Harian Metro: Rap |
Posted: 13 Oct 2011 06:25 AM PDT HOLLYWOOD dan Malaysia, kalau dibandingkan dari segi teknologi memanglah industri perfileman kita jauh ketinggalan. Untuk berada setara dengan mereka, 20 tahun usaha pun belum tentu kita mampu mencapainya. Jika kita sudah hampir menyaingi teknologi mereka sekarang, ketika itu Hollywood semakin jauh ke depan. Realistik menerima hakikat ini, pelakon popular, Shaheizy Sam, 29, bagaimanapun amat berbangga dengan pencapaian penggiat seni tempatan khususnya dalam bidang perfileman. "Berpeluang melawat studio pengeluar filem seperti Universal Studios dan Warner Brothers membuka mata saya betapa bukan sedikit usaha perlu dilaksanakan penggiat seni tempatan untuk berada setaraf Hollywood. "Sokongan kuat daripada kerajaan dan pihak swasta amat diperlukan bagi merealisasikannya. Seketika mengunjungi dua lokasi itu, sebenarnya menimbulkan lebih rasa hormat dan bangga saya terhadap penggiat seni tempatan.
Bukan itu saja, pelakon Adnan Sempit dan Kongsi ini berkata, sistem mereka bekerja mengikut waktu pejabat 9 pagi hingga 5 petang. Jika terlebih masa, dikira sebagai 'overtime' di mana semua yang terbabit dalam produksi layak menerima bayaran lebih. Satu hari ditetapkan hanya beberapa babak saja. "Rehat yang cukup dan tidak tergesa-gesa mampu membantu penghasilan filem yang baik kerana setiap orang mempunyai tenaga yang cukup setiap kali shooting. "Namun, seperkara yang saya sangat 'salute' pada penggiat seni tempatan, dedikasi pelakon dan kru untuk menyelesaikan sesebuah pembikinan filem mahupun drama mengikut waktu yang ditetapkan meski seharian penat bekerja. "Saya percaya jika kita punya segala kemudahan seperti mana Hollywood, kita mampu menghasilkan filem yang hebat setanding mereka selain melahirkan ramai pelakon berkualiti," katanya. Sam yang diberi peluang mengikuti Anugerah Skrin Los Angeles Study Trip atas kejayaannya menang Anugerah Khas Juri di Anugerah Skrin 2010 yang dilangsungkan 24 Disember lalu mengakui bertuah kerana terpilih untuk menyertai program lawatan sambil belajar itu. Katanya, dia tidak mahu melepaskan peluang mengikuti rombongan yang bertandang pada 26 September hingga 3 Oktober lalu walaupun jadual seninya sangat sibuk berlakon satu demi satu filem. Sam terpukau apabila berpeluang menjejakkan kaki ke Kodak Theatre pada 30 September lalu bagi menonton persembahan teater yang menggabungkan elemen sarkas dan seni akrobatik, Cirque du Soleil's Iris. Apa yang menarik, Kodak Theatre yang menjadi lokasi acara berprestij seperti Anugerah Academy dan American Idol berada dalam perut pusat beli-belah Hollywood Boulevard yang dibina sekitar kawasan Hollywood Street. Di situlah juga terpahat Laluan Kemasyhuran Hollywood atau 'Walk of Fame'. Selang beberapa bangunan daripadanya, kelihatan Madame Tussauds, muzium yang Akui Sam, seumur hidupnya tidak pernah menonton teater dan Cirque du Soleil's Iris adalah yang pertama. Bukan saja dapat menonton pementasan teater yang hebat, tetapi juga dapat berada dalam Kodak Theatre, tempat yang menjadi idaman penggiat seni seluruh dunia untuk berada di dalamnya khususnya penganugerahan Oscar. Pelbagai lokasi dikunjungi Sam antaranya Downtown LA, Santa Monica, kota yang terletak di bahagian barat Amerika Syarikat atau terkenal dengan jolokan kota pantai di California. Kali pertama menjejakkan kaki ke Los Angeles, tidak lengkap rasanya jika tidak membawa pulang ole-ole untuk keluarga dan sahabat handai. Justeru, Sam tidak terlepas membeli-belah di Camarillo Factory Outlet, Desert Hills, Rodeo Drive dan Famers Market. "Saya banyak membeli untuk emak, adik-beradik, anak saudara dan teman-teman yang mengirim. Untuk saya sendiri lebih kepada kemeja-T dan seluar. Ada sut yang saya berkenaan namun kerana saya bertubuh kecil, susah hendak mencari saiz. "Kalau ada pun saiz 36 (saiz Eropah) tetapi masih perlu dikecilkan. Jadi saya tidak membelinya takut nanti bila dikecilkan hilang potongan sebenarnya sut," katanya. Rombongan itu turut disertai 24 lagi pemenang kategori yang dipertandingkan dalam ASK 2010. Seminggu berada LA, akhirnya rombongan Anugerah Skrin Los Angeles Study Trip pulang ke tanah air pada 3 Oktober. Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sam yang juga pemenang Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010), bergegas ke pejabat MIG untuk kerja-kerja memasukkan suara filem Songlap. Selepas kejayaan Adnan Sempit, Ngangkung dan Kongsi yang mencatat kutipan lebih RM8 juta, Sam turut membintangi Sekali Lagi, Bini-biniku Gangster dan bakal mempertaruhkan 8 Jam, Nongkrong dan Adnan Sempit 2. PROFIL: NAMA PENUH: Shaheizy Sam Abd Samad TELEFILEM/DRAMA BERSIRI: Pa'e, Sama Tak Serupa, Graduan, Impak Maksima, KL Menjerit, Jangan Pandang Belakang 2, Legasi 43 Karat FILEM: Adnan Sempit, Evolusi KL Drift 2, Jangan Pandang Belakang Congkak, Ngangkung, Kongsi, Sekali Lagi, Bini-Biniku Gangster, 8 Jam, Adnan Sempit 2, Nongkrong, Songlap PENCAPAIAN: Pernah dicalonkan di Festival Filem Malaysia Ke 22 (2009) - kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam filem Bohsia, Pelakon Lelaki Paling Popular Anugerah Berita Harian 2010, Bintang Paling Popular Anugerah Berita Harian 2010. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 13 Oct 2011 06:03 AM PDT SEMINGGU tayangan di 66 pawagam seluruh Malaysia sejak 6 Oktober lalu, kutipan filem seram Al-Hijab sudah mencecah RM1.6 juta. Sekalipun belum mencapai angka RM4 juta seperti mana yang disasarkan, sutradara muda dan pelakon Pierre Andre yakin angka itu mampu diperbaiki apabila tayangan masuk minggu kedua.
Kata Pierre, pencapaian RM1.6 juta untuk tayangan pembukaan minggu pertama Al-Hijab boleh dianggap agak memberangsangkan. "Memang sasaran awal diletakkan RM4 juta, tapi saya tidak mahu terlalu memikirkannya memandangkan tempoh tayangan masih lagi berjalan.
"Saya hairan dan terus memberitahu filem terbaru Al-Hijab sedang ditayangkan sekarang. Namun ia hanya segelintir saja. "Bagi yang sudah menonton saya ucapkan terima kasih dan sebarkan perkara yang baik mengenai Al-Hijab kepada rakan-rakan. "Saya juga mendapat pelbagai maklum balas mengenai filem arahan saya itu sepanjang seminggu ia ditayangkan. Ia cukup banyak membantu saya mendapatkan gambaran lebih jelas dan apa kelemahan yang perlu diperbaiki andai kata membuat filem lagi. "Ada juga penonton yang puas menonton dan tidak kurang mahu mengulang tontonan untuk lebih memahami apa cuba disampaikan kepada mereka," katanya sewaktu dihubungi Rap. Menjawab mengenai komen mengatakan pergerakan filem Al-Hijab agak perlahan, Pierre berkata: "Saya tidak menghidangkan rasa cemas dan ketakutan dari A hingga Z. Ketakutan itu hanya muncul pada babak-babak tertentu. "Cerita seram selalunya perlahan kerana dalam hidup pun, kita lebih banyak menunggu. Apapun saya tetap akan terus mempromosikan filem ini dan ingin melihat perkembangan lebih baik untuk tayangan minggu kedua. "Saya harap kutipan akan terus meningkat agar saya akan dapat terus berkarya di masa depan," katanya. Sebelum ini dua filem arahannya, Jangan Tegur meraih RM3.42 juta sementara Jangan Pandang Belakang lakonan skrip karyanya mencatat kutipan RM5.7 juta. Penggambaran Al-Hijab menelan kos sebanyak RM1.6 juta adalah karya pertama Empat Samudra Plantation Sdn Bhd. Ia turut bakat baru Nur Fathia, Aziz M Osman, Nor Albaniah dan Maimon Talib.
Pelbagai cara dilakukannya dan akhirnya dia meminta bantuan seorang wanita tua yang pandai dalam ilmu berkaitan makhluk halus. Wanita itu akhirnya berjaya membuka hijab (pandangan) pada matanya lalu pelakon itu mula melihat entiti dan lembaga menggerunkan di sekelilingnya. Tidak dinafikan ada beberapa babak dalam filem ini yang membuatkan penonton wanita menjerit kerana terkejut. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |