Sensasi |
9 Orang SITI yang harus dicontohi wanita Muslimah Posted: 14 Oct 2011 12:11 AM PDT |
Aaron Aziz Sayang Malaysia dan memilih kepimpinan PM Malaysia berbanding Singapore Posted: 13 Oct 2011 11:59 PM PDT "Saya sudah memohon taraf Penduduk Tetap (PR) dengan kerajaan Malaysia pada awal Ogos lalu. Saya dah bosan sebab isu warganegara sering dipersoalkan terhadap saya. Saya buat semua ini pun kerana tidak mahu menoleh ke belakang lagi." "Mengapa saya harus berpatah balik kepada kehidupan yang lama sedangkan saya sudah mempunyai kehidupan yang sempurna di Malaysia. Anak-anak saya pun sudah bersekolah di sini. Untuk mendapat masa depan yang lebih cerah, adalah lebih baik saya mendapatkan status penduduk tetap Malaysia," jelas Aaron yang turut mengakui telah menjual kereta dan rumahnya di Singapura. Jelas aktor yang berusia 35 tahun ini lagi, dia tidak kisah sekiranya keputusannya ini bakal mengundang penerimaan kurang enak buat sesetengah peminatnya di Singapura kerana apa yang penting baginya adalah keutamaan masa depan dia sekeluarga dan isu lain harus diketepikan. "Seandainya saya diminta membuat pilihan untuk memilih antara kerajaan Malaysia dan Singapura, sudah tentu saya memilih kerajaan di bawah pucuk pimpinan Dato' Sri Najib Tun Razak. Tidak perlu saya huraikan pelbagai alasan dan penjelasan kerana semua sudah tahu tentang situasi di sana (Singapura)." "Di sini rezeki saya lebih baik. Jadi tiada salahnya saya memilih menjadi penduduk tetap Malaysia. Walaubagaimanapun, permohonan saya masih belum diluluskan. Sekiranya memenuhi syarat-syarat yang digariskan. Saya rasa mungkin tiada masalah," jelas aktor ini yang bakal menemui peminat teater di Istana Budaya menerusi teater "Badai Semalam"bermula 11 hingga 20 November depan. |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |