Adsense

Ahad, 29 Januari 2012

Sensasi

Sensasi


Jejai belikan kereta SUV mewah untuk Nora Danish

Posted: 29 Jan 2012 06:01 PM PST

Tiba-tiba teringat pada Nora Danish yang mengundang pilu ramai penonton gara-gara drama Tentang Dhia yang masih dirasai impaknya. Itulah istimewanya Nora Danish.

Wajah comelnya memang memikat tambahan pula membawa watak sedih. Tapi sedih Nora dalam lakonan sahaja. Diva percaya hidupnya sangat bahagia walaupun sudah beberapa tahun menjanda.

Cakap pasal Nora, mahu tak mahu rasa nak tercuit juga nama Fasha Sandha yang heboh dikatakan akan bernikah dengan bekas suami Nora, si Jejai tak lama lagi.

Jejai dan Fasha pun memang sepadan.Walaupun nak bernikah dengan Fasha, Jejai dan Nora tidaklah bermusuh. Maklumlah Nora itu ibu kepada anaknya, Putra Rayqal.

Kalau tak baik, takkan bekas pasangan suami isteri itu berpakat-pakat beli kereta yang sama. Ada sumber bagi tahu Diva kononnya Jejai sudah tempah tiga buah kenderaan SUV yang kiranya macam kereta mewah juga.

Kalau tak silap setiap satu kenderaan itu berharga tidak kurang daripada RM300,000 sebuah. Paling menarik, sebuah daripada SUV yang ditempah Jejai di pusat pameran kereta di Jalan Ipoh itu adalah untuk jandanya Nora Danish.

Yang buat lebih pasti lagi, baru-baru ini Nora sendiri ada mengunjungi cawangan pusat pameran kereta yang sama di Petaling Jaya. Barangkali nak melihat-lihat atau sekadar bertanya kenderaan yang ditempah Jejai sudah tiba atau belum.

Baiknya si Jejai tu dengan Nora ya. Dalam sibuk nak bina mahligai baru sempat lagi tolong belikan kenderaan untuk bekas isteri. Dua buah lagi kenderaan yang ditempah untuk siapalah pula ya?

Tasha Shilla Nafi Mabuk dan menari Ghairah

Posted: 29 Jan 2012 10:23 AM PST

Tasha Shilla digembar-gemburkan beraksi liar, berparti serta menari ghairah ala-ala tarian tiang di sebuah kelab hiburan, Rootz Club di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Tasha dikatakan dilihat berseronok bersama kawan-kawannya, berparti serta asyik menari tanpa menghiraukan pengunjung lain di kelab berkenaan.

Mengiyakan dakwaan dia mengunjungi kelab hiburan untuk meraikan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-25 tahun bagaimanapun melahirkan rasa terkilan kerana cerita itu telah ditokok tambah seolah-olah dia sengaja menimbulkan kontroversi.


Jadi benarlah kamu ke Rootz Club pada malam 25 Januari lalu?

TASHA SHILLA: Ya benar tapi cerita mengatakan saya menari ghairah ala-ala tarian tiang itu tidak benar. Saya masih sedar siapa diri saya. Rasanya penulis itu yang tidak sedar apa yang telah ditulisnya tentang saya.

Kelab itu hanya memainkan muzik berentak R&B, kenapa pula saya tiba-tiba hendak menari ghairah dan istilah pole dancing yang digunakan juga tidak tepat, kerana saya hanya menari di lantai tari bersama kawan-kawan sedangkan pole dancing pula adalah tarian tiang.

Kamu marah dan terkejut dengan isu berkenaan?

Tak marah dan tak terkejut pun, cuma pelik seolah-olah ia ditulis dengan niat yang tidak baik.

Sebenarnya sebelum ke kelab berkenaan, saya agak keberatan memandangkan kelab itu sedikit 'panas' dan pernah membabitkan perihal artis sebelum ini.

Tapi sebab tak sanggup menolak pelawaan kawan-kawan, saya tetap datang walaupun sudah agak lewat, kira-kira pukul 1 atau 2 pagi.

Ketika itu saya dari lokasi penggambaran, jadi ada beberapa kru penggambaran juga dalam parti berkenaan.

Jadi kamu akan mengelak dan jauhkan diri dari kelab hiburan selepas ini?

Tidak sebab saya tidak mahu jadi hipokrit. Saya tidak akan meninggalkan kawan-kawan saya. Tapi saya tahu jaga diri, tahu batasan saya dan tidak akan sia-siakan kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa saya.

Adik-beradik dan keluarga saya kenal saya jenis yang bagaimana. Saya juga tak salahkan media dalam hal ini.

Adakah kamu memang seorang yang suka bersosial?

Dulu sewaktu kerja di lapangan lain memanglah saya keluar malam, ke kelab jumpa kawan-kawan tapi keluarga akan tahu ke mana langkah saya.

Sekarang, bila sudah jadi pelakon, saya mahu bina kerjaya dan ingin fokus tapi sekali-sekala bila terima ajakan kawan-kawan, rasanya tak salah. Lagipun bukannya saya buat benda tak senonoh, bukannya saya mabuk, ambil alkohol atau minum arak.

Saya cuma suka layan muzik dan jumpa kawan tapi komitmen kerja dan disiplin masih nombor satu.

Kamu mabuk ke pada malam berkenaan?

Tak, memang tak mabuk, tak ambil minuman beralkohol pun. Malam itu juga bukan saya seorang artis yang ada di kelab itu, ada beberapa artis lain bersama kumpulan yang berlainan.

Mungkin sebab saya pelakon baharu yang tengah naik, tercalon pula dalam kategori Top 5 Artis Baharu untuk Anugerah Bintang Popular, jadi orang fokus pada saya.

Sekarang bayaran menjadi popular itu sudah mula memberi impak, apa komen kamu?

Saya baru hendak popular tapi syukurlah rezeki pun tidak pernah putus. Ada tawaran filem tapi tak boleh diteruskan sebab terikat dengan drama.

Sekarang saya sedang habiskan penggambaran drama bersiri untuk slot Akasia TV3, Atas Nama Cinta serta telemovie Landasan Cinta bersama Zeel Production.

Bulan Jun nanti ada satu lagi tawaran daripada Zeel. Saya akan menjalani penggambaran di India pula untuk drama Cinta Agra. Syukur sangat sebab lepas masuk bidang lakonan inilah baru saya dapat merasa untuk ke luar negara.

Yang buruknya pula?

Orang akan mula cari dan selongkar segala keburukan saya. Tapi tak apa, saya sudah bersedia dan tidak akan jadi manusia hipokrit.

Gambar Persandingan dan isteri Roslin Hashim ,Rahayu Rosli

Posted: 29 Jan 2012 10:03 AM PST



"Saya harap sudah-sudahlah orang bercakap perkara tidak baik terhadap suami saya selepas ini," kata Rahayu Rosli, isteri kepada bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim yang ditemui pada majlis persandingan mereka di Ukay Perdana, malam kelmarin.

Rahayu, 24, berkata walaupun Roslin, 37, pernah dua kali gagal dalam perkahwinan, dia tetap yakin bekas pemain badminton nombor satu dunia itu lelaki terbaik pernah ditemuinya.

"Suami sudah menceritakan apa sebenarnya berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini dan perkara itu (kisah perceraian sebelum ini) tidak menjadi masalah kepada saya.

"Perkara terpenting ialah saya mengharap dan mendoakan semoga jodoh kami berkekalan hingga ke anak cucu," katanya yang berasal dari Gombak, di sini.











Pasangan itu bernikah pada 28 Disember lalu dan melangsungkan persandingan sebulan kemudian dengan menjemput anggota keluarga serta sahabat terdekat.

Roslin sebelum ini mengaku berkahwin untuk kali ketiga tetapi 'mengunci mulut' ketika ditanya lebih lanjut demi menghormati keluarga isteri.


Ashton Kutcher masih ambil berat tentang Demi Moore?

Posted: 29 Jan 2012 09:42 AM PST

Kesian Demi Moore selepas berpisah dengan suami nya Ashton Kutcher yang muda 16 tahun darinya,Demi mulai jadi begitu kurus, menghisap dadah dan dikejarkan ke hospital.

Perpisahannya dengan Ashton telah membuatkan Demi begitu terseksa.
Dari gambar-gambar kenangan Demi dan Ashton,Sensasi boleh lihat sinar cinta dalam mata Demi terhadap suaminya Ashton Kutcher yang disangkanya seorang lelaki yang begitu manja,romantik dan setia. Demi begitu mempercayai Ashton,sehinggalah pendedahan kecurangan Ashton dengan cara yang begitu "dirty" ,apatah lagi perkara itu terjadi pada ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-6 tahun.

Rupanya itu juga bukanlah pertama kali Ashton curang. Maklumlah Ashton masih muda,berduit pula,memang nak enjoy je.Apabila Demi menuntut perceraian dari Ashton ,Ashton hanya bersetuju tanpa memujuk Demi..Sensasi boleh bayangkan kesedihan yang dialami oleh Demi.
Susah sebenarnya wanita bercinta dengan lelaki yng lebih muda.Faktor "insecurity" memang menjadi satu masalah lebih lagi jika perbezaan umur tue banyak sangat.

Tapi kalau setakat 4-5 tahun beza bagi sensasi,tak la masalah sangat.

Dalam Demi Moore bersedih dan hidup tak terurus,Ashton pula,bergembira je..sungguh sadis..









Akaun Twitter milik aktor drama komedi "Two And A Half Men", Ashton Kutcher tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen selepas bekas isterinya, Demi Moore dikejarkan hospital, tetapi sumber memberitahu tindakannya yang dikatakan tidak mengambil berat itu bukanlah seperti yang dilihat.

Dipetik daripada People, sumber memberitahu, "Ashton sangat mengambil berat dan risaukan Demi walaupun berada di Brazil untuk bekerja dalam satu kempen iklan ketika mendengar berita tersebut.

"Dia masih mengambil berat tentangnya dan mahukan yang terbaik kepada Demi. Walaubagaimanapun perkahwinan mereka sudah berakhir dan mereka ingin meneruskan kehidupan seperti biasa."

Kutcher, 33, dan Moore, 49, telah membuat pengumuman pada November tahun lalu bahawa mereka akan bercerai selepas berkahwin selama enam tahun.

Sebelum ini beberapa teman baik kepada aktres "Margin Call" menyatakan kebimbangan mereka selepas melihat Moore yang mengabaikan kesihatannya.

Ketika krisis Moore baru-baru ini, Kutcher berada di Amerika Selatan untuk penggambaran katalog iklan jenama Colcci. Malah Kutcher sempat menghadiri acara di Minggu Fesyen Sao Paulo dan berhibur bersama selebriti Brazil.

Kutcher terus-terusan mengemaskini akaun Twitter miliknya tetapi tidak berkata apa-apa tentang keadaan Moore. Malah ketika paramedik sedang merawat Moore di rumahnya, Kutcher sempat memuat naik gambarnya yang sedang berhibur di jalanan Sao Paulo ketika hujan.


Gambar Demi Moore selepas perceraian.Kurus kering,yang paling tak bleh tahan bila Demi berniat untuk Diet lagi kerana merasakan diri gemuk..huhu

Gambar Sazzy Falak dan suami membawa Anak kembar bersiar-siar

Posted: 29 Jan 2012 09:08 AM PST

Seronok dapat anak kembar,cuma mungkin susah sikit nak jaga sebab semuanya kene buat double..Cuci berak,dua kali,mandikan dua baby,bancuh susu double,dodoikan double..budget jugak double..hehe..pun begitu,anak kembar yang seiras ada ikatan yang istimewa diantara mereka,dan comel sebab dua-dua muka sama..hehe

Jom tengok gambar anak kembar Sazzy Falak bersama suami dan anak kembar mereka

Air Asia Disaman di Australia, terlalu banyak caj tersembunyi?

Posted: 29 Jan 2012 06:02 PM PST

Bagi yang biasa menaiki penerbangan tambang murah Air Asia pasti dah biasa dengan perkara ini.
Air Asia sememangnya penerbangan tambang murah yang paling murah di Malaysia.Sebab kalau nak dicompare Air Asia dengan FireFly, Firefly mahal lagi.

Cuma kadang-kadang iklan Air Asia ckp penerbangan RM10 lah,RM1 lah mcm-mcm promosi yg menterbeliakkan mata,tapi bila sensasi try nak beli takde pun pulak dah.

Dan sememangnya banyak jugak hidden charge seperti check in fees and macam-macam lagi jenis tax..huhu..

Al-kisahnye dulu Sensasi beli flight tiket penerbangan dalam Malaysia dari Penang ke KL ,beli harga promosi total around RM90 la one way..pastu mmg salah sensasi jgklah kan dtg airport lewat. ada lagi 20 minit masa sblum check in time close...dahla beratur panjang nak check in.

Dahtue sekali sampai kaunter dah lewat seminit,dia taknak bagi Sensasi Check in..grrr..padahal Flight departure lagi 45 minit kot tak silap. Sensasi kene byr penalti and reschedule flight to next flight,kene bayar lagi RM120 plak..


AirAsia disaman sebuah suruhanjaya pengguna di Australia kerana syarikat penerbangan tambang murah itu didakwa gagal menyatakan tambang penuh perkhidmatannya dalam laman web.

Syarikat yang menjalankan penerbangan keluar daripada Gold Coast, Melbourne dan Perth itu dinamakan dalam dokumen yang diserahkan kepada Mahkamah Persekutuan Melbourne pada Selasa, lapor AFP.

Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia, badan pemantau urusan kepenggunaan negara itu, mendakwa terdapat tambang di laman web AirAsia tidak menyatakan harga semua cukai, duti dan caj-caj lain.

"Pernigaan yang memilih mengiklankan sebahagian harga setuatu produk atau perkhidmatan harus juga memaparkan harga tunggul keseluruhannya," katanya dalam kenyataan media.

AirAsia tidak dapat dihubungi dalam tempoh segera bagi mendapatkan ulasannya.

Replika Baju Nabi Adam, setinggi 60 Hasta

Posted: 29 Jan 2012 09:01 AM PST

"Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini"
(HR.Bukhari), Hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.

Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45.72 cm. Jadi, tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27.432 meter. Hampir mencapai 30 meter. wallahu'alam.

Baju Nabi Adam A.S. Setinggi 29 meter

Baju tersebut hanyalah replika dibuat di Jeddah, Arab Saudi. Sekadar untuk melihat setinggi manakah rupa bentuk Nabi Adam A.S.

Tempoh menjahit 18 hari. Tinggi 29 meter dan lebar 9 meter..




Perghhh amatlah tinggi dan besarnye Nabi Adam,Moyang kiter dulu..Kalau ikutkan replika Dinosour pun cuma dua tiga kali ganda je daripada ketinggian kita.

Entah-entah kalau ada Dinosour zaman Nabi Adam dulu,mungkin seperti biawak je saiz nye bagi Nabi Adam..huhu.Tapi tak silap Sensasi Dinosour dah pun mati oleh letusan gunung berapi sebelum Nabi Adam turun ke Bumi

Semakin lama di Bumi nie,semakin banyak mahkluk semakin kecil saiz mahkluknya.

Bayangkan kalau tahun 4000,kalau lah belum kiamat lagi,mcm mana agaknya saiz manusia..adakah kita akan kelihatan seperti gergasi ?