Adsense

Khamis, 12 Januari 2012

Celebrity News

Celebrity News


Petua Kekal Jelita Atau Cantik | Fakta Tumbuhan Yang Menjadi Bahan Awet Muda

Posted: 12 Jan 2012 09:59 AM PST

FAKTA:

Biji bunga raya

BUNGA raya atau nama saintifiknya hibiscus rosa sinensis tergolong dalam keluarga Malvaceae adalah herba astringen dan menyediakan vitamin c.

Ia mengandungi musilaj polisakarid dan pectin serta asid organik, glikosid sianidin (bahan antiestrogen) dan mengandungi sejenis lendir atau mucin yang memberikan rasa sejuk pada kerongkong dan rongga paru-paru.

Bijinya bermanfaat untuk menguatkan daya pertahanan dan merangsang keupayaan sel untuk menentang radikal bebas yang terhasil di persekitaran.


Rose hip

JUGA dikenali sebagai rose haw.

Ia mengandungi kandungan vitamin A, D dan E serta vitamin C yang tinggi menjadikannya sumber antioksidan yang baik untuk kulit.


Delima

BERASAL dari kawasan Mediterranean dan banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.

Dikenali sebagai punica granatum dari segi saintifik ia mengandungi banyak zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C.


Gam Akasia

POKOK gam akasia Arab berasal dari bahagian selatan padang pasir Sahara. Resin diperoleh daripada getah pokok ini, yang boleh diibaratkan darah pokok, yang bertanggungjawab mengangkut nutrien hidup ke pelbagai bahagian pokok. Ia kaya dengan hormon tumbesaran pokok (iaitu hormon tumbuhan) dan garam galian.


Minyak kacang Argan

IA diperoleh dari kacang kernel Argania Spinosa iaitu nama saintifik bagi pokok Argan.

Minyak Argan digunakan dalam pelbagai bidang masakan dan kosmetik.

Bahan ini melindungi kulit daripada kedutan disebabkan penuaan pramatang dan membantu mengurangkan penampilan kedutan bawah mata.

Minyak ini juga kaya dengan protein yang sangat baik untuk keanjalan kulit. Ia mampu menguatkan struktur ikatan protein pada kulit dan berfungsi menegangkan kulit serta menjadikan ia kelihatan lebih segar.

Malah, ia sangat baik untuk kulit kering kerana mampu menyegar serta melembutkan kulit lebih mudah daripada penggunaan krim atau minyak yang lain.


Camelina

TERGOLONG dalam keluarga tumbuhan Brassicaceae. Ia memiliki bunga empat kelopak berwarna kuning pucat.

Ia kaya dengan hormon tumbesaran semula jadi yang mampu menenangkan otot muka selain melicinkan garis penuaan dan mengurangkan kedutan.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Perkahwinan Fasha Sandha Dan Jejai Hanya Menjemput Media Tertentu !!!

Posted: 12 Jan 2012 09:52 AM PST

Macam ada sesuatu yang tak kena dengan Fasha bersama Media, Maklum sajalah gadis dan artis yang penuh konterversi ini akan menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih yang putus dan bertaut semula dan kini meniti jambatan yang bakal menyaksikan mahligai indah mereka di hadapan.

Dan berikut jawapan mengenai gossip terbaru mengenai perkahwinan Fasha Sandha Dan Jejai 
Nanti  :
"Belum tiba masanya untuk saya beritahu tentang tarikh hari bahagia saya. Insya-Allah, saya tetap akan berkongsi berita gembira ini kepada semua. 
"Bagaimanapun saya tidak akan membuat pengumuman secara sidang media seperti para selebriti selalu lakukan kerana dia (Jejai) agak segan untuk menghadiri acara sebegini 
"Justeru itu saya akan memilih hanya enam wakil media yang rapat untuk mengumumkan hari bahagia itu," katanya yang ditemui pada sidang akhbar Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) di Holiday Villa Hotel & Suite, di sini, Rabu.
ZoOM : Kepada Media yang tak dijemput bersabarlah sebab mungkin anda sudah di BLACKLISTED oleh Fasha Sandha. Tapi kenapa yerr !!? Apa Kata ANda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Joey Dan Watie Berkahwin Senyap-Senyap !!!!

Posted: 12 Jan 2012 09:41 AM PST

Entah betul atau pun tidak, tetapi daripada tutur kata yang menjadi jawapan Watie mengenai gossip ini seperti mengiakan segala-galanya.Namun empunya badan perlu mendapat izin si Jejaka bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Dan berikut beberapa jawapan yang sempat dijawap oleh Watie Elite apabila ditanya oleh wartawan :
"Saya tidak boleh mengiakan atau menafikan tentang status hubungan saya dan Joey. Mungkin kami akan membuat satu sidang media khas pada bulan depan berkaitan hal itu. 
"Kami mahu keadaan 'panas' yang pernah dilalui Joey pada tahun lalu reda sepenuhnya sebelum kisah mengenai hubungan kami dijelaskan kepada umum.
"Lagipun saya perlu meminta izin daripadanya (Joey) sebelum membuat sebarang kenyataan. Maklumlah, sekarang ini kami sudah 'berdua'," katanya.

Tambah Watie, dia akan mencari tarikh sesuai untuk membuat pengumuman tersebut sebelum Joey sibuk dengan aktiviti konsert jelajah bersama kumpulan Exist tidak lama lagi.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Kisah Anjing Yang Tidak Pandai Berenang

Posted: 12 Jan 2012 08:45 AM PST


Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang.
Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan,
anjing B relaks je.

 Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal
daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,"Ala…releks le,


aku ni kan anjing laut."....


Hahahhaahahah...sabow je la

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Bahaya Perkahwinan Dengan Seorang Programmer

Posted: 12 Jan 2012 08:43 AM PST

Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami : Bad command or filename.

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami : Errorneous syntax. Abort?

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa….. Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami : Variable not found…

Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

Suami : Sharing Violation. Access denied…

Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

Suami : Too many parameters…

Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.

Suami : Data type mismatch.

Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

Suami : It's by Default.

Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?

Suami : File in use … Try later.

Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?

Suami : Unknown Virus. "
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gambar Teksi Os Maharaja Lawak Mega

Posted: 11 Jan 2012 10:59 PM PST

Inilah gambar teksi Mohd. Yusof Abdul Hamid atau abang OS JUARA program Maharaja Lawak Mega yang membawa pulang hadiah berjumlah RM350 Ribu baru-baru ini. Alangkah indahnyapengalaman yang sudah pasti abang OS kita tidak akan lupakan saat-sat menjadi Juara...

Semoga Abang Os kita ni berjaya dalam menempuh kerjaya dan tabah menghadapi dugaan yang mendatang.



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Zizan Akan Lawat Juliana Evans DI AS Untuk Lepaskan Rindu !!

Posted: 11 Jan 2012 09:45 PM PST

Zizan berkata, memandangkan Juliana atau nama panggilannya, Jue, ada di AS, dia ingin mengambil kesempatan untuk berehat dan berjalan-jalan di negara tersebut selain merindui pelakon jelita itu yang dianggap sebagai teman wanita yang rapat dengannya.
"Saya mahu ke sana (AS) untuk bertemu Jue selain dapat berjalan di tempat-tempat menarik.
"Diakui, sejak ketiadaannya, saya cuba kuatkan diri dengan penuhkan jadual-jadual kerja dan ini adalah cara 'permainan' bagi mengurangkan rasa rindu kepadanya. Tapi saya bukan kecewa tau," tambahnya yang ditemui pada sidang akhbar Anugerah
Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) di Holiday Villa Hotel & Suite, di sini, Rabu.
Zizan yang kini tampil berjambang bagi memenuhi watak lakonannya dalam filem KL Gengster 2 itu turut menjadi finalis ABPBH bagi kategori Artis Komedi Lelaki Popular dan Pengacara TV lelaki Popular.

ZoOM : Pergilah Zizan....Den kan banyak duit...lepaskanlah rindu anda di AS tu...Jaga baik-baik anak dara orang. kalau dah habis belajar apa tunggu lagi hantor je rombongan... Betul tak !!?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Rumah Wardina Dimasuki Perompak Bertopeng

Posted: 11 Jan 2012 09:31 PM PST

PETALING JAYA: Pengacara Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot melalui mimpi ngeri apabila rumahnya dimasuki perompak bertopeng dalam kejadian awal pagi Khamis.

Wardina dalam entri Twitternya berkata, kira-kira tiga orang perompak memecah masuk rumahnya lalu memukul suaminya Ikhwan Johari sebelum melarikan beberapa barang berharga termasuklah lima buah komputer riba dan juga telefon bimbit.

"Mereka seperti marah kerana tidak menemui barang kemas. Perompak itu memakai topeng, bertongkat dan juga memegang parang. Ia amat menakutkan," katanya.

Menurut Wardina, dia berterima kasih kerana jiran-jirannya telah membantu akibat kejadian itu selain meminta orang ramai agar berwaspada.

Tiga anaknya iaitu Amna Nafeesa,9, Azra Sareena,6, dan Imran Arrazi,4, dilaporkan selamat tetapi berada dalam keadaan trauma.

Info : Mstar

ZoOM : Kesian dekat keluarga Wardina, perompak zaman sekarang ni pantang ada peluang je dia terjah. Terutamanya ketika masa perayaan semakin dekat. Semoga keluarga Wardina bersabar dengan dugaan yang datang, dan semogaaaaa perompak iti menerima balasan yang setimpal.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Filem Keramat

Posted: 09 Jan 2012 09:15 AM PST

gambar lawak cerita lawak

Posted My Gosip: 10 January 2012 at 1:15 am under filem  

Filem KeramatSinopsis Keramat:- Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.

Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?

Tajuk Filem:
Keramat

Pengarah: Azhari Mohd Zain

Penerbit: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

Dipawagam: 12 Januari 2012

Pelakon Keramat:
Zul Handyblack
Rabecca Nur
Mon Ryanti
Adey Syafrien
Putri Mardiana
Diana Amir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Rezeki semakin melimpah

Posted:

Rezeki semakin melimpah

Rezeki semakin melimpah

Oleh BASIR ABU BAKAR

KEHEBATAN kumpulan Sepah sebagai sebuah kumpulan pelawak yang disegani sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Buktinya, apabila mereka muncul sebagai juara dalam rancangan Maharaja Lawak dengan menewaskan beberapa peserta yang dianggap pilihan seperti Jozan.

Bagaimanapun, semuanya sudah tinggal sejarah apabila Sepah tidak lagi wujud. Siapa sangka selepas menjadi juara, mereka bertiga mengambil keputusan untuk berpecah ketika nama berada di puncak populariti.

Memberikan alasan tidak dapat memberikan komitmen kepada kumpulan sehingga mengambil tindakan drastik untuk berpecah sebagai langkah terakhir, ternyata keputusan yang dibuat itu tetap mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat.

Tidak lama selepas itu, Shuib dan Jep membentuk pula sebuah kumpulan iaitu Sepahtu tanpa disertai Mamat. Namun, kini ramai yang mula tertanya-tanya tentang perjalanan seni Sepahtu setelah beberapa bulan diwujudkan.

"Kami tidak nafikan kebanyakan tawaran yang diperoleh sekarang ini lebih banyak kepada individu, tetapi tidak bermakna kami meminggirkan kumpulan yang kami sendiri tubuhkan. Kalau ada tawaran untuk Sepahtu, kami akan terima sekiranya masing-masing tidak terikat dengan sebarang kerja lain.

"Lagipun kami rasa tidak adil untuk menyekat rezeki sesama sendiri masing-masing bebas untuk terima apa sahaja tawaran yang diberikan, manakala untuk Sepahtu pula sudah ada beberapa projek yang sedang dan bakal kami jalankan," ujar Jep ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Jep, salah satu projek yang kini sedang dilakukan oleh Sepahtu ialah menghasilkan album sulung yang diterbitkan oleh syarikat milik Mawi iaitu MW Entertainment dan Sheikh Qalam Records.

Ujarnya, album berkenaan bakal mengandungi tujuh buah lagu dan sekarang ini mereka baru sahaja selesai merakamkan dua buah lagu yang berjudul Siapa Dapat Lisa ciptaan Datuk M. Nasir dan Tidur Mati yang dihasilkan oleh Azmeer.

"Kalau kami jarang mengadakan persembahan atau berlakon bersama-sama, tidak bermakna Sepahtu semakin tenggelam atau bakal berkubur. Malah, kami sangat bersyukur kerana rezeki yang diperoleh juga semakin melimpah sejak bergabung berdua.

"Selain sedang dalam proses menghasilkan album sulung, kami turut ditawarkan untuk berlakon dalam sebuah filem dengan menjadikan Sepahtu sebagai watak utama. Namun, ia masih lagi dalam peringkat perbincangan dan sekiranya tiada masalah, penggambaran akan bermula pada Mac ini," jelasnya.

Mengenai hubungan mereka dengan Mamat selepas berpecah dan kemudiannya mewujudkan Sepahtu, Shuib secara terus terang menyatakan sehingga kini hubungan mereka dan Mamat masih lagi baik seperti biasa.


BAWA haluan sendiri. Dari kiri, Jep, Shuib dan Mamat kini dengan hala tuju seni masing-masing.


Akui Shuib, adakalanya dia dan Jep pernah berasa rindu untuk membuat persembahan dengan Mamat memandangkan mereka bertiga sudah lama berkawan serta berjuang bersama-sama ketika berada di rancangan Raja Lawak dan Maharaja Lawak suatu ketika dahulu.

"Secara jujurnya memang ramai peminat yang mahukan kami bertiga kembali bergabung bersama dan melahirkan semula Sepah. Namun, buat masa ini kami sudah pun ada jalan sendiri untuk meneruskan kerjaya masing-masing.

"Mengenai permintaan yang dibuat oleh peminat, kami memang sukar memberikan jawapan. Kalau kami berkata ya, itu bermakna kami memberikan harapan yang tinggi kepada peminat, sedangkan hakikatnya tidak pernah terlintas langsung untuk bergabung semula," tegas Shuib.

Walaupun sudah tidak lagi berada dalam satu kumpulan yang sama, tetapi mereka bertiga masih terus bekerjasama dan baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Sepah The Movie beberapa bulan lalu.

Utamakan keluarga

Tanggal 4 Disember 2011 pasti memberi erti yang cukup bermakna dalam kehidupan Shuib apabila isterinya, Siti Sarah yang juga seorang penyanyi telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki bernama Uwais Alqarni.

Ditanya tentang perjalanan kehidupan sehariannya setelah lebih sebulan bergelar seorang ayah, pelawak yang sudah berusia 27 tahun itu merasakan kehidupannya lebih sempurna dengan kehadiran cahaya mata.

"Selain berusaha keras untuk berjaya dalam kerjaya yang saya ceburi, fokus utama saya adalah keluarga. Bagi saya keluarga adalah segala-galanya, apatah lagi setelah bergelar seorang ayah.

"Sekiranya tidak terlibat dalam membuat persembahan atau menjalani penggambaran, saya lebih suka menghabiskan masa di rumah dan membantu isteri menjaga anak serta melakukan kerja-kerja rumah," jelasnya.

Menurutnya lagi, disebabkan kesibukannya dalam menguruskan rumah tangga memandangkan isterinya masih lagi dalam pantang telah menyebabkan ada beberapa tawaran yang diperoleh terpaksa ditolak.

"Memandangkan ini merupakan cahaya mata pertama, sudah tentu saya sangat teruja untuk melihat dia membesar. Adakalanya saya sendiri seperti tidak percaya sudah memiliki anak dan semakin seronok menjadi seorang ayah," ujarnya.

Putus cinta


SHUIB dan Jep mengaku rezeki mereka kini tidak hanya terbatas sebagai pelawak, tetapi juga pelakon dan bakal bergelar penyanyi.


Jika Shuib melalui fasa kehidupan yang lebih sempurna setelah mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah dan kini memperoleh cahaya mata, ternyata lain pula yang terpaksa dilalui oleh seorang lagi anggota Sepahtu iaitu Jep.

Menurut pelawak berkenaan, hasrat untuk bercinta dan menjalinkan hubungan yang serius dengan seorang gadis ternyata tidak kesampaian apabila hubungan mereka berdua telah putus baru-baru ini.

"Sebenarnya saya tidak mahu mengulas lebih panjang tentang perkara itu kerana sudah ditakdirkan memang tiada jodoh kami. Apa yang boleh saya katakan dia adalah gadis biasa dan hubungan kami putus ketika saya sedang sibuk menjalani penggambaran filem Sepah The Movie.

"Saya sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan hubungan kami putus, namun kami tetap berpisah dengan cara baik. Jadi, sekarang ini saya memang sudah solo dan tidak mahu memikirkan sangat tentang cinta," jelasnya yang terus merahsiakan tentang identiti gadis yang pernah bertakhta di hatinya dahulu.

Ujarnya, buat masa ini dia belum merancang untuk mencari pengganti kerana kekecewaan terhadap kegagalan dalam percintaan yang lalu masih lagi dirasai. Buat masa ini hanya kerjaya yang menjadi keutamaan dan dia lebih seronok dengan

Full content generated by Get Full RSS.

Aaron cedera angkara Syamsul?

Posted:

Aaron cedera angkara Syamsul?

Aaron cedera angkara Syamsul?

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


AKTOR kacak kelahiran Singapura ini kini berada di Tokyo, Jepun.


AKTOR paling dikehendaki dalam industri perfileman Malaysia saat ini, Aaron Aziz, 36, yang menjalani penggambaran filem terbaharunya, KL Gangster 2 di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dikatakan telah mengalami kecederaan sehingga dimasukkan ke hospital baru-baru ini.

Gosip segera bertiupan membawa perkhabaran kurang enak kononnya berlaku kesilapan teknikal ketika penggambaran babak lagak ngeri yang membabitkan Aaron.

Pengarah filem itu, Syamsul Yusuf pula dipersalahkan dan anak teruna Datuk Yusuf Haslam itu ditohmah sebagai terlalu ghairah mahu menyiapkan filem itu sehingga menyebabkan berlaku kemalangan menyebabkan Aaron tercedera.

Syamsul dalam kenyataannya kepada sebuah akhbar semalam telah menafikan bahawa dia adalah dalang di sebalik kecederaan yang dialami Syamsul itu, namun apa pula cerita di pihak Aaron?

Kosmo! berpeluang bersua dengan Aaron di set penggambaran KL Gangster 2 di Kampung Abdullah Hukum, Kuala Lumpur, kelmarin bagi merungkai segala persoalan yang tercetus daripada kejadian yang tidak sangka-sangka menimpa dirinya itu.

Kosmo!: Dengar cerita Aaron cedera dan dimasukkan ke hospital selepas terbabit dengan penggambaran babak lagak ngeri filem KL Gangster 2 tetapi kenapa anda masih datang ke set penggambaran filem ini?

AARON AZIZ: Boleh dikatakan saya terpaksa datang penggambaran (filem ini) juga. Doktor suruh berehat empat hingga lima hari tetapi saya nak buat juga penggambaran. Cuma buat masa sekarang, saya tak boleh buat lagak ngeri atau aksi terlampau lasak.

Apa yang berlaku sebenarnya sehingga menyebabkan Aaron tercedera?

Selepas penggambaran pada Sabtu 7 Januari lalu, badan saya sakit-sakit. Ingatkan sakit biasa sahaja. Namun, saya tetap teruskan penggambaran. Biasanya selepas itu akan sembuh terus. Tapi kali ini lain pula. Pada pagi Ahad 8 Januari, disebabkan sudah tidak tahan sakit belakang, saya terus pergi ke hospital dan seterusnya tidak dibenarkan pulang, kena tahan di hospital, tetapi sehari sahaja kemudian terus dibenarkan pulang.


AARON dan Syamsul merupakan karyawan utama filem terlaris Malaysia, KL Gangster yang telah mengumpul kutipan tiket mencecah RM12 juta.


Sebenarnya apa yang menyebabkan kesakitan yang dialami Aaron itu?

Doktor beritahu sebab saya terlalu penat. Tapi pada hari penggambaran itu, saya sendiri yang minta kebenaran Syamsul (Yusuf) untuk buat aksi yang lebih lasak. Kalau ikut skrip asal, saya jatuh dan hampir kena langgar kereta, tetapi saya minta ubah iaitu selepas jatuh kereta, saya jatuh lagi di atas sebuah kereta lain, kemudian barulah saya nak kena langgar.

Di hospital manakah Aaron kena tahan dan boleh ceritakan pengalaman ketika itu?

Saya mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Tropicana, Damansara, Petaling Jaya. Mula-mula saya kena sekali suntikan ubat penahan sakit di bahagian punggung tapi kesakitan yang saya alami masih belum hilang, lalu doktor pun memberikan dua lagi suntikan - satu di bahagian bahu dan satu di bahagian tangan saya.

Selepas itu, barulah saya berasa sedikit lega. Selain itu, doktor juga ada buat X-ray bagi memeriksa sama ada ada berlaku keretakan tulang dan pastikan tiada masalah serius berkaitan. Doktor kata, jika masalah kesakitan yang saya alami masih berlarutan kena buat ujian scan MRI, tetapi syukur Alhamdulillah semua sudah okey.

Betul ke gosip yang mendakwa kesakitan yang dialami Aaron itu adalah disebabkan berlaku kesilapan teknikal ketika berlakon babak lagak ngeri KL Gangster 2 angkara Syamsul yang terlalu ghairah mahu menyiapkan filem ini?

Bukan pasal kemalangan semasa babak lagak ngeri filem ini. Saya kepenatan sebenarnya selepas berulang-alik dari lokasi penggambaran KL Gangster 2 di Kuala Lumpur dan lokasi penggambaran lain di Negeri Sembilan, dan macam-macam lagi faktor berkaitan.

Adakah Aaron akan ikut nasihat doktor untuk berehat seketika sebelum kembali ke set penggambaran KL Gangster 2?

Kebetulan saya akan ke Tokyo, Jepun selama seminggu mulai Rabu ini (semalam, 11 Januari 2012) untuk promosi produk minuman tenaga jenama Drive 7 yang telah melantik saya sebagai dutanya. Jadi dalam masa yang sama, saya akan gunakan untuk berehat. Selepas itu barulah saya akan sambung penggambaran KL Gangster 2 sebelum ke set sebuah lagi filem baharu lakonan saya yang berjudul, Kerat 14.

Full content generated by Get Full RSS.

Lapan tahun 8TV kekal urban

Posted:

Lapan tahun 8TV kekal urban

Lapan tahun 8TV kekal urban


ELECOLDXHOT memberi sebuah persembahan mengujakan dengan skil tarian yang kemas.


TANGGAL 8 Januari 2012, menjadi begitu bermakna buat seluruh warga saluran 8TV apabila mereka sekali lagi menyambut ulang tahun penubuhan stesen tersebut buat kali kelapan.

Sesuatu yang mengujakan saluran ini juga apabila mereka kekal menjadi saluran televisyen tidak berbayar yang masih berada di landasan awal mereka sebagai saluran yang sentiasa menyajikan program-program urban dan hip biar sudah lapan tahun masa berjalan.

Justeru untuk meraikan ulang tahun kelapan sekali gus menghargai sokongan penonton 8TV, sebuah konsert percuma yang menampilkan artis-artis terkini diadakan di tempat letak kereta terbuka pusat beli-belah One Utama (Old Wing), Petaling Jaya, Selangor.

Digelar sebagai Big 8 Bash, pesta bermula seawal pukul 4 petang itu padat dengan aktiviti dan program menarik yang telah disediakan antaranya stilt walker', puppets shows dan pertandingan shuffle.

Pesta sebenar hanya bermula pada sebelah malam apabila barisan artis mula menguasai pentas dengan persembahan-persembahan mereka.

Ia dimulakan dengan slot konsert dari barisan artis Cina yang cukup terkenal selama dua jam pertama termasuk persembahan dari artis Malaysia yang mencipta nama di Taiwan, Nicholas Teo.

Kemeriahan konsert kemudian disambung dengan persembahan dari artis-artis urban yang memang mempunyai kelas tersendiri.

Juara Showdown 2011, Elecoldxhot membuka slot konsert dengan gerak tari dan persembahan yang cukup impresif. Ia kemudian diikuti dengan persembahan penuh sensual dan berani namun terlihat cukup internasional dari Arabyrd.

Turut tidak mengecewakan adalah persembahan dari nama-nama yang tidak terkenal dalam dunia mainstream tetapi mempunyai potensi yang cukup luar biasa.


KOLABORASI Reza Salleh dan Liyana Fizi begitu serasi.


Mereka termasuklah The Enterprise dan Kyoto Protocol yang mempunyai untaian muzik dan permainan yang mengujakan, Reza Salleh dengan untaian lagu indah dibantu kolaborasi bersama si manis Liyana Fizi, The Azenders dengan muzik mereka sebelum ia ditutup oleh Joe Flizzow, satu sama yang sudah cukup gah dalam dunia hiburan.

Menurut pihak 8TV, mereka sengaja memilih nama-nama tidak terkenal tetapi bertepatan dengan konsep mereka yang selalu menjadi pelopor sesuatu yang baharu dan hip.

Kemuncak acara kemudiannya, disudahi dengan countdown untuk ulang tahun kelapan 8TV yang jatuh pada 8 Januari 2012.

Dianggap sukses dan mencapai matlamat meraikan ulang tahun mereka dengan berkongsi kegembiraan bersama penonton, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Airin Zainul membuat rumusan bahawa cita-cita yang dibawa 8TV lapan tahun lalu kini telah dilestari dengan baik.

"Lapan tahun yang lalu, kami menyimpan satu cita-cita besar. Kami juga menyimpan satu idea dan berkat segala usaha kami sepanjang 8 tahun ini, 8TV telah melebarkan sayapnya dan mendapat tempat di hati penonton tempatan. Ini adalah berkat kerja keras dan dedikasi keluarga 8TV.

"8TV telah mengharungi banyak dugaan dan cabaran sepanjang saluran ini bersiaran namun kami berbangga kerana 8TV telah banyak belajar melalui segala cabaran tersebut." - MALIAH SURIP

Full content generated by Get Full RSS.

Zon Artis

Zon Artis


Sah! Ally Iskandar Akan Bernikah Pada 20 Januari 2012

Posted: 11 Jan 2012 05:31 AM PST

GAMBAR PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR FARAH LEE

Nyata gosip yang sampai ke telinga kami mengenai Ally Iskandar akan melangsungkan pernikahan dengan Farah Lee pada 20 Januari ini benar apabila Farah Lee sendiri memberikan kepastian tentang pernikahan mereka berdua termasuk tarikhnya sekali.

Farah Lee juga telah menghantar mesej kepada rakan-rakannya menerusi Facebook menjemput mereka hadir ke majlis kesyukuran, doa selamat, tahlil dan majlis pernikahannya dengan Ally Iskandar pada 20 Januari 2012 di kediaman keluarganya di Terengganu.

Turut dimaklumkan yang majlis tersebut akan dibuat secara kecil-kecilan kerana kekangan masa. Farah Lee juga mengatakan tiada kad undangan yang diedarkan disebabkan dia baru sahaja pulang dari Korea dan tidak sempat menempah kad jemputan kahwin.

Dengan ini, sahlah bahawa Ally Iskandar akan menamatkan zaman bujang'nya di usia 36 tahun pada 20 Januari nanti. Tahniah kami ucapkan dan semoga apa yang telah dirancang ini akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNYA. InsyaAllah.

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

(Gossip) Nasha Aziz Sudah Bernikah Dengan Jejaka Warga Brunei

Posted: 11 Jan 2012 04:02 AM PST

GAMBAR PERNIKAHAN NASHA AZIZ

Straight to the point. Model dan juga pelakon yang boleh dikategorikan terkenal jugalah iaitu Nasha Aziz dikatakan sudah bernikah dengan seorang warga Brunei yang bergelar Haji dan berstatus duda. Malah turut dikatakan bahawa Nasha Aziz dan jejaka warga Brunei itu sudahpun bergelar suami isteri dalam tempoh 5 ke 6 bulan. Lama sudah tu.

Seperti apa yang disampaikan oleh penyampai gosip ini di laman Cari:-

"Correction. The guy yang kahwin Nasha ni ex wife bukan Caucasian hah, mintak ampun. Local woman ex wife p dah lama divorced lah.

"Khabarnya dah 5-6 bulan kahwin. Abis lah tentu wartawan scoop tis news nanti. Ampun lah tuan haji bocor citer kat sini lak,"

Walau bagaimanapun, apa yang dikatakan ini masih boleh dicop sebagai gosip atau dalam erti kata lain, baca boleh percaya jangan kerana tiada sebarang berita sahih mengenai perkara ini keluar di mana-mana akhbar. Jadi, sama-samalah kita nantikan jawapan daripada Nasha Aziz sendiri berhubung gosip ini. Reporter, tunggu apa lagi?

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

Rabu, 11 Januari 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Rumah Wardina Safiyyah Dirompak

Posted: 11 Jan 2012 11:03 PM PST

Pengacara popular, Wardina Safiyyah telah mengkhabarkan berita tak elok berlaku melalui laman twitternya di mana rumahnya telah dirompak oleh tiga warga Indonesia. Jahat sungguh perompak itu ya.

wardina

Antara barangan yang dirompak lima buah komputer riba milik keluarga Wardina. Suaminya, Ikhwan turut dipukul perompak yang memakai topeng kerana tidak berpuas hati mereka tidak menyimpan barangan kemas.

Wardina menerangkan dia terpaksa log on komputer riba milik jirannya untuk memberitahu berita ini melalui laman twitternya.

Budiey harap dan doakan semoga Wardina tabah menghadapi dugaan ini. Pasti segala yang berlaku itu ada hikmahnya.

WARDINA SAFIYYAH
Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Photo Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot Baby Boy Sleeping
  • Gambar Anak Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot
  • Wardina Safiyyah dan Norjuma Habib di Anugerah Skrin 2007
  • Sinopsis Siapa Alien? Wardina Safiyyah
  • WARDINA SAFIYAH & SUNSILK'S LIFE CAN'T WAIT CAMPAIGN
  • TAHNIAH Wardina Saffiyah Duta Ubat Gigi Mu'min
  • Gambar Anak Wardina Saffiyah Yang Ketiga
  • Wardina Safiyyah Lancar Buku Mama Saya Lapar & Siapa Alien
  • Sekitar Pelancaran Buku Wardina Mama Saya Lapar & Siapa Alien
  • Pelakon Impian Illyana Lydia Ibtisam Bertunang?
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Sinopsis Filem Chantek

    Posted: 11 Jan 2012 05:58 PM PST

    Sinopsis Filem Chantek

    AD, seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah penginapan.

    Pengurus AD iaitu SAM mengupah CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan. Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta.

    Namun hati CHANTEK berubah setelah terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, dia terasa diperbodohkan dan dipergunakan oleh AD sebagai bahan latihan filemnya.CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas melarikan diri.

    Akibatnya, AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK. Berjayakah AD bertemu dan memenangi hati CHANTEK kembali? Saksikan kisah seterusnya dalam filem romantik komedi, CHANTEK arahan Pierre Andre di pawagam bermula 16 Februari 2012!

    "Kebahagiaan adalah kejujuran & kepercayaan…"

    Poster Chantek

    Info CHANTEK
    Filem : Chantek
    Genre : Romantik Komedi
    Durasi : 90 minit
    Tarikh Tayangan : 16 Februari 2012
    Klasifikasi Filem : U
    Syarikat Penerbit : Empat Semudra Plantation Sdn Bhd
    Penerbit : Hisham Bin A.Karim
    Pengarah : Pierre Andre
    Penulis Skrip : Pierre Andre
    Penulis Lakon Layar : Pierre Andre
    Pengarah Fotografi : Rahimi Bin Maidin
    Pengarah Seni : Mohd Fazreen Bin Mohammad Sabari
    Pembantu Pengarah : Dharma Aizat Baharum & Amal Ariff Ahmad Yusri
    Penyunting : Ahmad Mustadha
    Pengedar & Promosi : Alternate Pictures Sdn.Bhd

    Barisan Pelakon
    Pelakon Utama : Pierre Andre sebagai AD
    Pelakon Utama : Nurul Ekasari sebagai Chantek
    Pelakon Pembantu : Maimon Mutalib sebagai Ibu Citra
    Pelakon Pembantu : Kin Wah sebagai Sam
    Pelakon Pembantu : Abon sebagai Penerbit

    Fan page Chantek : www.facebook.com/FilemChantek
    Chantek Official Trailer : http://www.youtube.com/watch?v=1UfzI8a4flM

    Gambar-Gambar Di Sebalik Tabir

    Movie Still Chantek

    Movie Still Chantek

    Movie Still Chantek

    Movie Still Chantek

    Movie Still Chantek

    Movie Still Chantek

    Movie Still Chantek

    Movie Still Chantek

    Movie Still Chantek

    Movie Still Chantek

    Movie Still Chantek

    Movie Still Chantek

    Movie Still Chantek

    Movie Still Chantek

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Foto-foto dari Filem Qabil Khushry Qabil Igam
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Syurga Cinta
  • Poster Film Ah Long Ptd Ltd
  • Teaser Filem Apa Kata Hati Lakonan Raja Farah
  • Filem Mukhsin Menang 2 Anugerah!
  • Sinopsis Filem Pocong 2
  • Sinopsis Filem Relationship Status
  • Filem Indonesia Kangen Lakonan Bunga Citra Lestari & Rueben Elsihama Hadju
  • Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 4
  • Full content generated by Get Full RSS.