Adsense

Sabtu, 4 Jun 2011

borak kosong

borak kosong


Nenek ini sudah 98 tahun menjadi pelanggan sebuah bank

Posted: 04 Jun 2011 09:00 PM PDT

Seorang wanita Ohio merayakan ulang tahunnya ke-100 tahun dengan satu catatan: menjadi pelanggan sebuah bank sejak sebelum Perang Dunia I. Hingga saat ini, ia masih menyimpan buku simpanan pertamanya yang dibuat pada tahun 1913.

 June Gregg, mengingat,pada  Januari 1913 saat berusia 1,5 tahun ia dibawa oleh ayah untuk membuka buku simpanan "Saya sampai terkejut: tahun buku simpanan pada 1913?!" kata Doug Shoemaker, general manager bank yang sekarang berubah nama menjadi Huntington National Bank.

 Tak hanya data dalam account yang sama, pihak bank juga menemukan bahawa nombor buku simpanan berubah hanya sekali, ketika Huntington yang terletak  di Columbus yang pernah berubah nama menjadi Savings Bank pada awal 1980-an, kata Shoemaker.

 Gregg masih memiliki buku simpanan biru kecil dari ketika  dibuka dengan simpanan awal sebanyak 611 dolar AS. Ayahnya, Gilbert, seorang petani jagung, gandum, dan jerami, adalah pelanggan bank itu dan ingin anak perempun satu-satunya untuk belajar bejimat dengan menabung.

 "Itu yang dia selalu ajarkan pada kita:selesaikan hutang segera dan tabung wangmu serta tidak membeli apa-apa sampai kau memiliki wang yang cukup untuk membelinya," kata June dalam sebuah wawancara.

 Dengan bantuan simpanannya, ia mengaku nyaman di masa pencen bahkan setelah bertahun-tahun, Shoemaker kata.

 "Saya banyak mendapatkan kebaikan kerana saya tidak punya banyak keinginan," kata Gregg, yang tidak pernah menikah dan tidak memiliki anak.

Macam-macam...Saiz payudara boleh tentukan kedudukan ekonomi negara

Posted: 04 Jun 2011 08:25 PM PDT

Betul ke?
saya petik dari Berita Harian Online

LONDON: Sebuah firma pemborong runcit Britain, Debenhams, mendakwa saiz payudara wanita boleh digunakan untuk menentukan kedudukan ekonomi negara.

Debenhams berkata saiz coli berubah seiring turun naik ekonomi Britain, selepas menjalankan kajian terperinci membabitkan sejarah payudara wanita Britain.
"Kini kita boleh melihat rekod ekonomi Britain hanya dengan mengikut peredaran zaman. Sejarah ekonomi negara berkembang bersama besar atau kecilnya saiz coli," kata jurucakap Debenhams, Ed Watson.

Beliau berkata ahli sejarah seperti Simon Schama dan David Starkey kini tidak lagi menjalankan kajian di perpustakaan, sebaliknya hanya melihat saiz payudara wanita untuk menentukan situasi keseluruhan rakyat negara ini.

Awal abad ke-21 menyaksikan kadar inflasi meningkat dalam pelbagai cara dan wanita terpaksa menggunakan
segala aset yang ada termasuk payudara untuk keselesaan hidup mereka. – Agensi

Gila punya suami,tayang sepanduk lucah undang bintang bola sepak untuk berasmara dengan isterinya

Posted: 04 Jun 2011 07:20 PM PDT

Gila punya suami...
saya petik dari kosmo online

GOLD COAST - Liga Bola Sepak Australia (AFL) meminta saluran televisyen tempatan, Ten Network memberi penjelasan mengapa ia menyiarkan sepanduk lucah seorang penonton yang mengundang seorang bintang bola sepak untuk berasmara dengan isterinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Sepanduk tersebut dikibarkan seorang penyokong pasukan bola sepak tempatan, Cats semasa satu perlawanan bola sepak yang disiarkan secara langsung dari sebuah stadium di sini semalam.

"Paul Chapman saya rela anda meniduri isteri saya," kata tulisan pada sepanduk tersebut.

Chapman ialah bintang bola sepak yang bermain untuk pasukan Cats.

Kejadian itu menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya pertubuhan bukan kerajaan yang menganggap perbuatan lelaki itu telah menjatuhkan maruah wanita.

Ten Network dalam penjelasannya menyatakan, insiden tersebut tidak disengajakan dan memberi jaminan bahawa ia tidak akan berulang pada masa hadapan. - Agensi

Cucu 'iblis' suka panggil neneknya 'babi' dan belasah datuknya yang lumpuh

Posted: 04 Jun 2011 06:45 PM PDT

Rosak punya cucu...
saya petik dari myMetro

IPOH: 'Cucu iblis' gelaran layak diberi kepada seorang lelaki yang bukan saja gemar memanggil neneknya 'babi', malah kerap membelasah nenek dan datuknya yang lumpuh dengan niat mangsa mati cepat walaupun dia dibela sejak kecil hingga berumahtangga.

Lebih zalim, lelaki berusia 30-an dan bertugas di sebuah hospital di sini turut menggunakan kerusi plastik untuk membelasah datuknya berusia 85 tahun hingga tulang pergelangan tangannya retak.

"Hancur luluh hati makcik kerana bukan saja dilayan seperti hamba di rumah sendiri, malah dimaki hamun, termasuk dipanggil 'babi' jika lambat memasak atau melakukan perkara tidak disenanginya.

"Namun paling menyedihkan apabila cucu yang dibesarkan dan dibelai penuh kasih sayang seperti anak sendiri sejak kecil hingga dia berumahtangga, sanggup mendoakan supaya makcik 'mampus cepat daripada terus menyusahkan hidupnya'," kata Mariam Puteh Nekmat, 71.
Dalam keadaan sebak dan berlinangan air mata, Mariam berkata, dia tidak tahu apa dosa atau kenapa cucunya bersikap sedemikian dan masih tidak berubah walau sudah berumahtangga.

Katanya, beliau dan suami, Ahmad Idris, 85, tidak pernah berkasar, malah membela cucu mereka ibarat menatang minyak yang penuh sejak kecil hingga sanggup berhabis duit dan bergadai harta benda.

Menurutnya, segala kos sara hidup, termasuk perbelanjaan serta yuran persekolahan cahaya mata anak perempuan sulung mereka, ditanggung sepenuhnya oleh beliau dan suami.

"Saya pernah melakukan pelbagai kerja demi menampung pendapatan suami yang tak seberapa sebagai pekerja am rendah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk memastikan dia hidup seperti kanak-kanak lain dan mendapat pendidikan secukupnya.

"Kehidupan kami semakin sukar sejak suami bersara kira-kira 22 tahun lalu apabila wang pencen yang diterimanya selepas ditolak semua hutang, hanya berbaki RM1.05," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Meru 2C, Jelapang, dekat sini, semalam.

Ketika ibu bapa lain mengharungi kehidupan selepas pencen dengan beristirehat dan mengharapkan anak menghulur wang perbelanjaan setiap bulan, Mariam dan suami masih terpaksa mengerah sisa kudrat bagi mengisi perut.

"Hidup saya semakin menderita apabila Ahmad ditimpa dua kemalangan berselang setahun kira-kira tiga tahun lalu, menyebabkan dia hilang upaya bergerak sejak dua setengah tahun lalu.

"Kemalangan itu menyebabkan tulang kaki kiri suami retak hingga terpaksa menjalani pembedahan memasukkan dua besi, dan kesihatan diri yang semakin uzur memburukkan lagi keadaan," katanya.

Namun baginya, penderitaan menanggung kesakitan itu masih boleh ditanggung berbanding layanan zalim cucunya.

Ahmad berkata, selepas mengadakan majlis perkahwinan di rumahnya, cucu dan isteri masih tinggal bersama mereka sebelum membuat keputusan mengejut keluar rumah kira-kira setahun lalu.

"Sejak saya tidak dapat bergerak dan terpaksa memakai lampin pakai buang, perangainya semakin zalim apabila menyepak terajang saya setiap kali anginnya tidak baik atau tidak puas hati dengan perkara remeh berlaku di rumah.," katanya.

"Kali terakhir saya dibelasah teruk ialah sebelum dia keluar rumah apabila dihempuk dengan kerusi, menyebabkan pergelangan tangan kiri retak.

"Kecederaan mungkin bertambah teruk jika neneknya tidak memeluk saya dan menahan pukulan itu dengan belakang badannya," katanya.

Mariam yang menghidap pelbagai jenis penyakit seperti jantung, darah tinggi, lelah dan kencing manis berkata, sejak keluar dari rumah, cucunya tidak pernah menjenguknya.

Difahamkan, pasangan itu yang mempunyai tiga anak perempuan kini tinggal sebatang kara di Persiaran 22, Taman Meru C, Jelapang dengan mengharapkan bantuan ikhsan orang ramai.

Telur itik bertangkai

Posted: 04 Jun 2011 05:00 PM PDT

LANGSA, RIMANEWS – Sarifah (45), warga Gampong Blang, Kecamatan Langsa Kota, menemukan telur bertangkai. Telur tersebut diperoleh dari kandang itik peliharaannya, pada Rabu (1/6)  lalu. Kala itu, Sarifah hendak membersihkan kandang itik di belakang rumahnya. Tiba-tiba, ia melihat seekor itik bertelur. Sarifah langsung mengambil telur tersebut. Setelah diambil, Sarifah baru mengetahui, telur tersebut memiliki tangkai.

"Telur ini berwarna putih bening. Tidak keras layaknya telur itik atau telur ayam lainnya. Akan tetapi, telur ini tidak mudah pecah," ujar Sarifah kepada Prohaba, kelmarin. Pemuan tersebut langsung diberitahukan kepada  salah seorang warga, yang kebetulan melintas di depan rumahnya. KHabar temuan telur itik aneh pertama kalinya di daerah itu, cepat tersebar. Warga sekitar langsung berbondong-bondong ke rumah Sarifah. Mereka ingin melihat langsung telur tersebut.

Sebelumnya, telur bertangkai sering disebut-sebut sebagai hal mustahil. Sebagian warga beranggapan, telur ini dapat dijadikan ubat untuk menyembuhkan suatu penyakit. Untuk menghindari tafsiran berlebihan dan penyalahgunaan penggunaanya, Sarifah telah menyimpan telur tersebut.

Kesian...Arnab tak ada telinga

Posted: 04 Jun 2011 11:01 AM PDT



Gila, Pemandu Teksi Minta Penumpang Bayar dengan Seks

Posted: 04 Jun 2011 10:01 AM PDT

INILAH.COM, Kuala Lumpur – Seorang perempuan mengatakan pemandu teksi memaksanya berhubungan seks sebagai ganti bayaran teksi.

Perempuan berusia 48 tahun itu memiliki seorang suami yang menghidap stroke sejak 2005. Akibat penyakit itu, sang suami menderita sejumlah penyakit komplikasi sehingga harus mendapatkan rawatan di pusat haemodialysis, tiga kali dalam seminggu.

Suatu hari, tetangganya mengenalkannya pada seorang pemandu teksi yang kemudian disewa jasanya untuk menghantar sang suami. Mulanya, perempuan itu membayar tambang teksi. Namun kelamaan, si pemandu menolak dibayar dan rela menghantar dengan percuma.

"Saya fikir telah bertemu orang baik. Namun kemudian, saya baru sedar apa yang sebenarnya dia ada muslihat," ujar perempuan yang melaporkan pemerkosaan ke polis.

Menurut penuturannya, pemandu berusia 64 tahun itu berulangkali memaksanya berhubungan seks di dalam teksi. Saat sang suami menjalani rawatan, si perempuan itu berhubungan seks dengan si pemandu. Bahkan di rumah si perempuan itu.

Sang suami menyedari ada yang tak kena, tapi memilih diam kerana memerlukan jasa si pemandu. "Saya tahu dia berniat buruk terhadap isteri saya. Ia rela menghantar saya dengan percuma dan saya sedar pasti dia ingin mendapatkan imbalan," ujarnya.

Aktivitas tersebut telah berlangsung selama tiga tahun , sebelum si pemandu menghilang tanpa jejak bulan lalu. Akhirnya, si perempuan melaporkannya ke polisi atas dakwaan pemerkosaan.

Oops…Perempuan Dilarikan ke hospital Kerana Berhubungan seks di Kubur

Posted: 04 Jun 2011 09:01 AM PDT

TRIBUNNEWS.COM - Seorang perempuan berusia 39 tahun terpaksa dilarikan ke hospital setelah luka teruk di pahanya. Petugas di hospital mengatakan kemungkinan perempuan ini bercinta di kuburan kerana bekas luka tertimpa batu nisan. Demikian dilapor AOL, Sabtu (4/6/2011).

"Mungkin ada aktiviti luar biasa dan seperti terjadi hubungan intim di sana," jelas Kapten James Steven dari polis Hamilton Township, New Jersey, Amerika Syarikat (AS). Dia menambahkan jika si perempuan belum mengalami luka seperti itu ketika insiden terjadi pada pukul 7 malam pada 31 Mei lalu sebelum ke kuburan.

Berdasarkan keterangan, dia ke komplek kuburan dengan seorang lelaki dan Stevens tidak tahu bagaimana batu nisan itu jatuh menimpa si perempuan.

Inilah Kebab Termahal di Dunia

Posted: 04 Jun 2011 08:00 AM PDT

Liputan6.com, London: Seorang tukang masak asal Britain menciptakan kebab yang khabarnya menjadi yang termahal di dunia. Kebab yang dijual dengan harga 750 Poundsterling  itu dibuat dari bahan-bahan berkualitas super. Itulah yang membuatnya istimewa.

Andy Bates, pencipta dari kebab termahal di dunia itu. Bates membuat "maha karya"nya tersebut dari daging dari kambing biri-biri yang semasa hidupnya mendapatkan  makanan terbaik, daun mint yang mengandung anggur, yoghurt mentimun, dan selada. Untuk menyempurnakannya, Bates menyajikan kebab specialnya dengan hiasan daun emas, tomat couer de boeuf, dan keju feta berusia cukup tua.

Bates mengatakan, dia membuat kebab tersebut untuk menunjukkan pada para pecinta makanan bahawa jajanan pinggir jalan juga dapat tampil hebat dengan sentuhan seorang profesional. "Itu wajar mengambil sedikit waktu untuk mengumpulkan bahan terbaik untuk memastikan bahawa kebab ini menjadi yang paling eksklusif. Aku mencintai setiap minit dalam proses pembuatannya," kata Bates.

Jutawan Britain ini buta huruf

Posted: 04 Jun 2011 07:00 AM PDT

LONDON, KOMPAS.com - Andreas Panayiotou memiliki kekayaan bernilai 400 juta poundsterling   dan menduduki  200 orang terkaya di Britain. Pada Jumaat (3/6/2011), dia membuat pengakuan mengejutkan. "Saya tidak boleh membaca," katanya.

Saya melatih fikiran agar memiliki daya ingat kuat. Kita jadi lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah kerana pikiran kita dipaksa bekerja


 Ayah lima anak itu bukannya tidak mahu belajar membaca. "Waktu kecil saya berusaha keras agar boleh membaca," kata lelaki 45 tahun itu. Dia memutuskan berhenti sekolah pada umur 14 tahun.

 Di luar masalah disleksia, Panayiotou tak membantah bahawa dia benci membaca waktu masih kecil. "Jadi setelah dewasa saya punya cara tertentu untuk menghindarinya."

 Jadi dia memiliki trik khusus untuk mengatasi kelemahannya itu. "Saya memiliki daya ingat yang luar biasa, photographic memory. Saya mengenali bentuk untuk mengenali sebuah kata, tanpa perlu boleh membaca," ujarnya.

 Di jalan misalnya, dia selain menghafal tanda lalu lintas, dia menghafa bentuk kata nama jalan ataupun nama kota. Sayangnya trik itu tidak berlaku pada setiap hal. "Kalau ada nama belakang baru yang saya tidak mengenali, saya tidak mungkin boleh. Begitu juga dengan mengisi borang seperti pasport. Itu area terlarang saya," ujar lelaki yang pernah menjadi petinju itu.

 Meskipun memiliki kekurangan seserius itu, dia berhasil membangun sebuahperniagaan yang mengagumkan. Di usia muda, dia membeli sebidang tanah kecil di Islington. Pelahan-pelahan dia membangunnya menjadi sebuah apatment. Dari situlah bisnisnya berkembang. Pada 2007, dia berhasil menjual ribuan rumah. Kini fokusnya beralih ke hotel.

 Perusahaannya, The Ability Group, kini memiliki tujuh hotel. Yang paling terkenal adalah Hotel Waldorf-Astoria London senilai 70 juta poundsterling  Dia juga akan menjual "rumah termahal di Inggris", sebuah properti yang baru diubahsuai di Hamstead. Dia berharap rumah itu laku dengan harga 100 juta poundsterling .

 Rumah peribadinya di Epping Forest seluas lapan hektar. Dia juga memiliki tiga pesawat peribadi dan sebuah kapal pesiaran.

 Dia yakin kesuksesannya adalah gara-gara disleksia kerana dengan kekurangannya itu dia harus melatih diri untuk bekerja lebih keras dibandingkan orang lain. "Semuanya, dorongan kuat untuk membuktikan bahawa saya berati, kedisplinan yang sangat ketat, dan kebanggaan atas yang sudah saya capai, merupakan hasil dari perasaan malu dan kurang yang saya alami kerana tertinggal dibanding anak-anak lain yang boleh membaca," Panayiotou mengaku.

 "Dengan membalik disleksia, Anda berhasil mengembangkan bakat lain. Saya melatih fikiran agar memiliki daya ingat kuat. Kita jadi lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah kerana fikiran kita dipaksa bekerja untuk memahami yang terjadi di sekitar kita."

 "Fikiran kita selalu berusaha, berusaha, dan berusaha. Kita jadi lebih kuat kerana belajar mengatasi masalah merupakan sebahagian dari kehidupan," tuturnya.

 Panayiotou kini terlibat aktif dalam kempennya untuk mengatasi buta huruf. "Kemampuan membaca merupakan hal pokok seperti makan," pungkasnya.

Kini bayi dalam perut boleh pilih nama sendiri

Posted: 04 Jun 2011 06:00 AM PDT

Para calon ibubapa yang kesulitan untuk memilih nama bagi bayi mereka tak perlu lagi khuatir. Kerana sebuah aplikasi di iPhone yang memberikan kebebasan kepada bayi  dalam perut untuk memilih nama mereka.

 Dilapor techland.time.com, Khamis (2/6/2011),  bayi memiliki kemampuan memilih nama mereka sendiri dengan meletakkannya di perut. Nama aplikasi ini disebut Kick to Pick.

 Aplikasi ini menampilkan nama bayi secara random dan hal yang harus dilakukan semua orangtua adalah meletakannya ke perut dan menunggu jika  bayi menendang. Aplikasi memonitor gerakan bayi dalam kandungan dan dengan tendangan yang kuat, maka generator itu akan berhenti dan nama bayi pun muncul.

 "Idea untuk aplikasi Kick to Pick ini berasal dari diskusi panjang tentang pilihan bayi dan fakta yang mengatakan bahawa mereka (bayi) tak punya kekuatan untuk memilih nama mereka yang digunakan sepanjang hayat mereka," kata Nathan Parks, pembuat aplikasi ini.

SUMBER : http://blog.indojunkers.com

Inilah Bikini Yang Boleh Hasilkan Tenaga Elektrik

Posted: 04 Jun 2011 05:35 AM PDT

VIVAnews - Berjemur di pantai di bawah teriknya matahari sambil mendengarkan alunan lagu kesukaan dan kamera di tangan pasti membuat percutian jadi lebih menarik. Namun, apa jadinya jika gadget anda mati saat Anda berjemur atau berjalan-jalan di pantai?

Kerana keadaan inilah, seorang pereka bikini membuat bikini dengan panel solar. Bikini ini dapat mengisi kembali daya pada berbagai macam gadget mulai dari pemain MP3 hingga kamera digital. Pemuan unik ini dijual dengan harga 120 poundsterling.

Pereka asal New York, Andrew Schneider, menghabiskan 80 jam untuk menciptakan bikini ini.Iaitu dengan menggunakan 40 kertas tipis sebagai panel photo voltanik dan benang konduktif. Sehingga, bikini dapat menyerap panas matahari dan mengubahnya menjadi energi.

Walaupun berdaya listrik, bikini ini boleh digunakan untuk berenang. Menurut Schneider, tak perlu khuatir akan kejutan aliran elektrik ketika menggunakannya. Perancang 'gila' ini berani menjamin bahawa ciptaannya aman untuk digunakan. "Anda bahkan tidak akan merasakan kejutan," ujarnya seperti dikutip dari Daily Mail. Berani Cuba?

Baju Pengantin Kate Middleton Pun Kalah Dengan Baju Pengantin Perempuan ni

Posted: 04 Jun 2011 04:00 AM PDT

image

Betul-betul gempak…

Pembantu Rumah Nekad Bunuh Diri Karena Tak Lulus Ujian Bahasa Inggris

Posted: 04 Jun 2011 03:00 AM PDT

TRIBUNNEWS.COM - Seorang pembantu rumah tangga (PRT) Indonesia nekad menggantung dirinya kerana gagal ujian  bahasa Inggris sebanyak tiga kali. Demikian dilapor The Straits Times, Jumaat (3/6/2011).

Sulastri Wardoyo (26) ditemukan menggantung dirinya di bilik mandi di penampungan PRT di Singapura pada 30 Mei lalu. Para staf di lembaga penyaluran pembantu di Singapura mengatakan jantungnya sempat tiga kali berhenti ketika paramedik berusaha menolongnya.

Ia kemudian dibawa ke bagian kecemasan di Hospital Khoo Teck Puat dan mengalami rosak di bahagian otak setelah berusaha bunuh diri.

Ia tiba di awal minggu lalu serta tinggal di rumah penampungan PRT Budget Maid. Ia kemudian mengambil ujian Foreign Domestic Worker Entry Test pada Rabu, Khamis, dan Jumaat, tetapi gagal. Berdasarkan aturan, siapapun yang gagal melakukan ujian itu harus meninggalkan Singapura namun mereka diperbolehkan datang lagi untuk melakukan ujian tersebut.


Juru bicara Kedutaan besar Indonesia di Singapura mengatakan mayat Sulastri akan dibawa ke kampung halamannya. Sang juru cakap mengatakan keluarga sudah diberitahu mengenai kematian Sulastri dan mereka tak boleh ke Singapura tak memiliki wang. Bunuh diri di Singapura adalah satu jenayah.

Suami Sering Tinggal di Rumah Isteri Muda, Isteri Tua Bunuh Diri

Posted: 04 Jun 2011 02:00 AM PDT

TRIBUNNEWS.COM, CIAMIS - Diduga kerana suaminya lebih suka tinggal di rumah isteri mudanya, Anis (39) nekad bunuh diri dengan cara gantung diri.

Anis gantung diri di bahagian pintu di rumahnya di Desa Raksabaya, Kecamatan Cimaragas, Ciamis Rabu (1/6/2011).

Jasad Anis, yang lehernya terjerat tali plastik, pertama kali ditemui oleh kedua anaknya yang masih remaja

Ketika kejadian, Cip (40), suami mangsa, tidak berada di rumah. Dia sedang berada di rumah isteri mudanya yang juga di Cimaragas. Kejadian ini sempat mengemparkan penduduk dan jiran tetangganya.

Dilarang Naik Motor, Remaja Buat Sendiri Motor Chopper

Posted: 04 Jun 2011 01:40 AM PDT

Apa yang biasanya anak remaja lakukan jika dilarang menggunakan motor kerana masih di bawah umur? Daripada merajuk, remaja asal India ini membangun sendiri motor untuk nya.

Hasilnya , perjalanan dari rumah-sekolah-rumah tidak perlu naik bas sekolah atau bas awam.

Dia adalah Yash Gehi. Remaja berasal Rajkot, Gujarat India, berusia 17 tahun ini memberanikan diri membangun motor Chopper untuk keperluan seharinya. Biar aman menggunakan motor namun tanpa memiliki lesen, Yash sengaja menggunakan mesin kecil yakni 49 cc. Di India untuk menggunakan yang rmesin sekecil itu tak perlu ada lesen.

Untuk membangun motor Chopper impiannya, Yash saban hari mebuka internet untuk mendapatkan inspirasi.

Seperti dilapor automotto, Yash memanfaatkan komponen motor terbuang mula dari rangka, lampu, mesin, j tangki minyak hingga spare part lainnya demi satu tujuan. Cukup cerdik kerana dia tidak mendapat sokongan kewangan.

Untuk bahagian lampu dan mesin Yash mendapatkannya dari Luna, salah satu kedai di tempat ia tinggal. Selain itu ia juga membeli roda depan dari motor lain dan roda belakang milik Bajaj M80.

Sedangkan untuk tangki minyak, Yash mengaplikasikan tangki minyak miliki Yamaha RX100 yang tersemat dalam rangka model rigid (tidak menggunaka suspensi). Rangka rigid sengaja ia buat untuk memperkental aura Chopper.

Tidak sampai di situ cita-citanya. Hasrat memiliki roda dua membawanya kepada idea liar lainnya. Bagaimana tidak, motor Chopper milikinya menggunakan kick starter dan dan pedal starter.

Modelnya cukup unik. Namun Chopper yang ia bangun dinilai cukup canggihi. Setelah diuji coba, Chopper 49 cc boleh berjalan hingga kelajuan 60 km/jam. Hasil yang baik untuk permulaan

Aksi wanita panjat pagar dalam keadaan telanjang yang tangkap polis

Posted: 04 Jun 2011 12:00 AM PDT




mungkin wanita ini sakit mental....


Tikus Raksasa Makan 2 Bayi

Posted: 03 Jun 2011 11:00 PM PDT

CAPE TOWN, KOMPAS.com - Afrika Selatan diserang tikus. Bukan tikus biasa, melainkan tikus-tikus berukuran kucing. Dengan ukuran sebesar itu, tikus-tikus itu mencari mangsa yang cukup besar. Bayi.

Tikus itu boleh membesar hingga hampir satu meter, dari mulut hingga ekor. Sementara gigi depannya sepanjang 2,5 cm.


 Minggu ini terjadi dua tragedi mengerikan. Tikus-tikus raksasa memakan dua bayi dalam dua peristiwa berbeza. Lunathi Dwadwa (3) mati dalam tidurnya di kawasan  di luar Cape Town. Sementara seorang bayi lain menjadi mangsa tikus di Soweto, tak jauh dari Johannesburg pada hari yagn sama.

 Lunathi ditemukan tewas dalam keadaan mengerikan oleh orangtuanya, Minggu (29/5/2011). Tidak ada tangisan ataupun jeritan sebelumnya.

 "Saya tidak boleh lupa betapa mengerikan keadaan anak saya. Matanya keluar. Wajahnya rosak dari alis hingga pipi," kata Bukiswa Dwadwa (27), ibu bayi itu.

 "Tidak ada yang boleh melakukannya kecuali tikus," ujar Mncedisi Mokoena, ayah Lunathi.

 Beberapa jam kemudian, polis menemukan kes serupa. Seorang bayi perempuan diserang segerombolan tikus besar ketika ibunya yang masih remaja pergi dengan teman-temannya.

 "Kami mendapat panggilan dari lokasi kejadian, tentang tewasnya bayi akibat serangan tikus," kata polis bernama Bongai Mhlongo.

 "Kami menahan ibunya dengan tuduhan kelalaian yang mengakibatkan kematian," imbuhnya.

 Bulan lalu, Nomathemba Joyi (77) juga tewas setelah tikus-tikus raksasa memakan pipi kanan wajahnya.

 Di kawasan kotor Afrika Selatan, tikus raksasa biasa ditemukan di tempat-tempat sampah. Tikus jenis itu boleh membesar hingga hampir satu meter, dari mulut hingga ekor. Sementara gigi depannya sepanjang 2,5 cm.

 Tikus-tikus itu diyakini termasuk jenis African Giant Pouched Rats, salah satu jenis tikus terbesar dunia. Mereka lebih aktif di malam hari, pemakan segala, dan boleh memproduksi 50 anak dalam setahun. Beberapa suku di Afrika mengembangbiakkan tikus jenis itu untuk dimakan.

Model kereta yang dibuat daripada 200,000 batang rokok sempena hari tanpa tembakau

Posted: 03 Jun 2011 10:47 PM PDT

Dalam peringatan Hari Tanpa Tembakau, dalam kempenye di Mumbai, India, telah menciptakan model kereta yang sangat mengesankan dari 200.000 batang rokok. Kereta buatan dari rokok ini ditempatkan dipamerkan di pusat perbelanjaan Mumbai, di mana dapat menarik perhatian setiap orang yang melalui.

India ketika ini oengeluar kedua dan pengguna tembakau, setelah China. Setidaknya satu dari lima penduduk India (sekitar 241 juta orang) menggunakan tembakau dalam bentuk tertentu.



Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Serena hamil anak kedua

Posted:

Serena hamil anak kedua

Serena hamil anak kedua


Serena


SYUKUR, alhamdulillah kerana saya telah hamil anak kedua dan ingin berkongsi berita gembira ini. Doakan saya mendapat anak perempuan pula kali ini. Setakat ini saya tidak mendapat alahan seperti mengandungkan Tristan Tareef dulu."

Haa..itulah yang Serina kongsi dalam laman sosial Facebook sampai Joyah pun turut rasa gembira bila dapat tahu mengenai hal ini. Dengarnya, usia kandungan Serina sudah mencecah tiga bulan. Wah! Tak sabar Joyah nak tunggu perkembangan kandungan kedua Serina ni.

Mesti comel bukan? Lihat sahajalah Tristan. Walau masih kecil, tapi Joyah dah boleh nampak yang dia akan membesar sebagai seorang lelaki yang kacak satu hari nanti.

Iyalah, kacukan Melayu-Inggeris, manalah tak comel bukan? Joyah pun bersyukur sebab Serina nampak semakin berseri dengan kehamilan keduanya ini.

Jelas terpancar kebahagiaan yang dikecapinya sepanjang melayari alam rumahtangga dengan suaminya yang tercinta, Gavin Edward O'luanaigh.

Joyah rasa, selain Serina dan suami, orang yang paling gembira tentulah Chef Wan. Iyalah, tak lama lagi dapat cucu kedua. Harap-harap doa Serina untuk memperolehi anak perempuan dimakbulkan Alah S.W.T.

Joyah pun doakan agar kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan itu berada pada tahap yang terbaik. Amin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Usah mengejar artis kurang cerdik....

Posted:

Usah mengejar artis kurang cerdik....

Usah mengejar artis kurang cerdik....

Katarsis Kualong

ISU klip video yang dihasilkan oleh Gambit Saifullah nampaknya menjadi bualan penting dalam industri hiburan minggu ini. Saya sendiri pun hairan bila video berkenaan dihasil kononnya dengan tujuan untuk pasaran Amerika Syarikat (seperti yang dikatakan oleh Gambit sendiri).

Hmmm, layak untuk ke Amerika ke dik? Tak apalah, sekurang-kurangnya Gambit ada cita-cita besar, walaupun terpaksa mengecewakan banyak hati masyarakat dalam negara yang lebih pentingkan maruah dan jati diri daripada populariti ini.

Barangkali sebab pengarah dan pelakon dalam klip video itu adalah orang baru, maka mereka mahu 'memanaskan' nama yang tak berapa hendak panas tu. Itu tanggapan saya.

Tapi tolonglah, Malaysia ni negara yang penuh dengan keunikan. Banyak benda lain yang boleh dibuat. Setakat menari ghairah depan 'peti sejuk', bukan setakat Amerika, negara Ghana pun tak nak pandanglah. (Baca isu ini lanjut dimuka surat 10 dan 11).

Kalau seni jadi ukuran, sikit pun saya tak nampak seni yang dibanggakan itu.

Selain itu, satu isu lagi yang saya kurang puas hati adalah mengenai sikap 'main-main' beberapa artis kita dalam laman sosial.

Sebelum ini Liyana Jasmay dan Fizz Fairuz yang membuat teman-teman media tak senang duduk apabila menghantar paparan mesej begitu personal di Facebook mereka.

Pengakuan mereka 'bersayang', 'berdarling' dan beberapa perkataan yang menggambarkan seolah mereka sedang asyik masyuk bercinta membuatkan banyak wartawan mencari.

Kalau bukan sebab kerja, saya pasti teman-teman wartawan bukan kuasa sangat pun hendak layan benda-benda tak mendatangkan faedah macam ini.

Tetapi akhirnya mereka memberitahu bahawa status itu hanya dengan tujuan suka-suka. Bukan bercinta pun, tetapi dibuat dengan tujuan untuk bergurau?

Alahai, cetek sungguh pemilihan cara bergurau artis zaman sekarang ya? Kalau tanya Amy Search, Awie, Jamal Abdillah, Datuk Sharifah Aini pun, mereka tentu menangis mengenangkan gelagat 'adik-adik' yang baru nak naik dalam industri yang sudah sekian lama mereka duduki ini.

Lagi satu, pasal Awal Ashaari yang cuba untuk bergurau dengan menukar status dirinya, juga di Facebook. Sebelum ini berstatus bujang, tetapi dua tiga hari lepas dia menulis sudah bertunang pula, tiba-tiba. Dan sekali lagi orang media kejar Awal pula nak tanya kesahihannya, dan jawapannya 'saja, untuk suka-suka'.

Amboi, hidup-hidup Awal 'tipu' peminat dan media di laman FB sendiri. Boleh suka-suka pula ya, memang tidak bertanggungjawab.

Pada saya, laman FB sepatutnya digunakan oleh artis untuk hal dan tujuan yang baik-baik sajalah.

Tengok artis luar negara lain, macam mana dia guna FB untuk berkongsi benda baik-baik dengan peminat. Cerita tentang kerjaya, tentang keluarga dan hal-hal yang boleh beri manfaat saja. Mereka jauh sekali bergurau benda yang bukan-bukan dengan hasrat mahu naikkan saham.

Sebab itu mereka boleh maju sampai ke tua. Bukan popular sehari dua, sebabnya mereka menghargai orang lain disekeliling dan tak bersikap 'bodoh sombong'.

Sebenarnya banyak juga artis lain yang mengangkat status pelik-pelik di laman sosial. Bergaduh pun ada juga dalam ruang yang boleh dibaca seluruh dunia tu. Mereka tak ada perasaan malu lagi dah.

Barangkali tujuan artis-artis mengangkat status pelik-pelik ini adalah untuk menguji sejauh mana media dan peminat akan tertipu dengan permainan mereka.

Kalau itu tujuannya, mereka memang sudah berjaya. Sekarang mungkin mereka boleh ketawa dengan sepuas-puas hatinya, silakan.

Tetapi selepas ketawa besar itu, tolonglah fikirkan semula apakah mereka puas hati kerana dapat 'mempermain-mainkan' orang lain? Apa yang mereka dapat dengan cara 'gurauan' yang tak berfaedah seperti ini? Apakah begini cara artis kita berfikir?

Media dan peminat pun bukannya bodoh sangat. Tetapi sebab yang melakukannya artis, baik ke buruk ke, kenalah beri perhatian juga walaupun dari awal sudah tahu akan kena 'propa'.

Pada kesempatan ini juga, saya hendak juga berpesan pada rakan-rakan media yang lain. Tak payahlah nak sibuk kejar golongan artis yang guna taktik kurang cerdik macam ini lagi.

Jangan dilayan orang yang tak berapa cerdik sebab akhirnya kita pun jadi kurang cerdik. Biasanya orang macam ini saja nak dapat publisiti percuma.

Ada kawan saya kata, kalau artis yang sudah cukup populariti, cukup glamor, dia takkan buat benda sia-sia macam ini. Bila artis yang suam-suam kuku buat kerja takda faedah macam ni, kita tahulah sebab musababnya. Kalau bukan nak panaskan nama sendiri, untuk apa?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Celebrity News

Celebrity News


Bye Bye Erol Akademi Fantasia 9

Posted: 04 Jun 2011 08:02 AM PDT


Nampaknya Erol Akademi Fantasia 9 terpaksa melupakan persembahan di pentas akhir yang akan berlangsung minggu hadapan di Putrajaya.

Finalist musim ke 9 Hazama, Azri, Lena Dan Fina..

Siapakah diantara mereka ini akan menjadi juara musim ke 9 hanya terjawap pada 12 hb di Dataran Putrajaya..Apa komen anda ?


Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Padah gila kerja

Posted: 03 Jun 2011 06:50 PM PDT

Hip

pix_gal0
TERNYATA banyak perkhabaran kurang menyenangkan berlegar sejak penyanyi bervokal lantang, Agnes Monica dimasukkan ke Hospital Siloam, Kebun Jeruk, Jakarta Barat, Rabu lalu.

Sempat diterpa berita terpaksa menjalani pembedahan gara-gara sakit belakang yang dideritainya, Sabtu lalu menjadi kemuncak kepada segala keresahan Agnes.

Pemilik album, Agnes Is My Name itu diberitakan meninggal dunia hingga menimbulkan kekalutan peminat yang mendambakan jawapan pasti. "Yang benar saya cuma meninggalkan hospital, ertinya saya mahu terus bernafas," tulis Agnes dalam akaun Twitter peribadinya, sekali gus menamatkan tanda tanya pencinta hiburan Indonesia.

Mungkin disengajakan atau sekadar bercanda, khabar negatif itu disambut dingin Agnes dengan senyuman yang terlukis di wajahnya.

Kesakitan yang dideritai itu kata Agnes, memberikan pelajaran berguna buat dirinya yang selama ini terlalu mementingkan kariernya.

"Saya belajar menahan emosi. Bayangkan untuk bangun pun saya terpaksa melalui kesulitan. Kesakitan ini memberi ruang untuk saya belajar daripada mereka yang mengambil berat," katanya.
Pengalun lagu Matahari itu terpaksa akur mendapatkan rawatan di hospital menjelang pagi Rabu itu apabila tubuhnya kaku ketika mahu mengambil sesuatu di rumahnya.

Agnes juga diserang gastrik, membuatkan dia tidak mampu bertahan lagi sehingga memaksa abangnya, Steve mengejarkannya ke hospital.

Selepas empat hari menjalani rawatan, Agnes dibenarkan keluar hospital namun penyanyi yang popular dengan single terbaru, Paralyzed itu terpaksa menjalani rawatan fisioterapi dua kali seminggu.

"Rawatan itu agak menyakitkan namun kesakitan itu tidak pernah membunuh saya. Saya akan menjadi lebih kuat," katanya lagi.

Akui gadis berusia 24 tahun itu, belakang badannya masih terasa ngilu tetapi keadaan dirinya jauh lebih baik ketika mula dimasukkan ke hospital.

"Ketika itu saya cuma mampu tidur, tidak boleh duduk dan berdiri," katanya yang terpaksa menerima rawatan kerana sakit di punggung.

Kesakitan itu mula dirasai anak kepada pasangan Ricky Muljoto dan Jeanny Siswono sejak dua bulan lalu. Bagaimanapun, Agnes tidak mengendahkannya kerana kesakitan itu tidak mengganggu aktiviti fizikal hariannya.

Namun, disebabkan sering melakukan aktiviti berat, kecederaannya menjadi parah menyebabkan Agnes terpaksa dikejarkan ke hospital.

"Saya terpaksa melupakan aktiviti berat. Begitu juga dengan seni mempertahankan diri, semuanya terpaksa ditinggalkan dulu.

"Bagaimanapun, saya memilih untuk berenang sekurang-kurangnya empat kali seminggu. Itu sudah memadai kerana sedar, tubuh saya bukan seperti Jackie Chan," katanya bergurau.

Agnes berdepan kecederaan itu kerana pola kerjanya yang menuntut dirinya menghadap komputer riba berjam-jam. Jika sibuk di studio, ada ketika ia menghabiskan masa lebih enam jam di depan komputer.

Disebabkan masalah itu, Agnes terpaksa mengubah cara kerjanya. Namun, sempat dia menyatakan kerinduannya untuk kembali menyentuh gajet kesayangannya selepas beberapa hari meninggalkan semua itu.

"Ini paling lama saya meninggalkan laptop. Memang saya tak betah hidup tanpanya," kata Agnes.

Di sebalik pertarungan hebat itu, Agnes sempat terusik apabila kerja kerasnya selama ini memberikannya pengiktirafan di luar jangkaan.

Dia dianugerahkan plak, Million Award apabila album kompilasi terbaru, Agnes Is My Name dijual melebihi satu juta salinan selepas empat bulan di pasaran.

"Terlalu ramai manusia yang cuba berselindung di sebalik ucapan 'bijak' mereka. Ayuh, laksanakan. Jalaninya dan jangan sekadar memaksa untuk orang percaya kerana ia tidak akan berlaku.

"Saya memilih untuk tidak menjadi orang yang bersembunyi di sebalik kata-kata tetapi tidak melakukan apa-apa usaha untuk merealisasikannya," katanya.
Kecederaan itu memaksa Agnes untuk membatalkan persembahannya pada konsert ulang tahun Gigi, baru-baru ini. Namun, Agnes enggan membiarkan peminatnya menanti terlalu lama.

"Saya mahu segera pulih. Ini ujian Tuhan, mahu atau tidak saya terpaksa menerimanya. Saya sudah memohon maaf kepada Armand dan kumpulan Gigi.
"Bukan saya sengaja memungkiri janji tetapi saya tidak berdaya. Mereka antara yang dekat dengan saya dan saling membantu. Saya terkilan tidak dapat bersama pada malam bersejarah buat Gigi," katanya.

INFO

Agnes Monica

Nama penuh:Agnes Monica Muljoto
Tempat dan tarikh Lahir: Jakarta, 1 Julai 1986
Tinggi/berat: 168sm/51kg
Pendidikan: Universiti Pelita Harapan Karawaci (Fakulti Undang-Undang)
Pencapaian: Sembilan Anugerah Muzik Indonesia, tujuh trofi Panasonic Awards dan empat trofi MTV Indonesia Awards.
Album Studio: And the Story Goes (2003), Whaddup A'..?! (2005) dan Sacredly Agnezious (2009)
Album kompilasi: Si Meong (1992), Yess! (1995), Bala-Bala (1996), Nez (2008) dan Agnes Is My Name (2011)
Sinetron: Pernikahan Dini (2001), Lupus, Kejarlah Daku Kau Ku Tangkap (2002), Cewekku Jutek (2003), Amanda (2002), Ciuman Pertama (2002), Kau yang Terindah, Bunga Perawan (2004), Cantik (2004), Ku Tlah Jatuh Cinta (2005), Pink (2006)


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mesti Tonton: Panda comel berkungfu lagi

Posted: 03 Jun 2011 06:46 PM PDT

Hip

pix_gal0
Judul: Kung Fu Panda 2
Pelakon (suara): Jack Black, Angelina Jolie, Dustin Hoffman, Jackie Chan, Lucy Liu, Seth Rogen, David Cross, Datuk Michelle Yeoh, Jean-Claude Van Damme, Dennis Haysbert, Victor Garber, Gary Oldman
Pengarah: Jennifer Yuh Penulis: Jonathan Aibel, Glenn Berger Genre: Animasi, aksi, pengembaraan, komedi Durasi: 90 minit Tayangan: Mulai 26 Mei 2011

SELEPAS kejayaan filem pertamanya pada 2008 yang mencatatkan kutipan lebih AS$633 juta (RM1.92 bilion) di seluruh dunia, studio Dreamworks Animation meneruskan legasi filem berkenaan dengan menerbitkan susulan, Kung Fu Panda 2.

Populariti hebat beruang panda yang mempunyai ramai pengikut di seluruh dunia terutama kanak-kanak menyebabkan Dreamworks Animation tidak mahu menunggu lama untuk menerbitkan sekuelnya. Memulakan produksi sejak Oktober 2008, Kung Fu Panda 2 masih lagi mengekalkan sebahagian besar penyumbang suara untuk semua watak utama dalam filem ini.

Mereka yang dimaksudkan ialah Jack Black yang membawa watak utama Master Po, Angelina Jolie (Tigress), Dustin Hoffman (Master Shifu), Jackie Chan (Monkey), Lucy Liu (Viper), Seth Rogen (Mantis) dan David Cross (Crane).
Bagi memeriahkan lagi filem kedua ini, beberapa pelakon turut menyumbangkan suara mereka untuk beberapa watak baru antaranya Datuk Michelle Yeoh sebagai The Soothsayer, Jean-Claude Van Damme (Master Croc), Dennis Haysbert (Master Storming Ox), Victor Garber (Master Thundering Rhino) dan Gary Oldman (Lord Shen).

Kung Fu Panda mengambil kisah kehidupan Po, guru dan kawan-kawannya selepas dia berjaya menjadi The Dragon Warrior yang diidamkan selama ini. Namun, kegembiraannya tidak lama apabila semua wilayah China digugat seorang penjahat, Lord Shen, yang menggunakan senjata rahsia untuk menakluk China dan memusnahkan seni mempertahankan diri kungfu.

Po dan pasukannya perlu melunaskan tanggungjawab bagi memastikan keadaan kembali aman. Bagaimanapun, laluan yang terpaksa ditempuhi Po dan rakan-rakan, tidaklah semudah yang disangka. Bahaya menanti dan hampir saja nyawa mereka menjadi taruhan.

Masih mengekalkan unsur komedi yang memang menjadi inti pati filem ini, namun untuk sekuel ini, pengarah cuba menyuntik elemen melankolik apabila turut diselitkan babak Po mencari asal usul dirinya selepas gambaran kisah silam sering menghantui dirinya.

Dalam kelucuan apabila disajikan babak sifat kelam kabut dan bodoh-bodoh alang Po, tidak mustahil juga penonton mampu mengalirkan air mata apabila menyaksikan peristiwa imbas kembali bagaimana Po kehilangan orang tuanya sebelum dipelihara bapa angkatnya, The Goose.

Watak Po berkembang dengan baik. Walaupun ada ketika sikapnya itu membuatkan penonton sakit hati, pada masa sama, perasaan simpati terhadapnya melimpah-ruah, terutama selepas mengetahui sejarah silamnya yang menyayat hati.

Bagaimanapun, yang lebih menarik ialah panda ini semakin hebat berkungfu. Lihat saja babak pertarungannya bersama Lord Shen pada penghujung cerita. Adegan itu dikira cukup mengagumkan.

Seperti biasa, Dreamworks tidak pernah gagal dalam menghasilkan bentuk animasi yang berkualiti serta nampak hidup. Keindahan China digambarkan dengan cukup kemas, sehinggakan kita bagai terasa seperti berada di lokasi berkenaan. Bukan saja kemas, tetapi juga dilakukan dengan penuh teliti terutama membabitkan babak aksi.

Jalinan plot filem ini cukup lancar dan amat mudah untuk difahami, sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Kepada peminat beruang panda comel ini, pastikan anda tidak ketinggalan menonton filem yang sudah pun menjengah pawagam minggu lalu. Dijamin menghiburkan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambit Saifullah bagi middle finger kepada blogger

Posted: 03 Jun 2011 05:29 PM PDT

gambit bagi middle finger to bloggerSemalam ramai orang dikejutkan dengan tweet daripada Gambit Saifullah yang dengan tiba-tiba melenting kepada para blogger sampai nak bagi middle finger bagai.. Dengarnya Gambit melenting gara-gara kritikan blogger terhadap video clip yang dia buat.. Video clip nyanyian Prema Yin tu dikatakan terlalu menghairahkan dan kurang sesuai dengan budaya rakyat Malaysia…

MyGosip rasa tak salah kalau dia nak membalas kritikan para blogger tu.. tapi biarla dengan cara yang betul.. Kata-kata kesat yang dikeluarkan oleh Gambit Saifullah melalui twitter dia tu jelas menunjukan yang dia ni masih lagi kurang matang.. korang baca la sendiri apa yang Gambit Saifullah tweet kat bawah ni..

tweet gambil saifullah bagi middle finger kepada blogger
Selain bagi middle finger kepada blogger, Rasa-rasa korang adakah wajar Gambit Saifullah melabelkan blogger sebagai asshole?

Ramai yang cuba menasihatkan Gambit Saifullah melalui laman social twitter dan facebook.. Nak tahu apa jawapan Gambit?.. korang baca la sendiri melalui screenshot account twitter Gambit kat bawah ni…

MyGosip harap, Gambit Saifullah ni segera la berubah.. Cuba-cuba la belajar menepis krtikan dengan lebih bijak lagi..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Bukan lagi seorang adiwira

Posted:

Bukan lagi seorang adiwira

Bukan lagi seorang adiwira



BRANDON ROUTH. Itu satu nama yang cukup sinonim dengan adiwira tersohor bernama Superman.

Biarpun hanya muncul menerusi sebuah filem Superman iaitu Superman Returns yang mana dia tidak akan kembali menyarung kostum adiwira gagah itu untuk filem Superman terbaharu, Man Of Steel, namun Routh sesungguhnya telah berjaya meninggalkan impaknya yang tersendiri dalam menghidupkan karakter Superman.

Meninggalkan kenangan berlakon sebagai Superman kira-kira lima tahun lalu itu, pada tahun ini Routh,32, bakal muncul di layar perak menerusi karakter adaptasi komik yang sudah terjual sebanyak 56 juta hasil kreativiti pencipta komik Itali, Tiziano Sclavi iaitu Dylan Dog.

Menerusi versi filemnya yang diberi judul Dylan Dog: Dead of Night, Routh kali ini bukan memikul peranan sebagai adiwira tetapi sekadar manusia biasa yang terpaksa berhadapan dengan entiti-entiti luar biasa atau dalam istilah tepatnya, paranormal yang termasuklah puntianak dan serigala jadian.

Dylan Dog merupakan seorang detektif yang menyiasat tentang kejadian-kejadian paranormal yang mana karakternya sebagai hero agak kompleks, bersifat gelap dan ada kekurangan.

Ia nyata agak berlawanan dengan karakter adiwira Superman lakonannya sebelum ini.

Namun disebabkan Routh jelas memiliki kesemua personaliti yang dimiliki oleh Dylan Dog, terutama warna rambutnya yang hitam pekat, dia menjadi pilihan yang tepat untuk karakter itu.

"Saya mengambil masa yang agak lama untuk memahami dan mengkaji watak Dylan, tapi ia sesuatu yang bagus buat saya," katanya.

Tambah Routh: "Dylan merupakan seorang antihero. Dia tidak semestinya mahu menjadi seorang hero, namun dia pasti akan menjadi seorang daripada mereka.

"Ini kerana di sudut hati yang paling dalam, perwatakan lucunya dan adakalanya agak negatif sebenarnya membayangkan keghairahan dan semangat dirinya

"Apa yang menarik tentang Dylan adalah dua sisinya yang berbeza. Bila menghadapi tekanan atau berada dalam keadaan yang memaksa dia akan menunjukkan wajah cekal."

Tambahnya: "Namun, apabila dia dalam situasi biasa tanpa sebarang cabaran di depan mata, dia akan menjadi lebih relaks dan selesa dan adakalanya sedikit emosional."

Zombi

Memahami bagaimana filem itu nanti mampu menonjol di sebalik lambakan filem-filem dari genre yang sama, Routh menegaskan: "Apa yang lain tentang filem ini ialah isi kandungannya dan bagaimana ceritanya dipersembahkan, terutamanya hubungan antara Dylan dan rakan baiknya, Marcus.

Gandingan Routh dalam filem ini iaitu Sam Huntington diberi tanggungjawab melakonkan watak Marcus iaitu pembantu bawahan Dylan.

Namun, Marcus mati dibunuh dan bertukar menjadi zombi yang menjadi cabaran terhadap hubungannya dengan Dylan.


BRANDON Routh dan Anita Briem dalam satu babak cemas filem Dylan Dog: Dead of Night.


Lakonan Huntington sebagai Marcus dan hubungannya dengan Dylan menyuntik elemen emosi kepada jalan cerita filem ini.

Hubungan tersebut bercambah impak daripada persahabatan bertahun-tahun lamanya dan selepas berpengalaman bekerjasama dalam filem Superman Returns sebelum ini, yang mana Huntington membawakan watak Jimmy Olsen.

Mengulas tentang jalinan persahabatannya dengan Routh kata Huntington: "Brandon dan saya sudah lama bersahabat dan dia menelefon saya.

"Katanya, 'Hei kawan, saya baru dapat tawaran satu watak untuk filem baharu, dan saya rasa kamu akan nampak hebat untuk watak ini dan filem itu berjudul Dead of Night.

"Saya lantas menjawab, 'Aku pun baru saja pergi uji bakat sebuah filem tiga bulan lepas tapi belum ada berita. Apa cerita?' Dia jawab, 'Kita akan bersama-sama bekerjasama dalam filem ini."

Tambahnya: "Marcus menghidupkan cerita ini. Dialah rakan setugas Dylan dan seolah-olah adiknya sendiri. Pada permulaan cerita, dia begitu beria-ia mahu menjadi rakan kongsi Dylan."

Selepas bergandingan dalam Supermas Returns, Routh sememangnya mahu bekerjasama lagi dengan Huntington, jadi dia telah melobi pengarah Dylan Dog: Dead of Night iaitu Kevin Munroe agar mengambil Huntington berlakon sebagai Marcus.

"Apabila saya baca sahaja skrip filem ini, orang pertama yang muncul di fikiran adalah Sam (Huntington). Saya yakin dia sesuai membawakan watak Marcus kerana personalitinya," beritahu Routh pula tentang Huntinton.

Menurutnya lagi: "Saya terkejut kerana penulis skrip filem ini (Joshua Oppenheimer dan Thomas Dean Donnelly) langsung tidak mengenali Sam.

"Saya terus berbincang dengan Kevin apabila mendapat tahu dia terlibat sama dalam filem ini dan saya bertanya kepadanya jika dia boleh menawarkan Sam watak tersebut.

"Kebetulan Kevin juga mempunyai pendapat serupa. Kata Kevin, 'oleh kerana kalian bersahabat, jadi saya tidak pernah bertanya bimbang kalian tidak selesa'."

Di samping dua watak penting yang serasi lakonan Routh dan Huntington itu, barisan tenaga lakonan Dylan Dog: Dead of Night diperkuatkan oleh Peter Stromare, Taye Diggs, Anita Briem dan ahli gusti terkenal, Kurt Angle.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ke mana hala tuju Salma

Posted:

Ke mana hala tuju Salma

Ke mana hala tuju Salma

Oleh ALIF ABU BAKAR
hiburan@kosmo.com.my


ERRA berbangga dengan kejayaan Salma.


SELEPAS lima musim Mentor diperkenalkan, majoriti peserta yang menjuarai pertandingan itu tidak menyerlah dan menyinar dalam industri.

Juara musim pertama, Pija hanya terkenal dengan singlenya, Luka sahaja sedangkan vokal yang dimiliki Pija begitu jarang ditemui dalam industri muzik tempatan. Begitu juga dengan Fiq dan Mohd. yang tenggelam timbul serta terkapai-kapai mencari tapak bagi membina keutuhan dalam industri.

Satu-satunya juara Mentor yang berjaya mengelak badi itu ialah Black yang begitu bersinar di dalam industri.

Bagaimana pula dengan nasib Salma Abdul Asis selepas dia dinobatkan juara Mentor 5 baru-baru ini? Adakah wanita berusia 21 tahun itu akan menerima tempias badi tiga juara yang tidak bernasib baik atau dapat menceduk sedikit tuah Black untuk terus menyinar dalam kancah seni?

Walaupun ibu tunggal kepada anak perempuan bernama Puteri Nurul Huda itu mendapat sokongan padu sepanjang pertandingan tersebut berlangsung, namun apakah percaturan nasibnya akan cerah selepas ini.

Mencatatkan markah keseluruhan sebanyak 85 markah pada malam itu, Salma boleh dikatakan menang bergaya apabila meninggalkan dua pesaingnya, Shiha yang mencatatkan 63 markah dan Iqa yang ketinggalan jauh dengan 56 markah.

Tidak dinafikan persembahan bertenaga Salma menyampaikan lagu Listen nyanyian asal Beyonce cukup memukau.

Begitu juga hebatnya persembahan Salma yang berduet bersama Jaclyn Victor untuk lagu-lagu Cinta dan Rindu.

Erra Fazira selaku mentor kepada pendatang baru dari Sabah itu yakin anak didiknya itu mampu pergi jauh dalam bidang seni suara namun 'kuasa' yang dimilikinya terhadap Salma telah pun berakhir selepas program tersebut melabuhkan tirai.

"Salma terikat dengan kontrak bersama TV3, jadi apa-apa perancangan selepas ini akan ditentukan oleh mereka. Saya selaku mentor telah menjalankan tugas saya sebaik mungkin tetapi itu tidak bermakna saya tidak akan lagi membimbing Salma.

"Sekiranya dia mempunyai sebarang masalah dan inginkan pertolongan, saya sentiasa terbuka untuk memberi tunjuk ajar," luah Erra jujur pada sidang akhbar selepas konsert akhir Mentor 5 tamat.

Agak janggal apabila mengetahui Shiha telahpun ditawarkan sebagai artis rakaman Monkey Bone dan Iqa pula akan terus berada dalam pengawasan mentornya, Edry di bawah bumbung KRU Records sedangkan Salma selaku juara belum menerima tawaran daripada mana-mana pihak lagi.

Adakah soal pakej menjadi ukuran buat syarikat rakaman menimbang tara wajarkah Salma diambil sebagai artis rakaman mereka walaupun jelas bakat dimilikinya bukan calang-calang atau gusar dengan kredibiliti Salma untuk terus bertapak dalam industri muzik tanah air?

Masyarakat mungkin mampu melaung-laungkan nama Salma ketika ini dan menyifatkannya sebagai penyanyi wanita baru yang bakal menggugat kedudukan penyanyi-penyanyi wanita sedia ada namun harus diingat kuasa hakikat terletak di tangan mereka yang mencorakkan Salma dan bertanggungjawab mencari dahan buat Salma berpaut agar mampu bertahan lama dalam industri.

"Pengalaman menyanyi di majlis-majlis orang kahwin sebelum ini banyak mendidik saya agar bersabar jika hendak berjaya dan hari ini saya telah buktikan yang saya boleh mencapai cita-cita saya untuk bergelar seorang penyanyi," tutur Salma penuh optimis.

Sekiranya Salma nekad mahu berada pada kedudukan tertinggi dalam industri, dia perlu bekerja keras dan mempunyai sekumpulan individu yang berupaya membawa namanya sebaris dengan nama-nama yang ada hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Syahrini nafi bedah muka

Posted:

Syahrini nafi bedah muka

Syahrini nafi bedah muka


TIDAK habis-habis dilanda gosip negatif, kali ini Syahrini ditohmah membuat pembedahan plastik pada wajahnya.


SEPANJANG bulan Mei yang lalu, nama penyanyi Syahrini begitu panas termasuk kerana gambar sensasi yang disebarkan secara meluas di Internet.

Belum surut kisah tersebut, kini, memasuki bulan Jun, nama Syahrini kembali meledak atas tuduhan dia membuat pembedahan plastik pada wajahnya, sekali gus menambah satu lagi cerita negatif tentang dirinya.

Namun mantan pacar Anang Hermasyah itu menafikan dakwaan tersebut. Dia sebaliknya berkata bahawa perubahan wajah dari zaman sekolah sehingga dia dewasa kini disebabkan gaya solekan, selain bagaimana dia menjaga dan mengekalkan penjagaan wajahnya.

"Ini wajah saya yang asli. Memang benar saya lebih suka wajah saya waktu zaman sekolah dulu kerana bebas solekan.

"Tetapi wajah sekarang selalu tebal solekan, namun saya masih suka juga. Bukan kerana pembedahan plastik, tapi bagaimana saya merawat wajah saya kini," katanya.

Malah saat ditanya bagaimana dia berhadapan dengan gosip yang semakin bertubi-tubi, Syahrini yang senang dipanggil Rini pasrah dan memberitahu dia menerima gosip-gosip tersebut dengan ikhlas.

"Saya tak kisah, saya terima semua berita itu dengan ikhlas," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Impi beraksi ‘dua wajah’

Posted: 03 Jun 2011 10:08 AM PDT

pix_topright

MENDENGAR namanya saja, sudah cukup merangsang kita untuk mengenali gerangan pemilik di sebalik nama unik, Noor Neelofa Mohd Nor, 22. Apatah lagi bertentang mata, siapapun pasti akan tertawan.

Sehangat orangnya, begitulah juga kisah kehidupan pelakon baru bertubuh genit yang auranya sangat besar hingga mampu membuatkan siapa saja mabuk kepayang menagih cintanya.

Jika sebelum ini pernah diheret dalam kancah cinta tiga segi, sekali gus dituduh meragut perasaan kasih Shahz Jaszle daripada kekasihnya, Maria Farida, terbaru dia dikatakan punca kegoyahan hubungan seorang kerabat juga kekasih hati seorang pelakon terkenal.

Apakah Neelofa atau mesra dengan panggilan Lofa memang dasar perampas atau kejelitaannya dianggap satu ancaman sebenarnya? Wanita berdarah campuran Melayu-Arab itu memberi penjelasan dalam satu sesi fotografi diaturkan, baru-baru ini.


Katanya, cerita mengenai dirinya mempunyai hubungan dengan kerabat juga kekasih seorang artis popular itu tidak benar dan menganggapnya tidak lebih sebagai gosip saja.


"Kalau cerita ini betul, sudah pasti artis wanita itu akan memberi kenyataan kepada media. Memandangkan ia memang tidak pernah berlaku, jadi tiada apa yang perlu digembar-gemburkan. Saya harap orang tidak salah faham atau menganggap saya membanggakan diri apabila mengatakan ini.

"Sebenarnya, keluarga saya mempunyai pertalian darah kerabat jadi mungkin itu yang membuatkan segelintir orang salah faham apabila melihat saya berada dalam kelompok golongan tertentu," katanya dengan niat menjelaskan bukan mendabik dada.

Mula dikenali sejak mencuba nasib dalam pertandingan Dewi Remaja 2010 sehinggalah dinobatkan sebagai juara, Lofa nampaknya mengikut jejak langkah bekas bintang Dewi Remaja sebelumnya termasuk Aleeza Kassim, Rita Rudaini, Puspa Narayan, Juliana Banos, Emilia Rosnaida, Jasmin Hamid, Annahita Bakavoli dan Scha Al-Yahya menceburi bidang seni.

Mempunyai potensi cerah untuk mencipta nama di persada lakonan selain bakal menggugat kedudukan pelakon jelita sedia ada dengan kelebihan bakat, paras rupa menawan dan kebijaksanaan yang dimiliki.

Terbukti, sekalipun belum ada lakonannya yang boleh dibanggakan, kehadiran penuntut Kolej Universiti Sunway dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dan Pemasaran ini menjadi buah mulut ramai selain rebutan pengarah.

Tidak terbatas pada peluang lakonan saja, Lofa juga adalah impian setiap lelaki 'hartawan' yang mengejar cintanya dan kerana itulah fotografi yang diaturkan Publicis Bill Bora ini sengaja meletakkan mutiara mencecah jutaan ribu ringgit di belakang sambil disentuh Lofa sebagai simbolik dirinya dikejar lelaki jutawan.

"Bagi saya, itu (dikejar lelaki hartawan) hanya persepsi umum, namun saya sendiri sebenarnya masih sendirian dan tiada teman lelaki. Terus terang, saya sudah mencari satu hubungan yang serius, malas nak main-main cinta dan putus cinta. Malah, saya tidak pernah meletakkan piawaian yang terlalu tinggi terhadap lelaki.

"Dia tidak perlu terlalu kaya, cukuplah sekadar stabil dari segi pekerjaan dan kewangan selain bertanggungjawab serta menghormati orang tua saya," katanya.

Gadis yang diperkenalkan menerusi filem Azura 2011 arahan Aziz M Osman dan semakin popular sejak muncul melalui Kasih Najiha arahan Erma Fatima, kini sedang sibuk menjayakan King Kapcai terbitan KRU Studios.

Dalam filem ini, Neelofa memegang watak Khadijah dan menganggap kemunculannya dalam filem ini hanya sebagai penyeri selain proses menimba pengalaman bekerja dengan produksi KRU.

"Dalam King Kapcai saya adalah adik kepada Fizz Fairuz, pemuda yang boleh melihat dan berinteraksi dengan roh. Fizz ingin membantu Zizan (Raja Lawak) yang sedang koma akibat dipukul dan Zizan meminta bantuannya untuk menyelamatkan keluarga daripada menjadi mangsa along yang ingin menuntut hutang.

"Justeru, watak saya dalam filem ini biasa-biasa saja, namun seperti saya katakan tadi ingin menimba pengalaman selain merasakan jalan cerita filem ini sangat menarik dan lain daripada cerita seram di Malaysia," katanya.

Selain King Kapcai yang menuntut komitmennya sehingga 14 Jun nanti, jadual Lofa terus dipenuhi dengan penggambaran Tahajjud Cinta arahan Erma Fatima. Malah, Erma terus mengikat gadis dengan ketinggian 158 sentimeter ini untuk penggambaran telefilem Kitab Cinta.

Kekerapan menggunakan khidmat Lofa sehingga ada yang mengatakan gadis cantik itu anak emas pengarah prolifik itu. Bagaimanapun, Lofa menafikannya dan mengatakan tidak mempunyai komen atas sebarang dakwaan itu.

"Saya juga tidak tahu alasan kak Erma sering memberikan saya peluang. Apa yang boleh saya katakan, mungkin kak Erma nampak kesungguhan saya dalam lakonan dan semestinya sebagai pendatang baru, saya amat teruja dan berbangga dapat bekerja dengan pengarah hebat sepertinya.

"Saya berasa amat bertuah kerana ramai pelakon berpengalaman mengharapkan peluang bekerja dengan kak Erma, tetapi saya adalah salah seorang yang memperoleh peluang itu," katanya.

Lebih menarik, ketiga-tiga drama arahan Erma itu menuntutnya memakai tudung. Katanya, dia menganggap setiap watak diberikan padanya mencabar dan memberi kepuasan.

"Saya masih baru tidak boleh 'demand' tetapi kalau ada yang sudi memberikan peluang, saya teringin sekali untuk membawakan watak jahat dalam baik," katanya.

Akui Lofa, selain Aziz dan Erma yang menjadi mentornya, dia turut memperoleh tawaran dari produser dan pengarah yang lain, cuma kesempatan sering terhalang kerana tarikh tidak bersesuaian.

Baru saja dilantik sebagai duta jam tangan U2 yang sebelum ini turut menampilkan Awal Shaari, Farah Asyikin dan Scha, Lofa juga merancang untuk memperkenalkan jenama kasutnya sendiri.

Perniagaan yang diusaha ketika masih menyertai Dewi Remaja itu ingin diperluaskan lagi dengan penjenamaan semula Lofa kepada nama penuhnya, Neelofa. Ia dijual secara online dan kini merancang untuk membuka kedai.

"Saya terfikir menceburi bidang ini sejak menyertai Dewi Remaja. Terlalu banyak undangan perlu kami penuhi dan saya ada kalanya buntu memikirkan kasut bersesuaian selain ada sesetengah kasut harganya tidak masuk akal dan rekaan tidak bersesuaian harga.

"Kebetulan saya mendapat 'contact' syarikat pengeluar kasut, sekali gus menjadikan ia sebagai peluang perniagaan. Bagaimanapun kasut jenama Neelofa ini saya jamin berpatutan harga dan selesa," katanya.

Berkeupayaan mengacara dengan baik Lofa yang pernah mengendalikan program Sekolahku Hebat di Astro Ceria turut diberi kepercayaan oleh KRU Studios untuk mengacara program Paparazi di KRU TV.

PROFIL

NAMA PENUH: Noor Neelofa Mohd Noor
PANGGILAN: Lofa
ASAL: Pasir Mas, Kelantan
TARIKH LAHIR: 10 Februari 1989
ZODIAK: Aquarius
TINGGI: 158 sentimeter
BERAT: 47 kilogram
PENDIDIKAN: Kolej Universiti Sunway (Perniagaan Antarabangsa dan Pemasaran)
Bilangan Keluarga: Anak ke-3 daripada 9 beradik
LOKASI: Rafflesia Pearl Centre, Park Royal, Bukit Bintang.
SOLEKAN: Bosco Ryzarl (016-6091614)
PAKAIAN: Albert King, Hotel Park Royal, Kuala Lumpur (03-21459015)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kak Pah kecewa komen Ramli

Posted: 03 Jun 2011 09:16 AM PDT

PROGRAM realiti Mentor musim ke-5 yang bersiaran sejak hampir empat bulan lalu, sudah pun menemukan pemenangnya apabila Salmah A Asis (Salma), 21, diumumkan sebagai juara, Ahad lalu.

Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh penonton termasuk barisan juri profesional, Datuk Ramli MS yang sejak mula berperanan sebagai juri tetap manakala juri undangan malam itu, produser dan komposer Azmeer serta Ziana Zain.

Program pencarian bakat nyanyian yang diperkenalkan TV3 ini unik kerana bukan saja menyerahkan kuasa memilih juara kepada penonton melalui SMS, malah juri awam dan juga profesional.

Salma memperoleh 16 markah daripada juri awam dan keseluruhan 85 markah manakala dua peserta lagi, Nurshiha Mohd Zikir (Shiha), 24, juga protege Datuk Sharifah Aini memperoleh 63 markah diikuti Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor (Iqa), 25, protege Edry Abdul Halim (56 markah).


Jelas sekali tiada apa yang boleh mengubah keputusan itu. Malah, tiada siapa boleh menafikan kehebatan vokal Salma kerana bakat nyanyian wanita kelahiran Tawau, Sabah itu sememangnya layak.


Bagaimanapun, khabarnya ada pihak tidak berpuas hati dengan kemenangan Salma dan ia bukan membabitkan penonton sebaliknya di kalangan mentor sendiri. Individu yang dimaksudkan adalah Datuk Sharifah Aini .

Tambahan pula, Salma sepatutnya tidak layak ke final apabila undian untuknya paling rendah berbanding Shiha dan Iqa, tetapi penganjur membuat kejutan dengan memilih tiga peserta ke final.

Sejauh mana kebenaran dakwaan ini, Sharifah Aini atau mesra dengan panggilan Kak Pah menjelaskan hal ini. Katanya, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa Salma tidak layak menang atau mempersoalkan keputusan TV3 untuk menyerapkan Salma ke final.

"Selesai saja konsert akhir, saya memaklumkan tidak mahu komen apabila ada wartawan bertanya adakah saya rasa keputusan malam itu adil apabila Salma yang sepatutnya tersingkir akhirnya menjadi juara.

"Saya sangat menghormati keputusan penganjur, malah juri profesional yang terbabit meskipun ada antaranya suka memberi komen yang kritis dan terlalu keras buat Shiha.

"Sebagai mentor, saya menjalankan tanggungjawab dengan baik. Shiha sudah melakukan yang terbaik tapi rezeki Allah SWT sudah tetapkan. Saya pasrah dan tak pandang ia sebagai satu kekecewaan dan kekalahan kerana ia adalah adat bertanding," katanya.

Berulang kali mengingatkan bahawa dia tidak pernah menafikan kehebatan Salma sekali gus kemenangan protege Erra Fazira itu sebaliknya apa yang mengguris perasaannya adalah tindakan konduktor dan pengarah muzik tersohor, Ramli MS yang sering memberi kritikan pedas kepada Shiha.

Pada malam akhir itu, komen Ramli ialah, "Untuk persembahan solo Shiha yang pertama untuk lagu Kisah Hati itu cantik, tetapi terdapat sedikit kekurangan dari segi "inner energy" (tenaga dalaman). Saya mengharapkan persembahan yang lebih bertenaga.

"Manakala untuk persembahan kedua lagu Ghazal Untuk Rabiah dan Balqis duet bersama Black, saya lihat tidak banyak perubahan yang dibuat, kreativiti yang saya ingin lihat tidak menonjol. Lagu solo terbaru Shiha, Bila Bertemu Mu pula agak 'shaking' di awal persembahan tetapi kembali 'ok' ketika pertengahan lagu."

Rasa kecewa dan tidak puas hati itu diluahkan biduanita itu melalui laman sembang facebook (fb) pada 1 Jun lalu. Malah, dengan terang-terangan menyebut nama Ramli MS.

Status fb penyanyi Seri Dewi Malam itu berbunyi, "Salam everyone. Thank you very2 much for all your support. I am ok with shiha to be at second place, itu dah rezeki dia but let me be honest for the first time I AM SICK WITH RAMLI MS. HE IS NEVER BEEN KIND TO SHIHA FROM THE DAY ONE!" Shiha is not good enough for him, why? hummmmmmmm!

Kak Pah mengaku berkecil hati dengan Ramli dan tidak faham mengapa dia selalu memberikan komen yang kritis dan kurang membina terhadap Shiha.

"Saya tidak kisah kalau dia ingin memberi komen untuk kebaikan, tetapi kritikan perlu disampaikan dengan cara beralas. Komen Ramli kadang-kadang menyakitkan bagi saya dan tidak mustahil penonton turut terpengaruh sekali gus menganggap persembahan Shiha tidak baik.

"Hakikatnya, persembahan Shiha tidak seburuk mana pun. Biarpun terkilan, apa yang boleh saya lakukan adalah menasihati Shiha dan mengambil setiap komen itu secara positif kerana kita perlu menghormati pandangan juri. Apapun, di luar gelanggang Mentor, saya dengan Ramli tetap berkawan dan kita tetap juga perlu bekerjasama," katanya.

Sementara itu, Ramli ketika dihubungi enggan mengulas kerana tidak mahu memanjangkan isu ini. Baginya, apa yang dilakukan sepanjang menjadi juri dalam Mentor 5 adalah atas dasar profesional dan tidak kaitan dengan masalah peribadi dengan Sharifah Aini atau mana-mana mentor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.