Adsense

Sabtu, 3 November 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil

Posted: 03 Nov 2012 06:11 PM PDT

Dengan sekali lafaz nikah, aktres jelita Danny Beeson akhirnya bergelar isteri kepada aktor dan pengarah filem, Zahari dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake di sini, pagi Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama yang juga Pendaftar Kanan Perkahwinan Daerah Gombak, Daim Jajuli kira-kira pada pukul 9.12 pagi berwali hakim manakala dua rakan Farid, Ahmad Razif Hamzah dan Abdul Hamid Abdul Razak menjadi saksi.

Gambar Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil

Diana, 21, berkata dia sukar untuk menggambarkan perasaannya kerana berasa lega, tenang dan gembira dengan kelancaran majlis.

"Saya tidak terkata. Syukur sangat semuanya (majlis) berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada keluarga mama yang datang jauh dari Perak dan keluarga baru (mertua) dari Kedah," katanya.

Farid, 31, pula berkata, dia berasa gembira kerana akhirnya dia dapat memperisterikan Diana yang sudah hampir empat tahun dikenalinya.

"Saya gembira dan bersyukur kerana dapat isteri. Sejak awal perkenalan lagi saya sudah terdetik untuk memperisterikan Diana.

"Namun, ia tertangguh kerana faktor usia Diana yang terlalu muda dan belum sampai seru (ketika itu).

"Saya berdoa agar Diana menjadi isteri yang soleh dan perkahwinan ini kekal ke alam syurga," katanya.

Diana menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran berjumlah RM20,000 mengikut nilai pelaburan emas.

Pihak perempuan menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa motosikal mini Kawasaki KSR 110, telekung dan Al Quran, cincin Tiffany & Co, wang hantaran dan sireh junjung.

Sementara pihak Farid pula mendapat tujuh dulang hantaran iaitu tepak sireh, sebentuk cincin dan dompet, sebuah album foto, sebuah motorsikal mini, produk kecantikan Hugo Boss, majalah Polo International dan manisan.

Pada majlis itu, Diana ditemani ibunya, Norsiah Ramli manakala pihak lelaki diwakili ibu dan bapa, Datuk Dr Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Idid Syed Abdyllah Idid serta adik-beradik Farid.

Aktres berdarah kacukan itu tampil ayu bertudung dengan padanan baju kurung tradisional rona putih dan merah jambu rekaan Wanpa.

Sementara Farid pula segak dengan sut putih rekaan Andy dan menyarung capal.

Majlis berkonsepkan perkahwinan dalam taman itu dihadiri kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media.

Antara selebriti yang menyerikan majlis adalah penerbit MIG David Teo, pelakon Yana Samsudin dan Iqram Dinzly.

Pasangan pengantin turut menerima hadiah istimewa daripada David iaitu seutas jam tangan untuk Farid dan gelang buat Diana.

Farid Kamil tidak menetapkan sebarang syarat atau halangan kepada isterinya aktres Diana Danielle untuk terus berlakon selepas mendirikan rumah tangga pada Sabtu.

Sebaliknya, Farid, 31, berkata perkara yang ditekankan dalam melayari alam perkahwinan adalah Diana perlu pandai menjaga diri dan batas, menguruskan hal ehwal suami dengan baik dan meningkatkan pengetahuan agama.

"Saya tidak tetapkan sebarang syarat untuk dia berhenti berlakon. Apa yang lebih penting, dia perlu tahu menjaga diri sebagai isteri.

"Dia perlu menjaga hal ehwal saya sebagai suami dan meningkatkan pengetahuan dalam ilmu agama," katanya yang sudah terfikir untuk menyunting Diana sejak tahun pertama mereka berkawan.

Pada 15 Oktober lalu, Farid mengumumkan berita pernikahan mereka pada majlis tayangan filem arahannya berjudul Pe3 di TGV Sunway Pyramid, di sini.

Sebelum itu, pasangan tersebut membuat kejutan apabila bertunang dalam diam pada 2 September lalu selepas tiga tahun bercinta.

Farid dan Diana merancang untuk berbulan madu dengan menunaikan umrah di Mekah pada bulan hadapan.
Pengarah filem itu berkata, kematangan dan sikap Diana yang berbeza dan ringkas membuatkan dia tertarik untuk memperisterikan wanita berdarah kacukan itu.

"Saya tertarik dengan kematangan dan sikap dia yang berbeza. Walaupun dia masih muda dan hanya berusia 18 tahun ketika kami mula-mula berkawan dulu, dia sungguh matang dan mahu belajar banyak perkara dalam kehidupan.

"Sepanjang berkawan, saya lebih selesa untuk tidak menggembar-gemburkan hubungan kami sehingga pada hari ini akhirnya saya dapat duduk dan bergambar bersebelahan untuk khalayak," ujarnya dalam nada bergurau.

Diana pula berkata, sikap tenang dan memahami yang dimiliki lelaki itu membuatkan dia selesa dan gembira untuk hidup bersama.

"Dia banyak mengajar saya untuk lebih bersabar dan menyokong aspek mental dan emosi saya dalam apa juga situasi," katanya yang merancang untuk berbulan madu sambil menunaikan umrah di Mekah.

Mengenai ketiadaan bapa kandungnya Danny Beeson yang gagal dijejaki, Diana berkata, ia bukan perkara penting yang menjejaskan majlis berkenaan.

Gambar Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil

Kedua-dua mempelai bergambar kenangan bersama ibu Diana, Norsiah Ramli (kiri) dan ibu Farid, Datin Sharifah Bardah Idid Syed Abdyllah Idid.

"Ia bukan perkara penting. Dalam hidup ini apa juga kekurangan kita akan Allah tambahkan dalam bentuk lain. Jangan fikirkan apa yang kita tiada, fikirlah apa yang kita ada. Saya bersyukur kerana ibu dan ramai keluarga yang datang merestui hubungan saya dengan Farid. Bagi saya, itu yang lebih penting daripada apa yang saya tiada," katanya yang belum terfikir mengenai soal anak dalam waktu terdekat.

Dalam pada itu, ibu Diana iaitu Norsiah Ramli berkata, dia belum bersedia memberikan sebarang komen mengenai pernikahan itu kerana masih bersedih kerana terpaksa melepaskan anak tunggalnya itu kepada Farid.

"Saya masih bersedih dan tersentuh kerana harus akur untuk melepaskan Diana yang merupakan satu-satunya anak saya ke tangan Farid.

"Saya berharap Farid akan menjaga Diana sebaik mungkin dan semoga Diana tidak akan melupakan saya selepas bergelar isteri dan ibu pada masa akan datang," katanya.

Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan dijangka berlangsung pada 30 November ini di lokasi yang akan diumumkan kelak.

Upacara sambut menantu bagi keluarga Farid pula akan diadakan pada 12 Disember depan di Darul Aman Park, Alor Setar, Kedah.Kredit Foto: &

Gambar Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil

Gambar Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil

Gambar Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil

Majlis Akad Nikah Diana Danielle & Farid Kamil

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Tags: , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Gambar Konsert Minggu Kedua VOKAL Penuh Kejutan

Posted: 03 Nov 2012 02:08 PM PDT

"VOKAL PENUH DENGAN KEJUTAN"
Mampukah Peserta Minggu Ini Memberikan Momentum Persembahan Seperti Minggu Pertama?

Vokal Jadi Taruhan! Pada konsert VOKAL minggu pertama yang lalu, memperlihatkan dua peserta dari Kuala Lumpur iaitu Farah Nadeera Zaini, 19 tahun dan Nasuha Azhari, 20 tahun mempamerkan persembahan bertenaga seterusnya berjaya memikat perhatian juri profesional untuk melayakkan diri mereka ke pusingan seterusnya. Namun untuk minggu ini, mampukah peserta minggu kedua mengejutkan penonton dengan menandingi kehebatan persembahan peserta minggu lalu?

Musim kedua VOKAL menampilkan penyampai radio popular, Faizal Ismail sebagai pengacara program dan 'Vokal Rutin'. Sementara itu sepanjang 10 episod, VOKAL turut menampilkan dua nama yang tidak asing lagi di dalam industri tanah air, ikon yang cukup berpengalaman dan sememangnya 'otai' di dalam bidang nyanyian iaitu Ziana Zain dan Dato' Hattan sebagai ketua juri untuk program ini.

Persembahan Oleh 5 Peserta Perempuan yang Layak Ke Pusingan Seterusnya

Bagi menghangatkan lagi sesi pemilihan 17 peserta yang akan berentap menerusi sesi ujibakat di sebalik tabir, 2 juri jemputan iaitu Adibah Noor dan Cikgu Siti Hajar akan menjadi juri bersama-sama dengan juri tetap Ziana Zain selama 2 minggu pertama untuk proses penjurian peserta wanita. Manakala, 2 minggu berikutnya, Dato' Hj. Ramli MS dan Faizal Tahir selaku juri jemputan akan menemani Dato' Hattan dalam proses penjurian peserta lelaki. Tenaga pengajar VOKAL seperti Azmeer dan Mas Idayu akan terus kekal sebagai Penasihat Vokal dan persembahan, Fidie Sani selaku Jurulatih Kecergasan dan Kesihatan dan Profesor Izzi Haji Ali bertindak sebagai Penasihat Motivasi.

Di samping itu, penonton juga berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat 17 peserta VOKAL menerusi VOKAL RUTIN yang akan disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Rabu pada jam 6.00 petang. Menerusi 'Vokal Rutin' penonton dapat melihat gelagat peserta dan juga perkara-perkara yang terjadi ketika mereka menghadiri kelas vokal dan juga perkara-perkara yang berlaku semasa mereka membuat persiapan untuk berentap di pentas VOKAL.

Sememangnya VOKAL musim ini penuh dengan kejutan. Untuk konsert VOKAL minggu kedua, menampilkan penyanyi jemputan yang pernah memenangi Vokal Terbaik Juara Lagu 25 & 26, Hafiz dengan lagunya 'Ku Akui' sebagai persembahan pembuka tirai.

Konsert VOKAL minggu kedua akan merancakkan lagi persaingan apabila minggu ini lima orang peserta bakal membuat persembahan hebat untuk mencuri perhatian juri dan sekaligus melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Peserta pertama untuk konsert VOKAL minggu kedua ini yang dikenali sebagai Mar, akan cuba memukau juri dengan vokalnya yang mantap menerusi lagu 'I Wanna Dance With Somebody' dan peserta kedua pula Ema akan mempersembahkan lagu 'Kisah Hati', nyanyian asal oleh penyanyi Alyah.

Kehangatan konsert VOKAL minggu kedua diteruskan lagi dengan pelbagai kejutan yang diberikan oleh setiap peserta. Seperti peserta ketiga, Bella akan menyampaikan sebuah lagu bertajuk 'Cinta' manakala peserta keempat, Fatin bakal menghiburkan penonton dengan lagu 'Hati Ini Telah Dilukai'. Sementara itu, peserta terakhir yang akan memberi persaingan sengit untuk konsert VOKAL minggu kedua ini, Shikin akan mempertaruhkan lagu popular Agnes Monica iaitu 'Matahari'.

Sebelum melabuhkan tirai konsert VOKAL minggu kedua, peserta minggu ini yang layak ke pusingan ke seterusnya akan membuat persembahan dengan mendendangkan lagu tema VOKAL musim kedua yang bertajuk 'Aksi Suara'.

Penerbit VOKAL musim kedua, Ahmad Shaifullizam Arshad berkata, "Konsert VOKAL malam ini memperlihatkan kesungguhan para peserta dalam mencuri perhatian penonton dan juri. Meskipun masa yang diberi untuk membuat persiapan menjelang konsert minggu kedua ini agak terhad, namun peserta dapat mengetepikan perasaan gemuruh dan tampil dengan persembahan yang memukau. Ternyata peserta minggu ini banyak mempelajari dari persembahan peserta minggu lalu dalam menghasilkan mutu persembahan yang menarik dan mantap."

"Pada konsert VOKAL minggu lalu kami telah memperkenalkan format imuniti kepada peserta. Pada malam ini format imuniti itu masih diteruskan dan ianya hanya akan berfungsi apabila ketua juri memberikan kepada peserta yang dirasakan layak untuk diselamatkan ke pusingan seterusnya. Walaupun format imuniti ini diperkenalkan, namun peserta diingatkan supaya jangan cepat berasa selesa dan mengharapkan bantuan imuniti itu semata-mata. Peserta harus membuat persediaan rapi kerana kesemua 17 peserta VOKAL musim ini mempunyai kualiti vokal yang mantap dan itu pasti memberikan persaingan yang amat sengit antara satu sama lain. Selain itu, VOKAL musim ini akan tampil dengan pelbagai kejutan yang tidak diduga. Maka setiap peserta harus bersedia dengan setiap kejutan yang diberikan." tambah Ahmad Shaifullizam Arshad.

Untuk musim kedua, VOKAL masih mengekalkan format pemarkahan kepada dua bahagian iaitu 50% daripada juri profesional dan 50% melalui undian SMS. Juara VOKAL musim kedua akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000 manakala naib juara wang tunai RM30,000.

Program realiti VOKAL musim ini juga memberi peluang buat mereka yang terlepas peluang menyertai program nyanyian ini dengan menyertai peraduan 'JUARA VOKAL ONLINE'. Penyertaan yang dibuka kepada semua ini hanya memerlukan mereka menghantar URL video nyanyian mereka kepada laman sesawang rasmi VOKAL. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai peraduan ini, sila melayari laman sesawang rasmi VOKAL di www.tv3.com.my/vokal2 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Jangan lupa untuk membuat temu janji anda besama Vokal..Bukan Sekadar Rupa musim kedua yang diterajui oleh Penerbit Ahmad Shaifullizam Arshad dan Penerbit Eksekutif Muhamad Sufian Isa setiap hari Rabu, jam 9.30 malam hingga 10.30 malam. Bagi peminat di luar sana, jangan lepaskan peluang hadir beramai-ramai ke Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam untuk menyokong peserta-peserta kegemaran anda.

Penonton yang terlepas menyaksikan Vokal..Bukan Sekadar Rupa boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Ketua Juri Ziana Zain bersama juri jemputan Adibah Noor dan Cikgu Siti Hajar

Ketua Juri Ziana Zain bersama juri jemputan Adibah Noor dan Cikgu Siti Hajar

Nasuha Azhari, 20, Kuala Lumpur

Nasuha Azhari, 20, Kuala Lumpur

Marlleynney Fane J.L Paul, 25, Sabah

Marlleynney Fane J.L Paul, 25, Sabah

Nur Fatin Nabila Noorsazley, 21, Kuala Lumpur

Nur Fatin Nabila Noorsazley, 21, Kuala Lumpur

Farah Nadeera Zaini, 19, Kuala Lumpur

Farah Nadeera Zaini, 19, Kuala Lumpur

Nur Nabilah Yusof 22, Kuala Lumpur

Nur Nabilah Yusof 22, Kuala Lumpur

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: