Adsense

Selasa, 27 Mac 2012

Celebrity News

Celebrity News


Hot News : Instagram for Android

Posted: 27 Mar 2012 10:59 AM PDT




Dear android user! Are you jealous watching over your friend iOS (Apple) put a hip of instagram application? It time for you to put a smile, when Instragrame has officially opened a registration/sign-up page for those who enthutiasm to have this application on their android.

However, they are not yet release to public on which version of android will able to run their application. But it worth of trying? Why not? Give a bump, sign up now!

Alihbahasa Melayu (terdapat perbezaan isi kandungan)

Buat pengguna android! Perisian instragram yang sebelum ini hanya boleh di dapati di iOS (Apple) akan menembusi sistem android. Mungkin ada yang sebelum ini hanya membeli iPhone semata-mata untuk mendapatkan aplikasi ini, tapi dengan berita daripada pihak instragram, pasti membuat semua pengguna android tersenyum.

Aplikasi instragram telahpun memulakan proses pendaftaran untuk instragram dan anda boleh mula mendaftar. Akan tetapi, pihak mereka masih belum memaklumkan versi manakah yang bakal menyokong aplikasi mereka. Tak rugi mencuba, daftar sekarang









Sumber :on9Media
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Air Kencing Saiful Apek Dan Rakan Positif Kanabis !!

Posted: 27 Mar 2012 10:42 AM PDT

Ini berita terbaru yang ZoOM baca mengenai pelawak terkenal,Apek yang dikaitkan dengan pengambilan dadah baru-baru ini. Dan keputusan yang diterima melalui portal berita online (Mstar) seperti dibawah.


ZoOM malas nak cerita panjang lebar....anda baca dan Komenlah sendiri !!!!

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini diberitahu air kencing pelakon komedi popular Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek, dan tiga rakannya, disahkan positif kanabis 
Juruteknologi makmal perubatan Israfel Ismon berkata beliau memperoleh keputusan itu selepas melakukan ujian pengesanan dadah terhadap air kencing Saiful Apek, 42, serta Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28. 
Beliau berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad pada perbicaraan kes keempat-empat tertuduh yang didakwa
memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka. 
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010 mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan. 
Israfel, 54, yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, turut memaklumkan bahawa proses ujian itu mengambil masa tiga hari.
Bagaimanapun, saksi kelima pendakwaan itu berkata beliau tidak ingat tarikh sebenar ujian tersebut, namun ia dilakukan antara 26 Jun hingga 17 Ogos 2010.
 

Kepada soalan lain, Israfel berkata ketika melakukan ujian itu, beliau tidak pernah mengalami kejadian tertukar sampel air kencing.
Saiful Apek serta tiga rakannya diwakili peguam Zambri Idrus dan Mohd Fadli Hashim.Perbicaraan di depan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid disambung 10 Mei depan.-BERNAMA
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Pengantin Alam Barzakh

Posted: 27 Mar 2012 10:39 AM PDT

RISIK.......TUNANG......HANTARAN

Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..

Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..

Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..

Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..

Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..

Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu.. ??

Pernahkah taubat sepanjang hayat.. ??
Atau terkubur bersama dosa-dosa... ??

Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Awal Tidak Benarkan Scha Peluk Lelaki Selepas Berkahwin !!

Posted: 27 Mar 2012 10:24 AM PDT

Kepada artis-artis atau jejaka tampan diluar sana, jangan harap nak kena peluk atau memeluk Scha lepas beliau kahwin nanti. Ini kerana syarat yang awal kenakan kepada Scha lepas kahwin :

1. DILARANG MEMELUK LELAKI !!!!

Dan artikel beliau :

"Apabila bergelar isteri, semestinya dia (Scha) perlu menjaga nama baik suami dan keluarga kedua-dua belah pihak.
 
"Jadi, terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti iaitu biarlah tawaran watak yang diterima sesuai dengan status isteri yang dibawanya. 
"Kalau boleh saya tak mahu dia berpelukan dengan lelaki lain, nampak kurang manis," katanya selepas sidang media pengumuman tarikh perkahwinan mereka di Ampwalk, Jalan Ampang di sini, Selasa.
2. PERLU PULANG SEBELUM PUKUL 12 MALAM


3. TIDUR BERSAMA SUAMI WALAU APA KEADAAN SEKALIPUN....



Tetapi ini jawapan Scha apabila ditanya mengenai syarat Awal :)

Hahaha! Saya pun tak tahu yang dia mahu saya lebih memilih watak selepas berkahwin nanti. Bagaimanapun itu bukannya satu masalah pun.
"Sebagai isteri, saya perlu mengikut kata-katanya nanti. Cuma saya harap, Awal dapat menjaga saya seperti mana dia menjaga keluarganya," tutur Scha sambil memberikan senyuman kepada bakal suaminya itu.
Pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 4 Mei depan di Hotel Pullman, Putrajaya.


Dan majlis resepi pada 6hb Mei di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Senarai Filem Yang diharamkan oleh FINAS

Posted: 27 Mar 2012 09:20 AM PDT


Filem 1: BERAK KHAS THE MOVIE

Filem ini mengisahkan sekumpulan polis yang suka makan rasuah dan suka mengacau anak dara ketua kampung. Kecerempetan polis-polis ini amatlah memalukan sehingga mereka tanpa segan silu melakukan aksi-aksi kurang ajar menyebabkan mereka dibuang kerja beramai-ramai. Filem ini diharamkan kerana menayangkan aksi polis-polis tersebut berak di depan opis mereka setelah dibuang kerja.

Filem 2: PUTERI GUNUNG LADANG-Sebuah Cinta Jagung

Hang Buah telah ditugaskan oleh Sultan untuk pergi meminang Puteri Gunung Ladang di sebuah ladang ternakan itik yang menjadi tempat tinggal puteri tersebut. Didalam perjalanan untuk peminangan, Hang Buah telah mengalami beberapa kejadian dasyat seperti diserang biawak tropika, terlanggar tunggul kayu, terjatuh semasa mengambil konar baring, termengorat nenek tua yang sedang 'melepas' dan akhir sekali tersepak kura-kura yang sedang melintas. Apabila Hang Buah sampai di ladang tersebut alangkah terkejutnya kerana Puteri tersebut telah meletakkan syarat-syarat peminangan yang dasyat sehingga Hang Buah mati akibat dari rasa terkejut. Filem ini diharamkan kerana memaparkan aksi Hang Buah mengorek hidung kemudian dicalitkan di tangan Puteri tersebut.

Filem 3: BERMOTOR KE LANGIT

Filem arahan Badu Hj Azmu ini mengisahkan seorang mamat yang suka lepak ditepi laut sehinggalah dia menemui seekor ikan dugung kemudian dia memelihara dugung tersebut. Selepas 5 tahun dia memelihara dugung itu dia pun melepaskan dugung itu kembali ke laut. Kemudian cerita ni pun habis. Filem ini diharamkan kerana pihak FINAS tak paham langsung apa sebenarnya motif filem ini.

Filem 4: TAK ORI TAPI PIRATE (TOPI)

Filem ini diharamkan terus sebelum memulakan rakaman kerana ia memaparkan kisah P.Ramlee(lakonan Ramli Beger)menjual CD pirate kepada Haji Bakul(lakonan Udo Ocean) kemudian Hj Bakul menengok CD tersebut bersama Labu(lakonan sapa ntah) sehinggalah A.R Trompet(lakonan A.R Badut) perasan yang CD itu adalah CD cetak rompak yang dijual oleh P.Ramlee... Cerita ini berpusing-pusing selama 2 jam sehinggalah anda akan melihat satu babak yang menjijikkan iaitu babak Naza Aziz (lakonan Naza Aziz) menguap sambil ternganga.

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Daus AF8 Menafikan Kahwin Secara Senyap Di Thailand Dengan Pegawai Bank

Posted: 27 Mar 2012 09:07 AM PDT



Ops !!!!! Biar Biar betul gossip panas yang tersebar ni ? petang tadi baru terbaca seorang artis program realiti berkahwin di Thailand dengan seorang pegawai Bank. Dan boleh dikatakan berita terbaru ini sebagai "Sudah terang disuluh la pulok" !!!.


Kalau betullah kisah perkahwinan Daus, Tahniah ZoOM ucapkan..


Tetapi empunya diri tampil menjawap gossip panas mengenai beliau sudah berkahwin di Thailand .


Daus atau nama sebenarnya Muhd Shahril Firdaus Eli, 24, berkata perkara itu benar-benar mengejutkannya.
"Ia adalah tuduhan yang tidak betul. Saya sendiri terkejut kerana pertama kali mendengar cerita ini."Tak mungkin saya akan bernikah senyap-senyap kerana sumber kewangan dan kerjaya saya sendiri pun masih belum kukuh."Lagipun urusan nikah kahwin adalah perkara besar dan baik. Saya ini artis takkan hendak rahsiakan atau membelakangkan keluarga dan masyarakat dalam hal ini,"
Penyanyi lagu Kenapa itu berkata dakwaan seumpama itu sangat mengecewakan bagi artis baru sepertinya yang selama ini bersih daripada kontroversi.
"Saya berasa sedih dan kecewa dengan tuduhan ini. Bukan sahaja ia memalukan malah akan mengecilkan hati banyak pihak juga."Selama dua tahun jadi artis, ini kali pertama saya dikaitkan dengan
kontroversi yang besar. Saya tak tahu nak cakap apa lagi," katanya.

Daus menambah, dia tidak menolak kemungkinan tuduhan itu disebarkan oleh individu yang iri hati atau marah kepadanya.

"Saya bukan hendak tuduh sesiapa tapi apabila perkara ini tersebar, ia mungkin dilakukan oleh orang yang pernah rapat dengan saya."Mungkin juga bekas kekasih yang marah kepada saya sehingga menyebarkan cerita ini. Ia tidak mustahil," katanya.
Sumber

ZoOM : Kalau betul pun apa salahnya cuma kena mengaku je...Kalau belum, kumpul duit dulu baru kahwin nanti siapa nak bagi makan anak orang !!!

APA KOMEN ANDA ??

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gambar Terbaru Ally Iskandar & Farah Lee Dan Luahan Farah Lee Di Blog Beliau

Posted: 27 Mar 2012 08:42 AM PDT

Walaupun berjauhan hati dan sayang hanya untuk abang Ally seorang, Sorry Yer peminat Ally Iskandar, ZoOM sekadar ingin berkongsi serba sedikit mengenai kisah terbaru pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan ini.


Hari demi hari berlalu sudah lebih dua bulan pasangan ini berkahwin, masa yang ada jika mereka bersama sudah tentu akan digunakan dengan sebaiknya. Mungkin ada diantara anda yang masih tidak mengetahui bahawa isteri Ally masih belajar di luar negara, namun Ally masih berada di Malaysia kerana terikat dengan kerja beliau.


Tanpa melengahkan masa berikut ZoOM "Copy and Paste" luahan seorang isteri kepada seorang suami :

sudah masuk dua bulan perkahwinan kami. alhamdulillah, masih rasa keberkatan mereka yang banyak mendoakan kesejahteraan rumah tangga kami. harapnya doa itu tiada berhenti. amin.. perkataan 'sudah dua bulan' atau 'baru dua bulan' kadang datang silih berganti. 'sudah dua bulan' tapi aku masih rasa seperti baru semalam berkahwin, kebahagiaan jelas terasa (waaa.. suami kat malaysia, aku kat korea ㅠ.ㅠ). 'baru dua bulan' tetapi banyak yang telah aku pelajari dari perkahwinan ini, dan masih belajar. 
kalau dulu... semua benda yang aku buat, aku post dan comment kat facebook, cara pergaulan, ikut suka hati anak angkat kucing aku je. selepas berkahwin, aku mula sedar yang aku melambangkan suami aku dan dia melambangkan aku. kami kan 'satu' ;) aku perlu lebih berhati-hati dengan apa yang aku buat dan tulis demi menjaga nama baik dan maruah suami aku. sebenarnya, sebelum kahwin pun aku memang perlu berhati-hati dalam percakapan (itu pesan Allah).

kalau dulu... aku hanya seorang student, sekarang tidak lagi. jadual tidur yang tidak teratur dan keterlibatan yang aktif dalam aktiviti-aktiviti keramaian menyebabkan aku sering lupa untuk menjaga kesihatan diri. aku petik kata-kata suami aku, "now, you're not just a student. you're now a student, a wife and a soon-to-be mom. please take care of your health" (jangan speculate, masa entry ini ditulis, penulis masih berbadan satu ;p). 
kalau dulu orang yang paling risau tentang kesihatan kita ialah ibu bapa, sekarang orang yang lebih risau adalah suami. aku perlu belajar untuk jaga kesihatan diri, persiapkan mental, fizikal dan emosi untuk 'membawa orang' (kena tambah berat badan niiiii..). jadi, kuranglah sikit risau suami kita tu kalau isterinya pandai jaga diri.
Sumber : Blog Farah Lee


Semoga pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Kisah Pelajar Perubatan

Posted: 27 Mar 2012 08:14 AM PDT

Sekadar Hiasan

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....



"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk.....

SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Surat Untuk Isteri Tersayang

Posted: 27 Mar 2012 08:01 AM PDT

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 27 Mac 2012

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Akhirnya bersatu

Posted: 26 Mar 2012 04:06 PM PDT

Hip

Sam kenali Wawa lebih dekat lagi menerusi filem terbaru

KEDUA-DUANYA pernah menghiasi dada akhbar gara-gara gosip kononnya mereka sedang hangat berkasih. Maklum saja, apabila ia membabitkan kisah cinta Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABBPBH) 2011, Shaheizy Sam, siapa yang tidak ingin membacanya?

Gosip terbabit juga sedikit sebanyak mempopularkan lagi nama Wawa Zainal, si manis yang turut bernaung di bawah pengurusan MIG Talents, yang kini mula menyerlah menerusi beberapa filem seperti Sumpahan Kum Kum dan Hantu Dalam Botol Kicap.

Masing-masing juga sudah pun membuat penafian, seterusnya menjelaskan kedudukan sebenar. Namun, pasangan ini akhirnya bersatu juga, walaupun hanya dalam filem. Mereka akan berlakon bersama dalam Kisah Paling Gangster arahan Brando Lee, terbitan B&L Kreatif dengan kerjasama Metrowealth Pictures.
Mengaku digandingkan secara kebetulan, Sam mahupun Wawa bagaimanapun menganggap amanah diberikan itu tetap tanggungjawab yang cukup besar dan akan dilaksanakan sebaik-baiknya.

Sam juga memberitahu, tentunya peluang terbabit akan digunakan untuk dia mengenali rakan lakon berusia 21 tahun dari Lahad Datu, Sabah, itu dengan lebih dekat lagi.

"Sebenarnya saya tidak terkejut dengan gandingan ini. Pada masa sama, saya tidaklah berasakan pihak produser mengambil kesempatan atas gosip membabitkan kami. Sebaliknya saya tahu MIG akan sentiasa mengambil pendekatan menggandingkan kesemua pelakon di bawah naungannya untuk apa-apa saja filem terbitan mereka.
"Mungkin selama ini, jika ada yang menyangka saya betul-betul punya hubungan dengannya, ia perkara yang tidak mustahil. Apabila saya diberi peluang berlakon dengan sesiapa saja, saya akan cuba mengenali orang itu dengan lebih rapat lagi.

"Jika saya tidak ada inisiatif mengenalinya dan ada rasa malu, susahlah untuk kita bekerjasama. Saya pernah berdepan dengan situasi seperti ini. Daripada pengalaman berlakon bersama, saya boleh rapat dengan seseorang, seperti bersama Yana Samsudin serta beberapa pelakon wanita lain. Dengan Wawa pula, mungkin
inilah masanya saya harus mengenalinya," kata Sam.

Seperti biasa, Sam tidak malu untuk 'bercinta' dengan pasangannya dan percaya, 'cinta lokasi' wujud dalam industri perfileman tempatan.

"Bagi mendapatkan keserasian dengan lebih cepat, saya harus mendekati setiap pelakon. Saya akan ajak dia bersembang atau makan bersama, untuk dia lebih rasa selesa dan jika boleh, sentiasa duduk berembang dan berbincang.

"Saya percaya pada cinta lokasi, sebab bila membawa babak percintaan, saya sentiasa percaya yang saya sedang bercinta. Ada ketikanya saya percaya semua pelakon akan melakukan perkara sama, tetapi tidak boleh sehingga terkeluar daripada kenyataan yang dia hanya berlakon. Memang ada juga berlaku, dek terlalu mendalami watak, ia terbawa-bawa ke luar produksi," katanya.

Wawa pula sama sekali tidak takut dengan gosip percintaan mereka, memandangkan hati dan perasaan hanya boleh dikawal diri sendiri.

"Buat apa harus saya takut dengan gosip berkenaan kerana perasaan itu hanya boleh dikawal oleh kita sendiri. Jika kita kata tidak mahu, maka ia tidaklah berlaku.

"Walaupun saya harus bercinta dengan Sam dalam filem ini, namun saya tetap menghormatinya sebagai seorang ikon, idola dan abang yang akan mendidik saya. Inilah peluang untuk saya belajar dengannya.

"Bermula dari sesi bacaan skrip lagi saya sudah banyak bertanya kepadanya dan mendengar segala pendapat yang diberikan," katanya yang mengaku tidak sukar untuk mendapatkan keserasian bersama Sam memandangkan pelakon pujaannya itu sentiasa bersikap profesional, peramah dan merendah diri.

Filem Kisah Paling Gangster yang menjalani penggambaran bermula hari ini turut dibintangi Epy (Raja Lawak), Alex Yanz, Fyza Kader, Zul Suphian, Mikael Andre, Shajiry, Wan Hanafi Su dan Razib Salimin.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Eyka usaha bantu keluarga

Posted: 26 Mar 2012 06:29 AM PDT

GENIT tubuhnya tidak membayangkan gadis ini berusia 17 tahun. Sekali pandang, mungkin ramai menyangkanya pelajar tingkatan dua kerana selain berbadan kecil, Eyka Farhana memiliki raut wajah dan perwatakan cukup naif.

Nyatanya, tidak kira apapun bentuk fizikal atau angka usianya, anak jati Kuala Lumpur dilahirkan dengan nama Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, seorang gadis yang cantik. Kombinasi keayuan padanya membuatkan siapapun yang memandang pasti tak jemu sehinggakan ada yang menggelarnya 'Fazura Junior'.

Bila diperhatikan memang ada benarnya kesamaan yang diperkata. Justeru, timbul idea untuk menjadikan dia penghias muka depan Rentak Artis Popular (RAP) berkonsepkan dimensi dua wajah Eyka dengan karakter remaja serta transformasi kepada seorang wanita.

"Eyka tidak pernah terbabit dalam sesi fotografi seumpama ini. Terus-terang Eyka seorang yang ringkas dan tidak begitu suka bersolek tetapi hari ini Eyka sangat teruja dengan konsep 'glamorous' kerana Eyka nampak berbeza dan matang daripada usia," katanya mengunjungi Harian Metro, Khamis lalu.


Melangkah ke bidang seni tanpa pernah merancangnya, Eyka memanfaatkan peluang membintangi telefilem Cinta Pontianak Gua Musang selepas kawan ibunya minta dia mencuba.


"Eyka bermula dengan komersil tetapi tidak begitu aktif. Bagaimanapun tahun lalu, kawan Mama Eyka memberitahu produksi Cinta Pontianak Gua Musang mahukan pelakon segera tanpa perlu 'casting'.

"Tidak sangka semasa pertemuan dengan wakil produksi berkenaan, mereka setuju mengambil Eyka. Bertitik-tolak daripada drama itulah Eyka memperoleh tawaran membintangi drama bersiri Gemilang dan diikuti Juvana.

"Daripada Juvana barulah Eyka terasa impak apabila penonton mula mengenali Eyka. Kemudian, Eyka membintangi pula Sejadah Kaabah arahan Bade Azmi," katanya.

Bermula dengan rasa mahu mencuba pada awalnya, kini lakonan sudah dianggap satu pekerjaan buat Eyka untuk memperoleh hidup yang lebih terjamin sekali gus keluar daripada kesusahan sekeluarga selama ini.

"Ibu bekerja sebagai ejen insuran dan bapa seorang guru. Mereka bercerai masa umur Eyka empat tahun. Eyka ada empat beradik dan Eyka tinggal dengan Mama.

"Eyka ada seorang kakak kurang upaya. Dia jadi begitu akibat demam panas semasa berusia enam bulan lagi. Antara sebab Eyka berlakon, selain mudah dapat wang Eyka mahu bantu ibu.

"Dengan adanya duit sendiri Eyka tidak perlu susahkan ibu. Eyka boleh biayai persekolahan Eyka dan membantu dua adik. Dulu Eyka pendam perasaan untuk membeli apa-apa yang diinginkan kerana tidak mahu susahkan Mama yang penat mencari duit untuk sekolahkan kami termasuk jaga kakak.

"Tetapi sekarang, apa yang Eyka mahukan, Alhamdulillah Eyka sudah mampu memilikinya. Insya-Allah, kalau rajin sebulan bolehlah dapat RM5,000.

"Lagipun Eyka mula seronok dengan bidang ini tambahan pula bekerja sebagai pelakon macam tidak bekerja. Apapun, Eyka memasang impian untuk menjadi aktres yang berjaya," katanya.

Sedang hangat drama lakonannya Bunga Bunga Syurga ditayangkan di TV3 menerusi slot Zehra, jam 9 malam sejak 9 Mac lalu, dalam tempoh setahun Eyka sudah pun membintangi lebih 10 drama. Antaranya Puteri Pulau Tuba, Miang Buluh Keladi Birah, Ramadan Terakhir, Nur Ain, Naik Lif Turun Tangga, Jatuh Cinta dan Mencari Atirah.

Bagaimanapun dalam deretan judul yang diberi, Ramadan Terakhir dan Bunga Bunga Syurga paling mencabar kerana lari daripada kebiasaan tawaran yang diterimanya.

"Acap kali atau boleh dikatakan hampir semua drama Eyka menerima watak budak baik. Namun berbeza dengan Ramadan Terakhir kerana Eyka membawakan watak seorang anak kurang ajar.

"Manakala Bunga Bunga Syurga pula, Eyka melakonkan watak Emilia seorang anak yatim yang menjadi mangsa penderaan ibu saudaranya, Baidah. Baidah dilakonkan oleh Rozita Che Wan (Che Ta).

"Kesukarannya adalah untuk melakonkan watak didera itu sendiri selain perlu menangis. Bayangkan Che Ta sendiri menggigil untuk melaksanakan adegan itu kerana dia tidak sampai hati.

"Namun, demi menghasilkan lakonan yang 'real', Eyka membenarkan Che Ta memukul Eyka betul-betul. Eyka tidak kisah kalau sakit sedikit asalkan lakonan menjadi," katanya mengimpikan watak 'Superwoman'.

Bunga Bunga Syurga mengisahkan perjuangan seorang pemuda memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak dan menyelamatkan kehidupan tiga anak yatim piatu yang dipelihara oleh ibu saudaranya yang kejam selepas ibu bapa mereka mati dibunuh.

Emilia (Eyka Farhana), 17, Nadia (Eira Hazali), 13 dan Haziq (Daniel Hakim), 12, terpaksa diserahkan kepada bapa saudara mereka, Azmin (Hilal Azman), selepas ibu bapa mereka, Imran dan Mira mati dibunuh. Kematian Imran dan Mira masih misteri walaupun kes sudah bertahun berlalu.

Azmin sanggup menggalas amanah untuk memelihara anak-anak saudaranya tetapi isterinya, Baidah menerima dalam terpaksa. Apabila Baidah mengetahui Emilia, Nadia dan Haziq mewarisi harta jutaan ringgit, barulah dia tersenyum untuk menerima kedatangan mereka dan bermulalah episod hitam tiga beradik itu.

Tahun ini juga, penuntut Sekolah Perempuan Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur itu bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Akuinya, kalau ditanya soal sasaran dia mahu kesemua mata pelajarannya A.

"Kalau tanya pada Eyka berapa 'sasaran' untuk SPM memang tinggi tetapi Eyka tidak mahu berharap takut kecewa. Sejak menjadi pelakon, Eyka akui ada kalanya tertinggal pelajaran tetapi Eyka sentiasa berusaha mendapatkan info daripada teman-teman.

"Syukur, Eyka masih boleh membahagikan masa dengan baik. Penat memang penat tetapi selepas melihat hasil lakonan dalam televisyen, Eyka puas hati dan rasa berbaloi.

"Tiga bulan sebelum menghadapi peperiksaan, Eyka mahu mengurangkan aktiviti lakonan untuk memberi tumpuan kepada pelajaran," katanya mahu menumpukan sepenuh perhatian pada lakonan sebaik tamat pengajian.

Trivia Eyka

  • Bahagian tubuh atau muka disukai anda: Perut.
  • Aktor atau aktres yang diminati: Saya suka lihat muka Nora Danish sebab dia comel tetapi belum pernah bertemu dengannya.
  • Tabiat buruk Eyka: Gigit kuku, terutama sedang cemas atau ketakutan.
  • Mudah menangis apabila..: Kalau orang mengutuk atau menghina Eyka berlebih-lebihan
  • Perkataan wajib disebut setiap hari: Laparrrrr!!!!
  • Lagu yang diminati: Kesemua lagu Adele tetapi tiga yang paling suka Someone Like You, Rolling In The Deep dan Set Fire To The Rain.
  • Sudah berpunya atau belum: Sudah tetapi namanya biarlah rahsia lagipun kami terlalu muda untuk memperkatakan hal ini.
  • Jelaskan siapakah Eyka secara ringkas: Seorang yang banyak cakap, suka ketawa namun sangat mudah berubah 'mood'.
  • Mudah tertarik pada lelaki..: Yang tinggi, mengambil berat, tidak terlalu manja, faham kerja Eyka serta menghormati keluarga Eyka.
  • Mahu berjaya seperti: Datuk Siti Nurhaliza.


  • Muzik permainan video

    Posted: 26 Mar 2012 06:15 AM PDT

    TERSERGAM indah sebagai pentas berprestij mengangkat martabat seni teater dan muzikal, Istana Budaya (IB) terus mencuri tumpuan khalayak dengan pelbagai agenda persembahan sepanjang tahun.

    Bagi peminat teater, pementasan karya seni ini sudah menjadi lumrah dipentaskan di lokasi ini. Namun, ia berbeza jika peminat permainan video pula mengambil kesempatan hadir dan berhibur dalam acara yang diadakan.

    Apa yang menarik perhatian, IB turut menjadi pilihan penganjur untuk mengadakan acara berlainan seperti Video Games Live (VGL) yang akan diadakan selama dua hari bermula 26 Mei nanti, jam 8 malam.

    Acara khusus untuk peminat permainan video ini menyaksikan komposer video terkenal, Tommy Tallarico kembali menganjurkan acara sama yang pernah diadakan dua tahun lalu.


    Menariknya, acara bertaraf konsert ini memberi hiburan kepada peminat menerusi persembahan Orkestra Simfoni Kebangsaan yang mencipta semula muzik permainan video terbaik.


    Ini menjadi konsert pertama memainkan muzik daripada permainan video terkenal seperti Super Mario dan Final Fantasy selepas mendapat sambutan 11,000 pengunjung pada persembahan pertama di Hollywood Bowl, Amerika Syarikat pada 2005.

    Memberi tarikan, persembahan digabungkan dengan rakaman video eksklusif bersama susunan muzik, penata cahaya, penghibur solo, perkusi elektronik dan segmen interaktif yang memberi pengalaman multimedia.

    Acara ini dianjurkan ZI Production Sdn Bhd dan GEM Impact Sdn Bhd dengan kerjasama IB menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Persatuan Pancaragam Malaysia dan CosPlay-Fun Malaysia.

    Presiden GEM Impact merangkap komposer, Norihiko Hibino berkata, persembahan muzik permainan video bersama pemuzik orkestra suatu yang menarik untuk dikongsi bersama peminat yang jarang dipertontonkan.

    "Ia suatu yang berbeza dan bukan hanya persembahan muzik semata-mata tetapi bagaimana pelarasan kedua-dua muzik itu apabila bergabung. Adanya persembahan sebegini, ia mampu menjadi suatu produk kepada Malaysia untuk dianjurkan lagi pada masa akan datang.

    "Malah, acara ini seperti festival yang memberi peluang kepada peminat bertemu sama sendiri dan berkenalan. Menariknya, acara ini menemukan peminat 'anime', komik dan permainan video," katanya pada sidang media acara itu diadakan di IB, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Pengerusi ZI Production, Datuk Zulkifli Ishak menyatakan, penganjur bersikap optimistik mengadakan acara ini sebagai platform khusus untuk peminat permainan video. Penganjur melihat potensi acara ini boleh dikembangkan di lokasi berlainan termasuk luar negara seperti Thailand dan Indonesia.

    "Peminat boleh menyatakan pandangan mengenai muzik permainan video yang ingin mereka saksikan nanti. Penganjur sendiri sebelum ini merancang menganjurkan acara sama tahun lalu tetapi faktor lokasi persembahan dan jadual artis yang terbabit memberi kekangan," katanya.

    Bersama memeriahkan acara ini, peminat berpeluang terbabit dalam pertandingan kostum interaktif, pertandingan permainan video, sesi bertemu komposer dan pereka video terkenal termasuk segmen interaksi bersama permainan video Space Invaders dan Frogger. Senarai muzik baru dan video yang akan dipersembahkan antaranya Mario, Zelda, Halo, Metal Gear Solid, Warcraft, Myst, Final Fantasy dan Kingdom Hearts.

    Persembahan medley Classic Arcade juga diadakan memainkan muzik permainan video seperti Pong, Donkey Kong, Dragon's Lair, Tetris, Gauntlet, Space Invaders dan Outrun.

    Tiket bermula pada harga RM95 sehingga RM295 boleh dibeli menerusi laman sesawang, www.ticketpro.com.my atau hubungi Ticket Pro, 03-7880 7999. Peminat di Lembah Klang juga boleh membeli tiket di cawangan Music Valley, Guitar Store, Rock Corner One Utama, The Curve, Subang Parade dan The Gardens serta Victoria Music Centre di Sungei Wang, Bangsar dan Tropicana City Mall.

    Tiket juga dijual di cawangan The Pfaggs Agency, Johor Bharu manakala maklumat lanjut boleh melayari www.videogameslive.com.



    Kosmo Online - Hiburan

    Kosmo Online - Hiburan


    Lebih senang hidup solo

    Posted:

    Lebih senang hidup solo

    Lebih senang hidup solo

    SETELAH lama hidup bersendirian tanpa lelaki bergelar suami di sisi, figura ibu tunggal moden yang dikenali ramai sebagai Rozita Che Wan ini mengakui dia lebih selesa dan senang menerajui diri sendiri daripada hidup berpasangan buat masa ini.

    Namun walaupun dia hampir mencecah umur 40-an, dengan dikurniakan rupa paras serta bentuk badan yang masih memukau pandangan, ternyata sudah pasti diri Rozita turut menjadi idaman lelaki tidak terkecuali yang lebih muda daripada dirinya.

    Jika hanya dilihat dari segi luaran, siapa sangka sebenarnya Rozita yang mesra dipanggil Che Ta ini sudah mencecah umur 38 pada tahun ini. Ketika ditemui baru-baru ini di Restoran Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur, Kosmo! sempat menemu bual wanita jelita ini pada majlis ulang tahun kelahiran dirinya yang diadakan oleh syarikat One Drop Perfume khusus untuknya.

    Jika pada tahun lepas Rozita pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia bakal menamatkan zaman solo pada akhir tahun ini, namun buat masa ini, dia sebenarnya lebih selesa bergerak sendiri memandangkan jadual kariernya juga semakin padat.

    "Saya lebih senang hidup sendiri kerana telah lama saya menerajui diri sendiri. Jadi, saya juga sudah biasa keseorangan dan menjaga dua orang anak bujang saya. Ini kerana jika difikirkan, ia seperti memberi kesukaran kepada saya untuk terima seseorang dan menjadi payah jika disuruh itu dan ini.

    "Hidup solo menjadikan kita sedikit ego. Namun, tidak tahu pula jika mungkin wujud lelaki yang benar-benar membuatkan kita jatuh cinta padanya, dan mungkin juga kita akan berubah.

    "Namun terus terang setakat ini, tiada lagi wujud perasaan seperti itu dalam diri saya," jelas wanita yang gemar ketawa sepanjang berbicara.

    Tambahnya: "Jujur saya katakan selesa berseorangan kini. Kini jadual saya sibuk dan jika berkemungkinan dapat suami yang tidak memahami, mesti dia akan tarik muka nanti bila saya tiada masa untuk bersamanya."

    Zain Saidin

    Selepas digosip bercinta dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir yang muda 14 tahun daripada dirinya, Rozita dikatakan bercinta pula dengan seorang lagi pelakon muda, Zain Saidin yang pernah bergandingan dengannya dalam drama terbitan Astro, Kiah Pekasam.

    Rozita mengakui hubungannya dengan jejaka yang juga merupakan adik kepada bekas penyanyi kumpulan Elite, Sasha Saidin itu sememangnya agak rapat.

    "Mengenai saya dan Zain, kami memang rapat dan jika ada apa-apa masalah, kami akan saling meluahkan perasaan masing-masing mungkin mengenai kerja dan sebagainya. Ini kerana Zain terlalu positif dan naïf. Dia menyangka semua orang yang dikenalinya baik.

    Buka butik tudung

    Walaupun tidak bertudung, bicara Rozita, dia sangat menghargai wanita yang bertudung.

    Ceritanya, melalui tudung rekaannya, dia ingin wanita yang bertudung tampil berseri-seri dan cantik di pandangan mata suami.

    "Saya sudah membuka sebuah butik tudung yang bertempat di Taipan, Subang Jaya bersama adik saya, Ayu Raudhah. Tapi, kerana kesibukan jadual karier masing-masing, jadi kami menunggu masa yang sesuai untuk melancarkan butik itu kelak.

    "Saya dan Ayu berkongsi untuk buka butik ini dan mungkin pada bulan Mei ini waktu yang sesuai untuk pelancaran.

    "Mengenai rekaan tudung, saya orang yang akan bertanggungjawab dan Ayu pula menguruskan bahagian pemilihan fabrik," jelas Rozita mengatakan antara fabrik yang akan digunakan ialah dari jenis chiffon, satin dan crepe.


    ROZITA pada majlis sambutan hari jadinya yang ke-38 baru-baru ini. Di sisi Rozita ialah salah seorang pemenang peraduan One Drop Perfume, Hamizah Othman.


    Sementara harga tudung yang direka dan dijual oleh butik yang diberi nama Padusi bermula dari RM300 ke atas. Ini kerana jelas Rozita, tudung yang direka itu unik dan ia juga daripada jahitan tangan.

    Rekaannya juga serba satu sahaja dan jika ada yang sama, warnanya pula berbeza tapi setiap tudung tidak akan ada yang seratus peratus sama antara satu sama lain.

    Idam watak tomboi

    Terbaru, Rozita tampil dalam drama 13 episod berjudul Bunga-bunga Syurga yang kini sedang bersiaran di Slot Zehra, TV3.

    Sebelum ini mungkin anda dapat menonton wanita yang gemar berdandan ini membawa watak-watak wanita baik, namun kali ini, drama tersebut menampilkan sisi lain Rozita.

    Melakonkan karakter Baidah, seorang wanita yang berperwatakan antagonis, ia merupakan lakonan pertama Rozita seumpama itu. Sebelum ini katanya, dia pernah menjadi orang baik-baik, komedi malah watak wanita gila juga pernah dicubanya.

    "Dalam drama ini, saya jadi jahat dan sebagai ibu kepada watak lakonan Johan A'sari .

    "Ramai juga yang komen, watak wanita jahat saya menjadi. Saya sering berlakon watak baik-baik sahaja.

    "Jadi kali ini, mahu juga saya pegang watak yang berbeza. Ini kerana saya tidak mahu stereotaipkan bakat diri sendiri.

    "Namun pada mulanya, memang sukar untuk bawa watak jahat. Apabila pada mulanya, saya menjerit, pengarahnya, Jet Lee atau nama sebenar M. Nazir Juhan meminta saya luahkan lagi kemarahan dan perlu lagi garang kerana katanya saya terlalu lembut," katanya yang juga mengidam watak tomboi pula selepas ini.

    Ako nafi disenarai hitam

    Posted:

    Ako nafi disenarai hitam

    Ako nafi disenarai hitam

    Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


    SUDAH lebih setahun Ako tidak muncul melakonkan watak utama dalam mana-mana produksi drama mahupun filem.


    SEMENJAK dibebaskan daripada hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya kerana kesalahan khalwat pada tahun lalu, pelakon Muhaizad Ahmad Mustapha atau lebih dikenali sebagai Ako Mustapha dilihat sudah jarang muncul di kaca televisyen.

    Sedangkan dia antara pelakon lelaki yang kerap menjadi pilihan pengarah untuk membintangi watak utama dalam beberapa buah drama seperti Halimah Jongang selain pernah tampil di layar perak.

    Justeru, adakah nama Ako Mustapha sudah disenarai hitam oleh pihak penerbit drama dan filem tempatan?

    Kosmo! segera menemu bual pelakon berusia 21 tahun yang juga suami kepada Katrina Shuaib Abdullah itu sewaktu ditemui di set penggambaran drama bersiri Bukan Untukmu di Setiawangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Kosmo!: Adakah Ako sudah tidak aktif lagi dalam bidang lakonan?

    AKO: Sebenarnya saya masih lagi aktif berlakon sehingga sekarang dan sangat berterima kasih kepada beberapa orang pengarah yang tetap memberi kepercayaan kepada saya, meskipun saya pernah dilanda kontroversi sebelum ini.

    Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, saya lebih gemar untuk menerima tawaran sebagai watak pembantu dan beberapa kali pernah menolak untuk memegang watak utama.

    Sudah lebih setahun saya tidak muncul sebagai watak utama dalam mana-mana drama dan kali terakhir menerusi drama Halimah Jongang.

    Apakah yang membuatkan Ako menolak untuk membintangi watak utama yang ditawarkan?

    Kalau boleh saya mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga. Sekiranya menerima tawaran memegang watak utama dalam sesebuah drama, saya terpaksa berada di lokasi penggambaran dalam tempoh yang agak lama.

    Lagipun anak saya iaitu Merissa Tempawan masih lagi bayi dan pastinya dia perlu mendapat lebih banyak perhatian dan kasih sayang seorang ayah. Jadi, dengan menerima watak pembantu, saya ada lebih masa untuk bersama-sama isteri dan anak.

    Sewaktu dikenakan tuduhan khalwat dahulu, ada rakan-rakan yang menjauhkan diri?

    Sememangnya saya sangat bersyukur kerana mempunyai ramai rakan-rakan yang sentiasa menyokong, meskipun saya berhadapan dengan masalah yang berat. Malah, ada yang sanggup menghulurkan bantuan kewangan untuk membayar kos guaman sehingga peguam saya sendiri terkejut.

    Apakah yang membuatkan Ako tertarik menerima tawaran sebagai watak utama dalam drama Bukan Untukmu?

    Saya tertarik dengan jalan cerita drama ini kerana ia mengisahkan tentang amalan cina buta yang jarang-jarang dipaparkan.

    Saya memegang watak sebagai Iskandar yang hidup bahagia bersama isteri iaitu Nadia (Memey Suhaiza), namun secara tidak sengaja Iskandar telah melafazkan talak lima terhadap isterinya.

    Bagi saya, drama ini dapat memberi banyak pengajaran yang berguna kepada para penonton supaya tidak memandang mudah tentang lafaz cerai.

    Walaupun lafaz dibuat secara tidak sengaja, tetapi penceraian akan tetap berlaku akibat terlanjur kata-kata.

    Sebagai contoh, dalam drama ini Iskandar terlepas kata apabila menceraikan Nadia dengan talak lima, namun secara tidak langsung talak tiga tetap jatuh ke atas isterinya itu sehingga mereka terpaksa mencari jalan untuk kembali bersama dan cuba melakukan cara cina buta.

    Bagaimana pula dengan gandingan Ako bersama Memey dalam drama ini?

    Saya melihat Memey merupakan seorang pelakon wanita yang cukup bagus dan tiada masalah untuk kami mencari keserasian.

    Malah, pengarah drama ini iaitu Along Kamaruddin juga banyak membantu kami untuk memantapkan lagi watak masing-masing.

    Sebelum ini saya dan Memey pernah berlakon beberapa buah drama bersama-sama ketika dia mula-mula menceburi bidang lakonan dahulu.

    Kini, saya lihat mutu lakonannya semakin meningkat dan tidak hairanlah dia semakin mendapat perhatian pengarah.

    Adakah Ako akan lebih kerap menerima tawaran memegang watak utama selepas ini?

    Semuanya bergantung kepada tawaran yang akan diberikan kepada saya nanti. Bukan saya mahu terlalu memilih sangat, cuma saya ingin mendapat watak yang sesuai serta jalan cerita yang lebih menarik. Pada tahun ini juga sasaran saya mahu berlakon sekurang-kurangnya sebuah filem.

    Bipasha hadiahkan pangsapuri mewah

    Posted:

    Bipasha hadiahkan pangsapuri mewah

    Bipasha hadiahkan pangsapuri mewah


    BIPASHA BASU


    AKTRES Bipasha Basu dilaporkan telah menghadiahkan kedua-dua ibu bapanya sebuah pangsapuri mewah yang terletak di Mumbai, India, semata-mata mahu berada lebih dekat dengan ahli keluarganya.

    Sebelum ini, ibu bapanya itu menetap di Kolkata dan mereka terpaksa berulang-alik untuk menemui aktres berkenaan yang menetap di Mumbai sejak bergelar pelakon.

    "Bipasha telah menggunakan khidmat dua orang pereka hiasan dalaman profesional iaitu Ehsan Qureshi and Rajeev Acharya untuk mereka bentuk kemasan pada bahagian dalaman rumah yang dihadiahkannya itu," ujar sumber itu lagi.

    Tambah sumber tersebut, rumah yang dibeli Bipasha untuk ibu bapanya itu jaraknya sangat dekat dengan kediamannya yang hanya mengambil masa lima minit jika berjalan kaki.

    Isnin, 26 Mac 2012

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    Gossip: Artis Wanita Bergaduh Dengan Kakak Pelakon Popular Di Kelab?

    Posted: 26 Mar 2012 09:10 PM PDT

    Hamboi, sudahlah pergi ke kelab malam, bergaduh lagi. Hairan betul OHBULAN!, tak malu ke wanita-wanita ini bergaduh di depan khalayak ramai. Dengarnya, siap bertarik rambut bagai.

    Baru-baru ini, OHBULAN! dikejutkan dengan panggilan telefon dari seorang kenalan yang berkunjung ke kelab malam untuk beristirehat, katanya. Dalam perbualan larut malam yang mengejutkan, kami diberitahu mengenai insiden pergaduhan antara seorang penyanyi yang juga sering berlakon dan kini sedang dikaitkan dengan seorang VIP telah bergaduh dengan kakak kepada seorang pelakon wanita terkenal.

    Pada mulanya, susah juga mahu mempercayai cerita dari kenalan ini, namun setelah dikaji dengan lebih mendalam dan didengar berulang-ulang kali, barulah OHBULAN! percaya.

    Pergaduhan ini berpunca dari teman lelaki penyanyi wanita ini apabila teman lelakinya dikatakan mempunyai hubungan dengan kakak kepada seorang pelakon wanita terkenal. Mungkin tiada orang kenal siapa kakak kepada pelakon wanita terkenal ini, namun pelakon wanita ini cukup diminati dengan aksi manja dan sikap "enjoy"nya.

    Menurut kenalan OHBULAN! itu, pergaduhan ini berlaku penuh dramatik sekali apabila kedua-dua mereka saling tuduh-menuduh dan bertarik rambut. Apa yang OHBULAN! dengar sebelum ini, teman lelaki artis wanita ini dipercayai sudah mempunyai isteri dan mempunyai rangkaian aset & harta yang banyak.

    OHBULAN! bukan nak kata apa, back to basic, buat apa gaduh pasal lelaki/perempuan? Itu memalukan, sangat memalukan.

    Gambar sekadar hiasan.

    Tangan Mawi Diikat, Leher Ikin Diacu Parang

    Posted: 26 Mar 2012 06:44 PM PDT

    Foto : Malaysian Digest

    Rakan media, Media Hiburan melaporkan saat cemas bekas Raja SMS, Mawi berhubung kejadian rompakan yang heboh diperkatakan, semalam.

    Kejadian tersebut berlaku pada awal pagi Isnin semalam dimana empat perompak bertopeng telah memecah masuk pintu dapur di kediaman mewah yang didiami oleh Mawi, Ekin, ibu mertua & nenek bertempat di sebuah kelab golf di Bangi.

    Detik yang paling mencemaskan apabila tiga perompak mengetuk pintu biliknya dan sebaik sahaja Ekin membuka pintu, seorang daripada perompak dengan pantas meletakkan parang dileher Ekin sambil meminta duit dan barang kemas. Tiga perompak yang lain pula mengikat Mawi, ibu mertua dan neneknya di atas katil

    Ini merupakan kejadian rompakan kedua yang melibatkan keluarga Mawi, apatah lagi Mawi dikatakan baru sahaja pulang dari Johor kerana mengikuti siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011).

    Bagaimanapun, Mawi mengucapkan tanda syukur kerana anaknya, Cahaya Malaika yang berusia sebulan dan orang gaji mereka tidak diapa-apakan.

    Dianggarkan kerugian yang melibatkan empat telefon bimbit, wang tunai, barang kemas serta beberapa barang berharga lain bernilai lebih daripada RM10,000.

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


    Konsert Alleycats Istimewa Buat Singapura

    Posted: 26 Mar 2012 04:12 AM PDT

    Konsert Alleycats Istimewa Buat Singapura pada 14 Apr 2012 di Dewan Konsert Esplanade. Tiket-tiket berharga $68 tinggal 27 tempat duduk sahaja. Tiket-tiket berharga $188 (VIP dan berjumpa artis) tinggal 38 sahaja.

    Selepas Konsert Sampaikan Salam Alleycats di Istana Budaya, Kuala Lumpur, September 2012, kini Alleycats akan ke Singapura sempena meraikan ulang tahun ke 43 bersama peminat mereka di sana.

    Konsert Istimewa Buat Singapura akan diadakan di Dewan Konsert, Esplanade pada 14 April 2012 itu menjadi satu penghargaan kepada peminat Alleycat di republik itu.

    Konsert Alleycats Istimewa Buat Singapura

    Walaupun sudah empat tahun berdiri tanpa vokalis keduanya, Loga, namun aura yang dimiliki Alleycats masih terus dapat dirasai oleh peminat setia mereka. Malah, menurut vokalis kumpulan berkenaan, Datuk David Arumugam, penganjuran konsert berkenaan membuatkannya cukup teruja.

    "Saya berasa sangat gembira dan tidak sabar untuk mengadakan konsert di sana. Jujurnya, perkara ini membuatkan kami (Alleycats) rasa sangat dihargai.Jadi, sudah semestinya Alleycats akan menggunakan masa yang ada untuk membuat persiapan sebelum tibanya hari konsert tersebut," katanya ketika sidang akhbar di pejabat Universal Malaysia, Petaling Jaya, Selangor, baru baru ini.

    David juga menambah, bagi menghargai peminat di Singapura, satu kejutan akan diberikan kepada peminat setianya yang menghadiri konsert itu nanti.

    "Apakah kejutan yang dimaksudkan itu? Kenalah tunggu hari konsert tersebut. Namun, apa yang lebih penting, kami mahukan peminat terhibur dengan persembahan yang kami tampilkan nanti," ujarnya.

    Sementara itu, penganjur konsert berkenaan, Raistar Entertainment optimis ia mampu menarik minat pelbagai lapisan masyarakat berdasarkan reputasi yang dimiliki oleh Alleycats.

    Konsert Alleycats Istimewa Buat Singapura

    Menurut Pengarah Konsultannya, Fahmi Rais, ini berdasarkan sambutan lagu-lagu hits Alleycats yang sering dimainkan di corong-corong radio di sana.

    "Jadi, kami sangat yakin bahawa konsert itu nanti bakal mendapat sambutan. Lebih-lebih lagi ini merupakan konsert sulung mereka di sana. Malah, peluang mengadakan konsert di Esplanade juga merupakan satu penghargaan buat kami memandangkan bukan semua artis layak membuat persembahan di sana," katanya dalam nada bersungguh.

    Antara lagu yang bakal dinyanyikan oleh Alleycats pada konsert itu nanti ialah Jika Kau Bercinta Lagi, Hingga Akhir Nanti, Nota Terakhir, Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi dan banyak lagi bagi menghargai peminat mereka di sana.

    Maklumat lanjut mengenai tiket konsert berkenaan boleh didapati di www.sistic.com.sg.

    Konsert Alleycats Istimewa Buat Singapura

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Konsert Pertama Rossa di Esplanade Singapura
  • Siti Nurhaliza di Konsert Setiakawan 2 @ Dataran Merdeka Malam Ini
  • David Arumugam Alleycats Terima Pingat Johan Setia Mahkota
  • Konsert Reunion Akhir Akademi Fantasia Terakhir
  • Konsert Inspirasi Muzik Muzik TV3 2010
  • Jalan-Jalan Cari Makan Musim ke-11 di Singapura
  • Konsert Bagaikan Sakti M Nasir & Dato' Siti Nurhaliza
  • Konsert Janet Jackson di Singapura
  • David Arumugam dan Khadijah Ibrahim Dapat Gelaran Datuk
  • Senarai Lagu Tugasan Konsert Pertama Akademi Fantasia 7
  • Rumah Mawi Kena Rompak

    Posted: 25 Mar 2012 11:54 PM PDT

    Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi menerima nasib malang apabila rumah banglonya di sebuah kelab golf di Bangi dekat sini dimasuki perompak bertopeng awal pagi Isnin.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Mawi,31, serta tiga penghuni rumah iaitu isteri, Nora'Asikin Rahmat (Ekin),33, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad,56, dan nenek mereka Salmah Sahar,77, telah diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk melalui pintu dapur rumah.

    Anak mereka yang baru lahir pada 28 Februari lalu iaitu, Cahaya Malaika dan orang gaji tidak diapa-apakan.

    Kembar kepada Ekin iaitu Nora'Ain Rahmat (Eein) berkata, semasa kejadian semua penghuni rumah sedang tidur sementara Mawi baru pulang dari Johor Baru selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

    Katanya, perompak pada mulanya mengetuk pintu bilik nenek sebelum bertindak mengikat mereka kecuali orang gaji serta anak kecil sebelum mengarahkan mereka menyerahkan wang dan barang kemas.

    "Tiga daripada empat perompak itu memakai topeng dan salah seorang daripada mereka bersenjatakan pedang samurai sambil memaksa semua penghuni rumah menyerahkan barang berharga,"

    Tambah Eein, perompak turut melarikan dompet milik Mawi dan Fatimah, telefon bimbit serta beberapa barang berharga lain yang dianggarkan bernilai RM10,000.

    Een berkata, dia bersyukur kerana dalam kejadian itu tiada sesiapa yang cedera.

    Sementara itu Mawi tidak dapat dihubungi kerana telefon bimbitnya dan isteri turut dikebas perompak terbabit. via Mstar Online

    Mawi
    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Mawi Pergi Show di Terengganu Naik Helikopter?
  • Gossip Ekin Kekasih Mawi
  • Gambar Mawi & Ekin di Open House Aidilfitri Astro
  • Mawi Akan Lancar Album Baru Allah Habeebi
  • Mawi dan Ikin Sah Kahwin Disember Ini
  • Gambar Mawi & Ekin Tak Duduk Semeja?
  • Gambar Pra Perkahwinan Mawi dan Ekin
  • Gossip Mawi Hadiah Rumah Mewah dan Kereta Toyota Alphard Kepada Bapa Ekin?
  • Gambar Mawi dan Ekin di Majlis Berbuka Puasa Astro
  • Mawi, Adam, Sofaz dan Ahli Fiqir di Konsert Kotex Untukmu