borak kosong |
- Sebab pakai tali pinggang keledar itu penting
- Gila babi,babi gila pun tak buat macam ni
- Ulat dalam kepala akibat makan shushi dan sashimi
- Lelaki kena sampuk hantu Hercules
- [Heboh] Nampak hantu di siang hari
- Gambar yang tak diluluskan keluar dalam majalah Playboy
- Dahsyat hiasan hotel ni
- [Video] Proses menyelamat kanak-kanak terperangkap dalam mesin basuh
- [Kesian]17 tahun berat 19kg
- Ibu Keji, Sanggup Bunuh Anak Sendiri Agar Dapat Klaim Insurans
- Ini mungkin sebabnya lektrik selalu terputus
- Pameran festival keranda bentuk unik
- Ibu brutal seret anak di sisi kereta kerana tertinggal bas sekolah
- Majalah Fesyen Turki tanpa seks, pornografi
- Remaja mengaku curi duit, telefon bimbit ayah
- Rogol isteri rakan kerana sangka isteri sendiri
- Budak 12 tahun ketua geng samun
- Lelaki cintai isteri orang kena hukuman potong
- Maut nahas dilibas pelepah sawit
- Gempar lelaki terlentang atas but kereta
- ‘Ditumbuk, dipukul, diserang perkara biasa’
- Gambar yang membuat kita hilang nafsu makan bila melihatnya
- Bagaimana perasaan anda bila jumpa benda ni dalam makanan ?
- Pengemis zaman sekarang
- Jangan lakukan tindakan begini diatas jalan raya
Sebab pakai tali pinggang keledar itu penting Posted: 29 Jan 2012 09:15 PM PST |
Gila babi,babi gila pun tak buat macam ni Posted: 29 Jan 2012 09:00 PM PST Maaf tajuk agak kasar sikit.Tapi aku merasa kesian tengok perempuan ini.Betapa rendahnya martabat dia.Sanggup diperlakukan sebegini rupa.Sama ada dia rela atau dipaksa sepatutnya dia tidak merendahkan martabatnya.Wanita adalah satu makhluk ciptaan Tuhan yang sangat indah dan tidak sepatutnya dia sanggup bertindak sebegini rupa. sumber gambar : unic77.tk Bukan nak menghina tetapi berasa kesian kenapa dia sanggup diperlakukan begini.Harapan wahai kaum wanita kamu makhluk yang cukup istimewa.Pelengkap hidup pada kaum lelaki.Jaga maruah dan kehormatan diri. Wahai kaum lelaki kamu adalah pelindung kepada kaum wanita.Jangan kerana mereka lemah kamu sanggup memperlakukan mereka sebegini. Yang penting kita saling hormat-menghormati..... Dalam Islam wanita itu cukup-cukup istimewa........ |
Ulat dalam kepala akibat makan shushi dan sashimi Posted: 29 Jan 2012 08:45 PM PST Inilah akibat makan sushi dan sashimi(ikan mentah,sotong mentah, udang mentah).Shota Fujiwara 80 tahun dari Gifuprefecture,Jepun telah menderita sakit kepala yang luarbiasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoricnya. Setelah menjalani pemeriksaan Ct-scan dan x-ray doktor yang merawatnya menemui sarang ulat dibawah kulit kepalanya,namun masih diluar tempurung otaknya. Ulat yang terdapat dikepala Shota adalah berasal dari parasit yang selalunya terdapat pada tubuh ikan mentah baik ikan laut atuapun ikan air tawar.Ulat parasit dan telurnya ini hanya boleh dimatikan dengan proses pemasakan dengan suhu yang tinggi.(link) |
Lelaki kena sampuk hantu Hercules Posted: 29 Jan 2012 08:30 PM PST |
[Heboh] Nampak hantu di siang hari Posted: 29 Jan 2012 08:15 PM PST |
Gambar yang tak diluluskan keluar dalam majalah Playboy Posted: 29 Jan 2012 08:00 PM PST |
Posted: 29 Jan 2012 07:45 PM PST |
[Video] Proses menyelamat kanak-kanak terperangkap dalam mesin basuh Posted: 29 Jan 2012 07:30 PM PST Kanak-kanak lelaki yang bernama Chaofan yang masih berusia 3 tahun terperangkap dalam spinner mesin basuh ketika sedangsembunyi-sembunyi dengan ibunya dirumah.Kanak-kanak itu bersembunyi didalam mesin basuh dan akhirnya terperangkap tidak boleh keluar. Dia terperangkap selama satu jam di mesin basuh dirumahnya yang berada di Taiyuan, daerah Shanxi.Dia akhirnya berjaya dibebaskan oleh lpasukan penyelamat setempat. sumber : ruanghati.com |
Posted: 29 Jan 2012 07:15 PM PST Riri Nuraini, gadis yang berasal daripada Bandung berbeza dengan gadis seusianya. Di usianya yang telah 17 tahun, gadis malang itu hanya memiliki berat badan s 19 kilogram dan dia juga lumpuh. walaupun hidup tak seberapa..walaupun tersenyum (dalam hati siapa yang tahu) si ibu tetap melayan kerenah sianak. IBU KAULAH SEGALANYA....AL-FATIHAH UNTUK IBU YANG TERSAYANG |
Ibu Keji, Sanggup Bunuh Anak Sendiri Agar Dapat Klaim Insurans Posted: 29 Jan 2012 07:00 PM PST 'Kasih Ibu Sepanjang Masa". Pepatah ini sepertinya tidak berlaku bagi seorang ibu bernama Susan Hendricks (48). Kerana demi mendapatkan wang insurans dia rela membunuh kedua anaknya. Seperti dikutip Reuters, ibu dari South Carolina ini cuba membela diri dengan mengatakan kepada polis bahawa anaknya yang telah membunuh tiga anggota keluarga sebelum akhirnya bunuh diri. Namun, alibi Susan tidak boleh diterima sehingga ibu berusia 48 tahun itu didakwa atas tuduhan pembunuhan demi memperoleh wang insurans. "Susan Hendricks (48) ditahan kerana membunuh dua anak lelaki, bekas suami dan ibu tirinya setelah ditahan di sebuah motel pada Isnin malam," kata polisi. Susan juga dituduh atas kepemilikan senjata selama melakukan aksi jenayahnya. Yakni, sebuah pistol yang disimpan di dalam almari kecilnya. Polis dipanggil ke sebuah rumah di Liberty, South Carolina, pada 14 Oktober, kata Asisten Ketua Polis Pickens County Tim Morgan. Berdasarkan penyelidikan di Tempat Kejadian Perkara (TKP) serta barang bukti forensik dan wawancara dengan anggota keluarga, polis menyimpulkan keterangan yang disampaikan Susan tidak benar. Anggota keluarga memberitahu polis mengenai motif Susan sebenarnya adalah klaim insurans. Susan akan menerima wang insuransberlipat-lipat dari para korban jika aksinya berhasil.(Sumber) |
Ini mungkin sebabnya lektrik selalu terputus Posted: 29 Jan 2012 06:45 PM PST |
Pameran festival keranda bentuk unik Posted: 29 Jan 2012 06:30 PM PST LONDON - Satu pameran tentang pelbagai bentuk keranda unik bagi memenuhi permintaan orang ramai apabila mereka meninggal dunia diadakan di London. Pelbagai bentuk keranda seperti kapal terbang, gerabak kereta api lama, biola dan singa dipamerkan yang dihasilkan oleh pembuat keranda Crazy Coffins yang beribu pejabat di Nottingham, Britain. "Saya tidak berfikir bahawa tiada benda yang kami tidak boleh lakukan," kata Pengarah Urusan Crazy Coffins, David Crampton. "Para pelanggan merupakan pereka, kami hanya membuat apa yang mereka mahu. "Kami menyatakan kepada mereka (para pelanggan), terdapat satu pilihan terakhir," katanya. Firmanya itu membuat keranda dalam pelbagai bentuk seperti bot Viking, kereta Rolls-Royce, papan luncur dan layang-layang. - AFP sumber : kosmo online |
Ibu brutal seret anak di sisi kereta kerana tertinggal bas sekolah Posted: 29 Jan 2012 06:15 PM PST SALT LAKE CITY: Seorang wanita Wood Cross di Utah, ditahan kerana didakwa memaksa anak lelakinya berjalan di sisi kereta ketika dia memandu sambil menarik tali pinggang budak berusia sembilan tahun itu. Menurut polis, wanita terbabit bertindak begitu selepas anaknya tertinggal bas sekolah. Ketua Polis Wood Cross, Greg Butler, berkata tindakan itu berbahaya kerana budak terbabit boleh dilanggar kenderaan dari arah bertentangan. "Kes ini diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Daerah Davis untuk ditentukan tindakan sewajarnya," katanya. Menurut Butler, wanita berkenaan memandu sangat perlahan dan anaknya mampu berjalan mengikut kelajuan kenderaan itu. Seorang jiran menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian berkenaan. - Reuters sumber : myMetro |
Majalah Fesyen Turki tanpa seks, pornografi Posted: 29 Jan 2012 06:00 PM PST ANKARA: Sebuah majalah untuk Muslimah moden dan peka terhadap fesyen membuktikan ia boleh dijual tanpa memaparkan gambar seksi atau mendedahkan tubuh. Semuanya bermula apabila Ibrahim Burak Birer berang melihat gambar pondan dalam sebuah majalah dan memutuskan untuk mencipta majalah di Istanbul yang 'mencabar' gambar lucah. Bersama rakannya, Mehmet Volkan Atay, 32, Ibrahim menerbitkan majalah Ala yang digambarkan sebagai penerokaan baru terhadap fesyen bertudung. Ala - bermaksud "paling cantik" - hanya memaparkan model bertudung dan mengiklankan pakaian yang bersesuaian dengan kehendak Islam. Menurut Ibrahim, majalah Barat seperti Cosmopolitan, Elle, Vogue dan Marie Claire hanya memaparkan isu seks dan gambar lucah. "Slogan mereka ialah: Seks boleh melariskan. "Bagaimanapun, kami dan jutaan wanita di seluruh dunia percaya, fesyen tidak semestinya begitu," katanya. Walaupun baru mengeluarkan enam edisi, majalah Ala begitu berjaya dan Ibrahim, 31, dan rakannya memutuskan untuk meningkatkan pengedaran beberapa kali ganda. Mehmet berkata, mereka tidak mempunyai pengalaman menerbitkan majalah sebelum ini. "Kami berkecimpung dalam bidang pemasaran. Kami mahir memahami kehendak pasaran," katanya kepada SpiegelOnlilne, semalam. Menurut Mehmet, 1,500 langganan itu dihantar ke Jerman dan mendapat sambutan hangat di kalangan penduduk keturunan Turki. Menyedari keadaan itu, Ibrahim dan Mehmet bercadang untuk menerbitkan Ala edisi Jerman pada masa depan. "Ia bukan produk untuk Muslim saja, sebaliknya akan dipasarkan kepada wanita pelbagai agama kerana gerakan 'memerangi kelucahan' penting kepada wanita," katanya. Dijual pada harga 9 lira (RM15.30), Ala dianggap sebagai majalah Vogue untuk wanita bertudung oleh majalah Radikal Jerman. - DM sumber : myMetro |
Remaja mengaku curi duit, telefon bimbit ayah Posted: 29 Jan 2012 05:45 PM PST KUALA TERENGGANU: Remaja bawah umur yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didakwa mencuri wang RM500 dan sebuah telefon bimbit milik bapanya di Mahkamah Majistret di sini, semalam. Tertuduh yang berusia 17 tahun dari Taman Permint Jaya, Chendering, di sini, mengangguk faham sebelum mengaku bersalah ketika pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri dalam bangunan dibacakan di hadapan Majistret Noradila Ab Latif. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri wang RM500 dan sebuah telefon bimbit Motorola L7 milik bapanya, semuanya bernilai RM540 di rumah mereka di Chendering, di sini, antara jam 7.10 hingga 8.30 pagi pada 17 hingga 20 Januari lalu. Bagi kesalahan itu, tertuduh yang tidak bekerja didakwa mengikut Seksyen 380 KK yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Noradila menetapkan 28 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mengikut fakta kes, mangsa menyimpan wang RM500 dalam sampul dalam sebuah rak kain di rumahnya pada jam 8 malam, 15 Januari lalu. Apabila menyedari kehilangan itu pada jam 8.30 pagi pada 20 Januari lalu, dia mengesyaki ia dicuri tertuduh. sumber : myMetro |
Rogol isteri rakan kerana sangka isteri sendiri Posted: 29 Jan 2012 05:30 PM PST RANAU: Walaupun sudah mempunyai tiga isteri, seorang lelaki masih gagal mengawal nafsu serakahnya apabila merogol seorang wanita dalam satu kejadian di Jalan Marakau berdekatan Jalan Airport Lama, di sini, malam kelmarin. Lebih menghairankan, suspek yang berusia 37 tahun merogol isteri rakan karibnya sendiri di dalam van miliknya sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di kampung Kilimu, di sini, jam 8.30 malam. Difahamkan sebelum kejadian, mangsa berusia 34 tahun menghubungi suspek untuk meminta mengambilnya di pekan Ranau dan menghantarnya pulang kerana dia melanggan perkhidmatan kereta sewa dikendalikan suspek. Ketika dalam perjalanan pulang, suspek yang dipercayai sedang mabuk, membawa mangsa ke satu kawasan di Jalan Marakau, berdekatan Airport Lama. Pada mulanya, mangsa menyangka suspek mahu menemui rakannya, namun tiba-tiba suspek menarik tangannya lalu membawa wanita itu ke belakang van sebelum merogolnya. Selepas melepaskan nafsu setan, suspek menghantar mangsa pulang ke rumahnya, sebelum beredar. Suami mangsa yang terkejut apabila isterinya menangis teresak-esak sejurus pulang ke rumah meminta mangsa menceritakan apa yang terjadi. Sebaik diberitahu kejadian itu, dia membawa isterinya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau kira-kira jam 12 tengah malam. Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata, sebaik menerima laporan mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ranau melakukan siasatan. "Siasatan awal mendapati suspek merogol mangsa kerana menyangkakan wanita itu adalah isterinya disebabkan ketika itu, dia dalam keadaan mabuk. Namun siasatan masih diteruskan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. Beliau berkata, mangsa dipercayai melanggan perkhidmatan kereta sewa dikendalikan suspek untuk menghantarnya berulang alik ke tempat kerja di pekan Ranau, setiap hari. "Suspek kini direman untuk siasatan lanjut, manakala mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya. sumber : myMetro |
Budak 12 tahun ketua geng samun Posted: 29 Jan 2012 05:15 PM PST ARAU: Seorang remaja lelaki bawah umur berusia 12 tahun mengetuai tiga lagi rakannya ketika memecah masuk sebuah kedai alat telekomunikasi dan komputer di Kawasan Perniagaan Arau, di sini, semalam. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi apabila suspek bersama rakannya berusia antara 15 dan 17 tahun dikatakan terdesak untuk mendapatkan telefon bimbit baru selain barang elektronik untuk dijual di pasaran gelap. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, keempat-empat suspek yang menunggang dua motosikal dipercayai cuba memotong besi tingkap bahagian belakang kedai itu. "Mereka yang dipercayai baru pertama kali memecah kedai itu berjaya memotong besi tingkap dan ketika sedang menarik keluar besi itu, kereta peronda polis yang meronda di jalan itu melihat kelibat mereka mencurigakan," katanya. Menurutnya, sebaik dihampiri, mereka bertempiaran lari sebelum dikejar dan berjaya menahan dua daripada suspek berkenaan berusia 15 dan 17 tahun sementara dua lagi berjaya melarikan diri. Katanya, kedua-dua remaja itu menyerah diri di Balai Polis Arau, tengah hari semalam sebelum mengaku cuba memecah masuk kedai itu. "Semua remaja itu berasal dari Tambun Tulang dan masih mempunyai keluarga kecuali suspek berusia 12 tahun yang tinggal bersama saudara selepas ibu bapanya bercerai," katanya. sumber : myMetro |
Lelaki cintai isteri orang kena hukuman potong Posted: 29 Jan 2012 05:00 PM PST SUNGAI PETANI: Akibat menjalin hubungan terlarang dengan isteri orang, seorang lelaki menerima padah apabila kedua-dua kaki dan tangannya hampir putus ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di depan rumah kekasih mangsa di Jalan Kuala Ketil, dekat sini, kelmarin. Kejadian berlaku jam 2 pagi apabila mangsa yang berusia 30-an dan sudah berkahwin datang ke rumah kekasihnya itu untuk bersemuka dengan suami wanita berkenaan yang berusia 30-an bagi menjelaskan hubungannya dengan isteri lelaki terbabit. Sebelum ini, mangsa didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri lelaki terbabit sehingga menimbulkan syak dan kemarahan suami wanita itu. Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan nekad untuk bertemu suami wanita berkenaan dan pertemuan itu dihadiri isteri lelaki itu sebagai saksi. Sumber berkata, pertemuan yang berlangsung di luar rumah lelaki berkenaan bertukar tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua sebelum disertai beberapa lelaki lain dipercayai rakan suami wanita itu. sumber : myMetro |
Maut nahas dilibas pelepah sawit Posted: 29 Jan 2012 04:45 PM PST JASIN: Seorang tukang rumah maut dengan lehernya cedera parah selepas dipercayai terkena pelepah kelapa sawit apabila kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok berkenaan di Kilometer 38 Jalan Garing-Kesang, dekat sini, awal pagi, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu mangsa, Lim Kok Leng, 47, maut di tempat kejadian. Difahamkan, ketika kejadian mangsa memandu Proton Iswara dari arah Durian Tunggal ke Kesang selepas menemui rakannya sempena sambutan Tahun Baru Cina. Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, ketika kejadian, mangsa memandu seorang diri dan kenderaannya dipercayai terbabas dan melanggar sebatang tiang elektrik sebelum terpelanting dan melanggar pula sebatang pokok kelapa sawit di tempat kejadian. "Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat jam 9 pagi ini (semalam) sebelum dituntut warisnya," katanya, di sini, semalam. Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali ketika ditemui berkata, mangsa adalah anak kedua daripada 10 beradik. Katanya, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya ketika kejadian. sumber : myMetro |
Gempar lelaki terlentang atas but kereta Posted: 29 Jan 2012 04:30 PM PST KOTA TINGGI: Pengguna jalan raya di Kilometer 9.8, Jalan Kota Tinggi-Kluang di sini, gempar apabila terlihat seorang lelaki bertopi keledar terlentang di atas but Toyota Altis, kelmarin. Dalam kejadian jam 7 malam itu, ramai yang berhenti kerana mahukan kepastian, kemudian mendapati lelaki terbabit sudah meninggal dunia selepas motosikal ditunggang merempuh kereta berkenaan. Berdasarkan dokumen perjalanan ditemui padanya, mangsa dikenali sebagai Johari, 32, berasal dari Surabaya, Indonesia dan bekerja di ladang kelapa sawit berhampiran. Pemandu kereta itu, Gan Chee Meng, 42, dari Kluang berkata penunggang motosikal berkenaan tiba-tiba memasuki laluannya lalu merempuh keretanya. "Saya tergamam dan tidak sempat mengelak. Mangsa tercampak pada cermin depan kereta sebelum tubuhnya bergolek dan jatuh ke but belakang. "Saya gagal mengawal kereta menyebabkannya terbabas di bahu jalan kira-kira 25 meter dari lokasi rempuhan," katanya di tempat kejadian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik mengesahkan kejadian. "Jenazah mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT) bagi bedah siasat sebelum dituntut warisnya untuk dihantar pulang ke kampung halamannya. sumber : myMetro |
‘Ditumbuk, dipukul, diserang perkara biasa’ Posted: 29 Jan 2012 04:15 PM PST KUALA LUMPUR: "Setiap anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilatih menguasai seni mempertahankan diri seperti silat bagi menghadapi sebarang situasi berbahaya termasuk kemungkinan diserang ketika melakukan operasi penguatkuasaan," kata Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusop, semalam. Beliau berkata, selain itu, semua anggota penguat kuasa DBKL diarahkan mengambil langkah berhati-hati bagi menghadapi sebarang keadaan ketika operasi termasuk ketika menghadapi keadaan tegang. Katanya, semua anggota penguat kuasa biasanya dibekalkan dengan cota manakala bagi anggota berpangkat tinggi seperti inspektor atau pesuruhjaya penguatkuasaan, mereka dibekalkan senjata api bagi mempertahankan diri. "Ditumbuk, dipukul atau diserang memang biasa dan sering berlaku kepada anggota penguat kuasa DBKL. Ia cabaran kita yang sentiasa terdedah bahaya dalam usaha memberi khidmat kepada rakyat," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Beliau mengulas laporan media Sabtu lalu, mengenai seorang anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang cedera selepas diserang 30 lelaki dipercayai tonto ketika melakukan operasi membanteras kafe siber haram di Taman Sri Duyong, Kandang, Melaka. Kejadian jam 11.45 malam itu berlaku selepas kumpulan penguat kuasa terbabit selesai memasukkan peralatan komputer dirampas dari sebuah kafe siber di kawasan itu ke dalam van. sumber : myMetro |
Gambar yang membuat kita hilang nafsu makan bila melihatnya Posted: 29 Jan 2012 04:00 PM PST |
Bagaimana perasaan anda bila jumpa benda ni dalam makanan ? Posted: 29 Jan 2012 03:30 PM PST |
Posted: 29 Jan 2012 03:00 PM PST |
Jangan lakukan tindakan begini diatas jalan raya Posted: 29 Jan 2012 10:00 AM PST |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |