Adsense

Rabu, 12 Oktober 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tidak kejar popular

Posted:

Tidak kejar popular

Tidak kejar popular

TIZ tidak terlalu mengejar populariti.


KETAWA menjadi teman setia pelakon muda, Tiz Zaqyah dalam banyak bicaranya. Barangkali dia senang begitu untuk menutup rasa malu dan menyembunyikan perasaan kekok setiap kali ditemu bual.

Berulang kali juga dia menekankan dia masih baru dalam bidang lakonan. Baru mahu mencecah usia lima tahun dan ilmunya masih terlalu cetek jika dibandingkan dengan barisan pelakon sedia ada. Begitu Tiz meletak kedudukan dirinya dalam industri.

Namun sama ada dia suka atau tidak, usia setahun jagung pada pandangan matanya itu sebenarnya sudah cukup matang untuk memperkenalkan Tiz kepada industri.

Lebih-lebih lagi apabila dia kerap mendapat karakter yang berjaya dijiwai dengan cukup berjaya. Paling mengesankan audiens tentulah watak Nur Amina yang dimainkan dalam drama dan filem fenomena, Nur Kasih.

Jujur juga, biar Tiz menyatakan dia sudah lama meninggalkan Nur Amina dan bermain dalam pelbagai gelanggang baharu, namun watak itu juga yang selalu menghantui peminatnya. Tiz - Nur Amina bagai satu item.

"Saya sudah lama bergerak ke depan dan peminat harus ikut sama sebab saya sudah banyak memainkan karakter lain yang tidak kurang hebat dalam produk-produk saya selepas Nur Kasih," katanya yang mahu peminat tidak terperangkap dalam karakter lamanya itu.

Kini nama Tiz kembali hangat seiring kemunculan drama rantaian yang mengisi slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam berjudul Soffiya. Membawa watak Soffiya, seorang gadis yang dirogol bapanya sendiri, gambaran awal cerita itu dikecam segelintir khalayak yang melihat isu tersebut sebagai satu tabu pada masa kini.

Bagaimanapun seiring dengan perkembangan plot, ternyata babak tersebut hanya sedikit dan kini Soffiya berkembang menjadi satu kisah yang lebih berat dengan bebanan emosi dan konflik cinta.

"Sebab utama saya mengambil watak Soffiya adalah kerana mahu mencabar kemampuan sendiri. Watak dirogol bapa sendiri dan bebanan emosi yang ditanggung selepas itu membuat saya tidak berfikir panjang untuk memberi persetujuan. Soffiya adalah cabaran baharu buat saya sebagai seorang pelakon.

"Sebab itu saya mahu peminat saya bergerak bersama saya kerana setiap masa saya akan meneroka watak-watak baharu untuk mencabar dan mempertingkatkan kualiti saya sebagai seorang pelakon," ujar Tiz mengenai drama rantaian 28 episod itu.


TIZ ZAQYAH lebih senang mengambil hanya satu pekerjaan pada satu-satu masa.


Biar suka mencabar diri dengan 'permainan' terkini, ia tidak membuat anak kelahiran Kuala Lumpur ini terlalu ghairah menerima semua tawaran. Dia sedar, banyak orang memegang prinsip selagi laku dan muda, harus merebut peluang yang datang, tetapi tidak baginya.

Prinsip yang dipegang Tiz adalah hanya mengambil peluang yang dia benar-benar yakin, selesa dan paling penting kata gadis bermata galak ini, dia tidak mahu audiens bosan melihat wajahnya terlalu kerap muncul di kaca televisyen.

"Benar, orang kata masa muda dan laku ini kita patut guna kesempatan yang ada dengan sebaiknya. Tapi saya bukan jenis pelakon yang lepas satu, satu dan terkejar-kejar bekerja. Saya jenis pelakon yang suka lepas satu produk, saya berehat sebentar, mencari momentum semula dan bila dapat watak yang bagus, saya akan mula berlakon semula.

"Walaupun mungkin ada yang berpendapat ia akan memberi kerugian kepada saya kerana setiap hari banyak muka baharu muncul, namun saya percaya, jika kita punya kualiti, Insya-Allah akan ada tawaran dan rezeki buat kita," jelasnya.

Tambah Tiz lagi, bukan dia tidak sedar bahawa dia perlu rajin bekerja dan mengumpul duit kerana lakonan adalah satu-satunya bidang yang memberi dia kelangsungan hidup, namun buat masa ini dia selesa dengan cara kerjanya.

Katanya: "Saya masih muda. Baru 21 tahun, mungkin sebab itu saya rasa tidak terlalu berkejar-kejar bekerja. Bukan saya menafikan wang itu penting untuk masa depan, tapi saya memang jenis yang tidak suka terburu-buru. Saya suka buat apa yang saya nak buat dan dalam masa yang sama saya kini sedang cuba mengumpul aset."

Sementara ditanya bagaimana dia mengawal gosip yang sering menerpa seiring popularitinya, ringkas Tiz yang dikait mempunyai hubungan istimewa dengan aktor Remy Ishak ini memberitahu dia lebih gemar mendiamkan diri dan membiarkan gosip berlalu pergi daripada kerap memberi kenyataan kerana dia percaya gosip akan mati sendiri apabila ia tidak dilayan.

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Farah rindu suami di Chiang Mai

Posted: 11 Oct 2011 07:12 AM PDT

PELUANG mendekati jiwa dan personaliti Farah Diana Anuar sepanjang mengikuti penjelajahannya di negara Gajah Putih minggu lalu membuka ruang melihat kematangan dan kebahagiaan yang tidak mampu disorok lagi si empunya senyuman manis ini.

Meskipun bicaranya halus dan sesekali menyusun berhati-hati cerita yang ingin dikongsi, bintang popular yang lahir dari program Akademi Fantasia musim kedua ini sudah berani untuk berkongsi saat bahagianya sejak bergelar isteri, tiga bulan lalu.

Belum sempat soal pengalaman dan perkembangan seninya diungkap, lekas episod indahnya memimpin kebahagiaan hidup berumah tangga menjadi topik utama disembangkan terutama apabila terpaksa berjauhan dengan insan tersayang, Johan Johari hampir sebulan bagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengantara program Rasa Halal di Laos dan Thailand.

Jelasnya, itulah pengorbanan dan bukti persefahaman antara mereka kerana segala-galanya adalah tuntutan kerjaya yang mustahil diketepikan meskipun jauh di lubuk hatinya, terdetik perasaan rindu yang tidak mampu digambarkan.


"Dulu ketika mengendalikan Rasa Halal sepanjang lima musim, saya tidak perlu fikirkan sesiapa kerana masih sendiri. Namun kini apabila mendapat saja jadual penggambaran, saya terus memikirkan suami yang akan saya tinggalkan sementara.


"Saya bersyukur kerana Johan sentiasa memahami dan dia sendiri yang menyuruh untuk saya kekal mengacarakan program itu.

"Memang saya akui fikiran saya melayang merindui suami namun alhamdulillah setiap hari kami akan berhubung dan bertanya khabar.

"Namun ia bukanlah sesuatu yang baru atau pelik bagi kami kerana sejak bercinta lagi, memang kami berdua jarang bertemu kerana masing-masing sibuk dengan kerja dan kebetulan Johan tinggal bersama keluarga serta bekerja di Pulau Pinang, saya pula di Kuala Lumpur.

"Apapun manisnya, Johan datang membuat kejutan kepada saya pada awal Oktober lalu ketika saya bersama tenaga kerja berada di Bangkok. Sempat juga dia meluangkan masa selama tiga hari untuk bertemu saya dan menghabiskan masa bersama. Itu sudah cukup menghilangkan rasa rindu saya kepadanya," katanya yang menetap bersama suami dan keluarga mentuanya di Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Ditanya pula pengalaman dan rutin hariannya sepanjang bergelar isteri, anak ketiga daripada enam beradik yang juga kelahiran Kuala Lumpur ini seronok menceritakan gelagatnya yang kini gigih belajar untuk menyediakan masakan kegemaran suaminya iaitu udang masak sambal.

Meskipun terikat dengan jadual kerja dan percaturan seni yang bagai tiada akhirnya, Farah yang turut mengacarakan program bual bicara Nasi Lemak Kopi O
di TV9 menyifatkan rasa penat yang dirasainya dalam mengukuhkan lagi ikatan
kasih sayang dalam perkahwinan adalah satu kepuasan yang sukar di gambarkan.

"Kelakar juga apabila saya mengambil keputusan untuk berkahwin di usia muda seperti ini kerana masih terlalu banyak yang perlu saya pelajari.

"Bagaimanapun, saya tidak menyesal dan suami pula sentiasa di belakang menyokong. Mujur ibu mentua dan keluarga suami juga begitu akrab dengan saya dan mereka juga banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.

"Sebenarnya sepanjang bercinta, kami bukanlah seperti pasangan biasa yang setiap hari bertemu sebaliknya hanya beberapa kali saja kami sempat dating kerana begitu sibuk ketika itu.

"Lantas keputusan kami berkahwin ini adalah untuk lebih mengenali antara satu sama lain dan terus menyulam rasa cinta antara kami selain menguatkan lagi keserasian yang ada.

"Setakat ini, segala kelengkapan dan keperluan suami baik untuk kerja dan peribadinya sudah mampu saya uruskan sendiri.

"Malah, saya sendiri sudah cekap menyediakan masakan kari buatnya. Cuma jika ada kelapangan, saya akan duduk bersama ibu mentua untuk belajar cara memasak dan bagaimana untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.

"Sekarang saya memang sedikit sibuk berulang-alik dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur memandangkan saya masih terikat mengendalikan program Nasi Lemak Kopi O setiap Jumaat dan undangan persembahan," katanya yang mengakui tidak pernah merancang untuk menimang cahaya mata sebaliknya menyerahkan segala-galanya kepada rezeki.

Jika ada yang tertanya mengapa si pemilik wajah manis dengan raut pesona anggun masih kekal mengendalikan program Rasa Halal sepanjang enam musim, mungkin perlu memberi peluang memerhati komitmen dan kesungguhannya di lokasi penggambaran.

Letak ke tepi soal penat dan letih kerana sentiasa terkejar-kejar dengan kesuntukan masa, Farah hanya menyifatkan disiplin adalah kunci utama bagi menghidupkan apa saja tugas dan tanggungjawab yang diberi.

"Bayangkan saya terpaksa menyiapkan semua 13 episod Rasa Halal dalam masa kurang dari sebulan dengan menjelajah beberapa negara yang tidak semudah ditonton di televisyen.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana tenaga kerja program ini sudah bagaikan keluarga yang mana saya tidak berasa janggal untuk berbincang atau memberi pandangan.

"Sudah enam musim Rasa Halal bersama saya dan memang dapat saya rasakan hubungan itu. Ia begitu dekat kepada saya dan sentiasa memberikan pengalaman baru.

"Tidak setakat berpeluang pergi melawat ke negara orang, malah saya juga
punya ruang terbaik bagi mengenali budaya, masyarakat dan jenis makanan mereka.

"Bagi musim keenam, saya akan menyuntik beberapa pembaharuan dan kelainan. Saya akan cuba berkongsi maklumat secara santai dan bersahaja selain lebih cenderung mempamerkan budaya dan komuniti Islam di sana. Insya Allah, penonton akan melihat perbezaan dan kelainan bagi musim baru ini," katanya.

Selepas mengembara mengenali pelbagai cara penyediaan makanan halal dan tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi ke beberapa negara termasuk Hong Kong, China dan Vietnam, Rasa Halal Laos dan Thailand. Musim baru ini akan disiarkan setiap Selasa, jam 7.30malam mulai 6 Disember di Astro Oasis.

PROFIL:

NAMA SEBENAR: Farah Diana Anuar
TARIKH LAHIR: 25 Januari 1985
UMUR: 26 Tahun
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
KELUARGA: Anak ketiga dari enam adik-beradik
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Johan Johari
PENDIDIKAN: Jurusan Seni Persembahan (Muzik dan Vokal) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM)
JURUCAKAP PRODUK: Power Roots, Intimate, Syahirah

PROGRAM: Fulus Mania (Durian Runtuh) Di Astro Ria, Rasa Halal Orient (Astro Oasis) Musim 1 Hingga 6, Generasi Asli @ 1Malaysia dan Nasi Lemak Kopi O

ALBUM: Antara Dua dan Fantasia
DRAMA: Popular dan Akademi
FILEM: Man Laksa

PENCAPAIAN: Artis Harapan Terbaik AIM ke-12, Hadiah Penghargaan Top 10 New Singers Prize Di Festival Muzik Asia, Shanghai 2005, Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2005

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada lagi alunan Lembaran Terakhir

Posted: 11 Oct 2011 06:56 AM PDT

HUJAN pagi semalam seakan membawa khabar sedih pemergian Biduan Negara, Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais, jam 9.20 pagi.

Allahyarham yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam pada 1 Oktober lalu akibat sesak nafas, meninggal dunia pada usia 75 tahun.

Penyanyi yang popular dengan lagu Di Ambang Sore, Budi Setahun Segunung Intan dan Azizah itu mula dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Selangor kerana mengadu penat selepas menjayakan satu persembahan Aidilfitri di Matic, Jalan Ampang pada 9 September sebelum dipindahkan ke DEMC kerana mempunyai rekod perubatan di situ.

Dalam usia emas, Allahyarham mempunyai penglihatan yang baik dan lebih suka memandu kereta sendiri biarpun pada malam hari kerana tidak percaya kalau orang lain yang memandu.


Ke mana pun pergi, lebih yakin memandu sendiri dan hidup sendirian selepas kematian isteri, Datin Mas Alilah Mas Nayin pada 22 Jun 2009.


Allahyarham juga tidak mengamalkan amalan tertentu untuk menjaga suara kerana baginya suara adalah anugerah Tuhan.

Namun, katanya, sejak kecil ibunya tidak membenarkan dia minum ais batu.

Katanya, ais itu sejuk di luar tapi panas di dalam. Dia tidak pernah menyentuhnya sejak sekolah rendah lagi kerana mengikut kata-kata ibunya yang dipegang sehingga hayatnya.

Walaupun dipanjat usia dan keadaan kesihatan kurang sihat, Allahyarham tetap bersemangat menyanyi. Ketika menjayakan Konsert Terima Kasih Harian Metro pada 26 Mac lalu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Allahyarham berganding dengan artis generasi baru, Bunkface untuk lagu popularnya, Umpan Jinak Di Air Tenang dan persembahan mereka disaksikan 100,000 penonton.

Pemergian Allahyarham satu kehilangan besar kepada industri seni tanah air.
Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengakui sebagai anak seni yang sama-sama berjuang dengannya, pemergian Ahmad Jais amat dirasai.

"Saya pernah menjayakan beberapa persembahan bersama arwah dan menyifatkan beliau seorang individu yang ceria dan gembira. Tidak pernah saya melihat dia dalam 'mood' yang tak baik sebaliknya muncul dengan wajah riang. Seorang yang mesra dan mudah didekati.

"Malah, arwah juga seorang yang sentiasa menjaga penampilannya. Setiap kali muncul di pentas, beliau pasti tampil kemas dalam gaya tersendiri. Kali terakhir saya bersua serta beraksi di pentas sama dengannya sekitar Jun lalu.

"Saya kagum kerana arwah anak seni sejati yang aktif dalam bidang seni sepanjang hayatnya.

"Saya yakin dengan keikhlasan dan ketelusan arwah menghiburkan masyarakat, beliau disayangi ramai orang dan peminat yang sentiasa menyokongnya," katanya.

Jamal Abdillah menyifatkan beliau seorang yang begitu merendah diri dan tidak pernah menunjukkan kesusahan dalam kepayahan dialaminya.

"Arwah sentiasa mengukir senyuman dan tampil dengan wajah gembira. Saya juga tidak pernah mendengar beliau merungut mengenai apa-apa pun berkaitan industri hiburan tanah air.

"Bagaimanapun, industri hari ini (semalam) kehilangan seorang artis yang memiliki suara tiada tandingan dan galang gantinya. Kini tiada lagi suara lemak merdu dan meruntun jiwa dapat menghiburkan pendengar dengan dendangan lagu Melayu asli yang hebat, mantap dan bertenaga. Usia tidak menjadi penghalang arwah menampilkan persembahan terbaik," katanya.

Penyanyi Aishah yang juga popular dengan lagu Bahtera Merdeka menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang suka berterus-terang.

Katanya, dalam satu persembahan arwah pernah bertanya kepadanya mengapa suka sangat mendendangkan lagunya.

"Ketika itu, kami baru beraksi di pentas sama, jadi saya terkejut. Sebenarnya arwah mahu memuji saya kerana dapat menyanyikan lagu Bahtera Merdeka dengan baik.

"Saya masih ingat kata arwah yang beliau pun tidak pernah terfikir menyanyikan lagu itu dengan lenggok.

"Pernah beberapa kali membuat persembahan bersama, arwah yang sering melihat saya membawa anak di belakang pentas, menegur mengatakan tidak tahu bagaimana saya mampu menguruskan anak dan menyanyi dalam masa yang sama.

"Sebagai seorang yang mengambil berat, jika saya tidak membawa anak bersama, beliau akan tanya juga. Begitulah sikap arwah yang ceria, peramah dan sangat suka berterus-terang. Apa saja yang beliau suka atau tidak suka, pasti diluahkannya," katanya.

Dilahirkan di Kapar, Klang, Selangor pada 28 Mac 1936, Allahyarham berhijrah ke Singapura pada 1959 dan sering menyertai pertandingan menyanyi dan menjadi juara pertandingan Lagu Asli Singapura pada 1959 dan 1960 hingga tidak dibenarkan bertanding pada 1961.

Tidak patah semangat, Ahmad Jais menyertai Lagu Pop Singapura dan menjadi juara pada 1961 lalu kembali menyertai Lagu Asli Singapura pada 1962 dan menjadi juara.

Sewaktu membuat persembahan di Panggung Victoria bersama kumpulan Seriwarna, kehebatan suaranya menyanyikan lagu Di Ambang Sore diperakui tokoh muzik terkenal Singapura, Zubir Said yang banyak terbabit dengan dunia rakaman.

Panggung Victoria juga menjadi tumpuan golongan elit dan bangsawan hingga ramai membuka mata dengan kemerduan suaranya.

Album pertama dirakamkan pada 1965 dengan lagu Kucupan Azimat dan Ahmad Jais merakamkan lebih 100 lagu dan menghasilkan 15 album.

Antara lagu popularnya, Bunga Ku Puja Di Petik Orang, Dikau Pujaan, Gelisah, Bahtera Merdeka, Harapan Kecewa, Kau Pergi Tanpa Relaku dan Lembaran Terakhir.

Selain menyanyi solo, Allahyarham juga terkenal dengan lagu duet bersama pasangannya, Allahyarham Datin Rafeah Buang menerusi lagu Juwitaku Sayang dan lagu Budi Setahun Segunung Intan duet dengan Kartina Dahari yang dimuatkan dalam filem Aksi Kucing.

Setiap kali menyambut Aidilfitri, alunan suaranya untuk lagu Selamat Hari Raya menjadi kemestian menjelang Syawal.

Kemuncak kariernya dalam bidang seni hadir pada 23 Mac 2007 apabila mengadakan Konsert Bahtera Merdeka anjuran Istana Budaya diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Sepanjang kariernya, Allahyarham turut berlakon filem Aksi Kucing, Dara Kula dan Si Badul. Pada 2001 menerima anugerah Artis Sepanjang Zaman Papita dan Anugerah Biduan Veteran di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 (ABPBH 2002).

Allahyarham menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda ke-63 pada 2006.

Al-Fatihah...semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang dikasihi Allah...amin.

Full content generated by Get Full RSS.

Selasa, 11 Oktober 2011

Sensasi

Sensasi


Pemain Lagenda Seperti Zidane Pun Masuk University Walaupun Dah Berjaya

Posted: 11 Oct 2011 11:14 PM PDT

Zinedine Zidane bekas bintang Peranchis dan Real Madrid telah dilaporkan akan kembali semula ke sekolah untuk belajar perkara asas tentang pengurusan sukan.

Zinedine Zidane, Real Madrid

Situasi ini menguatkan lagi khabar angin yang beliau akan menjadi seorang jurulatih selepas ini.
Sejak bersara dari arena bola sepak Zidane telah ditawarkan untuk menjadi jurulatih dan pengurus untuk beberapa kelab tetapi menolaknya. Tetapi kerana kesetiaannya kepada kelab kesayangannya iaitu Real Madrid beliau bersetuju untuk melibatkan diri kembali dalam arena bola sepak dengan memegang jawatan sebagai " Sporting Director" untuk Real Madrid.

Baca Lagi Kisah Zidane sambung belajar..

Reputasi Zizan Raja Lawak bakal jatuh ekoran kes ‘seks’ menurut Ramalan Mimpi Uncle Seekerz

Posted: 11 Oct 2011 11:16 PM PDT

Macam-macam cerita jugak si Uncle Seekerz nie,dari kerja mencari hantu,menulis tentang Mantan Permaisuri agong,bertikam Lidah dengan Dato' Fadzilah Kamsah,kini Uncle Seekerz muncul dengan Ramalan tentang Selebriti pulak..

Menurut Uncle dia mendapat ramalan-ramalan ini dari aktiviti tidur siang,lalu bermimpi.dan ditafsir mimpinya tue dengan ramalan-ramalan seperti kat bawah nie..

Seperti yang kita sedia maklum,Allahyarham Ahmad Jais telah pulang kerahmatullah.
Sebelum beliau meninggal Uncle Seekerz ada menulis di blognya tentang mimpi beliau yang seorang Selebriti terkenal bakal meninggal dunia.Walaupun tidak menyebut dengan jelas siapakah gerangan selebriti yang dinyatakan Uncle memaparkan gambar Ahmad Jais..

Tapi bagi Sensasi nie cuma kebetulan sahaja,Uncle menulis tentang ramalan kematian seorang Selebriti tersebut pada 25 September 2011, pada masa tue Ahmad Jais dah pun terlantar sakit dengan Unit kawalan Separa Rapi di Hospital KPJ sejak 22 September lagi. Mungkin Uncle Seekerz ada mengambil tahu tentang keadaan Ahmad Jais ketika itu dan mengambil kesempatan untuk membuat ramalan kononnya untuk membuktikan beliau pandai meramal...

Sensasi memang sangat lah tak percaya,tambah-tambah lagi mimpi di siang hari.Mimpi dising hari sememangnya takda maksud lainlah kalau mimpi tengah malam sehingga subuh.

Antara Ramalan Uncle Seekerz:

-Reputasi Zizan Raja Lawak bakal jatuh ekoran kes 'seks'

-Perjalanan Karier Nabil Raja Lawak perlahan dan menyebabkan Nabil mula berniaga

-Pemimpin PAS, Nik Aziz bakal letak jawatan sebelum 2013

-Anuar Zain akan membujang sehingga ke-tua

-Lisa Surihani dan Yusry KRU tidak akan kahwin

-Siti Nurhaliza harus meminta maaf kepada seseorang kerana kesilapan yang sengaja/tidak sengaja beberapa tahun lalu sekiranya mahu dapatkan zuriat

-Bijan ceraikan ahkak pink

So kita tunggu dan lihat mana tau ada ramalan yang menjadi kenyataan.huhuhu..
Apapun ramalan masa depan adalah syirik melainkan tafsir mimpi.

Tapi sensasi rasa kelakar jugaklah pasal reputasi Zizan jatuh kerana kes Seks..hadoi..bia bena nie

Gambar menarik: Pasangan Tinggi dan Pendek Selebriti Hollywood

Posted: 11 Oct 2011 10:43 PM PDT

Terkejut jugak Sensasi tengok gambar pasangan Shaquille dengan isterinya...memang mcm gergasi..huhu

Shaquille O'Neal & Nikki 'Hoopz' Alexander
Beza ketinggian: Shaq – 7'1" manakala Nikki – 5'2"

Kris Humphries & Kim Kardashian
Beza ketinggian: Kris – 6'9" manakala Kim – 5'2.5"
Wladimir Klitschko & Hayden Panettiere
Beza ketinggian: : Wladimir – 6'6" manakala Hayden – 5'1"

Will Smith & Jada Pinkett-Smith
Beza ketinggian: Will – 6'2" manakala Jada – 5'
Josh Duhamel & Fergie
Beza ketinggian: Fergie – 6'3.5" manakala Josh – 5'2"
Dax Shephard & Kristen Bell
Beza ketinggian: Dax – 6'2" manakala Kristen – 5'1"
Liam Hemsworth & Miley Cyrus
Beza ketinggian: Liam – 6'5" manakala Miley – 5'4.5"
Tony Parker & Eva Longoria
Beza ketinggian: Eva – 5'2" manakala Tony – 6'2"
Sacha Baron Cohen & Isla Fisher
Beza ketinggian: Sacha – 6'3" manakala Isle – 5'3"
Naomi Watts & Liev Scheiber
Beza ketinggian: Naomi – 5'5" manakala Live – 6'3"

Paul Bettany & Jennifer Connelly
Beza ketinggian: Paul – 6'3" manakala Jennifer – 5'7.5"
Mick Jagger & L'Wren Scott
Beza ketinggian: Mick – 5'10" manakala L'Wren – 6'4"
Nicole Kidman & Tom Cruise
Beza ketinggian: Nicole – 5'10.5" manakala Tom 5'7"
Seth Green & Clare Grant
Beza ketinggian: Ciput jer beza ketinggian diorang ni, Seth – 5'4" manakala Clare – 5'7"
Ethan Hawke & Uma Thurman
Beza ketinggian: Uma – 6' manakala Ethan 5'10.5"
Martin Scorcese & Helen Morris
Beza ketinggian: Martin berketinggian 5'4" walaubagaimanapun tidka dapat dipastikan berapakah ketinggian isteri Martin ini.
Ben Stiller & Christine Taylor
Beza ketinggian: Aktor dan pelawak versatile Ben berketinggian – 5'8" manakala Christine – 5'6.5"
Taylor Swift & Taylor Lautner
Beza ketinggian: Taylor Swift – 5'11" manakala Taylor Lautner – 5'10"
Jamie Cullum & Sophie Dahl
Beza ketinggian: Jamie – 5'4" manakala Sophie – 6'

Lan A to Z bakal berkahwin lagi pada 11 November 2011

Posted: 11 Oct 2011 10:16 PM PDT

Sebelum nie sensasi pernah terdengar tentang kisah Lan A to Z dengan bekas isterinya Marcela.Menurut sumber, mereka berpisah kerana masalah kewangan yang dihadapi sehingga menyebabkan Marcela pulang ke tempat asalnya di UK dan menuntut cerai daripada Lan,dimana Lan enggan menceraikan.Menurut Lan dia amat mencintai isterinya dan takkan berkahwin dengan wanita lain.

Namun bertahun sudah,cinta pergi dan datang.Lan sudah ada pengganti..
Lawa jugak bakal isteri Lan,masih muda baru berusia 24 tahun.





"Hubungan saya dengan bekas isteri masih baik dan kami selalu berhubung melalui Facebook. Pada pihak yang selalu melagakan cerita dan hubungan kami, saya harap mereka berhenti berbuat begitu kerana yang berdosa ialah mereka sendiri," ujar Lan A to Z atau nama sebenarnya Norazlan Abdul Aziz, 42, ketika dihubungi melalui telefon.

Lan berkata demikian bagi mengulas mengenai segelintir pihak yang sering membuat cerita kurang enak mengenai keruntuhan rumahtangganya dulu bersama Marcella. Pesan penyanyi yang pernah popular dengan lagu Itik Gembo-Gembo itu, berhentilah daripada mengutuk dan membuat dosa.

"Kan lebih baik jika mereka bertanya atau membuat pengesahan dulu daripada saya atau Marcella sendiri? Ni tidak, mereka buat cerita macam mereka tahu segala-galanya," tambah Lan dengan nada kesal.

Kekesalan Lan itu diluahkannya berikutan masih ada segelintir pihak yang mengungkit kisah lalu meskipun dia bakal membuka buku baru dalam hidupnya. Ini kerana, Lan yang sudah lama menduda akhirnya telah terbuka hati untuk berkahwin kali kedua dengan gadis pilihan hati.


Seterusnya ketika ditanya mengenai perkahwinannya dengan Siti Nur Ain Daud atau Ain, 24, dari Dengkil, Selangor nanti, katanya dia memilih tarikh nikah pada 11-11-11 dengan hantaran sebanyak RM11,111. Malah Lan juga akan menikah tepat pada jam 11.00 pagi di Masjid Kuala Kubu Bharu, Selangor.

"Majlis resepsi akan berlangsung pada 12 November di Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia (KKDSTTM). Untuk pengetahuan semua, saya tidak bertunang dan akan terus berkahwin dengan Ain," ujarnya

Pian Cecupak syok sendiri mengaku bakal kahwini Aida,Aida menafikan

Posted: 11 Oct 2011 10:01 PM PDT

Beriya-riya Pian Cecupak memberitahu media bahawa dia akan berkahwin bahkan family wanita idamannya pun sudah bersetuju dan merestui..

Tiba-tiba wanita idaman Pian iaitu Aida sendiri memberi kenytaan bahawa semua itu sama sekali tak betul dan dia tak pernah bercinta pun dengan Pian dan katanya Pian buat publisiti murahan..

Tak kira lah murahan ke atau tak,yang pasti kini Pian Cecupak dapat jugaklah publisiti selain kisah Suntikan Kolagen di wajahnya

Pian memberitahu bakal berkahwin tak lama lagi

"Saya sudah berubah sepenuhnya, dan kini saya memilih untuk mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama wanita idaman iaitu Aida," kata selebriti yang pernah muncul dengan kontroversi suntikan kolagen iaitu Mohd Rafiq Abdul Rahman, 41, atau Pian Cecupak.

Pian ketika ditemui di Balai Berita, di sini semalam, berkata dia gembira kerana menjalinkan hubungan cinta bersama model sambilan, Aida Hazira Adi Razman, 21, dari Sungai Petani, Kedah dan merancang mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat jika ditemukan jodoh oleh Allah.

Katanya, gadis terbabit dikenalinya sejak lebih dua tahun lalu sesudah mengenali ibu dan bapa model terbabit kerana menguruskan rumah sewa Aida di Taman Datuk Senu, Sentul, di sini.

Katanya, bagaimanapun selepas itu, hubungan mereka terputus seketika dan berjumpa semula dalam satu majlis perkahwinan seorang selebriti di Restoran Seri Melayu pada 30 September lalu.

"Hubungan cinta kami terjalin secara serius sejak seminggu lalu dan kini merancang mendirikan rumah tangga bersama malah keluarganya ada memberitahu akan menerima saya seadanya jika ditemukan jodoh," katanya.


Menurut Pian, dia menginsafi perbuatan lalu dan berjanji tidak akan menggunakan kolagen lagi selain merancang untuk ke tanah suci Makkah memohon ampun kepada Allah di atas semua dosa yang dilakukan sebelum ini.

"Saya bersyukur kerana proses pembuangan kolagen kini sudah di peringkat terakhir (kali ke-6) dan hampir 90 peratus kolagen itu sudah berjaya dibuang," katanya.

Pian sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Rashidah Hashim, 38, dan dikurniakan dua anak iaitu Nor Azira Fazlin, 14, dan Nor Lina Fazrin, 12 namun bercerai pada 28 Julai 2000. Dia kemudiannya berkahwin semula dengan seorang wanita dikenali sebagai 'Maklang' pada 2007 namun perkahwinan itu hanya bertahan selama empat bulan.

"Saya berharap perkahwinan kali ini akan membahagiakan saya kerana saya mahu berubah menjadi seorang lelaki sejati dan penyayang," katanya.

Aida pula menafikan sekeras kerasnya

"Saya tidak pernah merancang untuk berkahwin dengan Pian Cecupak dan saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia, kononnya kami bakal berkahwin.

"Saya tahu Pian sengaja mengeluarkan kenyataan itu untuk mencari publisiti murahan," kata model sambilan, Aida Hazira Ahmad Razman, 23.

Aida Hazira membidas kenyataan yang dikeluarkan pelakon yang pernah muncul dengan kontroversi suntikan kolagen iaitu Mohd Rafiq Abdul Rahman, 41 atau Pian Cecupak kononnya mereka merancang untuk berkahwin.

Harian Metro Sabtu lalu melaporkan Pian memberitahu media dia sudah berubah sepenuhnya dan kini merancang untuk mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama wanita idaman yang juga seorang model sambilan, Aida Hazira dalam masa terdekat jika ditemukan jodoh.


Aida ketika ditemui di Ampang Park, di sini, semalam melahirkan rasa kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon terbabit dan menafikan sekeras-kerasnya dia pernah merancang untuk berkahwin dengan selebriti itu.


"Saya hanya menganggap Pian sebagai kawan. Malah dia juga saya anggap seperti abang kerana dia pernah membantu saya, tidak lebih daripada itu," katanya.

Katy Perry dengan wajah menakutkan

Posted: 11 Oct 2011 09:36 PM PDT


Penyanyi "Last Friday Night", Katy Perry, muncul dengan wajah tengkorak selepas melawat Knott's Scary Farm Haunt yang terletak di California, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Isteri kepada pelakon komedi Russell Brand ini telah memuat turunkan gambar 'menakutkan' ini di akaun Twitter miliknya dengan mengatakan "Terus terang dengan saya, adakah saya nampak letih?" kepada pengikutnya.

Perry juga dikatakan telah bergurau-senda untuk mencium seorang pekerja taman tema tersebut, namun ditolak kerana lelaki tersebut dilaporkan tidak menyukai penampilan Perry ketika itu.

Bob Lokman ditahan ,Jais sahkan

Posted: 11 Oct 2011 09:34 PM PDT

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesahkan penahanan pelakon dan penulis lirik lagu "Isabela", Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lok,am.47, kerana berceramah tanpa tauliahdi Masjid Sungai Lui, Hulu Langat kelmarin.
bob lokman
Menurut pengarah JAIS, Marzuki Hussin, Bob Lokman tidak pernah memohon tauliah daripada JAIS dan penahanannya dibuat mengikut seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003, berdasarkan maklumat awam.

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Berita Harian, Bob telah ditahan bersama-sama dengan Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS, Mohd Sany Hamzan dan nazir masjiid ketika sedang berucap selepas solat maghrib dihadapan 70 jemaah.

Mereka kemudiannya dibawa ke balai polis berdekatan sebelum dilepaskan dengan ikat jamin.
"Kegiatan Bob Lokman sudah dipantau sejak minggu lalu, susulan ceramah di sebuah surau di Semenyih. JAIS sedang meneliti kandungan ceramahnya sama ada berbau politik atau sekadar berkongsi pengalaman penghijrahannya," ujar Marzuki.

Tambahnya lagi, Bob dan dua lagi rakannya itu gagal hadir di Ibu Pejabat JAIS sebelum tengah hari semalam selepas diminta berbuat demikian.

Sementara itu, Bob Lokman ketika dihubungi berang dan enggan mengulas mengenai isu penahanannya juga mengesahkan sama ada beliau sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat JAIS seperti yang diarahkan.

Video comel:Kucing berdiri

Posted: 11 Oct 2011 06:33 PM PDT


hehe,sebenarnya tak tahu nak kategorikan sebagai comel atau kelakar..
Dah macam manusia dah kucing nie berdiri..

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Video & Gambar Percutian Bersama 8TV & Star Cruise Libra

Posted: 11 Oct 2011 10:33 PM PDT

Video & Gambar Percutian Bersama 8TV & Star Cruise Libra

Pada 18 – 21 September lalu, Budiey.com satu-satunya wakil blogger untuk turut menyertai rombongan pelayaran kapal mewah Star Cruises Superstar Libra ke Phuket dan Krabi, Thailand bersama rombongan 8TV bersama dua hos program itu iaitu Naqib Nadhir Shamsuri dan Megan.

Paling best, rombongan 8TV dibawa secara eksklusif untuk dibawa ke Bridge Tour di Superstar Libra di mana menjadi pusat kawalan bagi kapal ini. Satu pengalaman luar biasa kerana dapat melihat sendiri kapal ini beroperasi. Ditemani oleh kapten kapal yang menerangkan tentang segala proses kapal ini ketika berada di laut dan tak lupa diperkenalkan juga pada kami peralatan canggih yang ada di bilik tersebut.

Bridge Tour Star Cruise Libra

Video Sekitar Percutian di Kapal Star Cruise Libra

Star Cruise

Media Trip 8TV Star Cruise Phuket Krabi Day 3

Media Trip 8TV Star Cruise Phuket Krabi Day 3

Media Trip 8TV Star Cruise Phuket Krabi Day 3

Media Trip 8TV Star Cruise Phuket Krabi Day 3

Media Trip 8TV Star Cruise Phuket Krabi Day 3

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Cabin Star Cruse Libra
  • 8TV Ajak Media Belayar di Kapal Mewah Star Cruise Libra
  • Profile Nas-T Pelakon Drama KAMI
  • Oscar Academy Awards Cancelled?
  • Tom Cruise GAY!
  • LIST OF HOLLYWOOD'S BEST AND WORST MOVIE STARS 2008
  • TOM CRUISE & CAMERON DIAZ IN KNIGHT & DAY
  • Gambar Pemenang Percutian SPA & Isitirehat BALI Tajaan Hotlink
  • Gambar Marsha Jadi Juri di Be A Samsung Star and Shine Search
  • Isu Fitnah Ella & Jojie Berbogel dalam Video Klip Filem Lucah?
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Ahmad Idham & Penerbit Upin Ipin Dituduh Bersekongkol dengan Pas Kelantan

    Posted: 11 Oct 2011 09:24 PM PDT

    Semalam, Budiey ada terbaca dalam sebuah blog sel13.com tentang kenyataan yang menuduh pengarah Ahmad Idham dan Penerbit Upin Ipin Bersekongkol dengan Pas Kelantan.

    Memetik dari blog tersebut, mengatakan Menteri Besar Kelantan & Mursyidul Am PAS sedang berusaha untuk mencari pendekatan berbeza bagi mengelakkan isu yang dapat menjatuhkan imej PAS iaitu dengan filem dan animasi. Dalam blog tersebut disebut, satu pertemuan antara pemimpin PAS, Nasaruddin Hasan dan AJK Pemuda PAS Pusat telah bertemu dengan pengarah Ahmad Idham pada 10 Oktober 2011.

    Sekadar memetik kenyataan dari blog tersebut:

    "Pertemuan tersebut difahamkan adalah untuk membincangkan sebuah projek filem pendek tetapi menggunakan modal abesar sebagai usaha propaganda PAS yang sedang teruk dihentam isu yang mereka sendiri cipta. Fokus filem tersebut lebih terarah kepada 'KEJAYAAN' Kelantan di bawah pentadbiran Nik Abdul Aziz.

    Pada mulanya, Ahmad Idham dikatakan tidak bersetuju dengan tawaran tersebut. Bagaimanapun selepas dipujuk dengan tawaran lumayan dan diberitahu, filemnya itu akan diberikan publisiti meluas selain menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda, akhirnya Ahmad Idham bersetuju. Malah Ahmad Idham menganggap, filem yang akan dibiayai sepenuhnya oleh NIK ABDUH, anak Nik Abdul Aziz itu sebagai suatu JIHAD SENI.

    Besar kemungkinan antara barisan pelakonnya terdiri daripada BOB LOKMAN dan AZMIL MUSTAPHA.

    Pada masa yang sama, PAS Pusat dengan dalangnya adalah DAP sedang dalam rangka perbincangan dengan LES COPAQUE yang menerbitkan UPIN DAN IPIN untuk menghasilkan sebuah animasi dalam usaha mempromosi Pakatan Rakyat kepada golongan muda.

    LES COPAQUE sebelum ini menerima pelbagai bentuk pinjaman, bantuan dan insentif daripada kerajaan selepas kejayaan UPIN DAN IPIN. Malah slot UPIN DAN IPIN selama 5 minit mula ditayangkan di TV9 milik Media Prima Berhad, sebagai dorongan untuk LES COPAQUE bertapak sebagai syarikat animasi yang disegani. Sehingga kini UPIN DAN IPIN masih ditayangkan di TV9, biarpun khabarnya TV9 mampu mendapatkan siri animasi dari luar negara yang jauh lebih murah dan lebih panjang durasinya"

    Pada hari ini, tarikh 12 Oktober 2011, syarikat yang menerbitkan drama animasi Upin & Ipin telah mengeluarkan kenyataan rasminya untuk memperbetulkan fakta berita yang dikeluarkan dalam blog tersebut.

    "Upin Ipin" adalah sebuah siri animasi kanak-kanak yang diterbitkan oleh kami khas untuk anak-anak kita, supaya mereka dapat membesar dengan minda yang tidak dipengaruhi olih budaya barat. Siri tersebut sarat dengan pengajaran dan contoh yang baik untuk diikuti olih anak-anak kita sambil menerapkan budaya ketimuran supaya apabila besar kelak mereka mempunyai rasa bangga dengan budaya mereka.

    Oleh kerana siri animasi ini untuk anak-anak, kami tidak pernah berhasrat untuk memasukkan sebarang unsur politik apatah lagi berbincang dengan mana-mana parti politik bagi menggunakan watak Upin dan Ipin untuk tujuan tersebut. Kami memohon semua kepada semua pihak supaya berhenti dari mengeluarkan sebarang berita dan kenyataan yang tidak benar yang bolih memberi pandangan negatif kepada syarikat kami dan menjejaskan perniagaan kami.

    Les' Copaque Sdn Bhd adalah merupakan sebuah syarikat Bumiputra yang berjaya menerajui bidang perniagaan berlandaskan animasi sebagai teras perniagaan. Setakat ini, ia merupakan satu-satunya syarikat di Malaysia yang berjaya membangunkan harta intelek sendiri dengan menggunakan kepakaran tempatan seratus peratus dan memberi peluang pekerjaan kepada anak muda yang sebahagian besarnya adalah Bumiputra.

    Sememangnya kerajaan telah banyak membantu kami dari segi kewangan melalui gran MOSTI sebanyak RM 1juta dan galakkan pemasaran serta pembangunan modal insan. Walau bagaimanapun, kejayaan kami sehingga ini tidaklah semata-mata bergantung kepada pertolongan kerajaan, tetapi atas berkat usaha gigih kami untuk memajukan diri dan membuktikan bahawa Bumiputra pun bolih berniaga dan bersaing seperti kaum lain. Oleh itu, kami memohon kepada semua pihak, terutamanya Bumiputra, supaya menyokong usaha kami ini dan janganlah mengadakan berita yang boleh memudharatkan perniagaan kami."

    Jika ini tak benar, adakah perlu untuk Ahmad Idham dan penerbit Upin & Ipin akan saman pemilik blog tersebut? Atau adakah ini gimik semata-mata?

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Video Upin & Ipin : Dan Kawan Kawan Episod 1 : Air Kolah, Air Laut
  • Gambar Nur Fathiah Who Play Upin & Ipin's Voice Geng: Pengembaraan Bermula Movie
  • Musim Baru Upin & Ipin Februari ini!
  • Paul Moss Pertikaikan Upin & Ipin?
  • Promosi Cuti Sekolah Menara Kuala Lumpur
  • Keputusan Pemenang Shout! Awards 2009
  • Perjumpaan Ahmad Idham & Dewan Pemuda PAS Malaysia
  • Gossip Ahmad Idham Jadi Ketua Pengarah FINAS?
  • Filem Geng Pengembaraan Bermula di TV9
  • Trailer Filem Geng: Pengembaraan Bermula Upin & Ipin
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Zon Artis

    Zon Artis


    ‘Kahwin Kali Ketiga’ – Pian Cecupak Syok Sendiri, Hanya Propa

    Posted: 11 Oct 2011 07:58 PM PDT

    PIAN CECUPAK PROPA

    Nampaknya, pengakuan Pian Cecupak yang dibuat kepada media konon'nya dia akan berkahwin buat kali ketiga dengan seorang gadis berusia 23 tahun iaitu Aida Hazira Ahmad Razman yang merupakan model sambilan hanya propa semata-mata apabila Aida Hazira tampil membuat kenyataan dengan menafikan kenyataan 'Kahwin kali ketiga' Pian Cecupak itu.

    Menurut Aida Hazira, dia tidak pernah merancang untuk berkahwin dengan Pian Cecupak dan dia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Pian Cecupak yang konon'nya mereka bakal berkahwin itu. Aida Hazira turut menambah yang Pian Cecupak sengaja mengeluarkan kenyataan itu untuk mencari publisiti murahan bagi menarik perhatian umum.

    Aida Hazira secara peribadi melahirkan rasa kesal dengan kenyataan sesuka hati yang dikeluarkan oleh Pian Cecupak itu dan dia juga menyatakan yang dia hanya menganggap Pian Cecupak sebagai kawan dan juga seperti abang. Bukannya sebagai kekasih apatah lagi bakal isteri.

    Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.