Adsense

Rabu, 6 Oktober 2010

borak kosong

borak kosong


Suka setubuh mayat

Posted: 06 Oct 2010 09:00 PM PDT


Carl Tanzler (8 Februari 1877 – 23 Juli 1952) semasa hidupnya telah menderita tabiat yang aneh iaitu menyukai atau bercinta dengan Mayat.Pemuda kelahiran Jerman ini adalah seorang Radiolog RS Marin di Amerika Syarikat. Kes ini terbongkar setelah 7 tahun berlaku.



Pada malam hari Carl Tanzler datang ke kuburElena Milegro untuk menggali kuburnya dan membawa mayatnya yang tinggal tulang-tulang sahaja. Setelah dibawa mayat itu ke rumahnya, mayat yang tinggal tulang itu, Carl membentuk kembali menjadi susuk tubuh manusia dengan menggunakan lilin yang telah direndam dengan sutra kemudian ramuannya dibalutkan kepada tulang .






Setelah itu, Carl membaringkan mayat itu dan menyemburkan minyak wangi  untuk menghilangkan baunya. Sejak itu dia hidup bersama mayat Alena Milegro itu dan melayannya seperti manusia hidup. Carl pun sering menyetubuhi Mayat itu.Setelah7 tahun kemudian, saudara Alena,  mendengar berita tentang Carl yang tidur dengan kakaknya yang sudah meninggal itu. Florinda pun menyelidiki untuk mencari perkara yang sebenarnya.

Pengantin oh pengantin

Posted: 06 Oct 2010 08:00 PM PDT

Kerana terlampau gembira baru lepas berkahwin pengantin ini sanggup
di perlakukan seperti ini sambil di perhatikan orang ramai
dan isterinya....





dah macam orang tak betul...


Akibat kelaparan bangkai gajah habis dalam satu jam

Posted: 06 Oct 2010 07:00 PM PDT

Sungguh kasihan melihat mereka yang di dalam kelaparan,  Satu Jam Bangkai Gajah Habis.. KELAPARAN yang berkepanjangan di ZIMBABWE sungguh membuat hati terasa hiba.. kasihan .. sungguh kasihan..


Bagi pencinta binatang menyedihkan melihat kematian gajah jantan. Tetapi bagi penduduk Zimbabwe yang kelaparan, itu sebuah keajaiban. Bangkai menyediakan sumber makanan penting, bagi ratusan warga desa yang putus asa dekat Taman Nasional Gonarezhou mereka langsung menyerbu dan memotong serta mengambil dagingnya. Menggunakan parang, kapak dan pisau terbuat dari tin mereka potong bangkai gajah seberat enam tan, yang ditemukan di dalam semak belukar.





Lawa, kucing istimewa 26 jari

Posted: 06 Oct 2010 06:21 PM PDT

PADANG BESAR - Seekor kucing betina milik pasangan suami isteri di Kampung Alor Sena dekat sini memang istimewa. Ini kerana ia yang diberi nama Lawa memiliki 26 jari pada kakinya.

Lebih istimewa, Lawa dikatakan cekap menjaga sekitar rumah tuannya yang terletak di kawasan sawah daripada ancaman haiwan perosak seperti tikus mungkin lantaran jari kakinya yang banyak itu.

Lawa yang berusia enam bulan, memiliki tujuh jari di kaki kanan dan kiri hadapan manakala dua kaki belakangnya masing-masing mempunyai enam jari.



Menurut pemiliknya, Bakri Abu Hanifah, 49, sejak dia memelihara Lawa empat bulan lalu ketika usianya dua bulan, masalah tikus sawah yang kerap mengganggu rumah dan kebun mereka sudah tiada lagi.

"Menariknya, Lawa tidak makan tikus yang dibunuhnya dan dalam sehari, Lawa tangkap lebih lima ekor tikus," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Alor Sena dekat sini semalam.

Bakri yang merupakan seorang pekebun menemui Lawa yang terperangkap pada perangkap musang yang dipasang di kebunnya.-kosmo online

Lelaki di rogol tiga wanita bergilir-gilir

Posted: 06 Oct 2010 05:45 PM PDT

HARARE - Seorang lelaki Zimbabwe mendakwa sekumpulan tiga wanita menculik, memberinya dadah sebelum merogolnya dalam kejadian serangan seks ke atas lelaki yang berlaku buat kali kelima dalam tempoh setahun, kata seorang jurucakap polis semalam.

Lelaki berumur 26 tahun itu memberitahu polis dia ditawarkan untuk menumpang kenderaan yang dinaiki wanita berkenaan di bandar Bulawayo selatan Zimbabwe.

Namun, lelaki itu kemudian tidak sedarkan diri apabila tubuhnya ditolak ke belakang manakala kepalanya ditutup dengan pakaian semasa berada di dalam kenderaan tersebut.

Dia mendakwa tidak sedarkan diri selepas diberikan sejenis bahan yang rasanya seperti alkohol.

"Selepas dia terjaga, lelaki itu berada dalam keadaan bogel dan wanita-wanita itu merogolnya bergilir-gilir dan menderanya," kata jurucakap polis itu, Wayne Bvudzijena.

Lelaki itu memberitahu polis, dia tidak sedarkan diri selepas serangan itu tetapi kumpulan wanita tersebut kemudian bertindak meninggalkannya.

"Wanita-wanita itu mengambil wang sebanyak AS$300 (RM929.25) dan telefon bimbit," kata jurucakap polis tersebut.

Kejadian yang berlaku pada Jumaat itu merupakan serangan kali yang kelima dilaporkan pernah berlaku di beberapa tempat di negara ini melibatkan sekumpulan wanita pelbagai saiz badan.

selanjutnya > kosmo online

Bila nyawa tak ada nilai...

Posted: 06 Oct 2010 05:00 PM PDT

Air- cond punya pasal sanggup mengadaikan nyawa..
tak ada terfikir bahaya yang mendatang...
inilah bila nyawa tiada nilai...

apa yang di fikrkannya sebelum membuat kerja begini...


Nama pelik bagi syarikat

Posted: 06 Oct 2010 10:01 AM PDT




Bagi mereka biasa.....








Lapar punya pasal sanggup ratah ayam hidup-hidup

Posted: 06 Oct 2010 09:01 AM PDT

 Bila dah lapar dah tak peduli dah...
belasah janji boleh kenyang....





sumber : unic77.tk

Minum susu anjing?

Posted: 06 Oct 2010 08:00 AM PDT

Kenapa manusia suka menunjukkan kebodohannya sendiri ?


 agaknya dalam hati anjing itu berkata "bodohnya manusia ini!!"


Wanita dilanggar sehingga terpelanting tetapi masih hidup

Posted: 06 Oct 2010 07:04 AM PDT

Bila Tuhan berkehendak apapun yang mustahil bagi kita tidak mustahil bagi Tuhan, tak terkecuali maut kerana kelahiran, kematian dan rezeki hanya Tuhan yang menentukan. Seperti rakaman video berikut dari sebuah kamera CCTV yang merakamkan kejadian yang mendebarkan dimana sebuah kereta yang  dipandu laju telah melanggar seorang wanita dari belakang sehingga terpelanting.

Daripada rakaman CCTV ini kita mengira wanita tersebut cedera parah dan meninggal dunia. Kejadian ini berlaku   disebuah jalan di Brazil pada 2 Oktober lalu ketika wanita iru balik dari kerja.

Seorang saksi  Ana Christina Santana, 55 tahun mengakuterkejut atas kejadian tersebut. pemandu kereta itu sendiri adalah wanita dan menangis tak henti henti kerana merasa bersalah dan takut atas pelanggaran yang melibatkan dirinya. Mangsa yang di tolongnya ternyata hanya luka ringan dan selamat. Semua itu terjadi atas kekuasaan Tuhan.













Bila nafsu tak dapat di bendung...

Posted: 06 Oct 2010 01:04 AM PDT

Beginilah kalau nafsu tak boleh di bendung...
Dah tak kira.....









Beranikah mencuci handphone anda dengan cara begini?

Posted: 05 Oct 2010 11:28 PM PDT

Ada tak diantara kita yang berani mencuci handphone dengan
cara begini...











berani ke tak ???

sumber : unic77.tk


Celebrity News

Celebrity News


SHORTS FILM FESTIVAL 2010 MALAYSIA

Posted: 06 Oct 2010 08:08 AM PDT


SHORT SHORTS FILM FESTIVAL ASIA 2010 DI MALAYSIA

Short Shorts Film Festival & Asia Japan (SSFFA Japan) bermula pada tahun 1999 di Harajuku Tokyo dengan matlamat untuk memperkenalkan filem pendek kepada masyarakat Jepun. SSFFA telah mendapat pengiktirafan secara rasmi sebagai satu acara Academy Award oleh Academy of Motion Picture Arts and Sciences USA.


Pemenang bagi anugerah Grand Prix adalah layak dicalonkan bagi kategori filem pendek di Academy Awards bagi tahun berikutnya. Sehubungan dengan itu, FINAS bekerjasama dengan pihak penganjur Short Shorts Film Festival & Asia Japan untuk mengadakan tayangan filem pendek yang telah disenarai pendek dan juga pemenang pada penganjuran SSFFA Japan pada bulan Jun yang lalu ditayangkan di Malaysia pada 1-3 Oktober 2010.

Sebanyak 26 buah filem pendek akan di tayangkan pada tarikh tersebut dari negara Australia, Japan, Germany, United Kingdom, France ,Norway, Pakistan, Switzerland, USA, Philippines, Argentina, Netherlands dan Malaysia.

Penganjuran ini dapat merebut peluang dalam memperkenalkan filem pendek yang bermutu dari seluruh Asia kepada karyawan filem di Malaysia. Penganjuran Festival Filem pendek ini juga dapat memberi peluang besar kepada karyawan filem di Malaysia dan juga peluang keemasan kepada pelajar perfileman dalam pendedahan dari pelbagai aspek pembikinan dan kualiti filem pendek luar negara kepada mereka.
JADUAL TAYANGAN

Sebanyak 26 buah filem dari pelbagai negara Asia dan Malaysia akan ditayangkan pada tempoh 2 hari tersebut. Jadual tayangan adalah seperti berikut:

Tayangan 1
Tarikh: 2 Oktober 2010 (Sabtu)
Tempat : Pawagam Mini P.Ramlee / Studio 1 & 2
10:00 am – 12:00 am & 2:30 pm – 4:30 pm
Moderator: Yasu Tanaka
Pengarah Jemputan: Akashdeep Singh (Malaysia)
1. Backwards (animation) USA - 4:30 minit - Aaron Hughes
2. Boxer Australia - 11:52 minit - Michael Latham
3. Goat-walking Japan - 10:10 minit - Ryugo Nakamura
4. Lights Germany - 14:47 minit - Giulio Ricciarelli
5. Another Tea? Japan - 7:49 minit - Yo Kohatsu
6. Transit UK - 7:50 minit - Chris Roche
7. Bye-bye Birdie Malaysia - 11:04 minit - Akashdeep Singh


Tayangan : 2
Tarikh : 2 Oktober 2010 (Sabtu)
Tempat : Pawagam Mini P.Ramlee
Masa : 10:00 am – 12:00 am & 2:30 pm – 4:30 pm
Moderator : Bea Tanaka
Pengarah Jemputan : Manesh Nesaratnam (Malaysia)
1. Fard (animation) France - 12:57 minit - David Alapont & Luis Bricano
2. Forget-me-not France - 16:23 minit - Katia Grivot
3. Customer Support Norway - 5:02 minit - Andre Ovredal
4. Heal Pakistan/USA - 23:59 minit - Mian Adnan Ahmad
5. True Beauty This Night USA - 10:09 minit - Peter Besson
6. The Invigilator Malaysia - 11:59 minit - Manesh Nesaratnam


Tayangan : 3
Tarikh : 3 Oktober 2010 (Ahad)
Tempat : Studio Sound Stage
Masa : 10:00 am – 12:00 am & 1:00 pm – 3:00 pm
Moderator : Yasu Tanaka
Pengarah Jemputan : Alfonso Torre III (Phillippine)

1. Signalis (animation) Switzerland - 4:51 - minit Adrian Fluckiger
2. Diplomacy USA - 9:00 minit - Jon Goldman
3. Bonsai Philippines - 19:51 minit - Alfonso Torre III
4. Just a pitch France - 23:05 minit - Eric Raynaud
5. Happy Birthday UK - 9:29 minit - Sophie Fletcher
6. Tanha Malaysia (UniMAS) - minit 16:50 - Izwan Masnan

Tayangan : 4
Tarikh : 3 Oktober 2010 (Ahad)
Tempat : Pawagam Mini P.Ramlee / Studio 1 & 2
Masa : 10:00 am – 12:00 am & 1:00 pm – 3:00 pm
Moderator : Bea Tanaka
Pengarah Jemputan : Margaret Bong (Malaysia)
1. The Employment (animation) Argentina - 6:17 minit - Santiago 'Bou' Grasso
2. Experiment Norway - 8:40 minit - Robin Jensen,
3. Mr. Bubblegum Japan - 13:25 minit - Shoh Kataoka
4. The Hirosaki Players USA - 18:18 minit - Jeff Sousa
5. The Bedwarmers Australia - 7:00 minit - Pascal Mercay
6. Vera The Netherlands - 10:40 minit - Thomas Korthals Altes
7. Eyefinger Malaysia - 10:53 minit - Margaret Bong




Info ini disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat Finas

Gambar Anak Ahmad Idham, Ahmad Khalif

Posted: 06 Oct 2010 07:49 AM PDT

Ahmad Khalif Ahmad Idham, cahaya mata ke empat Ahmad Idham,  telah dilahirkan pada 11.15 pagi, 6 Oktober 2010, bertempat di Pusat Perubatan Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.



Alhamdulillah semoga kehadiran Ahmad Khalif rezeki abang Ahmad Idham kita bertambah, pengarah jangan pandang belakang congkak ini sudah pasti tersenyum dengan pemberiannya.


Semoga anak ini akan menjadi anak yang soleh dan hormat kepada orang tua.

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Syarat Fasha buat Jejai

Posted:

Syarat Fasha buat Jejai

Syarat Fasha buat Jejai

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL


Rizal Ashram Ramli atau Jejai (kiri) awalnya mengelak daripada jurugambar yang mahu merakamkan foto bersama kekasihnya, Fasha Sandha. Namun, akhirnya dia akur juga.


SEJAK membuat pengakuan berani matinya tiga bulan lalu mengenai hubungan cinta antara aktres jelita Fasha Sandha, 26 dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 33, tanpa berselindung, pasangan itu kembali muncul di khalayak ramai.

Bertempat di Restoran Bora Ombak, Ampang, majlis Aidilfitri yang dianjurkan Fasha lebih bermakna apabila kekasih hatinya itu hadir memenuhi undangannya.

Tiada lagi yang perlu disembunyikan, pasangan yang dihimpit pelbagai kontroversi sejak keruntuhan rumah tangga Rizal atau lebih dikenali sebagai Jejai bersama Nora Danish itu tampak mesra berbual manja.

Kemesraan itu membuatkan wartawan media yang hadir terus menerpa Fasha sejurus tamatnya majlis itu untuk bertanyakan status terkini hubungan mereka selepas Jejai sekeras-kerasnya enggan ditemubual.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Diana, Zamarul menanti kelahiran

Posted:

Diana, Zamarul menanti kelahiran

Diana, Zamarul menanti kelahiran

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar ZAKARIA IDRIS


Diana dan Zamarul bersama adik-beradik dan ahli keluarga Rafar yang lain pada majlis doa selamat yang diadakan di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


BERDEBAR, risau, cemas dan gembira mungkin itulah adunan rasa yang bermain di fikiran pasangan pelakon Diana Rafar dan Zamarul Hisham sementelah selang beberapa minggu sahaja lagi mereka bakal menimang cahaya mata sulung.

Ketika ini, jelas Zamarul, usia kandungan isterinya telah pun mencecah 34 minggu dan dia sebagai suami turut merasai debaran yang sama seperti mana yang dirasai oleh Diana.

Momen-momen manis berperingkat turut merasai perubahan yang dialami oleh wanita hamil yang lain bagi Diana suatu keajaiban yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Apatah lagi inilah pengalaman pertama dia menjalani fasa kehamilan biarpun mengakui sehingga kini dia tidak mengalami sebarang alahan kecuali mengalami masalah jerawat di muka pada bulan pertama kehamilan.

Tidak seperti ibu hamil yang lain, Diana tidak betah dengan hanya duduk diam di rumah. Malah ketika ditemui pada majlis doa selamat bagi kelahiran bayinya itu Diana masih lagi bebas bergerak melayani tetamu yang hadir.

Keadaan ini sedikit sebanyak akui Zamarul menimbulkan kebimbangan di hati kecilnya.

Menjawab pertanyaan tentang jantina bayi yang bakal dilahirkan, jelas mereka kemungkinan besar adalah bayi lelaki.

Melihat kepada keadaan Diana yang kurang gemar bersolek, lasak menjalani aktiviti di rumah serta gemar bermain permainan kereta lumba menguatkan lagi andaian bahawa kandungannya itu adalah bayi lelaki.

"Daripada ujian imbasan, doktor mengatakan anak kami lelaki namun, saya tidak kisah anak lelaki atau perempuan kerana apa yang penting bayi sihat dan Diana selamat melahirkan nanti.

"Saya adalah orang yang paling gembira apatah lagi inilah bayi sulung saya bersama Diana.

"Banyak yang saya lihat perubahan dalam diri Diana terutama tentang sikapnya dan ini merupakan satu pengalaman yang baru bagi kami," kata Zamarul.

Berehat seketika daripada aktiviti seni sejak tiga bulan lalu jelas Diana, dia lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga apatah lagi, pertambahan berat badan daripada 46 kilogram (kg) kepada 61kg kini membuatkan dia cepat berasa penat.

Mengakui semakin berdebar menanti saat kelahiran, jelas Diana, dia banyak bertanya, berkongsi cerita dan pengalaman bersama rakan-rakannya, Nabila Huda dan Dynas tentang kehamilan serta kelahiran.

Ditebak pertanyaan tentang anak lelaki, seperti Zamarul dia juga tidak kisah tentang jantina.

"Ramai orang kata anak sulung sebaiknya biarlah lelaki kerana mereka umpama pewaris.

"Apatah lagi, daripada pengalaman adik-beradik dan kawan-kawan, ramai yang kata menjaga bayi lelaki tidak susah sebab mereka tidak banyak kerenah.

"Tambahan pula apabila besar nanti kita boleh bergantung harap kepada mereka untuk menjaga kita kelak," kata Diana.

Terbiasa dengan jadual kerja yang padat sehari-harian membuatkan Diana cukup lasak biarpun ketika ini dia sudah mencapai tempoh sarat.

Biarpun tugas mengemas rumah dan menguruskan anak-anak kini diambil alih oleh Zamarul, Diana masih lagi melakukan tugas utama iaitu memasak.

"Sepanjang hamil, Diana tidak banyak kerenah. Cuma kadang kala apabila saya mengemas dia pun sibuk mengemas sama.

"Apapun, Diana tetap memasak untuk kami sekeluarga sebab saya tak boleh jika tidak makan masakan dia," kata Zamarul yang bakal bercuti seminggu menemani Diana di saat kelahiran bayi mereka.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Senyum misteri

Posted: 05 Oct 2010 03:26 PM PDT

Hip

Malique

Malique

Adakah single terbaru Malique menggambarkan kemesraan bekas anggota Too Phat ini?

Kalau kita senyum semua orang berjangkit. Bila semua orang senyum dunia tiada penyakit


Itulah antara sebahagian seni kata untuk single terbaru Malique dengan menampilkan Najwa. Daripada bait seni kata itu menggambarkan keramahan dan kemesraan yang lahir daripada penulis seni katanya.

Lagu itu diterbitkan dan dihasilkan oleh Malique dan D'Navigator. Malique juga penulis seni kata lagu Senyum.

Bagaimanapun, kalau diikutkan keadaan semasa, susah untuk membayangkan Malique seorang yang mesra dan ramah seperti seni kata lagu yang ditulisnya itu. Tak tahulah pada orang lain, tetapi dikalangan wartawan, dia memang susah dan tidak mahu ditemui media.
Sejak bergerak secara solo daripada Too Phat bersama Joe Flizzow, dunia seni Malique dianggap misteri. Dia tiba-tiba hilang begitu saja.

Malique sukar dihubungi atau ditemui oleh wartawan. Susah untuk mendapatkan penjelasan berkaitan berkaitan dengan dirinya.

"Saya tidak mendengar atau cuba apa-apa gosip," jawab Malique apabila ditanya mengapa dia mengelakkan diri daripada ditemui wartawan.

Jawapan itu tidak memberikan penjelasan sebenar mengapa enggan ditemubual oleh wartawan secara langsung.

Menerusi jawapan yang dikirimkan menerusi emel kepada Hip, penyanyi itu berkata, dia dan isterinya, Melissa Maureen Rizal saling menyokong pembabitan mereka dalam dunia seni. "Saya sentiasa memberi sokongan seratus peratus. Begitu juga sebaliknya," jelasnya.

Malique ketika ini giat mengadakan promosi album Best of Malique Too Phat di Indonesia kerana akan diedarkan di negara itu tidak lama lagi.

"Ia adalah gabungan ketiga-tiga album solo saya iaitu OK, K.O The Mixtape dan TKO. Telinga pendengar Indonesia berbeza dari sini. Oleh itu, single yang dipromosikan juga berbeza mengikut tempat di Indonesia.

"Contohnya di Jawa. Mereka memainkan lagu Kau Yang Punya dan 2010 Masih Hip Hop. Di Sumatera, lebih cenderung pada lagu Senyum dan Cerita Kedai Kopi," katanya.

Kalau tidak kerana mempromosikan album, Malique memang selesa menghabiskan masa di Indonesia, terutama Bali. Bagaimanapun, dia menegaskan, tidak ada niat untuk berhijrah dan menetap di negara itu.

"Tiada rancangan untuk bermastautin tetap di sana (di Indonesia). Cuma saya bergiat berada di sana kerana kita baru buka cawangan Qarma Musiq di Bali. Dari situ, kami merancang untuk menandatangani artis Indonesia yang pertama di bawah label Qarma Musiq.

"Tapi tidak semestinya bakat baru yang diambil itu akan menyanyikan muzik hip hop. Muzik hip hop sebenarnya tidaklah begitu mudah diterima di Indonesia. Peminatnya tidaklah besar sangat.

"Penerimaannya sama saja seperti di Malaysia. Tapi bilangan penduduknya sepuluh kali ganda, jadi penjualan mengikut unit pastinya lebih tinggi,' kata Malique menjelaskan kenapa dia bersungguh-sungguh mengembangkan kerjayanya di Indonesia.

Di tanah tumpah kelahirannya pula, Malique sedang mempromosikan single terbaru berjudul Senyum dengan penampilan istimewa, Najwa. Ringan dan mesra radio, Senyum mencantumkan rentak hip hop dan reggae yang catchy.

Menerusi lirik yang senang difahami tetapi sangat bererti, Senyum serta merta dijangka menjadi kegemaran ramai apabila versi unmastered lagu ini dimuat naik ke laman YouTube bulan lalu.

Sebanyak 12,000 tontonan dicatatkan untuk beberapa hari pertamanya. Ini sekali gus membawa Senyum ke corong radio utama serata Malaysia dan Indonesia. Senyum diterbitkan oleh Malique dan adunan lagunya disusun oleh D'Navigator.

Sudah bekerjasama sejak lagu Alhamdulillah oleh Too Phat (2004), mereka adalah nama yang cukup dikenali dalam produksi muzik dan sering memenangi anugerah dan pengiktirafan.

Seni kata Senyum ditulis sepenuhnya oleh Malique. Terkenal dengan metafora dan rap yang bernas, Senyum menyuntik lirik yang mesra dan lebih peribadi disulam mesej yang dapat dikait rapat oleh semua.

Senyum dipetik daripada album ketiga Malique yang juga album solo terakhir penyanyi ini bertajuk TKO (Peace Out). Album ini masih lagi dalam proses pembikinannya.

Mengulas mengenai kerjasama dengan Najwa, Malique berkata dia mengenali penyanyi berbakat besar itu hampir 10 tahun lalu dan mereka sering bertukar-tukar pesanan menerusi laman sembang sosial di internet.

"Ketika itu, saya tidak tahu dia boleh menyanyi. Pada tahun 2007 saya terdengar suara dia di rakaman lagu orang lain ketika saya berada di studio. Saya terus tahu itu suara seorang legend.

"Jadi kami bekerjasama dalam lagu Kau Yang Punya (daripada album OK, 2008) dan seterusnya dalam single lagu Senyum yang baru ini. Tiada apa-apa di sebalik lagu itu. Lagu single Senyum itu hanya bercerita seadanya saja," katanya.

Tiada pujuk memujuk

Apabila single Beradu Mentera yang menampilkan Malique berpasangan dengan M Nasir ke udara di radio, ramai juga tertanya-tanya bagaimana anak muda ini boleh berduet dengan penyanyi, komposer dan pemuzik hebat itu.

Kebetulan pula lagu-lagunya yang berkumandang di radio, cepat pula diterima oleh pendengar. M Nasir, seperti yang diketahui bukan mudah untuk menyanyi berpasangan secara sembarangan. Tambahan pula muzik yang dibawakan oleh Malique daripada genre hip hop.

"Mantera Beradu adalah ciptaan saya yang datang dari idea saya sendiri. Ramai yang ingat lagu itu dipunyai atau dicipta oleh M Nasir, termasuk publisher sekali. Tapi bukan.

"Prosesnya mudah. Tidak ada pujuk memujuk. Saya tanya dia (M Nasir), dia kata ok. Lepas itu, saya hantar lagu pada M Nasir. Dia rekod di studionya di Luncai Emas, kemudian hantar balik pada saya.

"Ada sekali dia jemput saya ke studionya untuk mendengar buat kali pertama. Memang saya ada minta M Nasir buat beberapa pengubahsuaian sikit pada lagu itu. Kemudian apabila saya dapat vokal M Nasir, saya dan D'Navigator pun edit dan jadikan lagu Mantera Beradu," katanya sambil menjelaskan dengan lagu Mantera Beradu juga, tanggapan orang Melayu terhadap muzik hip hop dan rap berubah.

"Tapi kalau saya ceritakan rahsia dan tekniknya, nanti ramailah orang boleh kalahkah saya," kata Malique lagi dengan nada bergurau.

Satu lagi single yang kini menjadi siulan ialah Cerita Kedai Kopi. Lagu itu yang seni katanya kedengaran mudah diterima dan difahami tetapi penuh dengan sindiran walaupun disampaikan secara berjenaka.

"Cerita Kedai Kopi digubah dalam masa dua jam selepas berborak dengan teman saya, Salam yang balik bercuti daripada belajar di Amsterdam," katanya.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Penerbit filem pendek dibantu

Posted: 05 Oct 2010 03:22 PM PDT

Hip

Wakil SSFFa dari Jepun dan juga perwakilan dariMalaysia ketikamajlis pelancaran baru-baru ini.

Wakil SSFFa dari Jepun dan juga perwakilan dariMalaysia ketikamajlis pelancaran baru-baru ini.

FINAS sedia mengeluarkan perbelanjaan untuk membawa ke festival antarabangsa

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan membantu penggiat filem pendek untuk membawa filem arahan mereka ke Short Shorts Film Festival & Asia Japan atau SSFFA.

Ketua Pengarahnya, Mahyidin Mustakim pada majlis perasmian SSFFA berkata, FINAS juga mengeluarkan perbelanjaan untuk membawa filem pendek tempatan ke festival tahunan bagi memperkenalkan lagi karya tempatan ke peringkat dunia. SSFFA yang bermula pada 1999 di Harajuku, Tokyo diadakan di sini sebagai usaha untuk memperkenalkan filem pendek bermutu dari seluruh Asia kepada karyawan filem tanah air.

Penganjuran SSFFA yang diadakan di sini buat pertama kalinya berlangsung dari 1 hingga 3 Oktober lalu di FINAS. Festival selama tiga hari itu diisi dengan 26 tayangan filem pendek dari 13 buah negara antaranya Australia, Jepun, Norway, Belanda, Perancis, United Kingdom, Pakistan termasuk juga karya tempatan.

Selain itu, festival selama tiga hari itu turut diisi dengan taklimat berkaitan penulisan skrip filem pendek oleh Yasu Tanaka salah seorang pakar dalam penulisan skrip.

Turut diadakan simposium mengenai Apakah Filem Antarabangsa dan Apakah Maksud Filem Pendek. Panel yang terbabit ialah Martias Mohd Ali wakil dari Malaysia, Seigo Tono (Jepun), Alfonso Torre III (Filipina) dan Royston Tan (Singapura).
"FINAS sentiasa berhasrat untuk membimbing dan membentuk generasi pelapis bagi menyambung usaha karyawan filem arus perdana yang aktif ketika ini. Kami beranggapan, penganjuran festival ini akan menjadi medan terbaik untuk mencungkil bakat, kesungguhan dan idea kreatif pembuat filem pendek yang kebanyakannya terdiri dari pelajar perfileman dan golongan dewasa.

"Kami berbesar hati menganjurkan SSFFA buat pertama kalinya di sini kerana pengiktirafan yang diberikan kepada festival itu sebagai satu acara Anugerah Academy oleh Academy of Motion Pictures Arts and Science di Amerika Syarikat.

"Selain itu, penganjuran festival ini juga dapat memberi pendedahan kepada pembuat filem tempatan mengenai kaedah dan mutu penerbitan filem pendek luar negara. SSFFA juga boleh menjadi medan pertemuan di kalangan pembuat filem dalam dan luar negara berkumpulan dan seterusnya menggerakkan idea, pemikiran serta saling bertukar kepakaran dalam bidang penerbitan filem pendek," katanya.

Wakil Pengerusi SSFFA, Seigo Tono berkata, mereka menerima 5,000 penyertaan filem pendek setiap tahun yang dihantar dari seluruh dunia. Katanya, jumlah penyertaan yang diterima bertambah setiap tahun, lebih-lebih lagi sejak penganjuran mengenai festival itu diumumkan menerusi laman web Anugerah Academy.

"Kami bekerjasama dengan FINAS bagi menganjurkan SSFFA sebagai usaha untuk merapatkan lagi hubungan kedua negara. Pada masa sama, kami juga mengetahui bahawa FINAS memiliki studio canggih bagi kemudahan penggiat filemnya.

"Selain Malaysia, kami juga pernah mengadakan festival ini di Myanmar, Mexico dan di Los Angeles. Setiap tahun, kami membuka penyertaan bermula dari Ogos hingga Disember. Jumlah penyertaan setiap tahun begitu memberangsangkan. Bagaimanapun kali pertama dianjurkan di sini, kami hanya memilih 26 filem pendek yang terpilih untuk ditayangkan," katanya.

Tiga karya tempatan yang turut ditayangkan pada festival berkenaan ialah Bye-bye Birdei oleh Akashdeep Singh, The Invigilator oleh Manesh Nesaratnam dan Eyefinger daripada Margaret Bong.

Filem arahan Alfonso Torre III yang memenangi anugerah terbaik SSFFA tahun lalu berjudul Bonsi turut ditayangkan pada festival berkenaan.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Siti: Tidak buat rawatan di London

Posted: 05 Oct 2010 04:10 PM PDT


SEJAK mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006, sudah tidak terhitung jumlah soalan mengenai cahaya mata yang diajukan kepadanya.

Setiap kali disoal mengani anak, jawapan Datuk Siti Nurhaliza tidak pernah berubah.

"Masih belum ada rezeki. Insya-Allah, kalau diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata, saya akan mengumumkan kepada semua pihak. Tiada apa yang perlu hendak saya rahsiakan."

Itulah antara jawapan yang sering diberikan Siti kepada sesetengah pihak yang tidak pernah henti bertanyakan soalan itu kepadanya.

Terfikir juga, adakah mereka tidak mengerti atau sengaja buat-buat tidak faham dengan jawapan Siti itu.

Sebagai seorang bintang ternama negara, Siti tidak mungkin akan merahsiakan dan pasti akan memberitahu kepada semua pihak seandainya dia diberikan rezeki untuk menimang zuriatnya sendiri.

Lewat ini, berita kononnya Siti kini sedang hamil kembali menjadi bualan gara-gara dia membatalkan sebuah konsert di Pulau Pinang yang sepatutnya berlangsung pada 25 September lalu.

Ia dikuatkan lagi dengan surat sokongan daripada doktor pakar sakit puan dari Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur yang menyatakan Siti perlu berehat dan tidak dibenarkan menjalani aktiviti berat.

Terbaru, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dikatakan telah bertemu dengan seorang doktor pakar bagi mendapatkan nasihat ketika berbulan madu sebelum bulan Ramadan lalu.

Bukan itu sahaja, penyanyi popular itu juga dikatakan telah diberikan dengan ubat kesuburan bagi membantu mempercepatkan lagi proses kehamilannya

Semuanya adalah usaha Siti dan Khalid yang tidak pernah lelah untuk terus mencuba menimang cahaya mata mereka sendiri.

Bertemu dengan tuan punya badan sewaktu majlis rumah terbuka anjuran SimplySiti di Restoran Saloma Bistro di ibu negara, baru-baru ini, Siti hanya tersenyum apabila diminta untuk mengesahkan berita tersebut.

Dengan nada berhemah, Siti menafikan bahawa dirinya telah mendapatkan rawatan tersebut seperti mana yang dilaporkan.

"Sewaktu bercuti ke sana, saya dan suami sempat berkunjung ke sebuah pusat akupunktur untuk mendapatkan rawatan alternatif.

"Saya rasa tidak salah untuk kita mencuba rawatan lain selain daripada bertemu dengan doktor pakar. Seperti mana yang kita tahu juga, akupunktur ini memang baik untuk kesihatan dan kita dapat tahu masalah yang dihadapi.

"Apatah lagi, kebaikan ubat dan akar kayu yang sering kali digunakan dalam rawatan itu juga dapat membantu melancarkan sistem dalam badan. Itu yang sebenarnya berlaku ketika di London dan bukannya mendapat rawatan kesuburan itu," luah penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu Cindai ini tanpa selindung.

Sudah menjadi seorang isteri selama empat tahun, untuk memegang portfolio sebagai ibu memang cukup diinginkan Siti.

Sebagai hamba Allah, dia cukup sedar dan akur dengan Qada dan Qadar apabila membicarakan tentang soal cahaya mata.

Terfikir juga tidak pernahkah Siti berasa bosan untuk menjawab soalan tentang anak daripada pihak yang seolah-olah tidak faham bahasa yang berterusan bertanyakan soal itu walaupun sudah dijawab berkali-kali oleh Siti.

"Saya cukup sedar dan akur dengan kedudukan saya sebagai seorang artis dan apa sahaja tentang diri kita, masyarakat mahu ambil tahu.

"Namun, saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku kerana ini jalan yang saya pilih dan saya harus menghadapinya dengan tabah serta tenang.

"Jadi, saya tidak boleh berasa marah mahupun geram apabila soal anak sering kali diajukan kepada saya. Apa yang berlaku hanya Allah sahaja yang tahu gelodak di dalam hati saya.

"Insya-Allah, sampai waktu dan ketikanya, saya pasti akan mengumumkannya sebab ia adalah perkara yang baik. Teruskan berdoa untuk saya," pinta juara Bintang HMI 1995 ini dengan maksud yang cukup mendalam.

Siti juga tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan kaedah persenyawaan tabung uji (IVF) dalam usahanya untuk mendapatkan zuriatnya.

Namun, semuanya bergantung kepada keadaan dan masa apabila difikirkannya perlu untuk mencubanya.

Zizie: Hentikan kisah tidak benar

Posted: 05 Oct 2010 04:08 PM PDT


RIAK wajah dan bahasa tubuhnya sudah cukup menggambarkan dia sedang menjalani kehidupan yang benar-benar menjadikannya seorang wanita sempurna.

Senyuman dan ketawa yang tidak lekang dari wajah mulusnya itu membuktikan pelakon kulit gebu, Zizie Ezette, 32, cukup bahagia dengan statusnya sebagai seorang isteri.

Meskipun pernikahannya dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, 51, telah mencetuskan perdebatan dan polemik, Zizie enggan ambil pusing tentang perkara itu.

Cuma, Zizie memohon kepada semua pihak agar untuk hentikan menyebar berita yang kurang manis berhubung rumah tangganya kerana tidak mahu ada pihak yang terluka lagi.

Aktres popular itu berkata demikian bagi menjawab dakwaan yang mengatakan dia kini satu-satunya isteri Bung Mokhtar selepas wakil rakyat itu dikatakan telah menceraikan isteri pertamanya.

"Cukup-cukuplah memperkatakan dan mensensasikan kisah rumah tangga kami. Jujurnya, keadaan semuanya telah dan berjalan dengan baik sekali. Saya tidak mahu cerita sebegini akan mengeruhkan kembali keadaan.

"Jika ada yang berterusan mahukan komen saya lagi selepas ini tentang madu saya, minta maaf kerana saya tidak akan menjawabnya. Saya perlu menjaga hati banyak pihak. Apa yang boleh saya katakan, semuanya dalam keadaan yang baik," katanya berkali-kali lalu mematikan terus topik hangat itu.

Zizie berkata demikian ketika ditemui pada malis rumah terbukanya yang diadakan di Taman Sering Ukay, Hulu Kelang, Selangor, malam Sabtu lalu.

Kehadiran dua orang anak Bung Mokhtar pada majlis itu sekali gus membuktikan mereka memang tidak mempunyai sebarang masalah apabila masing-masing begitu mesra antara satu sama lain.

Apabila diminta untuk bergambar bersama, Zizie dengan penuh diplomasi menolaknya dengan mengatakan biarlah dia dan suaminya sahaja yang menjadi titik tumpuan pada malam itu.

Bagi Zizie, apa yang penting buatnya kini adalah untuk meneruskan perjalanan hidupnya bersama suami tercinta yang benar-benar membuatkannya bersyukur dengan kurniaan Yang Maha Esa.

"Alhamdulillah, selepas 10 bulan mendirikan rumah tangga, terasa hidup saya begitu lengkap dengan adanya seorang suami di sisi. Tidak pernah saya membayangkan kebahagiaan yang saya kecapi seperti hari ini.

"Saya harus akui kehidupan saya sekarang memang sudah jauh berbeza ketika saya bujang dulu. Sekarang saya harus menumpukan fokus kepada suami dan menjadi seorang suri rumah sepenuh masa buat masa ini," luah Zizie jujur.

Kekok

Menyambung bicara, Zizie atau nama sebenarnya, Zizie Ezette Abd. Samad ini memberitahu kesibukannya sebagai seorang isteri membuatkannya jarang berada di ibu negara.

Ini kerana katanya, setiap dua minggu dia akan menemani suaminya pulang ke Sabah selama dua minggu.

Dua minggu lalu dihabiskan di Kuala Lumpur.

Zizie juga mengakui di awal perkahwinannya dia agak kekok dengan perubahan hidupnya terutama apabila melihat skop kerja suaminya sebagai seorang wakil rakyat.

"Sepanjang hidup saya, tidak pernah saya tahu rangkuman kerja seorang wakil rakyat itu dan saya pun memang tidak pernah ambil tahu sebelum ini.

"Namun, selepas bernikah dan memerhatikan kerja suami saya, barulah saya tahu kesibukan seorang wakil rakyat itu. Skop kerja mereka tidak ubah seperti seorang selebriti yang perlu bertemu dengan masyarakat hampir setiap hari.

"Secara tidak langsung, dunia kami berdua memang tidak banyak bezanya. Saya bersyukur dalam kesibukannya itu, dia tetap menjaga dan melayan saya dengan baik lalu membuktikan dia seorang suami yang bertanggungjawab," ujar aktres yang mula menempa nama menerusi filem Kekasih Awal dan Akhir ini bersungguh.

Rezeki

Bukan hendak meninggi diri atau mahu menggambarkan perkahwinannya adalah sempurna, tetapi bagi Zizie, suaminya itu seorang yang cukup baik dan menjalankan tugasnya sebagai suami dengan penuh dedikasi.

Mengenai cahaya mata pula, kakak kepada aktor Shaheizy Sam ini memang sudah benar-benar bersedia untuk bergelar seorang ibu.

"Saya menyerahkan segala-galanya kepada Allah untuk mengurniakan rezeki kepada kami berdua," katanya sambil menafikan dirinya kini sudah berbadan dua.

Pada majlis itu, Zizie memang menarik perhatian ramai terutama pihak media yang kagum dengan penampilannya yang semakin langsing.

Zizie hanya ketawa besar apabila ada seorang wakil media mengusiknya dengan mengatakan dia kurus kerana melakukan penyedutan lemak.

"Saya tidak akan buat perkara-perkara yang membahayakan itu. Saya kini banyak mengikuti kelas senaman dan aktiviti lasak seperti latihan angkat berat, kickboxing dan hot yoga.

"Hasilnya, saya kini menghampiri berat badan ideal saya iaitu 55 kilogram. Berbanding ketika berkahwin, berat badan saya mencecah 65 kilogram sehingga semua baju saya tidak muat lagi. Kerana itu, saya berazam untuk menguruskan badan," katanya optimis

Nabil dan Irma: Kahwin bukan untuk sehari dua

Posted: 05 Oct 2010 04:07 PM PDT


HUBUNGAN cinta juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil dengan buah hati pengarang jantungnya, Irma Hasmie bukan lagi satu rahsia.

Umum pun sudah mengetahui betapa seriusnya hubungan mereka berdua sehinggakan peminat mereka sendiri pun menggesa agar mereka segera berkahwin bagi mengelakkan cerita buruk terus menghimpit mereka.

Baik Nabila atau Irma, masing-masing sudah pun mengakui memang ada memikirkan soal rumah tangga dan perancangan untuk masa depan mereka berdua.

Kalau semuanya sudah lengkap serba-serbi, memang tiada masalah untuk berkahwin dengan segera.

"Tetapi, saya dan Irma mahu melengkapkan diri kami dengan mengumpul duit sebanyak yang mungkin sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Semuanya demi melengkapkan diri kami untuk kehidupan selepas berkahwin itu nanti.

"Perkahwinan bukan untuk sehari dua tetapi ia adalah ikatan suci yang perlu dijaga sehingga ke akhir hayat.

"Kalau ditanya kepada saya, memang saya sudah bersedia tetapi seperti mana yang saya katakan tadi, saya perlu bekerja keras untuk menyiapkan diri saya terlebih dahulu," demikian luahan jujur Nabil ketika ditemui baru-baru ini.

Anak jati Negeri Sembilan ini memang tidak berselindung tentang soal perkahwinan dan dia sendiri mengakui dia bakal menamatkan zaman bujangnya tahun depan.

Namun, dia dan Irma masih lagi belum memutuskan tarikh yang sesuai untuk hari bahagia mereka itu.

Memperkatakan mengenai perkahwinannya, seboleh-bolehnya dia mahu melakukannya secara kecil-kecilan dan melaksanakan perkara yang wajib sahaja.

Tetapi, pemuda ini cukup sedar. Dengan kedudukannya sebagai selebriti ternama, mana mungkin untuk dia mengadakan majlis sedemikian rupa.

"Susah juga apabila difikirkan tentang perkara ini khususnya senarai jemputan. Kalau kita buat majlis yang kecil, pasti akan dipersoal. Begitu juga kalau dibuat secara besar-besaran, orang akan mula mengatakan kita cuba menunjuk-nunjuk dan bersikap riak.

"Saya dan Irma pun masih belum duduk berbincang tentang perkahwinan kami kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya.

Apa yang pasti, kami berdua tidak mahu membazir dalam menyempurnakan majlis perkahwinan kami," kata Nabil bersungguh.

Menyebut tentang perkahwinan, Nabil sebenarnya memiliki satu impian yang sudah lama dipendam walaupun dia tahu memang mustahil untuk dilaksanakannya.

"Saya selalu fikir kalaulah saya ini seorang hartawan yang memiliki wang yang banyak, saya akan menjemput semua anak-anak yatim di seluruh Malaysia untuk menghadiri majlis perkahwinan saya," ujarnya lagi.

google: nabil dan irma, nabil dan irma berkahwin, nabil dan irma bernikah, persiapan perkahwinan nabil dan irma, tarikh perkahwinan nabil dan irma, hari bahagia nabil dan irma, lokasi perkahwinan nabil dan irma, nabil dan irma bertunang, foto nabil dan irma terbaru terkini, gambar terbaru terkini nabil dan irma, berita perkahwinan nabil dan irma, nabil dan irma khalwat

Rozita Che Wan Jawab Mengenai Persiapan Kahwin

Posted: 05 Oct 2010 03:49 PM PDT


SHAH ALAM: Aktres jelita, Rozita Che Wan (gambar) menafikan telah bercuti selama sebulan sejak akhir Ramadan lalu kerana sibuk untuk menguruskan persiapan perkahwinan.

Rozita berkata dia berehat dari sebarang aktiviti seni kerana mahu memberi semangat kepada anak keduanya Aniq Ezzra,12, yang menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada minggu lepas.

"Selepas Ramadan saya rehat untuk tumpukan perhatian kepada anak saya yang baru sahaja selesai peperiksaan UPSR dan kini dia sibuk dengan peperiksaan sekolah agama pula.

"Saya mahu beri semangat kepada dia sepanjang menjalani peperiksaan tersebut. Saya mahu dia lulus cemerlang dan dapat mengikut jejak langkah abangnya, Ammar Affendi yang sekarang belajar di tingkatan dua, sekolah berasrama penuh," katanya yang bakal memulakan penggambaran drama Kempink pada minggu hadapan.

Jelas Rozita, keutamaan persekolahan anak-anaknya menjadi sebab utama untuk dia mengundurkan diri dari dunia lakonan ini.

Malah dia juga menafikan desas-desus bahawa dia sedang membuat persiapan perkahwinan ketika ini.

"Ke mana-mana sahaja orang akan tanya tentang perkahwinan saya. Ada juga yang cakap saya cuti sebulan ini sebab sibuk uruskan persiapan perkahwinan.

"Saya memang sedang berkawan dengan seseorang tetapi bukan bermakna akan berkahwin dalam masa terdekat ini seperti yang dikhabarkan oleh media," katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka mStar, Selasa.

Dalam pada itu, Rozita memberitahu keputusannya untuk berhenti dari bidang ini merupakan satu berita kegembiraan bagi anak-anaknya.

"Sejak saya mula berlakon lagi mereka banyak kali merungut dan suruh agar saya berhenti atau kerja semula di pejabat. Bila dapat tahu saya mahu berhenti berlakon merekalah yang paling gembira sekali.

"Namun saya bersyukur selama ini anak-anak memahami situasi saya sebagai seorang pelakon dan tidak mempersoalkan berita-berita tentang saya yang keluar di akhbar," ujarnya.

google: rozita che wan  berkahwin, rozita che wan bertunang, rozita che wan  persiapan perkahwinan, rozita che wan dan kekasih baru, bakal suami rozita che wan, suami baru rozita che wan, rozita che wan dan anak anak, rozita che wan dan kekasih hati, teman hidup rozita che wan, gambar teman lelaki rozita che wan, foto boyfriend rozita che wan

Haiza Tidak Gaduh Dengan Pengurus, Usaha Dapat Anak

Posted: 05 Oct 2010 03:46 PM PDT


SHAH ALAM: Penyanyi dangdut Haiza menolak dakwaan sesetengah pihak mengatakan dia telah bergaduh dengan pengurusnya iaitu Zureen sejak beberapa bulan lalu.

Ini kerana dalam majlis-majlis tertentu Haiza tidak lagi menggunakan khidmat Zureen sebagai pengurus sebaliknya segala aktiviti seni dilakukannya sendiri.

Kata Haiza, Zureen mengambil keputusan untuk tidak bekerja dengannya lagi kerana mempunyai masalah peribadi selain ingin memberi tumpuan kepada keluarganya.

"Saya menghormati keputusan Zureen untuk tidak menguruskan saya lagi kerana mahu memberi fokus kepada keluarganya kerana ayahnya sedang sakit dan memerlukan perhatian.

"Tiada sebarang pergaduhan atau perselisihan faham antara kami. Kami sudah bekerja selama lapan tahun dan hubungan itu bagaikan adik beradik. Saya menghormati keputusan dia untuk memilih haluan sendiri," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Shah Alam Convention Centre (SACC) dan mStar di sini, Selasa.

Penyanyi itu menjawab desas-desus kononnya dia sudah tidak sehaluan lagi dengan pengurusnya seperti di laporkan sebuah akhbar Ahad lalu.

Jelas Haiza, dia kini menguruskan sendiri jadualnya sejak bulan Ramadan lalu sebelum mendapat pengganti Zureen.

"Sepanjang Ramadan lalu saya sibuk dengan persembahan di Hotel Dorsett Kuala Lumpur tanpa ditemani pengurus. Buat masa ini saya masih belum cari pengurus, Insya-Allah setakat ini saya boleh uruskan jadual saya sendiri," katanya.

Berusaha mahu dapat anak

Dalam pada itu, Haiza yang sudah hampir empat tahun mendirikan rumah tangga bersama suami Norhanafpe Omar mengakui sentiasa berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.

"Ramai yang tanya tentang anak, kadang-kadang saya tidak tahu bagaimana nak jawab sebab saya sudah berusaha tapi belum ada rezeki.

"Ramai di kalangan rakan-rakan yang saya jumpa bagi bermacam-macam petua dan nasihat untuk mudah hamil, tapi belum ada apa-apa tanda lagi setakat ini," katanya.

Jelas Haiza, dia dan suaminya tidak terlalu berharap namun sentiasa berusaha dan berdoa agar dianugerahkan cahaya mata bagi melengkapkan kehidupan keluarga mereka

google: haiza, gambar haiza, foto haiza, haiza facebook, haiza twitter, haiza blog, haiza myspace, haiza wiki, haiza biodata, haiza biography, haiza hamil, haiza mengandung, haiza pregnant, haiza berbadan dua, haiza dan suami, gambar suami haiza, album baru haiza, single terbaru haiza

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Guru akui pernah jadi pelacur

Posted: 05 Oct 2010 01:00 PM PDT

NEW YORK – Seorang guru di Amerika Syarikat (AS), Melissa Petro (gambar) menggemparkan ibu bapa apabila dia mengaku pernah menjadi seorang pelacur dan penari bogel, lapor sebuah akhbar semalam.

Mengajar di sebuah sekolah rendah di kawasan penempatan kulit hitam, di sini sejak tiga tahun lalu, guru berkenaan, Melissa Petro menggelarkan dirinya sebagai bekas pekerja seks.

Guru berusia 30 tahun itu disukai oleh anak-anak muridnya tetapi ibu bapa mereka berasa resah selepas dia mendedahkan di Internet mengenai masa lampaunya termasuk pengalaman seksnya di Mexico dan London.

Akhbar The New York Post pula menyifatkan Petro terlalu berani apabila menulis dalam sebuah kolum pada bulan ini bahawa dia pernah menjadi pelacur.

"Sejak dari Oktober 2006 hingga Januari 2007, saya menerima wang sebagai imbuhan khidmat seks saya kepada beberapa lelaki yang saya kenali secara dalam talian di laman iklan Craiglist.org," kata Petro yang menulis untuk akhbar The Huffington Post.

Wanita itu menulis dengan menggunakan nama sebenarnya dan turut meletakkan gambarnya di akhbar berkenaan.

Mengulas mengenai kontoversi yang melanda gurunya, guru besar sekolah berkenaan, Kerry Castellano berkata, Petro kini diberikan tugas pentadbiran sementara sehingga siasatan mengenai kesnya selesai. – Agensi

///kosmo///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Reputasi Darling tercalar

Posted:

Reputasi Darling tercalar

Reputasi Darling tercalar

Oleh HARYATI KARIM



SELEPAS dua tahun turun naik mahkamah dan akhirnya mengaku bersalah atas tuduhan menggunakan dokumen palsu bagi membuka akaun di Bank RHB Berhad pada 29 September lalu, aktres yang juga penerbit Nasreen Ngasri atau Darling kini mampu bernafas lega.

Segala bebanan yang ditanggung selama ini sudah terlepas daripada bahunya kerana kes tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat.

Meskipun mengaku bersalah atas dakwaan tersebut dan terpaksa membayar denda sebanyak RM15,000 serta RM150,000 kepada pengadu Mohamad Ridzwan Mat Hussin yang juga bekas rakan kongsinya dalam syarikat Nazridz Pictures sebagai jalan penyelesaian, Darling terpaksa akur.

Katanya, wang boleh dicari tetapi tidak sebuah kehidupan yang bebas dan bahagia bersama keluarga.

"Saya mengaku bersalah kerana saya memandang masa depan dan tidak mahu kes ini menghantui hidup saya dalam tempoh yang lama.

"Walaupun reputasi saya tercalar dek kes ini, saya anggap ini sebagai pengorbanan untuk saya meniti kejayaan," ujarnya yang ditemui ketika sesi fotografi baru-baru ini.


MENGAMBIL iktibar daripada apa yang dilaluinya, Darling kini lebih berhati-hati.


Sedar pandangan sinis serta impak yang bakal diterima dek pengakuan bersalahnya itu, Darling terima dan reda akan masa depan yang menantinya.

"Semua perbuatan dan kenyataan datangnya daripada saya sendiri, baik atau pun buruk. Sebagai manusia saya tidak boleh menyesal dengan apa yang berlaku sebaliknya mengambil iktibar dan belajar untuk menjadi insan yang lebih baik daripada apa yang berlaku," tuturnya.

Hargai Kehidupan

Tanpa berselindung, Darling memberitahu pengalaman turun naik mahkamah merupakan episod hitam yang memberinya tekanan tetapi mujur setiap langkahnya tidak dilalui seorang diri sebaliknya keluarga serta suami sentiasa berada di sisi.

"Rasanya semua orang yang ada kes di mahkamah berada di dalam tertekan dan bercelaru. Begitu juga dengan saya, itu kes pertama dan terakhir saya. Selepas ini kalau boleh saya tidak mahu jejak lagi mahkamah.

"Saya juga bersyukur kerana sepanjang saya melalui kes ini keluarga dan suami tidak pernah meninggalkan saya seorang diri. Mereka sentiasa ada apabila saya dalam kesusahan," jelasnya.


BERIKRAR enggan lagi menjejakkan kaki ke mahkamah di masa akan datang.


Tambahnya lagi, terdapat banyak hikmah sebalik kes tersebut yang membuka matanya untuk menjadi insan, anak dan isteri yang lebih baik.

"Saya lebih tenang selepas segalanya berakhir dan saya sedar bahawa hubungan kekeluargaan kami semakin rapat. Suami saya juga sentiasa menyokong saya. Setiap langkah yang diambil semuanya melalui perbincangan bersamanya dan keluarga.

"Selepas apa yang berlaku saya dapat bezakan antara teman yang benar-benar menyokong dan teman-teman yang hanya hadir ketika waktu gembira sahaja," ulasnya.

Usianya kini menjangkau angka 27 tahun, sebagai insan seni yang membesar dalam dunia yang penuh glamor dan menghadapi pelbagai kontroversi, Darling lebih matang daripada wanita seusianya.


FIGURA ini sudah banyak mengeluarkan wang demi menyelesaikan kes mahkamahnya.


Tidak mahu menoleh ke belakang dan menangisi sejarah silam yang menjatuhkan semangatnya, Darling kini bangkit sebagai wanita yang lebih berani.

"Saya akui ada perbezaan dalam diri saya. Saya bukan lagi Darling yang dulu kerana sekarang saya lebih berhati-hati dalam setiap langkah yang saya ambil.

"Saya juga lebih hargai kehidupan dan orang sekeliling yang sentiasa menyayangi saya seadanya," tuturnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Keluhan Zainal Abidin

Posted:

Keluhan Zainal Abidin

Keluhan Zainal Abidin

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


ZAINAL ABIDIN dan A. Samad Said, antara figura yang bakal terbabit dengan Festival Seni KLCC yang bakal berlangsung dari 12 hingga 17 Oktober ini.


PENGANJURAN Festival Seni KLCC yang julung-julung kalinya diadakan pada tahun ini akan digunakan sepenuhnya oleh penyanyi terkenal tanah air Zainal Abidin untuk mempromosikan lagu-lagu rakyat. Namun, penyanyi yang cukup dikenali dengan lagu Hijau itu bagaimanapun ada sesuatu yang mahu diluahkan dari dasar lubuk hatinya.

Zainal yang hadir sewaktu sidang akhbar mengenai penganjuran festival tersebut berkata, ketika ini kebanyakan lagu-lagu rakyat semakin dilupakan terutamanya oleh generasi muda dan kanak-kanak.

"Kalau dilihat di kebanyakan taman didikan kanak-kanak (tadika) di negara ini, ramai pelajar yang hanya menyanyikan lagu-lagu dari Barat seperti Twinkle-Twinkle Little Star.

"Sedangkan kita sebenarnya mempunyai ribuan lagu rakyat yang sebenarnya menarik untuk dinyanyikan seperti Can Mali Can, Jong Jong Inai dan Rasa Sayang. Jadi saya rasa sudah tiba masanya untuk mempopularkan lagu-lagu ini semula," ujarnya.

Bekas penyanyi kumpulan Headwind yang cukup popular dengan lagu ini berkata, beliau merasakan cukup bertuah apabila diundang untuk menjayakan festival tersebut. Zainal bakal membuat persembahan pada 13 Oktober ini dengan menyanyikan enam buah lagu rakyat yang turut diselang-selikan dengan persembahan wayang kulit.

Sementara itu, Festival Seni KLCC merupakan sebuah persembahan muzik ekstravaganza oleh Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) dalam bentuk sebuah festival seni yang akan berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) bermula pada 12 hingga 17 Oktober akan datang.

Pengarah Galeri Petronas, Hartini Abdullah berkata, penganjuran festival berkenaan dilihat sebagai satu langkah yang baik untuk mengetengahkan seni yang berkualiti kepada rakyat Malaysia.

"Sebelum ini, KLCC hanya dikenal ramai sebagai tempat terletaknya sebuah menara berkembar tertinggi di dunia serta pusat beli belah yang kerap menjadi tumpuan rakyat tempatan dan pelancong.


ZAINAL ABIDIN prihatin terhadap lagu-lagu rakyat tempatan.


"Diharapkan melalui festival ini akan membuka mata ramai pihak bahawa sebuah tempat seperti KLCC juga sesuai untuk menganjurkan aktiviti seni kerana di sini juga turut terdapat sebuah galeri kesenian dan sebuah kumpulan orkestra yang cukup terkenal," ujarnya.

Sementara Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang akan membuat persembahan pada 12 Oktober bakal mendeklamasikan beberapa buah puisi yang diambil daripada buku antologi puisi beliau, Rindu Ibu.

"Saya sangat berbesar hati apabila diundang dan ini merupakan kali pertama saya membuat persembahan di DFP. Dalam usaha untuk menyemarakkan aktiviti seni di negara ini, saya berharap agar usaha ini akan diteruskan setiap tahun.

Selain persembahan muzik oleh MPO, Galeri Petronas turut mengadakan bengkel dan pameran seni di Tingkat 4, KLCC yang bermula pada 10 Oktober. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan itu adalah percuma kepada orang ramai.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.