borak kosong |
- Biarawan Kembar Meninggal di Hari yang Sama
- Penyanyi terkenal ini benci wanita setelah ditinggalkan isteri
- Kesian..remaja ni boleh terlena semasa berjalan
- Kerana bunuh adik budak 12 tahun ini bakal dipenjara seumur hidup
- Jangan simpan handphone di kocek belakang kalau tak nak jadi macam ni
- Lukisan yang dibuat daripada straw
- Wow,Tiga Beradik Ini Tidak Pernah Tak Datang Sekolah Atau Ponteng
- Bekas tentera laut yang ingin menjadi wanita
- Polis tertipu,tembak buaya simen
- Hebat...cara unik angkat batu bata
- Mobile phone ala India
- Unik...Guna kereta api mini hantar minuman kepada pelanggan
- Yang terbaru dari seorang bernama Lady Gaga
- Burung hantu sekilas pandang macam manusia,cuba lihat video ini
- Kesian..kucing dipaksa makan anak tikus baru lahir
- Akibat hebohkan majlis harijadi di Facebook seramai 1600 orang tetamu yang tak dikenali hadir
- Nenek 80 tahun Jadi Pencuri Berlian Selama 50 Tahun
- Video..orang tua dipukul tanpa sebab
- Saya nak boleh ?
- Bas sekolah 2 tingkat yang sangat luarbiasa
Biarawan Kembar Meninggal di Hari yang Sama Posted: 06 Jun 2011 09:30 PM PDT TEMPO Interaktif, Buffalo - Biarawan kembar itu meninggal dalam usia 92 tahun dengan selang waktu beberapa jam akibat sakit jantung. Selama 65 tahun, lelaki kembar identik, Julian dan Adrian Riester yang dilahirkan di Buffalo, New York, menjadi pelayan umat di Gereja Katolik Rom. Selain mengabdikan diri untuk Tuhan, keduanya bekerja di St. Bonaventure University New York, menjadi tukang kayu, mengurus taman, serta sebagai pemandu. "Keduanya nampak menyukai pekerjaan itu," kata Yvonne Peace, rakan kerja si kembar di St. Bonaventure Friary selama 21 tahun, Jumaat, 3 Jun 2011. Menurut Bapa James Toal, wali St. Anthony Friary di St. Petersburg, kedua biarawan itu meninggal pada Rabu, 1 Jun 2011, di hospital Anthony di St. Petersburg akibat gagal jantung. Bruder Julian meninggal pagi, sedangkan Bruder Adrian selang beberapa jam di petang hari. "Kami sangat terkejut atas pemergian beliau," ujar juru bicara St. Bonaventure, Tom Missel. Julian dan Adrian Riester lahir di Buffalo, 27 March 1919, dari pasangan Katolik Jerome dan Irving yang memiliki lima orang anak. |
Penyanyi terkenal ini benci wanita setelah ditinggalkan isteri Posted: 06 Jun 2011 08:27 PM PDT Betul dah fobia dengan wanita... saya petik dari kosmo online LONDON - Penyanyi terkenal, Sir Bob Geldof mengaku membenci wanita selepas dia ditinggalkan isterinya, Paula Yates yang menjalin hubungan dengan penyanyi rock Australia, Michael Hutchence pada tahun 1995, lapor sebuah akhbar semalam. "Isteri saya meninggalkan saya, saya kemudian menceraikan isteri. Hidup saya musnah akibat perpisahan tersebut. "Saya tidak dapat menerima hakikat kehilangan (perpisahan) besar itu. Kepala saya menjadi berserabut. Saya sukar menemui penyelesaian terhadap masalah tersebut. "Saya menganggap peristiwa ditinggalkan isteri cukup berat. Saya membenci wanita. Saya tidak mempercayai golongan ini lagi. Saya juga enggan berada dekat dengan mereka," jelasnya yang kini popular dengan lagu baharu, Silly Pretty Thing. Geldof yang berusia 59 tahun itu mengejutkan peminat apabila dia membuat pengakuan mengenai kisah peribadinya sempena Festival Hay di sini baru-baru ini. Yates yang merupakan pengacara televisyen meninggal dunia pada tahun 2000 akibat pengambilan dadah berlebihan. Namun, dia juga mendedahkan bahawa aktres Perancis, Jeanne Marine berjaya mengubah perasaan bencinya terhadap wanita selepas mereka bertemu dan menjalin hubungan cinta. Geldof dan Marine hidup sebagai pasangan sejak 15 tahun lalu. - Agensi |
Kesian..remaja ni boleh terlena semasa berjalan Posted: 06 Jun 2011 07:00 PM PDT Kesian remaja ni... saya petik dari kosmo online CHADWELL HEATH, Britain - Seorang remaja berusia 19 tahun, Kelly Sears menghidap penyakit ganjil apabila dia terlena semasa berjalan, lapor sebuah akhbar semalam. Kelly kerap terjatuh semasa sedang berjalan apabila dia tertidur dengan tiba-tiba menyebabkannya mengalami luka. Ekoran itu, remaja tersebut diberikan seekor anjing yang terlatih oleh sebuah pertubuhan kebajikan yang diajar untuk menjilat leher dan muka Kelly apabila dia tidur dengan tiba-tiba untuk menyedarkannya daripada tidur. Anjing berusia dua tahun itu menjadi teman baharu remaja berkenaan sejak dua bulan lalu. Kelly mula menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit tidur itu yang dikenali sebagai Narcolepsy semasa berumur 15 tahun apabila dia tertidur di dalam kelas di sekolahnya. - Agensi |
Kerana bunuh adik budak 12 tahun ini bakal dipenjara seumur hidup Posted: 06 Jun 2011 06:33 PM PDT Brutal jugak budak ni... saya petik dari myMetro MIAMI: Pendakwa raya mahu supaya seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dipenjarakan seumur hidup - bagi mengelakkannya daripada membunuh lagi. Cristian Fernandez mungkin menjadi banduan seumur hidup termuda di Amerika selepas dia disyorkan dibicarakan sebagai orang dewasa dalam kes pembunuhan adiknya berusia dua tahun. Pendakwa raya Angela Corey berkata: "Kami terpaksa melindungi orang awam daripada kanak-kanak ini." Sekiranya Fernandez didakwa sebagai juvana dan didapati bersalah, dia akan dibebaskan apabila mencecah usia 21 tahun. Fernandez didakwa membelasah adiknya David Galarriago hingga mati di kediaman mereka di Jacksonville, Florida, Mac lalu. David mati akibat keretakan di kepala yang menyebabkan pendarahan pada otaknya. Dia meninggal dua hari selepas dimasukkan ke hospital. Laporan bedah siasat menunjukkan kecederaan dialaminya disebabkan oleh pukulan benda tumpul di kepalanya. Fernandez sebelum itu pernah menyerang adiknya dan mematahkan kakinya. Angela berkata, dia mahu budak itu dibicarakan sebagai orang dewasa selepas mengkaji semula sejarah keganasan.- Agensi |
Jangan simpan handphone di kocek belakang kalau tak nak jadi macam ni Posted: 06 Jun 2011 05:36 PM PDT |
Lukisan yang dibuat daripada straw Posted: 06 Jun 2011 11:01 AM PDT |
Wow,Tiga Beradik Ini Tidak Pernah Tak Datang Sekolah Atau Ponteng Posted: 06 Jun 2011 10:01 AM PDT TEMPO Interaktif, Bristol - Cuti atau tak datang ke sekolah, kuliah, atau kerja mungkin hal lazim yang dilakukan oleh setiap orang. Namun, tiga bersaudara berasal Kota Bristol, Britain ini rasanya pantas dicap pelajar paling rajin ke sekolah. Tiga bersaudara dari keluarga Ghent ini tidak pernah cuti satu hari pun sejak mereka bersekolah pada usia empat tahun. Tiga pelajar ini adalah Holly, 19 tahun, dan Daniel, 16, keduanya sudah lulus . Sedangkan yang bungsu, Chloe, 14, masih belajar. Sang ibu, Janet, 52 tahun, memuji kerajinan dan kegigihan ketiga anaknya itu. Ia mengungkapkan mereka tetap bersekolah meski kena batuk, demam, cacar, bahkan usus buntu. "Saya tidak yakin Daniel akan menyebut itu keberuntungan kerana menderita usus buntu ketika cuti," kata Janet. Ketiga bersaudara ini juga sama-sama suka berolah raga. Mereka menjadi anggota yate Athletics Club. Menurut Daniel, teman-temannya pun mengetahui ia tidak pernah cuti sekolah. "Saya tidak pernah kehilangan satu hari pun," ujarnya menegaskan. Guru Besar sekolah, Peggy Farrington, juga memuji kerajinan Daniel yang juga gemar bermain bola sepak itu. "Daniel tidak pernah kehilangan satu hari pun. Itu benar-benar mengagumkan," ujarnya. Ia pun menilai keluarga Ghent saling mendukung dalam urusan pendidikan, sehingga ketiga bersaudara itu boleh mencatat rekod sangat mengesankan. Kini beban masih itu di tanggung oleh Chloe yang masih sekolah. |
Bekas tentera laut yang ingin menjadi wanita Posted: 06 Jun 2011 09:32 AM PDT NORTH TYNESIDE - David Payne (48) adalah bekas anggota angkatan laut Kerajaan Britain secara berani memutuskan untuk melakukan transgender. Sejak usia 28 tahun, Payne memang sudah tidak merasa nyaman berpenampilan sebagai seorang lelaki. Dulu dia sering menyatakan hasratnya untuk dapat menjadi seorang wanita. "Sejak di usia empat tahun, saya sudah mempunyai fikiran bahawa seharusnya saya berada di dalam tubuh seorang wanita," ujar Payne. "Pada tahun 1960an, saya cuba mengungkapkan hasrat sesungguhnya kepada keluarga, namun keluarga saya tidak menyetujui. Hingga saya pun cuba berhubungan dengan seorang wanita," imbuhnya. Dia sempat menikah dengan seorang wanita selama tiga tahun dan memiliki seorang anak laki-laki. Isterinya pada saat itu mendukung hasrat kewanitaan yang Payne miliki. Namun 11 tahun kemudian mereka berpisah dan Payne bergabung dengan Royal Fleet Auxiliary, untuk kembali menyembunyikan hasrat kewanitaannya. Pada tahun 1998, Payne meninggalkan angkatan laut dan menikah lagi untuk yang kedua kalinya, namun isteri keduanya menceraikan Payne setelah mereka menikah selama tujuh tahun. Seiring perceraiannya tersebut, Payne memutuskan untuk menjadikan dirinya sebagai seorangh wanita secara fizik, dan menggunakan nama wanita, yakni Natasha Gray, demikian dilapor Dailymail, Isnin (6/6/2011). Kini dia tinggal di North Tyneside, Inggris, dengan anak lelakinya yang kini telah berusia 21 tahun dan seorang teman wanitanya yang bekerja sebagai manager di sebuah restoran cepat saji. Payne, kini Gray, mengaku bahwa dia mendapatkan kesulitan untuk dapat diterima masyarakat setelah pilihan hidupnya yang baru tersebut. Namun, anaknya menerima keputusannya. "Ini adalah hidupmu, Ayah," ujar Gray mengikuti perkataan anaknya. "Orang tua saya dan saudara kandung saya juga tidak mahu menerima pilihan saya ini. Saya pernah ke rumah ayah saya dengan memakai pakaian wanita, namun ayah menyuruh saya mengganti pakaian dengan menggunakan seluar panjang, kerana saya menyeramkan baginya," ungkap Gray. Gray kini berprofesi sebagai konsultan teknik mesin dan juga seorang penari eksotik. Dia pun menjadi penasihat bagi orang-orang yang mengalami hal yang sama sepertinya. Sumber :http://www.okezone.com/ |
Polis tertipu,tembak buaya simen Posted: 06 Jun 2011 08:30 AM PDT KANSAS CITY -Polis di Kansas City mendapatkan laporan pada Sabtu malam, laporan tersebut menyebutkan bahawa terdapat seekor buaya besar bersembunyi di kolam," ujar juru cakap polis Tom Gentry seperti dilapor Reuters, Isnin (6/6/2011). Para polis pun akhirnya menghubungijabatan haiwan yang memerintahkan untuk menembak buaya tersebut kerana pada ketika itu tidak ada petugas yang boleh membantu. Seperti yang diperintahkan, seorang polis menembak buaya tersebut, tidak hanya sekali namun dua kali, namun tembakan itu ternyata hanya memantul, kerana buaya tersebut terbuat dari simen. Pemilik kolam pun akhirnya memberitahu bahawa dia sengaja membuat buaya tersebut untuk menjauhkan anak-anak dari kolamnya, namun ternyata para penduduk yang panik. Sumber :http://www.okezone.com/ |
Hebat...cara unik angkat batu bata Posted: 06 Jun 2011 07:31 AM PDT |
Posted: 06 Jun 2011 06:30 AM PDT |
Unik...Guna kereta api mini hantar minuman kepada pelanggan Posted: 06 Jun 2011 05:26 AM PDT |
Yang terbaru dari seorang bernama Lady Gaga Posted: 06 Jun 2011 04:00 AM PDT |
Burung hantu sekilas pandang macam manusia,cuba lihat video ini Posted: 06 Jun 2011 03:35 AM PDT |
Kesian..kucing dipaksa makan anak tikus baru lahir Posted: 06 Jun 2011 02:00 AM PDT |
Akibat hebohkan majlis harijadi di Facebook seramai 1600 orang tetamu yang tak dikenali hadir Posted: 06 Jun 2011 01:35 AM PDT Hamburg - Gara-gara melakukan jemputan di Facebook, sebuah pesta ulang tahun ke 16 seorang remaja dibanjiri ramai tetamu. Jumlah pengunjung mencapai lebih dari 1.600 orang, dan disebut-sebut sebagai pesta ulang tahun terbesar di Jerman. Remaja asal Hamburg bernama Thessa ini bertindakdengan membuat undangan ulang tahun di Facebook sebagai even publik. Akibatnya, sekitar 15 ribu user Facebook merespons undangan tersebut. Untuk mencegah kejadian yang tidak diinginkan, Thessa menghubungi polis setempat. Dan dugaannya benar, ribuan pengunjung dari seluruh Jerman benar-benar hadir di rumahnya untuk ambil bahagian dalam perayaan. Sekitar 100 polis berjaga-jaga untuk menertibkan peserta yang datang. Mirko Streiber selaku juru cakap polis menyatakan Thessa sebenarnya hanya ingin mengadakan pesta private kecil-kecilan, namun undangan di Facebook itu mengubah segalanya. Seperti dilansir Reuters dan dikutip detikINET, Isnin (6/6/2011), polis telah menahan 11 pengunjung pesta. Sebab mereka melakukan kekerasan dengan merosak properti atau melukai orang lain. "Secara umum pesta berlangsung damai. Ada beberapa nyala api, kekerasan dan minuman alkohol membuat beberapa orang merosak properti. Terdapat pesta terancang yang lebih besar di Hamburg namun pesta ini mungkin adalah pesta ultah tidak terancang terbesar yang pernah terjadi," kata Streiber. Blunder di Facebook semacam ini pernah terjadi di Australia. Namun para pengunjung tidak sempat hadir kerana pesta dibatalkan |
Nenek 80 tahun Jadi Pencuri Berlian Selama 50 Tahun Posted: 06 Jun 2011 12:30 AM PDT Los Angeles - Seorang wanita berusia 80 tahun, Doris Payne, tercatat sebagai 'pencuri permata' selama berpuluh-puluh tahun. Namun, sesuai dengan pepatah, sepandai-pandainya tupai melompat, akhirnya jatuh juga. Payne pun tertangkap akhir minggu ini saat mencuri cincin senilai US$ 16 ribu dari sebuah kedai perhiasan Santa Monica, Los Angeles, Amerika Syarikat. Sebelumnya, Payne pernah dihukum kerana menggasak perhiasan di berbagai kedai di berbagai penjuru dunia. Dia juga pernah dihukum oleh Hakim Pengadilan Tinggi Los Angeles, Mark E. Windham selama 16 bulan penjara. Payne lahir pada 1930 di kota kecil Slab Fork. Dia mencuri berlian pertama kali di penghujung usia 20-an. Awalnya dia berharap dapat mengumpulkan wang untuk membantu ibunya yang ditinggalkan oleh suaminya yang berkelakuan kasar. Payne mengaku tidak ingat berapa banyak barang berharga yang telah dicuri. Tetapi kariernya tersebut telah berlangsung lebih 5 dekad. Dia melakukan aksinya dari New York, Las Vegas, London, Paris, Monte Carlo hingga Tokyo. "Sasaran saya selalu kedai-kedai terbaik," kata Payne seperti dikutip dari LAtimes.com, Isnin (6/6/2011). Dalam melaksanakan aksinya, dia akan bercakap dengan para pengunjung . Kemudian dia mengambil berlian dan memasukan ke beg pakaian yang dikenakannya. Payne mengalihkan perhatian staf penjualan ketika mencuba berbagai cincin. Dan ketika mereka tidak melihat slip cincin dari jarinya dia akan memasukan cincin ke baju. Kisah hidupnya telah menarik pembuat filem untuk dijadikan filem Hollywood Payne, menurut jaksa San Diego, telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya untuk "tidak melakukan apa-apa selain mencuri perhiasan sampai usia tua." |
Video..orang tua dipukul tanpa sebab Posted: 05 Jun 2011 11:59 PM PDT |
Posted: 05 Jun 2011 11:52 PM PDT |
Bas sekolah 2 tingkat yang sangat luarbiasa Posted: 05 Jun 2011 10:00 PM PDT |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |