Adsense

Sabtu, 23 Oktober 2010

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


(GAMBAR) Aktifnya Fazura sehinggakan lupa sesuatu?

Posted: 22 Oct 2010 11:29 PM PDT

Lama sudah tidak mendengar khabar artis jelita, Fazura yang pernah digosipkan dengan orang Istana ni. Jarang media dapat menemubual Fazura sejak beberapa bulan yang lalu. Kali ini pun sebab ada orang kirimkan gambar yang dia ambil ketika Fazura seperti bergiat aktif dalam suatu aktiviti promosi produk atau merasmikan kedai alat kecantikan. Melihat daripada ini, adalah sesuatu yang rasa timbul dihati/perhatian orang disana terhadap Fazura. Nak tahu apa? tengoklah sendiri.



=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


(GAMBAR) Kali ni fesyen apa lagi Alyah?

Posted: 22 Oct 2010 11:26 PM PDT

Jika sebelum ini ramai yang memberi respon terhadap pemakaian Alyah seperti Lady Gaga, kini Alyah tampil pula dengan fesyen yang lebih ala-ala BOOM gitu. Fesyen kali ni adalah seperti 'Butterfly', fesyen ini bukanlah semata-mata untuk tayangn umum tetapi untuk suatu majlis dimana melancarkan video klip terbarunya berjudul KAU BISU (penampilan dalam video klip ini seperti Lady Gaga, tapi berunsur Malaysia sedikit agaknya- cari kat Youtube). 


Memang tidak disangka-sangka, penyanyi ini semakin berani ke hadapan, memberikan perubahan yang begitu ketara kepada dirinya untuk memajukan diri dan kerjaya.

Tidak menjadi larangan kepada Alyah memakai apa pun, kita sebagai peminat artis tempatan harus menerimanya, kalau pengkritik yang tu lain lah cerita, memang ada sahaja mereka nak komen.

(VIDEO) Farid Kamil kata nasi lemak 50 sen kepada Nora Danish

Posted: 22 Oct 2010 11:24 PM PDT

Ayat yang menjadi 'famous' dikalangan remaja dan pemuda pemudi yang bermasalah zaman ini. Tidak tahu dari mana asal usul ayat ini datang dan bermaksud sedemikian lucah sedangkan ianya hanya sebuah makanan. Harga pulak ntah kenapa 50 sen, sebab sekarang jarang dapat nasi lemak harga itu, kalau RM1 paling murah adalah. Kata-kata ini juga memang tidak sesuai diperkatakan apatah lagi ketika dalam lakonan diantara Farid Kamil dan Nora Danish dalam filem Cuti Cuti Cinta yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.








(Minit ke 1.05) Walaupun mungkin berdasarkan dialog namun ianya masih lagi mengambarkan sesuatu yang tidak elok dan kurang sopan, sebab ini negara Malaysia, kata-kata dalam filem kebanyakkannya kena tapis, kalau kat Indon itu len citer lah. Kot-kot Nora Danish pun terasa juga kot dengan kata-kata demikian. He2.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Penari erotik saman majikan

Posted: 22 Oct 2010 01:00 PM PDT

du 09.1 Penari erotik saman majikan

NADINE QUASHIE


LONDON – Seorang penari erotik berpendapatan £200,000 (RM985,740) setahun di kelab tarian bogel Stringfellows, Britain menyaman majikannya berhubung kes pembuangan kerja secara tidak adil, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Nadine Quashie, 27, mampu memperoleh pendapatan mencecah £1,265 (RM6,216) satu malam dengan melakukan tarian seksi di hadapan pelanggan-pelanggan kaya.

Namun, dia mendakwa dibuang kerja secara tidak sepatutnya kerana kesalahan tatatertib oleh kelab berkenaan pada 2008.

Dalam satu kenyataannya, Quashie yang berasal dari sini berkata, pada awalnya, majikannya menyatakan dia mengambil dadah.

Namun, majikannya kemudian memecatnya dengan alasan dia mengedar dadah setelah mendapati dakwaan mengambil dadah itu adalah tidak benar.

Wanita itu yang merupakan seorang ibu tunggal turut mendakwa pihak pengurusan kelab tarian bogel Stringfellows melarangnya bekerja dengan kelab lain. – Agensi

//kosmo///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Lirik Kalau Berpacaran( Sohaimi Mior Hassan, Anna Raffali & Altimet)

Posted: 22 Oct 2010 11:53 PM PDT

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus
Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Klick Di sini: download kalau berpacaran mp3

google: lirik lagu, lirik kalau berpacaran, single kalau berpacaran, lagu baru kalau berpacaran, lirik lagu baru, lyrics kalau berpacaran, kalau berpacaran anna rafali dan sohaimi mior hassan, kalau berpacaran anna raffali, mp3 download kalau berpacaran, download lagu kalau berpacaran, free download kalau berpacaran lirik dan mp3.

Chef Wan: Pelengkap Tok Wan

Posted: 22 Oct 2010 07:20 PM PDT


Kehadiran Tristan Tareef anugerah Tuhan paling bernilai bagi selebriti masakan, Datuk Redzuawan Ismail

LIMPAHAN kemewahan dan pujian tidak mungkin sama dengan anugerah yang diberikan Tuhan menerusi kelahiran Tristan Tareef, cucu sulung yang menjadi pelengkap hidup selebriti masakan, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.

Kelahiran yang disifatkan Chef Wan mengubah seluruh hidupnya, malah mengutuhkan lagi kejituan perasaan kasih dan sayang yang sekian lama subur dalam sanubarinya.

Membahasakan dirinya sebagai Tok Wan, kehadiran Tristan hasil perkahwinan anak kesayangannya, Serina dan Gavin Edward O'luanaigh atau Salahudin Ghaffar, 33 begitu istimewa dalam hidup lelaki berusia 53 tahun itu.

"Tristan ialah anugerah Tuhan paling besar dalam hidup saya. Dia hadir melengkapi hidup keluarga kami. Tristan menyempurnakan segala yang mungkin selama ini hilang atau terabai kerana kesibukan masing-masing tetapi kembali subur dengan kelahirannya.

"Tristan ialah anugerah Tuhan yang tidak ternilai, tidak mungkin dapat diganti dengan apa saja dalam hidup ini. Setiap kali menatap wajah bersihnya, saya tertanya mengapa ada yang sanggup berlaku kejam dan membunuh zuriat sendiri yang tidak berdosa?" katanya yang ditemui di kediamannya di Tiara Ampang, Kuala Lumpur beberapa jam sebelum berangkat ke Eropah.

Keutuhan kasih terhadap Tristan jelas terserlah dalam setiap bicaranya. Tidak cuma itu, Chef Wan turut menitikberatkan setiap aspek pemakanan Serina memandangkan cucunya menyusu badan.
Sepanjang berpantang, Chef Wan akan memastikan Serina menjamah hidangan berkhasiat supaya tumbesaran Tristan seimbang dan sihat.

Hal itu diakui Serina yang turut ada bersama ketika sesi fotografi ini diadakan. Hati kecilnya tersentuh tatkala melihat ketulusan kasih yang menjalar tanpa bertebing dalam diri papanya itu.

"Jika tidak terikat dengan apa-apa komitmen, papa akan menjaga Tristan. Sedikit pun dia tidak mahu berenggang, hinggakan Tristan sendiri begitu rapat dengannya.

"Saya dapat merasai keanehan dalam perlakuan Tristan apabila papa terpaksa bertugas di luar. Tristan seperti kehilangan, membuatkan saya akur magisnya perasaan suci yang lahir dalam jiwa mereka," kata Serina.

Chef Wan berkata, kelahiran Tristan turut membawanya melalui satu fasa baru yang memberinya semangat dan kekuatan untuk menikmati hidup dengan tenang serta aman.

Sebagai insan, dirinya sarat dibaluti perasaan kasih dan sayang yang mahu dikongsi sesama makhluk hingga pada satu ketika, dia mengutamakan kepentingan orang lain berbanding dirinya sendiri.

Baginya, apa yang penting dalam kehidupan ini adalah keikhlasan lalu sentiasa mengingatkan dirinya supaya bertanggungjawab dan menghormati orang lain.

"Saya belajar untuk memaafkan orang lain kerana Allah itu Maha Pengampun. Biarpun terluka dan kecewa tetapi saya cuba memaafkan perbuatan orang lain kerana hidup ini masih panjang.

"Saya tidak mahu ada dendam dalam diri ini. Tuhan menganugerahkan saya sebuah kehidupan yang sempurna, jadi mengapa perlu saya pentingkan diri sendiri?

"Menatap Tristan menyedarkan saya betapa besar tanggungjawab untuk membentuknya menjadi manusia yang penuh kasih sayang apabila dia dewasa nanti," katanya, sesekali menahan sebak di dada.

Chef Wan berkata, pada minggu pertama selepas kelahiran Tristan pada petang 13 September lalu dia diburu rindu yang tidak bertepi.

Terpaksa berpisah dengan cucu kesayangannya kerana perlu ke Tokyo, Jepun dan Bangkok, Thailand, hal itu kata Chef Wan, terlalu berat untuk dilakukan.

"Jika boleh setiap saat saya mahu berada di sampingnya. Melihat Tristan membesar hari demi hari, memberi saya sebuah kebahagiaan yang sukar diungkapkan dengan perkataan.

"Tristan terlalu istimewa dalam hidup saya. Memegang jari halusnya dan melihat dia memberikan reaksi, membuat saya bersyukur kerana Tuhan terlalu baik kepada saya dan keluarga.

"Sebagai hamba yang mensyukuri setiap kurniaan-Nya, saya akan menunaikan umrah di Makkah pada 20 Disember depan untuk berterima kasih kepada Allah.

"Cuma itu yang mampu saya lakukan untuk menyatakan betapa saya menghargai pemberian Allah ini," kata Chef Wan dalam nada terharu.

Meraih pengiktirafan luar

SELAMA 26 tahun berkecimpung dalam seni kulinari, penghargaan demi penghargaan diterimanya membuatkan Chef Wan terharu kerana sumbangannya diiktiraf hingga di peringkat antarabangsa.

September lalu, Chef Wan terbang ke Bangkok untuk menerima trofi, Friends of Thailand Awards 2010 daripada kerajaan Thailand atas pencapaian serta sumbangannya kepada industri pelancongan negara itu.

Pengiktirafan yang membuat air matanya menitis kerana kerja keras Chef Wan selama 26 tahun diperakui oleh masyarakat luar.

"Dunia hari ini dipenuhi dengan permusuhan dan perebutan kuasa tetapi siapa menyangka kuasa sebuah masakan itu sebenarnya mampu menyatukan manusia dari seluruh pelusuk.

"Menerusi makanan, kita menyuburkan persahabatan, cinta dan keprihatinan antara sesama insan. Anugerah ini juga menjadi contoh betapa kita sebagai rakyat Malaysia begitu terbuka dalam menerima dan mengadaptasi budaya masyarakat luar.

"Saya mahu melihat lebih ramai anak tempatan memperluaskan bakat serta kebolehan di mata dunia dan menjadikan anugerah ini sebagai penggerak untuk mencapai cita-cita mereka," katanya.

Barangkali tidak ramai yang tahu, di sebalik kejayaan itu Chef Wan terpaksa merentasi onak dan ranjau malah pernah satu ketika dia hampir berputus asa apabila usahanya tidak mendapat sokongan.

Pernah katanya, disebabkan kecewa dia bertekad mahu melarikan diri dan mencari peluang di negara luar yang menghargai segala usaha serta kerja kerasnya.

"Tetapi cinta saya kepada Malaysia terlalu mendalam membuatkan saya terus bertahan walaupun terpaksa berdepan pelbagai kerenah menyakitkan.

"Mungkin penaja korporat tidak melihat betapa kuatnya pengaruh televisyen hingga enggan menyokong setiap kali saya membentangkan kertas cadangan.

"Saya hairan kenapa orang luar menerima dan mengakui kekuatan bakat kita, tetapi di negara sendiri kita seperti mengemis untuk meraih sedikit sokongan.

"Saya tidak tahu apa bukti yang mereka perlukan lagi kerana sepanjang 26 tahun, sudah banyak yang saya berikan untuk memperkenalkan nama Malaysia," katanya.

Situasi itu kata Chef Wan tidak pernah sesekali memudarkan semangatnya, bahkan perjuangannya akan diteruskan kerana dia ikhlas dalam setiap pekerjaannya.

Baginya, tiada siapa yang mampu menghalang langkahnya untuk terus mara kerana selagi diizinkan Allah, dia akan membawa nama negara di mata dunia dengan caranya tersendiri.

Antara Magika dan Estet

Posted: 22 Oct 2010 07:19 PM PDT

EMPAT hari sebelum Malam Kemuncak Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur jam 9 malam esok, filem Magika arahan Edry Abdul Halim sudah mencipta kejutan.

Daripada 12 anugerah yang disampaikan pada majlis Pelancaran FFM23 itu, Magika mengungguli empat anugerah untuk Pengarah Harapan Terbaik dimenangi Edry, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Fimie Don), Pereka Kostum/ Busana Terbaik (Hasnan Yaacob) dan Penataan Seni Terbaik (Anuar Paharudin/ Johan Lucas). Di sebalik kemenangan besar filem genre muzikal terbitan KRU Studios itu, ia seolah memberi petanda Magika ada kemungkinan menang sekali lagi untuk dua anugerah utama, Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik yang akan diumumkan esok.


Pada majlis pengumuman Top 5 lalu, Magika berjaya meraih 12 pencalonan manakala Estet arahan Mamat Khalid bersaing dengan lapan pencalonan. Berbanding Magika, Estet sebelum ini menang anugerah Pelakon Lelaki Harapan Terbaik menerusi Shashi Taran. Antara Magika dan Estet, kedua filem ini dijangka memberi saingan sengit merebut dua anugerah utama itu termasuk tujuh anugerah lain yang akan diumumkan, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Penyunting Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik.


Bagi kategori Filem Terbaik, trend dua tahun lalu menunjukkan filem genre komedi lebih menarik perhatian juri seperti mana dimenangi Kala Malam Bulan Mengambang (2008) dan Papadom tahun lalu. Untuk FFM23, dari aspek jumlah penyertaan, filem cereka meningkat kepada 29 berbanding 26 filem tahun lalu. Walaupun Magika dan Estet lebih mencuri tumpuan, penyertaan filem lain seperti Santau, Niyang Rapik, V3: Samseng Jalanan dan Evolusi KL Drift 2 mampu mencipta kejutan. Lima juri profesional dipertanggungjawab mengadili keputusan FFM23 iaitu pengarah Pansha, ahli akademik, Dr Naim Ahmad, Kamarudin Abu yang berpengalaman kerja belakang tabir, Pengarang Hiburan Bintang Popular (Berita Minggu), Akmal Abdullah manakala Tan Sri Kamarul Ariffin bertindak sebagai ketua juri.


Top 5 kategori Pengarah Terbaik dicabar antara Mamat, Ahmad Idham Ahmad Nadzri menerusi Adnan Sempit, Farid Kamil (V3: Samseng Jalanan), Jason Chong (Belukar) dan Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2). Namun, apa yang mengejutkan, Magika tidak pula tercalon untuk kategori ini.


Bagi Ahmad Idham, FFM23 kali ini dilihat membawa banyak kejutan mengenai pencalonan dan keputusan pemenang yang sudah diumumkan sebelum ini. Namun, ia bukanlah pencapaian terbaik seperti yang diharapkannya.


"Ada filem yang sepatutnya bertanding, tetapi tidak. Begitu juga, filem tidak dijangka menang tetapi sebaliknya. Saya sendiri tidak mahu meramal siapa yang layak menang.


"Sebagai orang lama dalam industri, biarlah FFM23 berlangsung mengikut cara mereka. Pada saya, FFM23 hingga kini masih berada di takuk lama.


"Hakikatnya, kejayaan festival ini tidak seiring dengan pencapaian realiti di luar. Ini terbukti apabila filem yang mendapat sambutan hebat penonton, selalunya tidak mendapat tempat di festival seperti ini.


"Saya melihat filem saya bukan hanya dinilai beberapa juri, tetapi penonton adalah juri sebenar. Sehingga kini, saya melihat cara pengurusan FFM23 masih kelam-kabut.


"FFM23 perlu anjakan baru, tetapi saya belum nampak. Apa yang berlaku, hadiah festival ini cuba diberikan sama rata. Saya sendiri malu bila penonton bertanya bagaimana filem hebat yang ditonton ramai, tetapi gagal tercalon mahupun menang," katanya.


Sebagai penggiat seni, Idham menyatakan dia mahu bertanggungjawab menaikkan industri perfileman dari aspek ekonomi. Walaupun kecewa dengan FFM23, dia menyatakan tetap hadir memberi sokongan.


Pengarah muda, Syamsul pula berpandangan pencalonan yang diterima kali ini sudah memberi kejayaan awal pada dirinya yang turut tercalon kategori Pelakon Lelaki Terbaik bersama Bront Palarae (Belukar), Esma Daniel (Santau), Farid Kamil (Lagenda Budak Setan) dan Zul Huzaimy (Haq).


"Saya bersyukur dan juga tersentuh bila mendapat pencalonan kali ini. Pencapaian ini bukan pada diri saya sebagai pelakon dan pengarah tetapi dianggap evolusi pada perjalanan karier seni saya dan produksi Skop Productions sendiri.


"Terima kasih pada juri yang memilih saya untuk tercalon pada FFM23. Sebagai calon, tipu jika saya tidak mengharapkan kemenangan.


"Menang atau tidak, saya tetap bersyukur dengan pencapaian filem saya sendiri yang akhirnya hasil usaha saya bersama semua kru dihargai pada festival ini.


"Soal saingan, terus terang saya tertanya mengapa Shaheizy Sam tidak tercalon dan saya tercalon. Saya melihat lakonan Shaheizy jauh lebih bagus daripada saya.


"Mungkin juri melihat setiap pelakon yang tercalon mempunyai kelebihan tersendiri. Tidak bermakna pelakon yang tercalon adalah terbaik dan juga sebaliknya," katanya.


Apapun, Estet juga mempunyai peluang untuk menang Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik. Hasil karya Mamat ini bukan saja bergantung pada hero, Farid Kamil bersama gandingan pelakon baru seperti Shashi, tetapi tema 1Malaysia sebagai tarikan mampu melonjak filem ini sebagai satu kejayaan baru pada perkembangan filem tempatan.

Farah Asyikin: 'M tidak sesuai untuk saya'

Posted: 22 Oct 2010 07:18 PM PDT


PENAMPILANNYA sebelum ini dilabel seksi hingga membuatkan dirinya serba salah dan akhirnya mengubah imej lebih sopan dengan berbaju kurung, berjubah mahupun baju labuh yang menutup bentuk tubuhnya.

Sejak awal tahun lalu, penyanyi Farah Asyikin Zulkifli, 31, mengakui selesa dengan penampilan itu dan tidak patah semangat walaupun imej begitu lebih dulu dilabel dengan Ana Rafali.

Nyata bukan mudah laluan yang ditempuh janda muda ini untuk merealisasikan niat baiknya itu. Ada saja pihak yang memandang sinis penampilannya. Pernah berlaku dalam satu persembahan di Kuantan, Pahang, dirinya tidak dibenarkan naik pentas dengan penampilan berbaju kurung kerana dikatakan tidak sesuai.


Ketika ditemui pada majlis anjuran Rafflesia The Pearl Centre sempena Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), baru-baru ini, Farah kelihatan tidak selesa dengan gaun merah jambu muda rekaan Rizman Ruzaini. Tangannya tidak lepas di dada seperti menutup sesuatu.

Apabila ditanya perkara itu, Farah mengakui kurang selesa dengan pakaian itu kerana belahan pada dada agak luas.

Katanya, pakaian itu memang cantik, tetapi dia kurang selesa kerana mendedahkan dada. Kalau silap gaya, boleh memalukan dirinya dan cuba menutupnya dengan tangan.

"Saya mahu memakai kerongsang dan meminta izin dengan perekanya, tetapi mereka keberatan kerana tidak mahu merosakkan rekaan baju ini.


"Saya tidak selesa sepanjang majlis berlangsung apatah lagi ketika jurugambar merakamkan gambar saya. Sebenarnya, ini juga pakaian kedua saya selepas pilihan pertama, gaun hijau saya tolak kerana mendedahkan dada dan saya diberi pilihan ini.

"Walaupun kurang selesa, saya tiada pilihan kerana tidak membawa baju sendiri kerana penganjur sediakan pakaian untuk digayakan sesuai dengan aksesori tajaan Rafflesia.

"Saya berharap tiada masalah untuk kemunculan saya di malam kemuncak FFM23 nanti (Ahad) apabila menyampaikan lagu ERT daripada filem Pisau Cukur," katanya.


Penyanyi yang popular dengan lagu Hello dan Kembali Di Sisimu berharap keputusannya untuk tampil lebih sopan dihormati kerana tidak mahu lagi dilanda kontroversi membabitkan pakaian sebagaimana sebelum ini.

Pintanya, janganlah pandang sinis wanita berbaju kurung.


Dirinya pernah dikecam apabila berpakaian tidak sesuai ketika menjayakan satu program televisyen untuk hari raya. Penampilannya di pentas ketika menjayakan satu majlis anugerah juga mendapat kritikan kerana seksi sedangkan ketika itu Farah cuba menutup kakinya dengan memakai dua lapis 'legging'.

Bagaimanapun, apabila dilihat di skrin televisyen, tetap seksi seolah-olah mendedahkan pahanya.


Begitu juga cerita peribadi bermula dengan perkahwinannya dengan Fariz Yahya pada 12 Mei 2007 kemudian bercerai. Dua cerita ini diakui menjejaskan kerjaya seninya sejak menyertai program realiti Malaysian Idol pada 2005 kemudian One In A Million musim kedua (2006) hingga dia nekad melakukan sesuatu untuk mengubahnya.


"Kadangkala bila buat persembahan, lampu limpah membuatkan kita kelihatan seksi. Begitu juga ketika fotografi, ada kalanya teknik penggambaran menyebabkan bentuk badan kelihatan menyerlah.

"Apabila tengok kembali gambar sendiri dengan keadaan begitu, timbul rasa malu hingga saya berfikir bagaimana untuk mengatasi situasi itu.

"Selepas bercerai, saya juga berharap kisah peribadi tidak lagi menjadi bahan berita. Tapi apabila saya bertunang secara senyap, media dapat tahu juga dan terbaru, saya putus tunang juga dapat dihidu media.


"Bukan saya sengaja menjaja cerita peribadi, malah cuba sedaya upaya melindunginya, tetapi akhirnya diketahui juga. Apabila ditanya rakan wartawan, saya tidak mampu untuk berbohong," katanya.



Kisah putus tunang
Pada pertemuan petang itu, Farah juga tidak keberatan berkongsi cerita mengenai kisahnya putus tunang yang sudah pun diketahui umum sejak sebulan lalu.


Farah bertunang dengan duda anak satu yang hanya diperkenalkan sebagai M dan bakal berkahwin 31 Julai lalu.

Bagaimanapun, awal Julai, Farah membuat keputusan mengejutkan dengan memutuskan pertunangan dengan jejaka asal Singapura dan menjadi jurutera muzik di Macau itu.


Tentunya berita ini mengejutkan ramai kerana sebelum ini Farah bercerai selepas tidak sampai dua tahun bersama dan kini putus tunang pula menjelang hari disatukan. Pastinya kejadian terbaru ini membuatkan ramai menuding jari kepadanya bahawa sebenarnya dia yang bermasalah.


Apapun, kata Farah, dia sudah memikirkan baik buruk atas keputusannya itu dan bersedia dengan apa saja kemungkinan yang berlaku. Malah, kata Farah, keputusan itu bukan saja membabitkan mereka berdua, malah banyak pihak kerana undangan sudah dibuat begitu juga segala persiapan.


"Alhamdulillah, keluarga menghormati keputusan saya dan saya terharu sangat kerana mereka juga tabah melalui semua ini. Sebagai selebriti, saya sedar apa pun yang berlaku kepada saya akan terpercik juga ke muka mereka.

"Mereka terus memberi semangat kepada saya. Apa yang lebih bagi mereka ialah mahu saya gembira," katanya.


Kata Farah, hidupnya kini tenang dan sedikit pun tidak tertekan dengan keputusan yang diambilnya. Farah juga menafikan dirinya terburu-buru membuka langkah baru selepas bercerai.


"Saya bercerai tiga tahun lalu dan mula rapat dengan seseorang akhir tahun lalu iaitu selepas dua tahun kembali solo.


"Sebelum ini ada kawan, tetapi tidaklah rapat. Saya tidak terburu-buru menjalin hubungan baru sebaliknya mengikut keadaan.

"Bagi saya semua ini kerja Tuhan dan serahkan kepada-Nya soal jodoh. Saya juga reda dengan apa yang berlaku dan mungkin ada hikmah di sebaliknya," katanya.


Perkenalan mereka bermula di laman sosial facebook dan dia sering menghantar komen di lamannya.

Setahun berbuat demikian, lelaki itu memulakan langkah menghantar pesanan di ruang pesanan. Dari situ, hubungan mereka makin serius sehingga membawa kepada pertemuan.

Mereka bertentang mata buat kali pertama di Kuala Lumpur, apabila si jejaka sanggup terbang dari Macau ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengannya sehingga berjaya menambat hatinya.

Enggan bercerita lanjut mengenai punca putus tunang kerana disifatkan agak peribadi, Farah mengakui bersyukur berbuat demikian sebelum mereka berkahwin.

Baginya, tidak guna meneruskan hubungan itu kerana kelak berhadapan masalah.

"Apabila menjalin hubungan dengannya, pelbagai dugaan saya lalui. Bagaimanapun, saya cuba mencari jawapan dari cerita yang saya dengar kerana ingin tahu dan akhirnya saya menemui jawapan untuk segala teka-teki itu. Akhirnya saya membuat keputusan nekad untuk berpisah kerana rasa itu jalan terbaik buat saya," katanya.


Kini Farah tumpukan perhatian dengan pembikinan album barunya yang diterbitkan sendiri.

Sebelum ini Farah menghasilkan single Ada Kamu dan juga Penjagaku yang diharapkan untuk pasaran Ramadan tetapi tidak diputarkan di radio.


Farah menerimanya sebagai tiada rezeki dan kini mempertaruhkan pula lagu duet dengan penyanyi kumpulan Fotograf, Shamrin, Kamu, Aku Satu ciptaan dan lirik Farah.


"Ia lagu pop rock dan saya harap mendapat perhatian stesen radio untuk diputarkan," katanya.




>PROFIL
NAMA SEBENAR: Farah Asyikin Zulkifli
TARIKH LAHIR: 11 November 1979
ASAL: Kuala Lumpur
PENDIDIKAN; Diploma Pengiklanan dan Penyiaran dari Universiti LimKokWing
ALBUM: Bebas (1999) dan 1000 Penipuan (2007)
PENCAPAIAN: Salem Cool Planet (1999), tempat ketiga Malaysian Idol 2 (2005), tempat kelima One In A Million (2006) dan Artis Baru Terbaik Anugerah Planet Muzik 2008

Ainul Aishah Tampil Dengan "Don’t Worry Honey"

Posted: 22 Oct 2010 07:16 PM PDT


KUALA LUMPUR: Ainul Aishah muncul dengan single terbaru berjudul Don't Worry Honey selepas lagu pertamanya, The Old Him melalui pelbagai kontroversi sebelum ini.

Masih mengekalkan tajuk dalam Bahasa Inggeris namun lirik single terbaru itu telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu agar dapat diterima oleh ramai peminat.

Menurut Ainul Aishah lagu Don't Worry Honey adalah ciptaan rakan baiknya iaitu Nani Nasir.

Pada asalnya lirik ditulis dalam Bahasa Inggeris tetapi Ainul menukarnya ke versi Bahasa Melayu untuk proses rakaman.

Liriknya pula telah diterjemahkan oleh Pidos tanpa menukar sedikit pun maksud asalnya.

"Lagu ini sangat indah kerana ia datang dari hati dan menceritakan pengalaman bagaimana dua sahabat melalui liku–liku hidup bersama," katanya.

Pengarah Urusan Aquila Emas, Syarizan Md. Isa berkata, usaha dan semangat gigih Ainul Aishah amatlah dikagumi.

"Walaupun single pertamanya mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak namun sikap positif yang ada dalam diri Ainul Aishah haruslah dipuji.

"Pihak Aquila Emas telah merangka pelbagai aktiviti promosi untuk single ini dan kita percaya semua pihak sama ada media dan peminat akan turut menyokong usaha Ainul.

"Para peminat Ainul juga berpeluang untuk mengakses kedua-dua lagu tersebut sebagai nada dering atau nada dering panggilan dalam tempoh dua minggu akan datang, insya-Allah," kata Syarizan.

google: ainul aishah, lagu baru ainul aishah, single terbaru ainul aishah, lirik lagu ainul aishah, mp3 download ainul aishah, lirik don't worry honey, album baru ainul aishah,

"Tidak Timbul Layak Atau Tidak Jadi Penasihat" - Zul Huzaimy

Posted: 22 Oct 2010 07:15 PM PDT


PETALING JAYA: Pelakon Zul Huzaimy menganggap tidak timbul isu layak atau tidak dia dipilih menjadi penasihat program Mari Menari terbitan Astro kerana pemilihan dibuat berdasarkan kreteria yang dicari dalam program tersebut.

Kata Zul, dia dipilih berdasarkan pengalamannya dalam bidang seni persembahan, gerak geri lakonan dan penghayatan ketika berada di pentas.

"Saya juga tertanya mengapa saya terpilih, tetapi mereka memberitahu bahawa saya mempunyai kelebihan dari sudut persembahan pentas.

"Walaupun saya tidak mengajar mereka menari, tapi saya ditugaskan untuk beri nasihat dan suntik ilmu tarian kepada para peserta. Saya juga akan mengajar bagaimana cara mereka untuk berhadapan dengan audies dan membina aura tersendiri," jelasnya.

Jelas Zul, program tarian tersebut melibatkan semua aspek bukan sahaja kepada tarian semata-mata.

"Program tarian ini melibatkan semua aspek dan bukan sahaja menari malah mempersembahkan diri mereka apabila berada di atas pentas yang luas dengan penonton yang ramai," katanya yang menganggap tarian dan lakonan merupakan perkara yang mempunyai persamaan.

Dalam pada itu, jejaka kelahiran Perak ini enggan mengulas hal rumah tangganya yang dikatakan dingin. Dia mahu perkembangan kerjaya lebih diutamakan berbanding hal peribadinya.

Selain itu, Zul yang bakal keluar dengan filem terbaru berjudul Haq tidak sabar menanti reaksi penonton setelah dua tahun siap penggambaran.

"Saya sudah lama tidak keluar di filem, kali terakhir ialah Lembing Awang Pulang Ke Dayang pada tahun 2007. Filem-filem lain yang saya bintangi juga masih belum bergerak seperti Bravo5 dan Mek Ani.

"Saya harap ia dapat sambutan menggalakkan kerana filem ini lain dari yang lain," jelasnya ketika ditemui di sidang media Haq, di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Zul turut memberitahu layanan terhadap pelakon sepanjang penggambaran filem ini setaraf dengan Hollywood.

"Saya tidak pernah berlakon di Hollywood tapi saya pernah pergi ke sana dan lihat bagaimana proses penggambaran dilakukan.

"Layanan yang kami terima sangat istimewa, mereka memahami dan tidak terlalu mendesak pelakon untuk melakonkan setiap babak," ujarnya.

Nanu Lakon Aksi Ranjang Selepas 20 Tahun

Posted: 22 Oct 2010 07:14 PM PDT


PETALING JAYA: Pelakon Nanu Baharudin mengakui gementar dan malu ketika melakukan adegan panas bersama pelakon kacak Adi Putra dalam filem Haq yang bakal ditayangkan pada 27 Januari 2011.

Kata Nanu, adegan tersebut merupakan pengalaman pertamanya melakonkan aksi ranjang setelah 20 tahun bergelar pelakon.

"Ini merupakan kali pertama saya diberi untuk melakonkan watak panas. Semasa latihan sahaja saya sudah berpeluh-peluh kerana takut, cemas dan gementar terutama berdepan dengan Adi Putra.

"Tapi ia tidaklah sepanas mana, kita ada hadnya di Malaysia. Setakat ini ia masih lepas dari tapisan Lembaga Penpisan Filem (LPF)

"Watak panas ini juga bukan bertujuan utama untuk menarik penonton, tetapi ada sebab kenapa ia dilakonkan terutama menyentuh kepada jalan cerita," katanya ketika sidang media pelancaran filem Haq, di sini, Rabu.

Jelas Nanu, sebagai pelakon dia hanya fokus kepada kerja lakonannya dan berharap tidak dipandang serong oleh masyarakat dan peminat.

"Saya takut juga dengan pandangan peminat sebab sebelum ini saya hanya bawa watak ibu atau wanita korporat. Saya harap mereka tidak pandang serong sebab tujuan adegan tersebut adalah bagi menceritakan babak seterusnya.

"Setelah melalui LPF, kami hanya perbaiki dan tidak perlu memotong adegan tersebut," katanya yang melakonkan watak Zahra.


Barisan pelakon utama Haq
Dalam pada itu, Nanu memberitahu filem tersebut memakan masa dua tahun untukn disiapkan kerana proses penggambaran dan suntingan dilakukan dengan teliti.

"Banyak proses yang kami jalankan dengan teliti, bermula dari pencarian pelakon utama sehingga proses suntingan terakhir. Maklumlah ini merupakan projek pertama saya dan KasehDia, jadi kami mahu yang terbaik.

"Selepas itu, pada tahun lepas kami ada memilih beberapa tarikh tayangan tetapi tidak sesuai sehingga dapat tarikh 27 Januari tahun depan," katanya.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM 2.5 juta ini juga memilih United Studios iaitu anak syarikat KRU Studios yang bertindak sebagai pengedar dan promosi.

Menurut Pengasas dan Pengurus Besar KasehDia Pictures, Jumatun Azmi berkata, perancangan utama adalah untuk membawa filem ini ke luar negara terutama ke Timur Tengah seperti Mesir dan memasuki pasaran antara bangsa.

"Kami merancang untuk membawa filem ini ke pasaran antara bangsa dan kami tahu United Studio adalah satu-satunya pengedar yang mempunyai lesen untuk pengedaran luar negara.

"Kami ingin memasuki pasaran Timur Tengah namun bagi langkah pertama ia mungkin akan dipasarkan ke pasaran filem Amerika Syarikat pada bulan hadapan," jelasnya.

Filem yang menggunakan khidmat pengarah terkenal Hong Kong, CL Hor yang sebelum ini pernah mengarahkan filem The Third Generation dan Kinta mampu memberi kesan aksi sehebat filem antara bangsa dengan menggunakan teknik janaan imej berkomputer (CGI).

Haq memaparkan kisah dua beradik yang dikurniakan dengan kuasa istimewa sehingga membawa kepada pertembungan yang amat mendebarkan.

Filem ini juga banyak memberi pengajaran dan nilai-nilai kekeluargaan yang terputus akibat dari kuasa yang ada.

Antara pelakon yang terlibat ialah Zul Huzaimy, Adi Putra, Nanu Baharudin, Raja Farah, Fatimah Abu Bakar, Zulkifli Ismail dan ramai lagi.

google: nanu baharudin, nanu baharudin facebook, nanu baharudin blog, nanu baharudin twitter, nanu baharudin seksi, nanu baharudin hot, nanu baharudin myspace, nanu baharudin biodata, nanu baharudin wiki, nanu baharudin biography, nanu baharudin bogel, nanu baharudin ranjang, nanu baharudin dan Haq, nanu baharudin dan keluarga, nanu baharudin dan anak, nanu baharudin dan suami, gosip nanu baharudin

Elly Mazlein Menari Dalam "Ulek Mayang"

Posted: 22 Oct 2010 07:12 PM PDT

PETALING JAYA: Drama terbaru berjudul Ulek Mayang akan memaparkan tarian Ulek Mayang yang dipersembahkan oleh aktres dan penyanyi Elly Mazlein yang pastinya menjadi tarikan penonton.

Ulek Mayang yang diadaptasikan daripada mitos Ulek Mayang bakal menemui penonton di TV3 mulai 25 Oktober ini, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 4.30 petang.

Ia disiarkan selepas berakhirnya drama bersiri Siti Kelembai di slot Lagenda.

Drama Ulek Mayang yang dihasilkan sebanyak 20 episod itu arahan Rashid Sibir dan membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Fezrul Khan, Elly Mazlein, Seniwati Mariani Ismail, Fizo Omar dan Sabrina Ali.

Ulek Mayang mengisahkan Ali (Fezrul Khan), seorang nelayan yang sering diganggu dengan bayangan Puteri di persisiran pantai.

Namun, Ali hanya mendengar suara gurau senda tetapi tidak pernah melihat wajah si Puteri itu. Semakin hari bayangan Puteri menghantui hidup Ali membuatkan dia sentiasa pergi ke pantai untuk mencari Puteri.

Malah, dia dapat merasakan kehadiran Puteri dalam mimpi kerana bilik tidurnya akan dipenuhi dengan bau wangian. Ibu Ali, Mariam (Mariani) semakin risau melihat keadaan Ali yang menjadi seperti sasau dan angau.

Lokasi penggambaran yang bertempat di Terengganu ini berjaya mewujudkan suasana kampung nelayan yang mengamalkan kepercayaan mistik pada zaman dulu.

Pihak produksi turut menjalankan kajian dalam menghasilkan busana Puteri Kayangan yang begitu mempesonakan.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar, slot Lagenda amat disukai ramai kerana paparan cerita yang berwarna-warni menurut cerita rakyat, dongeng dan mitos.

"Tarian Ulek Mayang yang popular di Terengganu telah mencetuskan ilham Rashid Sibir untuk memberi nafas baru dalam drama bersiri Ulek Mayang kerana cerita itu telah disampaikan secara turun temurun oleh masyarakat kita.

"Selain paparan kisah cinta terlarang antara dua dunia yang agak klise, para penonton juga akan teruja dengan tarian Ulek Mayang yang telah diubahsuaikan daripada sebuah upacara pemujaan kepada tarian kebudayaan supaya bersesuaian dengan ajaran Islam pada zaman sekarang. Kami berharap agar penonton TV3 akan terhibur dengan siri drama tersebut," katanya.

google: elly mazlein, elly mazlein facebook, elly mazlein blog, elly mazlein twitter, elly mazlein myspace, elly mazlein hot, elly mazlein seksi, elly mazlein bogel, buah dada elly mazlein, elly mazlein ulek mayang, elly mazlein dan kekasih, elly mazlein terkini, elly mazlein terbaru, elly mazlein gambar terbaru elly mazlein, foto terkini elly mazlein, elly mazlein kahwin, elly mazlein bertunang, tunang elly mazlein, boyfriend elly mazlein, elly mazlein songs, album baru elly mazlein, lagu baru elly mazlein, single terbaru terkini elly mazlein

Penyertaan Uji Bakat Raja Lawak Di Sabah Meningkat

Posted: 22 Oct 2010 07:10 PM PDT

PETALING JAYA: Sesi uji bakat Raja Lawak Astro musim kelima di Kota Kinabalu, Sabah pada tahun ini menunjukkan peningkatan lebih sekali ganda berbanding tahun lalu.

Uji bakat yang diadakan di 1Borneo Hypermall selama dua hari pada hujung minggu lalu itu dikendalikan oleh Alex, pemenang tempat ketiga Raja Lawak musim keempat.

Kehadiran Afdlin Shauki sebagai juri serta persembahan istimewa Johan, Zizan, dan kumpulan Kecik berjaya menarik kira-kira lebih 2,000 orang untuk membanjiri ruang legar kompleks membeli-belah itu bermula pukul 10 pagi.

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani, dia yakin sambutan hangat yang diterima merupakan tempias dari populariti kumpulan Kecik dan Alex yang masing-masing telah muncul sebagai Juara dan pemenang tempat ketiga pada musim lalu.

"Kami amat terharu dengan kualiti serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta yang hadir pada sesi uji bakat kali ini. Selepas empat musim, ternyata mereka sudah memahami format dan konsep Raja Lawak Astro.

"Kami akan mengumumkan senarai baru barisan juri pada minggu pertama gelanggang Raja Lawak bersiaran kelak. Sama ada kami akan mengekalkan barisan juri yang sedia ada dan mencari seorang pengganti bagi kerusi Allahyarham Din Beramboi, ataupun membuat rombakan secara keseluruhan, semuanya akan terjawab apabila Raja Lawak Astro (musim kelima) mula bersiaran pada 7 Januari 2011," katanya.

Selain Kota Kinabalu, pasukan produksi Raja Lawak musim kelima turut menjelajah ke Kuantan, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu. Seterusnya, pencarian di Johor Baru dan Kuching sebelum berakhir di Kuala Lumpur.

Nizam menambah pihaknya juga akan berkunjung Sarawak kerana menerima sambutan dan permintaan yang amat menggalakkan dari penduduk di negeri itu.

"Melalui pertambahan sebuah lagi negeri untuk sesi uji bakat ini, kami yakin pihak produksi akan mendapat lebih ramai bakat-bakat baru yang pastinya akan memeriahkan lagi dunia hiburan tanah air terutamanya dalam bidang lawak," katanya.

Kepada yang berminat untuk menyertai sesi uji bakat, bolehlah menghadirkan diri di tempat-tempat berikut:

- Plaza Kotaraya, Johor Bahru - 23 & 24 Oktober 2010- Go Down Theatherette, Kuching Waterfront - 30 & 31 Oktober 2010- The Mall, Kuala Lumpur - 6 & 7 November 2010

Pertandingan realiti bakat lawak ini terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan haruslah mempunyai bakat dan minat sebagai pelawak.

Mereka perlu membuat persembahan pentas secara spontan untuk menarik perhatian juri dalam tempoh maksima tiga minit. Pertandingan ini terbuka kepada peserta solo mahupun berkumpulan tidak melebihi tiga orang.

Para juri akan menilai peserta-peserta berdasarkan beberapa kriteria pemilihan seperti kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti, bakat dan kemahiran lakonan.

Pemenang tempat kedua dan ketiga Raja Lawak Astro (musim pertama) iaitu Johan dan Zizan terus diberi kepercayaan untuk mengacarakan program itu untuk musim terbaru ini.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


'M tidak sesuai untuk saya'

Posted: 22 Oct 2010 07:14 AM PDT

TUKAR IMEJ... Farah tidak mahu kontroversi lagi.
TUKAR IMEJ... Farah tidak mahu kontroversi lagi.

PENAMPILANNYA sebelum ini dilabel seksi hingga membuatkan dirinya serba salah dan akhirnya mengubah imej lebih sopan dengan berbaju kurung, berjubah mahupun baju labuh yang menutup bentuk tubuhnya.

Sejak awal tahun lalu, penyanyi Farah Asyikin Zulkifli, 31, mengakui selesa dengan penampilan itu dan tidak patah semangat walaupun imej begitu lebih dulu dilabel dengan Ana Rafali.

Nyata bukan mudah laluan yang ditempuh janda muda ini untuk merealisasikan niat baiknya itu. Ada saja pihak yang memandang sinis penampilannya. Pernah berlaku dalam satu persembahan di Kuantan, Pahang, dirinya tidak dibenarkan naik pentas dengan penampilan berbaju kurung kerana dikatakan tidak sesuai.


Ketika ditemui pada majlis anjuran Rafflesia The Pearl Centre sempena Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), baru-baru ini, Farah kelihatan tidak selesa dengan gaun merah jambu muda rekaan Rizman Ruzaini. Tangannya tidak lepas di dada seperti menutup sesuatu.

Apabila ditanya perkara itu, Farah mengakui kurang selesa dengan pakaian itu kerana belahan pada dada agak luas.

Katanya, pakaian itu memang cantik, tetapi dia kurang selesa kerana mendedahkan dada. Kalau silap gaya, boleh memalukan dirinya dan cuba menutupnya dengan tangan.

"Saya mahu memakai kerongsang dan meminta izin dengan perekanya, tetapi mereka keberatan kerana tidak mahu merosakkan rekaan baju ini.


"Saya tidak selesa sepanjang majlis berlangsung apatah lagi ketika jurugambar merakamkan gambar saya. Sebenarnya, ini juga pakaian kedua saya selepas pilihan pertama, gaun hijau saya tolak kerana mendedahkan dada dan saya diberi pilihan ini.

"Walaupun kurang selesa, saya tiada pilihan kerana tidak membawa baju sendiri kerana penganjur sediakan pakaian untuk digayakan sesuai dengan aksesori tajaan Rafflesia.

"Saya berharap tiada masalah untuk kemunculan saya di malam kemuncak FFM23 nanti (Ahad) apabila menyampaikan lagu ERT daripada filem Pisau Cukur," katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hello dan Kembali Di Sisimu berharap keputusannya untuk tampil lebih sopan dihormati kerana tidak mahu lagi dilanda kontroversi membabitkan pakaian sebagaimana sebelum ini.

Pintanya, janganlah pandang sinis wanita berbaju kurung.


Dirinya pernah dikecam apabila berpakaian tidak sesuai ketika menjayakan satu program televisyen untuk hari raya. Penampilannya di pentas ketika menjayakan satu majlis anugerah juga mendapat kritikan kerana seksi sedangkan ketika itu Farah cuba menutup kakinya dengan memakai dua lapis 'legging'.

Bagaimanapun, apabila dilihat di skrin televisyen, tetap seksi seolah-olah mendedahkan pahanya.

Begitu juga cerita peribadi bermula dengan perkahwinannya dengan Fariz Yahya pada 12 Mei 2007 kemudian bercerai. Dua cerita ini diakui menjejaskan kerjaya seninya sejak menyertai program realiti Malaysian Idol pada 2005 kemudian One In A Million musim kedua (2006) hingga dia nekad melakukan sesuatu untuk mengubahnya.


"Kadangkala bila buat persembahan, lampu limpah membuatkan kita kelihatan seksi. Begitu juga ketika fotografi, ada kalanya teknik penggambaran menyebabkan bentuk badan kelihatan menyerlah.

"Apabila tengok kembali gambar sendiri dengan keadaan begitu, timbul rasa malu hingga saya berfikir bagaimana untuk mengatasi situasi itu.

"Selepas bercerai, saya juga berharap kisah peribadi tidak lagi menjadi bahan berita. Tapi apabila saya bertunang secara senyap, media dapat tahu juga dan terbaru, saya putus tunang juga dapat dihidu media.


"Bukan saya sengaja menjaja cerita peribadi, malah cuba sedaya upaya melindunginya, tetapi akhirnya diketahui juga. Apabila ditanya rakan wartawan, saya tidak mampu untuk berbohong," katanya.

Kisah putus tunang
Pada pertemuan petang itu, Farah juga tidak keberatan berkongsi cerita mengenai kisahnya putus tunang yang sudah pun diketahui umum sejak sebulan lalu.


Farah bertunang dengan duda anak satu yang hanya diperkenalkan sebagai M dan bakal berkahwin 31 Julai lalu.

Bagaimanapun, awal Julai, Farah membuat keputusan mengejutkan dengan memutuskan pertunangan dengan jejaka asal Singapura dan menjadi jurutera muzik di Macau itu.


Tentunya berita ini mengejutkan ramai kerana sebelum ini Farah bercerai selepas tidak sampai dua tahun bersama dan kini putus tunang pula menjelang hari disatukan. Pastinya kejadian terbaru ini membuatkan ramai menuding jari kepadanya bahawa sebenarnya dia yang bermasalah.


Apapun, kata Farah, dia sudah memikirkan baik buruk atas keputusannya itu dan bersedia dengan apa saja kemungkinan yang berlaku. Malah, kata Farah, keputusan itu bukan saja membabitkan mereka berdua, malah banyak pihak kerana undangan sudah dibuat begitu juga segala persiapan.


"Alhamdulillah, keluarga menghormati keputusan saya dan saya terharu sangat kerana mereka juga tabah melalui semua ini. Sebagai selebriti, saya sedar apa pun yang berlaku kepada saya akan terpercik juga ke muka mereka.

"Mereka terus memberi semangat kepada saya. Apa yang lebih bagi mereka ialah mahu saya gembira," katanya.


Kata Farah, hidupnya kini tenang dan sedikit pun tidak tertekan dengan keputusan yang diambilnya. Farah juga menafikan dirinya terburu-buru membuka langkah baru selepas bercerai.


"Saya bercerai tiga tahun lalu dan mula rapat dengan seseorang akhir tahun lalu iaitu selepas dua tahun kembali solo.


"Sebelum ini ada kawan, tetapi tidaklah rapat. Saya tidak terburu-buru menjalin hubungan baru sebaliknya mengikut keadaan.

"Bagi saya semua ini kerja Tuhan dan serahkan kepada-Nya soal jodoh. Saya juga reda dengan apa yang berlaku dan mungkin ada hikmah di sebaliknya," katanya.


Perkenalan mereka bermula di laman sosial facebook dan dia sering menghantar komen di lamannya.

Setahun berbuat demikian, lelaki itu memulakan langkah menghantar pesanan di ruang pesanan. Dari situ, hubungan mereka makin serius sehingga membawa kepada pertemuan.

Mereka bertentang mata buat kali pertama di Kuala Lumpur, apabila si jejaka sanggup terbang dari Macau ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengannya sehingga berjaya menambat hatinya.

Enggan bercerita lanjut mengenai punca putus tunang kerana disifatkan agak peribadi, Farah mengakui bersyukur berbuat demikian sebelum mereka berkahwin.

Baginya, tidak guna meneruskan hubungan itu kerana kelak berhadapan masalah.

"Apabila menjalin hubungan dengannya, pelbagai dugaan saya lalui. Bagaimanapun, saya cuba mencari jawapan dari cerita yang saya dengar kerana ingin tahu dan akhirnya saya menemui jawapan untuk segala teka-teki itu. Akhirnya saya membuat keputusan nekad untuk berpisah kerana rasa itu jalan terbaik buat saya," katanya.


Kini Farah tumpukan perhatian dengan pembikinan album barunya yang diterbitkan sendiri.

Sebelum ini Farah menghasilkan single Ada Kamu dan juga Penjagaku yang diharapkan untuk pasaran Ramadan tetapi tidak diputarkan di radio.


Farah menerimanya sebagai tiada rezeki dan kini mempertaruhkan pula lagu duet dengan penyanyi kumpulan Fotograf, Shamrin, Kamu, Aku Satu ciptaan dan lirik Farah.


"Ia lagu pop rock dan saya harap mendapat perhatian stesen radio untuk diputarkan," katanya.

>PROFIL
NAMA SEBENAR: Farah Asyikin Zulkifli
TARIKH LAHIR: 11 November 1979
ASAL: Kuala Lumpur
PENDIDIKAN; Diploma Pengiklanan dan Penyiaran dari Universiti LimKokWing
ALBUM: Bebas (1999) dan 1000 Penipuan (2007)
PENCAPAIAN: Salem Cool Planet (1999), tempat ketiga Malaysian Idol 2 (2005), tempat kelima One In A Million (2006) dan Artis Baru Terbaik Anugerah Planet Muzik 2008

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Siapa dia Mahsuri?

Posted: 22 Oct 2010 07:10 AM PDT

MEMETIK luahan pengkritik filem berpengalaman, A Wahab Hamzah ketika berdiskusi pada majlis Apresiasi Filem Tempatan - Filem Magika yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Hulu Klang, kelmarin, karya seni tiada yang sempurna dan sebab itulah kita perlu terus mencuba bagi menghasilkan filem terbaik.

Bukan saja penggiat seni sukar untuk menemui kepuasan peribadi, malah mereka juga payah untuk memuaskan hati penonton. Ada saja yang tidak kena dan sempurna di mata mereka.


Malah, menurut pengalaman pengarah Magika, Edry Abdul Halim, dia agak terkejut apabila ada penonton berusia 16 tahun tidak kenal siapa Mahsuri iaitu antara watak legenda yang dipaparkan dalam filem itu.


Kata penonton remaja itu, mengarut manusia berdarah putih.

Mustahil untuk menceritakan setiap watak legenda yang divisualkan dalam filem itu satu persatu dengan terperinci.


Semua watak legenda itu kita sudah dengar mengenai kisahnya sebaik saja kita mengenal dunia yang diceritakan datuk dan nenek kita.

Tetapi kita juga boleh kaitkan dengan minat membaca di kalangan masyarakat kita yang masih belum berada pada tahap membanggakan.


Menerusi pembacaan, kita boleh mengetahui asal-usul budaya kita, siapa Mahsuri yang keturunan ketujuhnya bernama Aishah sudah ditemui dan baru-baru ini berkahwin dengan pilihan hatinya.


Begitu juga dengan watak legenda Bawang Putih dan Bawang Merah, Pak Pandir dan isterinya Mak Andeh, Naga Tasik Chini, Nenek Kebayan, Hang Tuah lima bersaudara, Badang, Orang Minyak, Pak Belalang dan orang Bunian serta kisah tragis, Batu Belah Batu Bertangkup.


Mereka semua adalah watak yang menjadi kesayangan masyarakat kita dulu, namun generasi muda hari ini lebih mengenali watak Snow White, Sleeping Beauty, Cinderella dan terbaru watak ahli sihir yang diperkenalkan dalam novel dan filem Harry Potter.


Maka tidak hairanlah, ada remaja hari ini yang tidak tahu sejarah Mahsuri dan kenapa dia berdarah putih.


Bagaimanapun dalam mencari jalan menghasilkan karya yang terbaik dan pada masa sama dapat memenuhi cita rasa penonton, Edry sudah boleh berbangga kerana filem muzikal pertama arahannya itu yang diterbitkan KRU Studios itu berjaya menang lima anugerah pada pembukaan Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), Rabu lalu. Magika menang kategori Kostum/Busana Terbaik (Dee Hasnan), Lagu Tema Asal Terbaik (Edry Abdul Halim) - Penyembuh Rindu, Penataan Seni Terbaik (Anuar Paharudin/Johan Lucas), Pelakon Kanak Kanak Terbaik (Fimie Don) dan Pengarah Harapan (Edry Abdul Halim).


Kemenangan itu tidak berhenti setakat itu saja kerana ada beberapa kategori pencalonan yang bakal diumumkan pada malam kemuncak FFM23 yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), jam 8 malam esok.


Majlis Apresiasi itu anjuran Finas bertujuan menyediakan platform kepada penggiat industri, pelajar perfileman, masyarakat berkongsi ilmu dan pengalaman produksi secara terus menerusi diskusi bersama panel.


Ia juga membolehkan percambahan minda, berkongsi ilmu mengenai idea kreatif berkenaan teknologi terkini seperti teknik penjanaan komputer (CGI) dan kesan khas serta meningkatkan kualiti modal insan yang berkemahiran di kalangan penggiat dan warga industri selari dengan Dasar Perfileman Negara (DFN).


Panel jemputan ialah Edry, Wiryandi Widjaya (Penyelia Kesan Khas Magika), Diana Danille, Yusry Abdul Halim dan Dr Mahadi J Murat selaku moderator.


Hadir sama, Ketua Pengarah Finas, Mahyidin Mustakim.


Membuka bicara pada petang itu, Edry mengakui tidak menyangka percubaan pertamanya mengarahkan filem membuahkan kejayaan.


"Sebenarnya dalam berkarya, saya tidak pernah mengambil kira sama ada ia percubaan pertama atau ke-10 kerana paling mustahak ia adalah hasil kerja saya dan saya mahukan ia jadi yang terbaik.


"Saya juga memilih tema yang agak keMelayuan dan tidak asing dengan masyarakat kita yang berkisar kepada cerita hikayat Melayu itu. Ia timbul atas kesedaran saya yang mempunyai empat anak, tetapi mereka lebih 'mesra' dan kenal dengan watak legenda Barat.


"Orang kita tidak kenal lagi mitos masyarakat Melayu lama, namun saya tidak mengupasnya dengan terlalu mendalam, hanya pada permukaannya saja.


"Dengan harapan apabila sekeluarga datang menonton, ibu atau bapa boleh menceritakan dan memperkenalkan setiap watak legenda itu kepada anak-anak dengan lebih lengkap lagi," katanya.


Mengulas persoalan mengenai lagu yang turut membantu penceritaan dalam filem ini, jelas Edry, Magika adalah filem muzikal dan setiap lagu yang disisipkan dalam filem itu menjadi faktor penentu dan menjadi pertaruhan sama ada filem muzikal itu menarik atau tidak.


"Saya adaptasikan cerita ini dengan kebudayaan Melayu di dunia ini yang masih percaya kepada cerita fantasi seperti kewujudan orang bunian dan perkampungan mereka. Orang tua kita selalu melarang jangan bermain waktu senja, nanti disorok bunian kerana waktu senja adalah pagi bagi mereka.


"Kanak-kanak juga selalu dikatakan hilang apabila dekat perigi buta dan segala kepercayaan itu saya selitkan dalam Magika kerana ia begitu dekat di hati kita.


Saya persembahkan filem ini dalam perspektif kekeluargaan di mana selepas kematian ibu mereka, Ayu (Diana) mengambil alih tugas menjaga adiknya, Malik (Fimie Don).


"Malik suka memberontak kerana dia menganggap dirinya penyebab kematian ibu mereka, tetapi selepas menemui pelbagai watak dan melalui banyak pengalaman dalam dunia Magika, baru dia tahu betapa pentingnya hubungan persaudaraan tambahan di dunia Magika dia cuma ada kakaknya saja.


"Watak pokok tiga beradik yang boleh berkata-kata itu juga lambang persaudaraan yang kukuh," katanya.


Edry juga mencadangkan kepada Finas untuk membuka perpustakaan digital supaya segala sistem dan teknologi yang dipakai dalam filem sebelumnya boleh diguna pakai semula pada filem akan datang.


"Kita perlu berkongsi sumber bagi menjimatkan kos," katanya.


Yusry menambah, lirik lagu filem muzikal penting kerana ia turut menceritakan perjalanan filem itu.


Mengulas mengenai keperluan kajian dan pembangunan (R&D) filem Melayu, dengan kengkangan bajet, penggiat seni tanah air membuat R&D menerusi produksi itu sendiri.


"Kita melakukan R&D melalui setiap filem yang dihasilkan.


Jika filem yang ini bagus, untuk filem yang akan datang kita cuba buat lagi bagus dan begitulah seterusnya. Kita akan terus mencuba perkara baru," katanya.


Datuk Yusof Haslam yang turut serta mendengar diskusi Magika, memuji karya pertama Edry itu yang mana katanya, visual yang dipaparkan dalam filem itu amat indah sekali.


"Dengan kos yang agak kecil (RM1 juta), KRU Studios dapat menghasilkan yang sangat bagus lengkap dengan kesan CGI yang amat mengesankan. Kalau diberi bajet yang lebih besar, saya yakin filem ini akan menjadi lebih baik, setaraf filem Hollywood. Saya tak sabar menunggu tayangan filem terbaru KRU , Hikayat Merong Mahawangsa," katanya.


U-Wei yang baru saja mengarahkan filem Hanyut turut teruja dengan pembikinan filem Magika dan bertanyakan rujukan yang dibuat Edry untuk menghidupkan watak naga.


"Saya menghargai dan terhibur menonton filem ini," katanya.


Menjawab pertanyaan U Wei, jelas Edry, dia mengambil jalan tengah dengan tidak meniru naga dari Barat yang mengeluarkan bola api.


"Sebagai jalan selamat saya buat naga dalam air. Kita tidak boleh terlalu ke hadapan dan kena seimbangkan dengan pemikiran penonton," katanya.


Diana pula menyifatkan dia amat bertuah dapat berlakon dalam Magika.


"Kita patut berbangga kerana sudah ada cerita rakyat sendiri yang boleh diselitkan bersama populariti cerita Cinderella dan yang lainnya," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Mallika cantuman bijak dan seksi

Posted:

Mallika cantuman bijak dan seksi

Mallika cantuman bijak dan seksi

Oleh JESSABELL SOO
jessabell.soo@kosmo.com.my



TIDAK menafikan dirinya seksi, Mallika Sherawat juga pernah membuat kenyataan bahawa dia menyukai lelaki matang. Berani tanpa meletakkan sempadan dalam hidup atau karier, itu yang menjadikan bintang Bollywood ini lebih popular.

Sentiasa fokus untuk mengekalkan imej sebagai wanita seksi, Mallika mahu dirinya seksi pada setiap inci badannya. Malah, aktres itu pernah memberitahu bahawa dia suka menjayakan babak seksi melampau dalam filem lakonannya.

Menembusi pasaran antarabangsa menerusi karya The Myth (2005) bersama Jackie Chan, Mallika berterima kasih kepada pengarah, Stanley Tong kerana memberikan dia peluang untuk terlibat dalam filem yang diedarkan kepada 175 buah negara.

Ini kerana Mallika memiliki harapan besar. Dia mahu menembusi Hollywood kerana sebuah produksi India hanya akan disaksikan di 14 buah negara sahaja. Aktres itu semakin menghampiri impiannya apabila menerajui filem kerjasama India dan Amerika Syarikat, Hisss (turut dikenali sebagai Nagin: The Snake Woman).

Memegang watak Nagin, dewi ular, filem itu akan ditayangkan di Malaysia bermula 29 Oktober ini. Namun, sebelum filem itu ditayangkan, aktres itu sudah menimbulkan gejolak ramai untuk menyaksikan lakonannya.

Bukan sahaja kerana jalan cerita atau solekan ular yang akan memenuhi badan Mallika tetapi difahamkan dia berbogel sepenuhnya untuk beberapa babak.

Tidak tahu bagaimana babak itu akan dipersembahkan, Mallika ketika ditanya dalam satu temu bual telefon yang diaturkan oleh Nusantara Edaran Filem bersama media tempatan enggan mengulas panjang.

"Jika anda ingin mengetahui sama ada saya berbogel atau tidak, anda perlu menonton sendiri filem ini. Tidak seronok jika saya memberitahu anda. Terokai sendiri untuk mengetahuinya," kata Mallika.

Digandingkan bersama Irfan Khan, Hisss menyaksikan bagaimana watak Mallika yang boleh bertukar menjadi ular dan manusia menyeksa serta membunuh lelaki apabila mereka mencemarkan atau mencerobohi ular tedung yang menetap di sebuah kuil misteri dalam hutan tebal.

Selama 4,000 tahun, cerita seram mengenai dewi ular itu disebarkan ke seluruh India sehingga kini. Pada tahun 2008, seorang lelaki Amerika Syarikat, George dengan berbekal peralatan berteknologi tinggi mengembara ke dalam hutan larangan tersebut.

Sepanjang pengembaraan itu, dia berjaya menangkap seekor ular tedung yang mempunyai saiz sebesar ular sawa. Melakukan penyelidikan ke atas ular itu dalam makmal berteknologi tinggi, George tidak sedar apa yang bakal dihadapinya.

Kejam dan pendendam

"Di India, sudah banyak cerita ini dibikin dan ramai aktres yang pernah memainkan watak popular ini. Namun, dalam Hisss, dewi ular ini akan menelan mangsanya. Ia lebih pendendam dan kejam. Sesiapa yang ingin terus hidup perlu memujanya," jelas Mallika lagi.

Sarat dengan kesan khas, Mallika sentiasa ingin memberikan kesegaran kepada audiens. Bukan sahaja kerana mahu mendapatkan perhatian dunia, aktres itu mahu mencabar dirinya. Hiss contohnya menyaksikan bagaimana dirinya 'menjadi' seekor ular.

"Bukan mudah untuk menggambarkan diri sebagai seekor ular. Saya banyak membuat penyelidikan untuk mempelajari pergerakan seekor ular. Selain daripada itu, saya juga diperlukan untuk mencium ular serta perlu kelihatan mesra dengan ular.

"Nasib baik saya bukan seorang yang takut dengan ular. Pada saya ular merupakan haiwan menakjubkan," ujarnya yang menceburi bidang hiburan pada tahun 2002.


DILAPORKAN berbogel dalam filem terbarunya ini, aktres Bollywood ini bagaimanapun enggan memberi sebarang komen kecuali meminta peminat ke panggung untuk menyaksikan kebenaran kisah dia berbogel.


Merindui Malaysia selepas hadir untuk mempromosikan filem The Myth bersama Jackie Chan lima tahun lalu, Mallika perlu menghabiskan masa selama empat hingga lima jam sehari hanya untuk bersolek dan memakai kostum.

"Ia satu penyeksaan bagi saya. Bayangkan saya perlu duduk berjam-jam lamanya untuk memakai kostum serta bersolek. Selepas memakai kostum, saya sudah tidak boleh pergi ke tandas. Jadi saya tidak boleh minum air sehingga kekurangan air dalam badan.

"Kostum itu begitu ketat sehingga saya perlu diangkat ke set penggambaran. Selain kostum, babak paling sukar untuk saya adalah ketika lintah berada di atas badan saya. Rakaman itu dijalankan semasa hujan yang sejuk dalam hutan Kerala," katanya yang popular menerusi filem Murder.

Hisss menamatkan penggambaran sekitar tahun 2009. Namun, disebabkan kesan khas, proses pasca produksinya menggunakan masa lebih panjang.

Disebabkan cerita dewi ular sudah banyak kali dibikin, Hisss juga menggunakan cerita-cerita ular lain sebagai inspirasi. "Terdapat beberapa buah filem dengan watak Nagin pernah diterbitkan dalam bahasa Hindi.

"Di China, Hong Kong, Jepun dan Indonesia juga mempunyai filem seumpama ini. Pengarah Hong Kong, Tsui Hark mengarahkan Green Snake lakonan Maggie Cheung dan Joey Wong. Namun, peliknya, saya menggunakan filem An American Warewolf In London sebagai inspirasi. Semasa kecil, saya menyukai Sridevi menjayakan watak Nagin" tambahnya.

Menggunakan khidmat pengarah AS, Jennifer Chamber Lync, adakah dia memahami budaya serta lenggok cerita tersebut yang kaya dengan mitos serta legenda? Apa yang utama, karya itu bakal dibandingkan dengan filem-filem seumpamanya.

Kata Mallika, Hisss merupakan pembikinan semua cerita lama dengan penambahan elemen baru.

Menariknya, Jennifer mampu memberikan pendekatan kreatif. Ia membuatkan sebuah filem tradisional menjadi kontemporari.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Sekitar Festival Filem Dokumentari Malaysia Ke-2

Posted:

Sekitar Festival Filem Dokumentari Malaysia Ke-2

Sekitar Festival Filem Dokumentari Malaysia Ke-2

Oleh JESSABELL SOO
jessabell.soo@kosmo.com.my


BARISAN pemenang pada Festival Filem Dokumentari Malaysia ke-2 yang diumumkan baru-baru ini.


MENYAKSIKAN peningkatan daripada 60 kepada 80 penyertaan, Festival Filem Dokumentari Malaysia Ke-2 (FFDM2) bukan sahaja berjaya menarik lebih banyak penglibatan tetapi produk-produk yang bertanding juga lebih berkualiti.

Berlangsung pada 16 Oktober lalu sempena Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23), dokumentari yang bertanding dibahagikan kepada empat kategori iaitu Kesenian/Kebudayaan, Isu Semasa/Kemasyarakatan, Ilmiah/Sejarah dan Alam Semula jadi/Pelancongan.

Menerusi keempat-empat kategori itu, kategori Ilmiah/Sejarah menerima penyertaan tertinggi dan merupakan kategori paling sukar untuk dinilai. "Disebabkan penglibatan daripada National Geographic, Discovery Channel dan Astro, ia telah menjadi platform kepada peningkatan kualiti.

"Maka, semasa penilaian, kami berdepan dengan kesukaran untuk memilih pemenangnya. Kami perlu menonton kesemua 80 dokumentari dalam masa seminggu dan membuat keputusan. Kini bentuk dokumentari yang dibikin lebih jelas dari segi kategorinya. Itulah kualiti yang dikehendaki," kata ketua juri festival tersebut, Mohamad Zaki Abdul Rahim yang ditemui selepas berakhirnya festival tersebut.

Diadakan di Kompleks Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang, Kuala Lumpur, Mohamad Zaki juga memberitahu hampir kesemua dihantar sudah mampu menyampaikan mesej dengan jelasnya. Paling ketara adalah karya yang mempunyai kaitan dengan isu politik seperti Laskar Senoi dan Botak Chin.

"Peningkatan mutu juga boleh dilihat menerusi penyelidikan serta persediaan yang dilakukan oleh pihak produksi. Kesungguhan pengarah untuk membuat babak imbasan seperti lakonan semula juga meningkatkan nilai dramatik sesebuah dokumentari itu," tambahnya.

Mendapat penyertaan sehingga 18 Jun lalu, kemenangan yang banyak berpihak kepada hasil syarikat besar menimbulkan sedikit perasaan tidak puas di kalangan pembikin dokumentari amatur.

"Kami sedar ia memang tidak begitu adil kerana bajet yang digunakan amat jauh bezanya. Kalau bagi pembikin amatur, mereka menggunakan antara bajet RM30,000 hingga 50,000. Bagi yang profesional pula, mereka menggunakan anggaran RM200,000. Jadi, mungkin pada masa akan datang kami akan membahagi kepada dua kumpulan berlainan," jelasnya lagi.

Turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Manglin Dennis D'Cruz, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) dan Pengerusi Finas, Datuk Mohamad Mohd. Daud dan Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim, pemenang keempat-empat kategori utama membawa pulang wang RM5,000, trofi serta sijil penghargaan.

Sementara, pemenang lain membawa pulang wang bernilai RM3,000, sijil penghargaan dan trofi. Pemenang Dokumentari Terbaik Keseluruhan (Anugerah Perdana) yang akan membawa pulang RM10,000, trofi dan sijil penghargaan serta dana penerbitan dokumentari Finas akan diumumkan semasa penganugerah FFM23 pada 24 Oktober ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.