Adsense

Jumaat, 16 November 2012

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


Subhanallah… Azan Bergema Dalam Dada Muazzin

Posted: 16 Nov 2012 12:34 AM PST

YOGYAKARTA – Satu perbahasan buku "The Miracle of Shaheed", keajaiban jasad para syuhada yang tidak binasa dari pandangan kedoktoran telah diadakan di Masjid Al Mujahidin, Kampus Universiti Negeri Yogyakarta. Dua panel telah mengupas isu tersebut iaitu ustaz Fuad Alhadzimi, bekas Imam Masjid Al Hijrah Tempe, Sidney, Australia dan Dr Wahyu Alamsyah, pakar bedah Fakulti kedoktoran Universiti Gajah Mada (UGM). Dr Wahyu, yang mengupas bagaimana jasad orang yang meninggal menuju proses pembusukan .Ia akan mula proses dekomposisi (pembusukan) atau degradasi tubuh mayat akibat proses autolisi dan

aktiviti mikroorganisme.

Maksima lima hari maka jasad orang mati sudah akan membusuk, diikuti proses lain seperti perut menggelembung, scrotum (alat kelamin) membesar dan lain-lain sebagai seperti di jelaskan dalam buku . Doktor yang bertugas di UGM ini juga menceritakan pengalaman yang ia ketahui saat merawat satu jasad orang mati.

Diceritakan seorang doktor di luar negeri menerima jenazah orang yang sudah meninggal, kemudian doktor tersebut cuba memeriksa, tapi sayup-sayup dia mendengar suara azan, kemudian doktor itu mengambil stetoskop dan meletakkan di dada jenazah tersebut, ternyata suara azan berasal dari jenazah itu. Doktor itu kemudian memanggil jururawat dan petugas lain untuk membantu menyemak, ternyata orang lain juga mendengar perkara yang sama. Setelah di cari maklumat tentang si mayat tersebut, beliau adalah seorang yang ketika hidup bertugas sebagai muazin, lelaki itu tidak pernah terlambat solat dan selalu rajin ke masjid.

Ketika menceritakan hal tersebut, Dr Wahyu sempat terhenti dan menitiskan air mata. Doktor Wahyu menjelaskan proses pembusukan mayat melalui kerja mikroba, sejenis makhluk bernama mikrob yang dijelaskan sebagai "pasukan Allah" untuk mendegradasi atau membusukkan mayat hingga hancur. "Namun yang menghairankan perintah mikroba untuk menghancurkan mayat ini tidak berlaku pada jasad para nabi, syuhada dan orang-orang yang hafal Al-Quran," jelas dr Wahyu.

Islam sendiri banyak menceritakan tentang kelebihan sebagai muazin bahkan di negara kita lebih dikenali dengan panggilan tok Bilal. disandarkan kepada Bilal bin Rabah, muazin pertama Rasulullah Saw. Bahkan diriwayatkan semua muazin di dunia ini akan bersaf-saf berada di belakang bilal bin rabah yang membawa bendera muazin menuju ke syurga sebagai sfafaat.

Pernahkah kita melaungkan azan di masjid atau surau? Berapakali kah kita azan dalam sejarah hidup kita? Tak pernah sekali kah? Adakah ketika anak kita dilahirkan, tak pernahkah kita sendiri yang mengazan dan mengiqamahkan telinga kanan dan kiri anak kita sendiri. kalau tidak … belajar-belajar dan cuba-cubalah lakukan disurau tersorok kampung anda walau sekali.

Semoga ia memberi syafaat kepada kita, i'Allah. Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab ( tuhan) mereka bertawakal. (Surah an-Anfal: Ayat 2)

(Gempaq) Orang israel mengamok di facebook angkara rakyat malaysia !

Posted: 15 Nov 2012 08:49 PM PST

Setelah di provoke bertubi2 oleh facebookers malaysia mostly nya, akhirnya orang2 israel tak dapat menahan kesabaran. Macam2 ayat dan sumpah seranah terkeluar dari jari2 mereka demi mempertahankan kekejaman tentera israel ke atas rakyat palestine yang sama sekali tidak berdosa.

Mereka masuk beramai2 ke dalam wall IDF untuk mempertahankan tindakan tentera israel tetapi tentera facebookers malaysia lebih ramai daripada pahlawan2 facebook israel. Memang mereka tak dapat berbuat apa2 lalu ..

Ban? Nak ban seme komen2 anti israel?

Wakaka..

Dalam ahti ada taman. Kena provoke bhai. Bagi aku ini satu keputusan yang baik juga. At least kita boleh lepaskan kemarahan dan luahan ketidakpuasan ahti kita directly kat manusia2 israel tue sendiri. Biar dorang baca apa yang kita tulis. Biar dorang rasai sendiri betapa bencinya kita terhadap perbuatan mereka.

Maybe la selama neh akhbar2 dorang menipu. Tak siapa tahu la kan. Just sangkaan aku jek. Dorang ingat tak ramai kot yang anti israel. Tapi silap besar la. Memang ramai yang anti lue la israel. Kepada mereka yang nak provoke2 israel boleh klik link kat bawah neh..

klik SINI

Boleh tengok dalam ahti ada taman stail orang2 israel plak.

Wakaka.