Adsense

Jumaat, 28 Januari 2011

borak kosong

borak kosong


Ajaibnya Bayi Kembar Tiga Ini, 2 Lahir 1998 Yang Satu 2010

Posted: 28 Jan 2011 09:00 PM PST


Ini benar-benar sulit untuk percaya bahawa dua gadis dan bayi berusia 3 bulan di gambar atas adalah kembar tiga, tapi Bethony, Megand dan Ryleigh memang bayi kembar tiga.

Walaupun mereka bertiga dikandung pada hari yang sama, Ryleigh lahir 11 tahun setelah saudara kembarnya. Hal ini terjadi kerana, ada 3 embrio yang 2 ditanamkan pada tahun 1998, yang 1 telah dibekukan sampai tahun ini.

Ini merupakan situasi yang luar biasa bagi kedua orang tua dan doktor sebagai keduanya tidak memiliki pengetahuan tentang kes lain dari saudara kandung dikandung pada tarikh yang sama tetapi lahir dengan perbezaan usia 11 tahun !.

Masalah kesihatan, seperti endometriosis dan polikistik ovarium, mengurangi peluang Mrs Gembala menjadi hamil lalu Andrian suaminya memutuskan untuk menjalani pengubatan.

Dari 24 telur yang dikumpulkan oleh doktar, 14 berhasil didapati, 2 ditanamkan dan 12 lainnya beku. kehamilan itu berjalan lancar dan, 6 minggu awal, Bethony dan Megan lahir sihat dan membawa kegembiraan bagi keluarga mereka.

Setelah  9 tahun, ketika Shepherds memutuskan bahawa mereka menginginkan bayi lagi, mereka pergi ke klinik yang sama dan menggunakan salah satu embrio yang tersimpan 9 tahun sebelumnya.

"Rasanya aneh untuk berfikir bahwa kita menggunakan embrio yang kita telah tersimpan bertahun-tahun lalu, . Kami tahu bahawa jika kita punya satu bayi itu akan berlaku menjadi gadis 'triplet seperti mereka semua dikandung pada ketika yang sama . Kita tidak tahu apakah itu akan berhasil, dan kami sepakat bahawa kita hanya akan memiliki satu dengan satu embrio dan jika tidak berhasil kita tidak akan mencuba lagi.

"Ini adalah salah satu kesempatan terakhir, dan jika itu ditakdirkan untuk terjadi, maka itu akan terjadi, "Ikata Shepherd

Para doktor memperingatkan orang tua ada kemungkinan tubuh akan menolak embrio beku, tapi untungnya ini tidak terjadi dan Ryleigh lahir sihat, walaupun Ryleigh lahir 11 tahun kemudian setelah 2 saudara kembarnya.


"Anak-anak sangat gembira punya saudara perempuan - dan mereka tahu bahwa dia dilahirkan pada ketika yang sama dengan mereka, tetapi telah di bekukan -. Dia benar-benar bayi yang bahagia dengan nafsu makan yang baik, seolah-olah dia ingin menebus masa - masa yang hilang saat dia membeku "kata Mrs Shepherd.

sumber : mistery-dunia.blogspot.com

Musang tembak pemburu yang memburunya

Posted: 28 Jan 2011 08:00 PM PST

Seekor musang yang terluka menembaki pemburu yang melepaskan tembakan ke arahnya dalam sebuah insiden yang terjadi di Grodno, Belarus. Tembakan ini dilepaskan saat pemburu itu hendaknya membunuh haiwan tersebut.

Disaat  pemburu hendak memukul musang yang sudah tidak berdaya itu dengan gagang senapannya, tiba-tiba saja si musang melawan dan tidak sengaja menyentuh pelatuk senjatanya.

SenapanG yang dipegang oleh pemburu itu meletus dan tembakannya mengenai bahagian kaki lelaki malang tersebut. Pemburu yang didekati oleh musang setelah tertembak tersebut, akhirnya dirawat di hospital.

"Haiwan tiba-tiba saja melawan dan tidak sengaja menarik pelatuk senjata saya dengan cakarnya," ungkapnya  t seperti dikutip Reuters.

Perburuan musang memang amat popular di wilayah Belarus yang berbatasan dengan Poland. Ini merupakan kali pertama seekor musang buruan mampu melukai pemburunya.

[Gila] Kurung isteri selam lapan tahun

Posted: 28 Jan 2011 07:45 PM PST

 Seorang lelaki ditangkap kerana disyaki menyembunyikan isterinya selama lapan tahun dalam kegelapan, ruang kecil di dalam rumah mereka di tenggara Brazil. Demikian dilaporkan Sydney Morning Herald.

Joao Batista Groppo (64) ditangkap setelah isteri yang dinikahinya selama 40 tahun, Sebastiana, ditemukan di bililk yang gelap kata inspektor polis Jaqueline Barcelos Coutinho. Kekasih Groppo, Maria Furquim, ditangkap kerana dianggap bersubahat dengan Groppo, di Sorocaba, sekitar 80 kilometer di sebelah barat Sao Paulo.

Awalnya, dia mengaku ke polis jika dia mengurung isterinya selama 16 tahun. Tak lama kemudian, dia mengubahnya menjadi lapan tahun setelah anak laki-laki membenarkan hal itu. Anaknya mengatakan bahwa dia tahu ayah melakukannya namun tak boleh menghentikannya.-TRIBUNNEWS.COM 

[Pelik] Nenek ini kena denda kerana punggut sampah

Posted: 28 Jan 2011 06:45 PM PST

 Seorang nenek didenda dan diperlakukan seperti penjenayah setelah didenda kerana memungut sampah yang dijatuhkannya. Demikian dilaporkan Daily Mail.

Lesley Apps (64)  ini diancam akan dipenjara jika dia gagal membayar di tempat denda yang dikeluarkan pegawai pemerintah setempat.

Namun, dia menolak membayar kerana dia tidak membuang sampah sembarangan dan dia mengambil sampah ketika itu juga. Dia mengaku sering merasa takut jika tukang tagih datang ke rumahnya meminta wang denda tersebut.

Apps mengatakan dia singgah di kedai setempat untuk membeli sebungkus rokok dan tidak sengaja menjatuhkan pembungkus rokok di jalan. Seorang staf dewan kota mendekatinya ketika dia memungut pembungkus rokok itu. "Meski saya melakukan kebaikan tetap saja saya dikenai hukuman. Seharusnya saya tinggalkan begitu saja sampah itu," katanya.

Kemalangan pelik membabitkan kereta Volkswagen

Posted: 28 Jan 2011 05:40 PM PST

TRURO – Sebuah kereta Volkswagen Polo berada dalam kedudukan mengiring dalam sebuah lubang sedalam 1.8 meter di sini, Britain selepas pemandunya hilang kawalan ketika hendak membuat pusingan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemandu wanita itu melanggar susur jalan dan keretanya berada di dalam lubang tersebut di tingkat bawah tanah sebuah bangunan, baru-baru ini.

Namun, pemandu berkenaan yang merupakan seorang guru berusia 25 tahun, tidak cedera dalam kejadian itu.

Keretanya kemudian dikeluarkan dengan menggunakan sebuah kren. – Agensi

saya petik berita dari kosmo online

Penjara pun kena rompak

Posted: 28 Jan 2011 04:25 PM PST

Sekumpulan penyamun berjaya memecah masuk sebuah penjara di Belanda dan melarikan pelbagai peralatan termasuk peti televisyen milik banduan, ketika pesalah dibawa keluar untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan pada hujung minggu.


Jurucakap pejabat pendakwa raya yang mengesahkan kejadian itu berkata ini adalah rompakan kedua di penjara di bandar Hoorn, 42 kilometer ke timur laut Amsterdam itu, dalam tempoh enam minggu.

"Kami hairan bagaimana sebuah penjara yang dikawal rapi boleh disamun dan tiada tangkapan dibuat pihak polis sehingga kini," katanya.   ~~Reuters

Gurauan-guruan kasar daripada seorang kawan

Posted: 28 Jan 2011 10:01 AM PST

Bergurau itu perkara biasa daripada seorang kawan tetapi
jika kertelaluan itu sudah melampau...













Nak kaya isteri sanggup ikut ritual ada hubungan seks dengan lelaki lain sehingga dapat AIDS

Posted: 28 Jan 2011 09:30 AM PST

Madiun – Maksud hati ingin kaya tapi bukan harta malah penyakit yang datang. Itu yang dialami SM (40) warga Madiun. Dia disyaki mendapati HIV/AIDS setelah mengikuti ritual mencari kekayaan dengan cara berhubungan seks dengan lelaki lain yang bukan suaminya.

SM mengikuti ritual itu di Kawasan Gunung Kemukus, Sragen, Jawa Tengah selama dua tahun lalu. Setiap dua minggu sekali SM dan suaminya mengikuti ritual itu. SM pun berganti-ganti mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain.

Ritual  itu kemudian mempengaruhi keadaan kesihatan SM. SM diduga diserang penyakit mematikan itu. Ketika ini SM dirawat di hospital di Madiun sejak Khamis (27/11/2009). Keadaanya lemah serta mengalami diare dan demam.

Menurut Yudi (30) salah satu anggota NGO mengenai HIV/AIDS LSM Bambu Nusantara Kota
Madiun, informasi ini mereka peroleh dari pengakuan suami SW (49). SW kepada Yudi mengaku kalau istrinya selalu sakit sejak mengikuti ritual itu.


"Pengakuan suaminya kalau SM mengikuti ritual itu dengan bercinta dengan laki-laki bukan suaminya dan itu dilakukan setiap 2 minggu sekali dan selalu berganti-ganti pasangannya. Sejak 2 tahun terakhir mengeluh sering sakit dan badannya semakin kurus," kata Yudi

Yudi mengatakan, SM diketahui terjangkit penyakit itu sejak Khamis lalu setelah dilakukan pemeriksaan doktor pakar di hospital tempatnya dirawat. "Ini diketahui dari hasil pemeriksaan Khamis lalu," katanya.

sumber : blog.maskuncoro.com

[Gila] Buat hubungan seks diatas pentas ketika konsert

Posted: 28 Jan 2011 08:45 AM PST

Satu pasangan Tommy Hol Ellingsen, 28 melakukan hubungan seks dengan kekasihnya Leona Johansson, 21 di atas pentas semasa konsert . Hal ini mereka lakukan sebagai wujud kecintaan mereka dalam melindungi hutan.




kononnya aksi ini dilakukan atas dasar kecintaan mereka kepada hutan
tapi sebenarnya menunjukkan kebodohan mereka...semakin lama semakin
jahil kelakuan manusia....


Agaknya apa perasaan korang bila sakit perut masuk toilet jumpa pulak tandas macam ini

Posted: 28 Jan 2011 07:12 AM PST

image

Tak ke sakit hati dan geram…lansung hilang selera nak sempurnakan hajat…mahu dipecahkan aje
jawapannya….

Sarapan sambil berbasikal

Posted: 28 Jan 2011 06:30 AM PST

Macam-macam idea manusia ini...
sarapan sambil berbasikal...




Gila betul orang kat Dubai ni

Posted: 28 Jan 2011 05:00 AM PST

Betul -betul gila dia orang ni...buang kereta sesuka hati je...
Macam buang sampah aje..kereta mahal tu...










Jangan beli permainan macam ini untuk anak anda

Posted: 28 Jan 2011 04:00 AM PST

Permainan yang berbentuk begini boleh merosakkan pemikiran anak anda...











Proses bedah siasat seorang bayi

Posted: 28 Jan 2011 03:15 AM PST






Satu-satunya cacing yang boleh hidup di lumpur panas gunung berapi

Posted: 28 Jan 2011 02:35 AM PST

Tidak hanya hidup di lumpur panas yang ada di dasar laut, jenis cacing yang baru ditemukan ini juga memiliki rambut api. Tubuhnya tak hanya silinder memanjang seperti cacing biasa, melainkan di salah satu ujungnya terdapat banyak serabut berwarna merah yang bergerak bebas.

Kerana itu cacing yang temuan Ana Hilario dari Universitas Averio Portugal itu akan dinamai Medusa, untuk mengingatkan pada makhluk berambut ular dalam mitologi Yunani. Hilario menemukannya di mendapan lumpur vulkanik di Teluk Cadiz, Sepanyol yang berada di bahagian barat daya Samudera Atlantik.

Lumpur vulkanik yang muncul dari rekahan di dasar laut mengandung methan sehingga menyediakan sumber energi yang melimpah untuk membentuk komunitas kehidupan yang beragam. Dari kawasan tersebut, Hilario dan pasukannya menemukan 20 cacing namun hanya satu yang paling unik.

Cacing yang berukuran kecil tersebut diidentifikasi dalam kelompok yang disebut frenulate. Para ilmuwan belum banyak tahu mengenai cacing jenis ini. Salah satu rahsia alam yang telah diketahui bahawa di dalam tubuhnya terdapat organ khusus yang mengandung bakteria.

Bakteri tersebut membantu menghasilkan senyawa organik yang dibutuhkan cacing tersebut. Tubuh cacing menyerap zat kimia seperti methan melalui permukaan tubuhnya dan meneruskannya ke organ beriisi bakteria untuk diolah.

[Tanggung sendiri] Pemandu kena tahan guna plat ‘surga’

Posted: 28 Jan 2011 01:30 AM PST


gambar hiasan

JAKARTA: Polis menahan seorang pemandu kerana menggunakan nombor plat bermaksud 'syurga' dalam bahasa Indonesia.

Penguat kuasa undang-undang Polis Trafik, Johanson Simamora memberitahu Jakarta Globe semalam, Ali Imron ditahan selepas kereta miliknya memaparkan plat yang dieja 'Surga' walaupun dokumen pendaftaran menunjukkan plet nombor S42641. "Plat berkenaan disusun supaya nombor 4 kelihatan seperti U dan nombor 2 kelihatan seperti R," katanya. – Agensi

sumber : mforum2.cari.com.my

Kerja bodoh dan gila sanggup jahit muka anjing ke mukanya sendiri [mesti lihat]

Posted: 28 Jan 2011 12:45 AM PST


Inilah hasil yang dibuat oleh pemuda ini menjahit muka anjing
kemukanya....Mari kita lihat proses membuatnya dibawah ini...









Buat bebola daging dari daging monyet kerana daging lembu dan ayam mahal

Posted: 27 Jan 2011 11:51 PM PST

Polis Indonesia menahan pasangan suami isteri yang membuat bebola daging daripada daging monyet yang dilindungi.

Mereka dipercayai memburu puluhan monyet Jawa atau dikenali monyet daun perak dari Taman Negara Baluran di timur pulau Jawa, menurut kenyataan kumpulan perlindungan haiwan Profauna.


"Polis menemui 30 kilogram daging, dua senapang dan seekor monyet," kata kenyataan itu.

Pasangan itu mengakui perbuatan berkenaan melanggar undang-undang tetapi memburu monyet itu kerana daging lembu, ayam lebih mahal.   ~~ Agensi

Habis orang gemuk jika model ini berjaya memerintah Romania

Posted: 27 Jan 2011 10:45 PM PST

Seorang model Romania, Sanziana Buruiana mahu menaikkan imej negara itu dengan menubuhkan sebuah parti politik baru khas untuk orang cantik.


Sanziana juga bercita-cita mengenakan cukai kepada penduduk yang mengalami obesiti pada kadar 10 euro (RM40) bagi setiap kilogram melebihi berat badan, lapor akhbar Metro.

Rancangan lain termasuk mengenakan denda kepada mereka yang curang dan memperkenalkan undang-undang hanya model berbikini dibenarkan bekerja sebagai pemandu pelancong bagi meningkatkan populariti Romania sebagai destinasi pelancongan.   ~~ Agensi


sumber : mran3238.wordpress.com

Celebrity News

Celebrity News


Artis dan Pekerja MIG Naungan David Teo Terima Bonus lebih 4 Juta !!!

Posted: 28 Jan 2011 09:38 AM PST

Huh...menang pemurah David Teo ni, beberapa orang kakitangan dan pengarah dibawah naungan MIG menerima rumah dan artis-artis yang banyak memberi sumbangan juga menerima hadiah atau bonus minimum RM5 sorang.


Bertuahnya jika jadi pekerja dan artis bawah naungan David kita ni....Maklum sajalah sepanjang 2010 MIG untung RM42 juta. Dan dalam jumlah kutipan filem Ngangkung dan Adnan sempit memberi pulangan yang lumayan.


Berikut artis yang bernaung dalam MIG




1. Shaheizy Sam
2.Lisa Surihani
3.Farid Kamil
4.Yana Samsuddin
5.Intan Ladyana
6.Fizo Omar
7.Kamal Adli
8. Diana Amir
9.Pierre Andre
10. Angah Raja Lawak
11. Along Cham
12.Fezrul Khan
13. Azad Jazmin
14.Adeline Anthony
15.Aeril Zafril
16. Zul Suphia'an
17.Putri Mardiana
18.Tuah Zoqarnain
19.Mon Ryanti
20.Adey
21.Shahfiez
22.Siti Chubby
23.Alex Yan
24.Boy Iman
25.Shasha Zurazie
26.Sasqia
27.Kamal Faridz
28.Nad Zainal
29.Tasha Aziz
30.Faith Zaki
31.Ery Zukhairi
32.Chloe
33.Ard
34.Azrul Anwar
35.Shima
36.Siti Aziz
37.Mimie Ernida
38.Hidayah Samsuddin
39.Fiffy Natasha
40.Wawa
41.Elmy Moin
42.Arien Yunus

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Naomi ganti Charlize

Posted:

Naomi ganti Charlize

Naomi ganti Charlize


Filem ini dijangka akan memulakan penggambarannya bulan depan dan akan ditayangkan pertengahan tahun 2012.


NAMPAKNYA tuah berpihak kepada aktres jelita, Naomi Watts apabila dia terpilih menggantikan Charlize Theron dalam filem biografi, J Edgar.Theron terpaksa melepaskan tawaran itu kerana dikatakan lebih berminat untuk membawakan watak Evil Queen dalam filem Snow White versi baru yang berjudul Snow White and the Huntsman.

Selaku pengarah, Clint Eastwood nampaknya tidak menunggu masa yang lama untuk menawarkan watak Theron itu kepada Watts.Malah, Watts juga tidak kisah menjadi pilihan kedua kerana dia sememangnya cukup tertarik dengan watak Helen Gandy itu.

J Edgar mengambil kisah kehidupan pengarah FBI, J Edgar Hoover yang akan dibawakan oleh aktor popular, Leonardo DiCaprio.

Watts pula membawakan watak setiausaha yang telah berkhidmat dengan J Edgar selama 54 tahun dan menyimpan segala rahsia majikannya itu sehingga ke akhir hayatnya.

Apabila J Edgar meninggal dunia, Gandy menghabiskan masa berminggu-minggu untuk menghapuskan segala rahsia dan fail sulit yang disimpannya selama berkhidmat dengan J Edgar.Ia termasuklah kisah peribadi J Edgar yang dikatakan mengamalkan gaya hidup sebagai seorang homoseksual dan gemar memakai pakaian wanita.

Selain DiCaprio dan Watts, J Edgar turut dibintangi Josh Lucas, Damon Herriman, Ken Howard, Armie Hammer dan Ed Westwick.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Scha tidak mahu bertunang

Posted:

Scha tidak mahu bertunang

Scha tidak mahu bertunang

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR


Scha harap bergelar isteri sebelum umurnya mencecah 30 tahun.


ADAT orang Melayu, sesebuah gerbang perkahwinan itu akan ditempuh secara berperingkat-peringkat melalui beberapa upacara sampingan.

Bermula dengan majlis merisik, pertunangan dan diakhiri dengan akad nikah, barulah ikatan sah itu dilihat lengkap untuk melayari bahtera perkahwinan yang diharap berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Namun bagi aktres yang mencipta populariti menerusi drama rantaian Awan Dania, Scha Alyahya, 28, dia lebih suka jika tidak melalui semua peringkat tersebut kerana ia meremehkan.

Tuturnya, kalau mengikut kehendaknya dan keluarga, memadailah sekiranya masjid yang hendak dibina itu 'melompat' terus ke upacara akad nikah.

"Jika diberi pilihan, itulah jalan yang saya ambil. Namun untuk melangkah ke gerbang perkahwinan, keputusan yang dicapai mestilah sepakat.

"Jadi, saya akur dengan kehendak keluarga pasangan saya yang menginginkan hubungan cinta kami diikat mengikut adat dan tradisi," cerita Scha mengenai hubungannya bersama pengacara dan pelakon popular, Awal Ashaari, 30.

Tatkala ditebak pertanyaan bilakah tanggal keramat untuk kedua-dua selebriti itu bergelar raja sehari, Scha menjawab, ketentuan jodoh ditentukan Yang Maha Esa.

Tambahnya, jika Allah SWT mengizinkan mereka menjadi pasangan suami isteri, jodoh itu tidak akan ke mana.

"Hubungan kami memang serius, malah kami juga pernah berborak tentang perkahwinan termasuklah perbincangan bersama keluarga.

"Nampak gayanya, belum lagi ada kata putus memandangkan kami berdua terlalu sibuk dengan kerja masing-masing.

"Kalau boleh, saya mahu menamatkan zaman bujang sebelum mencecah usia 30 tahun," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Carefree Girl Bebaskan Bakatmu di Sunway Giza, Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Dunia artis realiti

Posted: 27 Jan 2011 12:40 PM PST

Hip

Adam mahu fokus kembali bidang nyanyian supaya tidak dilupakan peminat

SEJAK kehadiran Shahir, Akim, Hafiz dan ramai lagi penyanyi lelaki lebih muda daripada program realiti Akademi Fantasia (AF), nama Adam AF2 yang satu ketika dulu menjadi sebutan ramai peminat, terutama gadis remaja, seperti semakin dilupakan.

Kelibatnya dalam dunia muzik seakan-akan kian tenggelam, hinggakan namanya tercicir daripada senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), walhal satu ketika dulu, penyanyi yang popular dengan lagu Benar-Benar dan Joget Lambak ini antara yang terkuat di kalangan calon Penyanyi Lelaki Popular. Ketika berkunjung ke Balai Berita dengan ditemani dua artis naungannya, kumpulan Bad Boys dan penyanyi solo wanita Shima, baru-baru ini, jejaka berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu tidak langsung menunjukkan riak terkejut dengan keciciran namanya daripada senarai calon akhir ABPBH 2010. Lagi pun katanya, ia bukanlah kali pertama dirinya berdepan situasi sedemikian.

"Sepanjang enam tahun bergelar artis rakaman, tiga kali juga nama saya tercicir daripada senarai pencalonan. Jadi saya tidaklah begitu terkejut apabila gagal menempatkan diri dalam senarai anugerah itu sekali lagi pada tahun ini.

"Bagi saya anugerah seperti ini 'bermusim'. Maksud saya, apabila munculnya nama-nama baru, biasanya mereka inilah yang akan menjadi perhatian. Saya perhatikan, lazimnya wajah baru yang dilahirkan daripada AF pasti tidak akan ketinggalan daripada dicalonkan, contohnya seperti Shahir.

"Mungkin salah saya juga kerana terlalu memberikan fokus kepada bidang lakonan pada tahun lalu, sehingga kurang mengambil berat pasal nyanyian. Sedangkan, semua orang tahu minat utama saya masih lagi bidang muzik. Memandangkan tiada lagu baru, stesen radio hanya memutarkan lagu lama saya. Apabila tiadanya produk baru, secara automatik nama saya tiada dalam senarai pencalonan. Jadi tahun ini, rancangan saya mahu kembali aktif dalam dunia nyanyian," katanya yang akan melancarkan album baru pada Februari ini.
Hakikatnya, jejaka yang pernah membintangi filem Main Main Cinta dan Cinta Fotokopi ini turut kencang mengusahakan syarikatnya sendiri, di samping ligat meneruskan langkah sebagai penyanyi. Lebih membanggakan, menerusi syarikatnya Aico Empire Group, Adam membuktikan kebolehannya dalam penciptaan dan penulisan lagu. Tidak hanya menulis lagu untuk album sendiri, jejaka berusia 28 tahun itu turut menyumbangkan ilham untuk dua artis naungannya.

Biarpun namanya mungkin sedikit sepi sejak kebelakangan ini, namun anak sulung daripada empat adik-beradik ini mempunyai visi yang jelas dalam kerjaya seninya. Kejayaan idolanya, trio adik beradik KRU - Norman, Yusry dan Edry - dalam bidang hiburan dan perniagaan memberi inspirasi buat Adam untuk memiliki syarikatnya sendiri, seterusnya mencipta kejayaan seperti artis pujaannya.

"Selepas empat tahun menjadi penyanyi, saya mula terfikir perlu memiliki jenama sendiri. Maka tertubuh syarikat ini, Aico Empire Group. Bagi saya, seseorang itu tidak perlu menunggu sehingga sudah lanjut usia untuk mereka miliki syarikat. Ketika kudrat kita masih kuat, saat itulah yang terbaik untuk kita mengejar impian.

"Saya sememangnya menjadikan adik-beradik KRU sebagai inspirasi. Walaupun mereka masih muda, KRU berjaya memiliki syarikat sendiri, malah berjaya mengetengahkan ramai artis baru yang dikenali ramai di bawah jenama mereka," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya apakah dia cuba membela nasib artis senegeri, apabila mengambil Bad Boys yang juga berasal dari Sabah, sebagai artis naungannya, jejaka yang lebih terarah kepada muzik pop dan tarian ini menafikan tanggapan sedemikian.

Kata Adam, dia menawarkan kumpulan itu untuk bernaung di bawah labelnya mengenangkan industri muzik tanah air ketika ini yang ketandusan 'boy band'. Apatah lagi dia sudah pun mengenali kumpulan yang ditubuhkan sejak 2008 itu ketika di Sabah lagi.

"Saya tertarik untuk mengambil mereka kerana kebolehan Bad Boys menari dan menyanyi dengan baik," jelas Adam mengenai kumpulan yang kini hanya mempunyai tiga anggota, Rayndra Jubidi, 22; Eryande Sahat, 26 dan Mailin Antikoh, 22.

Anjur konsert di Sabah

SELAIN memiliki syarikat sendiri, Adam nampaknya mengorak setapak lagi langkah ke depan apabila berani menanggung risiko menganjurkan konsert dengan menggunakan bajet sendiri.

Konsert solo pertamanya yang dinamakan Adam Borneo Tour itu akan diadakan sekitar Mac ini dengan lokasi pertamanya di Semporna, Sabah.

Di samping konsert sulung itu, Adam turut merencanakan persembahan di 13 lokasi lain di negeri berkenaan. Penyanyi itu memilih negeri kelahirannya sebagai destinasi persinggahan konsertnya kerana ramai penyokongnya datang dari negeri terbabit.

Namun katanya, sebagai permulaan, konsert berkenaan tidaklah diadakan pada skala besar-besaran. Sebaliknya ia akan dianjurkan dalam dewan yang mampu memuatkan antara dua hingga tiga ribu penonton saja.

"Saya mengambil inisiatif menganjurkan konsert sendiri bukan untuk menunjuk-nunjuk. Tetapi, ia lebih kepada tanda penghargaan buat peminat yang selama ini menyokong kerjaya seni saya. Konsert ini memang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat saya tetapi jika ada yang berminat untuk menaja, tentu sekali amat saya alu-alukan," ujarnya.

Kata Adam, pada konsert terbabit, dia akan menyanyikan kira-kira 20 lagu daripada empat albumnya, termasuk album terbaru yang dihasilkan sendiri olehnya.

"Konsert itu nanti juga akan menampilkan dua artis naungan saya, Bad Boys dan Shima. Inilah masanya untuk saya memperkenalkan dua artis baru ini kepada peminat. Tiket untuk menyaksikan konsert saya juga dijual pada harga berpatutan iaitu antara RM 10 hingga RM 100.

"Insya-Allah jika konsert ini turut mendapat permintaan daripada penganjur atau peminat di Semenanjung, saya pasti mempertimbangkannya," kata Adam.

  • Nama: Mohd Aizam Mat Saman
  • Tarikh lahir: 19 September 1983
  • Asal: Kota Kinabalu, Sabah
  • Genre: Pop, Tarian
  • Profesion: Penyanyi, Pelakon, Komposer, Pengarah
  • Kebolehan dalam muzik: Vokal, Tarian, Gitar, Dram
  • Tahun aktif: 2004 hingga sekarang
  • Label: KRU Studios
  • Album studio: Adam (2005), Adam II (2007), Adam III (2008), Adam IV (2011)
  • Drama: Akademi (2004), Ejen 016 (2006), Pria (2007), Wira Malam (2009), Hotel Mania (2010)
  • Filem: Cinta Fotokopi (2005), Main-Main Cinta (2006), Diva (2007).
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    KJ bintangi Beret Hijau

    Posted: 27 Jan 2011 12:34 PM PST

    Hip

    AHMAD ZAHID ( berdiri enam dari kiri ) bersama penerbit dan pelakon drama Beret Hijau. Turut
kelihatan, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin (berdiri lima dari kiri). Gambar bawah, PELAKON yang membintangi drama Bersiri Beret Hijau pada majlis pelancarannya di Bidor Kopitiam, Cheras.

    AHMAD ZAHID ( berdiri enam dari kiri ) bersama penerbit dan pelakon drama Beret Hijau. Turut kelihatan, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin (berdiri lima dari kiri). Gambar bawah, PELAKON yang membintangi drama Bersiri Beret Hijau pada majlis pelancarannya di Bidor Kopitiam, Cheras.

    Memegang peranan sebagai Kapten dalam drama berlatarkan angkatan tentera

    TANPA disangka-sangka, drama bersiri 13 episod Beret Hijau mendapat permintaan istimewa daripada VIP yang menawarkan diri untuk membuat penampilan khas sebagai barisan pelakonnya.

    Tawaran yang dibuat menerusi panggilan telefon daripada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin (KJ) untuk sama-sama terbabit dalam drama ini sudah tentu mengejutkan penerbitnya, Den Wahab. Drama terbitan terbitan Global Network Entertainment Sdn Bhd (GNE) dengan kerjasama Kementerian Pertahanan itu kini sedang dalam penggambaran di Kem Sungai Udang, Melaka sehingga penghujung Mac depan.

    Ketika mengesahkan perkara ini, Den berkata, dia memang sangat berbesar hati apabila Khairy menunjukkan minat mendalam untuk terbabit dalam drama Beret Hijau.

    "Agak mengejutkan apabila saya diberitahu oleh seseorang beliau (Khairy) menyatakan minat untuk terbabit dalam drama ini. Saya terus menghubungi beliau untuk mendengar sendiri daripada mulutnya dan dia memang mengakui berminat untuk berlakon dalam Beret Hijau.

    "Tanpa berlengah saya terus mendapatkan penulis skrip untuk melihat watak yang sesuai bakal dibawa nanti. Beliau (Khairy) akan membawakan watak sebagai Kapten yang berpangkalan di Markas Tentera Darat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membabitkan sekurang-kurangnya empat babak.
    "Walaupun peranannya tidak besar namun kami cukup berbesar hati kerana dengan pembabitan beliau di dalam drama ini sekurang-kurangnya dapat menarik minat remaja memilih bidang ketenteraan sebagai kerjaya mereka," katanya.

    Mengulas lanjut mengenai Beret Hijau, Den berkata, drama terbitannya itu mendapat kerjasama daripada Kementerian Pertahanan, lebih-lebih kerana ia memerlukan penggunaan pelbagai peralatan canggih dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    "Alhamdulillah saya lega apabila drama yang biasanya memakan belanja yang besar ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ATM. Tanpa kerjasama ini sudah tentu kami berhadapan kesukaran untuk menjalani penggambaran ini. Apa saya keperluan yang diperlukan di dalam penggambaran ini sedia mendapat kerjasama daripada ATM jadi ia memudahkan perjalanan kerja kami.

    "Kita dibekalkan dengan pelbagai peralatan canggih tentera seperti M16, Pump Gun Auto, trak tentera, helikopter, pesawat tentera, bot tempur, land rover grenade louncher, pisau komando, sniper, bom asap dan ambulan perisai.

    "Drama yang banyak memaparkan imej ketenteraan ini diharap menjadi usaha meningkatkan minat orang ramai menyertai ATM," katanya.

    Hadir sama pada majlis pelancaran drama Beret Hijau, Menteri Pertahanan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifli Mohd Zin.

    Bantuan percuma tapi bersyarat

    Kementerian Pertahanan sedia bekerjasama dengan mana-mana syarikat penerbitan dalam usaha menerbitkan lebih banyak drama atau filem bercorak ketenteraan bertujuan membantu meningkatkan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    Ahmad Zahid berkata, bantuan yang diberikan bukan saja dalam aspek khidmat nasihat, malah membabitkan aspek teknikal seperti penggunaan aset ketenteraan termasuk lokasi bagi tujuan penggambaran.

    "Aset yang digunakan dalam penggambaran drama ini sama ada aset boleh nampak dan tidak boleh nampak memang sukar untuk diperoleh dan tentu memerlukan bayaran yang banyak untuk menampungnya.

    "Buat masa ini belum ada ada mana-mana angkatan tentera di negara lain yang akan memberikan secara percuma untuk penerbitan filem atau drama, atas sebab ATM bermurah hati, aset ini diberikan dengan percuma tetapi bersyarat, ia harus memberikan gambaran terbaik kepada ATM.

    "Salah satu usaha penjenamaan semula ialah melalui ATM ke mata rakyat melalui media massa seperti iklan, dokumentari, drama dan filem. Pendedahan aktiviti profesional yang ada dalam ATM melalui olahan, penceritaan dan penggunaan peralatan canggih yang ada di dalam tentera seperti kereta kebal, kereta perisai, kapal terbang dan helikopter dapat membantu mencapai matlamat ini," katanya.

    Ahmad Zahid juga berharap dengan pendedahan kisah komando yang bakal dipaparkan menerusi drama terbitan Global Network Entertainment Sdn Bhd, Beret Hijau ini, generasi muda lebih berminat untuk menganggotai ATM.

    "Sebelum ini industri perfileman dan penerbitan drama tidak ketinggalan menyajikan pelbagai pengisian cerita ketenteraan dengan membentuk episod darurat. Jarang sekali pengisiannya menggambarkan kehidupan masyarakat yang hidup dalam keadaan aman," katanya yang turut menyatakan ATM akan memantau kualiti drama ini dari masa ke semasa.

    Drama Beret Hijau turut dibintangi barisan pelakon seperti Iqbal Mazlan (Pilih Kasih) sebagai Haziq, Azie Yahya (Sarjan Aishah), Chomell Fana (Amirah), Hasnul Rahmat (Soleh), Aman Graseka (Abu Farsi) dan Kuswadinata (Pak Ali).


    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com

    Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com


    Awal Ashaari Kahwin Bukan Untuk Elak Dicop Gay

    Posted: 27 Jan 2011 04:20 PM PST

    Artis lelaki pujaan para gadis kini dilanda kontroversi apabila dicop gay. Betulke Awal Ashaari gay? Mungkin ramai yang berpandangan macam tu sebab gaya maskulin dia.

    Mat Kepoh pasti yang Mat Kepoh bukan gay. Tapi Mat Kepoh rasa Awal pun bukan gay. Ada mulut orang berkata Awal rancang nak kahwin sebab dah ramai tahu dia gay.

    Biar betikkk!! Namun Awal Ashaari menafikan sekeras-kerasnya khabar angin tersebut. Kalau tak percaya, boleh tanya buah hatinya Scha Alyahya.

    Memang Awal ada merancang untuk berkahwin pada umur 30 tahun, tapi biarlah waktu tersebut datang sendiri. Dia akan mengumumkan perkara baik itu bila sudah ebrsedia nanti.

    Related Posts with Thumbnails

    Tags: , , , , , , ,

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    AC Mizal Kembali Aktif Dalam Karier Seni Hiburan

    Posted: 27 Jan 2011 03:53 PM PST

    ac mizal

    Taukey besar ni nampaknya tak boleh lari daripada bidang seni. Walau sibuk macam mana pun AC Mizal dengan perniagaannya, dia tidak akan lupa industri yang pernah naikkan dia dulu.

    AC Mizal kini bersama-sama menjayakan Teater Muzikal Tun Mahathir 2 dan muncul sebagai Aziz. Apa-apa pun perniagaannya masih lagi berjalan seperti biasa.

    Selain daripada teater muzikal ni, pihak Astro pun ada menawarkan peluang kepada AC Mizal untuk mengacarakan beberapa program baru di Astro. Namun dia masih tidak pasti program apa.

    Jangan lupa, AC Mizal sekarang sudah bergelar Datuk pun masih bergiat dalam seni.

    Related Posts with Thumbnails

    Tags: , , , , ,

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    :: MYARTIS.COM ::

    :: MYARTIS.COM ::


    ARTIS BARU AQUILA EMAS..

    Posted: 28 Jan 2011 03:32 AM PST

    KUALA LUMPUR: Agensi pengurusan artis serta perunding pembangunan dan pemasaran bakat Aquila Emas telah mengadakan majlis memperkenalkan artis-artis dibawah naungannya untuk sesi 2011 yang diadakan di Bangkok Connexion, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

    Mereka adalah Ainul Aishah, Airis Yasmin, Amar Delon, Hafiz Halim, Hafidzuddin Fazil, Tengku Adrian, Tony Eusoff, Zed Zaidi, Zizan Nin dan yang terkini adalah Qimi Bakri.

    Menurut Pengarah Urusan Aquila Emas, En Syarizan Md Isa beliau amat berpuas hati dengan pencapaian peribadi setiap artisnya sepanjang tahun 2010.

    "Artis Aquila Emas telah melangkah ke satu peringkat yang lebih baik dimana pelakon terkenal seperti Ainul Aishah kini boleh menulis lirik dan menjadi komposer melalui dua single yang dilancarkannya pada tahun lalu, manakala Tony Eusoff pula sedang giat menjalani latihan teater muzikal 'Terima Kasih Cinta' yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada Februari 2011. Ini menunjukkan perubahan positif terhadap kerjaya mereka yang selama ini hanya tertumpu pada bidang lakonan sahaja."

    "Manakala artis Aquila Emas yang lain seperti Zed Zaidi telah berjaya mengembangkan perniagaannya dengan membuka francais Papa Rich di Heritage Row, pelakon dan pengacara Zizan Nin juga telah melangkah ke dunia teater dan kembali ke layar perak, manakala Diana Johor pula telah menerbitkan drama untuk siaran TV3" menurutnya lagi.

    "Bagi tahun 2011, artis Amar Delon telah diberi kepercayaan oleh pihak Tall Order Production untuk mengarah, menulis skrip dan berlakon untuk drama rantaian RTM akan datang. Beliau juga terlibat dalam penggambaran filem 'Chow Kit' terbitan Primeworks Studios yang turut melibatkan artis Aquila Emas yang lain seperti Airis Yasmin, Lana Nodin dan Yasmin Hani" katanya lagi.

    Aquila Emas juga mempunyai agenda tersendiri untuk tahun 2011. Dengan berbekalkan pengalaman menguruskan artis semenjak beberapa tahun lalu, Aquila Emas ingin bergiat aktif dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan bagi memupuk nilai-nilai positif di kalangan masyarakat. Antara aktiviti kemasyarakatan yang telah dianjurkan dan disertainya adalah Kempen Menderma Darah 1 Komuniti Ke 1 Komuniti serta kempen 10,000 Expression of Green KL baru – baru ini.

    Menurut Tony Eusoff, beliau amat berpuas hati dengan pengurusan Aquila Emas yang banyak membantu serta memberi khidmat nasihat dalam karier seninya. Manakala bagi pelakon Zizan Nin yang merupakan artis terawal menyertai Aquila Emas berkata beliau sangat menghargai pengurusan Aquila Emas yang telah memantau perkembangan kerjayanya sejak beberapa tahun yang lalu. Malah Ainul Aishah serta Zed Zaidi turut bersetuju agar lebih ramai artis menyertai Aquila Emas untuk pengurusan kerjaya seni yang lebih professional dan berwawasan.

    Turut hadir ke majlis tersebut adalah rakan media, ahli Celeb Nexus, rakan media sosial Facebook dan Twitter serta rakan penaja. Majlis turut diserikan dengan persembahan artis Aquila Emas.


    Klik untuk imej besar...


    Dari kiri : Pengarah Urusan Aquila Emas, En Syarizan Md Isa, Tony Eusoff, Hafidzuddin Fazil, Amar Delon, Airis Yasmin, Hafiz Halim, Zizan Nin dan Qimi Bakri.


    Dari kiri : Pengarah Urusan Aquila Emas, En Syarizan Md Isa, Amar Delon, Hafiz Halim, Airis Yasmin, Hafidzuddin Fazil, Zizan Nin, Qimi Bakri dan Tony Eusoff


    Dari kiri : Encik Azman Idris, CEO Yayasan Muamalat Belia dan En Syarizan Md Isa, Pengarah Urusan Aquila Emas bersalaman memnandakan YMB menjadi 'Rakan Komuniti' untuk Celeb Nexus Premium Community.

    Berita ini disediakan oleh:
    Siti Shahidah, Brand Communication Exec aquila emas sdn bhd


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2011

    NOH TUNAI UMRAH...

    Posted: 28 Jan 2011 03:22 AM PST

    Meskipun sibuk untuk rancangan Mentor musim kelima, Noh Hujan masih sempat menjalani ibadat Umrah. Tunang kepada Mizz Nina itu berada di Tanah Suci kira-kira seminggu dan tiba di KLIA pada hari uji bakat mencari protegenya 22 Januari lalu di Sri Pentas.

    Dengan hanya memakai baju Melayu dan berkopiah tanpa sempat menukar pakaian, Noh bergegas sebaik tiba ke lapangan terbang menuju lokasi uji bakat. Alhamdulillah... Moga Noh akan terus bijak membahagikan masa antara bidang seni dan suruhan agama.



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2011

    - Blog Hanz -

    - Blog Hanz -


    Gigi bercahaya jadi trend di Jepun

    Posted: 27 Jan 2011 10:04 AM PST




    SEJUMLAH orang memakai lampu bercahaya pada gigi yang kini menjadi trend di Jepun.

    TOKYO - Senyuman yang bersinar kini menjadi trend terbaru di Jepun dengan pemakaian lampu pancaran diod (LED) pada gigi, lapor sebuah akhbar semalam.

    Trend itu yang popular dalam kalangan remaja, melibatkan barisan lampu LED dilekatkan pada gigi seperti pemakaian pendakap gigi.

    Gigi yang dipakaikan dengan lampu LED itu akan bercahaya setiap kali pemakainya membuka mulut.

    Produk itu boleh digunakan bersama komputer bimbit yang boleh mengubah cahaya pada lampu tersebut daripada hijau kepada merah atau menjadikannya berkelip-kelip. - Agensi