Adsense

Khamis, 13 Januari 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Kontroversi Gambar Seksi, Fasha Kunci Mulut

Posted: 12 Jan 2011 03:32 PM PST


SUBANG JAYA: Pelakon popular Fasha Sandha enggan memberi sebarang komen terhadap segala kontroversi termasuklah penyebaran gambarnya memakai bikini dalam Internat.

Jelas Fasha, dia mahu mengambil pendekatan berdiam diri bagi mengelakkan kontroversi tersebut berpanjangan yang akan lebih memburukkan keadaan.

"Tiada komen terhadap semua perkara tersebut. Saya tidak mahu memanjangkan kontroversi ini. Biarlah orang nak beri apa juga persepsi terhadap saya.

"Apa yang penting saya tidak mahu mengulas apa pun. Bagi saya lebih baik saya tidak cakap daripada memberi komen tetapi disalah ertikan maksudnya," ujarnya yang ditemui pada majlis pengumuman lima finalis Anugerah Bintang Popular (ABP), di sini, Rabu.

Baru-baru ini, Fasha telah digemparkan dengan kontroversi penyebaran gambarnya berbikini di pantai Bali, Indonesia ketika bercuti pada 30 Disember lalu.

Kontroversi bertambah hangat apabila Fasha tidak hadir pada majlis Pertunjukan Fesyen Ceongsam Green, Selasa lalu pada saat-saat akhir sehinggakan pereka fesyen terkenal, Hezree Wahid terpaksa menarik diri pada majlis tersebut.

Dalam pada itu juga, difahamkan ibu bapa kepada pelakon drama Chinta ini telah hadir ke pejabat sebuah akhbar tempatan petang Selasa lalu selepas gambarnya berbikini dikeluarkan akhbar tersebut.

"Saya tidak tahu kalau ibu bapa saya ke (akhbar) Kosmo kerana kontroversi ini dan saya tidak mahu komen apa-apa.

"Yang penting keluarga dan peminat saya memahami keadaan yang berlaku dan sentiasa berada di belakang saya dengan memberikan sokongan," katanya.

Tambah Fasha, dia menganggap perkara tersebut sebagai ujian dan asam garam dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang artis.

Malah katanya, dia sudah biasa berhadapan dengan kontroversi yang lebih teruk sebelum ini.

Marsha: Tiada siapa taja

Posted: 12 Jan 2011 03:32 PM PST


Marsha minta jangan timbulkan cerita bukan-bukan apabila muncul dengan album sendiri

JANGAN ada yang cuba menabur fitnah apabila Marsha Milan Londoh akhirnya muncul dengan album solo dengan menggunakan wang sendiri. Gadis dari Tamparuli, Sabah ini menafikan hidupnya ditaja.

Sebaliknya Yang Pertama terhasil dari titik peluh hampir enam tahun bergelar anak seni.
Jika teman seangkatannya seperti Mawi memiliki lima album dalam tempoh tidak sampai dua tahun, malah sudah dilambung pelbagai onak dan duri sebagai seorang penyanyi. Kerjaya nyanyian Marsha pula baru saja hendak bertunas.

Pernah terlintas di hati kecil gadis ini untuk tinggalkan saja bidang nyanyian sebaliknya memberikan tumpuan kepada kerjaya lakonan yang menjanjikan lebih pulangan kepadanya. Namun, gadis ini memujuk hati dengan menjadikan Adibah Noor sebagai inspirasi.

Jika penyanyi itu sanggup menanti 10 tahun untuk memiliki album pertamanya, jadi kenapa perlu dia cepat mengalah.

"Sekiranya saya ditaja, saya tidak akan buat lima lagu saja. Lebih baik saya ambil kesempatan buat 10 lagu terus. Sebenarnya wang untuk menghasilkan album ini saya kumpul sedikit demi sejak saya masuk ke dalam bidang ini hampir enam tahun lalu.
"Selepas tamat pengajian di AF lagi saya sudah pasang niat untuk menghasilkan album dengan bajet sendiri, kerana saya sedar pada waktu itu Astro mempunyai terlalu ramai artis. Sudah tentu mereka tak mampu melayan semua. Jadi saya pun nekad mengumpul wang sedikit demi sedikit.

"Saya sanggup tidak pakai kereta atau membeli benda yang tidak sepatutnya semata-mata mahu mengumpul wang untuk buat album. Apabila wang yang dikumpul sudah mencukupi dan ada lebih sedikit, barulah saya berani membeli kereta.

"Bagi merealisasikan impian untuk memiliki album, saya memang terpaksa bekerja keras. Memang saya hampir berputus asa untuk tak mahu lagi bergelar penyanyi tetapi semangat dan dorongan yang diberikan pengurus, keluarga, rakan-rakan menyebabkan hasrat itu terbantut. Begitu juga dengan peminat, kekerapan mereka bertanya mengenai album menaikkan semangat saya untuk segera menghasilkannya," kata Marsha yang memperlihatkan kebolehannya sebagai penulis lagu dalam Yang Pertama.

Yang Pertama yang diterbitkan oleh syarikatnya sendiri Marsha Londoh Entertainment sementara edaran oleh Alibi Music Sdn Bhd. Memuatkan sebanyak lima buah lagu, dua darinya adalah nukilan Marsha sendiri iaitu Bila dan Janji yang menjadi soundtrack dokudrama Korban 44.

Tiga lagi lagu yang termuat dalam album itu ialah Ruang Kedua yang menyaksikan dia berduet dengan penyanyi dari Perancis, Julian Caley, Tak Perlu Selamanya dan Bersama Kita.

Menurut gadis keturunan Kadazandusun ini, dia berjinak-jinak dalam penulisan lagu sebelum menyertai AF lagi. Namun lagu ciptaannya hanya disimpan begitu saja. Baru kini dia berani untuk mendedahkan sentuhannya kepada umum.

Bagaimanapun kata Marsha, bukan mudah untuk melihat albumnya wujud kerana terlalu banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi. Salah satunya apabila dia ditimpa penyakit bronkitis hampir tiga bulan. Akibat dari penyakit itu, dia terpaksa menunda semua jadual rakaman kerana gangguan kepada suaranya.

Oleh kerana terpaksa menanti kewujudan albumnya dalam tempoh yang lama dan terpaksa melalui pelbagai rintangan, Marsha mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada album ini.

"Buat masa ini, saya mahu berikan tumpuan sepenuhnya kepada Yang Pertama yang akan mula berada di pasaran pada Februari nanti. Sebagai permulaan, kita hanya mencetak sebanyak 1,000 unit dulu. Kita akan mengulang cetak sekiranya sambutan menggalakkan.

"Saya juga ingin memberikan tumpuan kepada album terlebih dulu dan memperlahankan aktiviti lain. Selepas itu, saya berhasrat pula menghasilkan album Inggeris kerana mahu memperluaskan lagi ruang lingkup peminat saya kepada golongan urban pula.

"Saya amat gembira dan berpuas hati akhirnya impian untuk memiliki album tercapai. Sebelum ini terlintas juga perasaan cemburu apabila melihat rakan seperjuangan berjaya memiliki album sendiri contohnya seperti Mawi. Tetapi bila memikirkan dia siapa, dan siapa pula saya, perkara itu menyedarkan saya," kata Marsha.

Jalin hubungan dengan usahawan

Selain teman dan keluarga, teman lelaki yang baru beberapa bulan dikenali turut meniupkan inspirasi kepada wanita manja ini. Lelaki yang berjaya mencuri hati Marsha bergelar seorang usahawan itu turut hadir memberikan sokongan pada pelancaran albumnya kelmarin.

Ditanya sejauh mana seriusnya hubungan mereka, Marsha dalam wajah malu-malu memberitahu, hubungan mereka masih baru. Justeru, masih terlalu awal untuk berbicara lanjut mengenai perhubungan mereka. Bagaimanapun, setakat ini, dia selesa dengan jejaka berkenaan yang banyak memberikan kata-kata perangsang kepadanya.

Ditanya bagaimana pula penerimaan keluarganya kerana mereka berlainan agama, kata Marsha, ibu bapanya bukanlah jenis yang suka mencampuri urusan peribadinya kerana dia bebas untuk berkawan dengan sesiapa saja.

PROFIL: Marsha
Nama: Marsha Lya Milan Londoh
Tarikh Lahir: 6 Disember 1985
Tempat Lahir: Michigan, Amerika Syarikat
Filem: Cun, 4 Madu, Magika, Senario Episode 2: Beach Boys, Saus Kacang, Misi 1511
Drama: Mimi Mencari Cinta, Kum Kum, Awan Dania 3, Seribu Kali Cinta, Saloon, Dottie, K.I.T.A, Hotel Manja, Mega Sekeping Hati, Korban 44, Kerana Karin.

Diana Danielle trauma

Posted: 12 Jan 2011 03:31 PM PST

Kejadian berlaku pada hari pertama babak aksi penggambaran filem Barajiwa

DIANA DANIELLE berada dalam ketakutan yang amat sangat apabila melihat letupan yang berlaku ketika penggambaran filem Barajiwa di Taman Seputeh, di ibu negara, malam kelmarin.

Bagaimanapun, ibu pelakon muda ini, Norsiah Ramli yang dihubungi enggan menjelas lanjut mengenai kejadian itu memandangkan dirinya tidak menemani pelakon terbabit ketika penggambaran namun mengakui anaknya masih trauma dan terkejut dengan insiden terbabit.
"Memang Di (Diana Danielle) agak trauma apabila melihat kejadian itu. Dia memang berada di tempat berkenaan dan sedang membuat persiapan untuk masuk ke dalam set.

"Di berada jauh daripada letupan itu. Syukurlah dia tidak mendapat sebarang kecederaan, tetapi agak trauma juga selepas melihat kejadian itu. Mungkin dia terlalu takut dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu," katanya.
Filem Barajiwa adalah arahan Osman Ali dan sudah pun memulakan penggambaran sejak dua minggu lalu.

Insiden mencemaskan ini berlaku pada hari pertama untuk menjayakan babak aksi. Kebakaran di set filem itu juga turut mencederakan seorang pelakon tambahan, Raffi Husin.
Kejadian kira-kira jam 10 malam, kelmarin, berlaku akibat kesilapan teknikal ketika melakukan babak kebakaran yang sepatutnya hanya dimulakan selepas semua pelakon lari dari kawasan terbabit namun arahan petugas terlalu awal mengakibatkan insiden itu.

Begitupun, bermacam versi timbul sebaik saja kejadian itu berlaku termasuk cerita mengatakan aktres utamanya, Diana Danielle ditimpa kemalangan kereta selain kisah ada di antara pelakon lain parah hingga dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Pengarahnya, Osman Ali, berkata hanya seorang mengalami kesan lecur agak teruk tetapi bukan terbakar sebaliknya disebabkan bahang api yang terlampau kuat, namun bersyukur kerana ketika itu pelakon serta kru lain berada jauh daripada kawasan berkenaan.

Begitupun, dia terkilan kerana sejak dua hari lalu kru dan pelakon sudah berlatih menjayakan adegan terbabit terutama memastikan aspek keselamatan malah turut mendapatkan lesen daripada pihak berkaitan serta mengundang pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai pemantau.

"Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana latihan untuk babak kebakaran sudah dilakukan berulang kali, lain kalau petugas yang dipertanggungjawabkan kurang tumpuan. Apabila segala-galanya kita pastikan selamat, tentu kita kecewa dengan insiden ini tambahan pula ada yang tercedera.

"Buat masa ini pelakon terbabit masih dalam rawatan akibat kecederaan terkena bahang panas di bahagian muka selain depan dan belakang badannya manakala seorang lagi kru hanya sebagai pesakit luar kerana melecur sedikit pada tangan," katanya.

Sebaik saja kebakaran, penggambaran yang bermula sejam sebelum itu dihentikan malah mereka turut melawat Raffi yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kebetulan keesokannya seluruh produksi berehat sehari.

"Syukur semua anggota produksi diberi perlindungan insuran, begitu juga Raffi. Segala belanja perubatan dan rawatan susulan ditanggung insuran. Kami berharap dia cepat sembuh. Selepas ini kita akan menyambung penggambaran dengan mendahulukan babak yang tidak membabitkan pelakon itu.

"Walaupun yang lain selamat, kesan trauma masih ada kerana terkejut. Ketika kejadian, saya berada dalam bilik kawalan malah berulang kali mengingatkan petugas di luar pastikan segala-galanya selamat dan hanya memulakan kebakaran selepas semua pelakon lari, namun kemalangan tetap berlaku," katanya lagi.

Bagaimanapun, insiden berkenaan memberi pengajaran kepadanya supaya mempertingkatkan lagi aspek keselamatan apatah lagi hingga penggambaran berakhir yang dijadualkan pada 1 Februari, semuanya membabitkan aksi lasak termasuk berlawan senjata.

"Dua minggu sebelum ke lokasi, semua pelakon sudah berlatih dengan juru silat profesional untuk adegan bertarung yang turut membabitkan perlawanan menggunakan parang. Kita akan pastikan di set nanti mereka hanya menggunakan parang tiruan yang sama dengan objek sebenar kerana tidak mahu kemalangan berlaku lagi.

"Saya sendiri akan lebih berhati-hati pada masa depan. Kejadian ini beri peringatan kepada saya. Memang semua kru dan pelakon memberi sepenuh komitmen untuk menjayakan filem aksi ini, sebagai pengarah saya juga memastikan akan meminimumkan segala risiko," katanya.

Desas-Desus Tomok Nikah Pramugari Julai Ini

Posted: 12 Jan 2011 03:30 PM PST


PETALING JAYA: Selain berazam mengembangkan kerjaya seninya, penyanyi Shah Indrawan Ismail atau Tomok, 26, turut mengaku akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

Bagaimanapun, kata Tomok dia sendiri akan mengumumkan perkara tersebut apabila sudah bersedia.

"Ya, Insya-Allah, saya sedang merancang untuk ke arah itu, namun buat masa ini saya masih belum bersedia sepenuhnya dan banyak perkara yang perlu diuruskan lagi.

"Bila sampai masanya nanti saya berjanji untuk umumkan perkara itu dan tidak akan merahsiakannya kepada orang ramai," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

mStar Online difahamkan Tomok bakal mendirikan rumah tangga pada awal Julai ini dengan seorang wanita berusia 31 tahun.

Wanita yang dikenali sebagai Ayu itu bertugas sebagai pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan tempatan dan kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, juara program realiti One In a Million (OIAM) ini masih belum bersedia menceritakan mengenai persiapan yang dilakukan.

"Setakat ini semua dalam perancangan dan masih awal untuk menceritakan persiapan perkahwinan kami. Dia juga masih belum bersedia untuk diperkenalkan kepada peminat," katanya.

Dalam pada itu, Tomok yang baru sahaja melancarkan album terbarunya hujung tahun lalu juga bakal keluar dengan filem pertamanya Mantera pertengahan tahun ini.

google: tomok tunang, gambar tomok tunang, foto tomok tunang, kekasih tomok tunang, girlfriend tomok tunang, majlis tomok tunang, berita tomok tunang, terkini tomok tunang, terbaru tomok tunang, gosip tomok tunang, gambar tunang tomok, kekasih tomok, gambar tunang tomok, foto tunang tomok, gambar tomok dan kekasih, awek tomok, gambar awek tomok, gambar buah hati tomok, tarikh dan masa majlis pertunangan tomok, lokasi tomok bertunang

Ana Raffali & Raja Azura Terima Pencalonan Terbanyak ABPBH 2010

Posted: 12 Jan 2011 03:28 PM PST


Antara artis yang tersenarai dalam pencalonan ABP2010 Foto THE STAR oleh SAM THAM LAI YOONG
SUBANG JAYA: Penyanyi Ana Raffali dan Pengacara Raja Azura merupakan artis yang memperoleh pencalonan terbanyak dalam Anugerah Bintang Popular 2010 (ABP2010).

Dalam anugerah yang akan di adakan di Genting Highlands, Pahang pada 3 April depan itu, kedua-dua mereka masing-masing tersenarai dalam tiga kategori popular.

Ana Raffali tersenarai untuk kategori Penyanyi Wanita Popular, Artis Duo/ Berkumpulan Popular dan Artis Baru Wanita Popular. Manakala Raja Azura pula tersenarai dalam Artis Komedi Wanita Popular, Pengacara TV Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular.

Pengumuman senarai pendek lima finalis untuk 16 kategori yang dipertandingkan itu diumumkan selepas pencalonan awal dibuka selama sebulan kepada pembaca akhbar Berita Hraian untuk memilih calon masing-masing.



Ana Raffali
Menurut Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar secara perbandingan senarai calon tahun ini menampilkan lebih ramai muka baru yang tersenarai berbanding tahun lalu.

"Hasil undian peringkat awal ini telah membariskan seramai 55 artis dan personaliti, 10 kumpulan muzik atau penyanyi duo.

"Seramai 12 orang muka baru yang tersenarai antara lima teratas dalam 16 kategori yang dipertandingkan ABPBH 2010. Sementara itu, dua orang artis iaitu Raja Azura dan penyanyi baru, Ana Raffali dicalonkan dalam tiga kategori," katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman lima finalis ABPBH 2010, di sini, Rabu.

Dalam acara tersebut. Artis yang memenangi anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2010 bakal memenangi sebuah kereta Nissan Teana 2.0L bernilai RM 137,000 dan set barangan kemas Rafflesia edisi terhad.

Artis dan personaliti yang menang bagi setiap kategori pula bakal membawa pulang barang kemas Rafflesia bernilai RM10,000.

Borang pencalonan akhir APB2010 mula disiarkan dalam akhbar Berita Harian/ Berita Minggu bermula 17 Januari ini sehingga 13 Mac depan bagi membolehkan pembaca membuat pilihan artis masing-masing.


Anuar Zain turut tersenarai dalam kategori Artis Lelaki Popular
Berikut ini senarai lima finalis untuk ABPBH2010:

PENYANYI LELAKI POPULAR

1.Aizat

2.Anuar Zain

3.Black

4.Faizal Tahir

5.Shahir

PENYANYI WANITA POPULAR

1.Adira

2.Ana Raffali

3.Alyah

4.Stacy

5.Yuna

ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR

1.Ana Raffali/Sohaimi Mior Hassan/Altimet

2.Azlan & Typewriter

3.Bunface

4.Meet Uncle Hussain

5.6ixth Sense

PENYANYI NASYID POPULAR

1.Hijjaz

2.Inteam

3.Mirwana

4.Rabbani

5.Raihan

PELAKON TV LELAKI POPULAR

1.Aaron Aziz

2.Ady Putra

3.Fizz Fairuz

4.Remy Ishak

5.Shahezy Sam

PELAKON TV WANITA POPULAR

1.Fasha Sandha

2.Lisa Surihani

3.Noorkhiriah

4.Scha Alyahya

5.Tiz Zaqyah

ARTIS BARU LELAKI POPULAR

1.Daus

2.Maulana

3.Shahir

4.Sharnaaz Ahmad

5.Shahz Jaszle

ARTIS BARU WANITA POPULAR

1.Adira

2.Ana Raffali

3.Mizz Nina

4.Murul Elfira Roy

5.Nur Syuhaida @ Dottie

ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR

1.Along

2.Angah

3.Johan

4.Nabil

5.Zizan

ARTIS KOMEDI PEREMPUAN POPULAR

1.Didie Alias

2.Kenchana Dewi

3.Noorkhiriah

4.Raja Azura

5.Sharifah Shahirah

PELAKON FILEM LELAKI POPULAR

1.Aaron Aziz

2.Bront Palarae

3.Remy Ishak

4.Shaheizy Sam

5.Syamsul Yusof

PELAKON FILEM WANITA POPULAR

1.Diana Danielle

2.Lisa Surihani

3.Liyana Jasmay

4.Maya Karin

5.Scha Alyahya

PENGACARA TV LELAKI POPULAR

1.Ally Iskandar

2.Awal Ashaari

3.Aznil Nawawi

4.Jimmy Shanley

5.Zizan

PENGACARA TV WANITA POPULAR

1.Cheryl Samad

2.Fara Fauzana

3.Nurul Syuhada

4.Raja Azura

5.Sharifah Shahirah

PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR

1.Aznil Nawawi

2.Faizal Ismail

3.Halim Othman

4.Kieran

5.Salih Yaakob

PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR

1.Abby Fana

2.Fara Fauzana

3.Linda Onn

4.Raja Azura

5.Sharifah Aleya

google: abpbh 2010, senarai finalist abpbh 2010, artis finalist abpbh 2010, nama artis finalist abpbh 2010, percalonanan artis finalist abpbh 2010, terkini artis finalist abpbh 2010, terbaru artis finalist abpbh 2010, berita artis finalist abpbh 2010, gambar artis artis finalist abpbh 2010, foto artis finalist abpbh 2010, keputusan penuh artis finalist abpbh 2010, artis finalist abpbh 2010, sidang media artis finalist abpbh 2010, laporan artis finalist abpbh 2010, berita terbaru terkini artis finalist abpbh 2010, pencalonan terkini terbaru artis finalist abpbh 2010, tarikh abpbh 2010, senarai penuh finalist anugerah bintang popular berita harian 2010, artis finalist anugerah bintang popular berita harian 2010, senarai penuh finalist anugerah bintang popular berita harian 2010, senarai terkini finalist anugerah bintang popular berita harian 2010, lokasi finalist anugerah bintang popular berita harian 2010, tarikh tayangan finalist anugerah bintang popular berita harian 2010, tarikh anugerah finalist anugerah bintang popular berita harian 2010

Julie Woon Masih Solo Selepas Putus Cinta Dengan Kekasih Yuna

Posted: 12 Jan 2011 03:23 PM PST


PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Julie Woon, 26, masih lagi belum berjumpa dengan lelaki sesuai untuk dijadikan sebagai teman lelakinya.

Selepas putus cinta dengan pelakon Blogger Boy, Qi atau Qushairi Razali, pada Mei tahun lalu, dia lebih selesa untuk memberi tumpuan kepada kariernya.

Menurut Julie, walaupun dia tidak lagi mempunyai hubungan istimewa dengan pengacara itu, mereka masih lagi berkawan rapat serta menjadi rakan kongsi dalam syarikat Popcorn Studio.

"Saya ingin fokus dalam bidang pengacaraan tahun ini dan pada masa yang sama mahu aktif berlakon semula.

"Oleh itu saya tolak ketepi dahulu soal cinta. Bagaimanapun, saya ada juga keluar dengan seseorang, cuma belum sampai ke tahap yang lebih serius.

"Menariknya tentang saya dan Qi, kami masih lagi berkawan rapat dan dia merupakan rakan perniagaan bagi syarikat kami bersama seorang lagi rakan kongsi lain.

"Memang ada beberapa isu yang membuatkan kami tidak boleh bersama tapi kami mempunyai keserasian dalam berkawan," katanya yang dihubingi mStar Online.

Sementara itu, Julie gembira kerana Qi telah pun menemui cinta baru iaitu penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna, 24, dan tidak sabar untuk melihat pasangan tersebut bersatu hingga ke jinjang pelamin.

"Saya gembira yang Qi menemui Yuna sebagai teman hidupnya. Kami pernah lepak bertiga dan saya suka dengannya (Yuna). Saya harap mereka akan kahwin secepat mungkin," ujarnya.

Seramai 4.2 Juta Tonton AJL25

Posted: 12 Jan 2011 03:22 PM PST


Hafiz memenangi tempat ketiga dan vokal terbaik menerusi lagu 'Nokhtah Cinta' dalam Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) pada Ahad lalu.

PETALING JAYA: Stesen televisyen TV3, mencatat sejarah pada bulan Januari 2011 apabila Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) yang disiarkan malam Ahad lalu mencatat jumlah penonton tertinggi iaitu seramai 4.2 juta orang.

TV3 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Rabu berkata, laporan menerusi AGB Nielsen turut mencatatkan seramai 83,764 orang mendaftar untuk kemudahan live streaming menerusi dalam talian menonton siaran eksklusif karpet merah, di sebalik tabir dan keseluruhan majlis anugerah.

Jumlah itu juga menunjukkan kenaikan sebanyak 14.34 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2010. Ia merupakan rekod terbaik live streaming untuk kumpulan Media Prima secara keseluruhan.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 20 peratus penonton dicatatkan terdiri daripada pelayar-pelayar laman sesawang dari luar negara seperti United Kingdom, Jepun, Indonesia, Singapura, Mesir dan banyak lagi.



Antara gimik yang dilakukan Faizal Tahir (kiri) dalam AJL25 Ahad lalu yang mendapat jumlah penonton tertinggi iaitu seramai 4.2 juta orang.
Dalam masa yang sama AJL25 juga berjaya mendapat sebanyak 1.4 juta pelayar yang mengikuti perkembangan terkini melalui laman sesawang rasmi TV3 pada hari Ahad dan tempoh selepas tamatnya majlis.

Manakala laman sosial Facebook rasmi stesen televisyen itu pula meraih sebanyak 1 juta pelayar sepanjang siaran berlangsung sementara laman sosial Twitter yang dibuka pula mencatatkan sebanyak 13 ribu pesanan Twitter berkaitan anugerah itu serta untuk artis yang bertanding.

AJL25 yang dipancarkan dari Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu memberi tuah kepada penyanyi Ana Raffali selepas dia diumumkan sebagai pemenang Juara Lagu menerusi lagu nyanyian dan karyanya, Tolong Ingatkan Aku.

Konsert sulung Deftones di ibu kota

Posted: 12 Jan 2011 03:21 PM PST


Industri muzik negara rancak dengan kehadiran lebih ramai artis antarabangsa

SEPANJANG tahun lalu, peminat muzik negara ini berpeluang menikmati pelbagai konsert artis antarabangsa, yang turut menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebahagian persinggahan konsert jelajah dunia mereka.

Sebahagian besar daripada konsert penyanyi mahupun kumpulan luar negara pula dilihat tidak mengecewakan, dari segi persembahan artis itu sendiri mahupun sambutan yang diterima oleh mereka yang membolehkan lebih ramai nama besar pada peringkat dunia menjadikan ibu kota ini sebagai lokasi pertunjukan seterusnya.
Tahun lalu, konsert Tom Jones, Slash, Paramore, Usher, Wonder Girls, Adam Lambert dan Ne-Yo ialah antara persembahan yang mendapat perhatian ramai. Pada awal tahun ini, beberapa nama popular dari Barat terus disenaraikan, bagi menyemarakkan lagi suasana industri muzik negara ini.

Sebagai pembuka tirai 2011, kumpulan rock Amerika yang pernah memenangi Persembahan Metal Terbaik pada Anugerah Grammy 2001, Deftones, akan menggegarkan ibu negara dalam konsert sulung mereka di negara ini.

Selain Malaysia, kumpulan yang berasal dari Sacramento, California, itu turut memilih beberapa negara lain seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina sebagai lokasi konsert jelajah mereka pada tahun ini.

Bagaimanapun, peminat di negara ini sedikit bertuah apabila kumpulan yang diasaskan pada 1988 itu memilih tarikh istimewa, hari memperingati kekasih, sebagai tarikh persembahan.
Konsert yang bakal berlangsung KL Live, Jalan Sultan Ismail bermula jam 8.30 malam itu dianjurkan oleh Fat Boys, manakala penaja utama pula ialah Tune Talk.

Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo, berkata pihaknya membawa masuk kumpulan rock metal terkenal Amerika itu disebabkan permintaan yang tinggi daripada peminat.

"Biarpun siri penjelajahan konsert Deftones akan membabitkan beberapa negara di Asia ini seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina, namun Deftones memilih negara ini untuk tarikh paling istimewa, 14 Februari, sebagai tarikh konsert mereka.

"Ini adalah hadiah yang sangat bermakna buat golongan peminat lelaki sekiranya teman wanita mereka membelikan tiket Deftones dan menghadiahkan kepada mereka.

"Pihak kami juga sangat berbesar hati apabila dapat memenuhi permintaan peminat dengan membawa lebih ramai artis antarabangsa mengadakan persembahan di negara ini," katanya yang ditemui selepas sidang media baru-baru ini.

Deftones yang muncul bersama album Diamond Eyes pada tahun lalu menonjolkan identiti muzik tersendiri dengan muzik yang berat tetapi lebih kepada elemen artistik hingga mampu meraih pelbagai anugerah.

Mereka pernah meraih jualan album mencecah platinum menerusi album Adrenaline (1995) dan White Pony (2000), selain tahap emas bagi album Around The Fur (1997) serta Deftones (2003).

Album pertama kumpulan ini yang dijual secara meluas ialah Around The Fur pada 1997 dan menerusi album itu, mereka dikenali hasil populariti lagu My Own Summer dan Be Quiet And Drive.

Deftones dibarisi oleh Chino Moreno, Frank Delgado, Abe Cunningham, Chi Cheng dan Stephen Carpenter. Sehingga kini, Deftones sudah pun memiliki enam album, dengan album terbaru, Eros, akan memasuki pasaran dalam masa terdekat.

google: konsert sulung deftones, tiket konsert sulung deftones, video konsert sulung deftones, lokasi konsert sulung deftones, tarikh dan masa konsert sulung deftones, konsert sulung deftones promo, promotion konsert sulung deftones, diskaun tiket konsert sulung deftones, poster konsert sulung deftones, video klip konsert sulung deftones, youtube konsert sulung deftones,

Siti sudah 32 tahun

Posted: 12 Jan 2011 03:20 PM PST


Tak sempat pilih hadiah kerana sibuk rakaman bual bicara, AJL

USIA penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin bertambah setahun lagi. Dan pada usia 32 tahun, memang banyak yang dilalui dan dikecapi wanita cekal dari Kuala Lipis, Pahang ini.

Saban tahun, tidak pernah gagal Siti Nurhaliza diraikan suami tercinta, keluarga, sahabat handai dan kakitangannya. Jika tahun lalu ulang tahun kelahirannya diserikan dengan kehadiran teman akrab dari seberang, Krisdayanti.
Tahun ini, masih lagi memilih lokasi sama iaitu hotel terkemuka yang terletak di tengah-tengah segi tiga emas dengan kehadiran artis terkenal tanah air memenuhi segenap dewan besar.

Lebih indah, selain ibu yang sendiri dan ibu mentua, majlis penuh bermakna yang diraikan awal sehari dari tarikh sebenar kelahiran penyanyi itu turut disertai semua empat anak tirinya, Mohd Anas, Mohd Adib, Mohd Ashraf dan Mohd Aazief.

Tahun ini, Siti tampil anggun dengan gaun rona hijau zamrud sementara suaminya Datuk Khalid Muhammad Jiwa selesa berkemeja rona hijau pucuk pisang.

Tahun demi tahun, tiada lain diharapkan penyanyi yang kini melebarkan sayapnya ke bidang pengacaraan selain kehidupan diberkati dan lebih baik tahun ini. Malah kami sendiri buntu idea untuk bertanyakan soalan kepadanya. Saban tahun soalan yang hampir sama diajukan. Apa harapan Siti? Apakah hadiah istimewa pemberian suami serta macam-macam lagi.
Siti juga bagai boleh menjangka soalan yang akan diajukan. Rasanya jika boleh diputarkan kembali jawapannya tahun lalu. Mungkin sudah lama dia berbuat demikian.

Namun bergelar seorang profesional, meskipun mungkin bosan dengan soalan yang sama, dia menjawab pertanyaan itu dengan senyuman manis.

"Harapan dari segi kehidupan kalau boleh Siti ingin perbaiki lagi kekurangan, kelemahan dan memantapkan lagi karier, perniagaan dan meliputi segala-galanya. Siti juga mahu menjadi isteri, wanita dan ibu yang baik. Insya Allah," ulas Siti mengenai harapannya seiring dengan pertambahan usia setahun lagi.

Mengenai hadiah istimewa pemberian suami tercinta, ujar Siti, dia masih belum berkesempatan keluar mencari hadiah yang dihajati kerana jadualnya agak sibuk sejak dua minggu kebelakangan ini dengan rakaman program bual bicaranya, Siti... Hiburan dan Inspirasi dan menjayakan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25 pada Ahad lalu.

"Siti tahu mengenai majlis hari jadi ini tetapi Siti tidak ambil tahu langsung mengenai persiapan dan sebagainya kerana sibuk dengan rakaman program bual bicara pertama Siti. Semuanya diuruskan suami, keluarga dan staf. Pada waktu sama, Siti juga sibuk dengan persiapan untuk AJL 25. Jadi Siti tak sempat memikirkan hadiah apa yang Siti mahukan.

"Mungkin selepas majlis ini barulah Siti dapat keluar bersama suami untuk mencari hadiah. Setakat ini Siti mahukan sebuah komputer riba," dedah Siti yang kelihatan agak malu-malu apabila menyebut mengenai hadiah yang diinginkan sempena hari lahirnya.

Antara yang hadir meraikan majlis hari jadi Siti ialah Aznil Nawawi, Lisa Surihani, Faizal Tahir, Ziela Jalil, Erma Fatima, Ezlynn, Fizo Omar, Sharifah Shahira, Ezlynn, Yuna, Ana Raffali dan Qi.

Bukan kerana terpaksa

Masih baru dalam bidang pengacaraan, Siti akui, dia memerlukan sedikit lagi masa untuk memantapkan lagi gaya pengacaraan. Dia menafikan terjerumus dalam bidang pengacaraan kerana terikat dengan kehendak kakak iparnya yang juga pemilik Global Station iaitu syarikat yang menerbitkan program berkenaan, Datin Zaiton Mohd Jiwa.

"Seperti pernah Siti katakan sebelum ini, Siti pernah ditawarkan untuk menjadi pengacara. Tapi ketika itu Siti belum bersedia. Apabila Global Station menawarkan kepada Siti tugas itu, Siti fikir sekarang sudah tepat pada waktunya. Mereka tidak mendesak, sebaliknya mereka mengikut waktu yang Siti mahukan.

"Siti buat bukan sebab terpaksa disebabkan pemiliknya adalah kakak ipar Siti. Jika iya sekalipun, apa salahnya. Bagi Siti, tidak salah jika Siti hendak membantu keluarga sendiri. Namun apa yang penting bagi Siti sebenarnya, program itu haruslah berkualiti kerana ia membabitkan nama Siti," katanya yang turut mengambil kesempatan pada malam itu mengumumkan projek terbaru syarikat kosmetiknya Simply Siti.

Serentak dengan majlis hari jadinya juga, Siti melancarkan kempen pencarian Wajah-Wajah Simply Siti iaitu pencarian seberapa ramai pengguna produk jenama miliknya tidak kira lelaki mahupun wanita untuk dipaparkan di Wall Of Fame, Malam Gala Simply 1.

Kata Siti, kempen itu diadakan bagi menghargai pengguna yang selama ini memberikan sokongan kepada produk kosmetik pertama keluaran syarikatnya.

Yuna: Cinta Sempurna

Posted: 12 Jan 2011 03:18 PM PST


PADA 20 NOVEMBER lalu ketika berlangsungnya Anugerah Shout! 2010, nama Yunalis Zarai atau Yuna tiba-tiba gempar lagi. Bukan hanya disebabkan tiga kemenangannya, Popstar Award, Break Out Award (Artis Baru), Ultimate Shout! Award menerusi anugerah anjuran 8TV itu, malah ada cerita lain yang dibongkar.

Bayangkan sejak mula melakar di persada seni, namanya tak pernah langsung dicuit dalam hal yang membabitkan kisah peribadi atau lebih tepat lagi sisi bercinta. Kisah sejarah cinta lalunya dengan seorang pekerja di sebuah syarikat TV pun diam begitu saja.

Tapi lain pula jadinya pada malam Anugerah Shout! 2010 itu. Gara-gara duduk di sebelah pelakon dan pengacara, Qushairi atau mesra dipanggil dengan nama Qi (disebut Chi), satu lagi versi cerita baru dihidu. Ada yang menebak mereka kini kononnya sedang hangat bercinta.
Malah, masing-masing pun tidak sekali cuba berselindung mengenai ukhuwah yang sedang terjalin. Kisah mereka secara tidak langsung menenggelamkan cinta Qi dan pengacara 8TV, Julie Woon. Difahamkan Julie dan Qi sudah putus kasih dan kisah itu tidak digembar-gemburkan sangat.

Bagaimanapun, Qi dan Julie masih kekal berkawan. Kehadiran Yuna pula dalam hidup Qi ketika pelakon drama Blogger Boy itu sudah kembali solo. Dalam hal ini, tidak timbul istilah Yuna merampas kebahagiaan orang lain. Akui Yuna, selain Qi, dia juga mengenali Julie.

"Kalau diikutkan malam itu, sebelum duduk sebelah Qi, saya duduk di sebelah Aizat. Kalau saya duduk lama di sebelah Aizat ketika acara itu, barangkali Aizat pun akan digosipkan dengan saya juga," seloroh Yuna kepada B*PPOP dalam pertemuan di sebuah kafe di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, sebelum berlangsungnya acara Live Fashion Love Music membabitkan kerjasamanya dengan pereka fesyen, Hana Tajima di bawah label Maysaa London 13 Disember lalu.

Perkenalan Yuna dan Qi mula bersemi Oktober lalu ketika mereka sama-sama terbabit dalam rakaman program Kawanku Bintang Coca Cola yang bersiaran di TV9 setiap Ahad. Qi menggalas tugas sebagai hos bersama Cheryl Samad, manakala Yuna pula sebagai juri tetap di sisi Aubrey Suwito dan Noh Hujan.
Menambah hangat bukti Yuna dan Qi bercinta ialah ketika hadir pada Anugerah Shout! 2010, mereka mengenakan baju dengan rona yang kelihatan sedondon. Ketika Yuna diumum sebagai pemenang, Qi turut dilihat menjadi 'penjaga' tas tangannya.

"Sebenarnya kami masih dalam peringkat berkawan. Saling mengenali. Kalau kata kami hadir sedondon itu sebenarnya tidak tepat. Ironinya, kami tidak merancang pun. Apa yang dilihat itu semua kebetulan. Sebenarnya tiada apa yang perlu digembar-gemburkan pun antara kami.

Kalau sudah di peringkat serius, barangkali kami boleh berbicara lanjut mengenainya. Cerita yang kononnya kami sudah berjumpa keluarga masing-masing itu pun tidak tepat. Tetapi kebanyakan kawan saya akan saya perkenalkan kepada mama saya (mesra dipanggil Mak Cik Anum).

"Kalau mama menemani saya bekerja, saya akan perkenalkan kawan baru saya kepadanya termasuklah Qi. Ada masa, mama pun turut serta melepak atau makan bersama dengan kawan-kawan saya. Mama saya pun minat dengan Qi sebenarnya. Saya tak menafikan pernah juga keluar berdua dengan Qi," kata Yuna yang turut ditemani mama dan sepupunya ketika sesi temubual ini diadakan.

Ternyata perbualan kali ini dengannya jelas menampakkan keterbukaan dan kematangan Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 dalam soal membabitkan hati dan perasaan. Lalu B*Pop umpankan lagi dengan soalan apakah benar kemungkinan yang mereka bakal bercinta suatu hari nanti?

"Soal nak serius atau bercinta itu biarlah datang kemudian. Selama ini hinggalah sekarang, keghairahan saya masih tetap dalam bidang muzik. Itu titik fokus saya. Saya tidak mahu, hal lain mengaburi kerjaya saya. Memang kini saya akui agak terbuka dalam soal peribadi tapi itu tidak bererti kerjaya harus diletak ketepi.

"Saya melihat konteks terbuka ini juga pada ruang lingkup berbeza. Saya tidaklah terlalu terbuka sampai tahap begitu teruja bercerita hal yang tidak pasti hujung pangkalnya. Saya masih mahu peminat dan pemerhati muzik mengenali saya dengan hal kerjaya dan bukannya di sebabkan kenal dengan lelaki itu atau ini," tegas jurucakap dan duta kepada jenama produk penjagaan kebersihan wanita antarabangsa, Libresse itu.

Ditanya mengenai pengacara Destinasi Bajet dan Field Trip To USA di 8TV itu, Yuna berkata, mereka 'sekepala' dan berkongsi dalam banyak hal terutama kerjaya dan muzik. Lagipun, sebelum bergelar pengacara dan pelakon, Qi pernah menganggotai kumpulan OAG.

"Dia lelaki yang baik dan sangat menghormati orang tua serta orang di sekelilingnya. Dia kawan yang saya mudah untuk didekati. Dia tidak palsu," ungkap pemenang tempat kedua Anugerah Juara Lagu 2009 (AJL2009) menerusi lagu Dan Sebenarnya itu.

Sertai The Fader Label

Selepas selesai melunaskan mandatnya menerusi lagu Cinta Sempurna di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25 pada malam ini di Stadium Putra Bukit Jalil, Yuna akan ke Amerika Syarikat sekali lagi untuk menyiapkan rakaman album Inggeris (album kedua) sepenuhnya di sana.

Pada Mac lalu, Yuna sudah ke Amerika Syarikat diikuti United Kingdom pada Ogos lalu. Di Amerika Syarikat, Yuna mengikat kontrak selama dua tahun bersama syarikat pengurusan Indie Pop. Lebih membanggakan, dia juga sah menandatangani syarikat rakaman Fader Label sejak bulan lalu.

Fader Label beroperasi di New York. Insya-Allah, ikut perancangan penyanyi lagu Gadis Semasa dan Penakut itu akan ke sana selama enam bulan. Membanggakan, lagu dalam album terbabit itu akan dihasilkan sepenuhnya oleh Yuna dan berkemungkinan besar hanya menggunakan khidmat dua penulis lagu jemputan.

"Saya berterima kasih kepada syarikat Fader Label kerana mempercayai bakat saya dalam penulisan lagu. Dijangka 10 lagu akan dimuatkan. Kami akan memilih lagu yang sedia ada dalam simpanan saya dan barangkali akan dirakamkan semula. Insya-Allah, Decorate antara lagu yang sudah pasti dimasukkan dalam album itu," katanya sambil memberitahu lagu dalam album itu akan turut dipasarkan secara digital menerusi muat turun on-line popular, iTunes.

Setia menyokong ABPBH

Melihat kepada kelangsungan kerjaya seninya, Yuna pantas menyinar. Lagu Dan Sebenarnya menjadi lesen besar yang terus memperkasakan namanya di persada seni. Album sulungnya, Decorate turut mendapat reaksi positif ramai. Malah anugerah demi anugerah yang diraihnya menjadi mercu tanda kepada legasi seninya.

Selain Anugerah Shout! 2010, AJL-24 dan ABPBH 2009, Yuna juga bersinar di Anugerah Industri Muzik ke-17 dengan memenangi empat anugerah iaitu Artis Baru Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Deeper Conversation), Lagu Pop Terbaik (Dan Sebenarnya) dan Lagu Terbaik (Dan Sebenarnya).

Potensi yang ditunjukkannya kebelakangan ini menjadi antara ramalan untuk namanya berada di dalam kelompok Top 5 dalam kategori Penyanyi Wanita Popular ABPBH 2010 dan sekali gus dilihat berkemungkinan besar untuk meraih kategori Bintang Paling Popular musim ini.

"Saya mungkin ada dan mungkin tidak tercalon dalam Top 5 kategori itu. Insya-Allah, kalau dicalonkan, saya hanya mampu bersyukur. Kalau tidak tersangkut tak mengapa. Melihat kepada saingan lain, populariti Mizz Nina dan Ana Raffali juga sangat meluas.

"Apa saja boleh terjadi kerana undian semua terletak di tangan peminat. Sebagai anak seni, saya akan terus menyokong ABPBH. Insya-Allah, sekali pun saya sudah berada di Amerika Syarikat mulai tahun depan, siapa tahu saya akan meluangkan masa untuk memeriahkan acara berprestij pada 23 April depan ini," katanya yang tidak hadir pada malam kemuncak ABPBH 2009 pada April lalu kerana terikat dengan komitmennya di Amerika Syarikat.

Selain menunjukkan peningkatan ketara dalam kerjaya seninya, gadis kelahiran Alor Setar, Kedah yang mula menjadikan medium laman sosial, Myspace untuk berkongsi bakatnya ini turut diperhatikan dalam transformasi gaya dan cara berpakaian.

Sekalipun bertudung, Yuna kini dilihat semakin feminin dan menjadi perintis gaya. Malah, tubuhnya yang tinggi lampai memudahkan apa saja material kain membaluti badannya. Awal pembabitannya dulu, dia gemar menyarung skinny jeans dan baju kemeja. Tapi sekarang, dia bijak menyuai padan pakaian termasuk mengenakan jaket dan skirt labuh.

Kalau ada yang tahu, Yuna turut mengusahakan sebuah butik pakaian dipanggil IamJetfuel yang beroperasi di Subang Jaya. Kerjasamanya bersama pereka fesyen Hana Tajima juga dianggap sebagai batu loncatan untuknya meneroka sisi baru dengan memiliki koleksi pakaian sendiri.

"Sejujurnya, memang saya sendiri ada perancangan ke arah itu. Tapi disebabkan kesibukan dalam arena seni, semuanya jadi terbantut. Barangkali pada masa mendatang, saya boleh menjadikan ia sebagai kenyataan terutama dalam memperkenalkan rangkaian fesyen bertudung.

"Tudung bukan alasan untuk kita tidak mementingkan gaya. Dengan sedikit keyakinan dan keberanian, kita yang bertudung ini juga boleh kekal bergaya dan berfesyen. Lihat saja, bagaimana Hana Tajima yang menjadi kegilaan ramai di London dan di negara kita sendiri," katanya yang sepatutnya menunaikan umrah bersama ibu bapanya Disember lalu tetapi di sebabkan masalah kelambatan visa, semuanya tidak menjadi seperti dirancang.

Mengenai Hana Tajima, Yuna menjelaskan, dia mengenalinya sejak Mei lalu ketika berkunjung ke London. Hana Tajima memeluk Islam sejak lima tahun lalu sebelum mengambil keputusan berkahwin dengan Nibras Hassan. Hana dilahirkan dalam keluarga berdarah campuran Jepun dan Inggeris.

"Ketika berjumpa, kami ada bergambar bersama dan saya ada memuat turunkan gambar terbabit di fanpage (facebook) saya. Tanpa disangka, gambar itu mendapat komen yang banyak daripada peminat. Saya sendiri tidak menyangka, Hana sendiri mempunyai peminat yang ramai di Malaysia.

"Selepas satu perbincangan, kami menyatakan persetujuan untuk sama-sama berkolaborasi dalam acara Live Fashion Love Music. Tak sangka, ramai datang ke Map KL untuk bertemu dengannya hingga ada yang tak boleh masuk. Bajunya juga bersesuaian untuk wanita bertudung dengan harga berpatutan," kata Yuna yang turut terpilih sebagai artis yang berpeluang menjual cakera padat album Decorate di premis 7 Eleven.

Jaclyn putus tunang?

Posted: 12 Jan 2011 03:17 PM PST

BIAR betul penyanyi lagu Gemilang, Jaclyn Victor putus tunang? Rasanya Raja baru bercerita dengan Jac mengenai hubungan jarak jauh dengan tunangnya. Tiada reaksi tidak menyenangkan terpamer di wajah manis Jac, malah penyanyi bersuara tinggi itu ceria bercerita mengenai hubungan dengan tunangnya.

Mereka dah bertunang selama empat tahun, tetapi belum ada tanda nak berkahwin. Tunangan Jac kini berkerja di London. Malah, baru-baru ini, khabarnya tunang Jac datang melawatnya di Kuala Lumpur. Namun, Raja terdengar pula desas-desus mengatakan Jac sudah putus tunang.

Malah, cerita yang sampai ke pengetahuan Raja, Jac kini rapat dengan seseorang. Lelaki Melayu dan mempunyai hobi yang sama dengan Jac menunggang motosikal berkuasa besar. Itu cerita yang Raja dengar, kadang kala tidak boleh diterima pakai dan dipercayai bulat-bulat!
Raja mohon maaf pada Jac jika cerita yang Raja dengar ini hanyalah kisah dongeng! Raja lihat Jac mudah mesra dengan semua orang dan mungkin lelaki yang digosip dengannya itu adalah teman rapatnya. Adatlah, kalau rapat dengan seseorang, Jac sebagai penyanyi terkenal pasti menjadi mangsa gosip.

Bagaimanapun, Raja harap cerita yang Raja dengar ini tidak benar. Jac pernah beritahu Raja, "Belum sampai seru! Jangan membuat spekulasi, saya masih tunangan orang. Cuma, keadaan ini nampak kami seperti renggang. Renggang bukan bermakna kami putus.

"Kami jarang bertemu, hanya talian dan internet menjadi penghubung. Tapi, tunang saya tidak lupa melawat saya di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Lepaslah rasa rindu selepas sekian lama berjauhan. Apa yang dapat saya katakan, saya tak menggalakkan cinta jarak jauh, tak mudah! Selain terpaksa membayar bil yang tinggi, kepercayaan dan kejujuran perlu ada dalam diri masing-masing," katanya kepada Raja tidak lama dulu. Apapun, Raja berharap Jac cepatlah kahwin untuk mengelakkan fitnah.

Fiza, Malek elod cepat kahwin

Posted: 12 Jan 2011 03:17 PM PST

FIZA, Fiza, Fiza... dalam dok menafikan hubungan dengan jurukamera, Malek Marwi yang juga bapa kepada pelakon Erin Malek, mereka khabarnya merancang akan berkahwin tahun ini.

Bagaimanapun, Raja fikir tidak salah pun mereka berkahwin kerana masing-masing berstatus `single'. Umumnya sudah tahu, Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim dan bekas suaminya, Ahmed Farriq Zainul Abidin bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 4 November lalu.

Si kekasihnya, Malek pula khabarnya sudah menceraikan isterinya, Liza, baru-baru ini. Kes perceraian mereka akan disebut di mahkamah syariah dalam masa yang terdekat. Raja dengar dalam pertengahan bulan ini.
Apa yang jelas, sukar menidakkan hubungan intim mereka. Bak kata orang, sudah terang lagi bersuluh! Bagaimanapun, hanya empunya diri yang lebih mengetahui. Apa yang berlaku hari ini seolah-olah membuktikan rumah tangga Fiza dan Malek berpecah-belah disebabkan kecurangan. Mungkin Fiza atau Malek enggan mengakuinya, tetapi itulah persepsi orang luar.

Raja dengar walaupun dulu kecoh perihal mereka, tetapi mereka sebenarnya tidak pernah putus dan terus menjalinkan hubungan. Walaupun suatu ketika dulu, Raja dengar Malek sudah pulang ke pangkuan keluarga, tetapi hakikatnya, mereka masih bersama. Dan, akhirnya rumah tangga Malek juga berderai.

Terdahulu, Raja pernah membaca kenyataan bekas suami Fiza sebelum menceraikannya. "Cerita kecurangan Fiza dan Malek adalah benar! Bagi saya, Fiza menipu dan menduakan suami. Itu adalah satu kesalahan. Kepercayaan saya membenarkan Fiza terus berlakon disalah guna. Sebelum ini, saya hanya mendiamkan diri, tapi lama kelamaan, perangai Fiza semakin teruk!

"Sudah beberapa kali saya berjaya menghidu kecurangan Fiza bersama beberapa lelaki termasuk bukti khidmat pesanan ringkas (SMS). Terbaru, Fiza menjalin hubungan dengan Malek. Sudah beberapa kali saya berjaya mengesan pergerakan mereka. Mereka dilihat keluar dan pulang ke rumah sekitar jam 3 atau 4 pagi selama beberapa kali pada Ramadan lalu," katanya.
Raja tidak mahu membuat tafsiran, biarlah orang luar yang menilainya sendiri. Raja tidak tahu apa yang berlaku pada mereka. Mungkin Fiza dan Malek punya masalah yang sukar nak dijelaskan. Jadi, eloklah jangan membuat andaian terhadap mereka.

Kalau benar cerita yang Raja dengar ini, Raja harap mereka cepatlah berkahwin. Tak guna menunggu lagi, ia bakal menjadi buah mulut dan cakap-cakap belakang yang kurang menyenangkan. Bagaimanapun, Raja mohon maaf pada Fiza dan Malek jika tersinggung dengan coretan ini.

33 Selebriti Pakai Cheongsam

Posted: 12 Jan 2011 03:16 PM PST


KUALA LUMPUR: Seramai 33 selebriti wanita memperagakan ceongsam hijau serta barangan kemas Mandalay dan Rafflesia di The Weld, bagi mempromosikan barangan berkenaan sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 12 hingga 14 Februari depan.

Mereka adalah Nasha Aziz, model Amber Chia, Erra Fazira, Pushpa Narayan, Dynas dan Faezah Elai.

Turut serta ialah pelakon Intan Ladyana, Farahdhiya, Julia Ziegler, Miss World Malaysia 2009, Thanuja dan Miss Malaysia India Worldwide, Mohana Priya.



Nasha Aziz
Menurut Pengarah Rafflesia The Pearl Centre, Winnie Sin, pihaknya sengaja memilih warna hijau berbanding merah sebagai warna rasmi pakaian itu kerana mahu mencari kelainan dalam pertunjukan tersebut. "Selain itu, sebuah pertunjukan Green Cheongsam Showcase yang menampilkan lebih 10 pereka fesyen terkenal turut diadakan di sini pada 12 hingga 14 Januari ini.

"Pemakaian ceongsam pula begitu sinonim dengan batu jed dan mutiara," katanya ketikamajlis pelancaran majlis tersebut di The Weld, di sini, Selasa lalu.



Erra Fazira
Ceongsam hijau ditampilkan dalam pelbagai bentuk dan fabrik termasuklah brocade Cina, songket, batik, lycra dan manik.

Antara pereka fesyen yang terlibat terdiri daripada Ariff Shukor, Bill Keith, CarvenOng, Daniel & Leslie, Faizel Azraff, Rizman Ruzaini, Salikin Sidek dan Wanpa.

Senarai Top 5 Finalist untuk Anugerah Bintang Popular 2010

Posted: 12 Jan 2011 05:53 AM PST

Artis Komedi Lelaki Popular
Along
Angah
Johan
Nabil
Zizan

Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias
Kenchana Dewi
Nurkhiriah
Raja Azura
Sharifah Shahira

Artis Baru Lelaki Popular
Daus
Maulana
Shah Jaszle
Shahir
Sharnaaz Ahmad

Artis Baru Wanita Popular
Adira
Ana Raffali
Mizz Nina
Nur Syuhada @ Dottie
Elfira Roy

Penyanyi Nasyid Popular
Hijjaz
In Team
Mirwana
Rabbani
Raihan

Artis Berkumpulan Duo/Berkumpulan Popular
Ana Raffali/Suhaimi Mior Hassan/Altimet
6ixth Sense
Azlan The Typewriter
Bunkface
Meet Uncle Hussein
Penyanyi Lelaki Popular
Aizat
Anuar Zain
Black
Faizal Tahir
Shahir

Penyanyi Wanita Popular
Adira
Alyah
Ana Raffali
Stacy
Yuna

Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Bront Paralea
Remy Ishak
Shaheizy Sam
Syamsul Yusof

Pelakon Filem Wanita Popular
Diana Danielle
Lisa Surihani
Liyana Jasmay
Maya Karin
Scha Alyahya

Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Ady Putra
Fizz Fairuz
Remy Ishak
Shaheizy Sam

Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha
Nurkhiriah
Lisa Surihani
Scha Alyahya
Tiz Zaqyah

Pengacara TV Lelaki Popular
Ally Iskandar
Awal Ashaari
Anil Hj Nawawi
Jimmy Shanley
Zizan

Pengacara TV Wanita Popular
Cheryl Samad
Fara Fauzana
Nurul Syuhada
Raja Azura
Sharifah Shahirah

Penyampai Radio Lelaki Popular
Aznil Hj Nawawi
Faizal Ismail
Halim Othman
Kieran
Salih Yaakub

Penyampai Radio Wanita Popular
Abby Fana
Fara Fauzana
Linda Onn
Raja Azura
Sharifah Aleya

google: abp 2010, senarai artis finalist abp 2010, artis finalist abp 2010, gambar artis finalist abp 2010, terkini senarai finalist abp 2010, terbaru senarai finalist abp 2010, berita finalist abp 2010, pengumuman finalist abp 2010, senarai artis finalist abp 2010, selebriti finalist abp 2010, senarai penuh finalist abp 2010, keputusan penuh finalist abp 2010, keputusan terkini finalist abp 2010

Penyanyi Aman Shah Didenda RM3,000 Kerana Khalwat

Posted: 12 Jan 2011 05:38 AM PST


PUTRAJAYA: Penyanyi dan pelakon era 80-an, Aman Shah dihukum denda RM3,000 selepas mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang ibu tunggal kepada dua orang anak, tahun lalu.Aman Shah popular dengan lagu 'Kepulangan Yang Dinanti' dan 'Adikku Pandai Menari'.
Turut mengaku bersalah ialah wanita terbabit, Rohana Awang yang juga dihukum denda RM3,000 bagi kesalahan itu.
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Abu Zaky Mohammad semasa menjatuhkan hukuman pada Rabu, mengarahkan supaya pasangan terbabit menjalani hukuman penjara selama tiga bulan, jika gagal menjelaskan denda itu.Pada penghakimannya, Abu Zaky berkata, Aman Shah sepatutnya menjaga akhlak dan mengelakkan diri daripada terlibat dalam perbuatan sebegitu, yang dapat menyebabkan kerjayanya diragui oleh masyarakat."Sepatutnya di penghujung usia, seharusnya kamu memikirkan tentang kematian yang semakin dekat.
"Kamu berdua harus memuhasabahkan diri dan bertaubat serta cuba mengelak daripada berlaku lagi perbuatan sebegini," katanya.
Beliau juga mengingatkan kedua-dua tertuduh bahawa hukuman bagi kesalahan berzina untuk mereka yang telah berkahwin mengikut hukum syarak ialah direjam sehingga mati.Aman Shah atau nama sebenarnya, Aman Shah Abu Kassim, 53, dan Rohana, 32, terdahulu mengaku salah berada dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak atau berkhalwat pada pukul 12.15 tengah malam, 26 September 2010.Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah Blok C1, tingkat 2 unit 5, Presint 15 Fasa 15-12B, di sini.Berdasarkan fakta kes, Aman Shah didakwa telah mengambil masa selama 23 minit untuk membuka pintu selepas kediaman tersebut diserbu oleh peguatkuasa agama.Sementara itu, dalam rayuan untuk meringankan hukuman ke atas dirinya, Aman memberitahu, dia memohon ampun daripada Allah dan mahkamah."Kejadian itu berlaku semasa saya mempunyai masalah. Saya nekad untuk tidak melakukan kesalahan yang sama di masa akan datang," katanya menambah agar tidak dikenakan hukuman penjara.Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Putrajaya, Mohd Hafiz Idris manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam syarie.Aman hadir dengan memakai baju T warna hitam berkolar manakala Rohana mengenakan baju dan seluar merah dan berselendang hitam.
google: aman shah, aman shah di mahkamah, aman shah khalwat, aman shah di tangkap khalwat, pasangan khalwat aman shah, aman shah dengan wanita bernama, aman shah di hukum, aman shah didenda kerana berkhalwat, gambar aman shah berkhalwat, foto aman shah berkhalwat, terkini aman shah berkhalwat, terbaru aman shah berkhalwat, kontroversi aman shah berkhalwat, berita aman shah berkhalwat, gosip aman shah berkhalwat, jumlah denda aman shah berkhalwat, hukuman aman shah berkhalwat

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Pamela hampir muntah ketika aksi berbogel

Posted: 12 Jan 2011 02:21 PM PST

hi 03.1 Pamela hampir muntah ketika aksi berbogel

PAMELA ANDERSON


RAMAI pastinya yang sudah mengetahui mengenai pelakon Pamela Anderson yang sudah berbogel banyak kali untuk majalah Playboy. Namun begitu, pelakon berkenaan mempunyai pengalaman menarik ketika mula-mula dia beraksi tanpa seurat benang untuk majalah tersebut.

Menurutnya, ketika kali pertama berbogel pada usia 22 tahun, dia hampir-hampir muntah di studio kerana merasa jijik dengan apa yang dilakukannya itu. Namun tidak beberapa lama kemudian, dia mula rasa selesa dan senang dengan pekerjaannya itu.

"Waktu itu saya rasa sangat bingung. Bila saya beritahu ibu tentang tawaran untuk berbogel dalam Playboy, dia menyuruh saya lakukan sahaja dan akhirnya saya menerima tawaran berkenaan. Tetapi sewaktu sesi fotografi, saya rasa malu dan mereka terpaksa menghabiskan banyak filem kerana banyak gambar yang tidak jadi," ujarnya.

Namun lama-kelamaan Pamela akhirnya berjaya mengatasi masalah tersebut sehinggakan kini dia pula merasa ketagih untuk berbogel. Malah, ada masanya dia terpaksa diingatkan supaya berpakaian sebelum keluar dari studio.

/// kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Tomok bakal berkahwin dengan pramugari tahun ini

Posted: 12 Jan 2011 11:11 PM PST

tomok bakah berkahwinTomok dengarnya akan berkahwin dengan seorang pramugari pada awal Julai tahun ni dengan seorang wanita berusia 31 tahun.. Gadis bertuah yang dikenali sebagai Ayu tu bertugas sebagai pramugari disalah sebuah syarikat penerbangan di Malaysia… Ayu dengarnya sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan.. Tapi Tomok yang dihubungi wartawan Mstar engan mengulas lanjut mengenai persiapan perkahwinan mereka berdua…

"Ya, Insya-Allah, saya sedang merancang untuk ke arah itu, namun buat masa ini saya masih belum bersedia sepenuhnya dan banyak perkara yang perlu diuruskan lagi.

"Setakat ini semua dalam perancangan dan masih awal untuk menceritakan persiapan perkahwinan kami. Dia juga masih belum bersedia untuk diperkenalkan kepada peminat,"

"Bila sampai masanya nanti saya berjanji untuk umumkan perkara itu dan tidak akan merahsiakannya kepada orang ramai,"

MyGosip harap segala perancangan mereka berdua untuk mendirikan rumah tangga berjalan dengan lancarnya hendaknya.. Perbezaan umur Tomok (26) dan Ayu (31) sebanyak 5 tahun bukan lah menjadi isu disini.. bak kata pepatah omputih, "Age Is Just A Number"..


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Misteri ikatan Syafie, Sara

Posted:

Misteri ikatan Syafie, Sara

Misteri ikatan Syafie, Sara



BIAR berbeza usia dan pertama kali digandingkan bersama, Syafie Naswip dan Sara Ali pantas mencipta keserasian bersama. Malah Syafie tidak berselindung memberitahu hubungannya dengan pemegang watak Hawa, dalam filem Songlap itu cukup rapat.

Dia juga mengakui ada sesuatu yang berlaku antara mereka. Namun enggan menghuraikan apakah yang dimaksudkannya itu.

"Saya dan Sara cukup rapat dalam filem ini. Tapi rapat macam mana saya tidak boleh cerita. Bagi saya Sara seorang pelakon yang bagus dan saya senang bekerjasama dengannya," tuturnya.

Enggan mengulas lanjut tentang misteri hubungan mereka, pemilik nama sebenar Mohd. Syafie Naswip ini mengalih bicara tentang tenggelam timbul dia dalam industri seni.

Semuanya kerana pemergian pengarah dan gurunya, Allahyarham Yasmin Ahmad.

Selain seperti hilang tujuan, dia juga pernah berputus asa terhadap dunia seni dan selepas Talentime, dia jarang muncul di kaca televisyen mahupun layar perak.

Namun, atas nasihat keluarga dan teman-teman, akhirnya Syafie terpaksa mengalah memandangkan cintanya terhadap dunia seni begitu mendalam.

Syafie yang ditemui pada majlis pelancaran filem terbarunya berjudul Songlap di Bangsar, baru-baru ini memberitahu, tahun ini dia hanya akan muncul dengan dua buah filem baru iaitu Nur Kasih The Movie dan Songlap.

"Saya sebenarnya tidak yakin untuk berlakon selepas pemergian arwah kerana saya dibentuk olehnya, selepas arwah tiada, saya berehat daripada dunia lakonan hampir setahun.

"Tahap keyakinan diri saya depan kamera jatuh menjunam, tetapi lama-kelamaan saya kembali okey walaupun lakonan kini bukan kerjaya saya yang utama," ujarnya yang melakonkan watak utama dalam Songlap.

Menurut Syafie yang kini merupakan pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Gombak Setia, lakonan merupakan kerjaya keduanya kerana dia harus memberi fokus kepada peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang akan diambil tahun ini.

"Sebelum habis belajar, saya hanya akan ambil tawaran berlakon ketika cuti persekolahan yang panjang sahaja kerana saya tidak mahu mengganggu pelajaran," terangnya yang bersyukur pihak penerbit memahami komitmen utamanya itu.

Tambahnya, meskipun kerjaya lakonan menjanjikan pulangan yang lumayan dan masa depan yang cerah, tetapi tegas Syafie dia harus menamatkan pelajarannya terlebih dahulu sebelum memberi fokus kepada dunia lakonan.

"Saya harus menyediakan payung sebelum hujan untuk diri sendiri dan keluarga. Jadi pelajaran sangat penting buat saya kerana saya bukannya orang kaya.

"Selepas sekolah, saya berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang fotografi atau filem. Mana tahu, kalau saya tidak lagi jadi pelakon, saya boleh jadi jurugambar atau jurukamera filem pada masa depan," ucapnya.

Gugup

Lama tidak menjejaki set penggambaran menyebabkan Syafie berasa gugup saat tiba pada hari pertama di lokasi Songlap.


AKUI Syafie, hubungannya dengan Sara rapat biarpun Sara lebih tua daripadanya.


Semua krew dan pelakon yang digandingkan dengannya dalam filem arahan Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak itu cukup asing baginya.

"Sampai di set penggambaran saya rasa asing. Dalam hati saya, boleh ke saya berlakon? Tetapi dengan tunjuk ajar pelakon lain dan disiplin lakonan yang dijaga oleh pengarah semuanya berjalan dengan lancar.

"Malah, saya rasa seronok sepanjang bekerja dengan mereka, walaupun agak tertekan kerana pelakon lain semuanya hebat-hebat," katanya.

Disebabkan ingin mendalami wataknya sebagai Adam Kecil yang merupakan adik kepada Adam Besar (Shaheizy Sam) seorang ejen penjualan bayi dan kaki judi, Syafie meninjau sendiri kehidupan di belakang kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur pada waktu malam.

"Saya tinjau dan lihat sendiri bagaimana kehidupan orang-orang di sana supaya mudah untuk saya melakonkan watak Adam Kecil kerana filem ini ada kaitan dengan kegiatan pelacuran dan dadah," ujarnya.

Pertama dan terakhir

Sara Ali berusia 21 tahun, baru melibatkan diri dalam dunia lakonan pada tahun lepas, bagaimanapun sudah lima buah filem yang menggunakan khidmatnya sebagai pelakon.

Antaranya, filem Sesuatu Yang Tertinggal, Klip 3GP, Penunggu Istana, Nur Kasih The Movie dan Songlap. Jika dilihat sebagai pelakon yang baru, Sara dikira seorang gadis yang bertuah.

Bakatnya belum lagi terbukti, tetapi sudah diberi kepercayaan oleh pihak penerbit untuk memegang watak utama dalam filem, sedangkan pelakon wanita yang sedia ada juga tidak mempunyai tuah sepertinya.

"Saya mula berlakon pada Mac tahun lalu, semuanya berlaku secara tidak sengaja apabila ada orang produksi menghubungi saya menerusi laman sosial Facebook.

"Mereka minta saya datang uji bakat. Pada mulanya saya tidak percaya tetapi bila mereka minta saya hadir ke sesi uji bakat di Sri Pentas, TV3, baru saya percaya.

"Saya dipilih dan pada fikiran saya filem Sesuatu Yang Tertinggal merupakan filem pertama dan terakhir saya, tidak sangka pula akan dapat tawaran filem lain," ucapnya dalam senyuman manis.


DARI kiri: Shaheizy Sam, Syafie dan Sara menjadi tunjang utama filem dengan bajet RM1.7 juta ini.


Sara yang merupakan pelajar jurusan Seni Bina dari Universiti Lim Kok Wing itu tidak pernah terfikir untuk bergelar seorang pelakon, tetapi selepas mula berlakon filem pertama minatnya semakin bercambah.

"Memang tidak fikir langsung akan jadi pelakon tetapi mungkin sudah rezeki saya dalam bidang lakonan. Bagaimanapun, semua penggambaran dilakukan ketika waktu cuti semester, jadi saya boleh membahagikan masa dengan baik antara pelajaran dan lakonan.

"Buat masa ini harapan saya agar penonton boleh terima kehadiran saya dalam dunia seni dan melihat bakat saya. Jika saya diterima mungkin saya akan teruskan dengan lakonan, jika tidak, saya mungkin akan jadi arkitek, semuanya tidak dapat dipastikan lagi," katanya kini sedang menjalani penggambaran filem keenamnya.

Ulasnya mengenai filem Songlap, dia menimba pengalaman yang cukup berguna kerana digandingkan dengan pengarah dan pelakon yang mempunyai nama besar.

"Macam Syafie, dia muda daripada saya tetapi dia lebih berpengalaman, jadi kami sering bertukar-tukar pendapat dan berlatih terlebih dahulu sebelum masuk ke set penggambaran.

"Apa yang saya suka mengenai Songlap, filem ini diambil daripada kisah benar dan isu semasa yang memang terjadi di Malaysia," luahnya mengenai filem yang sedang dalam proses suntingan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Aamir tonjol pelacuran

Posted:

Aamir tonjol pelacuran

Aamir tonjol pelacuran


AAMIR KHAN


AKTOR dan penerbit filem terkenal Aamir Khan dikenali dengan perangainya yang mementingkan kesempurnaan dalam semua perkara yang dilakukannya termasuk ketika menerbitkan filem keempatnya yang diarahkan oleh pengarah Reema Kagti.

Menurut laporan, filem keempatnya itu telah memilih Aamir, Rani Mukerji dan Kareena Kapoor sebagai pelakon utama. Aamir mahu pastikan filemnya itu nanti begitu dekat dengan dunia realiti.

Memandangkan salah seorang pelakon utama wanita itu akan memegang watak pekerja seks, Aamir mahu penggambaran filem yang membabitkan watak pelacur itu menjalani penggambaran di 'kawasan merah' (kawasan pelacuran) iaitu di Kamathipura.

Bagaimanapun, keputusan Aamir itu ditentang oleh pengarah dan penerbit lain iaitu Ritesh Sidhwani dan Farhan Akhtar.

Buat masa ini Rani, Kareena serta kru filem itu sibuk memujuk dan meyakinkan Aamir bahawa terlalu dekat dengan realiti tidak semestinya satu perkara yang baik kerana penggambaran akan dilakukan di kawasan yang penuh dengan samseng dan meletakkan pelakon dalam keadaan yang bahaya.

Sehingga kini belum ada sebarang pengesahan mengenai perkara itu. Namun, apa yang pasti, hasil kerja daripada Aamir Khan tidak pernah mengecewakan penonton.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Impian Marsha terlaksana

Posted: 12 Jan 2011 09:13 AM PST

LEBIH lima tahun menanti, akhirnya impian Marsha Milan Londoh, 26, untuk memiliki album tercapai. Menelan kos puluhan ribu ringgit, pembikinan album EP pertama, Yang Pertama, dibiayai sepenuhnya oleh Marsha.

Kenyataan gadis cantik ini membiayai kos albumnya mengundang sangsi lalu ada suara-suara nakal mengusik apakah Marsha ditaja individu bergelar hartawan.


Menguntum senyuman manis namun tegas dan serius suaranya, Marsha ketika ditemui di majlis pelancaran albumnya, menafikan dakwaan liar itu.

"Takda maknanya ditaja. Pembikinan album ini menggunakan sepenuhnya wang dari simpanan saya yang dikumpul berdikit-dikit sejak keluar dari AF3 lebih kurang enam tahun lalu.


"Bukan tajaan daripada kekasih atau sesiapa, semuanya hasil titik peluh saya sendiri. Ketika masih bernaung di bawah Maestro Records, masa itu baru tamat AF3 gerak hati seolah dapat menjangkakan ada sesuatu akan berlaku.


"Dengan keadaan penjualan album yang kurang memberangsangkan, tidak semua bintang AF berpeluang menghasilkan album dan ia menjadi lebih rumit apabila kontrak tamat.

"Jadi, awal-awal lagi saya selalu beringat. Dapat saja duit 'show' saya menabung. Mungkin, sekarang ini peminat lebih mengenali saya sebagai pelakon tetapi saya bersyukur kerana dari dulu sampai sekarang saya masih menerima undangan persembahan setiap bulan.


"Daripada rezeki menyanyi dan berlakon itulah saya kumpul wang. Bila rasa sudah cukup duit gunakan untuk merakamkan lagu," katanya turut menghiburkan tetamu dengan lagu Bila, Janji Ruang Kedua secara langsung sebelum pelancaran bermula.

Belum puas menduga Marsha yang memang ramah dan 'sporting', pihak media bertanya lagi, jika bukan hartawan mungkinkah teman lelakinya seorang ahli perniagaan berjaya berusia awal 30-an yang menaja pembikinan album itu.


Gadis kelahiran Michigan, Amerika Syarikat (AS) ini sekali lagi menafikannya. Katanya, teman lelakinya tiada kena-mengena langsung dengan album ini. "Sebagai orang yang terbabit dalam dunia perniagaan, dia banyak memberikan nasihat dan inspirasi selain sentiasa berada di sisi memberi sokongan," ujar pemilik bibir mungil ini.


Bercerita lanjut mengenai album Yang Pertama yang memilih 11.1.11 sebagai tarikh keramat, ia memuatkan lima lagu iaitu Ruang Kedua yang disampaikan secara duet bersama penyanyi kelahiran Perancis, Julian Cely,Tak Perlu Selamanya, Bila, Janji dan Bersama Kita.


Album ini bagi Marsha bersifat cukup peribadi padanya kerana dua daripadanya lagu yang dimuatkan adalah hasil sentuhannya sendiri. Malah gadis yang baru saja menyambut ulang tahun ke-25 pada 6 Disember lalu, berkuasa sepenuhnya dalam memilih lagu dimuatkan dalam albumnya.


Akui Marsha, dia begitu gembira, teruja dan gementar menantikan kemunculan Yang Pertama di pasaran Februari nanti. "Bila, adalah gubahan pertama saya. Lagu ini sangat istimewa bagi saya kerana proses pembikinan lagu ini dipenuhi aura-aura kegembiraan, bermula dari saat saya menekan kunci pertama di piano saya sehingga tamatnya rakaman vokal. "Lirik feminin yang bersahaja ditulis Eenaz Mokhtar manakala susunan muzik yang segar dan bertenaga oleh Kimberly Chin bagai memberikan nyawa kepada lagu 'gembira' ciptaan saya ini.


"Manakala, Janji pula adalah gubahan pertama saya yang diterbitkan. Semasa menghayati watak Wati ketika penggambaran dokudrama Korban 44, saya mendapat inspirasi untuk menulis lagu ini.


"Lagu ini pada asalnya ditulis dalam 'mood' yang sedih bagi memenuhi skrip dan jalan cerita Korban 44. Tetapi apabila diolah semula untuk album ini, ia diberi nafas baru dan terarah kepada sebuah penceritaan lagu yang menggambarkan kebahagiaan. "Lirik puitis lagu ini ditulis oleh Hariry Jalil yang memainkan watak Anjang iaitu pasangan Wati dalam drama tragis," katanya turut merancang menghasilkan EP dalam bahasa Inggeris.


Album dipasarkan Alibi Music itu turut menampilkan beberapa penerbit seperti Francis Hawtyn Cobb, Imran Ajmain, Adeep Nahar, Cydney Chang dan Delynne Hashim.


Tidak hanya berkisar album saja, pertemuan dengan Marsha kelmarin, menghimpun pelbagai cerita menarik. Antaranya, kisah cintanya dengan ahli perniagaan berbangsa Melayu.


Sebagaimana gosip yang pernah tersebar sebelum ini, keluarga Marsha dikatakan pernah menentang hubungannya dengan pemuda Melayu sebelum ini. Justeru, apakah kali ini hubungannya direstui.


"Kami baru sangat kenal dan saya lebih senang menyifatkan hubungan kami ini sebagai kawan-kawan. Iya dia memang mengambil berat akan diri saya dan keluarga tahu saya rapat dengannya.


"Bagi saya berkawan tidak salah lagipun tidak pernah terfikir jauh sekali merancang untuk berkahwin memandang saya masih muda. "Memang keluarga saya mahukan saya berkahwin dengan lelaki seagama tetapi mereka tidak melarang saya berkawan dengan sesiapapun asalkan kawan saya itu baik untuk didampingi," katanya. Beralih pada lakonan pula, Marsha bakal muncul dengan filem Cun arahan Osman Ali dan beberapa drama seperti Kum Kum The Series, KITA 2 dan Mimi Mencari Cinta, mahu mengehadkan pembabitan dalam lakonan untuk memberi laluan kepada karier nyanyiannya.

>PROFIL
NAMA: Marsha Lya Milan Londoh
NAMA PENTAS: Marsha
TARIKH LAHIR: 6 Disember 1985
UMUR: 26 tahun
TEMPAT LAHIR: Michigan AS
ZODIAK: Sagitarius
ASAL: Tamparuli, Sabah
BANGSA: Kadzandusun
BERAT: 50 kg
TINGGI: 5'3"
DRAMA: Kerana Karina (2006), Korban 44 (2009), Mega Sekeping Hati (2010), Hotel Mania (2010), K.I.T.A (2010), Dottie (2010), Saloon (2010), Seribu Kali Cinta (2010), Awan Dania 3 (2010) dan Mimi Mencari Cinta (2011).
FILEM: Misi 1511 (2006), Saus Kacang (2008), Senario Episode 2: Beach Boys (2009), Magika (2010), 4 Madu (2010), Cun (2011).

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Peluang jumpa artis pujaan

Posted: 12 Jan 2011 09:08 AM PST

PELUANG untuk peminat jumpa artis depan mata. Itulah matlamat Jelajah Harian Metro yang akan membuka tirai di Dataran Hadhari, Pantai Teluk Batik, Lumut, Perak pada Sabtu dan Ahad ini.

Program sempena meraikan ulang tahun ke-20 Harian Metro dibuat sebagai usaha mendekati pembaca dan tanda terima kasih kerana setia menyokong akhbar nombor satu negara ini.


Jika sebelum ini pembaca sinonim dengan Karnival Gegaria Harian Metro yang dilangsungkan di beberapa lokasi di seluruh negara, Jelajah Harian Metro begitu berbeza kerana pengisiannya lebih kepada mengeratkan hubungan silaturahim warga kerja Harian Metro dan barisan artis yang dibawakan dengan peminat.

Bukan calang-calang artis yang dibawakan kerana Shaheizy Sam antara yang turut terbabit dalam Jelajah Harian Metro ini bersama-sama 14 artis lain iaitu Roslan Shah, Intan Ladyana, Mohamad Mentor, Kamal Adli, Ifa Raziah, Diana Amir, Razali Hussain, Farah Asyikin, Faith, Yana Shamsuddin, Daus AF8, Farawahida, Azza Elite dan Kamal Faridz.


Mereka yang dipecahkan kepada empat rumah mewakili unit tertentu di Harian Metro seperti Rumah Merah mewakili meja hiburan (Rap), Rumah Biru (Hati), Rumah Kuning (Variasi) dan Rumah Hijau (Arena) akan turut serta ambil bahagian dalam acara yang akan dijalankan iaitu tarik tali, lari dalam guni, lari tempurung kelapa, bowling kelapa, anyam ketupat dan belon air.


Sudah tentunya pelbagai aksi menarik dapat dilihat semasa acara ini berlangsung pada jam 9 pagi, Ahad. Inilah peluang yang tidak boleh dilepaskan begitu saja oleh peminat dan penduduk di sekitar Lumut. Bahkan sebelum itu mereka boleh turut serta dalam acara senaman poco-poco bersama artis yang dijalankan pada jam 8.40 pagi.

Kanak-kanak juga tidak dilupakan kerana mereka berpeluang menyertai acara harta karun dan pertandingan mewarna pada hari itu. Dan bagi yang minat menyanyi, boleh menguji bakat dalam acara karaoke santai yang menawarkan hadiah berupa wang tunai.


Kemeriahan Jelajah Harian Metro tidak berhenti setakat itu, kerana selain sukaneka peminat juga akan dihiburkan dengan persembahan menarik pada sebelah petangnya dari artis antaranya Ifa Raziah, Mohamad Mentor, Farawahida dan Farah Asyikin. Kesemua mereka berjanji akan menampilkan persembahan yang menghiburkan.

"Peluang terbabit dalam siri pertama Jelajah Harian Metro sangat saya hargai kerana sedar peminat di luar bandar jarang dapat bertemu artis. Saya berjanji akan buat mereka terhibur dengan memilih menyanyikan lagu Hey Lady yang dipopularkan oleh Rossa. Buat pertama kalinya peminat di Lumut juga akan mendengar lagu terbaru saya, Jangan Tanya Aku Lagi," kata Farawahida.


Ifa Raziah yang terkenal dengan celotehnya turut menggunakan kesempatan ini untuk menampilkan persembahan yang menarik. Apatah lagi selama ini peminat seperti melupakan karier sebenarnya sebagai penyanyi kerana menganggap dia adalah pelakon dan pengacara.


"Peminat mungkin keliru kerana saya jarang terbabit dengan persembahan sebegini. Sebenarnya ramai yang tak tahu saya masih aktif menyanyi di persembahan pentas dan majlis tertutup. Jadi apabila diundang oleh Harian Metro, saya sudah pilih untuk menyanyikan lagu Luarbiasa dan Panas," katanya yang kelihatan begitu teruja.


Kehadiran pelakon hit masa kini dalam Jelajah Harian Metro tentunya sangat dinanti-nantikan oleh peminat. Shaheizy Sam berkata, selain beramah mesra dengan peminat, dia juga akan menggunakan kesempatan untuk mempromosi filem terbarunya.


"Selalunya saya hanya ikut promosi filem untuk bertemu peminat di pawagam ataupun kompleks membeli-belah. "Kali ini suasananya berbeza kerana selain dilangsungkan di kawasan terbuka, saya juga akan terbabit dalam acara sukaneka dengan mereka. Itulah yang saya tunggu kerana peluang ini bukan selalu datang. "Bagaimanapun dalam bersuka, saya tetap tak lupakan tanggungjawab sebagai pelakon. Jadi saya akan turut mempromosi filem terbaru MIG, Kongsi yang akan ditayangkan di pawagam pada Februari nanti," katanya. Tidak menarik sesebuah acara tanpa kepakaran pengacara yang mengendalikannya. Roslan Shah yang menggalas tanggungjawab itu memberitahu akan menggunakan segala pengalamannya untuk memeriahkan acara pada hari itu.


"Saya sudah selalu mengacara majlis membabitkan masyarakat di luar bandar. Untuk itu saya sudah ada resipi tersendiri bagi menghiburkan mereka. Saya pasti mereka akan terhibur dengan celoteh saya serta aksi-aksi semua artis nanti. "Diharapkan mereka hadir beramai-ramai ke Jelajah Harian Metro kerana peluang ini bukan selalu datang," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Sensasi

Sensasi


Video kelakar: Perbualan Telefon Katie Holmes dan Tom Cruise

Posted: 12 Jan 2011 11:37 PM PST



Kelakar bila tengok Katie Holmes bercakap dengan tenang dalam fon,manakala si Tom Cruise bukan main mengamuk lagi dia siap panggil Fuck Face..haha

Sebenarnye Video ini di edit,gabungan dari cerita yang berbeza,perbualan telefon Katie Holmes nie sensasi rasa dari Drama bersiri Dawson Creek. Manakala yang botak tue Tom Cruise berlakon filem apa sensasi tak ingat.

Kreatif betul org yang buat video mcm nie..hehehe

Jimmy pula tuntut Taat Setia Isteri di Mahkamah syariah (Tuntutan Nusyuz)

Posted: 12 Jan 2011 11:38 PM PST


Sebelum ini gempar apabila dikatakan yang Suhaila lari daripada rumah kerana tidak percayakan Jimmy.

Rumahtangga pasangan nie goyah walaupun Suhaila mengandung anak pertama mereka.Jadi org ramai semua tertanya-tanya apa status perkahwinan mereka?

Terbaru yang sensasi dapat tahu kerana tidak ada pilihan lain Jimmy telah membuat tuntutan Taat Setia Isteri di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam,ala macam yang suami Rita Rudaini buat tue masa Rita mengandung anak kedua,sampai skrg takda cerita apa terjadi dengan kes Mahkamah Rita-Aidil.

Ok berbalik pada cerita Jimmy-Suhaila. Jimmy membuat tuntutan itu kerana sudah terlalu lama Suhaila tidak tinggal dengannya.

Dalam SMS Jimmy memberitahu:

"Saya tahu masih ramai yang membuat spekulasi mengenai isu rumah tangga saya. Saya minta maaf kerana tidak dapat nak menjawab panggilan kerana mahu menjaga nama baik keluarga mentua saya.

"Adatlah perkahwinan ada naik turunnya. Sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri. Apa yang saya harap perkahwinan saya kekal selamanya. Kami hanya merancang, Allah yang menentukan."

Bekas pengacara Trek Selebriti ini juga berharap akan ada berita gembira mengenai hal rumah tangganya dan meminta agar semua peminat mendoakan kebahagiaan rumah tangganya.

Ibu Suhaila ,Datin Muniroh memberitahu yang sebelum Jimmy membuat tuntutan itu Dia dah pun meminta pendapat drpd ibu mertuanya terlebih dahulu.

"Jimmy ada datang berbincang dengan kami mengenai hal ini dan bawa kes ini ke mahkamah. Ini hanya tuntutan biasa sahaja. Ia hanya permintaan biasa sebagai seorang suami.

"Tapi Suhaila tidak ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan kerana dia masih sayangkan Jimmy. Sebagai ibu, saya tahu mereka saling menyayangi antara satu sama lain," katanya ketika dihubungi semalam.

menurut mak Suhaila,ada org yang cuba merosakkan hubungan Jimmy dengan Suhaila dengan menyampaikan pelbagai cerita dan membuatkan Suhaila merajuk,Bila kisah rumahtangga mereka pula sering dijaja di Internet,Suhaila bertambah malu dan enggan ke ofis.

"Selepas perkara ini heboh, Suhaila sudah enggan ke pejabat dan lebih suka berada di rumah. Saya risau dan berharap orang di luar dapat mendoakan kebahagiaan mereka," katanya.

Biasa la tue,Suhaila sepatutnya faham dari awal lagi,sebab Jimmy adalah seorang Selebriti jadi cerita peribadi dia turut akan diketahui ramai,yang penting tanya pada hati adakah masih sayang dan cuba memperbaiki hubungan itu.

Tomok bakal berkahwin dengan Ayu,Pramugari (lihat gambar)

Posted: 12 Jan 2011 11:03 PM PST


Bulan Julai Tahun ini,Tomok bakal bernikah dengan kekasihnya seorang pramugari berusia 31 tahun.Tomok pula baru je 26.Seakan trend pulak sekarang lelaki lebih muda daripada wanita?

Nama Bakal Isteri Tomok ,Ayu seorang pramugari syarikat penerbangan tempatan.
Nak kahwin bukan satu masalah besar buat Tomok memandangkan dia kan Jutawan muda selepas memenangi RM1,000,000.00 semasa menjuarai "One in A Million".

"Ya, Insya-Allah, saya sedang merancang untuk ke arah itu, namun buat masa ini saya masih belum bersedia sepenuhnya dan banyak perkara yang perlu diuruskan lagi.

"Bila sampai masanya nanti saya berjanji untuk umumkan perkara itu dan tidak akan merahsiakannya kepada orang ramai,

"Setakat ini semua dalam perancangan dan masih awal untuk menceritakan persiapan perkahwinan kami. Dia juga masih belum bersedia untuk diperkenalkan kepada peminat," katanya.

Sensasi difahamkan,bakal Isteri Tomok kini sibuk menguruskan persiapan kahwin mereka.Wah mesti Grand kan!!



Klik sini ..untuk melihat gambar kekasih tomok

Justin Bieber Make-up mcm pondan dalam Siri CSI

Posted: 11 Jan 2011 11:12 PM PST


amacam?Cun tak? Tapi kenapa Make-up dier mcm tak mcm pondan sgt cume banyak nampak macam badut kan.

Justin Bieber akan muncul dalam Siri CSI buat kali kedua sebagai pelakon jemputan dan melakonkan watak seorang pelarian pondan (transgender) yang tersepit kerana hidup dengan ahli kongsi gelap.

Dalam siri tu,Justin dikatakan memakai pakaian-pakaian wanita,dan menurut Justin dia suka pakai baju2 wanita.

Victoria Becham hamil anak ke-empat

Posted: 11 Jan 2011 11:07 PM PST

Victoria Becham telah mengumumkan bahawa dia hamil anak ke-empat.

Sekarang nie mereka ada 3 org anak lelaki yang comel-comel,pasangan posh dan becham mahukan anak perempuan.

Bagaimanapun mereka enggan mengetahui jantina baby mereka dan menunggu sehingga Victoria melahirkan anak,.kira Surprise la..

Terbaru mungkin rezeki anak,hehe,Becham dikatakan bakal mendapat penganugerahan dari Queen of England dimana dia akan diberi pingat kesatria, tak lama lagi jadi "Sir David Becham" la

bukan calang-calang org boleh dpt gelaran Sir kat England sana,kat Malaysia jangan ckp la,Datuk,Tan Sri,Dato Seri,Tun..banyak gelaran dan ramai je artis yang dpt gelaran Datuk nie.