Adsense

Selasa, 23 Ogos 2011

borak kosong

borak kosong


Seorang Petani Berjaya Terbang Dengan Pesawat Ala UFO Buatannya

Posted: 23 Aug 2011 09:00 PM PDT


Shu Mansheng, yang hanya berpendidikan sekolah dasar, mampu membuat pesawat terbang ala UFO alias piring terbang dengan menggunakan 8 buah mesin yang terhubung dengan baling-baling dan mampu terbang setinggi 2 meter dari tanah.

Piring terbang sendiri bukan yang pertama yang pernah dibikin Shu. Shu pernah membuat 2 buah pesawat jet di rumah, meski kedua projek itu gagal - yang pertama kerana pesawat tak mahu terbang setelah sebuah tayar meletus di jalur pesawatnya dan yang kedua jatuh saat tinggal landas.

Shu yang tinggal di Wuhan, provinsi Hubei pun beralih ke piring terbang dimana proyek pertama dari piring terbang itu juga sempat gagal terbang tahun lalu.

Adapun Shu menghabiskan 6,000 Poundsterling untuk piring terbang pertama buatannya itu.

Untungnya, Shu berhasil menerbangkan piring terbang ke-2nya yang dibuatnya tahun ini.

Shu berencana untuk menyempurnakan piring terbangnya itu dan membuat sekolah bagi anak-anak yang tertarik.

Wanita ini dilarang membawa telefon bimbit seumur hidup

Posted: 23 Aug 2011 08:00 PM PDT


GLENDALE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita yang melanggar mati lelaki berusia 80 tahun ketika dia menaip mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) semasa memandu dilarang seumur hidup daripada membawa telefon bimbit di dalam keretanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita berkenaan, Ani Voskanian (gambar), 21, dijatuhi hukuman pelik itu sebagai persetujuan bersama pihak pendakwa raya untuk mengelakkan dia daripada dihukum penjara.

Voskanian mengaku menyebabkan kematian Misak Ranjbar di sini, negeri California, selepas melanggar lelaki berusia 80 tahun itu ketika dia melintas jalan pada September tahun lalu.

Pemeriksaan pada telefon bimbitnya menunjukkan dia telah menghantar mesej SMS sejurus sebelum kemalangan maut itu.

"Dalam kes ini, sebuah keluarga kehilangan ketua keluarga. Namun, satu lagi keluarga akan kehilangan anak perempuannya jika wanita itu dipenjarakan," kata seorang pegawai polis di sini, Ashraf Mankarios.

Keluarga mangsa turut bersetuju dengan hukuman tersebut malah mereka turut menulis surat sokongan kepada hakim yang mengadili perbicaraan kes berkenaan.

Voskanian juga diperintah menjelajah sekolah-sekolah di sekitar tempat dia tinggal selama 300 jam untuk bercakap mengenai bahaya menghantar SMS semasa memandu. - Agensi

sumber : kosmo online

Polis tangkap kanggaru curi seluar dalam

Posted: 23 Aug 2011 07:00 PM PDT


PRAGUE, Republik Czech - Seekor kanggaru yang terlepas daripada jagaan seorang pemiliknya ditangkap kerana mencuri beberapa helai seluar dalam wanita di ampaian di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan jantan itu yang diberi nama Benji dan berusia dua tahun ditangkap polis selepas seorang wanita melihat ke arah tingkap dan mendapati ia mencuri seluar dalam miliknya yang disidai.

Sebelum ditangkap, polis mendapat panggilan daripada penduduk yang mengadu mengenai kehilangan seluar dalam di ampaian baru-baru ini.

Seorang jurucakap polis menjelaskan bahawa pihaknya juga menerima aduan daripada pemilik kanggaru itu bahawa haiwan tersebut telah melarikan diri.

Menurutnya, ketika itu, polis tidak berpendapat bahawa kedua-dua kes berkenaan mempunyai kaitan.

Pemilik haiwan itu, Petr Hlabovic, 35, berkata: "Saya berasa amat lega kerana mendapat semula haiwan itu.

"Pastinya, haiwan itu tidak mendapat tabiat tersebut daripada saya." - Agensi

sumber : kosmo online

Kate Winslet selamatkan ibu seorang bilionair berusia 90 tahun

Posted: 23 Aug 2011 06:00 PM PDT


PULAU NECKER, Kepulauan Virgin - Aktres Britain, Kate Winslet membantu menyelamatkan ibu ketua syarikat penerbangan tambang murah Virgin, Richard Branson apabila vila yang mereka diami di tepi Laut Carribean di sini terbakar setelah disambar petir.

Wanita berusia 90 tahun itu dibawa keluar ke tempat yang lebih selamat. Winslet dan anak-anaknya adalah antara tetamu yang terpaksa melarikan diri apabila kediaman milik Branson itu hangus terbakar.

Rumah agam berharga beberapa juta pound itu dibina di atas pulau ini yang dibeli oleh taikun berkenaan pada harga £60 juta (RM294.21 juta). Ia disambar petir sebelum terbakar awal pagi kelmarin apabila rantau berkenaan dilanda Taufan Irene yang bergerak selaju 144 kilometer sejam.
KATE WINSLET



Api merebak dengan cepa,t sekali gus memaksa penghuninya termasuk Winslet dan dua anaknya bertindak menyelamatkan nyawa mereka.

Menurut Branson, Winslet bertindak seperti seorang wirawati Hollywood sejati apabila ia mengangkat wanita berusia 90 tahun itu dan berjalan keluar dari rumah agam berkenaan yang runtuh sejurus kemudian.

Ketika kejadian, Branson, 61, menginap di sebuah vila lain sekitar beberapa puluh meter daripada rumah agam berkenaan bersama isteri, Joan dan anak lelakinya, Sam.

"Terdapat sekitar 20 orang dalam rumah itu dan mereka semua berjaya keluar dengan selamat," katanya.

Branson yang mengetuai konglomerat Kumpulan Virgin yang terdiri daripada 400 buah syarikat, memiliki anggaran kekayaan berjumlah AS$4.2 bilion (RM12.4 bilion).- Agensi

sumber : kosmo online

Hebat..presenter bawa pistol ketika bersiaran

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT


Presenter salah satu televisyen milik pemerintah Libya membawa pistol saat siaran. Presenter itu menyatakan seluruh staf saluran televisi tersebut siap menjadi tentera dalam mempertahankan stesen televisyen mereka dari serangan pemberontak.

Rakaman tersebut diposting di situs media sosial. Dengan mengacungkan pistol di depan kamera, presenter wanita itu mengatakan:
"Dengan senjata ini, saya lebih baik membunuh atau mati hari ini. Anda tidak akan boleh mengambil saluran Al-Libiyah. Kamu juga tidak akan boleh mengambil saluran Jamahiriyah, Shababiyah, Tripoli dan semua yang ada di Libya," ancam presenter tersebut dalam rakamannya seperti dikutip dari Telegraph, Minggu, 21 Ogos 2011.

Ia pun menyatakan jika semua staf di saluran televisyen itu telah bersenjata. Dan bahkan, kalaupun tanpa senjata mereka siap menjadi perisai untuk melindungi rakan-rakan mereka di saluran televisyen tersebut.

"Kami bersedia menjadi tentera," ucapnya lagi.

Ini bukan pertama kalinya terjadi. Sebelumnya, pada March lalu, seorang presenter Libya juga melakukan hal yang sama. Aksi itu dilakukan presenterlelaki itu untuk mendukung kepemimpinan Muammarl Khadafi.

Sekadar informasi, kelompok pemberontak Libya mengatakan perlawanan sudah dilakukan di ibukota Libya, Tripoli. Pemimpin Libya Muammar Khadafi pun menyebut pemberontak sebagai pengkhianat bangsa Libya. [vivanews.com]

Selingkuh punya pasal

Posted: 23 Aug 2011 02:25 PM PDT


Gila...wanita buat demo untuk bertelanjang dada seperti lelaki

Posted: 23 Aug 2011 10:01 AM PDT


Puluhan wanita turun ke jalan-jalan di sekitar Venice Beach, California, untuk memperingati Hari Kesamaan Wanita. Uniknya, mereka melakukan demo dengan keadaan telanjang.

Mereka memprotes hak individu agar diizinkan secara hukum untuk bertelanjang dada di tempat umum, seperti laki-laki.

Sejumlah lelaki juga ikut dalam aksi ini. Mereka melakukan aksi tunjuk rasa di dua belas tempat, di antaranya New York, North Carolina, dan California.

Aksi tahunan yang telah digelar keempat kalinya ini untuk menuntut agar diizinkan mempamerkan payudara.

Lelaki yang disunat terkejut kemaluannya hilang setelah sedar

Posted: 23 Aug 2011 09:46 AM PDT


Malang benar nasib seorang lelaki di Kentucky, Amerika Syarikat yang datang ke sebuah hospital untuk minta disunat. Doktor yang menyunat menemukan kanser ganas di balik kulit yang menutupi kepala Mr P dan terpaksa harus dibuang.

Bermula ketika Philip Seaton, pemandu trak berusia 46 tahun datang ke sebuah hospital di Kentucky pada Oktober 2007. Ia datang dengan keluhan radang atau inflamasi di kemaluan, lalu minta disunat agar selanjutnya alat vitalnya jadi lebih mudah dibersihkan.

Peralatan operasi segera disiapkan oleh Dr John Petterson, ahli bedah yang akan menyunat kemaluan Seaton. Pada keadaan normal, sunat atau sirkumsisi hanyalah prosedur ringan yang hanya perlu waktu beberapa minit dan tidak terlalu berisiko memicu komplikasi.

Namun ketika Dr Petterson menyayat kulit kemaluan yang menutupi kepala penis Seaton, yang ditemukan bukan radang melainkan jaringan dengan pertumbuhan tidak normal. Dr Petterson menggambarkan keadaan itu sangat parah dan sudah menyerupai kembang kol yang membusuk.

Dr Petteerson dan pasukannya mendiagnosis keadaan ini sebagai karsinoma sel skuamosa, sejenis kanser ganas yang biasanya menyerang permukaan kulit. Satu-satunya cara untuk mencegah persebaran sel kanker ke organ lain adalah sesegera mungkin membuang kemaluan Seaton.

"Yang saya lihat saat itu bukan penis melainkan kanser. Saya lakukan amputasi kerana saya fikir inilah cara paling tepat untuk menyelamatkan Seaton," ungkap Dr Petterson, seperti dikutip dari WDRB, Selasa (23/8/2011).

Akhirnya operasi yang tadinya hanya bertujuan untuk menyunat kulit kemaluan malah berakhir dengan pembuangan parsial, yakni menghilangkan bahagian kepala penis yang sudah digerogoti kanser. Pilihan yang sulit bagi doktor, namun harus dilakukan untuk menyelamatkan Seaton.

Sayangnya Dr Petterson melakukan kesalahan mendasar dalam tindakan penyelamatan tersebut. Ia tidak memberikan informed consent atau pemberitahuan kepada Seaton atau keluarganya, terkait impak yang akan ditimbulkan termasuk hilangnya sebagian dari alat vital Seaton.

Seaton yang saat terbangun mendapatu alat kelaminnya sudah terpotong akhirnya tidak terima, lalu membawa masalah ini ke pengadilan. Kes yang sudah terjadi 4 tahun lalu itu baru muncul ke media saat sidangnya mulai digelar beberapa hari yang lalu.

Wow! Ada Keyboard Laser Canggih (Video)

Posted: 23 Aug 2011 08:46 AM PDT

Inovasi keyboard komputer, huruf-hurufnya dipancarkan berupa sinar laser.

Perangkat keyboard komputer mengalami banyak kemajuan, modifikasi, dan inovasi. Mulai dari fizik keyboard dengan tombol-tombol, sampai keyboard virtual yang terintergasi di monitor berteknologi touch screen.

Dan sekarang ada keyboard bentuk lain, yang tak berwujud fisik ataupun virtual, melainkan laser. Alat berbentuk kotak ini berfungsi sebagai proyektor pemancar sinar laser.

Sinar-sinar laser warna merah yang dipancarkannya memprojeksikan gambar keyboard pada meja atau permukaan datar apapun. Dan kerana sinar lasernya terang, maka keyboard ini boleh digunakan untuk menaip di kegelapan.




Keyboard ini dapat disambungkan ke iPhone, iPad, dan smartphone atau laptop, dengan menggunakan bluetooth. Alat ini bekerja dengan tenaga bateri 700mAh built-in, yang harus diisi ulang dengan kabel USB.Sekali charge, boleh untuk menaip selama 150 minit.

Hebat..orang utan lap muka guna tuala gempar di You Tube

Posted: 23 Aug 2011 07:51 AM PDT


INILAH.COM, London – Primata ini dikenal sebagai 'orang hutan'. Dari video jelas sekali mengapa ia mendapat julukan itu. Mamalia ini terakam kamera sedang 'bertarung' dengan panas.

Saat berada di zoo di Tokyo seperti ditulis Dailymail, orangutan ini terakam sedang mencelupkan tuala ke kolam air dan mengelapkannya ke wajahnya. Hal ini membuktikan betapa cerdik primata ini mengalahkan hawa panas.

Menariknya, sebelum mengelap muka dengan tuala, setelah primata ini mencelupkan tualanya ke kolam, ia memerasnya terlebih dahulu serupa cara manusia. Memanjakan diri, orangutan ini nampak sangat menikmati kegiatannya tersebut.

Saat itu, perilaku unik primata ini berhasil menarik perhatian para pengunjung zoo. Kini video itu berhasil menghibur semua orang di dunia maya.


Oops…Flintstone Masa Kini, Hentikan Kereta Pakai Kaki

Posted: 23 Aug 2011 06:30 AM PDT


INILAH.COM, Roseville – Kamera video polis merakam seorang lelaki Detroit berusia 24 berada dalam traknya yang sedang laju. Bak Fred Flintstone, ia mencoba menghentikannya dengan kakinya.

Menurut penuturan wakil ketua polis Roseville James Berlin, kerana brek trak lelaki ini rosak dan gagal berhenti di jalanan yang sedang ramai, pengemudi yang ada di dalamnya langsung mengeluarkan kakinya untuk menghentikan traknya.

Para saksi mengatakan, lelaki ini memandu dengan kelajuan 65 km/jam dan akhirnya berhasil menghentikan traknya dengan dua cara. Pertama dengan kakinya yang diakhiri dengan menabrak empat kendaraan lain seperti dilaporkan AOL.

"Lelaki ini mengaku akan memperbaiki breknya setelah kejadian ini," ujar Berlin.

Namun, lelaki ini tetap ditahan kerana aksi memandu yang 'tolol'. Lelaki ini akan menghadapi sidang dengar kesaksian bulan depan, tutup Berlin. lihat videonya di SINI





Gempak..design pembalut wanita yang gempak

Posted: 23 Aug 2011 05:45 AM PDT

Produk pembalut wanita tersedia dalam berbagai jenis pembalut, dimodifikasi oleh para pengeluar pembalut wanita, dan di lempar ke pasaran lewat iklan-iklan pembalut yang kreatif. Foto-foto berikut merupakan design pembalut wanita yang sangat kreatif. dan agak gempak :











Mulia betul hati gadis ini

Posted: 23 Aug 2011 04:00 AM PDT


Sst, Rabu Ternyata Hari Paling Sihat

Posted: 23 Aug 2011 03:00 AM PDT


INILAH.COM, – Sebuah penelitian baru menyebutkan, Rabu merupakan hari kala diri kita tengah mencapai perilaku terbaik dalam kepedulian terhadap kesihatan diri sendiri.

Seperti dikutip Daily Express, penelitian itu berdasarkan pada kajian yang melibatkan 5.000 sukarelawan dari sebuah perusahaan suplemen kesihatan Bio-GLAN ini menemukan bahawa pada Rabu, kita akan cenderung menghindari atau mengurangi kebiasaan buruk yang terbawa dari akhir minggu.

Rabu juga merupakan hari saat kita paling mungkin mendapatkan lapan jam waktu tidur dan makan dengan porsi buah dan sayuran yang seimbang.

Kemudian, satu dari lima orang tercatat akan lebih mungkin datang ke gym dan tiga perempat sukarelawan akan cenderung menghindari alkohol. Tak pelik, hari itu pun akhirnya mendapatkan julukan 'Rabu Sihat'.

"Pada Rabu, kita akan merasa lebih mampu mengendalikan hidup kita," kata peneliti Dr Vicky Senior, seorang psikologi kesihatan di Universiti Surrey.

Budak ini buat gempak semasa Siaran Lansung perkahwinan Kim Kardashian

Posted: 23 Aug 2011 02:00 AM PDT

Proses pernikahan 29 juta dollar Kim Kardashian dengan Kris Humphries akhirnya berjalan dengan sukses, begitu juga dengan liputan pernikahannya oleh CNN yang satu ini.Tapi yang pasti budak ini telah berjaya mencuri perhatian penonton.

Lawak...Surat letak jawatan dari seorang blogger

Posted: 23 Aug 2011 01:00 AM PDT


Pelik..wanita ini kena bayar suaminya kerana tak nak bercerai

Posted: 23 Aug 2011 12:00 AM PDT


INILAH.COM, Tel Aviv – Seorang perempuan Israel diperintahkan pengadilan untuk membayar denda kerana menolak diceraikan oleh suaminya. Lho?

Pengadilan memerintahkan wanita yang tak disebutkan namanya ini untuk membayar denda sebesar US$57 ribu kerana menolak perintah agamanya untuk cerai.

Hakim memerintahkan pembayaran US$7.000 se tahun, untuk setiap tahun dia menolak diceraikan meski telah diperintahkan pengadilan agama di Israel.

Menurut Jweekly, pasangan ini berpisah pada 2003 setelah 25 tahun menikah. Sang suami, pertama kali mencuba menceraikan isterinya pada 1986 lalu dengan alasan wanita itu mandul.

Ketika itu, pengadilan menolaknya. Sang istri saat itu juga mengatakan suaminya tertarik dengan wanita lain.

Si hakim yang seorang wanita, menyatakan si isteri masih berutang kepada suaminya meski saat ini ia setuju diceraikan.

Sang suami juga masih boleh menuntut kerugian lainnya, jika si isteri masih mempersulit segala prosesnya.

Wow! Anak 13 Tahun Menemukan Model Panel Suria Paling Efektif

Posted: 22 Aug 2011 11:00 PM PDT



Alam sekali lagi menunjukan keajaibannya yang luar biasa, siapa sangka kalau desain ranting dan cabang pohon yang terlihat oleh kita ternyata merupakan sebuah desain paling genius yang pernah ada dari sebuah teknologi panel suria?

Inilah panel suria buatan Aidan. Foto: anmh

Nampaknya ras manusia perlu berterimakasih oleh seorang anak Genius bernama Aidan Dwyer yang berhasil menemukan model panel suria paling efektif yang pernah manusia temukan. Panel suria buatannya mampu menyerap tenaga suria 20 hingga 50% lebih besar daripada panel suria konvensional! Untuk usahanya ini, Aidan telah mendapat penghargaan utama dari "Young Naturallist Awards"

Sulit dipercaya memang, ketika banyak ilmuwan dan orang terdidik menghabiskan jutaan dollar serta waktu penelitian yang lama untuk menemukan desain tersebut, ternyata hasil penelitian seorang anak yang masih berusia 13 tahun justru dapat mengalahkan segala usaha dan penemuan mereka.

Aidan menceritakan bahwa desain panel suria temuannya terinspirasi oleh bentuk serta pola dahan dan ranting dari pepohonan. Ia merasa ada yang unik dari pola setiap dahan dan ranting tersebut. Rasa penasarannya membawa Aidan kesebuah penelitian yang melibatkan hasil penemuan dari seorang penulis puisi sansekerta India hingga ke penemuan formula matematika pada alam oleh ilmuwan pada abad ke 18. Akhirnya ia menemukan keterkaitan pola spiral pada dahan dan ranting tersebut dengan pola yang ditemukan oleh Leonardo dari Pisa, atau kita kenal dengan nama Fibonacci.


Sebahagian rasa keingintahuannya berhasil oleh penemuan ini, namun pertanyaan awalnya masih belum memiliki jawaban; Mengapa pohon memiliki pola ini?

Aidan pun mulai melakukan eksperimen di kebun belakang rumahnya, ia mereka sebuah pohon tiruan dengan daun yang ia ganti dengan panel surya, dan dari eksperimen inilah akhirnya panel surya rancangannya tercipta.

Bagi yang tertarik mendalami penelitian Aidan lebih lanjut boleh melihat laporan lengkap miliknya di sini. Dari cara penulisannya saja kamu bakal tahu betapa pintarnya anak ini.


sumber: anmh via gizmodo

SKUTER KACA MESRA ALAM VERSI HONDA

Posted: 22 Aug 2011 10:00 PM PDT


Makin hari, orang makin menyedari betapa pentingnya menjaga lingkungan. Begitu pula teknologi, makin ke depan, teknologi makin memperhitungkan keramahan ATAU MESRA ALAM.

Upaya signifikan kembali ditampilkan kilang Honda di Jepun . Honda membuat Gyro2. Nampak kendaraan ini menyediakan tempat nyaman pada penunggangya.

Honda Gyro2 ditutupi kaca yang akan melindungi penunggang yang sedar pada tanggung jawabnya akan lingkungan serta ingin efisien secara ekonomi.

Kendaraan ini merupakan hasil rancangan Robert V Hagenstrom. Honda Gyro2 ini memiliki fitur kamera belakang dan lengan dual mono-swing untuk keamanan dan keselesaan.

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Sharnaaz tidak kejar populariti

Posted:

Sharnaaz tidak kejar populariti

Sharnaaz tidak kejar populariti

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR


SEBAGAI anak rantau, Sharnaaz Ahmad akan memastikan dirinya akan pulang ke kampung halamannya bagi meraikan Syawal.


SAYA membiarkan dia melayan perasaannya seketika sementelah dia sendiri memohon untuk berehat seketika. Katanya, sejak membintangi filem Azazil arahan Kabir Bhatia sejak awal Ramadan lalu, Sharnaaz Ahmad mengakui belum berkesempatan mendapat rehat yang secukupnya.

Sesekali juga dia mengusap-usap balutan tangan kirinya yang cedera akibat melakukan adegan pergaduhan bersama Remy Ishak yang turut membintangi filem seram itu.

Dek kerana kesibukannya itu jugalah, memang sukar untuk mendapatkan tarikh bagi mengadakan sesi fotografi bersamanya.

"Biarpun penat tetapi saya harus akui membintangi filem Azazil telah memberikan kepuasan yang maksimum buat saya.

"Watak dan skripnya cukup bagus sehingga saya merasakan satu kerugian besar untuk saya menolaknya. Alhamdulillah, saya mendapat peluang untuk berlakon di bawah arahan Kabir yang saya idamkan selama ini," kata Sharnaaz membuka bicaranya dalam nada yang cukup perlahan.

Sudah mula mendapat rentak perbualan, Sharnaaz memberitahu watak Atan yang dibawakannya dalam filem Azazil benar-benar mencabar dirinya sebagai seorang pelakon.

Apatah lagi, untuk bakat baru sepertinya mendapat peluang berlakon di samping Umie Aida, Remy, Emelda Rosmila dan Sheila Rusly bagaikan satu penghormatan buat Sharnaaz.

"Kabir menghubungi saya sambil menyatakan adakah saya berminat untuk menghadiri uji bakat filem terbarunya. Rupa-rupanya dia juga meminta saya untuk menguji bakat bagi dua projeknya yang lain.

"Rezeki berpihak kepada saya untuk membintangi Azazil dan insya-Allah, saya juga akan berlakon dalam sebuah lagi produksinya selepas ini.

"Cara Kabir bekerja memang berbeza dengan pengarah lain yang pernah saya kerja sebelum ini. Dia akan membentuk watak itu dan kita sebagai pelakon harus sentiasa bersedia," ceritanya penuh semangat.

Perang dingin

Memang tidak dinafikan lagi, populariti Sharnaaz pantas mencanak naik biarpun hanya baru setahun setengah menjadi seorang pelakon.

Dua drama bersiri, Tari Tirana dan Dottie telah memperkenalkan namanya di persada seni tanah air sebelum dia meluaskan lagi sayap seninya dengan membintangi drama-drama lain.

Tidak sampai dua tahun dalam gelanggang seni, timbul pula cerita kurang enak tentang Sharnaaz yang dikatakan sudah mula lupa diri dan bagai kacang lupakan kulit.

Semuanya gara-gara hubungannya dengan penerbit dan pengarah drama terkenal, Michael Ang bertukar dingin sehingga dikhabarkan namanya telah disenarai hitamkan daripada membintangi projek-projek terbaru Michael.

Walhal sebelum ini, penggiat industri hiburan tempatan sudah sedia maklum keakraban Sharnaaz dan Michael sehinggakan pelakon kacak itu sudah dilabelkan sebagai anak emas Michael.

Ada saja drama baru yang akan diterbitkan mahupun diarahkan Michael, nama Sharnaaz pasti berada dalam senarai pelakon pilihan.

Jadi, apabila timbul cerita kurang enak seperti ini, ia sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi Sharnaaz sebagai bintang baru.

Sambil menghela nafas panjang sebelum memberikan jawapannya, Sharnaaz mengakui dia cukup sedar akan cerita yang tersebar luas itu.

"Apa yang berlaku sebenarnya telah dipengaruhi oleh pihak tertentu yang bagaikan tidak senang melihat hubungan saya dengan Michael.

"Padahal isu yang tercetus sebenarnya tidaklah sebesar mana apabila saya hanya meminta bayaran lebih sedikit daripada apa yang sering saya terima sebelum ini.

"Adakah hanya kerana saya seorang pelakon baru saya boleh diperkotak-katikkan dan dipandang sebelah mata? Saya bukan mahu menjadi seorang demanding tidak tentu pasal.

"Semuanya adalah demi tuntutan kerja dan saya bersuara pun demi hak saya sebagai seorang pelakon. Apa-apa pun, hubungan saya dengan Michael sudah kembali pulih seperti sedia kala," katanya yang baru sahaja membintangi video muzik terbaru Shila Amzah yang diarahkan oleh Michael.

Mengulas pula tentang isu anak emas, ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh Sharnaaz kerana ia tidak pernah timbul.

Malah, Michael sendiri memberinya kebebasan untuk mencari peluang dengan berlakon di bawah arahan pengarah lain pula.

Cerita Sharnaaz lagi, dalam tempoh 'perang dingin' itu, dia terpaksa menolak hampir 15 tawaran berlakon dari pelbagai stesen televisyen kerana mahu mencari ketenangan dan membina semula keyakinan dirinya.

"Barangkali selepas apa yang berlaku ada hikmahnya juga kerana saya terus mendapat peluang berlakon yang tidak putus-putus.

"Saya berlakon kerana minat yang cukup mendalam terhadap seni dan populariti bukanlah sesuatu yang saya kejar.

"Memang tidak dinafikan, populariti itu penting untuk seseorang artis tetapi adalah lebih baik kalau kita diiktiraf kerana bakat. Saya percaya dengan adanya bakat, populariti akan bergerak seiring," katanya yang juga mendapat perhatian pengarah terkenal, Osman Ali untuk membintangi drama terbarunya, Bicara Hati tidak lama lagi.

Buat masa ini, lakonan Sharnaaz dapat ditonton menerusi drama bersiri Kasih Alia yang sedang ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3.

Wajib balik kampung

MENUTUP bicara itu, perbualan kami dialihkan pula tentang Syawal 1432 Hijrah yang bakal menjelma tidak kurang seminggu sahaja lagi.

Sebagai anak rantau dari Pulau Pinang, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ini akan memastikan dirinya pulang ke kampung waima apa keadaan sekali pun.

Baginya, hanya pada Aidilfitri sahaja merupakan waktu terbaik untuknya berkumpul dengan keluarga dan sanak-saudara yang sudah lama tidak ketemu.

Daripada nada suaranya sahaja, sudah dapat disimpulkan bahawa Sharnaaz sememangnya cukup menantikan sambutan Syawal.

Lebih-lebih lagi apabila hari lahirnya yang ke-26 jatuh pada Hari Raya pertama sekali gus menjadikan sambutan Aidilfitri kali ini begitu istimewa sekali buat Sharnaaz.

"Pagi raya, semua sepupu dan saudara saya akan berkumpul di rumah keluarga saya di Datuk Keramat, Pulau Pinang.

"Seterusnya, kami semua akan bersembahyang sunat Aidilfitri di masjid berdekatan dan sebaik sahaja pulang ke rumah, kami akan dihidangkan dengan pelbagai juadah istimewa daripada air tangan ibu saya.

"Ketika itulah juga, soal diet sudah tidak dihiraukan lagi kerana macam-macam makanan akan dihidangkan seperti nasi tomato, ayam ros, ayam kicap dan rendang.

"Memang sudah menjadi tradisi keluarga kami untuk menghidangkan juadah istimewa seperti ini di pagi Syawal. Kemudian, waktu tengah hari pula, kami semua akan ke rumah makcik saya," cerita Sharnaaz dalam nada penuh teruja.

Raya pertama sebagai artis

Posted:

Raya pertama sebagai artis

Raya pertama sebagai artis

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM


SYAWAL 1432 merupakan kali pertama Neelofa menyambutnya sebagai seorang artis.


DETIK yang cukup dinantikan oleh semua umat Islam setiap kali menjelangnya Syawal apabila dapat berkumpul dengan keluarga dan sanak-saudara.

Hanya pada waktu begini sahajalah, ia merupakan peluang terbaik untuk kita bertanya khabar, beramah mesra dan menghabiskan masa selepas sekian lama tidak berkumpul bersama.

Begitulah perasaan yang dialami oleh pelakon baru yang sedang meningkat naik, Noor Neelofa Mohd. Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa yang cukup menantikan kehadiran Syawal 1432 Hijrah.

Lantaran kesibukannya dengan pelbagai agenda seni serta membahagikan masa sebagai seorang pelajar juga membuatkan Neelofa tidak berpeluang mencuri masa untuk dihabiskan bersama keluarga tercinta.

"Disebabkan itu, saya memang sudah tidak sabar lagi untuk beraya tahun ini. Dilahirkan dalam keluarga yang cukup besar, pastinya kemeriahan itu cukup dirasai setiap kali menjelangnya Aidilfitri.

"Lalu, ia bagaikan satu kewajipan buat saya untuk pulang ke kampung waima dalam apa keadaan sekali pun," jelas Neelofa dalam nada penuh teruja sewaktu dihubungi Hits, baru-baru ini.

Bakal menghabiskan masa di kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan lebih kurang lima hari bermula 27 Ogos ini, Neelofa mahu memanfaatkan setiap detik pada Syawal ini sebaik mungkin.

Ketika ini, dia sendiri sudah dapat membayangkan kemeriahan keluarga dan sanak-saudaranya yang akan sibuk membuat persiapan akhir selain ligat di dapur menyediakan juadah untuk Hari Raya nanti.

"Setiap tahun, rumah keluarga saya akan menjadi tumpuan dan bayangkan, hampir 60 orang ahli keluarga akan bertandang beberapa hari sebelum raya.

"Keluarga ibu saya memang cukup besar kerana dia mempunyai tujuh orang adik-beradik. Jadi, apabila kesemua adik-beradiknya dan sepupu saya berkunjung ke rumah, gegak gempita dibuatnya dengan kekecohan gelagat masing-masing," ujar Neelofa yang merupakan juara Dewi Remaja 2010 ini sambil ketawa.

Menyambung perbualan, aktres jelita ini memberitahu kesemua ahli keluarganya itu akan diberikan skop tugas masing-masing terlebih dahulu dan sebelum memulakan 'gerak gempur' dijalankan seawal 4.30 petang.

Bercerita tentang persiapan rayanya pula, Neelofa tidak menafikan dia merindui detik-detik bersama ibunya yang akan sibuk membeli keperluannya adik-beradik.

Namun, selepas bergelar artis sejak awal tahun ini, anak ketiga daripada sembilan beradik ini menjelaskan dia perlu melakukannya sendiri lantaran sudah mempunyai pendapatan sendiri.

Apabila memperkatakan tentang Aidilfitri, sesuatu yang cukup istimewa buat Neelofa adalah kemeriahan di pagi Syawal itu sendiri.

"Mana tidaknya, dengan bilangan ahli keluarga kami yang ramai itu, semua perlu berbaris panjang sewaktu hendak bersalam dan memohon maaf daripada mereka yang lebih tua. Bila difikirkan balik, memang lucu kerana ia sudah menjadi sebuah pesta pula," katanya yang turut membintangi drama bersiri Tahajjud Cinta yang kini sedang ditayangkan di TV3.

Sekadar bertanya kepada Neelofa apakah dengan statusnya kini sebagai seorang artis, semuanya sudah berubah berbanding sebelum ini?

Bagi Neelofa, tiada banyak yang berubah dalam hidupnya walaupun dia kini adalah seorang artis yang mula meniti populariti dan menjadi bualan ramai.

Selalunya di Kelantan, sambutan Aidiladha lebih dirasai dan dinantikan oleh penduduk di sana serta anak rantau kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Tetapi, berbeza pula dengan Neelofa yang berpendapat sambutan Aidilfitri lebih meriah berbanding Hari Raya Haji.

Dalam perkembangan lain, aktres berusia 22 tahun ini bersyukur kerana tawaran berlakon semakin melimpah-ruah untuknya.

"Saya mahu dikenali sebagai seorang pelakon menerusi hasil kerja saya. Seboleh-bolehnya, cerita kontroversi itu saya mahu elakkan.

"Insya-Allah, saya berharap dengan tayangan Azura 2011 tahun depan akan membuka mata masyarakat terhadap bakat lakonan saya," ujar Neelofa yang akan membintangi filem arahan Hans Isaac, Lemak Kampung Santan tidak lama lagi.

Gambarhehe

Gambarhehe


Penyokong BERSIH terbaik jatuh kepada…

Posted: 11 Jul 2011 02:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Penyokong perhimpunan BERSIH 2.0 terbaik jatuh kepada.. Orang kuning dari DIGI.. Maxis dan Celcom pasti gembira dengan penangkapan mereka.. haha

Gambar Bersih 2.0: Penipuan Berita Harian

Posted: 10 Jul 2011 06:37 AM PDT


Gambar dari perhimpunan Bersih 2.0 ini dipaparkan di muka depan Berita Minggu.. Caption gambar tersebut pula menyatakan 'seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram'. Betul ke?


Ini gambar yang telah didapati daripada laman web Al-Jazeera.. Orang yang sama didapati sedang memegang bendera Malaysia kecil.. Jika diamati betul-betul kedua-dua gambar ini, jelas bahawa pisau itu sebenarnya batang bendera Malaysia tersebut..


Nampak bukan? MediaHehe bukanlah penyokong kepada Bersih 2.0.. Tapi pada masa yang sama, bukan juga penyokong KOTOR.. Yang betul disokong, yang salah ditegur.. Tidak kira dari pihak mana..

Related Posts with Thumbnails
Share

from your own site.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Bye, bye zaman solo

Posted: 22 Aug 2011 04:04 PM PDT

Hip

Ezlynn tidak sabar tunggu tarikh 11.11.11

TARIKH 11.11.11 semakin hampir. Buat insan lain barangkali ia sekadar angka menarik namun berbeza dengan penyanyi, Ezlynn apabila pada tarikh itulah dia bakal diijabkabulkan dengan jejaka pilihan sekaligus mengucapkan 'bye, bye' kepada zaman solonya.

Sejak tahun lalu sememangnya penyanyi lagu lagu Hi! Hi! Bye, Bye itu secara terbuka sudah memilih tarikh untuk hari keramatnya cuma hingga kini masih belum bersedia mendedahkan siapa bakal suaminya.

Puas memujuk, si jelita yang bakal menyambut ulang tahun ke-30, September ini masih berahsia malah mengakui hanya bersedia merungkai segala persoalan sebaik kad undangan perkahwinan siap. Adakah si dia jejaka yang sentiasa berada di sisinya sejak dulu atau Ezlynn sudah menemui insan baru? Hanya tawa kecil kedengaran sebaik persoalan demi persoalan diajukan kepadanya.

"Ya! Perancangan ke arah (kenduri) itu sedang berlangsung sebab harinya sudah semakin hampir. Saya bersyukur mempunyai ahli keluarga banyak membantu terutama ibu yang menjadi perancang utama majlis.

"Begitupun, siapa bakal suami akan saya perkenalkan kemudian... apabila segala-galanya sudah dipastikan nanti terutama kad jemputan," katanya ketika ditemui selepas majlis peragaan fesyen hari raya di sebuah pusat beli belah di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Hadir bersendirian, Ezlynn atau nama sebenar Azline Ariffin terus rancak berkongsi cerita terutama tatkala menyentuh filem terbaru, Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit yang juga kesinambungan daripada Zombie Kampung Pisang.
Masih kekal dengan watak Mon, kali ini karektor gadis yang akrab dengan Husin, peranan yang ditunjangi Awie itu dikembangkan sejajar kehendak plot kisah komedi seram arahan Mamat Khalid itu.

"Tentunya saya seronok dapat bertemu semula dengan rakan-rakan dari Kampung Pisang apatah lagi bekerja semula dengan Abang Mamat yang punya idea di luar kotak sekali pun nampak merapu.

"Dalam filem ini saya berubah menjadi separuh pontianak dan separuh manusia. Kisahnya memang menarik malah saya sendiri tak sabar menunggu ia muncul di pawagam," katanya mengenai filem yang selesai menjalani penggambaran April lalu.

Mengimbas semula pengalaman di Kuala Kangsar, Perak selaku lokasi kegemaran sutradaranya, Ezlynn mengakui agak takut kerana kebanyakan babaknya berlangsung pada waktu malam.

Biarpun ramai kru di sekelilingnya, penyanyi dan pelakon yang masih dikekalkan dalam trilogi berkenaan berkata, dia tidak mampu menyembunyikan rasa gelisah apabila bulu roma berdiri tatkala terpaksa 'terbang' di tengah malam.

"Memang ini pengalaman baru. Sebagai pontianak saya perlu terbang dan menunggu di atas pokok. Dalam kedudukan yang tinggi, saya boleh nampak bumbung rumah kampung dan tidak semena-mena saya rasa takut yang amat sangat.

"Itulah detik yang saya masih ingat hingga kini. Saya sendiri tidak tahu kenapa tetapi dek tidak mahu memikirkan yang bukan-bukan, saya tidak berani melihat ke mana-mana arah selain Abang Mamat yang memberi arahan di bawah," katanya lagi.

Dalam kesibukan merencana kerjaya lakonan, jauh di sudut hatinya masih tersimpan hasrat merakamkan single ke dua selepas single terdahulu, Tic Tac Toe ciptaan Noh Hujan mendapat sambutan ramai.

Menyelak repertoire lalu, selepas album sulung berjudul Ehmm... yang diedarkan pada 2003 disusuli Psst... setahun kemudian dan selepas itu dia hanya muncul bersama single.

"Hasrat menerbitkan album fizikal memang saya idamkan sejak dulu, cuma masa dan ketikanya belum sesuai. Saya akui muat turun lagu menjadi trend semasa tetapi sebagai penyanyi kita lebih puas mempunyai album fizikal.

"Tunggulah, jika peluang seperti itu hadir, saya tidak akan lepaskan. Sekarang pun saya masih mencari dan mengumpul bahan untuk rakaman akan datang," katanya yang dijangka masuk studio selepas Syawal.

Mengenai persiapan hari raya, Ezlynn lebih senang bersederhana dalam segala hal kerana baginya paling utama adalah diberi kesempatan untuk berhimpun seisi keluarga serta saling bermaafan.

Sebagai anak jati Perak, katanya paling meriah sudah tentu tradisi pulang ke kampung di Ulu Kinta serta Sitiawan mengunjungi sanak saudara yang sudah lama tidak ditemui.


Tempurung Pecah: Nostalgia Aidilfitri tanpa lagu dan filem

Posted: 22 Aug 2011 04:02 PM PDT

Hip

KALI pertama aku mendengar lagu raya nyanyian Allahyarham Puan Sri Saloma adalah di dalam perjalanan aku ke kedai Pak Mokhtar ketika aku berusia lima atau enam tahun.

Aku ingat lagi aku menggenggam duit syiling 20 sen berjalan memasang selera untuk mengulum aiskrim berbentuk roket yang diiklankan di akhbar lalu terdengar lagu itu berkumandang di corong radio rumah jiran di sebatang jalan utama kampung aku. Perasaan aku begitu gembira sambil cuba ikut menyanyikan lagu yang hanya kedengaran pada satu musim yang amat menyeronokkan itu.

Tiada kedengaran pada waktu yang lain, eksklusifnya. Sebentar tadi aku terdengar lagu yang sama menggamit merdu dari sebuah kereta yang berlalu di sebelah set penggambaran aku ini. Segala hukum fizik beku. Sel-sel otak aku bergegas mengeluarkan caj elektrik mengingatkan aku pengalaman dengan suasana yang terbit setiap kali lagu ini berkumandang! Begitu tebal nostalgianya.

Aku terfikir. Adakah unsur magis yang diadun oleh pengkaryanya sehingga keriangan dan keindahan berputik setiap kali lagu ini berkembang? Adakah nada yang dialun itu begitu sempurna zarahnya sehingga menyusup jauh ke sudut hati setiap kali ia diputarkan? Aku pasti jawapannya, ya.

Sememangnya lagu itu mampu menggerakkan segala deria yang ada kepada si pendengar. Seperti terpukau membangkitkan kita ke alam yang terasa istimewanya. Bukan semua lagu bersifat demikian. Bagaimana dengan lagu-lagu dendangan Sanisah Huri, Fazedah Joned, Datuk Ahmad Jais dan yang lain-lain itu pula?
Adakah lagu-lagu itu juga berkelayakan seperti lagu dendangan Saloma itu? Terpulang kepada halwa telinga masing-masing. Aku suka kesemuanya. Kerana setiap lagu itu mempunyai makna dan pengalaman yang tersendiri.
Bagaimana dengan filem yang mengingatkan kita dengan Aidilfitri? Amat kurang sekali pada hemat aku kecuali drama televisyen. Filem yang ditayangkan pada hari raya sememangnya banyak, namun isi cerita dan peranan filem itu di dalam sambutan perayaan itu sendiri, sememangnya tiada. Mengapa ya? Tiada satu filem pun yang mengingatkan kita mengenai Aidilfitri.

Mungkin aku harus melakukan sesuatu. Tim Allen dengan siri Santa Clause; Chevy Chase dengan Xmas Vacation; John Hughes pula dengan Home Alone, sehinggakan Arnold Schwarzenegger pun ada 'Jingle All The Way'nya!

Sudah tiba masanya kita mempunyai satu filem yang dibikin khusus untuk mengingati sambutan hari raya. Tapi, perlukah ikut cara Hollywood itu? Aku rasa dalam niat persembahan hiburan yang bersikap singular agama Islam harus difikir positifnya.

Filem Hong Kong juga mempersembahkan cerita perayaan Gong Xi Fat Choy mereka saban tahun berkemungkinan kerana permintaan dan budaya bangsa Cina amat gemar akan sambutan perayaan itu secara total.

Kebangkitan kenangan terhadap kemeriahan sambutan Aidilitri banyak dihidupkan oleh lagu-lagu berbanding dengan pengaruh filem mahupun drama TV. Pada waktu suasana sambutan perayaan ini sedang rancak dirasai, aku terpanggil untuk mencari kuasa dan kesegaran yang dibawa oleh lagu-lagu itu.

Keletihan segala lapar dahaga berpuasa hilang disulam senyuman manis apabila mendengar pekikan idola aku Datuk Ahmad Jais yang nyaring memberi rangsangan kembali segar setiap kali ia ke udara. Yang sedang keletihan membeli-belah di kawasan Masjid India di Kuala Lumpur juga akan melompat semakin rancak memilih dan kurang menawar apabila mendengar lagu Menjelang Hari Raya nyanyian Datuk D J Dave! Patutlah setiap kedai memutarkan lagu-lagu raya dengan kuatnya dengan harapan kita terpukau dan terus membuka dabey (beg duit)!

Sanisah Huri pula mengalunkan lagu kronologi suasana hari raya yang begitu terperinci sekali! Dari sembahyang raya, bermaafan di antara kita, menziarah pusara sehinggalah kepada perajurit yang berada di sempadan kesemuanya disatukan di dalam penceritaan yang sayu. Diakhiri dengan pohon maaf suami isteri dan yang sedang bercinta untuk berkekalan kasihnya. Hayati seni kata itu pasti kita akan terasa indahnya bait lagu dan niatnya.

Nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman yang didengar dalam hening Subuh mengenang nasibnya di perantauan, dari jauh dipohonkannya ampun maaf kerana tidak dapat kita bersama, sering bergenang air mata aku.

Ah! Lagu raya! Bayangkan jika kita tiada mendengarnya minggu ini membawa ke minggu hadapan! Nescaya sesuatu yang bermakna di dalam santapan naluri kita akan terganggu. Hayati dan senyumlah. Lagu-lagu itu adalah pengaruh besar di dalam kerohanian perjalanan hidup kita, hidup aku sebenarnya. - khalidmamat@yahoo.com.


macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Amy (Search) Terkejut Nabila Mahu Cerai

Posted: 22 Aug 2011 09:38 PM PDT


PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy ternyata terkejut dengan keputusan anaknya, Nabila Huda, 27, yang ingin memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas tiga tahun berumah tangga.

Amy yang dihubungi mStar Online pagi Selasa berkata, dia hanya tahu mengenai tindakan anaknya yang merupakan seorang pelakon itu selepas membaca laporan di sebuah akhbar.

"Saya baru tahu tentang hal ini (mahu cerai). Itu pun selepas membaca akhbar hari ini (Selasa) yang melaporkan tentang tuntutan cerai anak saya.

"Memang saya terkejut dengan hal ini dan saya enggan memberi komen lebih-lebih kerana belum berjumpa dengan Nabila lagi," katanya.
Nabila Huda

Ditanya adakah dia tahu selama ini Nabila mempunyai masalah rumah tangga, kata Amy, dia sekadar mendengar khabar angin sahaja tentang pergolakan rumah tangga anaknya itu tetapi tidak menganggapnya serius.

Sementara itu Nabila yang dihubungi tidak dapat memberi sebarang komen dengan alasan sibuk di lokasi penggambaran.

Nabila pada Rabu telah mengunjungi Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dekat sini untuk membuat permohonan cerai.

Bagaimanapun dia tidak dapat meneruskan hasratnya itu kerana terlupa membawa sijil nikahnya.

Hasil perkahwinannya Nabila dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keisha Lalila yang kini berusia lebih setahun.

Zahiril Akui Belum Boleh Memilih

Posted: 22 Aug 2011 09:38 PM PDT


PETALING JAYA: Pelakon Zahiril Adzim yang bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pelakon Shera Aiyob pada November depan mengakui masih belum boleh memilih watak dalam drama atau filem mengikut kehendaknya.

Tambah Zahiril, dia mengakui dirinya masih lagi baru untuk terlalu memilih watak biarpun kadang kala dia sedar watak yang dibawanya mampu menjejaskan namanya.

"Setiap pelakon kalau boleh ingin berlakon watak yang memberi kepuasan kepada mereka, terutamanya pelakon yang belajar tentang dunia lakonan,

"Setiap kelakuan, intonasi suara dan pergerakan semuanya mempunyai makna tersendiri,

"Namun buat masa sekarang saya masih baru dan lakonan ini adalah punca rezeki utama saya, jadi saya tiada pilihan selain menerima apa sahaja tawaran berlakon biarpun kadang kala ada watak yang saya tidak suka," ujarnya.

Tambah Zahiril, apa yang mampu dilakukan ialah menjadikan sesebuah watak tersebut sesuatu yang lain.

"Saya sedar ada juga watak yang saya terima boleh menjatuhkan saya, jika saya menerima watak sebegitu biasanya saya akan cuba untuk beri sesuatu yang membaiki watak tersebut," katanya.

Dalam pada itu, dia sedang merancang untuk membuat perniagaan sebagai pendapatan sokongan.

"Memang saya merancang untuk berniaga, memandangkan pendapatan bidang lakonan yang tidak menentu, buat masa ini saya beri sokongan pada Shera yang ingin membuka butik pakaiannya tidak lama lagi," katanya.

Deejay Lin Pertama Kali Memandu Jauh Pulang Beraya

Posted: 22 Aug 2011 09:37 PM PDT


PENYAMPAI radio Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin) bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini penuh bererti kerana dia akan memandu sendiri kereta Persona yang diterimanya baru-baru ke kampungnya di Johor Baru.

Lin yang terkenal dengan segmen Suria Cinta ini hanya bercuti sehari sahaja iaitu pada Hari Raya kedua pada tahun ini.

Sambil bersyukur kepada Ilahi dan berterima kasih kepada Proton, dia berkata, inilah kali pertama dia memandu jauh sekali gus benar-benar menguji skil pemanduannya selepas lulus ujian memandu pada awal Julai lalu.
DJ Lin bergambar dengan para peminatnya.

"Alhamdulillah, saya lulus dengan sekali ujian naik bukit dan parkir. Tahun ini, insya-Allah, saya akan memandu balik kampung untuk beraya," katanya.

Beliau ditemui pada majlis berbuka puasa bersama kelab peminatnya dan anak-anak yatim Rumah An-Najjah di restoran Arab, Sarawabina Cafe, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Dia turut meraikan kira-kira 100 peminat dan anak-anak yatim dan turut menyerahkan cenderahati, barang-barangan keperluan dan duit raya kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Mengulas mengenai aktiviti amal jariah yang dilakukannya, deejay Lin berkata, dia ingin meneruskan tradisi keluarga pada bulan suci ini dengan beramal.
DJ Lin menyampaikan cenderahati dan duit raya kepada anak-anak yatim.

"Apa yang kita terima atau dapat daripada Tuhan, kita kena berikan balik. Pada setiap bulan Ramadan, ibu sering membawa saya bertandang ke rumah anak-anak yatim untuk memberikan sumbangan.

"Oleh itu, saya terpanggil untuk meneruskan tradisi ini dengan memberikan apa-apa sumbangan yang mampu," katanya.

Dia menambah, tanpa sokongan semua pihak dia tidak akan mencapai status dan kedudukan seperti sekarang.
DJ bersama anak-anak yatim Rumah An-Najjah dalam sesi fotografi selepas berakhirnya majlis buka puasa dan penyerahan sumbangan wang tunai.

Pada malam itu, para peminatnya datang dari seluruh negara antaranya dari Kedah, Melaka, Nilai dan Lembah Kelang.

Sementara itu dia amat berbangga kerana bilangan rakan Facebook miliknya sudah mencecah angka 52,000 dalam tempoh beberapa bulan.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Seminggu beraya di Bangkok

Posted:

Seminggu beraya di Bangkok

Seminggu beraya di Bangkok

AIDILFITRI berlainan makna bagi Intan Ladyana, 29, yang menyambutnya di luar negara. Berbeza bagi sesetengah daripada kita yang pulang ke Malaysia semata-mata untuk merayakan Aidilfitri bersama sanak-saudara tercinta di kampung halaman.

Namun begitu, bukan sengaja Intan atau empunya nama sebenar Intan Nurladyana Mohamad Yahaya memilih lokasi tersebut untuk menyambut lebaran yang muncul hanya sekali setahun.

Salasilah keturunan yang membuatkan Intan tertawan dengan negara jiran sebelah Malaysia iaitu Thailand. Benar! Keluarga sebelah ibunya memiliki darah daripada penduduk Thailand.

"Itupun sudah jauh daripada beberapa generasi terdahulu, mungkin kerana tempat itu sangat nostalgia bagi keluarga sebelah ibu maka setiap tahun mesti beraya di sana," katanya yang hampir setiap tahun beraya di Bangkok, Thailand.

Intan yang berdarah kacukan Thailand sebelah ibunya, Wan Zurina Wan Isa, 50-an, sempat berkongsi cerita keunikan beraya di sana.

"Pastinya akan ada sangat ramai saudara-mara yang akan berkumpul untuk meraikan hari raya seperti mana di kampung-kampung kalau di Malaysia.

"Lebih kurang 30 orang kalau tak salah sepupu dan saudara sebelah ibu dan biasanya setiap hari raya pertama kami akan berkongsi-kongsi hadiah," ujarya.

Hadiah yang dimaksudkan tidak semestinya hadiah mewah dan mahal-mahal, cukup sekadar tanda ingatan setelah hampir setahun berpisah dan sibuk dengan urusan masing-masing, kata Intan lagi.

"Konsepnya mudah saja, kami buat seolah-olah cabutan bertuah dan pastinya setiap orang akan mendapat hadiah. Sama juga sebenarnya jika hanya bertukar-tukar hadiah tapi cara ini lebih seronok dan meriah," cerita Intan bersungguh-sungguh.

Tempoh berada di tanah tumpah moyangnya itu bagaimanapun cuma mampu diluangkan kurang daripada seminggu berikutan kesibukan kariernya.

"Biasanya hanya empat atau lima hari Intan akan beraya di Thailand dengan saudara-mara sebelah ibu, dan selebihnya di Kuala Lumpur," tambah Intan.

Tiada ketupat


INTAN LADYANA hanya akan ke rumah keluarga Kamal Adli di hari raya nanti jika dia mempunyai masa terluang.


Raya pertama di Bangkok seolah-olah perayaan kecil-kecilan bagi masyarakat minoriti yang menganut agama Islam di sana.

Kata Intan, tidak terasa bahang dan kemeriahan raya di Thailand tambahan pada hari raya pertama bukanlah cuti umum.

"Maka, majoriti penduduk di sana memakai pakaian yang kebiasaan dipakai sehari-hari seperti orang di Malaysia begitu juga kami sekeluarga.

"Tak ada baju kurung, baju Melayu atau pakaian yang istimewa seperti yang kita pakai apabila Hari Raya Aidilfitri di Malaysia," keluhnya.

Bukan itu saja, juadah lazat yang hanya terhidang di kala pagi lebaran juga tiada yang menarik melainkan makanan ruji masyarakat di sana.

"Lainlah kalau ada antara kami yang sudi bawakan masakan khas hari raya seperti ketupat, rendang, lemang dan sebagainya.

"Jika tidak, raya pertama seolah-olah hari biasa cuma mungkin kami sekeluarga akan makan besar beramai-ramai," getus Intan.

Rutin pagi raya yang lazimnya mengamalkan amalan kunjung mengunjung antara jiran tetangga juga turut berubah di sana.

Oleh kerana seluruh keluarga Intan telah berkumpul bersama maka secara automatiknya tiada siapa yang boleh mereka lawati sepanjang sambutan Syawal.

"Tapi, aktiviti terluang kami diisi dengan program shopping besar-besaran, bukan kerana murah atau tawaran potongan harga sempena perayaan tapi itu sudah menjadi kewajipan bagi kami apabila berkumpul sekali," katanya yang gemarkan fesyen yang pelbagai dari Thailand.

Kamal Adli

Ditanya adakah Intan akan menyambut lebaran tahun ini bersama insan istimewa antaranya aktor kacak, Kamal Adli, lantas jawapan jika ada kelapangan diberi.

"Tengok dulu kalau ada masa, insya-Allah kami akan beraya bersama," ujarnya ringkas.

Hubungan antara Intan dan Kamal yang terjalin lebih dua tahun setengah itu masih utuh dan mementingkan persefahaman saban hari.

"Masing-masing faham dengan tugas, dia pun sibuk dan begitu juga Intan. Kadang-kadang kami langsung tidak sempat berjumpa dan hanya berhubung melalui SMS (khidmat pesanan ringkas) atau BBM (Black Berry Messenger) setiap hari," ujar Intan yang percaya akan kesetiaan kekasihnya itu.

Berbalik pada rutin harian Intan sepanjang bulan Ramadan, cerita gadis itu tiada apa yang membezakan bulan penuh keberkatan ini untuk melaksanakan tuntutan harian walau akan sedikit kepenatan.

"Maka apabila bersahur Intan hanya akan banyak meminum air suam berbanding air manis bagi menyediakan badan untuk kekal aktif sepanjang hari.

"Tapi, apabila saat berbuka pastinya Intan akan lupa diri dan ketika itulah semua makanan di depan mata kelihatan sangat sedap," kata Intan yang menggemari ayam percik, putu piring dan tepung pelita di kala bulan Ramadan.

Raya bersama rockers

Posted:

Raya bersama rockers

Raya bersama rockers

Oleh HARYATI KARIM


MANTAP. Dari kiri: Mael, Mus dan Nash.


KEMERIAHAN raya semakin dirasai. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, tahun ini TV3 tampil dengan program raya muzikal istimewa 3 Gegaran yang menampilkan tiga kumpulan rock legenda seperti kumpulan May, Lefthanded dan XPDC.

Selepas 15 tahun, buat pertama kalinya tiga kumpulan rock legenda ini berkongsi pentas yang sama dalam program yang dirakamkan pada Julai lalu.

Meskipun tanpa baju Melayu dan songkok sebaliknya mereka tampil dengan imej rock dan rambut panjang mengurai, bukan satu halangan untuk mereka menghiburkan penonton pada hari raya.

Menurut vokalis kumpulan Lefthanded, Nash, pertemuannya di pentas bersama rakan-rakan Lefthanded, May dan XPDC merupakan yang pertama kali dalam masa 15 tahun.

"Saya rasa semua yang membuat persembahan untuk program ini teruja kerana sudah lama tidak jumpa. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak TV3 kerana mewujudkan idea untuk kami semua tampil dalam satu pentas," ujarnya yang mengatakan mereka langsung tidak berkesempatan untuk berlatih bersama sebelum program itu dirakamkan.

Lefthanded yang mempersembahkan lagu hits mereka seperti Ku Di Halaman Rindu dan Tiada Lagi Kidungmu itu bakal mengadakan konsert jelajah dan mengeluarkan dua single terbaharu tidak lama lagi.


KANAN: Grup XPDC masih mempunyai sengat tersendiri.


"Kami merancang untuk mengadakan konsert jelajah pada tahun 2012, setakat ini semuanya masih dalam perbincangan, kalau tidak ada aral melintang mungkin Lefthanded, May dan XPDC akan bersatu sekali lagi tetapi di pentas konsert pula," balasnya.

Kumpulan May pula tidak kurang hebatnya. Mereka menghiburkan penonton dengan barisan lagu seperti Dari Kacamata, Pelayaran, Sinar dan lagu hit Cintamu Mekar Di Hati.

May yang diwakili vokalisnya, Mus menjelaskan mereka sememangnya tertunggu-tunggu peluang untuk beraksi bersama dalam sebuah program seperti ini.

"Kumpulan May memang masih aktif, setakat ini apa yang dirancangkan adalah konsert seperti yang diberitahu oleh Nash.

"Bagi saya rock kapak tidak pernah mati sebaliknya ia menjadi irama malar segar yang tidak pernah pupus. Buktinya sehingga ke hari ini orang ramai masih mencari lagu-lagu kami. Syukur, sepanjang May ditubuhkan tidak ada satu persembahan kami yang hambar, semuanya mendapat sambutan daripada penonton," katanya.

Sebuah lagi kumpulan yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air, XPDC juga tidak ketinggalan menghiburkan penonton dengan seleksi lagu berhantu mereka seperti Semangat Yang Hilang, Apa Nak Dikata, Talam Dua Muka dan Hidup Bersama.


UNGGUL. Nash (tengah) diapit pemain gitar Lefthanded, Man Kidal (depan) dan pemain bass, Yan.


Walaupun lama sudah tidak menyaksikan kumpulan XPDC beraksi secara langsung bersama vokalisnya Mael, ternyata persembahan mereka tidak menghampakan malah, berjaya membawa penonton mengimbas kembali ke zaman kegemilangan mereka.

"Satu penghormatan buat saya dan juga ahli XPDC yang lain kerana rasanya sudah terlalu lama kami tidak membuat persembahan secara langsung di kaca televisyen.

"Alhamdulillah, peminat XPDC masih setia meskipun kami tidak muncul dengan lagu baharu sebaliknya mereka masih setia dengan lagu-lagu lama kami. Kalau tidak ada aral melintang kami akan muncul dengan lagu baharu," katanya.

Persembahan penutup, penonton dihiburkan dengan ketiga-tiga kumpulan membuat persembahan bersama dengan mendendangkan lagu daripada kumpulan Deep Purple, Smoke On The Water.

Penerbit program 3 Gegaran, Khalijah Mohamed memberitahu selepas dua tahun berturut-turut mereka menampilkan program muzikal raya yang sama, tahun ini mereka mencari kelainan.

"Rasanya ini pertama kali untuk program raya kami membina tiga pentas untuk tiga buah kumpulan. Mereka tidak berkongsi pentas yang sama.

"Program ini akan mengubat kerinduan peminat May, Lefthanded dan juga XPDC selain menyuntik elemen berbeza untuk program raya. Kami yakin program ini akan ditonton orang ramai kerana kami menampilkan kumpulan rock legenda yang jarang-jarang muncul di kaca televisyen," ujar Khalijah.

Program 3 Gegaran akan disiarkan pada 4 September bersamaan dengan hari raya keenam pada pukul 5 petang di TV3.

Ainul Aishah buka kedai ketika Hari Raya

Posted:

Ainul Aishah buka kedai ketika Hari Raya

Ainul Aishah buka kedai ketika Hari Raya

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


AINUL AISHAH kini menumpukan perhatian kepada bisnes Tutti Frutti milik keluarganya.


DIKENALI sebagai seorang pelakon wanita yang cukup berbakat dan mempunyai potensi besar dalam bidang lakonan, namun semenjak kebelakangan ini penampilan Ainul Aishah kini dilihat semakin berkurangan sama ada di kaca televisyen atau di layar perak.

Selain mencipta nama sebagai dramatis yang sudah membintangi pelbagai drama, pelakon berkenaan juga sudah tampil dengan beberapa buah filem seperti Nana Tanjung, Nana Tanjung 2, Otai, Skrip 7707 dan Histeria.

Berkesempatan menemui pelakon berkenaan dalam satu majlis berbuka puasa baru-baru ini, Ainul memberitahu buat masa ini dia sememangnya tidak terlibat langsung dalam sebarang aktiviti seni.

"Saya akui yang sekarang ini saya langsung tidak berlakon sama ada drama ataupun filem. Namun, saya bukanlah mahu terus berhenti berlakon dan akan kembali semula apabila sudah bersedia.

"Kalau nak dikatakan saya merajuk dengan industri lakonan juga adalah tidak benar sama sekali. Sebaliknya, sekarang ini saya mahu memberikan lebih tumpuan kepada perniagaan yang dijalankan bersama ahli keluarga," jelasnya.

Menurut pelakon yang bernaung di bawah syarikat pengurusan Aquila Emas Sdn. Bhd. itu lagi, semenjak membuka rangkaian kedai makanan yogurt Tutti Frutti di Bandar Baru Bangi, Selangor pada Februari lalu, perniagaannya itu sekarang semakin berkembang.

Jelas Ainul, sambutan yang diterima daripada orang ramai ternyata sangat menggalakkan dan disebabkan itu buat masa ini dia lebih senang memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaannya itu.

"Boleh dikatakan saya sangat berpuas hati dengan perniagaan yang diceburi ini. Malah, saya dan ahli keluarga yang lain juga merancang untuk membuka rangkaian kedai kami yang kedua di Nilai, Negeri Sembilan nanti," jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai sambutan Aidilfitri pada tahun ini, pelakon itu memberitahu dia akan menyambutnya di Kuala Lumpur memandangkan kedai makanan yogurt miliknya itu akan turut beroperasi pada hari raya pertama.

Bagaimanapun, jelas Ainul dia sendiri sebenarnya tidak kisah untuk menyambutnya di Kuala Lumpur memandangkan dia turut mempunyai saudara-mara yang agak ramai di sekitar Lembah Klang.

"Berkemungkinan besar kedai saya itu akan tetap terus dibuka pada hari raya. Namun begitu, ia juga bergantung kepada keputusan yang dibuat oleh Kumpulan Naza yang merupakan pemegang lesen utama bagi rangkaian Tutti Frutti di Malaysia," jelasnya.

Menurutnya lagi, meskipun pada tahun ini dia terpaksa beraya di Kuala Lumpur, tetapi dia sekeluarga masih akan pulang berhari raya di kampung halamannya di Sungai Lokan, Butterworth, Pulau Pinang.

Duit raya dicuri

Sama seperti kebanyakan artis lain yang mempunyai kenangan menarik ketika menyambut hari raya, Ainul juga mempunyai kisah yang menarik untuk dikongsi bersama pembaca.

Menurutnya, menyambut hari raya sewaktu zaman kanak-kanak adalah suatu saat yang paling menyeronokkan. Ketika itu, selepas solat sunat Aidilfitri, dia dan rakan-rakannya yang lain akan terus pergi beraya.

"Kalau diingatkan kembali memang rasa seronok sangat sambut hari raya masa zaman kanak-kanak. Semata-mata nak kumpul duit raya, saya dan rakan-rakan akan beraya satu kampung termasuk ke rumah-rumah yang tidak dikenali.

"Biasanya duit raya yang dikumpul itu saya gunakan untuk membeli makanan ringan. Malah, duit raya saya juga pernah dicuri oleh sepupu sewaktu saya sedang sibuk mengira duit raya yang diperoleh," ujarnya.

Bagaimanapun, pelakon berkenaan turut mempunyai kenangan pahit sewaktu sambutan Aidilfitri apabila neneknya meninggal dunia iaitu sehari sebelum umat Islam menyambut bulan Syawal pada tahun 2002.

"Itu adalah kenangan yang paling menyedihkan buat diri saya. Bayangkan ketika umat Islam yang lain sedang sibuk membuat persiapan raya, saya pula telah kehilangan ahli keluarga yang paling disayangi," ujarnya.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Posted:

[unable to retrieve full-text content]