Adsense

Isnin, 22 Oktober 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2012

Posted: 22 Oct 2012 06:50 PM PDT

Maharaja Lawak Mega 2012 Kekalkan Konsep Tahun Lalu
Habuan untuk Juara meningkat. Sebanyak RM500ribu Menanti Juara Maharaja Lawak Mega

Wow, sekali lagi ganjaran yang sangat lumayan menanti untuk diberikan kepada juara Maharaja Lawak Mega musim kedua. Yang pasti, dalam 7 kumpulan yang bertanding, terselit di situ nama Jozan dan Boboi yang mempunyai jumlah peminat yang ramai.

Pada jam 3 petang semalam (22 Oktober 2012) telah berlangsung majlis pelancaran program Maharaja Lawak Mega di Suria on 12, Tingkat 12, Royale Bintang Damansara.

VIdeo Senarai Peserta

Siaran Langsung  Maharaja Lawak Mega akan diadakan Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap hari Jumaat. Pasti ramai yang akan berebut untuk mendapatkan pass kerana tempat duduk sangat terhad.

Osbon Juara Maharaja Lawak Mega Musim Lalu

Berikut adalah senarai peserta mengikut negara:

Malaysia: Pi Mai (Imuda dan Mat Over), Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil), Jozan (Johan dan Zizan), Sabon (Abon dan Sathia), Jambu (Taukeh dan Yus), R2 (Rahim dan Wan Lopez) dan Shiro (Shahrol dan Ajak).

Indonesia: Saywho (Eko, Bocil dan Vicha) & The Bandung Jokers (Dodon, Amin dan Aman)

Singapura: Dadidu (Bobo, AR Badul dan Arif Sudin).

Program Maharaja Lawak Mega 2012 akan tetap mengekalkan format seperti sebelum ini dengan membuka peluang kepada peserta negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia bagi mengeratkan silaturahim antara tiga negara menerusi medium komedi.

Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata, pihaknya membuat keputusan untuk mengekalkan format tersebut selepas merasakan ia berpotensi bagi mengembangkan industri komedi ketiga-tiga buah negara.

"Kita yakin dengan jemputan peserta daripada negara Singapura dan Indonesia dapat mengeratkan dan memeriahkan MLM 2012. Tambahan pula terdapat peserta tersebut pernah menyertai MLM sebelum ini dan pastinya peminat merindui mereka."

Tiga kumpulan tersebut adalah Saywho (Eko, Bocil dan Vicha), The Bandung Jokers (Dodon, Amin dan Aman) dan Dadidu (Bobo, AR Badul dan Arif Sudin).

Manakala peserta lain adalah Pi Mai (Imuda dan Mat Over), Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil), Jozan (Johan dan Zizan), Sabon (Abon dan Sathia), Jambu (Taukeh dan Yus), R2 (Rahim dan Wan Lopez) dan Shiro (Shahrol dan Ajak).

Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani

Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani

Dalam pada itu, Nizam berkata, tiga lagi kumpulan iaitu Balas, Kecik dan Mamu perlu melalui satu ujian di Kerusi Panas MLM yang akan menentukan siapakah akan layak bertanding sebagai peserta kesebelas program itu.

"Ini adalah kelainan yang cuba kita tampilkan pada musim kali ini dengan meletakkan tiga kumpulan untuk ujian kerusi panas bagi menentukan siapakah yang layak untuk menjadi peserta kesebelas," katanya.

Pemilihan peserta itu akan disiarkan pada 14 November depan pada pukul 10 malam.

Sementara itu, Nizam berkata, pertandingan itu akan menggunakan empat juri tetap iaitu dua daripadanya dari Malaysia manakala selebihnya dari Indonesia dan Singapura.

Bagaimanapun kata Nizam, MLM 2012 kali ini tidak akan mempunyai juri jemputan sebagaimana pada musim lalu.

"Barisan juri bukan daripada mereka yang terlibat dalam bidang komedi dan tidak akan ada juri jemputan," ujarnya.

Sistem penghakiman masih dikekalkan dengan format 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton.

MLM 2012 akan bersiaran secara langsung bermula 16 November depan, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Peraduan Menangi 20 Keping Tiket Anugerah Skrin 2012

Posted: 22 Oct 2012 06:24 PM PDT

Salam bahagia kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

bakal berlangsung tak lama lagi. Hanya tinggal dua minggu saja lagi. Budiey percaya, pembaca budiey.com di luar sana ramai yang tertanya macamana nak dapatkan tiket untuk menonton secara live ya. Yea, seperti tahun-tahun sudah, Budiey ada tiket untuk pembaca setia.

Budiey nak buka peluang kepada pembaca semua yang nak menonton Anugerah Skrin 2012 secara live kat Dewan Merdeka, PWTC pada 9 November, Jumaat jam 9 malam. Sebelum itu, acara red carpet akan bermula pada jam 7.30 malam. Seorang pemenang akan diberi 2 keping tiket.

Anugerah Skrin 2012

Kat bawah ni, gambar tiket tahun lepas ya, untuk tahun ni, Budiey belum terima, bila dah terima tu, budiey letak gambat tiketnya. Takut ada yang tak percaya pulak.

Tiket Anugerah Skrin 2011 utk pembaca

Haaaa… hari ini, Budiey ingin memberikan kepada korang 20  kepada pembaca yang dapat menjawab soalan berikut:

Soalan 1:
1. Apakah  2012.

Soalan 2:
2. Anugerah Skrin 2012 akan dihoskan oleh….?

Soalan 3:
3. Stesen TV manakah yang akan menjadi penyiar rasmi Anugerah Skrin?

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu menonton Anugerah Skrin secara live kerana…. (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menang Tiket Anugerah Skrin 2012

Tarikh tutup peraduan:
Jam 3 petang 5 November 2012

10 orang pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih TV3 atas tiket jemputan tersebut. Kepada pembaca yang tidak dapat menonton TV, korang boleh juga mengikutinya secara online di:

http://apps.tv3.com.my/ask2010

Anugerah Skrin 2010 Sidang Media

Tags: , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: