Adsense

Jumaat, 14 Oktober 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Seksi Wan Sharmila

Posted: 13 Oct 2011 08:40 PM PDT

Wan Sharmila mohon maaf isu gaun singkat ketika pertunjukan fesyen

PADA hujung talian, terselit sedikit nada ragu malah sempat Wan Sharmila bertanya mengenai topik yang bakal diajukan sebelum bibirnya melontarkan kata persetujuan untuk menjayakan sesi fotografi bersama B*POP. Hadir tepat pada waktu dijanjikan, masih terkesan sisa kebimbangan pada raut wajahnya.

Berkali-kali dia menagih kepastian, memohon diberi teguran jika gaya diberikan melampaui batas.
Wan Sharmila begitu berhati-hati pada sesi fotografi kali ini, tidak seperti selalu di mana dia ceria dan mudah memberikan gaya yang dituntut jurugambar.
Semua itu impak daripada penampilannya pada acara Music, Art, Style International Festival (MASiF) 2011, baru-baru ini.

Gara-gara gaun pendek yang mendedahkan bahagian belakang badannya, Wan Sharmila dikritik hebat terutama menerusi laman sesawang yang mengecamnya dengan pelbagai tuduhan.

Akur keterlanjuran yang berlaku tidak boleh ditarik semula, anak kelahiran Johor Bahru berusia 30 tahun ini selesa mengalah tanpa berbahas panjang untuk membela diri. Enggan isu yang hangat menjadi mainan di laman maya itu terus diperbesarkan, Wan Sharmila menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada pihak yang tersinggung atas sikap tidak sensitifnya itu.

Wan Sharmila juga tidak mahu meletakkan kekhilafan itu di bahu sesiapa, biarpun jauh di sudut hati, dia terguris dipalit pelbagai kecaman menyakitkan. Sesekali bibirnya meluahkan perkataan kesal, terutama apabila statusnya sebagai seorang janda dijadikan alibi oleh segelintir pihak untuk 'menghalalkan' penampilan seksinya itu.
"Itu hanya pandangan segelintir pihak dan saya tidak menyalahkan mereka jika masih belum mengenali siapa Wan Sharmila yang sebenar," luahnya perlahan.

Tidak memohon simpati atau berharap masyarakat akan segera menyebelahinya, Wan Sharmila cuma mendambakan peminat industri hiburan bersikap adil dan tidak pantas menilai seseorang berdasarkan penampilan luaran.

Wan Sharmila juga menyeru masyarakat supaya mengambil sedikit masa untuk mengenali dan mengkaji peribadinya sebelum menjatuhkan hukuman kepadanya.

"Salah saya juga kerana mengambil ringan semua perkara. Saya jenis menyarung apa saja pakaian yang saya rasa selesa. Begitu juga apabila diusulkan untuk menggayakan rekaan itu. Saya menerimanya tanpa banyak soal jawab.

"Langsung tidak terlintas di fikiran gaun itu boleh mencetuskan kontroversi dan membangkitkan kemarahan sesetengah pihak.

Percayalah bukan niat saya untuk merosakkan nama baik penggiat seni, sebaliknya saya cuma melunaskan apa yang saya fikirkan betul untuk diri saya," katanya.

Menerima teguran itu sebagai pembuka mata supaya dia lebih peka dalam penampilan, Wan Sharmila berkata, apa yang dilihat peminat itulah dirinya yang sebenar.

Dia tidak perlu hipokrit semata-mata untuk menjaga hati orang lain, sedangkan dalam dirinya bergolak pelbagai rasa kerana terpaksa tunduk kepada kemahuan masyarakat.

"Maaf jika saya tidak mampu menjadi seperti yang dimahukan peminat. Usah terlalu memaksa saya untuk berubah kerana saya cuma menjadi diri sendiri. Saya sedar sebagai artis banyak hati yang perlu dijaga. Tetapi saya juga ingin mencari keselesaan dalam diri, jadi saya berharap niat saya ini tidak disalahertikan.

"Janganlah kerana berstatus janda, ada yang menganggap saya mendapat lesen untuk bergaya seksi. Saya tetap sama seperti dulu, cuma mungkin apabila dikenali sedikit orang mula menilai penampilan saya," katanya.

Dilihat sebagai seorang artis yang menjauhi publisiti, Wan Sharmila yang baru muncul dalam filem Raya Tak Jadi berkata, hal itu tidak pernah berlaku.

Akur publisiti penting untuk membantu memacu kerjayanya, Wan Sharmila berkata, dia memahami tuntutan media yang mencari isu sensasi dan panas sebagai pelaris penerbitan.

"Mungkin saya tidak memenuhi kriteria yang dicari. Saya juga tidak seperti segelintir artis lain yang dikurniakan paras yang cantik, barangkali kerana itu saya jarang mendapat tempat di media cetak. Bukan tidak terasa tetapi kesibukan dengan penggambaran membuatkan saya jarang memikirkan soal itu. Saya tidak mahu cuma gah di sana sini tetapi langsung tidak memberi sumbangan kepada industri.

"Biarlah saya cari kepuasan dengan bekerja kerana percaya dari situ, lambat laun orang akan mencari dan ingin lebih mengenali siapa saya sebagai seorang pelakon," katanya.

Hati belum terbuka

SUDAH dua tahun, Wan Sharmila melayari hidup sendirian selepas bahtera perkahwinan yang dibinanya bersama penerbit, Fazli Bahrom menemui noktah.

Luka yang dulunya berdarah sudah lama terubat namun entah mengapa, hingga saat ini Wan Sharmila masih betah hidup sendirian tanpa ditemani lelaki sebagai kekasih.

Bukan tidak pernah memikirkan soal pengganti tetapi kata Wan Sharmila, hatinya belum terbuka untuk menerima lelaki sebagai pengganti kasih yang hilang.

"Bohong jika saya tidak rasa sunyi atau langsung tidak memikirkan soal jodoh. Saya bukan muda lagi, sudah 30 tahun. Selepas berdepan kegagalan, saya mengakui agak selektif mencari pengganti kerana enggan terluka lagi. Memang rumah tangga itu satu perjudian namun saya harus mencari yang terbaik dalam hidup.

"Setakat ini saya belum menemui jejaka yang membuat hati saya bersedia menerima cinta baru. Biarlah dulu, lagi pun saya baru dua tahun sendiri dan saya selesa begini," katanya.

Wan Sharmila akui, dia percaya kepada jodoh yang ditakdirkan Allah tetapi enggan terlalu mengejar kerana waktu untuk dirinya mengecap bahagian akan tiba juga nanti.

Pelumba basikal lasak dirempuh antelop

Posted: 13 Oct 2011 08:38 PM PDT

JOHANNESBURG, Afrika Selatan - Satu kemalangan melibatkan seorang pelumba basikal lasak dengan seekor antelop sudah cukup untuk mencetuskan sensasi di Internet.

Seorang penganjur perlumbaan, Max Cluer kelmarin berkata, Evan van der Spuy, 16, dirempuh mamalia tersebut ketika menyertai satu perlumbaan hujung minggu di sebuah taman hidupan liar di sini.

Antelop yang melanggar pelumba remaja itu adalah dari jenis hartebeest dengan berat lebih 200 kilogram.

Seorang pelumba lain yang merakam insiden tersebut kemudian menghantar klip video berkenaan ke laman perkongsian video YouTube bersama kata tanda bermaksud "Dahsyatnya!".

Ia ditonton lebih 5 juta kali setakat Rabu lepas.

Menurut Cluer, Van der Spuy tidak cedera teruk, manakala antelop tersebut kembali bersama kawanannya selepas kemalangan itu berlaku.

Van der Spuy pula memberitahu akhbar tempatan bahawa dia tidak ingat apa-apa tentang peristiwa itu, tetapi topi keledarnya yang pecah menjadi bukti pertembungan liar tersebut. - AP

Raja Naga kahwini orang biasa

Posted: 13 Oct 2011 08:38 PM PDT

PUNAKHA, Bhutan - Pemerintah Bhutan, Raja Jigme Khesar Namgyal Wangchuck berkahwin dengan pengantin perempuan daripada golongan rakyat biasa dalam istiadat purba mengikut agama Buddha yang diadakan di sebuah kuil bersejarah di Bhutan.

Memakai gelaran Raja Naga Kelima, Raja Jigme Wangchuck turun dari takhta emas di hadapan patung Buddha besar semalam, sebelum meletakkan mahkota di atas kepala pengantin perempuan, Jetsun Pema.

Kemudian, Raja Jigme, 31, kembali ke takhtanya. Sementara Pema duduk di sisinya sebagai permaisuri baharu Bhutan.

Pema yang baru berusia 21 tahun dan masih belajar merupakan anak perempuan seorang juruterbang komersial.

Upacara perkahwinan diraja itu disiarkan secara langsung di Bhutan, sebuah negara yang memiliki cuma 700,000 penduduk.

Beribu-ribu orang yang memakai pakaian tradisi negara di Banjaran Himalaya itu berkumpul di luar kuil berkenaan untuk memeriahkan lagi istiadat perkahwinan diraja tersebut. - AP

PC tewas kepada IPad dan telefon pintar

Posted: 13 Oct 2011 08:37 PM PDT

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Firma perunding Gartner kelmarin melaporkan jualan komputer peribadi (PC) di seluruh dunia merosot pada suku tahun kewangan yang berakhir baru-baru ini kerana pengguna lebih gemar membeli komputer meja dan telefon pintar.

Di AS, bilangan PC yang dieksport dalam suku kewangan ketiga tahun ini terus menurun.

"Pasaran PC pengguna terus lemah," kata penganalisis kanan Gartner, Mikako Kitagawa.

"Ia susulan gajet bukan PC termasuk tablet media seperti iPad dan telefon pintar yang semakin popular dan menjadi pilihan terkini pengguna," tambahnya.

Menurut Kitagawa lagi, Hewlett Packard (HP) kekal pengeluar komputer terbesar dunia, tetapi Lenovo yang berpangkalan di China semakin kukuh apabila jualan PC syarikat itu melonjak 25 peratus sekali gus merampas tempat kedua daripada Dell sepanjang tahun ini.

Laporan Gartner turut meramalkan tablet media dan telefon pintar akan terus memberi kesan kepada jualan PC terutama di AS. - AFP

Awie Minta Tidak Dilabel Gengster Melayu

Posted: 13 Oct 2011 08:36 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon dan vokalis kumpulan Wings, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman enggan dilabel sebagai seorang gengster Melayu hanya kerana imejnya.

Awie berkata, baginya gelaran itu tidak layak untuk dia kerana perwatakannya jauh berbeza di mana dia merupakan seorang yang suka melawak dan penyayang.

"Mungkin dari segi luaran saya nampak garang tapi sebenarnya saya seorang yang sangat penyayang tau," selorohnya ketika ditemui pada sidang akhbar penganjuran pertandingan nyanyian iaitu Barisan Nasional (BN) 1 Youth Music di pejabat Pemuda UMNO, Menara Datuk Onn, di sini, Khamis.

Bagaimanapun kata bintang filem Hantu Kak Limah Balik Rumah itu, gelaran tersebut diperkatakan mungkin kerana dia seorang yang lantang dalam mempertahankan haknya dalam apa jua perkara.

"Bagi mereka yang rapat dengan saya mereka akan tahu, saya seorang yang lantang bersuara dalam apa sahaja situasi bagi mempertahankan sesuatu hak.

"Paling tidak pun, saya seorang yang sangat tegas mengenai isu pembelaan artis. Mungkin dari situ orang nampak saya seorang yang kasar," katanya.

Sementara itu, pada sidang akhbar tersebut, Awie bersama rakan-rakan artis lain yang antaranya seperti Zed Zaidi, Adam (AF), Ezany Nizarif dan Rashdan Baba akan bekerjasama dengan Pemuda UMNO menganjurkan pertandingan BN 1 Youth Music.

Pertandingan yang dibuka kepada semua golongan itu akan bermula di sekitar pertengahan bulan November dan tarikhnya akan diumumkan tidak lama lagi.

Menurut Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin, para peserta perlu melalui uji bakat dengan merakamkan video nyanyian masing-masing dan kemudian ia perlu dihantar ke laman web rasmi pertandingan berkenaan.

"Peserta-peserta yang dipilih akan melalui proses saringan pula sebelum ke peringkat seterusnya iaitu pertandingan separuh akhir dan akhir yang diadakan secara langsung pula.

"Saya harap, menerusi pertandingan ini, lebih ramai lagi remaja berbakat tampil menunjukkan skil nyanyian masing-masing lebih-lebih lagi apabila mereka hanya perlu merakamkan video nyanyian sahaja tanpa perlu rasa takut untuk berhadapan dengan juri," katanya.

Tambah Khairi, BN 1 Youth Music juga tiada kaitan dengan unsur-unsur politik, malah ia diadakan agar dapat mengumpulkan anak-anak remaja melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah.

Antara selebriti yang akan bekerjasama dalam pertandingan ini ialah Awie, selaku ketua juri, Zed Zaidi, Adam AF, Ezany Nizariff, Rashdan Baba, Hairy (Kool) dan Alfa (Nico).

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Hantar mesej di Facebook selepas bunuh suami

Posted: 13 Oct 2011 05:30 PM PDT


nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]>

du 08.1 Hantar mesej di Facebook selepas bunuh suami
 

MELBOURNE, Amerika Syarikat (AS) – Seorang wanita berusia 40 tahun, Jennifer Lynn Hearn ditangkap selepas polis menyatakan bahawa dia menembak mati suaminya dalam satu pergaduhan dan menanamnya di sebuah kandang babi.

Dia kemudian menghantar mesej di Facebook dengan menyatakan bahawa suaminya, Carl Cliff Hearn berusia 41 tahun telah meninggalkannya selain menyatakan kegembiraan kerana menjadi bujang semula.

Wanita itu ditahan atas dakwaan melakukan pembunuhan kelas kedua baru-baru ini selepas ejen-ejen syerif menemui tinggalan mayat suaminya.

Mayat suaminya itu ditemui di dalam kandang babi di rumah keluarganya di Melbourne, Florida.

Selepas pejabat syerif menerima maklumat mengenai kejadian tersebut, Hearn memberitahu para penyiasat bahawa dia menembak suaminya dalam satu pergaduhan. – Agensi

///kosmo ///

Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Kumpul peminat di China

Posted:

Kumpul peminat di China

Kumpul peminat di China

ONE BUCK SHORT teruja semasa menyertai Rockaway 2011 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.


BERBEKAL keupayaan melantunkan genre pop punk bersama linguistik bahasa Inggeris, One Buck Short ternyata mempunyai ideologi tersendiri dalam merencanakan perjalanan seni mereka.

Walau sudah lebih lapan tahun menjadi anak seni, Mooky atau nama sebenarnya, Mundzir Abdul Latif, 29, Rahul atau Rahul Kukreja, 28, dan Imran atau Imran Fadzil Ishak, 27, kini lebih kebal bersama percubaan baharu bersama karya yang senafas lebih segar berbanding dahulu.

Cuba untuk lari menyusup ke dalam aliran adrenalin pendengar berbangsa Melayu pula, rempah-ratus yang dibikin mereka selama ini harus ditukar.

Seolah-olah satu ketenangan dan lebih dekat dengan telinga pendengar Melayu khususnya, lirik dan melodi dalam album terbaharu mereka keseluruhannya mencerminkan jiwa tempatan.

"Ini album pertama yang kami hasilkan sepenuhnya dalam bahasa Melayu, memang tepat jika andaian semua kami ingin memancing pendengar Melayu pula berbanding album sebelum ini yang hanya memuatkan tiga buah lagu berbahasa Melayu," bicara Mooky.

Kampong Glam, itulah judul album terbaharu One Buck Short. Dengar sahaja judul album itu, pendengar sudah boleh mengagak ia 100 peratus album Melayu.

"Kami memilih judul itu kerana ia melambangkan pemodenan yang sedang kita alami sekarang, walau seseorang merantau jauh ke tengah-tengah bandar hakikatnya di kampung kita sendiri pun sudah cukup terkenal dan glamor sebenarnya," tambah vokalis One Buck Short itu lagi.

Album penuh kedua yang dihasilkan One Buck Short itu memuatkan enam buah lagu yang lirik dan komposisi muziknya adalah ciptaan penuh anggota kumpulan itu.

Antara lagu yang termuat dalam album itu adalah Hitung Segala Rasa, Semangat, Ditiup Kata Rindu, Pok Pok Bujang Lapok serta Sekelip Mata dan single pertama yang diangkat menerusi album Kampong Glam iaitu Carilah Duit kini sudah siap pembikinan muzik videonya.

"Album ini menonjolkan kematangan kumpulan kami, dari segi susunan muzik, lirik dan melodi yang banyak mencirikan elemen tradisi dan asli masyarakat Malaysia," katanya yang turut menekankan unsur-unsur keseimbangan dan ketenangan dalam album Kampong Glam.

Kampong Glam juga sudah berjaya dilancarkan ketika malam konsert sempena Festival Rockaway yang berlangsung di Medan Parkir A, Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain itu, ditanya juga perkembangan terkini One Buck Short, katanya mereka kini sedang dalam proses menyiapkan album Inggeris kedua yang kemungkinan diedarkan pada tahun depan.

"Material semua sudah ada, kini hanya tunggu masa untuk latihan dan rakaman, tapi konsepnya album itu akan memuatkan semua lagu berbahasa Inggeris," ujar Mooky yang juga masih belum memilih nama untuk album ketiga One Buck Short.

Peminat di China


Kami berhasrat untuk masuk ke dalam pasaran negara China memandangkan populariti One Buck Short di sana cukup meluas - MOOKY


Menuntut ilmu biar sampai ke negara China, bidalan itu bukan saja menjadi pedoman buat One Buck Short tapi juga menyuntik inspirasi untuk 'melarikan diri' ke sana.

"Sangat mengejutkan kerana di sana juga One Buck Short ada peminat tersendiri dan sangat ramai, perkara ini terbukti sewaktu konsert kami di sana dua tahun lepas ketika mempromosikan album pertama Halal & Loving It," katanya yang turut mempromosikan album itu di Singapura, Australia, Filipina, Hong Kong, Macau dan China.

Album pertama One Buck Short, Halal & Loving It memuatkan 12 buat lagu dengan tiga daripadanya berbahasa Melayu.

Jelas Mooky lagi, ribuan peminat fanatik One Buck Short hadir membanjiri Festival Rock Nanjin ketika mereka dijemput untuk beraksi ketika itu.

"Menerusi album terbaharu ini juga, kami berhasrat untuk masuk ke dalam pasaran negara China memandangkan poulariti One Buck Short di sana cukup meluas dan kami juga sedang dalam proses belajar bahasa Mandarin agar lebih memudahkan berkomunikasi.

"Peminat di China dihubungkan melalui laman sosial Douban dan segala perkembangan terkini One Buck Short mereka sendiri akan maklumkan melalui rangkaian itu," terang Mooky akan visi One Buck Short.

Duet Hero Malaya

Diusik juga seandainya diberikan pilihan untuk berduet dengan mana-mana artis tempatan, One Buck Short lekas membariskan beberapa nama di hadapan penulis.

Kata mereka,: "Mestilah kami memilih hero-hero Malaya yang cukup disegani seperti Zainal Abidin dan Ramli Sarip. Tapi terfikir juga kadang-kadang untuk cuba berduet dengan Stacy atau Sharifah Aini dalam beberapa buah lagu."

Walau bagaimanapun, mereka sedikit terkilan disebabkan protokol sesetengah pihak sebelum berkolaborasi dengan beberapa penyanyi berbakat tanah air.

"Kalau berjaya kolaborasi yang kami inginkan ini, hasilnya sudah tentu akan meletup!," pintasnya mengakhir bualan.

Full content generated by Get Full RSS.

Maharaja Lawak Mega saingan tiga negara

Posted:

Maharaja Lawak Mega saingan tiga negara

Maharaja Lawak Mega saingan tiga negara

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


NIZAM (berdiri tujuh dari kanan) bersama calon peserta Maharaja Lawak Mega yang menawarkan ganjaran wang tunai RM350,000 buat juara.


SEBAGAI sebuah program komedi yang diminati ramai, rancangan Raja Lawak dan Maharaja Lawak sememangnya telah mencetuskan fenomena di kalangan penonton sehingga mengangkat bidang lawak jenaka ke peringkat yang lebih tinggi.

Dengan kemunculan kedua-dua rancangan tersebut, ia dilihat sudah mencungkil begitu ramai pelapis pelawak tempatan sedia ada yang telah mewarnai lagi industri hiburan tanah air.

Melihat kepada kejayaan yang dikecapi itu, maka pihak Astro telah membuat satu lagi kejutan apabila bakal menghasilkan sebuah lagi rancangan komedi menarik yang dikenali sebagai Maharaja Lawak Mega.

Apa yang menariknya tentang rancangan ini, ia bakal membabitkan para peserta di kalangan pelawak yang lebih berpengalaman dalam bidang komedi dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata, rancangan komedi terbaharu Astro itu menggunakan format dan konsep yang hampir serupa dengan Raja Lawak dan Maharaja Lawak.

"Jika kedua-dua rancangan sebelum ini membabitkan peserta yang tidak mempunyai sebarang pengalaman, kali ini kami bawakan pula para peserta yang boleh digelar sebagai otai lawak dan sudah lama dalam bidang komedi.


ACONG (kiri) dan Joey mencuba nasib menerusi kumpulan yang ditubuhkan mereka yang diberi nama Anje.


"Idea untuk menerbitkan rancangan ini timbul atas permintaan beberapa pelawak tempatan sendiri yang mahukan sebuah pertandingan yang khusus untuk pelawak yang sudah berpengalaman luas," jelasnya.

Ditanya mengenai penyertaan dari Singapura dan Indonesia pula, Nizam menjelaskan tujuan pihaknya mengundang peserta dari kedua-dua negara tersebut adalah sebagai platform kepada pelawak tempatan untuk dikenali di kedua-dua negara tersebut.

Ujarnya lagi, untuk pemilihan peserta dari luar pula dibuat adalah melalui perbincangan dan cadangan yang telah diberikan oleh rakan stesen televisyen di negara berkenaan.

"Apabila mereka memberi nama beberapa buah kumpulan lawak di negara masing-masing, kami terus menghantarkan jemputan untuk menyertai rancangan ini. Namun begitu, ada beberapa buah kumpulan yang terpaksa tolak kerana jadual yang tidak sesuai," ujarnya.

Berkenaan dengan sistem pemarkahan dan juri pula, Nizam memberitahu bahawa peratusan markah sebanyak 70 peratus akan diberikan oleh juri tetap, manakala 30 peratus lagi adalah menerusi undian penonton.

Untuk juri tetap pula, seramai tiga orang juri tetap yang akan dipilih serta seorang juri jemputan yang akan diundang dari kedua-dua negara tersebut pada setiap minggu.

Bagi pemilihan juri pula, kami telah menetapkan bahawa kesemua juri yang akan dipilih nanti terdiri daripada selebriti yang bukan berlatarbelakangkan pelawak atau pelakon komedi.

"Setiap peserta yang bertanding nanti tidak akan dinilai dari sudut teknikal memandangkan kesemuanya sudah berpengalaman luas. Sebaliknya, penilaian yang diberikan adalah berdasarkan kepada kelucuan dan elemen lawak jenaka yang menghiburkan," jelasnya.


KUMPULAN Syok (dari kiri), Sudin, Suhaimi dan Ifa.


Bakal bersiaran secara langsung bermula 28 Oktober ini pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Warna 132, pertandingan tersebut akan disertai oleh 17 peserta yang akan merebut gelaran juara.

Antara peserta yang bakal bersaing seperti kumpulan Pimai (dianggotai Sathiya, Imuda dan Yassin Sulaiman), Hiro (Hamdan, Ilya dan Ropie), Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik), Anje (Achong & Joey), Osbon (Mr. Os dan Abon), Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri), Rap (Aziz Kota, Pak Lah Cecupak dan Rama), Comel (Radhi Khalid dan Bell Ngasri), Lanun (Jegan, Elyas dan Salman), 3G (Yassin, Didie Alias dan Enot) serta dua peserta solo iaitu Adlin Aman Ramli dan Jalil Hamid.

Peserta Singapura pula diwakili oleh kumpulan Gebu (Hani dan Azian), gabungan peserta Malaysia dan Singapura iaitu kumpulan Syok (Ifa Raziah, Suhaimi dan Arif Sudin). Indonesia pula tampil dengan tiga kumpulan iaitu Bawel (Dodon, Amin dan Dadang), Saehu (Eko, Bocil dan Vicha) serta Caer (Adetao, Mister Ibo dan Lugiana).

Dijadualkan berlangsung selama 10 minggu, selain gelaran Maharaja Lawak Mega, para peserta yang akan muncul juara nanti akan membawa pulang hadiah wang tunai yang cukup lumayan iaitu RM350,000!

Mencabar

Dengan menggabungkan para peserta yang terdiri daripada pelawak dan pelakon komedi yang sudah berpengalaman luas ternyata memberikan cabaran yang tersendiri dalam usaha untuk bergelar juara sulung.

Salah satu kumpulan iaitu Anje yang terdiri daripada Acong dan Joey ketika ditemui mengakui adalah sesuatu yang cukup mencabar apabila bakal bersaing dengan peserta yang hebat.

Menurut Acong, biarpun menyedari peluang untuk muncul juara agak sukar, namun matlamat utama mereka untuk turut serta dalam rancangan tersebut adalah mahu menghiburkan orang ramai.

"Kami akui kalau dari segi populariti memang kami akan tewas. Bagaimanapun, itu bukan bermakna kami berputus asa kerana apa yang lebih penting adalah kreativiti ketika membuat persembahan nanti," ujarnya.

Sementara Ifa Raziah yang mewakili kumpulan Syok pula menyifatkan penggabungannya dengan peserta dari Singapura adalah satu langkah yang tepat dan yakin mereka mampu tampil sebagai sebuah kumpulan yang akan memberi cabaran sengit nanti.

Menurutnya, dia sendiri pada mulanya tidak menyangka apabila pihak Astro memberikan peluang untuk mereka bergabung sebagai sebuah kumpulan dan tiada masalah untuk bergandingan dengan pelawak lelaki.

"Sebelum ini saya memang sudah selalu bekerjasama dengan Suhaimi memandangkan saya memang sering tampil dalam rancangan televisyen di Singapura dan ini kali pertama bergandingan dengan Arif.

"Sebagai sebuah kumpulan kami tidak merasakan yang kami ini peserta dari Malaysia atau Singapura kerana bergerak di atas nama kumpulan Syok. Malah, kami berharap agar mendapat sokongan yang padu dari kedua-dua negara," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tuah 'Engkau' pada Idayu

Posted:

Tuah 'Engkau' pada Idayu

Tuah 'Engkau' pada Idayu

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


NOR IDAYU IDRIS pernah gagal kali pertama, namun kejayaannya meraih ganjaran wang tunai RM12,000 ini hasil percubaan kali keduanya.


DENGAN hanya meneka perkataan 'Engkau', akhirnya Nor Idayu Idris telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 dalam kempen Perkataan Pertama Kembali di Sinar FM yang dianjurkan oleh stesen radio popular tersebut.

Menerusi kempen yang diadakan pada bulan September lalu, Idayu menjadi peserta yang merangkul hadiah paling lumayan apabila memberi jawapan tersebut yang juga perkataan pertama untuk lagu berjudul Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara nyanyian kumpulan Mega.

"Sebenarnya sebelum ini saya pernah menyertai kempen yang sama pada bulan Mac yang lalu, tetapi gagal menjawab dengan tepat. Pada kali kedua ini barulah saya berjaya dan gembira kerana memenangi wang yang cukup lumayan.

"Kalau dalam percubaan pertama dahulu saya agak gugup, pengalaman lalu telah mengajar saya untuk lebih bersedia dan sentiasa menantikan peluang menghubungi konti Sinar FM untuk memberi jawapan yang tepat," ujarnya pada majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang baru-baru ini.

Menurutnya lagi, ketika berjaya menembusi panggilan pada 11 September yang lalu, dia beruntung kerana turut dibantu oleh abangnya yang merupakan seorang peminat lagu-lagu yang popular pada era 90-an.

"Saya sangat bertuah kerana saya dan abang mengetahui lirik lagu yang diputarkan oleh penyampai Zaidi Zainal ketika itu. Walaupun masa yang diberikan agak singkat, namun saya berasa sangat lega kerana dapat menjawab dengan tepat," ujarnya.


SAMBUTAN hangat. Kempen Perkataan Pertama Kembali menawarkan ganjaran wang tunai berjumlah RM70,000 untuk dimenangi pendengar Sinar FM.


Mengenai hadiah wang tunai lumayan yang telah dimenangi itu, Idayu menjelaskan setakat ini dia mahu berkongsi dengan ahli keluarganya dan mengagihkan sedikit kepada abangnya.

Kempen Perkataan Pertama Kembali di Sinar FM merupakan sebuah kuiz yang memerlukan para pendengar setia radio tersebut meneka dengan tepat perkataan pertama untuk sesebuah lagu yang diputarkan oleh penyampai dalam tempoh 10 saat.

Sejak ia berlangsung sepanjang bulan September, seramai 22 orang pendengar yang berjaya meneka dengan tepat dan memenangi hadiah wang tunai di antara RM300 sehingga RM12,000.

Sementara itu, Pengurus Saluran Sinar FM, Rostam Said yang ditemui berkata, sambutan yang diterima ternyata sangat menggalakkan berbanding ketika ia diadakan buat kali yang pertama sebelum ini. Sebanyak RM70,000 diperuntukan untuk diberikan kepada pemenang.

Ditanya sama ada kempen tersebut akan diteruskan lagi pada masa hadapan, Rostam menjelaskan, pihaknya masih belum mempunyai sebarang perancangan buat masa ini biarpun mendapat permintaan yang ramai daripada pendengar.

"Kalau boleh kami mahu terus menganjurkan kempen-kempen yang menarik kepada pendengar dan kalau ada pun mungkin menerusi konsep yang berbeza. Namun, itu semua masih belum dapat ditentukan lagi," jelasnya yang mengepalai radio paling popular di Malaysia dengan jumlah pendengar seramai 4.1 juta orang itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Sam borong macam-macam

Posted: 13 Oct 2011 06:25 AM PDT

HOLLYWOOD dan Malaysia, kalau dibandingkan dari segi teknologi memanglah industri perfileman kita jauh ketinggalan. Untuk berada setara dengan mereka, 20 tahun usaha pun belum tentu kita mampu mencapainya. Jika kita sudah hampir menyaingi teknologi mereka sekarang, ketika itu Hollywood semakin jauh ke depan.

Realistik menerima hakikat ini, pelakon popular, Shaheizy Sam, 29, bagaimanapun amat berbangga dengan pencapaian penggiat seni tempatan khususnya dalam bidang perfileman.

"Berpeluang melawat studio pengeluar filem seperti Universal Studios dan Warner Brothers membuka mata saya betapa bukan sedikit usaha perlu dilaksanakan penggiat seni tempatan untuk berada setaraf Hollywood.

"Sokongan kuat daripada kerajaan dan pihak swasta amat diperlukan bagi merealisasikannya. Seketika mengunjungi dua lokasi itu, sebenarnya menimbulkan lebih rasa hormat dan bangga saya terhadap penggiat seni tempatan.


"Dalam serba kekurangan, masalah ketiadaan studio, bajet kecil dan lokasi penggambaran yang kurang selesa, namun kita masih mampu menghasilkan filem yang baik sehingga ada sesetengahnya mendapat perhatian di festival filem antarabangsa.


"Tidak usahlah kita hendak membandingkan dengan filem Hollywood kerana Universal Studios dan Warner Brothers saja mempunyai berpuluh-puluh studio dan set canggih yang boleh diubah suai, siap ada hotel lagi untuk dihuni pelakon serta kru. Kerja dekat sana terlampau mudah dan sistematik," katanya.

Bukan itu saja, pelakon Adnan Sempit dan Kongsi ini berkata, sistem mereka bekerja mengikut waktu pejabat 9 pagi hingga 5 petang. Jika terlebih masa, dikira sebagai 'overtime' di mana semua yang terbabit dalam produksi layak menerima bayaran lebih. Satu hari ditetapkan hanya beberapa babak saja.

"Rehat yang cukup dan tidak tergesa-gesa mampu membantu penghasilan filem yang baik kerana setiap orang mempunyai tenaga yang cukup setiap kali shooting.
Berbeza dengan kita, pelakon dan kru tidak dibayar lebih walaupun bekerja lebih masa.

"Namun, seperkara yang saya sangat 'salute' pada penggiat seni tempatan, dedikasi pelakon dan kru untuk menyelesaikan sesebuah pembikinan filem mahupun drama mengikut waktu yang ditetapkan meski seharian penat bekerja.

"Saya percaya jika kita punya segala kemudahan seperti mana Hollywood, kita mampu menghasilkan filem yang hebat setanding mereka selain melahirkan ramai pelakon berkualiti," katanya.

Sam yang diberi peluang mengikuti Anugerah Skrin Los Angeles Study Trip atas kejayaannya menang Anugerah Khas Juri di Anugerah Skrin 2010 yang dilangsungkan 24 Disember lalu mengakui bertuah kerana terpilih untuk menyertai program lawatan sambil belajar itu.

Katanya, dia tidak mahu melepaskan peluang mengikuti rombongan yang bertandang pada 26 September hingga 3 Oktober lalu walaupun jadual seninya sangat sibuk berlakon satu demi satu filem.

Sam terpukau apabila berpeluang menjejakkan kaki ke Kodak Theatre pada 30 September lalu bagi menonton persembahan teater yang menggabungkan elemen sarkas dan seni akrobatik, Cirque du Soleil's Iris.

Apa yang menarik, Kodak Theatre yang menjadi lokasi acara berprestij seperti Anugerah Academy dan American Idol berada dalam perut pusat beli-belah Hollywood Boulevard yang dibina sekitar kawasan Hollywood Street.

Di situlah juga terpahat Laluan Kemasyhuran Hollywood atau 'Walk of Fame'. Selang beberapa bangunan daripadanya, kelihatan Madame Tussauds, muzium yang
mengabadikan patung lilin selebriti popular Hollywood daripada kelompok kelas A.

Akui Sam, seumur hidupnya tidak pernah menonton teater dan Cirque du Soleil's Iris adalah yang pertama. Bukan saja dapat menonton pementasan teater yang hebat, tetapi juga dapat berada dalam Kodak Theatre, tempat yang menjadi idaman penggiat seni seluruh dunia untuk berada di dalamnya khususnya penganugerahan Oscar.

Pelbagai lokasi dikunjungi Sam antaranya Downtown LA, Santa Monica, kota yang terletak di bahagian barat Amerika Syarikat atau terkenal dengan jolokan kota pantai di California.

Kali pertama menjejakkan kaki ke Los Angeles, tidak lengkap rasanya jika tidak membawa pulang ole-ole untuk keluarga dan sahabat handai. Justeru, Sam tidak terlepas membeli-belah di Camarillo Factory Outlet, Desert Hills, Rodeo Drive dan Famers Market.

"Saya banyak membeli untuk emak, adik-beradik, anak saudara dan teman-teman yang mengirim. Untuk saya sendiri lebih kepada kemeja-T dan seluar. Ada sut yang saya berkenaan namun kerana saya bertubuh kecil, susah hendak mencari saiz.

"Kalau ada pun saiz 36 (saiz Eropah) tetapi masih perlu dikecilkan. Jadi saya tidak membelinya takut nanti bila dikecilkan hilang potongan sebenarnya sut," katanya.

Rombongan itu turut disertai 24 lagi pemenang kategori yang dipertandingkan dalam ASK 2010.

Seminggu berada LA, akhirnya rombongan Anugerah Skrin Los Angeles Study Trip pulang ke tanah air pada 3 Oktober. Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sam yang juga pemenang Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010), bergegas ke pejabat MIG untuk kerja-kerja memasukkan suara filem Songlap.

Selepas kejayaan Adnan Sempit, Ngangkung dan Kongsi yang mencatat kutipan lebih RM8 juta, Sam turut membintangi Sekali Lagi, Bini-biniku Gangster dan bakal mempertaruhkan 8 Jam, Nongkrong dan Adnan Sempit 2.

PROFIL:

NAMA PENUH: Shaheizy Sam Abd Samad
TARIKH LAHIR: 4 September 1982
UMUR: 29 Tahun
BINTANG: Virgo
KERJAYA: Pelakon

TELEFILEM/DRAMA BERSIRI: Pa'e, Sama Tak Serupa, Graduan, Impak Maksima, KL Menjerit, Jangan Pandang Belakang 2, Legasi 43 Karat

FILEM: Adnan Sempit, Evolusi KL Drift 2, Jangan Pandang Belakang Congkak, Ngangkung, Kongsi, Sekali Lagi, Bini-Biniku Gangster, 8 Jam, Adnan Sempit 2, Nongkrong, Songlap

PENCAPAIAN: Pernah dicalonkan di Festival Filem Malaysia Ke 22 (2009) - kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam filem Bohsia, Pelakon Lelaki Paling Popular Anugerah Berita Harian 2010, Bintang Paling Popular Anugerah Berita Harian 2010.

Full content generated by Get Full RSS.

Tunggu minggu ke-2

Posted: 13 Oct 2011 06:03 AM PDT

SEMINGGU tayangan di 66 pawagam seluruh Malaysia sejak 6 Oktober lalu, kutipan filem seram Al-Hijab sudah mencecah RM1.6 juta.

Sekalipun belum mencapai angka RM4 juta seperti mana yang disasarkan, sutradara muda dan pelakon Pierre Andre yakin angka itu mampu diperbaiki apabila tayangan masuk minggu kedua.

Kata Pierre, pencapaian RM1.6 juta untuk tayangan pembukaan minggu pertama Al-Hijab boleh dianggap agak memberangsangkan.

"Memang sasaran awal diletakkan RM4 juta, tapi saya tidak mahu terlalu memikirkannya memandangkan tempoh tayangan masih lagi berjalan.


"Lagipun ramai yang belum menonton kerana sibuk bekerja dan hanya dapat memperuntukkan masa pada Sabtu dan Ahad untuk pergi ke panggung.


"Saya hanya faham ada yang tahu mengenai filem itu, ada yang tidak. Sebagai contoh, ketika membeli burger di satu kawasan di Kuala Lumpur, baru-baru ini, ada yang menegur saya, abang tidak buat filem lagi ke?

"Saya hairan dan terus memberitahu filem terbaru Al-Hijab sedang ditayangkan sekarang. Namun ia hanya segelintir saja.

"Bagi yang sudah menonton saya ucapkan terima kasih dan sebarkan perkara yang baik mengenai Al-Hijab kepada rakan-rakan.

"Saya juga mendapat pelbagai maklum balas mengenai filem arahan saya itu sepanjang seminggu ia ditayangkan. Ia cukup banyak membantu saya mendapatkan gambaran lebih jelas dan apa kelemahan yang perlu diperbaiki andai kata membuat filem lagi.

"Ada juga penonton yang puas menonton dan tidak kurang mahu mengulang tontonan untuk lebih memahami apa cuba disampaikan kepada mereka," katanya sewaktu dihubungi Rap.

Menjawab mengenai komen mengatakan pergerakan filem Al-Hijab agak perlahan, Pierre berkata: "Saya tidak menghidangkan rasa cemas dan ketakutan dari A hingga Z. Ketakutan itu hanya muncul pada babak-babak tertentu.

"Cerita seram selalunya perlahan kerana dalam hidup pun, kita lebih banyak menunggu. Apapun saya tetap akan terus mempromosikan filem ini dan ingin melihat perkembangan lebih baik untuk tayangan minggu kedua.

"Saya harap kutipan akan terus meningkat agar saya akan dapat terus berkarya di masa depan," katanya.

Sebelum ini dua filem arahannya, Jangan Tegur meraih RM3.42 juta sementara Jangan Pandang Belakang lakonan skrip karyanya mencatat kutipan RM5.7 juta.

Penggambaran Al-Hijab menelan kos sebanyak RM1.6 juta adalah karya pertama Empat Samudra Plantation Sdn Bhd.

Ia turut bakat baru Nur Fathia, Aziz M Osman, Nor Albaniah dan Maimon Talib.
Filem ini mengisahkan seorang pelakon lelaki baru yang mendapat tawaran berlakon filem seram, tetapi sukar menjiwai elemen ketakutan.

Pelbagai cara dilakukannya dan akhirnya dia meminta bantuan seorang wanita tua yang pandai dalam ilmu berkaitan makhluk halus. Wanita itu akhirnya berjaya membuka hijab (pandangan) pada matanya lalu pelakon itu mula melihat entiti dan lembaga menggerunkan di sekelilingnya.

Tidak dinafikan ada beberapa babak dalam filem ini yang membuatkan penonton wanita menjerit kerana terkejut.

Full content generated by Get Full RSS.

Khamis, 13 Oktober 2011

Sensasi

Sensasi


Jokes: Diary of the Dog and Cat

Posted: 13 Oct 2011 11:52 PM PDT

Jokes: Diary of a Blonde

Posted: 13 Oct 2011 11:34 PM PDT

Blonde girl sering dikaitkan dengan kebodohan....Silly Blonde Girl...entah kenapa ye..mungkin itulah hakikatnya ..

Jokes: who have to appologize in the end?girl or guy?

Posted: 13 Oct 2011 11:27 PM PDT


Klik gambar utk lebih jelas..

haha,mengarutlah zaman skrg nie lelaki semakin ego dan tak nak mengalah atau bersikap gentleman..tapi tak semua la...hehe

For Fun: Kenapa Cincin Perkahwinan disarung di jari manis?

Posted: 13 Oct 2011 11:08 PM PDT


satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam,kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar).

permainan dimulai.5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....

1.cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2.tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3.sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4.selanjutnya,tutup jari kelingking anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri,selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.

*kalau masih belum paham,cuba baca ayat diatas sekali lagi.


Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


KLCC Seni Festival 2011

Posted: 13 Oct 2011 05:10 PM PDT

KLCC SENI FESTIVAL KEMBALI LAGI DI DEWAN FILHARMONIK PETRONAS!

Masih segar daripada kejayaan KLCC Seni Festival yang pertama pada tahun lepas, Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) akan meneruskan kelangsungan pesta keraian ini dengan mempersembahkan muzik ekstravaganza perayaan seni dan budaya selama satu minggu menerusi KLCC Seni Festival 2011 bulan ini.

Idea di sebalik festival ini diinspirasikan dari kewujudan bangunan KLCC yang sendirinya merupakan sebuah pusat seni; DFP sebagai pentas persembahan untuk muzik dan artis tersohor pelbagai genre manakala Galeri PETRONAS pula menghimpunkan 1400 lukisan hasil karya pelukis-pelukis ternama dan Petrosains ialah pusat sains dan teknologi yang kreatif dan ekspresif – satu sinergi seni yang semulajadi, kesemuanya di bawah bumbung KLCC. Maka itu, festival ini bakal mempromosi dan meraikan seni Malaysia di menara berkembar yang ikonik.

Yazid & Orchestra 2

Rakyat Malaysia akan sekali lagi menyaksikan sejarah melalui keraian cabang seni yang pelbagai; tarian, muzik dan persembahan seni yang lain. Dengan tema 'Malaysia' yang sarat, festival ini akan dimulakan dengan gabungan Ensembel Seni MPO dan ASWARA Dance Company pada hari Rabu, 26 Oktober 11 pada pukul 8.30 malam. Bertemakan 'Living Traditions', mereka bakal mempersembahkan enam karya yang menggabungkan muzik dan tarian. Pentas DFP bakal menyaksikan persembahan hebat Wirama, Tapak 4 dan Allarippu oleh koreografer-koreografer tempatan yang terkenal seperti Joseph Gonzales, Shafirul Azmi dan Umesh Shetty. Persembahan ini bakal disusuli dengan tiga lagu persembahan ensembel MPO; Lex, Trio Tradisi and Vespertine Formations yang disulami dengan tarian-tarian segar. Nikmatilah sinergi hebat ini melalui kolaborasi terbaik dari dunia tarian dan muzik!

Festival ini seterusnya meraikan 'Malaysian Diversity' pada hari Jumaat, 28 Oktober 11 pada pukul 8.30 malam. Persembahan ini bakal menampilkan Orkestra Tradisional Malaysia di bawah pimpinan Mohd Yazid Zakaria. Ensembel ini akan mempersembahkan kekayaan seni budaya kita melalui muzik dan lagu, menampilkan penyanyi undangan Jaclyn Victor, Iqwal Hafiz dan kumpulan Orang Asli, Bahbola. Antara lagu yang bakal dipersembahkan ialah Gemilang, Joget Kenangan Manis, Somewhere, Corazon Espinado, medley P Ramlee, Pak Ngah Balik, Santubong, Sayang Kinabalu, Dondang Sayang, Empat Dara dan Zapin Budi. Persembahan ini bakal menyaksikan elemen perpaduan rakyat yang menjunjung tinggi konsep 1Malaysia. Konsert ini dipersembahkan oleh DFP dengan kerjasama Istana Budaya (di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan).

YWJ1 (4)

Pada hari Sabtu, 29 Oktober 11 pukul 8.30 malam, bakal dipersembahkan 'MPO's Native Foray' di mana Seni Groove Ensemble, di bawah pimpinan pemain trombon MPO Marques Young, akan menyampaikan muzik diinspirasi dari lagu-lagu P Ramlee, Sheila Majid, Siti Nurhaliza, James Brown dan Ibrahim Ferrer, dengan menyerlahkan pengaruh tempatan dan luar. Raikan muzikal ini, dari kaca mata seorang Barat yang hidup di Malaysia.

Festival ini bakal diakhiri dengan persembahan bertemakan 'Johor Heads North' oleh Badan Kesenian Warisan Johor pada hari Ahad, 30 Oktober 11 pukul 8.30 malam. Tarian berentak zapin dan muzik ghazal bakal bergema di pentas DFP. Seni budaya ini telah memikat masyarakat luar dan mendapat perhatian meluas. Nikmatilah keasyikan muzikal Pesona Jauhar yang terbahagi kepada empat segmen; Tika Dinihari, Terbitnya Suria, Cahaya Mega dan Berlabuhnya Malam Permata Tetap Bersinar.

(Nota: Bersempena dengan festival ini, Galeri PETRONAS akan mengadakan bengkel dan pameran di Tingkat 3, Suria KLCC. Masuk adalah PERCUMA. Keterangan lanjut boleh didapati di talian 03-23317770.)

(Nota II: Petrosains mengadakan pameran Music, Art, Science di Tingkat 4, Suria KLCC. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-23318181)

(Note III: Bergembiralah dengan aktiviti dan persembahan di KLCC Esplanade oleh antaranya Petrosains, No Noise Percussion, Royal Rhapsody SERATAS, Seri Puteri Winds, Stage Circle, Amir Jahari, Tony Leo, Dikir Barat, Saturday Afternoon, ASWARA Dance Company, Floor Fever dan ASWARA Percussion Ensemble. Sila rujuk lampiran.)

Bersama-samalah meraikan kemeriahan festival seni ini, hanya di DFP!

Maklumat Konsert

Tempat:
Dewan Filharmonik PETRONAS
Menara Berkembar PETRONAS

Orkestra / Konduktor / Solois / Ensembel
Ensembel Seni MPO (26 Okt 11)
ASWARA Dance Company (26 Okt 11)
Orkestra Tradisional Malaysia (28 Okt 11)
Mohd Yazid Zakaria konduktor (28 Okt 11)
Jaclyn Victor vokal (28 Okt 11)
Iqwal Hafiz vokal (28 Okt 11)
Bahbola ensembel Orang Asli (26 Okt 11)
Seni Groove Ensemble (29 Okt 11)
Marques Young ketua (29 Okt 11)
Badan Kesenian Warisan Johor (30 Okt 11)

Harga Tiket
Semua tiket: RM58 (RM48 untuk 100 pembelian pertama sebuah konsert)
Box Office
Isnin hingga Sabtu:10.00 pagi – 6.00 petang, 9.00 malam pada hari konsert
Ahad: 12.00 tengahari hingga ke waktu persembahan
Tempahan Telefon: 03- 2051 7007 Tempahan Fax: 03- 2051 7077
Tempahan Email: dfp_boxoffice@petronas.com.my
Laman Web DFP/MPO: www.dfp.com.my dan www.mpo.com.my

KLCC SF_Mailer Inside Pg (low res)

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Photo Red Carpet Busan International Film Festival 2011
  • Siaran Langsung Majlis Pelancaran Festival Kuala Lumpur Di TV1
  • Festival Anak Muda 2011 ROCK THE YOUTH
  • FESTIVAL MUZIK KUALA LUMPUR 2008
  • Chermin To Be Screened At Italian Film Festival
  • Budiey Belanja Tengok Wayang & Sambut Tahun Baru 2009
  • Festival Islamik 2011 Dibatalkan Penganjur Buat Hal
  • Promo: Movie Day Out Bersama Aizat AF5
  • Amanda Imani Menang Besar di Festival Discovery 2011
  • Amanda Imani Ke International Pop Music Festival Discovery 2011
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Joel Sih Jejaka Sempurna The Perfect Gentleman Ntv7

    Posted: 13 Oct 2011 03:26 PM PDT

    Joel Sih Jejaka Sempurna: The Perfect Gentleman

    Pemenang Grand Finale The Perfect Gentleman yang bersiaran berlangsung 8 Oktober lalu, di Sri Pentas 2, Alam Sentral telah pun terjawab. Walaupun mendapat komen buruk oleh para panel juri pada awalnya, Joel Sih, jejaka 31 tahun dari Klang itu tetap mampu tersenyum dan memberikan yang terbaik sehingga ke penghujungnya dan berjaya dinobatkan sebagai pemenang rancangan realiti ntv7 "The Perfect Gentleman" ,

    "Sebelum The Perfect Gentleman, saya pernah juga menyertai beberapa pertandingan sebegini namun tiada yang dapat dibandingkan dengan pengalaman yang saya perolehi daripada rancangan ini. Saya ingin berterima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan serta ntv7 yang menyediakan ruang untuk mempamerkan bakat yang kami ada," kata Joel.

    Judges (L-R) Jane Wong, Jiang Pei Pei, Mark Lee, Gillian Hung, Debbie Goh

    Joel bukan sahaja mampu tersenyum gembira malah membawa pulang hadiah utama yang bernilai sehingga RM80,000 setelah berjaya menewaskan lima lagi pesaingnya termasuklah John Lee dan Jake You yang hanya menduduki tempat kedua dan ketiga. Kedua-dua mereka juga membawa pulang hadiah bernilai RM50,000 dan RM 30,000 setiap seorang.

    Manakala anugerah Peserta Paling Popular dimenangi Kong Jie dan Peserta Paling Fotogenik pula dimenangi oleh John. Mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM 2,000 untuk kategori masing-masing. Anugerah Peserta Paling Popular ditentukan oleh undian SMS daripada penonton di rumah sebelum acara malam itu. Dua peserta daripada enam finalis yang tersingkir pada pusingan Top 4 adalah William Joey Lewis dan Wilson Choo.

    Acara pertandingan itu dimulakan dengan persembahan hebat enam finalis rancangan itu dengan aksi silap mata mereka. Mereka perlu menarik perhatian juri profesional dari awal lagi. Mereka ialah – Debbie Goh (Pelakon Wanita Paling Popular, Golden Awards 2010), Mark Lee (Pelakon dan pengacara terkenal Singapura), Jiang Pei Pei (Pengacara dan pelakon wanita terkenal), Gillian Hung (Presiden Pertubuhan Rasmi Pereka Malaysia), dan Jane Wong (Editor majalah).

    Rasa resah jelas terpancar dari enam finalis pada pusingan awal namun mereka tetap menunjukkan keyakinan diri masing-masing ketika diberi masa 30 saat dalam menjawab soalan yang diajukan mengenai kehidupan, hubungan dan tentang kerjaya mereka. Pada pusingan ketiga, penonton berpeluang melihat kelebihan yang ada pada diri mereka masing-masing melaui persembahan bakat. Peserta finalis juga diberi cabaran mengacara bersama pengacara pada malam itu, Hoong JiaHui.

    Kong Jie seorang pemain bola keranjang peringkat negeri, adalah peserta pertama mempamerkan bakatnya dengan kombinasi rutin tarian dan aksi bola keranjang. Wilson dan William pula memilih untuk menyanyikan lagu cinta. Sebuah lagi kejutan apabila Joel dan John menunjukkan aksi yang berbeza dan lebih ekstrem. Joel mempamerkan seni mempertahankan diri ternyata tampil lebih maskulin begitu juga John yang bermain aksi api. Namun jejaka yang merupakan jurutera minyak & gas yang berjaya mencuri tumpuan ramai dengan persembahan hip hop-nya.

    Top 6 with host, Hoong JiaHui

    Pada pusingan Top 4, sekali lagi mereka diuji dalam kebijaksanaan menjawab soalan. Dengan bersahaja dan lebih yakin, Joel Sih berjaya memberi jawapan yang mendapat pujian panel juri. "Saya amat berbangga dengan persembahan Joel hari ini kerana dia telah memberikan 100% usahanya," kata juri, Jiang Pei Pei.

    "Kami sangat berterima kasih kepada para penaja, rakan-rakan, dan pihak media di atas segala sokongan mereka dalam rancangan The Perfect Gentleman. Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Joel diatas kemenangannnya dan pasti Malaysia akan lebih melihatnya selepas ini," kata Lai Cheah Yee, Pengurus, Kumpulan Pengurusan Penjenamaan ntv7.

    Penyanyi pujaan yang juga pelakon wanita dari Hong Kong, Stephy Tang membuat persembahan istimewa dengan dua lagu hits dari albumnya. Stephy merupakan bekas penyanyi utama kumpulan pop, Cookies. Kumpulan penyanyi hip hop tempatan, dayDream turut membuat penampilan mereka sebelum keputusan diumumkan.

    Catwalk by Top 16

    The Perfect Gentleman 2011 ternyata pertandingan hebat yang menggabungkan cabaran personaliti, bakat, dan gaya sebagai jejaka sempurna Pencariannya di seluruh negara kini berakhir setelah beberapa siri ujibakat diadakan oleh ntv7 dalam memberi ruang kepada peserta mempamerka keistimewaan mereka dalam mencari kualiti jejaka sempurna di sekitar Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kuching.

    Di dalam kesemua 12 episod, pertandingan ini telah pun menyingkirkan beberapa peserta di mana pada awalnya seramai 30 peserta terpilih ketika sesi uji bakat. Namun hanya 16 peserta sahaja mara ke pusingan akhir di mana mereka telah diberi tunjuk ajar dari juru gaya terkenal, pereka pakaian, selebriti dan pelbagai lagi bimbingan. Mereka juga diberi pelbagai cabaran setiap minggu dimana hanya enam finalis telah terpilih. The Perfect Gentleman sebelum ini disiarkan setiap hari Ahad jam 6.00 petang sejak 17 Julai 2011 yang lalu.

    Gambar pasca-acara turut dimuat naik di dalam galeri Facebook ntv7 dan kepada mereka yang terlepas siaran langsungnya boleh melayari www.tonton.com.my.

    Senarai Pemenang:

    Juara The Perfect Gentleman: Joel Sih
    Naib Juara: John Lee
    Tempat ketiga: Jake You
    Anugerah Paling Popular: Chong Kong Jie
    Anugerah Paling Fotogenik: John Lee

    Joel co-hosting with The Perfect Gentleman host, Hoong JiaHui

    Fire act performance by John Lee

    Joel dressed in full martial arts attire - performed some kung-fu steps-1

    Over the top, hip hop performance by Jake You

    Joel in catwalk presentation

    Top 6 Catwalk

    dayDream

    Gillian Hung posing with winner for Most Photogenic Award, John Lee

    Stephy Tang

    Joel Sih (winner of The Perfect Gentleman).

    Winners (L-R) John Lee (1st runner-up & winner of  Most Photogenic Award), Joel Sih (winner of The Perfect Gentleman), Jake You (2nd runner-up), Chong Kong Jie (winner

    Joel Sih (winner of The Perfect Gentleman)

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Winner The Perfect Gentleman ntv7
  • 16 Peserta Perfect Gentleman Kini Diumumkan
  • Hamper Biskut Raya Dari NTV7 Saluran Ceria Anda
  • Ujibakat Pencarian Cinta di ntv7
  • Ujibakat Program Realiti Terbaru ntv7
  • Hot Chef Musim Ke-2 di 8TV
  • PROFILE LOUDSPEAKER
  • Gambar Dayang Nurfaizah @ 10th Anniversary NTV7 Feel Good Channel
  • Millionaire Matchmaker di ntv7
  • Kumpulan Produk UNZA Lancar Safi Balqis Perfect 10
  • Full content generated by Get Full RSS.