Adsense

Khamis, 23 Februari 2012

Celebrity News

Celebrity News


Resepi Nasi Sri Mayang

Posted: 23 Feb 2012 12:58 AM PST

Bahan-bahan:

1/2 kg udang kecil - direbus, dibuang kulit & dikisar halus

5 cawan beras siam

1/2 cawan marjerin

4 cawan santan pekat

3 cawan air

3 batang serai

Garam dan serbuk perasa secukupnya



Bahan Mayang:

10 ulas bawang merah

1 labu bawang besar

5 ulas bawang putih

2.5 cm halia



Cara Menyediakan:

1. Basuh beras dan tuskan.

2. Cairkan marjerin, tumis bahan mayang hingga naik aroma.

3. Masukkan udang, santan pekat dan air. Biarkan mendidih.

4. Bubuh sedikit garam, serbuk perasa, serai dan beras.

5. Kacau hingga sebati. Biarkan sehingga nasi benar-benar masak. Angkat dan hidangkan.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Raja Lawak 6 : Kumpulan Skema Dan Riki Tersingkir Pada Minggu Ke 6 raja Lawak 6

Posted: 23 Feb 2012 12:27 AM PST

Selepas berjuang selama enam minggu di Gelanggang Raja Lawak 6 (RL6), akhirnya perjalanan dua kumpulan iaitu Skema dan Riki berakhir sebentar tadi selepas mereka diumumkan sebagai dua peserta yang tersingkir.

Skema dan Riki tersingkir selepas mendapat undian terendah berbanding enam peserta lain yang membuat persembahan di minggu keenam ini. Kumpulan 2Yol yang turut diumumkan antara tiga peserta yang mendapat undian terendah bagaimanapun terselamat dari penyingkiran.

Berlangsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil, minggu keenam Gelanggang Raja Lawak 6 membawakan tema retro dan para peserta diminta membuat persembahan berdasarkan situasi, gaya pemakaian, dialek bahasa dan imej yang berdasarkan nostalgia zaman 50-an, 60-an, 70-an atau 80-an.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Allahyarham Mohd Imran Anak Amir Ukays Meninggal Dunia Semalam

Posted: 22 Feb 2012 11:38 PM PST

Marilah kita sama-sama sedekahkah Surah Al-Fatihah untuk arwah :

 Al-Fatihah

Dan berikut berita mengenai Anak Amir Ukays yang meninggal dunia semalam :

MH Online mendapat perkhabaran, anak kepada penyanyi Amir Ukays telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur selepas maghrib malam tadi. Allahyarham Mohd Imran yang baru berusia 15 tahun mengalami masalah komplikasi jantung sejak daripada lahir dan terpaksa berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Amir Ukays yang dihubungi MH Online turut mengesahkan perkara tersebut. "Saya tidak berada di sisi allahyarham di saat-saat akhirnya. Saya sendiri menerima berita ini secara mengejut. Apa pun, saya redha di atas pemergiannya itu walaupun hubungan kami cukup rapat. Kami masih menunggu kepulangan ibunya dari London sebelum majlis pengebumian," ujar Amir sebak.

Jenazah masih berada di hospital dan akan dikebumikan selepas Isyak pada malam ini.
 
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Cerita Sedih Ahmad Nisfu Pelakon Zaman P.Ramlee

Posted: 22 Feb 2012 11:31 PM PST

Walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tu tetap menjadi pojaan hati ku!!!!"

Haaa dialog dari cerita apa tu? Itulah petikan dialog Aziz Sattar dalam filem Seniman Bujang Lapok yang ditujukan kepada tuan director lakonan Ahmad Nisfu. Mungkin dalam blog-blog lain yang korang baca, korang asyik baca cerita pasal gossip artis sana-sini tetapi dalam entry blog kali ni, kitorang nak cerita sikit tentang kehidupan artis-artis era Jalan Ampas untuk dikongsi bersama korang. Kali ini, kitorang nak cerita pasal kehidupan Ahmad Nisfu.


Mengikut arwah Norizan bekas isteri kepada P. Ramlee (dalam satu rancangan tv), Ahmad Nisfu merupakan antara teman rapat kepada P.Ramlee. Buktinya cukup nyata apabila sewaktu kemeriahan studio Jalan Ampas dahulu, setiap filem arahan P.Ramlee, Ahmad Nisfu boleh dikatakan kerap terlibat sama dan memegang watak agak besar. Gelaran Paq Besaq (Pak Besar) juga telah diberikan kepada Ahmad Nisfu oleh P. Ramlee kerana lubang Ahmad Nisfu yang besar.

Pelakon yang berasal dari Tanjong Takong, Pulau Pinang ini pada awalnya ialah seorang pelakon bangsawan dan telah dilamar oleh Shaw Brothers untuk terlibat sama dalam produksi sebagai pelakon filem. Di sini bermulalah kerjaya Ahmad Nisfu sebagai pelakon filem. Walaupun memegang watak-watak yang kecil, Ahmad Nisfu dikatakan adalah seorang yang sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya adalah terlalu kecil. Hakikatnya, wang saku yang diperoleh digunakan untuk menyara dirinya sahaja kerana Ahmad Nisfu adalah seorang yang sebatang kara, tiada saudara mara, keluarga dan juga isteri.

Aktiviti social Ahmad Nisfu ini hanyalah dengan beramal di masjid di kawasan beliau tinggal dan juga di sekitar studio Jalan Ampas. Ahmad Nisfu dikhabarkan seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Beliau juga merupakan seorang bilal di masjid di tempat beliau menetap dahulu.

Hinggalah penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah menghambakan dirinya dalam dunia lakonan. Selepas penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah hilang punca pencarian hidup. Filem Puaka dikatakan filem terakhir lakonan beliau. 


Disebabkan tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hidup dengan bantuan ehsan dari orang ramai. Kerana tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hanyalah menetap di Kubu Jepun (pillbox) di Jalan Labu. Di situlah juga tempat Ahmad Nisfu telah menghembuskan nafas terakhirnya di dalam keadaan yang sungguh daif tanpa sedara mara, ahli keluarga dan isteri. Hanyalah teman rapat. 

Al-Fatihah.

Sumber : www.cari.com.my 


ZoOM : Sedihnya baca cerita ni, sampai sekarang jika cerita ini tidak tersebar sudah tentu anda tidak mengetahui apa yang terjadi dengan palkon yang sering kali tidak memberi peluang anda bermasam muka tatkala menonton filem hitam putih mereka. Semoga artis sekarang mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dan jangan hanya masa senang dan fikirlan dikemudian hari anda.


  

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Tabiat Ika Nabila Suka Kentut Tapi Tiada Bau !!!!!

Posted: 22 Feb 2012 11:17 PM PST

ZooM terkejut dan terkedu seketika apabila membaca Trivia Artis angin-angin sedu ini yang menyebarkan tabiat unik beliau kepada pembaca satu Malaysia. Dan kenapalah soalan dan jawapan sebegini dimasukkan dalam akhbar yang sudah pasti dibaca oleh ratusan malah jutaan orang diluar sana !!!

Walaupun ia dianggap perkataan lawak tetapi dimana nak letak muka..(bukan muka buku tau) jika satu Malaysia membaca dan bercerita mengenai Tabiat anda ?

Bagi ZoOm ia tidak sepatutnya berlaku dan jika jawapan itu keluar dari mulut seseorang tapi dan elakkan la daripada mengaibkan orang, walaupun dia dah buat salah.

 Dan berikut ayat yang ada dalam akhbar tersebut untuk bacaan anda dan rujukan komen anda di ZoOmartis Dot Net :
 
Bahagian wajah atau tubuh paling disukai
Gigi

Tabiat dianggap unik
Suka kentut tapi tiada bau...haha!

Perkataan yang sering diucapkan

Wey pasai pa?

Filem kegemaran
Salt

Ciri lelaki pilihan
Kacak, kurang bercakap, lemah lembut, romantik, bukan jenis panas baran atau erti kata lain bertentangan sifat saya

Perkara membuatkan anda mudah menangis
Apa-apa saja hal sensitif membabitkan keluarga

Artis Pujaan
Angelina jolie dan Shah Rukh Khan

Jenis bacaan kegemaran
Novel serius atau thriller hasil tulisan Dale Brown dan Sidney Sheldon

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Kereta Ferrari Dato Lee Chong Wei

Posted: 22 Feb 2012 08:31 PM PST


 Inilah kereta Ferrari Dato Lee Chong Wei, dan untuk pengetahuan anda di Malaysia beliau merupakan atlet pertama yang memilikinya. Kereta Ferrari ini segah dengan nama beliau di persada dunia badminton di dunia selaku pemain No 1.Ferrari F430 ini memang superb bagi anda yang pernah memakainya (Surf dalam internet je ) daripada luaran pun anda sudah tergaman menyaksikan kehebatan seni pembuatannya.


Jadi...bagi anda yang mempunyai bakat janganlah anggap pekerjaan sebagai atlet ini tidak menjamin masa depan anda :)..Fikir-fikirkanlah.





Price:
RM 1,230,000.00
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gambar Perkahwinan Lisa dan Yusry | Kad Kahwin Yusry Dan Lisa | Majlis Perkahwinan Yusry Dan Lisa

Posted: 22 Feb 2012 08:07 PM PST

Sudah menjadi adat jika seseorang gadis melayu ingin menempuh alam perkahwinan beberapa perkara perlu dilakukan. Begitu jugalah kisah yang dialami oleh artis bernama Lisa Surihani yang akan melangsungkan perkahwinannya bersama pasangan dalam waktu terdekat.


Sudah pasti hari yang dinantikan akan berjalan dengan penuh debaran dan kisah perjalanan yang menjadi perhatian pembaca diluar sana. Suasana sedemikian pastinya menjadi hari yang tidak dapat dilupakan oleh artis ini sendiri dan juga dikalangan sanak saudara yang turut sama menyelesaikan perkara yang perlu sebelum hari bahagia itu tiba.


Proses pertama sekali yang Lisa perlu buat adalah mandi bunga, kemudian malam berinai dan seterusnya khatam al Quran.


Majlis yang dilangsungkan pada 26 Februari ini pastinya akan bertambah seri jika ketiga-tiga perkara ini diselesaikan terlebih dahulu.


Dan bagi pihak ZoOMartis, akan mendoakan hari bahagia itu akan tiba dengan senyum dan memori indah
yang tidak dapat dilupakan. Serta semoga kekal hingga ke akhir hayat. Insyallah


Berikut beberapa gambar yang sempat ZoOM upload untuk tatapan anda (Mandi Bunga,Berinai dan Khatam al Quran) :

 Majlis Berinai
 Majlis Mandi Bunga
Majlis Khatam al-Quran
 Kad Kahwin Lisa Dan Yusry


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Gambar Pamela David Pengacara TV Paling Sexy dan Hot Di Dunia

Posted: 23 Feb 2012 07:05 AM PST

Pamela David, the public may have known where it will host talk show on one TV station in Argentina. Beautiful girl, sexy and the way his clothes in the security men will begin to show shadow for the night with him.

Ikuti Petikan ini...

Pamela David, mungkin yang ramai telah mengenalinya dimana ianya pengacara talk show di salah satu station TV di Argentina. Gadisnya cantik, seksi dan cara pakaiannya di jamin lelaki akan mula terbayang bayang untuk bermalam bersamanya.

Sekiranya TV di Malaysia ada pengacara seperti ini sure menjadi isu hangat. Pasti akan buat demonstration jalanan bahkan mungkin station TV tersebut di BAN di Malaysia, tetapi tidak di negeri Argentina.


Biodata


Birthname: Pamela David
Nickname: Pame
Occupation Super model, TV presenter, Actress
Ethnicity: Argentinian / White
Birth: Nov 06, 1978 (age: 33) Scorpio Scorpio
Argentina / Santiago del Estero / Santiago del Estero
Height: 5ft 9in (175cm)


Jom lihat foto foto Pamela David sewaktu menjadi pengacara lihat cara dia berpakaian sungguh mengiurkan






Biodata Penuh dan Gambar Skandal Syahrini & Glen Fredly Daniel Mananta

Posted: 23 Feb 2012 12:24 AM PST

Penyanyi Indonesia berasa dari Indonesia telah menerima tamparan yang hebat diatas kesilapan dirinya menyimpan koleksi gambar gambar peribadinya. Kini gambar gambar tersebut telah tersebar meluas di Internet bersama artis Glen Fredly Daniel Mananta.

Syahrini telah membuat pengakuan kepada media bahawa gambar tersebut memang kepunyaannya dan merupakan gambar biasa yang diambil bersama teman-teman rapat seperti mana yang dimiliki oleh orang lain.

Syarini menjelaskan gambar tersebut adalah kawan kawan rapatnya. Mereka juga mempunyai gambar seperti itu bersama teman-teman masing-masing," katanya seperti dipetik dari laman website Kapan Lagi.com.

Bagi Syahrini, tidak menjadi kesalahan kerana gambar tersebut bukan gambar lucah yang boleh menjejaskan imej dan maruahnya. "Yang penting ini bukan gambar lucah, aksi lucah, ia hanya gambar biasa untuk koleksi peribadi," katanya.

Tambah Syahrini, pihaknya telah melaporkan pekara tersebut kepada polis bagi melakukan siasatan terhadap telefon bimbit miliknya yang hilang di Malaysia beberapa tahun lalu.



Profile Syahrini

Syahrini, penyanyi berumur 27 tahun ini lahir di Bogor, Jawa Barat pada 1 Agustus 1982. Penyanyi cantik ini adalah seorang sarjana dari Universiti Pakuan Bogor Jurusan Hukum.

Beberapa kontroversi yang berkaitan dengan keseksian Syahrini. Dengan penampilan Syahrini yang selalu sosial dan seksi, tidak hairanlah jika dirinya sering menjadi sasaran media dan gosip yang sering menimpanya.

Tidak banyak kabar yang berhembus mengenai kedekatan Syahrini dengan jejaka lelaki, kecuali kedekatan terakhirnya dengan Anang Hermansyah, penyanyi, muzik, dan produser muzik terkenal di Indonesia. Khabarnya, Syahrini akan segera menjadi ibu baru bagi anak-anak Anang yang menggantikan Krisdayanti, mantan isteri Anang, yang merupakan salah satu diva Indonesia.

Pada 8 Juli 2010, Syahrini mendapat gelar bangsawan dari Keraton Surakarya yaitu Kanjeng Mas Ayu. Pemberian gelar dilaksanakan di Bangsal Kansetanan yang dipimpin Kanjeng Gusti Pangeran Haryo Puger.



Biodata Syahrini:

Nama : Syahrini
Jenis Kelamin : Perempuan
Agama : Islam
Status : Single
Tempat Tgl Lahir : Bogor, 01 Agustus 1982
Sekolah : Sarjana Hukum dari Universitas Pakuan Bogor
Hobby : Berkuda

DISKOGRAFI
* KAU YANG MEMILIH AKU
* AKU TAK BIASA
* JANGAN MEMILIH AKU (2010 – BERSAMA ANANG)
* OST. COKLAT STROBERI (2007)
* MY LOVELY (2008)
* PUSING 1/2 MATI (SINGLE TAHUN 2009)

FILMOGRAFI
"The Maling Kuburans" (2009)




GAMBAR AKSI SYAHRINI YANG MENINGKAT NAIK POPULARITI NYA



Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Debaran bakal pengantin

Posted: 22 Feb 2012 01:32 PM PST

Hip

Lisa dilarang jumpa Yusry sebelum diijab kabul

TANYALAH kepada mana-mana wanita, tidak ada saat yang paling indah, selain menantikan ketibaan hari diri bakal bergelar isteri. Begitulah juga perasaan Lisa Surihani apabila saat yang dinantikan itu akan menjelma tidak lama lagi.

Malam ini di sebuah hotel di pinggir Putrajaya, Lisa bakal diijabkabulkan dengan Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU selepas setahun menjalin hubungan menerusi BBM (Blackberry Messenger)

Sewaktu Lisa maklumkan perkara itu kepada Yusry, dia terkejut kerana tak tahu pantang larang itu wujud. Pun begitu, kami ada juga berjumpa terutama apabila ia ada kaitan dengan urusan perkahwinan. - Lisa, Pelakon

Ketika dihubungi untuk bertanyakan persiapan menjelang hari bersejarahnya itu, Lisa berkata, semuanya lancar di bawah pengawasan ibunya.

"Pihak Lisa akan menguruskan persiapan pernikahan, manakala sebelah Yusry pula untuk majlis resepsi kami di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad nanti. Setakat ini alhamdulillah, semuanya lancar.

"Cuma kami sedang menyiapkan dulang hantaran untuk majlis itu nanti. Lisa akan menyerahkan sembilan dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak Yusry," kata Lisa.

Untuk majlis itu, Lisa menggunakan khidmat pereka, Cosry untuk mereka barangan hantaran serta busana yang akan digayakan untuk kedua-dua majlis nanti.
"Pihak Yusry pula gubahan hantaran akan dilakukan oleh isteri Edry," katanya.
Walaupun Lisa dibesarkan dengan cara moden, itu tidak bermakna dia mengetepikan adat resam Melayu. Beberapa hari sebelum hari bahagianya, Lisa dilarang bertemu bakal suaminya.

"Emak Lisa pesan tidak bertemu Yusry beberapa hari sebelum diijabkabulkan. Walaupun rindu, Lisa tak kisah untuk mematuhi adat atau pantang larang itu.

"Sewaktu Lisa maklumkan perkara itu kepada Yusry, dia terkejut kerana tak tahu pantang larang itu wujud. Pun begitu, kami ada juga berjumpa terutama apabila ia ada kaitan dengan urusan perkahwinan. Tapi kami tak boleh pergi atau balik berdua-duaan seperti biasa," ujarnya.

Lisa dan Yusry akan kemudian akan bercuti ke Eropah.

Bapa jadi jurunikah

BUKAN saja Lisa yang menghitung hari menantikan saat bergelar isteri, tetapi perasaan itu turut dikongsi bersama penyanyi yang cukup terkenal menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali. Bakal disatukan dengan pengurus peribadinya, Ahmad Aznaim Abdullah, pemilik nama penuh Ana Nur Hidayah Mohd Raffali ini memilih tarikh 25 Februari iaitu Sabtu ini sebagai hari pernikahan mereka.

"Persiapan majlis sudah 90 peratus selesai. Selebihnya, semua itu akan diuruskan keluarga kami. Mereka menyuruh kami berehat sementara menunggu ketibaan hari bersejarah itu," katanya.

Ditanya apakah perasaannya bakal bergelar isteri, sambil ketawa Ana berkata, perasaan itu biasa saja.

"Kadang kala ada terlintas tak sangka kami akan berkahwin selepas sekian lama berkenalan. Tapi itulah yang dinamakan jodoh. Nak kata berdebar tu, tak adalah sangat, cuma bila ada orang yang mengingatkan saya dan tolong saya mengira ketibaan hari pernikahan saya , itulah yang membuatkan saya lagi berdebar," katanya.

Mengikut perancangan, majlis itu akan dimulakan dengan pertunangan pada jam 10.30 pagi. Sejam kemudian, akad nikah akan dilangsungkan dan disempurnakan bapa Ana iaitu, Mohd Raffali Mohd Nor.

Majlis ini dijangka berlangsung di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati.
Untuk majlis itu, Ana akan menggayakan busana pengantin rekaan Ezuwan Ismail dan Safura Azali, manakala kasutnya pula direka pelakon yang semakin meningkat naik, Neelofa.

Konsep hantaran adalah rona perak dan putih. Ana menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.
Ditanya destinasi bulan madu yang menjadi pilihan, Ana berkata, dia dan Naim memilih konsep Cuti-Cuti Malaysia. Ana juga tidak akan bersanding pada hari perkahwinannya nanti.

Finalis meriahkan Shah Alam

Posted: 22 Feb 2012 01:30 PM PST

Hip

Peluang jadi artis rakaman KRU Records menerusi BIBH

PELUANG menjadi artis rakaman KRU Records antara 'hadiah' menarik kepada mereka yang bernasib baik menyertai Bintang Idola Berita Harian (BIBH) sempena jelajah promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) yang dimulakan di SACC Mall, Shah Alam pada Sabtu (25 Februari) dan Ahad ini (26 Februari).

Uji bakat atau saringan awal BIBH diadakan pada 25 Februari untuk memilih 10 peserta terbaik yang akan bertanding di peringkat Mall (membeli belah) pada keesokannya. Selain itu, siri jelajah ABPBH2011 kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran finalis atau Top ABPBH2011 yang bakal muncul di SACC Mall, Shah Alam nanti terdiri daripada Adi Putra, Rozita Che Wan, Eja, Izara Aisyah, Aeril Zafrel, Fara Fauzana selain Meet Uncle Hussain, 6itxh Sense dan Forteen.

Lebih gamat apabila bintang Raja Lawak, Along yang saban tahun setia selaku pengacara majlis bakal bertemu regunya, Zizan yang sudah tentu membuatkan penonton tidak kering gusi.

Dua bakat baru yang dicungkil daripada BIBH, Ad Azhar serta Shima yang sudah disunting sebagai artis rakaman juga akan mempersembahkan lagu mereka. Bagi kumpulan Forteen yang pertama kali dipilih sebagai finalis, mereka mengakui teruja untuk bertemu peminat malah sudah mengosongkan hujung minggu demi memenuhi undangan memeriahkan sesi jelajah di empat lagi lokasi.

Anggotanya, One atau nama sebenar Muhammad Ridzuan Sharifuddin, berkata jika tahun lalu mereka muncul di pentas jelajah di Klang, Selangor hanya sebagai bakat baru, aura kali ini cukup berlainan apabila mereka berdiri dalam senarai finalis.
"Sejak dulu kami mengikuti perkembangan ABPBH. Tahun lalu kami berpeluang mempromosikan single, Berdua Bersatu yang ketika itu belum diputarkan di radio dan boleh dikatakan ia persembahan ke tiga Forteen di hadapan khalayak yang besar.

"Bersaing dengan kumpulan dan penyanyi berpengalaman selain dapat bertemu peminat dengan lebih dekat - hujung minggu ini kami nantikan dengan rasa teruja," katanya.

Tunjang lain Forteen ialah Saiful Ridzuan Abdul Hamid (Ariz); 23, Mohd Arif Ameerais Azhar (Ameer); 22, serta Muhammad Izzul Islam Mazlan, 22.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk ABPBH merangkap Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar berkata pelbagai keistimewaan disediakan buat pengunjung sebagai penghargaan terhadap pembaca akhbar ini yang menyokong ABPBH hingga ke tahun ke-25.

"Buat pengunjung kami menyediakan hadiah istimewa menerusi penganjuran acara khas yang julung kali diadakan iaitu pertandingan Kek Terbaik serta Pakaian Terbaik Mengikut Tema ABPBH 2011 - Big, Bold and Silver. Kalau boleh kami galakkan datang dengan memakai baju merah sebagai tanda memeriahkan lagi suasana jelajah promosi ini.

"Bagi Kek Terbaik, pengunjung perlu menyediakan kek ulang tahun ABBPH dengan kreativiti sendiri dan hantar ke lokasi jelajah bagi meraih peluang malam bersama artis kesayangan manakala Pakaian Terbaik mengikut tema akan menerima ganjaran tajaan Lux," katanya mengenai kedua-dua pertandingan yang berlangsung Ahad.

Pada masa sama, pengunjung mendapatkan barangan premium ABPBH 2011 yang dikeluarkan khas sempena jubli perak seperti pelekat bermagnet gambar pemenang musim lalu selain sesi fotografi istimewa. Anda hanya perlu menukarnya dengan 10 keratan kepala akhbar BH untuk mendapatkan pelekat magnet artis sempena siri jelajah promosi ABPBH2011.

INFO: Perkara penting menyertai BIBH

  • Pertandingan terbuka untuk warga negara Malaysia, berumur 15 tahun hingga 35 tahun pada tahun 2012.
  • Terhad kepada 120 peserta terawal sahaja di setiap lokasi.
  • Jangan lupa bawa sekeping gambar berukuran pasport.
  • Syarat paling penting ialah bawa 15 keping keratan akhbar Berita Harian 2012 semasa mendaftar.
  • Bawa juga bersama CD minus one.
  • Anda tidak layak sertai BIBH kalau sudah ada album atau jadi artis rakaman mana-mana syarikat.
  • Perbelanjaan menyertai BIBH adalah tanggungan peserta sendiri.