Adsense

Rabu, 26 Januari 2011

borak kosong

borak kosong


[Kerja gila] Buat patung daripada 4.5 liter darah sendiri

Posted: 26 Jan 2011 09:00 PM PST


Seorang seniman Marc Quinn menggunakan darahnya sendiri untuk membuat patung kepala berdarah manusia yang bertajuk "Self". Fakta, ini patung menyeramkan adalah dari bentuk kepala  Marc Quinn sendiri yang dbuat daripada 4,5 liter darah beku.Darah itu adalah darahnya sendiri.
Darah diambil dari tubuh sendiri selama lima bulan. Karya ini kemudian diulang setiap lima tahun untuk menjaga kecantikkan patung daripada seniman pelik ini.

Lelaki minta perlindungan polis kerana isterinya kuat seks

Posted: 26 Jan 2011 08:25 PM PST

Bernafsu besar betul isteri lelaki ini sampai lakinya
dah tak larat nak melayan..
saya petik dari kosmo online

gambar hiasan
BERLIN, Jerman - Seorang lelaki Turki yang menetap di Jerman mendapatkan perlindungan polis kerana isterinya yang kerap meminta melakukan hubungan seks, kata polis semalam.

Menurut polis, lelaki itu datang ke sebuah balai polis di barat daya Jerman pada Selasa lalu.

Lelaki itu berkata, dia telah tidur selama empat tahun di sofa untuk mengelak daripada tuntutan daripada isteri yang mahu melakukan seks.

Isterinya itu telah dikahwini selama 18 tahun.

Dia mempunyai dua orang anak hasil daripada perkahwinannya itu.

"Sekarang, dia bercadang untuk bercerai dengan isterinya itu dan keluar dari rumah dengan harapan dia pergi ke tempat kerja dalam keadaan yang cergas sepenuhnya.

"Ketika itu, tindakannya mahu keluar dari rumah mustahil dilakukan kerana isterinya sering datang ke ruang tamu meminta dia melaksanakan tugas perkahwinan (seks) sehingga membuatkan dia meminta pertolongan polis untuk mendapatkan tidur pada waktu malam," menurut polis. - AFP

Sanggup tatu di kemaluannya demi untuk dapatkan sebuah kereta Mini Cooper

Posted: 26 Jan 2011 07:35 PM PST

Berani sungguh lelaki ini,sanggup melakukan pekara bahaya
ini semata-mata untuk sebuah mini cooper...saya petik dari
kosmo online

RAUT wajah Andreas Muller yang menunjukkan dia mengalami kesakitan akibat tatu di kemaluannya.

BERLIN - Seorang pemuda Jerman berusia 39 tahun, Andreas Muller akan memperoleh sebuah kereta Mini Cooper kerana membuat tatu perkataan mini pada kemaluannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia membuat keputusan untuk membuat tatu yang menyakitkan di bahagian kemaluan bagi menyertai pertandingan anjuran sebuah stesen radio baru-baru ini.

Perbuatan Muller itu menyebabkan dia menduduki carta teratas dalam senarai tatu paling pelik.

Menurut salah seorang jurucakap penganjur, terdapat banyak aksi tatu pelik yang dikemukakan oleh pendengar.

Namun, Muller memenangi pertandingan selepas para pendengar mendengar jeritannya kerana sakit semasa tatu perkataan mini itu dibuat. 

Muller mendakwa kesakitan itu berbaloi kerana dia akan duduk di dalam kereta Mini Cooper yang bakal dimenanginya. - Agensi

BEN ASHAARI BLOG

Posted: 26 Jan 2011 07:32 PM PST


blog ini diupdatekan setiap selam sekali dan entri keseluruhan
telah berjumlah sebanyak 3963 entri...

memang cukup berminat berada dalam blog list BEN ASHAARI
KERANA blog ben mempunyai ramai pembaca dan disitulah juga
saya dapat mempromosikan blog saya dan secara jujur
traffik akan bertambah...

Dan bila blog saya dah popular saya juga akan sama-sama
meletakkan bloglist mereka yang berminat dan membantu  blogger
baru dalam mengharungi dunia blog ini (sekadar termampu kerana masih belajar lagi)

Guru buat projek dengan murid di taman

Posted: 26 Jan 2011 06:35 PM PST

Lagi kelakuan tak senonoh seorang guru dengan murid...
tertangkap di sebuah taman....
saya petik dari kosmo online

LOVELAND, Amerika Syarikat (AS) - Seorang guru, Courtney Bowles, 31, ditangkap pada minggu lepas kerana dia mengaku melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar sekolah tinggi berumur 16 tahun di sebuah taman, lapor agensi berita 7NEWS kelmarin. 

Seorang pegawai polis Sharon Hopkins yang sedang meronda di Taman Tasik North pada Jumaat malam mendekati kereta Bowles di sebuah tempat letak kereta,

"Semasa saya menghampiri kereta itu, saya melihat seorang lelaki dan wanita berbogel di bahagian belakang kereta.

"Wanita yang berada di atas lelaki itu terus bangun apabila melihat lampu suluh yang dinyalakan ke arahnya dalam kereta itu," katanya.

Selepas berpakaian, Bowles mengaku telah melakukan seks. 

Bowles diarahkan oleh mahkamah untuk tidak menghampiri sesiapa sahaja yang berumur di bawah 18 tahun termasuk dua anaknya selain tidak boleh berada hampir di sekolahnya serta menghubungi remaja lelaki itu. 

Guru itu dibebaskan dengan ikat jamin AS$50,000 (RM152,544) dan akan dihadapkan ke mahkamah pada minggu depan. - Agensi

Tumpang kaki kiri di kaki kanan supaya salur darah tidak rosak

Posted: 26 Jan 2011 05:40 PM PST

Berkorban apa saja..asalkan kakinya dapat diselamatkan...
beginilah nasib seorang lelaki yang mendapat kemalangan....saya
petik dari myMetro

BEIJING: Demi menyelamatkan kaki kiri seorang lelaki yang cedera akibat kemalangan, doktor di sebuah hospital di China mengambil keputusan menjahit kaki berkenaan ke kaki kanannya untuk sementara sebelum mencantumkannya semula tidak lama lagi.

Menurut jurucakap hospital itu, lelaki itu - hanya dikenali sebagai Ma - terbabit dalam kemalangan di tempat kerja dua minggu lalu. 

Katanya, insiden itu menyebabkan kaki kiri Ma rosak teruk dan mengalami jangkitan kuman. 

"Jika dibiarkan, kemungkinan besar kaki kiri Ma terpaksa dipotong," katanya. 

ELAK SALUR DARAH ROSAK...doktor memperkemaskan balutan pada kaki kanan Ma selepas disambung dengan kaki kirinya yang cedera sebelum pembedahan membetulkan kaki itu dilakukan tidak lama lagi.

Bagi menyelamatkan Ma, kata jurucakap itu, pasukan perubatan hospital membuat keputusan radikal - memotong kaki kiri Ma. 

Kaki itu kemudian dijahit ke kaki kanan untuk sementara waktu bagi memastikan salur darah serta otot Ma tidak rosak. 

"Pembedahan bagi menyambung semula kaki kiri Ma dijangka dibuat dalam tempoh sebulan," katanya. - TS

Lelaki boleh buat mie sepanjang 2.852m

Posted: 26 Jan 2011 04:25 PM PST

Li Enhai, seorang juru masak berbakat dari China, telah mencipta namanya  di Guinness Book of Records setelah membuat mee sepanjang 2.852 meter, dengan hanya satu kilogram tepung. Dalam gambar, anda dapat menyaksikan mee nya peregangan teknik, pada pembukaan hotel, di Keshikten, China utara.



Inilah akibat ganggu ketenteraman kuda

Posted: 26 Jan 2011 10:01 AM PST


LETAK MAKLUMAT IKLAN

[Pelik] Ada bus stop yang boleh beritahu berat badan kita

Posted: 26 Jan 2011 09:30 AM PST

Ada bus stop yang unik di luar sana. Sambil menunggu bas, kita boleh tahu berapa berat badan kita. Sudah tentu tanpa ada yang duduk maka angka disitu adalah 0 kg. Seperti gambar di bawah ini....

:
:
:
:


:
:
:
:

 Jika ada yang duduk maka akan tertera di billboardnya berapa berat badan kita yang sebenarnya. Ini adalah kreatifiti dari iklan di luar sana. So sesiapa yang punya berat badan yang berat..baiknya jangan duduk di bus stop ini.....
:
:
:

Wow!! jatuh dari tingkat 23 menimpa teksi tetapi wanita Argentina ini selamat

Posted: 26 Jan 2011 08:25 AM PST

Seorang wanita muda selamat setelah jatuh dari tingkat 23 sebuah hotel di ibukota Argentina, Buenos Aires. Ketika jatuh, tubuh wanita tersebut menimpa sebuah taksi yang sedang parking dekat dengan hotel.


Seperti ditulis CBS News, Selasa (25/1/2011), tubuh wanita malang tersebut jatuh tepat di kaca depan kereta hingga menyebabkan kaca pecah. Pemandu teksi sudah keluar ketika insiden itu berlaku.

Saksi  mengatakan, wanita tersebut memanjat penghalang keselamatan dan melompat dari sebuah restoran di bahagian atas Hotel Crown Plaza Panamericano.

Ketika ini wanita berusia 20 tahun tersebut sedang menjalani rawatan intensif untuk merawat beberapa luka.

Sementara pemandu taksi, yang disebut oleh media lokal bernama Miguel, mengatakan, dia keluar kendaraannya setelah melihat seorang polis mendongak ke atas.


"Aku turun dari kereta beberapa saat sebelum wanita itu jatuh. Jika aku tidak keluar, aku akan terbunuh," katanya.

"Saya hanya 10 meter dari lokasi, suaranya mengerikan," tambahnya.

Hotel Crown Plaza Panamericano adalah salah satu landmark yang paling dikenal di Buenos Aires. (anw/Ari)

Hebatnya lelaki lumpuh ini

Posted: 26 Jan 2011 07:35 AM PST

Seorang lelaki lumpuh berasal dari Merseyside, yang menjadi sukarelawan di Bangladesh, berusaha mengumpulkan dana dengan berjalan sejauh lima ribu km.

Peter Donnelly (24), lelaki yang menggunakan kerusi roda ini, akan menggunakan bus, kereta dan kapal feri untuk melakukan perjalanan sejauh lima ribu km menuju St Helens.

Dia cuba mengumpulkan dana bagi Pusat Rehabilitasi Kelumpuhan (CRP) di Dhaka di mana dia menjadi sukarelawan selama empat bulan lalu.

Donnelly mengalami kemalangan ketika menaiki motor dan tulang belakangnya hancur pada ketikat berusia 19 tahun.

CRP membantu orang-orang seperti Donnelly dan membantu mereka untuk rehabilitasi.

Donnelly merancang untuk singgah di14 negara termasuk Nepal, China, Russia, Jerman dan Perancis, hingga perjalanannya berakhir di England.

"Alasan saya melakukan ini agar saya boleh mengumpulkan dana bagi CRP, yang membuat pekerjaan mengagumkan bagi negara miskin di dunia ini," ujarnya.

"Ketika orang-orang melihat orang lumpuh berada di depannya mereka akan memahami kesulitan yang kami hadapi dan berusaha untuk menyesuaikannya," katanya lagi.

[Gila] Minuman mengandungi ganja akan dilancarkan

Posted: 26 Jan 2011 06:30 AM PST

Seorang pengusaha yang berasal dari California, AS, merancang akan memasarkan minuman ringan yang mengandung ganja.

Clay Butler mengatakan dia merancang akan memasarkan minuman ringan yang mengandung ganja.

Minuman ganja sudah mula muncul, tapi dia mengatakan bahawa minuman miliknya akan menjadi terkenal.

Dia juga mahu  membuat minuman dengan berbagai rasa lainnya. Minuman tersebut akan dijual  dengan harga USD10 hingga USD15.

Pengusaha muda dari Soquel ini mengatakan bahawa dia tidak memproduksi ubat-ubatan atau ganja medis untuk segala penyakit.- Associated Press,

Aksi menyelamatkan budak yang jatuh dari platform keretapi

Posted: 26 Jan 2011 05:45 AM PST

Kejadian ini berlaku di Stesen Kereta Api Beijing, Beijing, keretapi itu menuju ke Mudanjiangt.Seorang budak kecil jatuh ke celah dalam platform dan kereta api. Selepas 2 minit akhirnya anak kecil itu dapat diselamatkan.







Detik kematian seorang pekerja yang berusaha keluar dari tumpahan minyak

Posted: 26 Jan 2011 04:02 AM PST


















Ini kerja bodoh ke apa?

Posted: 26 Jan 2011 03:45 AM PST



LETAK MAKLUMAT IKLAN

[Gila] Baru 21 tahun sudah ada 30 kereta mewah

Posted: 26 Jan 2011 02:30 AM PST

Riyadh –Seorang pemuda yang baru berusia 21 tahun ini yang sudah mampu menyimpan sekitar 30 kereta mewah yang mahal di garaj rumahnya.

Mahasiswa bernama Dhiaa Al-Essa ini memiliki koleksi 30 kereta mewah yang antara lain terdiri dari 4 Ferrari, 5 Porsche, 3 Lamborghini, 2 Rolls-Royce dan sebuah Mercedes SLR McLaren.


Dan gilanya lagi, Dhiaa Al-Essa ternyata belum puas dan memesan sebuah Koenigsegg Agera lengkap dengan sebuah kunci berbahan emas dan sebuah Bugatti Veyron untuk ulang tahunnya yang ke-22.


Tapi tentu saja, semua koleksi itu dibeli bukan dari duit poketnya sendiri, melainkan dari poket ayahnya yang memang seorang taipan minyak.Semua koleksi peribadi si anak kaya ini pun memiliki plat nomor 070 .

Dhiaa Al-Essa pun kerap kali  terbang ke London, Montreal, Las Vegas hingga New York di musim panas hanya untuk berjalan-jalan memandu koleksinya ini.

"Aku cinta kecepatan tapi di Arab Saudi batas kecepatan hanya 120 km per jam, itu sangat pelahan. Ketika Bugatti tiba saya berharap untuk membawanya ke Jerman dimana Anda dapat memandu selaju yang mungkin," tutur Al-Essa.

"Mercedes McLaren SLR adalah kesukaan. Saya suka tampilannya dan mengemudikannya," tambah mahasiswa teknik di sebuah pusat pengajian tinggi di Riyadh, Arab Saudi ini.
Salah satu koleksi Al-Essa adalah sebuah Ferrari 458 Itali  yang bernasib malang dan terbakar tidak lama di Heathrow. Namun tidak pakai tunggu lama, Al-Essa langsung mengganti kereta itu yang kini sudah di recall Ferrari itu dengan sebuah Ferrari 599 Roadster yang memiliki siri produksi ke 70 dari 70 mobil yang dibuat.

Tapi uniknya, meski memiliki banyak mobil mahal, Al-Essa ternyata cukup low profile kerana lebih senang menggunakan penangkutan awam ketika pergi ke kampus. "Aku sebenarnya suka menggunakan pengangkutan awam ini" katanya.

Trend gigi menyala dengan LED warna warni di Jepun

Posted: 26 Jan 2011 01:45 AM PST

Trend gigi menyala dengan LED warna warni.Kalangan anak muda di Jepun yang menggunakan LED gigi ini biasanya berkumpul dan berjalan bersama-sama di waktu tengah malam dengan mempertontonkan gigi mereka yang menyala berwarna warni. Warna LED ini boleh ditukar warnanya memalui teknologi nirkabel dengan handphone kita, biasanya dengan Bluetooth.-ruanghati.com





Seksinya uncle botak ni

Posted: 26 Jan 2011 12:50 AM PST




sumber gambar : stomp.com.sg

seksi sangat sampai makcik sebelah pun naik segan nak
lihat keseksian uncle @ auntie botak ni....
gelang kakinya yang paling mahal

Gambar-gambar orang bogel yang dikatakan seni

Posted: 25 Jan 2011 11:45 PM PST

















Artist Spencer Tunick has been documenting the live nude figure in public, with photography and video, since 1992. Since 1994 he has organized over 75 temporary site-specific installations in the United States and abroad. Tunick's installations encompass dozens, hundreds od thousands of volunteers; and his photographs are records of these events. The individuals en masse, without their clothing, grouped together metamorphose into a new shape. The bodies extend into and upon the landscape like a substance. These grouped masses which do not under core sexuality become abstractions that challenge or reconfigure one's views of nudity and privacy. The work also refers to the complex issue of presenting art in it pernament or temporary public spaces.

[Pelik] Hanya dapat tangkap ikan sekali setahun sahaja

Posted: 25 Jan 2011 10:15 PM PST

Dogon adalah nama daripada satu suku yang tinggal di wilayah plato tengah Mali, di selatan sungai Niger. Ketika ini suku Dogon mempunyai lebih kurang 800 ribu orang. Suku Dogon sangat terkenal dan menjadi objek kajian antropologi banyak ilmuwan. Mereka terkenal akan mitologi, kebudayaan serta arsitektur pemukimannya. Ketika ini juga  telah terjadi perubahan yang signifikan terhadap cara hidup, kebudayaan dan kepercayaan orang Dogon.

Satu yang pelik Orang-orang suku Dogon tersebut hanya dapat menangkap ikan di Tasik Suci Antogo hanya sekali dalam 1 tahun. Pada hari yang ditentukan, ratusan nelayan menangkap ikan di keranjang dengan terburu-buru, "membersihkan" seluruh isi tasik dalam hanya beberapa minit. Ini merupakan ritual yang unik dan menarik.






Celebrity News

Celebrity News


Gambar Ainul Aishah Dan Kekasih Ben Daniel

Posted: 26 Jan 2011 09:06 AM PST

Inilah gambar kekasih Ainul Aishah yang bernama Ben Daniel Hendsome tak ?

Gambar Seksi Nora Danish Pula di Majalan Cosmopolitan

Posted: 26 Jan 2011 08:48 AM PST

ALamak baru je puji minggu lepas, malas nak komen tapi saja nak "Share" dengan anda di ZoOmartis. Dah menjadi lumrah dan kemestian produk atau majalah memerlukan seseorang yang terkenal dan seksi sebagai duta.


ANda sajalah komen !!

Ahmad Dhani Pengetua Akademi Fantasia 9 !?

Posted: 26 Jan 2011 08:29 AM PST


Entahlah betul ke tak cerita dan gossip yang mengatakan Ahmad Dhani artis dari Indonesia akan menjadi Pengetua Akademi Fantasia musim ke 9.

Namun menurut sumber dari seberang, Erwin awal-awal lagi menyangkal perkara itu dengan mengatakan tidak pernah menerima apa-apa tawaran daripada produksi AF9. Malah dia tidak berminat untuk menjayakannya.

Malah ada gossip mengatakan Abang Aznil bakal menjadi pengetua Akademi Fantasia 9 kerana ia akan menjadi penutup kepada program yang sebelum ini menjadi fenomena di Malaysia.


Ahmad Dhani

ZoOm : Tak setuju sangat kalau artis seberang, dah tak ada ke artis atau orang yang berpengalaman menjadi pengetua AF9. Apa pendapat anda mengenai gossip dan cerita ini !!?

Kisah Artis : Zizan Nin Ke Mahkamah Untuk Ambil Kad Nikah

Posted: 26 Jan 2011 08:08 AM PST

Kalau sebelum ini ZoOm pernah "Post" mengenai keluarga Zizan Nin yang dikatakan sedang menghadapi masalah. Namun setelah beberapa lama beliau mendiamkan diri akhirnya Zizan tampil menjawap segala tomahan dan pandangan sesetengah pihak termasuk ZoOm sendiri ( Daripada Info Tau ).

Semoga apa yang beliau katakan pada wartawan Mstar benar belaka, semoga pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat dan tidak seperti yang digembar gemburkan oleh ramai pihak terutamanya di alam maya yang luas dan mudah dicari.

Berikut sedikit "Statement" ketika Zizan ditanya oleh wartawan :

"Saya percaya ustaz lebih arif dalam memberi nasihat dan pandangan perihalsuami isteri selain daripada ibu bapa kami sendiri.
"Kami bukannya bertemu kaunselor bagi memperbaiki masalah rumah tangga seperti yang dilaporkan," katanya.

"Kami baru 10 bulan berkahwin dan baru balik dari bercuti di Bali, Indonesia. Ustaz tersebut juga menyarankan agar mencari kualiti masa bersama namun ia bukan bererti pasangan harus bercuti secara mewah.
"Dan sebagai selebriti saya cuba elakkan dari mencampurkan hal peribadi dan kerjaya" katanya yang enggan kehidupan peribadi diketahui peminat.

ZoOm : Apa kata anda di Zoomartis !?

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Persembahan bergerak Altimet, Monoloque di UK

Posted:

Persembahan bergerak Altimet, Monoloque di UK

Persembahan bergerak Altimet, Monoloque di UK

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my


ALTIMET


UNITED Kingdom (UK) merupakan antara negara yang menjadi tumpuan ramai penyanyi dari seluruh dunia termasuklah Malaysia bagi mengembangkan karier mereka kerana mempunyai pasaran muzik yang besar.

Altimet dan kumpulan Monoloque adalah dua kumpulan tempatan yang akan mengorak langkah itu selepas sekian ramai penyanyi lain yang pernah mencuba nasib dengan mengadakan siri persembahan bergerak di sana.

Menurut Altimet, tawaran yang diterimanya daripada sebuah agensi yang dikenali sebagai Kugiran Negara Ke UK bagi mengadakan persembahan-persembahan bergerak di negara itu sukar untuk dilepaskannya begitu sahaja.

"Ini adalah kali pertama saya dijemput mengadakan persembahan di empat buah bandar di UK iaitu Warwick, Nottingham, Dublin dan London mulai 16 sehingga 28 Februari ini bersama kumpulan Monoloque.

"Saya sukar melepaskan undangan itu kerana ini adalah salah satu cara saya menimba pengalaman selain mengintai peluang dalam bidang nyanyian di negara seperti UK yang terkenal dengan industri muziknya di dunia.

"Saya teruja untuk mengadakan persembahan-persembahan ia merupakan tempat yang paling penting pernah saya adakan setakat ini," katanya kepada Hits sewaktu dihubungi di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas penyanyi pop, R&B dan hip hop ini, dia berasa bertuah kerana menjadi antara penyanyi tempatan yang diberi peluang oleh Kugiran Negara Ke UK mengadakan persembahan berbayar di negara tersebut.

Katanya, undangan itu berdasarkan populariti yang sedang diraihnya selain atas permintaan ramai peminat termasuklah para pelajar Malaysia yang kini sedang melanjutkan pengajian mereka di kebanyakan bandar utama di UK.

"Saya difahamkan ini adalah tahun keempat Kugiran Negara Ke UK menganjurkan persembahan bergerak untuk para penyanyi dari Malaysia.

SEMENTARA itu, vokalis dan gitaris Monoloque, Loque turut teruja dengan jemputan daripada Kugiran Negara Ke UK yang disifatkannya sebagai peluang keemasan bagi mereka menorak langkah lebih jauh dalam bidang muzik.

Apatah lagi ujar bekas gitaris kumpulan Butterfingers itu, Monoloque kini sedang dalam proses menerbitkan album sulung mereka berjudul Hikayat Halimunan Abad Ke-21 yang mengandungi tujuh buah lagu.

"Bagi saya, ini adalah peluang kami untuk mempromosikan lagu-lagu dalam album itu di UK nanti. Antara lagu yang akan kami persembahkan di sana nanti bertajuk Badang Kotaraya dan Penghormatan Terakhir.

"Namun, kami juga akan menyanyikan lagu-lagu lama Butterfingers seperti Mati Hidup Kembali. Ini kerana saya yakin ramai yang mengenali Butterfingers berbanding Monoloque yang baru ditubuhkan beberapa tahun lalu," jelasnya.

Hikayat Halimunan Abad Ke-21 yang dirakamkan di Studio Kilang Menjahit Bunyi milik Loque itu yang akan disiapkan selewat-lewatnya pada hujung tahun ini katanya akan disiapkan secara berperingkat-peringkat.

Kesibukan dengan pelbagai aktiviti termasuklah setelah menjayakan Konsert Analoque - Ana Raffali dan Monoloque di Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu menyebabkan rakaman album itu perlahan.

"Sekarang ini tumpuan kami adalah untuk empat persembahan Monoloque di UK nanti bersama-sama Altimet. Kami sudah mula berlatih sejak seminggu lalu selama dua jam tiga atau empat kali seminggu.

"Antara fokus kami adalah lagu-lagu terbaru Monoloque seperti Penghormatan Terakhir dan Kita Semua Perlukan Cinta yang akan dipersembahkan dalam persembahan kami di UK nanti," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Monoloque bertuah

Posted:

Monoloque bertuah

Monoloque bertuah

SEMENTARA itu, vokalis dan gitaris Monoloque, Loque turut teruja dengan jemputan daripada Kugiran Negara Ke UK yang disifatkannya sebagai peluang keemasan bagi mereka menorak langkah lebih jauh dalam bidang muzik.

Apatah lagi ujar bekas gitaris kumpulan Butterfingers itu, Monoloque kini sedang dalam proses menerbitkan album sulung mereka berjudul Hikayat Halimunan Abad Ke-21 yang mengandungi tujuh buah lagu.

"Bagi saya, ini adalah peluang kami untuk mempromosikan lagu-lagu dalam album itu di UK nanti. Antara lagu yang akan kami persembahkan di sana nanti bertajuk Badang Kotaraya dan Penghormatan Terakhir.

"Namun, kami juga akan menyanyikan lagu-lagu lama Butterfingers seperti Mati Hidup Kembali. Ini kerana saya yakin ramai yang mengenali Butterfingers berbanding Monoloque yang baru ditubuhkan beberapa tahun lalu," jelasnya.

Hikayat Halimunan Abad Ke-21 yang dirakamkan di Studio Kilang Menjahit Bunyi milik Loque itu yang akan disiapkan selewat-lewatnya pada hujung tahun ini katanya akan disiapkan secara berperingkat-peringkat.

Kesibukan dengan pelbagai aktiviti termasuklah setelah menjayakan Konsert Analoque - Ana Raffali dan Monoloque di Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu menyebabkan rakaman album itu perlahan.

"Sekarang ini tumpuan kami adalah untuk empat persembahan Monoloque di UK nanti bersama-sama Altimet. Kami sudah mula berlatih sejak seminggu lalu selama dua jam tiga atau empat kali seminggu.

"Antara fokus kami adalah lagu-lagu terbaru Monoloque seperti Penghormatan Terakhir dan Kita Semua Perlukan Cinta yang akan dipersembahkan dalam persembahan kami di UK nanti," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Jodoh Fazura

Posted: 25 Jan 2011 04:14 PM PST

Hip

pix_gal0
Cinta kian mekar, namun wanita ini terus berahsia siapa jejaka bertakhta di hatinya

DARI riak wajah dan bahasa tubuhnya, dapat dihidu bahawa aktres jelita ini sedang hangat dilamun cinta. Sepanjang wawancara bersamanya berlangsung, senyuman manis tidak pernah lekang dari bibir limau seulas miliknya itu. Masih ramah, sedikit nakal dan suka mengusik, Nur Fazura yang mula dikenali menerusi filem Bicara Hati ini seakan menterjemahkan kepada khalayak, dirinya kini dalam fasa mengulit bahagia.

Malah sewaktu ditemui pada majlis Green Cheongsam Showcase yang berlangsung di The Weld, Kuala Lumpur, baru-baru ini, berkali-kali dia menegaskan bahawa tahun 2011 yang sudah hampir sebulan menyingkap tirainya bakal membawa kebahagiaan dan kegembiraan buatnya.

Ditanya apakah keterujaan itu ada kaitan dengan pengumuman tarikh perkahwinan seperti yang diharapkan kebanyakan pihak, Fazura dengan segera menafikannya. "Kebahagiaan yang saya lalui hari ini tiada kaitan dengan soal perkahwinan. Sebaliknya ia kerana perasaan cinta yang semakin hari semakin subur dalam jiwa. Macam mana saya mahu bercakap soal perkahwinan andai saya sendiri tidak tahu siapakah calon jodoh saya?

"Apa yang boleh saya lakukan hanyalah berdoa semoga saya mendapat jodoh yang baik. Jangan risau, andai saya ditakdirkan bertemu jodoh, saya pasti akan berkahwin juga," ujar Fazura sebagai mengulas khabar angin kononnya dia bakal bersara daripada bidang lakonan kerana mahu mendirikan rumah tangga.

Meskipun ramai yang sedia maklum dengan siapa bintang filem Gol dan Gincu ini menjalinkan hubungan, namun untuk berlaku adil pada empunya diri, soalan itu tetap diajukan kepada pelakon cantik berkenaan. Biarlah nama si jejaka keluar daripada daripada mulut aktres kelahiran Pahang Darul Makmur ini sendiri.

Namun seperti biasa, tiada jawapan pasti yang diterima. Sebaliknya, dengan niat berjenaka, dia menyebut nama-nama aktor kacak Hollywood yang disifatkan sebagai kekasihnya.
Begitulah Fazura, begitu kemas menyimpan rahsia dan amat berhati-hati apabila berbicara soal peribadi. Seperti yang pernah disuarakan sebelum ini, dia memang tidak mahu lagi kisah peribadinya menjadi perbualan ramai. Justeru, tegasnya, tahun ini ialah tahun untuk dia mencari duit sebanyak mungkin, dengan cara mengusahakan sebuah projek yang ada kaitan dengan dunia fesyen.

"Bagaimanapun, sebelum sampai ke fasa itu, biarlah saya tumpukan sepenuhnya perhatian saya pada kerjaya lakonan dan juga projek saya sendiri. Insya-Allah, jika segala-galanya berjalan lancar, saya akan muncul dengan sebuah produk yang ada kaitan dengan pakaian," ujar Fazura yang enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai projek terbarunya itu.

Bukan kerana mahu bersara tetapi kata Fazura, dia kini sudah berada pada tahap seorang yang amat selektif dalam memilih watak. Dan disebabkan sikap memilihnya itu jugalah, jarang wajahnya kelihatan di layar perak mahupun kaca televisyen.

"Saya masih banyak menerima tawaran, tapi balik-balik saya ditawarkan watak yang sama, yang pernah saya lakukan sebelum ini. Kalau boleh saya mahu watak lain. Contohnya, watak yang nampak baik tapi sebenarnya seorang pembunuh," katanya yang bakal muncul dengan sebuah filem terbitan Red Communication Sdn Bhd.

Bercerita lanjut mengenai karier lakonannya, Fazura berkata, dia juga akan berangkat ke Tanah Suci pada 20 Februari depan kerana mahu menjalani penggambaran drama arahan Erma Fatima, Tahajud Cinta dan Kitab Cinta.

"Memang sudah lama saya berhajat untuk ke Makkah untuk menunaikan umrah. Alhamdulillah, permintaan saya dimakbulkan Tuhan. Kali pertama saya mengerjakan umrah ialah ketika usia saya 12 tahun. Sebelum ini, saya pernah mendapat undangan Datin Paduka Umie Aida untuk sama-sama mengerjakan umrah, tapi pada masa itu keadaan tidak mengizinkan

"Lagipun selain mahu mengerjakan umrah, saya menerima tawaran ini kerana ia memerlukan saya bertudung, iaitu satu watak yang belum pernah saya lakonkan," kata pemenang anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-17 (FFM17) dan terbaru, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Anugerah Skrin (ASK) 2010.

Jangan perlekeh artis

MELIHAT kepada penampilannya yang sentiasa bergaya dengan pelbagai jenama antarabangsa, ramai yang membuat andaian Fazura hidup senang lenang kerana mempunyai teman lelaki yang kaya-raya. Namun, tuduhan nakal itu disangkal sekeras-kerasnya. Sambil memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya menghentikan tohmahan, Fazura juga meminta khalayak tidak memandang rendah golongan artis.

"Entah mengapa masyarakat hari ini begitu mudah menilai golongan artis. Jika nampak artis itu bergaya lebih sedikit dan memandu kereta mewah, mereka akan terus melabelkan artis itu ditaja.

"Jangan ingat golongan artis ini 'sengkek' sangat. Kami ada pendapatan sendiri. Sebenarnya, ramai artis kita yang memang mewah hasil pendapatan mereka dalam bidang seni, seperti tawaran berlakon, menyanyi dan mengacara yang tak pernah putus. Tapi biasalah, masyarakat kita memang suka berprasangka," luah Fazura.
Menurut Fazura lagi, disebabkan tanggapan seperti itulah dia mahu terus bekerja walaupun selepas bergelar isteri.

"Mungkin tidak selamanya saya mahu menjadi pelakon. Tapi, ia tidak bermakna saya mahu goyang kaki di rumah. Jika saya mendirikan rumah tangga kelak, saya tetap akan berkerja, dengan membuka perniagaan sendiri. Saya tak mahu berharap seratus peratus kepada suami. Lagipun saya sudah biasa pegang duit sendiri. Saya sudah mula berdikari sejak usia saya 17 tahun lagi," tegasnya.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Peminat tidak lupa orang lama

Posted: 25 Jan 2011 04:10 PM PST

Hip

Anuar Zain, Raja Azura, Linda Onn terus bersaing dengan bakat baru

BIARPUN ramai wajah baru menguasai senarai lima finalis atau Top 5 dalam 16 kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010), orang lama masih mencuri perhatian pengundi apabila ada di kalangan personaliti yang lebih dulu mengungguli majlis pengiktirafan ini tetap bertahan atau dicalonkan kembali.

Hakikatnya, kehadiran bakat baru tidak sesekali menyingkir terus pelakon, penyanyi mahu pun personaliti radio dan televisyen yang terlebih dulu makan garam kerana dalam apa juga situasi, peminat tetap mengiktiraf calon pilihan bersandarkan hasil kerja serta populariti mereka sepanjang tahun lalu.

Raja Azura yang sinonim dengan panggilan Kak Engku bukan saja dicalonkan ke peringkat akhir buat kesekian kalinya, malah dalam ABPBH edisi terbaru, dia muncul personaliti dengan pencalonan terbanyak - tiga kategori! Selain kategori Penyampai Radio Popular dan Pengacara TV Popular, Raja Azura juga disenaraikan ke peringkat akhir dalam kategori Pelakon Komedi Wanita Popular. Selain dirinya, seorang lagi artis yang dicalonkan dalam tiga kategori pada ABPBH 2010 ialah Ana Raffali (Artis Baru Wanita, Artis Duo / Berkumpulan dan Penyanyi Wanita Popular).

Pernah membawa pulang empat trofi ABPBH sejak dicalonkan bermula 1993, pencalonan kali ini, katanya agak mengejutkan apabila turut dipilih bagi kategori penyampai radio yang diakui impak daripada segmen pagi Sinar FM, kendaliannya bersama-sama Salih Yaacob dan Khairil Rashid.

"Ketika mula menyertai keluarga Sinar FM pada 12 Februari 2007, ia hanya stesen radio nombor lima. Namun kini Sinar menduduki tangga pertama, malah paling menggembirakan apabila mengenangkan, daripada lebih 4 juta pendengar yang mengikuti segmen pagi di semua stesen radio, 3.4 juta ialah pengikut setia kami.

"Sesungguhnya saya bersyukur dengan penerimaan peminat yang sentiasa bersama kami dan secara peribadi, pemilihan saya dalam tiga kategori juga adalah hasil sokongan mereka yang selama ini membuatkan saya terus kuat mengharungi dunia seni," katanya.
Bagi Anuar Zain yang dicalonkan semula selepas kali terakhir bersaing dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular pada 2007, pencalonan tahun ini dianggap sebagai bonus kerana album barunya yang menggunakan namanya sendiri sebagai judul bakal diedarkan bulan depan.

Begitupun, calon akhir lain yang terdiri daripada bakat yang digilap program realiti iaitu Faizal Tahir, Shahir, Black dan Aizat tetap dianggap sebagai pesaing hebat kerana masing-masing mempunyai reputasi memberangsangkan, sebaik kaki melangkah ke gelanggang seni suara.

"Aizat pernah memenangi kategori ini manakala Faizal Tahir sudah beberapa kali dicalonkan sebagai finalis. Shahir dan Black juga mempunyai ramai peminat setia. Bagi saya, dicalonkan semula selepas empat tahun sudah tentunya satu penghargaan kerana ia sedikit sebanyak menunjukkan, Anuar Zain masih diingati ramai.

"Inilah juga masanya untuk saya terus dekat dengan penyokong yang selama ini setia menyuntik semangat. Mungkin saya akan 'turun' pada lokasi jelajah ABPBH untuk bertemu mereka," katanya yang merangkul trofi kategori sama pada 2003.

Pendengar ikut ke mana saja

LINDA Onn yang pernah membolot trofi Penyampai Radio Wanita Popular sejak kategori diperkenalkan pada 2001 hingga pada 2006, sebelum kategori itu dimonopoli pula Fara Fauzana hinggalah ABPBH tahun lalu, mengakui sangat berterima kasih kepada pendengar yang setia mengikuti celotehnya.

Bagi wanita tinggi lampai ini, kalah menang berada di tempat kedua kerana paling penting ialah ingatan peminat yang meletakkan semua finalis pada kedudukan sekarang. Bahkan dia melihat pengiktirafan yang dianjurkan Berita Harian umpama hadiah kepada seluruh penggiat seni dan penyiaran.

"Nampaknya pendengar tetap mengikuti celoteh saya walau di mana juga stesen radio yang saya pergi. Kini selepas bersama keluarga Suria FM, kesetiaan mereka juga masih tidak berbelah bagi membuatkan saya semakin bersemangat memberikan hasil kerja terbaik.

"Jika menang saya anggap ia sebagai bonus dan jika kalah, ia bukan perkara yang menyedihkan kerana melihat finalis lain saya pasti cabarannya cukup sengit. Nama seperti Fara Fauzana, Abby Fana, Raja Azura dan Sharifah Aleya memang punya kekuatan tersendiri," akuinya jujur.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Lebih baik tidak pakai seluar dalam

Posted: 25 Jan 2011 12:33 PM PST



Tips Zakar:Tidak gemar pakai seluar dalam


SAYA tidak suka memakai seluar dalam. Baru-baru ini kawan saya memberitahu, tabiat itu tidak baik untuk buah kerandut. Adakah kenyataan ini benar?

ZUA
Kuala Terengganu,
Terengganu
Jika dilihat secara imbas, anggota sulit lelaki dan perempuan ada pelbagai pelindung daripada segala gejala. Bulu roma yang lebat melindung keseluruhan anggota sulit selain mengawal suhu dan kelembapan kulit dan menjadi penyerap tekanan ketika bersetubuh.

Kerandut lelaki menampung kedua-dua buah kerandut dan mengawal suhu supaya ia dalam keadaan optimum untuk pembiakan sperma. Otot spermatik atau 'spermatic cord' yang mengandungi salur sperma, pembuluh darah dan urat saraf untuk sperma dan lapisan otot daripada perut menampung buah zakar dan sensitif kepada perubahan alam sekitar.


Apabila berlaku sentuhan kepadanya, seperti dalam kemalangan sebagai contohnya, kedua-dua buah kerandut itu tertarik ke atas supaya ia terselindung.

Jadi kenapa mahu pakai pakaian dalam. Mungkin memakai pakaian dalam lebih kepada menjauhi 'pandangan' daripada perlindungan. Asalkan anda pakai sehelai pakaian untuk tujuan mengelak berlaku 'pandangan' mata sudah mencukupi.

Pakaian dalam yang ketat mengubah posisi buah zakar dan mengganggu kestabilan suhu dalam buah kerandut. Sama juga jika pakai seluar denim yang ketat dan pakai seluar dalam longgar. Jadi lebih baik tidak pakai seluar dalam. Nenek moyang kita dulu hanya pakai cawat dan tengok betapa 'subur'nya mereka.

Puntung Rokok Sebagai Bahan Anti Karat

Posted: 25 Jan 2011 12:19 PM PST



Shanghai: CNNGo mewartakan, Cina menjadikan puntung rokok yang dibuang bersepah merata tempat oleh perokok lebih berguna untuk melindungi paip besi di negara itu daripada masalah karat. Sekumpulan pengkaji Cina mengesahkan puntung rokok apabila direndam dalam air dapat membantu mencegah pengaratan

Dalam industri minyak, bahan-bahan seperti yang terdapat dalam puntung rokok telah diterapkan untuk jenis logam besi (N80). Besi terlindung dari karat, mencegah kerosakan dan gangguan dalam produksi minyak. Para pengkaji telah mengenal pasti sembilan bahan kimia dalam ekstrak rokok, termasuk nikotin, yang bermanfaat untuk efek antikarat.
Kini, perokok di seluruh negara Cina telah mengetahui kegunaan puntung rokok dengan mengitar semula sebagai bahan anti karat di tempat mereka masing-masing. Secara tidak langsung kebersihan persekitaran daripada puntung rokok yang bersepah-sepah di merata tempat telah dapat di atasi. 

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


(Gambar) Ahmad Dhani dipilih sebagai Pengetua AF9

Posted: 25 Jan 2011 11:30 PM PST

Persoalan siapakan yang bakal menjadi Pengetua Akademi Fantasi 9 sudahpun terjawab, yang mana Vokalis dan pengasas kumpulan Dewa, Ahmad Dhani, dari Indonesia telahpun dipilih sebagai pengetua Akademi Fantasia (AF) musim ke-9 yang akan memulakan siarannya April depan.

ahmad dhani

sumber : yanghangat

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Kereta BMW diperbuat daripada batu

Posted: 25 Jan 2011 12:00 PM PST

du 06.1 Kereta BMW diperbuat daripada batu

BAHAGIAN depan kereta BMW yang diperbuat daripada batu di Shenzheng, wilayah Guangdong, China kelmarin.


BEIJING – Seorang artis, Dai Geng menjual kereta BMW yang diperbuat dengan batu pada harga £80,000 (RM383,652).

Geng mengambil masa lebih setahun mencantum semua blok batu itu sebelum mengukirnya menjadi BMW Z4.

Pintu kereta itu yang boleh dibuka dan ditutup seperti kereta biasa turut diperbuat daripada batu.

Hanya tingkap kereta sahaja tidak dibuat dengan batu. Tayar, roda, paip ekzos dan aksesori lain semuanya dari bongkah batu.

Kereta BMW itu sepanjang lima meter, 2.15 meter lebar dan tinggi 1.6 meter serta seberat 6.5 tan.

Dia berharap dapat menjual kereta itu kepada hartawan di negara itu.

Kereta itu dipamerkan di Shenzheng, wilayah Guangdong, tenggara China kelmarin. – Agensi

/// kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.