Adsense

Ahad, 29 Januari 2012

Celebrity News

Celebrity News


Keputusan Anugerah Juar Lagu | Juara AJL

Posted: 29 Jan 2012 07:32 AM PST



JUARA - Hafiz


Naib JUARA - Tiga Suara - Jac,Ning dan Shila Hamzah

Tempat Ke Tiga - Faizal Tahir


Vokal Terbaik - Hafiz

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Live Streaming AJL 26

Posted: 29 Jan 2012 04:00 AM PST

Bagi anda yang berada diluar sana dan tidak berkesempatan untuk menonton Anugerah Juara Lagu ke 26 di kaca TV anda boleh menonton Anugerah ini di depan PC ,laptop atau gadget anda di :


Klick di sini -----LIVE STREAMING

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Sinopsis Filem 7 Petala Cinta | Trailer 7 Petala Cinta

Posted: 29 Jan 2012 03:50 AM PST


Pengarah : Azhari Mohd Zain
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Cinta
Tarikh Tayangan : 15 Mac 2012
Durasi : 80 min
Audio : Dolby
Format : 35mm

Sinopsis:

Kisah mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya. Sebuah filem mengenai 7 PETALA CINTA. ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar Attar mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap SAIDATUL NAFISA namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan HAMKA.

Saidatul Nafisa dan Hamka disatukan didalam satu ikatan pertunangan dan akan dikahwinkan sebaik sahaja Hamka pulang daripada menuntut ilmu di Tanah Arab. Ditakdirkan, malapetaka berlaku dan Hamka dikatakan telah meninggal dunia. Saidatul Nafisa meneruskan hidupnya dengan tabah namun Aby Ikhwan, ayah kepada Saidatul Nafisa mahu anaknya itu cepat – cepat mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahagian dapat kembali kepada Saidatul Nafisa. HILMA AQILA, adik kepada Hamka juga menuntut di tempat yang sama dengan Saidatul Nafisa.

Hubungan diantara Hilma Aqila dan Saidatul Nafisa seperti adik beradik. Semenjak kematian Hamka, keluarga Saidatul Nafisa menjaga Hilma Aqila seperti anak sendiri. NIDA, seorang wanita yang dipaksa menjadi pelacur oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dengan Attar dan terdetik rasa suka di hati Nida. Attar cuba untuk membawa Nida kembali ke jalan yang benar, namun Nida mempunyai niat lain terhadap Attar. Ditakdirkan, jodoh Saidatul Nafisa adalah dengan Attar namun pelbagai halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah Saidatul Nafisa dan Attar bersatu? Apakah niat Nida?

Trailer :

Info : SinemaMalaysia

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Sinopsis Filem Azura | Trailer Filem Azura

Posted: 29 Jan 2012 03:44 AM PST


Pengarah : Aziz M.Osman
Syarikat Penerbit : Ace Motion Pictures Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Cinta, Drama
Tarikh Tayangan : 02 Februari 2012
Durasi : 98 min
Audio : Dolby
Format : 35mm

Sinopsis:

Azura, seorang gadis remaja yang gigih hadapi cabaran hidup untuk mencapai cita-citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua ibu bapanya terkorban ketika tragedi terowong Min dan Mekah pada 1990. Dia menjadi mahasiswa universiti swasta. 

Di samping itu, dia mempelajari bahasa Perancis kerana meminati keindahan bahasa dan seni Perancis. Azura dan Zek lari ke London dan berkahwin di sana. Cinta mereka dihalang oleh bapa Zek dengan pelbagai dugaan. Untuk mengetahui kesudahannya, saksilah di pawagam..


Trailer :

Info : SinemaMalaysia
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Artis Korea : Twitter Han Chae Young Di Kritik Peminat

Posted: 29 Jan 2012 03:29 AM PST

KES komen dan status yang tidak sepatutnya dikongsikan kepada umum di laman Twitter semakin menjadi-jadi dalam kalangan artis di seluruh dunia.

Kes terkini melibatkan seorang pelakon Korea Selatan, Han Chae Young yang menghantar satu ucapan Tahun Baru Cina kepada peminatnya. Status itu kemudian terpaksa dipadamkan selepas dikecam peminatnya.

Kandungan Twitter itu berbunyi: "Selamat Tahun Baharu! Saya sedang memandu buat pertama kalinya ketika cuti hujung minggu. Saya berdoa agar setiap orang dirahmati dalam apa jua yang dilakukan pada tahun ini. Selalu ingat untuk menjadi lebih gembira dan sihat."

Sepintas lalu, status tersebut tidak sedikit pun mengundang masalah atau menimbulkan kemarahan bahkan ramai yang menyambut baik ucapan itu.

Malangnya, sekeping gambar yang dimuat naik bersama status tersebut telah mengundang kontroversi dan kritikan.

Bersama 'tweet' tersebut, pelakon filem Soul Mates itu memuat naik gambar yang memaparkan dia sedang memandu sebuah kereta mewah yang kelihatan seperti sebuah kereta Lamborghini.

Dia memadamkan status tersebut kerana banyak kritikan mengenai kereta mewah tersebut sehingga membuat Chae Young berasa sedikit tertekan.

Info : Kosmo Online

ZoOM : Kalau ikutkan komen artis Korea ni tak adalah teruk sangat, kalau ikutkan gossip Twitter artis dekat Malaysia ni lagi dasyat sampai melibatkan masalah keluarga dan peribadi dalam akaun Twitter. Nak buat macam mana dah perangai beberapa artis kita macam tu, terima jer la walaupun geram dan sakit hati apabila membaca Tweet artis-artis yang gila Tweet tu...Apa Komen anda ?



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

Shima Anuar percaya bakat sentiasa mengatasi rupa paras jika hendak berjaya sebagai pelakon.

Posted: 29 Jan 2012 03:16 AM PST

GADIS setinggi 1.65 meter ini lebih banyak memerhati. Dalam diam, Shima Anuar menyaksi dan belajar setiap gerak-geri mereka yang lebih senior dalam dunia hiburan.


"Saya kagum dan hormat kepada mereka yang mengambil masa yang lama untuk mengukir nama dalam industri ini.


"Pastinya bukan mudah untuk memperkenalkan dan mengekalkan jenama sendiri," kata pelakon baharu itu kepada Sensasi Bintang.


Shima berpegang kepada sifir jika kita cepat naik, maka kita akan cepat jatuh. Jelasnya, tempoh yang lama untuk mengukir nama akan meninggalkan bekas yang dalam untuk orang lain sedar akan kehadiran seseorang pelakon.


Sebagai salah seorang daripada lebih 70 pelakon yang dikeluarkan oleh 'kilang' filem MIG Production, Shima akur bahawa dia perlu bersaing dengan bakat-bakat lain dalam merebut tempat di hati peminat.


"Biarlah saya lambat naik (popular) kerana tempoh itu memberi ruang untuk orang lain menyedari siapakah saya.


"Jika terlalu cepat dikenali memanglah satu bonus, tetapi tidak hairan jika nama kita akan mudah pula tenggelam selepas itu. Kerana itulah tidak salah jika saya lambat terkenal.


"Kalau boleh saya mahu menjadi seperti Yana Shamsuddin yang mengambil masa yang lama untuk menonjol. Dia kini semakin bersinar," kata gadis kelahiran Rawang, Selangor ini.


Ramai yang masih kabur dengan figura dengan nama penuhnya Noor Hashimah Anuar ini kerana dia pertama kali diberi peranan besar di layar lebar menerusi filem Sumpahan Kum Kum yang sedang ditayangkan di panggung.





Menerusi naskhah seram arahan Ismail 'Bob' Hasim itu, Shima memegang watak Mila iaitu seorang gadis berwajah hodoh yang mengamalkan susuk untuk kelihatan cantik.


"Filem ini agak berat untuk orang baharu seperti saya. Pastinya saya tidak berpuas hati dengan hasil lakonan, tetapi saya telah melakukan yang terbaik untuk menjayakannya," ujar Shima yang pernah tampil dalam filem Flat 3A dan Bini-Biniku Gengster.


Shima menolak tanggapan bahawa rencah rupa paras dan bakat harus tampil seiring untuk berjaya dalam dunia lakonan kerana dia lebih mempercayai bakat seseorang.


Baginya rupa paras cuma merupakan bonus untuk seseorang memperelokkan lagi lakonannya.


"Untuk menjadi pelakon tidak perlu cantik kerana apa yang lebih penting adalah bakat," ujar pemegang diploma dalam bidang seni lakon dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.



Info :kosmo Online

Zoom : Tahniah dan selamat datang ke dunia seni dan gossip ( Jika tak suka elakkan jer ). Apa-apa pun tahniah kerana lakonan anda bolehlah tahan :)..jangan harap paras rupa je seksi dan seksa tapi mutu lakonan macam kayu.,



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

Tahniah Kepada Mizz Nina dan Iz Sulaini ke Anugerah Grammy ke 54 di Los Angeles

Posted: 29 Jan 2012 03:06 AM PST

KL, 27 JAN 2012: Ketika semua orang sedang asyik mengalami demam Anugerah Juara Lagu yang akan diadakan pada Ahad ini, dua penyanyi popular Mizz Nina dan Iz Sulaini nampaknya mengalami demam yang lebih hebat.

Masing-masing nampaknya sedang bersiap sedia membuat persiapan fizikal dan juga mental bagi menghadiri acara gilang-gemilang Anugerah Grammy ke 54 yang akan diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada 12 Februari ini.

Bukan sekadar kunjungan biasa, kehadiran Mizz Nina dan Iz Sulaini mempunyai tanggungjawab tersendiri bagi menyerlah diri masing-masing ketika berada di acara yang sangat dinanti-nantikan oleh sekalian pengamal muzik global itu.



Menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas yang dikirimkan Jojo Struys iaitu penerbit bagi syarikat produksi kyanite.tv kepada portal murai.com.my mengatakan, Mizz Nina sudahpun terbang ke Los Angeles baru-baru ini.

Kunjungan Mizz Nina ke sana akan dirakamkan oleh syarikat penerbitannya itu untuk dijadikan sebuah program khas yang akan ditayangkan di Astro Ria tidak lama lagi.

Kata Jojo lagi, Mizz Nina akan terlibat dengan sesi temuramah di ruangan khas untuk barisan artis yang terlibat sempena anugerah berkenaan.

Dikesempatan itu juga, pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk merakamkan detik istimewa itu sebagai tontonan para peminat pelantun suara What You Waiting For itu di Malaysia.

Malah Jojo turut berkata, selain Mizz Nina, syarikat produksinya juga sekali lagi akan merakamkan rentetan pengalaman Yuna sepanjang penyanyi berkenaan berada di rumah keduanya itu pada Februari nanti.

Tambah Jojo lagi, tidak seperti Mizz Nina, Yuna bagaimanapun tidak akan terlibat dengan sebarang aktiviti sepanjang berlangsungnya Anugerah Grammy.

Sementara itu, Iz Sulaini ketika ditemui portal murai.com.my berkata, dia akan berada di AS selama tiga bulan dan dikesempatan itu akan digunakan bagi memperkenalkan muziknya selain sebagai satu cara mendekatkan diri dengan pasaran muzik di sana.

"Salah satu agenda sempena kunjungan saya ke LA ialah menghadiri Anugerah Grammy . Untuk tujuan itu saya sudahpun menyiapkan beberapa single terbaru dan akan tampil dengan imej tersendiri ketika menghadiri majlis berprestij berkenaan.

"Saya mahu membanggakan rakyat Malaysia, bahawa anak tempatan juga mampu mencipta nama di sana. Oleh kerana itu juga saya telah membuat beberapa persiapan supaya kehadiran saya ke sana tidak sia-sia begitu saja," katanya.

Selain terlibat dengan Anugerah Grammy dan mempromosikan beberapa single terbarunya, Iz Sulaini akan turut diberi kesempatan membuat persembahan dalam sebuah acara khas anjuran majalah Vanity Fair, di sana.

Berkemungkinan besar juga, kunjungan Iz di sana akan turut dirakamkan syarikat produksi Jojo untuk diselitkan dalam satu program terbitannya itu bersama Mizz Nina mahupun Yuna.

Info : Murai Online

ZooM : Tahniah kepada Mizz Nina Dan iz kerana menjadi wakil Malaysia dalam misi mengharumkan nama industri muzik Malaysia.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Keputusan Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan PPMH

Posted: 29 Jan 2012 02:56 AM PST

Berikut Keputusan Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2011/2012

1. Anugerah Ikon - Datuk Siti Nurhaliza

2. Anugerah Harapan - Yuna

3. Anugerah Selebriti Favourite - Shahizey Sam

4. Anugerah Selebriti Cekal - Abby Abadi

5. Anugerah Duda Hot - Yusry KRU

6. Anugerah Janda Hot - Nora Danish

7. Anugerah Selebriti Kacak - Aaron Aziz

8. Anugerah Selebriti Jelita - Rozita Che Wan

9. Anugerah Hot Papa - Aaron Aziz

10. Anugerah Hot Mama - Ziana Zain

11. Anugerah Selebriti Stylo - Stacy

12. Anugerah Rambut Menawan (Lelaki) - Gambit Saifullah

13. Anugerah Rambut Menawan (Wanita) - Fouziah Ghous

14. Anugerah Kulit Cantik (Lelaki) - Dafi


15. Anugerah Kulit Cantik (Wanita) - Erra Fazira

16. Anugerah Seksi (Lelaki) - Norman Hakim


ZoOM : Anugerah Duda Dan Janda tu yang menarik perhatian...memang patut pun :)

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

Kaki Aznil Nawawi Terseliuh Terjatuh di Lapangan Terbang KLIA

Posted: 28 Jan 2012 11:53 PM PST

KUCHING:Pengacara Aznil Nawawi terpaksa menggunakan tongkat dan kerusi roda untuk ke Sarawak kerana kaki kanannya terseliuh dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Jumaat lalu.

Aznil yang ditugaskan untuk menjadi juri program realiti On Air terbitan Astro di sini berkata, sebelum berlepas dia singgah di sebuah bilik air terlebih dahulu.

Bagaimanapun secara tidak sengaja dia tersalah langkah membuatkan kakinya terseliuh sehingga sukar untuk bergerak.

"Saya benasib baik apabila pihak keselamatan lapangan terbang menyediakan kerusi roda untuk memudahkan saya bergerak ke pesawat," katanya kepada mStar Online ketika ditemui semasa uji bakat program On Air di Hotel Merdeka Palace di sini, Sabtu.

Kata Aznil, semasa dalam pesawat ramai peminatnya terkejut apabila melihat keadaanya itu.

Aznil memberitahu dia tidak sempat berjumpa doktor kerana terpaksa memberi tumpuan kepada uji bakat yang di adakan selama dua hari bermula Sabtu.

"Saya akan berjumpa doktor selepas habis uji bakat. Walaupun kaki saya berdenyut-denyut tetapi saya dapat laksanakan juga tanggungjawab saya ini," katanya.

Jelas Aznil, buat masa ini dia menggunakan ubat tahan sakit

Info : Mstar

ZOOM : Kesian abang Aznil, sampai kaki terseliuh...but u theeee best bro..Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!