Adsense

Isnin, 31 Oktober 2011

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Alyah selamat dibedah

Posted: 30 Oct 2011 08:12 PM PDT


ALYAH muntah-muntah sebelum dikejarkanke hospital.


BERMULA dengan muntah-muntah dan tubuhnya dirasakan tidak selesa, Alyah akhirnya mendapat tahu dia sebenarnya mempunyai masalah kesihatan di tahap serius sehingga memerlukan dirinya dibedah! Kata Alyah, pembedahan segera terpaksa dilakukan setelah dia mengalami sakit perut luar biasa dan badannya sangat lemah.
"Selepas mengalami muntah-muntah, badan rasa sangat tidak selesa, saya dihantar ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Ketika itu Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya, hidung dan mulut saya keluar air tanpa henti, bila doktor tekan bahagian perut, sakit yang teramat!" katanya ketika ditemui semasa sesi penggambaran klip video lagu Boomerang bersama kumpulan Chocolate di Roller Sports World, Sungai Wang Plaza, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Alyah atau nama sebenarnya Norhasliah Abu Hasan yang dikejarkan ke sebuah hospital pakar di Damansara menambah, selepas diperiksa oleh doktor yang merawatnya, dia terpaksa dibedah dengan segera ekoran apendiks di dalam perutnya sudah pecah.
Dalam pada itu katanya, kesan daripada umbai pada usus sebelah kanan itu telah pecah, ia juga telah merebak dan menyebabkan beberapa telur ovarinya menerima jangkitan.
"Oleh sebab itu, saya terpaksa menjalani dua kali pembedahan, pertama sekali pembedahan apendiks dan yang kedua pembedahan membersihkan jangkitan pada bahagian ovari," ujar bintang kelahiran rancangan Hiburan Minggu Ini tahun 2000 itu lagi.

Disebabkan kesakitan yang dialaminya, Alyah terpaksa menolak beberapa undangan menyanyi berikutan kebimbangannya beraksi di depan orang ramai.
"Saya tidak mahu mengecewakan peminat dengan memberikan persembahan yang sambil lewa dan main-main, lebih baik saya tolak pelawaan menyanyi kerana saya yakin tidak mampu menyanyi dengan sempurna daripada menghampakan mereka," ujar ibu pelantun lagu Kisah Hati yang kini baru pulih selepas menjalani pembedahan apendiks tersebut dua minggu lepas.
Selepas pembedahan, Alyah bagaimanapun tetap bertegas untuk meneruskan semula aktiviti nyanyiannya biarpun kadang-kala masih terasa ngilu di bahagian perut.
ALYAH baru selesai menjalani penggambaran klip video bersama kumpulan Chocolate untuk lagu Boomerang.


"Sampai hari ini saya masih lagi mengambil ubat-ubatan tahan sakit yang diberikan doktor, tapi saya tidak boleh membatalkan semua janji temu dan aktiviti yang awal-awal telah saya rancangkan," tekad Alyah berbicara.
Atas alasan itu juga, Alyah sentiasa menghadiri sesi perbincangan mahupun latihan bersama kumpulan Chocolate di bawah syarikatnya, Like Music Entertainment juga sepanjang pembikinan klip video itu.
Menerusi single pertama kumpulan Chocolate, Alyah diundang sebagai penyanyi jemputan menerusi lagu berjudul Boomerang.
Lagu yang berkonsepkan pop retro itu digubah oleh komposer terkenal Audi Mok dan Omar K manakala lirik pula ditulis oleh Ad Samad.
Kisah hati
Sementara itu, Alyah turut ditebak dengan ramalan ramai mengenai lagu ciptaan sepenuhnya Manusia Putih yang dikatakan berhantu dan telah terpilih ke peringkat semi final Muzik-Muzik 26, malah lagu itu juga dikatakan bakal layak sekali gus ke peringkat akhir.
Dalam pada itu, ujarnya video klip single Kisah Hati kini mencapai antara penonton paling ramai di laman YouTube dan hal ini sama sekali di luar jangkaannya.
"Saya baru dapat panggilan yang menyatakan video klip Kisah Hati mendapat jumlah penonton paling ramai di YouTube.
"Tiada apa yang lainnya dalam klip video itu, mungkin orang ramai boleh lihat kesungguhan saya memberikan yang terbaik dalam setiap shot sekali gus menzahirkan jiwa saya dalam lagu, itu yang menarik minat penonton dan peminat.
Tambahnya: "Syukur Alhamdulillah saya dapat masuk ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 26 dan persiapan saya lebih kepada menjaga kesihatan, harap dapat stabilkan diri saya menjelang tarikh pertandingan.
"Rezeki di tangan Tuhan, kalau dapat ke final juga syukur Alhamdulillah" getusnya yang bakal berentap pada 18 November ini bersama 29 buah lagu lain untuk layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 26.

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Tetap pertahan prinsip diri

Posted:

Tetap pertahan prinsip diri

Tetap pertahan prinsip diri

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ihsan WARNER MUSIC MALAYSIA dan HAFIZ JOHARI


SELAIN menyanyi, Charice juga mahu meluaskan bakatnya dalam bidang lakonan.


TIADA siapa pernah menyangka gadis genit ini mampu mencipta kejayaan luar biasa dalam sekelip mata. Kalau ada yang mengatakan dia menumpang populariti tokoh terunggul dalam industri hiburan untuk meledakkan namanya, rasanya perkara itu tidak benar sama sekali.

Kejayaan Charmaine Clarice Relucio Pempengco atau lebih dikenali dengan nama pentas, Charice sebenarnya terletak pada bakat besar yang dimilikinya itu.

Jika tidak, Oprah Winfrey tidak akan sewenang-wenangnya menggelarkan Charice sebagai gadis paling berbakat di dunia sewaktu Charice dijemput menyanyi dalam rancangannya.

Malah, kalau Charice dikatakan tidak berbakat seperti mana yang didakwa segelintir pihak, mana mungkin tokoh muzik tersohor dunia, David Foster sanggup meminjamkan magisnya untuk penyanyi kecil molek itu.

Namun bagi Charice, dia tidak pernah menganggap segala kejayaan yang dimilikinya hari ini adalah satu tiket untuk merubah hidup dan dirinya sendiri secara total.

"Pertama sekali, saya benar-benar bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada saya selama ini. Hakikatnya, untuk mencipta nama di persada antarabangsa bukan satu tugas mudah terutama untuk orang Asia.

"Tetapi, saya tetap dengan pendirian saya untuk kekal dengan identiti Asia saya. Mengapa? Kerana saya bangga dengan latar belakang dan negara kelahiran saya. Buat apa perlu saya tunduk dan mengikut kemahuan orang Barat yang mahu mengubah saya menjadi mereka.

"Sepanjang saya di Amerika Syarikat, saya berpegang teguh kepada asal-usul saya. Itu jugalah yang saya katakan kepada mereka jika mereka mahukan saya untuk berada dalam industri mereka.

"Ternyata mereka menerimanya dengan penuh terbuka dan hasilnya adalah apa yang anda semua lihat hari ini," jelas Charice yang cukup peramah itu dalam satu pertemuan singkat di Hotel Ritz-Carlton, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kehadiran Charice ke negara ini adalah bersempena dengan Konsert Hitman: David Foster & Friends Live In Asia Tour 2011 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hanya kisah kerjaya

Menyambung bicara, Charice yang dilahirkan pada 10 Mei 1992 itu memberitahu untuk mencipta nama sebagai seorang artis memerlukan dirinya berkorban dalam banyak aspek.

Ini termasuklah apabila segelintir pihak media yang lebih mahu menggembar-gemburkan kisah peribadinya berbanding kerjayanya.

Bagi Charice, sebagai artis, ada perkara yang boleh dikongsi dengan masyarakat dan sebahagian lagi adalah untuk dirinya sendiri.

"Saya sedar ada yang cuba bertanya tentang cinta dan kisah keluarga saya. Tetapi, saya akan menolaknya dengan cara yang baik kerana saya juga tidak mahu diterima atas dasar kasihan hanya kerana saya dibesarkan sendirian oleh ibu saya.

"Saya mahu khalayak menilai diri saya menerusi bakat dan muzik yang saya persembahkan. Saya harus akui setakat ini semuanya berjalan dengan lancar apabila bakat saya lebih dipandang berbanding cerita lain.

"Apa yang saya harapkan agar ia akan terus berkekalan begitu kerana perjalanan seni saya bukan untuk hari ini dan esok sahaja tetapi untuk jangka masa yang panjang," jelasnya yang pernah menyertai ratusan pertandingan nyanyian di Filipina semata-mata mahu mengejar impian untuk menjadi seorang penyanyi.

Sudah menjadi lumrah, di sebalik kehebatan seorang penyanyi yang berjaya, mereka perlu menempuh kepayahan dan kesedihan sebelum mendaki puncak kejayaan.

Anak kelahiran Laguna, Filipina ini juga tidak terkecuali apabila perlu berdepan dengan situasi yang sungguh menyulitkan itu.

Tanpa selindung, penyanyi yang cukup popular dengan lagu Pyramid dan Note To God ini memberitahu kegemilangan yang dimilikinya hari ini adalah kesedihan masa silamnya.

Cita-cita

Dalam erti kata lain, kisah hidup Charice boleh diumpamakan seperti kisah dongeng Cinderella yang berakhir dengan kegembiraan.

"Saya tahu dan faham bagaimana perasaan seseorang itu yang dihina, dicaci dan dibenci oleh masyarakat hanya kerana latar belakang kita tidak sempurna di mata mereka.

"Bukan itu sahaja, pernah juga saya disingkirkan dalam sebuah pertandingan nyanyian di Filipina yang konsepnya mirip American Idol hanya kerana saya tidak mempunyai pakej lengkap.

"Saya percaya setiap apa yang dilalui oleh kita semuanya ditentukan oleh Tuhan. Saya bekerja keras untuk mencapai tahap ini dan ya, saya akui semuanya juga berkat sokongan serta bantuan ramai pihak.

"Atas alasan itu, saya mahu memberi semula kepada masyarakat terutama remaja yang senasib dengan saya untuk mengejar impian mereka sebagai seorang penghibur," jelas Charice yang pernah melahirkan sebuah album studio dan dua album mini sebelum bergelar penyanyi profesional.

Apa yang diluahkan oleh Charice itu merupakan salah satu impiannya di masa depan yakni untuk membantu anak-anak muda berbakat besar dalam merealisasikan cita-cita mereka.

Malah, Charice juga sudah membayangkan bahawa dia akan mempunyai sebuah syarikat rakaman dan studio sendiri bagi memastikan impiannya itu tercapai.

Tetapi, apa yang mengejutkan pihak media sewaktu sesi temu ramah itu apabila Charice memberitahu dia tidak mahu menjadi penyanyi untuk selama-lamanya.

Walaupun bidang nyanyian sudah menjadi minatnya sejak kecil, tetapi Charice mahu mempunyai pekerjaan tetap yang dapat menampung kehidupannya ketika di masa hadapan.

"Saya memang bercita-cita juga mahu menjadi seorang peguam dan ia tidak pernah padam sehingga ke hari ini. Saya mahu memiliki firma guaman saya sendiri.

"Saya akan memastikan mendapat keputusan cemerlang dalam bidang undang-undang apabila saya menyambung pengajian nanti," katanya dalam nada bersungguh.

Cinta pada lakonan

Dek kehebatan bakat luar biasanya itu, Charice pernah membintangi siri komedi popular, Glee dalam musim kedua tahun lalu.

Membawakan watak Sunshine Corazon, Charice telah meninggalkan impak yang bukan kecil dalam siri itu sehingga dia sendiri tidak menolak peluang seandainya ditawarkan berlakon dalam musim ketiga.

"Berlakon dalam siri Glee memang menyeronokkan dan saya sukakan semua pelakonnya terutama Lea Michele. Dia sendiri banyak mengajar saya tentang dunia seni dan itu membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus berjaya dalam bidang ini.

"Dalam masa yang sama, saya juga baru menjalani penggambaran filem Here Comes The Boom di samping Salma Hayek dan Kevin James. Watak saya sebagai seorang pelajar dan turut menyanyi dalam filem itu.

"Kalau saya terus diberikan peluang berlakon, saya akan menerimanya tetapi wataknya juga perlu sesuai dengan saya. Walau bagaimanapun, cinta pertama saya tetap nyanyian," katanya optimis.

Matang

Selepas setahun menggegarkan pentas muzik antarabangsa dengan album sulungnya, Charice, kini penyanyi bersuara mantap itu kembali dengan buah tangan terbarunya.

Diberi judul Infinity, Charice menyifatkan album keduanya itu adalah lambang kematangannya sebagai seorang penghibur.

Berbanding dengan album pertama yang lebih bersifat pop, kali ini kata Charice, dia berpeluang bekerjasama dengan penyanyi merangkap komposer ternama seperti Bruno Mars, JoJo, Nick Jonas dan Natasha Bedingfield.

"Album kali ini memang berbeza dari segi muziknya apabila hampir kesemua lagu-lagunya adalah berentak rancak dan R&B. Itu adalah transisi saya dalam bidang ini.

"Bukannya mahu lari dari genre pop dan lagu-lagu berentak nada tinggi tetapi, semakin saya dewasa, saya juga mahu mencari kelainan. Atas alasan itu jugalah, saya memilih R&B sebagai pertaruhan saya selepas ini.

"Lagu-lagu balada itu tetap ada dan akan menjadi identiti saya tetapi saya perlu mengurangkannya demi menjaga suara saya ini. Susah juga saya nanti kalau ia rosak kerana asyik menyanyi lagu-lagu bernada tinggi," katanya berseloroh.

Album Infinity yang akan dipasarkan pada 25 November ini memuatkan 11 buah lagu dengan Louder sebagai single pertama. Lagu-lagu lain termasuklah Before It Explodes, Lesson For Life, Never Always, One Day dan Far As The Sky.

Full content generated by Get Full RSS.

Balada bangkit, etnik mati

Posted:

Balada bangkit, etnik mati

Balada bangkit, etnik mati


SHILA Amzah bertanding tahun ini atas tiket lagu Beribu Sesalan bersama Ning Baizura dan Jaclyn Victor.


MEMANG benar seperti apa yang dikatakan sebelum ini. Pasaran muzik tempatan hakikatnya sukar diramal kerana trend muzik yang sentiasa berubah-rubah.

Harus diakui, tiga tahun kebelakangan ini pasaran muzik semasa telah didominasi oleh muzik indie sehingga menenggelamkan genre yang sedia ada.

Tidak keterlaluan dikatakan, kini senario itu sudah berubah apabila lagu-lagu berentak balada kini menjadi perhatian pencinta muzik tempatan.

Semuanya dapat dibuktikan pada majlis pengumuman 30 buah lagu yang layak bertanding dalam separuh akhir Muzik-Muzik Ke-26 (MM26) di Wisma Bentley Music, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Ternyata pertandingan yang menjadi buah mulut peminat muzik tanah air saban tahun itu memperlihatkan saingan hebat daripada 30 buah lagu yang layak bertanding tahun ini.

Seperti mana yang dikatakan tadi, lagu-lagu berentak balada sememangnya menjadi tumpuan kali ini dan dilihat sebagai calon utama untuk mara ke Anugerah Juara Lagu Ke-26 pada 29 Januari depan.

Antaranya Kisah Hati nyanyian Alyah, Beribu Sesalan (Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah), Awan Nano (Hafiz), Kisah Dongeng (Stacy), Sedetik Lebih (Anuar Zain), Luar Biasa (Shahir) dan Penakut (Yuna).

Tidak dilupakan lagu-lagu popular yang mendapat permintaan tinggi di corong radio seperti Kalau Berpacaran nyanyian Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, Kekanda Adinda (Monoloque & Atilia) serta Kurnia (Mizz Nina & Noh) juga bakal memberikan saingan tahun ini.

Ia sekali gus membuktikan bahawa pasaran muzik masa kini tidak lagi didominasi oleh satu genre sahaja.

Sebaliknya, variasi yang ditonjolkan juga secara tidak langsung memberi signal bahawa industri muzik kita belum lagi ketandusan muzik yang berkualiti.

Mengulas tentang senario ini, Pengurus Penerbitan Hiburan Primeworks Studios Sdn. Bhd., Fadzliniza Zakaria memberitahu pihaknya amat berpuas hati dengan perkembangan positif tersebut.

Tambahnya, ia sekali gus membuktikan bahawa industri muzik tempatan masih lagi mampu menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi.

"Kalau hendak memperkatakan tentang trend muzik semasa, ia adalah sesuatu yang normal dalam industri kita. Harus diakui, tiga tahun kebelakangan ini, muzik indie menjadi kegilaan ramai.

"Tetapi, sekarang ini kita sudah nampak variasi muzik yang dipertandingkan kali ini dan apa yang kami boleh katakan juga, ia kelihatan seimbang antara penyanyi solo dan kumpulan.

"Dalam masa yang sama juga, kami berbangga kerana tahun ini turut melibatkan penyertaan daripada pemuzik baru seperti Najwa Latif," ujarnya yang ditemui pada sidang akhbar usai sesi cabutan undian giliran persembahan artis untuk separuh akhir MM26.

Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Serik, takut

Posted: 30 Oct 2011 04:17 PM PDT

Hip

Sedia kembali ke lokasi

SEPATUTNYA nama Siti Elizad Mohd Sharifudin atau Ejad sudah sebaris dengan pelakon handalan atau bintang popular ketika ini kerana penampilannya dalam beberapa filem yang menyakinkan.

Bermula daripada filem Berlari Ke Langit diikuti dengan Gangster, Main-Main Cinta, Rock, Bilut, Lembing Awang Pulang Ke Dayang dan Cinta Yang Satu. Malangnya, nama Ejad kini bagaikan tenggelam timbul, malahan kadang-kadang seperti sudah tidak disedari kehadirannya dalam dunia lakonan. Tambahan pula ketika ini semakin ramai bakat baru yang datang silih berganti membuatkan ruang untuk Ejad mencari peluang dalam dunia semakin sempit.

Bagi pelakon berusia 27 tahun ini, masalah keluarga dan kesihatan dirinya membuatkan dia terpaksa memperlahankan kerjaya seninya.

Misalnya, baru-baru ini dia mengalami sakit perut keterlaluan hingga memaksa menjalani pemeriksaan disusuli pembedahan membuang ketumbuhan cyst yang dikesan serentak apendiks seminggu kemudian membuatkannya serik.

Walau peristiwa memasuki bilik pembedahan sudah sebulan berlalu, manakala lukanya juga beransur pulih, baginya pengalaman itu begitu menakutkan.
"Selama ini saya hanya menyangka perut saya berdepan masalah buncit. Saya mengawal pemakanan, berbengkung apabila keluar dan waktu malam pula melakukan regim menyapu losyen pembakar lemak.

"Cuma saya perasan sejak awal tahun masalah pada bahagian itu semakin kronik. Selepas melalui pemeriksaan, doktor mengesan kewujudan cyst yang menekan buah pinggang sekali gus mencetuskan rasa perit.

"Saya terlalu takut. Selepas dikeluarkan, doktor memaklumkan selama ini rupa-rupanya saya membawa cyst seberat empat kilogram," katanya yang kini tampak lebih langsing.

Mengakui bersyukur kerana kejadian itu secara tidak langsung mengingatkannya supaya sentiasa maklum perubahan diri, sebagai wanita tegasnya penjagaan kecantikan secara luaran saja tidak mencukupi sekiranya soal dalaman tidak diambil peduli.

"Sekarang saya tidak lagi memikirkan mahu sentiasa cantik dan langsing kerana ia akan pudar ditelan waktu namun kesihatan dalaman yang sentiasa dijaga mampu membuatkan kita cergas sepanjang masa," katanya.

Berbicara soal kerjaya, Ejad memaklumkan banyak produksi yang beranggapan dia masih mengambil cuti sakit sedangkan hakikatnya si pemilik mata bundar itu sudah sedia beraksi di hadapan kamera.

"Kesihatan semakin pulih. Luka pembedahan cepat sembuh dan kini saya tidak sabar kembali bekerja," ceritanya lagi.

Ada teman akrab baru

Sebelum mengambil cuti sakit, Ejad sempat menyelesaikan penggambaran telefilem Jamilah I Love You pada Julai lalu. Kini, selebriti yang mula bertapak di arena seni sejak enam tahun lalu itu semakin bersemangat untuk kembali bekerja, yang dikatakan didorong beberapa faktor terutama bosan dan sunyi.

Tanpa berselindung, aktres yang aktif di bidang peragaan itu turut mengakui barangkali kesunyian tanpa teman istimewa membuatkannya mahu melupakan lara dengan menyibukkan diri di set penggambaran daripada bersendirian di rumah.

Pemergian ibu tersayang, Nazariah Mohd Salleh, 62 pada April lalu juga menyebabkannya terasa kehilangan apatah lagi sebagai satu-satunya anak perempuan daripada lima bersaudara, Ejad sentiasa mendapat perhatian si ibu serta seisi keluarga.

"Saya kini kembali tinggal dengan ayah kerana lebih dekat dengan pusara ibu. Adik-beradik saya yang lain pula sudah berkeluarga tetapi syukur mereka tetap mengambil berat dan berharap saya bertemu jodoh dengan cepat," tambahnya tatkala menyentuh soal cinta.

Enggan mengenang kasih lalu yang tidak kesampaian, anak jati Kuala Lumpur itu menyerahkan soal jodoh di tangan Yang Maha Kuasa namun jika dimakbulkan biarlah lelaki yang bakal menghuni hatinya mampu menjadi teman suka duka sepanjang hayat dan menghormati orang tua.

Ketika ini ruang lingkup kehidupan solonya semakin terisi sejak kehadiran si kucing parsi bernama Snowball atau nama manjanya Tobel yang disifatkan sebagai teman akrabnya.

"Tobel milik adik ipar saya, tetapi selepas melahirkan anak sulungnya yang juga anak buah kesayangan saya kira-kira enam bulan lalu, dia menyerahkan kucing itu kepada saya. Sejak itu kami tidak pernah berenggang," katanya.

PROFIL

Nama penuh: Siti Elizad Mohd Sharifudin
Tarikh Lahir: 25 Mei 1984
Asal: Kuala Lumpur
Status: Bujang
Keluarga: Anak keempat daripada lima adik-beradik
Kerjaya: Pelakon, Pengacara, Model
Filem: Berlari Ke Langit, Gangster, Main-Main Cinta, Rock, Bilut, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Cinta Yang Satu

Full content generated by Get Full RSS.

Jamal mahu gempur

Posted: 30 Oct 2011 04:11 PM PDT

Hip

Jemput peminat saksikan persembahan di Atmosphere 360

RAJA pop, Jamal Abdillah, 53, sedia 'menggempur' peniaga yang menjual album cetak rompak Raja Pop 2 bersama-sama wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHP) dalam tempoh terdekat.

Wakilnya, Ali Razak Mestor, berkata isu penjualan cakera padat (CD) haram album baru penyanyi terbabit dikesan hanya selepas dua minggu ia berada di pasaran awal bulan ini mengundang rasa terkilan apatah lagi kos pembikinan album terbabit menggunakan tabungan sendiri. "Peminat menghubungi Jamal dan susulan daripada maklumat berkenaan, dia sendiri meninjau beberapa lokasi yang dikatakan menjadi sarang edaran terutama di sekitar Lembah Klang.

"Sudah pasti Jamal kecewa. Album yang belum dilancarkan itu dicetak rompak pada harga yang tidak munasabah malah pihak bertanggungjawab itu juga cukup licik apabila menampilkan gambar muka album sama seperti yang asli," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili penyanyi berkenaan dalam majlis sidang media persembahan Satu Malam Bersama Jamal Abdillah di Atmosphere 360 di Menara Kuala Lumpur.

Hadir sama Pengarah Urusan merangkap Pegawai Eksekutif Asian Kitchen (M) Sdn Bhd, Datuk Mohd Sabri Mohd Nadzir dan Pengarah Eksekutif Asian Kitchen (M) Sdn Bhd, Datuk Khairi Aseh.
Terdahulu Raja Pop 2 adalah kesinambungan album kompilasi Raja Pop yang dihasilkan pada 2003 dengan meraih jualan 150,000 unit dan Raja Pop 2 menampilkan rangkaian lagu era 50-an dan 60-an seperti S Effendy, Yopie Latul dan tidak terkecuali Rahim Maarof.

Antara dendangan yang dimuatkan adalah Jangan Kau Rayu, Bahagia Sementara, Lagu Rindu, Rayuan Maut, Perasaan, Tangisan Di Waktu Malam, Rundung Derita, Secupak Dua Cupak dan Manis.

Album yang menyaksikan Jamal selaku penerbit eksekutif itu juga menampilkan kolaborasi sulungnya bersama penyanyi hip hop terkenal, Malique berjudul Aku Maafkan Kamu yang berentak dance.

Sementara itu bagi persembahan yang bakal berlangsung pada 11 November ini, secara tidak langsung ia antara simbolik permulaan operasi restoran berputar di puncak menara yang kini di bawah kendalian Asian Kitchen dengan dekorasi serta nama baru, Atmosphere 360.

Bakal tampil bersama enam dendangan termasuk daripada kompilasi terbaru, Ali terlebih dulu menitipkan salam kemaafan berikutan ketiadaan penyanyi terbabit pada majlis itu dek faktor kesihatan.

Bagi Mohd Sabri, pemilihan penyanyi lagu Kekasih Awal dan Akhir itu sebagai pembuka tirai persembahan di Atmosphere 360 cukup tepat apabila beliau sentiasa dekat di hati peminat sekali pun sudah lebih tiga dekad bergelar penghibur.

Status Jamal yang berada pada kelas tersendiri juga antara faktor yang mendorong pengurusan Asian Kitchen memilihnya menyerikan malam penuh nostalgia sekali gus membawa pengunjung meneroka keistimewaan restoran berkenaan sambil menghayati dendangan.

"Hanya dalam tempoh enam minggu kerja pengubahsuaian keseluruhan dekorasi ruang dilaksanakan dan sudah pasti kita mahu pengunjung menikmati segala yang terbaik termasuk sajian serta panorama menarik dan pemilihan Jamal memang kena pada masanya," katanya.

Mengikut perancangan, acara dijangka bermula dengan majlis makan malam seawal jam 7.30 malam disusuli kemunculan penghibur berkenaan kira-kira sejam kemudian.

Sebanyak dua meja VIP yang memuatkan 10 orang untuk pada kadar RM15,000 manakala tempat duduk lain hanya dikenakan RM1,000 namun masih berpeluang mengikuti persembahan artis pujaan mereka secara ekslusif.

"Mungkin ada yang tertanya-tanya soal harga namun jika diperhalusi ia lebih kepada dekat dengan penghibur terbabit kerana anggaran pengunjung kira-kira 150 orang saja. Sudah pasti hanya yang istimewa berpeluang makam malam bersama Jamal Abdillah pada ketinggian 282 meter," ulasnya lagi. Keterangan lanjut atau tempahan tempat boleh diajukan ke 03-20202121.

Full content generated by Get Full RSS.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Shah Jazle Akui Rancang Bertunang Dengan Miera Liyana

Posted: 30 Oct 2011 05:03 PM PDT

Shah Jazle. Foto THE STAR Oleh ELLIS KHAN.

KUALA LUMPUR: Pelakon yang sedang meningkat naik, Shah Jazle memberitahu memang merancang untuk bertunang dengan kekasihnya, pelakon Miera Liyana.

Shah bagaimanapun memberitahu perancangan untuk bertunang itu bukan dalam masa terdekat.

"Ya benar saya dan Miera ada berbual-bual mengenai hubungan kami dan salah satu perkara dibincangkan adalah mengenai ikatan pertunangan.

"Tetapi kami tidak mahu terburu-buru kerana masing-masing sibuk dengan pelbagai aktviti. Itu hanya perbincangan sahaja," ujarnya ketika ditemui pada pada majlis pra-tonton rancangan terbaru Media Prima 2011 di sini, Jumaat.

Bercakap mengenai hubungannya dengan Miera, Shah memberitahu dia dan kekasihnya itu masih mengenali hati budi masing-masing dan percintaan mereka berada di tahap baik ketika ini.

"Percintaan saya dan Miera baik setakat ini walaupun masing-masing sibuk dengan kerjaya. Kami juga tidak mahu memberikan tekanan kepada hubungan itu kerana bimbang ia tidak akan menjadi. Kami serahkan kepada jodoh," ujarnya.

Sementara itu, Shah memberitahu dia bakal berada di luar negara selama lima bulan bermula Disember bagi menjalani penggambaran sebuah telefilem iaitu Bunga April arahan Along Kamaruddin dan drama bersiri Adam dan Hawa.

"Bunga April akan menjalani penggambaran di Australia selama sebulan manakala drama bersiri Adam dan Hawa akan dirakamkan sepenuhnya dibeberapa lokasi seperti India, Australia dan Mekkah.

"Penggambaran Adam dan Hawa yang mempunyai lebih 80 episod dijangka mengambil masa lebih kurang empat bulan ," katanya.

Pun begitu, Shah berkata, peluang berlakon dilokasi luar negara adalah sebagai bonus buat dirinya kerana selain mengutip pengalaman baru dia juga dapat berjalan-jalan di negara orang.

"Sudah pasti saya akan merindui keluarga dan teman-teman di sini tetapi ini adalah satu peluang besar buat diri saya dalam dunia lakonan," ujarnya.

///mstar///

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Tak pandai menyanyi, menari

Posted: 30 Oct 2011 06:47 AM PDT

NAMA Aaron Aziz, 35, menjadi sebutan dan bakatnya rebutan ramai penerbit dan pengarah filem tempatan. Mereka sanggup melaburkan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan pelakon bertubuh sasa itu menjadi bintang dalam filem dihasilkan.

Pada mereka, sekiranya Aaron membintangi filem dihasilkan, ia pasti mendapat sambutan dan ramai akan menontonnya di pawagam. Dalam erti kata lain, bakat dan namanya cuba dieksploitasi.

Bagaimanapun, perkara yang diharapkan tidak berlaku sebaik filem ditayangkan di pawagam. Percaturan mereka salah dan filem itu mendapat kritikan daripada penonton. Aaron juga melalui situasi ini dan sebagai pelakon, sudah tentu namanya turut tercalar.

Katanya, kadang-kadang apa yang dirancang pihak produksi tidak menjadi seperti apa yang digambarkan dan kerjaya sebagai pelakon juga mempunyai risikonya.


"Ada antara tawaran diterima nampak menarik di atas kertas. Malah apabila perbincangan dilakukan, pihak produksi bersungguh-sungguh dan menjanjikan filem dihasilkan pasti mampu menarik perhatian penonton.


"Sebagai pelakon, sudah tentu skrip diberikan itu menjadi penentu sama ada ia menarik atau tidak. Ada filem yang saya buat sebelum ini skripnya memang bagus.
Sewaktu perbincangan dilakukan juga sangat meyakinkan tetapi apabila melihat hasilnya, ia sangat mengecewakan.

"Sebagai pelakon, saya tidak boleh lakukan apa-apa sekiranya filem itu tidak bagus. Sebagai pelakon, kalau saya memberikan lakonan mantap macam mana sekali pun, tetapi hasil teknikal atau jalan ceritanya tidak menjadi seperti di dalam skrip, ia di luar bidang kuasa saya," katanya.

Pelakon KL Gangster, Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur, 2 Alam, Syyhh...Dia Datang, Evolusi KL Drift 2, Suaka dan Datin Ghairah ini tidak menafikan, dalam memberi kata putus terhadap tawaran itu, bayaran diterima turut menjadi faktor penentu.

Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada kerja yang harus dilakukan dan tidak sampai tahap sanggup untuk memusnahkan kerjaya sendiri semata-mata kerana mahu mengejar bayaran diberikan.

"Bayangkan kalau saya dibayar tinggi tetapi filem dihasilkan menerima kritikan hebat daripada penonton dan tiada siapa yang mahu menontonnya di pawagam.

"Sudahnya, apa akan jadi dengan kerjaya seni saya? Sudah tentu nama saya akan terus senyap dan lenyap. Sebagai pelakon, saya memikirkan perkara itu semua dan tidak mungkin saya mahu membiarkan ia terus berlaku," katanya.

Pentas teater juga melihat kehebatan Aaron hingga dilamar untuk membintangi Badai Semalam yang diadaptasi daripada novel popular karya Khadijah Hashim. Ia akan mula dipentaskan di Istana Budaya dari 11 hingga 20 November ini.

Ternyata dalam memberi kata putus terhadap lakonan, Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, ada syarat dan pantang larangnya, hinggakan baru kini terbuka hati beraksi di pentas teater.

Bapa kepada dua cahayamata, Danish Anqi dan Dwi Ariana ini berkata, dia memberikan syarat bahawa pementasan itu bukanlah muzikal supaya tiada nyanyian dan tarian.

"Kalau ada dua perkara ini, saya akan tolak awal-awal kerana saya tidak mahu kelihatan bodoh di pentas nanti. Bukan tidak ada tawaran sebelum ini tetapi kebanyakannya berkonsepkan muzikal menyebabkan saya mengambil keputusan tidak menerimanya.

"Sebelum saya merosakkan hasil kerja orang, lebih baik saya tolak awal-awal tawaran diberikan. Kelemahan saya dua perkara ini iaitu menyanyi dan menari.
Memang orang kata sebagai pelakon perkara itu seharusnya diambil sebagai satu cabaran, tetapi saya kenal diri dan kemampuan saya. Memang saya tidak boleh menyanyi dan tidak pandai menari," katanya.

Aktor yang cukup popular menerusi watak Malek dalam filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof ini berkata, sebelum ini Erma Fatima pernah melamarnya untuk membintangi Natrah tetapi kerana perlu menyanyi dan menari, dia terpaksa menolaknya.

"Saya juga menyaksikan Remy Ishak dalam drama teater muzikal itu. Dalam hati saya berkata, mujur saya tolak awal-awal. Jika tidak, pasti rosak keseluruhan produksi itu dengan gerak tari saya yang keras macam bangku dan suara pun entah ke laut.

"Pembabitan saya dalam teater ini bermula apabila pihak Istana Budaya merancang untuk mementaskan Salina. Bagaimanapun, kerana beberapa masalah, perkara itu terpaksa dibatalkan.

"Saya memang berminat untuk berlakon dalam Salina tetapi sayang ia terpaksa ditangguhkan. Kerana sudah bersetuju lebih awal, apabila datang tawaran untuk membintangi Badai Semalam, saya terima. Itupun dengan syarat tiada nyanyian dan tarian," katanya.

Aaron juga menafikan pementasan Badai Semalam ditunda dari April kepada November bukan kerana produksi menunggunya, sebaliknya berlaku masalah membabitkan pertukaran naskhah novel yang mahu diangkat ke pentas teater.

Aktor kelahiran Pasir Ris, Singapura pada 23 Februari 1976 itu pendukung watak utama sebagai Karim iaitu kekasih Mazni lakonan Erra Fazira.

Kata Aaron, antara sebab lain dia menerima tawaran beraksi di pentas teater kerana mahu mencabar kebolehan yang ada pada dirinya dalam bidang lakonan.

"Pentas teater sangat berbeza dan ia sesuatu yang asing bagi saya. Kalau dalam drama, lakonan banyak bermain dengan mata tetapi di pentas, sudah tentu perkara itu tidak nampak jelas. Aksi seorang pelakon itu lebih penting dan itu yang mahu saya pelajari lebih mendalam.

"Teater turut menuntut komitmen tinggi dan berterusan daripada seorang pelakon.
Saya harus memberikan fokus yang bukannya sedikit. Pada saya selain daripada aksi di atas pentas, untuk menjiwai watak romantis dan bertutur dalam bahasa berbunga juga menjadi antara cabaran yang harus saya hadapi.

"Selepas meneliti skrip yang sudah diolah sebanyak tiga kali, saya menyifatkan watak Karim sangat mencabar. Dalam usaha menghidupkan watak itu, saya cuba mencari keselesaan sendiri dan memahami susunan plot dalam skrip. Saya juga akan meneliti novel yang ditulis Khadijah Hashim ini bagi menjiwai watak Karim," katanya.

PROFIL:

Nama sebenar: Aaron Mustapha Aziz
Tarikh lahir: 23 Februari 1976
Tempat lahir: Pasir Ris, Singapura
Tinggi: 178 sentimeter
Berat: 78 kilogram
Kerjaya: Pelakon, model
Status: Berkahwin
Isteri: Diana Malik
Anak: Danish Anqi dan Dwi Ariana

Drama: Janji Diana, Sumayyah, Sadiq & Co, Cinta Gila, Cinta Lelong, rahsia Hati, Kasih Tercipta, Bulan Bertemu Matahari, Dilemma wanita, Cahaya Kasih, Malam 7 Likur, Hana Hani Strawberi, Oh Ibu, Emel Emilda, Cinta Q, Nora Elena dan Jiwa & Lara

Filem: KL Gangster, Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur, 2 Alam, Syyhh...Dia Datang, Evolusi KL Drift 2, Suaka dan Datin Ghairah

Pencapaian: Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2010

Full content generated by Get Full RSS.

Jenama baru, drama baru

Posted: 30 Oct 2011 06:38 AM PDT

MEMPERTAHANKAN kedudukan sebagai media pilihan ramai, Media Prima TV Networks meneruskan kecemerlangannya dengan menyiarkan pelbagai rancangan menarik dalam dan luar negara membabitkan empat stesen televisyennya iaitu TV3, TV9, ntv7 dan 8TV pada tahun hadapan.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Amrin Awaluddin, keempat-empat stesen televisyen itu menguasai jumlah tontonan televisyen tempatan dengan 48 peratus pada suku tahun pertama 2011.

Bagi memastikan jumlah itu terus meningkat beberapa strategi terutama dari sudut konsep dan bahan yang mahu disiarkan sudah pun dirangka TV3, TV9, ntv7 dan 8TV sepanjang tahun depan.

Sewaktu majlis pratonton yang berlangsung di Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini, membabitkan rancangan menarik bakal ditayangkan keempat-empat televisyen terbabit, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar berkata bagi memastikan jumlah tontonan terus dipertingkatkan, keempat-empat stesen televisyen di bawah Media Prima turut melaksanakan beberapa perubahan.


Turut hadir di majlis pratonton diadakan, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar; Pengurus Besar Kumpulan Penjenamaan TV9, Sherina Nordin; Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Airin Zainul dan Pengurus Besar Kumpulan Alt Media Sdn Bhd, Lam Swee Kim.


Terang Izham, antara perubahan besar dilakukan adalah penjanaan semula rancangan kanak-kanak di keempat-empat stesen televisyen yang diletakkan di bawah satu jenama Bananana! sementara TV9 yang kini berada di tangga kedua stesen paling ramai ditonton, turut mewujudkan jenama baru iaitu 9x dalam usaha untuk mendekati penonton muda.

"Menerusi 9x ini sasaran penonton adalah sekitar 15 hingga 29 tahun. Untuk itu fokus rancangan tahun depan lebih banyak tertumpu kepada mereka. Antara yang akan disiarkan seperti Friday I'm In Love dalam slot Aurora, Gila Bola dikendalikan Seelan Paul dan Kieran dari Hot fm. Rancangan realiti Versus di mana ia diterbitkan dengan kerjasama Hot.fm dalam usaha mencari kumpulan muzik berbakat.

"Selain itu, TV9 akan menyiarkan drama sebanyak lapan episod, Pulau, Bulan, Bintang dan Kita dan drama mengisi slot Ratu, Cinta Jangan Pergi. Rancangan bercorak muzikal juga turut disiarkan dalam Sound Check yang pada saya sangat bagus dan tidak seharusnya dilepaskan untuk ditonton. Ada rancangan yang sedia ada diteruskan seperti Skrin di 9 dan Apa Saja FBI dan rancangan dari Hollywood iaitu Teen Wolf," katanya.

Melihat kepada perubahan itu pastinya ramai yang tertanya apa akan berlaku kepada beberapa program dalam jenama Raudhah yang memang menjadi tumpuan penonton di TV9. Apatah lagi sewaktu di awal beroperasi, stesen menggunakan label Dekat Di Hati itu sangat sinonim dengan rancangan yang boleh dijadikan pengisian rohani dan keagamaan seperti Semanis Kurma, Halaqah, Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah dan Safiyya.

Tambahan pula, selepas melihat daripada senarai rancangan baru yang bakal diterbitkan bimbang sekiranya rancangan bercorak kerohanian itu akan terpinggir. Apatah lagi sekarang ini rancangan dalam jenama Raudhah tidak disiarkan di TV9 dalam waktu perdana.

Menjelaskan mengenai perkara itu Sherina menjelaskan waktu siaran program Raudhah adalah bertepatan dengan kehendak penonton dan perkara itu boleh dilihat menerusi maklum balas yang diterima pihak produksi.

"Kami tidak akan meminggirkan setiap rancangan dalam Raudhah, malah tahun hadapan rancangan seperti Tanya Ustaz atau Ustazah akan ditambah waktunya pada sebelah pagi. Jika dulu ia bersiaran pada jam 7.30 pagi tetapi kami akan tambah jam 6 pagi agar waktu tayangan lebih panjang.

"Kami tidak letak rancangan di bawah jenama Raudhah pada waktu perdana kerana memang penonton hanya menonton rancangan terbabit di waktu awal pagi selepas Subuh hingga jam 9 pagi dan pada waktu malam," katanya.

Sherina turut menegaskan walaupun tumpuan TV9 kepada penonton muda, namun dalam waktu sama mereka juga mahu meneruskan konsep sebelum ini yang mana TV9 menjadi saluran kerohanian. Malah, pihaknya mengalu-alukan produksi agar menghasilkan drama yang temanya berkisar mengenai dunia remaja dan kerohanian.

Menarik apabila TV3 masih meneruskan slot Seram dengan menyiarkan Amukan Pocong pada tahun depan. Sebelum itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad membangkitkan isu bahawa filem dan stesen televisyen banyak menyiarkan filem seram dan hantu dikhuatiri boleh melemahkan pemikiran dan daya fikir masyarakat.

Sementara itu, dalam satu sidang media khas dilakukan penggiat filem menyalahkan bahawa isu itu timbul bertitik tolak daripada pihak media dan sudah tentu stesen televisyen popular dan punya jumlah penonton paling ramai turut menerima tempias kerana mewujudkan satu slot khas untuk drama bersiri genre seram.

Di majlis itu, Nurul Aini menjelaskan walaupun kebanyakan drama yang disiarkan itu menakutkan, namun pihaknya akan memastikan ia akan memberikan pengajaran dari sudut moral.

"Kalau ada yang menyatakan bahawa TV3 antara media yang menjadi punca kepada timbulnya isu terbabit rasanya ia tidak benar kerana kami hanya mempunyai satu slot saja. Setiap drama seram disiarkan itu kami pastikan penonton akan belajar sesuatu daripadanya. Lagipun sebelum ia ditayangkan kami akan menyiarkan klasifikasi drama terbabit bahawa bagi mereka berada di bawah umur, panduan daripada ibu bapa adalah penting," katanya.

Pada majlis itu, menarik majlis pengumuman dilakukan Izham ala rancangan bual bicara Nite Live dan turut membabitkan beberapa artis popular termasuk Hujan, Jaclyn Victor dan bintang khas TVB yang dibawa dari Hong Kong.

Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Cabaran besar Remy, Jojo

Posted:

Cabaran besar Remy, Jojo

Cabaran besar Remy, Jojo

TANGGAL 29 Februari adalah satu tarikh yang cukup unik memandangkan ia hanya akan muncul pada 'tahun lompat' iaitu 29 Februari hanya muncul setiap empat tahun sekali. Berdasarkan tarikh tersebut, ia telah memberikan idea kepada KRU Studio untuk menerbitkan sebuah filem bercorak cinta muzikal dengan menggunakan judul 29 Februari.

Ia merupakan filem kedua yang diarahkan oleh Edry selepas filem Magika pada tahun lalu.

Berbanding dengan filem sulungnya sebelum ini yang bercorak fantasi serta memaparkan kisah dongeng masyarakat Melayu, 29 Februari pula berkisar tentang kisah cinta dua insan yang berbeza latar belakang agama dan budaya.

Memfokus tentang seorang lelaki bernama Budi yang dilahirkan pada 29 Februari 1896 dan sepanjang kehidupannya dia telah melalui saat-saat penting dalam peristiwa yang berlaku dalam sejarah Malaysia.

Selain melalui kehidupan dalam pelbagai era, pada masa yang sama Budi juga telah jatuh cinta dengan seorang gadis berketurunan Cina iaitu Lily, namun cinta mereka mendapat halangan dari keluarga gadis berkenaan.

Pelakon utama 29 Februari, Remy Ishak yang memegang perananBudi memberitahu dia tertarik menerima lamaran Edry untuk berlakon dalam filem tersebut adalah disebabkan watak yang agak berlainan berbanding filem-filem lakonannya sebelum ini

Remy mengakui Budi adalah antara watak yang paling berat terpaksa dilakonkannya memandangkan dia perlu menukar perwatakan sebanyak tiga kali bagi mengikut kesesuaian zaman yang dilalui dalam filem tersebut.

"Memang ia adalah sebuah filem yang bercorak cinta, namun ia turut memaparkan kisah hidup yang dilalui oleh Budi yang hidup dengan usia lebih 100 tahun dan telah melalui kehidupan dalam zaman yang sering berubah-ubah.

"Misalnya, saya terpaksa membawa karakter yang berbeza ketika era 40-an, 50-an, 60-an dan sehinggalah pada tahun 2012. Walaupun watak yang saya bawakan ini agak mencabar, tetapi ia adalah satu watak yang sangat menarik," jelasnya ketika ditemui sewaktu sesi penggambaran filem berkenaan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur minggu lalu.

Selain itu, antara cabaran lain yang terpaksa ditempuhi olehnya apabila dia terpaksa menyanyi tiga buah lagu memandangkan 29 Februari adalah sebuah filem yang bercorak cinta muzikal.


REMY dan Jojo menggalas tanggungjawab untuk menghidupkan paparan realiti jalinan cinta antara dua insan berlainan adat dan agama menerusi filem 29 Februari.


Menurut Remy, dalam filem berkenaan dia terpaksa menyanyikan tiga buah lagu yang dihasilkan sepenuhnya oleh Edry iaitu Seperti Dulu, Jagalah Diri dan Kelip Kelip yang dinyanyikan secara duet bersama Jojo.

"Ini merupakan cubaan pertama saya untuk menyanyi dalam sesebuah filem. Saya akui ini juga sebenarnya adalah antara cabaran yang terpaksa ditempuhi kerana saya memang tidak pandai menyanyi," ujarnya.

Ditanya mengenai kerjasama sulung dengan Edry, aktor yang popular dengan drama bersiri Nur Kasih itu sangat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh pengarah tersebut ketika membawakan watak sebagai Budi.

Ujar Remy, meskipun dia sudah melakonkan pelbagai watak sepanjang karier lakonannya sama ada dalam drama atau filem, namun dia mengakui masih lagi memerlukan bantuan pengarah untuk membentuk karakter yang lebih berkesan.

"Sebelum ini saya sudah kerap berlakon di bawah pengarah yang biasa seperti Osman Ali dan Khabir Bhatia. Kali ini bekerjasama dengan Edry telah memberikan satu pengalaman yang cukup bermakna dalam karier saya sebagai pelakon," ujarnya.

Bagi Jojo Goh yang memegang watak Lily pula, dia tidak menyangka apabila menjadi pilihan Edry setelah pada mulanya merasakan dia tidak memiliki peluang yang cerah untuk membintangi filem tersebut.

Jelasnya, setelah menghadiri uji bakat yang pertama pada awal tahun, dia langsung tidak dihubungi oleh pihak KRU Studio. Sehinggalah pada bulan Julai yang lalu apabila dia diminta untuk menghadiri sekali lagi uji bakat dan terus terpilih.

"Selama ini saya kerap berlakon dalam drama serta telefilem Cina dan ini adalah kali pertama saya terbabit dalam pembikinan filem Melayu. Malah, saya rasa cukup bertuah apabila dapat bergandingan dengan pelakon yang hebat seperti Remy.

"Saya akui sebelum berlakon dalam filem ini saya memang langsung tidak mengenali dia. Sehinggakan saya terpaksa mencari maklumat tentang dirinya di dalam Internet, jelasnya.

Mengenai pengalaman berlakon bersama Remy, pelakon kelahiran Alor Star, Kedah itu menjelaskan tidaklah terlalu sukar untuk mencari keserasian di antara mereka berdua dan menyifatkannya sebagai seorang pelakon yang cukup profesional.

"Pada mulanya memang saya rasa agak kekok kerana tidak terlalu mengenali Remy. Bagaimanapun, rasa kekok itu akhirnya terus hilang setelah masing-masing menjadi semakin selesa untuk melakonkan babak-babak cinta," ujarnya.

Fasih

Memandangkan ini adalah pertama kali terbabit secara langsung dalam pembikinan filem Melayu, Jojo menyatakan penggunaan bahasa sememangnya adalah antara cabaran getir yang terpaksa ditempuhinya.


REMY dan Jojo mencipta sejarah sebagai hero dan heroin filem 3D pertama Malaysia.


Ujarnya, dalam filem berkenaan dia terpaksa bertutur dalam bahasa Melayu sebanyak 90 peratus dan pengarah sendiri telah memintanya untuk bertutur dengan fasih agar watak yang dibawakannya itu nampak lebih berkesan.

"Sebenarnya saya memang sudah fasih berbahasa Melayu memandangkan saya sendiri dibesarkan di persekitaran masyarakat Melayu. Cuma sudah tentu penggunaan bahasa di dalam filem agak berlainan dengan pertuturan seharian.

"Sehinggakan saya yang sebelum ini tidak pernah menonton drama atau telefilem Melayu terpaksa menontonnya untuk mengenal pasti sebutan yang lebih tepat. Kalau di lokasi penggambaran pula, saya akan bertutur dalam bahasa Melayu dengan semua orang," jelasnya.

Menurut Jojo, selepas selesai menjalani penggambaran filem tersebut, dia bersedia menerima tawaran untuk berlakon dalam drama dan filem Melayu dan berharap kehadirannya nanti akan diterima peminat seperti pelakon berketurunan Cina yang lain.

Tiz Zaqyah

Dan pada itu, Remy Ishak telah membuat pengakuan bahawa dia sememangnya kini sedang menjalin hubungan cinta dengan aktres Tiz Zaqyah.

Menurut Remy, dia tidak bermaksud untuk menyembunyikan hubungannya dengan aktres berkenaan selama ini kerana merasakan percintaan mereka masih lagi peringkat yang terlalu awal.

"Memang saya mengaku sekarang ini sedang bercinta dengan Tiz dan dia adalah satu-satunya wanita yang bertakhta di hati saya. Namun, kami ambil keputusan untuk tidak menggembar-gemburkan tentang hubungan kami kepada peminat," luahnya.

"Lagipun saya sendiri masih tidak tahu sejauh mana perhubungan kami berdua dan saya risau kalau hubungan percintaan kami ini terlalu diperbesarkan akhirnya tidak menjadi kenyataan," jelasnya.

Menurut Remy, buat masa ini mereka masih dalam proses saling mengenali hati budi masing-masing dan belum lagi membuat perancangan untuk mendirikan rumah tangga memandangkan kedua-duanya sibuk dengan jadual lakonan yang padat.

Full content generated by Get Full RSS.

Alyah selamat dibedah

Posted:

Alyah selamat dibedah

Alyah selamat dibedah

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


ALYAH muntah-muntah sebelum dikejarkanke hospital.


BERMULA dengan muntah-muntah dan tubuhnya dirasakan tidak selesa, Alyah akhirnya mendapat tahu dia sebenarnya mempunyai masalah kesihatan di tahap serius sehingga memerlukan dirinya dibedah! Kata Alyah, pembedahan segera terpaksa dilakukan setelah dia mengalami sakit perut luar biasa dan badannya sangat lemah.

"Selepas mengalami muntah-muntah, badan rasa sangat tidak selesa, saya dihantar ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Ketika itu Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya, hidung dan mulut saya keluar air tanpa henti, bila doktor tekan bahagian perut, sakit yang teramat!" katanya ketika ditemui semasa sesi penggambaran klip video lagu Boomerang bersama kumpulan Chocolate di Roller Sports World, Sungai Wang Plaza, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Alyah atau nama sebenarnya Norhasliah Abu Hasan yang dikejarkan ke sebuah hospital pakar di Damansara menambah, selepas diperiksa oleh doktor yang merawatnya, dia terpaksa dibedah dengan segera ekoran apendiks di dalam perutnya sudah pecah.

Dalam pada itu katanya, kesan daripada umbai pada usus sebelah kanan itu telah pecah, ia juga telah merebak dan menyebabkan beberapa telur ovarinya menerima jangkitan.

"Oleh sebab itu, saya terpaksa menjalani dua kali pembedahan, pertama sekali pembedahan apendiks dan yang kedua pembedahan membersihkan jangkitan pada bahagian ovari," ujar bintang kelahiran rancangan Hiburan Minggu Ini tahun 2000 itu lagi.

Disebabkan kesakitan yang dialaminya, Alyah terpaksa menolak beberapa undangan menyanyi berikutan kebimbangannya beraksi di depan orang ramai.

"Saya tidak mahu mengecewakan peminat dengan memberikan persembahan yang sambil lewa dan main-main, lebih baik saya tolak pelawaan menyanyi kerana saya yakin tidak mampu menyanyi dengan sempurna daripada menghampakan mereka," ujar ibu pelantun lagu Kisah Hati yang kini baru pulih selepas menjalani pembedahan apendiks tersebut dua minggu lepas.

Selepas pembedahan, Alyah bagaimanapun tetap bertegas untuk meneruskan semula aktiviti nyanyiannya biarpun kadang-kala masih terasa ngilu di bahagian perut.


ALYAH baru selesai menjalani penggambaran klip video bersama kumpulan Chocolate untuk lagu Boomerang.


"Sampai hari ini saya masih lagi mengambil ubat-ubatan tahan sakit yang diberikan doktor, tapi saya tidak boleh membatalkan semua janji temu dan aktiviti yang awal-awal telah saya rancangkan," tekad Alyah berbicara.

Atas alasan itu juga, Alyah sentiasa menghadiri sesi perbincangan mahupun latihan bersama kumpulan Chocolate di bawah syarikatnya, Like Music Entertainment juga sepanjang pembikinan klip video itu.

Menerusi single pertama kumpulan Chocolate, Alyah diundang sebagai penyanyi jemputan menerusi lagu berjudul Boomerang.

Lagu yang berkonsepkan pop retro itu digubah oleh komposer terkenal Audi Mok dan Omar K manakala lirik pula ditulis oleh Ad Samad.

Kisah hati

Sementara itu, Alyah turut ditebak dengan ramalan ramai mengenai lagu ciptaan sepenuhnya Manusia Putih yang dikatakan berhantu dan telah terpilih ke peringkat semi final Muzik-Muzik 26, malah lagu itu juga dikatakan bakal layak sekali gus ke peringkat akhir.

Dalam pada itu, ujarnya video klip single Kisah Hati kini mencapai antara penonton paling ramai di laman YouTube dan hal ini sama sekali di luar jangkaannya.

"Saya baru dapat panggilan yang menyatakan video klip Kisah Hati mendapat jumlah penonton paling ramai di YouTube.

"Tiada apa yang lainnya dalam klip video itu, mungkin orang ramai boleh lihat kesungguhan saya memberikan yang terbaik dalam setiap shot sekali gus menzahirkan jiwa saya dalam lagu, itu yang menarik minat penonton dan peminat.

Tambahnya: "Syukur Alhamdulillah saya dapat masuk ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 26 dan persiapan saya lebih kepada menjaga kesihatan, harap dapat stabilkan diri saya menjelang tarikh pertandingan.

"Rezeki di tangan Tuhan, kalau dapat ke final juga syukur Alhamdulillah" getusnya yang bakal berentap pada 18 November ini bersama 29 buah lagu lain untuk layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 26.

Full content generated by Get Full RSS.

Adele batal semua konsert

Posted:

Adele batal semua konsert

Adele batal semua konsert

MASALAH kerongkong yang telah dialami oleh penyanyi Adele sejak beberapa minggu yang lalu masih tidak sembuh telah menyebabkan konsertnya yang akan berlangsung sehingga hujung tahun ini terpaksa dibatalkan.

Namun, keputusan untuk membatalkan kesemua konsert yang sudah diaturkan itu bukanlah atas kehendaknya. Sebaliknya, doktor yang merawatnya menyarankan supaya dia berehat sehingga keadaannya benar-benar sudah pulih.

"Kami mahu meminta maaf kepada semua peminat Adele yang mahu menyaksikan konsertnya. Bagaimanapun, saya harap mereka semua akan faham kerana sejak kebelakangan ini Adele sering sakit," jelas salah seorang jurucakap penyanyi tersebut.

Pada 4 Oktober lalu, penyanyi berkenaan telah mendapatkan laporan perubatan terhadap masalah kerongkong yang dialaminya. Dia memberitahu menerusi laman blog peribadinya tentang masalah berkenaan sudah bermula sejak awal tahun ini dan kini ia semakin serius.

Sehingga kerongkongnya itu telah mengalami pendarahan dan kemudian ia telah merebak ke bahagian lain iaitu dada dan saluran pernafasan. Buat masa ini dia sedang menjalani rawatan untuk menyembuhkan penyakitnya itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Ahad, 30 Oktober 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Cara Senang Buka Bisnes di Usahawan.com

Posted: 30 Oct 2011 08:39 AM PDT

Budiey terfikir, sampai bila nak jadi blogger sepenuh masa. Kalau diberi peluang dan cukup modal, Budiey teringin sangat nak jadi seorang usahawan. Dalam erti kata lain, nak jugak buka bisnes jual barang. Secara online pun jadilah kan. Artis kita pun ramai yang dah berjinak berniaga. Contoh terdekat, masa trip ke Korea bersama Awal Ashaari & Scha Alyahya minggu lepas, Budiey ada gak borak dengan diorang pasal kedai kasut dan baju yang dibuka di eCurve. Melalui cerita diorang, Budiey rasa nak bukak satu kiosk tapi semua tu bukan senang nak mulakan. Ilmu pengetahuan tentang dunia perniagaan pun kita kena tahu gak. Sekurang-kurang, kita kena tahu serba sedikit tentang pengurusan perniagaan.

Budiey cuba google pasal dunia usahawan ni, lalu terjumpa dengan sebuah laman web Usahawan.com yang diuruskan sepenuhnya oleh syarikat 100% milik Bumiputera. Ditubuhkan pada tahun 2005, usahawan.com ini merupakan projek keusahawanan rakyat Malaysia yang sesuai dengan standard dan citarasa pasaran tempatan. Pendek kata, segala tentang perniagaan akan diajar secara berkesan kat laman web ini. Lagi pula, laman web ini menyarankan

Yang penting, usahawan.com ini mencipta peluang perniagaan baru di samping membantu mengembangkan perniagaan kita.

Usahawan.com menjurus ke arah menjadi penyedia peluang perniagaan yang serba-boleh dan berkesan di negara ini. Tujuannya adalah untuk membantu peniaga kecil & sederhana, pesara, graduan, bakal usahawan untuk memiliki dan mengendalikan perniagaan yang berjaya dan berkembang maju.

Teras perniagaan di usahawan.com adalah untuk membina hubungan baik dengan pelanggan dan untuk menjadi lebih peka terhadap citarasa pelanggan yang sentiasa berkembang.

Pakej perniagaan yang ditawarkan oleh Usahawan.com sesuai untuk diniagakan secara part-time atau full-time samada di rumah, kedai, kiosk, karnival, ekspo, pejabat, sekolah, kolej, universiti mahupun secara online bergantung pada jenis perniagaan yang dipilih.

Mungkin ramai yang tertanya, sebab musabab kenapa perlu memilih Usahawan.com sebagai rakan perniagaan?

Sebab 1: Bukan Sistem Francais
Tawaran pakej perniagaannya adalah bukan francais. Oleh itu, jimatkan sebahagian besar dari wang anda daripada membayar yuran untuk francais, bayaran royalti bulanan dan lain-lain kos. Anda tidak akan terikat dengan pelbagai sekatan sistem francais dan mempunyai kebebasan untuk menggunakan kemahiran untuk memasarkan produk anda sendiri.

Sebab 2: Harga yang Berpatutan
Pakej perniagaan yang ditawarkan dengan harga yang amat berpatutan dan boleh dimulakan serta-merta. Usahawan.com bukan orang tengah dan semua produk diperolehi secara langsung daripada kilang, pengeluar dan pengimport

Sebab 3: Latihan Percuma
Usahawan.com memberi demo / latihan secara PERCUMA berdasarkan permintaan yang akan diadakan di pejabat mereka.

Sebab 4: Sokongan Selepas Jualan
Usahawan.com tidak membiarkan anda berlalu begitu sahaja selepas membuat pembelian. Selagi mana yang anda diperlukan, mereka menawarkan khidmat bantuan teknikal dan khidmat.

Antara pakej-pakej perniagaan yang ditawarkan seperti:

Twisto
Twisto ialah hidangan makanan segera dari Mexico & Perancis yang benar-benar bersifat Antarabangsa Kini ditampilkan dengan citarasa Malaysia. Ia boleh dijadikan snek atau pemanis mulut dan boleh dinikmati pada bila-bila masa oleh sesiapa sahaja tidak kira golongan tua mahupun muda!

Pakej Perniagaan Twisto ini merangkumi Kiosk, Dapur Khas, Tepung, Pelbagai Jenis Perisa, Pembungkusan Produk, Latihan, Sokongan, Perkhidmatan Selepas Jualan dan Alatan-alatan khas yang lain.

Tanpa Yuran Francais, Tanpa Bayaran Royalti, Tanpa Caj Tersembunyi. Untuk info lanjut tentang Twisto, sila klik SINI

Bubble Waffle
Bubble Waffle merupakan alternatif bagi waffle, teksturnya lebih menyerupai bubble a (gelembung-gelembung kecil) atau butiran telur yang bercantum dengan penampilan menarik.

Sajian pantas dan mengenyangkan menjadi pilihan masyarakat yang sentiasa sibuk dengan tugas seharian, boleh dijadikan sebagai menu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

Pakej yang berharga serendah RM690 (harga asal RM890) ini merangkumi Mesin Bubble Waffle Gas, Banner, Display, Tepung Waffle, Pelbagai Jenis Jem, Pembungkusan Produk, Latihan dan Alatan Khas yang lain yang mana kesemuanya akan menjadi milik rakan niaga.

Untuk tahu lebih lanjut tentang Bubble Waffle ni, sila klik SINI

Cetak T-Shirt & Cenderahati
ernahkah anda terfikir urusan perniagaan anda akan menjadi semudah ini? Kami mempunyai jawapan untuk persoalan itu. Produk yang cuba dipasarkan ini mampu membuatkan anda tersenyum puas dengan hasilnya. Produk ini sangat baik dan kini harganya jauh lebih rendah sehingga membolehkan anda mampu memilikinya.

Peluang perniagaan yang anda impikan boleh dimulakan serta merta sebaik anda membeli mesin serbaguna ini. Ia merupakan perniagaan yang tidak tepu dan peluang terbuka luas untuk semua orang yang berminat. Mesin ini juga jauh lebih murah dan menjimatkan jika hendak dibandingkan dengan mesin pencetakan industri yang lain.

Anda boleh mencetak T-shirt dan pelbagai jenis cenderahati di ruang kerja dengan selesa dan segera boleh menyimpannya setelah tugas mencetak selesai.

Untuk info lebih lanjut tentang Cetak T-Shirt & Cenderahati ni, sila klik SINI

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Que Haidar Buka Bisnes Ikan Masin
  • SIAPA ANTARA 100 PESERTA YANG SUKSES DALAM NESCAFÉ® KICK-START™
  • Tambah Pendapatan Dengan Bisnes Kentang Spring
  • Gambar Shila OIAM di Anugerah Juara Lagu 23
  • Trivia: Sandal Putih Siapa?
  • Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir
  • Cara Mudah Untuk Dapatkan Nombor Henset Baru Yang Cantik
  • Dunia Glamor KIMORA: LIFE ON THE FAB LANE
  • DUNIAKU CARREFOUR DI TV3
  • ADV: Dapat Income 4 Angka Melalui Blog
  • Full content generated by Get Full RSS.