Adsense

Khamis, 8 Disember 2011

Celebrity News

Celebrity News


NIkita Willy Bawa Diri Ke Malaysia

Posted: 08 Dec 2011 08:16 AM PST

Dengar khabar daripada akhbar online hari ini menyatakan gadis daripada seberang bernama Nikita Willy telah mengembara ke Malaysia untuk mengembangkan sayapnya sebagai artis. Dan ada desas desus mengatakan beliau datang ke Malaysia dek kerana putus cinta dengan jejaka idaman, dan menurut info juga hubungan mereka berakhir kerana salah satu faktor yakni agama.

Dan berikut jawapan beliau ketika ditanya oleh wartawan :


"Saya sudah lapan tahun berada dalam bidang lakonan dan membintangi beberapa filem dan sinetron Indonesia, bidang nyanyian pula merupakan percubaan pertama saya.
"Bagaimanapun maklum balas masyarakat di Indonesia banyak beri sokongan dan galakkan kepada lagu-lagu ini,"
katanya pada sidang media pelancaran album Nikita Willy, di sini, Khamis.

"Ya, saya sedang bersedih kerana hubungan saya dan Bara baru sahaja putus Rabu lalu. Banyak halangan yang datang sepanjang kami bercinta dan salah satunya adalah pegangan agama yang berbeza."Namun ia bukan kerana saya curang dengan Diego, saya dan Diego hanya kawan dan saya tidak mengenali dia seperti yang dikhabarkan media Indonesia," katanya.


ZOoM : Comel Dan ayu je, tapi berapa ramai yang datang ke Malaysia berjaya ? dan berapa ramai daripada Malaysia yang berjaya di Sana ??? APA KATA ANDA ?



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Kisah Lawak : Jawapan Saksi Yang Lembab Dalam Mahkamah

Posted: 07 Dec 2011 09:19 PM PST

Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting.

Peguam : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)

Saksi : Kenal tuan.

Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami?

Saksi : Itu gambar, tuan.

Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.

Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.

Peguam : (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan!

Saksi : Nama dia Saodah bte Sameon, tuan.

Peguam : Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)

Saksi : Baru kejap tadi tuan.

Peguam : Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?

Saksi : Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.

Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.

Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.

Peguam : Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menghentamkan pennya pada gambar tersebut)

Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.

Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)

Saksi : Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)

Peguam : Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!?

Saksi : Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan.

Peguam : ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG AKU BUNUH TU LAHHHHH!!!!!

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Wanita Separuh Bogel bantah Mesyuarat Pembangkang - FEMEN

Posted: 07 Dec 2011 09:13 PM PST

Apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang ni, terutamanya dekat luar Negara. Jangan terjadi di Malaysia sudahlah, kisah ini memang sudah lama digembar gemburkan oleh beberapa media didalam Negara dan luar Negara. Kisah kumpulan yang digelar "FEMEN"  kini menjadi perhatian dunia, bukan kerana kelantangannya tetapi keberanian mereka melakukan aksi 18SX dengan menunjukkan aset utama wanita tanpa segan silu sebagai cara mereka memprotes sesuatu.

Gambar diatas diambil semasa kumpulan FEMEN ini mengadakan tunjuk perasaan di Kiev, Ukraine baru-baru ini,Dalam tunjuk perasaan ini gadis-gadis seksi ini hanya memakai seluar jeans pendek dan mendedahkan aset utama mereka.

Pelik tapi benar kerana ia betul-betul terjadi, dan apa komen anda mengenai isu ini ?


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Cabaran baru Maya, Aaron

Posted:

Cabaran baru Maya, Aaron

Cabaran baru Maya, Aaron

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ihsan TARANTELLA PICTURES


BAGI Aaron Aziz, Ombak Rindu memerlukannya bermain dengan emosi.


TIADA siapa pernah menyangka filem Ombak Rindu yang menjadi bualan ramai ketika ini akan menjadi fenomena luar biasa.

Apatah lagi untuk sebuah filem bercorak melodrama seperti ini, ia sesuatu yang di luar jangkaan lantaran genre aksi, komedi dan seram masih lagi mendominasi pasaran.

Bayangkan, Ombak Rindu berjaya mengalahkan filem blockbuster, The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1 pada hari pembukaan dengan mencatatkan kutipan sebanyak RM750,000.

Tidak sampai tiga hari tayangannya, ia telah mencatatkan kutipan sebanyak RM4 juta dan kutipan dijangka mampu mencecah RM5 juta menjelang hujung minggu ini.

Memang tidak dinafikan, kejayaan filem Ombak Rindu terletak kepada garapan lakon layar yang cukup kemas selain populariti para pelakonnya yang telah memberikan impak tersendiri menerusi lakonan mereka.

Teraju utama Ombak Rindu, Maya Karin merupakan antara yang mendapat perhatian apabila watak Izzah cukup cemerlang dibawakannya.

Bagi Maya, dia sendiri tidak pernah menyangka Ombak Rindu akan memberikan impak seperti mana yang dapat dilihatnya ketika ini.

"Apabila menerima tawaran untuk Ombak Rindu, saya tidak pernah memikirkan tentang kutipan tiket atau membayangkan sejauh manakah filem ini dapat diterima dengan baik.

"Apa yang penting bagi saya adalah untuk memberikan yang terbaik. Saya juga percaya semua pelakon dan seluruh krew produksi juga telah memberikan kerjasama yang cukup baik untuk menjadikan Ombak Rindu sebagai sebuah karya yang baik.

Impak

"Lalu, apabila Ombak Rindu mendapat sambutan luar biasa seperti sekarang, ternyata ia sesuatu yang mengejutkan. Tiada kata yang saya dapat ucapkan melainkan terima kasih kepada semua yang menyokong Ombak Rindu," jelas Maya dalam nada yang cukup optimis.

Menyambung bicara, aktres jelita ini melahirkan kekagumannya apabila ada di antara penonton bukan Melayu yang turut ke pawagam untuk menonton Ombak Rindu.

Bukan itu sahaja, menerusi maklum balas yang diterimanya juga, ada segelintir penonton Melayu yang sebelum ini jarang menonton filem Melayu turut terkena tempias fenomena Ombak Rindu.

"Ombak Rindu telah membuka mata dan minda mereka terhadap filem Melayu. Jadi, saya melihat itu sebagai sesuatu yang sangat positif," jelas Maya yang mula dikenali menerusi filem Seri Dewi Malam arahan Aziz M. Osman pada tahun 2001 ini lagi.

Dalam masa yang sama, wanita kacukan Jerman-Melayu ini juga memasang impian untuk melihat kegemilangan filem bercorak drama dan cinta kembali mendapat tempat di hati peminat.

Apatah lagi, sudah lama penonton tidak disajikan dengan cerita cinta yang dapat memberikan impak seperti mana filem Azura (1984), Sembilu (1994) dan Sembilu II (1995).

Keserasian

Sementara itu, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke sememangnya tidak mempunyai masalah untuk mencipta keserasian dengan mana-mana pelakon yang digandingkan bersamanya.

Menerusi Ombak Rindu yang ditayangkan mulai 1 Disember lalu, Maya dilihat mempunyai keserasian yang sangat baik dengan hero pujaan wanita masa kini, Aaron Aziz.

Kata Maya, dia tidak berdepan dengan masalah untuk berlakon dengan Aaron yang disifatkannya sebagai aktor yang berjaya membawakan watak Hariz dengan baik sekali.

"Ini merupakan gandingan pertama saya dengan Aaron walaupun pernah berlakon dalam filem Pisau Cukur sebelum ini. Tetapi ketika itu, saya tidak banyak adegan bersamanya.

"Apabila diberi peluang bergandingan dalam Ombak Rindu, saya dan Aaron dapat menghayati watak masing-masing dengan baik sekali meskipun ada babak yang kelihatan begitu intim sekali.

"Mujurlah isteri Aaron, Diyana Halik seorang yang memahami tugas suaminya sebagai seorang aktor lalu ia memudahkan kerja kami untuk menghabiskan babak kami," jelas Maya yang pernah diiktiraf Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49 (2004) menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam di Fukuoka, Jepun ini lagi.

Bercerita lanjut tentang watak Izzah yang dilakonkannya dalam filem arahan Osman Ali itu, Maya tidak menafikan ia merupakan watak yang paling mencabar dan banyak menuntut emosinya sebagai seorang pelakon.

Sambil menyatakan rasa puasnya dapat memegang watak tersebut, Maya memberitahu dia perlu memastikan Izzah tidak lari dari dalam dirinya dan mengekalkan emosi tersebut sepanjang lima minggu menjalani penggambaran.

Kekal

Sehinggakan, kata wanita kelahiran Bayreuth, Jerman itu, guru lakonannya dalam filem itu, Ellie Suriaty Omar menyuruhnya untuk terus berada di dalam watak Izzah biarpun di luar lokasi.

"Disebabkan itu saya katakan Izzah memang cukup mencabar diri saya. Berbeza dengan filem-filem lain sebelum ini, Ombak Rindu lebih banyak bermain dengan emosi dan lontaran vokal sesuai dengan perwatakan Izzah, seorang gadis kampung yang bertudung.

"Untuk mencari jati diri Melayu itu, saya sendiri mengambil inisiatif untuk mendengar lagu asli Melayu selain mencari seorang ustazah bagi membantu saya melancarkan lagi bacaan al-Quran saya.

"Keseluruhannya, saya amat menyukai watak Izzah ini dan saya harus berterima kasih kepada Osman yang mempercayai kebolehan saya dalam membawakannya," kata pemilik trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-21 (2008) menerusi filem Anak Halal juga arahan Osman Ali.

Dalam pada itu, Maya juga membuka cerita bahawa novel Ombak Rindu merupakan antara novel Melayu pertama yang menjadi bahan bacaannya sekitar sedekad lalu.

Tidak menafikan ia salah sebuah novel kegemarannya, Maya memberitahu apabila Osman mahu mengarahkan versi filemnya, ia telah membuatkan Maya begitu teruja sekali.

Full content generated by Get Full RSS.

Penutup rasmi Akademi Fantasia

Posted:

Penutup rasmi Akademi Fantasia

Penutup rasmi Akademi Fantasia

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar IRWAN MAJID

KONSERT Akhir Reunion Akademi Fantasia(AF) yang berlangsung di AEON AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini berjaya menggamit nostalgia buat peminat tegar rancangan itu.

Lebih daripada 60 orang bekas pelajar program itu dari musim pertama hingga kesembilan telah dihimpunkan di satu pentas dan menghiburkan peminat yang hadir pada malam itu.

Walaupun pada sebelah petangnya hujan turun dengan lebat dan ditambah dengan kesesakan akibat pasar malam di kawasan tersebut, ia langsung tidak menghalang hampir 1,000 orang peminat membanjiri perkarangan pusat membeli-belah itu.

Dihoskan oleh pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi yang turut membuat persembahan istimewa pada malam itu, konsert reunion itu juga sebenarnya merupakan pentas untuk peminat melihat perubahan bintang-bintang pujaan mereka selepas tamatnya AF.

Biarpun sebahagian besar daripada mereka sudah meninggalkan dunia seni dan menumpukan perhatian kepada keluarga, ada juga peminat yang masih lagi mengingati mereka dan kenangan yang pernah terlakar sewaktu AF.

Tidak mahu menjadikan konsert reunion terakhir itu seperti konsert yang klise, Astro menampilkan kelainan dengan menampilkan persembahan peserta seperti sebuah pertandingan lalu menobatkan mereka dengan pelbagai gelaran.

Anugerah Irama Malaysia misalnya memperlihatkan kehebatan empat peserta iaitu Bob dari AF2, Raqib (AF9), Farhan dan Haziq masing-masing dari AF4 mempersembahkan lagu-lagu tradisional dan etnik.

Bob, Farhan dan Haziq berjaya membuktikan walaupun gelaran juara bukan milik mereka sewaktu di AF, tetapi bakat besar yang dimiliki berjaya membuatkan mereka terus bertahan.

Sudah pasti gelaran Anugerah Irama Malaysia menjadi milik Bob yang diakui kebolehannya menyampaikan lagu-lagu tradisional dengan baik sekali.

Begitu juga dengan Anugerah Balada Lelaki yang menyaksikan pertembungan empat penyanyi lelaki yang mempunyai pengikut tersendiri sewaktu mereka bertanding di AF.

Mereka yang dimaksudkan ialah Mawi, Shahir, Khai dan Akim yang masing-masing berduet menyanyikan lagu-lagu popular Jamal Abdillah.

Lagu Derita Cinta disampaikan oleh Khai dan Akim manakala Mawi dan Shahir pula menyanyikan lagu Kekasih Awal dan Akhir yang ternyata mendapat tepukan gemuruh dan sorakan peminat.

Walaupun ada yang berpendapat populariti Mawi dan Shahir terutamanya sudah merudum, ternyata sambutan peminat pada malam itu membuktikan kedua-dua jejaka pujaan wanita itu masih mendapat tempat di hati peminat mereka.

Seperti yang dijangka, kemenangan menjadi milik Mawi dan bukan hanya untuk kategori itu sahaja tetapi anak kelahiran Kulai, Johor itu turut memenangi satu lagi kategori iaitu Anugerah Duet menerusi Lagu Jiwa Lagu Cinta yang disampaikan bersama bekas pengetua AF3, Datuk M. Nasir.

Ternyata, kemunculan M. Nasir pada malam itu mengejutkan ramai pihak dan sikap sporting komposer ternama itu untuk muncul di atas pentas menyanyi bersama Mawi wajar dipuji.

Kemenangan Mawi dan M. Nasir sekali gus menghampakan tiga calon lain iaitu Azri dan Nera menerusi lagu Hanya Memuji selain Hafiz dan Adira (Ada Apa Dengan Cinta).

Malam terus hangat apabila Anugerah Komedi diperkenalkan dengan menampilkan empat calon iaitu Syawal, Zahid, Daus dan Faizal.

Juara AF2, Zahid misalnya, membuktikan gelekannya masih lagi berbisa dan memukau audiens sewaktu menyampaikan lagu Cik Mek Molek yang pernah menggamatkan konsert mingguan AF2.

Begitu juga dengan juara AF4, Faizal yang cukup sinonim dengan lagu-lagu rakyat apabila dia memilih untuk menyampaikan lagu Wa Timang Landak.

Persembahan yang penuh bersahaja dan menghiburkan oleh anak jati Terengganu itu melayakkan dirinya memenangi kategori tersebut di mana ia diadili oleh bekas tenaga pengajar yang dijemput pada malam itu.

Anugerah Dangdut Terbaik juga tidak kurang menariknya apabila nama-nama seperti Akma, Aswad, Luftya dan Zarina dipilih untuk menyampaikan lagu-lagu dangdut seperti Selamat Jalan Romeo, Yang Sedang-Sedang Saja, Kopi Dangdut dan Goyang Inul.

Namun, apa yang kurang manisnya apabila Akma yang kini sudah berimej baru dengan bertudung dilihat kurang sesuai untuk bertanding dalam kategori itu.

Begitu juga dengan Luftya yang jelas terbukti tidak membuat persiapan rapi apabila dia dilihat beberapa kali terlupa lirik.

Walaupun konsert reunion ini dianggap sebagai persembahan sekadar untuk suka-suka sahaja, setidak-tidaknya tunjukkan sedikit usaha untuk memberi persembahan terbaik buat peminat.

Kategori Anugerah Balada Wanita juga di antara persembahan yang menarik pada malam itu apabila mempertaruhkan empat penyanyi wanita dalam melagukan lagu-lagu popular Datuk Siti Nurhaliza.

Mereka yang dimaksudkan ialah Rosma yang menyampaikan lagu Seindah Biasa, Mila (Biarlah Rahsia), Isma (Bukan Cinta Biasa), Adira (Jerat Percintaan) dan Fina (Purnama Merindu).

Mereka sebenarnya pelapis penyanyi wanita negara tetapi tidak mendapat peluang sewajarnya untuk menonjolkan lagi bakat mereka.

Transisi juara AF5, Mila cukup ketara sewaktu dia menyampaikan lagu Biarlah Rahsia sekali gus membuktikan pengalaman banyak merubah dirinya sebagai penyanyi.

Mila menerima trofi Anugerah Balada Wanita pada malam itu.

Kemuncak konsert tersebut boleh dikatakan sewaktu Anugerah Tari diperkenalkan dengan menampilkan tiga calon iaitu juara AF6, Stacy selain Erul dan Eka.

Erul memilih lagu popularnya, Legasi Cleopatra sementara Eka pula dengan lagu yang pernah dipopularkan Beyonce, Run the World (Girls) dan Stacy dengan lagu Kasanova.

Masing-masing memperlihatkan kehebatan gerak tari dan kelincahan di atas pentas yang telah membuatkan penonton bersorak kegembiraan.

Seperti mana namanya dijerit dan disorak dari awal lagi, bagaikan sudah dijangka kemenangan berpihak kepada Stacy yang memang tidak dapat dinafikan lagi kehebatan tariannya.

Sebagai penutup, kesemua yang terlibat menyampaikan lagu Menuju Puncak lalu menjadikan Konsert Akhir Reunion Akademi Fantasia sebagai mimpi indah buat peminat tegarnya.

Konsert Akhir Reunion Akademi Fantasia akan disiarkan pada 31 Disember ini pukul 10 malam di saluran Astro Ria.

Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Usia bukan halangan

Posted: 07 Dec 2011 04:39 PM PST

Hip

Sukar padam karakter penghidap kanser

PERBEZAAN usia tidak menjadi penghalang bagi dua pelakon Korea ini membina keserasian dalam menjayakan watak pasangan bercinta, malah keberkesanan lakonan mereka membuatkan drama romantis lakonan kedua-duanya mendapat sambutan amat menggalakkan di negara kita.

Kim Sun-A, 36, dan Lee Dong Wook, 30, sememangnya saling memuji kredibiliti masing-masing dan mengakui senang bekerjasama serta sedikit pun tidak wujud ketidakselesaan walaupun drama dilakonkan memerlukan mereka menjayakan banyak adegan intim. Pengalaman bekerjasama itu diceritakan mereka ketika ditemui di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, kelmarin, dan masing-masing teruja kerana ini adalah kali pertama mereka berkunjung ke sini, khusus bagi mempromosikan drama yang berjudul Scent of a Woman, pada masa sama mengambil kesempatan untuk bertemu media dan peminat.

Memang tidak dinafikan dua pelakon berbakat ini mempunyai bilangan peminat yang tidak kurang hebatnya, masakan tidak mereka sanggup terbang jauh ke sini khas untuk memberikan tanda penghargaan.

Barangkali bahasa adalah cabaran utama bagi mengenali dua pelakon ini dengan lebih rapat, tetapi ia tidak menghalang pelakon wanita yang terkenal menerusi drama My Lovely Sam Soon ini untuk berkomunikasi dengan setiap media yang hadir.

Ternyata Sun-A seorang yang ramah dan ceria apabila dia pandai bermain dengan mimik muka dan gerak tubuh tatkala bercerita, lantas membuatkan wakil media mengukir senyuman, malah ada yang tertawa melihat keletah dirinya menyampaikan mesej.
Di sebalik itu siapa yang menyangka, agak sukar untuk wanita ini memadamkan karakter Lee Yeon Jae dalam dirinya. Watak berkenaan dilakonkan dalam drama Scent Of A Woman, di mana dia memainkan watak wanita yang terpaksa bertarung dengan nyawa apabila disahkan menghidap kanser.

Secara ringkasnya, drama 16 episod ini menceritakan mengenai perjalanan hidup Yeon Jae, seorang wanita yang hanya tinggal enam bulan lagi untuk mengecapi kehidupan selepas mengetahui nyawanya diancam penyakit barah.

Dikurniakan kebahagiaan walaupun dalam tempoh yang singkat, pertemuannya dengan Kang Ji Wook, lakonan Dong Wook, anak kepada bekas majikan Yeon Jae yang kaya tetapi sinis ini membuahkan bibit-bibit cinta yang mana penonton dapat menyaksikan pelbagai adegan pahit manis serta menyentuh hati di sebalik perjalanan cinta mereka berdua.

"Watak Yeon Jae banyak bermain dengan emosi dan memerlukan saya untuk fokus mengawal emosi yang dibina, serta saya banyak menggunakan imaginasi dalam menghayati karakter itu. Dalam drama ini juga saya benar-benar menghayati kehidupan Yeon Jae dan tidak senang untuk saya menyingkirkan karakter itu dari diri saya dalam masa yang singkat.

"Tambah lagi, untuk menjayakan promosi drama terbabit, saya perlu kekal dalam karakter sehingga hujung tahun ini. Oleh sebab itu saya mengambil masa untuk berehat seketika daripada berlakon dan kini sedang mempertimbangkan beberapa tawaran lakonan yang lain.

"Boleh dikatakan 16 episod adalah masa yang agak singkat untuk penonton mendalami cerita ini. Scent of a Woman menekankan bahawa pentingnya cinta dalam kehidupan seseorang dan ia lahir dari hati, bukannya luaran. Bahkan jika kisah percintaan ini terjadi pada kehidupan realiti, saya tidak rasa umur menjadi masalah dalam sesuatu perhubungan," ujarnya yang menyifatkan adegan menari tango antara yang paling mencabar dalam drama berkenaan.

Ingin bergelar sutradara

BAGI Dong Wook pula, agak sukar untuknya memilih adegan yang mencabar, kerana rata-rata perjalanan cerita ini memerlukan penghayatan yang kuat, tambah lagi babak romantis yang menyentuh perasaan.

Akui aktor yang terkenal menerusi drama My Girl, drama yang hingga ke hari ini menjadi bualan peminat, dia pada mulanya agak takut untuk membawakan watak Kang Ji Wook, memandangkan dirinya sudah dua tahun tidak berlakon kerana baru saja tamat kursus ketenteraan.

Namun di atas kepercayaan dan sokongan yang diterima berserta bimbingan dari Sun-A sendiri, dirinya perlahan-lahan membina kembali keyakinan, lantas menggunakan masa dengan sebaiknya mengasah bakat lakonannya bersama barisan pelakon, kru dan pengarah.

"Walaupun Sun-A ialah pelakon senior dan lebih berpengalaman daripada saya, dia tidak lokek berkongsi ilmu. Mana mungkin saya menolak peluang untuk berlakon di samping pelakon popular sepertinya? Disebabkan itu saya menerima tawaran berlakon drama ini.

"Saya akui saya agak kekok untuk berlakon selepas keluar dari kem tentera, namun di atas sokongan dan dorongan orang di sekeliling, saya dapat menghayati watak dengan baik. Jika dulu saya dikenali dengan karakter di dalam My Girl, kini saya mahu dikenali dengan drama ini yang memperlihatkan sisi matang saya dalam lakonan, memandangkan usia saya yang semakin bertambah," ujarnya yang menyimpan impian untuk bergelar pengarah.

Pelakon dan juga model ini mempunyai hasrat untuk menghasilkan sebuah drama atau filem yang berunsurkan misteri serta melodrama pada masa depan. Siapa tahu dirinya akan duduk di kerusi sutradara menghasilkan barisan cereka buat tontonan ramai, dan pastinya peminat setia tidak akan melepaskan peluang untuk menontonnya.

Berkongsi serba sedikit mengenai peribadinya, aktor ini berkata, dirinya tidak seperti karakter Ji Wook. Dia seorang yang berterus terang dan tidak begitu ramah dan mesra, namun Dong Wook gemar meluangkan masa bersama kawannya.

Scent of a Woman ialah drama pertamanya selepas sekian lama tidak beraksi, dan ini akan disusuli dengan drama berjudul Wild Romance, yang akan ke udara pada Januari depan. Amat berlainan dengan watak Ji Wook, aktor kacak ini membawakan watak seorang pemain bola keranjang di dalam drama bersiri terbabit.

Drama bersiri lakonan kedua-dua bintang ini boleh diikuti di saluran One HD (Astro B.yond saluran 393), pada setiap Rabu dan Khamis, jam 9.05 malam.

Full content generated by Get Full RSS.

Serah penganjuran kepada FINAS

Posted: 07 Dec 2011 04:34 PM PST

Hip

Sidek Hussin

Sidek Hussin

GAFIM sudah perjelas kemenangan tanpa wang tunai kepada Sidek Hussin

PENGANJURAN Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 mungkin boleh dikategorikan antara paling hebat diperkatakan sehingga kini. Bermula dengan masalah dalaman di kalangan anggota Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), hinggalah kepada kontroversi kemenangan Presidennya, Jurey Latiff Rosli, sebagai Pengarah Harapan pada 20 November lalu.

Ibarat rumah siap pahat masih berbunyi, itulah yang berlaku pada anugerah yang julung kali dianjurkan GAFIM itu. Selain isu kemenangan yang menjadi pertikaian, timbul satu lagi cerita kurang sedap didengar apabila pelakon veteran, Sidek Hussin, melahirkan kekecewaannya. Pelakon yang memenangi Anugerah Khas Juri - Bintang Wayang 2011, tidak gembira apabila sekadar memenangi trofi, bukan wang tunai seperti pemenang lain. Jurey yang juga Pengerusi Jawatan Kuasa Induk FFM24, berkata perkara itu sudah pun dijelaskan Setiausaha Kehormat GAFIM, Yusof Kelana, kepada Sidek dan pelakon veteran itu sendiri sudah pun memahami situasi sebenar.

Menurut Jurey, sejak dulu lagi Anugerah Khas Juri memang tidak pernah menjanjikan wang tunai. Apa yang dilakukan GAFIM hanyalah mengikut amalan turun temurun FINAS.

"Saya memahami kekecewaan Sidek, tetapi kami di GAFIM tidak mampu berbuat apa-apa. Soal wang kemenangan bukan tanggungjawab kami, sebaliknya ia tanggungjawab FINAS sepenuhnya.

"Seperti pernah kami maklumkan sejak awal lagi, FINAS memberikan kami RM650,000 wang penganjuran, manakala mereka memegang RM350,000 lagi yang diperuntukkan untuk trofi dan wang tunai.
"Soal mengeluarkan cek semuanya terletak di tangan FINAS. GAFIM hanya menyediakan senarai nama pemenang untuk tujuan pengeluaran cek. GAFIM tidak pegang satu sen pun duit pemenang. Justeru, saya berharap kenyataan saya cukup jelas dan tidak ada lagi pihak yang akan mempertikaikan hal itu," kata Jurey ketika dihubungi.

Tambah Jurey lagi, bukan hanya Sidek seorang yang membawa pulang trofi tanpa hadiah wang tunai, tetapi empat lagi penerima Anugerah Khas lain iaitu Datuk Michelle Yeoh, Tan Sri Jins Shamsudin, Allahyarham Zami Ismail dan penerbit filem Libas juga tidak mendapat habuan terbabit.

Sementara itu ditanya mengenai ura-ura mengatakan GAFIM sudah serik dan tidak lagi mahu menjadi penganjur anugerah berkenaan berikutan pelbagai kontroversi yang timbul, Jurey mengaku perkara itu.

"Kami sudah pun menyiapkan laporan bedah siasat hasil daripada penganjuran FFM tempoh hari. Bagaimanapun kami belum lagi berkesempatan untuk bertemu dengan FINAS.

"Selepas melalui pengalaman sebagai penganjur, kami tahu setakat mana kemampuan GAFIM. Kami berpendapat adalah lebih baik tugas itu diserahkan kembali kepada FINAS.

"Sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), tanggungjawab menganjurkan majlis anugerah amat rumit. Kami terpaksa berkorban banyak masa dan juga tenaga. Saya sudah berbincang dengan semua ahli jawatankuasa, semua bersetuju dengan keputusan untuk menyerahkan semula tugas ini kepada FINAS. Kami yakin sekiranya FINAS sendiri yang menganjurkan, pasti tiada sebarang kontroversi berlaku.

Bagaimanapun, sekiranya selepas ini kami berhajat semula untuk menjadi penganjur, setidak-tidaknya kami tahu apa yang boleh dan tidak patut dilakukan," kata Jurey.

Full content generated by Get Full RSS.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Pasangan Twilight Dihalau Dari Apartmen Mereka?

Posted: 07 Dec 2011 02:19 PM PST

BINTANG sensasi filem Twilight, Robert Pattinson dan Kristen Stewart dilaporkan dihalau daripada kediaman mereka di Bel Air.

Menurut laporan daripada Bang Showbiz, pasangan kekasih itu dihalau keluar kerana pemilik apartmen berkenaan ingin menjual rumahnya itu.

Rumah seluas 240 meter itu ingin dijual dengan nilai USD5.9 juta dan pasangan itu telah menyewa apartmen tersebut sebanyak USD22,500 sebulan.

Bagaimanapun dikhabarkan pemegang watak Edward Cullen dan Bella Swan itu telah menemui tempat tinggal baru di Notting Hill, London.

Kristen yang berasal daripada Amerika Syarikat nyata gembira dengan tempat tinggal barunya itu.

/// mstar ///

Full content generated by Get Full RSS.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Sara Ali Tidak Kisah Tumpang Populariti Shaheizy Sam, Syafie Naswip

Posted: 07 Dec 2011 04:39 PM PST


PETALING JAYA: Pelakon Sara Ali, 21, mengakui tidak ambil peduli dengan pandangan segelintir pihak yang melabelnya sebagai menumpang populariti dua pelakon filem Songlap iaitu Shaheizy Sam dan Syafie Naswip untuk lebih dikenali selepas ini.

Sara sebaliknya menyifatkan dirinya cukup bertuah kerana mendapat peluang tersebut yang boleh menjadi platform terbaik bagi pelakon baru sepertinya.

"Sejujurnya, saya tidak kisah atau peduli pun jika ada yang menganggap saya menumpang populariti Shaheizy Sam dan Syafie Naswip apabila terlibat dalam filem Songlap.

"Peluang ini adalah pintu atau platform yang baik. Saya begitu bertuah kerana mendapat kepercayaan ini," katanya yang ditemui selepas pra-tonton filem berkenaan, GSC One Utama, di sini, Rabu.

Tambah Sara, peluang beraksi di samping dua aktor itu adalah satu tarikan yang baik kepada peminat filem Melayu memandangkan kedua-duanya sudah membuktikan kredibiliti masing-masing menerusi kerja mereka.

Justeru itu, Sara berkata, dia tidak melihat isu menumpang populariti itu sebagai satu masalah atau perkara yang menjejaskan reputasi.

"Jelas sekali, mereka berdua lebih berpengalaman dan pelakon yang berkarisma. Mereka punya peminat dan tarikan yang kuat terhadap filem ini.

"Apabila penonton menyaksikan filem ini, orang yang belum mengenali saya pasti akan tertanya-tanya siapakah gadis yang melakonkan watak Hawa ini.

"Jadi apa salahnya saya menumpang populariti itu jika ia membolehkan penonton melihat bakat saya juga," katanya.
Syafie Naswip (kiri) dan Shaheizy Sam sebagai adik beradik Ad dan Am.

Filem bergenre aksi drama itu diarahkan oleh pasangan suami isteri Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Ishak yang pernah menghasilkan filem Kami The Movie sebelum ini.

Songlap memaparkan kisah kehidupan dua beradik iaitu Am lakonan Shaheizy Sam dan Ad (Syafie Naswip) yang terlibat dalam sindiket penjualan bayi.

Kehadiran salah seorang mangsa pemerdagangan haram, Hawa (Sara Ali) telah mengubah segalanya. Ad nekad untuk meninggalkan aktiviti yang menjadi punca rezekinya selama ini dan cuba meyakinkan Am untuk keluar daripada kehidupan hitam itu.

Selain Sara, Shaheizy dan Syafie, filem itu turut membariskan Omar Abdullah, Rozie Rashid, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi dan Lisdawati.

Ia bakal ditayangkan di 77 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bermula 15 Disember ini.

Saiful Apek Ilhamkan ‘Aletotoit’ Sebagai Lagu

Posted: 07 Dec 2011 04:38 PM PST


SHAH ALAM: Pelawak Saiful Apek mengilhamkan slanga 'aletotoit' dalam lagu terbarunya yang turut menggunakan judul yang sama dengan slanga itu.

Menurut pelawak yang dikenali dengan gelaran Apek ini, lagu yang telah dirakam itu turut dinyanyikan secara duet dengan Bob Kuman dan akan disiarkan pada bulan Januari depan.

"Saya menggunakan slanga 'aletotoit' kerana mengingatkan kepada slanga yang popular sewaktu saya kecil dahulu.

"Lirik lagu ini dihasilkan oleh saya dan Bob Kuman manakala lagunya digubah oleh Salam dalam rentak raggae," katanya ketika ditemui di sidang media promosi tayangan filem Bujang Telajak Belum Terlanjur di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, Selasa.

Katanya lagi, 'teaser' lagu tersebut boleh didengar di YouTube yang menggunakan judul Fullamak.

Menyentuh tentang filem Bujang Telajak Belum Terlanjur yang menggandingkan Apek dengan Nabil, Johan dan Fazura, dia akui kelainan cabaran dalam filem ini apabila dia perlu melakonkan watak orang buta.

"Saya rasa watak orang buta sangat berat kerana walaupun saya menyamar sebagai orang buta, saya tetap pejamkan mata untuk benar-benar menghayati watak itu.

"Disebabkan itu, saya melibas tongkat banyak kali tanpa mengikut koordinasi yang betul. Tetapi pada saya, watak orang buta yang dilakonkan oleh Mustapha Kamal dalam filem ini seharusnya dipuji kerana dia lebih memaparkan perwatakan itu dengan lebih mendalam," katanya lagi.

Tambahnya: "Saya juga memuji Fazura yang agak profesional apabila mampu menahan gelak sehingga penggambaran selesai. Selepas itu, baru dia akan lepaskan ketawanya.

"Apa pun, saya memandang cerita ini kepada mesejnya iaitu jika ingin melakukan sesuatu, jangan menipu dan lebih baik berterus-terang."

Selain Bujang Telajak Belum Terlanjur yang akan ditayangkan di pawagam bermula 11 Disember ini, dia juga bakal muncul dalam filem Rock 2, Sofazr The Movie…Jiwa Kacau dan Hantu Air.

Pada tahun depan, dia akan terlibat dengan sekuel akhir Cicakman 3D.

Selain itu, wajah Apek juga boleh ditonton menerusi sitkom Senario: Misteri BamBoo di TV3 pada setiap Selasa, pukul 10 malam.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Semua kontroversi kerana salah faham

Posted: 07 Dec 2011 04:44 AM PST

MISTERI kehilangannya dan soal cinta sangat sinonim dengan jejaka kacak berwajah manis ini. Melihat kepada perwatakan dan tutur bicaranya yang sopan, membuatkan ramai berasa hairan bagaimana juara program realiti Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Ahmad Shahir Zawani boleh dikaitkan dengan pelbagai cerita panas dan spekulasi.

Sebagai selebriti dikenali, mahu atau tidak itulah hakikat yang harus ditelan. Begitupun, jauh di sudut hati anak kelahiran Ipoh, Perak ini tersembunyi rasa kecewa dan kesal ekoran dikaitkan dengan pelbagai cerita yang kurang enak didengar.

Walaupun dibebani pelbagai gosip panas sehingga menimbulkan spekulasi, Shahir yang ditemui ketika rakaman Muzik-Muzik 26 di Shah Alam, baru-baru ini tidak langsung menunjukkan sebarang perubahan.

Senyumnya masih sama meleret dengan dihiasi pendakap gigi dan tuturnya juga lancar menjawab setiap persoalan tanpa sedikitpun menunjukkan riak kurang senang.


Jelasnya, kehilangannya sebelum ini bukan kerana mahu menyorokkan sesuatu, apatah lagi dikaitkan dengan pelbagai misteri yang menimpa. Sebaliknya, cerita yang tersebar selama ini berlaku disebabkan salah faham.


"Insiden jatuh dalam bilik air pada Jun lalu adalah permulaan segala cerita kerana selepas itu saya diberi cuti dua bulan dan kemudian saya terus sambung cuti sepanjang Ramadan. Tidak sangka pula sepanjang ketiadaan saya selama tempoh tiga tiga bulan itu timbul pelbagai spekulasi bukan-bukan. Sedangkan sepanjang tempoh itu, saya hanya duduk memerap di rumah.

"Bayangkan saya dituduh hilang dan sakit, kemudian dikatakan terbabit dalam kegiatan gerakan Islam. Entah macam mana kisah terbabit boleh timbul pun saya tidak tahu. Saya hanya duduk berehat di rumah kerana tidak boleh meneruskan aktiviti seni memandangkan kesihatan yang tidak stabil ketika itu. Pihak pengurusan sendiri memberikan cuti agar saya dapat berehat dan cepat sembuh.

"Hikmah di sebalik apa yang berlaku, ibu bapa saya semakin faham dengan permainan dunia seni kerana sebelum ini jika ada cerita kurang enak mengenai saya, pastinya mereka tertanya-tanya bagi mendapatkan penjelasan.

"Apabila berada di depan mata mereka sepanjang bercuti dan gosip mengenai diri saya hangat dimainkan di media, mereka sendiri bertindak sebagai pendinding dan cuba menasihati saya agar terus kuat berhadapan dengan ujian ini. Pada waktu sama, tidak dinafikan mereka jadi pelik bagaimana orang boleh membuat spekulasi dan andaian sedangkan saya elok saja berehat di rumah.

"Begitupun, apa yang berlaku tetap saya hargai kerana ia membuatkan saya menjadi lebih kuat untuk terus berhadapan dengan cabaran. Ia kekal menjadi satu pengalaman yang banyak mendidik untuk menjadi insan yang lebih baik," katanya tersenyum.

Penyanyi yang mempertaruhkan lagu Luar Biasa di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 ini bagaimanapun menyifatkan setiap kisah yang timbul mengenainya dianggap satu perhatian dan penghargaan kerana masih ada pihak ingin tahu mengenai perkembangan dirinya.

Berbicara lebih lanjut, wajah Shahir sedikit pun tidak menunjukkan riak terkejut apabila dramatis, Rozita Che Wan yang terus dikaitkan dengan namanya akan ditanya. Waktu sama, dia seperti sudah mengagak soalan itu akan diajukan.

Menganggap segala kontroversi dan kisah cinta yang timbul itu hanya sekadar satu gosip dan tiada kebenarannya, Shahir hanya mampu mengharapkan agar suatu hari nanti peminat dapat menilai sendiri kerana tiada guna sekiranya dia terus menafikan dalam usaha untuk membetulkan keadaan.

"Kami masih berkawan dan memang sejak dulu kami berhubungan sebagai kenalan. Tidak lebih daripada itu. Sesiapa juga boleh melihat semula mana-mana artikel atau kenyataan yang dikeluarkan saya, tidak sekali pun saya mengesahkan mengenai gosip cinta antara kami, sebaliknya memang apa yang ada hanyalah hubungan persahabatan.

"Saya akui kami pernah akrab dan ada keserasian, namun semuanya terlalu awal dan saya sendiri masih sibuk mencatur perjalanan kerjaya yang baru hendak bermula. Mana mungkin saya mengalih perhatian untuk berbicara soal cinta sedangkan keluarga dan kerjaya adalah keutamaan. Apa saja kenyataan dan kisah mengenai saya dan Rozita sebelum ini adalah satu salah faham.

"Saya masih lagi sendirian dan tidak pernah menjalin hubungan serius dengan sesiapa sejak menyertai AF. Biarlah masa dan keadaan yang menentukan segala-galanya kerana apa yang penting bagi saya keluarga tahu perkara sebenar. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan dan melukakan hati sesiapa.

"Laluan saya kini hanya pada kerjaya nyanyian yang masih perlu ruang bagi terus diperkukuhkan," katanya yang tidak mahu terus mengulas secara terperinci mengenai gosip cintanya.

Sebaik mengubah topik kepada perkembangan kerjaya seni, Shahir terus tampak bersemangat. Lebih-lebih lagi sudah lama dia tidak berkongsi cerita bersama peminat yang sentiasa merinduinya.

Meletak sepenuh fokusnya pada pembikinan album terbarunya yang dijadual berada di pasaran Disember depan, Shahir yang kini sudahpun merakamkan empat lagu dan berbaki dua lagi lagu mengharapkan usahanya ini akan mengubat kerinduan peminat yang tidak henti memberikan sokongan.

"Bintang kelahiran program realiti seperti saya adalah produk yang hidup atas sokongan peminat. Mereka sanggup meletakkan saya di atas. Atas alasan itu, ada tanggungjawab yang perlu saya lakukan iaitu mengembalikan apa yang diinginkan peminat. Saya harus berterima kasih dan memberikan yang terbaik kepada mereka kerana sejak awal lagi merekalah penyokong kerjaya saya selain keluarga.

"Satu magis buat saya apabila sokongan peminat yang langsung tidak berbelah bahagi. Meskipun timbul pelbagai cerita dan spekulasi, mereka terus setia dan sentiasa menunggu kehadiran saya.

"Lantas Disember depan atau selewat-lewatnya awal tahun depan, saya akan muncul dengan album solo yang masih mengangkat muzik Pop Rock dengan sedikit sentuhan melodi romantis.

"Saya ingin memastikan peminat berpuas hati dengan album itu nanti yang semuanya dirakam semula dengan alunan vokal yang menceritakan perasaan saya," katanya.

PROFIL

NAMA PENUH: Ahmad Shahir Zawani
TARIKH LAHIR: 5 September 1988
UMUR: 23 tahun
TEMPAT LAHIR: Ipoh, Perak
KELUARGA: Anak sulung daripada lima beradik
PENDIDIKAN: Diploma Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
PENCAPAIAN: Juara Akademi Fantasia 8 dan Artis Baru Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011
LAGU: Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Tiba (Bersama Faizal Tahir & Faizal Ismail), Dimanakan Ku Cari Ganti (Bersama Stacy, Aizat, Ning Baizura, KRU, Atilia dan Ella), Luar Biasa, Pendam, Cerita Kita, Dia Yang Kau Pilih dan Cintakan Kembali
FILEM: Karak
PROGRAM TELEVISYEN: Lawaknya Fantasia Raya, Cerciter Cinta, Diariku... Shahir, Lemang, Lebaran, Labuci dan Konsert Reunion AF8
DUTA: Duta Brand's Generasi Hebat dan Ikon Belia Perak

Full content generated by Get Full RSS.

‘Kami tak lupa Fauziah’

Posted: 07 Dec 2011 04:29 AM PST

FENOMENA filem Ombak Rindu nyata masih hangat di pawagam seluruh Malaysia. Malah dijangkakan kutipan pecah panggung karya yang diadaptasikan daripada novel karya Fauziah Ashari itu mampu melonjak sehingga RM10 juta sekiranya ia terus mendapat sambutan.

Justeru, sekiranya segala kemungkinan menjadi kenyataan, pasti ada 'habuan tambahan' menanti pelakon dan krew produksi. Bukan mereka saja malah pihak Astro Shaw dan Tarantella Pictures Sdn Bhd juga tidak akan melupakan Fauziah.

Pengarah Urusan Tarantella Pictures, Sharad Sharan, ketika dihubungi semalam berkata, andai kata kutipan filem Ombak Rindu mampu mencecah sekurang-kurangnya RM8 juta, semestinya ada bonus disediakan oleh pihaknya. Ujarnya, ia adalah penghargaan yang harus diberikan atas segala usaha yang sudah mereka lakukan.

"Itu janji saya. Malah Fauziah sebagai penulis novel pun takkan saya lupakan kerana dia juga berhak untuk menerima bonus itu. Apapun, saya sangat gembira dengan pencapaian diraih Ombak Rindu setakat ini yang sangat hebat.


Melalui ruangan Interaksi dalam sisipan RAP semalam, Fauziah akui dia memang mendapat hanya sedikit bayaran daripada pihak penerbitan novel berkenaan yang berurusan dengan pihak Sharad.


Kata Fauziah dalam wawancara itu semalam: "Segalanya tidak dijangka. Kelemahan perjanjian yang 'memakan' penulis. Semua orang tak jangka, tapi ada tertulis dalam perjanjian bermaksud bahawa kemungkinan sesebuah novel difilemkan atau diteaterkan atau didramakan atau dialih bahasakan, itu ada. Kalau mereka berfikir begitu hingga wujudnya perjanjian sebegitu, maka sebaiknya perjanjian lebih telus dan menjamin penulis.

"Saya percaya antara kos mereka cuma kos masa untuk berbincang, kos kertas perjanjian dan guaman dengan pihak penerbit filem. Dalam hal ini, sewajarnya boleh dapat lebih kerana mereka tak ada kos cetak, iklan seperti menerbitkan buku. Hanya menyerahkan hak untuk diterbitkan. Seperti yang saya kata, penerbit buku tak jangka lalu perjanjian sambil lewa lebih memihak satu pihak. Saya yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini, memang tidak memahami apa-apa, maka perjanjian diteruskan."

Mengulas mengenai bayaran diterima Fauziah itu, Sharad berkata, novel Ombak Rindu diterbitkan Alaf 21 dan semua persetujuan dibuat mengikut kontrak. Namun katanya, dia memahami sumbangan Fauziah terhadap filem itu dan tidak akan mengenepikan Fauziah.

Sementara itu, Sharad berkata, selepas mengetengahkan filem adaptasi pertama mereka, Lagenda Budak Setan tahun lalu, Ombak Rindu adalah karya kedua terbitan Tarantella Pictures.

"Oleh itu, saya akan terus menerbitkan filem yang diadaptasikan daripada novel dan selepas ini Tarantella Pictures akan muncul pula dengan filem Untuk 3 Hari arahan Afdlin Shauki. Ia daripada novel tulisan Ahadiat Akashah.

Sharad berkata, dia juga mahu menghantar filem Ombak Rindu untuk ditayangkan pada Festival Filem Cannes 2012.

Menyentuh soal kejayaan Ombak Rindu, Sharad berkata, selain daripada jalan cerita dan pengarahan yang bagus, pembabitan pelakon juga memainkan peranan. Ujarnya, pemilihan bintang tepat untuk melakonkan setiap karakter.

"Tidak ketinggalan, sinematografi yang cantik serta skor muzik dan lagu berkesan. Saya sangat gembira membaca maklum balas penonton di facebook (fb) yang rata-rata sangat tertarik pada gambar dan muzik Ombak Rindu," katanya.

Menyorot paparan Ombak Rindu, ia mengisahkan Izzah lakonan Maya Karin iaitu gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah. Lalu ayah dan ibu saudaranya, mengambil alih tugas memelihara Izzah.

Namun, Taha banyak berhutang dan disebabkan kesempitan wang, Taha menjual Izzah kepada seorang pemilik kelab malam. Di situlah bermulalah perkenalan Izzah dengan Hariz (Aaron Aziz) yang menjadi pelanggan di kelab itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Energi luar biasa 2PM

Posted:

Energi luar biasa 2PM

Energi luar biasa 2PM

HANYA dengan tiga buah album studio iaitu The First Album 1:59PM (2009), Hands Up (2011) dan sebuah album versi Jepun berjudul Republic Of 2PM (2011) nama band asal Korea Selatan, 2PM kini berada di puncak.

Nama enam anak muda, Junho, Taecyeon, Wooyoung, Nichkhun, Junsu dan Chansung yang menjadi pelengkap band 2PM dengan pantas meraih populariti yang luar biasa.

Bermula dengan lagu hits mereka Again & Again, kemaraan band 2PM tidak dapat disekat apabila mereka terus muncul dengan lagu-lagu segar dan sentiasa berada di puncak carta muzik di Korea Selatan seperti Heartbeat, I'll Be Back dan terbaru Hands Up.

Meluaskan lagi empayar 2PM, selepas tiga tahun bersatu sebagai sebuah band bermula tahun 2008, 2PM akhirnya menjejakkan kaki mereka buat pertama kalinya di bumi Malaysia.

Kunjungan mereka ke Malaysia demi bertemu peminat menerusi konsert jelajah Asia pertama mereka yang dinamakan 2PM Hands Up Asia Tour yang berlangsung pada 25 November lalu di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Malaysia menjadi destinasi terakhir dalam senarai konsert jelajah Asia 2PM selepas Taiwan, Indonesia dan Singapura, manakala konsert di dua destinasi konsert iaitu Filipina dan China ditangguhkan buat sementara waktu.

Bersua mata dengan enam anak muda 2PM pada majlis sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur sehari sebelum konsert mereka berlangsung, mereka mengakui, Malaysia menjadi salah satu destinasi idaman mereka sejak bergelar artis.

"Ini merupakan kunjungan pertama kami ke Malaysia, sudah pasti kami semua sangat gembira berada di sini kerana Malaysia antara negara yang ingin kami lawati selepas melahirkan album.

"Memang agak letih kerana jadual kami yang padat tetapi apabila tiba sahaja di lapangan terbang, kami disambut oleh ramai peminat. Sokongan yang diberikan peminat membuatkan kami bertenaga," ujar Nichkhun sambil tersenyum.

Pada majlis sidang media itu, Taecyeon dan Nichkhun lebih banyak bertutur berbanding anggota 2PM yang lain kerana mereka fasih berbahasa Inggeris.

Nichkhun yang berasal dari Thailand menyambung: "Ini kunjungan pertama saya bersama 2PM, tetapi sebelum ini saya sudah beberapa kali berkunjung ke Malaysia.

"Saya orang Thailand, negara saya dan Malaysia berjiran. Budaya dan cuaca antara Thailand dan Malaysia hampir sama, jadi mungkin kerana itu saya amat selesa berada di sini. Satu penghormatan buat saya kerana dapat mengadakan persembahan di sini."

Terlanjur bercakap mengenai Thailand, Nichkhun juga melahirkan kebimbangannya terhadap banjir besar yang berlaku di negaranya terutama terhadap keluarganya dan juga peminat 2PM.

"Saya akui risau dengan keadaan di Thailand tetapi saya dimaklumkan keadaannya kini bertambah baik. Sebelum ini kami menerima sokongan daripada peminat di Thailand, jadi sekarang tiba giliran kami pula memberikan sokongan kepada mereka.

"Bantuan kewangan dan juga bot keselamatan yang kami berikan terhadap mangsa banjir di sana mungkin tidak sebesar mana tetapi bantuan itu sangat besar maknanya kepada mereka yang memerlukan.

"Saya dan pihak 2PM mengharapkan mangsa banjir serta peminat 2PM di Thailand mengharungi dugaan tersebut dengan tabah," tutur Nichkhun sedikit emosi.

Jangka hayat

Sungguhpun pada awal kemunculan 2PM terdapat tujuh orang anggota termasuk ketua mereka Jaebeom, namun, disebabkan kontroversi Jaebeom menulis tidak sukakan Korea dalam akaun laman sosial My Space tersebar di Internet, dia akhirnya menarik diri daripada band 2PM.

Tidak lagi mahu bercakap mengenai perkara itu, setiap anggota 2PM mengakui tertekan dengan kontroversi dan pemergian ketua mereka.

"Memang kami pernah bersedih mengenainya tetapi kami berjanji antara satu sama lain, kami akan melakukan yang terbaik agar kami dapat senyum semula pada masa hadapan.

"Akhirnya usaha kami berbaloi dan kami berterima kasih kepada peminat yang tidak henti-henti menyokong kami selama ini," kata Junho.

Bercerita lebih lanjut mengenai keserasian dan jangka hayat band 2PM, mereka memberitahu hubungan yang terjalin seperti adik-beradik menyatukan mereka meskipun terdapat masalah.

"Hubungan kami seperti adik-beradik mungkin kerana kami sudah tinggal bersama sejak zaman menjadi pelatih lagi menyebabkan kami memahami antara satu sama lain.

"Kami amat berharap agar band 2PM dapat bertahan untuk jangka hayat yang lama kerana kami semua sukakan muzik dan sayangkan peminat kami. Dapat memberi inspirasi kepada orang lain menerusi muzik kami, merupakan satu kepuasan yang tidak terhingga," jawab Chansung.

Sedia takluk Jepun

Selepas menamatkan konsert jelajah Asia mereka di Malaysia, mereka terus terbang ke Jepun untuk aktiviti promosi dan meluaskan lagi sayap seni mereka di sana.

Nampaknya, peminat di Jepun menyambut baik kehadiran band 2PM di sana dan sebagai bukti album mereka laris.

Bagaimanapun, Junho merasakan masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari oleh 2PM sebelum mereka benar-benar berjaya.


ENAM anak muda yang dikenali sebagai 2PM ini kini menjadi kegilaan ramai.


"Saya tidak rasa 2PM sudah berjaya di Jepun. Sebenarnya, ini hanya permulaan buat kami untuk memasuki pasaran Jepun. Jika ada yang mengatakan kami berjaya, saya terimanya dengan hati yang terbuka dan berharap kejayaan yang sama berlaku di Malaysia," tegas Junho.

Anggota 2PM juga memiliki bakat lain seperti pengacaraan, berlakon dan juga mencipta lagu. Selepas Taecyeon dan Wooyoung popular menerusi drama bersiri Dream High di Korea, Chansung pula akan terlibat dalam produksi drama Jepun pertamanya dalam drama berjudul Phantom Thief Royal.

Memegang watak sebagai pencuri bernama Jack, kata Chansung pula, satu penghormatan buatnya dapat berlakon bersama aktor dan aktres Jepun yang lain seperti Matsuzaka Tori, Omasa Aya dan Fukushi Seiji.

"Pertuturan bahasa Jepun saya masih banyak perlu diperbaiki. Oleh itu, saya meletakkan usaha sepenuhnya untuk memberikan yang terbaik. Saya harap peminat akan melihat saya sebagai pelakon bukannya seorang penyanyi dalam drama ini," luah Chansung.

Selain Chansung, Taecyeon juga terlibat dalam sebuah produksi drama Jepun berjudul Boku to Star no 99 Nichi bersama aktres ternama Korea Kim Tae Hee dan aktor Jepun, Nishijima Hidetoshi.

Sesi tayang badan

Konsert Jelajah Asia 2PM Hands Up berlangsung dengan cukup meriah pada 25 November lalu apabila kira-kira seramai 5,000 orang penonton memenuhi stadium.

Rata-rata peminat yang hadir terdiri daripada gadis remaja. Tidak perlu persembahan pembukaan daripada mana-mana penyanyi tempatan, cukup hanya dengan video muzik yang dipaparkan di skrin gergasi di kiri dan kanan stadium, peminat sudah cukup teruja.

Tepat pada pukul 8.30 malam. 2PM muncul di atas pentas dan yang kedengaran hanyalah jeritan peminat mereka yang tidak sabar untuk menyaksikan penyanyi pujaan beraksi.

Menyanyikan sebanyak 25 lagu malam itu, energi 2PM memang cukup hebat. Memulakan persembahan dengan lagu rancak Hot, Electricity dan Hands Up konsert 2PM wajar dipuji.

Selain tiket laris dengan populariti 2PM, konsert itu juga diserikan dengan permainan lampu-lampu laser yang mengubah wajah pentas dengan kadar segera sesuai dengan mood lagu yang didendangkan.

Meskipun menyanyi dalam bahasa Korea, itu tidak menghalang peminat daripada menyanyi bersama-sama mereka seperti lagu balada yang berjudul I Can't.

Penganjur juga bijak dengan meletakkan lirik lagu untuk lagu-lagu hit mereka supaya peminat yang tidak menghafal lagu boleh menyanyi bersama.

Sesekali kedengaran Taecyeon dan Nichkhun menyapa peminat dengan berkata apa khabar dan mengucapkan terima kasih kepada peminat.

Persembahan juga dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti lagu My Valentine dipersembahkan oleh Nichkhun dan Taecyeon, lagu Besides You dinyanyikan oleh Junho dan Wooyoung.

Elemen drama turut diselitkan dalam konsert ini apabila Chansung melakonkan aksi ala-ala samurai di atas pentas yang ingin membalas dendam kerana kematian kekasih.

Bermula dengan lakonan di atas skrin dibawa ke atas pentas dengan latar muzik lagu Revenger. Ternyata persembahan Chansung menjadi kerana hakikat sebenarnya dia seorang artis seni mempertahankan diri yang terlatih.

Suasana paling gamat apabila 2PM mendendangkan lagu Back To You bersama enam penari wanita yang cukup seksi.

Bahkan, peminat bagai tidak dapat dikawal apabila kesemua anggota 2PM membuka butang baju mendedahkan tubuh sasa masing-masing dalam persembahan tersebut.

Ternyata semua peminat pulang dengan senyuman puas dan kata Junho dalam bahasa Melayu sebelum mengakhiri persembahan mereka: "Kami akan balik ke sini lagi."

Lagu lain yang turut dipersembahan 2PM adalah Crazy For You, Wait & Tired, Give To Me, Dance Tonight, I'll Be Back, I Hate You, Alive, Only You, Again & Again, I'm Your Man, Heartbeat, 10 Out Of 10, Thank You dan diakhiri dengan lagu rancak Hands Up.

Full content generated by Get Full RSS.

Terbaik atau popular

Posted:

Terbaik atau popular

Terbaik atau popular

Oleh HARYATI KARIM


BARISAN karyawan lagu-lagu popular dendangan masing-masing yang bakal berentap pada final AJL 26.


SELEPAS tiga minggu 30 buah lagu berentap dalam separuh akhir Muzik Muzik ke-26, akhirnya hanya 12 buah lagu yang mara ke final Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL 26). Minggu lalu menyaksikan pengumuman senarai peserta yang mara ke final dan keputusannya bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sudah dapat diramal daripada awal.

Semua lagu yang layak ke peringkat final merupakan lagu yang popular dan sering diputarkan di corong radio terdiri daripada Kisah Hati (Alyah), Awan Nano (Hafiz), Beribu Sesalan (3 Suara), Kekanda Adinda (Atilia/Monoloque), Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Sungai Lui (Aizat), Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol),

Tidak ketinggalan Kalau Berpacaran (Sohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/ Altimet), Sedetik Lebih (Jaclyn Victor), Karma (Faizal Tahir) dan Yuna dengan dua buah lagu ciptaannya sendiri iaitu Gadis Semasa dan Penakut.

Menurut ketua juri, Azhar Borhan, kesemua lagu yang dipilih layak bertanding ke peringkat final kerana memiliki kelebihan yang tersendiri. Lagu-lagu untuk AJL 26 juga katanya tidak banyak beza dengan beberapa tahun kebelakangan ini.

""Dua, tiga tahun kebelakangan ini sudah menjadi trend angkatan muda yang banyak masuk bertanding, bagi saya itu satu trend yang bagus. Tetapi tidak ketinggalan komposer berpengalaman seperti Datuk M. Nasir dan Audi Mok dilihat masih relevan untuk muzik hari ini," ujarnya.

Persoalan timbul bagaimana setiap lagu dinilai memandangkan kesemua lagu yang dipilih merupakan lagu popular dan adakah mungkin pihak TV3 mempunyai agenda untuk menaikkan rating program lantas memilih hanya lagu-lagu yang popular di radio termasuk lagu Cinta Muka Buku yang disifatkan terlalu ringkas.

"Secara jujurnya, kesemua lagu dinilai malam sebelum pertandingan dan kebanyakan juri termasuk saya mendengar kebanyakan lagu yang bertanding buat pertama kalinya. Jadi, kami tidak tahu sama ada lagu itu popular di radio atau tidak.

"Kami menilai daripada segi kualiti sesebuah lagu bukannya populariti. Lagu Cinta Muka Buku, saya dengar pertama kali ketika sesi penjurian, ia sebuah lagu yang ringkas dan rancak dan lagu tersebut layak bertanding," jawabnya lagi.

Penyanyi Yuna merupakan fokus utama pada malam keputusan final AJL 26 selepas kontroversi pemulangan semula trofi Anugerah Industri Muzik ke-18 untuk Anugerah Lagu Terbaik yang sebelum ini dimenangi lagu Penakut kepada lagu dendangan Anuar Zain, Sedetik Lebih kerana kesalahan pengiraan markah oleh pihak audit AIM 18.

Ternyata tuah mengiringi penyanyi dan komposer berbakat ini apabila bukan sahaja Penakut tetapi Gadis Semasa turut layak ke peringkat final AJL 26.

"Saya bersyukur, dua buah lagu saya layak ke final. Memang saya menaruh harapan tetapi saya tidak jangka langsung kedua-dua lagu saya layak ke final. Saya meletakkan sepenuh hati saya ketika separuh akhir dan gembira dengan penerimaan juri dan orang ramai terhadap muzik saya.

"Seperti yang katakan sebelum ini, Penakut merupakan lagu eksperimen dan tidak jangka orang ramai menerimanya. Apapun saya cukup gembira dengan keputusan ini dan akan melakukan yang terbaik pada final," jawabnya.

Tambah Yuna, meskipun kontroversi terpalit untuk lagu Penakut, namun dia tetap bersyukur kerana kontroversi yang melanda lagu itu, kini dia memperoleh lebih ramai peminat baru.

Kontroversi Cinta Muka Buku

Lagu Cinta Muka Buku juga menjadi perhatian disebabkan ia ringkas dan komposernya yang juga penyanyi lagu tersebut Najwa Latif yang baru berusia 16 tahun. Lagu itu diakui cukup popular, namun ramai yang mempersoalkan bagaimana lagu itu layak ke final AJL 26 mengalahkan lagu-lagu lain yang dirasakan lebih kuat auranya.


NAJWA LATIFF pertama kali masuk ke medan pertarungan final Anugerah Juara Lagu.


Najwa mengatakan dia cukup terkejut ketika lagu ciptaannya dan lirik ditulis oleh kakaknya Ika Latif diumum layak final. Sebelum itu, dia tidak terfikir langsung untuk masuk bertanding ke AJL 26.

"Saya sangat bersyukur dan terkejut. Saya sedar diri saya masih muda dan banyak yang perlu dipelajari. Walaupun ramai yang seakan-akan menentang keputusan juri untuk lagu Cinta Muka Buku saya reda dan akan cuba melakukan yang terbaik.

"Saya ada keluarga yang sentiasa menyokong kerjaya saya dan saya hanya mengambil perkara yang positif mengenai keputusan ini. Saya tahu AJL sebuah pertandingan yang besar dan saya bertuah kerana dapat berada di pentas AJL dalam usia yang cukup muda," katanya yang berulang-alik antara Johor Bahru dan Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan pentas.

Tepati ramalan

Penyanyi Jaclyn Victor yang layak ke final untuk dua buah lagu iaitu lagu Beribu Sesalan bersama Shila Amzah dan Ning Baizura serta lagu 'berhantu' Sedetik Lebih dendangan asal Anuar Zain.

"Kedua-dua buah lagu mempunyai keistimewaan dan cabaran yang tersendiri. Antara dua buah lagu saya akui saya lebih tertekan ketika mendendangkan lagu Sedetik Lebih nyanyian asal Anuar Zain. Semua orang tahu betapa bagusnya Anuar Zain dan dia memang cukup sinonim dengan lagu itu.

"Dalam fikiran saya, bolehkah orang terima dan mampukah saya bawa lagu tersebut dengan baik. Saat ditawarkan untuk menggantikan Anuar, saya rasa ia satu penghormatan kerana lagu itu memang sukar.

"Saya juga gementar ketika menyanyikan lagu itu di atas pentas kerana inilah kali pertama saya menyanyikan secara langsung lagu Sedetik Lebih dihadapan orang ramai," tutur Jaclyn.

Tidak sah jika setiap tahun kelibat penyanyi Faizal Tahir tidak muncul di AJL sejak AJL 23.

Menepati ramalan, menerusi sebuah lagu berjudul Karma, Faizal layak dengan mudah. Faizal yang sibuk menyiapkan album terbaharunya memberitahu, tahun ini dia tidak akan membikin sebarang gimik 'gila' seperti terjun ke dalam air seperti tahun lalu.

"Saya gembira kerana lagu Karma layak bertanding, bagi saya dapat masuk ke final merupakan satu bonus. Saya tidak tahu bagaimana persembahan saya nanti tetapi apa yang pasti saya tidak akan membikin sebarang gimik gila kerana saya tidak mahu anak saya menonton ayahnya melakukan sesuatu yang gila di televisyen," ujarnya.

Persaingan sengit

Sementara Aizat yang merupakan juara AJL 24, tahun ini merupakan tahun ketiganya layak ke final AJL. Layak menerusi lagu Sungai Lui ciptaannya bersama abangnya Anas, Aizat bersyukur dan berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik.

"Menang kalah itu adat pertandingan. Walaupun pernah jadi juara tetapi persaingan tetap sengit, ada lagu yang saya jangka akan ke final tetapi tidak layak. Jadi, saya tidak dapat ramalkan apa yang juri fikir dan nilai. Apa sahaja boleh terjadi dan saya akan memberi persembahan yang baik untuk peminat dan penonton," katanya.

Penyanyi veteran, Sohaimi Moir Hassan yang layak ke final menerusi lagu kolaborasinya, Kalau Berpacaran menyambut keputusan juri dengan gembira kerana sepanjang bergelar penyanyi inilah pertama kali dia melangkah kaki ke pentas AJL.


MAMPUKAH lagu Penakut Yuna menguasai kemenangan dalam AJL 26 nanti selepas kontroversi yang melandanya pada AIM 18 baru-baru ini?


"Ketika zaman saya aktif menyanyi AJL tidak wujud lagi, selepas saya tidak menyanyi lagi, baru program ini muncul. Sekarang, selepas beberapa dekad, saya merupakan penyanyi paling tua dalam AJL 26. Apa pun saya memang cukup gembira kerana terlibat dalam AJL," kata Sohaimi.

Kemaraan penyanyi Alyah menerusi lagu Kisah Hati ciptaan Manusia Putih turut menepati ramalan. Meskipun masih dalam proses pemulihan daripada pembedahan penyakit apendiks yang dijalaninya tidak lama dahulu, vokal Alyah masih lagi bagus seperti sedia kala.

"Saya tidak boleh terlalu aktif menyanyi, banyak persembahan pentas saya tidak ambil buat masa ini kerana doktor menasihatkan saya untuk banyak berehat.

"Menyanyi menggunakan kekuatan daripada perut dan saya baru lepas membuat pembedahan apendiks, memang kadangkala menahan sakit ketika menyanyi. Alhamdulillah, saya dapat mara ke final dan kini saya akan fokus untuk persembahan final AJL 26," tutur Alyah.

Siapa yang akan memenangi lagu terbaik pada AJL 26 hanya akan diketahui pada malam final yang akan berlangsung pada 29 Januari tahun depan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Full content generated by Get Full RSS.

Saingan getir Masterchef

Posted:

Saingan getir Masterchef

Saingan getir Masterchef

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


MOHAMMAD Danial Firdaus menganggap dirinya bertuah kerana masih bertahan dalam Masterchef Malaysia.


PERNAH beberapa kali tersenarai dalam peserta penyingkiran dan pernah juga diangkat peserta terbaik dan bersaing seorang diri bersama chef selebriti profesional, Mohammad Danial Firdaus Shaharuddin, 18, masih tidak percaya dirinya masih bertahan dalam program Masterchef Malaysia.

Dia tahu pengalamannya begitu cetek berbanding peserta lain namun semangat dan sikap ingin sentiasa belajar menyebabkan peserta kelahiran Gelugor, Pulau Pinang itu masih bertahan dalam pertandingan masakan realiti pertama di Malaysia itu.

"Memang saya tak sangka dapat bertahan lama dalam Masterchef Malaysia. Kadang-kadang saya fikir sukar untuk bertanding bersama-sama dengan peserta yang lebih tua daripada umur saya. Malah, memiliki pengalaman yang lebih banyak.

"Untuk itu, saya sentiasa bersemangat dan memberikan yang terbaik. Memang saya ingin menang dalam pertandingan ini. Jadi, kritikan-kritikan yang juri-juri berikan menjadi platform kepada saya untuk terus belajar dan memperbaiki masakan saya," katanya yang merupakan peserta paling muda dalam program Masterchef Malaysia.

Berkongsi pengalaman manis dan pahit sepanjang dalam program ini, luah Danial, dia pernah dikritik hebat oleh juri-juri ketika menyediakan hidangan burger. Ketika itu, dia bersama dua peserta lain terpaksa menyediakan hidangan yang enak dan menarik dalam cabaran penyingkiran.

"Bayangkan kami adalah peserta yang tersenarai dalam cabaran penyingkiran. Jadi, kami perlu bersaing untuk menyediakan hidangan enak dan menarik supaya tidak disingkirkan.

"Ketika mempersembahkan hidangan saya, juri-juri mengkritik hidangan burger saya dan mengatakan esen vanila yang saya letak tidak sesuai dimasukkan dalam hidangan itu. Memang saya rasa akan tersingkir pada masa itu tetapi alhamdulillah saya terselamat," ungkapnya yang turut menceritakan pengalaman bertanding bersama chef selebriti merupakan pengalaman manis buat dirinya.

Beza antara peserta

Mengenai perbezaan antara peserta lelaki dan perempuan dalam Masterchef Malaysia, kata Danial, peserta lelaki lebih ramai pandai memasak berbanding wanita yang ketara hanya beberapa sahaja yang menonjol.

Tidak lokek berkongsi pandangannya, Danial menganggap Wahidan Ag Supain, 42, dan Arshad Zamir Mohd Azmi, 19, merupakan peserta yang tidak menyerlah tetapi mampu memberikan saingan hebat kepadanya.

"Secara keseluruhan, walaupun Zamir dan Wahidan merupakan peserta yang tidak menyerlah tetapi prestasi mereka sentiasa meningkat dan mereka merupakan antara peserta terbaik.

"Bagi wanita pula, saya melihat Ezani Farhana Md. Monoto dan Amita Tan See Yin memberi saingan kepada saya dan juga peserta-peserta lain," ujarnya yang bercita-cita untuk sambung belajar dalam bidang masakan atau bekerja di restoran dan hotel terkemuka untuk menimba pengalaman dalam bidang masakan.

Bagi seorang lagi peserta Masterchef Malaysia, Azlina Shah Shaharuddin, 29, dia mengaku menimba pengalaman yang banyak dalam pertandingan itu.

Jika sebelum ini dia memasak dengan teknik yang salah tetapi selepas menyertai Masterchef Malaysia dia mula belajar teknik-teknik yang betul dalam masakan.

"Saya banyak belajar daripada chef-chef. Mereka tidak segan dan jemu memberi ilmu kepada kami. Baru saya tahu sebelum menyertai pertandingan ini saya banyak memasak dengan teknik yang salah. Disebabkan itu hidangan saya rasa lain," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Turut meminta padangan serupa dengan Danial mengenai peserta-peserta wanita dan lelaki yang masih bertahan, kata Azlina, setiap peserta mempunyai kelebihan dan kelemahan.

Apa yang penting, ujar Azlina, mereka sentiasa belajar antara satu sama lain dan berkongsi tip-tip masakan. Namun, dia juga tidak menidakkan saingan getir yang semakin terasa apabila seorang demi seorang peserta tersingkir dalam pertandingan itu.


HIDANGAN berasaskan buah-buahan daripada Danial.


"Jika dilihat dari segi perbezaan peserta lelaki dan wanita. Bagi saya, wanita memasak daripada hati. Kami memang enjoy memasak. Lelaki pula lebih kepada mindset dan mengikut teknik. Namun, semuanya berusaha untuk memberi yang terbaik dalam setiap cabaran," katanya jujur dan menganggap Ezani dan Felix Tan Pitt Yinn, 24, merupakan peserta Masterchef Malaysia yang paling konsisten.

Tidak mengetahui nasib yang bakal menimpa, Azlina sudah mempersiapkan diri dan merancang untuk mengusahakan katering selepas sahaja Masterchef tamat.

"Rancangan masa depan saya mahu buat katering. Ia lebih kepada katering untuk jamuan-jamuan kecil," katanya lagi.

Menangis, berpelukan

Menurut salah seorang juri Masterchef Malaysia, Chef Zubir Md. Zain, 45, sejak dari awal pertandingan itu berlangsung sehingga kini, dia tidak menduga bahawa peserta-peserta yang terdiri daripada golongan profesional mampu memasak dengan baik dan menarik.

"Apa yang saya lihat, ramai peserta daripada golongan profesional sangat passionate dalam bidang masakan. Mereka ada inovasi dan kreativiti untuk menghasilkan masakan yang baik. Contoh macam Ezani dan Amita.

"Bagi peserta lelaki pula, saya tak sangka Zamir yang baru berusia 19 tahun yang kini masih belajar dalam bidang kejuruteraan mampu konsisten dan memasak dengan bagus. Brian juga seorang yang kreatif dan minat dalam masakan Perancis. Namun, dia juga mampu memasak masakan Malaysia dengan baik," katanya yang berkongsi pandangan mengenai peserta-peserta Masterchef Malaysia.

Jelas Chef Zubir, walaupun peserta-peserta Masterchef Malaysia tidak mempunyai asas yang kukuh dalam bidang masakan dan tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang masakan, mereka mampu memasak dengan baik. Walaupun tidak mencapai tahap 100 peratus baik tetapi ia menepati kriteria yang diinginkan.

Ditanya mengenai peserta-peserta yang masih berada dalam Masterchef Malaysia, kata Chef Zubir, masa ramai-ramai dahulu semangat setia kawan peserta dilihat begitu kuat.

"Jika salah seorang keluar mereka akan menangis dan saling berpelukan namun bila peserta semakin sikit semangat berkawan itu agak kurang. Masing-masing bersemangat untuk bersaing dan memberikan yang terbaik untuk mendapatkan wang RM100,000 dan menerbitkan buku masakan sendiri malah gelaran juara sudah diimpikan mereka," ujarnya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.