Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Shahir AF8 Retak Tulang Tangan Jatuh Bilik Air Posted: 06 Jun 2011 05:23 PM PDT PETALING JAYA: Penyanyi Ahmad Shahir Zawawi, 24, atau lebih dikenali sebagai Shahir (AF8) mengalami retak tulang tangan sebelah kiri selepas terjatuh di bilik air di kampungnya di Kampar, Perak. Menurut Pengurus Artis, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), Suriani Ahmad kejadian pada pagi Sabtu lalu itu berlaku ketika Shahir sedang mandi. "Dia sedang bercuti di kampung halamannya. Ketika di bilik air, dia tergelincir lalu jatuh menyebabkan tulang tangannya retak. Selepas itu dia telah dibawa ke pusat perubatan berdekatan untuk mendapatkan rawatan. "Kejadian tersebut tidak terlalu teruk, dia hanya mengalami retak sahaja dan mungkin akan pulih cepat dan meneruskan aktiviti seninya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin. Tambahnya, disebabkan kejadian tersebut Shahir bercuti selama seminggu untuk berehat. Juara Akademi Fantasia musim kelapan itu kini sedang sibuk dengan promosi filem pertama berjudul Karak yang sedang ditayangkan di pawagam. Shahir yang dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut bagaimanapun tidak menjawab panggilan telefon. via Mstar Online Tags: aesb, astro entertainment, bilik air, Filem, Jatuh Bilik Air, juara akademi fantasia, kampar perak, karak, katanya, mstar online, Musim, pagi, pawagam, pengurus, penyanyi, petaling jaya, Promo, Retak, sdn bhd, selama, shahir, Shahir AF8, suriani, Tanga, Tulang Tags: Shahir AF8, Jatuh Bilik Air, Retak, Tanga, TulangClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Konsert Raksasa 2 Sweet Charity & Blues Gang Posted: 06 Jun 2011 09:00 AM PDT KONSERT 2 RAKSASA: SEJARAH BAKAL BERULANG KEMBALI 1984… Waktu itu, siri persembahan yang dinamakan KONSERT RAKSASA sedang berlangsung di beberapa lokasi di sebelah Pantai Barat Semenanjung dan dua band tersebut ialah Sweet Charity dan Blues Gang, dua aksi rock n' roll dan blues terhebat pernah dilahirkan di rantau ini. Dua band yang berganding, saling melengkapkan status mereka sebagai band yang kini bergelar lagenda muzik Malaysia. Ketika itu, Sweet Charity dan Blues Gang berada di puncak kerjaya mereka sebagai pemuzik handalan serta mengumpul peminat yang cukup ramai. Kedua-dua band inilah yang memulakan sejarah 'rock stadium' di sini, di mana setiap persembahan mereka pasti mengumpul peminat sehingga puluhan ribu orang dan persembahan mereka tidak pernah gagal untuk menggamatkan suasana. Para penonton mereka pasti balik dengan kepuasan dan kenangan itu pasti masih terbayang di ruangan mata di kala ini. Ia menjadi antara memori yang sukar dilupa! Dengan perancangan 30 lokasi seluruh Malaysia, Konsert Raksasa ialah salah sebuah siri jelajah berskala besar yang penuh ambisi dan boleh dikatakan, sehingga kini ia adalah antara yang terbesar di dalam sejarah muzik Malaysia. (Jika mengambilkira genre rock..lah) Dijana oleh promoter Showmasters, dengan Ali Bakar sebagai inisiatif utama, ia ditaja jenama kasut terkenal Bata yang mempromosikan produk hip mereka, North Star. Sebelum itu, Sweet Charity yang baru keluar dengan album kelima Batu (1983) telah melebarkan pengaruh mereka ke seluruh Malaysia sehingga ke Sabah dan Sarawak dengan sesi jelajah mereka sendiri. Blues Gang juga telah membuktikan mereka ialah raja pentas apabila konsert-konsert mereka di serata Malaysia hebat diperkatakan. Dengan reputasi, kehandalan dan karisma, mereka menyelesaikan Konsert Raksasa 84 dengan cemerlang dan mencipta sejarah yang tak mampu dipintas mana-mana band yang lebih muda. Bagi mereka sendiri, ia adalah bagai satu perjalanan yang epik. Sedikit sejarah ya. Konsert Raksasa terbahagi kepada tiga peringkat dan bermula di Kuala Lumpur dan kemudiannya ke utara di bandar-bandar Ipoh, Kangar, Alor Star dan Pulau Pinang (13 Ogos 1984). Peringkat kedua pula menjelajah lokasi-lokasi Pantai Timur di Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Dungun dan Besut manakala peringkat ketiga melawat ke selatan di lokasi seperti Kuala Pilah, Segamat, Kluang, Johor Bharu, Batu Pahat dan Mersing. Hasilnya? Sebuah siri konsert yang cukup mega dan hebat yang pernah berlaku dalam sejarah muzik Malaysia. Konsert ini ialah antara pencetus utama gelombang rock di Malaysia, sehingga melahirkan satu budaya hidup dan seni yang unik di kalangan anak-anak muda (kini mereka dah dewasa, bukan tua). Gelombang inilah juga yang melahirkan ramai pemuzik-pemuzik hebat yang ada sekarang serta para politikus yang terbuka penerimaan ruang muzik serta seninya. Apa sahaja hasilnya mungkin terlalu kabur untuk digambarkan. Tetapi apa yang terbukti ialah keupayaan kedua band ini dalam menggegarkan mana-mana pentas yang mereka takluki. Dan telah tercatat dalam sejarah, Sweet Charity dan Blues Gang sememangnya tidak pernah sekali-kali mengecewakan. Setiap kali mereka berpentas, pasti terdapat kemistri hebat dengan para penonton dan ia adalah sesuatu yang tidak pernah mati, kerana kedua-dua band ini masih hidup, bersemangat dan jika berpeluang bermain, tenaga dan semangat mereka masih seperti 1984. 1984 – 2011 Blues Gang pula tetap bermain muzik di sirkit-sirkit kelab blues dan rock n' roll seluruh Malaysia dan kadangkala, negara sekitar Asia. Disamping membikin beberapa album, Blues Gang tetap membuat sesi reunion tersendiri untuk peminat setia. Apa yang pasti, kedua band ini sentiasa cintakan muzik dan muzik ialah kehidupan seharian mereka. Mungkin, setelah bermain muzik lebih 40 tahun, ada yang mahu dipertontonkan kepada peminat-peminat yang lebih muda, peminat-peminat muzik zaman sekarang. Pendek kata, mereka telah MENJIWAI muzik mereka. Dan… muzik ialah JIWA mereka. Sweet Charity dan Blues Gang ialah bukan sebenar-benarnya lagu-lagu yang mereka popularkan. Ia adalah tentang ahli-ahli band itu sendiri. Tentang karakter mereka, tentang penjiwaan mereka, tentang karisma mereka sebagai pemuzik serta tentang menghalusi seni muzik ketika mereka berada di pentas. KONSERT 2 RAKSASA 2011 Benar, ia adalah satu realiti yang cukup menguja dan mengagumkan. Sweet Charity dan Blues Gang akan kembali menggoncang dunia muzik Malaysia! Pada 9 Julai 2011, kedua band gergasi ini akan bergabung semula di stadium bersejarah, Stadium Merdeka Kuala Lumpur bagi menyalakan kembali fenomena muzik yang pernah mereka cetuskan dahulu. Selepas 27 tahun berlalu, sejarah bakal berulang dan ia pasti menghangatkan lagi arus muzik rock Malaysia – Singapura. Bagi yang hanya pernah 'mendengar' kehebatan dua lagenda ini, KONSERT 2 RAKSASA 2011 pasti ialah tempatnya untuk membukti dan menyaksikan sendiri. Bagi yang pernah menonton mereka 27 tahun lalu, ini adalah peluang yang jarang terbuka untuk membangkit semula memori lama dan menikmati muzik hebat, yang terbit dari jiwa dua band lagenda rock dan blues Singapura – Malaysia… Jim Madasamy, pemain bass Blues Gang pernah berkata di akhbar New Straits Times, "dahulu, kami tidak bergantung kepada gajet atau peralatan canggih untuk mendapatkan bunyi mantap. Sebaliknya, ia perlu banyak skil, penghayatan dan ekspresi." Elemen-elemen muzikal inilah yang kita nantikan dari Sweet Charity dan Blues Gang di konsert 2 Raksasa ini. SWEET CHARITY terdiri daripada Ramli Sarip (vokal), Rosli Mohalim (gitar), Ahmad Jaafar Jawahir (AJ – kibod & vokal) dan Rahman Sarbani (dram). DISKOGRAFI SWEET CHARITY 1979 – SWEET CHARITY BLUES GANG terdiri daripada Ito Mohd (vokal), Shaik Abdul Karim Shaik Ahmad (dram & vokal), Jim Madasamy (bes gitar), Abdul Ghani Talip (kibod & gitar) dan Julian Mokhtar (gitar). DISKOGRAFI BLUES GANG 1979 – ANY TIME ANY DAY Harga tiket: RM73.00 (ruang bebas) Tags: akhbar mingguan malaysia, gambar aksi, genre rock, jelajah, kasut, kejayaan, kepuasan, kerjaya, lagenda, luar biasa, memori, ogos, pantai barat, persembahan, puncak, rantau, sabah dan sarawak, siri, sweet charity, wartawan Tags: KonsertClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |