Adsense

Khamis, 16 Jun 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Jalinan nada dan cerita Rossa

Posted:

Jalinan nada dan cerita Rossa

Jalinan nada dan cerita Rossa

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar FAUZI BAHARUDIN dan WAHIDAH ZAINAL


ROSSA berduet dengan salah seorang peminat menerusi lagu Terlanjur Cinta pada majlis An Evening With Rossa di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.


KALAU bertemu dengan jelitawan ini, pastinya soalan berbaur peribadi pasti dengan pantas akan diajukan kepadanya.

Tidak pernah mengelak berbicara soal cinta mahupun menyembunyikan statusnya, Rossa lebih gemar untuk berterus-terang daripada bermain tarik-tali dengan pihak media.

Cuma, dia masih berpegang kepada prinsip hidupnya untuk mengumumkan siapakah sang arjuna yang benar-benar bertakhta di hatinya apabila sampai waktu yang sesuai.

Sekali lagi diusik tentang percintaannya tetapi jawapan yang diberikan oleh Rossa benar-benar mengejutkan.

"Saya kembali memegang status solo dan hubungan cinta saya dengan si dia sudah pun dinoktahkan. Saya pun enggan mengulas lanjut tentang kisah cinta saya kerana bagi saya apa yang berlaku adalah suratan takdir.

"Mungkin sudah ditentukan Allah SWT bahawa jodoh saya dengan bekas teman lelaki saya terhenti setakat ini sahaja.

"Buat masa ini biarlah saya bersendirian terlebih dahulu dan memberikan tumpuan kepada anak saya, Rizky Langit Ramadhan yang akan mencecah usia lima tahun pada Oktober ini.

"Insya-Allah, kalau ada jodoh saya lagi selepas ini, saya pasti akan umumkan pada kalian (pihak media). Mana bisa untuk saya sembunyikan perkara yang baik kepada umum," jelas Rossa dalam derai tawa ketika dihubungi Hits baru-baru ini.

Walaupun pahit untuk ditelan apabila berhadapan dengan perpisahan, namun Rossa lebih selesa untuk bersikap optimis kerana percaya perihal jodoh adalah ketentuan Allah.

Wanita berusia 32 tahun ini juga sedar untuk memegang status sebagai seorang janda memang bukan sesuatu yang mudah.

Kesabaran

Apatah lagi untuk seorang artis ternama sepertinya memang sukar untuk mengelak kerana setiap gerak-geri dan cerita tentang dirinya akan menarik perhatian.

Melihat kepada raut wajahnya yang cukup manis dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya, tiada siapa pernah menyangka liku-liku hidup yang dilaluinya memang cukup mencabar.

Jelas Rossa, seandainya dia tidak bersabar dengan dugaan hidup, pasti semuanya akan hancur berderai umpama gelas terhempas ke lantai.

Barangkali kesabaran dan sikap rendah diri yang dipegangnya selama 16 tahun menjadi anak seni membuatkan dirinya terus diterima dengan baik oleh peminatnya.

Dalam nada penuh syukur, Rossa memberitahu dia benar-benar menghargai pemberian dan rezeki yang terus mencurah-curah dari Maha Esa untuk dirinya dan keluarga.

Apa yang dimilikinya hari ini bukanlah sesuatu yang pantas dan mudah untuk mendapatkannya. Kata kuncinya, kata Rossa adalah kerja keras.

"Percaya atau tidak saya sendiri tidak pernah mengimpikan segala kemewahan mahupun kejayaan seperti mana hari ini.

"Tempoh 16 tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat tetapi bagi saya, ia adalah laluan yang penuh onak duri bagi saya untuk mencapai tahap ini.

"Berkat sokongan keluarga, peminat dan teman-teman serta doa yang diiringi mereka untuk saya juga merupakan faktor mengapa saya terus bertahan di persada seni hiburan Nusantara," ucap pemilik nama penuh Sri Rossa Roslaina Handiyani ini penuh luhur.

Kedudukan

Seharusnya Rossa boleh berbangga dengan posisinya sebagai penyanyi wanita nombor satu Indonesia ketika ini sekali gus mengatasi gelaran yang pernah dipegang oleh seorang lagi diva seberang, Krisdayanti.

Apabila ditanya tentang perasaannya merampas gelaran tersebut daripada penyanyi lagu Menghitung Hari itu, Rossa dengan pantas menjawab:

"Kehadiran saya sebagai seorang penyanyi bukan untuk menggantikan tempat sesiapa mahupun berlawan dengan mana-mana penyanyi sedia ada.

"Saya menghormati setiap penyanyi yang lahir sebelum saya dan mereka mempunyai kelompok peminat tersendiri."

Selesa

Barangkali apa yang dikatakan oleh Rossa itu ada kebenarannya. Kekuatan dan magis penyanyi yang dilahirkan pada 9 Oktober 1978 itu terletak kepada suara lunaknya setiap kali mendendangkan lagu-lagu berunsur cinta.

Tidak keterlaluan dikatakan, setiap kali dia muncul dengan produk terbaru, lagu-lagu sentimental yang mampu membunuh sukma setiap mereka yang mendengar akan menjadi pertaruhan sekali gus menjadi siulan peminat.

Lihat sahaja deretan lagu-lagu popularnya seperti Tegar, Aku Bukan Untukmu, Perawan Cinta, Atas Nama Cinta, Ayat-Ayat Cinta dan Takdir Cinta semuanya meninggalkan kesan di hati peminat.

Apakah Rossa selesa seandainya digelar pembunuh sukma dengan lagu-lagu baladanya, dia hanya mampu ketawa besar.

"Kenapa gelaran itu diberikan kepada saya? Kedengaran begitu kejam sekali (ketawa). Ya, saya akui peminat begitu gemarkan lagu-lagu cinta saya.

"Saya menganggap semuanya adalah rezeki dan selagi peminat mahukan saya mengalunkan lagu-lagu cinta, saya tidak mampu menolaknya,"kata Rossa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

NORA mahu takluk dunia

Posted:

NORA mahu takluk dunia

NORA mahu takluk dunia

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar FATAH SULAIMAN


HEBAT... Barisan tenaga kreatif untuk pementasan The Secret Life of Nora yang diumumkan dalam sidang akhbar yang berlangsung di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


SELEPAS Enfiniti Vision Media (EVM) mengumumkan projek teater muzikal terbaru mereka, The Secret Life of Nora (NORA), ramai yang sudah tidak sabar lagi untuk menunggu pengumuman seterusnya.

Maklumlah, apabila memperkatakan tentang EVM dengan produk mereka, pastinya ia adalah sesuatu yang cukup ditunggu-tunggu.

Lihatlah sahaja bagaimana mereka memberikan impak besar menerusi dua teater muzikal mega mereka sebelum ini iaitu Puteri Gunung Ledang the Musical dan P. Ramlee the Musical yang mendapat sambutan di luar dugaan.

Berdasarkan kepada dua kejayaan tersebut, sudah pasti NORA juga telah memberi satu gambaran kepada peminat teater muzikal tempatan bahawa ia akan menjadi sesuatu yang luar biasa.

Bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 29 September hingga 16 Oktober ini, NORA sudah bersedia untuk menggegarkan panggung bertaraf dunia itu.

Apatah lagi, barisan tenaga kreatif yang bakal merealisasikan NORA kelak bukan sembarangan kerana kesemuanya terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing.

Sewaktu pengumuman dilakukan di pejabat EVM yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini, daripada senarai mereka yang terlibat untuk pementasan mega ini sahaja sudah memberi gambaran jelas bahawa naskhah NORA bukan calang-calang.

Demi memberikan perubahan serta suntikan yang lebih segar dan baru, pihak EVM nampaknya begitu berani menyahut cabaran dengan menggabungkan bakat tempatan dan antarabangsa.

Semuanya adalah untuk memastikan NORA mampu menjadi sebuah pementasan yang bukan hanya akan berjaya di dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

"Setiap kali menghasilkan sebuah karya baru, kami mahu menampilkan perubahan dan memberikan santapan yang berbeza kepada peminat serta audiens.

"Malah, sebagai pemain utama dalam pementasan ini, Datin Seri Tiara Jacquelina sendiri mencabar dirinya dengan membawakan watak yang tidak pernah dibawanya sebelum ini.

"Kami memang mahu menggunakan kepakaran anak tempatan serta orang luar bagi memastikan NORA mampu pergi jauh bukan hanya di peringkat Asia tetapi ke serata dunia.

"Ini sekali gus dapat membuktikan kepada negara luar bahawa Malaysia mampu menghasilkan sebuah teater muzikal yang bertaraf antarabangsa," ujar Naib Presiden Operasi Kumpulan Enfiniti, Izan Satrina dalam majlis pengumuman tersebut.

Walau bagaimanapun, Tiara selaku penerbit eksekutif dan pemegang watak utama dalam NORA tidak dapat hadir ke majlis tersebut kerana masalah peribadi.

Seramai 14 orang telah dipilih dalam tenaga kreatif NORA dan daripada jumlah itu, hanya tiga muka lama yang pernah mencurahkan khidmat mereka sebelum ini iaitu Roslan Aziz sebagai pengarah muzik, Pat Ibrahim (koreografer) dan Raja Maliq (penasihat rekaan set).

Muka baru yang pertama kali bekerja dengan EVM ialah Steven Dexter sebagai pengarah, Chedd Eddie Yusof (penolong pengarah), Raymond Miranda (penulis naskhah), San Weng Onn (komposer) dan Jerome Kugan (penulis lirik).

Turut terpilih adalah Alfian Sa'at yang dipilih sebagai penulis teks dan lirik bahasa Melayu, Francis O' Connor (pereka rekaan set), Moe Kassim (pereka kostum), Nick Richings (pereka tata cahaya), Ken Freeman (jurutera bunyi) dan Melissa Teoh (pengurus produksi).

Ternyata, Tiara dan EVM membuat pilihan yang tepat tenaga kerja untuk NORA kerana kesemuanya merupakan mereka yang profesional serta pernah memenangi anugerah berprestij di dalam dan luar negara.

Malah, ada di antaranya juga yang pernah berkhidmat dalam pementasan mega dan popular di West End, London dan Broadway, New York, Amerika Syarikat.

Melihatkan pelaburan yang dikeluarkan oleh EVM untuk mendapatkan mereka yang terbaik dalam bidang masing-masing untuk NORA, sudah pasti kos penerbitannya bukan kecil-kecil anak.

Terdengar juga desas-desus sebelum ini mengatakan kos keseluruhan untuk mementaskan NORA memakan belanja hampir RM10 juta.

"Kami bersyukur dan bertuah kerana dapat kesemua orang-orang hebat ini untuk NORA kerana kami percaya dengan pengalaman serta kepakaran mereka mampu memberikan magis dalam pementasan ini.

"Memang benar. Untuk mendapatkan yang terbaik, kita harus berani melabur untuk melihat hasil yang dapat memberikan kepuasan maksimum.

"Tetapi, kami tidak mahu menjadikan soal bajet sebagai isu besar kerana apa yang penting adalah visi dan matlamat kami untuk melihat NORA pergi jauh.

"Kerana itu jugalah, apabila NORA akan dipentaskan nanti, kami akan menjemput beberapa orang produser teater muzikal dan pihak media dari luar negara untuk menontonnya," kata Izan Satrina penuh optimis.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang menantikan pengumuman siapakah barisan pelakon NORA yang akan menggegarkan Panggung Sari kelak.

Menjawab persoalan itu, Izan Satrina menjelaskan semuanya akan diumumkan dalam satu sidang akhbar yang akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Celebrity News

Celebrity News


Ayah Awie Meninggal Dunia - AL-Fatihah

Posted: 16 Jun 2011 08:07 AM PDT


Menurut satu sumber dilaman forum mengatakan ayah kepada pelakon dan penyanyi ( Awie ), meninggal dunia semalam. Ayah beliau dikatakan telah sakit sejak dua tahun lepas.


Sama-sama kita sedekahkan AL-Fatihah untuk arwah dan semoga keluarga Awie tabah menghadapi dugaannya.


AL-FATIHAH

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Keranamu Sam

Posted: 15 Jun 2011 03:47 PM PDT

Hip

Diana sanggup potong rambut, bertukar perangai jadi lebih kasar

KETIKA penonton dihiburkan dengan barisan filem pelbagai genre daripada aksi hingga kepada seram seperti Kongsi, Nur Kasih The Movie, Karak dan sekarang KL Gangster yang sedang hangat di pawagam, muncul pula filem bercorak komedi berjudul 3,2,1 Cinta untuk menarik perhatian.

Filem arahan Azhari Zain itu mula ditayangkan hari ini (16 Jun) dengan barisan pelakonnya terdiri daripada Farid Kamil, Pierre Andre, Diana Amir, Mustapha Kamal, Faith Zakie dan Adey Syafrien. Filem 3,2,1 Cinta mengisahkan Sam lakonan Diana, seorang gadis berperwatakan kasar seperti lelaki baru berpindah kolej untuk menyambung pelajaran. Dia bertemu semula kawan baiknya ketika sekolah, Faiz. Sam mula ditakut-takutkan dengan mengatakan perwatakan kasarnya itu boleh membuatkan lelaki tidak mahu mendekatinya dan hidup bersendirian sehingga mati.

Bagi memberikan kelainan, Diana Amir, 25, berani memotong rambutnya, khusus untuk filem 3,2,1 Cinta.

Demi memenuhi tuntutan wataknya sebagai Sam atau Siti Aishah Mohd, seorang gadis tomboy, Diana tidak ragu-ragu untuk tampil dengan imej seperti lelaki - berambut pendek dan berpakaian ranggi.

"Pada mulanya agak takut untuk memotong rambut. Takut takut kurangnya tawaran berlakon selepas itu. Namun di atas sebab watak Sam ini begitu berbeza daripada tawaran sebelum ini, saya sanggup berbuat demikian.
"Demi watak Sam juga, saya bukan saja perlu mengorbankan rambut panjang, malah belajar mengubah sikap seperti lelaki dengan mendalaminya melalui dunia realiti. Saya belajar cara makan, minum, berjalan, duduk dan bercakap seperti seorang tomboy. Bukan saja itu, dalam 3,2,1 Cinta juga saya perlu menunggang motosikal dan menyanyi," katanya.

Menurutnya, menerusi sokongan daripada Zack, watak gadis perwatakan kasar itu menjadi lebih senang dihayati. Malahan dengan imej rambut pendek ini membuatkan dirinya lebih mudah menjiwai watak.

Karektor Sam digambarkan sebagai panas baran dan bermasalah yang secara tidak langsung menyebabkan dia sering dibuang kolej.

"Tapi dengan kemunculan watak yang dibawa oleh Farid Kamil, iaitu Nazril, jejaka idaman ramai, wakat kasar Sam beransur berubah menjadi wanita bagi meraih cinta Nazril. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan Nazril," ujarnya yang ditemui di Studio Hip baru-baru ini.

Namun bukan seorang lelaki muncul dalam hidup gadis tomboy ini. Fariz, watak yang dibawa oleh Pierre Andre juga kawan baik kepada Sam itu turut menyimpan perasaan cintanya terhadap Sam dalam diam-diam.

Menurut Diana, imej tomboy Sam dalam filem ini bukannya mahu memberi imej negatif kepada golongan ini, mahupun sesiapa saja yang menontonnya.

Di sebalik perwatakan kasar Sam terselit jiwa kewanitaan yang tidak mungkin tenggelam begitu saja. Sam menjadi sebegitu bukan di atas kemahuannya, namun dia menjadi mangsa keadaan kerana kekurangan kasih sayang dari seorang ayah.
Sam juga seperti gadis biasa yang lain, ingin dicintai dan dibelai dengan kasih sayang. Tidak dinafikan dengan kehadiran cinta, ia mampu mengubah peribadi mahupun penampilan seseorang itu.

"Filem ini mempunyai jalan cerita yang ringan dan senang difahami serta pelbagai elemen diselitkan, ada kelakar dan juga sedih. secara tidak langsung membuatkan ia bertambah menarik," katanya yang akan menyusul dengan filem Senario Ops Pocot, Pertiga dan Keramat.

Sinopsis: 3,2,1 Cinta

321 Cinta mengisahkan Sam, anak gadis yang berperwatakan kasar seperti lelaki yang baru berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan gadis cantik menyebabkannya tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai kejadian lucu dan romantis berlaku sepanjang Sam berusaha untuk memikat Nazril.

Sam merubah penampilan dan sikap kasarnya. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila sanggup membantunya menguruskan rumah anak yatim yang dibina. Sam mengajar anak-anak yatim dengan caranya yang tersendiri.
Bagaimanapun, tanpa disedari, Faiz menyimpan perasaan terhadapnya selama ini. Faiz menerima Sam seadanya. Sam tersepit antara cinta Nazril dan Faiz. Siapakah pilihan Sam?


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Fouziah kena rasuk

Posted: 15 Jun 2011 03:43 PM PDT

Hip

Sebahagian pelakon yang membintangi Rasuk.

Sebahagian pelakon yang membintangi Rasuk.

Filem seram ditayang 23 Jun, uji keserasiannya dengan Iqram

PADA pandangan ramai, menghasilkan filem berunsur seram mudah. Hanya selitkan saja kemunculan hantu dan kesan khas bunyi yang menyeramkan sudah memadai untuk membuatkan penonton ketakutan.

Kebanyakan pengarah dan produser filem menghasilkan filem seram kerana menyedari peluang besar untuk meraih kutipan tinggi. Namun menghasilkan filem seram tanpa isi juga tidak memberikan sebarang makna, lebih-lebih lagi sehingga menimbulkan kekeliruan pada jalan ceritanya. Khurafat yang membuka tirai filem seram untuk tahun ini, mencatat kutipan paling tinggi sebanyak RM 8.08 juta. Walaupun baru memasuki suku tahun kedua, sembilan buah filem seram kini sudah pun ditayangkan.

Pada 23 Jun ini, sebuah lagi filem seram terbitan White Melati Entertainment, Rasuk akan mengintai 65 panggung tempatan, lapan di Singapura, dua di Jepun, dua lagi Hyderabad, India dan dua di Iran.

Ini adalah percubaan pertama S Baldev Singh dalam filem bergenre seram. Sebelum ini beliau pernah mengarahkan filem Kecoh Betul lakonan Nabil dan menerbitkan filem kontroversi Akhirat.

Rasuk yang menyaksikan gandingan Fouziah Gous dan Iqram Dinzley, mengisahkan kejadian misteri yang berlaku di sebuah banglo lama. Fouziah yang memegang watak Melati mewarisi banglo berkenaan daripada ibu bapanya.
Melati tidak tahu banglo berkenaan menyimpan misteri. Selepas mendiami banglo itu bersama suaminya Arman, berlaku beberapa insiden antaranya kematian ibu Arman secara mengejut.

Sejak menemui sebuah batu tanda di halaman rumahnya, Melati sering mendapat 'gangguan' misteri. Dia berjaya menghalau hantu jepun yang merasuknya selepas suaminya membacakan ayat Kursi bagi menghalau roh jahat itu.

Kewibawaan Iqram membawakan watak utama dalam filem, nampaknya kurang meyakinkan. Ternyata Iqram masih memerlukan masa untuk memperbaiki lagi mutu lakonannya yang dilihat terlalu dibuat-buat dan terlampau mengikut skrip.

Manakala keupayaan Fouziah memang ada peningkatan. Cuma dia juga masih terlalu bergantung kepada skrip sehingga menghilangkan kesantaian dalam perbualan antara suami isteri.

Namun kemampuan Fouziah menghayati adegan dirasuk wajar diberikan pujian. Bagi menghayati adegan itu dengan baik, Fouziah mengakui dia melakukan kajian dan banyak bertanya kepada mereka yang berpengalaman.

"Saya banyak mengkaji bagaimana gaya dirasuk, perkara yang paling saya berikan perhatian lebih adalah pada bahagian mata. Apabila dirasuk, mata kita tidak boleh berkelip. Badan dan tangan juga perlu dikejangkan.

"Memang tertekan membawakan watak Melati apatah lagi ketika orang sibuk membuat persiapan untuk Hari Raya Aidiladha, kami sibuk menghabiskan penggambaran pada malam raya. Walaupun penat, mengah sehingga menangis membawakan watak Melati, tetapi secara jujur, saya seronok kerana pengalaman ini.

"Saya kini mahu lebih bersikap memilih. Dulu saya terima semua jenis tawaran kerana ingin belajar tapi selepas lebih lima tahun jadi pelakon, saya perlu bersikap memilih. Saya tidak mahu menerima semua tawaran semata-mata untuk mengejar wang," katanya yang mengakui tidak mudah apabila terpaksa berlakon dengan rakan baiknya Iqram.

Bagi Iqram, pertama kali muncul di layar lebar adalah satu perkara yang cukup mendebarkan buatnya. Sudah pasti dia ternanti-nantikan apakah maklum balas penonton terhadap hasil lakonannya. Namun dia menganggap, peluang diberikan Baldev sebagai pembuka jalan untuk dia melebarkan namanya ke dunia perfileman.

Dia tidak memerlukan pengenalan kerana yakin peminat sudah mengenali siapa dirinya, tetapi kini mahu mencari lebih peluang sebagai pelakon filem. Walaupun digandingkan bersama sahabat baiknya sendiri, Iqram mengakui mereka masih perlu mencari keserasian kerana ada ketikanya mereka juga tidak terlepas dari pertikaian ketika berada di set.

"Saya berterima kasih kepada Baldev kerana dia banyak membantu menjernihkan kembali hubungan saya dan Fouziah. Orang ingat bila berlakon dengan rakan sendiri lebih mudah mencipta keserasian, sebenarnya tidak mudah juga.

"Saya mengakui memang berdebar menantikan maklum balas daripada penonton tetapi saya berharap supaya media dan penulis blog yang sudah menonton hasil lakonan saya janganlah terlalu mengkritik. Saya bukanlah tidak boleh dikritik langsung tetapi janganlah memberikan kritikan yang melampau. Saya harap dapat diberikan lagi peluang untuk beraksi di dalam filem lagi selepas ini," katanya.

Daripada filem jadi drama bersiri

MUNGKIN kali pertama menghasilkan filem seram menyebabkan Rasuk kelihatan ada kekurangan di sana sini. Namun sebagai penerbit baru, tidak mustahil lama kelamaan Baldev dapat memperbaiki lagi mutu filemnya.

Biarpun ada kekeliruan kecil kepada jalan cerita filem ini, tetapi penggunaan imej janaan komputer (CGI) dalam filem ini kelihatan kemas. Selain itu, Baldev juga cuba bermain teka teki dengan tidak mendedahkan secara terang apa yang berlaku. Sebaliknya penonton diberi sedikit demi sedikit gambaran supaya penonton tidak dapat mengagak penyudah filem itu.

Baldev berkata dia akan cuba memperbaiki lagi kelemahan pada jalan cerita Rasuk apabila menghasilkan drama bersirinya kelak. Selain Iqram dan Fouziah, Rasuk turut dibintangi oleh Sidek Hussin, Linda Hashim, Frank Peterson, Fauziah Nawi, Hasni Maulad dan ramai lagi.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


GAMBAR PERCUTIAN SALIH DAN 4 ISTERI

Posted: 15 Jun 2011 02:43 PM PDT

Percutian Salih Yaacob dan ahli keluarganya ke Beijing berjalan dengan lancar mengikut apa yang dirancang. Meskipun perbelanjaan dianggarkan sekitar RM50,000... namun ia amat berbaloi bagi Salih yang bernikah kali keempat baru-baru ini.

Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tak gitu??


Klik untuk imej besar...














(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Gambar Ayah Campak Anak Pada Tingkat 13

Posted: 15 Jun 2011 05:34 PM PDT



Gambar ngeri kemalangan yang terjadi di China yang pasti menyayat hati apabila kita melihatnya. Sanggup seorang ayah ingin melemparkan anak perempuannya sendiri melalui jendela pada tingkat 13 bangunan. Perkataan Kejam lebih sesuai digunakan pada situasi sebegini, apalah dosa si kecil itu? 

 

 
Puteri ini berjaya diselamatkan oleh pihak tentera yang menggadai nyawa, terima kasih pak askar.

 

 

 

 

 
Apa komen korang kalau korang yang berada di situasi ini,

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Aaron Aziz marahkan artis baru di twitter

Posted: 15 Jun 2011 08:17 PM PDT

aaron aziz mengamukKalau sebelum ini Fasha Sandha mengamuk di twitter dengan artis baru yang lambat sampai ke set pengambaran, kali ini giliran Aaron Aziz pula menghentam artis baru yang tidak hadir ke set pengambaran.. wah! ni lagi kes berat.. kalau lambat datang tu boleh juga la kita senyum.. ni sampai tak datang langsung ke set pengambaran.. memang melampau la artis baru tu..

Dalam tweet Aaron Aziz tu juga kita boleh baca yang artis baru ni sememangnya tak respect dengan pelakon senior, malah Dato Jalal juga terkena balik sehari sebelum tweet ni di buat.. MyGosip tak pasti pula apa yang berlaku dekat Dato Jalal ni dengan artis baru tu.. jom kita baca tweet Aaron aziz kat bawah ni…

aaron aziz marah artis baru tweet

MyGosip harap artis baru tu segera la bertaubat sebelum terlambat.. industri hiburan kita ni kecik je.. nanti kalau ramai yang dah benci… takde siapa pulak yang nak bekerja dengan dia kan.. erm.. Rasa-rasanya siapa lah artis baru yang Aaron Aziz maksudkan ni yer?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Skop Production jumpa Pekida jumaat ini untuk berdamai

Posted: 15 Jun 2011 04:44 PM PDT

skop productionSatu tindakan yang bijak telah dilakukan oleh Skop Production untuk berjumpa dengan wakil Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) jumaat ini bagi menjernihkan kembali keadaan… Sebelum ini, Pekida mendakwa filem KL Gangster dan Kongsi dipercayai mendedahkan beberapa perkara sulit dan menyamakan ahli-ahli Pekida sebagai kumpulan Gangster orang Melayu..

Pada awalnya pihak Skop Production dan Metrowealth menyangkal dakwaan tersebut dan enggan meminta maaf walaupun di minta berbuat demikian oleh pihak Pekida dalam masa seminggu.. Walaubagaimanapun, pihak Skop Production telah mengambil langkah bijak dengan mengatur perjumpaan dengan wakil Pekida bagi menjernihkan keadaan dan mencari jalan untuk mengelakan salah faham ini daripada berulang lagi dimasa hadapan..

"Pertemuan ini dibuat atas tujuan untuk berdamai antara pihak kami dan Pekida. Kalau boleh kami mahu menjernihkan konflik yang telah berlaku itu.

"Saya percaya, apabila kita dapat berinteraksi, mereka akan faham situasi kami sebenarnya iaitu penghasilan filem KL Gangster tidak menyentuh atau menghina mana-mana pihak dengan sengaja," – Datuk Yusof Haslam

kl gangster poster

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Ucop meriahkan slot Hot AM Krew

Posted:

Ucop meriahkan slot Hot AM Krew

Ucop meriahkan slot Hot AM Krew


FARA Fauzana dan Faizal menerima baik kehadiran Shy8.


SIAPA yang tidak kenal dengan watak Usop Wilcha daripada filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) yang sudah sebati dengan gaya liuk-lentok gemalai jari persis penari kebudayaan bersama trademark "kita bakor je"?.

Sesungguhnya, filem arahan Mamat Khalid itu cukup rempah-ratusnya untuk mencipta ledakan fenomena tersendiri sehingga mencuri tumpuan semua pihak.

Setelah kemunculannya di pentas Anugerah Bintang Popular di Genting Highlands secara mengejut bersama kerusi rodanya umpama sambungan HKLBR baru-baru ini, Usop atau nama komersialnya Shy8, 46, dilamar pula oleh stesen radio terkenal Hot FM.

Katanya yang ditemui ketika sesi fotografi di Studio Utusan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini menjelaskan penyertaannya bersama Hot FM merupakan titik perubahan dalam kariernya dalam bidang seni.

"Sebelum ini saya hanya berlakon dan menyanyi, tidak salah sekiranya saya mencuba sesuatu yang baharu seperti bidang pengacaraan radio memandangkan saya juga sangat suka mendengar radio pada awal-awal pagi setiap hari," katanya yang optimis dengan peluang yang diberikannya itu.

Menurut pemilik nama asal Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalulail itu, tugasnya bersama deejay tetap Fara Fauzana, Faizal Ismail dan AG yang mengendalikan segmen Hot FM AM Krew cuma penambah ruang-ruang perbualan dan menyuntik elemen humor yang segar secara spontan.

"Saya harap dapat bagi satu suntikan humor secara berilmiah dan terkini dalam segmen ini selain cuba menyelit dalam mana-mana ruang percakapan yang ada," bicaranya yang menyimpan minat mendalam dalam bidang penyampaian radio.

Dua kerja satu masa

Ibarat pucuk dicita ulam mendatang, Shy8 tidak menyangka kemunculannya pertama kali dalam segmen yang ke udara seawal pukul 6 pagi hingga 11 pagi itu mendapat respons dan impak positif daripada pendengar Hot FM.

"Tidak terduga kemunculan saya pertama kali dalam segmen itu mendapat perhatian ramai sehingga ramai yang membuat panggilan, menghantar SMS (Khidmat Pesanan Ringkas), memberi respons dalam Facebook dan Twitter untuk berkomunikasi dengan saya ketika itu.

"Setelah melihat reaksi sedemikian daripada pendengar, pihak pengurusan memutuskan untuk melantik saya sebagai salah seorang penyampai radio Hot FM dan saya memberikan persetujuan," ujarnya yang menyasarkan matlamat hidup untuk melakukan pelbagai perkara.

Tambahnya yang masih bertugas sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad pada masa yang sama, impiannya adalah untuk meneroka apa jua bidang baharu selagi peluang diberikan.

"Selagi saya bernafas, Insya-Allah selagi itu saya akan cuba memanfaatkan peluang masa yang Allah berikan untuk mencuba pelbagai perkara dan berkongsi ilmu yang saya ada untuk orang ramai," tegas bapa kepada Syed Caliph Umar yang baru berusia 10 bulan itu.

Tatkala ditebak dengan pertanyaan sejauh mana kelonggaran yang diberikan pihak pengurusan di syarikat asalnya, Shy8 menjawab, fleksibiliti untuk melaksanakan dua tugas serentak diamanahkan kepadanya.

"Saya pernah menyatakan hasrat untuk berhenti tapi majikan tidak menerima perletakan jawatan saya sebaliknya memberi kelonggaran untuk masuk ke pejabat pada masa-masa tertentu contohnya selepas selesai semua urusan saya di konti.

"Malah, mereka juga memahami jadual tugas saya dan memberikan pertimbangan yang sewajarnya untuk bertugas," ceritanya yang turut memberikan penangan gelombang luar biasanya itu kepada isterinya, Noorafiza Abdul Aziz, 28.

Keserasian berempat

Bagi Fara Fauzana, 31, selaku rakan setugas Shy8, kekuatan yang terdapat pada humor Shy8 memberikan kesan yang berbeza kepada pendengar yang berbeza.

"Humornya yang spontan mungkin akan menarik lebih ramai peminat bukan saja yang sudah berusia malah golongan pendengar usia muda memandangkan kebolehannya berjenaka secara spontan.

"Tapi pada masa yang sama momentum dan dinamika setiap penyampai radio perlu kekal dalam paras tertinggi dan perlu faham bahagian masing-masing untuk memastikan segmen berjalan lancar tanpa kaku," katanya.

Faizal Ismail, 34, atau serasi dipanggil FBI pula menganggap keserasian antara keempat-empat deejay yang mengendalikan segmen Hot FM AM Krew itu dtercipta berdasarkan jurang perbezaan umur yang tidak terlalu jauh antara satu sama lain.

"Keserasian ini merupakan satu kombinasi tanpa sempadan namun yang penting adalah kesucian niat untuk melakukan sesuatu.

"Apabila kita melakukan tugasan dengan ikhlas pasti jiwa itu ada dan daripada jiwa itu akan wujud keserasian bersama," ujarnya berfalsafah.

Kemasukan Shy8 sebagai salah seorang penyampai radio Hot FM katanya bukan berhasrat untuk mencari pengganti deejay sedia ada sebaliknya berniat menambah rempah dalam segmen itu sejak lima tahun beroperasi.

"Apa yang dicakap selama ini oleh kami (Fara Fauzana dan Faizal Ismail) sudah didengar oleh orang ramai selama lima tahun.

"Tambahan pula, Shy8 sentiasa tampil dengan humornya yang sendiri namun dalam versi yang ilmiah dan berketerampilan.

Faizal menyandarkan harapan penuh kepada Shy8 untuk menarik lebih ramai pendengar yang menyokong perkembangan Shy8 sekali gus meningkatkan rating semasa Hot FM.

"Semestinya pendengar mahukan pembaharuan dan seboleh-bolehnya ini peluang yang kami tawarkan kepada semua sebagai satu suntikan baharu," getusnya yang yakin dengan kebolehan Shy8.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kesetiaan peminat U-Kiss

Posted:

Kesetiaan peminat U-Kiss

Kesetiaan peminat U-Kiss


U-KISS hadir ke Malaysia untuk mempromosikan album terbaharu mereka, Bran New Kiss.


MINI konsert band asal Korea Selatan, U-Kiss yang diadakan di pintu masuk utama pusat beli-belah Pavillion, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu telah berjaya menarik ramai peminatnya untuk berkampung di pusat beli-belah itu sejak pukul enam petang meskipun persembahan hanya bermula pada pukul 8 malam.

Malah, ada di antara peminat mereka sanggup menunggu sejak pukul 10 pagi di lokasi sidang akhbar diadakan pada hari yang sama di restoran Daorae Korean BBQ di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur hanya untuk menatap wajah bintang kesayangan mereka dari dekat.

U-Kiss yang dianggotai oleh tujuh anak muda iaitu, Soohyun, Kiseop, Eli, AJ, Hoon, Kevin dan Dongho berkunjung ke Malaysia untuk mempromosikan mini album terbaru mereka berjudul Bran New Kiss. Tidak sukar untuk berbicara dengan band U-Kiss semasa sesi sidang akhbar kerana kebanyakan daripada anggota U-Kiss fasih berbahasa Inggeris.

"Album baru ini berbeza dengan album terdahulu kerana ia lebih menonjolkan vokal kami. Album sebelum ini, kebanyakan vokal menggunakan auto-tone, selain itu imej kami juga banyak berubah daripada imej budak jahat kepada imej lebih dewasa dan matang," kata AJ yang turut menyumbang lirik lagu dalam tiga buah lagu untuk album Bran New Kiss.

U-Kiss telah melahirkan sebuah album penuh berjudul Only One pada Februari 2010 dan lima buah mini album iaitu New Generation, Bring It Back 2 School, ContiUkiss, Break Time dan Bran New Kiss.

Tidak hanya menyanyi, malah, mereka juga aktif sebagai pelakon di Korea. Dongho, Eli dan Kiseop terlibat dalam sitkom terbaru yang berjudul Real School. Dongho juga popular apabila berlakon dalam drama pertamanya yang berjudul Royal Family dan memegang watak Jo Byung Joon.

"Saya suka berlakon dan akan terus memberikan yang terbaik, harap anda semua sukakan lakonan saya walaupun banyak lagi yang harus saya perbaiki," kata Dongho.

Apabila disoal apa yang menariknya tentang Malaysia, lantas mereka semua bersetuju mengatakan makanan di Malaysia antara tarikan utama. Pengalaman daripada kunjungan pertama di Malaysia pada tahun lalu membuatkan mereka lebih bijak memilih makanan apabila datang ke Malaysia buat kali kedua.

"Baru malam tadi sebelum sidang media kami semua makan sate, memang sedap. Kami juga sukakan nasi lemak," ujar Eli.

Mereka juga menghafal beberapa patah perkataan Melayu seperti apa khabar, terima kasih dan saya cinta kamu. Walaupun hanya perkataan yang ringkas, terlihat jelas kesungguhan mereka untuk menghiburkan peminat mereka di Malaysia.



Diakui nama mereka mungkin tidak sebesar Super Junior di Malaysia tetapi band yang mula lahir ke dunia seni pada tahun 2008 itu dilihat mempunyai potensi yang cukup cerah untuk menawan hati peminat muzik di Malaysia.

Strategi melakukan mini konsert di tempat terbuka seperti Pavilion bukan sahaja berjaya menarik peminat fanatik mereka tetapi juga peminat baru yang kebetulan berada di tapak mini konsert.

Persembahan dimulakan oleh penyanyi muda Ikwal dan tepat pada pukul 8 malam, suasana mula riuh dengan jerit pekik peminat mereka yang turut membawa sepanduk dan segala macam hadiah.

Peminat bertuah berjaya naik ke atas pentas dan berpeluang bertanya soalan kepada bintang pujaan mereka, turut diadakan kuiz meniru tarian U-Kiss dan pemenang dapat bergambar bersama dengan U-Kiss di atas pentas.

Malah, ada peminat yang terpilih naik ke atas pentas tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan ada yang sempat memeluk anggota-anggota U-Kiss .

Sebelum persembahan bermula, peminat terlebih dahulu membuat kejutan buat U-Kiss dengan menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi dalam bahasa Inggeris dan juga Korea buat AJ dan Dongho yang kebetulan menyambut hari lahir pada bulan Jun.

Persembahan yang dibawakan oleh Radioactive dan diuruskan oleh Redstar serta Marctensia itu dimulakan dengan lagu 0330, Bing Gul Bing Gul, Man Man Ha Ni dan Shut Up.

U-Kiss dan restoren Daorae Korean BBQ juga bekerjasama dalam memberi sumbangan RM30,000 sebuah rumah anak yatim tempatan. Sebelum persembahan berakhir, AJ sempat berpesan kepada peminat U-Kiss yang mereka akan datang ke Malaysia lagi untuk membikin sebuah konsert besar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KRU fokus belakang tabir

Posted:

KRU fokus belakang tabir

KRU fokus belakang tabir

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


SELAMAT ulang tahun. Adik-beradik KRU, dua dari kiri (Edry, Norman dan Yusry) meniup lilin kek ulang tahun ke-19 empayar milik mereka yang semakin berkembang di Cyberjaya, minggu lalu.


TAHUN ini genaplah 19 tahun usia penglibatan KRU dalam industri seni tanah air. Bermula hanya sebagai sebuah kumpulan nyanyian yang diasaskan oleh tiga orang adik-beradik, Norman, Edry dan Yusry Abdul Halim, kini, empayar yang dibina mereka semakin besar.

Tidak hanya berfungsi sebagai syarikat rakaman, tetapi juga KRU kini memiliki beberapa anak syarikat seperti KRU Media Sdn. Bhd. dan KRU Studio. Ibu pejabat yang dulunya terletak di lot tepi daripada deretan rumah kedai di Setiawangsa, Kuala Lumpur kini berpindah ke ibu pejabat di Cyberjaya yang mula beroperasi pada 1 April 2010.

Mengenang kembali perjalanan KRU, Norman memberitahu, jenama KRU bermula dengan modal RM2,000. Ketika itu wang tersebut digunakan untuk menerbitkan album pertama mereka yang berjudul Canggih bersama syarikat rakaman EMI.

"Kejayaan bukan datang bergolek, sepanjang 19 tahun kami dalam industri, bukan sekali dua kami dihambat kontroversi, diuji pelbagai cara sehingga ada di antara kami seperti mahu putus asa. Mujur, kami bukannya rakan kongsi bisnes sahaja tetapi juga kami terikat dengan pertalian darah sebagai adik-beradik.

"Jika ada di antara kami bertiga yang menghadapi masalah dan seperti mahu berputus asa, kami akan saling menyokong. Itu antara formula kenapa KRU kekal bertahan sehingga ke hari ini," ujar Norman lagi.

Bersyukur dengan apa yang dimiliki KRU hari ini, ketiga-tiga mereka tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memperlahankan kemaraan mereka dalam bidang bisnes mahupun gelaran mereka sebagai penyanyi.

"Kami baru bermula, banyak lagi perkara yang kami rancangkan belum dilaksanakan lagi. Mungkin sekarang bisnes ini milik kami bertiga tetapi untuk membesarkan lagi perniagaan kami harus menarik pelabur daripada luar.

"Walaupun pada masa depan, empayar perniagaan kami mungkin tidak lagi diuruskan oleh kami atau ahli keluarga, kami tetap berbangga jika jenama KRU terus kekal bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat global. Kejayaan yang kami peroleh hari ini tidak akan melalaikan kami kerana impian kami mahu menjadi seperti Warner Bros.

"Cuma kini, orang lihat kami seperti tidak aktif, sebenarnya kami semua sibuk dengan kerja masing-masing, Saya sibuk dengan muzik, Yusry dengan filem dan Norman dengan bisnes. KRU masih menyanyi dan keluarkan lagu-lagu baharu tetapi kami sudah bersara daripada buat persembahan pentas," kata Edry sambil dipersetujui oleh Norman dan Yusry.

Bukan tidak mahu membuat persembahan pentas, tetapi kesibukan kerja membataskan mereka untuk melakukan sebuah persembahan pentas seperti zaman kegemilangan mereka.

"Tugas penyanyi menghiburkan orang, dulu peminat boleh jumpa kami di tapak pesta atau karnival, kini mereka boleh dengar lagu-lagu kami hanya di radio atau televisyen menerusi video muzik sahaja.

"Orang ramai tidak tahu, persembahan pentas untuk sebuah mini konsert nampak ringkas tetapi persediaannya mengambil masa berbulan-bulan. Kami harus berlatih dan memantapkan kembali stamina dan itu mengambil masa yang cukup banyak, itu yang kami tidak boleh beri komitmen," jawab Norman.

Justeru itu, fokus kini diberi kepada tugas belakang tabir. KRU menyasarkan untuk menerbitkan enam buah filem serta 18 buah lagu single sehingga penghujung 2012 dengan perolehan kumpulan syarikat melebihi RM30 juta.


Lisa Surihani bukan sahaja bercinta dengan Yusry tetapi turut terbabit dalam filem terbitan KRU, Ular.


Selepas menghasilkan filem Magika dan filem epik, Hikayat Merong Mahawangsa yang menelan modal RM8 juta, terkini KRU bakal menembus pasaran antarabangsa dengan dua buah filem iaitu filem aksi pengembaraan, Vikingdom yang mempertaruhkan pelakon Hollywood, Dominic Purcell yang popular dengan drama bersiri Prison Break dan filem Mission Impossible 2 serta sebuah filem animasi komedi berjudul Ribbit.

"Filem Vikingdom diarahkan oleh Yusry dan dibikin untuk pasaran antarabangsa. Filem ini menelan kos yang tinggi kerana menggunakan pelakon Hollywood. Apa yang boleh saya katakan setakat ini kos filem Vikingdom lebih daripada RM8 juta," dedah Norman.

Selain itu, KRU yang kini berbangga dengan pencapaian filem Karak yang kini masih ditayangkan di pawagam apabila berjaya mengutip RM3.61 juta sejak ia mula ditayangkan pada 26 Mei lalu.

KRU juga bakal muncul dengan filem Cinta Kura-Kura yang akan ditayangkan dalam masa terdekat, filem King Kapchai, Ular dan sebuah filem epik drama muzikal sentuhan Edry yang berjudul 29 Februari.

"Filem 29 Februari sungguh unik dan agak mencabar kerana saya perlu menggambarkan situasi Kuala Lumpur bermula tahun 1886 sehingga ke zaman moden hari ini kerana watak utamanya yang dilakonkan oleh pelakon Remy Ishak itu lambat tua.

"Dia menjadi saksi zaman penjajah di Malaysia dan sehingga Malaysia merdeka dan berjaya seperti hari ini. Sebenarnya ia kisah pencarian cinta yang tidak berkesudahan," kata Edry.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

OHBULAN!

OHBULAN!


Bapa Kepada Awie Meninggal Dunia, Al-Fatihah.

Posted: 15 Jun 2011 06:50 PM PDT

Bapa Kepada Awie Meninggal Dunia, Al-Fatihah.

Malam tadi, kami mendapat hint bahawa bapa kepada penyanyi rock terkenal, Awie sedang nazak ekoran daripada kesakitan yang dialami sejak 2 tahun lepas. Pagi ini, kami dikejutkan dengan berita bahawa bapa kepada Awie sudah kembali ke rahmatullah.

Sama-sama kita panjatkan Al-Fatihah buat arwah, takziah kepada Awie sekeluarga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gambar Percutian Salih Yaacob & 4 Isterinya Di Beijing.

Posted: 15 Jun 2011 06:12 AM PDT

Ini baru dipanggil suami yang adil & saksama. Nak cuti, bawa kesemua isteri-isterinya sekali. Tiada yang kena tinggal pun. Ha, kaum lelaki yang inginkan kehidupan seperti Salih Yaacob mesti bersedia dari segi mental, fizikal & financial tau!

Dengar cerita, percutian Salih Yaacob & keluarga ke Beijing menelan belanja yang cukup besar, sekitar RM50 000. Andai difikirkan, apa'lah sangat RM50 000 tu kalau dapat membuat setiap ahli keluarga tersenyum riang, kan? Lagipun, kami pasti sikap spontan Salih Yaacob sahaja sudah cukup membuatkan orang-orang di sekelilingnya gembira.

Enjoice koleksi gambar percutian Salih Yaacob, 4 orang isterinya & anak-anak ke Beijing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.