Celebrity News |
- Hot News : Instagram for Android
- Air Kencing Saiful Apek Dan Rakan Positif Kanabis !!
- Pengantin Alam Barzakh
- Awal Tidak Benarkan Scha Peluk Lelaki Selepas Berkahwin !!
- Senarai Filem Yang diharamkan oleh FINAS
- Daus AF8 Menafikan Kahwin Secara Senyap Di Thailand Dengan Pegawai Bank
- Gambar Terbaru Ally Iskandar & Farah Lee Dan Luahan Farah Lee Di Blog Beliau
- Kisah Pelajar Perubatan
- Surat Untuk Isteri Tersayang
Hot News : Instagram for Android Posted: 27 Mar 2012 10:59 AM PDT Dear android user! Are you jealous watching over your friend iOS (Apple) put a hip of instagram application? It time for you to put a smile, when Instragrame has officially opened a registration/sign-up page for those who enthutiasm to have this application on their android. However, they are not yet release to public on which version of android will able to run their application. But it worth of trying? Why not? Give a bump, sign up now! Alihbahasa Melayu (terdapat perbezaan isi kandungan) Buat pengguna android! Perisian instragram yang sebelum ini hanya boleh di dapati di iOS (Apple) akan menembusi sistem android. Mungkin ada yang sebelum ini hanya membeli iPhone semata-mata untuk mendapatkan aplikasi ini, tapi dengan berita daripada pihak instragram, pasti membuat semua pengguna android tersenyum. Aplikasi instragram telahpun memulakan proses pendaftaran untuk instragram dan anda boleh mula mendaftar. Akan tetapi, pihak mereka masih belum memaklumkan versi manakah yang bakal menyokong aplikasi mereka. Tak rugi mencuba, daftar sekarang Sumber :on9Media Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Air Kencing Saiful Apek Dan Rakan Positif Kanabis !! Posted: 27 Mar 2012 10:42 AM PDT Ini berita terbaru yang ZoOM baca mengenai pelawak terkenal,Apek yang dikaitkan dengan pengambilan dadah baru-baru ini. Dan keputusan yang diterima melalui portal berita online (Mstar) seperti dibawah. ZoOM malas nak cerita panjang lebar....anda baca dan Komenlah sendiri !!!!
Juruteknologi makmal perubatan Israfel Ismon berkata beliau memperoleh keputusan itu selepas melakukan ujian pengesanan dadah terhadap air kencing Saiful Apek, 42, serta Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28. Beliau berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad pada perbicaraan kes keempat-empat tertuduh yang didakwa Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010 mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan. Israfel, 54, yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, turut memaklumkan bahawa proses ujian itu mengambil masa tiga hari. Kepada soalan lain, Israfel berkata ketika melakukan ujian itu, beliau tidak pernah mengalami kejadian tertukar sampel air kencing.Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Posted: 27 Mar 2012 10:39 AM PDT RISIK.......TUNANG......HANTARAN Pada suatu masa yang ditetapkan... Kita pasti dirisik.. Pertunangan sejak azali.. Di hujung hidup nanti.. Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut.. Hantarannya..sakit dan nazak.. Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis.. Pengantin dimandikan.. Dipakaikan baju cantik putih.. Wangian gaharu dan cendana.. Keranda jadi pelaminan.. Pengantin bersanding sendirian.. Di arak keliling kampung.. Berkompangkan azan dan kalimah kudus.. Akad nikahnya bacaan talkin.. Berwalikan liang lahat.. Saksi pula nisan-nisan.. Siraman air mawar.. Keluarga terdekat menepung tawar.. Tiba masa pengantin.. Menunggu sendirian.. Malam pertama bersama KEKASIH.. Di kamar bertilamkan tanah.. Dan Dia menuntut janji.. Sucikah kita tatkala berpadu.. ?? Pernahkah taubat sepanjang hayat.. ?? Atau terkubur bersama dosa-dosa... ?? Dan Dia Kekasih itu.. Menetapkanmu ke syurga.. Atau melemparkan dirimu ke neraka..Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Awal Tidak Benarkan Scha Peluk Lelaki Selepas Berkahwin !! Posted: 27 Mar 2012 10:24 AM PDT Kepada artis-artis atau jejaka tampan diluar sana, jangan harap nak kena peluk atau memeluk Scha lepas beliau kahwin nanti. Ini kerana syarat yang awal kenakan kepada Scha lepas kahwin : 1. DILARANG MEMELUK LELAKI !!!! Dan artikel beliau :
"Jadi, terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti iaitu biarlah tawaran watak yang diterima sesuai dengan status isteri yang dibawanya. "Kalau boleh saya tak mahu dia berpelukan dengan lelaki lain, nampak kurang manis," katanya selepas sidang media pengumuman tarikh perkahwinan mereka di Ampwalk, Jalan Ampang di sini, Selasa.2. PERLU PULANG SEBELUM PUKUL 12 MALAM 3. TIDUR BERSAMA SUAMI WALAU APA KEADAAN SEKALIPUN.... Tetapi ini jawapan Scha apabila ditanya mengenai syarat Awal :) Pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 4 Mei depan di Hotel Pullman, Putrajaya. Dan majlis resepi pada 6hb Mei di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Senarai Filem Yang diharamkan oleh FINAS Posted: 27 Mar 2012 09:20 AM PDT Filem ini mengisahkan sekumpulan polis yang suka makan rasuah dan suka mengacau anak dara ketua kampung. Kecerempetan polis-polis ini amatlah memalukan sehingga mereka tanpa segan silu melakukan aksi-aksi kurang ajar menyebabkan mereka dibuang kerja beramai-ramai. Filem ini diharamkan kerana menayangkan aksi polis-polis tersebut berak di depan opis mereka setelah dibuang kerja. Filem 2: PUTERI GUNUNG LADANG-Sebuah Cinta Jagung Hang Buah telah ditugaskan oleh Sultan untuk pergi meminang Puteri Gunung Ladang di sebuah ladang ternakan itik yang menjadi tempat tinggal puteri tersebut. Didalam perjalanan untuk peminangan, Hang Buah telah mengalami beberapa kejadian dasyat seperti diserang biawak tropika, terlanggar tunggul kayu, terjatuh semasa mengambil konar baring, termengorat nenek tua yang sedang 'melepas' dan akhir sekali tersepak kura-kura yang sedang melintas. Apabila Hang Buah sampai di ladang tersebut alangkah terkejutnya kerana Puteri tersebut telah meletakkan syarat-syarat peminangan yang dasyat sehingga Hang Buah mati akibat dari rasa terkejut. Filem ini diharamkan kerana memaparkan aksi Hang Buah mengorek hidung kemudian dicalitkan di tangan Puteri tersebut. Filem 3: BERMOTOR KE LANGIT Filem arahan Badu Hj Azmu ini mengisahkan seorang mamat yang suka lepak ditepi laut sehinggalah dia menemui seekor ikan dugung kemudian dia memelihara dugung tersebut. Selepas 5 tahun dia memelihara dugung itu dia pun melepaskan dugung itu kembali ke laut. Kemudian cerita ni pun habis. Filem ini diharamkan kerana pihak FINAS tak paham langsung apa sebenarnya motif filem ini. Filem 4: TAK ORI TAPI PIRATE (TOPI) Filem ini diharamkan terus sebelum memulakan rakaman kerana ia memaparkan kisah P.Ramlee(lakonan Ramli Beger)menjual CD pirate kepada Haji Bakul(lakonan Udo Ocean) kemudian Hj Bakul menengok CD tersebut bersama Labu(lakonan sapa ntah) sehinggalah A.R Trompet(lakonan A.R Badut) perasan yang CD itu adalah CD cetak rompak yang dijual oleh P.Ramlee... Cerita ini berpusing-pusing selama 2 jam sehinggalah anda akan melihat satu babak yang menjijikkan iaitu babak Naza Aziz (lakonan Naza Aziz) menguap sambil ternganga. |
Daus AF8 Menafikan Kahwin Secara Senyap Di Thailand Dengan Pegawai Bank Posted: 27 Mar 2012 09:07 AM PDT Ops !!!!! Biar Biar betul gossip panas yang tersebar ni ? petang tadi baru terbaca seorang artis program realiti berkahwin di Thailand dengan seorang pegawai Bank. Dan boleh dikatakan berita terbaru ini sebagai "Sudah terang disuluh la pulok" !!!. Kalau betullah kisah perkahwinan Daus, Tahniah ZoOM ucapkan.. Tetapi empunya diri tampil menjawap gossip panas mengenai beliau sudah berkahwin di Thailand . Daus atau nama sebenarnya Muhd Shahril Firdaus Eli, 24, berkata perkara itu benar-benar mengejutkannya. "Ia adalah tuduhan yang tidak betul. Saya sendiri terkejut kerana pertama kali mendengar cerita ini."Tak mungkin saya akan bernikah senyap-senyap kerana sumber kewangan dan kerjaya saya sendiri pun masih belum kukuh."Lagipun urusan nikah kahwin adalah perkara besar dan baik. Saya ini artis takkan hendak rahsiakan atau membelakangkan keluarga dan masyarakat dalam hal ini,"Penyanyi lagu Kenapa itu berkata dakwaan seumpama itu sangat mengecewakan bagi artis baru sepertinya yang selama ini bersih daripada kontroversi. "Saya berasa sedih dan kecewa dengan tuduhan ini. Bukan sahaja ia memalukan malah akan mengecilkan hati banyak pihak juga."Selama dua tahun jadi artis, ini kali pertama saya dikaitkan dengan Daus menambah, dia tidak menolak kemungkinan tuduhan itu disebarkan oleh individu yang iri hati atau marah kepadanya. "Saya bukan hendak tuduh sesiapa tapi apabila perkara ini tersebar, ia mungkin dilakukan oleh orang yang pernah rapat dengan saya."Mungkin juga bekas kekasih yang marah kepada saya sehingga menyebarkan cerita ini. Ia tidak mustahil," katanya.Sumber ZoOM : Kalau betul pun apa salahnya cuma kena mengaku je...Kalau belum, kumpul duit dulu baru kahwin nanti siapa nak bagi makan anak orang !!! |
Gambar Terbaru Ally Iskandar & Farah Lee Dan Luahan Farah Lee Di Blog Beliau Posted: 27 Mar 2012 08:42 AM PDT Walaupun berjauhan hati dan sayang hanya untuk abang Ally seorang, Sorry Yer peminat Ally Iskandar, ZoOM sekadar ingin berkongsi serba sedikit mengenai kisah terbaru pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan ini. Hari demi hari berlalu sudah lebih dua bulan pasangan ini berkahwin, masa yang ada jika mereka bersama sudah tentu akan digunakan dengan sebaiknya. Mungkin ada diantara anda yang masih tidak mengetahui bahawa isteri Ally masih belajar di luar negara, namun Ally masih berada di Malaysia kerana terikat dengan kerja beliau. Tanpa melengahkan masa berikut ZoOM "Copy and Paste" luahan seorang isteri kepada seorang suami : sudah masuk dua bulan perkahwinan kami. alhamdulillah, masih rasa keberkatan mereka yang banyak mendoakan kesejahteraan rumah tangga kami. harapnya doa itu tiada berhenti. amin.. perkataan 'sudah dua bulan' atau 'baru dua bulan' kadang datang silih berganti. 'sudah dua bulan' tapi aku masih rasa seperti baru semalam berkahwin, kebahagiaan jelas terasa (waaa.. suami kat malaysia, aku kat korea ㅠ.ㅠ). 'baru dua bulan' tetapi banyak yang telah aku pelajari dari perkahwinan ini, dan masih belajar. kalau dulu... semua benda yang aku buat, aku post dan comment kat facebook, cara pergaulan, ikut suka hati anak angkat kucing aku je. selepas berkahwin, aku mula sedar yang aku melambangkan suami aku dan dia melambangkan aku. kami kan 'satu' ;) aku perlu lebih berhati-hati dengan apa yang aku buat dan tulis demi menjaga nama baik dan maruah suami aku. sebenarnya, sebelum kahwin pun aku memang perlu berhati-hati dalam percakapan (itu pesan Allah). kalau dulu orang yang paling risau tentang kesihatan kita ialah ibu bapa, sekarang orang yang lebih risau adalah suami. aku perlu belajar untuk jaga kesihatan diri, persiapkan mental, fizikal dan emosi untuk 'membawa orang' (kena tambah berat badan niiiii..). jadi, kuranglah sikit risau suami kita tu kalau isterinya pandai jaga diri.Sumber : Blog Farah Lee Semoga pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat. Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Posted: 27 Mar 2012 08:14 AM PDT Sekadar Hiasan "Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu. "Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu. "Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu. Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata.... "Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk..... SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!! Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Posted: 27 Mar 2012 08:01 AM PDT Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya. Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer: To : Isteri kesayanganku Date : 27 Mac 2012 Subject : Abang telah selamat sampai Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita. Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini. Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |