Adsense

Isnin, 6 Jun 2011

borak kosong

borak kosong


Biarawan Kembar Meninggal di Hari yang Sama

Posted: 06 Jun 2011 09:30 PM PDT


TEMPO Interaktif, Buffalo - Biarawan kembar itu meninggal dalam usia 92 tahun dengan selang waktu beberapa jam akibat sakit jantung.

Selama 65 tahun, lelaki kembar identik, Julian dan Adrian Riester yang dilahirkan di Buffalo, New York, menjadi pelayan umat di Gereja Katolik Rom. Selain mengabdikan diri untuk Tuhan, keduanya bekerja di St. Bonaventure University New York, menjadi tukang kayu, mengurus taman, serta sebagai pemandu.

"Keduanya nampak menyukai pekerjaan itu," kata Yvonne Peace, rakan kerja si kembar di St. Bonaventure Friary selama 21 tahun, Jumaat, 3 Jun 2011.

Menurut Bapa James Toal, wali St. Anthony Friary di St. Petersburg, kedua biarawan itu meninggal pada Rabu, 1 Jun 2011, di hospital Anthony di St. Petersburg akibat gagal jantung. Bruder Julian meninggal pagi, sedangkan Bruder Adrian selang beberapa jam di petang hari.

"Kami sangat terkejut atas pemergian beliau," ujar juru bicara St. Bonaventure, Tom Missel.

Julian dan Adrian Riester lahir di Buffalo, 27 March 1919, dari pasangan Katolik Jerome dan Irving yang memiliki lima orang anak.

Penyanyi terkenal ini benci wanita setelah ditinggalkan isteri

Posted: 06 Jun 2011 08:27 PM PDT

Betul dah fobia dengan wanita...
saya petik dari kosmo online


Photobucket

LONDON - Penyanyi terkenal, Sir Bob Geldof mengaku membenci wanita selepas dia ditinggalkan isterinya, Paula Yates yang menjalin hubungan dengan penyanyi rock Australia, Michael Hutchence pada tahun 1995, lapor sebuah akhbar semalam.

"Isteri saya meninggalkan saya, saya kemudian menceraikan isteri. Hidup saya musnah akibat perpisahan tersebut.

"Saya tidak dapat menerima hakikat kehilangan (perpisahan) besar itu. Kepala saya menjadi berserabut. Saya sukar menemui penyelesaian terhadap masalah tersebut.

"Saya menganggap peristiwa ditinggalkan isteri cukup berat. Saya membenci wanita. Saya tidak mempercayai golongan ini lagi. Saya juga enggan berada dekat dengan mereka," jelasnya yang kini popular dengan lagu baharu, Silly Pretty Thing.

Geldof yang berusia 59 tahun itu mengejutkan peminat apabila dia membuat pengakuan mengenai kisah peribadinya sempena Festival Hay di sini baru-baru ini.

Yates yang merupakan pengacara televisyen meninggal dunia pada tahun 2000 akibat pengambilan dadah berlebihan.

Namun, dia juga mendedahkan bahawa aktres Perancis, Jeanne Marine berjaya mengubah perasaan bencinya terhadap wanita selepas mereka bertemu dan menjalin hubungan cinta.

Geldof dan Marine hidup sebagai pasangan sejak 15 tahun lalu. - Agensi

Kesian..remaja ni boleh terlena semasa berjalan

Posted: 06 Jun 2011 07:00 PM PDT

Kesian remaja ni...
saya petik dari kosmo online


Photobucket

CHADWELL HEATH, Britain - Seorang remaja berusia 19 tahun, Kelly Sears menghidap penyakit ganjil apabila dia terlena semasa berjalan, lapor sebuah akhbar semalam.

Kelly kerap terjatuh semasa sedang berjalan apabila dia tertidur dengan tiba-tiba menyebabkannya mengalami luka.

Ekoran itu, remaja tersebut diberikan seekor anjing yang terlatih oleh sebuah pertubuhan kebajikan yang diajar untuk menjilat leher dan muka Kelly apabila dia tidur dengan tiba-tiba untuk menyedarkannya daripada tidur.

Anjing berusia dua tahun itu menjadi teman baharu remaja berkenaan sejak dua bulan lalu.

Kelly mula menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit tidur itu yang dikenali sebagai Narcolepsy semasa berumur 15 tahun apabila dia tertidur di dalam kelas di sekolahnya. - Agensi

Kerana bunuh adik budak 12 tahun ini bakal dipenjara seumur hidup

Posted: 06 Jun 2011 06:33 PM PDT

Brutal jugak budak ni...
saya petik dari myMetro


Photobucket

MIAMI: Pendakwa raya mahu supaya seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dipenjarakan seumur hidup - bagi mengelakkannya daripada membunuh lagi.

Cristian Fernandez mungkin menjadi banduan seumur hidup termuda di Amerika selepas dia disyorkan dibicarakan sebagai orang dewasa dalam kes pembunuhan adiknya berusia dua tahun.

Pendakwa raya Angela Corey berkata: "Kami terpaksa melindungi orang awam daripada kanak-kanak ini." Sekiranya Fernandez didakwa sebagai juvana dan didapati bersalah, dia akan dibebaskan apabila mencecah usia 21 tahun.

Fernandez didakwa membelasah adiknya David Galarriago hingga mati di kediaman mereka di Jacksonville, Florida, Mac lalu.

David mati akibat keretakan di kepala yang menyebabkan pendarahan pada otaknya.

Dia meninggal dua hari selepas dimasukkan ke hospital.

Laporan bedah siasat menunjukkan kecederaan dialaminya disebabkan oleh pukulan benda tumpul di kepalanya.

Fernandez sebelum itu pernah menyerang adiknya dan mematahkan kakinya.

Angela berkata, dia mahu budak itu dibicarakan sebagai orang dewasa selepas mengkaji semula sejarah keganasan.- Agensi

Jangan simpan handphone di kocek belakang kalau tak nak jadi macam ni

Posted: 06 Jun 2011 05:36 PM PDT



menangis tak berlagu..kalau jadi macam ni

Lukisan yang dibuat daripada straw

Posted: 06 Jun 2011 11:01 AM PDT

image
Hebat betul lukisan ini…orang yang membuat memang betul-betul kreatif

Wow,Tiga Beradik Ini Tidak Pernah Tak Datang Sekolah Atau Ponteng

Posted: 06 Jun 2011 10:01 AM PDT


TEMPO Interaktif, Bristol - Cuti atau tak datang ke sekolah, kuliah, atau kerja mungkin hal lazim yang dilakukan oleh setiap orang. Namun, tiga bersaudara berasal Kota Bristol, Britain ini rasanya pantas dicap pelajar paling rajin ke sekolah.

Tiga bersaudara dari keluarga Ghent ini tidak pernah cuti satu hari pun sejak mereka bersekolah pada usia empat tahun. Tiga pelajar ini adalah Holly, 19 tahun, dan Daniel, 16, keduanya sudah lulus . Sedangkan yang bungsu, Chloe, 14, masih belajar.

Sang ibu, Janet, 52 tahun, memuji kerajinan dan kegigihan ketiga anaknya itu. Ia mengungkapkan mereka tetap bersekolah meski kena batuk, demam, cacar, bahkan usus buntu. "Saya tidak yakin Daniel akan menyebut itu keberuntungan kerana menderita usus buntu ketika cuti," kata Janet.

Ketiga bersaudara ini juga sama-sama suka berolah raga. Mereka menjadi anggota yate Athletics Club. Menurut Daniel, teman-temannya pun mengetahui ia tidak pernah cuti sekolah. "Saya tidak pernah kehilangan satu hari pun," ujarnya menegaskan.

Guru Besar sekolah, Peggy Farrington, juga memuji kerajinan Daniel yang juga gemar bermain  bola sepak itu. "Daniel tidak pernah kehilangan satu hari pun. Itu benar-benar mengagumkan," ujarnya. Ia pun menilai keluarga Ghent saling mendukung dalam urusan pendidikan, sehingga ketiga bersaudara itu boleh mencatat rekod sangat mengesankan.

Kini beban masih itu di tanggung oleh Chloe yang masih sekolah.

Bekas tentera laut yang ingin menjadi wanita

Posted: 06 Jun 2011 09:32 AM PDT

NORTH TYNESIDE - David Payne (48) adalah bekas anggota angkatan laut Kerajaan Britain secara berani memutuskan untuk melakukan transgender.

Sejak usia 28 tahun, Payne memang sudah tidak merasa nyaman berpenampilan sebagai seorang lelaki. Dulu dia sering menyatakan hasratnya untuk dapat menjadi seorang wanita.

"Sejak di usia empat tahun, saya sudah mempunyai fikiran bahawa seharusnya saya berada di dalam tubuh seorang wanita," ujar Payne.

"Pada tahun 1960an, saya cuba mengungkapkan hasrat sesungguhnya kepada keluarga, namun keluarga saya tidak menyetujui. Hingga saya pun cuba berhubungan dengan seorang wanita," imbuhnya.

Dia sempat menikah dengan seorang wanita selama tiga tahun dan memiliki seorang anak laki-laki.

Isterinya pada saat itu mendukung hasrat kewanitaan yang Payne miliki. Namun 11 tahun kemudian mereka berpisah dan Payne bergabung dengan Royal Fleet Auxiliary, untuk kembali menyembunyikan hasrat kewanitaannya.

Pada tahun 1998, Payne meninggalkan angkatan laut dan menikah lagi untuk yang kedua kalinya, namun isteri keduanya menceraikan Payne setelah mereka menikah selama tujuh tahun.

Seiring perceraiannya tersebut, Payne memutuskan untuk menjadikan dirinya sebagai seorangh wanita secara fizik, dan menggunakan nama wanita, yakni Natasha Gray, demikian dilapor Dailymail, Isnin (6/6/2011).

Kini dia tinggal di North Tyneside, Inggris, dengan anak lelakinya yang kini telah berusia 21 tahun dan seorang teman wanitanya yang bekerja sebagai manager di sebuah restoran cepat saji.

Payne, kini Gray, mengaku bahwa dia mendapatkan kesulitan untuk dapat diterima masyarakat setelah pilihan hidupnya yang baru tersebut.

Namun, anaknya menerima keputusannya. "Ini adalah hidupmu, Ayah," ujar Gray mengikuti perkataan anaknya.

"Orang tua saya dan saudara kandung saya juga tidak mahu menerima pilihan saya ini. Saya pernah ke rumah ayah saya dengan memakai pakaian wanita, namun ayah menyuruh saya mengganti pakaian dengan menggunakan seluar panjang, kerana saya menyeramkan baginya," ungkap Gray.

Gray kini berprofesi sebagai konsultan teknik mesin dan juga seorang penari eksotik.

Dia pun menjadi penasihat bagi orang-orang yang mengalami hal yang sama sepertinya.

Sumber :http://www.okezone.com/

Polis tertipu,tembak buaya simen

Posted: 06 Jun 2011 08:30 AM PDT

KANSAS CITY -Polis di Kansas City mendapatkan laporan pada Sabtu malam, laporan tersebut menyebutkan bahawa terdapat seekor buaya besar bersembunyi di kolam," ujar juru cakap polis Tom Gentry seperti dilapor Reuters, Isnin (6/6/2011).

Para polis pun akhirnya menghubungijabatan haiwan yang memerintahkan untuk menembak buaya tersebut kerana pada ketika itu tidak ada petugas yang boleh membantu.

Seperti yang diperintahkan, seorang polis menembak buaya tersebut, tidak hanya sekali namun dua kali, namun tembakan itu ternyata hanya memantul, kerana buaya tersebut terbuat dari simen.

Pemilik kolam pun akhirnya memberitahu bahawa dia sengaja membuat buaya tersebut untuk menjauhkan anak-anak dari kolamnya, namun ternyata para penduduk yang panik.

Sumber :http://www.okezone.com/

Hebat...cara unik angkat batu bata

Posted: 06 Jun 2011 07:31 AM PDT


Hebat betul cara dia mengangkat batu bata..
kuat betul leher dan kepala orang ini...
cuba lihat videonya..




Mobile phone ala India

Posted: 06 Jun 2011 06:30 AM PDT


unik...kreatif

Unik...Guna kereta api mini hantar minuman kepada pelanggan

Posted: 06 Jun 2011 05:26 AM PDT

Gempak dan unik..gunakan keretapi mini untuk
hantar minuman kepada pelanggan..











Yang terbaru dari seorang bernama Lady Gaga

Posted: 06 Jun 2011 04:00 AM PDT



Burung hantu sekilas pandang macam manusia,cuba lihat video ini

Posted: 06 Jun 2011 03:35 AM PDT

Burung hantu ini sekilas mirip manusia. Lihat video di bawah ini...




Kesian..kucing dipaksa makan anak tikus baru lahir

Posted: 06 Jun 2011 02:00 AM PDT



agaknya kucing ni pun geli nak makan anak tikus ni...
(sumber gambar : klikunic.com)

Akibat hebohkan majlis harijadi di Facebook seramai 1600 orang tetamu yang tak dikenali hadir

Posted: 06 Jun 2011 01:35 AM PDT

Hamburg - Gara-gara melakukan jemputan di Facebook, sebuah pesta ulang tahun ke 16 seorang remaja dibanjiri ramai tetamu. Jumlah pengunjung mencapai lebih dari 1.600 orang, dan disebut-sebut sebagai pesta ulang tahun terbesar di Jerman.

Remaja asal Hamburg bernama Thessa ini bertindakdengan membuat undangan ulang tahun di Facebook sebagai even publik. Akibatnya, sekitar 15 ribu user Facebook merespons undangan tersebut.

Untuk mencegah kejadian yang tidak diinginkan, Thessa menghubungi polis setempat. Dan dugaannya benar, ribuan pengunjung dari seluruh Jerman benar-benar hadir di rumahnya untuk ambil bahagian dalam perayaan.

Sekitar 100 polis berjaga-jaga untuk menertibkan peserta yang datang. Mirko Streiber selaku juru cakap polis menyatakan Thessa sebenarnya hanya ingin mengadakan pesta private kecil-kecilan, namun undangan di Facebook itu mengubah segalanya.

Seperti dilansir Reuters dan dikutip detikINET, Isnin (6/6/2011), polis telah menahan 11 pengunjung pesta. Sebab mereka melakukan kekerasan dengan merosak properti atau melukai orang lain.

"Secara umum pesta berlangsung damai. Ada beberapa nyala api, kekerasan dan minuman alkohol membuat beberapa orang merosak properti. Terdapat pesta terancang yang lebih besar di Hamburg namun pesta ini mungkin adalah pesta ultah tidak terancang terbesar yang pernah terjadi," kata Streiber.

Blunder di Facebook semacam ini pernah terjadi di Australia. Namun para pengunjung tidak sempat hadir kerana pesta dibatalkan

Nenek 80 tahun Jadi Pencuri Berlian Selama 50 Tahun

Posted: 06 Jun 2011 12:30 AM PDT

Los Angeles - Seorang wanita berusia 80 tahun, Doris Payne, tercatat sebagai 'pencuri permata' selama berpuluh-puluh tahun. Namun, sesuai dengan pepatah, sepandai-pandainya tupai melompat, akhirnya jatuh juga. Payne pun tertangkap akhir minggu ini saat mencuri cincin senilai US$ 16 ribu dari sebuah kedai perhiasan Santa Monica, Los Angeles, Amerika Syarikat.

Sebelumnya, Payne pernah dihukum kerana menggasak perhiasan di berbagai kedai di berbagai penjuru dunia. Dia juga pernah dihukum oleh Hakim Pengadilan Tinggi Los Angeles, Mark E. Windham selama 16 bulan penjara.

Payne lahir pada 1930 di kota kecil Slab Fork. Dia mencuri berlian pertama kali di penghujung usia 20-an. Awalnya dia berharap dapat mengumpulkan wang untuk membantu ibunya yang ditinggalkan oleh suaminya yang berkelakuan kasar.

Payne mengaku tidak ingat berapa banyak barang berharga yang telah dicuri. Tetapi kariernya tersebut telah berlangsung lebih 5 dekad. Dia melakukan aksinya dari New York, Las Vegas, London, Paris, Monte Carlo hingga Tokyo.

"Sasaran saya selalu kedai-kedai terbaik," kata Payne seperti dikutip dari LAtimes.com, Isnin (6/6/2011).

Dalam melaksanakan aksinya, dia akan bercakap dengan para pengunjung . Kemudian dia mengambil berlian dan memasukan ke beg pakaian yang dikenakannya. Payne mengalihkan perhatian staf penjualan ketika mencuba berbagai cincin. Dan ketika mereka tidak melihat slip cincin dari jarinya dia akan memasukan cincin ke baju.

Kisah hidupnya telah menarik pembuat filem untuk dijadikan filem Hollywood

Payne, menurut jaksa San Diego, telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya untuk "tidak melakukan apa-apa selain mencuri perhiasan sampai usia tua."

Video..orang tua dipukul tanpa sebab

Posted: 05 Jun 2011 11:59 PM PDT






Entah apa kesalahan orang tua ni terus dipukul...



Saya nak boleh ?

Posted: 05 Jun 2011 11:52 PM PDT

KENAPA AKU PATUT LETAK BLOG ANDA DALAM BLOG LIST DI BLOG INI?
sebab: Blog ini memaparkan pelbagai info yang boleh dikongsikan 
bersama dengan pengunjung blog bro.Yang penting semua ini akan
memberi manafaat kepada semua pembaca.Kiranya situasi win..win lah....

Bas sekolah 2 tingkat yang sangat luarbiasa

Posted: 05 Jun 2011 10:00 PM PDT





Hebat betul bas sekolah ni..
agaknya ni satu-satunya di dunia..

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Elak terjebak dengan kontroversi

Posted:

Elak terjebak dengan kontroversi

Elak terjebak dengan kontroversi

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH dan ihsan SONY MUSIC


Bergelar juara American Idol telah mengubah hidup Lee DeWyze.


SEDANG elok namanya bersih daripada sebarang kontroversi murahan, tiba-tiba alam maya digegarkan dengan cerita yang kurang enak tentang juara American Idol musim kesembilan, Lee DeWyze.

Ketika namanya hampir dilupakan oleh sebahagian daripada peminat American Idol (AI) dan juga pencinta muzik secara amnya, 'populariti' Lee kembali melonjak sekali gus menjadi bahan berita menarik beberapa minggu lalu.

Semuanya berpunca daripada insiden yang mengatakan Lee tidak diundang ke konsert akhir yang berlangsung beberapa minggu lalu yang menjadi tradisi untuk setiap bekas juara AI.

Bukan itu sahaja, Lee juga dikatakan telah berperang mulut dengan penerbit eksekutif AI10, Nigel Lythgoe sehingga perkara yang dianggap kecil, menjadi besar.

Menganggap perkara tersebut tidaklah sebesar mana sehingga perlu dikecohkan, Lee akhirnya bersuara dan menjernihkan keadaan dengan memberitahu perkara sebenar di laman Twitter.

Dalam kenyataannya itu, Lee telah melahirkan rasa kecewanya terhadap pihak produksi AI10 atau lebih khusus lagi kepada Nigel yang dianggapnya membuat permintaan yang menjatuhkan maruahnya sebagai seorang juara AI.

"Saya lebih berbangga dan sebenarnya berharap seandainya saya diundang untuk membuat persembahan pada malam akhir itu kerana AI telah merubah impian saya menjadi kenyataan.

"Tetapi, apabila permintaan mereka untuk saya menyerahkan trofi kemenangan kepada juara AI10 iaitu Scotty McCreery, saya menganggap perkara itu adalah satu kesalahan besar.

"Adakah wajar untuk saya naik ke pentas semata-mata hanya untuk menyampaikan trofi dan mencuri tumpuan Scotty pada malam itu?

"Daripada melakukannya, adalah lebih baik untuk saya duduk di dalam dewan dan menjadi penonton. Jadi, apabila Nigel menepuk bahu saya dan meminta saya berbuat demikian (menyampaikan trofi), sudah pasti saya akan katakan tidak," tegas Lee mempertahankan dirinya berhubung isu panas yang menjadi perhatian beberapa minggu selepas AI10 melabuhkan tirainya.

Kalau disingkap tentang perbalahan antara alumni AI dan rancangan itu sendiri, kes Lee bukanlah yang pertama kerana ia pernah berlaku beberapa kali sepanjang AI bersiaran selama 10 musim.

Antara kes yang paling diingati bagaimana juara AI pertama, Kelly Clarkson secara terang-terangan menentang idea Pengerusi RCA, Clive Davis berhubung hala tuju muzik yang mahu diketengahkan dalam album ketiganya, My December.

Hasilnya, album tersebut gagal di pasaran dan akhirnya Kelly akur dengan kehebatan Clive sebagai seorang yang memiliki magis luar biasa dalam bidang muzik.

Jadi diri sendiri

BERBALIK kepada kesnya itu, Lee menganggap isu tersebut sebenarnya boleh diselesaikan dengan cara baik dan tertutup, tetapi nampaknya Nigel lebih selesa untuk bercerita kepada umum.

Katanya lagi, dia tidak mahu menjadikan apa yang berlaku sebagai isu besar yang harus dipanjangkan kerana adalah lebih baik untuk dia terus fokus kepada kerjayanya.

Tidak salah sebenarnya kalau hendak melabelkan Lee sebagai seorang yang berani bersuara kerana hakikatnya, Lee menegaskan dia tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit.

Sebagaimana perjuangannya dalam bidang muzik, begitu jugalah prinsip hidupnya apabila dia tidak kisah dengan apa yang diperkatakan tentang dirinya.

Duduk berbual dengannya dalam satu temu ramah yang diaturkan oleh Star World dan Sony Music sempena rangka promosi album sulungnya, Live It Up di ibu negara, baru-baru ini, semuanya terpancar jelas menerusi butir bicaranya.

Lee lebih selesa untuk bercerita tentang perkembangan karier seninya dan perkara yang lebih menjerumus ke arah yang positif berbanding perkara remeh.

Ia termasuklah tentang isu yang mengatakan populariti yang diraih selepas menjuarai AI tahun lalu tidak sehebat bekas juara lain terutama Kelly dan Carrie Underwood.

Lebih malang lagi, apabila album Live It Up tidak mencatatkan rekod sebaik bekas juara mahupun alumni AI yang lain apabila hanya sekadar menduduki tangga ke-19 dalam carta Billboard 200 sebaik sahaja dilancarkan pada 16 November tahun lalu.

Ia sekali gus meletakkan Lee di belakang juara AI8, Kris Allen yang mencatatkan penjualan album yang kurang memberansangkan dan sehingga kini, album Live It Up hanya terjual sebanyak 141,000 salinan sahaja di Amerika Syarikat (AS).

Sambil menghela nafas panjang, jelas Lee, populariti bukanlah agenda utamanya dalam bidang seni mahupun mengejar anugerah bagi membuktikan kehebatannya sebagai seorang karyawan.

"Apa yang saya persembahkan setiap minggu di pentas AI sehingga bergelar juara merupakan identiti saya sendiri. Sukar sebenarnya untuk memuaskan hati semua pihak kerana setiap individu mempunyai cita rasa yang berbeza.

"Saya mahu melebarkan sayap seni saya bukan hanya sebagai seorang penyanyi tetapi juga komposer serta penulis lirik yang berjaya.

"Justeru, saya mahu mengubah senario itu dan melihat bahawa lebih ramai bakat di luar sana yang memiliki pakej lengkap sebagai penyanyi, komposer dan penulis lirik.

"Dalam hal ini, saya menghormati Kris Allen yang telah membuktikan dia mampu menjadi lebih daripada hanya sekadar seorang penyanyi," jelas Lee atau nama sebenarnya, Leon James DeWyze, Jr. panjang lebar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Magnet dua purba

Posted:

Magnet dua purba

Magnet dua purba

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar ASWAD YAYHA


SETELAH 27 tahun, Sweet Charity dan Blues Gang akan bersatu kembali bagi menggegarkan Stadium Merdeka pada 9 Julai ini.


AURA Sweet Charity dan Blues Gang tidak pernah malap biarpun dua kumpulan legenda itu telah lebih 40 tahun meniti onak dan duri sebagai anak seni.

Buktinya, Teratai, Batu, Apo Nak Di Kata dan Mak Siti masih lagi meniti bibir peminat-peminat dua kumpulan otai itu.

Bait-bait lirik lagu yang pernah mereka rakamkan juga masih terus menjadi siulan bukan sahaja peminat seusia mereka tetapi generasi muda hari ini.

Bukan mudah bagi seseorang artis itu untuk merentas zaman dan memenangi hati peminat namun itulah yang berjaya ditempuhi oleh Sweet Charity dan Blues Gang apabila generasi baru hari ini turut sinonim dengan lagu-lagu mereka.

Berikutan itu, untuk menghargai para peminat yang selama ini tidak pernah jemu menyokong mereka, Sweet Charity dan Blues Gang sekali lagi berkongsi pentas untuk menghiburkan para peminat mereka menerusi Konsert 2 Raksasa, 9 Julai ini.

"Kita ingin ulangi semula fenomena yang pernah tercetus dahulu apabila Sweet Charity dan Blues Gang berkongsi pentas menjayakan Konsert Raksasa pada tahun 1984.

"Biarpun telah 27 tahun berlalu, kami tetap yakin 2 Raksasa pasti tetap menyengat dan berbisa sama seperti dahulu," jelas Ramli Sarip ketika ditemui pada sidang akhbar Konsert 2 Raksasa yang diadakan di Hard Rock Cafe, baru-baru ini.

Bagi penyanyi yang diberi jolokan Papa Rock itu, Konsert 2 Raksasa dilihat sebagai satu saluran terbaik untuk mengembalikan nostalgia lalu.

"Kami akan membawa peminat untuk menggamit kenangan lalu melalui lagu-lagu kami dan 2 Raksasa juga akan menceritakan perjalanan seni kami menerusi sebuah konsert.

"Kami juga akan merakamkan rakamkan detik indah itu agar ia akan terus menjadi sebuah kenangan yang terindah.

"Mana tahu mungkin 2 Raksasa boleh dijadikan satu khazanah dalam industri muzik tanah air," jelasnya.

Selain itu, biarpun setelah 27 tahun berlalu, Ramli mahupun Ito yakin bahawa konsert yang akan diadakan di Stadium Merdeka itu nanti dapat menarik peminat-peminat mereka.

Bukan sahaja mensasarkan peminat seusia mereka tetapi generasi baru yang membesar dengan lagu-lagu mereka.

"Bukanlah berbangga diri atau bercakap besar, tetapi saya yakin konsert itu nanti dapat menarik minat peminat-peminat kami untuk bersama mengabadikan detik indah itu," ujar penyanyi kelahiran Singapura itu.

Sementara itu, vokalis Blues Gang, Ito atau nama nama sebenarnya Ito Muhammad @ Mohd. Arif Kendut beranggapan 2 Raksasa akan mewujudkan sejarahnya sendiri seperti mana yang pernah ditinggalkan oleh konsert Raksasa dahulu.

Baginya apa yang penting adalah melakukan yang terbaik agar kehangatan 2 Raksasa akan menjadi detik terindah untuk para peminatnya.

"Konsert 2 Raksasa adalah khas untuk peminat kami dan sudah tentu kami akan lakukan yang terbaik untuk memuaskan mereka," ujarnya.

Ditanya berkenaan dengan stamina untuk tampil pada konsert berkenaan, jelas Ito, itu bukalah masalah kepadanya yang mempunyai banyak pengalaman beraksi di pentas.

"Pengalaman lebih daripada 30 tahun banyak mengajar saya bagaimana untuk mengawal stamina di ketika beraksi di atas pentas.

"Sebagai penyanyi apa yang penting adalah teknik untuk menyanyi kerana teknik itu banyak membantu persembahan.

"Insya-Allah saya tiada masalah untuk membuat persembahan itu nanti biarpun usia kini telah lebih daripada separuh abad," jelas Ito.

Sementara itu, bagi peminat yang berminat, tiket konsert berharga RM73.00 boleh didapati di www.airasiaredtix.com.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-8775 4666 atau semua cawangan Redtix di Rock Corner dan Victoria Music.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Celebrity News

Celebrity News


Bulan Madu Salih Yaacob dan Isteri serta anak-anak di Beijing

Posted: 05 Jun 2011 08:45 PM PDT

Alhamdulillah dan suka sangat apabila melihat dan membaca berita keluarga abang Salilh Yaacob kita yang kini berada di Beijing, China semalam.Beliau bersama empat isteri, Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat, 42, Norfara Wahida Sulaiman, 32, dan Samihah Sheikh Amy, 25, bersama tujuh anak berlepas ke Beijing, China, semalam untuk bercuti enam hari.

 Jika macam inilah amalan yang diamalkan oleh semua ketua keluarga di Malaysia khasnya, mungkin ramai yang akan sudi bermadu.Ops...

ZoOM : Apa Komen Anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Cita-cita dan cinta

Posted: 05 Jun 2011 05:13 PM PDT

Hip

Cinta hanya dalam set, tapi cita-cita besar adalah jadi pelakon terkenal

KEDUA-duanya memang wajah baru dalam dunia hiburan kita. Sebut Chomell Fana dan Izzue Islam boleh membuatkan ramai terpinga-pinga kerana siapalah mereka di dalam drama, mahupun filem.

Belum dikenali bukan bermakna mereka terlalu baru dalam bidang seni. Izzue dan Chomel Fana memang masing-masing sedang mencari nama dan mengukuhkan penampilan dalam bidang lakonan.

Kedua-duanya ditemukan dalam drama Cita dan Cinta yang sedang disiarkan di TV9. Mungkin kerana sudah mengenali di lokasi penggambaran drama itu menyebabkan mereka kelihatan mesra apabila diminta untuk mengikuti sesi fotografi bersama. Ada ketikanya keserasian, kemesraan dan keintiman mereka dilihat seolah-olah seperti pasangan sedang bercinta. Hakikatnya, itu semua kemesraan itu kerana terbawa-bawa dengan watak yang dihayati dalam drama yang mereka bintangi itu.

Itu semuanya jelas memudahkan lagi jalan cerita dalam drama Cita dan Cinta yang diarahkan oleh pengarah muda, AzmanA Aizal Yusoof.

Berlakon, menyanyi seiringan

DISEBABKAN masih berasa baru lagi dalam bidang yang diceburinya membuatkan Izzue berasa satu cabaran besar bagi dirinya apabila dia diberikan peranan utama kerana sebelum ini hanya mendukung watak sampingan sahaja.
"Susah sebagai pelakon utama nak pula bergandingan dengan pelakon berpengalaman macam Beto Khusyairi, Sharifah Amani dan Nadia Aqilah. Tapi selalunya orang berpengalaman seperti mereka banyak membantu saya," katanya.

Walaupun pertama kali digandingkan, Izzue merasakan keserasiannya dengan Chomell membuatkan watak yang dilakonkan lebih berkesan.

Namun bagi Chomell, bekerjasama dengan Izzue memudahkan lakonannya kerana perwatakan dan karektor lelaki ini yang mudah mesra serta senang bergaul dengan siapa saja.

"Dia mempunyai perwatakan menarik serta mudah mesra. Itu membuatkan senang bekerjasama. Saya dan Izzue masih baru dalam bidang ini tetapi apabila pertama kali di gandingkan keserasian itu sudah ada. Saya tak rasa kekok dengannya," kata Chomell.

Setelah dua tahun terbabit dalam bidang lakonan, Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan berasakan banyak yang perlu diterokai bagi memperbaiki kelemahan agar dapat membawakan watak lebih besar dan mencabar dengan berkesan.

Bermula sebagai pelakon tambahan, jejaka berusia 21 tahun ini mampu melata di bibir setiap pengarah yang ingin bekerjasama dengannya kerana memiliki pakej yang lengkap bukan saja dari segi bakat bahkan perwatakan yang menarik.
Bahkan bakatnya kini berkembang dengan pembabitannya dalam filem terbaru terbitan KRU, King Kapcai Kuang.

"Selepas habis sekolah saya buka gerai burger di kampung, kemudian ke Kuala Lumpur kerja di kedai makan sebagai pembancuh air sebelum terjebak dalam bidang seni. Masa itu saya ikut casting drama Kampung Jaguh dan dari situ saya bergiat aktif dalam lakonan," katanya.

Bertitik tolak dari situ, bakat Izzue kian dikenali dalam drama Papa Nak Kahwin, Bola Cinta dan Gemilang.

Malah, kini Izzue berjinak-jinak dalam bidang nyanyian dan mempunyai kumpulannya sendiri, Forteen Boy Band di bawah jenama KRU.

Kumpulan ini dianggotai Ameerais, Ariz dan One itu bakal melahirkan single pertama berjudul Berdua Bersatu hujung bulan ini.

"Ketika membuat sesi uji bakat sebagai pengacara di KRU Studio, mereka mendapati saya boleh menjadi penyanyi. Dari situ juga saya berkenalan dengan tiga lagi anggota kumpulan ini. Single terbaru itu sepenuhnya ciptaan Edry Abdul Halim," jelasnya.

Tidak terburu-buru beralih ke filem

SELEPAS terbabit lebih 20 drama, Chomell atau nama sebenarnya, Noorhanis Farhana Shaharuddin memang mahu namanya lebih dikenali dalam bidang lakonan.Dia tidak mahu terburu-buru berlakon filem.

Bagaimanapun, Aziz M Osman melamarnya sebagai pelakon tambahan dalam filem Azura 2.

"Sebelum berlakon saya lakukan banyak kerja di belakang tabir macam jurusolek, pakaian, konti dan pembantu pengurus produksi. Lepas habis sekolah, saya ikut kakak buat kerja solekan tetapi tetapi lepas itu boleh jadi jurusolek artis pula. Bermula dari situ saya mengenali abang Aziz dan disebabkan perwatakan saya yang pelik, abang Aziz suruh saya berlakon dalam drama Comel," katanya.

Siapa sangka gadis kecil molek berusia 25 tahun ini dulunya seorang pemain bola sepak wanita Malaysia B serta bekas ahli Silat Selangor dan Olahragawati negeri Selangor. Walaupun bertubuh kecil, kecekalan dan semangat Chomell di luar jangkaan, malah pernah bekerja sebagai pengawal pantai di sebuah pusat rekreasi air.

Gadis yang pernah berlakon dalam drama Bong, Putri, Kaisarah, Hotel Mania dan filem Cinta Kura-kura ini turut terbabit dalam bidang nyanyian di bawah KRU. Single pertamanya berjudul, BFF Ku dalam proses rakaman.

"Sebelum berlakon saya aktif dalam nyanyian. Dari situ ada seseorang yang lihat bakat saya nak rakamkan 10 lagu tetapi kesudahannya lagu itu tak dipasarkan. Sebab itu saya berhenti menyanyi," katanya.

Mengimpikan watak serius, Chomell mengakui berlakon dalam drama tidak sesukar filem yang mengambil masa agak panjang untuk penggambaran. Bahkan bagi satu babak lakonan mengambil masa sehari penggambaran berbanding drama.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Setiap angka boleh dipercayai

Posted: 05 Jun 2011 05:11 PM PDT

Hip

FINAS kumpul data kutipan kasar setiap filem terus daripada panggung wayang

PERKARA yang sering diumumkan oleh produser atau wakil syarikat produksi apabila filem mereka masuk ke panggung ialah kutipan kasar selepas sehari atau seminggu ditayangkan.

Selain strategi pemasaran dan publisiti, ia juga sebagai ukuran untuk mengetahui sesebuah filem itu mendapat sambutan atau sebaliknya. Bagaimanapun, setiap angka yang dinyatakan oleh produser kadang-kadang mengelirukan.

Persoalannya, siapa yang boleh mengesahkan jumlah yang diumumkan itu sah dan betul? Pihak mana yang boleh memperakui setiap angka yang dikeluarkan sudah disahkan oleh juruaudit bertauliah? Malahan ada kutipan kasar yang dikeluarkan oleh produser filem kadang-kadang tidak sama atau tidak selari dengan data daripada Unit Wajib Tayang di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

FINAS dipertanggungjawab memberi galakkan berkaitan pertumbuhan penerbitan filem dan hal lain berkaitan industri perfileman tempatan, sebenarnya tiada kuasa yang termaktub di dalam akta menghalang produser filem mengeluarkan angka kutipan yang dihimpun melalui Skim Wajib Tayang dan daripada produser filem menerusi pawagam bebas atau medium lain.

Bererti produser filem memang boleh meletakkan apa saja jumlah atau angka kutipan kasar setiap filem yang sudah ditayangkan. Jadi, sejauh mana relevannya jumlah kutipan tiket yang diumumkan produser di tambah dengan jumlah yang diperolehi daripada FINAS.

Wartawan HIP, Rozdan Mazalan menemubual Ketua Pengarah FINAS, Mohd Mahyidin Mustakim bagi mendedahkan format dan mekanisme yang digunakan FINAS bagi memperoleh jumlah kutipan tiket daripada pihak pawagam.
Hip: Bagaimana dan apakah bentuk format yang diguna pakai FINAS dalam mendapatkan angka kutipan tiket melalui pawagam?
Mahyidin:
Kutipan tiket dibuat menggunakan dua mekanisme iaitu secara online iaitu menerusi sistem e-wajib tayang di mana semua panggung perlu mengisi secara harian setiap kutipan filem tempatan yang ditayangkan. Mekanisme kedua pula ialah secara manual iaitu setiap panggung perlu menghantar faks ke FINAS untuk semakan kutipan bagi pawagam yang tidak mempunyai sistem online.

Hip: Adakah angka itu boleh diperolehi oleh produser sendiri atau panggung dan sekiranya dari panggung macam mana sistem yang digunakan, adakah terus secara online?
Mahyidin:
Angka kutipan adalah terus dari panggung berdasarkan jualan tiket yang terjual. Kaedah penerimaan angka kutipan berdasarkan sistem talian e-wajib tayang dan secara manual melalui faks dari panggung setiap hari.

Hip: Adakah ia diberikan secara harian?
Mahyidin:
Ia dibuat secara harian bagi pengiraan dan pengemaskinian oleh FINAS. Ini adalah prosedur yang sudah ditetapkan. Tetapi ada kalanya kelewatan berlaku satu atau dua hari sebelum dapat memberi angka berkenaan oleh segelintir pawagam.

Hip: Siapa yang mengesahkan atau mengaudit angka kutipan itu?
Mahyidin:
Ia melalui dua kaedah iaitu dari pihak panggung sendiri dan disemak oleh FINAS sama ada mempunyai perbezaan atau tidak.

Hip: Sejauh mana angka kutipan daripada FINAS ini boleh dipercayai (reliable)
Mahyidin: Jumlah kutipan ini perlu reliable kerana ia akan membabitkan laporan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hip: Adakah produser berhak melaporkan sendiri angka kutipan tanpa melalui FINAS?
Mahyidin:
FINAS hanya mengambil kira angka yang dilaporkan oleh pawagam melalui sistem e-wajib tayang. Apa yang dilaporkan oleh produser kepada media adalah inisiatif mereka sendiri.

Hip: Perlukah pihak kedua selain FINAS mengumumkan jumlah kutipan tiket kepada media?
Mahyidin:
FINAS akan mengumpul dan menyenaraikan kutipan melalui sistem yang sudah dinyatakan dan FINAS tidak menghalang sesiapa untuk mengeluarkan mengenai jumlah kutipan.

Hip: Apakah perancangan FINAS di dalam membaikpulih format kutipan tiket yang dapat memberikan jumlah tepat sepanjang tempoh wajib wayang ini.
Mahyidin:
FINAS sedang mengkaji sistem kutipan jualan tiket secara 'real time' yang mana sedang dijalankan bersama Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM) dan akan berunding dengan Persatuan Pemamer Malaysia (MAFE). Semua produser yang layak boleh memohon untuk menyertai sekali skim wajib tayang yang merangkumi semua 98 pawagam pada masa ini. Justeru, terpulang kepada prosedur untuk menentukan pawagam mana yang ingin dipilih untuk dimasukkan di dalam skim wajib tayang dan yang mana dibiarkan sebagai independen atau bebas. Sebagai purata, produser akan memohon di antara 50 hingga 60 pawagam untuk skim ini," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Reaksi muka baby mamam lemon...

Posted: 05 Jun 2011 04:46 PM PDT


Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Rozita tidak elak jumpa Shahir

Posted:

Rozita tidak elak jumpa Shahir

Rozita tidak elak jumpa Shahir



TIDAK surut-surut kontroversi yang mengaitkan aktres jelita Rozita Che Wan, 38. Selain kejelitaan, status sebagai ibu tunggal sering menjadikannya buruan banyak pihak.

Justeru, apabila timbul gosip cinta antaranya dengan penyanyi dan pelakon muda Shahir, banyak pihak menimbulkan persoalan sama ada cinta antara mereka benar-benar terjalin atau tidak.

Selepas Rozita sendiri membuat pengakuan telah menjalinkan hubungan cinta bersama Ahmad Shahir Zawani atau Shahir, 23, selama setahun lebih kepada pihak media, ramai yang terkejut dan tidak senang duduk.

Namun begitu, pengakuannya itu umpama cinta yang bertepuk sebelah tangan apabila Shahir tidak pernah memberi sebarang pengesahan mengenai cinta mereka kecuali menjelaskan mereka adalah teman rapat.

Kosmo! yang bertemu dengan Rozita pada majlis pelancaran cawangan kedua Jari Spa di Wangsa Maju baru-baru ini mendapatkan kenyataan daripadanya berhubung kontroversi itu.

Kosmo!: Sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi kontroversi cinta antara Rozita dan Shahir. Bagaimana Rozita menghadapi perkara ini?

Rozita: Bukan saya yang nak besarkan isu ini, semuanya jadi besar apabila ada sahaja cerita mengenai saya dan Shahir di akhbar dan Internet. Sejak saya beri kenyataan (pengakuan cinta), kontroversi tidak habis-habis sampai sekarang. Saya nak buat macam mana, kena terima sahajalah.

Apabila hanya Rozita yang lantang bersuara mengenai kisah cinta ini sedangkan Shahir lebih banyak berdiam diri dan tidak memberi sebarang pengesahan mengenai hubungan cinta itu, ia umpama cinta yang bertepuk sebelah tangan. Komen?

Rasanya saya telah beri kenyataan mengenai perkara ini, jadi bagi saya berdiam diri lebih baik daripada berkata-kata. Jika saya cakap, nanti orang akan panjangkan isu ini saya rasa cukup-cukuplah.

Adakah Rozita tertekan dengan kontroversi ini?

Tidaklah, saya tidak tertekan dan tidak ada sebarang masalah. Saya okey dan menjalani kehidupan saya seperti biasa. Lagipun sekarang ini saya sibuk dengan penggambaran drama Annisa untuk slot Samarinda di TV3 dan anak sulung saya akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini, jadi saya beri tumpuan kepadanya.

Selepas kontroversi ini, adakah Rozita berhenti atau mengelakkan diri daripada berjumpa dengan Shahir?

Saya bukan buat salah pun, jadi kenapa mesti saya elak berjumpa dengan dia. Kami masih berkawan seperti biasa.

Terbaru foto-foto Rozita dan Shahir bersama di Lapangan Terbang Tambang Murah, KLIA telah tersebar di Internet. Ketika itu, dikatakan kalian sedang menunggu penerbangan ke Alor Setar, Kedah. Adakah Rozita bawa Shahir berjumpa keluarga?

Saya tahu mengenai foto itu, ada kawan-kawan beritahu saya tetapi saya tidak sempat untuk tengok lagi. Foto itu bukannya isu besar dan saya bukannya bawa dia balik kampung tetapi kami sedang dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama Cer Citer Cinta untuk Astro Prima yang akan ditayangkan pada Julai depan.


ROZITA CHE WAN tidak memilih lelaki kaya sebagai pasangan hidupnya.


Selain Shahir, Rozita turut dikaitkan dengan Zain Saidin yang digandingan dalam drama Annisa terbitan Zeel Production. Kalian juga dikatakan mempunyai hubungan istimewa?

Kami kerap berlakon bersama dalam drama terbitan Zeel Production, ia tidak secara langsung menyebabkan kami rapat. Tidak semestinya rapat itu bercinta. Kami hanya kawan biasa, tidak lebih daripada itu.

Mengapa sekarang nama Rozita kerap dikaitkan dengan lelaki yang lebih muda?

Trend sekarang (ketawa). Tidaklah, dulu pun saya digosipkan dengan Datuk K, VIP dan ramai lagi, memang gosip ini sentiasa ada, bukan saya yang cari. Asalkan lelaki itu bukannya suami orang, apa salahnya sekadar berkawan biasa. Saya mempunyai ramai kawan daripada pelbagai peringkat usia.

Kenapa Rozita memilih Shahir, lelaki yang lebih muda, sedangkan dengan kejelitaan yang dimiliki, Rozita mampu mendapatkan cinta lelaki yang seusia dan memiliki kehidupan yang stabil?

Dalam satu-satu hubungan yang paling penting bagi saya adalah keserasian dan hati bukannya harta dan wang ringgit.

Apa kata keluarga Rozita mengenai kontroversi cinta bersama Shahir kerana jarak usia sebanyak 16 tahun?

Keluarga tidak cakap apa-apa, mereka pasti tahu sebab cerita ini keluar di akhbar. Tetapi saya tidak tahu apa pendapat mereka sebab saya tidak pernah bertanya mengenainya.

Bilakah Rozita akan berkahwin semula?

Saya tidak ada sasaran bila saya mahu berkahwin. Sekarang umur saya sudah 38 tahun, kalau saya masih anak dara mungkin saya ada sasaran umur tertentu. Sekarang apa yang penting adalah kerjaya, anak-anak dan perniagaan pakaian yang baru saya ceburi tahun ini.

Rozita selalu menghabiskan masa di spa? Adakah Jari Spa merupakan spa kegemaran Rozita untuk memanjakan diri?

Saya memang suka memanjakan dirinya di Jari Spa, namun disebabkan kepadatan jadual, saya selalunya hanya berpeluang ke spa sekali atau dua kali sebulan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Badai Semalam ke Singapura

Posted:

Badai Semalam ke Singapura

Badai Semalam ke Singapura

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com


DARI kiri: Fizz Fairuz, Erra Fazira, Umie Aida, Ziela Jalil dan Aaron Aziz.


SUDAH lama Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani ingin menyunting Erra Fazira dan Aaron Aziz sebagai peneraju utama teater Badai Semalam.

Baginya, watak Mazni dan Karim dalam novel Badai Semalam karya hebat Khadijah Hashim itu sangat sesuai dilakonkan oleh kedua-dua artis hebat Malaysia dan Singapura itu.

"Apabila Istana Budaya mahu pentaskan teater Badai Semalam, saya sudah membayangkan siapakah yang sesuai melakonkan watak utamanya iaitu Mazni dan Karim. Jadi, bagi saya Erra dan Aaron sangat sesuai memegang kedua-dua watak ini kerana mereka mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar memperkenalkan barisan utama pelakon teater Badai Semalam di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya, pemilihan barisan pelakon lain seperti Datin Paduka Umie Aida, Ziela Jalil dan Fizz Fairuz secara tidak langsung akan mencantikkan dan menguatkan lagi perjalanan teater tersebut.

"Sebenarnya saya masih tidak puas bersama Fizz, Ziela dan Umie selepas mereka menjayakan teater Natrah. Disebabkan itu, saya terfikir untuk mendapatkan khidmat mereka sekali lagi.

"Walaupun Fizz pada mulanya menolak kerana pengalaman bersama Natrah cukup memenatkan dan katanya pementasan juga terlalu lama, saya tetap memujuknya berlakon dalam teater Badai Semalam," katanya yang bersungguh-sungguh mengharapkan yang terbaik untuk teater tersebut.

Ditanyakan pula mengenai pemilihan Aaron dalam teater itu, kata Joe, naskhah Badai Semalam itu sangat popular sehingga ke Singapura dan pihak Singapura sendiri ada bertanyakan mengenai nashkah tersebut untuk dipentaskan di Esplanade, Singapura. Disebabkan itu pemilihan Aaron dijadikan pancing untuk menarik khalayak Singapura menonton teater tersebut.

Merupakan produksi ulung Istana Budaya tahun ini, menurut Abang Joe, pemilihan novel Badai Semalam untuk diangkat sebagai teater di IB disebabkan nashkah sastera itu mempunyai mesej yang cukup kuat dan novel tersebut sangat popular.

"Kisah Badai Semalam mempunyai mesej yang berguna tentang seorang wanita yang hidup pada zaman 1970-an yang mahu berjuang untuk mengenali serta mencari siapa dirinya. Cerita itu juga memaparkan kehebatan seorang wanita," katanya yang menjanjikan teater tersebut pastinya akan menambat hati penonton kerana dihiasi dengan props dan tatarias pentas yang menarik selain akan mengadakan beberapa kejutan.

Tambahnya, terdapat juga beberapa babak yang memerlukan Erra menyanyi.

Menurut Erra pula, pemilihannya untuk menjayakan watak Mazni memberi satu penghormatan kepadanya. Lebih-lebih lagi karya tersebut mempunyai impak yang besar.

"Karya ini sangat ulung dan memberi impak yang besar kepada orang ramai. Apabila ia dipentaskan dan watak utama sebagai Mazni diserahkan kepada saya, ia sememangnya satu penghormatan kepada saya," katanya yang anggun mengenakan gaun rekaan 1970-an.

Bagaimanapun, Erra mengaku yang dia belum lagi berkesempatan membaca karya tersebut tetapi sudah tahu keseluruhan jalan cerita.

Menurutnya, bukan mudah untuk membawakan watak Mazni dan dia terpaksa benar-benar mendalami watak tersebut agar dapat memberikan yang terbaik untuk teater Badai Semalam.

"Satu tugas yang berat perlu saya pegang untuk merealisasikan watak Mazni. Saya juga perlu buat kajian mengenai watak ini agar ia tidak akan mengecewakan peminat novel tersebut serta peminat teater secara keseluruhannya.

"Selain itu, saya amat teruja untuk terlibat dalam teater ini kerana saya berpeluang bekerjasama bersama dua rakan baik saya, Umie Aida dan Ziela Jalil," katanya lagi.

Bagi Fizz pula, ia merupakan kali kedua penglibatannya dalam teater selepas Natrah. Katanya, dia menerima watak Zaki dalam teater tersebut kerana tidak mampu menghampakan pemintaan abang Joe selain teruja ingin berlakon dengan Erra.

"Walaupun saya tahu berlakon teater ini penat dan mengambil masa yang lama tetapi disebabkan dua individu tersebut, saya menerimanya," katanya.

Beralih pula kepada Umie, dia mengaku begitu teruja menjayakan watak Rohana iaitu ibu kepada Karim kerana dapat berlakon di samping rakan baiknya Erra.

Umie juga mengaku tidak sabar untuk membelasah Erra dalam teater tersebut kerana ada babak yang memerlukan Umie menaikkan tangan ke atas Erra.

"Saya sangat teruja menjayakan watak Rohana kerana mahu bekerjasama dengan Erra. Memang saya hendak sangat berlakon di samping dia selepas sama-sama berlakon dalam cerita Cinderella.

"Malah saya juga tidak sabar untuk membelasah Erra dalam teater Badai Semalam," katanya dalam nada bergurau.

Bagi Aaron yang kini sibuk membuat promosi filem KL Gangster, walaupun pementasan Badai Semalam akan bertembung dengan pengambaran untuk sebuah drama lakonannya di TV3, dia tetap menerimanya dan berjanji akan memberikan yang terbaik untuk kedua-dua projek tersebut.

Dalam pada itu, Ziela Jalil turut menyatakan hasrat tidak sabar untuk menjayakan pementasan teater Badai Semalam dan berharap pementasan tersebut akan memberi impak yang baik dan berjaya.

Teater Badai Semalam akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 11 hingga 20 November ini. Maklumat lanjut berhubung teater itu boleh diperoleh melalui laman sesawang www.istanabudaya.gov.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mila Kunis simbol seks

Posted:

Mila Kunis simbol seks

Mila Kunis simbol seks



AKTRES yang semakin meningkat naik, Mila Kunis disambar untuk sesi fotografi muka depan beberapa majalah terkenal. Terbaru, Mila menjadi penghias muka depan majalah L.A Confidential's untuk keluaran tahun ini.

Pelakon yang digosipkan hangat bercinta dengan Justin Timberlake itu kelihatan jelita dengan mengenakan persalinan Yves Saint Laurent dan Giambattista Valli.

Apabila ditanya tentang filem lakonannya, Black Swan dan Friends With Benefits, Mila memberitahu, ia merupakan filem yang sempurna walaupun terpaksa menjalani rutin pengambaran yang memenatkan iaitu balik rumah pada pukul 4.45 pagi.

"Walaupun memenatkan saya tahu untuk 17 jam yang berikutnya saya boleh ketawa dan bergembira dengan rakan-rakan. Pengarah dan Justin sangat komited dan cerdas. Mereka bekerja sambil berhibur," katanya.

Ditebak dengan soalan mengenai dirinya digelar sebagai simbol seks, Mila memberitahu, ia sememangnya membanggakan.

"Saya bangga tetapi saya bukan orang yang sesuai. Sophia Loren merupakan pelakon yang sesuai digelar simbol seks," katanya.

Beralih pula mengenai perjalanan kariernya, Mila bersyukur kerana diterima baik di Hollywood. Katanya: "Saya mula berlakon sejak usia sembilan tahun dan jika anda beritahu pada umur 27 tahun ini saya akan berlakon dan masih diterima, saya mempercayainya."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Usah lekas jatuh hukum

Posted: 05 Jun 2011 07:48 AM PDT

ZAHIRIL...usah lekas menjatuhkan hukuman atau menabur persepsi.
ZAHIRIL...usah lekas menjatuhkan hukuman atau menabur persepsi.

BIAR setinggi mana mesej yang ingin dipaparkan, drama siri Juvana tidak terlepas daripada stigma kolot dan diselar kononnya bagai menyebar persepsi negatif.

Semuanya kerana siri ini bersandar pada kisah golongan remaja yang terjerat dengan seribu satu masalah sosial hingga ditempatkan di sebuah institusi Juvana. Begitu juga plot ceritanya mencerminkan aksi ganas hingga menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

Entah fakta mana yang dilihat serta perspektif apa yang dinilai, masih ada suara nakal menyifatkan drama terbitan Filmscape ini sengaja memaparkan segala macam jenis kejahatan remaja dan bimbang ia akan dijadikan contoh buruk buat penonton khususnya golongan remaja.

Bagaimanapun, barisan pelakon siri ini menyangkal persepsi sebegitu dan menyifatkan apa yang dipersembahkan adalah simbolik sesebuah jalan cerita dan waktu sama, masih sarat dengan mesej dan pengajaran di sebaliknya.


Lihat saja pelakon utamanya, Zahiril Azhim yang melakonkan watak Daim Yahya, meskipun mengangkat karakter remaja bermasalah yang terjerat dengan kesalahan membunuh, apa yang lebih ingin disampaikan adalah keinsafan dan pengajaran kemudiannya.


Kata Zahiril, perjalanan Daim perit kerana terpaksa merempuh detik itu di pusat pemulihan akhlak atas tuduhan yang bukan dilakukannya.

"Usah lekas menjatuhkan hukuman atau menabur persepsi. Jika diperhati dengan teliti dan tidak ketinggalan mengikuti plot ceritanya, Juvana hanya menjadikan semua aksi ganas atau perihal nakal remaja itu sekadar warna pada jalan kisahnya dan bukannya untuk menunjukkan nilai keganasan apatah lagi menyuntik aspek negatif kepada penonton.

"Jujurnya, saya melihat Juvana adalah drama siri yang memaparkan nilai realistik kepada penonton baik pada skripnya, aksi dan gerak lakon mahupun visualnya.

"Ini satu perkembangan yang mencerminkan sudut positif dalam sesebuah penerbitan drama televisyen. Tidak hanya itu, sebagai seorang pelakon yang sudah terlebih dulu mendalami skrip serta garapan pengarahannya, saya sendiri kagum dengan mesej serta nilai murni yang cuba disulam sepanjang ceritanya.

"Lantas mengapa harus persoalkan pada luaran semata-mata dan sengaja memejamkan mata akan mesej positif yang ingin dikongsikan itu. Apa yang ingin dipersembahkan adalah sebentuk hiburan ringan namun sarat dengan pengajaran buat penonton," katanya.

Kronologi Juvana adalah berkisar kehidupan beberapa remaja yang terjerat dengan kesilapan lalu dan disumbatkan ke sekolah khas. Selain berdepan dengan konflik dan masalah sesama mereka, masing-masing sebenarnya menyembunyikan seribu satu kisah peribadi yang menjurus mereka hingga terpaksa gagal dalam percaturan hidup.

Drama 13 episod yang disiarkan di TV3 setiap Isnin, jam 9 malam sejak 25 April lalu, turut diterapkan elemen drama, permainan emosi dan pengertian hidup dengan lebih jelas dan rasional.

Mana tidaknya, mereka mula belajar sesuatu yang baru dan melalui pengalaman manis. Persahabatan, kasih sayang, dendam dan jiwa memberontak remaja disatukan dan diterjemah dengan kemas menerusi Juvana.

Selain Zahiril, Juvana turut membariskan wajah-wajah baru yang begitu berbakat dan berjaya mengikat perhatian penonton untuk setia menyaksikannya setiap minggu termasuk Johan As'ari, Syazwan Zulkifly, Wan Atiqa Farhana, Adam Shah, Khairul Mohamed, Syukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmi dan Talha Harith.

Malah pelakon-pelakon popular turut tampil menguatkan lagi jalan ceritanya termasuk Bront Palarea, Izreen Azminda, Beto Khusairy dan bintang veteran, Kuswadinata.

Selepas enam episod ditayangkan, drama arahan Faisal Ishak ini sudah berjaya menghimpunkan hampir tiga juta penonton setiap episod. Malam ini, sekali lagi pergolakan mereka akan diteruskan untuk episod ketujuh.

Menyifatkan peluang melakonkan watak sebagai Botak bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Johan melihat Juvana akan meninggalkan impak tersendiri buat peminat drama televisyen selain memberikan sebuah dimensi baru dalam penerbitan drama tempatan.

"Pertama kali saya ke sesi uji bakat dan membaca skripnya sebaik diterima memegang watak Botak, saya sudah boleh membayangkan kelainan yang akan disuntik pada plot ceritanya.

"Malah seperkara yang saya lihat berbeza, Juvana begitu mementingkan pembangunan watak dan karakter. Setiap watak yang diwujudkan punya kekuatan tersendiri," katanya.

Lain bagi bintang baru berusia 24 tahun yang melakonkan watak Apek, Juvana benar-benar memberikannya satu perspektif baru dalam lapangan seni lakon yang ingin diperjuangkan.

Selain kagum dengan konsep dan idea asalnya, Syazwan turut berasa bertuah kerana akhirnya berpeluang melakonkan sesuatu yang tampak realistik dan boleh memberi pengajaran kepada penonton.

"Mesej yang diceritakan memang terlalu banyak namun semuanya diletak secara metafora dan penuh simbolik. Pengajaran terbuka luas daripada perjalanan hidup setiap satu wataknya terutama Daim yang begitu kuat melawan hakikat.

"Saya percaya dan yakin Juvana akan memberikan satu pengalaman baru tidak hanya kepada kami barisan pelakonnya, malah kepada penonton juga kerana jalan ceritanya yang jauh tersasar daripada kebanyakan drama televisyen lain," katanya.

Juvana kembali malam ini yang akan terus meninjau perjalanan Daim Yahya, remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya dalam meneruskan hidupnya di Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti.

Penghargaan: Unit Perhubungan Media TV3 (Firdaus Suleiman)
Lokasi: Kumpulan Prasarana (Terima kasih Hawa)
Pereka Grafik: Mohd Hariz Rani

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jambu terus gah

Posted: 05 Jun 2011 07:40 AM PDT

PENAMPILAN gaya dua rockers yang kurang upaya mengadakan konsert, berjaya menambat hati ribuan penonton dan panel juri apabila Pusat Sukan Arena Antarabangsa (PISA) Pulau Pinang bergema dengan sorakan dan tepukan gemuruh lebih 10,000 penonton.

Itulah kelebihan dimiliki Jambu yang dianggotai Yusry Edoo dan Zamaratul Amri Zakaria (Taukeh) apabila Maharaja Lawak minggu ke-10 yang diadakan di lokasi jelajah di Pulau Mutiara, mendapat sambutan.

Tugasan selama tujuh minit yang diberikan untuk membuat persembahan, digunakan sebaik mungkin di samping jenaka yang bersahaja membuatkan penonton tidak kering gusi.

Sebelum persembahan dimulakan, jumlah peratusan undi mereka amat berbeza apabila Jambu hanya mendapat kedudukan keempat dengan 19 mata manakala peserta lain, Jozan (29 peratus) diikuti Sepah (27), Nabil (21) dan R2 hanya lima peratus.


Bagaimanapun, itu bukan alasan untuk Jambu cepat melatah dan hilang semangat sebaliknya terus melakukan usaha terbaik dan akhirnya berjaya apabila selepas persembahan, kedudukan Jambu berubah secara mendadak serta merampas kedudukan Jozan, Sepah dan mengungguli tempat teratas serta mendapat pujian juri profesional.


Jambu memperoleh 59 peratus diikuti Sepah dan Jozan (55), Nabil (50) dan R2 (33 peratus), membuatkan Jozan, Nabil dan R2 berada pada kedudukan tiga kumpulan mendapat undian paling rendah. Ketiga-tiga mereka perlu bekerja keras untuk memastikan tidak tersingkir walaupun minggu ini tiada sebarang penyingkiran.

Juri profesional terdiri daripada Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek, memberikan pelbagai komen termasuk menegur persembahan Nabil yang kurang mantap seperti kehilangan punca, begitu juga R2.

Persembahan minggu ke-10 dilihat agak menarik dan setiap peserta menampilkan gaya serta kehidupan gender manusia seperti lelaki lembut, wanita mengandung, tukang gunting dan budak gemuk.

Bagi Yus, walaupun Jambu diberi pujian mereka tetap merendah diri. Katanya, mereka tekankan 'punch line' yang dilakukan setiap 15 saat secara bergilir-gilir.

"Apa yang kami harapkan, penonton dan peminat terhibur kerana kami akan senantiasa menampilkan kelainan untuk setiap tugasan supaya meninggalkan kenangan seperti lawak jenaka pada minggu-minggu sebelumnya.

"Saya amat berterima kasih kepada Saiful Apek kerana memberi pandangan positif apabila memuji usaha menggambarkan dua rockers yang kurang upaya sehingga mengamit sorakan dan tepukan penonton.

"Biarpun memuji setiap minggu persembahan yang konsisten, beliau sempat berpesan agar tidak terlalu selesa kerana untuk menjadi juara, perlu kekalkan prestasi yang baik," katanya.

Bagi Nabil, teguran diberikan Mamat Khalid diambilnya dengan tangan terbuka kerana dia beraksi secara berseorangan dan mengaku punch line kurang selain menekankan elemen nasihat dan teguran.

Baginya, dia tidak langsung memandang rendah golongan berbadan besar kerana ianya adalah gurauan semata-mata, namun percaya apa yang berlaku disebabkan tumpuan dan fokus secara tiba-tiba hilang.

"Sekiranya minggu ini saya tersingkir, pastinya ramai yang terkejut. Bagaimanapun, sedia menerimanya dengan rasa terbuka biarpun sebelum ini setiap minggu menerima pujian juri.

"Suka atau tidak, bukannya masalah dan menyerahkan kepada peminat untuk menilai serta memohon keberkatan Allah SWT," katanya.

Sementara itu, pasangan adik-beradik yang kembali beraksi di pentas Maharaja Lawak melalui undian masuk, R2 melahirkan rasa kecewa terutama Ridhzuan apabila gugup melihat penonton yang ramai.

Ridhzuan berkata, dia seperti tidak menyangka kehadiran penonton yang ramai membuatkan punch line yang dilakukan seolah-olah hilang. Namun sokongan abang, Rahim membuatkan dirinya tabah menghadapi.

"Apa yang penting, R2 akan berusaha sedaya upaya walaupun berada pada kedudukan terbawah dan mengharapkan sokongan peminat agar terus mengundi R2," katanya.

Bagi Ketua Saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata, dia melahirkan rasa terharu dengan sambutan luar jangkaan penonton apabila lokasi pertama di PISA, berjalan lancar.

Katanya, walaupun mereka terpaksa berbaris panjang mengambil pas percuma yang diberikan selama dua hari, objektif Astro memberi penghargaan kepada penonton tercapai.

"Ini jelas dilihat pada wajah penonton yang hadir tergambar kepuasan walaupun ada yang menyangka berlaku penyingkiran. Namun segalanya meleset dan semua peserta selamat.

"Penyingkiran tetap akan berlaku dan mungkin minggu depan atau minggu seterusnya kerana setiap minggu tetap ada kejutan. Saya mengharapkan sokongan penonton tidak akan terhenti begitu saja," katanya.

Lokasi seterusnya ke Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan Pahang, Jumaat ini dan lokasi terakhir di Dewan Tertutup Majlis Perbandaran Johor Bahru, 17 Jun depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.