Adsense

Khamis, 8 November 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


“Transformer 4″ Di Pawagam Tahun 2014, Tampilkan Aktor Kacak Mark Wahlberg

Posted: 08 Nov 2012 07:48 PM PST

Baru saja terdengar perkataan "Transformer", cepat-cepat OHBULAN! dapatkan info terbaru tentang filem yang mempunyai peminat tersendiri diseluruh dunia ini.

Selepas berjaya dengan 3 siri filem sebelum ini, Michael Bay kini sudah dalam perancangan untuk menjalankan penggambaran "Transformer 4″ yang akan mengambil tempat di pawagam pada bulan bulan Jun 2014. Tidak sampai 2 tahun dari sekarang, para penggemar filem bakal menyaksikan sebuah lagi filem terhebat dalam sepanjang zaman dan OHBULAN! pasti Michael Bay tidak akan menghampakan para penonton.

Untuk pengetahuan anda, filem pertama "Transformer" telah berjaya mengutip keuntungan melebihi  $700 juta diseluruh dunia. Manakala filem kedua yang berjudul "Transformer: Revenge Of The Fallen" pula telah mencatat keuntungan lebih $830 juta pada tahun 2009.  Anda mungkin boleh jangka sendiri, ya, filem ketiga iaitu "Transformer: Dark Of The Moon" telah mencatat lebih $1 billion dan ianya berjaya menduduki tempat ke-5 kutipan tertinggi sepanjang sejarah perfileman Hollywood.

Mahu tahu apa yang lebih menarik? Mark Wahlberg atau nama sebenarnya Mark Robert Michael Wahlberg, 41, bakal dijadikan penyambung legasi Transformer selepas Michael Bay kagum dengan kerjasama pelakon berbadan sasa ini untuk filem "Pain and Gain".

"Mark sangat bagus. Kami gembira dapat bekerjasama dalam filem "Pain and Gain" dan saya tidak sabar untuk kembali bekerja dengannya. Pelakon berkaliber sepertinya adalah orang yang paling sesuai untuk menyambung legasi Transformer," jelas Bay.

Apa pun, kami sendiri sudah tidak sabar untuk menunggu filem yang bakal menaikkan adrenalin ini di pawagam nanti.

Kehidupan Peribadi Saya Adalah Hak Saya! – Nabila Huda

Posted: 08 Nov 2012 07:14 PM PST

Pelakon yang sering menimbulkan kontroversi sama ada dari segi penampilan diri ataupun kehidupan sosial, Nabila Huda atau lebih mesra dipanggil Abil mengaku isu kontroversi atau gosip merupakan lumrah dalam kehidupan seorang artis.

Meskipun begitu, pelakon ini mengambil segala isu tersebut secara positif dan tidak menjadikannya sebagai penghalang untuk dia terus berjaya dalam bidang lakonan.

"Manusia tidak sempurna dan dalam setiap kehidupan mesti ada keseimbangan. Maksud saya, pasti ada perkara yang kita tidak boleh elakkan daripada berlaku.

"Saya mengambil perkara-perkara negatif yang berlaku sebelum ini sebagai satu pengajaran dan pengalaman. Kita tidak boleh meneroka sesetengah perkara tetapi kehidupan peribadi saya adalah hak saya!

"Saya menjalankan kerja sepenuh hati dan peribadi saya tidak campuradukkan dengan karier. Orang mahu menilai bakat atau personal terpulang kepada diri masing-masing," tegasnya Abil menerusi laporan Kosmo Online.

Pelakon ini turut memberi respon berkaitan isu yang mendakwa dia menghadiri parti Halloween pada hujung bulan lalu dan menafikan segala gosip tersebut.

"Setiap orang ada buat salah, itu antara saya dan Tuhan. Apabila orang suka membuat cerita, maka timbul kisah-kisah sebegini.

"Majlis hari jadi itu diadakan pada 28 Oktober dan sambutan Halloween adalah pada 31 Oktober. Kenapa saya perlu menyambut Halloween?

"Sedangkan pada tarikh 31 Oktober itu saya ada penggambaran. Pada majlis itu juga saya yang memilih untuk memakai pakaian puntianak, adakah perbuatan itu salah?" ujar Abil penuh kesal.