Adsense

Khamis, 12 Januari 2012

Celebrity News

Celebrity News


Petua Kekal Jelita Atau Cantik | Fakta Tumbuhan Yang Menjadi Bahan Awet Muda

Posted: 12 Jan 2012 09:59 AM PST

FAKTA:

Biji bunga raya

BUNGA raya atau nama saintifiknya hibiscus rosa sinensis tergolong dalam keluarga Malvaceae adalah herba astringen dan menyediakan vitamin c.

Ia mengandungi musilaj polisakarid dan pectin serta asid organik, glikosid sianidin (bahan antiestrogen) dan mengandungi sejenis lendir atau mucin yang memberikan rasa sejuk pada kerongkong dan rongga paru-paru.

Bijinya bermanfaat untuk menguatkan daya pertahanan dan merangsang keupayaan sel untuk menentang radikal bebas yang terhasil di persekitaran.


Rose hip

JUGA dikenali sebagai rose haw.

Ia mengandungi kandungan vitamin A, D dan E serta vitamin C yang tinggi menjadikannya sumber antioksidan yang baik untuk kulit.


Delima

BERASAL dari kawasan Mediterranean dan banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.

Dikenali sebagai punica granatum dari segi saintifik ia mengandungi banyak zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C.


Gam Akasia

POKOK gam akasia Arab berasal dari bahagian selatan padang pasir Sahara. Resin diperoleh daripada getah pokok ini, yang boleh diibaratkan darah pokok, yang bertanggungjawab mengangkut nutrien hidup ke pelbagai bahagian pokok. Ia kaya dengan hormon tumbesaran pokok (iaitu hormon tumbuhan) dan garam galian.


Minyak kacang Argan

IA diperoleh dari kacang kernel Argania Spinosa iaitu nama saintifik bagi pokok Argan.

Minyak Argan digunakan dalam pelbagai bidang masakan dan kosmetik.

Bahan ini melindungi kulit daripada kedutan disebabkan penuaan pramatang dan membantu mengurangkan penampilan kedutan bawah mata.

Minyak ini juga kaya dengan protein yang sangat baik untuk keanjalan kulit. Ia mampu menguatkan struktur ikatan protein pada kulit dan berfungsi menegangkan kulit serta menjadikan ia kelihatan lebih segar.

Malah, ia sangat baik untuk kulit kering kerana mampu menyegar serta melembutkan kulit lebih mudah daripada penggunaan krim atau minyak yang lain.


Camelina

TERGOLONG dalam keluarga tumbuhan Brassicaceae. Ia memiliki bunga empat kelopak berwarna kuning pucat.

Ia kaya dengan hormon tumbesaran semula jadi yang mampu menenangkan otot muka selain melicinkan garis penuaan dan mengurangkan kedutan.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Perkahwinan Fasha Sandha Dan Jejai Hanya Menjemput Media Tertentu !!!

Posted: 12 Jan 2012 09:52 AM PST

Macam ada sesuatu yang tak kena dengan Fasha bersama Media, Maklum sajalah gadis dan artis yang penuh konterversi ini akan menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih yang putus dan bertaut semula dan kini meniti jambatan yang bakal menyaksikan mahligai indah mereka di hadapan.

Dan berikut jawapan mengenai gossip terbaru mengenai perkahwinan Fasha Sandha Dan Jejai 
Nanti  :
"Belum tiba masanya untuk saya beritahu tentang tarikh hari bahagia saya. Insya-Allah, saya tetap akan berkongsi berita gembira ini kepada semua. 
"Bagaimanapun saya tidak akan membuat pengumuman secara sidang media seperti para selebriti selalu lakukan kerana dia (Jejai) agak segan untuk menghadiri acara sebegini 
"Justeru itu saya akan memilih hanya enam wakil media yang rapat untuk mengumumkan hari bahagia itu," katanya yang ditemui pada sidang akhbar Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) di Holiday Villa Hotel & Suite, di sini, Rabu.
ZoOM : Kepada Media yang tak dijemput bersabarlah sebab mungkin anda sudah di BLACKLISTED oleh Fasha Sandha. Tapi kenapa yerr !!? Apa Kata ANda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Joey Dan Watie Berkahwin Senyap-Senyap !!!!

Posted: 12 Jan 2012 09:41 AM PST

Entah betul atau pun tidak, tetapi daripada tutur kata yang menjadi jawapan Watie mengenai gossip ini seperti mengiakan segala-galanya.Namun empunya badan perlu mendapat izin si Jejaka bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Dan berikut beberapa jawapan yang sempat dijawap oleh Watie Elite apabila ditanya oleh wartawan :
"Saya tidak boleh mengiakan atau menafikan tentang status hubungan saya dan Joey. Mungkin kami akan membuat satu sidang media khas pada bulan depan berkaitan hal itu. 
"Kami mahu keadaan 'panas' yang pernah dilalui Joey pada tahun lalu reda sepenuhnya sebelum kisah mengenai hubungan kami dijelaskan kepada umum.
"Lagipun saya perlu meminta izin daripadanya (Joey) sebelum membuat sebarang kenyataan. Maklumlah, sekarang ini kami sudah 'berdua'," katanya.

Tambah Watie, dia akan mencari tarikh sesuai untuk membuat pengumuman tersebut sebelum Joey sibuk dengan aktiviti konsert jelajah bersama kumpulan Exist tidak lama lagi.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Kisah Anjing Yang Tidak Pandai Berenang

Posted: 12 Jan 2012 08:45 AM PST


Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang.
Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan,
anjing B relaks je.

 Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal
daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,"Ala…releks le,


aku ni kan anjing laut."....


Hahahhaahahah...sabow je la

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Bahaya Perkahwinan Dengan Seorang Programmer

Posted: 12 Jan 2012 08:43 AM PST

Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami : Bad command or filename.

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami : Errorneous syntax. Abort?

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa….. Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami : Variable not found…

Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

Suami : Sharing Violation. Access denied…

Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

Suami : Too many parameters…

Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.

Suami : Data type mismatch.

Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

Suami : It's by Default.

Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?

Suami : File in use … Try later.

Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?

Suami : Unknown Virus. "
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gambar Teksi Os Maharaja Lawak Mega

Posted: 11 Jan 2012 10:59 PM PST

Inilah gambar teksi Mohd. Yusof Abdul Hamid atau abang OS JUARA program Maharaja Lawak Mega yang membawa pulang hadiah berjumlah RM350 Ribu baru-baru ini. Alangkah indahnyapengalaman yang sudah pasti abang OS kita tidak akan lupakan saat-sat menjadi Juara...

Semoga Abang Os kita ni berjaya dalam menempuh kerjaya dan tabah menghadapi dugaan yang mendatang.



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Zizan Akan Lawat Juliana Evans DI AS Untuk Lepaskan Rindu !!

Posted: 11 Jan 2012 09:45 PM PST

Zizan berkata, memandangkan Juliana atau nama panggilannya, Jue, ada di AS, dia ingin mengambil kesempatan untuk berehat dan berjalan-jalan di negara tersebut selain merindui pelakon jelita itu yang dianggap sebagai teman wanita yang rapat dengannya.
"Saya mahu ke sana (AS) untuk bertemu Jue selain dapat berjalan di tempat-tempat menarik.
"Diakui, sejak ketiadaannya, saya cuba kuatkan diri dengan penuhkan jadual-jadual kerja dan ini adalah cara 'permainan' bagi mengurangkan rasa rindu kepadanya. Tapi saya bukan kecewa tau," tambahnya yang ditemui pada sidang akhbar Anugerah
Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) di Holiday Villa Hotel & Suite, di sini, Rabu.
Zizan yang kini tampil berjambang bagi memenuhi watak lakonannya dalam filem KL Gengster 2 itu turut menjadi finalis ABPBH bagi kategori Artis Komedi Lelaki Popular dan Pengacara TV lelaki Popular.

ZoOM : Pergilah Zizan....Den kan banyak duit...lepaskanlah rindu anda di AS tu...Jaga baik-baik anak dara orang. kalau dah habis belajar apa tunggu lagi hantor je rombongan... Betul tak !!?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Rumah Wardina Dimasuki Perompak Bertopeng

Posted: 11 Jan 2012 09:31 PM PST

PETALING JAYA: Pengacara Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot melalui mimpi ngeri apabila rumahnya dimasuki perompak bertopeng dalam kejadian awal pagi Khamis.

Wardina dalam entri Twitternya berkata, kira-kira tiga orang perompak memecah masuk rumahnya lalu memukul suaminya Ikhwan Johari sebelum melarikan beberapa barang berharga termasuklah lima buah komputer riba dan juga telefon bimbit.

"Mereka seperti marah kerana tidak menemui barang kemas. Perompak itu memakai topeng, bertongkat dan juga memegang parang. Ia amat menakutkan," katanya.

Menurut Wardina, dia berterima kasih kerana jiran-jirannya telah membantu akibat kejadian itu selain meminta orang ramai agar berwaspada.

Tiga anaknya iaitu Amna Nafeesa,9, Azra Sareena,6, dan Imran Arrazi,4, dilaporkan selamat tetapi berada dalam keadaan trauma.

Info : Mstar

ZoOM : Kesian dekat keluarga Wardina, perompak zaman sekarang ni pantang ada peluang je dia terjah. Terutamanya ketika masa perayaan semakin dekat. Semoga keluarga Wardina bersabar dengan dugaan yang datang, dan semogaaaaa perompak iti menerima balasan yang setimpal.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!