Adsense

Ahad, 12 Disember 2010

borak kosong

borak kosong


Datuk 86 tahun habiskan masa 7.5 tahun untuk selesaikan sebuah puzzle

Posted: 12 Dec 2010 09:05 PM PST

Jack Harris seorang pesara menghabiskan waktunya selama 7.5 tahun mengerjakan 5 ribu bahagian jigsaw puzzle. Akhirnya "projek" tersebut selesai, tetapi ada satu bahagian yang hilang.


Lelaki uyang berusia 86 tahun ini memulakan mengerjakan teka-teki puzzle ini pada 2002.Ketika itu dia diberikan jigsaw sebagai hadiah Natal oleh menantunya Eve.


Dia pun mula mengerjakan susunan gambar dari lukisan The Return of the Prodigal Son karya James Tissot. Dia berharap dapat menyelesaikannya pada musim panas tahun berikutnya.Tapi ternyata pesara yang berasal Shepton Mallet ini harus berusaha keras menyusun gambar yang berukuran 1,5 meter itu hingga menghabiskan masa selama 7.5 tahun.


Bahagian dari gambar yang hilang itu masih menjadi misteri, tapi beberapa anggota keluarga menduga bahawa mungkin saja terbuang secara tidak sengaja atau mungkin dimakan salah satu dari anjing peliharannya.


"Sebenarnya kami hanya ingin mengujinya, keraa dia selalu mendakwa dapat mengerjakan segalanya dengan cepat. " ujar  menantu Eve ."Sangat menakjubkan dia boleh menyelesaikan semua itu, tapi nampaknya dia sangat kecewa kerana masih ada satu bahagian yang hilang,"katanya lagi.

Jack sebenarnya dibantu oleh isterinya, sebelum isterinya meninggal pada 2004. Dia pun terpaksa menyelesaikannya sendiri.

Juru bicara Falcon Games LTD, pembuat mainan itu mengatakan, produk untuk mainan itu sudah dihentikan, jadi   tidak mungkin untuk melengkapi bahagian yang kosong itu.

Nafsu itu buas,ayam pun dirembatnya

Posted: 12 Dec 2010 08:30 PM PST

Nafsu itu buta, tak kenal tempat tak kenal jenis yang penting hajat dapat di capai.Benar- benar nafsu binatang sampai sampai tak peduli seekor ayam pun dirembat. Buat kerja ditempatnya awam di tepi jalan raya.Ramai pulak orang melihat. Apalah malang nasib si ayam betina ini.Di rembat oleh seorang binatang yang digelar anjing.
Memang dasar kaulah anjing......







sumber : ruanghati.com

[Pelik] Batu nisan berbentuk kereta BMW M3

Posted: 12 Dec 2010 07:35 PM PST

Steve Marsh meninggal tahun lalu, dalam usia 51, keluarganya ingin mengingati kematiannya dengan sesuatu yang luar biasa.

Dan setelah mendapatkan izin dari pemerintah mereka membuatkan batu nisan dalam bentuk BMW M3 seperti yang dimiliki Marsh semasa hidupnya.

Model granit itu diimport dari China, dengan kos sekitar £ 50.000  yang harganya hampir sama kereta asal.
Beratnya hampir satu tan, untuk meletakkan di atas kubur Mr Marsh harus dilakukan dengan menggunakan kren dan melibatkan 20 orang pekerja.

Desainnya sangat detail termasuk lampu yang dicat perak, dashboard lengkap dengan sistem audionya dan logo BMW kecil pada keempat rodanya. Bahkan memiliki nomor plat-pribadi: "Steve 1 '.

Mr Marsh, dikenal sebagai pecinta BMW, dia meninggal dalam tidurnya April tahun lalu, kerana masalah jantung yang dideritanya.

Isterinya Joanne, 51, dan anak-anak Kerry, 31, serta Vincent, 27, dari Forest Gate, East London, membuat rancangan untuk membuat nisan ini  dengan bantuan seorang tukang batu.

Setelah rancangannya disetujui oleh pengelola pemakaman Manor Park, mereka memesan kereta granit hitam dari China.

Dan peletakan batu nisan berbentuk mobil BMW itu dilakukan ketika upacara ulang tahun pertama kematian Marsh pada tanggal 23 April, yang dihadiri oleh 50 tetamu.

Untuk memberikan sedikit kesan humor, tidak lupa diletakkan tiket parking yang diselitkan di bawah wiper.

Seorang anak Marsh, Kerry, mengatakan: "Dia adalah seorang penggemar kereta itu sepanjang hidupnya,dia mencintai kereta lebih dari mencintai anaknya."

"Dia selalu mengemudikan BMW, kita memberinya nisan bernentuk kereta itu kepadanya"."Beratnya sekitar satu tan dan dibuat dari sepotong granit. Saya fikir ayah saya benar-benar akan menyukainya. "

[Hebat] Wanita ini baru 20 tahun tapi sudah jadi ketua polis

Posted: 12 Dec 2010 06:26 PM PST

Marisol Valles Garcia, menjadi ketua polis termuda. Di usianya yang baru  20 tahun, mahasiswi ini rasmi dilantik menjadi ketua polis di suatu kota kecil di negara bahagian Chihuahua, Mexico.

Keinginan Garcia menjadi polis kerana dia sudah bosan dengan rasa ketakutan dari penjenayah yang berkeliaran di kotanya, Praxedis G. Guerrero, sebuah kota berpenduduk tidak sampai9000 orang. Praxedis ialah sebuah kawasan kekuasaan para mafia.



Kota Praxedis ini sering menjadi kawasan pertempuran dua penajah dadah iaitu, Juarez dan Sinaloa. Mereka telah membunuh ketua pilis dan datuk bandar sebelumnya. Namun, Garcia memberanikan diri menduduki posisi "neraka" itu.


Sebagai ketua polis, Valles mempunyai 12 anggota dibawahnya. Langkah pertama Garcia memerintahkan mereka pergi memeriksa rumah-rumah dan mencari punca kejadian pembunuhan lapan orang.

Gremlin dah pandai rogol budak perempuan

Posted: 12 Dec 2010 05:45 PM PST

Ini bukan Gremlin dalam wayang tetapi seorang lelaki yang diberi gelaran Gremlin telah 
di hukum pnjara kerana merogol.Yang dia rogol adalah budak perempuan seramai 5 orang...saya petik
dari kosmo online

WELLINGTON, New Zealand - Seorang lelaki berusia 47 tahun yang diberi nama jolokan sebagai lelaki Gremlin, Tama Te Kira (gambar) dihukum penjara lapan tahun dan lapan bulan kerana kesalahan merogol dan melakukan penderaan seksual terhadap lima budak perempuan, lapor sebuah akhbar semalam.

Keputusan itu dijatuhkan oleh Hakim Ron Young di Mahkamah Tinggi Wellington selepas dia mengaku bersalah terhadap semua dakwaan ke atasnya yang berlaku pada awal 1990 hingga 2005.

Dia melakukan serangan seks terhadap budak perempuan berusia lapan tahun, 11, 12 dan 15 tahun.

Lelaki itu turut merogol seorang gadis berusia 22 tahun selepas dia cuba melakukan serangan seks ke atasnya semasa berusia 11 tahun.

Dalam semua kes, dia memasuki bilik tidur si mangsa dan mula menyentuh tubuh mereka semasa sedang tidur.

Seorang budak perempuan berumur 13 tahun membunuh diri akibat perbuatannya.

Te Kira diberi jolokan lelaki Gremlin berdasarkan bentuk makhluk asing dalam filem Gremlins.

Dia memiliki wajah itu kerana menghidap penyakit genetik yang menyebabkan tubuhnya menjadi kecil, berdepan masalah jantung dan memiliki wajah yang berbeza dengan manusia. - Agensi

Model Albino yang Cantik dari China

Posted: 12 Dec 2010 04:35 PM PST

INILAH Connie Chiu: Model Albino yang Cantik dari China







Perabut jimat ruang untuk bilik kecil

Posted: 12 Dec 2010 11:01 AM PST

Biasanya ada 3 asas perabut yang ada di bilik remaja iaitu: tempat tidur, meja belajar, dan tempat penyimpanan. Jika ruang yang tersedia tidak begitu luas, maka perlu umembuat ruang terbatas tersebut dengan menggunakan furnitur yang jimat ruang

Dibawah ini adalah foto-foto sekadar untuk menimbulkan idea  bagaimana menghemat ruang dengan menggabungkan tempat tidur, meja belajar, dan tempat penyimpanan sekaligus.





Biasanya furniture seperti ini menggunakan bingkai atau kerangkalogam seperti aluminium, besi atau boleh juga besi waja, untuk menunjang kekuatan menampungnya. Dan untuk memperindah, bahagian luarnya digunakan kayu dan melamin. Tentunya kualiti bahan juga turut mempengaruhi keindahan dalam menggunakan perabut ini.

Jealous tengok abang monyet ni...

Posted: 12 Dec 2010 10:01 AM PST

pandai betul abang monyet ni ...pasti ramai yang jealous....

Pendeta Buddha ini merangkak sejauh 804.6km untuk ke 99 kuil di China

Posted: 12 Dec 2010 09:30 AM PST

BEIJING - Dua orang pendeta Buddha akan merangkak sejauh 804,6 kilometer ke kuil-kuil suci yang berada di China.

Biksu Zhiyuan dan Hanliang akan menghabiskan waktu dua bulan merangkak ke 99 kuil saat menempuh perjalanan Pengunungan Putuo di sebelah timur China. Mereka melakukan hal tersebut hingga menyentuh patung Dewi Guanyin.

"Keduanya akan merangkak dan setiap langkah ketiga mereka akan berhenti dan membungkuk sebagai tanda hormat kepada sang dewi (Guanyin)," ungkap seorang warga tempatan..

Tiap malam kedua biksu tersebut akan tidur di bawah langit dengan hanya menggunakan tempat tidur lipat. .-(okezone.com)

Di China ada seekor kambing ambil tugas anjing

Posted: 12 Dec 2010 08:46 AM PST

Seorang lelaki China mengatakan bahawa dia telah melatih kambing peliharaannya untuk melakukan tugas agar boleh menjadi seperti anjing penjaga.

Zhao Huaiyun mengatakan bahawa kambing unik berusia 20 bulan tersebut akan berkelahi dengan anjing jalanan untuk melindungi rumahnya di Mianzu, barat daya China daerah Sichuan.



Dia pun mengatakan bahwa haiwan tersebut  selalu mengingatkannya untuk mengangkat telefon ketika dia berada di luar rumah..

"Haiwan ini sangat cerdas. Dia suka menari dengan saya, dia juga boleh berjabat tangan dengan tamu," ujar Zhao.

"Ketika dia mendengar suara telepon saya berdering, dia langsung berlari ke arah saya, meletakkan kakinya ke tangan saya, dan terus mengembik hingga saya mengangkat telefon itu," lanjutnya.

"Kadang-kadang anjing tetangga datang kerumah saya dan cuba mencuri makanan, kemudian kambing saya cuba menghalanginya dan mengusirnya. Jika dia tidak boleh menang dalam berkelahi, dia akan lari masuk ke dalam rumah dan minta bantuan saya," katanya.

Cara orang banyak duit makan

Posted: 12 Dec 2010 07:30 AM PST







 semuanya diatas awangan..


lepas makan perut dah kenyang agaknya kalau
nak melepas terpaksa gunakan tandas macam ni...sebab nakkan
kelainan.....


Di Filipina banduan tak cukup duit cabut gigi tanpa bius

Posted: 12 Dec 2010 06:35 AM PST

Penjara di Quezon City  Filipina ini ada satu hal yang sangat dahsyat  dan didengar ceritanya, betapa tidak bagi banduan yang tidak memiliki cukup wang mereka akan merasakan satu hal yang teramat sakit.


Di polkliniki gigi penjara ini  banduan yang tidak memiliki cukup wang tetap akan dilayani, namun dengan layanan yang menyakitkan iaitu cabut gigi tanpa ubat bius dan dilakukan dengan menggunakan playar.

bayang sakitnya cabut gigi tanpa bius dan dilakukan dengan menggunakan playar

Banduan yang diwajibkan menggunakan seragam warna kuning tersebut harus mampu menahan sakit yang bukan kepalang kerana layanan ini.- Sumber : Mail Online

Kenapa awek ni terperanjat?

Posted: 12 Dec 2010 05:35 AM PST

agaknya apa yang membuat awek ini terperanjat....
jom kita saksikan....
|

|


|


|


|


ooo...rupa aada warga waria (pondan)
yang senyum kepadanya....


Dulu Kenji Onishi,kini Ai Haruna

Posted: 12 Dec 2010 04:35 AM PST

Melihat gambar siapa sangka 'wanita' ini dulunya
lelaki

Ai Haruna lahir pada 21 Julai 1972 sebagai laki-laki dengan nama Kenji Onishi. Dia, baru beberapa hari yang lalu dia menjuarai kontes ratu pondan sejagat di Thailand!

Kenji Onishi adalah seorang pemuda  yang membuat keputusan besar dalam hidupnya iaitu dengan menjalani pembedahan kemaluan lelaki lalu menggantinya dengan organ  wanita tanpa keraguan sedikit pun.


Kenji mengaku telah menghabiskan wang lebih dari 60 juta yen untuk merubah dirinya menjadi wanita.Terbukti sekarang dia telah menjadi seorang selebriti terkenal di Jepun. Bahkan Ai Haruna adalah orang Jepun pertama yang berhasil memenangi pertandingan transeksual Miss International Queen.

Kenapa kulit mereka ini?

Posted: 12 Dec 2010 03:00 AM PST







inilah kesan melecur akibat terbakar..kesian mereka...

Sanggup anda jadikan laptop anda sebegini

Posted: 12 Dec 2010 02:00 AM PST









Bertudung tapi nampak seluar dalam

Posted: 12 Dec 2010 01:35 AM PST

HATI-HATI APABILA MEMILIH PAKAIAN MANDI!



Bukankah lebih baik wanita yang beragama Islam memilih untuk memakai burkinis bersesuaian dengan tuntutan menutup aurat walaupun berada di kolam renang?

sumber : duniacacamerba.blogspot.com

Kesian abang ni

Posted: 12 Dec 2010 12:40 AM PST

Inilah risiko yang perlu diambil oleh lelaki yang gemuk ini...





walaupun dah dibantu kerusi itu tetap tak terlepas...
inilah akibat tak jaga saiz badan

Sponge cuci pinggan yang paling unik

Posted: 11 Dec 2010 11:20 PM PST

random-jan15-4

Agak brother ini  khayal….kucing di buatnya jadi sponge cuci pinggan…..sebab tu bangun tidur jangan terus cuci pinggan.Tak pasal-pasal kucing tu jadi mangsa…

Cal Lane,wanita buat besi buruk menjadi indah

Posted: 11 Dec 2010 10:46 PM PST














Bila orang seni memegang sesuatu barang maka terjadilah
sesuatu yang indah.....


Celebrity News

Celebrity News


Kutipan Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah Kutip 1 Juta pada Hari pertama ,

Posted: 12 Dec 2010 07:41 AM PST

Ini yang Zoom baca hari ini mengenai kutipan filem arahan abang mamat khalid kita... Filem skuel Zombie kampung pisang kembali menghantui pawagam di Malaysia khasnya.


Good Luck Hantu Kak Limah...


Nak tau tak...filem Ngangkung dah capai RM10 Juta Kutipan.... Yeahhhhhh satu lagiiiii filem yang berjaya menarik minat penonton.



Apa kata anda ?

Puisi Ariel Peterpan

Posted: 12 Dec 2010 07:22 AM PST

Walaupun diselubungi gossip panas mengenai video bersama kekasih dan bekas Ariel Peterpan ni. Namun dalam diam-diam beliau tampil dengan koleksi puisi semasa berada di dalam jeriji besi yang memisahkan dengan luar. Berikut ZoOm sertakan salah satu Puisi beliau.

Jika saya bercerita sekarang,
Maka itu hanya akan membuat sebagian orang memaklumi saya,
Dan sebagian lagi akan tetap menyalahkan saya,
Tetapi itu juga akan membuat mereka memaklumi
dunia yang seharusnya tidak dimaklumi,


Dan tidak ada yang dapat menjamin
apakah semua dapat memetik hal yang baik dari kemakluman itu,
Atau hanya akan mengikuti keburukannya
Maka lebih baik saya diam.


Jika saya bersuara sekarang,
Maka itu akan membuat, Saya terlihat sedikit lebih baik,
Dan beberapa lainnya terlihat lebih buruk sebenarnya,
Maka saya lebih baik diam.


Jika saya berkata sekarang,
Maka akan hanya ada caci maki,
Dari lidah ini,
Dan teriakan kasar tentang kemuakan,
Serta cemoohan hina pada keadilan,
Maka saya lebih baik diam.


Saya hanya akan berkata pada Tuhan,
bersuara pada yang berhak,
Berkata pada diri sendiri,
Lalu diam kepada yang lainnya,
Lalu biarkan seleksi Tuhan,
Bekerja pada hati setiap orang.

Zoom : Apa Kata anda ?

Sinopsis dan Trailer Filem Libas

Posted: 12 Dec 2010 07:14 AM PST

Sinopsis:

Adnan Saladin seorang pakar libasan dalam permainan sepak takraw (Libas), sehingga  dia  di gelar sebagai raja libas malaysia. Kehebatan libasan raja libas sangat di geruni pasukan lawan terutamanya  dari pasukan siam (Thailand), lebih-lebih lagi Ak Nangkhon, "killer" pasukan mereka. Di perlawanan libas yang lalu, ak nangkhon secara kotor telah mencederakan kaki raja libas, menyebabkan kehebatannya merosot.
Bukan itu sahaja, kecederaan itu juga telah mengakibatkan tekong malaysia (Dali) parah apabila libas gagal menampan libasan kuat ak nangkhon lalu terkena dadanya.  Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Malah jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut  menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan Ratna anaknya.

Kebimbangan raja libas memuncak bila Mr. Wilson seorang lelaki Inggeris sanggup menaja perlawan libas pada tahun ini, lebih awal dari selalunya. Masa yang suntuk dan kecederaan kaki yang belum pulih sepenuhnya menjadi masalah yang besar kepada raja libas. Malah kebimbangannya menjadi bertambah kerana pertaruhan perlawanan kali ini adalah bola warisan, simbol keagungan permainan sepak raga yang di warisi oleh orang melayu sejak lima ratus tahun dahulu. 

Seandainya kemenangan memihak kepasa pasukan Thailand, bermakna bola warisan menjadi milik mereka untuk selama-lamanya dan malaysia akan kehilangan bukti bahawa permainan sepak takraw adalah berasal dari tanah melayu dan merupakan permainan tradisi orang-orang melayu. Dan raja libas adalah waris penyimpan bola itu. Tanpa di ketahui oleh raja libas, bola warisan itu kini menjadi buruan oleh pengumpul barang-barang antik yang mengetahui bahawa bola warisan itu memiliki nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran terbaru untuk bola itu adalah sebanyak USD 15 juta dan tanpa di ketahui oleh raja libas juga, Mr. Wilson telah bersekongkol dengan pasukan Thailand demi mendapatkan bola itu.

Raja libas tertekan bila jurulatih mendesaknya mencari pemain baru bagi berhadapan dengan pasukan thailand. Bagi raja libas, agak mustahil dalam masa yang singkat dia dapat mengumpul pemain bagi menubuhkan pasukan yang baru. Namun , demi mempertahankan maruah, tradisi dan keagungan adat, raja libas berusaha mencari pemain. Lebih dari itu, raja libas sebenarnya mencari pewaris kepada bola warisan itu, yang menurut jurulatih, pewaris itu haruslah seorang yang sebangsa dengan raja libas, seagama dan mempunyai akhlak yang tinggi. Dan bola itu hanya boleh di pegang oleh pewarisnya sahaja.

Raja libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Baginya dia masih boleh bergantung harap pada megat, walaupun megat masih membenci libas kerana kekalahan yang lalu. Tanpa di ketahui oleh raja libas, Megat sudah pun menjadi duri dalam daging bila dia setuju belot setelah di rasuah oleh ak nangkhon. Malah sudah menghasut jurulatih untuk menjual permainan kepada thailand dan memberitahu ratna bahawa pertunangan libas dengannya sudah di putuskan oleh ayahnya. Ratna marah dan menuduh raja libas mementingkan bola warisan lebih daripadanya.

Sewaktu memandu melewati KLCC, raja libas telah terlihat kehebatan seorang remaja (hamadi) menimang bola futsal, yang dengan kehebatannya itu dapat mempertahankan diri dari serangan tiga remaja yang lain dengan hanya menggunakan sebiji bola dan raja libas menawarkannya untuk bermain libas. Dan raja libas fikir mungkin dialah pewaris bola itu. Namun hamadi itu menolak tawaran libas kerana baginya permainan sepak raga adalah permainan yang ketinggalan zaman. Namun raja libas telah mempamerkan kehebatannya melibas apabila dia menyelamatkan hamadi dari di pukul oleh tiga remaja tadi yang kembali membalas dendam. Akhirnya hamadi setuju untuk menyertai libas selepas di beritahu bahawa dia harus mempertahankan maruah negara dalam permainan itu. Bagi raja libas dia harus mendapatkan pemain yang lain bagi mencukupkan satu regu.

 Sepengetahuan libas ratna juga mempunyai kehebatan menimang bola. Sewaktu dia ingin menemui ratna untuk memujuknya menyertai pasukan, libas terserempak dengan seorang remaja gemuk (Kumok) yang mempunyai kelebihan pada perutnya. Kumok dapat menyambut buah-buahan dan sayur-sayuran yang di lontarkan kerpadanya, malah telur yang di lontar tidak pecah bila di tampan dengan perutnya.

Akhirnya raja libas dapat mengumpulkan regu pasukannya iaitu  Megat, Hamadi dan Kumok. Raja libas berusaha mengajar mereka dengan segala pengetahuan yang dia ada untuk permainan libas. Libas sedar pasukannya tidak sehebat pasukan lawan. Namun dia masih mengharapkan Megat dapat mengepalai pasukan. Di hari perlawanan, megat tidak muncul, raja libas resah. Dia terus memupuk semangat Hamadi dan Kumok. Tanpa di duga, mereka berdua dapat mengalahkan pasukan dari china. Semangat raja libas bertambah dan Ak Nangkhon cemas bila melihat potensi pasukan malaysia. Ak Nangkhon merencana sabotaj kepada pasukan malaysia yan menyebabkan Kumok dan Hamadi tercedera ketika di perlawanan separuh akhir dengan Iraq. Raja libas sedar ada sesuatu yang di kehendaki oleh Ak Nangkhon bila Megat tiba-tiba muncul dalam keadaan parah selepas di belasah Ak Nangkhon. Akhirnya raja libas mengeluarkan bola warisan dari tempat simpanan rahsianya dan mempertaruhkan bola itu untuk perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand.

Di perlawanan akhir pasukan Malaysia teruk di belasah oleh pasukan Thailand. Jurulatih mula kelihatan tidak yakin dan ketika raja libas melambung kain putih mengaku kalah, Ratna muncul menyelamatkan keadaan. Kelebihan ratna dengan aura rambutnya menyelamatkan Malaysia dari kekalahan. Dan ketika pasukan Malaysia alpa meraikan kejayaan, bola warisan di curi oleh Mr. Wilson. Namun jurulatih cepat sedar dan raja libas dengan libasan luar biasanya dapat menghalang bola itu dari di bawa lari oleh Mr. Wilson dan lebih mengujakan bila juru latih dan raja libas melihat bola itu di pegang oleh seorang budak lelaki sambil melaung "Malaysia juara". Raja libas melihat pewaris kepada bola warisan. 

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Gambar Terbaru Isma AF dan Suami Zul 2 by 2

Posted: 12 Dec 2010 06:55 AM PST

Inilah gambar terbaru Isma Af dan suami beliau Zul 2 by 2, nampak ceria pasangan ini. Malah gossip panas yang mengatakan badi pasangan Sehati Berdansa tidak masuk akal kerana ada ramai lagi diluar sana yang berpisah tanpa mengikuti program ini.


Mungkin dah takdir pasangan tersebut hanya sampai ditengah jalan..Semoga pasangan ini bahagia hingga akhir hayat

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Bukan cari publisiti murahan

Posted:

Bukan cari publisiti murahan

Bukan cari publisiti murahan

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR


TIDAK kisah apa orang ramai bercakap, Nana selesa dengan imej barunya.


JIKA dahulu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Paling Comel ini aksi dan penampilannya di media sentiasa kelihatan sopan umpama wanita melayu terakhir.

Sering membawakan lagu berirama pop etnik dan tradisional, penampilan Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana ini jarang kelihatan menjolok mata.

Baju kurung dan kebaya sungguh sinonim dengan penampilannya. Kalau bergaya yang lebih kasual pula, Nana sering dilihat mengenakan seluar panjang serta kemeja yang sopan.

Namun, sejak akhir-akhir ini, Nana yang telah memegang status janda lebih setahun mula berubah imej.

Dilihat di majlis-majlis hiburan baru-baru ini, Nana mula beraksi lebih berani dengan pakaian yang lebih menunjukkan kulit.

Malah pada satu sesi fotografi yang diaturkan baru-baru ini, Nana hadir dengan gaun indah ciptaan pereka muda Hazril Hisyam yang menampakkan dada dan bahu.

Bukanlah sesuatu yang pelik jika artis hadir ke sesi fotografi berpakaian sedemikian. Tetapi ia menjadi pelik kerana dia adalah Siti Nordiana, seorang penyanyi yang dikenali dengan imej sopan satu ketika dulu.

Nana tidak menafikan cara pemakaiannya yang seksi sejak akhir-akhir ini menjadi percakapan peminat, namun bagi Nana gaya seksinya itu masih terkawal dan tidak keterlaluan.

"Saya bergaya seksi bukan mahu mencari publisiti murahan. Ia sekadar mengikut peredaran masa dan perubahannya itu selari dengan single baru saya yang lebih rancak.

"Dulu masa saya masih belum berkahwin, saya ada juga hadir ke sesi fotografi dan majlis-majlis hiburan memakai baju yang tiada lengan.

"Tapi sebelum ini orang tidak ambil peduli pun. Mungkin sekarang kerana status saya janda, ia menjadi percakapan orang.

"Saya tidak kisah kalau ada yang menegur pakaian saya yang dianggap melampau. Tegurlah dengan cara baik tetapi jangan melibatkan keluarga saya," pinta Nana.

Menurut Nana, sebagai artis dia bingung dengan sikap peminat atau masyarakat terhadap dirinya dan mungkin artis-artis lain

"Apabila memikirkannya saya tidak tahu nak buat apa. Dulu bila saya berpakaian sopan orang mengata saya macam orang kampung. Saya ubah imej yang lebih segar pun orang masih berkata.

"Perubahan imej saya ini sebenarnya sesuai dengan kemunculan kembali saya dalam industri dengan lagu yang berkonsepkan alternatif rock. Saya perlukan imej baru yang lebih segar," ujar Nana tenang sewaktu sesi fotografi baru-baru ini.

Bagi Nana, dia tidak bermaksud jika membawa lagu rock perlu berimej seksi, tetapi Nana mahu nampak lebih berani dan lebih agresif serta kelihatan cantik.

"Saya bukan sentiasa berpakaian seksi tetapi sekadar mengikut tema majlis dan sesi fotografi.

"Apabila di luar, saya masih seperti Nana yang dulu. Nana berpakaian seperti wanita-wanita lain," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Syamsul dapat 'lampu hijau'

Posted:

Syamsul dapat 'lampu hijau'

Syamsul dapat 'lampu hijau'

Oleh ABD. AZIZ ITAR
(Yang mengikuti Skop Production menjalani proses adunan filem KL Gangster di Bangkok, Thailand baru-baru ini)


RIZAL Ashreff (kanan) dan Syamsul Yusof berganding bahu mengarahkan KL Gangster.


JIKA di awal pembabitan Syamsul Yusof dalam bidang produksi, dia hanya diberi peluang mengarahkan drama-drama terbitan Skop Production milik bapanya, Datuk Yusof Haslam untuk siaran televisyen semata-mata.

Bagaimanapun, pengarah berusia 26 tahun itu begitu cepat mendapat kepercayaan bapanya apabila dia kini semakin galak pula mengarahkan filem-filem terbitan Skop Production.

Terbaru, Syamsul bukan sahaja diberi peluang mengarahkan filem terbitan syarikat produksi itu berjudul KL Gangster, tetapi turut mendapat kepercayaan Yusof untuk kerja-kerja lain.

Menurut Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23 itu, bapanya turut menyerahkan tanggungjawab dan kreativitinya dalam proses rakaman dan adunan akhir filem KL Gangster.

"Boleh dikatakan hampir 100 peratus pembikinan filem KL Gangster saya lakukan sendiri. Contohnya, idea asal dan skrip filem ini saya tulis dengan dibantu penolong pengarah, Rizal Ashreff.

"Malah, proses memasukkan elemen dolby digital, pengredan warna dan CGI (imej janaan komputer) di Studio Siam Lab ini juga saya yang lakukan sendiri dengan bantuan tenaga pakar di sini.

"Filem ini sepenuhnya tanggungjawab saya. Bapa saya sekadar mengeluarkan kos pembikinannya sebanyak RM1.9 juta ," katanya sewaktu ditemui di Studio Siam Lab, Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Jelas Syamsul, dia amat berterima kasih kepada bapanya kerana memberi sepenuh kepercayaan kepadanya untuk mengarah dan melakukan proses-proses akhir filem tersebut.

Katanya, kepercayaan itu semakin terserlah apabila sebelum ini berjaya mengarahkan filem-filem terbitan Skop Production seperti Bohsia, Evolusi KL Drift 1 dan Khurafat.

"Bagi saya, KL Gangster lebih mencabar kerana teknik-teknik pembikinannya dan aksi-aksi lasak yang dipaparkan. Saya rasa ini adalah antara filem Melayu yang paling banyak adegan pertarungan.

"Kalau dulu filem Bohsia diletakkan kategori untuk penonton 18PL yang sarat dengan adegan-adegan lasak, filem KL Gangster mungkin lebih daripada itu. Saya sudah bersedia berdepan dengan LPFM (Lembaga Penapisan Filem Malaysia).

"Cuma saya harap tidak banyak potongan kerana adegan pergaduhan sesuai dengan genre filem ini iaitu aksi. Apa pun ia masih ada batasannya," ujarnya.

Sewaktu di Studio Siam Lab, selain Syamsul turut serta pada proses pembikinan di sebalik tabir produksi KL Gangster ialah Penolong Pengarahnya, Rizal Ashreff dan Penasihat Teknikal, Musa Idris.

Sungguhpun mendapat kepercayaan penuh dan 'lampu hijau' daripada Yusof Haslam, namun Syamsul masih menganggap bapanya itu sebagai penasihat serta idolanya dalam menghasilkan filem pada masa akan datang.

"Walau macamana pun kepercayaan yang diberi tetapi saya tidak akan lupa nasihat dan garis panduan yang telah diberi bapa saya. Kalau boleh saya tidak mahu buat filem macam orang syok sendiri.

"Saya anggap bapa saya sebagai idola. Selain itu, pengarah Barat seperti Michael Bay juga antara idola saya dalam bidang ini. Saya banyak belajar dengan menonton filem-filem arahannya.

"Kalau boleh saya tidak mahu jadi pengarah yang cuma tahu cakap action dan cut sahaja sewaktu di lokasi penggambaran. Jadi pembabitan sepenuhnya saya dalam KL Gangster cukup bermakna," ungkapnya.

Tambah Syamsul, dengan kos mencecah RM100,000 yang diperuntukkan Skop Production bagi menjalani proses akhir penerbitan KL Gangster di Studio Siam Lab, dia yakin mampu melakukan yang terbaik.

Sambil mengakui kos pembikinan filem genre aksi menelan belanja yang tinggi, Syamsul berkata;

"Saya anggap filem kelima arahan saya ini paling mencabar. Saya yakin mampu menyerlahkan adegan-adegan lasak dalam filem ini sama taraf dengan filem-filem luar negara.

"Ditambah dengan kesan bunyi khas atau special effect dengan bantuan para tenaga pakar di studio ini seperti Vorapol Chokprasombat, saya yakin hasilnya nanti mampu memuaskan hati para penonton," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Gambar bogel Ratu Cantik Dunia 2010 tersebar

Posted: 11 Dec 2010 12:00 PM PST

du 05.1 Gambar bogel Ratu Cantik Dunia 2010 tersebar

ALEXANDRIA MILLS


LOS ANGELES – Satu-satunya rakyat Amerika Syarikat (AS) yang berjaya dipilih memenangi Ratu Cantik Dunia 2010, Alexandria Mills kini berdepan dengan skandal apabila gambar bogelnya kini tersebar luas, lapor sebuah akhbar semalam.

Mills yang baru dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Dunia pada bulan lepas di China dikatakan merakam gambarnya dalam keadaan bogel di bilik mandi pada musim panas yang lalu.

Gadis berusia 18 tahun itu telah merakamkan gambarnya duduk di dalam tandas kemudian menghantar rakaman tersebut kepada teman lelakinya ketika itu.

Mills bukan ratu cantik pertama yang berhadapan dengan kontroversi seperti itu di AS.

Seorang gadis, Carrie Prejean terpaksa menerima hakikat gelarannya dilucutkan sebagai Ratu Cantik California setelah gambar-gambar seksi dan satu video seksnya tersebar luas. – Agensi

///kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


Nasi Bungkus Di Jepun

Posted: 11 Dec 2010 03:26 PM PST

Bentō (弁当 atau べんとう ?) atau o-bentō adalah istilah bahasa Jepun untuk bekal makanan berupa nasi dan lauk-pauknya. Seperti nasi bungkus, bentō boleh dimakan sebagai makan tengahari, makan malam, atau bekal berkelah.

Ciri khas bentō adalah susunan lauk dan warna biar sedap dipandang untuk mengundang selera. Bekas bento selalunya bertutup, kotak berbentuk segi empat dari plastik . Isteri dan ibu-ibu di Jepun mementingkan kekemasan dan kreatif dalam menyusun lauk dan nasi bentō, walaupun begitu bentō boleh dibeli di mana-mana.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

sumber : isuhangat

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Solo itu bahagia - Anuar

Posted:

Solo itu bahagia - Anuar

Solo itu bahagia - Anuar



MENJENGAH ke teluk rasa figura ternama Anuar Zain, sekali lagi pertanyaan tentang kesendirian tanpa suri di penghujung usia 40 tahun disuakan ke mukanya. Sedikit lelah yang enggan dijelmakan, pelantun yang masih berhantu dengan alunan Lelaki Ini teguh mendakap syukur.

Terima kasih Tuhan katanya kerana diperlengkapkan kehidupan bahagia beriring utuh karier. Teman dan keluarga juga berkelip indah, menemani siang malam seorang Anuar Zain.

Dia masih beraja tanpa permaisuri dan 2010 yang bakal ditinggalkan ini, langkahnya teratur tidak bergugah oleh terkilan atau sepi bersendirian yang masuk mencelah.

"Saya seorang yang sabar dan sangat bersyukur. Jika tiada jodoh sekali pun untuk saya, mungkin itulah aturan terbaiknya yang telah ditentukan kepada saya.

"Saya sendirian, solo tanpa teman hidup tetapi tidak bermakna saya dalam kesepian. Walaupun belum berkahwin dalam usia begini, saya ada ramai kawan yang berkualiti," pertahan Anuar meladeni hakikat hidup membujang.

Menambah resam orang bujang, Anuar juga tidak terdesak atau merintih jodoh tak sampai.

"Saya bukan orang yang suka berdrama sebegitu rupa. Saya menikmati hidup saya sepenuhnya dan tidak merosakkan jiwa dengan perkara sebegitu.

"Fokus sahaja dengan kerja dan kenapa harus menjadi mangsa perasaan kerana saya reda jodoh itu kerja Tuhan. Tapi bila saya kata saya reda, ada pula menggelarkan saya sebagai 'poyo'. Biarlah," ucapnya.

Berbaki kurang tiga minggu sebelum 2011 menyelinap ke posisi, Shahrul Anuar Zain yang bugar bersandar vokal lunak ada berharap. Biarlah 2011 mencurahkan hasil yang baik untuk semua. Kepada dirinya sendiri, dia tidak meletak sebarang visi khusus.

"Saya jenis sukar untuk bercakap tentang visi, lainlah kalau berkaitan dengan album atau lagu baru. Ada perkara tertentu yang datang tanpa dijangka. Tetapi biasalah, bila masuk tahun baru, orang akan cakap tentang penambahan usia atau peralihan hidup.

"Saya masih Anuar Zain yang dikenali umum, jika ada peralihan dari segi kematangan itu takrifan orang luar terhadap saya. Dalam soal kerja, ia masih sama," ucapnya sedar ada janji kepada peminat yang belum diselesaikan.


ANUAR ZAIN masih berdiri gah sebagai penyanyi lelaki solo terulung negara.


Janji

Bukan berjanji untuk menamatkan zaman bujang tetapi janji terhadap album yang masih berdepan proses pembikinan. Mulanya September kemudian terheret ke bulan Disember, belum ada tanda-tanda bahawa album baru yang kerap diperkatakannya menunjukkan tanda kelahiran.

"Sudah tertangguh lebih tiga bulan, saya sedar ramai yang merungut kenapa begitu lama. Bukan terlalu mahukan hasil yang sempurna tetapi saya mahukan kelainan.

"Sekarang ia dalam proses mixing. Semua lapan buah lagu telah siap, awal tahun depan mungkin album akan siap sepenuhnya," katanya yang menjual single terbaru, Ku Berjanji Karna Cinta sebagai pengubat rindu peminat setianya.

Kedatangan tahun baru juga memberi laluan kepada kerja yang telah ditumpahkan sepenuh hati sepanjang penghasilan lagu Sedetik Lebih akan membuahkan hasil.

Bukan sekadar lagu tema yang sering dinyanyikan oleh naskhah terdahulu, tetapi sentuhan indah Edry dan Yusri Abdul Halim untuk filem Hikayat Merong Mahawangsa itu memberi makna kepuasan kepada Anuar.

Dirakamkan bersama 40 pemuzik daripada Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), proses penghasilan lagu itu sahaja cukup sebagai satu kekaguman Anuar terhadap kreativiti dan kredibiliti trio tiga beradik KRU itu.

"Melodi lagu itu sangat bagus dan saya sukakan elemen yang menjadi signatur kepada Edry. Saya terima tawaran itu kerana mahukan suasana berkerja orang yang berbeza-beza, kerja dengan Edry serta pihak KRU. Itu semua penting untuk profil kerjaya saya.

Diberi kepercayaan menyanyikan dua versi lagu tema, Sedetik Lebih untuk versi bahasa Melayu dan The Memories dalam versi Inggeris, Anuar menambah:

"Untuk projek lagu tema itu, kami bersama-sama berbincang dan saya turut memberi input dari segi idea dan penyampaian, jadi pendengar boleh kenal stail saya dalam lagu berkenaan dan saya sukakan hasilnya," katanya dalam sesi fotografi yang disusun pihak KRU di Hotel Marriot Putrajaya, Khamis lalu.

Diusulkan satu kebarangkalian melihat kelibat Anuar dalam projek filem KRU Motion Pictures untuk masa akan datang, adik Ziana Zain itu pantas menggeleng kepala.


JODOH tidak sampai bukan satu masalah kepada Anuar yang bakal memasuki usia 41 tahun pada Februari 2011.


"Saya tak pandai berlakon dan tak adil untuk pelakon lain. Cukuplah, saya pernah mencuba berlakon tapi gagal. Ada artis lain boleh jadi penyanyi dan pelakon sekali gus, tapi bukan saya.

"Lakonan saya sangat 'keras'. Saya cuma tengok sekali sahaja filem yang saya lakonkan (Bintang Hati). Saya tak sanggup tengok, segan,' katanya yang pernah dipelawa pihak KRU untuk membintangi filem Magika sebelum ini.

Menolak kemungkinan ketibaan Sedetik Lagi untuk penayangan Hikayat Merong Mahawangsa sekitar Mac nanti bakal bertindih kelancaran promosi album terbaru yang direncanakan terzahir pada waktu yang sama, Anuar yakin terhadap strategi yang telah disusun.

Dalam santai pertemuan singkat itu, Anuar berkongsi pelbagai luahan termasuklah soal jaringan laman sosial Facebook mahupun Twitter yang sedang menjadi trend semasa, baik di kalangan artis mahupun masyarakat umumnya.

"Terus-terang saya katakan, saya tidak ada akaun peribadi Facebook atau Twitter. Ia terpulang kepada individu itu sendiri untuk menggunakan kelebihan yang ada menerusi laman sosial berkenan.

"Untuk saya, saya sangat pentingkan privasi. Untuk apa saya ada laman sosial sedangkan saya sudah boleh bertemu ramai orang setiap masa. Peribadinya, saya melihat ada bahayanya jika teknologi itu diaplikasi secara melampau," katanya.

Cukuplah dihina atau diperlekehkan di laman sosial orang lain, untuk memiliki laman sosial peribadi satu perkara yang mustahil untuknya. Secara rasmi, Anuar cuma didaftarkan atas satu akaun Facebook Fan Page yang dikendalikan oleh pengurusannya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Terima hadiah rumah sebelum nikah

Posted:

Terima hadiah rumah sebelum nikah

Terima hadiah rumah sebelum nikah


UNTUK majlis sidang akhbar sahaja, Rabecca sudah menerima penajaan barang kemas Chopard bernilai sehingga RM100,000.


BERAGAM rasa, teruja dan berdebar terlihat pada wajahnya. Kelmarin, semua separuh sabar menanti Rabecca Nur Al-Islam, 24, mengotakan janjinya berkongsi bahagia tentang ikatan penting bernama pernikahan.

Senyumnya meleret menyembunyikan debar di sebalik baju kurung moden sentuhan Ezuwan Ismail yang bersalut ke tubuhnya.

Rabecca atau panggilan mesranya, Becca membongkar segala pertanyaan sejak seminggu lalu apabila pertama kali membuka mulut tentang tarikh hari bahagianya.

Tanggal 14 Januari 2011 menjadi angka keramat yang dipilih Rabecca sebagai detik bercantumnya dia dengan belahan jiwa digelar 'sayang' - seorang peguam dan bapa tunggal kepada dua cahaya mata berusia 14 dan 7 tahun.

Lelaki yang dimaksudkan, Nor Azam Datuk Sulaiman, 42, seperti yang pernah dihebahkan media sebelum ini.

Di rembang petang bertempat di Butik Harrods, KLCC, Kuala Lumpur, Becca melanjutkan bicara tentang lelaki kelahiran Kuching, Sarawak itu.

"Dia bukan Datuk, orang korporat, bukan juga dari tanah seberang. Saya mengenalinya sejak tiga tahun lalu.

"Biarpun jarak usia kami 18 tahun, saya tidak menganggapnya satu masalah.

"Kami akan bernikah 14 Januari 2011 di rumah baru saya di Ampang, Selangor.

"Keesokan harinya, saya dan sayang mengadakan resepsi persandingan di Hotel Flamingo manakala sebuah acara diadakan di Restoran Berputar, Menara Kuala Lumpur pada hari ketiga.

"Untuk majlis belah pihak keluarga saya di Johor Bahru keluarga bakal suami di Kuching, kami belum menetapkan tarikhnya," jelas Rabecca yang akan menerima 15 berbalas 17 dulang hantaran daripada pihak lelaki.

Bakal suaminya tidak dapat hadir semasa sidang akhbar itu atas urusan kerja. Kata Rabecca, dia menetapkan bulan madu di Eropah pada Februari.

"Saya akan menjemput pihak media datang ke rumah baru yang kini dalam proses pengubahsuaian sekitar dua minggu sebelum majlis pernikahan kami.

"Itu janji saya," ungkapnya.

Sensasi Bintang: Kenapa kalian memilih Januari 2011?

RABECCA: Ia sebagai simbolik genap tiga tahun usia perkenalan kami. Kami keluar bertemu janji buat kali pertama juga pada tarikh tersebut.

Sejak bila kalian mula menjalin cinta?

Kami bertemu secara kebetulan pada sebuah acara tiga tahun lepas. Dia menghubungi saya setelah mendapatkan nombor telefon daripada kenalannya.

Beberapa bulan bercakap menerusi telefon hampir setiap hari, kami mula rapat.

Kenapa dia mahu cepat melamar Rabecca sedangkan kalian baru berkenalan?

Saya sendiri terkejut dengan keputusannya. Dia berharap perkahwinan kami jadi yang kedua dan terakhir buatnya.

Saya yang baru berusia 22 tahun ketika itu menolak lamarannya dan beri syarat dua tahun lagi kerana ada sasaran dalam karier. Saya tambah lagi setahun.

Bila majlis merisik dan pertunangan?

Pihak lelaki datang merisik ke kediaman keluarga saya di Ampang pada 25 Ogos lalu. Ia sekadar majlis kecil-kecilan yang dihadiri sekitar 10 orang. Majlis pertunangan pula mungkin dilangsungkan beberapa jam sebelum kami bernikah.

Berapa jumlah mas kahwin dan hantaran kalian?

Dia bagi dirinya (tergelak). Saya tidak tahu jumlah mas kahwin dan wang hantaran nanti. Saya bersyukur kerana dia tunai janjinya menghadiahkan sebuah rumah di Ampang untuk saya.

Apa yang menariknya tentang bakal suami?

Dia merupakan seorang bapa yang baik. Saya pula menyayangi budak-budak. Sifat sama ada pada dirinya.

Sebaik saja kami berkenalan, saya dapat mengambil seorang anak angkat (Nor Adam Daniel, 3). Itu juga situasi paling berharga buat saya apabila bertemu dengan calon suami dan Adam.

Apa rancangan selepas mendirikan rumah tangga kelak? Masih berlakon atau meninggalkan dunia seni?

Saya tidak akan berhenti berlakon. Ada kebarangkalian saya akan memperlahankan kerjaya lakonan saya.

Saya ingin membuka perniagaan kerana minat mendalam terhadap bidang fesyen. Saya bercita-cita untuk menghasilkan jenama baju dan kasut sendiri.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.