Adsense

Selasa, 27 Mac 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Zarina Anjoulie Sedia Dikurung Di 'Bilik 7'

Posted: 27 Mar 2012 06:49 PM PDT


Zarina Anjoulie. Foto BRIAN MOH
PETALING JAYA: Pelakon kontroversi Zarina Anjoulie percaya pendedahan dan pengakuan selebriti mengenai cerita-cerita sensasi mereka dalam program terbaru Bilik 7 di ntv7 adalah hidangan yang dinantikan oleh peminat hiburan tanah air.
Zarina berkata ia disebabkan mentaliti dan sikap semula jadi masyarakat khususnya penonton Melayu sememangnya menggemari dan teruja untuk mengetahui kisah-kisah panas artis.
"Sebab itu saya yakin Bilik 7 akan menawarkan satu bentuk hiburan yang digemari oleh masyarakat kita.
"Sama ada kita mahu terima atau tidak, cerita panas artis adalah bahan yang mendapat respons yang baik daripada khalayak.
"Apatah lagi pendekatan program ini mendedahkan pengakuan jujur artis dalam menjawab sesuatu isu yang berkaitan," katanya.

'Bilik 7' mendedahkan pengakuan jujur artis dalam menjawab sesuatu isu yang berkaitan. 
Zarina merupakan salah seorang daripada 13 selebriti yang bakal dipaparkan dalam program tersebut.
Bilik 7 yang bersiaran sebanyak 13 episod itu akan mula ditayangkan pada 5 April depan pada setiap Khamis bermula pukul 9 malam di ntv7.
Mengulas lanjut, Zarina berkata dia tidak melihat konsep program itu sebagai sesuatu yang mengaibkan golongan artis, sebaliknya ia adalah ruang terbaik untuk membuat pendedahan daripada mulut artis itu sendiri.
"Ia bukan membuka pekung atau memburukkan nama artis. Bagi saya, Bilik 7 memberikan pengalaman dan peluang yang baik kepada artis untuk meluahkan sesuatu kebenaran terhadap kontroversi yang tercetus.
"Saya melihat program ini sebagai platform yang telus dan berani buat artis mendedahkan kebenaran bagi sesuatu kontroversi itu daripada mulut kami secara rela dan ikhlas," katanya.
Dalam pada itu, penerbitnya Engku Azmin Engku Zaini berkata program tersebut mampu menarik minat dan tumpuan penonton kerana kelainan pada konsep dan paparannya.
"Kami bukan mahu mengambil kesempatan daripada golongan artis dengan menjadikan kontroversi mereka untuk tarik penonton.
"Sebaliknya, Bilik 7 wajar dilihat sebagai pengajaran dan mesej kepada penonton daripada kisah atau kesilapan yang didedahkan oleh artis itu sendiri," katanya.
Selain Zarina, 12 lagi selebriti yang bakal berkongsi pendedahan mereka bersama hos Richie Rachman adalah Azwan Ali, Radhi OAG, Lisdawati, Raja Azmi, Pian (Cecupak), Johan Asa'ri, Melia Aimiellia, Mawi, Natasha Hudson, Ayu Damit dan Gambit Saifullah.
Episod mingguan Bilik 7 juga boleh ditonton di laman www.tonton.com.my, bagi yang terlepas tayangan di televisyen.

Air Kencing Saiful Apek Dan Rakan Positif Kanabis

Posted: 27 Mar 2012 06:49 PM PDT


Saiful Apek
PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini diberitahu air kencing pelakon komedi popular Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek, dan tiga rakannya, disahkan positif kanabis.
Juruteknologi makmal perubatan Israfel Ismon berkata beliau memperoleh keputusan itu selepas melakukan ujian pengesanan dadah terhadap air kencing Saiful Apek, 42, serta Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28.
Beliau berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad pada perbicaraan kes keempat-empat tertuduh yang didakwa memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010 mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.
Israfel, 54, yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, turut memaklumkan bahawa proses ujian itu mengambil masa tiga hari.
Bagaimanapun, saksi kelima pendakwaan itu berkata beliau tidak ingat tarikh sebenar ujian tersebut, namun ia dilakukan antara 26 Jun hingga 17 Ogos 2010.
Kepada soalan lain, Israfel berkata ketika melakukan ujian itu, beliau tidak pernah mengalami kejadian tertukar sampel air kencing.
Saiful Apek serta tiga rakannya diwakili peguam Zambri Idrus dan Mohd Fadli Hashim.Perbicaraan di depan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid disambung 10 Mei depan.-BERNAMA

Daus (AF8) Dituduh Nikah Pegawai Bank Dalam Diam

Posted: 27 Mar 2012 06:43 PM PDT


Daus
PETALING JAYA: Penyanyi yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Daus, menganggap tuduhan kononnya dia telah bernikah secara sembunyi di selatan Thailand dengan seorang pegawai bank pada bulan lalu adalah satu fitnah.
Daus atau nama sebenarnya Muhd Shahril Firdaus Eli, 24, berkata perkara itu benar-benar mengejutkannya.
"Ia adalah tuduhan yang tidak betul. Saya sendiri terkejut kerana pertama kali mendengar cerita ini.
"Tak mungkin saya akan bernikah senyap-senyap kerana sumber kewangan dan kerjaya saya sendiri pun masih belum kukuh.
"Lagipun urusan nikah kahwin adalah perkara besar dan baik. Saya ini artis takkan hendak rahsiakan atau membelakangkan keluarga dan masyarakat dalam hal ini," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Penyanyi lagu Kenapa itu berkata dakwaan seumpama itu sangat mengecewakan bagi artis baru sepertinya yang selama ini bersih daripada kontroversi.
"Saya berasa sedih dan kecewa dengan tuduhan ini. Bukan sahaja ia memalukan malah akan mengecilkan hati banyak pihak juga.
"Selama dua tahun jadi artis, ini kali pertama saya dikaitkan dengan kontroversi yang besar. Saya tak tahu nak cakap apa lagi," katanya.
Daus menambah, dia tidak menolak kemungkinan tuduhan itu disebarkan oleh individu yang iri hati atau marah kepadanya.
"Saya bukan hendak tuduh sesiapa tapi apabila perkara ini tersebar, ia mungkin dilakukan oleh orang yang pernah rapat dengan saya.
"Mungkin juga bekas kekasih yang marah kepada saya sehingga menyebarkan cerita ini. Ia tidak mustahil," katanya.
Dalam perkembangan lain, Daus kini sedang giat menyiapkan rakaman album mini pertamanya di bawah KRU Studios.
Album berkonsepkan muzik gipsi itu dijangka memuatkan enam buah lagu dan bakal keluar dalam masa terdekat.

Awal Tidak Benarkan Scha Peluk Lelaki Lepas Kahwin

Posted: 27 Mar 2012 06:42 PM PDT


Awal Ashaari dan Scha Alyahya. Foto ONG SOON HIN
KUALA LUMPUR: Pelakon Scha Al Yahya, 29, tidak dibenarkan memeluk lelaki dalam apa jua adegan selepas bergelar isteri kepada Awal Ashaari, 31.
Ia adalah syarat yang dikenakan oleh Awal untuk memastikan rumah tangga yang bakal mereka bina pada 4 Mei depan berjalan dalam keadaan harmoni.
"Apabila bergelar isteri, semestinya dia (Scha) perlu menjaga nama baik suami dan keluarga kedua-dua belah pihak.
"Jadi, terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti iaitu biarlah tawaran watak yang diterima sesuai dengan status isteri yang dibawanya.
"Kalau boleh saya tak mahu dia berpelukan dengan lelaki lain, nampak kurang manis," katanya selepas sidang media pengumuman tarikh perkahwinan mereka di Ampwalk, Jalan Ampang di sini, Selasa.

Awal dan Scha gembira hubungan mereka direstua keluarga kedua-dua belah pihak.
Selain itu tambah Awal, dia mengikut nasihat ibunya bahawa suami isteri perlu tidur bersama dalam apa sahaja keadaan.
Kerana itu Scha juga perlu pulang ke rumah sebelum pukul 12 tengah malam.
"Berdasarkan pesanan-pesanan daripada rakan-rakan yang sudah berumah tangga dan orang tua-tua, mereka memberitahu, jika suami isteri tidur bersama akan menguatkan lagi mahligai perkahwinan.
"Sibuk dan gaduh besar macam mana sekalipun, ibu berpesan, tidur mestilah sekali. Ia merupakan salah satu tip kebahagiaan dalam rumah tangga," ujar Awal.
Scha yang baru sahaja mengetahui syarat itu agak terkejut selepas ditanya oleh pihak media.
Bagaimanapun, pelakon Aku Bukan Tomboy ini tidak kisah dengan syarat itu memandangkan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mematuhi kata suami.
"Hahaha! Saya pun tak tahu yang dia mahu saya lebih memilih watak selepas berkahwin nanti. Bagaimanapun itu bukannya satu masalah pun.
"Sebagai isteri, saya perlu mengikut kata-katanya nanti. Cuma saya harap, Awal dapat menjaga saya seperti mana dia menjaga keluarganya," tutur Scha sambil memberikan senyuman kepada bakal suaminya itu.
Pasangan tersebut akan melangsungkan pernikahan mereka pada 4 Mei depan di Hotel Pullman, Putrajaya.
Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 6 Mei 2012.

Ezani dakwa individu guna namanya tujuan jenayah

Posted: 27 Mar 2012 06:13 PM PDT


Ezani
KOTA BHARU - Pelakon Mohd Zani @ Mohd Zohiri Mohd Nizariff, 38, atau Ezani membuat laporan polis semalam, berhubung tindakan dua lelaki tidak dikenali dikhuatiri mempergunakan namanya untuk tujuan jenayah di Balai Polis Badang, di sini, semalam.

Ia berikutan insiden pada jam 8.45 malam kelmarin, apabila dua wanita dalam produksi drama didatangi dua lelaki tersebut menggunakan nama Ezani untuk memperdaya wanita-wanita itu supaya ikut masuk ke dalam sebuah kereta.

Ezani berkata, ketika itu dia dan beberapa produksi drama sudah berada di tempat penggambaran di Pantai Mek Mas, Badang, di sini, namun dua wanita iaitu seorang pengurus produksi berusia 41 tahun dan juru mekap berusia 28 tahun masih di rumah tumpangan menunggu giliran untuk diambil ke tempat penggambaran.

"Semasa mereka sedang duduk menunggu di perhentian bas di depan kawasan itu, mereka dihampiri kereta Produa Viva dinaiki dua lelaki mengajak mereka masuk ke dalam kereta dengan memberitahu Ezani sedang tunggu di KB Mall.


"Dua wanita itu menolak pelawaan tersebut selepas menghubungi saya dan saya memberitahu saya berada di lokasi menyebabkan kedua-dua lelaki itu lalu marah dan memaki hamun, sebelum meninggalkan mereka," katanya selepas membut laporan polis.

Ezani berkata, laporan polis dibuat kerana bimbang perkara sama berulang dan berlaku kejadian tidak diingini kepada dia dan rakan-rakan produksi sepanjang penggambaran di negeri ini.

"Saya tidak tahu mengapa nama saya pula dikaitkan, sedangkan saya datang ke sini hanya semata-mata untuk bekerja.

"Lagipun saya sedar semasa berada di sini, ada orang memerhati dan khuatir ada pihak cuba mempergunakan nama saya untuk memperdaya orang lain," katanya lagi.

Ezani berada di Kelantan sejak awal bulan ini bagi menjalani penggambaran drama 13 episod bertajuk Sesuci Syahadah terbitan Zamriez Golden Production untuk tayangan RTM bulan Julai ini.

Mawi Cerita Detik Cemas Perompak Acu Pisau

Posted: 26 Mar 2012 11:36 PM PDT


Mawi menceritakan detik kejadian dirompak. Foto SIN CHEW DAILY
PETALING JAYA: Penyanyi Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani tidak dapat melupakan pengalaman ngeri apabila rumah banglo miliknya di Bangi Golf Resort di pecah masuk perompak pada Isnin sehingga mengancam nyawanya dan keluarga.
Mawi, 31, berkata, kejadian yang berlaku pada pukul 4 pagi dan mengambil masa hanya 20 minit itu membuatkan dia cemas dan risau dengan keadaan keluarganya lebih-lebih lagi apabila wajahnya telah ditutup dengan baju selepas tangan diikat.
"Saya baru nak lelapkan mata selepas pulang dari Johor Baru bagi menjayakan siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang bakal berlangsung tak lama lagi.
"Tiba-tiba saya terjaga apabila pintu bilik diketuk kuat dan Ekin yang membuka pintu itu kerana menyangka pembantu rumah kami yang berbuat demikian.

Menerusi tingkap inilah perompak memasuki banglo milik Mawi sebelum mengikatnya.
"Kemudian, Ekin terus ditolak ke atas katil dan seramai tiga daripada empat perompak yang berpakaian serba hitam mengikat tangannya dan saya. Lebih mencemaskan ialah apabila wajah saya ditutup dengan baju," katanya.
Tambah Mawi, suspek turut mengacukan pisau ke leher isterinya dan meminta barang kemas dan mula menggeledah bilik mereka sebelum melarikan rantai, wang, serta empat buah telefon bimbit yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM10,000.
Selain Mawi dan Ekin atau Nora'asikin Rahmat, ibu mertuanya, Fatimah Saad, 55, neneknya, Salmah Sehan, 77, anak mereka, Cahaya Malaika dan seorang pembantu rumah turut berada dalam kejadian di mana mereka telah dibawa ke tingkat atas dan diikat.
Tangga aluminium ini dipercayai digunakan perompak untuk memanjat belakang banglo Mawi bagi tujuan memecah masuk rumahnya.
Menurut bekas juara Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3) itu lagi, dia percaya keempat-empat perompak tersebut memecah masuk ke rumahnya menggunakan tangga aluminium yang diambil dari tapak pembinaan perumahan berdekatan untuk memanjat tembok rumah lima bilik itu sebelum mengumpil tingkap di dapur.
"Selepas mereka (perompak) keluar dari rumah, saya membuka ikatan menggunakan gigi lalu menyelamatkan isteri, ibu mertua dan nenek lalu membuat laporan polis dengan segera," ujarnya.
Sebelum ini, kejadian rompakan pernah terjadi di rumah keluarga Mawi di Felda Taib Andak, Kulai, Johor Bahru pada 25 Julai 2009.
Sementara itu, Ketua Polis daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab Wahab memberitahu, pihaknya telah menahan tiga pekerja buruh tapak pembinaan di sebelah kediaman Mawi tiga jam selepas kejadian bagi membantu siasatan.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan berkumpulan dan rompakan dengan senjata.

Rozita Jawab Gosip Hendak Kahwin Datuk Punca Anak Lari

Posted: 26 Mar 2012 11:35 PM PDT

Rozita Che Wan
PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan hanya ketawa apabila timbul tuduhan anaknya, Aniq Ezra Azuar Effendy,14, lari dari rumah kerana merajuk selepas dia dikatakan membuat keputusan untuk menjadi isteri kepada seorang bergelar Datuk.
Rozita,39, berkata, dia menganggap gosip terbaru itu sebagai sesuatu perkara lucu yang sering dilaluinya sejak menjadi seorang selebriti.
"Haa... haa... kalau betul saya nak kahwin Datuk, mestilah anak saya suka. Datuk mestilah kaya," jawab Rozita berseloroh kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Isnin.
Pada 17 Mac lalu Rozita membuat laporan polis selepas anak keduanya itu didapati hilang dari rumah dan ditemui beberapa jam kemudian di rumah rakannya di Subang Jaya dekat sini tidak jauh dari rumah mereka.
Semasa memberi keterangan kepada pihak polis, Aniq Ezra dikatakan merajuk kerana berkecil hati dengan sikap Rozita yang dilihat terlalu melebih-lebihkan abangya iaitu Ammar Effendi yang berusia 15 tahun.

Rozita menambah dia tidak ambil pusing dengan gosip itu kerana tuduhan tersebut dianggapnya sebagai sesuatu perkara yang remeh.
Kata Rozita sebelum ini dia pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan individu dan VIP tertentu tetapi perkara tersebut ternyata tidak benar.
Malah dia juga turut menghadapi tuduhan kerana dikatakan meletakkan bayaran tinggi untuk sesebuah tawaran berlakon selain isu persaraannya dalam dunia seni yang ditarik balik.
"Saya sudah melalui macam-macam kontroversi tetapi itu semua tidak menjejaskan kedudukan saya pun. Sama juga dengan isu terbaru ini (kahwin Datuk)," katanya.
Dalam pada itu ditanya mengenai sebuah ruangan pojok dalam akhbar mingguan Ahad lalu memuji kelangsingannya Rozita berkata, dia menjaga kesihatan untuk memastikan tubuh badan menjadi sihat.
Selain menikmati nasi hanya dua kali sehari, Rozita juga aktif bersukan dan sering bermain futsal serta badminton setiap kali mempunyai kelapangan.
"Saya elak mengambil minuman bergas kerana takut perut buncit. Saya pun kuat juga bersukan. Kalau balik rumah pukul 12 malam, saya pergi main futsal dulu sampai pukul 2 pagi. Lepas tu baru tidur," jelasnya.
Mengenai perancangan yang dilakukan selepas tersenarai antara lima terbaik dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011), Rozita memberitahu dia menyerahkan kepada peminat untuk membuat pilihan.
Bagaimanapun dia sudah menyiapkan pakaian rekaan Riezman Ruzaini untuk digayakan pada majlis tersebut di Genting Highlands pada 8 April depan.
"Saya bersaing dengan mereka yang mempunyai nama kuat dalam industri seperti Fasha Sandha, Tiz Zaqyah, Scha Al-Yahya dan Nora Danish. Dalam hal ini biarlah peminat yang menentukannya," jelas Rozita.
Tambahnya, sehari selepas acara itu dia bersama keluarga termasuk Lan Pet Pet dan Ayu Raudhah akan berangkat ke Switzerland dan beberapa buah negara lain untuk bercuti selama dua minggu.

Rumah Mawi Dirompak - Mawi dan Keluarga Diikat

Posted: 25 Mar 2012 11:37 PM PDT



Menurut laporan wartawan Media Hiburan, kediaman Mawi atau pun nama penuh beiau Asmawi Ani telah di'masuki pencuri sekitar awal pagi tadi.
Kejadian itu berlaku di kediaman Mawi dan Ekin yang terletak di Bandar Baru Bangi dan sehingga kini masih belum ada maklumat lanjut akan kerugian sebenar.
UPDATE-1: Mengikut laporan TV3 menerusi Buletin 1.30, Mawi dan ahli keluarganya telah di'ikat dan barangan bernilai lebih RM10,000 telah di'larikan oleh perompak.
Mawi ketika kejadian itu berlaku berada di'rumah berkenaan bersama Ekin, anak kecil mereka berusia 3 minggu dan juga mak mertua Mawi. Ekin ketika ini masih berpantang selepas melahirkan Cahaya Malaika sekitar hujung Februari yang lalu. Maklumat lanjut bakal menyusul. 

Berkat umrah di Mekah, Irma Bertemu Jodoh

Posted: 25 Mar 2012 10:28 PM PDT




AKTRES dan pengacara cantik ini pernah kecundang dalam percintaan termasuk dengan pelawak terkenal Nabil Ahmad.
Namun dia langsung tidak menyangka jodohnya akan tiba di depan Kaabah, Mekah ketika dia menunaikan umrah buat kali ketiga seorang diri baru-baru ini.
Akui pemilik nama penuh Irma Hasmie Ibrahim ini, dia sememangnya mendoakan yang terbaik buat dirinya ketika di depan Kaabah.
Ini kerana dia menganggap jodoh yang ditemui kota suci Mekah itu adalah yang terbaik.
Sebab itu dia bersetuju untuk mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan dalam bidang pengiklanan bernama Rezza Syah Azmeer Datuk Radzuan, 31, pada 24 Mac lalu selepas hanya sebulan lalu pertama kali bertegur sapa ketika di Mekah iaitu pada 14 Februari lepas.
Sebelum itu, Irma,30, terlebih dahulu dirisik oleh keluarga Rezza pada 12 Mac lalu.

Disapa bakal ibu mertua
Bercakap mengenai hubungannya dengan Rezza yang masih baru itu, Irma yang ditemui pada majlis pertunangannya di kediaman keluarganya di Desa Confields, Sungai Buloh, Selangor pada Sabtu lepas berkata, sejujurnya dia tidak pernah merancang untuk bertemu jodoh dalam waktu terdekat.
"Namun, saya akui ada berdoa di depan Kaabah agar diberikan segala yang terbaik untuk diri ini.
"Saya bersyukur sangat-sangat kerana bertemu jodoh di depan Kaabah ketika menunaikan umrah. Bagi saya, jodoh ini satu anugerah terbesar buat diri saya daripada Allah. Memang pertemuan kami dan hubungan kami berlangsung dalam waktu yang cukup singkat," ungkapnya.
Tambah Irma: "Namun, apa yang membuatkan saya tertarik dan bersetuju untuk mengikat hubungan kami ke peringkat yang lebih jauh disebabkan jodoh ini ditemui di depan Kaabah.
"Kedua, saya sendiri cukup senang apabila bersama dirinya dan ketiga, hubungan kami direstui oleh kedua-dua pihak keluarga. Saya dapat merasakan restu itu, inilah sebabnya saya bersetuju untuk bertunang dan seterusnya melangkah ke gerbang perkahwinan," ujarnya yang cukup anggun menggayakan busana rekaan pereka fesyen popular, Hatta Dolmat.
IRMA mempunyai tiga sebab kenapa hatinya terbuka untuk menerima lamaran Rezza Syah Azmeer.


Menceritakan kembali detik-detik pertemuannya dengan Rezza ketika di Mekah, semuanya bermula apabila dirinya disapa oleh ibu Reza, Datin Azizah Osman.
Irma kemudiannya terlebih dahulu berkenalan dengan bapa dan adik perempuan tunangnya itu sebelum dia akhirnya diperkenalkan kepada Rezza oleh ibu Rezza sendiri.
"Saya disapa oleh ibu Rezza, kemudian saya berkenalan dengan seluruh keluarganya yang turut menunaikan umrah waktu itu.
"Mereka kenal saya sebagai seorang pelakon, tetapi di sana semua orang sama sahaja dan orang terakhir dalam keluarga itu yang datang berkenalan dengan saya ialah Rezza. Memang pertemuan kami tidak dirancang," bicara Irma.
Tidak sempat bercinta
Tiba di Malaysia, ibu Rezza kemudian menyampaikan hasrat untuk meminangnya, lantas diterima oleh Irma dan keluarganya dengan hati penuh terbuka.
"Pulang ke Malaysia, saya ada berjumpa dia beberapa kali, kemudian ibu Rezza ada cakap untuk masuk meminang, mereka datang merisik dan sekarang saya sudah bertunang.
"Memang tempohnya agak cepat tetapi saya percaya dengan jodoh yang sudah ditentukan Allah untuk saya ini," ucapnya.
Tutur Irma lagi, disebabkan 'hubungan pantas' mereka itu, Irma belum sempat untuk mengenali hati budi atau melalui episod cinta sepertimana kebiasaan di kalangan pasangan kekasih yang lain.
"Ya, memang tidak sempat nak bercinta dengan Rezza tetapi saya sempat mengenalinya. Sebenarnya hubungan kami lebih kepada diatur keluarga.
"Sungguhpun begitu, kalau diatur keluarga pun tetapi andai saya tidak suka hubungan ini tidak boleh diteruskan juga (ketawa). Apa yang boleh saya katakan dia seorang lelaki yang terbaik buat saya," tegas Irma sambil tersenyum manis bercerita tentang bakal suaminya itu.
Tarikh perkahwinan
Justeru, bagaimana hati Irma boleh terbuka untuk menerima Rezza menjadi bakal suaminya meskipun perkenalan mereka berlaku dalam waktu yang singkat.
IRMA bersama (dari kiri) bakal ibu mertuanya Datin Azizah Osman, ibunya Ropitah Abdul Hassan, bakal bapa mertuanya Datuk Dr. Mohd. Radzuan Ibrahim dan bapanya Ibrahim Othman pada majlis pertunangannya yang berlangsung penuh meriah itu.


Bahkan dalam majlis pertunangan itu, pengumuman dibuat secara rasmi menyatakan mereka mereka bakal bergelar suami isteri pada 1 Julai depan.
"Perasaan saya tidak ada rasa ragu-ragu lagi. Saya juga menjadi diri sendiri di depan Rezza dan keluarganya, begitu juga dengan dirinya dengan keluarga saya.
"Mereka boleh terima saya seadanya, mungkin sebab itu, saya menerima dirinya kerana kami tidak menyembunyikan apa-apa jua.
"Hubungan kami juga berjalan tanpa sebarang masalah dan saya berharap situasi ini akan kekal sampai bila-bila sehingga kami selamat berkahwin kelak" luah Irma yang masih sibuk dengan kerjaya lakonan dan bidang pengacaraan.
Pada majlis pertunangannya itu, Irma menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki termasuk sebentuk cincin berlian yang disarungkan oleh bakal ibu mertuanya itu sebagai tanda Irma kini sah menjadi tunangan Rezza.
Irma pula membalas dengan sembilan dulang hantaran untuk pihak lelaki.
Selepas majlis pertunangan tersebut, Irma bakal sibuk dengan persiapan untuk majlis pernikahan dan juga majlis resepsi perkahwinannya yang dijadualkan bakal berlangsung pada 1 Julai ini di Keramat Mall, Keramat, Selangor.
Sementara, majlis resepsi sebelah pihak lelaki pula bakal berlangsung pada 7 Julai depan.

Pernikahan Azza (Elite) Ahad Ini Tanpa Majlis Bertunang

Posted: 25 Mar 2012 09:40 PM PDT


Azza bahagia di sisi Azlan. Foto ihsan Azza.
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Azza (Elite) membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang pramugara AirAsia, Azlan Zulaily, pada 1 April ini tanpa sebarang ikatan pertunangan kerana enggan melalui cabaran yang tidak diduga itu.
Azza atau nama sebenarnya Azzarima Zawari berkata, sama ada bertunang atau tidak, ia bukanlah satu persoalan atau isu yang besar, sebaliknya lebih mudah untuk dirinya dan pasangan untuk mendirikan rumah tangga terus.
"Rasanya, perkara baik (berkahwin) tidak perlu dilengah-lengahkan. Dan saya rasa, kami tidak perlu melalui fasa pertunangan.
"Nanti banyak pula cabarannya. Sudahlah kerja penuh dengan cabaran, sebelum kahwin pun nak ada cabaran pula. Saya tidak mahu melalui itu," katanya yang dihubungi  di sini, Ahad.

Azza dilamar dengan menerima mesej yang dilukis pada skrin komputer tablet.
Bercerita mengenai persiapan perkahwinannya, Azza berkata, dia belum merasai debaran untuk menjadi isteri orang tetapi mengakui, semakin dekat tarikh pernikahannya, semakin banyak pula tawaran lakonan yang diterima.
"Mungkin inilah dia dikatakan rezeki nak kahwin agaknya. Memang sejak kebelakangan ini saya terpaksa tolak pelbagai tawaran lakonan, demi membuat persiapan diri pada majlis pernikahan nanti.
"Apa yang saya berlaku sekarang, sama seperti perkahwinan terdahulu saya. Bila nak kahwin saja, tiba-tiba kerja datang selonggok. Alhamdulillah, saya bekerja macam biasa dan mengambil kerja-kerja lakonan mengikut kemampuan diri, sampai badan rasa nak demam dibuatnya.
"Dan setakat sudah 70 peratus persiapan yang dilakukan. Saya bersyukur kerana mempunyai teman-teman yang membantu, terutamanya, teman baik saya bernama Sam," ujarnya yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama "Baitulrahmat", terbitan JS Pictures.
Azza bakal melangsungkan pernikahannya di Masjid Bukit Antarabangsa pada Ahad depan selepas solat Zuhur sementara majlis resepsinya pula akan diadakan di pasar raya Mydin, Ipoh, Perak yang belum ditentukan tarikhnya.
Perkenalan Azza dengan Azlan bermula pada perayaan tahun baru 2011 dan dia telah dilamar pada 1 November lalu dengan menerima mesej yang dilukis pada skrin komputer tablet.
"Pertama kali saya berkenalan dengan Azlan, saya dapat rasakan bahawa dialah lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami. Keikhlasan dan kejujurannya membuatkan saya tidak ragu-ragu untuk melangkah ke alam perkahwinan buat kali kedua.
"Lebih bermakna lagi apabila kedua-dua belah pihak keluarga merestui hubungan kami," ujarnya.
Terdahulu, pelakon yang bergelar ibu tunggal selama enam tahun ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce (Ehsan) pada 14 Februari 2001 di Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur dan bercerai pada pertengahan November 2004.

Membelakangi Ketua, Harun Kesal Sikap Zed Zaidi

Posted: 25 Mar 2012 09:39 PM PDT

Harun amat terkilan dengan sikap Zed Zaidi yang dianggap mengetepikan peranannya sebagai Presiden Seniman.
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) iaitu Harun Salim Bachik kesal dengan sikap salah seorang ahli jawatankuasanya iaitu Zed Zaidi yang cuba membelakangkannya sebagai ketua.
Harun berkata, Zed yang merupakan Pemangku Presiden Seniman dan Ketua Biro Seniman Muda tidak pernah mengambil inisiatif untuk berbincang dengannya sebagai Presiden dalam melaksanakan apa juga aktiviti.
"Saya tidak pasti mengapa dia enggan bercakap, berbincang atau sekurang-kurangnya memaklumkan kepada saya apa yang sedang dia lakukan bagi pihak persatuan.
"Lihatlah apa terjadi kepada kekecohan yang berlaku mengenai isu cermin kereta gelap? Cadangan itu pun tidak pernah dibawa berbincang dengan saya sebaliknya saya hanya mengetahui daripada pihak lain.
"Apabila saya hubunginya baru dia jelaskan tetapi nampaknya sudah terlambat," katanya.
Harun berkata, tiga memorandum yang dihantar kepada pihak kerajaan bersempena Festival BN Youth baru-baru ini juga tidak melibatkan dirinya dan beliau amat kesal kerana diketepikan sedemikian rupa.

"Dalam hal-hal sebegini ketua perlu dimaklumkan dan perbincangan secara serius hendaklah dilakukan tetapi itu tidak berlaku kepada saya. Orang akan nampak seperti saya tidak buat kerja tetapi hakikatnya masyarakat tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku," ujarnya.
Harun berkata, sidang media penjelasan mengenai cermin kereta gelap dan isu penyiaran gambar bogel artis oleh sebuah portal hiburan yang berlangsung pada Jumaat lalu juga tidak dimaklumkan kepadanya.
Harun memberitahu dia hanya mengetahui perkara tersebut daripada seorang ahli Seniman lain.
"Apa juga perkara yang dia ingin lakukan, saya sebagai presiden menyokong penuh kerana jelas dia begitu bersungguh-sungguh dalam membantu golongan artis tetapi peranan saya sebagai presiden tidak patut ditolak ke tepi.
"Saya berhak untuk mengetahui tentang apa yang sedang berlaku. Soal saya boleh datahng atau tidak, itu bukan soalnya kerana jika ada pihak media bertanya, sekurang-kurangnya saya tahu apa yang ingin dijawab bagi pihak dia atau persatuan," ujar Harun.
Zed Zaidi
Harun menambah, dia masih tidak memahami mengapa Zed ingin membelakanginya dalam segala hal kerana hubungan mereka langsung tiada masalah sebelum ini.
"Sehingga saat ini saya boleh katakan saya langsung tidak bergaduh atau bermasam muka dengannya. Saya sendiri kurang pasti mengapa dia berbuat demikian.
"Saya tidak kisah jika dia ingin mendapat nama dalam setiap perkara yang dilakukannya tetapi jangan membelakangi persatuan," katanya.
Dia juga bercadang untuk bersemuka dengan Zed dalam masa terdekat bagi meleraikan apa yang dianggap sebagai salah faham supaya selepas ini mereka boleh bersama-sama berganding bahu aktif membantu semua ahli Seniman.
"Tak elok rasanya perkara ini berpanjangan kerana saya tidak pernah mempunyai masalah dengannya dan saya harap dia juga begitu.
"Apa-apa pun ini mungkin salah faham dan perjumpaan secara bersemuka diharap dapat menyelesaikan masalah ini," katanya.
Sementara itu Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, dia tidak pernah membelakangi Harun setiap kali melakukan apa saja aktiviti di bawah persatuan tersebut.
"Setiap sidang media mahupun aktiviti yang dijalankan Seniman, saya akan memberitahu Harun selaku ketua saya dan setakat ini dia tahu semua perkembangan yang berlaku.
"Lebih-lebih lagi pada ketika ini, dia terlalu sibuk dengan kerja-kerja seninya, takkanlah Seniman akan senyap jika dia sibuk bukan? Jadi saya sebagai timbalannya, perlu melakukan sesuatu untuk menggerakkan persatuan," katanya.
Tambah Zed Zaidi lagi, kekerapannya yang tampil membuat kenyataan tanpa Harun bukan kerana ingin merebut jawatan presiden persatuan itu.

Irma Hasmie Nikah Anak Datuk 1 Julai Ini

Posted: 24 Mar 2012 10:33 PM PDT


Irma Hasmie. Foto UTUSAN
SUNGAI BULOH: Pelakon Irma Hasmie bakal melangsungkan pernikahannya dengan seorang anak Datuk, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, pada 1 Julai ini di Keramat Hall, Kuala Lumpur.
Tarikh tersebut telah diputuskan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan yang berlangsung di rumah Irma di Desa Coafiled, Sungai Buloh, pada petang Sabtu.
Irma berkata, dia dan Reza yang merupakan seorang ahli perniagaan itu bertemu di kota Mekah ketika menunaikan umrah buat kali ketiga pada Februari lalu dan dirisik oleh pihak keluarga lelaki pada 12 Mac.
"Syukur Alhamdulillah saya menganggap jodoh saya dan Reza adalah satu anugerah Allah S.W.T. Tak sangka pula umrah saya yang ketiga ini menemukan saya dengan Reza yang turut menunaikan umrah bersama keluarganya pada masa itu.

Dari kiri: Ibu Irma, Ropitah Abdul Hassan, Azizah Osman dan Irma. Foto UTUSAN
"Perkenalan kami amat singkat tetapi saya cukup senang bersama dengannya. Lebih menguatkan perhubungan kami ialah apabila kami direstui kedua-dua belah pihak keluarga. Moga jodoh ini berpanjangan sehingga akhir hayat," katanya.
Pada majlis yang serba ringkas itu, bekas kekasih pelawak Nabil (Raja Lawak) mengenakan busana rona biru cair rekaan Hatta Dolmat.
Pelakon itu telah menerima sebentuk cincin berlian yang disarungkan oleh ibu Reza, Azizah Osman, serta tujuh buah dulang hantaran daripada pihak lelaki yang beruba set mandian, sepersalian pakaian, sejadah, manisan kurma, kek dan buah-buahan.
Manakala pihak perempuan pula membalas sebanyak sembilan dulang iaitu sireh junjung, buku-buku ilmiah, pencukur, sejadah, kek, manisan, sepersalinan pakaian dan set mandian.
Dalam pada itu, majlis pertunangan itu turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak, teman rapat dan beberapa rakan artis.

Punca Sebenar Owen Wilson Tidak Mahu Bergambar Dengan Fahrin Ahmad

Posted: 24 Mar 2012 10:33 PM PDT

Owen Wilson (kanan), Adrian Brody and Camilla Belle bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Pengerusi SIC Datuk Mokhzani Mahathir. Foto GLENN GUAN

Lawak juga bila dapat tahu mengenai Owen Wilson yang datang ke Malaysia dan kemudian tidak mahu bergambar dengan Fahrin Ahmad. (sumber) . Rupa-rupanya ada isu lain yang membuatkan Owen Wilson agak tidak mesra alam malam tu. GAM rasa nak tergelak pun ada bila membaca mengenai kisah yang terjadi pada awal majlis itu berlangsung.

Pengacara majlis Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP Ball 2012 pada malam tu dah tersasul sebut nama pelakon popular ini sebagai Owen Williams! Hahaha, yang nak dijadikan cerita ni lagi lawak, pengacara tu siap announce macam ni (dah distranslate) " Saya sungguh bangga di beri penghargaan untuk memperkenalkan pelakon kegemaran saya iaitu Owen Williams!" .... (sumber)

adoi la... sape la pengacara majlis tu ek? hehehe

Teater 'Gerimis Mengundang' Bakal Dapat Sambutan Hebat

Posted: 20 Mar 2012 08:08 PM PDT


Ahmad Idham
KUALA LUMPUR: Pengarah teater muzikal Gerimis Mengundang Ahmad Idham Ahmad Nadzri sudah menaruh keyakinan pementasan teater itu akan mendapat sambutan luar biasa walaupun ia belum dipertontonkan kepada umum.
Ahmad Idham berkata, ia disebabkan faktor keyakinan penonton kepada karyanya selepas berjaya menghasilkan pementasan Impak Maksima yang diadakan di Istana Budaya (IB) sebelum ini.
"Saya sangat-sangat yakin teater muzikal terbaru ini akan mendapat sambutan daripada peminat selepas melihat bagaimana para pelakon menampilkan persembahan luar biasa semasa sesi latihan yang dijalankan selain trend penonton terhadap karya saya sebelum ini," katanya kepada pemberita pada majlis doa selamat teater itu di Istana Budaya di sini, Selasa.
Turut hadir Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani.
Ahmad Idham memberitahu kekuatan karya tersebut yang menelan belanja kira-kira RM1.2 juta itu juga terletak kepada konsep yang dibawa iaitu lebih moden, mempunyai aksi gerak tari dan menampilkan artis-artis remaja.

Para pelakon teater muzikal 'Gerimis Mengundang'.
Selain itu dia juga melakukan percubaan dengan membawa pelakon luar iaitu Shenthy Feliziana dari Singapura dan Mikha Tambayong dari Indonesia.
"Teater ini ada unsur-unsur kelakar yang harus ditonton. Malah lagu-lagu yang ditampilkan juga telah digubah menjadi menarik bersesuaian dengan konsep yang diketengahkan," katanya.
Tambah beliau, helikopter yang akan digunakan dalam pementasan berkenaan juga telah siap direka bentuk dan tentunya akan menampilkan sebuah persembahan luar biasa apabila pengangkutan itu digunakan di dalam dewan.
Jelasnya, ia adalah satu kelainan yang dilakukan untuk memastikan pementasan tersebut benar-benar luar biasa selain menonjolkan watak Zamani (lakonan Kamal Adli) sebagai seorang juruterbang," ujarnya.
Sementara itu Kamal Adli memberitahu dia menghadapi masalah untuk menari khususnya bagi lagu berirama perlahan.
Bagaimanapun masalah itu dapat diatasi dengan tunjuk ajar koreografer selain keupayaannya mempamerkan kekuatan vokal apabila diwajibkan menyanyi secara langsung.
"Saya bukan penyanyi tetapi saya mencuba terbaik untuk menyanyi pada persembahan itu nanti. Cuma saya ada sedikit masalah apabila nak menari. Tapi saya mampu melakukannya," jelas Kamal.
Kamal Adli bersama gandingannya Mikha Tambayong.
Dia turut menambah berhadapan dengan tekanan kerana tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan latihan tetapi percaya kepada komitmen semua pihak bagi memastikan ia berjaya.
"Ada adegan yang saya perlu menangis dan meraung iaitu pada babak akhir cerita ini. Alhamdulillah, semasa latihan saya boleh melakukannya dengan baik tanpa menggunakan ubat titis," jelasnya sambil memberitahu mampu menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram berbanding 85 kilogram sebelum ini.
Teater muzikal Gerimis Mengundang ini berkisar mengenai kisah cinta Zamani, seorang juruterbang muda yang berhadapan dengan kemelut percintaan dua orang gadis yang meminatinya.
Ia akan dipentaskan di Istana Budaya dari 27 Mac hingga 8 April depan.
Tiket-tiket menyaksikannya masih dijual dengan harga RM35, RM55, RM75, RM95, RM125, RM185 dan RM305.

Shahrizal Timbulkan Masalah Kerana Sukar Tidur

Posted: 20 Mar 2012 08:07 PM PDT


Shahrizal Jazsle mengakui masalah kesukaran tidur dan bangun pagi telah menyebabkannya sering lewat ke lokasi penggambaran. Foto THE STAR Oleh AZMAN GHANI.
PETALING JAYA: Pelakon Shahrizal Jaszle mengakui menghadapi masalah disiplin apabila sering datang lewat ke lokasi sehingga mengakibatkan penggambaran terganggu.
Pelakon itu berkata, perkara berkenaan timbul bukan disengajakan sebaliknya berpunca daripada masalah kesukaran tidur yang dialaminya selama ini.
"Saya mengakui memang mempunyai masalah disiplin sehingga telah menyebabkan pihak lain turut menerima kesan daripada sikap saya.
"Namun begitu hal berkenaan bukan disengajakan kerana saya memang mempunyai masalah tidur dan sukar untuk bangun pada waktu pagi," ujarnya kepada mStar Online.
Shahrizal ditemui ketika menghadiri majlis pelancaran drama bersiri "3 Janji" di Sri Pentas, TV3, di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, Shahrizal berkata, dia ada meminta bantuan daripada kakaknya yang merupakan seorang doktor dengan memberi ubat bagi membantu membolehkannya tidur tetapi ia tidak mujarab.
"Saya ada cuba untuk merawat masalah saya ini tetapi nampaknya masih belum berhasil. Bagaimanapun saya berjanji akan mengatasi masalah ini supaya tidak menyusahkan pihak lain," katanya.
Ditanya adakah masalah tersebut berpunca daripada hubungannya dengan pelakon Miera Leyana yang sering tidak menentu, Shahrizal bagaimanapun menafikan mengenai dakwaan tersebut.
Ujarnya, Miera tidak menjadi punca kepada masalah tersebut tetapi dia merasakan tertekan dengan bebanan kerja sehingga menyebabkan sukar untuk tidur malam.
Pengarah drama bersiri 3 Janji, Heykal Hanifah.
"Miera tidak menjadi punca tambahan pula hubungan kami telah berakhir. Masalah ini berlaku mungkin kerana apabila sudah terlalu letih saya tak boleh tidur tepat pada waktunya dan sekali gus menyebabkan saya bangun lewat pada keesokan hari," ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Shahrizal berkata dia kini sedang mencari pembantu peribadi bagi menguruskan kerjaya seninya supaya tidak menimbulkan masalah.
Malangny dia bermasalah untuk mencari calon sesuai kerana tidak mempercayai orang selepas pengalaman bersama bekas pembantunya sebelum ini.
"Pembantu peribadi sebelum ini banyak memberikan masalah kepada saya jadi perlu lebih berhati-hati dalam mencari pengganti," katanya.
Sementara itu, pengarah drama bersiri "3 Janji", Heykal Hanifah berkata, dia tidak mengambil pusing mengenai cakap-cakap orang mengenai Shahrizal kerana pelakon itu tidak pernah membuat sebarang masalah dengannya.

Heykal bagaimanapun berkata, dia tidak menafikan Shahrizal ada kalanya lewat tiba di set penggambaran namun keakraban mereka telah memudahkan dia untuk bercakap dan menasihati pelakon muda itu.
"Ada juga pihak yang memberi amaran kepada saya mengenai sikapnya yang tidak profesional di lokasi tetapi sepanjang bekerjasama dalam beberapa buah drama dia tidak pernah buat masalah besar kepada saya.
"Jika ada saya sentiasa akan menasihati dan menegur dirinya supaya mengubah sikap," ujarnya.

Liyana Jasmay Nikah Selepas Pulang Dari AS

Posted: 20 Mar 2012 08:06 PM PDT


Liyana Jasmay bakal mengikat tali pertunangan dengan Fathuddin Mazlan pada 28 Mac ini.
PETALING JAYA: Pelakon Liyana Jasmay membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan Fathuddin Mazlan,28, yang juga seorang ahli perniagaan pada Januari tahun depan selepas menamatkan kursus jangka pendeknya di New York, Amerika Syarikat (AS).
Liyana, 24, berkata, dia akan berangkat ke negara itu pada Julai depan untuk mengikuti kursus di New York Film Academy dalam bidang pengarahan dan lakonan.
"Daripada awal perkenalan dengan Fathuddin saya telah melahirkan hasrat untuk mengikuti kursus tersebut kepadanya dan dia tidak membantah mengenai perkara itu kerana pemergian saya adalah untuk menimba ilmu.
"Kelas akan tamat pada awal Januari (2013) dan lepas itu akan terus kembali ke Malaysia untuk berkahwin," ujarnya.


Liyana ditemui semasa menghadiri majlis pelancaran drama bersiri 3 Janji di Sri Pentas di sini pada Selasa.
Tambah Liyana, pemergiannya selama enam bulan ke New York turut ditemani oleh ibunya iaitu Habsah Simpon, 53, selepas ayahnya, Jasmay Md Shah, 57 tidak membenarkan dia tinggal bersendirian di AS.
"Pada awalnya saya nak ikuti kursus berkenaan di Australia sahaja kerana lebih dekat tetapi setelah disarankan oleh rakan-rakan pergi ke New York saya bertukar fikiran.
"Tambahan pula peralatan sepanjang proses pembelajaran itu nanti lebih canggih dan boleh digunakan oleh para peserta selain nama-nama besar dalam bidang pengarahan dan lakonan turut dijemput untuk memberikan ceramah kepada kami nanti," katanya.
Liyana memberitahu, dia teruja untuk ke negara itu kerana ingin menimba pengalaman di negara orang dan mempelajari cara mereka menghasilkan filem atau drama supaya dapat diguna pakai apabila kembali ke tanah air.
"Ini semua saya lakukan demi syarikat produksi saya iaitu Mermaids Studios kerana ingin lebih bersungguh-sungguh dalam menghasilkan produk yang baik untuk penonton.
"Malah saya sudah buat beberapa persediaan sebelum berangkat dan Insya-Allah krew produksi saya akan turut ke sana untuk menjalani tiga buah telefilem bagi mendapat senario berbeza di sana," katanya.
Dalam pada itu, Liyana yang bakal bertunang pada 28 Mac ini di rumahnya di Kemensah, Kuala Lumpur memberitahu akan menyelesaikan semua penggambaran yang masih tertangguh selain menyiapkan persiapan perkahwinannya sebelum ke AS.
Ujar Liyana, dia bertuah kerana dua kakaknya iaitu Faradilla Jasmay, 30, dan Adriana Jasmay, 28, yang sudah berkahwin akan membantunya dalam merealisasikan impiannya sebagai raja sehari.
"Sebelum berangkat saya akan selesai mengenai tempahan dewan, katering, baju dan sebagainya. Selebihnya akan diuruskan oleh dua orang kakak saya yang sudah berpengalaman dalam menguruskan kerja kahwin.
"Sejurus lepas balik nanti saya akan terus berkahwin. Bagaimanapun tarikh sebenar masih belum diputuskan," katanya.
Sementara itu, Liyana berkata, dia mengambil keputusan untuk bertunang bukan kerana akan berangkat ke luar negara tetapi tertarik dengan keikhlasan hati budi bakal tunangnya yang disifatkan sebagai periang dan baik hati.
Tambah Liyana, usaha Fathuddin untuk mengenali kedua ibu bapanya paling menyentuh hati kerana dia begitu rapat dengan mereka.
"Saya sangat rapat dengan kedua ibu bapa saya dan apabila melihat usahanya untuk mengenali mereka sudah cukup menambat hati saya sebagai seorang wanita," ujarnya.
Liyana memberitahu, pengalaman berkawan dengan lelaki sebelum ini telah membuatkan dirinya serik untuk bercinta sebaliknya memilih untuk berbuat demikian dengan ikatan perkahwinan.
"Saya tidak percayakan pada percintaan lagi kerana itu semua palsu. Jika seseorang itu benar-benar ikhlas mencintai saya dia boleh terus masuk meminang dan itu yang telah dilakukan oleh bakal tunang saya," ujarnya.

Bayaran Jozan RM50 Ribu Sejam Satu Fitnah - Ozlyn

Posted: 20 Mar 2012 08:04 PM PDT

Isteri Johan (Raja Lawak) iaitu Ozlyn turut bertindak sebagai pengurusnya.
PETALING JAYA: Isteri kepada pelawak Johan (Raja Lawak) iaitu Ozlyn Wati menyifatkan tuduhan kononnya kumpulan Jozan yang dianggotai suaminya dan Zizan meletakkan bayaran RM50,000 untuk satu jam persembahan adalah sebagai fitnah dan mengarut.
Ozlyn yang juga pengurus kepada Johan berkata, dia terkejut dengan gosip terbaru melibatkan kedua-dua pelawak tersebut namun tidak mahu mengendahkannya kerana ia tidak benar sama sekali.
"Cerita itu tersebar mungkin disebabkan oleh sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan sebut harga yang kami tetapkan. Lantas mereka mula menyebarkan cerita kononnya Johan atau Zizan mula demand dalam soal bayaran," ujarnya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Ozlyn berkata, pihaknya tidak pernah meletakkan harga melampau kepada pihak penganjur yang inginkan khidmat Jozan sebaliknya mereka boleh bertolak ansur mengenai perkara itu.
Ozlyn memberitahu, caj yang dikenakan adalah bersesuaian dengan kualiti dan standard persembahan Jozan atas permintaan pengelola sesebuah acara.
"Sebut harga yang kita berikan kepada pihak penganjur adalah berdasarkan kepada permintaan mereka mengenai perkara yang perlu dilakukan oleh Jozan dalam sesebuah persembahan.
"Bagaimanapun harga yang diberikan masih boleh dirunding dan pihak kami selalunya akan bertolak ansur dengan permintaan penganjur," ujarnya.
Jozan yang dianggotai oleh Johan (kiri) dan Zizan.
Sementara itu, Ozlyn berkata, walaupun kadang-kala terpaksa menolak tawaran yang diberikan kepada Johan atau Jozan kerana harga yang tidak bersesuaian, dia selalunya akan cuba memberikan cadangan kepada penganjur untuk menawarkan peluang itu kepada pelawak lain.
Kata Ozlyn, walaupun tidak menerima sesebuah tawaran tetapi sekurang-kurangnya ia telah membuka rezeki kepada pelawak lain.
"Bukan nak menyombong atau besar diri apabila mereka sudah ada nama dalam industri tetapi kadang-kala ada sebab mengapa kita perlu menolak sesuatu tawaran yang datang.
"Bagaimanapun, selalunya saya akan cuba mencadangkan kepada penganjur untuk mengambil pelawak-pelawak lain jika sesuatu tawaran yang datang sesuai dengan majlis yang hendak dikelolakan," katanya.
Dalam perkembangan sama, dia dan suaminya yang juga penyampai Radia Era FM lebih senang untuk berdiam diri apabila timbul cerita-cerita kurang kerana tidak mahu memburukkan keadaan.
Ini kerana kata Ozlyn, apabila timbul sesuatu isu kedua-dua belah pihak sentiasa ingin mempertahankan kenyataan masing-masing yang akhirnya akan merugikan kedua-dua belah pihak.
"Rasanya lebih baik mendiamkan diri daripada mengeluarkan kenyataan yang akan memburukkan lagi keadaan. Biarlah apa orang nak kata kerana pada akhirnya hanya kami dan Allah sahaja yang tahu," ujarnya.

Aiman Hakim Janji Tidak Lupa Diri - Pelakon Vanilla Coklat

Posted: 14 Mar 2012 08:14 PM PDT


Aiman bersama gandingannya dalam drama Vanila Coklat, Izara Aishah. Foto THE STAR Oleh GLENN GUAN. 
PETALING JAYA: Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Vanila Coklat, Aiman Hakim menjelaskan populariti yang dikecapnya kini tidak akan merubah dirinya sehingga menjadi seorang yang memilih.
Aiman berkata, walaupun sudah mula dikenali, hakikatnya dia adalah seorang pelakon baru yang masih dalam proses pembelajaran dan perlu mencuba pelbagai watak sekiranya ditawarkan.
"Popular tidak menjamin kejayaan saya sebagai pelakon kerana sedar diri saya masih baru dan perlu lebih banyak pendedahan dalam bidang lakonan.
"Kejayaan drama ini juga tidak bererti saya akan mula memilih watak selepas ini hanya kerana telah dikenali," ujarnya.
Aiman ditemui selepas majlis tayangan episod terakhir Vanila Coklat bersama peminat di Restoran Rasta Taman Tun Dr Ismail di sini, Selasa.

Dalam pada itu, ditanya mengenai namanya antara carian paling popular di Google, Aiman berkata, dia tidak tahu mengenai perkara itu namun bersyukur kehadirannya dalam bidang seni mula disedari masyarakat.
Katanya, populariti yang dimiliki perlu digunakan sebaik mungkin selain perlu terus berusaha untuk memperbaiki diri supaya mendapat sokongan peminat.
"Insya-Allah kejayaan saya tidak akan membuatkan saya hanyut sebaliknya akan lebih berusaha keras dalam membina nama dalam bidang ini.
"Saya akan terus melakukan apa yang dirasakan betul dengan mendapat nasihat daripada orang terdekat," katanya.
Sementara itu, Aiman yang juga bekas peserta program realiti Mentor musim ke-5 bersama mentornya, penyanyi Rahim Maarof memberitahu walaupun sudah mencipta nama sebagai pelakon dia masih memasang hasrat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian.
Kata Aiman, buat permulaan dia bakal muncul dengan single terbaru berjudul "Bicara Hati" ciptaan Adi dari kumpulan 6ixth Sense dalam masa terdekat.
"Nyanyian yang telah memperkenalkan nama saya dalam bidang ini jadi tidak semudah itu untuk terus saya lupakan cita-cita awal saya ingin melibatkan diri dalam bidang ini.
"Saya masih memasang impian untuk menghasilkan album sendiri pada masa hadapan tetapi buat permulaan saya bakal muncul dengan sebuah single baru.
"Bagaimanapun saya perlu menunggu lagu tersebut keluar kerana pihak produksi masih menunggu persetujuan daripada dua buah drama yang berminat untuk menggunakan Bicara Hati sebagai lagu tema untuk drama mereka,"ujarnya.
Bagaiamanpun kata Aiman, dia tidak mahu terburu-buru sebaliknya ingin menumpukan pada sesuatu perkara terlebih dahulu kerana bimbang tidak dapat memberikan komitmen.
"Sekarang saya banyak terikat dengan tawara berlakon dan kerana itu tidak mahu terburu-buru mengejar semua benda dalam satu masa," ujarnya.

Jue Aziz 'Menghilang' Bukan Terkena Sihir

Posted: 14 Mar 2012 08:13 PM PDT


Jue Aziz. 
PETALING JAYA: Pelakon Jue Aziz memberitahu tindakannya mendiamkan diri daripada sebarang publisiti sejak kebelakangan ini bukan disebabkan terkena perbuatan sihir.
Sebaliknya, pemilik nama sebenar Zuliana Ab Aziz ini berkata keputusan tersebut diambil kerana dia lebih selesa untuk tampil jika mempunyai cerita yang berkaitan kerjaya sahaja.
"Saya tidak sakit terkena perbuatan sihir atau santau. Cerita itu tidak betul. Cerita itu ditimbulkan oleh pihak produksi Semerah Padi yang cuba mencari publisiti murah ketika pementasan itu diadakan pada tahun lalu.
"Saya tidak sertai teater itu pun disebabkan oleh kekalutan pengurusan produksi itu sehingga menyebabkan saya tertekan dan jatuh sakit ketika itu. Ia hanya sakit biasa kerana tidak cukup rehat," katanya.
Aktres berusia 29 tahun itu ditemui pada tayangan perdana filem terbarunya, Jidin Sengaldi Cathay e@Curve, Mutiara Damansara, di sini, malam Selasa.

Jue berkata selepas lebih lima tahun bergelar pelakon, dia sudah berada pada tahap yang stabil dan tidak memerlukan publisiti murah atau kontroversi untuk terus dikenali.
"Pada tahap ini, saya memang elakkan publisiti yang berlebihan seperti awal-awal dulu. Saya tidak mahu kisah kontroversi terus dikaitkan dengan saya dan menjadi bahan cerita di media.
"Berkat pengalaman yang ada, saya semakin cekap menguruskan kerjaya lakonan. Tawaran lakonan juga stabil dan peminat sudah mengetahui mutu kerja saya, jadi apa perlunya saya terus muncul bersepah-sepah di media jika tiada kisah yang bernas dan penting untuk dikongsi," katanya.
Jue bersama pelakon dan tenaga kerja filem Jidin Sengal (dari kiri) Zach Diamond, Along, penerbit Ernie Chen, pengarah Esmi Zahara, Faezah Elai dan Angah pada majlis tayangan perdana filem itu, di sini, malam Selasa. 
Menyentuh mengenai pembabitannya dalam filem komedi "Esmi Zahara" itu, Jue berkata dia menerima tawaran berlakon filem tersebut kerana menyenangi watak bernama Amy yang merupakan penolong pengarah filem yang tegas dan lasak.
"Saya suka karakter Amy yang lasak, kelakian dan tegas. Ia bersifat spontan dan menarik. Lagi pun pengalaman berlakon dengan Along (Raja Lawak) dan Angah (Raja Lawak) memberikan kepuasan dan seronok.
"Sebagai pelakon yang mempunyai lebih pengalaman berbanding yang lain, saya terpanggil untuk menyokong produksi filem ini agar sama-sama berkembang dan lebih melonjak dalam industri filem kita," katanya.
Filem yang membariskan Jue, Along (Raja Lawak), Angah (Raja Lawak), Faezah Elai, Zach Diamond, Azrul (Raja Lawak), Mariani dan Hamid Gurkha ini diterbitkan oleh syarikat produksi OutLoud Studios Sdn Bhd.
Ia mengisahkan mengenai Jidin lakonan Along (Raja Lawak) bersama sekumpulan pelakon ekstra lain yang berhasrat untuk mendapatkan peranan lebih penting dalam sesebuah filem.
Jidin Sengal akan ditayangkan kepada umum bermula 22 Mac ini.

Sifat Misteri Puteri Caroline Pikat Hati Ella

Posted: 14 Mar 2012 08:09 PM PDT

Ella (kiri) melihat keistimewaan kepada Puteri Caroline.
KUALA LUMPUR: Ratu rock negara Ella berkata salah satu faktor yang membuatkan dia memilih Puteri Caroline Mohd Kamel (Caroline) sebagai protege program Mentor musim keenam adalah kerana sifat misteri yang dimiliki gadis dari Kelantan itu.
Ella berkata selain faktor bakat, Caroline, 20, mempunyai ciri-ciri menarik yang memikat hatinya untuk dia mendekati dan menerokai gadis berkenaan.
"Dia (Caroline) seorang yang pendiam dan misteri. Bakat dan sifatnya itu memikat hati saya.
"Saya tidak mahu menghakimi dia. Saya mahu menerokai kebolehan dan potensi Caroline," katanya yang memilih Caroline daripada enam calon yang disenaraikan.

Penyanyi lagu Puisi Hamba itu berkata sebagai persediaan untuk program berkenaan, dia cuba menyuntik keyakinan pada karakter Caroline agar lebih berani dan menonjol.
"Saya mempunyai hasrat yang besar untuk lihat dia berjaya, jadi saya akan bimbing dia dengan pendekatan dan formula sendiri.
Para mentor dan protoge masing-masing.
"Kami menjadi semakin rapat dan lebih mengenali antara satu sama lain dan ini memudahkan proses pembelajaran," katanya.
Selain Ella dan Caroline, Mentor 6 turut membariskan Ogy dan protegenya Zatul serta Ramlah Ram bersama protege, Ana Syuhada Noor Asram, 21 (Ana Syuhada).
Faizal Tahir pula mempertaruhkan Anas Ridzuan, 23, (Anas), Ferhad dengan Salwani Sawi, 18, (Wanie) dan Adam dengan protegenya Abd Kadir Unding Lana, 23, (KJ).
Masih lagi diacarakan oleh Ally Iskandar Mohd Mardzi, konsert mingguan akan disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 18 Mac ini pada setiap Ahad, pukul 9 hingga 10.30 malam di TV3.

Deanna Yusoff Pilih Untuk Terus Membujang

Posted: 13 Mar 2012 08:16 PM PDT


Deanna selesa hidup membujang.
KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Deanna Yusoff memilih untuk hidup membujang walaupun sudah berusia 45 tahun kerana merasakan keputusan tersebut adalah satu tindakan terbaik untuk dirinya.
Deanna berkata, dia tidak pernah berasa takut untuk mendirikan rumah tangga sebaliknya masih belum bertemu dengan individu yang benar-benar sesuai untuk diangkat menjadi seorang suami.
"Saya seronok dengan kehidupan sekarang. Kerana itulah perkahwinan tidak menjadi keutamaan kepada saya.
"Pilihan ini adalah keputusan sendiri dan bukan kerana kecewa akibat gagal dalam percintaan sebelum ini," ujarnya .
Deanna ditemui ketika menghadiri majlis pelancaran filem Bola Kampung - The Movie di sini pada Selasa.
Bagaimanapun kata Deanna, dia tidak menolak jika suatu hari nanti jodohnya akan tiba dan berharap ia akan kekal selama-lamanya.

"Jika ada jodoh, saya berharap lelaki itu adalah seorang yang menjadi dirinya sendiri, tidak sombong, baik hati dan pemurah bukan sahaja dari segi wang ringgit tetapi sikap serta tanggungjawabnya.
"Buat masa ini hidup saya tidak sunyi kerana dikelilingi oleh rakan-rakan dan keluarga yang banyak mengisi ruang dalam hidup saya," katanya.
Dalam perkembangan lain, Deanna berkata, dia tidak pernah menghilangkan diri daripada industri hiburan tanah air cuma kelibatnya jarang muncul di media massa menyebabkan ramai tidak menyedari kehadirannya.
Deanna memberitahu, sehingga kini dia masih sibuk dengan pelbagai undangan lakonan, nyanyian, menjadi pengacara namun mengakui lebih selektif terhadap tawaran yang diterima terutamanya dalam bidang lakonan.
"Tawaran berlakon memang banyak tetapi kebanyakannya adalah watak yang pernah saya terima sebelum ini sebab itu saya jarang muncul di kaca televisyen," ujarnya.
Kali terakhir muncul dalam filem Chermin pada tahun 2006, Deanna bagaimanapun berkata, peminat boleh menyaksikan lakonannya dalam drama bersiri Cendana di Astro Prima pada bulan depan.
Selain Chermin, antara filem lakonan Deanna sebelum ini adalah Selubung (1992),Abang 92 (1992) dan Ringgit Kasorrga (1995).
Sementara itu, Deanna berkata, selain aktiviti seni, dia juga sibuk menguruskan syarikatnya iaitu Artisanal Asia Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan yang diberi namaGrandjean iaitu coklat premium daripada Switzerland.
Buat masa ini dia hanya menerima tempahan untuk pembelian coklat tersebut secara dalam talian dan membuat penghantaran terus kepada pelanggan.
"Coklat premium dari Switzerland ini adalah antara terbaik dan ia perlu dibawa menaiki kapal terbang jika ada tempahan dibuat oleh pelanggan.
"Setakat ini perniagaan berjalan lancar dan sering mendapat tempahan untuk majlis-majlis korporat atau perkahwinan.
"Saya juga merancang untuk memperluaskan lagi perniagaan ini dengan membawa masuk lebih banyak coklat terbaik daripada sana," ujarnya.

Mamat Sepah Tidak Lagi Bermusuh Dengan Fida

Posted: 13 Mar 2012 08:10 PM PDT


Mamat menjelaskan hubungannya dengan Fida sudah kembali baik.
KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan Sepah, Mamat memberitahu hubungannya dengan bekas kekasih iaitu pelakon Fida Ibrahim yang sebelum ini tegang sudah kembali pulih.
Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad berkata, kedua-dua mereka telah melupakan semua kisah yang pernah berlaku sebelum ini dan saling bermaaf-maafan atas satu insiden yang melanda mereka.
"Alhamdulillahlah semua persengketaan sebelum ini telah kembali jernih seperti sedia kala dan hubungan kami berada di tahap baik ketika ini," ujarnya .
Mamat ditemui ketika pelancaran filem animasi terbaru Bola Kampung The Movie di sini pada Selasa.
Bagaimanapun kata Mamat, hubungan yang kembali jernih itu tidak bererti mereka telah bercinta semula tetapi menyifatkan hubungan berkenaan hanyalah sekadar rakan baik.

Mamat menjelaskan, selepas peristiwa tersebut, dia merasakan dirinya lebih selesa berkawan dengan Fida dan berharap masyarakat tidak akan tersalah anggap jika terserempak dengan mereka pada masa akan datang.
"Dia berhak berasa marah dengan apa juga yang berlaku sebelum ini tetapi kini semuanya telah tinggal sejarah dan kami masing-masing telah bercakap dari hati ke hati mengenai kejadian tersebut dan menyelesaikannya dengan baik.
"Kini hubungan kami lebih baik daripada sebelum ini dan biarlah hanya saya dan dia yang mengetahui apa yang berlaku," katanya.
Sebelum ini, kecoh apabila gambar Fida yang menampakkan sebahagian rambutnya dengan memakai topi tersebar di laman-laman blog hiburan tempatan dan Mamat mengakui telah memuat naik gambar itu dalam laman Facebook miliknya tanpa kebenaran kekasihnya itu.
Kejadian itu telah menyebabkan hubungan kedua-dua mereka retak sehingga menyebabkan Fida mengambil keputusan memutuskan hubungan mereka berdua.
Mamat dan Fida pernah bercinta pada tahun lalu.
Dalam pada itu, menjawab mengenai pengganti Fida dalam hidupnya, Mamat berkata, buat masa ini dia selesa hidup bersendiri dan ingin memberi tumpuan kepada kerjaya seninya.
Tambah Mamat, selepas beberapa kontroversi yang dilalui sehingga hampir memusnahkan kerjaya seninya, Mamat tidak lagi boleh mengambil sikap sambil lewa terhadap perkara yang boleh menyebabkan perkara itu berlaku.
"Sebelum ini saya banyak main-main sehingga orang kecam saya dengan pelbagai perkara dan terlalu terbuka dengan orang- di sekeliling saya.
"Jadi sudah sampai masanya saya perlu menumpukan perhatian kepada satu perkara buat masa ini iaitu kerjaya kerana ia lebih penting daripada perkara lain," ujarnya.
Sementara itu, ditanya adakah dia dan Fida akan kembali bercinta memandangkan hubungan baik mereka ketika ini, Mamat berkata jika jodoh di antara mereka masih kuat dia tidak menolak kemungkinan itu.
"Sebelum kejadian gambar tu hati kami memang saling terpikat antara satu sama lain, dan bagi saya sendiri sehingga sekarang rasa terpikat itu masih ada cuma keadaan kini telah berbeza.
"Namun kalau memang jodoh saya dengan dia siapa saya untuk menolak," ujarnya.

Ogy Batal Hasrat Saman Johan Raja Lawak

Posted: 13 Mar 2012 08:09 PM PDT


Ogy Ahmad Daud.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) telah membatalkan hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelawak Johan (Raja Lawak) kerana berpendapat enggan memanjangkan isu tersebut.
Terdahulu, aktres itu dilaporkan berasa kecil hati dan terhina akibat sikap celupar mulut pelawak itu yang mempersendakan Allahyarham ibu bapanya iaitu seniman Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) lalu.
Ogy berkata keputusan itu diambil kerana dia sudah berasa sejuk hati dan memaafkan keterlanjuran pelawak itu.
"Industri kita bukan besar mana pun. Mungkin pada masa akan datang kami akan bekerjasama. Jadi buat apa panjang-panjangkan hal macam ini.

"Memang betul saya marah dengannya sebelum ini tetapi selepas beberapa ketika saya mula sejuk hati dan sudah memaafkan dia," katanya.
Johan Raja Lawak.
Ogy berkata demikian pada majlis memperkenalkan protege program Mentor musim keenam di Hard Rock Cafe, di sini, Selasa.
Ogy berkata dia membuat keputusan itu selepas mendapat petunjuk daripada Allah.
"Sebelum ini, saya terasa hati dengannya apabila dia ketawa dengan teguran saya mengenai gurauannya itu selepas acara tersebut.
"Alhamdulillah, kini saya berasa lebih tenang selepas memaafkan Johan dan kemarahan itu sudah reda," katanya.
Ogy juga berkata, insiden itu mempunyai hikmah dan memberikan pengajaran kepada Johan agar lebih peka dan sensitif dengan keadaan sekeliling khususnya ketika mengacara atau berlawak di depan khalayak.

Elly Mazlein - Tak sabar nanti hari bahagia

Posted: 13 Mar 2012 08:07 PM PDT


Elly Mazlein
Bunga-bunga cinta yang melingkari kehidupan pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein nampaknya semakin berkembang. Setelah menjadi tunangan orang pada 29 Mei lalu, Elly mengakui tidak sabar menanti hari bahagia yang dijadualkan berlangsung Disember ini.

Jelas Elly, tiada kata yang dapat menggambarkan rasa terujanya untuk menanti saat bergelar isteri dengan pengarah drama dan filem, Azmi Mohd Hata yang berstatus duda anak dua.

"Setakat ini persiapan sudah 50 peratus dilakukan. Buat masa ini tarikh belum diputuskan. Kalau hendak diikutkan, majlis hari jadi saya jatuh pada 17 Disember, tapi ia hari bekerja.

"Kami akan pilih tarikh hari cuti dan semua sanak saudara juga boleh datang untuk sama-sama meraikan hari bahagia kami itu. Kalau boleh, kami ingin majlis dipermudahkan dengan satu hari saja di mana majlis akad nikah, waktu pagi dan persandingan pula sebelah petang.

"Alhamdulillah, melalui kehidupan sebagai tunangan orang tidaklah sukar. Setakat merajuk sikit-sikit adalah kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran drama Amukan Pocong di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.


Elly berkata, biarpun berstatus selebriti, namun dia tidak mengimpikan majlis perkahwinan besar-besaran. Sebaliknya diadakan dalam suasana meriah dan romantis.

"Saya memang merancang sesuatu yang istimewa pada hari bahagia kerana ia akan dikenang seumur hidup, tapi bukan bermaksud perlu diadakan secara besar-besaran. Buat masa ini ada tajaan yang kami dapat, namun ada yang saya pilih tanggung separuh kos tajaan.

"Saya mengimpikan majlis perkahwinan moden dalam taman yang penuh dengan bunga-bungaan dan warna lembut kerana terasa romantis. Mungkin lokasi nikah akan diadakan di masjid dan persandingan pula di Bukit Kiara.

"Barangan hantaran juga masih dalam proses. Memandangkan saya menggemari angka satu, bermungkinan hantaran saya berjumlah RM11,111.11," katanya yang akan menggunakan khidmat Eila Faiz Shah dan Datin Lynda Rahim untuk busana akad nikah dan resepsi.

Ditanya mengenai penglibatannya dalam bidang seni selepas berkahwin, Elly berkata, dia tidak akan bersara selepas berkahwin. Malah, dia berasa bertuah kerana Azmi begitu memahami dirinya sangat mencintai bidang seni.

"Saya bertuah kerana Azmi tidak pernah halang saya berlakon selepas kami berkahwin. Azmi memang cukup memahami dan menyokong minat saya dalam bidang seni. Maklumlah, kami sama-sama ceburi bidang ini, jadi ia memudahkan kami untuk berkongsi minat," katanya.


Kemalangan di set penggambaran

Dalam keterujaan bercerita mengenai persiapan perkahwinannya itu, wajah Elly turut menjadi perhatian rakan-rakan media yang hadir semasa pelancaran drama tersebut, gara-gara kesan luka di dahinya itu yang jelas kelihatan.

Elly berkata, dia mendapat luka itu semasa menjalani salah satu babak untuk drama terbarunya itu.

"Babak itu memerlukan saya berlari. Namun nasib saya tidak baik, ketika saya berlari, saya tergelincir dan kepala saya tersagat di atas kayu. Waktu itu tak banyak darah, tapi semua panik dan minta saya berehat dulu.

"Mula-mula luka itu kelihatan putih kerana kulit terkopek, tetapi lama kelamaan baru nampak luka. Tetapi saya sangat terharu kerana penerbit, Nor Aliah Lee sangat prihatin kerana dia akan membawa saya berjumpa pakar untuk cepatkan hilang parut ini," katanya.

Dalam drama itu, Elly membawa watak Long Jamilah yang juga isteri Long Husin (lakonan Azhan Rani). Turut berlakon dalam drama itu, Ezany Nizariff, Iqram Dinzly, Roslan Salleh, Liyana Jasmay, Neelofa dan Latif Borgiba.
Dua single baru

Berkongsi perkembangan karier nyanyian, Elly yang yang bernaung selama setahun di bawah pengurusan Julfekar berkata, dia bakal muncul dengan dua single terbarunya berjudul Please Forgive Me dan Kita Saja Love You ciptaan Julfekar, sekali gus membuat comeback di persada muzik tanah air.

Lebih menarik single, Please Forgive Me dipilih sebagai lagu tema filem Awan Dania The Movie dan Kita Saja Love You pula lagu tema filem Aku, Kau Dan Dia.

"Walaupun sibuk dengan kerja lakonan, tak mungkin saya dapat lupakan bidang nyanyian. Saya pilih untuk bekerjasama dengan Julfekar kerana kami sudah kenal lama. Saya juga suka dengan melodi ciptaannya yang segar.

"Insya-Allah jika kedua-dua lagu ini mendapat respons yang baik, saya akan muncul pula dengan sebuah album dan setakat ini ia masih lagi dalam perbincangan," katanya.

Farina AF8 berkahwin dengan VIP?

Posted: 29 Feb 2012 08:10 PM PST


Farina
Atmosfera industri seni bagaikan tidak henti-henti dari di datangi angin gosip-gosip liar yang bertebaran di sana-sini.

Terbaru, nama bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Farina hangat diperkatakan setelah beberapa spekulasi liar mengatakan wanita berusia 30 tahun ini bakal berkahwin tidak lama lagi.

Namun, yang menjadi topik hangatnya apabila lelaki yang bakal dikahwininya ini bergelar VIP dan sudah berumah tangga.

Tidak lari dari media mahu pun peminat, Farina atau nama sebenarnya, Zafarina Jamhari yang ketika ini berada di Kuching, Sarawak atas urusan kerja tidak menafikan mengenali VIP tersebut, namun menafikan sekerasnya dakwaan bahawa dia bakal mengakhiri status ibu tunggal yang dipegangnya.

"Saya agak terkejut dengan khabar angin ini kerana ia berlaku secara tiba-tiba. Saya akui berkawan dengan seorang VIP, tetapi tidaklah sampai tahap untuk berkahwin seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak.

"Buat masa ini saya tidak pernah terfikir untuk mendirikan rumah tangga dan berita perkahwinan yang tersebar itu adalah fitnah," jelasnya.



Enggan ulas gosip bercuti bersama

Menyentuh tentang percutian ke Pulau Langkawi bersama VIP terbabit seperti yang diuar-uarkan sesetengah pihak, Farina bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Buat masa ini saya tidak mahu komen. Insya-Allah setelah pulang dari Sarawak, saya akan beri kenyataan untuk menjawab semua pertanyaan," katanya.

Tambah Farina, walaupun kurang menonjol di televisyen dan akhbar, dia masih lagi aktif dalam bidang nyanyian dengan tawaran membuat persembahan di majlis korporat.

Katanya, dia kini dalam perancangan mengeluarkan dua single terbaru.