Berita Harian: Hip |
Posted: 07 Nov 2012 03:15 PM PST Chef Wan dedah status rumah tangga Riz, Ana Dahlia elak cemar imej bekas menantu Spekulasi mengenai status rumah tangga pelakon, Ana Dahlia, 29, dan Mohd Nadzri Redzuawan, 30, atau Chef Riz terungkai apabila bapa mentua aktres itu, Datuk Chef Wan, mengesahkan pasangan berkenaan sudah bercerai. Menurut Chef Wan, anak sulungnya menjatuhkan talak atas kehendak bekas menantunya sendiri kerana tiadanya persefahaman selepas hampir setahun hidup sebumbung.
"Saya tidak tahu dari mana datangnya cerita Ana curang? Jadi, saya terpanggil untuk memberikan kenyataan bagi membersihkan namanya. Masyarakat tidak sepatutnya berburuk sangka kerana tuduhan itu tidak betul sama sekali. "Tuduhan itu satu fitnah. Saya tidak mahu Ana dan keluarganya menanggung malu akibat cerita tidak betul ini. Saya juga tidak mahu menuding jari, tetapi bagi saya kedua-duanya ada kelemahan masing-masing," kata Chef Wan kepada HIP, ketika ditemui di Balai Berita, semalam. Berkahwin terlalu cepat Chef terkemuka itu turut mengakui perkenalan singkat pasangan berkenaan sebelum membuat keputusan untuk berkahwin sebagai punca perceraian.
"Saya nasihatkan Riz supaya ambil masa lebih lama untuk mengenali hati budi masing-masing, tapi dia nekad juga hendak berkahwin. Bila sudah tinggal sebumbung, barulah mereka sedar tiadanya persefahaman. "Jadi mereka mula mempertikaikan benda kecil dan ia kemudian melarat menjadi besar. Masing-masing pula ada ego sendiri. Semua itu menambahkan lagi kekeruhan rumah tangga. Jadi, dakwaan orang ketiga menjadi punca kepada kegoyahan rumah tangga mereka tidak betul sama sekali. "Saya hanya mengetahui wujudnya masalah dalam rumah tangga mereka sejak sebulan lalu. Riz beritahu, rumah tangga mereka sudah mula goyah selepas tiga bulan berkahwin. Sebagai bapa, saya hanya mampu memberikan serba sedikit nasihat, tetapi saya tidak akan mencampuri keputusan mereka. Habis edah Disember "Tempoh edah Ana akan berakhir Disember. Jika mereka mahu teruskan dengan perceraian ini, terpulanglah kepada mereka. Saya tidak mahu paksa kerana bagi saya, buat apa mereka hidup dalam kepura-puraan sekiranya keserasian sudah tiada? Walaupun Ana kini bukan lagi menantu saya, namun saya akan tetap menjalin hubungan baik dengannya, malah menganggap dia seperti anak sendiri," katanya. Sementara itu ketika dihubungi, Ana enggan memberikan sebarang komen.
Ana dan Riz berkenalan menerusi adik chef muda terbabit, Serina Redzuawan, dan mereka mengambil keputusan untuk bernikah pada 11 Disember 2011. Khabar angin mengenai keretakan rumah tangga mereka mula bertiup bulan lalu apabila Ana dikatakan berlaku curang. |
Posted: 07 Nov 2012 03:12 PM PST Jawatankuasa pengelola mula teliti senarai awal calon artis yang layak bertanding pada anugerah edisi ke-26 Momentum awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 mula dirasakan apabila jawatankuasa pengelola anugerah popular itu semalam, mula meneliti senarai awal artis yang layak diadili peminat pada edisi ke-26 anugerah berprestij itu. Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2012 merangkap Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir berkata, Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2012 sudah memulakan proses mengenal pasti dan menilai pencapaian artis yang layak dipertandingkan dalam 16 kategori ABPBH 2012.
"Ini bermakna, tapisan awal dibuat bagi memastikan calon yang benar-benar layak dipertandingkan baik penyanyi, pelakon, pengacara dan sebagainya. Selain melihat apakah seseorang artis itu menonjol dalam bidang seni, amat penting bagi jawatankuasa mengenal pasti apakah produk atau pencapaian artis terbabit sepanjang tahun," katanya di Kuala Lumpur, semalam. Pada sesi pertama pemilihan calon ABPBH 2012 di ibu pejabat BH di Balai Berita, Kuala Lumpur, semalam, Jabatan Editorial BH iaitu Unit Hiburan BH (HIP) dan Unit Bintang Popular (BiPop) berbincang serta memberi justifikasi terhadap setiap nama artis yang dianggap layak bertanding kali ini. Pada sesi itu, beratus-ratus nama artis dalam pelbagai kategori diadili dan diperdebatkan sepanjang proses berlangsung. Malah, dalam kategori tertentu, lebih 30 artis dimasukkan dalam senarai awal yang difikirkan layak bertanding. Borang pencalonan mulai 25 November Shamshul Azree berkata, borang pencalonan awal ABPBH 2012 mula diterbitkan BH pada 25 November depan bagi memilih lima calon akhir setiap kategori. "Sidang media pertama bagi mengumumkan ABPBH 2012 akan diadakan pada 21 November depan. Jawatankuasa pengelola sedang giat membuat persiapan di mana lebih banyak maklumat mengenai ABPBH 2012 akan diumumkan pada majlis itu," katanya. Beliau berkata, selepas ABPBH 2011 dianjurkan, perkembangan positif dilihat dalam industri hiburan tanah air terutama dalam aspek penggunaan media baru sebagai medium menghubungkan artis dan peminat. "Kita mula melihat media baru seperti Twitter, Facebook, Skype dan aplikasi lain mula digunakan secara optimum oleh kebanyakan artis untuk berinteraksi dengan peminat. "Ini menunjukkan artis tempatan makin kreatif... Sudah pasti komunikasi dalam media baru ini menjadi antara aspek yang dilihat jawatankuasa pengelola ABPBH 2012 bagi mengukur tahap penonjolan artis dalam bidang seni," katanya. Shamshul Azree berkata, ABPBH 2012 dijangka lebih rancak berikutan banyak produk seni dihasilkan sepanjang tahun ini selain kemunculan bakat baru yang menggunakan teknologi terkini untuk memikat peminat dari kalangan generasi muda. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |