarga ketika di kampus sebelum ini.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar ketika dihubungi semalam, menafikan pelajar itu menghadapi tekanan pembelajaran atau mengalami gangguan makhluk halus dari kampus universiti.

Menurutnya, beliau dimaklumkan keluarga arwah sebelum ini masalah gangguan itu dihadapi pelajar berkenaan sebelum ditawarkan memasuki UPSI dua tahun lalu.


"Arwah berdepan masalah (gangguan) itu sebelum masuk universiti ini lagi. UPSI belum ada kes pelajar menghadapi masalah itu.

"Jika ada pelajar bermasalah, kami merujuk mereka ke Bahagian Kaunseling dan menghubungi ahli keluarganya untuk membantu," katanya.


Akhbar ini semalam melaporkan Fatimah Mina Md Juferi, 22, dari Bakri Muar, Johor, ditemui terbaring di tingkat bawah bangunan E-Learning dengan kesan luka di beberapa bahagian badan, termasuk patah di rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta bahu kiri dan kanan dipercayai terjatuh antara jam 5.30 hingga 6.30 petang Sabtu lalu.



Mayat pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak itu ditemui lengkap berpakaian dan bertudung oleh beberapa pelajar yang kebetulan melalui kawasan itu.


sumber : myMetro

‘Ambillah nyawaku’

Posted: 23 Apr 2012 06:30 PM PDT


SUNGAI PETANI: "Saya sedih melihat keadaannya kerana setiap hari dia (Noor Ashikin) memohon kepada Tuhan agar ambil saja nyawanya kerana tidak tahan menanggung derita akibat kegatalan pada badannya yang dialami sejak Julai tahun lalu," kata Suraya Maidin, 45, ibu kepada Noor Ashikin Mohd Irwan, 17, yang kulitnya melepuh dan berdarah tanpa diketahui puncanya.
Keadaan itu menyebabkan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari (SMKKJ) di sini, tidak ke sekolah kerana sukar memakai pakaian berikutan kulit badannya tertanggal dan berdarah sehingga tidak mampu menahan kesakitan.

Suraya yang berniaga nasi lemak berkata, penyakit Noor Ashikin mula dikesan selepas dia mengadu gatal seluruh badan sepulang dari sekolah dan apabila membuka baju, mendapati seluruh kulit badannya menggelembung dan selepas itu pecah.


Menurutnya, sejak itu seluruh tubuh anaknya sentiasa berdarah dan Noor Ashikin tidak boleh terdedah kepada keadaan panas kerana kulitnya akan kembali menggelembung dan pecah serta berdarah menyebabkannya meraung kesakitan.

Noor Ashikin masih menerima rawatan susulan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sejak awal bulan ini.


Suraya yang juga ibu tunggal dan tinggal di Flet Paya Nahu di sini berkata, sejak mengalami penyakit itu, Nor Ashikin sudah beberapa kali dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dan HSAH bagi menerima rawatan, tetapi doktor pakar gagal mengenal pasti penyakit anaknya.



"Sebelum ini, dia pernah dirawat selama sebulan di HSB dan rawatan susulan di HSAH selepas penyakitnya didapati berkurangan. Bagaimanapun, selepas seminggu keluar hospital, penyakit itu datang kembali menyebabkan anak saya dimasukkan semula ke hospital.

"Terbaru, 8 April lalu apabila dia dimasukkan ke HSAH akibat kulitnya tertanggal dan seluruh badannya berdarah.


"Dia kini masih dirawat di HSAH dan keadaannya semakin beransur pulih, tetapi beberapa bahagian tubuh yang tertutup seperti ketiak, pinggang dan kedua-dua paha masih berdarah.

"Saya sedih melihat keadaannya yang menanggung penderitaan. Tidurnya juga tidak lena kerana sakit, malah tempat tidurnya perlu dilapik dengan plastik bagi mengelak kulitnya yang tertanggal, melekat," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin, yang memohon sesiapa saja membantu mencari cara menyembuhkan penyakit anaknya itu.



sumber : myMetro

Ibu lari dihalang kahwin

Posted: 23 Apr 2012 06:15 PM PDT


JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal yang menghilangkan diri dari rumahnya di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) di sini, sejak 4 Mac lalu, dikatakan berbuat demikian kerana dihalang daripada berkahwin lagi oleh anaknya.
Anak wanita itu, V Sritharan, 17, berkata, ibunya, G Amirtham, 43, meluahkan hasrat berkahwin beberapa hari sebelum menghilangkan diri. 
"Saya baru pulang dari pusat membeli-belah dan mendapati ibu tiada, manakala beberapa helai pakaiannya juga dibawa bersama.

"Saya berusaha mengesan ibu di kawasan sekitar selain mendapatkan bantuan daripada keluarga namun ibu gagal ditemui," katanya, di sini, semalam.



Menurut Sritharan, bapa mereka, S Viswanathan, 40-an, meninggal dunia Ogos lalu dan beberapa bulan kemudian, Amirtham berkenalan dengan seorang lelaki.


Sritharan berkata, ibunya meluahkan hasrat berkahwin lagi namun mendapat tentangan keras.



sumber : myMetro

‘Berkorban demi abang’

Posted: 23 Apr 2012 06:00 PM PDT


DUNGUN: "Adik sanggup dermakan apa saja asalkan abang selamat," kata Muhammad Muaz Yusof, 13, kepada ibunya sebelum dia meninggal dunia di rumahnya di Kampung Molek, di sini, semalam, akibat paru-paru berair selepas dua hari mendermakan darah dan sum-sum tulang belakang kepada abangnya yang menghidap leukemia.
Muaz yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sultan Omar, di sini, berkata demikian kepada ibunya, Asma Ismail, 51, beberapa minit sebelum memasuki bilik rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, Sabtu lalu, untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakangnya.
Asma berkata, anak kelimanya, Mohd Munawar, 21, disahkan menghidap leukemia sejak empat bulan lalu dan sering mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, sebelum diarah doktor menemui pakar di HUKM.

"Pakar mengesahkan Munawar memerlukan darah jenis A- termasuk sum-sum tulang belakang dan arwah mempunyai darah jenis sama dengan abangnya sebelum kami sekeluarga ke HUKM untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakang," katanya.



Katanya, sebelum memasuki bilik rawatan itu Sabtu lalu, dia bertanya arwah sama ada takut atau tidak, namun arwah berkata, dia sanggup dermakan apa saja demi menyelamatkan nyawa abangnya itu.



sumber : myMetro

Dikeroyok tak bayar hutang judi

Posted: 23 Apr 2012 05:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: Akibat gagal melunaskan hutang lebih RM1,000 selepas kalah berjudi, seorang lelaki berusia 23 tahun bukan saja dibelasah 10 lelaki, malah rambutnya turut digunting kumpulan terbabit dalam kejadian di Taman Sri Murni, di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa parah di badan dan kepala akibat dibelasah kumpulan terbabit.

Menurut sumber, mangsa yang kalah berjudi di sebuah premis di kawasan berkenaan mendakwa mahu keluar dari bangunan itu untuk ke bank mengeluarkan wang, namun ditolak dua lelaki yang menyangkakan mangsa mahu melarikan diri selepas kalah dalam pertaruhan itu.


Katanya, mangsa mulanya dibenarkan meninggalkan kawasan berkenaan kerana berjanji datang semula untuk membayar hutang dan meminta tempoh kurang sejam berbuat demikian.

"Bagaimanapun, mangsa kemudian meminta dua lelaki terbabit menunggunya di sebuah restoran berhampiran kawasan itu.


"Mangsa yang datang semula dengan tangan kosong terkejut apabila mendapati dua suspek yang menolaknya menunggu di restoran berkenaan bersama 10 lelaki lain.



"Mangsa bukan saja diterajang dan ditumbuk, malah rambutnya turut digunting seorang daripada suspek terbabit.

"Kumpulan itu meninggalkan kawasan berkenaan sebelum mangsa membuat laporan di Balai Polis Jinjang," katanya.


Menurutnya, mangsa yang cedera di badan dan kepala ditahan hampir 24 jam di sebuah hospital sebelum dibenarkan pulang jam 10 malam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dilakukan.



sumber : myMetro

Aksi polis menumpaskan penculik

Posted: 23 Apr 2012 05:30 PM PDT

inilah aksi polis menumpaskan penculik ynag cuba
menculik seorang anak kecil.....








Pegawai di China dipecat kerana pakai jam berjenama dan hisap rokok mahal

Posted: 23 Apr 2012 05:00 PM PDT

Seorang pegawai pejabat pemerintah China dipecat kerana menjalani gaya hidup mewah

Zhou Jiugeng yang bekerja sebagai ketua Biro Perumahan Distrik di kota Nanjing menjadi terkenal kerana pemecatan itu, setelah foto yang menunjukkan Zhou menggunakan jam berharga 100.000 Yuan dan menikmati rokok berharga 150 Yuan sebungkus tersebar melalui internet.

Selain itu Zhou juga dilaporkan sering memandu Cadillac, kereta buatan General Motors, ke pejabatnya, sebuah kebiasaan yang jauh melampaui gaya hidup normal seorang pegawai negeri di China.

Pemecatan itu terjadi kurang dari sebulan setelah Zhou pernah memancing reaksi keras dari masyarakat menengah ke bawah di China yang tidak mampu membeli rumah. Pegawai perumahan itu mengatakan pada awal bulan ini perusahaan perumahan yang menjual produk mereka di bawah biaya produksi harus dihukum. (tempointeraktif.com)

Lelaki lakukan 'strip tease' dan 'cat walk' dalam bas

Posted: 23 Apr 2012 04:45 PM PDT


sumber : stomp.com.sg
ini ceritanya....

A man performed a 'strip tease' and even used the aisle between the bus seats as a catwalk. Are people so stressed that they reveal their bodies in public, asks STOMPer Stefanie.

According to Lianhe Wanbao, the naked man was on bus 170 which departed from Kranji MRT at 10am yesterday (Feb 24) 

His antics scared off all the passengers on the bus, which was relatively empty that morning.

The man was initially sitting at the back, but he suddenly took off all of his clothes and performed a 'catwalk' along the aisle.

After doing so, he promptly returned to the back row of seats and laid down, says a passenger who witnessed the incident.

The passengers notified the bus captain who immediately stopped the vehicle and called the police -- after which he ensured the man was decently covered.

The 49-year-old man was apprehended by the police and will be sent to the Institute of Mental Health for a check-up.

Said Stefanie in her email (Feb 25):

"It seems more and more people are 'revealing' their body in public.

"Does it mean people nowadays are over-stressed?

"Do spend a moment and look at your loved ones, understand their problems before they reveal themselves in public."

Kerana payudara terlalu besar buat Kerrie nak bunuh diri

Posted: 23 Apr 2012 04:30 PM PDT


Seorang perempuan bernama Kerrie Jewell dan berusia 41 tahun berjuang mendapatkan operasi pengecilan payudara dari lembaga kesihatan Inggris, NHS. Jewell tinggal di Coulby Newham dekat Middlesbrough, Inggris.

Dilansir Daily Mail, ia mengaku berada di ambang keinginan bunuh diri kerana ukuran payudaranya yang mencapai 40 HH. Dalam kesempatan itu, ia menambahkan jika ia sering diejek selama 25 tahun kerana ukuran payudaranya.

Jewell yang tidak punya pekerjaan apapun dan hanya mendapatkan bantuan kewangan dari pemerintah mengatakan jika sudah meminta kepada doktor untuk mengurangi ukuran payudaranya sejak usia 16 tahun. Ia mengaku menderita sakit punggung, pundak, dan kaki akibat beratnya beban yang harus dibawanya.

Jewell juga harus membayar secara khusus desain bra untuknya yang harganya 50 poundsterling. Meski ia sering mendapat nasihat untuk mengurangi berat badan sebelum melakukan prosedur operasi pengecilan payudara namun ia tetap menginginkan operasi langsung.

"Saya tidak ingin terlihat seperti top model. Saya hanya ingin hidup normal dan tidak diejek," jelasnya.

Cara Suku Masai ambil darah daripada lembu untuk dicampur dengan susu

Posted: 23 Apr 2012 04:15 PM PDT

Suku Masai menyukai sekali makanan ini, dan seringkali dibuat dengan cara dicampur susu, darah lembu dipercaya memperkuat manusia di kalangan suku Masai. Darah ini diambil dengan cara melubangi pembuluh darah utama sapi dengan panah, dan setelah darah cukup, lubang tadi ditutup, sehingga sapi tadi sembuh. Cara ini boleh diulang sebulan sekali tanpa menyebabkan lembu tadi terbunuh.

Darah beku dipisahkan, dan darah cair dicampur dengan susu dan diminum mentah. Di beberapa suku lain, darah ini dicampur dengan susu asam dan dimasak sampai kental, menyerupai scrambled egg.

Gila.pelancung Belanda ni cuba seludup sedozen burung dalam seluarnya

Posted: 23 Apr 2012 04:00 PM PDT

Seorang pelancung Belanda ditangkap kerana cuba menyeludup lebih dari sedozen burung kolibri yang disembunyikannya dalam kantong-kantong khusus yang dijahit di bahagian dalam seluar dalam, di lapangan Rochambeau, Cayenne, Guyana Perancis.





Burung-burung tersebut secara individual dibungkus dengan kain kemudian dilekatkan untuk mencegah mereka melarikan diri.

Tapi untungnya petugas kastam cukai berhasil menahan lelaki tersebut setelah melihat tindakannya yang mencurigakan. Dan ketika mereka menggeledahnya, ditemukan beberapa ekor burung kolibri yang nampaknya telah dibius, berada dalam keadaan terbungkus dan dilekatkan ke dalam seluarnya.

Abang ni bikin malu ketika di pantai

Posted: 23 Apr 2012 11:00 AM PDT




Abang-abang agak-agaklah...

Cara pakai seluar yang terlampau

Posted: 23 Apr 2012 10:30 AM PDT

[Ngeri] Sup darah ala China

Posted: 23 Apr 2012 10:15 AM PDT









Amacam sanggup ke anda makan kalau dihidangkan
sup macam ni....

Pelik..'hamil' setiap kali lepas makan

Posted: 23 Apr 2012 10:00 AM PDT


CANNOCK, Britain - Perut seorang gadis, Kerri Dowdswell akan membesar seperti dia sedang hamil setiap kali selepas makan, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, perut gadis berusia 23 tahun itu akan kembali kepada keadaan normal beberapa jam selepas itu.

"Saya kerap kali ditanya bila akan bersalin dan ia agak tidak menyelesakan apabila berada dalam keadaan seperti ini," katanya yang berasal dari Cannock, Staffordshire.

Masalah tersebut membuatkan dia terpaksa memakai seluar untuk ibu bersalin setiap kali keluar makan.

Setakat ini, doktor-doktor masih bingung kerana mereka masih tidak mengetahui punca kejadian itu.

Kerri menghidap penyakit itu semasa dia mendapat haid buat kali pertama.

Menurut gadis itu, perutnya akan membesar dalam tempoh 15 minit semasa dia makan.

Namun, katanya, ada ketika perutnya mengambil masa selama beberapa jam selepas waktu makan untuk kelihatan seperti wanita hamil.

Kerri berkata, perutnya itu akan kembali normal beberapa jam selepas ia membesar. - Agensi


Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Pengakuan Sham Kamikaze Isu Isteri Kedua - Nurul Halimin

Posted: 23 Apr 2012 08:15 AM PDT

Gempar, Panas dan Sensasi, Sham Kamikaze iaitu seorang gitariz ahli kumpulan kamikaze, telah mempunyai isteri kedua tetapi masih menafikan mengenai perkahwinan mereka.

Nurul Halimin membuat kenyataan itu melalui adiknya iaitu Maulana yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia kelapan (AF8). Sementara itu Maulana yang turut ditanya berhubung hal tersebut juga enggan mencampuri urusan kakaknya tetapi meminta pihak media bertanya sendiri kepada Sham ataupun rakan-rakan terdekat pemuzik itu.

Sumber terdekat keluarga tersebut berkata Sham yang kini bergelar pendakwah bebas bersikap tidak jujur kerana sehingga kini masih menafikan pernikahan mereka yang telah berlangsung pada 16 Januari lalu. Mengapa Sham Kamikaze menafikannya?

"Bukankah perkahwinan itu satu berita yang perlu diberitahu kepada umum agar ia tidak menimbulkan fitnah?

Farazila - Isteri pertama sham kamikaze


"Keluarga Halimin sedih apabila dia bersikap sedemikian sedangkan dia seorang pendakwah. Bukan itu caranya dia mengendalikan masalah," katanya kepada mStar Online di sini Jumaat.

Pada Januari lalu, kisah mengenai Sham menjadi tumpuan apabila dia dikatakan sudah beristeri dua.

Hal tersebut membuatkan Sham tampil dan menafikan status berkenaan dan meluahkan rasa kecewa dengan gosip yang melanda.

Bagaimanapun pada Khamis, sebuah blog hiburan mendedahkan wajah isteri baru Sham yang merupakan janda anak satu .

Tambah sumber itu lagi, sikap Sham yang tidak bercakap benar itu membuatkan Halimin tertekan dan terasa seperti diabaikan kerana menyembunyikan status perkahwinan mereka.

"Sebelum berkahwin, macam-macam janji yang dia katakan kononya ingin menjelaskan perkahwinan itu kepada isteri pertamanya, Farazila, tetapi sehingga kini wanita itu belum diberitahu lagi," ujarnya.


Keluarga Nurul Halimin Kakak Maulana dipercayai Isteri Ke 2 Shah


Sementara itu, Sham yang membuat kenyataan menerusi laman Facebook miliknya malam Khamis masih lagi menafikan perkahwinan keduanya itu dan meminta semua pihak menghentikan fitnah mengenainya.

"Tolong faham saya ada keluarga yang begitu terguris dan berkecil hati dengan fitnah yang berulangkali dipaparkan tanpa rasa bersalah.

"Bagaimana agaknya perasaan anda sekiranya hal itu berlaku kepada keluarga anda?" Katanya.

sumber mStar

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Irama dakwah dua bintang

Posted: 22 Apr 2012 03:50 PM PDT

Hip

SAMI dan Siti merakamkan lagu
You Came To Me dalam tiga bahasa.

SAMI dan Siti merakamkan lagu You Came To Me dalam tiga bahasa.

SABTU lalu, Studio Harem milik penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman meriah dengan kehadiran rombongan penyanyi terkenal lagu ketuhanan dari United Kingdom, Sami Yusuf, yang memilih merakamkan dendangan terbarunya di situ.

Lebih istimewa, penghibur yang mendapat gelaran Rockstar Muzik Islam itu tidak keseorangan, sebaliknya berpadu suara dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, bagi lagu berjudul You Came To Me untuk dimuatkan dalam album keempatnya.

Seperti dikongsi pada sidang media pengumuman bersempena Konsert Salaam Sami Yusuf di Stadium Malawati, Shah Alam, yang akan berlangsung pada 14 Julai ini, beberapa hari lalu, sejak mendengar lagu Siti tatkala kunjungan sulung ke Kuala Lumpur sekitar 2005 membuatkannya menanam hasrat berpadu suara bersama wanita itu. Walaupun terpaksa menunggu lama untuk merealisasikan hasratnya, kehadiran kali ini dirasakan cukup bererti apabila berpeluang mendekati peminat dalam skala persembahan mega kelolaan Offshore Entertainment Productions, malah lebih manis dapat berduet dengan Siti dalam album dan di pentas.

"Bagi saya, beliau seorang yang cukup berbakat besar. Vokalnya cukup unik selain mempunyai peribadi yang begitu merendah diri. Tidak hairan namanya tetap mengharum hingga kini. Saya gembira apabila Siti menerima pelawaan ini," katanya ketika ditemui selepas rakaman.

Walaupun diserang demam lima hari sebelum itu, Siti yang mengambil suntikan semata-mata untuk sembuh dalam kadar segera mengakui berdebar untuk masuk studio bersama Sami, namun mengakui sudah melakukan persediaan mental dan fizikal.

"Pihak Sami mempelawa saya berduet untuk lagu ciptaannya sendiri itu kira-kira dua bulan lalu.
Saya sendiri mengagumi dendangannya yang berunsur kerohanian dan kemanusiaan sejak dulu. Jadi saya tidak berfikir panjang untuk menerimanya.

"Cuma dalam tempoh seminggu lalu, saya demam. Bimbang juga jika masalah kesihatan ini boleh mengganggu proses rakaman, apatah lagi Sami datang dari jauh.

Setahu saya, Sami juga seorang yang teliti. Syukurlah kesihatan saya bertambah bagus hari ini," katanya.

Membawakan lagu berkenaan dalam tiga versi iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris dan Arab, penerima Anugerah Seri Perak, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, memaklumkan ia bukan masalah.

"Saya menyukai melodi dan lirik You Came To Me yang cukup indah. Mesej ini dapat disampaikan lebih meluas dengan penyampaian tiga bahasa. Malah untuk lenggok Arab, saya rasa tiada masalah kerana mempunyai guru yang bagus," ulas Siti lagi melirik ke arah Sami sambil tersenyum.

Sememangnya kedua-dua penyanyi tersohor ini cukup mementingkan kesempurnaan. Sebelum rakaman bermula, masingmasing saling berbincang, malah Siti turut meminta tunjuk ajar bintang berusia 31 tahun itu membawakan lagu terbabit dalam lenggok Arab.

Bukan hanya wakil media tempatan, difahamkan beberapa wartawan dan jurugambar dari Singapura juga didatangkan khas ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis pengumuman konsert serta rakaman lagu duet Sami dan Siti.

Sementara itu, bagi Sami yang lebih dulu menghiburkan peminat Kota Singa di Stadium Tertutup Singapura, 8 Julai nanti, harapannya hanya satu iaitu menyatukan seluruh masyarakat tanpa sebarang jurang yang berkongsi udara serta langit yang sama.

Terdahulu, komposer dan penerbit kelahiran Tehran yang dibesarkan di London ini mula mencipta nama menerusi album sulung Al-Mu'allim pada 2003, malah jualan setiap albumnya mencecah jutaan keping. Selain anugerah, konsertnya di seluruh pelosok dunia meraih kehadiran luar biasa.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Fouziah Gous nafi bakal bertunang bulan Jun ini

Posted: 22 Apr 2012 07:56 PM PDT

Fouziah Gous nafi bakal bertunang
Semalam telah tersebarnya gosip mengenai Fouziah Gous yang dikatakan bakal bertunang pada bulan Jun depan dengan seorang jejaka yang masih lagi menjadi tanda tanya.. Akibat tersebarnya gosip tu, Fouziah Gous telah tampil menafikan gosip tu sambil menyifatkan penyebar gosip itu terlalu hebat kerana mengetahui perkara yang dia sendiri belum tahu..

"Saya sendiri tidak tahu bila akan bertunang. Orang yang beri kenyataan itu cukup hebat kerana lebih tahu tentang perkara yang saya sendiri belum tahu,"

"Jika tidak pasti, sahkan dengan saya dahulu dan bukannya buat andaian bukan-bukan sebegini dan seterusnya mengelirukan semua pihak," (Mstar)

Tambah Fouziah Gous lagi, dia masih belum merancang untuk bertunang atau bernikah dalam masa terdekat ni seperti yang didakwa di dalam satu ruangan gosip sebelum ini.. Namun jika perkara itu terjadi, Fouziah Gous sendiri yang akan menghebahkan kepada media..

Maya Karin Sudah Bersedia Untuk Bercinta kembali

Posted: 22 Apr 2012 07:20 PM PDT

Maya Karin Sudah Bersedia Untuk Bercinta kembali
Para jejaka diluar sana rasanya sudah boleh mula mengatur langkah untuk mendekati Maya Karin selepas ni.. Kenyataan Maya Karin yang mengatakan dia sudah bersedia untuk kembali bercinta pastinya membuat ramai jejaka tersenyum lebar.. Hampir 2 tahun Maya Karin bercerai dengan bekas suaminya dan baru kini terbuka hati Maya Karin untuk menerima seseorang yang istimewa..

Namun Maya Karin berharap lelaki yang bakal mendekatinya nanti tidak hanya melihat Maya sebagai seorang pelakon popular kerana bagi Maya sendiri dia hanyalah wanita biasa yang sama seperti wanita yang lain…

"Saya sudah bersedia untuk mencari jodoh selepas kegagalan rumah tangga dulu tapi orang mungkin takut untuk mendekati saya kerana status selebriti yang ada pada diri saya.

"Bagaimanapun saya berharap lelaki itu nanti tidak hanya melihat sisi saya sebagai seorang pelakon kerana saya juga adalah wanita biasa," (The Star)

Tambah Maya Karin lagi, lakonannya sebagai Izzah didalam filem ombak rindu nyata mempengaruhi kehidupanya seharian..

"Saya cuba mengekalkan sebanyak mungkin kualiti pada watak Izzah seperti kesabaran, tenang, sikap positif apabila timbul masalah dan sebagainya."

Jadi MyGosip rasa, kalau sesiapa yang nak mendekati Maya Karin ni mestilah ada gaya-gaya Hariz (lakonan Aaron Aziz) yang kat dalam ombak rindu tu jugak kan.. Baru la ngam.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Sebar mesej positif merempit

Posted:

Sebar mesej positif merempit

Sebar mesej positif merempit

PERCAYA atau tidak, Intan Ladyana seorang yang penakut membonceng apatah lagi menunggang motosikal? Hal itu diakuinya sendiri ketika pertemuan pada sidang akhbar bersama Rempit United di Saddles Coffee House, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur minggu lalu.

Kata Intan, pada mulanya dia tidak menyangka akan mampu menunggang motosikal sehinggalah dia membintangi filem Adnan Sempit bersama aktor Shaheizy Sam pada tahun 2010.

"Saya seorang yang penakut terutama menaiki motosikal, tapi apabila sudah selalu buat aksi itu dalam filem Adnan Sempit I dan II rasa takut itu semakin hilang.

"Memang pada mulanya dengar saja perkataan rempit saya beranggapan segalanya negatif. Semakin hari perspektif itu semakin terhakis daripada diri saya," singkap Intan yang melakonkan watak Nadia dalam filem Adnan Sempit I dan II.

Tambahnya, merempit bukan berkisar tentang perkara negatif semata-mata, sebaliknya dalam yang sama isu itu harus dipandang serius dan positif.

"Dengar saja perkataan rempit pasti ramai yang akan berfikir tentang perkara negatif seperti bohsia atau lumba haram. Tapi sedarlah bahawa merempit bukan memberikan makna sedemikian.

"Jenayah dan merempit merupakan dua perbuatan dan maksud berbeza. Merempit tidak semestinya merompak atau meragut tapi perompak atau peragut barangkali melakukan perbuatan merempit untuk memudahkan kerja mereka," katanya yang menyeru agar perbuatan merempit tidak disalah tafsir oleh segelintir masyarakat.

Ikon

Isu yang sensitif untuk dibicarakan, namun Intan yang dimaklumkan akan turut serta mendaftarkan keahlian di bawah pertubuhan Rempit United atau Pertubuhan Rempit Bersatu, mempunyai misi untuk diselesaikan.

Rempit United yang ditubuhkan di bawah Kementerian Dalam Negeri merupakan salah satu langkah kerajaan untuk mendapatkan sokongan organisasi luar dalam usaha membantu remaja bermasalah dan mengintegrasikan ke dalam masyarakat.

Bukan setakat ikon atau figura yang menjadi model untuk dicontohi oleh masyarakat, ujar Intan dia bakal menyampaikan mesej-mesej positif berkenaan isu itu.

"Insya-Allah kami akan mengadakan siri jelajah untuk memberikan motivasi kepada orang ramai berhubung gejala merempit yang dianggap berbahaya dan membahayakan orang ramai.

"Sekali gus membuka mata masyarakat apa itu sebenarnya merempit, kerana bagi saya terma merempit itu tidak bermaksud negatif tapi tindakan jenayah yang disertakan dengan merempit sebenarnya punca isu ini dipandang serong," jelas Intan.

Menjadi seorang ikon bukan tugas mudah bagi pelakon itu. Tambah Intan mesej positif yang perlu disampaikan perlu bersifat mendidik bukan menghukum.

"Adalah menjadi kewajipan saya sebagai ikon untuk membantu masyarakat, terutama tentang stigma isu rempit.

"Pasti ada isu-isu tertentu yang akan saya bangkitkan untuk menyedarkan semua bahawa merempit bukan seperti stereotaip yang dibina masyarakat selama ini," tegasnya.

Kahwin

Soalan lapuk untuk ditebak kepada pemilik nama sebenar Intan Nurladyana Mohamad Yahaya yang usianya tahun ini menginjak angka 30.


INTAN LADYANA mengaku dia takut untuk membawa atau membonceng motosikal.


Dia sudah lali dengan soalan 'bila akan kahwin?' dan jawapannya tetap sama; "Masih dalam perancangan, Insya-Allah tahun depan."

Soalan klise yang sudah dianggap tidak perlu ditanyakan lagi kerana baginya andai sudah ada jodoh pasti akan sampai ke jinjang pelamin.

Tertanya-tanya adakah hubungan pasangan secocok Intan Ladyana dan Kamal Adli ini semakin retak memandangkan mereka sudah semakin jarang kelihatan bersama dan kisah cinta mereka juga tidak panas dibicarakan, Intan hanya tersenyum.

Kata pelakon filem Bini-Biniku Gangster itu, hubungan mereka masih berjalan lancar.

"Kami sibuk dengan kerja dan kalau ada masa kami akan berjumpa. Alhamdulillah kami masih kekal bersama sehingga sekarang," bicara Intan yang kini sedang dalam proses penggambaran filem Pada Suatu Cinta Dahulu arahan Hashim Rejab.

Kekecewaan Rahim Maarof

Posted:

Kekecewaan Rahim Maarof

Kekecewaan Rahim Maarof

Oleh HARYATI KARIM


KONSERT mini Rahim Maarof, Gigit yang bakal diadakan pada 6 Mei ini di Rum Jungle, Kuala Lumpur akan menyaksikan penyanyi itu ditemani oleh pemuzik profesional.


Penyanyi popular sekitar tahun 90-an Rahim Maarof bakal kembali menyanyi di kelab malam bagi menjayakan konsert mini yang diberi nama Rahim Maarof, Gigit yang akan diadakan di Rum Jungle, Kuala Lumpur pada 6 Mei depan pada pukul 10 malam.

Akuinya yang ditemui pada majlis sidang akhbar tersebut, ia merupakan persembahan pertamanya di kelab malam selepas 20 tahun meninggalkan pentas kelab malam.

Rahim Maarof yang cukup terkenal dengan lagu Shakila dan Istana Menanti juga sempat meluahkan rasa kecewanya apabila lagu ketuhanan dendangannya bersama Caprice berjudul Tuhan Tolonglah kurang dimainkan di corong radio tempatan meskipun sudah dua tahun lagu itu dirakamkan.

Kosmo!: Rahim Maarof memang terkenal dengan lagu rock mengapa beralih kepada lagu bergenre ketuhanan pula?

RAHIM MAAROF: Lagu tersebut telah lama dirakamkan, bagi saya tidak salah untuk saya menyanyikan lagu ketuhanan kerana ia merupakan mesej yang ingin saya sampaikan buat anak muda.

Bagaimana pula dengan sambutan peminat terhadap lagu ketuhanan itu?

Video lagu itu telah dimuat naik ke laman perkongsian video YouTube, pada mulanya hanya 40,000 orang menontonnya dan sekarang sudah cecah 80,000 orang. Saya kira itu satu jumlah yang cukup besar tetapi saya kecewa kerana lagu itu kurang dimainkan di stesen radio.

Maknanya lagu itu tidak mendapat tempat di stesen radio?

Saya ikuti semua stesen radio yang ada di Malaysia dan saya dapati mereka kurang memainkan lagu itu. Apa salahnya jika sebelum atau selepas azan mereka memutarkan lagu tersebut.

Selepas ini adakah anda akan muncul dengan lagu ketuhanan lagi?

Saya tidak boleh berjanji tetapi kalau ada peluang apa salahnya. Tidak lama lagi saya akan muncul dengan sebuah lagu single terbaharu yang akan didendangkan pada konsert mini di Rum Jungle. Apa tajuknya dan bagaimana lagunya saya tidak boleh beritahu sekarang.

Kenapa baharu sekarang anda mengadakan konsert mini?

Saya seorang penghibur dan sudah rancang lama untuk mengadakan konsert mini cuma tahun ini peluang itu muncul. Bagi saya tahun ini merupakan masa yang sesuai.

Berapa buah lagu yang akan didendangkan pada malam itu?

Saya akan mendendangkan sebanyak 15 buah lagu untuk persembahan selama dua jam, tetapi biasalah pasti akan ada permintaan lagu tambahan, jika itu berlaku selagi saya terdaya saya akan nyanyi untuk peminat yang hadir.

Sudah lama tidak muncul dalam industri seni, yakin ramai peminat yang akan hadir pada 6 Mei depan?

Sasaran peminat yang datang adalah 700 orang dan lokasi konsert mini boleh memuatkan 1,300 orang dalam satu-satu masa. Setakat ini sambutan amat menggalakkan. Buat peminat yang ingin menyaksikan konsert mini saya jangan lupa dapatkan tiket berharga RM53 dan RM63 menerusi laman sesawang www.ilassotickets.com atau hubungi talian 03-7957 6088.

Nicky terkejut dicium Madonna

Posted:

Nicky terkejut dicium Madonna

Nicky terkejut dicium Madonna


NICKY MINAJ


SELEPAS sekian lama berdiam diri akhirnya penyanyi unik, Nicky Minaj telah mengeluarkan kenyataan tentang insiden dirinya yang bercium dengan penyanyi veteran sensasi, Madonna pada persembahan separuh masa kejohanan Super Bowl di New York pada Februari lalu.

Nicky, 29, mengakui dia agak terkejut apabila dicium oleh bintang tersohor berusia 53 tahun itu.

"Saya tidak merancang untuk bercium dengan Madonna pada persembahan itu," ujarnya ketika muncul dalam program bual bicara The Graham Norton Show baru-baru ini.

"Saya sungguh terkejut apabila Madonna tiba-tiba mencium saya sedangkan saya tidak menciumnya semula. Saya tidak menjangka itu akan berlaku dan saya sungguh terperanjat seperti juga semua penonton yang menyaksikan persembahan tersebut," ungkapnya.

Tambah Nicky: "Saya menggeletar dan terdetik dalam hati, 'Adakah ini (dicium Madonna) benar-benar berlaku, kenapa dia buat begini?' Ia sesuatu yang pelik dan bibir Madonna sangat lembut."

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Berdiam diri lebih baik

Posted: 22 Apr 2012 07:40 AM PDT

MELIHATKAN angin perubahan yang melanda rakan artis seangkatan dengannya, Julia Ziegler, 28, juga sudah bersedia untuk mengikut jejak mereka. Bagaimanapun, bukanlah dalam masa yang terlalu hampir untuknya mengenakan hijab kerana dia perlu membuat persediaan secukupnya sebelum melangkah ke fasa baru dalam hidupnya.

Katanya, dia puas menikmati zaman remaja ketika menimba ilmu di Amerika Syarikat dan dia juga sudah mengecapi populariti lalu tiba masanya dia memikirkan kehidupan yang lebih bererti kerana kehidupan di dunia ini hanyalah sementara.

"Saya akan ke Makkah mengerjakan umrah bersama mama (Saminah Subari, 67), pada 16 Jun ini selama 11 hari dan sebelum menjejakkan kaki ke rumah Allah itu, saya membuat persediaan dengan bertanyakan kawan-kawan yang pernah ke sana dan membaca buku agama. Rasa tak sabar nak pergi kerana buan semua orang berpeluang menjadi tetamu-Nya.

"Setibanya di sana nanti, saya akan menumpukan seluruh jiwa raga saya dengan beribadah kepada-Nya. Antara doa yang akan saya panjatkan di Jabal Rahmah, semoga Dia mempertemukan saya dengan lelaki yang baik dan beriman agar dapat membimbing saya ke jalan yang diredai.


"Hati saya sangat tersentuh dengan kata-kata seorang teman, jika kita mengejar dunia, kita akan mendapat dunia semata-mata tetapi kalau kita mengejar akhirat, kita akan dapat kedua-duanya sekali iaitu dunia dan akhirat.


"Saya bersyukur kerana Allah membuka pintu hati saya untuk bermuhasabah diri memikirkan semula perjalanan hidup yang dilalui sepanjang 28 tahun saya menghirup udara di bumi ciptaan-Nya yang indah ini. Asas agama sudah ada, apa yang perlu saya lakukan sekarang mendalami ajaran Islam dan mencari maksud di sebalik agama yang suci ini.

"Doakan saya selamat pergi dan sekembalinya saya nanti, apa jua ketentuan-Nya akan saya terima dengan hati terbuka. Apapun perubahan yang berlaku, barangkali itulah yang terbaik buat saya.

"Saya suka melihat rakan yang sudah mengenakan hijab. Mereka bukan saja berubah imej dan penampilan, bahkan pertuturan serta tingkah juga berbeza daripada dulu," katanya.

Julia yang nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler sudah enam tahun menjadi anak seni dan dalam tempoh itu, pelbagai suka duka dilaluinya. Berbekalkan ketabahan dan kesabarannya serta sokongan keluarga, dia tegar menempuh arus cabaran.

"Saya amat memahami rentak dunia seni, oleh itu saya tidak pernah ambil peduli dengan kata-kata orang. Kalau saya tak buat kenapa saya perlu gentar?

Bagaimanapun saya akui, tiada lagi privasi kerana apabila sudah menjadi orang terkenal, semua orang mahu tahu mengenai saya.

"Tetapi paling banyak yang diperkatakan tentulah perkara buruk dan kawan-kawan lama pun mengata saya. Bagi mencari kekuatan dan ketenangan, saya ikut 'jalan' hidup saya sendiri kerana kalau saya membalas cakap-cakap mereka pun bukannya mereka akan berhenti bercakap pasal saya. Lagi pun kenapa nak 'stress' dengan cerita yang tidak benar sama sekali, kalau betul kita buat lainlah.

"Ada kala berdiam diri adalah penyelesai masalah yang terbaik. Ketika saya mula berlakon dulu, saya banyak diberikan watak jahat dan agaknya mereka fikir watak saya dalam drama sama dengan di luar. Sebab itulah saya sering menjadi mangsa fitnah. Saya tak pergi lagi ke pusat hiburan kerana bagi saya masa untuk berseronok sudah berlalu.

"Saya perhatikan juga berita rakan artis yang disiarkan dalam media dan saya lihat ini mereka ini gemar sangat membalas balik kenyataan yang akhirnya memakan diri mereka sendiri," katanya.

Misalnya jelas Julia, kesnya dengan seorang yang menuduhnya bukan-bukan, dia sedikit pun tak ambil kisah kerana tahu dia tak bersalah tetapi selagi dia tidak minta maaf dengannya, dia tidak akan memaafkan kesilapannya.

"Saya tak ada masalah pun dengan dia tetapi dia yang cari pasal dengan saya.
Baru-baru ini, ada terserempak dengan dia pada ABPBH2011 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011) tetapi saya buat macam tak nampak.

"Sepatutnya dia sebagai artis senior menunjukkan teladan yang baik kepada artis baru. Tolong-menolong sesama sendiri, barulah industri boleh maju. Ini dia pula yang melebih-lebih," katanya.

Julia baru saja selesai penggambaran filem Psiko arahan Namron terbitan Film Macca. Ia berkisar kepada seorang kanak-kanak yang didera ibunya sejak kecil dan apabila besar menjadi pembunuh.

Satu lagi filem baru lakonannya yang akan ditayangkan, Man Sewel Datang KL terbitan Work Move Production Sdn Bhd. Filem genre komedi itu karya Rahman Adam dan turut menampilkan Razali Hussein, Rosnah Mat Aris dan Fida Ibrahim.

"Sehingga ke hari ini, saya belum mendapat watak mencabar bermain dengan emosi yang hebat. Misalnya seorang wanita yang luarannya kelihatan tenang, namun dalam jiwanya penuh dengan pergolakan. Setiap ketika dia berada dalam tekanan.
Saya sudah biasa sangat diberikan watak ringan, remaja dan gila-gila.

"Saya perlu membuktikan kepada penonton yang saya boleh buat lebih daripada itu kerana sebagai pelakon, saya rasa bakat lakonan saya belum benar-benar diuji. Belum ada pengarah yang berani memberikan watak berat kepada saya sedangkan saya sudah bersedia untuk mencuba," katanya.




Bayaran masih rendah

Posted: 22 Apr 2012 07:17 AM PDT

ISU membabitkan soal bayaran rendah antara stesen TV kepada produser tempatan sudah menjadi barah yang sekian lama belum menemui penawarnya.

Permasalahan ini sebenarnya sudah banyak kali dibangkitkan Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) yang mengajukan persoalan ini kepada pelbagai pihak bertanggungjawab.

Presiden PTVM, Jurey Latiff Rosli berkata, pihaknya berusaha mencari jalan penyelesaian ini dengan mengadakan pertemuan bersama pihak stesen TV termasuk kementerian berwajib. Namun, apa yang menyedihkan jawapan dicari gagal.

"Saya sendiri banyak kali berjumpa pihak stesen TV sama ada RTM, Media Prima Berhad (MPB) mahupun Astro tetapi tiada sebarang respons diberikan mereka.

Masalah sama juga saya bawa kepada pengetahuan pihak Kementerian Kewangan kerana bajet stesen RTM datang daripada kementerian ini.

"Pihak kementerian ini menasihatkan pada PTVM agar menghantar kertas cadangan kepada RTM untuk membuat kajian mengenai isu ini sebelum ia dibawa ke peringkat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan seterusnya kepada Kementerian Kewangan.

"Namun, sehingga hari ini tiada tanda positif yang dapat menyelesaikan masalah ini. Isu ini dianggap besar kerana ia membabitkan ramai pihak antara produser TV termasuk kru produksi dan penulis skrip.

"Apa yang berlaku, ramai pihak terdiri kru produksi menekan dan menyalahkan produser kerana bayaran diterima mereka masih rendah. Dalam menyelesaikan masalah ini, kita tidak boleh salahkan produser saja, apatah lagi stesen TV juga tidak boleh fikir sekadar mencari untung," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Jurey berkata, tekanan kru produksi pada produser sudah berlarutan sejak 17 tahun lalu apabila bayaran diterima masih sama walaupun taraf hidup penduduk negara ini semakin meningkat.

"Apabila kru bertanyakan perkara ini kepada produser, pihak produksi pula menyalahkan stesen TV kerana memberikan bajet rendah. PTVM sebenarnya ada juga meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memanggil semua pihak hadir pada satu sesi dialog.

"Sepatutnya, sesi dialog ini penting dalam melihat isu atau masalah dikemukakan sama ada berasas atau tidak sebelum tindakan susulan diambil.
Jangan hanya tutup pintu dan berdiam diri sebagai jalan penyelesaian.

"Surat cadangan mengadakan sesi dialog ini dihantar PTVM pada pertengahan tahun lalu tetapi tiada maklum balas daripada mereka. Saya sendiri hairan mengapa cadangan ini tidak dipandang serius," katanya.

Dalam meneliti masalah ini secara mendalam, Jurey berpandangan, produser bukan hanya mahu mengaut untung tetapi masih menitikberatkan kebajikan kru produksi
sebagai pekerja.

"Adanya sesi dialog, mungkin tindakan seterusnya seperti memorandum persefahaman (MoU) dapat diadakan untuk mengkaji semua harga dan bayaran stesen TV ini.

"Seperti Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), mereka mempunyai kadar harga ditetapkan untuk bayaran pada kru produksi tetapi produser tidak dapat ikut kerana mereka sendiri menerima bayaran rendah daripada stesen TV," katanya.

Sebagai wakil persatuan dan orang tengah antara produser dan kru produksi, Jurey percaya pengenalan garis panduan penting dalam mengawal isu ini tidak lagi menjadi masalah besar.

"Apa yang pihak PTVM minta pada kerajaan menerusi KPKK dan stesen TV bukan kepentingan sendiri. Prosedur dan pelaksanaan undang-undang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini dengan berkesan.

"Apa yang berlaku, stesen TV terus meraih untung setiap tahun, sebaliknya bayaran sepatutnya perlu diutamakan selari hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat negara ini.

"Selepas isu ini dihebahkan menerusi akhbar, saya sendiri akan mengadakan perbincangan dengan ahli jawatankuasa PTVM untuk merancang langkah seterusnya.
Malah, PTVM berhasrat mengadakan pertemuan dengan Profima dalam masa terdekat," katanya.

Perbincangan lain turut dibangkitkan PTVM adalah soal hak cipta produser terhadap drama atau telefilem mereka. Jurey menyatakan, masih ramai produser menghadapi masalah ini apabila masyarakat beranggapan produser menjadi kaya apabila drama mereka disiarkan berulang kali.

"Hakikatnya, produser hanya menerima sekali bayaran dan masalah ini merujuk pada kontrak antara stesen TV dengan produser itu. PTVM bertindak bukan atas aduan tetapi ini adalah perjuangan semua untuk memajukan industri drama TV.

"Saya yakin jika sesi dialog ini diadakan, ia mampu meraih sambutan ramai produser untuk hadir. Pada sesi taklimat Spesifikasi Teknikal di Angkasapuri, baru-baru ini, saya ada usulkan idea mengadakan sesi dialog ini tetapi tiada jawapan daripada pihak RTM.

"SKMM sepatutnya menjadi orang tengah dalam menyelesaikan isu ini kerana stesen TV swasta berada di bawah akta mereka. Seperti Skim Wajib Tayang yang membuat garis panduan menetapkan filem tempatan ditayangkan dua minggu.

"Persoalannya, jika garis panduan seperti skim ini tiada, apakah pihak pawagam akan menayangkan filem tempatan dalam tempoh itu? Ketika ini RTM memberikan bayaran paling tinggi antara RM110,000 untuk telefilem manakala stesen swasta RM85,000 sehingga RM95,000.

"Tidak dinafikan RTM memberi bayaran tinggi kerana mereka mendapat peruntukan kerajaan. Namun, kami berharap bayaran ini dapat diselaraskan kerana produser hanya menerima bayaran selepas empat bulan sebagai untung," katanya.