Adsense

Ahad, 29 Januari 2012

borak kosong

borak kosong


Sebab pakai tali pinggang keledar itu penting

Posted: 29 Jan 2012 09:15 PM PST

sumber gambar : unic77.tk

Melihat kecederaan pemandu ini sungguh mengerikan dan disebabkan
inilah kenapa pakai tali pinggang keledar itu sangat penting.Kecederaan yang di alami
memang sungguh dahsyat...


Gila babi,babi gila pun tak buat macam ni

Posted: 29 Jan 2012 09:00 PM PST

Maaf tajuk agak kasar sikit.Tapi aku merasa kesian tengok 
perempuan ini.Betapa rendahnya martabat dia.Sanggup diperlakukan
sebegini rupa.Sama ada dia rela atau dipaksa sepatutnya dia tidak merendahkan
martabatnya.Wanita adalah satu makhluk ciptaan Tuhan yang sangat indah dan 
tidak sepatutnya dia sanggup bertindak sebegini rupa.

sumber gambar : unic77.tk

Bukan nak menghina tetapi berasa kesian kenapa dia sanggup diperlakukan
begini.Harapan wahai kaum wanita kamu makhluk yang cukup 
istimewa.Pelengkap hidup pada kaum lelaki.Jaga maruah dan kehormatan diri.
Wahai kaum lelaki kamu adalah pelindung kepada kaum wanita.Jangan kerana mereka lemah
kamu sanggup memperlakukan mereka sebegini.
Yang penting kita saling hormat-menghormati.....
Dalam Islam wanita itu cukup-cukup istimewa........


Ulat dalam kepala akibat makan shushi dan sashimi

Posted: 29 Jan 2012 08:45 PM PST



Inilah akibat makan sushi dan sashimi(ikan mentah,sotong mentah, udang mentah).Shota Fujiwara 80 tahun dari Gifuprefecture,Jepun telah menderita sakit kepala yang luarbiasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoricnya.






Setelah menjalani pemeriksaan Ct-scan dan x-ray doktor  yang merawatnya menemui sarang ulat dibawah kulit kepalanya,namun masih diluar tempurung otaknya.


Ulat yang terdapat dikepala Shota adalah berasal dari parasit yang selalunya terdapat pada tubuh ikan mentah baik ikan laut atuapun ikan air tawar.Ulat parasit dan telurnya ini hanya boleh dimatikan dengan proses pemasakan dengan suhu yang tinggi.(link)

Lelaki kena sampuk hantu Hercules

Posted: 29 Jan 2012 08:30 PM PST

Tak caya cuba lihat gambar-gambar ini.....










[Heboh] Nampak hantu di siang hari

Posted: 29 Jan 2012 08:15 PM PST

Kejadian ini dikatakan berlaku di Gunung Salak Sukabumi Indonesia ketika pekerja -pekerja sedang membina jalan.Kehadiran hantu itu telah dirakamkan oleh seorang pekerja menggunakan handsetnya.


ini gambar yang telah di besarkan...

ini pekerja yang dapat merakamkan kejadian itu...



Gambar yang tak diluluskan keluar dalam majalah Playboy

Posted: 29 Jan 2012 08:00 PM PST

Inilah gambar-gambar yang tak diluluskan oleh editor
untuk dikeluarkan dalam majalah Playboy...









sumber : http://www.kaskus.us/


Dahsyat hiasan hotel ni

Posted: 29 Jan 2012 07:45 PM PST

Memang nampak mewah HOTEL THE MIRO di Hong kong ni..




















hiasandalaman yang begitu mengagumkan...


[Video] Proses menyelamat kanak-kanak terperangkap dalam mesin basuh

Posted: 29 Jan 2012 07:30 PM PST

Kanak-kanak lelaki yang bernama Chaofan yang masih berusia 3 tahun terperangkap dalam spinner mesin basuh ketika sedangsembunyi-sembunyi dengan ibunya dirumah.Kanak-kanak itu bersembunyi didalam mesin basuh dan akhirnya terperangkap tidak boleh keluar. Dia terperangkap selama  satu jam di mesin basuh dirumahnya yang berada di Taiyuan, daerah Shanxi.Dia akhirnya berjaya dibebaskan oleh lpasukan penyelamat setempat.









sumber : ruanghati.com

[Kesian]17 tahun berat 19kg

Posted: 29 Jan 2012 07:15 PM PST

Riri Nuraini, gadis yang berasal daripada Bandung berbeza dengan gadis seusianya. Di usianya yang telah 17 tahun, gadis malang itu hanya memiliki berat badan s 19 kilogram dan dia juga lumpuh.




walaupun hidup tak seberapa..walaupun tersenyum (dalam
hati siapa yang tahu) si ibu tetap melayan kerenah sianak.
IBU KAULAH SEGALANYA....AL-FATIHAH UNTUK IBU YANG TERSAYANG


Ibu Keji, Sanggup Bunuh Anak Sendiri Agar Dapat Klaim Insurans

Posted: 29 Jan 2012 07:00 PM PST


'Kasih Ibu Sepanjang Masa". Pepatah ini sepertinya tidak berlaku bagi seorang ibu bernama Susan Hendricks (48). Kerana demi mendapatkan wang insurans dia rela membunuh kedua anaknya. Seperti dikutip Reuters, ibu dari South Carolina ini cuba membela diri dengan mengatakan kepada polis bahawa anaknya yang telah membunuh tiga anggota keluarga sebelum akhirnya bunuh diri.


Namun, alibi Susan tidak boleh diterima sehingga ibu berusia 48 tahun itu didakwa atas tuduhan pembunuhan demi memperoleh wang insurans. "Susan Hendricks (48) ditahan kerana membunuh dua anak lelaki, bekas suami dan ibu tirinya setelah ditahan di sebuah motel pada Isnin malam," kata polisi.


Susan juga dituduh  atas kepemilikan senjata selama melakukan aksi jenayahnya. Yakni, sebuah pistol yang disimpan di dalam almari kecilnya. Polis dipanggil ke sebuah rumah di Liberty, South Carolina, pada 14 Oktober, kata Asisten Ketua Polis Pickens County Tim Morgan.


Berdasarkan penyelidikan di Tempat Kejadian Perkara (TKP) serta barang bukti forensik dan wawancara dengan anggota keluarga, polis menyimpulkan keterangan yang disampaikan Susan tidak benar. Anggota keluarga memberitahu polis mengenai motif Susan sebenarnya adalah klaim insurans. Susan akan menerima wang insuransberlipat-lipat dari para korban jika aksinya berhasil.(Sumber)

Ini mungkin sebabnya lektrik selalu terputus

Posted: 29 Jan 2012 06:45 PM PST






LETAK MAKLUMAT IKLAN

inilah agaknya kot.....

Pameran festival keranda bentuk unik

Posted: 29 Jan 2012 06:30 PM PST


LONDON - Satu pameran tentang pelbagai bentuk keranda unik bagi memenuhi permintaan orang ramai apabila mereka meninggal dunia diadakan di London.
Pelbagai bentuk keranda seperti kapal terbang, gerabak kereta api lama, biola dan singa dipamerkan yang dihasilkan oleh pembuat keranda Crazy Coffins yang beribu pejabat di Nottingham, Britain.
"Saya tidak berfikir bahawa tiada benda yang kami tidak boleh lakukan," kata Pengarah Urusan Crazy Coffins, David Crampton.
"Para pelanggan merupakan pereka, kami hanya membuat apa yang mereka mahu.
"Kami menyatakan kepada mereka (para pelanggan), terdapat satu pilihan terakhir," katanya.
Firmanya itu membuat keranda dalam pelbagai bentuk seperti bot Viking, kereta Rolls-Royce, papan luncur dan layang-layang. - AFP
sumber : kosmo online

Ibu brutal seret anak di sisi kereta kerana tertinggal bas sekolah

Posted: 29 Jan 2012 06:15 PM PST


SALT LAKE CITY: Seorang wanita Wood Cross di Utah, ditahan kerana didakwa memaksa anak lelakinya berjalan di sisi kereta ketika dia memandu sambil menarik tali pinggang budak berusia sembilan tahun itu.
Menurut polis, wanita terbabit bertindak begitu selepas anaknya tertinggal bas sekolah.

Ketua Polis Wood Cross, Greg Butler, berkata tindakan itu berbahaya kerana budak terbabit boleh dilanggar kenderaan dari arah bertentangan.


"Kes ini diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Daerah Davis untuk ditentukan tindakan sewajarnya," katanya.

Menurut Butler, wanita berkenaan memandu sangat perlahan dan anaknya mampu berjalan mengikut kelajuan kenderaan itu.


Seorang jiran menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian berkenaan. - Reuters



sumber : myMetro

Majalah Fesyen Turki tanpa seks, pornografi

Posted: 29 Jan 2012 06:00 PM PST


ANKARA: Sebuah majalah untuk Muslimah moden dan peka terhadap fesyen membuktikan ia boleh dijual tanpa memaparkan gambar seksi atau mendedahkan tubuh.
Semuanya bermula apabila Ibrahim Burak Birer berang melihat gambar pondan dalam sebuah majalah dan memutuskan untuk mencipta majalah di Istanbul yang 'mencabar' gambar lucah.

Bersama rakannya, Mehmet Volkan Atay, 32, Ibrahim menerbitkan majalah Ala yang digambarkan sebagai penerokaan baru terhadap fesyen bertudung.


Ala - bermaksud "paling cantik" - hanya memaparkan model bertudung dan mengiklankan pakaian yang bersesuaian dengan kehendak Islam.

Menurut Ibrahim, majalah Barat seperti Cosmopolitan, Elle, Vogue dan Marie Claire hanya memaparkan isu seks dan gambar lucah.


"Slogan mereka ialah: Seks boleh melariskan.




"Bagaimanapun, kami dan jutaan wanita di seluruh dunia percaya, fesyen tidak semestinya begitu," katanya.

Walaupun baru mengeluarkan enam edisi, majalah Ala begitu berjaya dan Ibrahim, 31, dan rakannya memutuskan untuk meningkatkan pengedaran beberapa kali ganda.


Ketika ini, Ala mempunyai edaran 30,000 naskhah setiap edisi dan kira-kira 5,000 dilanggan dari luar Turki.

Mehmet berkata, mereka tidak mempunyai pengalaman menerbitkan majalah sebelum ini.


"Kami berkecimpung dalam bidang pemasaran. Kami mahir memahami kehendak pasaran," katanya kepada SpiegelOnlilne, semalam.


Menurut Mehmet, 1,500 langganan itu dihantar ke Jerman dan mendapat sambutan hangat di kalangan penduduk keturunan Turki.


Menyedari keadaan itu, Ibrahim dan Mehmet bercadang untuk menerbitkan Ala edisi Jerman pada masa depan.


"Ia bukan produk untuk Muslim saja, sebaliknya akan dipasarkan kepada wanita pelbagai agama kerana gerakan 'memerangi kelucahan' penting kepada wanita," katanya.


Dijual pada harga 9 lira (RM15.30), Ala dianggap sebagai majalah Vogue untuk wanita bertudung oleh majalah Radikal Jerman. - DM



sumber : myMetro

Remaja mengaku curi duit, telefon bimbit ayah

Posted: 29 Jan 2012 05:45 PM PST


KUALA TERENGGANU: Remaja bawah umur yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didakwa mencuri wang RM500 dan sebuah telefon bimbit milik bapanya di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Tertuduh yang berusia 17 tahun dari Taman Permint Jaya, Chendering, di sini, mengangguk faham sebelum mengaku bersalah ketika pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri dalam bangunan dibacakan di hadapan Majistret Noradila Ab Latif.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri wang RM500 dan sebuah telefon bimbit Motorola L7 milik bapanya, semuanya bernilai RM540 di rumah mereka di Chendering, di sini, antara jam 7.10 hingga 8.30 pagi pada 17 hingga 20 Januari lalu.


Bagi kesalahan itu, tertuduh yang tidak bekerja didakwa mengikut Seksyen 380 KK yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Noradila menetapkan 28 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.


Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.



Mengikut fakta kes, mangsa menyimpan wang RM500 dalam sampul dalam sebuah rak kain di rumahnya pada jam 8 malam, 15 Januari lalu. Apabila menyedari kehilangan itu pada jam 8.30 pagi pada 20 Januari lalu, dia mengesyaki ia dicuri tertuduh.


sumber : myMetro

Rogol isteri rakan kerana sangka isteri sendiri

Posted: 29 Jan 2012 05:30 PM PST


RANAU: Walaupun sudah mempunyai tiga isteri, seorang lelaki masih gagal mengawal nafsu serakahnya apabila merogol seorang wanita dalam satu kejadian di Jalan Marakau berdekatan Jalan Airport Lama, di sini, malam kelmarin.
Lebih menghairankan, suspek yang berusia 37 tahun merogol isteri rakan karibnya sendiri di dalam van miliknya sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di kampung Kilimu, di sini, jam 8.30 malam.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa berusia 34 tahun menghubungi suspek untuk meminta mengambilnya di pekan Ranau dan menghantarnya pulang kerana dia melanggan perkhidmatan kereta sewa dikendalikan suspek.


Ketika dalam perjalanan pulang, suspek yang dipercayai sedang mabuk, membawa mangsa ke satu kawasan di Jalan Marakau, berdekatan Airport Lama.

Pada mulanya, mangsa menyangka suspek mahu menemui rakannya, namun tiba-tiba suspek menarik tangannya lalu membawa wanita itu ke belakang van sebelum merogolnya.


Selepas melepaskan nafsu setan, suspek menghantar mangsa pulang ke rumahnya, sebelum beredar.




Suami mangsa yang terkejut apabila isterinya menangis teresak-esak sejurus pulang ke rumah meminta mangsa menceritakan apa yang terjadi. Sebaik diberitahu kejadian itu, dia membawa isterinya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau kira-kira jam 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata, sebaik menerima laporan mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ranau melakukan siasatan.


"Suspek kemudian dicekup di rumahnya di Kampung Marakau tidak sampai satu jam selepas laporan dibuat mangsa.

"Siasatan awal mendapati suspek merogol mangsa kerana menyangkakan wanita itu adalah isterinya disebabkan ketika itu, dia dalam keadaan mabuk. Namun siasatan masih diteruskan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.


Beliau berkata, mangsa dipercayai melanggan perkhidmatan kereta sewa dikendalikan suspek untuk menghantarnya berulang alik ke tempat kerja di pekan Ranau, setiap hari.


"Suspek kini direman untuk siasatan lanjut, manakala mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.



sumber : myMetro

Budak 12 tahun ketua geng samun

Posted: 29 Jan 2012 05:15 PM PST


ARAU: Seorang remaja lelaki bawah umur berusia 12 tahun mengetuai tiga lagi rakannya ketika memecah masuk sebuah kedai alat telekomunikasi dan komputer di Kawasan Perniagaan Arau, di sini, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi apabila suspek bersama rakannya berusia antara 15 dan 17 tahun dikatakan terdesak untuk mendapatkan telefon bimbit baru selain barang elektronik untuk dijual di pasaran gelap.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, keempat-empat suspek yang menunggang dua motosikal dipercayai cuba memotong besi tingkap bahagian belakang kedai itu.


"Mereka yang dipercayai baru pertama kali memecah kedai itu berjaya memotong besi tingkap dan ketika sedang menarik keluar besi itu, kereta peronda polis yang meronda di jalan itu melihat kelibat mereka mencurigakan," katanya.

Menurutnya, sebaik dihampiri, mereka bertempiaran lari sebelum dikejar dan berjaya menahan dua daripada suspek berkenaan berusia 15 dan 17 tahun sementara dua lagi berjaya melarikan diri.


Katanya, kedua-dua remaja itu menyerah diri di Balai Polis Arau, tengah hari semalam sebelum mengaku cuba memecah masuk kedai itu.



"Semua remaja itu berasal dari Tambun Tulang dan masih mempunyai keluarga kecuali suspek berusia 12 tahun yang tinggal bersama saudara selepas ibu bapanya bercerai," katanya.


sumber : myMetro

Lelaki cintai isteri orang kena hukuman potong

Posted: 29 Jan 2012 05:00 PM PST


SUNGAI PETANI: Akibat menjalin hubungan terlarang dengan isteri orang, seorang lelaki menerima padah apabila kedua-dua kaki dan tangannya hampir putus ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di depan rumah kekasih mangsa di Jalan Kuala Ketil, dekat sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 2 pagi apabila mangsa yang berusia 30-an dan sudah berkahwin datang ke rumah kekasihnya itu untuk bersemuka dengan suami wanita berkenaan yang berusia 30-an bagi menjelaskan hubungannya dengan isteri lelaki terbabit.
Sebelum ini, mangsa didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri lelaki terbabit sehingga menimbulkan syak dan kemarahan suami wanita itu.

Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan nekad untuk bertemu suami wanita berkenaan dan pertemuan itu dihadiri isteri lelaki itu sebagai saksi.



Sumber berkata, pertemuan yang berlangsung di luar rumah lelaki berkenaan bertukar tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua sebelum disertai beberapa lelaki lain dipercayai rakan suami wanita itu.


sumber : myMetro

Maut nahas dilibas pelepah sawit

Posted: 29 Jan 2012 04:45 PM PST


JASIN: Seorang tukang rumah maut dengan lehernya cedera parah selepas dipercayai terkena pelepah kelapa sawit apabila kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok berkenaan di Kilometer 38 Jalan Garing-Kesang, dekat sini, awal pagi, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu mangsa, Lim Kok Leng, 47, maut di tempat kejadian.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa memandu Proton Iswara dari arah Durian Tunggal ke Kesang selepas menemui rakannya sempena sambutan Tahun Baru Cina.


Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, ketika kejadian, mangsa memandu seorang diri dan kenderaannya dipercayai terbabas dan melanggar sebatang tiang elektrik sebelum terpelanting dan melanggar pula sebatang pokok kelapa sawit di tempat kejadian.

"Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat jam 9 pagi ini (semalam) sebelum dituntut warisnya," katanya, di sini, semalam.


Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali ketika ditemui berkata, mangsa adalah anak kedua daripada 10 beradik.



Katanya, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya ketika kejadian.


sumber : myMetro


Gempar lelaki terlentang atas but kereta

Posted: 29 Jan 2012 04:30 PM PST


KOTA TINGGI: Pengguna jalan raya di Kilometer 9.8, Jalan Kota Tinggi-Kluang di sini, gempar apabila terlihat seorang lelaki bertopi keledar terlentang di atas but Toyota Altis, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, ramai yang berhenti kerana mahukan kepastian, kemudian mendapati lelaki terbabit sudah meninggal dunia selepas motosikal ditunggang merempuh kereta berkenaan.

Berdasarkan dokumen perjalanan ditemui padanya, mangsa dikenali sebagai Johari, 32, berasal dari Surabaya, Indonesia dan bekerja di ladang kelapa sawit berhampiran.


Pemandu kereta itu, Gan Chee Meng, 42, dari Kluang berkata penunggang motosikal berkenaan tiba-tiba memasuki laluannya lalu merempuh keretanya.

"Saya tergamam dan tidak sempat mengelak. Mangsa tercampak pada cermin depan kereta sebelum tubuhnya bergolek dan jatuh ke but belakang.


"Saya gagal mengawal kereta menyebabkannya terbabas di bahu jalan kira-kira 25 meter dari lokasi rempuhan," katanya di tempat kejadian.




Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik mengesahkan kejadian.

"Jenazah mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT) bagi bedah siasat sebelum dituntut warisnya untuk dihantar pulang ke kampung halamannya.


"Kami sudah merekodkan keterangan pemandu kereta berkenaan dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan," katanya.


sumber : myMetro

‘Ditumbuk, dipukul, diserang perkara biasa’

Posted: 29 Jan 2012 04:15 PM PST



KUALA LUMPUR: "Setiap anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilatih menguasai seni mempertahankan diri seperti silat bagi menghadapi sebarang situasi berbahaya termasuk kemungkinan diserang ketika melakukan operasi penguatkuasaan," kata Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusop, semalam.
Beliau berkata, selain itu, semua anggota penguat kuasa DBKL diarahkan mengambil langkah berhati-hati bagi menghadapi sebarang keadaan ketika operasi termasuk ketika menghadapi keadaan tegang.

Katanya, semua anggota penguat kuasa biasanya dibekalkan dengan cota manakala bagi anggota berpangkat tinggi seperti inspektor atau pesuruhjaya penguatkuasaan, mereka dibekalkan senjata api bagi mempertahankan diri.


"Ditumbuk, dipukul atau diserang memang biasa dan sering berlaku kepada anggota penguat kuasa DBKL. Ia cabaran kita yang sentiasa terdedah bahaya dalam usaha memberi khidmat kepada rakyat," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan media Sabtu lalu, mengenai seorang anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang cedera selepas diserang 30 lelaki dipercayai tonto ketika melakukan operasi membanteras kafe siber haram di Taman Sri Duyong, Kandang, Melaka.


Kejadian jam 11.45 malam itu berlaku selepas kumpulan penguat kuasa terbabit selesai memasukkan peralatan komputer dirampas dari sebuah kafe siber di kawasan itu ke dalam van.



sumber : myMetro

Gambar yang membuat kita hilang nafsu makan bila melihatnya

Posted: 29 Jan 2012 04:00 PM PST

sumber gambar : ruang-unikz.tk

Mungkin ada yang merasa geli apabial melihat tangan orang ini...
ini semua akibat penyakit......geli-tak geli inilah yang harus dihadapi oleh sesiapa
yang terkena penyakit ini....


Bagaimana perasaan anda bila jumpa benda ni dalam makanan ?

Posted: 29 Jan 2012 03:30 PM PST

Anda begitu lapar dan melihat makanan yang di hidangkan 
sungguh menyelerakan.Sedang mencedok makanan itu anda terjumpa
benda ni..agak-agak berselera lagikah nak makan....

rasa kenyang terus kot....


Pengemis zaman sekarang

Posted: 29 Jan 2012 03:00 PM PST


Seiring dengan kemajuan teknologi mereka juga tidak 
mahu ketinggalan...

Jangan lakukan tindakan begini diatas jalan raya

Posted: 29 Jan 2012 10:00 AM PST




Dan yang paling penting hargai nyawa anda...


Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Nora Danish Nafi Bercinta Dengan Penuntut Kolej

Posted: 29 Jan 2012 06:58 PM PST


 
Nora Danish.

SHAH ALAM: Pelakon jelita, Nora Danish menolak dakwaan kononnya dia sedang hangat bercinta dengan seorang penuntut kolej swasta yang jauh lebih muda darinya.
Nora berkata, tuduhan itu adalah tidak benar sama sekali dan dia memberitahu tidak pernah mengenali mana-mana lelaki yang masih menuntut di kolej.
"Saya langsung tidak tahu menahu mengenai lelaki yang dimaksudkan kerana tidak pernah kenal mana-mana penuntut kolej apatah lagi untuk bercinta," ujarnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai berita perkahwinan bekas suaminya dengan pelakon Fasha Sandha, Nora memberitahu dia tidak hak untuk bercakap mengenai perkara berkenaan kerana ia bukan urusannya.


Nora bagaimanapun berkata, jika perkara berkenaan benar dia gembira untuk kedua-dua pasangan itu dan berharap mereka akan bahagia.
"Saya hanya boleh mendoakan semoga mereka bahagia dan selebihnya saya tiada hak untuk bercakap atau komen mengenai keputusan mereka," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Nora berkata jadualnya tahun ini padat dengan pelbagai tawaran berlakon dan tiada masa untuk memikirkan soal perkahwinan.
Nora memberitahu dia kini sedang sibuk di lokasi drama Jujur Aku Dayus selain beberapa drama bersiri lain dan tawaran filem yang perlu menjadi perhatiannya.
"Banyak undangan lakonan yang diterima sehingga terpaksa menolak kerana tidak mahu membuat pelbagai kerja dalam satu masa sehingga menyusahkan pihak lain.
"Bagaimanapun tahun 2012 adalah tahun yang baik untuk saya kerana pelbagai tawaran datang," ujarnya.

Celebrity News

Celebrity News


Keputusan Anugerah Juar Lagu | Juara AJL

Posted: 29 Jan 2012 07:32 AM PST



JUARA - Hafiz


Naib JUARA - Tiga Suara - Jac,Ning dan Shila Hamzah

Tempat Ke Tiga - Faizal Tahir


Vokal Terbaik - Hafiz

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Live Streaming AJL 26

Posted: 29 Jan 2012 04:00 AM PST

Bagi anda yang berada diluar sana dan tidak berkesempatan untuk menonton Anugerah Juara Lagu ke 26 di kaca TV anda boleh menonton Anugerah ini di depan PC ,laptop atau gadget anda di :


Klick di sini -----LIVE STREAMING

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Sinopsis Filem 7 Petala Cinta | Trailer 7 Petala Cinta

Posted: 29 Jan 2012 03:50 AM PST


Pengarah : Azhari Mohd Zain
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Cinta
Tarikh Tayangan : 15 Mac 2012
Durasi : 80 min
Audio : Dolby
Format : 35mm

Sinopsis:

Kisah mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya. Sebuah filem mengenai 7 PETALA CINTA. ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar Attar mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap SAIDATUL NAFISA namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan HAMKA.

Saidatul Nafisa dan Hamka disatukan didalam satu ikatan pertunangan dan akan dikahwinkan sebaik sahaja Hamka pulang daripada menuntut ilmu di Tanah Arab. Ditakdirkan, malapetaka berlaku dan Hamka dikatakan telah meninggal dunia. Saidatul Nafisa meneruskan hidupnya dengan tabah namun Aby Ikhwan, ayah kepada Saidatul Nafisa mahu anaknya itu cepat – cepat mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahagian dapat kembali kepada Saidatul Nafisa. HILMA AQILA, adik kepada Hamka juga menuntut di tempat yang sama dengan Saidatul Nafisa.

Hubungan diantara Hilma Aqila dan Saidatul Nafisa seperti adik beradik. Semenjak kematian Hamka, keluarga Saidatul Nafisa menjaga Hilma Aqila seperti anak sendiri. NIDA, seorang wanita yang dipaksa menjadi pelacur oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dengan Attar dan terdetik rasa suka di hati Nida. Attar cuba untuk membawa Nida kembali ke jalan yang benar, namun Nida mempunyai niat lain terhadap Attar. Ditakdirkan, jodoh Saidatul Nafisa adalah dengan Attar namun pelbagai halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah Saidatul Nafisa dan Attar bersatu? Apakah niat Nida?

Trailer :

Info : SinemaMalaysia

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Sinopsis Filem Azura | Trailer Filem Azura

Posted: 29 Jan 2012 03:44 AM PST


Pengarah : Aziz M.Osman
Syarikat Penerbit : Ace Motion Pictures Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Cinta, Drama
Tarikh Tayangan : 02 Februari 2012
Durasi : 98 min
Audio : Dolby
Format : 35mm

Sinopsis:

Azura, seorang gadis remaja yang gigih hadapi cabaran hidup untuk mencapai cita-citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua ibu bapanya terkorban ketika tragedi terowong Min dan Mekah pada 1990. Dia menjadi mahasiswa universiti swasta. 

Di samping itu, dia mempelajari bahasa Perancis kerana meminati keindahan bahasa dan seni Perancis. Azura dan Zek lari ke London dan berkahwin di sana. Cinta mereka dihalang oleh bapa Zek dengan pelbagai dugaan. Untuk mengetahui kesudahannya, saksilah di pawagam..


Trailer :

Info : SinemaMalaysia
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Artis Korea : Twitter Han Chae Young Di Kritik Peminat

Posted: 29 Jan 2012 03:29 AM PST

KES komen dan status yang tidak sepatutnya dikongsikan kepada umum di laman Twitter semakin menjadi-jadi dalam kalangan artis di seluruh dunia.

Kes terkini melibatkan seorang pelakon Korea Selatan, Han Chae Young yang menghantar satu ucapan Tahun Baru Cina kepada peminatnya. Status itu kemudian terpaksa dipadamkan selepas dikecam peminatnya.

Kandungan Twitter itu berbunyi: "Selamat Tahun Baharu! Saya sedang memandu buat pertama kalinya ketika cuti hujung minggu. Saya berdoa agar setiap orang dirahmati dalam apa jua yang dilakukan pada tahun ini. Selalu ingat untuk menjadi lebih gembira dan sihat."

Sepintas lalu, status tersebut tidak sedikit pun mengundang masalah atau menimbulkan kemarahan bahkan ramai yang menyambut baik ucapan itu.

Malangnya, sekeping gambar yang dimuat naik bersama status tersebut telah mengundang kontroversi dan kritikan.

Bersama 'tweet' tersebut, pelakon filem Soul Mates itu memuat naik gambar yang memaparkan dia sedang memandu sebuah kereta mewah yang kelihatan seperti sebuah kereta Lamborghini.

Dia memadamkan status tersebut kerana banyak kritikan mengenai kereta mewah tersebut sehingga membuat Chae Young berasa sedikit tertekan.

Info : Kosmo Online

ZoOM : Kalau ikutkan komen artis Korea ni tak adalah teruk sangat, kalau ikutkan gossip Twitter artis dekat Malaysia ni lagi dasyat sampai melibatkan masalah keluarga dan peribadi dalam akaun Twitter. Nak buat macam mana dah perangai beberapa artis kita macam tu, terima jer la walaupun geram dan sakit hati apabila membaca Tweet artis-artis yang gila Tweet tu...Apa Komen anda ?



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

Shima Anuar percaya bakat sentiasa mengatasi rupa paras jika hendak berjaya sebagai pelakon.

Posted: 29 Jan 2012 03:16 AM PST

GADIS setinggi 1.65 meter ini lebih banyak memerhati. Dalam diam, Shima Anuar menyaksi dan belajar setiap gerak-geri mereka yang lebih senior dalam dunia hiburan.


"Saya kagum dan hormat kepada mereka yang mengambil masa yang lama untuk mengukir nama dalam industri ini.


"Pastinya bukan mudah untuk memperkenalkan dan mengekalkan jenama sendiri," kata pelakon baharu itu kepada Sensasi Bintang.


Shima berpegang kepada sifir jika kita cepat naik, maka kita akan cepat jatuh. Jelasnya, tempoh yang lama untuk mengukir nama akan meninggalkan bekas yang dalam untuk orang lain sedar akan kehadiran seseorang pelakon.


Sebagai salah seorang daripada lebih 70 pelakon yang dikeluarkan oleh 'kilang' filem MIG Production, Shima akur bahawa dia perlu bersaing dengan bakat-bakat lain dalam merebut tempat di hati peminat.


"Biarlah saya lambat naik (popular) kerana tempoh itu memberi ruang untuk orang lain menyedari siapakah saya.


"Jika terlalu cepat dikenali memanglah satu bonus, tetapi tidak hairan jika nama kita akan mudah pula tenggelam selepas itu. Kerana itulah tidak salah jika saya lambat terkenal.


"Kalau boleh saya mahu menjadi seperti Yana Shamsuddin yang mengambil masa yang lama untuk menonjol. Dia kini semakin bersinar," kata gadis kelahiran Rawang, Selangor ini.


Ramai yang masih kabur dengan figura dengan nama penuhnya Noor Hashimah Anuar ini kerana dia pertama kali diberi peranan besar di layar lebar menerusi filem Sumpahan Kum Kum yang sedang ditayangkan di panggung.





Menerusi naskhah seram arahan Ismail 'Bob' Hasim itu, Shima memegang watak Mila iaitu seorang gadis berwajah hodoh yang mengamalkan susuk untuk kelihatan cantik.


"Filem ini agak berat untuk orang baharu seperti saya. Pastinya saya tidak berpuas hati dengan hasil lakonan, tetapi saya telah melakukan yang terbaik untuk menjayakannya," ujar Shima yang pernah tampil dalam filem Flat 3A dan Bini-Biniku Gengster.


Shima menolak tanggapan bahawa rencah rupa paras dan bakat harus tampil seiring untuk berjaya dalam dunia lakonan kerana dia lebih mempercayai bakat seseorang.


Baginya rupa paras cuma merupakan bonus untuk seseorang memperelokkan lagi lakonannya.


"Untuk menjadi pelakon tidak perlu cantik kerana apa yang lebih penting adalah bakat," ujar pemegang diploma dalam bidang seni lakon dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.



Info :kosmo Online

Zoom : Tahniah dan selamat datang ke dunia seni dan gossip ( Jika tak suka elakkan jer ). Apa-apa pun tahniah kerana lakonan anda bolehlah tahan :)..jangan harap paras rupa je seksi dan seksa tapi mutu lakonan macam kayu.,



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

Tahniah Kepada Mizz Nina dan Iz Sulaini ke Anugerah Grammy ke 54 di Los Angeles

Posted: 29 Jan 2012 03:06 AM PST

KL, 27 JAN 2012: Ketika semua orang sedang asyik mengalami demam Anugerah Juara Lagu yang akan diadakan pada Ahad ini, dua penyanyi popular Mizz Nina dan Iz Sulaini nampaknya mengalami demam yang lebih hebat.

Masing-masing nampaknya sedang bersiap sedia membuat persiapan fizikal dan juga mental bagi menghadiri acara gilang-gemilang Anugerah Grammy ke 54 yang akan diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada 12 Februari ini.

Bukan sekadar kunjungan biasa, kehadiran Mizz Nina dan Iz Sulaini mempunyai tanggungjawab tersendiri bagi menyerlah diri masing-masing ketika berada di acara yang sangat dinanti-nantikan oleh sekalian pengamal muzik global itu.



Menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas yang dikirimkan Jojo Struys iaitu penerbit bagi syarikat produksi kyanite.tv kepada portal murai.com.my mengatakan, Mizz Nina sudahpun terbang ke Los Angeles baru-baru ini.

Kunjungan Mizz Nina ke sana akan dirakamkan oleh syarikat penerbitannya itu untuk dijadikan sebuah program khas yang akan ditayangkan di Astro Ria tidak lama lagi.

Kata Jojo lagi, Mizz Nina akan terlibat dengan sesi temuramah di ruangan khas untuk barisan artis yang terlibat sempena anugerah berkenaan.

Dikesempatan itu juga, pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk merakamkan detik istimewa itu sebagai tontonan para peminat pelantun suara What You Waiting For itu di Malaysia.

Malah Jojo turut berkata, selain Mizz Nina, syarikat produksinya juga sekali lagi akan merakamkan rentetan pengalaman Yuna sepanjang penyanyi berkenaan berada di rumah keduanya itu pada Februari nanti.

Tambah Jojo lagi, tidak seperti Mizz Nina, Yuna bagaimanapun tidak akan terlibat dengan sebarang aktiviti sepanjang berlangsungnya Anugerah Grammy.

Sementara itu, Iz Sulaini ketika ditemui portal murai.com.my berkata, dia akan berada di AS selama tiga bulan dan dikesempatan itu akan digunakan bagi memperkenalkan muziknya selain sebagai satu cara mendekatkan diri dengan pasaran muzik di sana.

"Salah satu agenda sempena kunjungan saya ke LA ialah menghadiri Anugerah Grammy . Untuk tujuan itu saya sudahpun menyiapkan beberapa single terbaru dan akan tampil dengan imej tersendiri ketika menghadiri majlis berprestij berkenaan.

"Saya mahu membanggakan rakyat Malaysia, bahawa anak tempatan juga mampu mencipta nama di sana. Oleh kerana itu juga saya telah membuat beberapa persiapan supaya kehadiran saya ke sana tidak sia-sia begitu saja," katanya.

Selain terlibat dengan Anugerah Grammy dan mempromosikan beberapa single terbarunya, Iz Sulaini akan turut diberi kesempatan membuat persembahan dalam sebuah acara khas anjuran majalah Vanity Fair, di sana.

Berkemungkinan besar juga, kunjungan Iz di sana akan turut dirakamkan syarikat produksi Jojo untuk diselitkan dalam satu program terbitannya itu bersama Mizz Nina mahupun Yuna.

Info : Murai Online

ZooM : Tahniah kepada Mizz Nina Dan iz kerana menjadi wakil Malaysia dalam misi mengharumkan nama industri muzik Malaysia.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Keputusan Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan PPMH

Posted: 29 Jan 2012 02:56 AM PST

Berikut Keputusan Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2011/2012

1. Anugerah Ikon - Datuk Siti Nurhaliza

2. Anugerah Harapan - Yuna

3. Anugerah Selebriti Favourite - Shahizey Sam

4. Anugerah Selebriti Cekal - Abby Abadi

5. Anugerah Duda Hot - Yusry KRU

6. Anugerah Janda Hot - Nora Danish

7. Anugerah Selebriti Kacak - Aaron Aziz

8. Anugerah Selebriti Jelita - Rozita Che Wan

9. Anugerah Hot Papa - Aaron Aziz

10. Anugerah Hot Mama - Ziana Zain

11. Anugerah Selebriti Stylo - Stacy

12. Anugerah Rambut Menawan (Lelaki) - Gambit Saifullah

13. Anugerah Rambut Menawan (Wanita) - Fouziah Ghous

14. Anugerah Kulit Cantik (Lelaki) - Dafi


15. Anugerah Kulit Cantik (Wanita) - Erra Fazira

16. Anugerah Seksi (Lelaki) - Norman Hakim


ZoOM : Anugerah Duda Dan Janda tu yang menarik perhatian...memang patut pun :)

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

Kaki Aznil Nawawi Terseliuh Terjatuh di Lapangan Terbang KLIA

Posted: 28 Jan 2012 11:53 PM PST

KUCHING:Pengacara Aznil Nawawi terpaksa menggunakan tongkat dan kerusi roda untuk ke Sarawak kerana kaki kanannya terseliuh dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Jumaat lalu.

Aznil yang ditugaskan untuk menjadi juri program realiti On Air terbitan Astro di sini berkata, sebelum berlepas dia singgah di sebuah bilik air terlebih dahulu.

Bagaimanapun secara tidak sengaja dia tersalah langkah membuatkan kakinya terseliuh sehingga sukar untuk bergerak.

"Saya benasib baik apabila pihak keselamatan lapangan terbang menyediakan kerusi roda untuk memudahkan saya bergerak ke pesawat," katanya kepada mStar Online ketika ditemui semasa uji bakat program On Air di Hotel Merdeka Palace di sini, Sabtu.

Kata Aznil, semasa dalam pesawat ramai peminatnya terkejut apabila melihat keadaanya itu.

Aznil memberitahu dia tidak sempat berjumpa doktor kerana terpaksa memberi tumpuan kepada uji bakat yang di adakan selama dua hari bermula Sabtu.

"Saya akan berjumpa doktor selepas habis uji bakat. Walaupun kaki saya berdenyut-denyut tetapi saya dapat laksanakan juga tanggungjawab saya ini," katanya.

Jelas Aznil, buat masa ini dia menggunakan ubat tahan sakit

Info : Mstar

ZOOM : Kesian abang Aznil, sampai kaki terseliuh...but u theeee best bro..Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Trivia Rabecca Nur Islam

Posted: 28 Jan 2012 05:00 PM PST

SEJAK membawakan watak penggoda dan antagonis membuatkan pemilik nama Rabecca Nur Islam, 25, ini bagaikan sinonim dengan peranan sedemikian.

Hal itu sedikit sebanyak membataskan kemampuan lakonannya. Namun begitu, Keramat barangkali tanda awal bakal mengubah persepsi penggiat seni lakon, juga peminat mengenai kebolehan wanita tinggi lampai ini.

  Trivia Rabecca Nur Islam

Trivia Rabecca

  • Bahagian wajah atau tubuh paling disukai: Ketinggian dan bentuk tubuh
  • Suami memanggil dengan gelaran: 'Baby' dan Sayang
  • Jenama beg tangan paling mahal dimiliki: Hermes Birkin
  • Tabiat yang dianggap unik: Suka pintal rambut
  • Perkataan yang sering diucapkan: Sayang
  • Filem kegemaran: Salt
  • Artis Pujaan: Angelina Jolie
  • Nyatakan siapa Rabecca secara ringkas: Ramah, penyayang dan bijak

  Trivia Rabecca Nur Islam

sumber

Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Cakap Jawa di Melbourne

Posted:

Cakap Jawa di Melbourne

Cakap Jawa di Melbourne

TANAH dan udara Melbourne tidak sekali-kali menghakis sari kemelayuan daripada wajah gadis berambut ikal ini. Sudah dua tahun dia berkelana ke bumi Australia demi mengisi segunung ilmu di dada.

Dia masih Ummi Nazeera dengan lenggok keanak-anakannya meskipun usianya kini menjengah 22 tahun.

Apa yang berbeza cuma senyumannya semakin melebar. Tambah manis lagi tuturnya tersusun elok.

Ummi pulang ke tanah air sejak Disember lalu dan pantas dia disunting untuk berlakon di layar lebar sekali gus mengubat kerinduan peminat. Apatah lagi kemunculan terakhir Ummi ialah semasa mempromosikan filem Hikayat Merong Mahawangsa.

"Saya sedang bercuti semester selama tiga bulan selepas menduduki peperiksaan akhir.

"Kesempatan bercuti panjang kali ini saya rebut dengan menerima tawaran berlakon filem Penanggal arahan Ellie Suriati," tutur Ummi lembut.

Skrip filem itu diutus berbatu-batu ke tempat Ummi belajar di Institut Teknologi Diraja Melbourne (RMIT) setelah kata sepakat diputuskan sejak Oktober lagi.

Apa istimewanya Ummi yang kali terakhir tampil dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah itu? Pengarah filem itu, Ellie pernah berkata bahawa Ummi bertuah kerana dianugerahkan bakat lakonan yang besar.

Mereka saling memuji. Ellie mengagumi wajah kemelayuan Ummi. Ummi pula terkesan dengan kuasa luar biasa Ellie dalam menghayati setiap watak lakonannya.

"Saya bertuah kerana ditawarkan berlakon untuk filem ini. Saya tahu siapa pengarah dan penerbitnya. Mereka bukan calang-calang orang.

"Jujurnya ada perasaan takut untuk kembali ke set penggambaran kerana saya sudah dua tahun tidak memegang skrip. Naskhah ini (Penanggal) adalah sesuatu yang baharu buat saya.

"Mujurlah saya mendapat banyak tunjuk ajar daripada pengarah. Pulang ke tanah air, selepas berehat selama dua hari saya terus mengikuti sesi latihan selama tiga hari.

Murni

"Seterusnya menjalani penggambaran sehingga kini," ujar penuntut bidang perniagaan dan pemasaran itu.

Penanggal yang menelan kos kira-kira RM2.1 juta memulakan penggambarannya selama 50 hari sejak 10 Disember lalu hingga semalam.

Antara lokasi penggambaran yang kebanyakannya dilatari kawasan belukar itu melibatkan Melawati dan Hulu Langat di Selangor, Kuala Kangsar, Ipoh dan Trong di Perak serta Pantai Penarik, Terengganu.

Ummi tidak mahu mensia-siakan peluang. Dia sebolehnya ingin menghargai ruang itu untuk mengekspresi sebaik mungkin watak Murni yang merupakan seorang gadis kampung sekali gus menggalas peranan sebagai hantu penanggal.

"Memegang watak Murni memerlukan saya bermain dengan pelbagai jenis emosi.

"Saya akui bahawa begitu sukar untuk melontarkan perasaan tatkala berdepan dengan sebuah perpisahan dengan penjaga Murni iaitu Pak Khadam.

"Untuk berubah daripada watak Murni menjadi penanggal menuntut kesabaran yang besar," ulas Ummi mengenai cabaran terbesar dalam filem yang dibarisi oleh Azri Iskandar, Fasha Sandha dan Datuk Sharifah Aini itu.

Memasukkan semula jiwa lakonan ke tubuh yang sudah terbiasa dengan buku akademik, persediaan meladeni watak Murni dibuat sejauh beribu batu dari tanah air sendiri.

Sebelum masuk ke sesi latihan 'rasmi' bersama pengarah dan pelakon lain, Ummi seawal-awalnya kreatif mencari ruang persediaan, apatah lagi filem hasil kolaborasi dua buah syarikat perfileman besar, Astro Shaw dan Grand Brilliance itu memerlukan Ummi bertutur dalam bahasa Jawa.

Dia bertemu rakan-rakan dari Indonesia yang fasih berbahasa Jawa untuk memberi tunjuk ajar.

Dalam pertemuan sebanyak tiga kali bersama seorang rakan, Amir Mohid ketika di sana, lidah Melayu Ummi mula serasi bertutur bahasa Jawa.


UMMI NAZEERA mahu memecahkan fokusnya kepada dua, lakonan dan bisnes sehabis pengajian kelak.


"Ketika di sana (Melbourne) lagi saya sudah belajar cakap Jawa dengan seorang rakan kerana ikut tuntutan skrip, saya perlu bertutur dalam bahasa tersebut.

"Bila tiba di Malaysia saya sekali lagi berguru dengan penulis skrip filem ini iaitu Yus Waisar untuk memperelokkan pertuturan bahasa Jawa saya," terang Ummi.

Mekar senyum di bibir gadis kelahiran Kuala Lumpur itu semakin mewangi. Seraya mengakui ada kumbang sedang hinggap di taman hatinya, Ummi enggan memendam kebahagiaan yang sedang merendang di sangkar jiwa.

Cerita Ummi, dia mengenali jejaka berusia 26 tahun itu ketika sama-sama menuntut di universiti tersebut sejak dua tahun lalu.

"Benar saya sedang bercinta dengan seseorang. Tetapi tidak manis bagi saya sebagai seorang perempuan untuk bercerita banyak mengenai perkara ini.

Jejaka Selangor

"Kami sudah bertemu keluarga masing-masing untuk berkenalan dan berbincang. Tetapi saya belum memutuskan untuk menamatkan zaman bujang dalam tempoh terdekat kerana saya masih muda dan belum tamat pengajian," tutur Ummi tanpa selindung.

Bercerita lanjut, jejaka yang berasal dari Selangor itu merupakan bekas penuntut dalam bidang kejuruteraan dan baru sahaja selesai menjalani majlis konvokesyen.

Sama-sama di Negara Kanggaru, mencari ilmu dan mengenali hati budi, ternyata lelaki baharu itu sudah banyak menenggelamkan kisah luka yang pernah melanda dirinya sedikit masa dahulu.

Menyambung ceritanya, kata Ummi, semester baharu yang bakal bermula Februari nanti akan memunculkan juga episod baharu buat dirinya. Si pengarang jantung sudah pun kembali ke Malaysia kerana telah tamat pengajian.

Segera melenyapkan kebimbangan, kata Ummi: "Dia sudah berjanji, sekali-sekala dia akan terbang menjenguk saya di sana."

Masih berbaki dua tahun, sehabis sahaja pencarian segulung ijazah pemasaran perniagaan yang didamba, anak bongsu daripada dua beradik ini memutuskan untuk terus aktif berlakon. Benar, akan sia-sialah ilmu yang ditimba selama bertahun-tahun itu jika tidak disalurkan ke bidang yang berkaitan, untuk itu, portfolionya bakal dipecahkan kepada dua cabang.

"Saya akan menggunakan pengetahuan yang dipelajari untuk bekerja dalam bidang berkaitan, tolong ibu menguruskan perniagaan tetapi ia tidak bermakna saya akan berhenti berlakon.

"Mungkin saya akan menerima dua atau tiga tawaran berlakon sahaja dalam setahun. Selebihnya saya ingin menumpukan kerjaya saya dalam bidang perniagaan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tasha nafi mabuk, ghairah

Posted:

Tasha nafi mabuk, ghairah

Tasha nafi mabuk, ghairah


TASHA yang enggan bersikap hipokrit mengaku dia gemar mengunjungi kelab malam.


DALAM hendak berseronok-seronok, melepaskan tekanan kerja dan meraikan hari ulang tahun kelahiran bersama kawan-kawan, pelakon Bunga April, Tasha Shilla tiba-tiba sahaja ditimpa bahana.

Rabu lalu, dia digembar-gemburkan beraksi liar, berparti serta menari ghairah ala-ala tarian tiang di sebuah kelab hiburan, Rootz Club di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Beberapa portal hiburan di internet mendakwa Tasha yang baru pulang dari Perth, Australia itu dilihat berseronok bersama kawan-kawannya, berparti serta asyik menari tanpa menghiraukan pengunjung lain di kelab berkenaan.

Mengiyakan dakwaan dia mengunjungi kelab hiburan untuk meraikan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-25 tahun ini, Tasha yang dihubungi Sensasi Bintang bagaimanapun melahirkan rasa terkilan kerana cerita itu telah ditokok tambah seolah-olah dia sengaja menimbulkan kontroversi.

SENSASI BINTANG: Jadi benarlah kamu ke Rootz Club pada malam 25 Januari lalu?

TASHA SHILLA: Ya benar tapi cerita mengatakan saya menari ghairah ala-ala tarian tiang itu tidak benar. Saya masih sedar siapa diri saya. Rasanya penulis itu yang tidak sedar apa yang telah ditulisnya tentang saya.

Kelab itu hanya memainkan muzik berentak R&B, kenapa pula saya tiba-tiba hendak menari ghairah dan istilah pole dancing yang digunakan juga tidak tepat, kerana saya hanya menari di lantai tari bersama kawan-kawan sedangkan pole dancing pula adalah tarian tiang.

Kamu marah dan terkejut dengan isu berkenaan?

Tak marah dan tak terkejut pun, cuma pelik seolah-olah ia ditulis dengan niat yang tidak baik.

Sebenarnya sebelum ke kelab berkenaan, saya agak keberatan memandangkan kelab itu sedikit 'panas' dan pernah membabitkan perihal artis sebelum ini.

Tapi sebab tak sanggup menolak pelawaan kawan-kawan, saya tetap datang walaupun sudah agak lewat, kira-kira pukul 1 atau 2 pagi.

Ketika itu saya dari lokasi penggambaran, jadi ada beberapa kru penggambaran juga dalam parti berkenaan.

Jadi kamu akan mengelak dan jauhkan diri dari kelab hiburan selepas ini?

Tidak sebab saya tidak mahu jadi hipokrit. Saya tidak akan meninggalkan kawan-kawan saya. Tapi saya tahu jaga diri, tahu batasan saya dan tidak akan sia-siakan kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa saya.

Adik-beradik dan keluarga saya kenal saya jenis yang bagaimana. Saya juga tak salahkan media dalam hal ini.

Adakah kamu memang seorang yang suka bersosial?

Dulu sewaktu kerja di lapangan lain memanglah saya keluar malam, ke kelab jumpa kawan-kawan tapi keluarga akan tahu ke mana langkah saya.

Sekarang, bila sudah jadi pelakon, saya mahu bina kerjaya dan ingin fokus tapi sekali-sekala bila terima ajakan kawan-kawan, rasanya tak salah. Lagipun bukannya saya buat benda tak senonoh, bukannya saya mabuk, ambil alkohol atau minum arak.

Saya cuma suka layan muzik dan jumpa kawan tapi komitmen kerja dan disiplin masih nombor satu.

Kamu mabuk ke pada malam berkenaan?

Tak, memang tak mabuk, tak ambil minuman beralkohol pun. Malam itu juga bukan saya seorang artis yang ada di kelab itu, ada beberapa artis lain bersama kumpulan yang berlainan.

Mungkin sebab saya pelakon baharu yang tengah naik, tercalon pula dalam kategori Top 5 Artis Baharu untuk Anugerah Bintang Popular, jadi orang fokus pada saya.

Sekarang bayaran menjadi popular itu sudah mula memberi impak, apa komen kamu?

Saya baru hendak popular tapi syukurlah rezeki pun tidak pernah putus. Ada tawaran filem tapi tak boleh diteruskan sebab terikat dengan drama.

Sekarang saya sedang habiskan penggambaran drama bersiri untuk slot Akasia TV3, Atas Nama Cinta serta telemovie Landasan Cinta bersama Zeel Production.

Bulan Jun nanti ada satu lagi tawaran daripada Zeel. Saya akan menjalani penggambaran di India pula untuk drama Cinta Agra. Syukur sangat sebab lepas masuk bidang lakonan inilah baru saya dapat merasa untuk ke luar negara.

Yang buruknya pula?

Orang akan mula cari dan selongkar segala keburukan saya. Tapi tak apa, saya sudah bersedia dan tidak akan jadi manusia hipokrit.

Full content generated by Get Full RSS.

Cepat naik cepat jatuh sifir Shima

Posted:

Cepat naik cepat jatuh sifir Shima

Cepat naik cepat jatuh sifir Shima


SHIMA percaya bakat sentiasa mengatasi rupa paras jika hendak berjaya sebagai pelakon.


GADIS setinggi 1.65 meter ini lebih banyak memerhati. Dalam diam, Shima Anuar menyaksi dan belajar setiap gerak-geri mereka yang lebih senior dalam dunia hiburan.

"Saya kagum dan hormat kepada mereka yang mengambil masa yang lama untuk mengukir nama dalam industri ini.

"Pastinya bukan mudah untuk memperkenalkan dan mengekalkan jenama sendiri," kata pelakon baharu itu kepada Sensasi Bintang.

Shima berpegang kepada sifir jika kita cepat naik, maka kita akan cepat jatuh. Jelasnya, tempoh yang lama untuk mengukir nama akan meninggalkan bekas yang dalam untuk orang lain sedar akan kehadiran seseorang pelakon.

Sebagai salah seorang daripada lebih 70 pelakon yang dikeluarkan oleh 'kilang' filem MIG Production, Shima akur bahawa dia perlu bersaing dengan bakat-bakat lain dalam merebut tempat di hati peminat.

"Biarlah saya lambat naik (popular) kerana tempoh itu memberi ruang untuk orang lain menyedari siapakah saya.

"Jika terlalu cepat dikenali memanglah satu bonus, tetapi tidak hairan jika nama kita akan mudah pula tenggelam selepas itu. Kerana itulah tidak salah jika saya lambat terkenal.

"Kalau boleh saya mahu menjadi seperti Yana Shamsuddin yang mengambil masa yang lama untuk menonjol. Dia kini semakin bersinar," kata gadis kelahiran Rawang, Selangor ini.

Ramai yang masih kabur dengan figura dengan nama penuhnya Noor Hashimah Anuar ini kerana dia pertama kali diberi peranan besar di layar lebar menerusi filem Sumpahan Kum Kum yang sedang ditayangkan di panggung.

Menerusi naskhah seram arahan Ismail 'Bob' Hasim itu, Shima memegang watak Mila iaitu seorang gadis berwajah hodoh yang mengamalkan susuk untuk kelihatan cantik.

"Filem ini agak berat untuk orang baharu seperti saya. Pastinya saya tidak berpuas hati dengan hasil lakonan, tetapi saya telah melakukan yang terbaik untuk menjayakannya," ujar Shima yang pernah tampil dalam filem Flat 3A dan Bini-Biniku Gengster.

Shima menolak tanggapan bahawa rencah rupa paras dan bakat harus tampil seiring untuk berjaya dalam dunia lakonan kerana dia lebih mempercayai bakat seseorang.

Baginya rupa paras cuma merupakan bonus untuk seseorang memperelokkan lagi lakonannya.

"Untuk menjadi pelakon tidak perlu cantik kerana apa yang lebih penting adalah bakat," ujar pemegang diploma dalam bidang seni lakon dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.

Full content generated by Get Full RSS.