Gosip Artis Malaysia |
Posted: 08 Nov 2012 06:14 PM PST PETALING JAYA: Pengacara dan pelakon Heliza Helmi berasa pelik dengan tuduhan kononnya dia cuba merahsiakan status dirinya yang dikatakan sudah memiliki kekasih dalam diam. Heliza, 26, memberitahu, dia tidak perlu berbuat demikian kerana pada hakikatnya dia masih belum mempunyai teman istimewa ekoran jadual kerja yang padat."Saya sendiri pelik dan terkejut bagaimana orang lain lebih mengetahui hal hati dan perasaan saya? "Buat masa ini saya tiada teman istimewa atau kekasih kerana jadual harian saya padat dengan pelbagai urusan kerja. "Rasanya tidak perlu saya hendak berahsia jika saya memang menjalin hubungan dengan individu tertentu," katanya ketika dihubungi di sini. Heliza berkata demikian sebagai respons kepada desas-desus kononnya dia merahsiakan hubungannya dengan seorang ahli farmasi yang dikenalinya ketika belajar di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT), beberapa tahun lalu. Pengacara rancangan Rasa Halal Antarabangsa itu berkata, dia memohon agar gosip yang mengaitkannya dengan ahli farmasi itu dihentikan demi menghormati perasaan lelaki tersebut. "Dia hanya kawan baik saya ketika zaman belajar di IPT dulu, bukan teman istimewa pun. Tiada apa yang perlu saya sembunyikan jika memang ada hubungan dengan dia. "Saya mohon cerita ini tidak dibesar-besarkan demi hormati dia. Lagi pun kami sudah lama tidak berhubung. "Entah-entah dia berkawan dengan sesiapa sekarang atau sudah berkahwin, nanti tidak pasal-pasal timbul masalah lain pula," katanya. Mengenai perkembangan terbaru, Heliza berkata, dia dilantik sebagai ikon Festival Hijab 2012 yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 November ini. "Saya juga bertanggungjawab untuk mengemudi acara itu sebagai pengacara, moderator, forum dan terlibat dalam pameran. "Selain saya, beberapa rakan dari kelas Usrah Fitrah seperti Yatt Hamzah, Diana Amir dan Catriona Ross turut terlibat," katanya. - --- |
Posted: 08 Nov 2012 06:12 PM PST KUALA LUMPUR: Artis yang terkenal dengan jolokan Raja Pop iaitu Jamal Abdillah menganggap faktor usia yang semakin meningkat merupakan punca utama dia tidak lagi bersikap panas baran seperti dahulu. Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 53, berkata, penambahan usia itu menjadikan sikap buruk yang ada dalam dirinya semakin berkurangan dan dia menyedari perkara itu sejak lapan tahun lalu. "Alhamdulillah sekarang ini saya lebih 'sejuk'. Tak seperti dulu yang suka naik angin tanpa sebab. "Saya percaya setiap sikap buruk itu mesti ada punca dan saya berjaya membuangnya sedikit demi sedikit. "Mungkin juga kerana faktor umur yang semakin meningkat, saya menjadi lebih matang dan tahu menilai sebelum bersikap di luar jangkaan," katanya. Tambah Jamal, apabila berada dalam keadaan terkawal seseorang itu akan memiliki fikiran yang waras, tidak sombong selain mampu mengatasi segala sikap buruk yang ada pada diri. Dia juga sedar sikap panas baran itu juga akan merosakkan diri serta hubungannya dengan peminat sekiranya dia tidak berubah. "Seperti yang semua tahu, dulu saya berada di alam "kabur" (di bawah pengaruh dadah) dan ia membuatkan tingkah laku saya juga tidak menentu. "Namun selepas saya sudah bersih, panas baran saya juga semakin lesap dan menjadi normal seperti oranhg biasa," ujarnya. Sementara itu, Jamal bakal muncul dengan sebuah konsert sempena Fiesta Karnival Lanjut BBQ Seluruh Dunia pada 24 Disember depan bersama penyanyi Jay Jay. Konsert itu akan berlangsung di Lanjut Golden Beach and Golf Resort, Kuala Rompin, Pahang. - --- |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |