Adsense

Khamis, 23 Februari 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Debaran bakal pengantin

Posted: 22 Feb 2012 01:32 PM PST

Hip

Lisa dilarang jumpa Yusry sebelum diijab kabul

TANYALAH kepada mana-mana wanita, tidak ada saat yang paling indah, selain menantikan ketibaan hari diri bakal bergelar isteri. Begitulah juga perasaan Lisa Surihani apabila saat yang dinantikan itu akan menjelma tidak lama lagi.

Malam ini di sebuah hotel di pinggir Putrajaya, Lisa bakal diijabkabulkan dengan Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU selepas setahun menjalin hubungan menerusi BBM (Blackberry Messenger)

Sewaktu Lisa maklumkan perkara itu kepada Yusry, dia terkejut kerana tak tahu pantang larang itu wujud. Pun begitu, kami ada juga berjumpa terutama apabila ia ada kaitan dengan urusan perkahwinan. - Lisa, Pelakon

Ketika dihubungi untuk bertanyakan persiapan menjelang hari bersejarahnya itu, Lisa berkata, semuanya lancar di bawah pengawasan ibunya.

"Pihak Lisa akan menguruskan persiapan pernikahan, manakala sebelah Yusry pula untuk majlis resepsi kami di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad nanti. Setakat ini alhamdulillah, semuanya lancar.

"Cuma kami sedang menyiapkan dulang hantaran untuk majlis itu nanti. Lisa akan menyerahkan sembilan dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak Yusry," kata Lisa.

Untuk majlis itu, Lisa menggunakan khidmat pereka, Cosry untuk mereka barangan hantaran serta busana yang akan digayakan untuk kedua-dua majlis nanti.
"Pihak Yusry pula gubahan hantaran akan dilakukan oleh isteri Edry," katanya.
Walaupun Lisa dibesarkan dengan cara moden, itu tidak bermakna dia mengetepikan adat resam Melayu. Beberapa hari sebelum hari bahagianya, Lisa dilarang bertemu bakal suaminya.

"Emak Lisa pesan tidak bertemu Yusry beberapa hari sebelum diijabkabulkan. Walaupun rindu, Lisa tak kisah untuk mematuhi adat atau pantang larang itu.

"Sewaktu Lisa maklumkan perkara itu kepada Yusry, dia terkejut kerana tak tahu pantang larang itu wujud. Pun begitu, kami ada juga berjumpa terutama apabila ia ada kaitan dengan urusan perkahwinan. Tapi kami tak boleh pergi atau balik berdua-duaan seperti biasa," ujarnya.

Lisa dan Yusry akan kemudian akan bercuti ke Eropah.

Bapa jadi jurunikah

BUKAN saja Lisa yang menghitung hari menantikan saat bergelar isteri, tetapi perasaan itu turut dikongsi bersama penyanyi yang cukup terkenal menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali. Bakal disatukan dengan pengurus peribadinya, Ahmad Aznaim Abdullah, pemilik nama penuh Ana Nur Hidayah Mohd Raffali ini memilih tarikh 25 Februari iaitu Sabtu ini sebagai hari pernikahan mereka.

"Persiapan majlis sudah 90 peratus selesai. Selebihnya, semua itu akan diuruskan keluarga kami. Mereka menyuruh kami berehat sementara menunggu ketibaan hari bersejarah itu," katanya.

Ditanya apakah perasaannya bakal bergelar isteri, sambil ketawa Ana berkata, perasaan itu biasa saja.

"Kadang kala ada terlintas tak sangka kami akan berkahwin selepas sekian lama berkenalan. Tapi itulah yang dinamakan jodoh. Nak kata berdebar tu, tak adalah sangat, cuma bila ada orang yang mengingatkan saya dan tolong saya mengira ketibaan hari pernikahan saya , itulah yang membuatkan saya lagi berdebar," katanya.

Mengikut perancangan, majlis itu akan dimulakan dengan pertunangan pada jam 10.30 pagi. Sejam kemudian, akad nikah akan dilangsungkan dan disempurnakan bapa Ana iaitu, Mohd Raffali Mohd Nor.

Majlis ini dijangka berlangsung di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati.
Untuk majlis itu, Ana akan menggayakan busana pengantin rekaan Ezuwan Ismail dan Safura Azali, manakala kasutnya pula direka pelakon yang semakin meningkat naik, Neelofa.

Konsep hantaran adalah rona perak dan putih. Ana menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.
Ditanya destinasi bulan madu yang menjadi pilihan, Ana berkata, dia dan Naim memilih konsep Cuti-Cuti Malaysia. Ana juga tidak akan bersanding pada hari perkahwinannya nanti.

Finalis meriahkan Shah Alam

Posted: 22 Feb 2012 01:30 PM PST

Hip

Peluang jadi artis rakaman KRU Records menerusi BIBH

PELUANG menjadi artis rakaman KRU Records antara 'hadiah' menarik kepada mereka yang bernasib baik menyertai Bintang Idola Berita Harian (BIBH) sempena jelajah promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) yang dimulakan di SACC Mall, Shah Alam pada Sabtu (25 Februari) dan Ahad ini (26 Februari).

Uji bakat atau saringan awal BIBH diadakan pada 25 Februari untuk memilih 10 peserta terbaik yang akan bertanding di peringkat Mall (membeli belah) pada keesokannya. Selain itu, siri jelajah ABPBH2011 kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran finalis atau Top ABPBH2011 yang bakal muncul di SACC Mall, Shah Alam nanti terdiri daripada Adi Putra, Rozita Che Wan, Eja, Izara Aisyah, Aeril Zafrel, Fara Fauzana selain Meet Uncle Hussain, 6itxh Sense dan Forteen.

Lebih gamat apabila bintang Raja Lawak, Along yang saban tahun setia selaku pengacara majlis bakal bertemu regunya, Zizan yang sudah tentu membuatkan penonton tidak kering gusi.

Dua bakat baru yang dicungkil daripada BIBH, Ad Azhar serta Shima yang sudah disunting sebagai artis rakaman juga akan mempersembahkan lagu mereka. Bagi kumpulan Forteen yang pertama kali dipilih sebagai finalis, mereka mengakui teruja untuk bertemu peminat malah sudah mengosongkan hujung minggu demi memenuhi undangan memeriahkan sesi jelajah di empat lagi lokasi.

Anggotanya, One atau nama sebenar Muhammad Ridzuan Sharifuddin, berkata jika tahun lalu mereka muncul di pentas jelajah di Klang, Selangor hanya sebagai bakat baru, aura kali ini cukup berlainan apabila mereka berdiri dalam senarai finalis.
"Sejak dulu kami mengikuti perkembangan ABPBH. Tahun lalu kami berpeluang mempromosikan single, Berdua Bersatu yang ketika itu belum diputarkan di radio dan boleh dikatakan ia persembahan ke tiga Forteen di hadapan khalayak yang besar.

"Bersaing dengan kumpulan dan penyanyi berpengalaman selain dapat bertemu peminat dengan lebih dekat - hujung minggu ini kami nantikan dengan rasa teruja," katanya.

Tunjang lain Forteen ialah Saiful Ridzuan Abdul Hamid (Ariz); 23, Mohd Arif Ameerais Azhar (Ameer); 22, serta Muhammad Izzul Islam Mazlan, 22.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk ABPBH merangkap Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar berkata pelbagai keistimewaan disediakan buat pengunjung sebagai penghargaan terhadap pembaca akhbar ini yang menyokong ABPBH hingga ke tahun ke-25.

"Buat pengunjung kami menyediakan hadiah istimewa menerusi penganjuran acara khas yang julung kali diadakan iaitu pertandingan Kek Terbaik serta Pakaian Terbaik Mengikut Tema ABPBH 2011 - Big, Bold and Silver. Kalau boleh kami galakkan datang dengan memakai baju merah sebagai tanda memeriahkan lagi suasana jelajah promosi ini.

"Bagi Kek Terbaik, pengunjung perlu menyediakan kek ulang tahun ABBPH dengan kreativiti sendiri dan hantar ke lokasi jelajah bagi meraih peluang malam bersama artis kesayangan manakala Pakaian Terbaik mengikut tema akan menerima ganjaran tajaan Lux," katanya mengenai kedua-dua pertandingan yang berlangsung Ahad.

Pada masa sama, pengunjung mendapatkan barangan premium ABPBH 2011 yang dikeluarkan khas sempena jubli perak seperti pelekat bermagnet gambar pemenang musim lalu selain sesi fotografi istimewa. Anda hanya perlu menukarnya dengan 10 keratan kepala akhbar BH untuk mendapatkan pelekat magnet artis sempena siri jelajah promosi ABPBH2011.

INFO: Perkara penting menyertai BIBH

  • Pertandingan terbuka untuk warga negara Malaysia, berumur 15 tahun hingga 35 tahun pada tahun 2012.
  • Terhad kepada 120 peserta terawal sahaja di setiap lokasi.
  • Jangan lupa bawa sekeping gambar berukuran pasport.
  • Syarat paling penting ialah bawa 15 keping keratan akhbar Berita Harian 2012 semasa mendaftar.
  • Bawa juga bersama CD minus one.
  • Anda tidak layak sertai BIBH kalau sudah ada album atau jadi artis rakaman mana-mana syarikat.
  • Perbelanjaan menyertai BIBH adalah tanggungan peserta sendiri.