Blog Sensasi Ohbayu |
Misteri! Mengapa Bas Ini Boleh Tersadai Di Hutan? Posted: 04 Dec 2012 11:01 PM PST Misteri! Mengapa Bas Ini Boleh Tersadai Di Hutan? | Boleh dikatakan hampir setiap orang pernah merasai menaiki kenderaan seperti bas bukan? Tetapimenaiki bas dengan perjalanan yang jauh seperti ke Kelantan, Terengganu cukup memenatkan. Apa yang dilakukan hanyalah tidur, celik dan tidur semula sehingga berjam-jam lamanya. Namun apakah perasaan kita apabila bangun dari tidur dan mendapati bas yang dinaiki tiba-tiba berada dalam kawasanhutan. Pelik bukan? Itu yang terjadi kepada sebuah bas di Jakarta yang tiba-tiba ia berada di hutan. Di Jakarta, seorang pemandu bas bersama 33 penumpang lain mengalamiperistiwa misteri apabila bas yang dinaiki mereka secara tiba-tiba berada di tengah-tengah hutan walaupun pada mulanya berada di atas jalan raya. Dalam kejadian tersebut, bas milik syarikat Pahala Kencana yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Madura, pada mulanya menggunakan jalan Juwana-Rembang sebelum pemandunya beralih ke jalan alternatif. Namun ketika menyusuri jalan Jaken di wilayah Jati, bas tersebut secara tiba-tiba berada di hutan Gadogan yang terletak di Jawa Tengah. Pemandu bas tersebut cuba untuk bergerak ke depan dan ke belakang, namun gagal disebabkan pokok jati menghalang pergerakan kenderaan itu. Selepas menyedari bas itu terperangkap di tengah-tengah hutan, pemandu itu kemudian meminta pertolongan daripada penduduk di kawasan terbabit. Namun, kereta peronda polis tidak dapat memasuki lokasi kejadian disebabkan tiada jalan yang menghubungkan tempat tersebut. Selepas lima jam tersadai, sekumpulan mekanik syarikat Pahala Kencanaberjaya mengeluarkan bas tersebut selepas memotong pokok-pokok yang menghalang laluan kenderaan itu. Pegawai polis yang ditemui, Briptu Suwignyo mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, badan bas itu tidak mempunyai kesan calar atau rosak akibat melanggar pokok di hutan terbabit. Namun, jelasnya, ia bukan kejadian kali pertama kerana sebelum ini dua trak minyak pernah mengalami nasib yang sama dan ia dipercayai berkaitan gangguan makhluk halus. "Kawasan hutan ini sering dijadikan pihak tertentu melakukan amalan syirik dengan harapan menjadi kaya dengan cepat. "Oleh itu tidak hairan orang yang melalui jalan di sini sering diganggu makhluk halus yang dipuja golongan tidak bertanggungjawab itu," Sumber : Media Permatang Pauh Comments |
Info : Gaji & Elaun Untuk Agong, Sultan, PM Dan Menteri Posted: 04 Dec 2012 10:10 PM PST So, mari kita lihat berapa gaji dan elaun yang diberi pada orang orang ni semua. Orang-orang penting negara kita ni.. Aku mulakan dulu allowances untuk Agong dan Permaisuri Agong. Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982). So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000 . Elaun untuk Permaisuri Agong ialah 1. Privy Purse – RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan). Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400. Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut 1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu – RM52,259,100 Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006. Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan , macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong. 1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong – RM15,180 sebulan. Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup? Pencen khas untuk balu Agong Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu meninggal semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan . Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979). So, ini lah yang Siti Aishah dapat. 1. Pencen seumur hidup – RM4,500 sebulan. Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah) Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya. 1. Elaun Sultan – RM52,600 sebulan. So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080. Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah 1. Elaun Sultanah – RM12,000 sebulan Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600. Elaun lain lain untuk kerabat ialah Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar. Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan. Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005 …. Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut, Perdana Menteri – RM22,826.65 sebulan Ahli Dewan Negara – RM6,508.59 Ini formula untuk calculate pencen bekas MP. Pencen: Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2, 056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat. Gratuity: |
You are subscribed to email updates from Gempaq Network To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |