Adsense

Jumaat, 8 Oktober 2010

borak kosong

borak kosong


Perempuan 'meroyan' selepas lahir anak terjun bangunan

Posted: 08 Oct 2010 08:55 PM PDT

Seorang wanita berusia 30 tahun yang baru melahirkan anak berada dalam keadaan
natal depression (meroyan).Dia kemudian terjun daripada  tingkat 27 sebuah bangunan
tetapi tidak mati kerana terjatuh diatas sebuah kereta.Dia mengalami gegaran otak dan patah tulang.

sumber : tt.mop.com



Siapakah dia yang penuh misteri ini?

Posted: 08 Oct 2010 08:00 PM PDT


berjalan sorang-sorang dengan penuh misteri...
Siapakah dia ini?
klik open

Spoiler:


Photobucket

rupanya pak cik...ingat perempuan mana tadi.....




Bank yang paling 'paranoid'

Posted: 08 Oct 2010 07:00 PM PDT

Rasa-rasa inilah bank yang paling 'paranoid' sekali...
perompak pun takut nak rompak bank nie...
Kenapa?
cuba perhatikan gambar ini...









betul-betul dijaga keselamatan..
luar dalam penuh kamera CCTV...


Perut ikan yu di belah rupanya ada rangka manusia

Posted: 08 Oct 2010 06:09 PM PDT

Seekor ikan yu yang di tangkap  dan dibelah perutnya...
rangka manusia dijumpai.....






Facebook alat jerat seks

Posted: 08 Oct 2010 05:39 PM PDT

MANILA: Polis Filipina semalam berkata, Facebook dan laman sesawang sosial lain kini digunakan penjenayah seksual untuk menjerat mangsa, sekali gus menyumbang kepada peningkatan jenayah.
Jurucakap polis Filipina, Agrimero Cruz, berkata ketika ini pihak berkuasa menyiasat bagaimana penjenayah seks menggunakan Facebook atau mesej teks dari telefon bimbit untuk mempengaruhi orang ramai, terutama remaja, untuk dijadikan mangsa.


"Mereka mempunyai rangkaian, pengikut dan mempelawa remaja untuk menyertainya.


"Kemudian mereka mempengaruhi mangsa supaya terbabit dalam aktiviti seksual," katanya.


Menurut Cruz, beberapa orang ditahan kerana disyaki terbabit dalam jenayah begitu.


Bagaimanapun, katanya, setakat ini pihak berkuasa belum mempunyai data lengkap bagi mengesahkan berapa ramai orang menggunakan Internet atau telefon bimbit bagi menjerat mangsa seksual.


"Polis menyiasat aspek ini kerana undang-undang menangani jenayah seperti ini belum jelas.


"Setakat ini pihak berkuasa menganggap kes sedemikian sebagai rogol," katanya.


Cruz turut mengingatkan bahawa mungkin lebih banyak kes rogol berlaku tetapi tidak dilaporkan kerana mangsa enggan merujuknya kepada polis. Kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan populasi Filipina mempunyai akses kepada Internet walaupun kebanyakannya hanya di kafe siber.


Secara purata, hampir seorang daripada dua warga Filipina memiliki telefon bimbit.


Kajian menunjukkan, warga Filipina adalah antara pengguna rangkaian sosial paling aktif di Asia.-myMetro





Superhero pun manusia biasa

Posted: 08 Oct 2010 05:00 PM PDT

Walaupun mereka superhero...namun
hakikatnya mereka juga manusia biasa...
tak caya perhatikan gambar ini....







manusia tetap manusia walau hebat mana sekalipun mereka..




Ibu kudung jaga 130 orang anak

Posted: 08 Oct 2010 10:01 AM PDT

XIANGTAN, China - Tidak semua kecacatan secara fizik berakhir dengan penderitaan yang berpanjangan, seperti yang dialami Xu Yuehua, seorang ibu cacat yang tidak memiliki dua kaki (kudung).

 Xu Yuehua, 55 tahun yang lalu dilahirkan sebagai anak yang normal dan membesar menjadi gadis cantik yang normal.



Pada usia 37 tahun yang lalu Xu Yuehua mengalami kemalangan. "Saya kehilangan kedua kaki saya. Pada ketika itu saya hampir berputus asa, namun saya tidak boleh menyerah," katanya.

Xu lalu memutuskan untuk mengabdikan sisa hidupnya dengan melayani  anak yatim piatu.

Selama 37 tahun dia mengabdikan diri dengan menjaga anak yatim sehingga berjumlah 130 anak.


Para anak asuhnya ini berada di Institut Kesejahteraan Sosial Xiangtan, Provinsi Hunan, China Tengah. Dia mengasuh sendirian, dengan menggunakan bangku kecil tempat dia bergerak dan berpindah dari satu tempat tidur menuju tempat tidur yang lain.



Jikalau dia hendak melakukan perjalanan yang agak jauh, salah satu anak angkatnya  akan mendukung Xu. "Dia anak yang kuat. Aku didukung untuk pergi yang agak jauh," katanya.

Xu mengaku tidak pernah menyesali keputusannya dalam melayani anak yatim tersebut. Dia mendapat kebahagiaan dengan pekerjaannya tersebut.

bk-walaupun dia cacat masih sanggup lagi berbakti kepada masyarakat

Gambar penyeludup yang telan dadah di bedah

Posted: 08 Oct 2010 09:46 AM PDT

Beginilah pembedahan yang dilakukan keatas penyeludup dadah..
yang menelan dadah untuk di seludup...
Bukan sikit tapi banyak...
cuba kita lihat gambar ini...









sanggup melakukan apa saja demi wang....



Mr P tersepit dilubang ketika onani

Posted: 08 Oct 2010 08:00 AM PDT

Empat anggota SAR Hongkong mengambil masa selama 4 jam di sebuah taman untuk membebaskan Mr. P seorang pemuda yang tersangkut di salah satu lubang bangku di taman Lantian, Hongkong – China .

Pemuda malang itu mengakui yang Mr. P nya tersepit dan tidak boleh dilepaskan kerana dia menggunakan lubang besi di bangku taman tersebut untuk melakukan onani. Pemuda yang bernama Le Xing, 41 tahun, tersebut dikatakan menghadapi masalah  mentalnya dan menghidapi masalah tentang seks.



Lubang besi pada bangku tersebut terlalu kecil tetapi Le Xing memaksa  Mr. P nya masuk kedalam lubang tersebut untuk melepaskan hasrat berahinya. Tetapi ketika Mr. P nya menjadi tegang dan membesar dia menjadi panik sebab dia tidak boleh mengeluarkannya dari lubang tersebut. Akhirnya Le Xing menelefon polis meminta pertolongan.


Untuk membebaskan Mr. Pnya itu, anggota SAR terpaksa membawa Le Xing bersama dengan bangku besi sepanjang 2,5 meter tersebut ke hospital. Doktar  mengatakan bahawa pemuda tersebut sangat beruntung sebab Mr. P nya berjaya dikeluarkan dari lubang besi tersebut.

Buku tertebal di dunia

Posted: 08 Oct 2010 06:27 AM PDT


Biasanya kita malas baca buku yang tebalnya lebih dari 100 halaman, apalagi kalau tak ada gambar lagilah tambah malas… apalagi kalau baca buku wikipedia , lagi-lagi buku wikipedia ini yang di istiharkan sebagai buku tertebal di dunia dan tebalnya mencapai 5000 halaman.

Siapakah pembuat buku tertebal ini, ? Namanya Rob Mathew. ia membuat ringkasan artikel wikipedia dan kemudian mencetaknya dan menjilidnya menjadi sebuah buku, tebalnya 5000 halaman, dan kalau diletakkan , tingginya boleh mencapai 47.5 centimeter, padahal ia hanya menulis isi dari wikipedia 0,01% dari seluruh isi artikel wikipedia.Cuba kita bayangkan kalau dia menulis kesemua isi wikipedia ini.

Masihkah kita mengeluh setelah melihat gambar mereka?

Posted: 08 Oct 2010 05:50 AM PDT

Jika Anda merasa selalu hidup dalam tekanan, 
cuba lihatlah mereka..




Jika Anda merasa pekerjaan anda sangatlah berat,
bagaimana dengan dia?
  



Bila Anda merasa gaji anda  sedikit, 
bagaimana dengan anak yang malang ini??





Jika Anda merasa belajar adalah satu bebanan,
 contohilah semangat dia..




Jika Anda hampir merasa berputus asa,
 ingatlah orang ini?




Pantaskah kita mengeluh tentang makanan,
 disaat dia sedang membayangkan memakan 'happy meal' ?





Jika Anda merasa hidup anda sangat menderita, 
apakah anda juga merasakan penderitaan seperti orang ini?




Jika Anda merasa hidup Anda tidak adil, bagaimana dengan dia??




Di saat anak kita bermanja dan di sayang, 
mereka pula terpaksa mencari sesuap nasi..



Tidakah kita merasa bersalah kerana kita  selalu tidak
 mendengar bahkan melawan  cakap ibu kita?




Masihkah kita di anggap PAHLAWAN di negara
kita sendiri




Tanyalah ke dalam diri kita sendiri, dibandingkan dengan mereka, seberapa beruntungkah diri kita sebenarnya?

Tetapi kenapa kita selalu mengeluh akan masalah-masalah "kecil" yang menimpa hidup kita?

Di saat kita dihadapi oleh berbagai rintangan dalam hidup, ingat, kita tidak pernah kurang rezeki untuk tetap bersyukur..

Bukankah bersyukur merupakan cara paling mudah untuk mengecapi kebahagiaan?

Cuba kita renung dan fikirkan ,betapa beruntungnya hidup kita.....







Tanda - tanda anda harus diet

Posted: 08 Oct 2010 03:00 AM PDT

Cuba anda lihat gambar-gambar ini dan anda lihat sendiri...
bila sudah ada tanda-tanda begini..anda seharusnya
segera berdiet....agar tubuh lebih sihat...











Bahagian yang paling seronok kerja dirancangan TV

Posted: 08 Oct 2010 02:04 AM PDT

Banyak bahagian jika kita kerja di sesuatu rancangan TV.
Penerbit,pengarah,penulis skrip,juru kamera,juru make up dan bermacam-macam lagi.
Tapi bahagian manakah yang paling seronok?



CUBA

KITA

LIHAT

BAHAGIAN 

MANA ?




NI KE?


Suami jumpa gambar isteri melakukan hubungan seks dengan anjing

Posted: 07 Oct 2010 11:51 PM PDT

Ada ada saja, polis mencari seorang wanita yang melakukan hubungan seks dengan anjing peliharaannya sendiri . Polis di Greenwood, Arkansas memburu wanita itu  setelah dilaporkan oleh suaminya sendiri.



Alan Gragg melaporkan isterinya Cornelia kepada polis setelah ia menemukan gambar-gambar tidak senonoh isterinya di komputer rumahnya. Gambar-gambar dalam komputer tersebut menunjukkan Cornelia Gragg 47 tahun melakukan hubungan seks dengan anjing peliharaan keluarga. Polis memulakan penyiasatan keatas pada 13 Julai tetapi tidak dapat menemukan Cornelia Gragg kerana menghilangkan diri.(link)

bk-manusia oh manusia

aReaL&Celebrity

aReaL&Celebrity


Apahal Macam Ni Pulok...???

Posted: 08 Oct 2010 06:43 AM PDT

Salam Buat Semua, Nak Tanya Ni.. Kepada Yang Guna Blogspot Sebagai Platform Berblogging, Korang Perasan Tak Ada Sesuatu Perubahan Di Blogger Dashboard Hari Ni...?? Ke Aku Sorang Je Yang Terkena Badi Ni...??


Korang Try Tengok Gambar Kat Atas Ni... Lain Daripada Sebelum Ni Kan... Keadaan Gambar Yang Agak Bersepah, Ada Gambar Yang Kecil, Ada Pulak Gambar Yang Besar Tak Hengat.. Mmm...


Yang Ni Terlebih La Pulak...!!! Sampai Terkeluar Gambar Daripada Entry Bro Eyriqazz, Gambar Post Entry Daripada Liyana Lunia Ok La Pulak Saiznya.... Mentang2 La Si Liyana Lunia Ni Pempuan.. Pilih Kasih Betoi La Google Ni... Hehehe... <--Sila Abaikan Gambar Lelaki Yang Sedang Menyusu Dalam Gambar Di Atas...

P/s:Macam Semak Je Dashboard Baru Ni, Korang Punya Dashboard Pon Jadik Macam Ni Gak Ke...?? Apa Pendapat Korang...!!! Yang Baru Atau Yang Lama Lebih Baik...??

P/s/s: Atau Berdua Lebih Baik ??

P/s/s/s:Esok Ngan Hari Ahad Aku Akan Berada Di Sepang... Hehehe... Part Time Jadi Paddock Girls... Kuikuikui... Will Update Here Soon....!!!! Saper Ade G MotoGP Sila Angkat Tangan...!!! Jumpa Anda Di Sana...!!!




LABEL
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Gemilang rumah terbuka

Posted:

Gemilang rumah terbuka

Gemilang rumah terbuka


PASANGAN suami isteri popular, Siti Nurhaliza dan Khalid Mohammad Jiwa tidak pernah ketinggalan memenuhi undangan Kumpulan Utusan setiap kali Syawal.


TRADISI menyambut Syawal di Malaysia sungguh menyeronokkan. Acara rumah terbuka pula menjadi kelaziman.

Sepanjang bulan Syawal, kemeriahan rumah terbuka dapat dirasakan. Di sana sini, kebanyakan daripada kita tidak mahu melepaskan peluang meraikan tetamu.

Kumpulan Utusan tidak ketinggalan untuk sama-sama meraikan hari penuh kegembiraan ini.

Bahagian pengurusan korporat syarikat media itu misalnya mengadakan majlis rumah terbuka meraikan para pelanggannya dan rakan-rakan perniagaan serta selebriti.

Acara yang berlangsung penuh gemilang itu di Hotel Nikko, Kuala Lumpur dihadiri oleh lebih 5,000 orang.

Hadir sama memenuhi jemputan Kumpulan Utusan ialah artis-artis ternama seperti Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Rozita Che Wan, Sofea Jane, Erma Fatima, Didie Alias, Haiza, Fasha Sandha, Fazli Zainal, Roslan Shah dan ramai lagi.

Sementara tokoh-tokoh politik, ahli-ahli perniagaan, tokoh koporat, pengamal media dan lain-lain juga hadir memeriahkan majlis yang berlangsung sehingga pukul 7 malam itu.

Selain daripada majlis yang dianjurkan oleh pengurusan korporat Kumpulan Utusan itu, sidang editorial akhbar Utusan Malaysia juga mengadakan majlis rumah terbuka.

Acara yang diadakan pada Rabu lalu menghimpunkan lebih 1,000 tetamu biarpun ketika hujan turun dengan lebatnya.

Sidang editorial Utusan Malaysia mengadakan majlis itu di pekarangan ibu pejabat akhbar itu di Jalan Lima, Off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Dengan pelbagai hidangan hari raya termasuk lemang, rendang dan sebagainya, sebanyak tiga ekor kambing panggang turut menjadi perhatian tetamu.

Selain para petugas di akhbar itu, majlis turut dihadiri oleh rakan-rakan artis serta kenalan-kenalan yang selama ini memberi sokongan padu terhadap akhbar yang menjadi kebanggaan ramai ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Kembali selepas 18 tahun

Posted:

Kembali selepas 18 tahun

Kembali selepas 18 tahun

SELEPAS kali pertama dan terakhir disatukan dalam filem A Few Good Men pada tahun 1992, dua aktor Gred A Hollywood, Tom Cruise dan Jack Nicholson akan kembali bersatu di layar perak.

Bakal digandingkan dalam filem yang berjudul El Presidente, ia bakal menyaksikan gandingan terbaru dua pelakon hebat itu selepas 18 tahun.

Sememangnya ia cukup dinanti-nantikan oleh peminat dan pemerhati dunia hiburan Hollywood kerana menerusi filem A Few Good Men, Cruise dan Nicholson sudah membuktikan keserasian mereka dalam filem tersebut.

Dikhabarkan studio terkemuka, Warner Bros. sudah pun membeli hak cipta filem tersebut daripada penulis skrip, Daniel J. Goor dan kini hanya menunggu pengesahan daripada Cruise dan Nicholson sahaja.

Seperti mana yang tercatat dalam laman web The Los Angeles Times, Cruise akan membawakan watak sebagai seorang agen penyiasat manakala Nicholson pula sebagai seorang bekas Presiden yang memiliki reputasi buruk.

"Dalam filem ini, penonton akan dapat menyaksikan pembawaan karakter yang berbeza antara Cruise dan Nicholson tetapi bukan antagonis.

"Mereka mempunyai matlamat dan misi yang sama apabila nyawa masing-masing dalam bahaya. Karakter Nicholson lebih warna-warni manakala Cruise pula lebih serius," demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Warner Bros. seperti mana yang tercatat dalam laman web The Los Angeles Times.

Buat masa ini, penggambaran dan pengarah yang akan mengarahkan filem ini masih belum diputuskan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Raih RM3 juta

Posted: 07 Oct 2010 05:04 PM PDT

Hip

Filem muzikal Magika hampir capai sasaran kutipan kasar RM4 juta

FILEM muzikal yang kali pertama diketengahkan oleh trio adik-beradik daripada KRU Studios, Magika menunjukkan angka kutipan kasar memberangsangkan sekalipun temanya mungkin masih baru di dalam industri filem tempatan.

Magika menggabungkan cerita fantasi dan nyanyian mula ditayangkan pada 23 September lalu. Ia dijangka mencatatkan kutipan kasar sebanyak RM3 juta hari ini selepas dua minggu ditayangkan. Angka itu pastinya sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada produser filem ini yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studio, Norman Abdul Halim, tetapi paling utama ia berita menggembirakan kepada adiknya, Edry.

Edry yang kali pertama menjadi pengarah, mengakui betapa dia bersyukur kerana percubaan pertamanya untuk memperkenalkan genre baru dalam bentuk muzikal dapat diterima ramai.

"Ini menunjukkan peminat filem sentiasa inginkan sesuatu yang baru. Lebih membanggakan saya ialah ulasan dan pujian yang menghargai usaha KRU Studios untuk mengembangkan filem tempatan.

"Saya harap kejayaan Magika dapat membuka pintu kepada karyawan lain untuk menghasilkan seni muzikal. Malahan kami juga sudah ada perancangan untuk menerbitkan filem muzikal kedua pada awal tahun depan," kata Edry menerusi kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada HiP.
Sementara itu, Norman sendiri meletakkan sasaran yang realistik iaitu RM4 juta, satu jumlah yang dianggap tidak terlalu tinggi. Memang tidak dinafikan sukar untuk mencapai jumlah itu kerana penonton Melayu masih dalam mood hari raya. Tambahan pula selain sudah banyak berbelanja untuk persiapan Hari Raya, filem Magika juga ditayangkan pada hujung bulan iaitu ketika kebanyakan orang belum mendapat gaji.

Oleh itu, kejayaan mencapai angka RM3 juta melapangkan sedikit dada Norman. Dia masih menaruh keyakinan orang ramai akan terus memberi sokongan terhadap filem Magika.

Ketika dihubungi Hip, Norman berkata, lazimnya kutipan kasar setiap filem pada minggu kedua sering kali lebih rendah berbanding minggu pertama, tetapi Magika nampaknya tersimpang dari kebiasaan itu, malahan mencatatkan kutipan yang cukup membanggakan buat KRU Studio.

"Berdasarkan kutipan minggu kedua iaitu pada Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin, Magika mengumpul kutipan lebih tinggi daripada minggu pertama. Keadaan ini adalah sesuatu yang luar biasa dan berbeza dengan trend filem terbitan KRU sebelum ini atau mungkin juga untuk filem terbitan syarikat lain.

"Selalunya jumlah kutipan minggu kedua lebih rendah berbanding dari minggu pertama tetapi perkara sebaliknya pula berlaku kepada Magika. Jika mendapat slot tayangan mencukupi, tidak mustahil jumlah kutipan Magika boleh mencecah RM3.5 juta. Angka yang dicatat setakat ini hanyalah tayangan menerusi 61 panggung di Malaysia dan tiga lagi di Brunei.

"Magika akan ditayangkan di Singapura pada November nanti. "Jadi kami menganggarkan sehingga Magika habis ditayangkan kelak, termasuk kutipan di Singapura, filem itu mampu berada dalam landasan RM4 juta yang kami sasarkan," katanya.

Walaupun Magika hanya memungut sebanyak RM50,000 di Brunei, Norman menyasarkan angka itu juga akan bertambah sekali ganda apabila ia habis ditayangkan kelak.
Biarpun tidak begitu besar, dia tetap berpuas hati kerana negara itu sendiri mempunyai jumlah penduduk yang kecil.

Katanya, Magika mendapat maklum balas yang cukup baik daripada penonton dan media massa, sesuatu yang dianggap jarang diterimanya kepada mana-mana filem terdahulu yang pernah dihasilkan oleh KRU Studios.

Ulasan positif itu menjadi pencetus semangat kepada KRU Studio untuk terus menghasilkan filem pada tema yang sama.

"Saya meluangkan masa beberapa kali ke pawagam untuk melihat maklum balas penonton. Ramai yang menggemari filem ini tetapi ada juga mereka yang tidak memahami konsep muzikal yang mengetengahkan 50 peratus lagi dan sebahagian lagi dialog.

Sama seperti filem Mamma Mia! The Movie dan High School Musical, filem Magika sebenarnya ditonton lebih daripada sekali oleh kebanyakan penonton dan keluarga.

"Filem ini nampaknya lebih menarik golongan keluarga berbanding remaja. Mungkin remaja lebih gemarkan filem berunsur seram, percintaan dan kegiatan sosial. Kami akan memperbaiki lagi hasil kerja kami selepas ini untuk menarik golongan remaja ke pawagam.

"Namun saya harus berterima kasih kepada teater muzikal yang pernah dipentaskan di Istana Budaya seperti Puteri Gunung Ledang, P Ramlee dan banyak lagi kerana disebabkan mereka, masyarakat di negara kita memahami apakah muzikal," kata Norman.

Selain skrip, lagu serta jalan cerita kata Norman lagi, barisan pelakon yang diketengahkan dalam filem ini yang membantu memantapkan filem ini. Kebanyakan pelakon yang diketengahkan memiliki kemasyhuran. Justeru, mereka menjadi salah satu tarikan kepada penonton untuk ke panggung.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Siti belum terdesak

Posted: 07 Oct 2010 04:42 PM PDT

Hip

Masih berikhtiar pelbagai cara untuk dapatkan zuriat

HANYA kerana sekeping surat dari doktor pakar sakit puan yang menjelaskan masalah kesihatannya, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dikatakan hamil. Kecoh seketika dunia hiburan ketika itu.

Maklum sajalah, cerita Siti mengandung adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan sehingga setiap kali hadir dalam apa saja majlis, soalan itulah yang akan diajukan dulu. Berikutan tersebarnya cerita itu, lain pula cerita yang timbul iaitu kononnya Siti menjalani rawatan persenyawaan tabung uji atau IVF (In Vitro Fertilisation) atau melalui permanian berhadas di London seperti yang didakwa. Siti dikatakan melakukan kaedah itu di London sebelum menunaikan umrah Ogos lalu. Akibatnya, Siti dihujani pertanyaan mengenai perkara itu.

"Sebenarnya Siti tak adalah menjalani rawatan persenyawaan tabung uji atau IVF atau melalui permanian berhadas (IUI) seperti didakwa. Tapi Siti akui ada buat rawatan penyuburan tetapi secara akupunktur dan meminum herba sebagai perubatan alternatif.

"Lagipun ia bukanlah sesuatu yang dirancang. Kebetulan sewaktu Siti bersiar-siar, Siti ternampak ada rawatan akupuntur, itu yang Siti tergerak untuk mencubanya," terang Siti menjelaskan silap faham yang berlaku.

Siti berkata demikian ketika mengadakan majlis meraikan 100 Pemenang program Berhari Raya bersama Datuk Siti Nurhaliza di Saloma Bistro, baru-baru ini.
Biarpun persoalan mengenai anak adalah perkara wajib yang akan dikemukakan setiap kali bertemu penyanyi ini, namun jelas Siti dia tidak mempunyai kuasa untuk mengelak ataupun memarahi si penanya.

"Sebagai selebriti, Siti sedar apa saja perkembangan terbaru mengenai Siti khalayak mahu tahu. Jadi Siti memang sudah bersedia dengan apa saja yang berlaku.

"Insya-Allah, apabila sampai waktunya nanti, pasti Siti umumkan sebab ia adalah perkara yang baik," kata penyanyi lagu Biarlah Rahsia.

Ditanya apakah berkemungkinan suatu hari nanti dia akan menggunakan kaedah rawatan moden itu untuk mendapatkan zuriat, Siti tidak menolak jika ia mampu memberikan hasil yang diharapkan.

"Bagaimanapun, buat masa ini Siti masih belum terdesak untuk melakukannya. Biarlah Siti berusaha terlebih dulu dan jika terasa mahu mencubanya, Siti pasti akan melakukannya. Bergantung pada pada masa dan juga situasi,"ujarnya.

Mahu hargai stesen TV

SEPANJANG Aidilfitri lalu, tidak dinafikan wajah penyanyi terkenal ini menguasai hampir semua saluran televisyen. Ada yang mendakwa, stesen TV seolah-olah ketandusan artis.

Ketika diajukan pertanyaan ini, Siti dalam nada yang cukup tenang berkata, apa yang dilakukannya itu adalah sebagai menghargai permintaan stesen televisyen itu sendiri.

"Sebenarnya Siti hanya merakamkan empat program baru saja untuk hari raya iaitu RTM, Astro, TV3 dan TV9. Selebihnya program yang diulang siar. Siti menerima tawaran itu kerana tak suka menghampakan permintaan mereka. Lagipun stesen TV memang banyak membantu perjalanan karier seni Siti," jelas Siti.

Sementara itu, selepas berjaya dengan produk edisi terhad Koleksi Gold, Siti menerusi SimplySiti memperkenalkan gincu terbaru yang bertemakan Glam Red. Produk yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi ini memberikan pilihan kepada mereka yang gemarkan gincu berwarna merah.

"Sebelum ini SimplySiti hanya memperkenalkan rangkaian gincu daripada pelbagai warna. Untuk keluaran Glam Red ini, fokus utama kami adalah memberikan pilihan pelbagai warna merah. Siti akui memang ramai peminat sukakan rangkaian warna merah dan produk ini dikeluarkan atas permintaan mereka juga.

"Seperti biasa, warna merah yang dipilih adalah atas nasihat jurusolek dan juga penasihat warna SimplySiti," kata Siti yang turut mengenakan gincu rona merah serta solekan yang menyamai aktres luar negara yang popular sekitar 50-an.

Pada majlis ini juga Siti membuat kejutan pada majlis itu dengan hadir menaiki menaiki Ferrari merah. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Aizat, Ezlynn, Shahir, Saedah dan Saerah.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Pemberita korek hidung semasa siaran berita

Posted: 07 Oct 2010 01:00 PM PDT

du 07.1 Pemberita korek hidung semasa siaran berita

PEMBACA berita, Dorothy Tucker membaca berita manakala seorang pemberita wanita mengorek hidung (dalam bulatan) di sebuah stesen CBS di Amerika Syarikat.


CHICAGO – Seorang pemberita wanita mengorek hidung di belakang seorang pembaca berita di pejabat stesen televisyen CBS di sini, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian berlaku semasa pembaca berita, Dorothy Tucker memberitahu kepada penonton mengenai pentingnya untuk memastikan pijat-pijat tidak berada di dalam rumah, baru-baru ini.

Namun, apa yang lebih menjijikkan lagi ialah pemberita wanita itu menjilat jarinya yang digunakan untuk mengorek hidung tanpa membasuh tangganya terlebih dahulu.

Pemberita wanita itu dengan selamba meneruskan tugasnya dengan menggunakan telefon seperti aksinya tidak dilihat oleh penonton.

Perbuatan pemberita itu boleh dilihat di laman web YouTube. – Agensi

/// kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Google cepatkan jodoh

Posted:

Google cepatkan jodoh

Google cepatkan jodoh

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR



SEBELUM ini beberapa orang selebriti seperti Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Sharifah Sofia Syed Hussein, Deja Moss dan Aleeza Kassim telah memilih untuk bernikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Pada Jumaat lalu, turut membuat pilihan yang sama ialah penyanyi yang popular dengan lagu Andai dan Aku Masih Setia, Dia Fadila yang telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Redza Abdullah Sanusi di masjid tersebut.

Dia Fadila atau nama sebenarnya Nur Nadia Fadila Abu Bakar, 26, selamat bernikah dengan Redza, 33. Dengan sekali lafaz, Dia yang dinikahkan oleh Imam dan Jurunikah Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Hafizan Ibrahim, berwalikan bapanya, Abu Bakar Sudin sah menjadi isteri kepada Redza yang merupakan pengurus pengiklanan kira-kira pukul 9.45 pagi.


DIA menitiskan air mata terharu saat sah bergelar isteri Redza.


Bermula dengan perkenalan sebagai seorang rakan biasa yang jarang bertegur sapa dua tahun lalu, ikatan antara Redza dan Dia mula terjalin pada November tahun lalu dan diikuti dengan pertunangan antara mereka pada bulan Mac.

Menurut Dia, dia dan Redza mencapai kata sepakat untuk tidak mahu mengambil masa yang panjang dalam tempoh bertunang dan membuat keputusan untuk bernikah pada Jumaat 1 Oktober itu.

Katanya, memandangkan sepanjang tempoh perkenalan dua tahun yang lalu mereka jarang berbicara, proses mengenal hati budi dengan lebih terperinci ketika waktu mereka bertunang.

"Sepanjang dua tahun perkenalan dulu kami hanya sekadar bertegur dan bertanya tentang kerjaya masing-masing sahaja.

"Hubungan kami mula rapat sejak bulan November lalu selepas Redza mula 'menegur' saya melalui Google Talk," ucapnya ketika ditemui selepas majlis pernikahan itu.

Tambah Dia, sebelum itu dia sering menganggap Redza seorang yang sombong, begitu juga sifat Dia di mata Redza.

"Selepas Redza menegur saya di Google Talk kami berjumpa. Redza ini jenis yang suka bercakap dan dari situ hubungan kami menjadi lebih erat," ujarnya.


BELUM merancang destinasi bulan madu, Dia dan Redza juga menyerahkan kepada takdir perihal zuriat.


Menurut Redza yang juga anak kepada bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Allahyarham Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi Ahmad, dia mengambil keputusan untuk tidak mahu menunggu lebih lama selepas bergelar kekasih kepada Dia Fadila kerana bimbang tidak dapat menjadikan Dia sebagai suri hidupnya.

"Kalau saya tidak mengambil keputusan yang drastik itu mungkin saya akan terlepas peluang menjadikan Dia sebagai isteri," ujarnya.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 70 tetamu termasuk ahli keluarga kedua-dua belah pihak itu, pasangan tersebut bersepakat menggantikan hantaran mereka kepada cenderahati. Sebanyak lima cenderahati untuk pengantin lelaki dan lima cenderahati juga buat pengantin perempuan. Manakala, mas kahwin kepada Dia pula merupakan senaskhah al-Quran, telekung dan wang berjumlah RM2,309.84.


DIA tidak ketinggalan mengalunkan vokalnya pada majlis resepsi perkahwinannya Ahad lepas.


Menurut Dia yang mula mengenali Redza sejak dua tahun lalu, hatinya terpaut dengan Redza kerana beranggapan lelaki tersebut amat sempurna untuknya.

"Saya sukakan suami kerana dia bertanggungjawab dan memahami," katanya yang mula menjalin cinta dengan Redza sejak November lalu.

Pasangan ini bagaimanapun belum merancang destinasi bulan madu dan bilangan cahaya mata yang bakal di peroleh.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Saleem cuba etnik kreatif

Posted:

Saleem cuba etnik kreatif

Saleem cuba etnik kreatif

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


SALEEM menafikan sudah menukar konsep muziknya.


BOLEH dikatakan sudah lama tidak kedengaran kisah mengenai Saleem yang membabitkan perjalanan seninya. Kali terakhir, bekas vokalis kumpulan Iklim itu muncul dengan sebuah album kompilasi berjudul Demi Cinta pada tahun lalu.

Namun, agak mengejutkan juga apabila Saleem tiba-tiba muncul dengan buah tangan terbaru yang diberi judul Dunia Etnik.

Ia merupakan satu kejutan memandangkan naskhah kali ini bukan sebuah album pop rock atau balada, sebaliknya ia adalah sebuah album yang berkonsepkan irama etnik kreatif. Saleem ketika ditemui memberitahu, dia sendiri tidak menafikan kelahiran album terbarunya itu memberi sedikit kejutan buat para peminatnya.

"Album ini sudah berada di pasaran sejak bulan lalu, cuma ia belum dilancarkan lagi secara rasmi buat masa ini. Tetapi sambutan serta maklum balas yang diterima daripada peminat cukup menggalakkan.

"Mungkin ramai yang tidak tahu, sebelum saya menyertai kumpulan Iklim lagi, saya pernah bergiat aktif menyanyikan lagu-lagu berirama Melayu asli semasa di Kuala Terengganu dahulu," kata penyanyi yang bersuara serak-serak basah itu.

Pada masa yang sama, Saleem menafikan bahawa dia mahu terus menukar konsep selepas ini. Menurutnya, kelahiran album tersebut sebenarnya merupakan satu percubaan sahaja untuk mencari kelainan berbanding album-album sebelumnya di samping ingin menjadi seorang penyanyi serba boleh.

Terkenal dengan lagu-lagu seperti Suci Dalam Debu dan Juwita, Saleem mengakui menyanyikan lagu berkonsepkan etnik kreatif bukan sesuatu yang mudah. Katanya, tidak semestinya penyanyi yang sudah biasa dengan lagu balada atau pop rock dapat menyanyikan lagu-lagu irama tersebut dengan baik.

"Antara keistimewaan album ini juga adalah ini kali pertama saya dapat bekerjasama dengan S. Atan yang bertindak sebagai penerbit. Memang sudah lama saya ingin bekerjasama dengan S. Atan kerana apa yang saya tahu, dia adalah seorang yang cukup unik dan sangat serius ketika bekerja.

"Biarpun rasa berdebar ketika menantikan kelahiran album ini, akhirnya saya berasa lega dan berpuas hati setelah album ini berjaya disiapkan dalam tempoh empat bulan," ujar Saleem yang turut ditemani isteri, Julia Bachok.

Album Dunia Etnik terbitan Universal Music memuatkan 12 buah lagu kesemuanya dengan lima daripadanya adalah lagu-lagu baru ciptaan beberapa komposer terkenal tanah air seperti Lan Laga, Eddie Hamid dan Azam Dungun.

Dua lagu baru daripada album tersebut iaitu Joget Come Lote dan Permata Sukma kini kerap disiarkan di corong-corong radio, selain lagu Ranting Angin, Zikir Jiwa dan Engkau Bernama Kekasih.

Sementara itu, lain-lain lagu yang turut dimuatkan seperti Maharaja, Bukan Aku Tak Cinta, Mengapa Dikenang Mengapa Difikir, Patah Hati, Hala Timur, Bunga Tanjung dan Dikir Putera pernah dipopularkan oleh beberapa artis sebelum ini tetapi diberikan nafas baru.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Dekati Islam melalui muzik

Posted: 07 Oct 2010 07:12 AM PDT

NAMA penyanyi Sweden berketurunan Lubnan, Maher Zain, 28, mungkin agak asing buat peminat dunia seni tanah air tetapi lagunya seperti Thank You Allah mungkin sering didengar.

Maher yang popular menerusi lagu Insha Allah, Thank You Allah dan Baraka Allahu Lakuma mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat rekod jualan Platinum sekitar 25,000 unit apabila album pertamanya, Thank You Allah berada di pasaran Malaysia sejak Mei lalu.

Tidak cukup dengan itu, laman web, YouTube yang memaparkan klip video, Insha Allah nyanyiannya mencatat sejarah tersendiri apabila menerima lebih dua juta pengunjung.

Lagunya menjadi nada dering popular di kalangan remaja Islam, khususnya di Asia Barat dan sering disiarkan di radio tempatan. Boleh dikatakan penyanyi tinggi lampai yang tampil dengan konsep lagu Islam dan mesej kerohanian ini, turut mencetuskan fenomena baru di Malaysia.

Graduan jurusan Kejuruteraan Penerbangan ini memilih untuk membabitkan diri dalam dunia muzik selepas menamatkan pengajian.

Bagi dirinya, muzik sebahagian daripada kehidupannya sejak zaman kanak-kanak lagi. Malah, minat mendalam pada muzik tidak pernah padam sehingga membuatkan dia membabitkan diri sebagai produser muzik.

Dari sisi peribadinya, Maher yang ditemui pada majlis sidang media sempena Maher Zain Save The Soul Showcase di Menara Kuala Lumpur, memaklumkan dia juga seorang insan biasa yang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.

Dia pernah melalui kehidupan gelap kerana terjebak dengan pelbagai gejala negatif disebabkan tersilap memilih kawan. Namun, mujur Tuhan masih lagi memberi petunjuk untuk berubah.

"Tiga tahun lalu, saya pernah melalui kehidupan yang tersasar daripada landasan Islam. Saya banyak melakukan perkara yang menyalahi hukum agama seperti berhibur di kelab malam dan minum arak.

"Apa saja perkara yang selalu dilakukan demi keseronokan selain dipengaruhi sikap nakal bagi anak muda zaman sekarang, menguasai diri saya. Ketika itu, saya sering bertengkar dan bergaduh dengan rakan.

"Begitupun, saya bersyukur kerana diberi hidayah dan tersedar daripada lamunan bahawa saya sudah tersasar jauh daripada tuntutan Islam. Sejak itu, saya menjadikan muzik sebagai sumber untuk mendekatkan diri dengan Islam.

"Selepas mendapat peluang bekerjasama dengan rakan produser, RedOne, akhirnya saya berpindah ke New York. Ketika pulang ke Sweden untuk lawatan jangka pendek, saya berpeluang bertemu beberapa rakan di masjid yang turut menjadi pendorong untuk saya berkarya dalam muzik.

"Pada pandangan saya, muzik sebahagian daripada kehidupan harian kita. Ketika mempelajari mengenai Islam dengan lebih mendalam, saya mendapat inspirasi mencipta lagu. Saya juga mahu menjadikan lirik lagu yang dihasilkan ini sebagai inspirasi kepada pendengar.

"Tidak hanya kepada masyarakat Muslim, malah bukan Muslim juga dapat menerima melodi lagu yang cuba saya sampaikan. Konsep yang cuba saya ketengahkan menerusi muzik cukup mudah, ringkas dan mempunyai melodi catchy," katanya.

Biarpun mengakui perjalanan dalam bidang seni masih baru bermula ­dengan beberapa perancangan sedang giat ­dijalankan, artis bernaung di bawah syarikat rakaman antarabangsa Awakening Records ini berharap penampilan bersama album solo dapat diterima semua peminat muzik.

Tanpa mempunyai sumber inspirasi tetap, dia mengakui banyak mempelajari melodi muzik daripada produser berpengalaman seperti RedOne yang pernah berkerjasama dengan bintang Hollywood seperti Lady Gaga dan Kat Deluna.

Menurut Maher, membesar dalam persekitaran dunia Barat cukup mencabar, malah sentimen seperti Islamofobia yang merujuk kepada prasangka dan ­diskriminasi pada Islam dan Muslim tetap ada di mana-mana. Namun terpulang kepada cara individu atau masyarakat yang menilainya.

"Saya melihat perkembangan Islam di Sweden semakin kuat. Tidak ada unsur diskriminasi atau paksaan. Masyarakat diberi kebebasan untuk menuntut ilmu. Hampir setiap minggu, ada sahaja program atau ceramah yang diadakan di masjid. Ajaran Islam cukup menarik dan agama yang lengkap," katanya.

Buat julung kali Maher didatangkan khas ke Malaysia untuk menjayakan persembahan Maher Zain Save The Soul Showcase yang bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 14 dan 15 Oktober ini. Konsert anjuran Raudhatus Sakinah Pusat Bimbingan Remaja Puteri dengan kerjasama wakil pengedar di Malaysia, Inteamrecords. Difahamkan, pihak penganjur memaklumkan tiket untuk menyaksikan persembahan solo artis itu sudah habis terjual.

Penampilan menerusi konsert itu sebagai pengenalan buatnya. Kehadiran selain menyempurnakan majlis pelancaran album, ia juga sebagai peluang bertemu peminat di Malaysia. Berdasarkan sambutan yang menggalakkan menerusi showcase berkenaan, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan mempunyai perancangan untuk menjayakan konsert berskala besar pada masa akan datang.

Mengenai perancangan masa depan pula, Maher memberitahu, buat masa ini, dia mahu terus menghasilkan lagu dengan konsep yang segar dan boleh diterima masyarakat semua peringkat.

Ketika proses menyiapkan lagu untuk album pertama, dia turut mendapat kerjasama daripada pemuzik bukan Muslim, malah mereka memberi sokongan yang cukup padu untuk berusaha menampilkan pilihan lagu terbaik.

"Memang saya mempunyai perancangan untuk menghasilkan album kedua selepas ini. ­Begitupun, semuanya masih dalam peringkat mengumpul material. Begitupun, saya juga mempunyai beberapa tajuk lagu yang bakal dirakamkan seperti Ya Allah dan Masya Allah," katanya yang mendirikan rumah tangga pada Jun, tahun lalu.

Sememangnya kunjungan ke Malaysia buat julung kali turut memahatkan memori indah buatnya. Selain melebarkan sayap seni di rantau Asia, ia juga peluang buatnya mengenali budaya masyarakat Malaysia.

Maher turut mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi artis antarabangsa pertama yang menerima tajaan kereta Proton Persona untuk kegunaan harian sepanjang dua minggu kunjungannya ke Malaysia.

Ternyata sentuhan muzik yang disampaikan Maher berbeza daripada artis Muslim seperti Yusuf Islam dan Sami Yusof. Begitupun, mereka memperjuangkan mesej kerohanian yang sama. Ia turut diakui Maher, menyifatkan Yusuf dan Sami melaksanakan tugas mereka dengan cukup baik iaitu menyampaikan mesej menerusi lagu.

Selain menjayakan persembahan, Maher juga terbabit dalam beberapa aktiviti promosi dan jelajah. Dia juga dijadualkan menjayakan persembahan amal Maher Zain Save A Soul anjuran Islamic Information & Services Foundation di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 12 Oktober jam 8 malam.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Noraini 03-42604160 atau 0133654829, Rosmalina 03-42518792 atau 019-2240995.

PROFIL
Nama sebenar: Maher Zain
Tarikh lahir: 1982
Tempat lahir: Lubnan
Umur: 28 tahun
Status: Berkahwin
Kerjaya: Penyanyi, pemuzik
Genre: R&B, Soul, World Music, akustik
Label: Awakening Records
Album: Thank You Allah (2009)
Pencapaian: Lagu Keagamaan Terbaik 2009 (Ya Nabi Salam Alayka) dari Nujoom FM (stesen radio terbesar Mesir)

Thank You Allah

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you

Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you

Until I took the first step
And that's when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Dana buat filem pendek

Posted: 07 Oct 2010 06:21 AM PDT

USAHA kerajaan memajukan industri hiburan tempatan tidak tertumpu pada filem cereka semata-mata. Menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), kerajaan menyediakan pelbagai platform membantu penggiat seni tanah air melalui bantuan di bawah Dana Pembangunan Seni Filem dan Multimedia.

Ketua Pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim berkata, sebanyak RM517,646 disalurkan melalui dana ini bermula awal tahun ini hingga September lalu. Jumlah ini menjurus pada bantuan insentif sebanyak RM66,286, projek pelajar (RM88,000), penerbitan filem individu (RM133,360) dan bantuan perfileman (RM230,000).

"Secara perbandingan, jumlah penerbitan filem di bawah dana ini bertambah dari setahun ke setahun. Sebanyak tujuh filem dibantu pada 2005 dan 2006 diikuti sembilan pada 2007, 18 filem (2008) dan 21 filem tahun lalu.

"Mengikut jumlah filem ini, pengagihan bantuan keseluruhan mencecah RM1.4 juta. Dalam pada itu, dana ini juga membantu tiga filem pendek tempatan yang ditayangkan sempena festival filem pendek atau Short Shorts Film Festival & Asia (SSFFA) iaitu Bye-Bye Birdie arahan Akashdeep Singh, The Invigilator (Manesh Nesaratnam) dan Eyefinger (Margaret Bong).

"Sebelum ini, Finas sejak 2003 turut memperuntukkan RM100,000 menjayakan Festival Filem & Video Pelajar Malaysia yang dihoskan secara bergilir-gilir oleh institusi penga­jian tinggi awam dan swasta.

"Sehingga kini, festival ini berjaya diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Kolej Yayasan Melaka, Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara), Universiti Malaysia Sabah, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Perlis (Unimap).

"Selain itu, Finas bekerjasama dengan Petronas dan UPM menerusi Pertandingan Video Merdeka (Mavic) sempena sambutan hari kemerdekaan negara yang lalu," katanya.

Merujuk pada acara SSFFA, projek yang bermula pada 1999 di Harajuku, Tokyo Jepun ini berlangsung di Finas, Hulu Klang, Selangor pada 1 hingga 3 Oktober lalu.

Acara ini yang mendapat pengiktirafan rasmi daripada Academy Of Motion Picture Arts And Sciences, Amerika Syarikat, bermatlamat memperkenalkan filem pendek bermutu dari seluruh dunia. Ini juga menjadi platform pada karyawan tempatan dan antarabangsa bertukar pandangan dan memberi pendedahan mengenai aspek pembikinan filem pendek yang berkualiti.

Kali ini, 26 filem pendek ditayangkan termasuk penyertaan dari Australia, Jepun, Jerman, United Kingdom, Perancis, Norway, Pakistan, Switzerland, Amerika Syarikat, Filipina, Argentina dan Belanda.

Bersama tayangan percuma yang diadakan, aktiviti lain yang turut mencuri tumpuan adalah taklimat penulisan skrip daripada Yasu Tanaka dan simposium mengenai filem antarabangsa dan filem pendek dibincangkan empat panel iaitu Martias Mohd Ali, Seigo Tono (Jepun), Alfonso Torre III (Filipina) dan Royston Tan (Singapura).

Martias mengatakan, kita sebenarnya masih jauh keting­galan berbanding karyawan luar berdasarkan tiga filem kita yang bertanding kerana karya mereka tidak universal dan masih kekurangan pada penyampaian subjek.

"Menghasilkan filem pendek bergantung apa mesej yang ingin disampaikan, apakah mereka mahu jadi pengarah terhebat atau menonjolkan teknik baru.

"Ramai yang tahu filem pendek tetapi kreativiti masih rendah dan orang kita tiada panduan menghasilkan filem pendek berkualiti. Di Jepun, mereka mempunyai pawagam khas menayangkan filem pendek. Usaha ini menunjukkan mereka serius dalam memajukan bidang ini," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.