Harian Metro: Rap |
Semua kontroversi kerana salah faham Posted: 07 Dec 2011 04:44 AM PST MISTERI kehilangannya dan soal cinta sangat sinonim dengan jejaka kacak berwajah manis ini. Melihat kepada perwatakan dan tutur bicaranya yang sopan, membuatkan ramai berasa hairan bagaimana juara program realiti Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Ahmad Shahir Zawani boleh dikaitkan dengan pelbagai cerita panas dan spekulasi. Sebagai selebriti dikenali, mahu atau tidak itulah hakikat yang harus ditelan. Begitupun, jauh di sudut hati anak kelahiran Ipoh, Perak ini tersembunyi rasa kecewa dan kesal ekoran dikaitkan dengan pelbagai cerita yang kurang enak didengar. Walaupun dibebani pelbagai gosip panas sehingga menimbulkan spekulasi, Shahir yang ditemui ketika rakaman Muzik-Muzik 26 di Shah Alam, baru-baru ini tidak langsung menunjukkan sebarang perubahan. Senyumnya masih sama meleret dengan dihiasi pendakap gigi dan tuturnya juga lancar menjawab setiap persoalan tanpa sedikitpun menunjukkan riak kurang senang.
"Bayangkan saya dituduh hilang dan sakit, kemudian dikatakan terbabit dalam kegiatan gerakan Islam. Entah macam mana kisah terbabit boleh timbul pun saya tidak tahu. Saya hanya duduk berehat di rumah kerana tidak boleh meneruskan aktiviti seni memandangkan kesihatan yang tidak stabil ketika itu. Pihak pengurusan sendiri memberikan cuti agar saya dapat berehat dan cepat sembuh. "Hikmah di sebalik apa yang berlaku, ibu bapa saya semakin faham dengan permainan dunia seni kerana sebelum ini jika ada cerita kurang enak mengenai saya, pastinya mereka tertanya-tanya bagi mendapatkan penjelasan. "Apabila berada di depan mata mereka sepanjang bercuti dan gosip mengenai diri saya hangat dimainkan di media, mereka sendiri bertindak sebagai pendinding dan cuba menasihati saya agar terus kuat berhadapan dengan ujian ini. Pada waktu sama, tidak dinafikan mereka jadi pelik bagaimana orang boleh membuat spekulasi dan andaian sedangkan saya elok saja berehat di rumah. "Begitupun, apa yang berlaku tetap saya hargai kerana ia membuatkan saya menjadi lebih kuat untuk terus berhadapan dengan cabaran. Ia kekal menjadi satu pengalaman yang banyak mendidik untuk menjadi insan yang lebih baik," katanya tersenyum. Penyanyi yang mempertaruhkan lagu Luar Biasa di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 ini bagaimanapun menyifatkan setiap kisah yang timbul mengenainya dianggap satu perhatian dan penghargaan kerana masih ada pihak ingin tahu mengenai perkembangan dirinya. Berbicara lebih lanjut, wajah Shahir sedikit pun tidak menunjukkan riak terkejut apabila dramatis, Rozita Che Wan yang terus dikaitkan dengan namanya akan ditanya. Waktu sama, dia seperti sudah mengagak soalan itu akan diajukan. Menganggap segala kontroversi dan kisah cinta yang timbul itu hanya sekadar satu gosip dan tiada kebenarannya, Shahir hanya mampu mengharapkan agar suatu hari nanti peminat dapat menilai sendiri kerana tiada guna sekiranya dia terus menafikan dalam usaha untuk membetulkan keadaan. "Kami masih berkawan dan memang sejak dulu kami berhubungan sebagai kenalan. Tidak lebih daripada itu. Sesiapa juga boleh melihat semula mana-mana artikel atau kenyataan yang dikeluarkan saya, tidak sekali pun saya mengesahkan mengenai gosip cinta antara kami, sebaliknya memang apa yang ada hanyalah hubungan persahabatan. "Saya akui kami pernah akrab dan ada keserasian, namun semuanya terlalu awal dan saya sendiri masih sibuk mencatur perjalanan kerjaya yang baru hendak bermula. Mana mungkin saya mengalih perhatian untuk berbicara soal cinta sedangkan keluarga dan kerjaya adalah keutamaan. Apa saja kenyataan dan kisah mengenai saya dan Rozita sebelum ini adalah satu salah faham. "Saya masih lagi sendirian dan tidak pernah menjalin hubungan serius dengan sesiapa sejak menyertai AF. Biarlah masa dan keadaan yang menentukan segala-galanya kerana apa yang penting bagi saya keluarga tahu perkara sebenar. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan dan melukakan hati sesiapa. "Laluan saya kini hanya pada kerjaya nyanyian yang masih perlu ruang bagi terus diperkukuhkan," katanya yang tidak mahu terus mengulas secara terperinci mengenai gosip cintanya. Sebaik mengubah topik kepada perkembangan kerjaya seni, Shahir terus tampak bersemangat. Lebih-lebih lagi sudah lama dia tidak berkongsi cerita bersama peminat yang sentiasa merinduinya. Meletak sepenuh fokusnya pada pembikinan album terbarunya yang dijadual berada di pasaran Disember depan, Shahir yang kini sudahpun merakamkan empat lagu dan berbaki dua lagi lagu mengharapkan usahanya ini akan mengubat kerinduan peminat yang tidak henti memberikan sokongan. "Bintang kelahiran program realiti seperti saya adalah produk yang hidup atas sokongan peminat. Mereka sanggup meletakkan saya di atas. Atas alasan itu, ada tanggungjawab yang perlu saya lakukan iaitu mengembalikan apa yang diinginkan peminat. Saya harus berterima kasih dan memberikan yang terbaik kepada mereka kerana sejak awal lagi merekalah penyokong kerjaya saya selain keluarga. "Satu magis buat saya apabila sokongan peminat yang langsung tidak berbelah bahagi. Meskipun timbul pelbagai cerita dan spekulasi, mereka terus setia dan sentiasa menunggu kehadiran saya. "Lantas Disember depan atau selewat-lewatnya awal tahun depan, saya akan muncul dengan album solo yang masih mengangkat muzik Pop Rock dengan sedikit sentuhan melodi romantis. "Saya ingin memastikan peminat berpuas hati dengan album itu nanti yang semuanya dirakam semula dengan alunan vokal yang menceritakan perasaan saya," katanya. PROFIL NAMA PENUH: Ahmad Shahir Zawani |
‘Kami tak lupa Fauziah’ Posted: 07 Dec 2011 04:29 AM PST FENOMENA filem Ombak Rindu nyata masih hangat di pawagam seluruh Malaysia. Malah dijangkakan kutipan pecah panggung karya yang diadaptasikan daripada novel karya Fauziah Ashari itu mampu melonjak sehingga RM10 juta sekiranya ia terus mendapat sambutan. Justeru, sekiranya segala kemungkinan menjadi kenyataan, pasti ada 'habuan tambahan' menanti pelakon dan krew produksi. Bukan mereka saja malah pihak Astro Shaw dan Tarantella Pictures Sdn Bhd juga tidak akan melupakan Fauziah.
Pengarah Urusan Tarantella Pictures, Sharad Sharan, ketika dihubungi semalam berkata, andai kata kutipan filem Ombak Rindu mampu mencecah sekurang-kurangnya RM8 juta, semestinya ada bonus disediakan oleh pihaknya. Ujarnya, ia adalah penghargaan yang harus diberikan atas segala usaha yang sudah mereka lakukan. "Itu janji saya. Malah Fauziah sebagai penulis novel pun takkan saya lupakan kerana dia juga berhak untuk menerima bonus itu. Apapun, saya sangat gembira dengan pencapaian diraih Ombak Rindu setakat ini yang sangat hebat.
"Saya percaya antara kos mereka cuma kos masa untuk berbincang, kos kertas perjanjian dan guaman dengan pihak penerbit filem. Dalam hal ini, sewajarnya boleh dapat lebih kerana mereka tak ada kos cetak, iklan seperti menerbitkan buku. Hanya menyerahkan hak untuk diterbitkan. Seperti yang saya kata, penerbit buku tak jangka lalu perjanjian sambil lewa lebih memihak satu pihak. Saya yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini, memang tidak memahami apa-apa, maka perjanjian diteruskan." Mengulas mengenai bayaran diterima Fauziah itu, Sharad berkata, novel Ombak Rindu diterbitkan Alaf 21 dan semua persetujuan dibuat mengikut kontrak. Namun katanya, dia memahami sumbangan Fauziah terhadap filem itu dan tidak akan mengenepikan Fauziah. Sementara itu, Sharad berkata, selepas mengetengahkan filem adaptasi pertama mereka, Lagenda Budak Setan tahun lalu, Ombak Rindu adalah karya kedua terbitan Tarantella Pictures. "Oleh itu, saya akan terus menerbitkan filem yang diadaptasikan daripada novel dan selepas ini Tarantella Pictures akan muncul pula dengan filem Untuk 3 Hari arahan Afdlin Shauki. Ia daripada novel tulisan Ahadiat Akashah. Sharad berkata, dia juga mahu menghantar filem Ombak Rindu untuk ditayangkan pada Festival Filem Cannes 2012. Menyentuh soal kejayaan Ombak Rindu, Sharad berkata, selain daripada jalan cerita dan pengarahan yang bagus, pembabitan pelakon juga memainkan peranan. Ujarnya, pemilihan bintang tepat untuk melakonkan setiap karakter. "Tidak ketinggalan, sinematografi yang cantik serta skor muzik dan lagu berkesan. Saya sangat gembira membaca maklum balas penonton di facebook (fb) yang rata-rata sangat tertarik pada gambar dan muzik Ombak Rindu," katanya. Menyorot paparan Ombak Rindu, ia mengisahkan Izzah lakonan Maya Karin iaitu gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah. Lalu ayah dan ibu saudaranya, mengambil alih tugas memelihara Izzah. Namun, Taha banyak berhutang dan disebabkan kesempitan wang, Taha menjual Izzah kepada seorang pemilik kelab malam. Di situlah bermulalah perkenalan Izzah dengan Hariz (Aaron Aziz) yang menjadi pelanggan di kelab itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |