Adsense

Sabtu, 3 November 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Skrip malang Nikita

Posted: 02 Nov 2012 03:30 PM PDT

Artis sensasi Indonesia meringkuk di penjara kerana terbabit kes pukul

Sering menyajikan peminat dengan himpunan cerita sensasi sejak awal kemunculannya pada 2010, perjalanan Nikita Mirzani dalam industri hiburan cukup memualkan. Satu persatu sejarah hitam memenuhi ruangan catatan diari hidupnya. Wanita berdarah Padang berusia 26 tahun ini leka memancing populariti lewat satu demi satu kontroversi yang diciptanya.

Konflik terbuka sesama artis terutama Julia Perez, Dewi Perssik dan Jenny Cortez, selain berperang di laman sosial, Twitter dengan Joko Anwar dan Sharena Rizki memperlihatkan sisi gelap Nikita sebagai artis.

Sebati dengan foto panas

Karma atas kemungkaran yang dilakukannya selama ini, artis yang sebati dengan foto panas dan sering berpenampilan seksi ini akhirnya terperuk sebagai tahanan di Polda Metro Jaya, Jakarta kerana disyaki mencederakan Olivia Mai Sandie dan Beverly Sheila Sandie.

Ibarat menyelak helaian skrip drama, episod sensasi itu bermula dengan penahanannya pada 17 Oktober lalu. Awalnya cuba berdolak-dalik, bintang Nenek Gayung dan Perempuan-Perempuan Liar itu bagaimanapun akhirnya mengakui kesalahannya malah sempat ingin berdamai dengan kedua-dua mangsa.

Kedua-dua mangsa berkata, tidak hanya dipukul sebaliknya turut diancam akan dibunuh oleh Nikita dan temannya Armi Angelica membuatkan mereka khuatir sesuatu yang buruk akan berlaku. Olivia yang lebam di wajah kerana dicederakan Nikita pada kejadian di Kafe Papilion, Jakarta Selatan pada 5 September lalu berkata, dia mulanya enggan memanjangkan insiden pergaduhan itu.
Ancaman bunuh

"Jika dia berniat baik dan ingin berdamai dalam tempoh 24 jam, perkara ini tidak akan dipanjangkan. Tetapi hal itu tidak berlaku, membuatkan kami memilih untuk membawanya ke pihak polis. Selepas saya dicederakan, mereka berlalu pergi tetapi datang semula dan memberikan ancaman bunuh yang membuatkan saya ketakutan," kata Olivia.

"Itu semua adalah hukuman atas sikapnya yang gemar bergaduh dan bongkak. Semua itu menjadi pengajaran buatnya supaya berubah sikap," kata Jenny yang berpengalaman bekerjasama dengan artis sensasi itu dalam sebuah filem.

Jenny berkata, Nikita sering mendatangkan masalah kerana tingkah lakunya yang menyakitkan hati hingga menjadi buah mulut kru produksi.

Dia juga masih belum memaafkan Nikita yang pernah cuba memukulnya dengan botol hingga menimbulkan kekalutan dan menerima liputan meluas media massa.

Hanya diamkan diri

"Saya diamkan saja perkara itu kerana Tuhan ada untuk membalas setiap perbuatan. Nah, ini hukuman kerana sering menyakiti hati mereka yang berada di sekelilingnya," katanya.

Jenny juga menyanggah pengakuan Nikita yang memberitahu, dia bertindak kasar kerana cuba mempertahankan temannya. Alasan yang diberikan Nikita itu katanya, tidak masuk akal apatah lagi dia selama ini mempunyai rekod peribadi buruk.

"Saya punya pengalaman, lebih baik menghindar. Amat bodoh untuk mencampuri masalah orang lain hanya kerana mahu menjadi jaguh," katanya lagi.

Penahanan Nikita kata Jenny, menjadi pengajaran kepada artis lain terutama mereka yang sering membuang masa di pusat hiburan.

"Jangan melakukan kekerasan kepada orang lain. Sebagai seorang yang dikenali, usah tunjuk jaguh seperti berada di pasar," katanya lagi.

Oh! Yeahhh... Syamsul dilamun cinta

Posted: 02 Nov 2012 03:09 PM PDT

Pengarah muda dan aktor top – Syamsul Datuk Yusof, 28, mengaku dia sedang dilamun cinta sudah dua tahun dengan gadis 'S'. Oh! Yeahhh… tahniah! Terus-terang nampak? He! He!

Menurut Syamsul, S berusia 21 tahun dan memakai tudung. Dia sedang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di sebuah pusat pengajian tinggi di Kuala Lumpur. Tapi Syamsul tak mahu jelaskan lebih lanjut:

Adakah S bakal seorang doktor atau kerjaya apa nanti? Kata Syamsul, bila ada masa lapang barulah dia berjumpa S dan pergi keluar makan.

Oh… patutlah Syamsul beritahu ibunya, Datin Patimah Ismail bahawa dia nak kahwin kena tunggu umurnya 30 tahun (dua tahun lagi). Agaknya pada masa itu barulah S tamat pengajian kot? He! He! Saja-saja Juwie seronok nak mengusik Syamsul. Jangan marah ya!

Ha! Datin dan Datuk Yusof Haslam (pengarah dan produser Skop Productions) tentu tersenyum lebar baca cerita ini…ya laa… sekian lama mereka tertunggu-tunggu siapa calon isteri Syamsul?

Bagaimanapun, Syamsul beritahu Juwie lagi: " Syamsul tak tahu ke mana (cinta) kami boleh pergi. Sebab jodoh terserah kepada Tuhan yang menentukan. Syamsul dah berusaha (untuk berkahwin) tapi jodoh belum sampai. Ramai kawan artis dah kahwin. Tapi Tuhan itu Maha Adil… Syamsul hanya tunggu masa saja. Kalau dah bersedia nak kahwin, barulah Syamsul pergi jumpa ibu bapa dia (S) dan bawa dia jumpa keluarga Syamsul. Tak nak jadi macam dulu… bila dah kenal keluarga tapi tak jadi kahwin."

Adik Syamsul yang cun - Syafiq, 19, pengarah filem S.A.M pula bakal bertunang tahun depan. Syamsul adalah pengarah muda genius yang banyak menang award dalam dunia perfileman di Malaysia menerusi filem Khurafat, Bohsia dan KL Gangster. Sambungan filem KL gangster 2 akan ditayangkan insya-Allah pada awal tahun depan.
Juwie temu ramah Syamsul pada 27 Oktober lalu ketika majlis sambutan Aidiladha dan doa kesyukuran di rumah keluarganya di Taman Melawati, Hulu Klang. Lihatlah foto Syamsul sekeluarga yang Juwie rakamkan. Ramai hadir termasuk beberapa artis Skop Productions, selain Editor hiburan Edisi Mingguan BH – Akmal Abdullah serta bekas editor di Utusan Malaysia – BAM dan ABI.

JUWIE: Seronok tengok program Halaqah TV9 – bersama Ustaz Habib Ali Zainal Abidin. Beliau beri ceramah di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur selepas Isyak, setiap Jumaat.